The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SMECorp Malaysia Business Strategic Plan 2022-2030

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by karyailusi, 2022-10-07 00:24:51

SMECorp Malaysia Business Strategic Plan 2022-2030

SMECorp Malaysia Business Strategic Plan 2022-2030

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Lebihan Maklumat dan Risiko Maklumat yang Salah

Ketersediaan maklumat dengan akses internet yang mudah membolehkan pengguna membuat
keputusan berdasarkan fakta apabila membuat pembelian. Walaupun ini memberi kuasa kepada
pengguna untuk mempunyai pilihan barangan dan perkhidmatan yang tidak berkesudahan, terdapat
juga risiko maklumat yang salah. 'Dr. Google', adalah contoh yang wajar diambil kira, di mana orang
ramai mendapatkan nasihat atau diagnosis kesihatan dalam talian berdasarkan gejala tertentu yang
mungkin mereka alami. Sebahagian daripada maklumat yang ada di internet mungkin bukan daripada
doktor atau pengamal perubatan yang sah dan seterusnya menyebabkan komplikasi lanjut kepada
pesakit.

TREND PASARAN
Kemunculan Ekonomi yang Didorong oleh Pengguna

Gabungan kedua-dua trend tersebut menghasilkan pasaran didorong oleh pengguna yang
menggalakkan persaingan lebih besar dalam kalangan perniagaan dengan mengutamakan keperluan
dan kehendak pengguna, justeru membolehkan kuasa pasaran menggerakkan ekonomi. Hasil
daripada hubungan laissez-faire ini ialah perniagaan mesti mula membangunkan strategi inovatif
untuk mendapat kelebihan daya saing mengatasi pemain pasaran lain.

Menukar Pekerjaan Tradisional kepada Keusahawanan

Perubahan dalam orde tradisional dunia mewujudkan penghijrahan pekerja daripada jenis pekerjaan
konvensional kepada penerokaan keusahawanan. Disertakan dengan ekonomi pasaran bebas,
usahawan menjadi pemacu penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial global. Mengikut trend
keusahawanan, ekonomi gig telah mendapat populariti sebagai pilihan kerjaya alternatif, terutamanya
dalam kalangan generasi muda milenial dan siswazah yang menganggur. Pandemik COVID-19 juga
telah mempengaruhi perubahan dalam perspektif pengguna terhadap gaya hidup mereka sendiri,
apabila keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan lebih bernilai berbanding sebelum ini (rujuk
kepada Carta 2.3).

Carta 2.3: Unjuran Nilai Kasar Ekonomi Gig, 2018 hingga 2023

RM bilion CAGR:
2,500 11.3%
2,000
1,500 1,700.7 1,928.7
1,000
500 1,257.1 1,472.6
0
864.3 1,052.0
2018
2019 2020* 2021* 2022* 2023*

Sumber: Mastercard, 2019
*ramalan

047

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Meningkatkan Inisiatif dan Sokongan terhadap Pemerkasaan Wanita

Selaras dengan usaha oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam Matlamat Pembangunan
Mampan (SDG) 5: Kesaksamaan Jantina, dasar dan sumber telah direka dan diperuntukkan untuk
memberi tumpuan kepada pemerkasaan wanita dengan tujuan mencapai kesaksamaan jantina yang
menawarkan gaji yang sama dan peluang pekerjaan yang adil untuk wanita dan lelaki. Contoh program
dan inisiatif global dan Malaysia yang dipacu untuk pemerkasaan wanita (rujuk kepada Jadual 2.1).

Jadual 2.1: Program dan Inisiatif Global dan Malaysia yang Dipacu untuk Pemerkasaan Wanita

Global Malaysia

¢ Permohonan Geran Universal IFundWomen ¢ Program Pembangunan Pengeksport Wanita
(WEDP) oleh MATRADE

¢ Dana Global untuk Wanita ¢ MySMELady oleh SME Bank

¢ Program Pembangunan Keusahawanan Wanita ¢ Program Women Netpreneur oleh SME Corp.
Malaysia

Potensi Pasaran Gelap (Shadow Market) yang Disebabkan oleh Penyebaran Tadbir
Urus (Diffusion of Governance)

Disebalik pasaran yang ditadbir dengan baik dan telus, terdapat pasaran gelap yang mungkin muncul
akibat kekurangan kawal selia serta tadbir urus berbanding pasaran formal. Pasaran gelap mengelak
dari mematuhi kewajipan undang-undang, iaitu pendaftaran perniagaan, keperluan audit dan
pengisytiharan cukai. Beberapa contoh perniagaan yang beroperasi dalam pasaran gelap termasuk
barang tiruan, pasaran pemberi pinjaman dan perniagaan tidak formal.

Menurut Isu Ekonomi No. 30 oleh IMF bertajuk 'The Growth of Underground Economy', ekonomi gelap
berpotensi menjejaskan pertumbuhan KDNK negara. Walau bagaimanapun, hasil cukai mungkin
meningkat apabila sebahagian daripada ekonomi gelap diformalkan dan mula mengisytiharkan cukai.
Ini seterusnya meningkatkan perbelanjaan awam yang akhirnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi
keseluruhan.

TREND TEKNOLOGI
Media Sosial telah Menyediakan Saluran untuk Pengguna Berkongsi Suara

Sejak kemunculan media sosial, pengguna kini diberi kuasa untuk berkomunikasi secara terbuka
dengan jenama dan berkongsi pendapat secara telus bersama rakan setara mengenai produk dan
perkhidmatan tertentu di platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook.

Trend pemasaran kini tertumpu kepada pengaruh rakan setara yang telah meningkatkan keaslian,
perkaitan dan kebolehpercayaan, berbanding sedekad yang lalu di mana iklan dipelopori oleh artis
terkenal yang sukar didekati. Kuasa ulasan rakan setara tidak boleh dipandang remeh kerana syarikat
teknologi gergasi seperti Amazon, Grab dan Agoda telah memulakan strategi pemasaran ini dengan
menggunakan sistem semakan penilaian yang membina keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan
pengguna sedia ada dan pengguna baharu.

048

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Penggunaan Blockchain dalam Menangani Lapisan Tadbir Urus yang Berbeza

Teknologi blockchain merupakan pemboleh untuk menghakis tadbir urus iaitu menggalakkan sistem
tidak berpusat berasaskan kriptografi bagi menyelia rekod digital yang dikongsi antara individu.

Tadbir urus yang tidak berpusat dan peningkatan teknologi blockchain membolehkan kerjasama
daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Kerajaan, syarikat, NGO dan orang awam, untuk
menggalakkan ketelusan, akauntabiliti dan kepercayaan daripada orang ramai.

PERTIMBANGAN YANG BERPOTENSI UNTUK PMKS

¢ Penambahbaikan taraf hidup secara keseluruhan memberi pengguna pilihan yang lebih luas. Peralihan
ini mendorong pemerkasaan sosial yang lebih besar dan permintaan autonomi, yang akhirnya akan
memberi kesan kepada permintaan dan keputusan pengguna.

¢ Pengguna hari ini lebih teliti terhadap kelestarian dan amalan beretika sesebuah perniagaan / firma
sebelum membuat pembelian. PMKS yang boleh menarik perhatian pengguna akan mendapat kelebihan
berdaya saing dan membangunkan asas kesetiaan pelanggan.

¢ Perniagaan perlu memikirkan semula cara untuk memenuhi pilihan pengguna yang berubah-
ubah, daripada produk / perkhidmatan yang dihasilkan secara besar-besaran kepada menawarkan
penyesuaian produk / perkhidmatan dan pengalaman pelanggan yang unik.

¢ Platform media sosial telah menjadi saluran komunikasi penting bagi perniagaan dan pengguna
untuk menyatakan kehadiran mereka dan suara mereka didengari. Kemunculan 'pemimpin pendapat
utama' adalah contoh bagaimana pendapat 'rakan setara' boleh mempengaruhi pengguna membuat
keputusan.

¢ Kemunculan teknologi baharu seperti blockchain membolehkan pengguna beralih daripada amalan
perniagaan tradisional kepada sistem tidak berpusat yang bergerak melangkaui tadbir urus institusi
tradisional.

KESALINGHUBUNGAN HIPER DAN PENGASINGAN

Kekal berhubung walaupun berjauhan secara fizikal telah direalisasikan oleh banyak faktor seperti
kemajuan ketara dalam ketersambungan internet dan teknologi komunikasi, serta keperluan
penglibatan secara fizikal yang semakin berkurangan. Kesalinghubungan hiper dan pengasingan
merujuk kepada sambungan dua hujung polar tetapi kekal bersepadu dengan baik.

TREND MEGA 3 KESALINGHUBUNGAN HIPER

Kesalinganhubungan hiper menerangkan tingkah laku kolektif dalam kalangan orang, didorong oleh
peningkatan komunikasi dan interaksi. Kesalinghubungan hiper bukan sahaja mengehadkan dirinya
kepada perhubungan antara orang, tetapi juga kesan ke atas tingkah laku organisasi. Didorong oleh
kemajuan ketara dalam teknologi komunikasi dan pembangunan Internet of Things (IoT), pertukaran
komunikasi dan perkongsian maklumat boleh berlaku dengan serta-merta dari mana-mana lokasi.

049

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Walaupun teknologi boleh berfungsi sebagai pendorong, ianya boleh mewujudkan jurang digital bagi
PMKS yang belum bersedia untuk pendigitalan. Berdasarkan Kajian Pengguna Internet 2018 oleh
SKMM, 87.4% rakyat Malaysia adalah pengguna internet tetap, manakala baki 12.6% didominasi oleh
mereka yang berumur 60 tahun ke atas3 (rujuk kepada Carta 2.4).

Carta 2.4: Kajian Pengguna Internet 2018

Bukan Pengguna

12.6%

Pengguna

87.4%

Sumber: SKMM, 2019

TREND MEGA 4 PENGASINGAN

Apabila masyarakat menjadi lebih terhubung dan didorong oleh kemajuan teknologi, penglibatan fizikal
menjadi kurang penting dalam membantu organisasi mencapai objektif mereka. Evolusi mengenai
cara masyarakat berkomunikasi dan berinteraksi telah membawa kepada fenomena pengasingan.
Ditambah lagi oleh kawalan pergerakan semasa pandemik COVID-19, pengasingan menjadi lebih
menonjol terhadap tingkah laku sosial umum masyarakat dan organisasi.

Kesan langsung daripada pengasingan yang paling utama adalah pemerhatian dalam kalangan
pelajar dan pekerja, iaitu pendidikan kini secara maya dan kerja dilakukan di rumah. Menurut Forum
Ekonomi Dunia, dianggarkan peratusan global pekerja tetap jarak jauh akan meningkat dua kali ganda
daripada 16.4% kepada 34.4%, menjelang akhir tahun 2021. Bekerja dari rumah telah mengurangkan
dan mengubah cara kerja tradisional dan meningkatkan produktiviti pekerja dalam sektor yang tidak
memerlukan kehadiran fizikal.

TREND PENGGUNA
Permintaan untuk Perkhidmatan 24/7

Kesalinghubungan hiper telah menyebabkan pengguna meminta layanan atau perkhidmatan kepada
pelanggan diberikan secara segera. Pada masa yang sama, memandangkan trend pengasingan yang
semakin meningkat secara serentak, pengguna mengharapkan maklum balas, kebolehcapaian dan
perkhidmatan interaktif yang mantap daripada perniagaan.
Kedua-dua trend ini memberi manfaat dan cabaran kepada masyarakat, iaitu perniagaan boleh
mengembangkan akses pasaran mereka merentasi sempadan dan dari zon waktu yang berbeza.
Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, perniagaan yang lebih kecil dengan keupayaan digital
yang terhad mungkin mengalami jurang digital dan kehilangan potensi keuntungan.

050

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Jangka Masa Perhatian yang Singkat dan Minat Semakin Pudar

Ini secara langsung telah memberi kesan kepada pendekatan perniagaan terhadap strategi pemasaran
dan pengiklanan, serta cara menarik perhatian pelanggan mereka. Untuk menarik perhatian bagi
tempoh yang lama, kandungan video perlu diberi keutamaan berbanding kandungan bertulis kerana
kajian menunjukkan bahawa penonton dapat menangkap 95.0% mesej audio-visual berbanding dengan
10.0% daripada mesej berasaskan teks.

Mengambil kira keletihan skrin (screen fatique), video pendek yang ceria dengan kandungan berkualiti
di pelbagai platform media sosial seperti Instagram, Facebook, YouTube dan TikTok telah terbukti
sangat berkesan dalam menarik perhatian lebih ramai pengguna. Kajian juga menunjukkan bahawa
video menyumbang sebanyak 34.0% kepada jualan, 51.0% kepada trafik internet, 70.0% kepada
kesedaran jenama, dan 31.0% kepada penukaran digital 4 (rujuk kepada Carta 2.5).

Carta 2.5: Kajian Microsoft mengenai Jangka Masa Perhatian Manusia dan
E-Dagang 2018 mengenai Penggunaan E-Dagang oleh Rakyat Malaysia

Suatu kajian oleh Microsoft Berdasarkan Kaji Selidik
Pengguna E-Dagang
menunjukkan bahawa jangka 2018 oleh SKMM, lebih
masa perhatian manusia
telah berkurangan sebanyak 51.0% rakyat Malaysia
menggunakan e-dagang.
hampir 25.0% daripada
8 12 saat pada tahun 2000
kepada 8 saat, berikutan 51% Sebab utama pengguna
saat membeli secara dalam
gaya hidup digital yang telah talian adalah lebih mudah,
menghasilkan impulse kebolehcapaian, penentuan
generation yang bergantung harga, pemilihan, maklumat
kepada akses maklumat produk dan kemudahan
yang pantas dan mudah pembayaran.

Beralih daripada Membeli-belah Secara Fizikal ke arah E-Dagang

Apabila orang ramai semakin melakukan pengasingan , e-dagang telah menjadi penyambung utama bagi
perniagaan dan pengguna untuk meneruskan interaksi sesama mereka. Dari tahun 2015 sehingga 2020,
industri e-dagang di Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) sebanyak
12.9% daripada RM89.1 bilion kepada RM163.3 bilion pada tahun 2020 (rujuk kepada Carta 2.6). Ini telah
memberi peluang kepada PMKS untuk bukan sahaja kekal beroperasi, tetapi menceburi pasaran global.

051

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Carta 2.6: Nilai Ditambah Kasar E-Dagang kepada KDNK Malaysia (RM bilion)
2015 hingga 2020

200 26.5%
150
100 89.1 163.3

117.4 129.2

95.6 107.3

50

0 2015 2016 2017 2018 2019 2020

Sumber: DOSM, 2021

TREND PASARAN
Telekomunikasi dan Peningkatan Kerja Jarak Jauh

Hasil daripada interaksi yang terhad ekoran pandemik COVID-19 adalah mesyuarat yang diadakan
secara maya kini menjadi norma baharu bagi kebanyakan organisasi. Orang ramai kini boleh menambah
nilai kepada ekonomi daripada keselesaan rumah mereka, mengurangkan kos dan masa untuk
kedua-dua pekerja (contoh tambang ulang-alik dan tempoh masa yang digunakan) dan perniagaan
(contoh sewa ruang pejabat dan utiliti) menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan
(rujuk kepada Carta 2.7).

Carta 2.7: Carian untuk Pekerjaan Jarak Jauh

460% Kedua-dua pekerja dan majikan sedang mengkaji bekerja jarak jauh sebagai cara
pekerjaan masa depan. Menurut Glassdoor, carian kerja jarak jauh telah melonjak
naik sebanyak 460.0% sepanjang dua (2) tahun lalu yang berakhir pada Jun 2021. Ini
menggalakkan peluang guna tenaga dalam perniagaan untuk mengupah bakat asing
yang dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan bidang kerja mereka

Sumber: Glassdoor, 2017

052

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Kajian Stanford selama sembilan (9) bulan mendapati bahawa bekerja dari rumah telah meningkatkan
produktiviti pekerja sebanyak 13.0% (rujuk kepada Carta 2.8).

Carta 2.8: Kajian Stanford mengenai Produktiviti Pekerjaan Bekerja dari Rumah

13% Faktor Penyebab: Pihak Mendapat Manfaat:
¢ Pengurangan waktu rehat ¢ Suri rumah atau ketua rumah tangga
Produktiviti ¢ Peningkatan dalam kesejahteraan ¢ Pekerja yang tinggal di lokasi yang jauh
Pekerja ¢ Pekerja yang mempunyai ketidakupayaan
hidup
¢ Kurang permohonan cuti sakit fizikal
¢ Kemudahan & kebolehcapaian ¢ Firma permulaan tanpa ruang pejabat

kepada keperluan yang lebih baik Sumber: Stanford, 2021

Pasaran Hipersensitif

Ketidakpastian dan ketidaktentuan adalah antara akibat utama pandemik COVID-19. Selain itu, perang
perdagangan AS-China yang tidak menentu menambahkan lagi ketidakstabilan ekonomi global kerana
pasaran menjadi sangat sensitif terhadap perubahan politik sedemikian.
Dalam sektor pembuatan, kesalinghubungan antara individu dapat memastikan kemalangan di tempat
kerja ditangani dengan segera. Sementara itu, perniagaan sektor perkhidmatan semakin bergantung
kepada analisis data dalam membuat keputusan mereka.

Peristiwa Terpencil Global Baru-Baru ini yang telah Memberi Kesan kepada Rantaian
Bekalan / Pasaran Global

Kapal kontena yang tersekat di Terusan Suez – Insiden Terusan Suez menyebabkan gangguan
di seluruh wilayah dan industri yang mewujudkan kesan domino terhadap gangguan rantaian
bekalan global, memburukkan lagi keadaan pelabuhan, landasan keretapi, dan kesesakan
pusat pengedaran. Ketegangan dalam kekurangan kapal kontena, penangguhan penghantaran,
termasuk penghantaran bahan mentah yang turut memberi kesan kepada rantaian pengeluaran
hiliran lain dan pembuatan pelbagai barangan pengguna.
Kekurangan bekalan mikrocip global – Kekurangan yang diperkatakan berpunca daripada
gabungan faktor iaitu pembuat kereta, yang kilangnya ditutup semasa pandemik COVID-19,
bersaing secara agresif dengan industri elektronik pengguna yang meluas untuk bekalan
mikrocip. Sekatan terhadap firma teknologi China telah memburukkan lagi krisis.
Kekurangan kapal kontena yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 menjadi punca kontena
kosong tidak diambil, menyebabkan banyak kontena terbiar di depot pemunggahan dan dibiarkan
tersadai di pelabuhan untuk tempoh yang lama.

053

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

TREND TEKNOLOGI
Pendorong Teknologi yang Menyediakan
Kesalinghubungan Hiper dan Pengasingan

Teknologi membolehkan orang ramai untuk terus berhubung
dalam dunia yang sangat terasing secara fizikal, akhirnya
mewujudkan kepentingan daya saing digital. Berdasarkan
Laporan IMD World Digital Competitiveness 2021, Malaysia
berada di kedudukan ke-27 dalam daya saing digital di seluruh
dunia.

Walau bagaimanapun, penggunaan digital dalam kalangan
PMKS masih rendah, kerana hanya 1 daripada 3 PMKS telah
melaksanakan transformasi digital. Petunjuk lain termasuklah,
kehadiran web (37.8%), penggunaan pemprosesan perniagaan
back-end (14.0%) dan fulfilment software pada 11.0%.
Sementara itu, keluasan teknologi telah membolehkan
PMKS memanfaatkan teknologi yang mempunyai jangkauan
global yang sama seperti sesetengah syarikat multinasional.
Manakala Digital Readiness Index (DRI) oleh Maxis mendapati
bahawa 58.0% daripada 2,000 perusahaan kecil dan sederhana
Malaysia yang menggunakan perkhidmatan ini, dikategorikan
sebagai 'Tidak Sedia' dalam mencapai potensi menerima
teknologi digital ke tahap yang lebih besar bagi memperoleh
manfaat menerusi kecekapan, produktiviti, pengalaman
pelanggan dan kepuasan pekerja. Selain itu, kelajuan internet
adalah penting dalam memudahkan kecekapan perniagaan
(rujuk kepada Carta 2.9).

Carta 2.9: Kelajuan Jalur Lebar, Telefon Pintar dan Penerapan Digital Perniagaan

Prestasi Jalur Lebar Talian Pasaran Telefon Penerapan Digital oleh
Tetap Global, 2021 Pintar di Malaysia, PMKS di Malaysia
2021

Kedudukan Mengikut Negara Kelajuan Bilangan Pengguna Telefon Nisbah PMKS yang Melaksanakan Strategi
Pertama Singapura (mbps) Pintar Transformasi Digital
Ke-2 Thailand
Ke-3 Hong kong 188.11 28.36 juta 1:3 perniagaan
173.44
170.48 Penembusan Telefon Pintar Pertubuhan PMKS dengan Kewujudan Web

Ke-40 Malaysia 72.97 87.5% 37.8% (2017)
Ke-43 Vietnam 64.67
Ke-50 United Kingdom 56.70 % Pengguna Internet pada Penggunaan Proses ‘Back-end Business’
Ke-70 India 46.16 Telefon Mudah Alih oleh PMKS

99.6% 140.0% (2017)

Penggunaan ‘Fulfilment Software’ oleh PMKS

11.0% (2017)

Sumber: SpeedTest Global, 2021 Sumber: Statista, 2021 Sumber: Bank Dunia, 2021

054

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

PERTIMBANGAN YANG BERPOTENSI UNTUK PMKS

¢ PMKS harus menyedari kepentingan analisis data dalam membuat keputusan perniagaan untuk melihat
trend terkini dan mengikut keperluan dan kehendak pengguna yang kian berubah dengan pantas

¢ Untuk menarik perhatian pengguna dan menukar minat kepada pembelian, PMKS harus memberi
perhatian kepada strategi pemasaran mereka dan memastikan kandungan pengiklanan yang menarik

¢ Peningkatan dalam penerapan e-dagang telah mendorong perniagaan untuk beralih ke platform
digital dan menyamakan kedudukan. Ia menawarkan kecekapan, kemudahan, dan yang paling penting,
kebolehcapaian untuk pengguna di serantau dunia. Ini telah membuka peluang memasuki pasaran
tanpa had, bukan sahaja untuk pengguna tempatan, malah untuk pengguna global juga

¢ PMKS juga harus mengambil perhatian terhadap kemampanan rantaian bekalan mereka; adalah
disarankan agar perniagaan mempelbagaikan sumber bahan mentah mereka sekiranya berlaku
kejadian yang tidak dijangka pada masa hadapan menyebabkan gangguan pasaran yang berlanjutan

SEMPADAN TIDAK NYATA DAN PERPINDAHAN

Individu, idea dan cabaran tersebar dengan pantas dalam skala global dan ekosistem perniagaan mula
mengambil tempat dalam pelbagai bentuk. Amat penting untuk melihat dan menilai kedua-dua trend
mega ini bersama-sama dengan impak yang berkait rapat seperti keadaan masyarakat semasa yang
saling berhubung dalam menguatkan lagi hubungan pada masa depan.

TREND MEGA 5 SEMPADAN TIDAK NYATA

Sempadan tidak nyata boleh ditakrifkan sebagai kemunculan ekosistem perniagaan merentasi kerja
tradisional secara 'silo'. Tambahan lagi, ia adalah transformasi ke arah persepsi yang kabur dan
tidak jelas tentang sempadan yang sebelum ini jelas dan boleh dikenal pasti. Akhirnya, pemerhatian
yang paling ketara ialah peningkatan tenaga kerja global yang tidak lagi dihadkan oleh keperluan
pendekatan secara fizikal. Selain itu, evolusi ekosistem perniagaan moden telah mencetuskan lebih
banyak kerjasama, penciptaan bersama dan inovasi yang memanfaatkan pengetahuan dalaman dan
luaran untuk kelebihan daya saing. Di samping itu, perluasan pasaran global telah meningkatkan
persaingan secara drastik, terutamanya bagi PMKS, disebabkan oleh cabaran dalam persaingan di
peringkat antarabangsa.

TREND MEGA 6 PERPINDAHAN

Perpindahan ditakrifkan sebagai pergerakan manusia, idea dan cabaran di seluruh dunia. Dalam trend
mega ini, ia merangkumi mobiliti, fleksibiliti dan ketangkasan dalam cara menjalankan perniagaan
secara global. Urbanisasi telah menyebabkan perpindahan pelbagai kumpulan yang kurang bernasib
baik dari segi sosioekonomi, manakala perubahan sosiobudaya telah menolak kumpulan yang telah
lama menetap sebelum ini ke kawasan kos rendah yang lain.

055

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Isu migrasi secara besar-besaran telah membawa kepada pergerakan buruh yang turut menyumbang
kepada penghijrahan individu berkemahiran tinggi (brain drain), penghijrahan pekerja mahir untuk
peluang yang lebih baik di negara maju. Memandangkan mobiliti sangat digalakkan disebabkan oleh
kesalinghubungan yang berterusan, ini telah menjurus kepada pelaburan yang tertumpu kepada
infrastruktur digital. Selanjutnya, kelonggaran halangan perdagangan dan pergerakan bebas buruh
dan modal merentasi sempadan tradisional telah menghasilkan penyepaduan rantaian bekalan global
di pelbagai peringkat yang berbeza dalam pengeluaran barangan.

TREND PENGGUNA
Pendigitalan Meningkatkan Kebolehcapaian kepada Kesalinghubungan dan
Pelaburan Global

Kewujudan ekonomi digital telah mencetuskan cascading effects terhadap impak perkhidmatan digital.
Impak ini tidak mungkin tidak disedari kerana pelaburan global telah menjadi daya tarikan yang besar
dalam penyelidikan dan pembangunan terhadap pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur yang
menyokong ekosistem digital yang kukuh. Trend peningkatan pelaburan terdiri daripada penyedia
perkhidmatan komunikasi, perkhidmatan digital dan penyedia isi kandungan, pengeluar perisian
dan perkakasan yang menjadikan ekonomi digital lebih menyakinkan. Tambahan pula, pelaburan
global telah mengalihkan penekanan daripada pemasangan dan pembuatan ke arah inovasi, logistik,
pemasaran, penjenamaan dan reka bentuk kerana kesalinghubungan digital menerajui aset tidak
ketara yang menjadi semakin penting di seluruh rantaian nilai global (GVC)5.
Memberi tumpuan kepada landskap tempatan, pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada
pertumbuhan ekonomi digital dengan ketara kerana ia membuka ruang kepada pelbagai pelaburan
infrastruktur digital baharu di Malaysia. Pada tahun 2020, pelaburan bernilai RM3.9 bilion telah
diluluskan untuk sejumlah 45 projek berstatus MSC. Daripada RM3.9 bilion, 66.2% adalah daripada
pelaburan domestik, manakala baki 33.8% adalah daripada pelaburan asing.

Peningkatan Pengaruh Media Asing

Infrastruktur dan kemajuan teknologi telah memudahkan perpindahan barangan dan perkhidmatan.
Mobiliti kini tidak lagi menjadi isu dan produk luar negara kini boleh dibeli dengan mudah daripada
keselesaan rumah sendiri. Ini telah mengubah pilihan pengguna, cenderung kepada membeli
barangan import yang lebih murah berbanding barangan tempatan, dipengaruhi oleh kewujudan
media antarabangsa.
Dengan peningkatan penggunaan kandungan media antarabangsa seperti Netflix, Spotify, YouTube
dan lain-lain, penonton tempatan lebih cenderung mengikuti trend global. Pengaruh saluran hiburan
tempatan semakin lemah apabila orang ramai cenderung kepada langganan media antarabangsa.
Oleh itu, kemunculan perniagaan tempatan dalam talian terhalang oleh pembeli yang kurang berminat
dengan isi kandungan tempatan. Ini telah membawa kepada fenomena perniagaan tempatan yang
perlu bersaing dengan pemain global untuk menarik pengguna tempatan.

056

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Sebagai contoh bagaimana media asing dapat mempengaruhi 13%
tingkah laku pembelian pelanggan boleh dilihat melalui kesan
rancangan Netflix yang paling banyak ditonton iaitu 'Bridgerton', Potongan Empire Line
dalam pembelian runcit yang diilhamkan oleh para pembeli bagi
mencipta semula Regency London.

SPS Commerce, sebuah syarikat awam berpangkalan di AS 27%
yang menyediakan alat dan perkhidmatan digital di peringkat
antarabangsa, melaporkan peningkatan pesat dalam Baju Lengan Puff
pertumbuhan jualan produk runcit sejak 'Bridgerton' disiarkan.
Ini menonjolkan kelebihan yang dimiliki oleh kandungan media 26%
terhadap tingkah laku pengguna dan merupakan sesuatu yang
perlu diguna pakai oleh perniagaan. Kebolehlihatan media Korset
tempatan tidak lagi mencukupi untuk menembusi pasaran yang
lebih besar. Oleh itu, adalah penting bagi perniagaan untuk 18%
memahami penawaran produk mereka dan menginovasikan
strategi pelanggan mereka untuk menembusi pasaran global. Barang Kemas Antik

Sumber: SPS Commerce, The Power
of Netflix on Consumer Behavior 2021

TREND PASARAN Carta 2.10: Manfaat Tenaga Kerja Bergerak

Peralihan ke arah Ekonomi Kolaboratif
dan Tenaga Kerja Bergerak

Peralihan pasaran ke arah cross-collaborative
style sebagai usaha antarabangsa kerana
sempadan global tidak nyata telah membawa
kepada pengukuhan ekosistem perniagaan
yang tidak dibatasi oleh keperluan kehadiran
fizikal. Sejauh mana globalisasi telah
melancarkan laluan untuk ekonomi usahasama
disebabkan terutamanya oleh teknologi
yang membolehkan tenaga kerja bergerak
(rujuk kepada Carta 2.10).

Sumber: Laporan IBM berkenaan Tenaga Kerja Bergerak

057

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Fenomena Brain Drain

Fenomena ini merangkumi penghijrahan individu yang berkemahiran tinggi dan berkelayakan tinggi,
selalunya disebabkan oleh kekurangan peluang yang menarik dalam negara. Inisiatif tertentu yang boleh
memberikan penyelesaian kepada fenomena ini adalah pelaburan dalam dasar mendatar, khususnya
dalam infrastruktur, pendidikan dan pemindahan teknologi6. Langkah-langkah ini berpotensi dalam
meningkatkan akses kepada rantaian nilai global dan memperoleh manfaat jangka panjang.
Menyelami dengan lebih mendalam fenomena brain drain di Malaysia, Talent Corporation Malaysia
Berhad, menganggarkan bahawa seramai 2 juta rakyat Malaysia terutamanya bukan Bumiputera
telah memilih untuk tinggal dan bekerja di luar negara sejak 1970 disebabkan oleh peluang yang lebih
baik di luar negara untuk meningkatkan taraf hidup mereka berbanding Malaysia. Fenomena ini telah
meningkat pada kadar purata 6.0% setiap tahun dan tidak diimbangi dengan aliran masuk.

Inisiatif Reverse Brain Drain (RBD)

Malaysia telah menjalankan langkah proaktif dalam menangani
isu brain drain. Bermula dari pelaksanaan Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMKe-10), Talent Corporation Malaysia Berhad
(TalentCorp) telah ditubuhkan untuk memacu strategi bakat
Malaysia dengan tujuan menjadi hab bakat yang dinamik;
menarik, memupuk dan mengekalkan kepakaran bersesuaian
yang diperlukan untuk memenuhi permintaan bakat hari ini
dan masa depan.
Di samping itu, salah satu inisiatif RBD di bawah TalentCorp
yang dinamakan 'Malaysia Returning Expert Programme'
(REP) telah berjaya membawa pulang 5,774 orang profesional
Malaysia dari luar negara pada Disember 2020, membawa
pulang kemahiran dan pengalaman berharga, set kemahiran
dan pengetahuan mereka untuk menyumbang kepada
pembinaan negara Malaysia dan membangunkan kumpulan
bakat bertaraf dunia.

TREND TEKNOLOGI
Kesan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) kepada Pengguna

Sejajar dengan teknologi dan kesalinghubungan yang menggalakkan ketelusan, aplikasi mudah alih
memberikan pemahaman kepada pengguna melalui perbandingan data. Algoritma pembelajaran
mesin (machine learning) ini boleh menilai dan membandingkan metrik yang berbeza selaras dengan
kriteria pembelian pengguna untuk mencadangkan pilihan alternatif pada skala global. Melalui ciri
sedemikian, produk yang bersaing boleh dibandingkan dengan serta-merta tanpa mengira lokasi dan
jarak antara satu sama lain. Adalah lebih penting sekarang bagi firma untuk memastikan penawaran
produk mereka merentasi sempadan kerana bersaing untuk menyediakan maklumat mengenai
kriteria pembelian adalah terpulang kepada cita rasa pengguna.

058

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Aplikasi Mudah Alih Meningkatkan Pemerkasaan Pengguna
GoodGuide, sebuah firma permulaan yang diasaskan pada tahun 2007 menyediakan
aplikasi dalam talian yang memberi kuasa kepada pengguna untuk membeli-
belah mengikut nilai tersendiri melalui pengimbasan kod bar produk dan
penyampaian impak terhadap kesihatan, alam sekitar dan sosial. Jika produk
mempunyai penarafan yang rendah untuk nilai dan kesan pilihan anda, GoodGuide
mencadangkan jenama yang lebih mesra alam sekitar dengan penarafan yang lebih
tinggi sebagai alternatif.
Kejayaan firma permulaan ini telah dicontohi semasa pengambilalihan oleh bahagian
perniagaan Underwriters Laboratories (UL) pada tahun 2012, yang merupakan salah
satu firma pensijilan keselamatan produk yang tertua dan paling aktif.

Penyepaduan Rantaian Bekalan Global (GVC)

Kemajuan teknologi dalam perkhidmatan pengedaran dan logistik telah membolehkan peningkatan
kecekapan rantaian bekalan yang juga menyebabkan peningkatan penyertaan dalam GVC dan
perdagangan global. Tumpuan terhadap penghantaran rentas sempadan disebabkan oleh pertumbuhan
pesat dalam perdagangan barangan pembuatan, diikuti dengan liberalisasi global dasar perdagangan
membolehkan firma memperuntukkan proses pengeluaran pada tahap yang berbeza di negara-negara
yang berlainan7.

Kehadiran Jejak Digital

Teknologi digital telah menjadi semakin meluas melalui penumpuan komunikasi mudah alih,
pengesahan dan penjejakan produk yang membenarkan maklumat dikesan dalam bentuk jejak digital.
Ini merupakan fenomena pemerkasaan, iaitu pihak berkepentingan melakukan penambahbaikan
berterusan dan akauntabiliti mungkin mengobjektifkan metrik prestasi yang boleh dipaparkan dalam
setiap peringkat rantaian nilai. Senario ini amat bermanfaat dalam mendapatkan data mengenai
barangan yang diperoleh dan akhirnya menangani gangguan rantaian bekalan dan perdagangan
haram.

PERTIMBANGAN YANG BERPOTENSI UNTUK PMKS
¢ PMKS perlu meningkatkan usaha pendigitalan kerana setiap perniagaan mempunyai peluang yang kian

meningkat pada skala global
¢ PMKS harus menambah baik usaha dalam penciptaan bersama dan kolaborasi rentas sempadan untuk

memanfaatkan perbezaan keupayaan tenaga kerja global dan tenaga kerja bergerak untuk kejayaan
bersama
¢ Oleh kerana pengguna mempunyai akses yang luas kepada maklumat, PMKS perlu bertindak dengan
bertanggungjawab di sepanjang rantaian nilai mereka.

059

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

POLARISASI DAN PENUAAN

Penduduk yang semakin tua digandingkan dengan masyarakat yang semakin terpolarisasi boleh
membawa akibat buruk jika tidak diberi perhatian yang secukupnya. Perubahan generasi dari segi
nilai dan keutamaan ini memberi kesan pada semua laluan kehidupan, termasuk di tempat kerja yang
mana timbulnya pembahagian kepada dua kumpulan yang sangat ketara, seiring dengan kepercayaan
atau pendapat.

TREND MEGA 7 POLARISASI

Polarisasi ditakrifkan sebagai penggabungan fenomena kembar iaitu perpecahan dan perbezaan. Ia
adalah tindakan membahagikan sesuatu, lazimnya merujuk kepada orang atau pendapat, menjadi
dua kumpulan yang saling bertentangan. Pelbagai akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dan peningkatan pemerkasaan individu telah mempercepatkan lagi fenomena ini. Ini telah
mengakibatkan masyarakat dapat menunjukkan kebolehlihatan dan jangkauan berkenaan idea dan
visi mereka dengan kuasa untuk memanfaatkan kesalinghubungan global untuk keluar daripada
status quo tradisional.

TREND MEGA 8 PENUAAN

Penuaan, berkenaan dengan populasi, ditakrifkan sebagai perubahan nilai, budaya, dan keutamaan
merentasi generasi. Perubahan ini mewakili pengumpulan perubahan terdahulu selama ini yang terdiri
daripada aspek psikologi, tingkah laku dan sosial. Kemajuan dalam teknologi perubatan dan dengan
perkhidmatan penjagaan kesihatan bertambah baik, memungkinkan untuk mempunyai populasi yang
semakin tua. Selain itu, populasi penuaan disertai dengan perubahan dalam diet dan kadar kesuburan
yang lebih rendah secara keseluruhan, menyebabkan penuaan populasi semasa pada kadar yang
lebih cepat berbanding dengan generasi sebelumnya. Fenomena ini diburukkan lagi oleh jurang digital
antara golongan muda dan tua kerana penggunaan digital agak ketinggalan dalam kalangan pekerja
lebih lama, yang mencetuskan pembahagian pasaran buruh antara golongan muda dan tua.

TREND PENGGUNA

Produk yang Disuaikan ke arah Penuaan
Populasi

Saiz penduduk secara intrinsik terikat dengan
permintaan pasaran kerana ia memberi kesan kepada
permintaan dan penawaran barangan dan perkhidmatan
di samping harga yang berkaitan dengannya. Permintaan
pasaran terkini lebih mencerminkan permintaan dan
langkah penawaran masa lalu manakala pertimbangan
saiz populasi semasa memberi penjelasan tentang
permintaan pasaran masa hadapan bagi barangan dan
perkhidmatan tersebut. Memandangkan trend mega
penuaan terus memberi kesan kepada demografi
pengguna, firma perlu semakin berinovasi dan
mempertingkatkan penawaran produk mereka bagi
memenuhi pertumbuhan warga tua untuk mengelakkan
daripada terlepas potensi pasaran masa depan
(rujuk kepada Carta 2.11).

060

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Carta 2.11: Peratusan Populasi Berumur 65 Tahun Ke Atas

6% 9% 16%

1990 2019 2050

Sumber: World Bank, World Population Ageing Report 2019

Set Minda Polarisasi Media Digital

Dengan penggunaan e-dagang yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat yang semakin
berbeza, adalah sangat penting kini untuk mempunyai kehadiran dalam talian dengan tepat dan
berkesan. Hubung kait yang kuat di antara kandungan dalam talian dan tingkah laku pembelian
telah menghasilkan penekanan terhadap pemilihan pasaran sasaran yang lebih teliti kerana terdapat
kenaikan kos melepas (opportunity cost) jika saluran pemasaran tertumpu kepada sasaran yang salah.
Pada kadar semasa kehadiran dalam talian masyarakat dan kesalinghubungan yang berterusan, ia
telah membawa kepada pengaruh besar media sosial untuk membentuk pemikiran pengguna bersama-
sama dengan keupayaan untuk polarisasi demografi tertentu melalui maklumat dan kandungan yang
disesuaikan.

Pemasaran Digital melalui Kandungan Terpilih

Memandangkan media sosial terus meresap merentasi pelbagai aspek masyarakat, adalah penting
bagi perniagaan untuk menerapkan strategi pemasaran mereka agar sesuai dengan trend semasa yang
berterusan. Perubahan ke arah falsafah berpusatkan pelanggan dan tumpuan kepada pengalaman
pelanggan adalah lebih penting hari ini kerana kempen pemasaran untuk khalayak terpolarisasi
memerlukan perkhidmatan melalui titik sentuhan yang khusus untuk individu, selari dengan ideologi
yang berkaitan dengan mereka.
Selain itu, pemasaran media sosial, terutamanya untuk PMKS, adalah bukan pilihan malah lebih
menjadi satu keperluan disebabkan oleh pengikut dalam talian yang berpotensi menjadi sumber
pelanggan berulang. Ini perlu dinilai dengan teliti kerana saluran pemasaran yang dipilih harus
mencerminkan platform media sosial pilihan pelanggan yang disasarkan. Dalam laluan ini, pengguna
semakin terdedah kepada kandungan terpilih yang diselaraskan dengan minat individu masing-masing
di samping minat berpotensi yang telah dipilih dengan teliti berdasarkan jangkaan profil tingkah laku
pengguna.

061

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

TREND PASARAN
Peralihan Ekonomi ke arah Pasaran Winner-Takes-All

Pendigitalan dan globalisasi telah mengalihkan pasaran secara radikal melalui kesan skala dan
rangkaian8. Ini telah menyegerakan peralihan daripada Ekonomi Tradisional yang terdiri daripada
persaingan yang adil dengan pelbagai bahagian pasaran kepada Ekonomi Digital winner-takes-all
yang didorong oleh teknologi.

Ekonomi Digital dianggarkan membentuk 20.0% daripada ekonomi Malaysia pada tahun 2020 dan
walaupun kadar pendigitalan PMKS semasa adalah di paras rendah, ia masih merupakan metrik
penting untuk diukur dengan pandangan ke masa hadapan9. Aspek yang paling membimbangkan
dalam peralihan ekonomi ini adalah platform besar mempunyai kapasiti untuk memonopoli pasaran
dan menyisihkan sebarang bentuk persaingan, ditambah lagi dengan peluang kepelbagaian dalam
sektor-sektor baharu melalui usaha sama dan pengambilalihan, lantas menafikan kemasukan baharu
yang berpotensi10. Kes yang boleh dijadikan contoh ialah kedudukan Grab yang dominan di pasaran
Asia Tenggara selepas pengambilalihan Uber.

Menangani Ketaksamaan Set Kemahiran dalam Kalangan Populasi Bekerja yang
Semakin Tua

Apabila penduduk semakin tua seiring dengan kebangkitan Ekonomi Digital, ketaksamaan antara
set kemahiran digital yang dimiliki dan set kemahiran yang diperlukan oleh tenaga kerja semasa
semakin lama menjadi semakin jauh11. Polarisasi ini disebabkan oleh permintaan untuk tenaga kerja
yang berpendidikan tinggi, di samping dengan kekurangan bekalan mikrocip mengakibatkan pelbagai
kesan sampingan yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh kemajuan teknologi12.

Memandangkan lebih ramai populasi yang bekerja terdiri daripada individu lama yang mungkin
kekurangan kemahiran digital, terdapat keperluan yang semakin meningkat untuk menggantikan
ketidaksepadanan bakat ini kerana keperluan untuk mempertingkatkan kemahiran populasi tenaga
kerja yang semakin tua ini tidak jelas. Perniagaan, khususnya PMKS, memerlukan tenaga kerja yang
berpendidikan tinggi untuk merangkul dan merentasi Ekonomi Digital. Pelaburan perlu dibuat di
peringkat akar umbi dalam bidang kemahiran dan pendidikan, terutamanya bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pengekodan, untuk menangani keperluan tenaga kerja
generasi seterusnya13.

Carta 2.12: Nisbah Tanggungan Lebih Tua kepada Populasi Umur Bekerja, 2010 hingga 2020

% 10.356%
10.5
9.623%
10.0
8.980%
9.5
8.373%
9.0
7.812%
8.5
2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020
8.0 7.359%
7.5

7.0
2010

Sumber: World Bank staff estimates based on age distribution of United Nations Population Division’s World Population Prospects: 2019 Revision

062

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Nisbah Tanggungan

Carta 2.12 yang memaparkan nisbah tanggungan di Malaysia menunjukkan kenaikan berterusan
pada nisbah tanggungan bagi individu lebih tua dari tahun 2010 hingga 2020. Ia menunjukkan bahawa
populasi yang lebih tua menjadi semakin bergantung kepada populasi bekerja seiring dengan masa.
Fenomena ini, ditambah dengan kenaikan bilangan persaraan, telah menyebabkan ketegangan yang
teruk pada perkhidmatan sosial yang perlu menangani peningkatan kos pencen, keselamatan sosial
dan penjagaan kesihatan. Ini menyebabkan tekanan yang tidak dapat diatasi terhadap generasi muda
yang mesti mempertimbangkan pakej pampasan keseluruhan apabila meninjau peluang pekerjaan
kerana gaji perlu disertakan dengan perlindungan insurans perubatan, untuk mengimbangi inflasi
harga penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.

TREND TEKNOLOGI
Kesan AI ke atas Pembahagian Digital

Teknologi AI malangnya adalah umpama 'double-edged sword', walaupun ia merupakan komponen
utama dalam pertumbuhan ekonomi agregat melalui peningkatan produktiviti, terdapat variasi yang
berbeza berkenaan dengan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi.

Kaveat yang terdapat di sini adalah mengenai jurang digital, iaitu individu dewasa yang lebih tua
tidak mempunyai kemahiran teknologi disebabkan oleh beberapa faktor yang terdiri daripada
ketidakupayaan fizikal, keraguan dan kesukaran belajar14. Walau bagaimanapun, satu fakta menarik
adalah setelah diperkenalkan, teknologi digital sering disepadukan sepanjang rutin hariannya yang
membawa kepada keperluan untuk teknologi antara muka yang mudah dilayari dan difahami (rujuk
kepada Carta 2.13).

Carta 2.13: Teknologi Digital Berpotensi Menjana Manfaat dan Risiko

Penyertaan Manfaat Inovasi
Kecekapan

Teknologi Digital

Penumpuan Risiko Kawalan
Ketidaksamaan

Sumber: World Bank, World Development Report - Digital Dividends, 2016

063

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Pemasaran Berdasarkan Data

Polarisasi teknologi juga berlaku disebabkan oleh ketersediaan pemasaran berdasarkan data sebagai
algoritma yang direka untuk menganalisis dan menyasarkan kandungan terhadap individu tertentu.
Fenomena ini boleh menyebabkan individu meningkatkan kecenderungan mereka terhadap trend
yang lebih menggalakkan, membolehkan kebolehlaksanaan perniagaan untuk memanfaatkan saluran
media sosial yang berbeza untuk pengiklanan bagi mensasarkan pengguna yang berbeza.
Algoritma mesin pembelajaran ini juga telah mewujudkan hubungan dengan minat pengguna melalui
pemprofilan sosial dan produk berkaitan yang akan dipasarkan secara serentak melalui pengiklanan
yang disasarkan (rujuk kepada Carta 2.14).

Carta 2.14: Pemasaran Berdasarkan Data

Pengguna Melawat Meninggalkan Iklan
Dalam Talian Laman Web Laman Web

Pelawat Kembali ke Laman Web

PERTIMBANGAN YANG BERPOTENSI UNTUK PMKS

¢ Menyesuaikan produk dan strategi pemasaran untuk memenuhi populasi yang semakin tua,
memanfaatkan keupayaan teknologi seperti media digital

¢ Menarik dan mengekalkan generasi digital milenial asli melalui pakej ganjaran yang inklusif untuk
menangani kebimbangan ketaksamaan set kemahiran dalam kalangan tenaga kerja yang semakin tua

¢ Mengambil peluang pendigitalan dan manfaatkan teknologi sebagai kelebihan daya saing untuk tidak
meningkatkan jurang digital

KEKURANGAN DAN DEMATERIALISASI

Menjelang tahun 2050, populasi global dijangka meningkat kepada 9.8 bilion orang, dengan peningkatan
tertinggi dari Asia dan Afrika yang mungkin menyebabkan kekurangan sumber. Walau bagaimanapun,
dematerialisasi telah mendorong industri untuk membuat pilihan alternatif dan lestari kerana pasaran
menunjukkan permintaan yang kukuh untuk perubahan tersebut.

TREND MEGA 9 KEKURANGAN

Kekurangan adalah masalah ekonomi berhubung dengan penggunaan sumber semula jadi bumi yang
tidak lestari. Mencari keseimbangan antara penawaran dan permintaan barangan dan perkhidmatan
menjadi lebih kompleks kerana harga bukan lagi pemboleh ubah utama yang menggerakkan pasaran,
tetapi juga meletakkan lebih banyak beban ke atas limpahan alam sekitar serta etika perniagaan.

064

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Populasi yang berkembang pesat dan peningkatan permintaan untuk makanan, tenaga dan bahan
terus memberi tekanan terhadap sumber yang terbatas di planet ini. Berdasarkan National Intelligence
Council Global Trends 2030, apabila populasi global mencapai 8.3 bilion orang pada tahun 2030,
permintaan untuk tenaga, air dan makanan diramalkan akan meningkat masing-masing sebanyak
50.0%, 40.0% dan 35.0%. Walau bagaimanapun, rantaian bekalan akan menghadapi isu-isu kekurangan
bekalan. Selain itu, perubahan iklim serta keselamatan tanah dan air telah diramalkan menjadi isu
global utama. Keparahannya akan memuncak jika perniagaan mengabaikan kepentingan kelestarian.

Oleh itu, terdapat keperluan yang mendesak untuk penyelesaian lebih inovatif yang dapat memperbaiki
kecekapan tenaga dengan lebih berkesan, mengurangkan sisa makanan dan menyediakan sumber
alternatif kepada sumber yang terhad ini, yang akhirnya boleh membawa kepada penyelesaian yang
kukuh dan lestari.

TREND MEGA 10 DEMATERIALISASI

Dematerialisasi ditakrifkan sebagai penempatan semula struktur nilai dari asas fizikal kepada asas
intelektual. Dalam konteks ekonomi, dematerialisasi boleh dilihat sebagai pengurangan kuantiti
bahan yang diperlukan untuk melaksanakan pelbagai fungsi ekonomi dengan cekap. Pendek kata,
menghasilkan lebih banyak dengan sumber yang kurang.

Kemajuan teknologi, peningkatan kesalinghubungan melalui teknologi digital serta kemunculan
masyarakat berasaskan pengetahuan merupakan faktor utama yang akan mengubah cara kita
mencipta dan memberikan nilai terhadap sesuatu barangan. Pada dasarnya, nilai sesuatu objek tidak
lagi ditentukan berdasarkan penilaian material semata-mata, tetapi secara meluas meliputi harta
benda bukan material kepada trend ke arah elemen kehidupan baharu, seperti harta intelek, kualiti
hidup, masa, ruang dan keseimbangan.

Selain itu, disebabkan oleh perubahan dalam dematerialisasi, komoditi fizikal baru-baru ini
telah dicabar oleh penerimaan pengguna terhadap komoditi maya, seperti mata wang kripto, iaitu
perdagangan dan juga kemudahan transaksi dalam talian menjadi lebih diterima oleh masyarakat.

TREND PENGGUNA
Mata Wang Kripto dan Kemunculan Non-Fungible Tokens (NFT)

Perubahan dalam cara orang menghargai barangan, dari material kepada bukan material juga telah
membentuk persepsi masyarakat terhadap perubahan dalam penggunaan mata wang, daripada fizikal
kepada maya. Ini telah mempercepatkan kemunculan dan penyertaan yang kukuh dalam mata wang
kripto dan Non-Fungible Tokens (NFT).

Menurut laporan 'Global NFT Adoption', rakyat Malaysia sangat menerima NFT berbanding 20 negara
yang dikaji. Malaysia dinobatkan sebagai antara negara yang mempunyai penggunaan tertinggi dengan
menunjukkan 23.9% pengguna internet Malaysia kini memiliki NFT.

Selain itu, selaras dengan langkah ini, bilangan rakyat Malaysia yang terus membeli NFT diramalkan
akan berkembang pesat, dengan 10.5% lagi menunjukkan rancangan untuk membeli pada
masa depan. Oleh itu, laporan menganggarkan 34.4% penggunaan NFT pada akhir tahun 202115
(rujuk kepada Carta 2.15).

065

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Carta 2.15: Penerapan NFT mengikut Negara

32%
27% 24% 23%
17%

Filipina Thailand Malaysia UAE Vietnam

23.9% 10.5% 34.4%

Mempunyai NFT Merancang untuk Meramalkan
Membeli NFT Penerapan NFT

Sumber: Laporan Penerimagunaan NFT olehFinder, 2021

Kepenggunaan Peka Menuntut Ketelusan dalam Rantaian Bekalan

Oleh kerana maklumat mudah diakses iaitu di hujung jari pengguna, firma lebih terdedah kepada
risiko reputasi dan tertakluk kepada permintaan mengenai ketelusan oleh pengguna mengenai
rantaian bekalannya. Setiap komponen masyarakat yang terdiri daripada pemegang saham, pengguna
dan Kerajaan mempunyai jangkaan yang semakin tinggi untuk firma mengambil maklum dan
bertanggungjawab terhadap setiap peringkat rantaian bekalan mereka.
Oleh itu, integriti rantaian bekalan di peringkat firma memerlukan lebih banyak pertimbangan
sepanjang strategi korporat kerana undang-undang, sosial dan persekitaran perniagaan semasa
menuntut kebolehlihatan amalan mereka.

Starbucks sebagai Contoh
Starbucks mempunyai pendekatan secara aktif dalam bertindak balas terhadap
trend ini, termasuk pelaburan dalam runcit hijau, kelestarian bekalan serta
penglibatan komuniti.
Sehingga ke hari ini, direkodkan bahawa Starbucks hanya kurang 1 peratus daripada
mencapai matlamat mereka iaitu 100 peratus sumber kopi yang beretika, yang
dilaporkan oleh Program Coffee and Farmer Equity (C.A.F.E). Selanjutnya, mereka
kini menjalankan inisiatif seperti dana Caring Unites Partners (CUP) dan dana
Feeding America yang bertujuan untuk menyediakan 50 juta sumbangan makanan
dan mengalihkan 60 juta paun sisa makanan daripada timbunan tanah setiap tahun.

066

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Peningkatan Permintaan Pelanggan terhadap Produk Hijau

Apabila masyarakat terus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kelestarian apabila membeli,
perlu diakui bahawa pelanggan kini lebih cenderung untuk memilih produk hijau apabila memilih
barangan keperluan berbanding kemewahan. Kajian mengenai tingkah laku pengguna menunjukkan
bahawa pengguna semakin menerima kelestarian dan sanggup membayar lebih untuk produk hijau
yang mengamalkan tiga (3) amalan kelestarian ini:

Carta 2.16: Kajian Blackrock Mengenai Tingkah Laku Pengguna

68% 69% 48%

Pengurangan Sisa Menghasilkan Pembungkusan Mengurangkan
Lestari dan Mengguna Pakai Jejak Karbon

Amalan Kitaran

Sumber: Blackrock, 2021

TREND PASARAN
Pengeluaran Lestari melalui Ekonomi Kitaran

Perniagaan semakin mengamalkan model ekonomi kitaran (reka bentuk semula produk dan proses
supaya barangan boleh digunakan lebih lama, diubahsuai atau dikitar semula untuk mengurangkan
kos dan pembaziran) akan menjadi salah satu trend pasaran terbesar pada masa depan yang boleh
bertahan selama berdekad-dekad.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, antara 9.0% pemain pasaran yang telah melaksanakan model
perniagaan yang lestari, termasuk penglibatan yang signifikan daripada pemain industri yang paling
terkemuka di dunia serta agensi Kerajaan (rujuk kepada Carta 2.17). Ini menunjukkan tahap daya tarikan
yang semakin meningkat dan industri global sedang bergerak secara aktif ke arah merealisasikan
ekonomi kitaran.

Carta 2.17: Pemain Pasaran Melaksanakan Model Perniagaan Lestari

Merancang untuk mengunakan Dari 2018 - 2020, Schneider Electric telah
botol plastik kitar semula secara menjimatkan 100,000 tan metrik sumber
100.0% bermula 2025 utama melalui penggunaan bahan kitar
semula dan memperkenalkan proses
Sumber: Climate Action, 2018 pengeluaran kitaran dalam rantaian
bekalannya
Mengguna semula pakaian lama
dan menghasilkan penebat Sumber: Forum Ekonomi Dunia, 2019
bangunan, bahan membuat
kusyen, pakaian baharu

Sumber: Levi Strauss, 2019

067

BAB 2: Carta 2.18: Kemajuan Model Nilai
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA Ekonomi

Ekonomi Perkhidmatan Dibezakan Peringkat
Kedudukan Berpengalaman
Berikutan kemunculan Revolusi Perindustrian Kompetitif
yang memberi penekanan kepada ekonomi Menyampaikan
berasaskan pembuatan, dunia hari ini Perkhidmatan
dicirikan terutamanya oleh dominasi ekonomi
perkhidmatan yang menyeluruh. Pembuatan Membuat
barangan telah memberi laluan kepada Barangan
pengeluaran perkhidmatan, dengan pengetahuan
menjadi satu bentuk modal, dan maklumat dan Komoditi Penentuan Harga Premium
idea menjadi komoditi. Ekstrak

Negara membangun sentiasa bergerak ke arah Tidak dibezakan
penguasaan dalam ekonomi perkhidmatan, Pasaran
dibantu oleh pertumbuhan eksponen dan
pembangunan sektor perkhidmatan. Pergerakan Sumber: Harvard Business Review, Welcome to the
ke arah perkhidmatan ini terbukti melalui firma Experience Economy, 1998
seperti Uber dan AirBnB, perniagaan berasaskan
perkhidmatan dengan intensiti modal yang
sangat rendah berbanding pesaing tradisional.
Apabila industri berubah dengan cepat, adalah
penting untuk mengakui bahawa pengalaman
telah muncul sebagai perkembangan evolusi
nilai ekonomi di peringkat seterusnya seperti
dijelaskan dalam Carta 2.18.

TREND TEKNOLOGI
Penerapan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) dan Alat ICT

Bagi menambah baik daya saing dan produktiviti, perniagaan digalakkan untuk menggunakan
teknologi moden dengan sepenuhnya dalam operasi mereka. Dalam konteks ini, penerapan Revolusi
Perindustrian 4.0 (IR4.0) dan alat ICT boleh menawarkan banyak manfaat tambahan, terutamanya bagi
meminimumkan kos pengeluaran dan meningkatkan kualiti produk.

Menurut kajian Huawei mengenai penggunaan alat ICT dalam kalangan PMKS berkenaan apabila
PMKS melabur lebih banyak dalam penggunaan ICT, kecenderungan untuk mendapatkan hasil
produktiviti yang lebih tinggi adalah baik. Hampir semua PMKS (90.0%) telah mencapai keupayaan
pengkomputeran asas yang mudah dan kesalinghubungan internet menggunakan telefon pintar,
komputer riba dan komputer meja. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mempertimbangkan
jurang penggunaan ICT oleh PMKS, di mana lebih sedikit PMKS menggunakan alat pendigitalan yang
lebih canggih iaitu selain daripada pengkomputeran mudah (rujuk kepada Carta 2.19).

068

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Carta 2.19: Penggunaan Alat, Perkhidmatan atau Sistem ICT oleh PMKS Malaysia

Produktiviti

Penggunaan Tinggi

Penggunaan Terhad

Penggunaan Sederhana /
Rendah

Kewangan & Perakuanan 50.2%

HR 28.8%

POS 18.8%

Telefon Pintar 91.4% Inventori 14.5%

CRM 12.5%

Sambungan Internet 90.1% Media Sosial 70.5% Rantaian Bekalan 12.3%
43.8%
Pemenuhan Pesanan 11.5%

Komputer Meja / Riba 86.5% E-dagang ERP 10.5%

Peranti Komputer & Proses Perniagaan Proses Perniagaan
Kesalinghubungan ‘Front-end Business’ ‘Back-end Business’

Sumber: Malaysia Digital SME Study 2018, SME Corp. Malaysia & Huawei

Beredar dari Aset / Kehadiran Fizikal

Pada masa ini, ramai pengguna lebih gemar membuat pembelian dalam talian melalui platform
e-dagang. Ini dialu-alukan oleh perniagaan kerana penggunaan e-dagang mengurangkan keperluan
untuk kedai fizikal, mengurangkan kos overhed. Analisis statistik daripada Konsortium Universiti
Malaysia menunjukkan bahawa PMKS yang menggunakan platform jualan e-dagang memperolehi
kenaikan produktiviti sebanyak 27.0%. Selain itu, PMKS yang menggunakan penyelesaian pengurusan
data melaporkan 60.0% impak yang menguntungkan dalam produktiviti keseluruhan (rujuk kepada
Carta 2.20).

Carta 2.20: Peningkatan Produktiviti PMKS Berikutan Penggunaan Alat Digital

+27% +26% +60%

E-Dagang Media Sosial Pengurusan Data

Sumber: Malaysia Digital SME Study 2018, SME Corp. Malaysia & Huawei

069

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

PERTIMBANGAN YANG BERPOTENSI UNTUK PMKS
¢ Perniagaan harus melabur dalam model perniagaan yang lestari kerana Produk Hijau dan Ketelusan

Rantaian Bekalan menjadi pertimbangan utama pengguna apabila membuat pembelian terhadap
barangan keperluan mereka
¢ 34.4% daripada pengguna internet Malaysia diramalkan akan mengambil bahagian dalam perdagangan
mata wang digital menjelang tahun 2021. Perniagaan harus merebut peluang ini dengan menawarkan
penyelesaian perniagaan sejajar dengan peningkatan tahap penyertaan

MODEL PANDANGAN HADAPAN STRATEGIK

Model pandangan hadapan strategik menyediakan alat yang berstruktur untuk membantu perniagaan
dalam memenuhi trend dan keperluan masa depan. Ia adalah alat berstruktur dalam membantu
pemilik perniagaan menilai kedudukan perniagaan terkini mereka dan keupayaan untuk mengemudi
perniagaan melalui perubahan dan cabaran masa depan. Penilaian adalah berdasarkan kepada lima
(5) komponen utama yang berkait rapat dengan perniagaan yang akan dinilai melalui lima (5) lensa
trend mega yang telah dikenal pasti. Secara umumnya, ini bertujuan untuk membimbing PMKS dalam
menjangkakan gangguan yang disebabkan oleh trend mega dalam tempoh 10 tahun akan datang, di
samping menyediakan perniagaan untuk mengambil langkah yang perlu bagi menangani keperluan
dan kelestarian perniagaan pada masa depan (rujuk kepada Carta 2.21).

070

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Carta 2.21: Model Pandangan Hadapan Strategik

Memahami Keperluan Mengatur Aliran Tunai Menyusun Semula
Pelanggan Anda Anda Rantaian Bekalan Anda
Memahami keadaan Bagaimana untuk menilai
Bagaimana jangkaan semasa perniagaan landskap bekalan,
telah berubah dan anda untuk bersedia memahami cara ia telah
bagaimana anda menghadapi normal berubah dan meramal
berkomunikasi baharu keperluan masa depan

Pemerkasaan & Hakisan Trend Mega Global & Pembangunan PMKS Sempadan Tidak Nyata &
Tadbir Urus Perpindahan
Kesalinghubungan Hiper &
Pemerkasaan individu dan Pengasingan Individu, idea dan cabaran
hakisan tadbir urus pada tersebar pantas dalam skala
dasarnya menyebabkan Kekal berhubung walaupun global dan ekosistem perniagaan
penurunan amalan tradisional terpisah secara fizikal dapat mula mengambil tempat dalam
secara global. Ini disebabkan dilakukan atas banyak faktor pelbagai bentuk. Amat penting
terutamanya oleh pembasmian seperti kemajuan ketara untuk melihat dan menilai kedua-
kemiskinan dan peningkatan dalam sambungan internet dua trend mega ini bersama-
kelas pertengahan, terutama dan teknologi komunikasi, sama dengan impak yang
di Asia apabila ia muncul begitu juga pengurangan berkait rapat seperti keadaan
sebagai hab pengeluaran global, keperluan penglibatan secara masyarakat semasa yang saling
berikutan kemajuan ketara fizikal. Kesalinghubungan dan berhubung dalam menguatkan
dalam pendidikan, teknologi dan pengasingan merujuk kepada lagi hubungan pada masa depan.
penjagaan kesihatan di rantau dua hujung sambungan namun
bersepadu dengan baik.

ini.

Memikirkan Semula Menerapkan Pendigitalan
Tenaga Kerja Anda dalam Perniagaan Anda

Bagaimana impak daripada Bagaimana perniagaan dapat
krisis memberi kesan ke memanfaatkan alat dan aset
atas kapasiti, keupayaan digital untuk meningkatkan
dan kemampuan tenaga pertumbuhan
kerja anda

Trend Mega Global & Pembangunan PMKS

Polarisasi & Penuaan Kekurangan & Dematerialisasi
Menjelang 2050, populasi global
Populasi yang semakin tua digabung dijangka meningkat kepada 9.8 bilion
pula dengan peningkatan masyarakat penduduk, dengan peningkatan
yang semakin terpolarisasi tertinggi dari Asia dan Afrika yang
membawa akibat buruk jika tidak boleh menyebabkan kekurangan
diberi perhatian sewajarnya. sumber. Walau bagaimanapun,
Perubahan generasi berkenaan nilai dematerialisasi telah mendorong
dan keutamaan memberi kesan industri untuk memilih alternatif
dalam setiap aspek kehidupan, dan pilihan mampan kerana pasaran
termasuk tempat kerja yang mana menunjukkan permintaan yang
mewujudkan pembahagian dua kukuh bagi perubahan seumpama
kumpulan yang berbeza, dengan ini.
kepercayaan dan pendapat berlaku
seiring.

071

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

BIDANG TUMPUAN DAN FAKTOR KEJAYAAN UTAMA

SME Corp. Malaysia akan memberi tumpuan kepada lima (5) bidang tumpuan dan lima (5) faktor
kejayaan utama untuk sembilan (9) tahun akan datang (rujuk kepada Carta 2.22) ketika membangunkan
strategi dan inisiatif untuk Pelan Strategik Perniagaan (BSP). Definisi bidang tumpuan dan faktor
kejayaan utama adalah seperti berikut:

¢ Bidang Tumpuan adalah elemen utama dalam industri yang mesti diberi penekanan untuk
masa depan pembangunan PMKS, dengan mengambil kira bidang yang SME Corp. Malaysia
mempunyai peranan aktif dan secara langsung

¢ Faktor Kejayaan Utama (KSF) adalah aspek yang perlu dipertimbangkan untuk menyokong
bidang tumpuan. Ia juga termasuk inisiatif yang dikenal pasti sebagai penting, tetapi tidak
semestinya dipacu oleh SME Corp. Malaysia

Carta 2.22: Bidang Tumpuan & Faktor Kejayaan Utama
5 BIDANG TUMPUAN

Rantaian Nilai Pengantarabangsaan Perusahaan Mikro & Pendigitalan & Memperkukuhkan Peranan
dalam Industri PKS Kumpulan Inklusif Automasi PMKS SME Corp. Malaysia sebagai
Berimpak Tinggi Agensi Penyelaras Pusat (CCA)

Penerapan Teknologi & 5 FAKTOR KEJAYAAN UTAMA Pematuhan ESG
Pemodenan
Akses PMKS kepada
Pembiayaan

Kerjasama Triple Helix Penyampaian Perkhidmatan
Kerajaan

¢ Bidang Tumpuan 1: Rantaian Nilai dalam Industri Berimpak Tinggi mengenal pasti dan
membangunkan rantaian nilai dalam sektor berimpak tinggi utama yang diberi perhatian untuk
pembangunan PMKS

¢ B idang Tumpuan 2: Pengantarabangsaan PKS mengenal pasti keperluan PKS untuk lebih terlibat
dalam kerjasama perdagangan dan perniagaan serantau, yang bertujuan untuk membolehkan lebih
banyak PKS beralih secara berperingkat dari tertumpu kepada domestik ke global

¢ Bidang Tumpuan 3: Perusahaan Mikro dan Kumpulan Inklusif mengenal pasti keperluan untuk
keterangkuman perniagaan dan bagaimana pembangunan perusahaan mikro menjadi lebih
berkesan kepada kumpulan inklusif di Malaysia

¢ B idang Tumpuan 4: Pendigitalan dan Automasi PMKS melihat kepada mempercepatkan
penggunaan teknologi digital dan automasi dalam kalangan PMKS untuk meningkatkan
produktiviti dan kecekapan

¢ Bidang Tumpuan 5: Memperkukuhkan Peranan SME Corp. Malaysia sebagai Agensi
Penyelarasan Pusat (CCA) memberi tumpuan kepada penyelarasan semula objektif SME Corp.
Malaysia dengan pelbagai kementerian dan agensi mengenai pembangunan PMKS di Malaysia

¢ Lima (5) KSF memberi sokongan kepada keseluruhan strategi merentasi Bidang Tumpuan.
Strategi yang dibangunkan dalam keseluruhan bidang tumpuan mempertimbangkan setiap
lima (5) KSF, bergantung kepada perkaitan

072

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

BIDANG TUMPUAN 1 RANTAIAN NILAI DALAM INDUSTRI BERIMPAK TINGGI
Bidang tumpuan ini melihat terutamanya kepada menggalakkan penglibatan PMKS dalam industri
'Berimpak Tinggi' dengan menangani cabaran yang dihadapi dari segi:
¢ Rangkaian perniagaan dengan firma yang lebih besar melalui penyepaduan dan galakan rantaian

nilai
¢ Pembangunan keupayaan dan kapasiti melalui latihan & pensijilan
¢ Keperluan / pematuhan untuk akses ke pasaran daripada segi teknologi dan penasihat proses

pematuhan
Perubahan nilai global dari fizikal dan material ke arah inovasi dan kemajuan teknologi. Antara
faktor utama yang mempercepatkan gerakan ini termasuklah kemunculan masyarakat berasaskan
pengetahuan dan teknologi.

Carta 2.23: Kemunculan Masyarakat Berasaskan Pengetahuan dan Teknologi

MENINGKATKAN PENYEPADUAN PENGGUNAAN AUTOMASI & TEKNOLOGI IR4.0
BEKALAN YANG MAMPAN YANG LEBIH BESAR

Kepentingan pematuhan ESG dalam kalangan rantaian IR4.0 telah menekankan kepada pembuatan berinovasi
bekalan domestik dan antarabangsa semakin mengalihkan dan ekonomi perkhidmatan menyeluruh. Selanjutnya,
tumpuan daripada memaksimumkan keuntungan secara pertumbuhan dan pulangan kewangan daripada data
tradisional kepada pengurusan rantaian bekalan, mereka dan tabiat pengguna membenarkan pengeluar meramal
bentuk semula proses yang mengurangkan sisa dan menjangkakan sektor pertumbuhan tinggi pada
masa depan. Oxford Economics menjangkakan saiz
9% daripada syarikat global dan Kerajaan telah
mengguna pakai amalan ESG dan mereka bentuk pasaran bagi pendigitalan akan melepasi 24.3%
semula untuk ekonomi kitaran daripada KDNK global menjelang tahun 2025

Cabaran dalam Membangunkan Rantaian Nilai dalam Industri Berimpak Tinggi

Terdapat begitu banyak cabaran yang dihadapi bagi penyepaduan rantaian nilai berimpak tinggi yang
mengehadkan potensi PKS untuk terlibat dengan sektor berimpak tinggi. Secara prinsipnya, kelemahan
hubungan rantaian bekalan antara MNC / firma besar dan PKS adalah isu yang berterusan, dengan
beberapa penyelidikan mengenai Input-Output (IO) mencatatkan bahawa firma yang lebih besar lebih
cenderung untuk mendapatkan input mereka secara berlebihan melalui import dan dari firma besar
domestik yang lain berbanding daripada PKS tempatan.

PKS Malaysia mengalami cabaran dari segi produktiviti melalui kekurangan bakat mahir dalam
kelompok pekerja dan pada masa yang sama kekurangan program latihan pekerja yang efektif
untuk meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada. Tambahan lagi, jurang teknologi antara PKS dan
firma besar memberikan cabaran amat besar dalam merapatkan jurang produktiviti antara kedua-
dua kumpulan. Selain itu, ketersediaan pekerja asing yang murah membuatkan PKS tawar hati
daripada membuat pelaburan yang diperlukan terhadap teknologi dan automasi untuk meningkatkan
produktiviti.

073

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Carta 2.24: Pembelian Input oleh Firma Besar PKS

HUBUNGAN RANTAIAN BEKALAN PKS YANG PRODUKTIVITI RENDAH DALAM KALANGAN PKS
LEMAH

Hubungan perolehan input yang lemah daripada PKS PKS berhadapan Satu kajian HDRF mendapati
oleh syarikat multinasional mengehadkan pertumbuhan tahap produktiviti bahawa:
syarikat kecil apabila permintaan pasaran beralih ke arah yang lemah
barangan berinovasi tinggi disebabkan oleh 65%
kekurangan
Firma besar memperolehi input mereka daripada: automasi PKS dilaporkan memerlukan
pengeluaran dan latihan kemahiran IT yang lebih
0.9% 25.4% PKS pembangunan baik, manakala hanya
modal insan yang
Perusahaan Import Beli Beli lemah dalam 40%
Mikro 14.5% 10.2% kalangan tenaga
23.8% daripada daripada kerjanya PKS menyediakan latihan kepada
9.3% para pekerja, dengan hanya
Syarikat FIRMA BESAR 11.7% latihan ke arah kualiti dan
Firma Multinasional / produktiviti
Kecil dan Fima Besar
Sederhana

Sumber: SME Input-Output Table: Analysis and Impact, SME Corp. Malaysia

Dalam mengenal pasti industri berimpak tinggi, petunjuk dan pengukuran berikut telah digunakan
(rujuk kepada Carta 2.25):

Carta 2.25: Petunjuk bagi Mengukur Industri Berimpak Tinggi

Potensi Pertumbuhan Sumbangan Guna Tenaga: Industri yang
menawarkan pertumbuhan guna tenaga yang
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK): tinggi meningkatkan punca pendapatan ekonomi
Industri dengan sumbangan KDNK yang tinggi
meningkatkan daya tahan ekonomi PMKS Lebihan Kendalian Kasar (Gross Operating
Surplus, GOS): Industri yang mampu mengekalkan
Sumbangan Eksport: PKS dalam industri eksport margin yang kukuh memberikan persaingan yang
yang kukuh akan lebih terlindung daripada kejutan menguntungkan kepada PMKS
ekonomi domestik Kehadiran PMKS: Industri yang menghasilkan
kepelbagaian PMKS bermanfaat bagi pembangunan
Pertumbuhan Produktiviti: Industri yang PMKS secara keseluruhannya
menunjukkan pertumbuhan produktiviti yang tinggi
sangat penting dalam meningkatkan kapasiti PMKS

Kesediaan Industri Kematangan Industri: Industri yang matang (sunset
industry) mempunyai tahap kejayaan dan peluang
Dasar / Hala Tuju Negara: Sektor harus selari yang rendah bagi PMKS untuk memantapkan
dengan keutamaan pembangunan kebangsaan syarikat mereka
untuk disokong dengan baik

074

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Sebagai sebahagian daripada proses, industri yang dikenal pasti dalam RMKe-12, Tindakan
Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030)
telah dipetakan terhadap industri tumpuan SME Corp. Malaysia sedia ada. Didapati bahawa lima (5)
industri daripada fokus sedia ada adalah sama dengan dasar negara. Industri lain boleh dianggap
sebagai sebahagian daripada 'Industri Berimpak Tinggi' tertakluk kepada memenuhi petunjuk yang
diperlukan seperti yang dinyatakan pada Carta 2.25.

Carta 2.26: Gambar Rajah Venn Mengenai Tiga (3) Dasar Negara

RMKe-12 SPV 2030 TPB2030

Perkhidmatan Pertanian Pelancongan Seni Industri Ekonomi IR4.0 Kewangan Sektor Baharu
Global Pintar Kreatif Halal Digital Islam yang Dikenal Pasti

Aeroangkasa E&E Biojisim / Tenaga Boleh Diperbaharui Pusat Ekonomi Ekonomi di bawah TPB:

Kecermelangan Hijau Maritim Pembinaan Moden

Peranti Minyak Pengangkutan Gaharu / Pemodenan Hab Keselamatan &
Komoditi 2.0 Perkhidmatan ASEAN Pertahanan
Perubatan & Gas & Logistik

Industri Berimpak Tinggi Sedia Ada yang Ditumpukan oleh SME Corp. Malaysia (termasuk PRESTIGE)

Berdasarkan definisi berimpak tinggi dan pemetaan industri dari dasar negara yang lain dari Carta
2.26, lapan (8) industri berimpak tinggi yang berpotensi telah dikenal pasti untuk dipertimbangkan oleh
SME Corp. Malaysia. Industri ini dipilih berdasarkan potensi pertumbuhan mereka dan hala tuju dasar
yang disediakan oleh Kerajaan melalui dasar negara. Industri yang dipilih akan menjadi tumpuan SME
Corp. Malaysia untuk bergerak ke hadapan dalam Bidang Tumpuan 1 (rujuk kepada carta 2.27).

Carta 2.27: Industri Berimpak Tinggi

Pertanian Pintar16 Aeroangkasa17 Elektrik dan Peranti Perubatan19
Elektronik18
RM15.4 bilion
RM60,300 RM55.2 bilion RM120 bilion
Nilai Eksport pada 2021
Produktiviti Pekerja pada 2025 Hasil Industri menjelang 2030 Sumbangan KDNK menjelang
2025 RM10.4 bilion
RM25.06 bilion 32,000
RM495 bilion Nilai Sumbangan KDNK
Sumbangan GOS menjelang Pekerjaan Bergaji Tinggi menjelang 2025
2030 Diwujudkan Nilai Eksport menjelang 2025

11,156 pekerjaan

Pewujudan Pekerjaan

Industri Halal16, 20 Pelancongan16 Minyak & Gas21 Biojisim /
Bioteknologi16
RM475.4 bilion RM36.45 bilion RM40 bilion
RM377 juta
KDNK diunjurkan pada 2030 Sumbangan GOS menjelang Sumbangan KDNK menjelang
2030 2025 Sumbangan GOS menjelang
RM11.75 bilion 2030
8,367 pekerjaan 60,000
Sumbangan GOS menjelang 1,631 pekerjaan
2030 Pewujudan Pekerjaan Pekerjaan Mahir &
Separuh Mahir Pewujudan Pekerjaan
10,924 pekerjaan

Pewujudan Pekerjaan

075

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

BIDANG TUMPUAN 2 PENGANTARABANGSAAN PKS
Bidang tumpuan ini mengutamakan keperluan untuk meningkatkan keupayaan produktif PKS sambil
menggalakkan kerjasama komersial antarabangsa dengan rakan kongsi antarabangsa melalui:
¢ Hubungan perniagaan dengan firma asing boleh dipupuk melalui fasilitasi perdagangan yang

lebih erat
¢ Inisiatif G2G mengenai perdagangan antarabangsa dengan kerjasama yang kukuh bersama

persatuan perniagaan
¢ Latihan PKS mengenai pensijilan dan piawaian antarabangsa untuk mengeksport
Trend global ke arah liberalisasi perdagangan dan hubungan GVC menunjukkan kedua-dua cabaran
dan peluang untuk PKS Malaysia. Trend semasa menunjukkan perubahan yang ketara dalam ekosistem
perniagaan moden yang memupuk lebih banyak kolaborasi, penciptaan bersama dan inovasi yang
memanfaatkan pengetahuan dalaman (teknologi & produktiviti) dan luaran (analisis pasaran) untuk
kelebihan daya saing.

Cabaran dalam Pengantarabangsaan PKS

Terdapat beberapa isu yang lazimnya berlaku dalam menggalakkan eksport PKS. Bukti statistik yang
diperoleh daripada Laporan Indeks Dasar PKS ASEAN 2018 menunjukkan bahawa hanya minoriti
PKS Malaysia terlibat dalam eksport langsung, dengan penglibatan 4.3% firma kecil dan 19.2% firma
sederhana, berbanding dengan hampir 70.0% oleh firma besar22. Analisis diperingkat firma juga
menunjukkan bahawa PKS sangat kurang diwakili dalam aktiviti eksport dengan penglibatan mereka
lebih tertumpu pada bahagian bawah GVC dan mempunyai akses yang terhad kepada maklumat
pasaran dan teknologi data. Terutamanya, di Malaysia 72.0% daripada firma besar telah memenuhi
standard kualiti eksport antarabangsa, namun hanya 8.5% daripada firma kecil dan 15.6% daripada
firma bersaiz sederhana dapat memenuhi kriteria yang serupa. Oleh itu, intervensi diperlukan untuk
membantu mengecilkan jurang dan memudahkan perdagangan antarabangsa.

Carta 2.28: Halangan Kewangan yang Tinggi terhadap Penerapan Teknologi Digital & Kekurangan
Pendedahan PKS Bukan Pelancongan kepada Pasaran Eksport

HALANGAN KEWANGAN TINGGI UNTUK PROSES KEKURANGAN PENDEDAHAN PKS BUKAN
PEMODENAN & AUTOMASI PELANCONGAN KEPADA PASARAN EKSPORT

Membimbangkan apabila 50.0% PKS Malaysia Menurut analisi IO oleh SME Corp. Malaysia, PMKS secara
menyatakan keperluan kewangan yang tinggi keseluruhan mengeksport 26.4% daripada jumlah output
mereka manakala firma besar mengeksport 42.6%
sebagai penghalang untuk mengguna pakai teknologi digital
dan proses automasi, termasuklah kos yang berkaitan dengan >33.0% 55.6%
sambungan internet, perkakasan digital, langganan perisian
dan peningkatan kemahiran pekerja. Halangan ini merupakan Namun begitu, lebih 33.0% Lebih 55.0% daripada
masalah utama untuk membangunkan keupayaan yang eksport PKS dijana oleh jumlah populasi PKS
penting bagi kerjasama antarabangsa GVC pelancongan sebelum pandemik, terlibat dalam sektor
terutamanya dalam subsektor pelancongan
perkhidmatan pelancongan

Sumber Kajian KRI Sumber: SME Corp. Malaysia, DOSM

Globalisasi membuka peluang baharu untuk pengantarabangsaan PKS, menyediakan mereka dengan
faktor pengeluaran yang lebih berkualiti dan pemindahan pengetahuan serta pasaran baharu untuk
ditembusi. Walau bagaimanapun, PKS menghadapi risiko dalam persaingan perdagangan apabila
barangan dan perkhidmatan asing memasuki pasaran domestik.

076

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Seperti yang dinyatakan, Malaysia mempunyai tahap keterbukaan perdagangan yang tinggi dengan
rakan antarabangsa yang setara. Jadual di bawah menyenaraikan lima (5) rakan eksport utama bagi
Malaysia di peringkat global (rujuk kepada Jadual 2.2).

Jumlah perdagangan Malaysia (jumlah eksport dan import) sebagai peratusan KDNK melonjak lebih
116.0%23 pada 2020, menunjukkan tahap intensiti perdagangan yang tinggi. Oleh itu, apabila lebih
banyak perjanjian perdagangan dikuatkuasakan, terutamanya Perkongsian Ekonomi Komprehensif
Serantau (RCEP), PKS mesti diperkasakan untuk memanfaatkan peluang perdagangan baharu.

Jadual 2.2: Lima (5) Rakan Eksport Utama Malaysia, 2020

Negara Nilai Eksport (RM bil) Sumbangan kepada Eksport (%)
China 159.2 16.2
Singapura 142.2 14.4
Amerika Syarikat 109.1 11.1
Hong Kong 68.2 6.9
Jepun 62.6 6.4

Sumber: MATRADE, Analisis Deloitte

Perjanjian Perdagangan Semasa – Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN FTA)

Antara perjanjian perdagangan yang sedang dikuatkuasakan, ASEAN FTA kekal sebagai perjanjian
yang paling bermanfaat dan penting dalam sejarah Malaysia, dengan perdagangan intra-ASEAN
merupakan sebahagian besar daripada jumlah perdagangan Malaysia, menyumbang lebih 25.0% pada
tahun 2020.
Memperdalam hubungan perdagangan dengan rakan dagang ASEAN membantu membina kestabilan
rantaian bekalan serantau jangka panjang sambil membuka jalan ke arah peluang GVC yang lebih besar.
Begitu juga, terdapat peluang untuk kerjasama dan hubungan PMKS yang lebih mendalam, terutamanya
melalui Jawatankuasa Penyelarasan ASEAN bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (ACCMSME)
di mana Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kini memegang jawatan
sebagai Ketua Setiausaha. Pada masa ini, kerjasama secara prinsipnya berbentuk perkongsian ilmu.
Walau bagaimanapun, lebih banyak yang boleh dilakukan dengan mengambil kira bidang kerjasama
lain yang mungkin lebih bernilai, seperti projek pembangunan bersama dalam kalangan PKS ASEAN.

Perjanjian Perdagangan Semasa – Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)

RCEP adalah perjanjian perdagangan yang baru disahkan bagi menghubungkan ASEAN, Asia Timur
Laut dan Australasia dalam perkongsian perdagangan serantau. Berkuat kuasa pada awal Januari
2022, perjanjian ini membuka peluang yang luas untuk hubungan pasaran dengan firma berinovasi
tinggi di ekonomi maju, seperti Jepun dan Korea Selatan. Perlu diperhatikan di sini bahawa bukan
seperti perjanjian perdagangan lain, peruntukan dalam RCEP agak longgar jika dibandingkan, serta
mengurus pelbagai bidang untuk rundingan memandangkan kerumitan ekonomi yang jauh berbeza
dalam kalangan ahli perjanjian.
Paling penting, Bab 14 di dalam perjanjian RCEP mengandungi peruntukan mengenai pembangunan
PKS dan membolehkan laluan rundingan untuk Kerajaan mempromosikan dan meningkatkan
hubungan PKS di seluruh rantau RCEP. Peruntukan PKS sedemikian harus dibincangkan di antara
ahli untuk mempromosikan hasil terbaik bagi PKS dalam mengakses pasaran utama di rantau ini.

077

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Potensi Rangka Kerja Kerjasama untuk PKS

Rangka kerja mengenai kolaborasi dengan PKS adalah termasuk pelbagai model promosi eksport, seperti
konsortium eksport, pakatan strategik dan usaha sama PKS / syarikat multinasional yang mungkin melibatkan
syarikat industri perdagangan di pasaran yang mempunyai teknologi maju seperti Jepun, Korea dan China.
Selanjutnya, Bab 12 di dalam RCEP mengenai e-dagang mempunyai ciri yang menggalakkan PKS
untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital yang semakin berkembang dan memanfaatkan
peluang dalam talian untuk penjualan rentas sempadan. Dalam pada itu, perjanjian ini menyediakan
sistem tanpa kertas yang seragam bagi memudahkan perdagangan dan penyelesaian digital, seperti
pengesahan digital yang mewujudkan pengalaman yang lancar untuk kedua-dua pelanggan dan
PKS di RCEP. Selain itu, pengurangan 92.0% tarif yang dipersetujui dalam RCEP membantu PKS
mendapatkan sumber produk yang lebih murah dan canggih untuk membantu mereka mencapai
tahap pembangunan rantaian nilai yang lebih tinggi.

BIDANG TUMPUAN 3 PERUSAHAAN MIKRO DAN KUMPULAN INKLUSIF
Pembangunan kumpulan rentan di Malaysia merupakan matlamat nasional penting yang sedang
diusahakan oleh Kerajaan. Oleh itu, intervensi berstruktur dan ekosistem perlu dibangunkan untuk
mentransformasikan (scale-up) kedua-dua kumpulan inklusif dan perusahaan mikro melalui:
¢ Melaksanakan program berstruktur dengan tempoh tamat graduation dan sasaran yang jelas
¢ Membangunkan keupayaan digital mereka melalui kompas digital dan kit panduan
¢ Kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menyediakan latihan kemahiran dan

pembangunan keupayaan yang lebih berkesan
Terdapat peralihan yang kukuh daripada pekerjaan biasa ke arah keusahawanan, terutamanya melalui
platform firma yang membolehkan pekerja bekerja secara bebas untuk individu atau perniagaan lain,
iaitu pekerja gig. Pertambahan jumlah pekerja gig telah membawa kepada peningkatan perusahaan
mikro di seluruh dunia dan keperluan yang lebih teguh untuk memformalkan perniagaan.

Cabaran dalam Membangunkan Perusahaan Mikro dan Kumpulan Inklusif

Selain itu, kesan pandemik dan pelaksanaan PKP terhadap perusahaan mikro Malaysia tidak boleh
dipertikaikan. Bukti menunjukkan bahawa perusahaan mikro sangat bergantung pada pasaran
penggunaan domestik daripada eksport, menjadikan impak daripada kejutan domestik jauh lebih
terjejas berbanding dengan firma besar dan syarikat multinasional. Oleh kerana perbelanjaan
pengguna menjadi sangat terhad, PMKS menanggung beban akibat gangguan ini, menyebabkan lebih
31,000 penutupan perniagaan sepanjang tahun 2020.
Selain itu, harga minyak telah meningkat dengan stabil sejak kejatuhan komoditi pada Mac 2020,
yang dikekalkan oleh permintaan yang lebih tinggi di China dan pakej rangsangan besar di seluruh
dunia, manakala disebabkan OPEC+ lewat untuk meningkatkan pengeluaran, ini menyebabkan harga
minyak naik lantas kos pengeluaran melonjak. Sementara itu, ujian dan sanitasi yang berterusan telah
menambah kos overhed kepada keseluruhan operasi.

Kumpulan Sasaran dalam Perusahaan Mikro

Disebabkan oleh bilangan perusahaan mikro yang besar di Malaysia, tidak mungkin SME Corp.
Malaysia mempunyai kapasiti untuk menjaga keperluan kesemua perusahaan mikro. Oleh itu,
organisasi harus mengenal pasti tumpuan mereka terhadap sektor tertentu untuk membantu
perusahaan mikro berkembang menjadi firma bersaiz kecil melalui scaling-up dan kemampanan.

078

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Kriteria dan standard tertentu akan ditetapkan untuk menapis perusahaan mikro yang mempunyai
kemungkinan terbaik untuk berjaya dengan berkesan, sambil memperhebatkan usaha untuk
perusahaan kecil dan sederhana bagi membantu mencapai sasaran ekonomi makro dan bukannya
tertumpu terhadap PMKS sebagai satu jaringan luas, yang kebanyakannya telah pun disasarkan oleh
agensi Kerajaan yang lain. Beberapa kriteria termasuk:

¢ Penjajaran kepada industri berimpak tinggi
¢ Menunjukkan kesediaan untuk berkembang
¢ Matlamat akhir tidak terhad kepada kelangsungan perniagaan
¢ Menunjukkan kepintaran perniagaan yang mencukupi / profil keusahawanan yang betul

Kumpulan Sasaran untuk Keterangkuman

Statistik menganggarkan bahawa bilangan dan kategori kumpulan rentan terlalu luas untuk SME
Corp. Malaysia membantu sepenuhnya. Oleh itu, SME Corp. Malaysia akan memberi tumpuan kepada
pembangunan inklusif dengan beberapa kumpulan sasaran iaitu keluarga berpendapatan rendah,
wanita kurang bernasib baik, orang kurang upaya, belia dan Bumiputera (rujuk kepada Carta 2.29).

Carta 2.29: Kumpulan Inklusif

Golongan Berpendapatan Bumiputera
Rendah Populasi Bumiputera: ~20.6 juta
Kumpulan Pendapatan B40: >3 juta isi
rumah Usahawan Wanita
Perusahaan Milik Wanita: 186,000 syarikat
Orang Kurang Upaya

Orang Kelainan Upaya: 453,000 orang

Belia
Populasi Belia (15 – 24 tahun): ~5.5 juta

Sumber: DOSM, 2021

Namun begitu, disebabkan oleh skala dan skop kumpulan tersebut di Malaysia, terdapat keperluan
untuk memperhalusi tumpuan dengan mengenal pasti kumpulan sasaran yang mempunyai potensi
pertumbuhan. Pendekatan tersebut yang membantu kumpulan inklusif ini bukan lagi mengenai
jumlah, tetapi lebih kepada kualiti.

BIDANG TUMPUAN 4 PENDIGITALAN DAN AUTOMASI PMKS
Pendigitalan PMKS merupakan satu bidang tumpuan yang penting bagi tumpuan strategik Kerajaan
secara keseluruhan terhadap pembangunan PMKS. Pandemik ini telah menonjolkan keperluan
untuk mengubah perniagaan daripada prosedur manual kepada digital. Walau bagaimanapun, istilah
pendigitalan terlalu luas, terutamanya untuk PMKS dan perlu disasarkan dengan cara yang lebih tepat
untuk memberi impak kepada masyarakat yang lebih luas.

079

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Oleh itu, pendekatan yang berstruktur dan lebih jelas dalam intervensi Kerajaan perlu dilaksanakan
untuk memenuhi keperluan digital semua PMKS melalui:

¢ Menggunakan definisi yang lebih tepat untuk pendigitalan PMKS mengikut sektor dan saiz
¢ Membangunkan kompas digital dan kit panduan diagnostik khusus untuk PMKS
¢ Kolaborasi dengan IPT untuk menyediakan latihan dan pembangunan kemahiran digital

Terdapat peralihan yang kukuh dari operasi tradisional ke arah operasi pendigitalan PMKS yang
disebabkan oleh pandemik. Trend mega global mengenai kesalinghubungan hiper dan pemerkasaan
telah menyebabkan penggunaan e-dagang dan komunikasi digital melonjak naik mencapai lebih 20.0%
daripada KDNK negara pada tahun 2020.

Carta 2.30: Peralihan dari Membeli Belah Secara Fizikal ke E-Dagang dan Permintaan untuk
Perkhidmatan 24/7 oleh Pengguna

BERALIH DARIPADA MEMBELI-BELAH FIZIKAL PERMINTAAN UNTUK PERKHIDMATAN 24/7
KEPADA E-DAGANG

Teknologi baharu telah membenarkan pengguna beralih Pengguna semakin menuntut perkhidmatan dan sokongan
daripada membeli-belah secara fizikal kepada e-dagang. pelanggan secara segera. Ini disebabkan purata jangka
masa perhatian semakin singkat disebabkan akses kepada
Ekonomi digital dijangka menyumbang sehingga 25.5% maklumat yang lebih pantas.
kepada KDNK menjelang 2025 (RMKe-12).
Sementara itu, nilai e-dagang mencecah RM163.3 bil 8saat Suatu kajian oleh Microsoft menunjukkan
pada 2020. purata jangka masa perhatian manusia telah
berkurangan sebanyak hampir 25.0% daripada
12 saat pada tahun 2000 kepada 8 saat

Cabaran dalam Pendigitalan dan Automasi PMKS

Terdapat cabaran hebat yang wujud dalam usaha untuk
mendigitalkan dan mengautomasikan PMKS. Terutamanya,
beberapa kajian telah mendapati bahawa kekurangan pembiayaan
mendapat undian tertinggi dalam kalangan responden kaji
selidik PMKS, khususnya apabila mempertimbangkan kos yang
berkaitan dengan kesalinghubungan internet, perkakasan digital,
langganan perisian dan latihan digital. Walaupun terdapat banyak
geran pendigitalan wujud untuk PMKS, kadar penggunaannya
masih terlalu rendah.

PMKS juga tidak mempunyai hala tuju yang sesuai dan jelas
mengenai strategi pendigitalan mereka manakala memaparkan
tahap heterogeniti yang tinggi dalam keperluan digital khusus
mereka merentas pelbagai industri. Ini jelas dilihat apabila Kaji
Selidik Bank Dunia pada Februari 2021 mendedahkan bahawa
56.0% daripada PMKS dilaporkan sama ada tidak menyedari
manfaat pendigitalan atau tidak mempunyai strategi yang jelas
tentang cara melaksanakan penyelesaian digital tersebut.
Selanjutnya, kaji selidik itu mendedahkan bahawa PMKS tidak
mempunyai saluran yang betul tentang cara untuk mencari
maklumat yang diperlukan mengenai pendigitalan dan di mana
hendak mencari pembekal perkhidmatan digital yang boleh
dipercayai (rujuk kepada Carta 2.31).

080

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Carta 2.31: PMKS Enggan Melabur dalam Automasi dan Cabaran dalam Penerapan Pendigitalan

PKS ENGGAN MELABUR DALAM CABARAN DALAM PENERAPAN PENDIGITALAN
AUTOMASI

Walaupun perniagaan sedar kepentingan Walaupun perniagaan sedar kepentingan pendigitalan dan alat digital
pendigitalan dan automasi, banyak PKS secara keseluruhan, beberapa faktor utama telah menjadi halangan
masih enggan disebabkan oleh kos pelaburan penerapan pendigitalan dalam kalangan PKS. Satu kajian terhadap
permulaan yang tinggi dalam IR4.0 cabaran digital dalam kalangan PKS mendapati:

daripada pengeluar Malaysia 49% 48% 48% 46%
96% berhati-hati dengan pelaburan Ketidaksedaran Kekurangan Hala
permulaan yang tinggi bagi Kekurangan Kekurangan Teknologi Tuju Digital
automasi Pembiayaan Bakat Digital

Sumber: NCSU, 2019 Sumber : Malaysia Digital SME Study 2018, SME Corp. Malaysia & Huawei

Mentakrifkan Pendigitalan PMKS

Perkataan 'Pendigitalan' adalah istilah yang luas untuk menerangkan proses transformasi yang
holistik daripada proses manual kepada digital. Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
menerangkan istilah ini sebagai 'penggunaan teknologi digital untuk mengubah model perniagaan
dan menyediakan pendapatan baharu serta peluang menghasilkan nilai'. Pada asasnya, pemahaman
tentang pendigitalan masih berkisar pada pendigitalan asas, seperti membangunkan laman web dan
penggunaan media sosial sebagai saluran pemasaran. Walaupun diakui bahawa inisiatif sedemikian
boleh menjadi titik permulaan perjalanan pendigitalan yang lebih besar, tidak jelas sama ada PMKS
mempunyai pengetahuan dan pengalaman asas untuk melakar pelan tindakan / perancangan
digitalisasi mereka. Proses transformasi ini akan berbeza dari satu firma ke firma yang lain, khususnya
apabila membandingkan firma dengan saiz yang berbeza.

Pendigitalan perlu diperhalusi berdasarkan saiz firma untuk menentukan pendigitalan standard yang
perlu digunakan oleh firma saiz mereka. Selain itu, pendigitalan harus dilihat sebagai intervensi untuk
mengatasi cabaran tertentu yang dihadapi oleh perniagaan. Berikut adalah contoh cabaran yang boleh
diselesaikan melalui pendigitalan:

¢ Ketidakcekapan proses pengeluaran / kos operasi yang tinggi
¢ Kurang kebolehlihatan dari segi kepuasan pelanggan
¢ Jumlah petunjuk pemasaran berkualiti yang rendah untuk ditukar ke jualan

PMKS perlu dibimbing untuk merangka pelan tindakan transformasi digital umum berdasarkan
cabaran di atas. Ini akan merapatkan jurang maklumat dan pengetahuan dalam kalangan PMKS
berkenaan pendigitalan.

Jenis Alat Automasi Digital yang Perlu Diguna Pakai oleh PMKS

Sebahagian besar PMKS tidak menyedari jenis teknologi yang diperlukan untuk meningkatkan
produktiviti mereka. Walaupun kebanyakan PMKS berkomputer secara nominal, seperti komputer
riba dan telefon pintar, ini tidak mencukupi kerana ia biasanya diusahakan secara 'silo' sebagai unit
terasing dan tidak dihubungkaitkan melalui alat digital. Selain itu, masih terdapat banyak proses
manual yang ketara dalam kalangan PMKS.

081

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Selain itu, PMKS yang telah melabur dalam alat digital bahagian depan (front-end) seperti e-dagang
yang telah meningkatkan jualan mereka mungkin tidak bersedia atau sedar tentang cara untuk
melabur lebih lanjut lagi berkaitan alat digital. Penggunaan pemboleh pendigitalan canggih seperti
pengkomputeran awan, IoT dan analisis data masih jarang dalam kalangan PMKS Malaysia, manakala
mereka yang telah menggunakannya, bergantung kepada fungsi yang paling asas.

Untuk merapatkan jurang ini, kompas digital yang tertumpu terhadap PMKS dengan alat diagnostik
kendiri boleh dipertimbangkan bagi menyediakan akses kepada firma yang lebih kecil untuk membina
kesedaran mengenai kedudukan mereka sambil memberi nasihat e-perniagaan dan arahan strategik
tentang apa yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan rantaian produktiviti digital.

Teknologi Relevan untuk Penerapan PMKS bagi Memacu Produktiviti

Tidak dinafikan bahawa teknologi dan alat digital memainkan peranan penting dalam menggalakkan
potensi produktif PMKS. Walaupun terdapat pelbagai teknologi yang boleh dilaksanakan oleh PMKS untuk
mengautomasikan proses mereka dan meningkatkan kecekapan mereka, selalunya sukar bagi firma individu
untuk memilih teknologi apa yang perlu diperoleh dan alat automasi mana yang perlu digunakan.

Ia adalah jelas bahawa tiada pendekatan satu saiz yang sesuai untuk semua apabila membuat
pemilihan teknologi yang betul. Walau bagaimanapun, bahagian ini bertujuan untuk mengetengahkan
pertimbangan utama dan contoh teknologi yang perlu diketengahkan oleh PMKS dalam aspek
peningkatan produktiviti.

Apa yang Perlu Dipertimbangkan oleh PMKS?

Melaksanakan teknologi mesti sentiasa bermula dengan penyataan masalah yang jelas dan berasaskan
bukti. Adalah tidak mencukupi untuk mengatakan bahawa firma perlu menggunakan pemasaran
digital kerana jualan yang rendah, bagaimanapun adalah penting untuk mengetahui bilangan petunjuk
yang diperoleh, apakah kadar penukaran jualan dan apakah kadar jualan ulangan. Metrik ini adalah
beberapa contoh bagaimana penyataan masalah harus dikenal pasti sebelum memutuskan bidang
apa yang perlu diperbaiki / apakah penyataan masalah yang seharusnya diselesaikan oleh teknologi.
Contoh ini digambarkan dalam Jadual 2.3 berikut:

Jadual 2.3: Penyataan Masalah dan Potensi Punca / Penyelesaian dalam Melaksanakan Teknologi

PENYATAAN MASALAH POTENSI PUNCA / PENYELESAIAN

Bilangan Petunjuk yang ¢ Pemasaran yang tidak mencukupi, memerlukan pencapaian dan
Rendah pengiklanan yang lebih baik

Penukaran Jualan yang ¢ Boleh menggunakan platform digital untuk pemasaran tersebut
Rendah
¢ Cadangan jualan unik produk (USP) yang lemah, memerlukan imej /
Kadar Jualan Berulang penjenamaan yang lebih baik
yang Rendah
¢ Agen jualan yang lemah / memerlukan peningkatan kemahiran
Isu dalam Pengurusan kakitangan
Inventori
¢ Kualiti produk yang lemah, memerlukan R&D yang lebih baik
¢ Kekurangan maklum balas pelanggan / kajian pasaran

¢ Kekurangan kebolehlihatan pada perancangan pengeluaran &
pengurusan perolehan, boleh menggunakan perancangan sumber
perusahaan bersepadu (ERP) untuk perancangan yang lebih baik

082

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Contoh Teknologi

Setelah memahami masalah utama yang dihadapi oleh perniagaan, teknologi dan bidang
penambahbaikan tertentu dapat diasingkan dan dikenal pasti. Penubuhan platform kompas digital /
pemeriksaan tahap pendigitalan yang boleh membimbing PMKS dalam memutuskan bidang mana yang
perlu diperbaiki dan teknologi yang perlu dipertimbangkan. Ini jelas merupakan salah satu aspek yang
paling penting apabila memutuskan teknologi yang relevan untuk memacu pertumbuhan produktiviti
dalam kalangan PMKS. Tiga (3) bidang teknologi utama yang boleh dipertimbangkan oleh PMKS untuk
meningkatkan produktiviti termasuk:
i. E-Dagang
E-dagang terdiri daripada pembelian atau penjualan produk secara elektronik di platform dalam

talian. Kelebihan e-dagang ialah potensi pemilik perniagaan untuk memberi tumpuan kepada
pengeluaran sementara membolehkan pemasaran dan logistik beroperasi secara autonomi. Pelbagai
platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan Yezza kini menawarkan perkhidmatan bersepadu
kepada pemilik perniagaan yang merangkumi saluran pembayaran, perkhidmatan pengurusan
inventori, pemasaran / iklan dan perkhidmatan penghantaran dan logistik. Penyertaan ke platform
e-dagang berpotensi membolehkan pemilik perniagaan untuk mendedikasikan lebih banyak sumber
kepada inovasi produk dan skala ekonomi. Ini seterusnya akan meningkatkan produktiviti firma
kerana sumber dikhususkan untuk tugas tertentu. Penerapan e-dagang juga membolehkan pemilik
perniagaan mencapai pelanggan yang sebelum ini mungkin tidak dapat diakses secara geografi
yang termasuk pasaran antarabangsa / eksport. Melalui penyediaan perkhidmatan bersepadu,
semua yuran dan proses penghantaran akan dikendalikan oleh pemilik platform dan ditanggung oleh
pelanggan secara langsung. Dalam pelbagai cara, penerapan e-dagang, tanpa mengira industri dan
saiz firma, dapat meningkatkan produktiviti firma individu dengan ketara.

ii. Pengkomputeran Awan
Satu lagi potensi quick win untuk PMKS meningkatkan produktiviti mereka ialah mengguna pakai

pengkomputeran awan. Pengkomputeran awan melibatkan penggunaan rangkaian pelayan jauh
(remote server) yang dihoskan di internet untuk menyimpan, mengurus, dan memproses data,
berbanding pelayan setempat dalam komputer peribadi. Pengkomputeran awan adalah aspek
penting bagi perniagaan apabila berkolaborasi antara ahli pasukan. Daripada interaksi bersemuka
secara fizikal, pengkomputeran awan membolehkan kerja jarak jauh dan akses kepada maklumat /
pangkalan data dari mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa. Kemunculan aplikasi perkongsian
fail seperti Google Drive dan Microsoft OneDrive membolehkan kolaborasi masa nyata dan
perkongsian maklumat dilakukan dengan lancar pada harga yang berpatutan.
Pengkomputeran awan adalah salah satu langkah pertama yang diperlukan bagi PMKS untuk
mula mendigitalkan perniagaan mereka. Rekod jualan dan inventori harus secara beransur-ansur
bergerak ke arah format digital, maklumat pekerja dan pembekal harus dimuat naik ke dalam
storan awan dan maklumat pelanggan juga harus beralih dari pemfailan fizikal kepada dokumentasi
digital. Ini adalah langkah pertama sebelum sebarang automasi dan / atau pendigitalan (seperti
penggunaan maklumat digital untuk analisis, pelaporan, papan pemuka dll). Setelah proses
pendigitalan berlaku, pelbagai perkhidmatan lain boleh dilanggan pada setiap bulan untuk
meningkatkan lagi produktiviti firma seperti Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) yang
membolehkan sasaran dan pemasaran yang lebih baik dilakukan untuk jualan berulang dan baharu.

083

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

iii. Perancangan Sumber Perusahaan (ERP)
ERP adalah istilah yang luas merangkumi pelbagai sistem yang boleh digunakan oleh sesebuah firma

untuk mengurus dan merancang operasi harian perniagaan dengan lebih baik. Modul yang lazim
dalam ERP termasuk Pengurusan Kewangan, Pengurusan Aset dan Inventori, Pengurusan Modal
Insan dan Pengurusan Vendor / Perolehan. Terdapat pelbagai peringkat penawaran ERP daripada
jenama sumber terbuka seperti Odoo, ERPNext, SAP dan ORACLE. Sistem ERP membolehkan
perusahaan untuk merancang strategi mereka dengan lebih baik dengan ramalan data jualan
dan modul pelaporan bersepadu yang merentas kewangan, inventori, perolehan dan pengurusan
modal insan. Adalah penting bagi PMKS mendapatkan khidmat nasihat yang secukupnya sebelum
pelaksanaan ERP kerana ia mungkin melibatkan kos yang besar. ERP akan membolehkan pemilik
perniagaan mempunyai akses kepada gambaran lengkap potensi kewangan firma lebih awal
sebelum berlakunya kejutan ekonomi. Ini akan membolehkan pemilik perniagaan memikirkan
strategi yang berbeza untuk menangani situasi masa hadapan dan menyediakan strategi mitigasi
untuk mengekalkan margin mereka. Pada masa yang sama, keupayaan ramalan dan simulasi ERP
juga membolehkan perusahaan memanfaatkan pelbagai transaksi sensitif masa untuk mengenal
pasti tawaran perolehan yang lebih baik dan harga pasaran produk kerana kebolehlihatan yang
lebih baik disediakan oleh ERP.

BIDANG TUMPUAN 5 MEMPERKUKUHKAN PERANAN SME CORP. MALAYSIA SEBAGAI
AGENSI PENYELARAS PUSAT (CCA)

SME Corp. Malaysia perlu memperkukuhkan peranan sebagai Agensi Penyelaras Pusat (CCA) dan alat
merangka dasar seperti Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA) untuk mencerminkan perubahan
Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK) dalam membangunkan PMKS.
Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pelbagai isu dalam pelaksanaan SMEIPA, ia menyukarkan
penyelarasan inisiatif PMKS dalam kalangan Kementerian dan agensi. Oleh itu, pertimbangan
mengenai pendekatan SMEIPA diperlukan untuk menyediakan penyelesaian yang lebih holistik
terhadap pembangunan PMKS melalui:
¢ Memperkukuhkan peranan dan fungsi SMEIPA
¢ Menambah baik ciri-ciri utama SMEIPA
¢ Menambah baik pemusatan data dan proses pendaftaran
Sejajar dengan perubahan global dari pemprosesan manual ke digital, peranan CCA akan menjadi lebih
cekap dan automatik untuk memenuhi keperluan PMKS dalam persekitaran perniagaan yang lebih
terhubung. Trend mega global hakisan tadbir urus Kerajaan dan kesalinghubungan hiper berfungsi
sebagai latar belakang untuk mengguna pakai pendekatan yang lebih digital dan kemas.

084

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Carta 2.32: Hakisan Tadbir Urus Institusi dan Kesalinghubungan Hiper 23 yang Bertambah

PASARAN GELAP MENINGKAT APABILA PERMINTAAN UNTUK PERKHIDMATAN
KECEKAPAN KERAJAAN MENURUN MASA NYATA (REAL-TIME)

Tadbir urus institusi yang semakin terhakis berpotensi Masyarakat yang lebih 'hyperconnected' telah
untuk berlaku pergolakan dalam pasaran gelap dan menyebabkan penerima perkhidmatan menuntut maklum
perniagaan tidak formal jika tidak ditangani. balas yang lebih cepat dan dikemas kini.

Ekonomi tidak formal Malaysia dianggarkan pada 7.8% Lebih-lebih lagi, kadar penembusan internet
daripada KDNK atau RM117.8 bilion pada yang tinggi (84.0%) bermakna perkhidmatan
2019, dengan 1.26 juta orang.
Kerajaan perlu diselaraskan dengan infrastruktur
rangkaian yang cekap untuk memenuhi keperluan yang
sentiasa berubah.

Cabaran yang Dihadapi dalam Memperkukuhkan Peranan CCA dan SMEIPA

SMEIPA adalah alat merangka dasar penting yang digunakan oleh CCA untuk menyelaras dan
menyusun semua program PMKS di Malaysia yang tidak berfungsi sepenuhnya kerana kepasifan dan
kekurangan penguatkuasaan yang berkesan.

Oleh itu, SMEIPA mungkin tidak dapat menunjukkan konteks pembangunan PMKS yang sepenuhnya,
kerana banyak program tidak dilaporkan disebabkan oleh ciri-ciri sukarela pada alat merangka dasar,
dan bukannya sebagai keperluan pelaporan wajib. Ini telah menyebabkan pandangan dan analisis
/ input yang tidak mencukupi Kementerian dan agensi semasa membuat perancangan belanjawan
tahunan.

Selain itu, ini menonjolkan cabaran yang dihadapi oleh SMEIPA kerana kepasifan dalam menjadi
repositori maklumat secara sukarela dan bukannya alat merangka dasar yang aktif untuk menyusun
dan menyelaras program PMKS di pelbagai Kementerian dan agensi.

Carta 2.33: Perniagaan Menghadapi Banyak Prosedur untuk Mendaftar dan
Ketidakberkesanan Kerajaan

PERNIAGAAN MENGHADAPI PELBAGAI PROSEDUR KEBERKESANAN KERAJAAN YANG TIDAK
UNTUK PENDAFTARAN MENCUKUPI

Menurut Ease of Doing Business Index (EDBI) oleh Bank Perkhidmatan awam Malaysia mengalami kekurangan
Dunia, perniagaan Malaysia menghadapi pelbagai prosedur jaringan infrastruktur dan pertindihan birokrasi.
dalam pendaftaran perniagaan yang mana perniagaan luar
bandar bergantung kepada penyerahan secara manual. Pada 2020, Bank Dunia telah memberikan Malaysia

Ke-126 EDBI telah meletakkan Malaysia pada sebanyak 1.04 mata (mata daripada -2.5 [lemah]
kedudukan ke-126 di dunia dalam memulakan
perniagaan dengan cadangan penambahbaikan kepada 2.5 [kuat]) pada Indeks Keberkesanan Tadbir Urus
berterusan yang diperlukan Tahunan, menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk
menambah baik perkhidmatan Kerajaan.

085

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Menjelaskan Peranan SMEIPA

Secara prinsipnya, disebabkan oleh pelbagai cabaran yang dihadapi dalam menambah baik
keberkesanan alat merangka dasar, penjelasan adalah sangat perlu mengenai skop SMEIPA.
Penjelasan ini mesti dibuat dengan rundingan dengan KUSKOP dan selaras dengan peranan SME
Corp. Malaysia sebagai CCA inisiatif PMKS untuk pembangunan negara.

Pertimbangan bagi SMEIPA terdiri daripada perkara berikut:

01 TUJUAN SMEIPA SEBAGAI ALAT DASAR YANG PASIF ATAU AKTIF
Keputusan muktamad harus dibuat sama ada SMEIPA kekal sebagai repositori dan pangkalan
data program PMKS atau dokumen dasar yang aktif selaras dengan tujuan asalnya

02 SAMA ADA SMEIPA PERLU DIWAJIBKAN SEMASA PERANCANGAN
BELANJAWAN

Potensi menjadikan pelaporan sebagai proses wajib dalam proses perancangan belanjawan
Kerajaan, menggunakan data yang dikumpulkan untuk menyediakan analisis yang bermakna
untuk belanjawan Kerajaan

03 SAMA ADA SMEIPA PATUT DIJADIKAN DOKUMEN AWAM
Pada masa ini, SMEIPA digunakan kebanyakannya sebagai dokumen dalaman Kerajaan,
mengubah SMEIPA menjadi dokumen awam akan memupuk ketelusan dan kesedaran yang lebih
besar tentang inisiatif PMKS di luar agensi Kerajaan

04 POTENSI UNTUK BERKONGSI PENEMUAN DARIPADA SMEIPA
DENGAN SEKTOR SWASTA

SME Corp. Malaysia harus mempertimbangkan sama ada penemuan daripada SMEIPA akan
dikongsi di bawah platform sektor swasta / ejen industri untuk mengumpulkan input tambahan
bagi memberikan pandangan yang lebih bermakna dan mempertingkatkan potensi rundingan
awam swasta pada masa hadapan

086

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

Memperkukuhkan Peranan CCA agar Sejajar dengan MPUPK

Selari dengan penyelarasan inisiatif PMKS, pertimbangan perlu dibuat untuk memperkukuhkan
peranan CCA yang penting dengan objektif yang ditetapkan dalam MPUPK.

Langkah-langkah utama oleh MPUPK untuk meningkatkan pertumbuhan PMKS terdiri daripada
berikut:

01 Mempergiatkan Pendigitalan PMKS 05 Memudahcara Pembiayaan Alternatif
bagi PMKS
02 Menambah Baik Penyepaduan PMKS ke
dalam Rantaian Bekalan 06 Mengembalikan Rantaian Nilai PKS di
Luar Negeri ke dalam Negara
Meningkatkan Sokongan kepada Lebih
07 Meningkatkan Penglibatan PMKS dalam
03 Banyak PMKS Berpertumbuhan Tinggi Industri Pelancongan
melalui Insentif
Memacu Pertumbuhan dan Mengukuhkan
Meningkatkan Kesediaan dan Daya Saing
08 Pengambilan bagi Menggalakkan Eksport
04 PMKS melalui Penerapan Teknologi dan Gerbang Pembayaran Tempatan dan
Model Perniagaan Bersifat Disruptif Teknologi Kewangan oleh PKS

Untuk usaha ini, SME Corp. Malaysia harus mempertimbangkan untuk melaksanakan perkongsian
dan menjana hubungan yang lebih erat dengan agensi Kerajaan lain seperti MDEC dan Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC) (antara lain) serta kementerian dalam MPUPK untuk lebih mengintegrasikan
matlamat dan objektif bersama ke arah pendekatan yang disasarkan dalam pembangunan PMKS.
Tambahan lagi, SME Corp. Malaysia harus mempertimbangkan untuk meletakkan ia sebagai pusat
rujukan dan organisasi perantaraan PMKS di negara ini dengan agensi Kerajaan, menyediakan
pelbagai maklumat yang diperlukan, menyelaraskan dan berfungsi sebagai repositori berkenaan garis
panduan bermaklumat, pendaftaran perniagaan dan geran. Dengan ini, MPUPK juga boleh melibatkan
pemain industri dan persatuan sebagai pemerhati dan menawarkan peluang untuk memberikan input
daripada industri mengenai program PMKS.

FAKTOR KEJAYAAN UTAMA 1 PENERAPAN TEKNOLOGI DAN PEMODENAN
Faktor Kejayaan Utama (KSF) ini melihat PMKS beralih daripada pemprosesan manual untuk
mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan ketidakcekapan dan produktiviti yang rendah. Dalam era
digital, PMKS yang beroperasi secara tradisional (contohnya, buku simpan kira-kira, pembayaran tunai,
dan pengurusan inventori tradisional) akan mengurangkan kelebihan kompetitif apabila produktiviti
mereka menurun.
Penerapan teknologi dan pemodenan membantu PMKS untuk meningkatkan produktiviti mereka dan
menjadi lebih berdaya saing di pasaran. KSF ini penting kerana alat digital dan penggunaan teknologi
yang lebih meluas akan menjadi komponen penting untuk perniagaan.
Kaji selidik global menunjukkan bahawa penggunaan teknologi IR4.0 dapat meningkatkan spektrum
petunjuk termasuk produktiviti, keuntungan, kualiti dan kepuasan pelanggan. Bagi menyokong bidang
tumpuan, KSF ini ditekankan merentasi semua strategi yang telah dikenal pasti.

087

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Carta 2.34: Penerapan Teknologi dan Jentera

88% Meningkatkan 74% Meningkatkan 48% Menambah Baik
Produktiviti Keuntungan Kualiti Produk

Meningkatkan Meningkatkan Meningkatkan

43% Kepuasan 42% Kebolehpercayaan 41% Keselamatan
Pelanggan Mesin Pekerja

KONTEKS SEMASA

Pada masa ini, penggunaan teknologi berada dalam landskap trajektori pertumbuhan iaitu lebih
separuh daripada PMKS tidak menerapkan alatan ICT canggih seperti pengkomputeran awan, IoT dan
Analisis Data.

Selain itu, menurut kertas putih (whitepaper) oleh SME Corp. Malaysia-Huawei Technologies,
kebanyakan PMKS (67.0%) yang telah menunjukkan penggunaan secara positif mengenai Analitis Data
tetapi hanya menggunakan aplikasi asas seperti excel untuk penyimpanan rekod.

Sebahagian besar KSF ini mempertimbangkan dan menangani isu-isu penting bagi pembangunan
PMKS dalam mewujudkan kesedaran, merapatkan jurang pengetahuan dan kemahiran.

Carta 2.35: Bantuan Teknologi Diperlukan oleh PMKS

Awan (Cloud) IoT Analisis Data

56% Tidak Menggunakan 65% Tidak Menggunakan 46% Tidak Menggunakan
44% Menggunakan 35% Menggunakan 56% Menggunakan

Penggunaan Alat, Perkhidmatan atau Sistem ICT oleh PMKS (%)

Komputer 87
Telefon Pintar / Tablet 88
Perkhidmatan Internet 88

Akaun Kewangan 58
Pengurusan Sumber Manusia 40

Tempat Pembayaran Jualan 16
Pengurusan Inventori 20
CRM
13
Pengurusan Rantaian Bekalan 13
Pemenuhan Pesanan 11
13
Perancangan Sumber Perusahaan

Sumber: Malaysia Digital SME Study 2018, SME Corp. Malaysia & Huawei

088

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

PENERAPAN TEKNOLOGI DAN PEMODENAN DALAM
5 BIDANG TUMPUAN

BIDANG Rantaian Nilai dalam Industri Berimpak Tinggi
¢ Khidmat nasihat hala tuju teknologi berdasarkan keperluan industri dan sektor berimpak
TUMPUAN
tinggi
1 ¢ Penerapan teknologi yang meningkatkan kapasiti dan kualiti pengeluaran untuk memenuhi

permintaan rantaian nilai
¢ Platform pemasaran untuk menghubungkan PMKS yang berbeza di seluruh rantaian nilai

BIDANG Pengantarabangsaan PKS
TUMPUAN ¢ Memanfaatkan teknologi digital untuk mempertingkatkan perkongsian maklumat, infrastruktur

2 e-dagang dan keupayaan pemasaran untuk memudah cara perdagangan
¢ Kompas Digital: Sistem inventori dan ERP yang membolehkan penyepaduan merentas
BIDANG
TUMPUAN sempadan untuk perolehan digital
¢ Profil secara digital mengenai PKS yang boleh menjadi pembekal kepada syarikat
3
multinasional global dan memudahkan proses perdagangan anchor untuk mempromosikan
dan menghubungkan PKS dengan terperinci

Perusahaan Mikro dan Kumpulan Inklusif
¢ Kompas Digital untuk Mikro: Panduan pendigitalan asas berdasarkan keperluan perusahaan

mikro
¢ Program pemasaran digital untuk meningkatkan jangkauan pasaran bagi perusahaan mikro

BIDANG Pendigitalan dan Automasi PMKS
¢ Penerapan teknologi dan pemodenan melancarkan produktiviti PMKS dengan membuka
TUMPUAN
peluang digital dan proses automatik, mengurangkan tenaga kerja dan masa
4

BIDANG Memperkukuhkan Peranan SME Corp. Malaysia sebagai Agensi Penyelaras Pusat (CCA)
¢ Membangunkan platform mesra pengguna yang boleh digunakan dengan mudah oleh pelbagai
TUMPUAN
agensi
5 ¢ Membolehkan pengawasan dan pemantauan yang lebih baik di samping melaksanakan

tinjauan ke arah dasar yang berkesan

FAKTOR KEJAYAAN UTAMA 2 AKSES PMKS KEPADA PEMBIAYAAN
Kebolehcapaian dan ketersediaan sumber kewangan adalah amat penting bagi pembangunan PMKS.
Walau bagaimanapun, PMKS cenderung mempunyai saluran pembiayaan yang terhad kerana profil
risiko yang lebih tinggi. Namun demikian, terdapat peralihan yang semakin kukuh ke arah pembiayaan
alternatif secara global. Industri teknologi kewangan global diunjurkan mengalami pertumbuhan dua
angka dari tahun 2020 hingga 2024. Akses kepada kaedah pembiayaan alternatif boleh dipertingkatkan
untuk membolehkan strategi dikenal pasti dalam tiga (3) bidang tumpuan.

089

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Carta 2.36: Hasil Teknologi Kewangan Global 24

Pertumbuhan Kukuh oleh Industri Teknologi Kewangan Global
Di peringkat gobal, terdapat peralihan yang kukuh ke arah pembiayaan alternatif dan teknologi kewangan

disebabkan oleh fleksibiliti, kemudahan pemprosesan dan ciri berorientasikan pelanggan

CAGR:
200 11.7%

100 54 64 74 85 96
25 26 28 29
23 55 58 61 63
49
0 2021 2022 2023 2024
2020 *EMEA

Amerika *APAC

* EMEA (Eropah, Timur Tengah, Afrika)
* APAC (Wilayah Asia Pasifik)

Carta 2.37: Pembiayaan Dikumpulkan Sumber: Laporan Fintech Deloitte Netherlands, 2020
Menerusi Platform Pembiayaan
Alternatif (RM) KONTEKS SEMASA

Permintaan Meningkat untuk Pembiayaan Sama seperti trend global, pembiayaan alternatif
Alternatif dalam bentuk Pembiayaan antara Rakan Setara
(P2P) dan Pendanaan Ekuiti Ramai (ECF) telah
Peningkatan kemajuan teknologi dalam teknologi menyaksikan kenaikan yang besar dari tahun
kewangan telah menyebabkan pertumbuhan 2019 hingga 2020 (rujuk kepada Carta 2.37).
permintaan tempatan terhadap pembiayaan Pertumbuhan dalam sektor ini dapat membantu
alternatif seperti ECF dan pinjaman P2P meringankan defisit pembiayaan yang dialami
oleh satu daripada empat PMKS, yang
P2P 503.3 menyatakan permohonan pinjaman mereka
418.6 ditolak oleh bank kerana dokumentasi yang tidak
127.7 mencukupi. Platform pembiayaan alternatif juga
ECF 2019 tidak terhad daripada keperluan tradisional dan
lebih fleksibel dalam menilai risiko. Strategi
22.92 yang dikenal pasti dalam bidang tumpuan perlu
disokong oleh strategi yang relevan selepas
2020 mempertimbangkan faktor-faktor di atas.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, 2021

090

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

AKSES PMKS KEPADA PEMBIAYAAN DALAM 5 BIDANG TUMPUAN

BIDANG Rantaian Nilai dalam Industri Berimpak Tinggi
¢ Penyediaan pinjaman mudah kepada PMKS dalam Industri Berimpak Tinggi untuk menerap
TUMPUAN
teknologi yang diperlukan untuk hubungan rantaian nilai
1 ¢ Pembayaran pinjaman boleh disegerakan dengan memanfaatkan platform pembiayaan

alternatif melalui penyediaan kadar faedah bersubsidi

BIDANG Pengantarabangsaan PKS
¢ Perluasan pembiayaan rantaian bekalan kepada semua PKS adalah penting untuk
TUMPUAN
pengantarabangsaan perniagaan Malaysia yang berterusan, terutamanya pengeksport PKS
2 ¢ Skim jaminan pembiayaan rantaian bekalan yang membantu pengeksport akan

memperkukuhkan aliran tunai dan mengurangkan risiko rentas sempadan

BIDANG Perusahaan Mikro dan Kumpulan Inklusif
¢ Platform pembiayaan yang mengutamakan keperluan perusahaan mikro di samping
TUMPUAN
memperkenalkan program graduation yang berorientasikan hasil yang tertumpu pada
3 pembiayaan dapat membantu perusahaan mikro berkembang menjadi perusahaan kecil
¢ Program pembiayaan khas boleh diperkenalkan untuk menggalakkan pembangunan kumpulan
inklusif

BIDANG Pendigitalan dan Automasi PMKS
¢ Akses kepada pembiayaan adalah halangan terbesar yang dihadapi oleh PMKS dalam
TUMPUAN
penerapan pendigitalan dan mengautomasikan proses mereka
4 ¢ Pilihan pembiayaan alternatif dan peningkatan hubungan kredit akan membantu PMKS

mengguna pakai penyelesaian digital

BIDANG Memperkukuhkan Peranan SME Corp. Malaysia sebagai Agensi Penyelaras Pusat (CCA)
¢ Tiada inisiatif khusus yang dikenal pasti untuk bidang tumpuan ini
TUMPUAN

5

FAKTOR KEJAYAAN UTAMA 3 PEMATUHAN ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN TADBIR URUS (ESG)
Penggunaan prinsip ekonomi kitaran yang semakin meningkat dan pematuhan ESG dalam kalangan
syarikat multinasional sedang diperhatikan secara global. Peralihan ini selaras dengan agenda UN
Global Compact yang mengumpulkan komitmen Pegawai Ketua Eksekutif untuk melaksanakan prinsip
kelestarian sejagat bagi menyokong matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini juga
terbukti seperti dalam Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim. Oleh itu, syarikat multinasional
bersaiz besar juga mengenakan keperluan yang sama kepada vendor mereka, iaitu pembekal input
mereka juga mesti mematuhi ESG. Secara tidak langsung, pematuhan ESG telah menjadi halangan
bukan perdagangan kepada akses pasaran dan perlu ditangani merentas semua bidang tumpuan.
Selain itu, perusahaan di Malaysia menunjukkan kekurangan ketersediaan untuk melaksanakan
ESG dalam proses mereka. Hanya 20.0% daripada firma yang dikaji selidik telah mengambil kira
pertimbangan ESG dalam strategi perniagaan mereka25. Selain itu, satu lagi kajian mendedahkan
79.9% daripada PMKS hanya melaksanakan langkah-langkah berkaitan ESG kerana tekanan daripada
perundangan Kerajaan26.

091

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

Carta 2.38: Pematuhan ESG dalam Syarikat Multinasional dan Penerapan ESG oleh
Firma Malaysia26

PEMATUHAN ESG MEMBAYANGI PERDAGANGAN PERUSAHAAN MALAYSIA MASIH BELUM
SYARIKAT MULTINASIONAL MELAKSANAKAN ESG DALAM PROSES MEREKA

Pemain Global Beralih ke arah Amalan Pematuhan ESG: Kaji selidik dalam kalangan firma Malaysia menyatakan
bahawa ESG masih belum menjadi tumpuan utama. Faktor
Menyepadukan kitaran dan amalan pendorong terbesar bagi ESG adalah kerana perundangan
pematuhan ESG dalam model berbanding keuntungan, dengan menonjolkan
pengeluaran perniagaannya. kekurangan pemahaman perniagaan berkaitan peluang
Mendapatkan sumber hanya daripada yang dibawa oleh ESG.
rakan strategik yang mampan.
Menjimatkan 100,000 tan sumber 20% 20.0% firma Malaysia melaporkan bahawa
utama melalui penggunaan kitaran mereka membangunkan strategi untuk
rantaian bekalan antarabangsa dan mengamalkan ESG dalam proses mereka.
bahan kitar semula.
79% 79.0% daripada langkah ESG hanya
dilaksanakan disebabkan tekanan daripada
perundangan Kerajaan

Sumber: Forum Ekonomi Dunia, 2019 Sumber: IIUM, 2019

KONTEKS SEMASA

ESG dan ekonomi kitaran secara amnya bukan amalan yang lazim digunakan di Malaysia. Walaupun
ESG menjadi keperluan penting untuk transaksi perniagaan di seluruh dunia, ia hanya merupakan
kebimbangan dari segi perundangan dalam kalangan PMKS Malaysia. Kesedaran dan pengetahuan
kekal menjadi cabaran utama dan pembangunan strategi di seluruh bidang tumpuan harus menangani
jurang ini. Sementara PMKS yang ingin meningkatkan hubungan perniagaan dengan syarikat
multinasional memerlukan pelaksanaan pematuhan ESG, perusahaan mikro memerlukan lebih
banyak lagi pendedahan dan kesedaran. Walau bagaimanapun, strategi ESG harus dilihat dari segi
menyepadukan faktor-faktor tersebut dalam pelaksanaan pelan nasional.

PEMATUHAN ESG DALAM 5 BIDANG TUMPUAN

BIDANG Rantaian Nilai dalam Industri Berimpak Tinggi
¢ Membangunkan kit panduan / garis panduan pematuhan ESG untuk PMKS bagi membantu
TUMPUAN
mereka menjadi lebih berdaya saing dan memenuhi keperluan ESG syarikat multinasional
1 ¢ Melaksanakan program pembangunan keupayaan untuk melengkapkan PKS dengan

pengetahuan dan pemahaman tentang ESG dan peluang ekonomi kitaran

BIDANG Pengantarabangsaan PKS
¢ Membangunkan strategi komunikasi dan alat maklumat untuk menjangkau PKS dan membantu
TUMPUAN
mereka memahami mengapa ESG diperlukan dalam membangunkan hubungan rantaian nilai
2 global
¢ Membangunkan rangka kerja standard ESG untuk PKS yang diterima / diakui oleh global untuk
meningkatkan nilai PKS tempatan ke pasaran global

092

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

BIDANG Perusahaan Mikro dan Kumpulan Inklusif
¢ Platform pembiayaan yang mengutamakan keperluan perusahaan mikro di samping
TUMPUAN
memperkenalkan program graduation yang berorientasikan hasil yang tertumpu pada
3 pembiayaan dapat membantu perusahaan mikro berkembang menjadi perusahaan kecil
¢ Program pembiayaan khas boleh diperkenalkan untuk menggalakkan pembangunan kumpulan
inklusif

BIDANG Pendigitalan dan Automasi PMKS
¢ Promosi pematuhan ESG akan memberi insentif kepada PMKS yang ingin mengurangkan
TUMPUAN
proses berasaskan kertas untuk beralih ke arah pendigitalan dan mengautomasikan proses
4 mereka

BIDANG Memperkukuhkan Peranan SME Corp. Malaysia sebagai Agensi Penyelaras Pusat (CCA)
¢ Penyediaan dana dan hala tuju dasar daripada Kerajaan untuk menggalakkan pendigitalan
TUMPUAN
proses aplikasi sejajar dengan pengurangan jejak karbon PMKS
5

FAKTOR KEJAYAAN UTAMA 4 KERJASAMA TRIPLE HELIX
Kerjasama Triple Helix memberi tumpuan kepada usaha sama antara Kerajaan, sektor swasta dan
institusi pengajian tinggi (IPT). KSF ini merupakan elemen penting kepada kejayaan pelaksanaan
strategi merentasi empat (4) bidang tumpuan.

Di dalam dunia kita yang sangat terhubung, terdapat banyak gangguan yang berlaku di peringkat global
yang memberi kesan kepada PMKS. Kerajaan sahaja tidak mampu menjangkakan segala potensi
impak dan akibat daripada impak tersebut terhadap PMKS. Terdapat keperluan untuk memperkasakan
persatuan perniagaan dan IPT untuk menyokong usaha Kerajaan dan menambah baik ekosistem
PMKS (rujuk kepada Carta 2.39).

Carta 2.39: Kerjasama Triple Helix

KISAH KEJAYAAN GLOBAL MENGENAI TRIPLE HELIX PERUSAHAAN MIKRO MEMERLUKAN
TINJAUAN PASARAN YANG BERKESAN

Kerjasama Triple Helix telah menghasilkan pelbagai kisah 3 cabaran perusahaan mikro dalam pemasaran
kejayaan disebabkan oleh pendekatan terhadap penyelidikan produk:
dan pembangunan (R&D) dan inovasi yang menjimatkan kos. Ini ¢ Kekurangan perancangan strategik & pelan
menyediakan ruang kepada pemain industri untuk menyediakan
penyataan masalah yang jelas kepada penyelidik untuk diselesaikan perniagaan
dan dikomersialkan. ¢ Kaedah yang tidak berkesan untuk

Kerajaan Universiti ¢ R&D & Inovasi mengumpul maklum balas pelanggan
¢ Hala Tuju Strategik ¢ Kekurangan maklumat tentang pesaing &
Kerjasama ¢ Pembangunan Keupayaan
Triple Helix kekuatan produk
Sebab utama adalah keupayaan kewangan yang
Pemain ¢ Usahawan Berilmu terhad untuk mendapatkan nasihat luar
Industri

Triple Helix di Lembah Triple Helix dalam
Silikon (Industri IT) yang Industri Pertahanan
Berjaya (Saab AB) yang Berjaya

Sumber: Kajian MARA, 2018

093

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

KONTEKS SEMASA

Dalam landskap PMKS Malaysia, didapati bahawa sebahagian besar daripada PMKS mengalami jurang
bakat yang ketara. Dalam Kaji Selidik Pendigitalan terhadap PKS pada 2018 oleh SME Corp. Malaysia
dan Huawei Technologies (M) Sdn. Bhd., hanya 4.8% daripada PMKS berpuas hati dengan kemahiran
digital dalam kalangan pekerja mereka.

Pelbagai penyelidikan juga menunjukkan bahawa terdapat jurang dalam perancangan strategik
dan pengurusan perniagaan dalam kalangan perusahaan mikro. Oleh itu, jurang pengetahuan dan
kemahiran yang berkaitan dengan tiga (3) bidang tumpuan dapat ditangani melalui kerjasama inovatif
yang melibatkan pihak yang berbeza (Kerajaan, sektor swasta & IPT).

KERJASAMA TRIPLE HELIX DALAM 5 BIDANG TUMPUAN

BIDANG Rantaian Nilai dalam Industri Berimpak Tinggi
¢ Mengenal pasti IPT khusus untuk setiap Industri Berimpak Tinggi dan mewujudkan IPT sebagai
TUMPUAN
pusat kecemerlangan industri
1 ¢ Menggalakkan kerjasama antara PMKS dan IPT untuk R&D dan inovasi dengan menyediakan

rangkaian di antara kedua-duanya
¢ Menangani jurang bakat dengan memperkasakan IPT dalam menyediakan pembangunan

kapasiti / keupayaan dan pensijilan

BIDANG Pengantarabangsaan PKS
¢ Kerjasama dengan IPT untuk menjalankan R&D oleh sektor pengeksport utama mengenai
TUMPUAN
akreditasi / jurang kualiti yang dihadapi oleh PKS untuk mengeksport barangan & perkhidmatan
2

BIDANG Perusahaan Mikro dan Kumpulan Inklusif
¢ Kerjasama Triple Helix untuk mempertingkatkan kemahiran dan latihan keupayaan untuk
TUMPUAN
usahawan mikro
3 ¢ Memperkasakan / melantik IPT untuk menjadi sebahagian daripada pembimbing dan

pementoran perniagaan kepada usahawan mikro
¢ Program Inkubasi untuk transformasi usahawan berpotensi tinggi melalui program

pertumbuhan dan jalinan berstruktur

BIDANG Pendigitalan dan Automasi PMKS
¢ Kerjasama dengan IPT untuk menyediakan kemahiran bakat digital dan peluang latihan
TUMPUAN
mengenai teknologi
4 ¢ Menghubungkan PMKS dengan rangkaian pengetahuan dalam penyelidikan dan pembangunan

BIDANG Memperkukuhkan Peranan SME Corp. Malaysia sebagai Agensi Penyelaras Pusat (CCA)
¢ Tiada inisiatif khusus yang dikenal pasti untuk bidang tumpuan ini
TUMPUAN

5

094

PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN 2022 - 2030
SME CORP. MALAYSIA

FAKTOR KEJAYAAN UTAMA 5 PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KERAJAAN
KSF ini melihat kepada memperkemas dan pendigitalan perkhidmatan Kerajaan untuk menyediakan
perkhidmatan dan sokongan masa nyata. Secara global, terdapat peralihan ke arah e-kerajaan dengan
'pusat sehenti', ini menjadi jelas apabila lebih banyak negara menyediakan perkhidmatan e-kerajaan.
Sebagai contoh, EU telah mengamalkan eKerajaan sejak tahun 2009 iaitu pelbagai perkhidmatan kini
berpusat dan didigitalkan dengan keperluan kehadiran fizikal yang minimum untuk pelbagai transaksi
perkhidmatan awam. Tahap penggunaan yang sama harus dipraktikkan untuk PMKS di Malaysia
merentas tiga (3) bidang tumpuan.

Carta 2.40: Kesedaran terhadap Skim Pembiayaan Kerajaan

PERALIHAN KE ARAH eKERAJAAN UNTUK PKS TIDAK MENGETAHUI TENTANG INISIATIF
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PEMBIAYAAN BERGUNA YANG DISEDIAKAN

MASA NYATA UNTUK MEREKA

Masyarakat yang kesalinghubungan telah menyebabkan Walaupun terdapat pelbagai inisiatif Kerajaan untuk
penerima perkhidmatan Kerajaan menuntut sokongan PKS selama ini, kebanyakan pemilik perniagaan tidak
masa nyata, mengharapkan tindakan yang cepat dan mengetahui tentang skim pembiayaan Kerajaan yang
responsif. sedia ada:

Di seluruah dunia, perkhidmatan eKerajaan tidak asing Kesedaran tentang Skim Pembiayaan Kerajaan
lagi kepada orang ramai. Menurut kajian ke atas lebih
7,800 laman web kerajaan di EU mendapati bahawa Skim Perniagaan 30.1% 69.9%
eKerajaan memberikan manfaat berikut: Belia

61.0% daripada borang dalam talian Pembiayaan Ekonomi 29.5% 70.5%
Kerajaan di EU diisi terlebih dahulu dengan Luar Bandar
maklumat terpusat yang menjimatkan masa
61% pengguna semasa mengisi borang. Pinjaman Mudah PKS 32.4% 67.6%

62.0% daripada perkhidmatan Kerajaan yang Bantuan Khas untuk 28.9% 71.1%
memerlukan dokumentasi tulen menerima Usahawan Wanita Sedar Tidak sedar
dokumen yang dimuat naik dalam talian,
62% menjimatkan kos.

Sumber: EU eGovernment Benchmark, 2021 Sumber: IJAAS, 2017

KONTEKS SEMASA

Pada masa ini, terdapat beberapa cabaran yang berkaitan dengan kesedaran yang rendah dalam
kalangan PMKS terhadap program Kerajaan (rujuk kepada Carta 2.40). Terdapat keperluan untuk
meningkatkan kebolehlihatan program sedemikian melalui pemusatan penyebaran maklumat.
Selanjutnya, terdapat keperluan untuk melihat semula fungsi SMEIPA. Pada masa ini SMEIPA sedang
digunakan untuk memantau program PMKS merentas semua Kementerian dan agensi.

Walau bagaimanapun, pelbagai pandangan telah dikongsi mengenai ketidakberkesanan alat merangka
dasar ini, yang menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk memperkukuhkan SMEIPA dengan
lebih banyak analisis dan hala tuju. Selain itu, ia juga mencadangkan bahawa SMEIPA mungkin perlu
beralih menjadi dokumen awam untuk menjadi lebih berkesan.

095

BAB 2:
PEMBANGUNAN PMKS MASA DEPAN DI MALAYSIA

PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KERAJAAN DALAM 5 BIDANG TUMPUAN

BIDANG Rantaian Nilai dalam Industri Berimpak Tinggi
¢ Kerjasama antara agensi bagi mengenal pasti syarikat induk yang berpotensi dan
TUMPUAN
mempromosikan PMKS yang bersesuaian
1 ¢ Pemerkasaan SMEIPA untuk menyelaraskan program pembangunan merentas agensi yang

berbeza mengenai industri berimpak tinggi

BIDANG Pengantarabangsaan PKS
¢ Pemantauan berkesan terhadap perdagangan rentas sempadan PKS dan penerbitan statistik
TUMPUAN
eksport PKS (SME Corp. Malaysia dan MATRADE) untuk menilai keberkesanan dan kelemahan
2 eksport pada masa yang sesuai
¢ Pemerkasaan SMEIPA untuk menyelaraskan program pembangunan (akreditasi / pensijilan)
untuk membolehkan PMKS mengekspot dengan lancar

BIDANG Perusahaan Mikro dan Kumpulan Inklusif
¢ Memperkasakan agensi Kerajaan untuk membangunkan dan melaksanakan inisiatif bagi
TUMPUAN
perusahaan mikro
3

BIDANG Pendigitalan dan Automasi PMKS
¢ Mempromosikan perkhidmatan e-kerajaan untuk PMKS melalui platform one-stop shop dan
TUMPUAN
perkhidmatan awam digital
4 ¢ Memperkukuhkan usaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai perlindungan data

PMKS dan peraturan standard digital

BIDANG Memperkukuhkan Peranan SME Corp. Malaysia sebagai Agensi Penyelaras Pusat (CCA)
¢ Meningkatkan kerjasama dengan kementerian lain sebagai CCA untuk menyediakan khidmat
TUMPUAN
nasihat yang mencukupi mengenai inisiatif pembangunan PMKS
5 ¢ Kerjasama antara agensi dalam mengenal pasti keperluan PMKS untuk berkembang dan

merancang strategi holistik yang boleh dilaksanakan untuk merapatkan jurang dalam
pembangunan PMKS

096


Click to View FlipBook Version