2menipu dalam talian dan meniru identiti orang lain adalah perbuatan yang tidak salah gunateknologi atau tidak berbahaya. Oleh itu, setiap individu perlulah mempunyai pengetahuanyang tinggi berkaitan penggunaan teknologi yang bertanggungjawab. Selain itu, isu bidang kuasa juga merupakan salah satu cabaran bagi isu jenayahsiber (Daud, 2025). Hal ini berlaku kerana walaupun negara mempunyai undang-undangyang mengawal jenayah siber namun kes ini semakin meningkat kerana ciri internet yangbersifat terbuka dan tanpa sempadan. Teknologi yang semakin canggih telah menyebabkanpihak berkuasa sukar untuk menjejaki pesalah yang melakukan jenayah siber sertamelakukan tindakan yang sewajarnya untuk menangani isu jenayah siber yang berlaku. Oleh itu, penjenayah yang melakukan jenayah siber akan dapat melarikan diri serta tidakmendapat hukuman. Seterusnya, masyarakat yang mempunyai tahap kepekaan yang rendah atau tidakberhati-hati semasa menggunakan apa sahaja aplikasi juga menjadi cabaran utama. Dalamkehidupan harian, individu daripada pelbagai peringkat umur menggunakan media sosial, perbankan serta platform e-dagang, namun sebahagian daripada mereka mereka masihkurang peka terhadap ancaman seperti pautan palsu atau laman web tiruan. Menurutlaporan CyberSecurity pada tahun 2025, pancingan data atau phishing telah mencatatkansebanyak 1, 259 kes. Phishing adalah bentuk kejahatan siber di mana pelaku mencubamendapatkan maklumat peribadi seperti nombor kad kredit atau data sensitif lainnya dengancara menipu korbannya (Hayati & Fata, 2021). Menurut Saputra Gulo et al., (2020), phishingbiasanya dilakukan melalui email, mesej teks atau laman sesawang palsu yang dibuatterlihat seperti sumber sah. Sifat ingin tahu pengguna adalah faktor yang mendorong kesphishing ini berlaku. 2.2 KESAN ISU JENAYAH SIBERKesan jenayah siber terhadap komuniti setempat adalah sangat membimbangkan. Dariaspek ekonomi, mangsa berisiko kehilangan wang simpanan, pendapatan bulanan,sumberkewangan keluarga dalam masa yang singkat. Keadaan ini boleh menjejaskan keperluanasas harian, pendidikan anak-anak serta kestabilan institusi keluarga. Seterusnya, dari segiemosi pula, mangsa sering mengalami perasaan malu, bersalah dan takut untuk membuatlaporan. Persepsi negatif masyarakat yang menganggap mangsa sebagai “mudahdiperdaya” menyebabkan ramai memilih untuk berdiam diri. Situasi ini memburukkankeadaan kerana kadar laporan yang rendah menyukarkan pihak berkuasa mengenal pasti
3corak jenayah dan membantu mangsa lain. Tambahan pula, kebocoran data peribadi sepertinama, nombor kad pengenalan, alamat, e-mel dan kata laluan boleh mengakibatkanpenyalahgunaan identiti, gangguan, ugutan serta penipuan berulang. Pada peringkat global, jenayah siber bukan lagi isu kecil yang terhad kepada kecurianwang dalam talian tetapi telah berkembang menjadi ancaman global yang kompleks. Apabiladata dicuri atau sistem digodam, kepercayaan antara pihak sama ada antara negara, organisasi atau pengguna akan terjejas. Bagi institusi pendidikan dan agensi awam pula, kebocoran data boleh menyebabkan masyarakat hilang keyakinan terhadap keupayaanmereka menjaga maklumat peribadi. Hal tersebut memberi kesan jangka panjang terhadapimej dan kredibiliti institusi tersebut. Seterusnya, laporan oleh INTERPOL (2024) danUNODC (2024) menunjukkan bahawa sebahagian kegiatan penipuan rentas negara berkaitdengan isu pemerdagangan manusia dan eksploitasi buruh paksa di pusat-pusat scam. Keadaan ini membuktikan bahawa jenayah siber bukan sahaja melibatkan kerugiankewangan, malah turut menghasilkan mangsa yang dieksploitasi secara tidakberperikemanusiaan. Oleh itu, isu ini mempunyai implikasi moral yang besar keranamenyentuh aspek maruah, kebebasan dan keselamatan manusia secara global. 2.3 CARA MENANGANI ISU JENAYAH SIBERTerdapat pelbagai cara untuk menangani isu jenayah siber yang semakin meningkat. Antaranya ialah keluarga terutamanya ibu bapa perlu memberikan didikan kepada anak- anak berkaitan penggunaan teknologi yang bertanggungjawab. Menurut Pitchan (2019), kaedah bagi mengatasi jenayah siber ialah didikan keluarga kepada anak-anak iaitu ibubapa perlu mendidik anak-anak untuk tidak mudah percaya dengan orang yang tidakdikenali terutamanya individu yang dikenali hanya secara dalam talian. Hal ini kerana sikapindividu yang terlalu mudah percaya adalah salah satu faktor utama yang menyebabkanmereka akan menjadi mangsa jenayah siber. Seterusnya, langkah menangani jenayah siber juga boleh dilakukan melaluipemupukan nilai murni serta peningkatan literasi digital dalam kalangan masyarakat. Orangramai harus dibimbing supaya menilai kesahihan maklumat sebelum bertindak, sentiasamengemas kini peranti serta hanya berurusan melalui saluran rasmi. Walau bagaimanapun, pendekatan pendidikan ini tidak wajar berasaskan ketakutan semata-mata, sebaliknya perludisampaikan melalui contoh situasi harian seperti tawaran kerja palsu, love scam danpelaburan haram. Dalam konteks pendidikan, khususnya di sekolah dan institusi latihan guru,
4elemen moral boleh dikaitkan dengan nilai seperti kejujuran, autonomi, keadilan dan sikapaltruistik bagi membentuk tingkah laku digital yang lebih beretika dan bertanggungjawab. Pada peringkat negara dan global, usaha menangani jenayah siber memerlukanpendekatan strategik yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti kerajaan, syarikatteknologi, institusi kewangan, sekolah, media dan agensi penguatkuasaan. INTERPOL(2024) menegaskan kepentingan perkongsian maklumat merentas sektor dan sempadanserta kolaborasi antara sektor awam dan swasta bagi mengesan serta mendapatkan semuladana yang ditipu. Institusi perbankan boleh memperkukuh sistem pengesanan transaksimencurigakan, manakala platform media sosial perlu bertindak lebih cepat dalam menutupakaun penipuan. 3.0 KESIMPULANKesimpulannya, isu jenayah siber merupakan cabaran untuk membentuk individu yangbermoral dan beretika. Isu ini memberikan pelbagai kesan kepada individu, masyarakat dannegara. Sebagai anggota masyarakat, setiap individu mempunyai tanggungjawab moraluntuk menggunakan teknologi secara beretika dan bijaksana. Oleh itu, semua pihak sepertimasyarakat, kerajaan dan institusi pendidikan haruslah memainkan peranan penting untukbekerjasama menangani isu jenayah siber ini.
5RUJUKANAnjani, A. G. P., Putra, B. A., Febrianti, A., Cahyani, P., & Nastifa, D. (2024). PentingnyaPendidikan Digital Dalam Meningkatkan Kesedaran dan Keterampilan Anak DalamMenghindari Cybercrime. Pendas: Jurnal Ilmiah Pendidikan Dasar, 9(04), 438-453. Fuad, N. S. M., & Yusof, A. R. M. (2022). Memahami Jenayah Siber dan Keselamatan Siberdi Malaysia: Suatu Pemerhatian Terhadap Pandangan Sarjana Dan Intelektual:Understanding Cyrbercrime and Cybersecurity in Malaysia: An Observation fromThe Perspective of Scholars and Intelletuals. Asian Journal of Environment, Historyof Heritage, 6(1). Hayati, M., & Fata, D. (2021). Analisis Keamanan Informasi Pengguna Media SosialMenggunakan Setoolkit Melalui Teknik Phishing. Dijechno: Jurnal TeknologiInformasi, 2(1). https://doi.org/10.46576/djtechno.v2il.1252Parmajaya, I. P. G. (2018). Ajaran Trikaya Parisudha Sebagai Landasan Pendidikan NilaiMoral dan Etika Dalam Membentuk Karakter Anak. Purwadita: Jurnal Agama danBudaya. Saputra Gulo, A., Lasmadi, S., & Nabawi, K. (2020). Cyber Crime dalam Bentuk PhishingBerdasarkan Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik. PAMPAS:Journal Of Criminal, 1(2). Voronkova, V., Nikitenko, V., Kapitaneko, N., Andiriukaitiene, R., Oleksenko, R. (2020). Cybercrime as the newest phenomenon or information and communication societyand the means of its prevention.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAKOTA KINABALU, SABAHPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN- PENTAKSIRAN BERTERUSAN -KURSUS : PENDIDIKAN MORALKOD KURSUS : MPU3322KANDUNGAN :TUGASAN 1 – KUIZTUGASAN 2 – PEMBENTANGANTUGASAN 3 - PENULISANNama Pelajar : MAYA NAZIRA ANONGNo Angka Giliran : 2022072440010No Kad Pengenalan : 030715-12-0960Kumpulan : PISMP BM SK1Kod / Nama Kursus : MPU3322 / PENDIDIKAN MORALAmbilan : OGOS 2022 SEMESTER II TAHUN 3No. Telefon Bimbit 014- 202 9932Alamat E-mel : [email protected] Pensyarah Kursus : DR JANET JEQUILINE JOLLY TINJOLMarkah :KRITERIA20 %KUIZ30 %PEMBENTANGAN50 %PENULISAN100 %JUMLAHPemeriksa1Pemeriksa2
PENGHARGAANSaya Maya Nazira Anong pelajar PISMP BM SK 1 Ambilan Ogos 2023 keluaran 2027 inginmengucap Syukur kepada Tuhan yang Esa kerana dengan limpah dan karunia-Nya sayadapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan.Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya tunjukankepada pensyarah kursus PKES 3083 (Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial) iaituDr. Israh Binti Aripin atas segala tunjuk ajar, bimbingan serta panduan yang diberikankepada kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.Selain itu, saya tidak lupa juga bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasihkepada keluarga saya terutama ibu bapa saya yang sentiasa memberikan dorongan dansokongan moral kepada saya sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.Akhir sekali, saya juga ingin menrakamkan penghargaan kepada rakan-rakanseperjuangan yang sentiasa berkongsi idea, pandangan dan bahan rujukan. Kerjasama danperbincangan yang dijalankan telah membantu saya memahami topik tugasan ini denganjelas dan sistematik.Sekian, terima kasih.
KANDUNGANBIL PERKARAMUKASURATPENGHARGAANiKANDUNGANii1.0 PENGENALAN12.0 DEFINISI JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIF SOSIAL23.0CABARAN JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIF SOSIAL DALAMKEHIDUPAN MASYARAKAT SETEMPAT DAN GLOBAL34.0KESAN JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIF SOSIAL DALAMKEHIDUPAN MASYARAKAT SETEMPAT DAN GLOBAL4-55.0CARA MENANGANI JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIF SOSIAL( DARI INDIVIDU KE KERJASAMA GLOBAL)5-66.0 RUMUSAN77.0 RUJUKAN8-98.0 LAMPIRAN DIGITAL10
1.0 PENGENALANJenayah siber merujuk kepada kegiatan jenayah yang dilakukan melalui komputer,rangkaian komputer atau internet, (Basin, 2024). Dalam era digital yang semakin pesatmembangun, Malaysia menyaksikan peningkatan mendadak kes jenayah siber yangmembimbangkan. Kerugian akibat penipuan dalam talian di negara ini telah melonjakdaripada sekitar RM700 juta lima tahun lalu kepada hampir RM3 bilion pada tahun 2025,(Mail, 2025). Dalam konteks Masyarakat Madani, kepentingan nilai integriti dan kejujuranmenjadi bentang moral yang amat diperlukan. Latifah Arifin (2024) menambah bahawajenayah siber di Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 51 peratus, membabitkan147,374 kes dan nilai kerugian melebihi RM5 bilion, dalam tempoh lima tahun lalu. Fakta inimembuktikan bahawa tanpa kesepakatan untuk mengamalkan nilai integriti, kemajuanteknologi hanya akan menjadi senjata yang memakan diri sendiri. Oleh itu, penulisan iniakan menganalisis secara kritis cabaran, kesan dan strategi menangani jenayah siber dariperspektif sosial di peringkat setempat dan global.
2.0 DEFINISI JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIF SOSIALJenayah siber dari perspektif sosial boleh didefinisikan sebagai satu ancaman atau masalahbaharu yang melanda Masyarakat dan negara akibat daripada perkembangan pesat duniadigital serta peningkatan kebergantungan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi(Faud et.al, 2022). Terdapat pelbagai jenis jenayah siber yang semakin berleluasa diMalaysia berserta statistik terkini antaranya seperti pada jadual 1 di bawah.JENIS JENAYAH PENERANGAN STATISTIK TERKINIPenipuan DalamTalian (Scam)Sindiket menyamarsebagai institusi atauindividu sah untukmenipu mangsa.Kerugian dari pelaburan tidak wujud cecahRM1.37 bilion , (Ismail, 2026).Kecurian Identiti Penggunaanmaklumat peribadimangsa tanpakebenaran.Pada tahun 2024, Malaysia mencatatkankadar kebocoran data peribadi tertinggi di Asiaiaitu 72.5% dan 89% melibatkan pendedahannama pengguna, (Faiz Riziq, 2025).PenggodamanAkaunCapaian tanpakebenaran ke akaunperibadi atauinstitusi.Kaspersky mendedahkan bahawa lebih 18.8juta ancaman siber berasaskan web dikesandi Malaysia sepanjang 2025, bersamaandengan lebih 51,000 cubaan serangan setiaphari, (Bernama, 2026).Jadual 1: Jenis Jenayah Siber dan Statistik peningkatan terkiniDari perspektif sosial, jenayah siber mengakibatkan kerosakan hubungan sosial yangmendalam. Menurut Faud et.al (2022), jenayah siber dilihat sebagai isu yang sangat kritikalkerana ia bukan sahaja menjejaskan ekonomi, malah memberi kesan langsung kepadaPembangunan sosial sebuah komuniti dan negara. Selain itu, kemunculan jenayah ini jugamenimbulkan kebimbangan dalam kalangan Masyarakat. Kepercayaan dalam masyarakatjuga terhakis apabila penipuan berlaku melalui panggilan yang menyamar sebagai institusisah, menyebabkan masyarakat mencurigai setiap interaksi digital.
3.0 CABARAN JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIF SOSIAL DALAM KEHIDUPANMASYARAKAT SETEMPAT DAN GLOBALSalah satu cabaran utama ialah tahap literasi digital dan jurang pendidikan siber dalamkalangan masyarakat. Di peringkat setempat, khususnya di Malaysia, tahap literasi digitalmasih tidak sekata. Golongan warga emas dan masyarakat luar bandar lebih terdedahkepada penipuan telefon serta mesej palsu. Menurut Syamsul Anuar (2025), kekurangankepakaran teknikal dalam pasukan forensik digital turut menjadi cabaran utama. Hal inidibuktikan melalui kes di Perak, di mana Bernama (2026) melaporkan sebanyak 4,848 kespenipuan dalam talian dengan kerugian RM124.99 juta pada tahun 2025. Di peringkatglobal, masyarakat juga semakin terdedah kepada jenayah siber. World Economic Forum(2025) melaporkan bahawa dalam tempoh dua tahun, serangan siber terhadap organisasiglobal meningkat sebanyak 58 peratus. Namun demikian, Nhandan (2025) menyatakanbahawa negara membangun seperti Malaysia mempunyai indeks keselamatan siber yanglebih rendah berbanding negara maju.Selain itu, kemajuan teknologi yang pesat telah mewujudkan cabaran besar terhadapkeupayaan adaptasi sosial Masyarakat. Di peringkat setempat, Patrick (2026) menyatakanpihak Polis Malaysia telah mengesan lima video deepfake menggunakan AI untukmempromosikan skim pelaburan palsu. MCMC turut melaporkan 43 618 bahan penipuandipadam dalam suku pertama 2026, meningkat daripada 6 297 pada 2023, (The Vibes,2026). Di peringkat global, cabaran ini menjadi lebih kompleks apabila teknologi AIdimanfaatkan secara meluas oleh penjenayah siber. Hal ini kerana, mereka lebih terdedahdengan penggunaan pesat teknologi kini. Namun, cabaran utama bukan sahaja terletakpada kecanggihan teknologi, tetapi juga pada keupayaan sosial masyarakat untuk bertindakbalas secara bijak dan beretika dalam menghadapi ancaman tersebut.Seterusnya, cabaran penguatkuasaan undang-undang rentas sempadan. Pihakberkuasa akan berdepan kesukaran a[abila kes melibatkan pelaku luar negara. TimbalanMenteri dalam Negeri, Datuk Dr Shamsul Anuar berkata tiada satu akta menyeluruh yangkhusus menangani jenayah siber rentas sempadan, (Mohd Nasaruddin Parzi, 2025),menyebabkan banyak kes sukar diselesaikan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Malaysiasedang menggubal undang-undang jenayah siber sedia ada selain NSRC kini diperkukuhbawah kawal selia KDN dan diterajui Polis Diraja Malaysia, (KDN, 2016). Di peringkat global,cabaran menjadi lebih kompleks kerana jenayah siber terikat kepada sempadan geografi.Menurut Laksara (2025), ASEAN telah meluluskan satu deklarasi menentang jenayah sibersebagai usaha memperkukuhkan Kerjasama serantau. Oleh itu, Kerjasama antarabangsaamat diperlukan.
4.0 KESAN JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIF SOSIAL TERHADAP KEHIDUPANMASYARAKAT SETEMPAT DAN GLOBALJenayah siber secara langsung menjejaskan kepercayaan sosial yang menjadi asas kepadahubungan individu dengan Masyarakat. Banyak jenayah siber yang berlaku dalam Malaysia,antaranya adalah kes jenayah “love scam”. Peningkatan kes penipuan tersebut sebanyak977 kes menunjukkan jumlah kerugian meningkat kepada RM43 juta untuk tempoh setahunberbanding RM41 juta tahun lalu, (Noor Hidayah, 2025). Banyak kes yang bukan sahajamemberi Kesan kepada kewangan Masyarakat, malah menjejaskan kepercayaan individuterhadap orang lain. Bukan sahaja di Malaysia, di peringkat global jenayah siber bukanmuncul sebagai ancaman jauh, tetapi sebagai cabaran utama kepada keselamatan global,kestabilan ekonomi dan kepercayaan sosial. Perkara ini meningkatkan rasa tidak selamatdalam kalangan pengguna digital di seluruh dunia, sekaligus melemahkan kepercayaanterhadap sistem dalam talian.Dari sudut ekonomi, kestabilan kewangan individu serta negara turut terjejas. DiMalaysia, CyberSecurity Malaysia melaporkan lebih 5,900 insiden berlaku pada 2023termasuk 3,705 kes penipuan di mana sebanyak RM1.22 bilion kerugian direkodkan, (Ismail,2025). Secara tidak langsung, Kerajaan turut menanggung kos yang besar untukmemperkukuh sistem keselamatan siber untuk melindungi data dan infrstruktur negara.Kesan ekonomi jenayah siber lebih membimbangkan di peringkat global.Kesan tahunandiramalkan mencecah 10.5 trilion USD menjelang 2025 menunjukkan peningkatan daripada3 trilion pada 2015, (Marcio. D, 2025). Malah, jika dianggap sebagai sebuah negara,“ekonomi jenayah siber” akan menjadi ekonomi ketiga terbesar di dunia. Situasi inimenunjukkan bahawa jenayah siber telah berkembang menjadi ancaman ekonomi globalyang serius dan memerlukan tindakan kolektif.Selain itu, jenayah siber turut memberi impak mendalam terhadap Kesihatan mentalmangsa. Mohd Uzir menyatakan sebanyak 99.3 peratus isi rumah di Malaysia mempunyaiakses kepada telefon bimbit bagi tahun 2023, (Roskhoirah Yahyah, 2024). UNICEF jugaturut melaporkan 83 peratus kanak-kanak Malaysia terdedah dengan Risiko dalam talian.Tambahan pula, laporan terhadap buli siber semakin meningkat yang menunjukkan jenayahsiber boleh menyebabkan tekanan emosi, kemurungan dan kehilangan keyakinan diriterutama pada golongan muda. Di peringkat global, laporan Global Incident ResponseReport mendedahkan bahawa mangsa jenayah siber sering mengalami tekanan psikologiyang ketara, termasuk kebimbangan berlebihan dan kehilangan rasa selamat. Selainkerugian kewangan, kesan emosi yang dialami boleh berpanjangan dan menjejaskan kualiti
hidup mangsa. Oleh itu, jenayah siber perlu dilihat bukan sahaja sebagai isu keselamatan,tetapi juga sebagai cabaran kesihatan mental yang memerlukan perhatian serius.5.0 CARA MENANGANI JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIF SOSIAL ( DARI INDIVIDUKE KERJASAMA GLOBAL)Cara signifikan yang ketara perlu dititikberatkan oleh setiap individu dalam Malaysia atausecara global.5.1 PERANAN INDIVIDUSetiap individu memainkan peranan penting dalam menangani jenayah siber denganmeningkatkan kesedaran keselamatan digital dan tidak mudah berkongsi maklumat peribadi.Selain itu, setiap pautan yang diberikan oleh orang yang tidak dikenali mahupun orang yangdikenali harus difikirkan secara rasional terlebih dahulu sebelum menekannya. Pada 7Oktober 2020, kerajaan melancarkan platform semak mule untuk memeriksa sama adanombor telefon atau akaun bank dikaitkan dengan aktiviti penipuan. Ketua Pengarah JSJKBukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, mendedahkan bahawa sistem itu kini menyimpan299,531 akaun bank, 233,568 nombor telefon dan 7,867 syarikat yang dikaitkan dengansindiket penipuan, (Austin, 2026). Selain itu, peranan individu untuk melaporkan segalakecurigaan penipuan dalam talian perlu ditingkatkan. Penggunaan saluran rasmi NSRC(977) dan beroperasi 24 jam adalah satu cara, dipercayai dapat membantu aliran danamangsa dengan lebih pantas, (Bernama,2026).5.2 PERANAN KELUARGA DAN MASYARAKATPendidikan anak bermula dari rumah dan merupakan tanggungjawab ibubapa. Ibubapaperlu memantau aktiviti anak dalam talian dan mengenalpasti sebarang tanda penipuan. Diperingkat komuniti pula, kempen kesedaran perlu dilakukan secara berterusan, khususnyadi kawasan luar bandar dan pedalaman. Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, setakatini 1,878 kumpulan Komuniti MADANI telah dikenal pasti dan akan diperkukuh menerusiprogram Akademi ASAS Penerangan, serta turut digerakkan bersama kempen keselamatandalam talian kendalian MCMC, (Bernama, 2025). Di kawasan pedalaman, tempat seperti
dewan komuniti, masjid atau balik raya adalah antara pusat untuk menyampaikan amalankeselamatan siber.5.3 PERANAN KERAJAANKerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah proaktif dalam menangani jenayahsiber. Banyak akta yang diwujudkan untuk membanteras jenayah ini, antaranya adalahdengan pindaan kanun keseksaan seksyen 424A hingga 424D - sasaran akaun keldai.Kesannya akan membawa kepada hukuman penjara 3 hingga 10 tahun. Tidak ketinggalan,kerajaan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866), yang sedangmemperkasa instrumen subsidiari bagi memberi tumpuan kepada perlindungan kanak-kanakdalam talian dan pengurusan risiko kandungan. Akta ini juga mewajibkan penyediaperkhidmatan menyediakan pelan keselamatan dalam talian yang mematuhi obligasi barubagi menggalakkan keselamatan siber.5.4 PERANAN INSTITUSI DAN TEKNOLOGISistem keselamatan siber yang lebih canggih perlu dibangunkan oleh institusi kewangandan platform digital. MCMC dan Kementerian Komunikasi melaporkan bahawa sejak tahun2022, mereka telah menyekat 2.2 bilion panggilan meragukan dan 2.2 bilion SMS yang tidakdiminta dalam usaha menangani penipuan dalam talian. Di samping itu, penggunaanteknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengesanan awal corak penipuan dapat membantumengenal pasti transaksi mencurigakan sebelum kerugian berlaku. Akhir sekali, kerjasamaantarabangsa amat penting diteruskan. Sebagaimana, ASEAN melancarkan StrategiKerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026–2030 yang dipimpin Malaysia untukmemperkukuh pertahanan siber serantau. Malaysia juga bekerjasama dengan KesatuanEropah melalui projek ESIWA+ untuk memperkukuh kerangka undang-undang dan dasarsiber negara.
6.0 RUMUSANJenayah siber adalah cabaran sosial mendalam yang menguji integriti dan ketahananMasyarakat. Kerugian besar yang dilaporkan di Malaysia mahupun di peringkat global telahmemberikan petanda khusus bahawa jenayah ini perlu dibendung dengan segera.Pendekatan holistik dari individu, institusi dan Kerjasama global harus dititikberatkan.Teknologi bukan musuh, tetapi cara manusia menggunakannya menentukan masa depanmasyarakat. Masyarakat Madani yang berintegriti tinggi hanya tercapai apabila setiapindividu mengamalkan kejujuran dan tanggungjawab dalam setiap interaksi digital. Marilahkita bersama membina dunia digital yang selamat untuk semua.
7.0 RUJUKANAustin Cameons. (2026). 10pc of Semak Mule Queries show positive scam hits | New StraitsTimes. Nst.com.https://www.nst.com.my/news/nation/2026/03/1403225/10pc-semak-mule-queries-show-positive-scam-hitsBasin, W. A. (2024, September 25). Jenayah Siber di Malaysia: Cabaran dan LangkahPencegahan | IKRAM. Ikram.https://ikram.org.my/jenayah-siber-di-malaysia-cabaran-dan-langkah-pencegahan/BERNAMA. (2026). Online Fraud Losses In Perak Hit RM125 Million, Rising Cases AmongStudents Raise Alarm. Bernama.https://www.bernama.com/en/news.php?id=2545497BERNAMA. (2026, March 17). Lebih 51,000 cubaan serangan berasaskan web dikesan diMalaysia setiap hari sepanjang 2025. Berita Harian.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1522552/lebih-51000-cubaan-serangan-berasaskan-web-dikesan-di-malaysiaFaiz Riziq. (2025, March 4). Malaysia Berdepan Ancaman Kebocoran Data Peribadi danPenipuan Digital pada 2024 - Kaizer Management & Consultancy Sdn Bhd. KaizerManagement & Consultancy Sdn Bhd.https://kaizermc.com/malaysia-berdepan-ancaman-kebocoran-data-peribadi-dan-penipuan-digital-pada-2024/Fuad, N. S. M., Daud, M., & Yusof, A. R. M. (2022). Memahami Jenayah Siber DanKeselamatan Siber Di Malaysia: Suatu Pemerhatian Terhadap Pandangan SarjanaDan Intelektual: Understanding Cybercrime and Cybersecurity in Malaysia: AnObservation from The Perspective of Scholars and Intellectuals. Asian Journal ofEnvironment, History and Heritage, 6(1).Ismail, A. I. (2026, January 4). 9,296 mangsa pelaburan tidak wujud, kerugian lebih RM1.37bilion | Sinar Harian. Sinar Harian.https://www.sinarharian.com.my/article/762744/berita/semasa/9296-mangsa-pelaburan-tidak-wujud-kerugian-lebih-rm137-bilionISMAIL, A. I. (2025, August 26). Jenayah siber catat RM1.22 bilion kerugian | Sinar Harian.Sinar Harian.https://www.sinarharian.com.my/article/745151/berita/semasa/jenayah-siber-catat-rm122-bilion-kerugianKementerian Dalam Negeri (KDN). (2016). Posting Pilihan: Undang-Undang Baharu TanganiJenayah Siber. Rmp.Gov.My.https://www.rmp.gov.my/news-detail/2025/10/10/posting-pilihan-undang-undang-baharu-tangani-jenayah-siber#:~:text=Rang%20Undang-undang%20Jenayah%20Siber%20sedang%20digubal%20bagi%20menyesuaikan,tindak%20balas%20segera%20kepada%20kes%20penipuan%20dalam%20talian.
Laksara. (2025, September 17). ASEAN Sepakati Komitmen untuk Perangi Kejahatan Siberdan Penipuan Daring. Laksara.https://laksara.id/2025/09/17/asean-sepakati-komitmen-untuk-perangi-kejahatan-siber-dan-penipuan-daring/Latifah Arifin. (2024, September 5). Trend jenayah dalam talian meningkat secara ketaratahun demi tahun - JSJK Bukit Aman. Berita Harian.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1294533/trend-jenayah-dalam-talian-meningkat-secara-ketara-tahun-demi-tahunMail, M. (2025, December 8). Malaysians swindled out of RM2.7b in cyber scams in just 11months, police data reveals. Malay Mail ; Malay Mail.https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/12/08/malaysians-swindled-out-of-rm27b-in-cyber-scams-in-just-11-months-police-data-reveals/201156Marcio D. (2025, June 11). Pengenalan Apabila kita mara ke tahun 2025: landskapancaman global. Linkedin.Com.https://my.linkedin.com/pulse/cybercrime-cyberterrorism-2025-global-threat-marcio-dpaulla-hatic?tl=msMohd Nasaruddin Parzi. (2025, October 7). Undang-undang tak sepadan realiti jenayahsiber, keterbatasan kepakaran antara cabaran kritikal bendung “scammer” - KDN.Berita Harian.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/10/1455308/undang-undang-tak-sepadan-realiti-jenayah-siber-keterbatasan?source=widgetNhandan Newspaper. (2025, October 4). Global cybercrime losses projected at $10.5 trillionin2025. https://en.nhandan.vn/global-cybercrime-losses-projected-at-105-trillion-in-2025-post142324.htmlNoor Hidayah Tanzizi. (2025, December 15). Kes “love scam” meningkat, 977 kesdirekodkan hingga November. Harian Metro; New Straits Times.https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1300162/kes-love-scam-meningkat-977-kes-direkodkan-hingga-novemberPatrick, I. J. (2026, April 28). As scams hit RM2.9b, Fahmi warns of AI-powered fraudthreats, calls for stronger action. Yahoo News.https://malaysia.news.yahoo.com/scams-hit-rm2-9b-fahmi-063340944.html?guccounter=1Shamsul Anuar Nasarah. (2025, October 7). KDN pandang serius jenayah penipuan dalamtalian. https://www.shamsulnasarah.com/kdn-pandang-serius-jenayah-penipuan-dalam-talian/Yahya, R. (2024, April 22). 99.3 peratus rakyat Malaysia mempunyai akses telefon bimbit -DOSM | Sinar Harian. Sinar Harian.https://www.sinarharian.com.my/article/660801/berita/nasional/993-peratus-rakyat-malaysia-mempunyai-akses-telefon-bimbit---dosm
8.0 LAMPIRAN DIGITALGambar 1: Statistik Kes Jenayah dalam talian 2025 (Januari – November)Gambar 2: Berita kerugian Negara akibat Jenayah Siber 2024
1INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAKOTA KINABALU, SABAHPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN- PENTAKSIRAN BERTERUSAN - KURSUS : PENDIDIKAN MORALKOD KURSUS : MPU3322KANDUNGAN :TUGASAN 3 - PENULISANNama Pelajar : MICHELLIN STALEY MICHAELNo Angka Giliran : 2022072440011No Kad Pengenalan : 041102-15-0036Kumpulan : PISMP BM SK1Kod / Nama Kursus : MPU3322 / PENDIDIKAN MORALAmbilan : OGOS 2022 SEMESTER II TAHUN 3No. Telefon Bimbit : 0199600043Alamat E-mel : [email protected] Pensyarah Kursus : DR JANET JEQUILINE JOLLY TINJOLMarkah :KRITERIA20 %KUIZ30 %PEMBENTANGAN50 %PENULISAN100 %JUMLAHPemeriksa1Pemeriksa2A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat didalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsuTanda tangan Pelajar: Michellin Tarikh : 29/04/2026B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklum balasdaripada pensyarah)Tanda tangan Pelajar : - Tarikh : -
2Isi Kandung1.0 Pendahuluan…………………………………………………………………………..32.0 Cabaran Jenayah Siber dalam Kehidupan Masyarakat…………………………..3-53.0 Kesan Jenayah Siber terhadap Masyarakat Setempat dan Global……………...5-74.0 Strategi Menangani Jenayah Siber dari Perspektif Sosial………………………...7-85.0 Kesimpulan……………………………………………………………………………..8Rujukan
31.0 PendahuluanDalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi kini, kehidupanmasyarakat telah berubah menjadi lebih pesat dan individu bergantung tinggi dalam duniadigital. Namun, perkembangan teknologi ini turut menimbulkan peningkatan yang ketaradalam jenayah siber yang semakin merunsingkan. Laporan INTERPOL (2023), menunjukkanbahawa jenayah siber kini menjadi antara ancaman keselamatan paling dominan diperingkat global. Menurut Majlis Keselamatan Negara (2024), Jenayah siber merujuk kepadajenayah yang menggunakan rangkaian komputer atau peranti perkakasan (hardware) untukmenganggu mangsa. Dari perspektif sosial, jenayah siber bukan sekadar isu teknikal tetapimencerminkan kegagalan norma dan kawalan sosial dalam ruang digital (Wall, 2007). Realitisedemikian menunjukkan bahawa kemajuan teknologi tanpa pengukuhan nilai sosial akanmembuka ruang kepada jenayah siber. 2.0 Cabaran Jenayah Siber dalam Kehidupan Masyarakat2.1 Jurang Literasi DigitalPeningkatan Jenayah Siber memberikan cabaran besar dalam kehidupan masyarakat. Antaranya ialah wujudnya jurang literasi digital. Walaupun kadar penggunaan internet diMalaysia tinggi , namun tahap kefahaman dan kesedaran keselamatan siber dalam kalanganindividu masih berada pada tahap yang rendah. Perkara ini dapat dilihat melalui penipuandalam talian seperti scam dan phishing yang semakin berleluasa kerana ramai penggunatidak memahami risiko keselamatan siber. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2024),lebih 34,532 kes jenayah dalam talian direkodkan dengan peningkatan sebanyak 35.5%. Halini menunjukkan bahawa masyarakat masih terdedah dengan manipulasi digital. Dengan ini, pengetahuan dan pendidikan yang rendah mengenai jenayah siber menjadi cabaran utamadalam mendepani kemajuan teknologi. Rajah 1.0 Statistik Jenayah Malaysia, 2024Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia
42.2 Sifat anonimiti dan kecanggihan teknologiCabaran kedua ialah sifat anonimiti dan kemajuan teknologi yang semakin canggih. Hal inimenyukarkan penguatkuasaan undang-undang kerana penjenayah beroperasi secara rentassempadan menggunakan identiti palsu dan rangkaian digital yang kompleks. Misalnya, penjenayah menggunakan teknik seperti spoofing, VPN dan akaun palsu untuk mengelakkanpengesanan. Hal ini dapat dibuktikan daripada CyberSecurity Malaysia (2023), lebih 5,900insiden siber dilaporkan pada 2023, termasuklah 3750 ribuan kes penipuan. Polis DirajaMalaysia (2024), turut melaporkan bahawa kerugian melebihi RM 1.22 bilion akibat jenayahsiber pada tahun 2024. Rajah 2.0 Malaysia rugi lebih RM 1.22 bilion akibat jenayah siberSumber : Astro Awani MalaysiaPerkara ini menunjukkan bahawa sifat anonimiti serta kecanggihan teknologi menjadicabaran kerana menyukarkan pengesanan penjenayah sekaligus menyebabkanpenguatkuasaan undang-undang tempatan sahaja tidak mencukupi. 2.3 Kelemahan nilai integriti dalam ruang digital. Masyarakat di Malaysia memahami dan mempraktikkan nilai moral dalam duniasebenar. Namun, norma ini gagal diterjemahkan oleh sesetengah individu dalamruang siber kerana tidak menjaga privasi diri dan kurang pengawasan sosial. Misalnya, pengguna bertindak cuai seperti berkongsi maklumat peribadi sertamenggunakan kata laluan lemah dan perkara ini mendorong dan membuka ruangkepada eksploitasi melalui teknik seperti social engineering. Tambahan itu, keskebocoran data dan penyebaran maklumat palsu menunjukkan bahawa nilai integritidigital masih lemah.
5Rajah 3.0 Malaysia catat kebocoran data peribadi tertinggi di AsiaSumber : Berita Harian OnlineKegagalan melindungi data serta sikap pengguna yang menyebarkanmaklumat tanpa pengesahan membuktikan bahawa cabaran jenayah siber berpuncadaripada kelemahan budaya etika, yang mana hal ini meningkatkan risiko penipuandanmenyebabkan ketidakpercayaan meningkat dalam kalangan masyarakat. 3.0 Kesan Jenayah Siber terhadap Masyarakat Setempat dan GlobalPeningkatan jenayah siber telah membawa kesan yang signifikan kepadamasyarakat. Dari sudut ekonomi, kelemahan pengetahuan pengguna terhadapkeselamatan siber menyebabkan mereka mudah menjadi mangsa penipuan sepertiscam, phishing dan Macau Scam. Hal ini terbukti apabila berlakunya kerugian diMalaysia yang melibatkan jenayah siber sehingga mencecah lebih RM1.22 bilion(Polis Diraja Malaysia, 2024). Situasi ini menunjukkan bahawa jenayah memberikesan langsung kepada kestabilan kewangan individu. Dalam jangka panjang, keadaan ini boleh menjejaskan ekonomi negara apabila keyakinan penggunaterhadap transaksi digital semakin merosot. Selain itu, kes jenayah siber memberikan kesan psikologi terhadap mangsadan hal ini amat membimbangkan. Mangsa jenayah siber sering mengalami tekananemosi, trauma, rasa bersalah dan hilang keyakinan diri terutamanya dalam kes yangmelibatkan manipulasi emosi seperti Love scam dan Macau Scam. Menurut DrZhooriyati Sehu Mohamad dalam BBC Portal (2025), penipuan dalam talianterutamanya love scam akan memberi kesan psikologi yang mendalam terutamagangguan emosi kepada mangsa.
6Rajah 4.0 ‘Love Scam’ Beri Kesan Psikologi, Trauma MendalamSumber : BBC PortalKesan ini berkait rapat dengan kelemahan nilai integriti dalam ruang digital, dimana penjenayah mengambil kesempatan terhadap kepercayaan dan emosimangsa. Lebih kritikal, stigma sosial menyebabkan ramai mangsa tidak melaporkankejadian yang berlaku dan hal ini membolehkan penjenayah terus beroperasi tanpadikesan. Kesan jenayah siber ini bukan sahaja bersifat individu, tetapi turut memberiimplikasi kepada sistem penguatkuasaan untuk menangkap penjenayah. Di peringkat global, sifat anonimiti dan kecanggihan teknologi membolehkanjenayah siber berkembang menjadi ancaman rentas sempadan. Penjenayah bolehberoperasi dari luar negara dengan menggunakan identiti palsu dan teknologipenyamaran dan perkara ini menyukarkan tindakan undang-undang. Sebagai contoh, banyak kes scam di Malaysia dikaitkan dengan sindiket antarabangsa yangberoperasi secara terancang (Sinar Harian, 2026). Rajah 5.0 ‘Scammer’ makin tebal, rakyat terus jadi mangsaSumber : Sinar Harian
7Tambahan pula, serangan siber seperti ransomware terhadap organisasi daninfrastruktur kritikal boleh melumpuhkan sistem penting melibatkan kewangan, kesihatan dan keselamatan. Dengan ini, jelas bahawa jenayah siber bukan hanyaberlaku di dalam negara tetapi turut menjadi ancaman keselamatan pada peringkatglobat. 4.0 Strategi Menangani Jenayah Siber dari Perspektif SosialStrategi yang berkesan dan strategik amat diperlukan bagi menangani jenayah siberyang semakin berleluasa di seantaro dunia. Antaranya, pendidikan keselamatan siber perlu diperkukuh bagi mengatasijurang literasi digital. Kelemahan literasi digital merupakan punca utama masyarakatmudah menjadi mangsa penipuan dalam dunia siber. Oleh itu, pendidikankeselamatan siber perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan bukansahaja di peringkat sekolah tetapi melalui kempen kesedaran awam. Misalnya,inisiatif seperti program oleh CyberSecurity Malaysia perlu diperluaskan denganmenekankan kepentingan kemahiran praktikal seperti mengenal pasti pautanmencurigakan, mengurus kata laluan yang selamat dan mengelakkan perkongsianmaklumat peribadi. Pendekatan ini penting kerana kebanyakan kes jenayah berlakudisebabkan oleh manipulasi pengguna dan bukan hanya kelemahan sistem semata- mata. Dengan meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat, risikomenjadi mangsa jenayah siber dapat dikurangkan sekaligus mengatasi kerugianekonomi dan kesan psikologi terhadap individu. Seterusnya, penggunaan teknologi yang lebih canggih perlu diperkasa bagimenangani kecanggihan dan anonimiti sedia ada penjenayah. Seiring denganperkembangan teknologi, penjenayah siber menggunakan teknik yang semakinkompleks seperti spoofing, VPN dan serangan automatik. Oleh itu, pihak sepatutnyaperlu memanfaatkan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan analitik datadalam mengesan jenayah. Sebagai contoh, sistem perbankan boleh menggunakanAI untuk mengesan corak transaksi yang mencurigakan secara masa nyata danmenyekat aktiviti tersebut sebelum kerugian berlaku. Dalam pada itu, PDRM perluterus memperkukuh unit siasatan jenayah siber dengan kepakaran teknikal dankerjasama antara agensi. Strategi ini penting kerana tanpa penggunaan teknologiyang setara, usaha penguatkuasaan akan sentiasa ketinggalan berbandingpenjenayah. Kes jenayah rentas sempadan juga dapat dikurangkan sertameningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem digital .
8Akhir sekali, pembudayaan etika digital perlu diperkasakan bagi mengatasikelemahan nilai integriti dalam masyarakat. Aspek sosial dan nilai moral perlu diberiperhatian kerana banyak jenayah siber berpunca daripada manipulasi kepercayaandan kelemahan sikap pengguna. Oleh itu, pendidikan etika digital perlu dijadikanagenda nasional melalui institusi pendidikan, masyarakat dan media massa. Masyarakat perlu dibentuk untuk bertanggungjawab dalam menggunakan teknologiseperti tidak menyebarkan maklumat palsu, menjaga privasi diri dan menghormatikeselamatan orang lain dalam talian. Tanpa pembentukan nilai integriti yang kukuh,teknologi yang canggih sekalipun tidak mampu menghalang jenayah siber. Oleh itu, pendekatan ini penting bagi memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap sistemdigital serta mengurangkan kesan sosial seperti ketidakstabilan dan penyebaranmaklumat tidak sahih. 5.0 KesimpulanKesimpulannya, jenayah siber di Malaysia merupakan salah satu isu utama yangsemakin berleluasa pada masa kini selaras dengan kemajuan dunia dalam teknologi. Cabaran dalam isu ini memberikan impak yang besar terhadap ekonomi, kepercayaan masyarakat dan negara kita sendiri. Oleh itu, strategi yang berkesanharuslah dilaksanakan oleh semua pihak tidak hanya dalam negara tetapi secaraglobal. Dalam usaha membina masyarakat madani, setiap individu perlubertanggungjawab untuk menggunakan dan mengaplikasikan teknologi secaraberetika. Tanpa kesedaran ini, kemajuan digital akan terus menjadi ancaman kepadakesejahteraan masyarakat.
9RujukanAstro Awani. (2024). Malaysia rugi lebih RM1.22 bilion akibat jenayah siber. https://www.astroawani.comBBC Portal. (2025, Mac 6). Love scam beri kesan psikologi, trauma mendalam. https://www.bbcportal.my/2025/03/06/love-scam-beri-kesan-psikologi-trauma- mendalam/Berita Harian. (2024). Malaysia catat kebocoran data peribadi tertinggi di Asia. https://www.bharian.com.myCyberSecurity Malaysia. (2023). Cyber security incident statistics report 2023. https://www.cybersecurity.myINTERPOL. (2023). Global crime trend summary report. https://www.interpol.intJabatan Perangkaan Malaysia. (2024). Statistik jenayah Malaysia 2024. https://www.dosm.gov.myMajlis Keselamatan Negara. (2024). Keselamatan siber dan ancaman semasa. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/02/01/jenayah-siber-adakah-peranti- anda-menjadi-sasaran/Polis Diraja Malaysia. (2024). Laporan jenayah komersial dan jenayah siber Malaysia. https://www.rmp.gov.mySinar Harian. (2026). Scammer makin tebal, rakyat terus jadi mangsa. https://www.sinarharian.com.myWall, D. S. (2007). Cybercrime: The transformation of crime in the information age. Polity Press.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN - PENTAKSIRAN BERTERUSAN -KURSUS : PENDIDIKAN MORALKOD KURSUS : MPU3322KANDUNGAN :TUGASAN 1 – KUIZTUGASAN 2 – PEMBENTANGAN TUGASAN 3 - PENULISANNama Pelajar : OLVIE JANE WILFREDNo Angka Giliran : 2022072440022No Kad Pengenalan : 040223-12-0568Kumpulan : PISMP BM SK1Kod / Nama Kursus : MPU3322 / PENDIDIKAN MORALAmbilan : OGOS 2022 SEMESTER II TAHUN 3No. Telefon Bimbit : 019 - 2544895Alamat E-mel : [email protected] Pensyarah Kursus : DR JANET JEQUILINE JOLLY TINJOLMarkah : KRITERIA20 %KUIZ30 %PEMBENTANGAN50 %PENULISAN100 %JUMLAHPemeriksa 1Pemeriksa 2A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan) Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsuTanda tangan Pelajar: Tarikh : 29/04/2026 B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada pensyarah) Tanda tangan Pelajar : - Tarikh : -
KANDUNGAN1.0 PENGENALAN2.0 CABARAN, KESAN DAN CARA MENANGANI JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIF SOSIAL2.1 CABARAN JENAYAH SIBER2.2 KESAN JENAYAH SIBER2.3 CARA MENANGANI JENAYAH SIBER3.0 KESIMPULANRUJUKAN
1.0 PENGENALANJenayah siber merujuk kepada sebarang aktiviti yang dilakukan menggunakan teknologi digital, komputer, rangkaian internet atau sistem maklumat untuk mencuri, menipu, merosakkan data, mengeksploitasi data atau menceroboh privasi seseorang individu(CyberSecurity Malaysia, 2024). Contohnya, penggodaman akaun (hacking), penipuan dalam talian (online scam), pautan untuk mencuri data peribadi (phishing), penyebaran maklumat palsu dan sebagainya (Majlis Keselamatan Negara, 2024). Dalam perspektif sosial, jenayah siber memberi implikasi besar terhadap kesejahteraan masyarakat kerana ia bukan sekadar menyebabkan kerugian material, tetapi ia juga menjejaskan kepercayaan sosial dan juga keselamatan komuniti digital. Di Malaysia, peningkatan kes jenayah siber ini semakin membimbangkan yang mana ia turut menyebabkan kerugian sehinggan mencecah berbilion ringgit setiap tahun, khususnya penipuan dalaam talian seperti scam pelaburan dan penyamaran identiti (Cybersecurity Malaysia, 2024). Situasi ini menunjukkan bahawa kemajuan teknologi tanpa pengukuhan nilai sosial seperti integriti dan tanggungjawab akan membuka ruang kepada peningkatan jenayah siber dalam masyarakat moden era globalisasi ini. 2.0 CABARAN, KESAN DAN CARA MENANGANI JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIF SOSIAL2.1 CABARAN JENAYAH SIBERJenayah siber telah menyebabkan pelbagai pihak menghadapi cabaran dalam era digital ini. Antara cabaran jenayah siber yang dihadapi ialah tahap literasi digital masyarakat yang masih tidak seimbang walaupun akses kepada teknologi semakin meluas. Ramai pengguna teknologi digital, khususnya golongan warga emas dan pengguna baharu masih kurang memahami konsep keselamatan asas seperti pengesahan dua faktor, pengurusan kata laluan dan pengesanan pautan palsu seperti phishing. Keadaan ini telah menjadikan mereka sebagai salah satu sasaran oleh penjenayah siber. Misalnya, laporan daripada Berita Harian (2024) menyatakan bahawa ramai mangsa telah terpedaya dengan scam panggilan telefon yang menyamar sebagai pihak bank atau pihak berkuasa. Situasi ini menunjukkkan bahawa tahap literasi digital atau kesedaran terhadap keselamatan penggunaan teknologi masih kurang. Seterusnya ialah penyebaran berita palsu. Perkara ini sudah tidak asing lagi dalam teknologi digital masa kini. Tanpa kita sedari, ia merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh pelbagai pihak terutamanya di era modenisasi ini. Penyebaran berita palsu yang semakin sukar dikawal dalam ekosisitem digital dengan perkembangan media sosial telah membolehkan maklumat disebarkan secara pantas tanpa proses penapisan yang ketat telah membuka ruang kepada penyebaram maklumat yang tidak sahih dan mengelirukan
masyarakat. Berita palsu yang sering tular bersifat sensasi dan emosi, menyebabkan pengguna berkongsi maklumat tersebut tanpa menyemak kesahihannnya, menurut Sinar Harian (2024). Misalnya, penyebaran maklumat palsu berkaitan isu keselamatan atau kesihatan awam yang boleh mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat. Hal ini juga boleh dilihat pada hari ini yang mana masyarakat di Malaysia telah melaksanakan pembelian panik (Panic Buying) ekoran berita yang tidak sahih berkaitan isu perang di Timur Tengah. Cabaran yang terakhir ialah kecanggihan teknologi dan modus operasi penjenayah siber yang semakin kompleks. Penjenayah kini menggunakan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), ”deepfake” dan teknik kejuruteraan sosial untuk memperdaya mangsa dengan lebih meyakinkan (Berita Harian, 2025). Evolusi teknologi ini menyebbakan jenayah siber semakin sukar dikesan dan ditangani oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh ialah penggunaan laman web pelaburan palsu yang kelihatan profesional mampu meyakinkan mangsa untuk membuat pelaburan tidak wujud. Situasi ini menunjukkan bahawa perkembangan teknologi yang pesat telah menjadi satu cabaran besar kepada usaha pengawalan dan penanganan jenayah siber. 2.2 KESAN JENAYAH SIBERCabaran jenayah siber telah memberikan pelbagai impak negatif kepada semua pihak. Antara implikasi atau kesan jenayah siber ialah ia telah menyebabkan kerugian ekonomi yang signifikan kepada individu dan juga negara (Astro Awani, 2025). Penipuan dalam talian yang popular pada masa kini seperti scam pelaburan dan penipuan e-dagang telah menyebabkan mangsa kehilangan sejumlah besar wang, malah ada yang kehilangan keseluruhan simpanan hidup. Kewujudan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) telah membolehkan individu yang melaksanakan scam menghasilkan pelbagai contoh atau bukti transaksi yang boleh mengelirukan pengguna teknologi digital. Sebagai contoh, kes penipuan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi menyebabkan mangsa menanggung kerugian yang besar. Implikasi ini memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi individu dan seterusnya secara tidak langsung kepada ekonomi negara. Selain itu, menurut Astro Awani (2025), jenayah siber juga memberi kesan kepada pencemaran imej dan reputasi negara di peringkat antarabangsa. Hal ini saya katakan demikian kerana, sekiranya sesebuah negara menunjukkan statistik kes atau jenayah siber yang tinggi seperti kes penipuan dalam talian dan kebocoran data, maka negara tersebut akan dipandang serong oleh negara-negara maju yang lain kerana kelemahan sistem keselamatan digital negara tersebut. Dalam konteks ini, persepsi global terhadap keupayaan sesebuah negara mengurus keselamatan siber akan terjejas dan sekaligus mengurangkan keyakinan pelabur asing dan rakan dagang antarabangsa. Perkara ini bukan sekadar mencemarkan imej sesebuah negara, tetapi juga akan menjejaskan hubungan diplomatik
dalam jangka panjang dan menghalang pertumbuhan ekonomi negara kerana negara lain tidak akan bekerjasama terutamanya dalam aspek import, eksport, pelaburan dan sebagainya. Di samping itu, jenayah siber seperti penipuan dalam talian turut memberi kesan psikologi dan emosi terhadap mangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana, menurut Aisyah Badrul (2025) mangsa penipuan dalam talian akan mengalami tekanan, trauma dan hilang keyakinan akibat kehilangan wang atau ditipu dalam hubungan sosial seperti ”love scam”. Mangsa penipuan akan mengalami kemurungan atau depression akibat kerugian besar dan rasa tertipu. Misalnya, mangsa yang terlibat dalam ”love scam” bukan sahaja kehilangan wang, tetapi juga mengalami kesan emosi yang mendalam. Oleh itu, jelaslah bahawa jenayah siber bukan sekadar memberi kesan yang melangkaui aspek kewangan, tetapi juga kesejahteraan mental individu.2.3 CARA MENANGANI JENAYAH SIBERJenayah siber yang semakin berleluasa dan menyebabkan pelbagai impak negatif kepada semua golongan masyarakat perlu ditangani bagi mengatasi isu atau cabaran ini serta meminimumkan impak yang diterima. Antara langkah yang boleh dilaksanakan ialah pihak kerajaan boleh meningkatkan literasi digital dan kesedaran masyarakat secara menyeluruh melalui pelaksanaan program yang berkesan secara berterusan (Liyana, 2024). Pendidikan berkaitan keselamatan siber atau keselamatan digital perlulah diterapkan dengan lebih mendalam dalam kalangan masyarakat. Misalnya, pihak kerajaan boleh mengadakan satu kempen kesedaran awam dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga boleh menerapkannya melalui sistem pendidikan yang mana pendidikan literasi digital boleh diselitkan atau digabungjalinkan ke dalam pengajaran mana-mana mata pelajaran di sekolah. Tambahan lagi, inisiatif agensi kerajaan seperti CyberSecurity Malaysia dalam menangani masalah jenayah siber ini boleh diperkukuh dengan melaksanakan latihan praktikal seperti simulasi scam. Pendekatan ini juga sekaligus dapat membina masyarakat yang celik digital dan mampu membuat penilaian kritis terhadap maklumat yang diterima di Internet, media sosial dan sebagainya. Selain itu, memperkukuh kerjasama antara pelbagai pihak juga boleh dilaksanakan bagi menangani isu jenayah siber ini. Pihak kerajaan, sektor swasta dan masyarakat antarabangsa boleh menjalinkan sinergi antara sesama bagi membendung dan membanteras isu siber yang semakin meningkat pada era globalisasi ini. Misalnya, institusi kewangan dan syarikat teknologi boleh bekerjasama untuk meningkatkan keselamatan sistem teknologi dan saling berkongsi maklumat mengenai ancaman siber. Menurut Sinar Harian (2024), pendekatan kolaboratif ini mampu meningkatkan keberkesanan pencegahan jenayah siber. Contohnya, pelaksanaan sistem pengesahan pelbagai faktor (MFA) dan
pemantauan transaksi secara berterusan dapat mengurangkan risiko penipuan dalam talian secara signifikan. Tambahan lagi, pihak NGO juga boleh bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk melaksanakan program atau kempen kesedaran. Hal ini untuk memperluas pendedahan mengenai keselamatan siber kepada masyarakat. Akhir sekali, pihak kerajaan juga perlu memperkukuhkan lagi penguatkuasaan undangundang dalam aspek penggunaan teknologi digital bagi menangani isu jenayah siber ini. Pihak kerajaan boleh mengemaskini undang-undang agar ia selari dengan perkembangan teknologi dan menggunakan kaedah moden seperti forensik digital. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan adanya undang-undang yang ketat dan dikemaskini secara berterusan mengikut peredaran zaman, kadar jenayah siber dapat dibendung dan dikurangkan. Misalnya, masyarakat tidak akan berani untuk menyebarkan berita yang tidak ditentukan kesahihannya kerana takut dikenakan tindakan undang-undang. Oleh itu, penguatkuasaan sistem perundangan bukan sekadar dapat mengurangkan berlakunya isu jenayah siber, malah turut memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menggunakan teknologi secara berhemah dan bertanggungjawab. 3.0 KESIMPULANKesimpulannya, jenayah siber bukan sekadar isu teknologi, tetapi juga merupakan sebuah krisis sosial yang secara perlahan-lahan akan menghakis kepercayaan, keselamatan dan nilai kemanusiaan dalam masyarakat digital. Ia juga memberikan impak negatif yang besar terhadap sosial, ekonomi, politik dan kesejahteraan masyarakat. Statistik dan laporan oleh Polis Diraja Malaysia serta CyberSecurity Malaysia menunjukkan bahawa ancaman ini semakin meluas dan kompleks. Lebih membimbangkan lagi, setiap kes penipuan bukan sahaja melibatkan kehilangan wang, tetapi juga maruah, emosi dan harapan mangsa yang sukar diganti. Oleh itu, jika masyarakat terus memandang ringan isu ini tanpa mengubah sikap dan tindakan kolektif yang tegas, jenayah siber akan terus berkembang dan merosakkan asas kepercayaan dan kesejahteraan hidup dalam kehidupan moden.
RUJUKANAisyah Badrul. (2025, March 6). ‘Love scam’ beri kesan psikologi, trauma mendalam. BBC PORTAL. https://www.bbcportal.my/2025/03/06/love-scam-beri-kesan-psikologi-traumamendalam/Berita Harian. (2024). Kes penipuan dalam talian meningkat, masyarakat perlu lebih peka.Berita Harian. (2025, March 13). Deepfake senjata baharu jenayah siber. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1370651/deepfake-senjatabaharu-jenayah-siberBernama. (2025, January 7). Penipuan dalam talian ancam reputasi Malaysia sebagai lokasi perniagaan selamat. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penipuandalam-talian-ancam-reputasi-malaysia-sebagai-lokasi-perniagaan-selamat-503586Bernama. (2025, August 27). Malaysia rugi lebih RM1.22 bilion akibat jenayah siber Dari januari-oktober 2024 - KPN. Astro Awani. https://www.astroawani.com/beritamalaysia/malaysia-rugi-lebih-rm122-bilion-akibat-jenayah-siber-dari-januarioktober-2024-kpn-535958CyberSecurity Malaysia. (2024). Laporan keselamatan siber dan kesedaran awam.Liyana. (2024, January 26). Langkah Mengatasi Jenayah Siber: ISI Penting & Contoh Karangan. eCentral.my. https://ecentral.my/langkah-mengatasi-jenayah-siber/Majlis Keselamatan Negara, K. (2024, February 1). Jenayah siber: Adakah peranti ANDA menjadi sasaran? Laman Web MKN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/02/01/jenayahsiber-adakah-peranti-anda-menjadi-sasaran/Polis Diraja Malaysia. (2024). Statistik jenayah siber Malaysia. PDRM.Sinar Harian. (2024). Jenayah siber semakin membimbangkan di Malaysia.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN - PENTAKSIRAN BERTERUSAN -KURSUS : PENDIDIKAN MORALKOD KURSUS : MPU3322KANDUNGAN :TUGASAN 1 – KUIZTUGASAN 2 – PEMBENTANGAN TUGASAN 3 - PENULISANNama Pelajar : RAINEH BINTI PALINGNo Angka Giliran : 2022072440023No Kad Pengenalan : 021215-12-1030Kumpulan : PISMP BM SK1Kod / Nama Kursus : MPU3322 / PENDIDIKAN MORALAmbilan : OGOS 2022 SEMESTER II TAHUN 3No. Telefon Bimbit : 0128993526Alamat E-mel : [email protected] Pensyarah Kursus : DR JANET JEQUILINE JOLLY TINJOLMarkah : KRITERIA20 %KUIZ30 %PEMBENTANGAN50 %PENULISAN100 %JUMLAHPemeriksa 1Pemeriksa 2A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan) Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsuTanda tangan Pelajar: raineh Tarikh : 29/04/2026 B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada pensyarah) Tanda tangan Pelajar : - Tarikh : -
1PENGHARGAANSaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan serta bantuan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali, saya amat berterima kasih kepada pensyarah iaitu Dr Janet Jequiline Jolly Tinjol yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk ajar serta berkongsi ilmu yang sangat bernilai. Tanpa bimbingan dan nasihat yang diberikan, sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan baik dan teratur. Selain itu, penghargaan juga ditujukan kepada ibu bapa dan keluarga saya yang sentiasa memberikan dorongan, semangat serta sokongan moral sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Kerjasama, perkongsian idea serta perbincangan yang dijalankan bersama mereka telah banyak membantu saya memahami topik tugasan dengan lebih mendalam. Akhir sekali, saya turut menghargai semua pihak yang terlibat, sama ada secara sedar atau tidak, dalam membantu menjayakan tugasan ini. Semoga segala bantuan dan jasa baik yang diberikan mendapat balasan yang setimpal.
2KANDUNGANPERKARA HALAMAN1.0 PENDAHULUAN 32.0 ISI UTAMA2.1 CABARAN2.2 KESAN2.3 CARA MENANGANI3-53.0 KESIMPULAN 6RUJUKAN 7
31.0 PENDAHULUANDalam meniti arus globalisasi yang serba mencabar, Malaysia beraspirasi untuk membangunkan sebuah Masyarakat Madani yang bertamadun tinggi, berteraskan nilai murni dan kesejahteraan bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, (JPNIN, 2023). Walau bagaimanapun, hasrat murni ini kini berhadapan dengan ancaman besar daripada perkembangan teknologi maklumat, khususnya peningkatan kes jenayah siber yang semakin membimbangkan (CyberSecurity Malaysia, 2023).Dari perspektif sosial, jenayah siber didefinisikan sebagai sebarang aktiviti haram yang dilakukan melalui komputer atau internet, seperti penipuan kewangan dan kecurian data, yang memberi impak negatif kepada struktur sosial dan keselamatan komuniti (Muharam et al., 2023).Isu ini bukan sekadar masalah teknikal yang boleh diselesaikan dengan sistem keselamatan siber yang canggih, malahan ia merupakan satu krisis moral yang lebih mendalam. Ia membuktikan bahawa kemajuan teknologi tanpa pegangan nilai integriti, tanggungjawab, dan etika akan menjadi senjata yang akhirnya memakan diri sendiri (Daud, 2024). Dalam konteks ini, kelemahan nilai dalam kalangan pengguna teknologi menjadi faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jenayah siber, sekali gus menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh daripada aspek pendidikan, kesedaran, dan penguatkuasaan undang-undang. Oleh itu, penulisan ini akan mencerakinkan cabaran, kesan, dan langkah menangani jenayah siber dari sudut pandang sosial demi kelestarian tamadun bangsa.2.0 ISI UTAMABahagian ini membincangkan isu-isu utama berkaitan jenayah siber yang memberi kesan kepada masyarakat, khususnya dari sudut cabaran, impak, dan usaha menangani masalah tersebut. Perbincangan ini penting bagi memahami bagaimana perkembangan teknologi digital yang pesat bukan sahaja membawa kemajuan, tetapi turut membuka ruang kepada pelbagai risiko keselamatan siber yang semakin kompleks. Dalam konteks masyarakat moden, jenayah siber bukan lagi isu teknikal semata-mata, tetapi telah berkembang menjadi isu sosial, ekonomi dan moral yang mempengaruhi kestabilan negara. Oleh itu, analisis terhadap aspek cabaran, kesan dan langkah penyelesaian adalah penting bagi memastikan keseimbangan antara kemajuan teknologi dan pembentukan masyarakat yang beretika serta berdaya tahan.
42.1 CABARANCabaran utama dalam menangani jenayah siber adalah ketiadaan kesepakatan masyarakat untuk mengamalkan nilai integriti dan kejujuran dalam penggunaan teknologi (Muharam et al., 2023). Apabila nilai moral dipinggirkan, individu cenderung menggunakan kemahiran digital untuk kepentingan peribadi yang merugikan orang lain termasuklah penipuan kewangan, pencerobohan data dan manipulasi maklumat (Floridi, 2022). Selain itu, kepantasan evolusi teknologi siber yang bersifat global menyukarkan kawalan sosial di peringkat tempatan kerana ancaman boleh berlaku tanpa sempadan geografi dan masa(INTERPOL, 2023). Masyarakat setempat sering terdedah kepada propaganda atau taktik penipuan yang semakin kompleks seperti phishing dan scam berasaskan kecerdasan buatan yang sukar dikesan secara manual.Cabaran ini ditambah lagi dengan tahap literasi digital yang masih tidak seimbang dalam kalangan masyarakat, di mana golongan yang lemah mudah menjadi mangsa eksploitasi siber (OECD, 2021). Ketidaksamarataan pengetahuan digital ini menyebabkan jurang keselamatan siber semakin luas antara golongan bandar dan luar bandar.Hakikatnya, mengimbangi antara kemajuan fizikal dengan keteguhan moral dalam ruang siber merupakan cabaran terbesar bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia dalam mengekalkan identiti Masyarakat Madani (JPNIN, 2023). Tanpa kesedaran kolektif dan pendidikan berterusan, cabaran ini akan terus menjadi penghalang kepada pembentukan masyarakat digital yang selamat dan beretika.2.2 KESANImpak jenayah siber terhadap kehidupan masyarakat setempat dan global adalah sangat mendalam, terutamanya dari segi hakisan kepercayaan sosial. Apabila kes penipuan kewangan meningkat, rasa selamat dalam kalangan masyarakat mula terjejas, sekali gus menjejaskan keharmonian interpersonal dan hubungan sosial (Leukfeldt & Holt, 2022).Keadaan ini menyebabkan individu menjadi lebih berhati-hati secara berlebihan sehingga mengurangkan interaksi sosial dan kepercayaan dalam transaksi digital harian. Dari perspektif global, jenayah siber menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dan sosial yang boleh menjejaskan imej sesebuah negara di mata dunia seperti kehilangan keyakinan pelabur dan gangguan terhadap sistem kewangan digital (World Economic Forum, 2023).
5Lebih membimbangkan, jenayah ini membawa kepada keruntuhan moral apabila kecurian data peribadi semakin dinormalisasikan dalam masyarakat digital moden (Floridi, 2022). Fenomena ini mendorong generasi muda untuk melihat tingkah laku tidak berintegriti sebagai perkara biasa dalam ruang siber. Kesan sosiologikal ini menunjukkan bahawa tanpa kawalan moral yang kukuh, kemajuan teknologi digital berpotensi melahirkan masyarakat yang mahir secara teknikal tetapi lemah dari segi nilai kemanusiaan. Situasi ini sekali gus boleh menggagalkan usaha pembentukan Masyarakat Madani yang berteraskan nilai etika, integriti dan kesejahteraan sosial (JPNIN, 2023).2.3 CARA MENANGANIBagi menangani kemelut ini, pendekatan holistik yang menggabungkan penguatkuasaanundang-undang dan pengukuhan nilai moral adalah amat penting dalam memastikan keberkesanan jangka panjang. Pertama, penerapan nilai integriti dan kejujuran perlu diperkasakan melalui sistem pendidikan moral dan digital agar setiap individu mempunyai benteng dalaman yang kukuh apabila berhadapan dengan godaan dunia siber (OECD, 2021). Pendidikan ini perlu bermula sejak peringkat awal persekolahan supaya budaya penggunaan teknologi secara beretika dapat dibentuk secara berterusan. Kedua, masyarakat perlu didedahkan dengan kemahiran digital yang beretika, di mana penggunaan teknologi disertakan dengan kesedaran terhadap tanggungjawab sosial dan hak digital orang lain (European Commission, 2022).Seterusnya, kerjasama di peringkat global dan tempatan melalui perkongsian data serta strategi pertahanan siber yang inovatif adalah sangat penting bagi membanteras sindiket jenayah ini secara efektif (INTERPOL, 2023). Selain itu, pengaplikasian kemahiran digital secara kreatif dan inovatif dalam mempromosikan amalan terbaik siber juga mampu membina komuniti yang lebih berdaya tahan terhadap ancaman penipuan (CyberSecurity Malaysia, 2023). Dengan memartabatkan etika dalam setiap tindakan digital, masyarakat dapat memastikan teknologi terus menjadi pemangkin kepada kesejahteraan, bukannya punca kehancuran sosial dan moral (Floridi, 2022).
63.0 KESIMPULANSebagai kesimpulan, jenayah siber merupakan ujian besar terhadap keteguhan moral dan integriti masyarakat Malaysia dalam era digital yang semakin berkembang pesat (UNODC, 2021). Fenomena ini menunjukkan bahawa kemajuan teknologi tanpa disertai dengan nilai etika yang kukuh boleh membawa kepada pelbagai implikasi negatif yang menjejaskan keselamatan individu, masyarakat, dan negara. Kegagalan untuk bertindak secara kolektif dalam mengamalkan nilai-nilai sejagat seperti kejujuran, tanggungjawab, dan amanah hanya akan menjadikan masyarakat lebih terdedah kepada penyalahgunaan teknologi yang dicipta sendiri (Floridi, 2022). Dalam konteks ini, jenayah siber tidak boleh dipandang sebagai isu terpencil, sebaliknya ia merupakan cabaran sosial yang memerlukan kerjasama menyeluruh daripada semua lapisan masyarakat.Oleh itu, menjadi tanggungjawab moral setiap warga negara untuk memastikan ruang siber kekal selamat, bersih dan berintegriti demi kesejahteraan bersama (INTERPOL, 2023). Usaha ini juga selari dengan aspirasi pembinaan masyarakat madani yang menekankan keseimbangan antara kemajuan material dan kekuatan nilai rohani (JPNIN, 2023). Pendekatan ini penting bagi memastikan pembangunan negara tidak hanya tertumpu kepada aspek teknologi dan ekonomi semata-mata, tetapi turut memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah dan nilai kemanusiaan. Dengan komitmen berterusan daripada semua pihak, teknologi digital dapat dimanfaatkan sebagai pemangkin kepada pembangunan masyarakat yang lebih beretika, berdaya tahan dan progresif (World Economic Forum, 2023).
7RUJUKANCyberSecurity Malaysia. (2023). Cyber security threat landscape report. https://www.cybersecurity.my/portalmain/search?keyword=peningkatan+kes+jenayah+siberDaud, M. (2024). Issues and challenges in addressing cybercrime in Malaysia. Kanun:Jurnal Undang-undang Malaysia. https://doi.org/10.37052/kanun.37(1)no1European Commission. (2022). Digital education action plan (2021–2027). https://education.ec.europa.eu/focus-topics/digital-education/action-planFloridi, L. (2022). The ethics of information (2nd ed.). Oxford University Press. https://scholar.google.com/scholar?q=The+Ethics+of+Information+Floridi+2022INTERPOL. (2023). Cybercrime. https://www.interpol.int/en/Crimes/CybercrimeJabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). (2023). Masyarakat Madani. https://www.jpnin.gov.myLeukfeldt, R., & Holt, T. J. (2022). Cybercrime and digital trust: Concepts, challenges and implications.https://scholar.google.com/scholar?q=cybercrime+digital+trust+Leukfeldt+Holt+2022Muharam, S. S., Suhaimi, M. Z., & Marcus, M. (2023). Cybercrimes in Malaysia. Journal of Education and Social Sciences.https://www.researchgate.net/publication/367655136_CYBERCRIMES_IN_MALAYSIAOrganisation for Economic Co-operation and Development (OECD). (2021). 21st-century readers: Developing literacy in a digital world. https://www.oecd.org/education/21stcentury-readers-a83d84cb-en.htmlUnited Nations Office on Drugs and Crime (UNODC). (2021). Comprehensive study on cybercrime. https://www.unodc.org/unodc/en/cybercrime/global-study-oncybercrime.htmlWorld Economic Forum. (2023). Global Cybersecurity Outlook 2023. https://www.weforum.org/reports/global-cybersecurity-outlook-2023
1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN - PENTAKSIRAN BERTERUSAN -KURSUS : PENDIDIKAN MORALKOD KURSUS : MPU3322KANDUNGAN :TUGASAN 1 – KUIZTUGASAN 2 – PEMBENTANGAN TUGASAN 3 - PENULISANNama Pelajar : STELLA MORITINNo Angka Giliran : 2022072440025No Kad Pengenalan : 040903-12-1484Kumpulan : PISMP BM SK1Kod / Nama Kursus : MPU3322 / PENDIDIKAN MORALAmbilan : OGOS 2023 SEMESTER II TAHUN 3No. Telefon Bimbit : 0128321807Alamat E-mel : [email protected] Pensyarah Kursus : DR JANET JEQUILINE JOLLY TINJOLMarkah : KRITERIA20 %KUIZ30 %PEMBENTANGAN50 %PENULISAN100 %JUMLAHPemeriksa 1Pemeriksa 2A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan) Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsuTanda tangan Pelajar: Stella Tarikh : 29/04/2026 B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada pensyarah) Tanda tangan Pelajar : - Tarikh : -
1KANDUNGANBIL. PERKARA MUKA SURAT1.0 PENGENALAN 22.0 CABARAN ISU JENAYAH SIBER2.1 KECANGGIHAN DAN KEPELBAGAIAN JENAYAH SIBER2.2 TAHAP LITERASI DIGITAL YANG RENDAH2.3 KEKANGAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 2 3 33.0 KESAN ISU JENAYAH SIBER3.1 KESAN TERHADAP KESEJAHTERAAN EMOSI INDIVIDU3.2 KERUGIAN KEWANGAN DAN EKONOMI3.3 HAKISAN KEPERCAYAAN DALAM MASYARAKAT DIGITAL 4 5 54.0 CARA MENANGANI ISU JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIFSOSIAL DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT SETEMPAT DANGLOBAL 55.0 RUMUSAN 66.0 RUJUKAN 77.0 LAMPIRAN 8
21.0 PENGENALANJenayah siber ditakrifkan sebagai perlakuan jenayah yang dilakukan melalui penggunaanperanti elektronik dan rangkaian internet sebagai medium utama serta berupaya melangkaui sempadan geografi dalam tempoh masa yang singkat (Karim & Lyndon, 2023). Dalamperspektif sosial, jenayah siber dilihat sebagai satu fenomena yang mampu menjejaskan hubungan interpersonal, tahap kepercayaan serta kesejahteraan komuniti apabila berlakunya kes seperti penipuan dalam talian, penyebaran berita palsu dan buli siber dalam kalangan pengguna. Dalam konteks masyarakat setempat, isu ini boleh mengganggu keharmonian sosial serta menimbulkan rasa tidak selamat dalam interaksi harian, manakala di peringkat global pula, jenayah siber menjadi ancaman rentas sempadan yang semakin kompleks akibat perkembangan pesat teknologi dan globalisasi, termasuk kes penggodaman, kecurian identiti dan serangan terhadap sistem organisasi. Melalui isu yang dimuat naik oleh Berita Harian pada tahun 2024, jenayah siber di Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 51 peratus yang mana membabitkan 147374 kes dan nilai kerugian melebihi RM5 bilion dalam tempoh lima tahun lalu (Arifin, 2024). Oleh itu, jenayah siber dari perspektif sosial perlu difahami sebagai satu cabaran moden yang bukan sahaja melibatkan pelanggaran undang-undang tetapi juga memberi kesan mendalam terhadap struktur sosial, nilai kepercayaan dan kestabilan masyarakat secara menyeluruh.2.0 CABARAN ISU JENAYAH SIBERIsu jenayah siber semakin berleluasa dari hari ke hari, sama ada di dalam mahupun di luar negara, dan keadaan ini telah melibatkan ramai mangsa daripada pelbagai peringkat umur tanpa mengira jantina. Berikut merupakan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menangani isu jenayah siber.2.1 KECANGGIHAN DAN KEPELBAGAIAN JENAYAH SIBERPerkembangan pesat teknologi digital telah mendorong evolusi taktik jenayah siber yang semakin kompleks dan sukar dikesan seperti penggunaan teknik ‘phishing’, perisian hasad (malware) dan kejuruteraan sosial. Penjenayah siber kini memanfaatkan kecerdasan buatan serta data peribadi pengguna bagi memperdaya mangsa secara lebih tersasar dan sistematik sekali gus menggambarkan pengabaian nilai etika, integriti dan tanggungjawab sosial dalam penggunaan teknologi. Situasi ini juga menimbulkan isu moral apabila individu sanggup mengeksploitasi kelemahan orang lain demi keuntungan, tanpa mempertimbangkan kesan terhadap kesejahteraan emosi dan kewangan mangsa.
3Kecanggihan dan kepelbagaian jenayah siber semakin ketara seiring dengan perkembangan teknologi digital apabila pelbagai bentuk serangan seperti penipuan kewangan, kecurian identiti, pencerobohan data dan manipulasi maklumat dilaporkan berlaku secara meluas dalam masyarakat. Di Malaysia, laporan menunjukkan bahawa jenayah siber kini melibatkan pelbagai modus operandi yang kompleks dan berlapis, mencerminkan tahap kerumitan yang semakin meningkat dalam landskap ancaman digital. Tambahan pula, peningkatan mendadak sebanyak 1,100 peratus dalam kes kebocoran data membuktikan bahawa teknik serangan siber semakin canggih dan sukar dikawal(BERNAMA, 2025). Pada peringkat global, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menegaskan bahawa sindiket jenayah siber kini menggunakan teknologi dan model operasi baharu yang lebih tersusun serta menguntungkan sekali gus memperlihatkan evolusi jenayah siber sebagai ancaman yang semakin sofistikated dan berdaya saing(Hakim, 2024). 2.2 TAHAP LITERASI DIGITAL YANG RENDAHKecanggihan dan kepelbagaian jenayah siber semakin meningkat seiring dengan kelemahan tahap literasi digital dalam kalangan masyarakat, yang menyebabkan pengguna lebih mudah terdedah kepada pelbagai bentuk serangan siber yang kompleks. Hal ini terbukti apabila tahap literasi digital yang rendah dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes jenayah dalam talian serta kerugian yang tinggi dalam kalangan pengguna (Hashim, 2024). Kekurangan pengetahuan tentang amalan keselamatan dalam talian, seperti pengurusan kata laluan yang selamat dan pengenalpastian laman sesawang palsu, menyebabkan pengguna mudah terdedah kepada ancaman. Dalam konteks ini, penjenayah siber mengambil kesempatan terhadap kekurangan pengetahuan pengguna berkaitan keselamatan digital seperti kegagalan mengenal pasti laman sesawang palsu atau taktik penipuan yang semakin canggih.Dari perspektif sosial, situasi ini mencerminkan jurang pengetahuan digital yang boleh menjejaskan kesejahteraan individu serta mengurangkan keupayaan masyarakat untuk berinteraksi secara selamat dalam persekitaran digital. Hal ini disokong oleh kajian lepas yang mana dijelaskan bahawa kekurangan pengetahuan digital dalam kalangan masyarakat sering dieksploitasi oleh penjenayah siber, sekali gus membuktikan bahawa kecanggihan jenayah siber berkait langsung dengan kelemahan literasi digital pengguna(Sila & Taufik, 2023).
42.3 KEKANGAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANGJenayah siber bersifat tanpa sempadan yang melibatkan pelaku, mangsa dan infrastruktur teknologi dari pelbagai negara sekali gus menimbulkan cabaran besar dalam aspek perundangan dan penguatkuasaan. Kajian oleh Mahyuddin Daud (2025) dalam Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia mendapati bahawa cabaran utama dalam menangani jenayah siber termasuklah isu bidang kuasa dalam penyiasatan rentas negara, kesukaran mengenal pasti lokasi sebenar penjenayah serta kekangan dalam pengumpulan dan pemeliharaan bukti digital yang sah untuk tujuan pendakwaan. Selain itu, kajian lain turut menegaskan bahawa keterbatasan peruntukan undang-undang khusus dan kekangan bukti menyebabkan banyak kes jenayah siber sukar didakwa secara berkesan, sekali gus melemahkan keberkesanan sistem perundangan sedia ada (Saifuddin et al., 2025).Perbezaan sistem perundangan, kekurangan kerjasama antarabangsa yang efektif serta keterbatasan sumber teknologi dalam pengesanan forensik digital menyukarkan proses penyiasatan dan pendakwaan. Hal ini menuntut penambahbaikan dasar, peningkatan keupayaan agensi penguatkuasa serta kerjasama global yang lebih kukuh bagi menangani ancaman jenayah siber secara berkesan. Oleh itu, jelas bahawa kekangan penguatkuasaan undang-undang dalam menangani jenayah siber memerlukan penambahbaikan dari segi kerangka perundangan, peningkatan keupayaan forensik digital serta pengukuhan kerjasama antarabangsa bagi memastikan keberkesanan tindakan terhadap jenayah ini.3.0 KESAN ISU JENAYAH SIBERIsu jenayah siber yang tidak terkawal ini mampu membawa kesan yang negatif dari perspektif sosial dalam negara mahupun secara global.3.1 KESAN TERHADAP KESEJAHTERAAN EMOSI INDIVIDUJenayah siber seperti penipuan dalam talian dan buli siber memberi impak signifikan terhadap kesihatan mental mangsa termasuk tekanan, kebimbangan dan gangguan emosi yang berpanjangan. Berdasarkan kajian lepas daripada Jamil et al. (2021), kajian tersebutmendapati bahawa mangsa penipuan dalam talian (online fraud) mengalami tekanan emosi yang serius seperti kebimbangan, rasa bersalah, kemurungan dan kehilangan keyakinan diri, terutama apabila melibatkan kerugian kewangan yang besar. Situasi ini berlaku apabila mangsa berdepan kehilangan kewangan, pendedahan maklumat peribadi atau serangan psikologi secara berterusan dalam ruang digital. Dari perspektif sosial, kesan ini bukan sahaja menjejaskan individu, malah boleh mempengaruhi fungsi sosial mereka seperti keyakinan diri, interaksi interpersonal dan kualiti kehidupan secara keseluruhan.
53.2 KERUGIAN KEWANGAN DAN EKONOMIJenayah siber merupakan ancaman serius terhadap kestabilan ekonomi apabila melibatkan kerugian kewangan yang besar kepada individu, organisasi dan negara. Kajian globalmenunjukkan bahawa serangan siber seperti kebocoran data, ransomware dan penipuan digital bukan sahaja menyebabkan kehilangan dana secara langsung, malah turut meningkatkan kos pemulihan sistem, gangguan operasi serta kerugian peluang perniagaan(Kokaji & Goto, 2022). Aktiviti seperti penipuan kewangan, kecurian identiti dan serangan terhadap sistem perbankan boleh menyebabkan kehilangan dana serta meningkatkan kos pemulihan sistem keselamatan. Dalam skala yang lebih luas, situasi ini turut menjejaskan keyakinan pengguna terhadap ekonomi digital dan boleh memperlahankan perkembangan sektor teknologi serta transaksi dalam talian. Hal ini disokong lagi dengan analisis statistikkes dan kerugian dalam talian yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada tahun 2021 hingga tahun 2023 yang mana statistik menunjukkan peningkatan dalam jumlah kerugian dan kes yang berlaku di Malaysia. Analisi statistik dapat dilihat dalam lampiran.3.3 HAKISAN KEPERCAYAAN DALAM MASYARAKAT DIGITALPeningkatan kes jenayah siber berupaya menghakis tahap kepercayaan masyarakat terhadap penggunaan teknologi digital, khususnya dalam urusan harian seperti perbankan dalam talian, komunikasi dan perkongsian maklumat. Ketidakpastian terhadap keselamatan data dan risiko menjadi mangsa jenayah menyebabkan pengguna lebih berhati-hati atau enggan terlibat dalam persekitaran digital. Manakala berdasarkan kajian di luar negara iaitu dalam kajian Cybersecurity and Trust Formation in Digital Payment Use Behaviour in North India (2026) menunjukkan bahawa persepsi terhadap risiko keselamatan siber mempunyai hubungan langsung dengan tahap kepercayaan pengguna terhadap sistem digital, khususnya dalam penggunaan pembayaran dalam talian (Aljaradat & Shukla, 2026). Hal ini boleh menjejaskan pembangunan masyarakat digital yang mampan serta menghalang usaha ke arah pendigitalan yang lebih meluas dalam pelbagai sektor kehidupan.4.0 CARA MENANGANI ISU JENAYAH SIBER DARI PERSPEKTIF SOSIAL DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT SETEMPAT DAN GLOBALCara menangani isu jenayah siber dari perspektif sosial memerlukan pendekatan strategik yang inovatif, praktikal dan berimpak tinggi terhadap masyarakat setempat. Antaranya ialah pelaksanaan program literasi digital berasaskan komuniti pintar, iaitu melalui kolaborasi antara sekolah, institusi pengajian, pihak berkuasa dan komuniti setempat bagi menyediakan
6latihan keselamatan siber secara berkala menggunakan simulasi kes sebenar (real-case simulation) seperti senario penipuan dalam talian. Selain itu, pengenalan duta keselamatan siber komuniti yang terdiri daripada sukarelawan terlatih boleh membantu menyebarkan maklumat, memberi bimbingan serta menjadi rujukan segera kepada masyarakat dalam menangani ancaman siber. Di samping itu, pembangunan platform sokongan mangsa jenayah siber secara bersepadu yang menggabungkan khidmat kaunseling psikologi, bantuan undang-undang dan sokongan kewangan secara dalam talian dapat membantu mangsa pulih secara holistik. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan tahap kesedaran, malah memperkukuh daya tahan sosial masyarakat terhadap ancaman digital.Di peringkat global pula, langkah strategik perlu menumpukan kepada kerjasama rentas negara yang lebih sistematik dan berteknologi tinggi. Antaranya ialah pembentukan rangkaian kerjasama keselamatan siber global berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan perkongsian data ancaman secara masa nyata antara negara bagi mengesan dan mencegah serangan lebih awal. Selain itu, pengenalan standard etika digital global yang diselaraskan antara negara dapat membentuk garis panduan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab, sekali gus menangani isu moral dalam jenayah siber. Seterusnya, pembangunan sistem pengesahan identiti digital bersepadu antarabangsa yang selamat dan mesra pengguna mampu mengurangkan risiko penyamaran dan kecurian identiti dalam transaksi digital. Pendekatan inovatif ini bukan sahaja relevan dengan perkembangan teknologi semasa, malah berpotensi dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan keselamatan siber yang lebih mampan di peringkat global.5.0 RUMUSANSecara keseluruhannya, jenayah siber bukan sekadar isu teknologi, tetapi merupakan cerminan nilai moral dan tanggungjawab manusia dalam era digital yang semakin mencabar. Setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan teknologi digunakan secara beretika, berintegriti dan tidak disalahgunakan untuk kepentingan diri yang memudaratkan orang lain. Dalam menghadapi ancaman ini, masyarakat perlu sedar bahawa setiap tindakan dalam ruang siber mempunyai implikasi yang nyata terhadap kesejahteraan emosi, keselamatan dan kepercayaan sosial. Oleh itu, pembinaan jati diri yang kukuh, kesedaran sivik digital serta rasa empati terhadap sesama manusia harus dipupuk agar kita tidak menjadi penyumbang kepada kerosakan, sebaliknya menjadi agen perubahan yang memelihara keharmonian dalam dunia digital. Hanya dengan kesedaran moral yang tinggi dan tindakan kolektif, masyarakat mampu membentuk persekitaran siber yang lebih selamat, beretika dan berperikemanusiaan untuk generasi kini dan akan datang.
76.0 RUJUKANAljaradat, A., & Shukla, S. (2026). Cybersecurity and trust formation in digital payment use behaviour in North India. Discover Sustainability, 7(498). https://doi.org/10.1007/s43621-026-02769-xArifin, L. (2024, September 5). Trend jenayah dalam talian meningkat secara ketara tahun demi tahun - JSJK Bukit Aman. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1294533/trend-jenayah-dalamtalian-meningkat-secara-ketara-tahun-demi-tahunBERNAMA. (2025). Malaysia Rugi Lebih RM1.22 Bilion Akibat Jenayah Siber Dari JanuariOktober 2024 - KPN. BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2460711Daud, M. (2025). Isu dan Cabaran dalam Usaha Menghadapi Jenayah Siber di Malaysia. Kanun Jurnal Undang-Undang Malaysia, 37(1), 1–28. https://doi.org/10.37052/kanun.37(1)no1Department of Statistics Malaysia. (2024). Crime statistics, Malaysia, 2023Hakim, I. (2024, October 8). Kes Penipuan Siber Dilapor Terus Meningkat Sehingga AS$37 Bilion Pada Tahun 2023, Kata PBB. Malaysia Corporate. https://themalaysiacorporate.com/2024/10/08/kes-penipuan-siber-dilapor-terusmeningkat-sehingga-as37-bilion-pada-tahun-2023-kata-pbb/Hashim, F. (2024, September 7). Literasi digital lemah, kerugian jenayah dalam talian dikhuatiri cecah RM1 bilion. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2024/09/literasi-digital-lemah-kerugian-jenayahdalam-talian-dikhuatiri-cecah-rm1-bilion/Jamil, A. H., Mohd Sanusi, Z., Yaacob, N. M., Mat Isa, Y., & Tarjo, T. (2021). The Covid-19 impact on financial crime and regulatory compliance in Malaysia. Journal of Financial Crime, 29(2). https://doi.org/10.1108/jfc-05-2021-0107Karim, M. Y. A., & Lyndon, N. (2023). Pandangan Dunia Pengguna Perniagaan Dalam Talian Tentang Jenayah Siber. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(7), e002392–e002392. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i7.2392
8Kokaji, A., & Goto, A. (2022). An analysis of economic losses from cyberattacks: based on input–output model and production function. Journal of Economic Structures, 11(1). https://doi.org/10.1186/s40008-022-00286-4Saifuddin, S., Hashim, F. Y., Zahir, M. Z. M., & Halim, A. H. A. (2025). Enforcement of Sharia Criminal Offences in Cyberspace: Challenges from Malaysian Legal Perspective. Prophetic Law Review, 7(1), 25–46. https://doi.org/10.20885/plr.vol7.iss1.art2Sila, G. E., & Taufik, M. C. (2023). Literasi Digital Untuk Melindungi Masyarakat Dari Kejahatan Siber. Komversal: Jurnal Komunikasi Universal, 5(1), 112–123. https://doi.org/10.38204/komversal.v5i1.1225