The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penerbitan E- BOOK KOMPILASI BICARA KEPIMPINAN IABCSBH - 13 Okt

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asnamahmud, 2022-11-14 20:46:48

Kompilasi Bicara Kepimpinan

Penerbitan E- BOOK KOMPILASI BICARA KEPIMPINAN IABCSBH - 13 Okt

801





KOMPILASI BICARA
KEPIMPINAN
IABCSBH

Diterbitkan oleh :
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
KM 15, Jalan Tuaran
88450 KOTA KINABALU

Urusetia Penerbitan :
Jabatan Dokumentasi, Penerbitan dan Promosi
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
KM 15, Jalan Tuaran
88450 KOTA KINABALU
Tel: +6088-492 096/Faks: +6088-492 095
http:[email protected]

©Hak Cipta Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 2022

HAK CIPTA TERPELIHARA. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk
atau dengan sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta
rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Institut
Aminuddin Baki terlebih dahulu.

ISBN & Data Pengkatalogan

Perpustakaan Negara Malaysia

ISBN : 978-629-97472-0-8

JAWATANKUASA PENERBITAN

Penaung

Datuk Dr. Haji Tajuddin Bin Mohd Yunus
Pengarah

Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengerusi

Puan Khaziyati binti Osman
Pengarah

Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah

Ketua Editor
Puan Hayati binti Omar

Editor
Dr. Asna Binti Mahmud
Dr. Cheong Shaw Mei

Panel Penilai
Puan Paulinia@Lija binti Tanin

Puan Rostina Apok
Dr. Dexter Silam

En. Abdullah bin Muhammad

Rekaan Grafik dan Susun Atur Huruf
Puan Valerie Sinti

e-Jurnal
Encik Robit Bin Yusie Fus Han

Puan Valerie Sinti

Pengurus
Puan Hayati Binti Omar

KANDUNGAN

Ucapan Alu-Aluan Pengarah Institut Aminuddin Baki ix
Ucapan Alu-Aluan Pengarah IAB Cawangan Sabah x
Dari Meja Editor xi

Tajuk Kompilasi Bicara Kepimpinan IAB Cawangan Sabah
BAHAGIAN A : UCAPAN ALU-ALUAN

1 LAWATAN JARINGAN STRATEGIK JABATAN PENDIDIKAN 1
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE INSTITUT
AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH

14 Januari 2022

2 LAWATAN JARINGAN STRATEGIK JABATAN PENDIDIKAN 5
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE INSTITUT
AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH

25 Januari 2022

3 MAJLIS HARI RAYA, KAAMATAN DAN HARI GAWAI 9
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH

27 Mei 2022

4 LAWATAN JARINGAN STRATEGIK SMK DATO’AHMAD MAHER 13
KOTA BAHRU, KELANTAN KE INSTITUT AMINUDDIN BAKI
CAWANGAN SABAH

29 Julai 2022 .

5 UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 16

6 TEKS UCAPAN PENGARAH CAWANGAN IABCSBH 18
BENGKEL KIK
25 April 2022

7 TALKING POINTS PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH 20
DALAM SESI BERSAMA DATO’ PENGARAH WARGA IABCSBH 23
23 Jun 2022
27
8 TALKING POINTS PENGARAH IAB ENSTEK KPM DALAM SESI
BICARA PROFESIONAL PESERTA NPQEL DAN PENSYARAH
IABCSBH

23 Jun 2022

9 TALKING POINTS KETUA PUSAT PENGURUSAN DASAR DAN
INOVASI IAB ENSTEK DALAM SESI BICARA PROFESIONAL
PROGRAM PEMANTAPAN PEMIMPIN SEKOLAH TERINTANG
(ProPSeT) PPD SEMPORNA TAHUN 2022

25 Ogos 2022

BAHAGIAN B: PERASMIAN

10 MAJLIS MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN (NoU) 33
ANTARA INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN PERSEKUTUAN PENGAKAP
MALAYSIA SABAH

23 Jun 2022

BAHAGIAN C: WEBINAR

11 WEBINAR HUMAN GOVERNANCE DALAM LATIHAN IAB 38
BERSAMA YBHG. DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD.
YUNUS, PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

23 Ogos 2022

12 WEBINAR HUMAN GOVERNANCE YBRS. PUAN BERSAMA PUAN 41
KHAZIYATI BINTI OSMAN, PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

23 Ogos 2022

13 WEBINAR HUMAN GOVERNANCE BERSAMA YBHG. DATUK DR. 45
HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM, MANTAN KETUA PENGARAH
PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

23 Ogos 2022

14 WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN HUMAN GOVERNANCE SIRI 48
1/2022 BERSAMA YBHG. DATUK DR. AMIN BIN SENIN MANTAN
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA

23 Ogos 2022

15 WEBINAR KEPIMPINAN: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM DUNIA 53
VUCA MELALUI PENDEKATAN HUMAN GOVERNANCE SIRI 2
BERSAMA YBHG. DATO’ DR. MEHANDER SINGH A/L NAHAR SINGH

14 September 2022

16 WEBINAR BICARA PROFESIONAL : SEKOLAH DAN KOMUNITI 59

BERPISAH TIADA : PERKONGSIAN BUDAYA PERMUAFAKATAN

BERSAMA YBRS. PN KHAZIYATI BINTI OSMAN, PENGARAH IAB

CAWANGAN SABAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

6 Oktober 2022

17 WEBINAR BICARA PROFESIONAL : SEKOLAH DAN KOMUNITI 63

BERPISAH TIADA : PERKONGSIAN BUDAYA PERMUAFAKATAN

BERSAMA YBHG. PROF. MADYA DR. ABDUL SAID, PENSYARAH

KANAN (FPP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

6 Oktober 2022

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam sejahtera

Saya ingin merakamkan sekalung tahniah kepada warga IAB Cawangan Sabah
(IABCSBH), kerana telah berjaya menerbitkan Kompilasi Bicara Kepimpinan pada
tahun ini dengan jayanya. Komitmen yang tinggi dan usaha gigih dalam kalangan
pensyarah IABCSBH memberi inspirasi kepada seluruh warga IAB untuk terus
melaksanakan penerbitan Kompilasi Bicara Kepimpinan IABCSBH. Saya percaya,
dengan amalan kerja sepasukan yang mantap di IABCSBH mampu memberi cetusan
idea-idea baharu kepada para pemimpin pendidikan khususnya dalam
mengorganisasi kumpulannya, seterusnya membentuk satu pasukan kerja yang
sentiasa ada semangat bekerjasama dan nilai berdedikasi dalam organisasinya.

Saya yakin semua yang terlibat dengan penerbitan Kompilasi Bicara Kepimpinan ini
akan sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk menambah koleksi bicara
kepimpinan yang bermutu agar dapat dikongsikan kepada semua warga Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).

Akhir kata, semoga penerbitan Kompilasi Bicara Kepimpinan ini akan memberi
manfaat kepada semua warga pendidik khususnya kepada pemimpin-pemimpin
Pendidikan. Tahniah sekali lagi kepada IAB Cawangan Sabah di atas kesungguhan
dan kecekalan demi penghasilan Kompilasi Bicara Kepimpinan ini.

YBHG. DATO’ DR HJ TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS
PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ix

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
CAWANGAN SABAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan rahmatNya, Institut
Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCSBH), berjaya menerbitkan Kompilasi
Bicara Pemimpin bagi tahun 2022. Syabas dan tahniah kepada warga
IABCSBH kerana usaha gigih dan berterusan mampu menghasilkan penerbitan
Kompilasi Bicara Kepimpinan bagi tahun 2022. Penerbitan buku ini dapat
menjadi anjakan minda kepada pengetua Guru Besar dan pemimpin
pendidikan pada zaman transformasi ini untuk kejayaan transformasi
organisasi yang dipimpin. Pemimpin perlu memperkasa pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi diri agar dapat mengekalkan kecekapan dan
keberkesanan pengurusan organisasi. Demi mengekal kecekapan dan
keberkesanan organisasi ketua perlu aktif merancang, mengorganisasi,
mengawal dan memimpin kumpulannya dengan pelbagai cara dan gaya
pengurusan berkaitan pembangunan kepimpinan dan organisasi di peringkat
sekolah.

Bertepatan untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu baharu dalam pengurusan
dan pentadbiran organisasi pendidikan yang berkesan, saya berharap agar
perkongsian minda pemimpin ini dapat membuka banyak ruang kepada warga
pendidik untuk menyumbang idea dan pemikiran kreatif dalam aktiviti penulisan
yang boleh dirujuk dan menjadi panduan untuk mencapai misi dan visi
organisasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Setinggi tahniah dan
penghargaan kepada semua warga IABCSBH yang telah menyumbangkan
kepakaran, buah fikiran, cadangan, tenaga dan masa yang diberikan sehingga
Kompilasi Bicara Pemimpin ini dapat diterbitkan pada tahun ini. Semoga
sumbangan ini memberi manfaat kepada semua warga pendidik untuk
pembangunan, pengurusan dan pentadbiran organisasi secara berterusan.

KHAZIYATI BINTI OSMAN
Pengarah
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia

x

DARI MEJA EDITOR

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana usaha menghasilkan Kompilasi
Bicara Kepimpinan akhirnya terlaksana. Saya mengucapkan tahniah bagi pihak Jabatan
Penerbitan Dan Dokumentasi mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat
dalam menghasilkan buku ini.

Kompilasi Bicara Kepimpinan, memuatkan tujuh belas teks daripada tokoh pemimpin
termasuk daripada Pengarah IAB Cawangan Sabah. Kompilasi Bicara pemimpin ini
mengandungi tiga Bahagian. Bahagian A ialah Ucapan Alu-aluan, Bahagian B
Perasmian dan Bahagian C ialah Webinar. Perkongsian Bicara Pemimpin ini diambil
melalui teks ucapan majlis rasmi, bengkel, webinar yang bertemakan pengurusan dan
kepimpinan sesuai dengan fungsi IAB. Pemikiran kepimpinan ini boleh menjadi
panduan cara berfikir dan bertindak yang perlu diubah oleh pemimpin pendidikan di
dunia VUCA, aspek human governance dan kecemerlangan pendidikan di abad ke-21.
Kemahiran memimpin merupakan suatu perkara yang amat penting dalam melahirkan
insan yang lebih berdedikasi, berkaliber serta meningkatkan potensi murid bagi menjadi
pemimpin yang baik pada masa hadapan Cabaran aspek kepimpinan dan pengurusan
menangani cabaran COVID-19 menjadi ingatan dan pedoman untuk meneruskan
kelestarian pendidikan dalam transformasi pendidikan.

Sekian, salam hormat.

Sidang Editor
Puan Hayati binti Omar
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia

xi

Kata Alu-aluan

1.
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

YBrs. Puan Khaziyati binti Osman
Pengarah Cawangan

Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

LAWATAN JARINGAN STRATEGI
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH KE
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH

Tarikh:
14 Januari 2022 (Jumaat)

Tempat:

Bilik Mesyuarat Danum 2
IAB Cawangan Sabah

1

Yang Berusaha Tuan Haji Ismail Bin Othman
Timbalan Pengarah JPN Kedah
Yang Berusaha, En. Norman bin Sani
Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah
Ketua-ketua Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT
kerana telah diberikan kesihatan dan kekuatan untuk berada bersama-sama dalam program
Lawatan Jaringan Strategik ini.

Saya juga mengucapkan Selamat Datang kepada team daripada Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah atas Lawatan Jaringan Strategik ke Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah.
Program seumpama ini amat bermakna kerana kedua-dua pihak mendapat manfaat ruang
dan peluang untuk berkongsi pelbagai idea kerjasama dan pengalaman bagi memantapkan
hubungan jaringan secara berterusan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Sepintas lalu mengenai latar belakang Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
(IABCSBH). IABCSBH mula beroperasi di premis baharu pada tahun 2014 dan terletak di
KM 15 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. Terdapat 16 Jabatan dengan kekuatan staf seramai 39
orang. Setiap jabatan ini telah bertanggungjawab menyediakan aktiviti-aktiviti dan
merancang program-program mengikut jabatan masing-masing iaitu berfokus kepada CPD
dan pembangunan staf.

Sesungguhnya cabaran utama di IABCSBH adalah melunaskan semua perancangan
berkaitan dengan fungsi IAB iaitu latihan, pentaksiran, konsultasi, penyelidikan, penerbitan
dan pasukan pemikir yang memerlukan berlakunya perubahan seiring dengan transformasi
kepimpinan dan pendidikan masa kini. Sejajar dengan visi dan misi Institut Aminuddin Baki
iaitu, “Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan yang Terbilang” dan “Membangun
Kepimpinan Pendidikan bagi menghasilkan Organisasi Berkualiti” saya menaruh
kepercayaan bahawa melalui program lawatan jalinan ini peranan IAB sebagai sebuah
institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan
pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM dapat terus direalisasikan.

2

Semoga perkongsian idea dan hubungan silaturahim melalui program jalinan ini dapat
mencorakkan pelbagai pembaharuan dalam organisasi ke arah menghasilkan organisasi
pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara. Sesungguhnya, kejayaan dan
perkembangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada kerja sepasukan dan
pemimpin yang bersifat kreatif dan inovatif.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Pelan Induk Kecemerlangan (PIK) 2022-2026 meneruskan kecemerlangan PIK
(2017-2021) yang berasaskan kepada tiga Bidang Keberhasilan Utama atau Key Result Area
(KRA) iaitu Latihan dan Pembangunan, Master Trainer dan Pusat Rujukan. Tiga bidang
keberhasilan utama ini pula disokong oleh enam subbidang Keberhasilan Utama yang terdiri
daripada Pembangunan Individu, Pembangunan Organisasi, Pembangunan Master Trainer,
Pengurusan Pengetahuan, Jaringan dan Kolaboratif serta Penyelidikan dan Pembangunan.
Bersangkutan dengan PIK IAB ini, maka IABCSBH telah merancang melaksanakan Program
Pemantapan Pemimpin di Sekolah Terintang (Sekolah Pulau/Sekolah Pedalaman/Sekolah
Kurang Murid). Matlamat utama program ini ialah membangunkan pemimpin sekolah yang
proaktif dan kreatif dalam usaha mencemerlangkan sekolah dengan tidak mengabaikan
keperluan perkhidmatan dan risiko. Dalam masa yang sama, IABCSBH juga menyahut
cabaran Gelombang Volatility, Uncertainty, Complexity and Ambiguity (VUCA) dan era digital
dalam merealisasikan agenda transfomasi negara seperti yang digariskan oleh Gelombang
Ketiga (2021-2025) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sememangnya, sebagai institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung
negara, IAB berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran bagi memastikan latihan
yang dilaksanakan kekal relevan serta mampu merealisasikan matlamat transformasi
pendidikan negara. Justeru itu, idea dan pemikiran baharu sentiasa diimplementasikan bagi
melestarikan sistem latihan agar sentiasa memberi impak positif dalam menzahirkan
pemimpin berprestasi tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kebersamaan dalam setiap tindakan dititikberatkan dalam organisasi IABCSBH
bagi memastikan hasil kerja bersifat bersepadu dan menyeluruh. Begitu jugalah kesepaduan
idea dan tindakan untuk memastikan matlamat bersama akan dapat dicapai. Bahkan,
pemimpin dan ahli organisasinya mempunyai visi dan misi yang sama lantas hala tuju juga

3

semestinya sama. Lantaran itu, ketulusan budi dan ketelusan bakti dalam melaksanakan
tugas dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni, malah akan menzahirkan
perhubungan akrab dalam organisasi.

Penutup
Sebelum mengundurkan diri saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan
program Lawatan Jalinan Strategik ini. Saya berharap semoga kolaboratif di antara Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah dan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah akan terus memberi
nilai tambah yang positif kepada pembangunan organisasi bahkan menjadi suri teladan dan
sumber rujukan kepada semua pihak. Usaha jalinan ini perlu dikekalkan secara bersepadu
dan tersusun melalui konteks budaya dan tradisi agar mampu menjayakan hasrat dan
aspirasi mentransformasikan pendidikan negara seperti yang diungkapkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Akhir kata, sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah yang diketuai oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail Bin Othman kerana sudi
berkunjung ke IAB Cawangan Sabah bagi program Lawatan Jalinan Strategik ini.
Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah Assalammualaikum Wrh Wbrkth.
Terima kasih.

4

2.
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

YBrs. Puan Khaziyati binti Osman
Pengarah Cawangan

Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

LAWATAN JARINGAN STRATEGIK
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE

INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH

Tarikh:
25 Januari 2022 (Selasa)

Tempat:
Bilik Mesyuarat Danum
IAB Cawangan Sabah

5

Yang Berusaha Encik Zainudin bin Mohamad
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Yang Berusaha Encik Norman bin Sani
Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah

Ketua-ketua Penolong Pengarah, Penolong-penolong Pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Tuan-
tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT
kerana telah diberikan kesihatan dan kekuatan untuk berada bersama-sama dalam Lawatan
Jaringan Strategik ini.

Saya juga mengucapkan Selamat Datang kepada rombongan daripada Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas Lawatan Jaringan Strategik ini ke
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (Negeri di Bawah Bayu). Program seumpama ini
amat bermakna kerana kedua-dua pihak mendapat manfaat ruang dan peluang untuk
berkongsi pelbagai cetusan idea dan pengalaman bagi memantapkan hubungan jaringan
secara berterusan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Sepintas lalu mengenai latar belakang Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah

(IABCSBH). IABCSBH mula beroperasi di premis baharu pada tahun 2014 dan terletak di
KM 15 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. Terdapat 16 Jabatan dengan kekuatan staf seramai 39
orang. Setiap jabatan ini dipertanggungjawabkan merancang dan menyediakan aktiviti-
aktiviti serta program-program mengikut jabatan masing-masing iaitu berfokus kepada CPD
dan pembangunan staf.

Cabaran utama Institut Aminuddin Baki sebagai pusat latihan kepimpinan khususnya
di IABCSBH adalah melunaskan semua perancangan berkaitan dengan fungsi IAB iaitu
latihan, pentaksiran, konsultasi, penyelidikan, penerbitan dan pasukan pemikir yang
memerlukan berlakunya perubahan seiring dengan transformasi kepimpinan dan pendidikan
masa kini. Sejajar dengan visi dan misi Institut Aminuddin Baki iaitu, “Pusat Pembangunan
Kepimpinan Pendidikan yang Terbilang” dan “Membangun Kepimpinan Pendidikan
bagi menghasilkan Organisasi Berkualiti” saya menaruh kepercayaan bahawa melalui
program lawatan jalinan ini peranan IAB sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan
pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin
pendidikan di semua peringkat KPM dapat terus direalisasikan. Semoga perkongsian idea
dan hubungan silaturahim melalui program jalinan ini dapat mencorakkan pelbagai
pembaharuan ilmu dan kemahiran terkini dalam organisasi ke arah menghasilkan organisasi
pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara. Sesungguhnya, kejayaan dan
perkembangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada kebersamaan dan kerja
sepasukan yang bersifat kreatif dan inovatif.

6

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Pelan Induk Kecemerlangan (PIK) IAB 2022-2026 meneruskan kecemerlangan PIK
IAB (2017-2021) yang berasaskan kepada tiga Bidang Keberhasilan Utama atau Key Result
Area (KRA) iaitu Latihan dan Pembangunan, Master Trainer dan Pusat Rujukan. Tiga bidang
keberhasilan utama ini pula disokong oleh enam subbidang Keberhasilan Utama yang terdiri
daripada Pembangunan Individu, Pembangunan Organisasi, Pembangunan Master Trainer,
Pengurusan Pengetahuan, Jaringan dan Kolaboratif serta Penyelidikan dan Penerbitan.

Tuan-tuan dan puan-puan, untuk makluman, Kebitaraan (niche area) IAB Cawangan
Sabah adalah mengupayakan kepimpinan sekolah pulau dan sekolah pedalaman.
Bersangkutan dengan PIK IAB ini, maka IABCSBH telah merancang melaksanakan Program
Pemantapan Pemimpin di Sekolah Terintang (Sekolah Pulau/Sekolah Pedalaman/Sekolah
Kurang Murid). Matlamat utama program ini ialah membangunkan pemimpin sekolah yang
proaktif dan kreatif dalam usaha mencemerlangkan sekolah dengan tidak mengabaikan
keperluan perkhidmatan dan risiko.

Dalam masa yang sama, IABCSBH juga menyahut cabaran Gelombang Volatility,
Uncertainty, Complexity and Ambiguity (VUCA) dan era digital dalam merealisasikan agenda
transfomasi negara seperti yang digariskan oleh Gelombang Ketiga (2021-2025) Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sememangnya, sebagai institusi
latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung negara, IAB berhadapan dengan
pelbagai dugaan dan cabaran bagi memastikan latihan yang dilaksanakan kekal relevan
serta mampu merealisasikan matlamat transformasi pendidikan negara. Justeru itu, idea dan
pemikiran baharu sentiasa diimplementasikan bagi melestarikan sistem latihan agar sentiasa
memberi impak positif dalam menzahirkan pemimpin berprestasi tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kebersamaan dalam setiap tindakan dititikberatkan dalam organisasi IABCSBH
bagi memastikan hasil kerja bersifat bersepadu dan menyeluruh. Bahkan, saya membuka
minda dan membawa seluruh warga organisasi IABCSBH agar terus melangkah ke hadapan
dengan mempraktikkan ‘Together we reach the WORLD by practicing RARE and
executing RICH’. Begitu jugalah kesepaduan idea dan tindakan untuk memastikan
matlamat bersama akan dapat dicapai. Dalam erti kata lain, pemimpin dan ahli organisasinya
perlu mempunyai visi dan misi yang sama lantas hala tuju juga semestinya sama. Lantaran
itu, ketulusan budi dan ketelusan bakti dalam melaksanakan tugas dapat mewujudkan
persekitaran kerja yang lebih harmoni, malah akan menzahirkan perhubungan akrab dalam
organisasi.

7

Penutup
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati.
Sebelum mengundurkan diri saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak
langsung dalam menjayakan program Lawatan Jalinan Strategik ini. Saya berharap semoga
kolaboratif yang terjalin ini iaitu antara Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala
Limpur dan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah akan terus memberi nilai tambah yang
positif kepada pembangunan organisasi bahkan menjadi suri teladan dan sumber rujukan
kepada semua pihak. Usaha jalinan ini perlu dikekalkan secara bersepadu dan tersusun
melalui konteks budaya dan tradisi agar mampu menjayakan hasrat dan aspirasi
mentransformasikan pendidikan negara seperti yang diungkapkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Akhir kata, sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan daripada
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Yang
Berbahagia Encik Zainudin bin Mohamad kerana sudi berkunjung ke IAB Cawangan Sabah
bagi program Lawatan Jalinan Strategik ini.
Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah Assalammualaikum Wrh Wbrkth.
Terima kasih.

8

3.
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

YBrs. Puan Khaziyati binti Osman
Pengarah Cawangan

Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA, PESTA KAAMATAN
DAN HARI GAWAI

INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH

Tarikh:
27 Mei 2022 (Jumaat)

Tempat:
Bilik Mesyuarat Danum 2

IAB Cawangan Sabah

9

Yang Berusaha
Ketua-ketua Penolong Pengarah dan Penolong-penolong Pengarah dari Jabatan Pendidikan
Sabah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Sabah
Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah Encik Norman bin Sani,
Ketua-ketua Jabatan,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana memberi kesempatan kepada kita untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan Majlis
Hari Raya, Kaamatan dan Hari Gawai anjuran Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
pada pagi ini.

Kompang bergema pusaka bangsa,
Dipalu oleh si anak muda;
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Pada kesempatan ini juga, bagi mewakili Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah;
saya ingin mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang terdiri daripada pegawai-pegawai
daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri
Sabah, pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Telekom Malaysia Berhad, para
kakitangan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK); dan kakitangan
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah – dan
tidak dilupakan juga para tetamu lain yang turut dirai khususnya para warga Institut
Aminuddin Baki Cawangan Sabah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Burung kedidi di pohon nangka,
Anak bayan hinggap di dahan,
Orang berbudi kita berbahasa,
Mesra ikatan erat perpaduan

10

Semoga majlis yang diadakan pada pagi ini akan menjadi pemangkin berterusan ke arah
pembudayaan nilai-nilai persefahaman dan semangat muhibah – dan seterusnya menjadi
wadah yang akan mengukuhkan lagi ikatan sillaturahim dalam kalangan kita; sejajar dengan
laungan gagasan “Keluarga Malaysia” yang telah mendasari latar masyarakat majmuk
negara kita sejak sekian lama.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Justeru, saya percaya sambutan majlis atau perayaan seumpama ini juga; turut
memberikan mesej yang jelas betapa pentingnya untuk kita saling menyemai dan
membudayakan nilai dan norma saling faham memahami, hormati-menghormati; dan
menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang kepada keutuhan perpaduan,
kemakmuran dan kesejahteraan negara kita selama ini.

Oleh yang demikian, pada masa yang sama; saya percaya penganjuran majlis seumpama
ini juga akan membuka ruang dan kesempatan terbaik untuk kita sama-sama mengukuhkan
ikatan silaturahmi, ikatan kerjasama dan hubungan profesional yang telah sedia terjalin; di
samping mengukuhkan lagi persefahaman sedia ada dalam kalangan kita.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung di
negara kita – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah khususnya – turut memainkan
peranan penting dalam merealisasikan visi dan misi IAB; iaitu menjadikan IAB sebagai satu
entiti atau pusat terulung dalam konteks pembangunan kepimpinan pendidikan yang
terbilang - di samping merealisasikan agenda membangunkan kepimpinan pendidikan bagi
menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti – yang mana visi dan misi berkenaan
selari dengan agenda yang telah digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025).

Oleh yang demikian, sejajar dengan visi dan misi berkenaan – IAB juga turut menuju
ke arah usaha untuk menghasilkan produk pemimpin pendidikan yang berkredibiliti dan
memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang ulung; dan mampu menjadi “role model” bukan sahaja
dalam konteks kepimpinan dan pengurusan pendidikan – tetapi juga mampu menjadi agen
penyatuan dan model perpaduan kepada masyarakat Malaysia yang majmuk sifatnya.

Justeru, saya menaruh kepercayaan bahawa majlis pada pagi ini – walaupun
diadakan dalam skala sederhana; akan mampu menjadi pencetus dan pemangkin bermakna
ke arah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan kita; dan seterusnya menjadi salah satu
segmen penting dalam membantu mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang
kaum yang berpayung di bawah satu bumbung “Keluarga Malaysia”.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah di atas
komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam penganjuran majlis kita pada pagi ini –

11

penghargaan ini juga turut ditujukan kepada semua warga IAB Cawangan Sabah yang turut
terlibat dalam menjayakan majlis yang cukup bermakna ini.

Semoga majlis ini mampu menjadi asas kepada kita semua untuk terus bersatu; dan
seterus menjadi model perpaduan kepada masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”, dan “Gayu Guru
Gerai Nyamai” kepada semua.
Sekian, terima kasih.

12

4
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
YBrs. Puan Khaziyati binti Osman

Pengarah Cawangan
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

LAWATAN PROGRAM KERJASAMA JARINGAN STRATEGIK
SMK DATO’AHMAD MAHER KOTA BAHRU, KELANTAN KE
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH

Tarikh:
29 Julai 2022 (Jumaat)

8.00 pagi
Tempat:
Bilik Mesyuarat Danum 2
IAB Cawangan Sabah

Bismillahirrahmannirrahim Alhamdullilah hirobbil alamin, wa salaatu wa salaamu ‘alaa
sayidina Muhammad wa’alaa alihi wasahbihi ajmain. Assalamu’alaikum warahmatullaji
wabarakatuh.

13

Salam Sejahtera dan selamat pagi.

Yang Berusaha Dr. Hajah Rani Bt Abd Mutalib, Pengetua cemerlang SMK Dato’ Ahmad
Maher Kota Bahru, Kelantan.
Yang dihormati, Tn Norman Bin Sani (Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah)

Penolong Kanan-Penolong Kanan, Ketua Bidang dan semua ahli rombongan SMK Dato’
Ahmad Maher Kota Bahru, serta pensyarah-pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan
Sabah (IABCSBH) yang hadir bersama dalam program kita hari ini.

Terlebih dahulu saya bagi pihak IAB Cawangan Sabah mengalu-alukan kedatangan semua
ahli rombongan dari SMK Dato’ Ahmad Maher. Selamat datang ke Sabah, Negeri di Bawah
Bayu dan Kampus IAB Cawangan Sabah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Program Kerjasama Jaringan Strategik antara SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru

dengan pihak kami di IABCSBH adalah suatu langkah yang sangat dialu-alukan sebagai
usaha untuk meningkatkan dan memartabatkan aspek kepimpinan dalam bidang pendidikan.
Saya dimaklumkan bahawa SMK Dato’ Ahmad Maher sebuah sekolah kluster
kecemerlangan harian. Sebuah sekolah yang telah berjaya mencatatkan beberapa rekod
baharu dalam Malaysia Book of Records. Program ini juga adalah satu langkah yang sangat
baik untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak yang akan membolehkan lebih
banyak peluang dan ruang untuk belajar memimpin, perkongsian kepakaran dalam inovasi,
perkongsian dalam pembangunan sumber manusia, menggalakkan perbincangan secara
ilmiah, memperbanyak dan memperluaskan bidang penyelidikan, membentuk kerjasama
yang proaktif dalam mencari solusi kepada perkara-perkara yang berkaitan kepimpinan serta
seharusnya kerjasama ini akan merapatkan hubungan ukhuwah antara kedua-dua pihak.

Sehubungan itu, pihak IABCSBH amat berharap kerjasama strategik ini akan mampu
memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Seterusnya akan menjadi suatu landasan
terbaik dalam usaha meningkatkan mutu dan kualiti Pendidikan di negara kita. Besarlah
harapan saya agar kerjasama ini dapat kekal hubungan juga membina ikatan ukhuwah
antara kedua-dua pihak.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Kehadiran dan kesediaan pihak SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru sebagai

“rakan” strategik utama amat kami hargai. Saya sangat berbesar hati dan mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru atas kesudian itu.

14

Selepas ini diharapkan akan lebih banyak lagi perkongsian amalan terbaik dalam pendidikan
boleh dilaksanakan antara SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru dengan IAB Cawangan
Sabah yang akan memberikan nilai tambah kepada kualiti profesionalisme kepada semua
pihak terlibat.

Cenderawasih dari utara
Darilah Kelantan terbang ke Sabah

Salam kasih salam sejahtera
Hadir menjalin membina ukhuwah
Akhir kata, jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada para tetamu yang hadir.
Diharapkan jalinan kerjasama yang telah sedia wujud ini diteruskan dan dieratkan untuk akan
datang. Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.

15

5
TEKS UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI

DARIPADA PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH

Tarikh: 1 Mei 2022

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Keluarga
Malaysia. Ramadhan telah hampir ke penghujungnya dan Syawal bakal membuka tirainya.
Rasa syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan dan izinNya
kita bertemu pada Syawal tahun ini.

Alhamdulillah, kali ini kita dibenarkan balik kampung untuk meraikan akhir Ramadhan
dan menyambut Syawal bersama ibu-bapa, datuk, nenek, adik-beradik dan saudara mara
setelah sekian lama tidak dapat berkumpul akibat pandemik yang melanda. Peluang
bersama ahli keluarga dalam perayaan Syawal kali ini perlu kita maksimakan dengan ambil
peduli terhadap SOP seperti memakai mask dan mencuci tangan terutama ketika bergejala.
Pengalaman lalu telah mengajar kita untuk sentiasa peka agar kesihatan kekal terjaga.

Sambutan Hari Raya pada kali ini agak sederhana memandangkan kita baru sahaja
memasuki Fasa Peralihan ke Endemik disebabkan wabak COVID-19. Namun, ia bukan
tanda kita tidak patut meraikan Aidilfitri. Dengan cabaran yang kita hadapi, kita masih mampu
menzahirkan semangat meraikan kemenangan selepas mengerjakan ibadah puasa
Ramadhan selama 30 hari dengan cemerlang. Bukan saja menang kerana berjaya
mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari di bulan Ramadhan,
malah kemenangan ini menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang.

Terima kasih kepada semua warga IAB yang masih cekal mengekang wabak COVID-
19. Jasa tidak ternilai ini amat dihargai dan disematkan dalam doa seharian kita bersama.

Besarlah harapan saya agar kita terus memekarkan budaya merapatkan ukhuwah
dalam organisasi kita. Dalam surah Al-Anfaal ayat 63 sendiri menyebut dengan indah “Dan
(Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau

16

belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga
menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara
(hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Sempena meraikan
bulan yang mulia ini juga, saya nukilkan serangkap pantun:

Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Lautan Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadan kerana Keinsafan,
Indahnya Syawal kerana Kemaafan.
Jari disusun memohon maaf dan ampun
Sebarang khilaf sepanjang perkenalan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Daripada saya Pengarah IAB Cawangan
Sabah dan seluruh warga IAB Cawangan Sabah. Wabillahi Taufik Wal Hidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

17

6.

TEKS UCAPAN PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH (IABCSBH)

BENGKEL KIK

Tarikh: 25 April 2022

Yang berusaha En. Norman bin Sani Timbalan Pengarah Cawangan IAB Cawangan Sabah,

Yang Berusaha Ketua-Ketua Jabatan

Yang dihormati Puan Suriati binti Suhaimi Ketua Jabatan, Kepimpinan Kualiti dan Inovasi IAB
Cawangan Utara,

Dr Teoh Hong Kean Pensyarah Kanan IAB Cawangan Utara, Pensyarah-Pensyarah Kanan,
Staf Sokongan IAB Cawangan Sabah seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
sekalian.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan
dan kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama pada hari ini dalam Bengkel Kumpulan Inovatif dan
Kreatif (KIK).

Tuan-tuan dan puan-puan, selari dengan perubahan persekitaran yang dinamik serta
kehendak pelanggan dan pihak berkepentingan yang semakin meningkat memerlukan agensi
sentiasa menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan, maka dengan itu pihak kerajaan
telah memberi penekanan terhadap Inovatif dan Kreatif agar perkhidmatan yang disampaikan
sentiasa memenuhi kehendak dan harapan pelanggan.

Oleh itu, panduan pembudayaan dan pemerkasaan dalam sektor awam melalui
horizon baharu kumpulan inovatif dan kreatif diterbitkan sebagai peneraju agenda
transformasi negara yang bersifat inovatif dan kreatif melalui terjemahan penjanaan idea
baharu dan membawa perubahan berimpak tinggi berteraskan kecekapan dan keberkesanan.
Justeru, diharapkan melalui pelaksanaan bengkel KIK ini akan memberi ruang dan peluang
kepada semua pensyarah dan staf sokongan IAB Cawangan Sabah dalam menghasilkan
sesuatu inovasi sama ada secara fizikal atau digital secara lebih kreatif.

Seterusnya, saya mengambil peluang untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi IAB Cawangan Sabah atas inisiatif dalam
mengendalikan bengkel KIK ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan bengkel KIK pada kali ini.
Tidak lupa kepada kedua-dua penceramah dari IAB Cawangan Utara iaitu Puan Suriati binti
Suhaimi dan Dr Teoh Hong Kean atas kesudian dalam menjayakan bengkel KIK ini.

18

Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, izinkan saya berpantun:
Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta
Kalau pergi Tanjung Keramat
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat

Moga bengkel KIK mendapat berkat
Oleh itu, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Sekian dan terima kasih.

19

7.
TALKING POINTS
PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH
DALAM SESI DATO’ PENGARAH BERSAMA WARGA IABCSBH

Tarikh : 23 Jun 2022
Tempat: Court Yard Hotel Kota Kinabalu

__________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

Yang Berbahagia,
Dato’ Dr Tajuddin bin Mohd Yunus,
Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Berusaha,
Tuan Norman bin Sani
Timbalan Pengarah Cawangan, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah

Yang Berusaha ,
Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Eksekutif,

Yang dihormati
Pensyarah-Pensyarah Kanan dan Anggota Khidmat Pelaksana IAB Cawangan Sabah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.
kerana atas limpah perkenan dan rahmat-Nya kita dapat berkumpul untuk majlis Dato’
Pengarah bersama warga Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah bagi tahun 2022.

● Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Dato’ Pengarah melapangkan
masa bersama warga Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCSBH) dalam
Program Bicara Profesional bersama peserta kursus NPQEL 2022, seterusnya

20

menyempurnakan majlis penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan
Anugerah Inovasi bagi tahun 2022.

● Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Pengarah memberi suntikan semangat
kepada warga IABCSBH dalam melonjakkan kecemerlangan IABCSBH sebagai
sebuah Institut latihan yang unggul dalam melahirkan pemimpin sekolah berprestasi
tinggi bagi memartabatkan kualiti pendidikan di negeri Sabah sehingga ke peringkat
global.

Kompang bergema pusaka bangsa
Dipalu oleh si anak muda

Hadir tuan meriah suasana
kami menyambut penuh gembira

● Ucapan terima kasih juga atas komitmen warga IABCSBH dalam menjayakan
program ini.

● Ucapan setinggi tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
tahun 2021. Anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan atas
sumbangan serta khidmat bakti yang telah ditunjukkan dalam perkhidmatan.

● Semoga anugerah tersebut menjadi pendorong dan perangsang untuk
berkhidmat dengan lebih ggih lagi dalam mencemerlangkan organisasi IABCSBH.

● Di samping itu, setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para
pensyarah IABCSBH yang telah berjaya dalam pertandingan KIK anjuran IAB KPM.

● Penyertaan IABCSBH yang telah menyertai 2 kategori dan 4 pasukan iaitu
Kategori Penciptaan terdiri daripada pasukan CHECKMATE memperolehi 5 bintang,
pasukan WONDER POWER memperolehi 4 bintang dan pasukan pensyarah baharu
iaitu NEW2U memperolehi 4 bintang. Manakala bagi kategori penambahbaikan,
pasukan FIRST 8 memperolehi 4 bintang.

● Pencapaian keseluruhan IABCSBH memperolehi anugerah Naib Johan
Keseluruhan pertandingan KIK 2022 . Tahniah dan syabas kepada semua pasukan

21

yang telah menjulang nama IABCSBH setanding dengan rakan-rakan kita di
Semenanjung. Ini membuktikan para pensyarah IABCSBH mampu berusaha untuk
melonjakan kecemerlangan organisasi. Kerja sepakat membawa berkat, sepakat
Sabah hebat.

Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang negara terbilang
Anugerah diterima tanda kecemerlangan
Sekian,
Wabillahi al-taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum warahmatullahi. wabarakatuh.

22

8.
TALKING POINTS
PENGARAH IAB ENSTEK KPM
SEMPENA BICARA PROFESIONAL PESERTA NPQEL DAN PENSYARAH

IABCSBH

Tarikh : 23 Jun 2022
Tempat: Court Yard Hotel Kota Kinabalu

Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis. Terima kasih juga ditujukan
kepada Ustaz Mohd Fauzi Arafat bin Abdul Mumin yang telah memimpin bacaan doa.
1. Yang Berusaha Puan Khaziyati binti Osman, Pengarah IAB Cawangan Sabah
2. Tuan Norman bin Sani, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah.
3. Ketua-Ketua Jabatan, Pensyarah-Pensyarah Kanan, Pegawai Eksekutif dan Anggota
Khidmat Pelaksana IAB Cawangan Sabah yang menjadi teraju utama dalam menjayakan
Kursus NPQEL seterusnya para peserta kursus NPQEL ambilan 2022.

PENDAHULUAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, marilah kita besama-sama melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.
kerana atas limpah perkenan dan rahmat-Nya kita dapat berkumpul untuk majlis Bicara
Profesional Peserta NPQEL dan Pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah bagi
tahun 2022.

● Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas komitmen warga IABCSBH dalam menjayakan
program ini.

● Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah IABCSBH atas usaha
berterusan untuk menjayakan kursus NPQEL tahun 2022 yang merupakan program
utama IAB KPM sebagai pusat pembangunan kepimpinan pendidikan yang unggul
dan menjayakan misi IAB untuk membangunkan keupayaan kepimpinan pendidikan
bagi menghasilkan organisasi berkualiti dan pemimpin sekolah berprestasi tinggi
seperti yang termaktub dalam Anjakan 5, PPPM 2013 - 2025

KEPIMPINAN TANGKAS (AGILE LEADERSHIP)

Para pensyarah dan peserta kursus NPQEL yang dikasihi,

• Pandemik COVID-19 telah mendatangkan impak terhadap sistem kesihatan, ekonomi,
politik, sosial dan pendidikan negara yang telah memberi kesan kepada ekosistem
kehidupan organisasi dan institusi keluarga.

23

• Impaknya, pemimpin yang perlu tangkas (Agile Leadership), berdaya tahan bagi
menghadapi dan menangani cabaran global dalam menjayakan dasar pendidikan
negara yang memberi fokus terhadap kemenjadian murid, kualiti guru dan kepimpinan
berkualiti serta program sekolah sejahtera.

• Kepimpinan tangkas ini kompeten dalam mewujudkan konteks yang sesuai bagi
organisasi dan persekitaran dengan membina pasukan yang tangkas dalam
berkolaboratif, belajar antara satu sama lain, mendapat maklum balas pantas daripada
pelanggan perkhidmatan dan fokus terhadap pembelajaran yang berkualiti dan
berterusan.

• Sehubungan itu, para peserta kursus NPQEL diharap menjadi pemimpin yang tangkas
(Agile Leadership) dan dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperoleh melalui
modul-modul yang disampaikan oleh para pensyarah antaranya, modul
berketrampilan, modul berwawasan, modul menerajui perubahan dan modul
mencemerlangkan organisasi dengan menadaptasikan ilmu dan pengalaman dalam
menghadapi dan menanggani perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan
seperti sistem pentaksiran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk melahirkan generasi
murid yang berdaya saing di peringkat global.

• Sebagai pemimpin, harus menangani dengan cekap pelbagai isu dalam situasi yang
pelbagai meneraju perubahan. Konsep tadbir urus insan (Human Governance) juga
boleh menjadi alternatif kepada strategi menghadapi cabaran.Kemampuan berfikir
dalam beberapa cara yang berbeza adalah memberi ketangkasan kepada pemimpin
tersebut.

• Di samping itu, krisis tersebut menuntut penyesuaian ketara serta cabaran baharu
dalam bidang pendidikan yang perlu ditangani pemimpin berdaya tahan bagi
membantu negara berdepan pandemik, perubahan ketara dalam masyarakat,
organisasi dan individu yang membawa ketidaktentuan dalam sistem konvensional.

• Pemimpin berdaya tahan akan mengambil peluang ini untuk terus berkembang dan
mengadaptasi dalam fasa pemulihan.

• Menurut pakar tingkah laku, Dr Joseph Folkman, pemimpin berdaya tahan adalah
mereka yang melihat kegagalan sebagai gangguan sementara yang membolehkannya
pulih dengan segera.

• Pemimpin berdaya tahan bermula dengan membayangkan bagaimana bentuk
kejayaan dalam situasi semasa. Pemimpin akan merangka pelan tindakan dengan
lebih agresif dan imaginatif dengan menentukan matlamat terlebih dahulu.

• Pemimpin sekolah yang tangkas dalam menanggani masalah dan membina
kecemerlangan sekolah akan berusaha untuk membina jaringan dan jalinan dengan
pihak-pihak berkepentingan ke arah menjadikan hubungan strategik sebagai platform
untuk menjana kecemerlangan sekolah seperti membina hubungan yang mampan

24

dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) , JPN dan menjadikan PPD sebagai rakan
elit yg juga rakan strategik untuk memperkasa sektor pendidikan negara.

• Di samping itu, pemimpin sekolah juga harus mempunyai wawasan yang jelas dan
hala tuju yang tepat dalam memperkasa sistem pentaksiran di sekolah seperti
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mana PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran bersifat holistik yang melihat dari segi JERIS. Dalam Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) pula merupakan pentaksiran berterusan dalam sesi PdP dan berlaku
secara formatif dan sumatif sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang
pembelajaran.

• Tuan-tuan dan puan-puan yang merupakan Para pemimpin berprestasi tinggi, perlu
sentiasa memahami dan menghayati dasar-dasar dalam memperkasa sekolah
antaranya ialah Sekolahku Sejahtera dan mampu mengaplikasikannya serta
melestarikan amalan tersebut di peringkat sekolah.

• Peserta NPQEL diharap dapat menjadi pemimpin berprestasi tinggi yang sentiasa
memahami cabaran di peringkat akar umbi serta melihat ruang dan peluang bagi
menambahbaik ekosistem sekolah berdasarkan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus
ini.

• Di samping itu, semua peserta NPQEL perlu mempunyai minda masa depan yang
memikirkan dan merancang ikhtiar yang terbaik dalam memimpin dan mengurus
sekolah demi kesejahteraan pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.

• Pada tahun ini, sempena sambutan hari guru pihak KPM telah melancarkan program
#SekolahkuSEJAHTERA yang mengandungi 14 elemen yang perlu dikuasai oleh
semua iaitu elemen selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan,
harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi (Rujuk : Pelancaran
oleh Datuk Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan)

• Para peserta NPQEL juga diharap dapat menguasai Konsep Sekolahku SEJAHTERA
selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri.

• Konsep ini dapat menambah baik peranan guru sebagai pemboleh daya penerapan
elemen SEJAHTERA. Penerapan elemen SEJAHTERA dalam kalangan murid perlu
dilaksanakan secara menyeluruh dalam dan luar sekolah yang melibatkan aktiviti
berstruktur dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid yang sejahtera sudah pasti
akan membentuk sekolah sejahtera. Usaha ini perlu melibatkan pihak sekolah dengan
keluarga serta sokongan komuniti secara kolaboratif.

• Akhir kata, adalah menjadi harapan agar pemimpin sekolah dapat menerapkan
elemen dalam konsep sekolahku SEJAHTERA yang difahami, dipraktikkan dan
dihayati serta dapat membentuk budaya amalan baik di sekolah dan mewujudkan

25

suasana sekolah yang selamat. Elemen yang dipraktikkan ini berupaya melahirkan
insan bernilai positif yang dapat menyumbang terhadap pembentukan masyarakat
sejagat.
• Sekian, Wabillahi al-taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum warahmatullahi.
wabarakatuh.
• Terima Kasih.

26

9. TALKING POINTS
KETUA PUSAT PENGURUSAN DASAR DAN INOVASI IAB ENSTEK
DALAM SESI BICARA PROFESIONAL PROGRAM PEMANTAPAN PEMIMPIN
SEKOLAH TERINTANG (ProPSeT) PPD SEMPORNA TAHUN 2022

Tarikh: 25 Ogos 2022
Tempat : PPD Semporna

Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis. Terima kasih juga ditujukan
kepada Ustaz Muhaimin Bin Mobin Penolong Pegawai PPD Semporna yang telah memimpin
bacaan doa.
1. Yang Berusaha Puan Khaziyati binti Osman, Pengarah IAB Cawangan Sabah
2. Tuan Norman bin Sani, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah.
3. Tuan Haji Salleh bin Ismail Kong, Pengurus Program Pemantapan Pemimpin Sekolah

Terintang (ProPSeT) PPD Semporna.
4. YBrs Dr Abdul Ghani bin Sani, Pengurus Bersama Program (ProPSeT) PPD

Semporna
5. Pensyarah-Pensyarah Kanan dan Pensyarah-Pensyarah yang terlibat menjayakan

Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna.
6. Pengetua dan Guru Besar yang menyertai Program Pemantapan Pemimpin Sekolah

Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah kita besama-sama melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.
kerana atas limpah perkenan dan rahmat-Nya kita dapat berkumpul untuk majlis Bicara
Profesional bersama Pengetua dan Guru Besar dalam Program Pemantapan Pemimpin
Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022.

● Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas komitmen warga IABCSBH dalam menjayakan
program ini.

● Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua dan Guru Besar yang menyertai
Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun
2022.

● Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah IABCSBH atas usaha
berterusan untuk menjayakan Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang
(ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022 yang merupakan program IAB KPM sebagai
pusat pembangunan kepimpinan pendidikan yang unggul dan menjayakan misi IAB
27

untuk membangunkan keupayaan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan
organisasi berkualiti dan pemimpin sekolah berprestasi tinggi sebagaimana yang
terdapat dalam Anjakan 5, PPPM 2013 – 2025.

CABARAN PEMIMPIN PENDIDIKAN DALAM DUNIA VUCA

Para pensyarah, Pengetua dan Guru Besar yang menyertai Program Pemantapan Pemimpin
Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

• Cabaran pasca pandemik COVID-19 telah mendatangkan impak terhadap sistem
kesihatan, ekonomi, politik, sosial dan pendidikan negara yang telah memberi kesan
kepada ekosistem kehidupan organisasi dan institusi keluarga telah mewujudkan
dunia VUCA atau turut dipanggil “The New Normal”.

• VUCA iaitu Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity. Volatility adalah
peningkatan kemeruapan yang sangat drastik terhadap perubahan empat dimensi
iaitu jenis, kelajuan, isi padu dan skala. Dunia VUCA adalah satu suasana ketidak-
tentuan yang ketara. Tiada apa yang pasti dalam dunia VUCA. Kita sukar membuat
ramalan atau jangkaan seperti dulu.

• Justeru , Pengetua dan Guru Besar sekolah memainkan peranan penting dalam
menerapkan sifat kepimpinan bagi mendepani cabaran dunia pendidikan menerusi
Visi, Kefahaman, Kejelasan dan Ketangkasan dalam menghadapi dunia VUCA.

• Menurut George William Casey Jr, seorang Jeneral Tentera (bersara) Amerika
Syarikat yang juga pensyarah kanan di Cornell University menzahirkan kebimbangan
luar biasa berhubung persediaan menghadapi dunia VUCA menerusi kertas putihnya
bertajuk Leading in a VUCA World. Dibentangkannya kerangka persediaan dalam
melatih pemimpin masa depan agar dunia VUCA dapat dihadapi sebaiknya

• Untuk meghadapi cabaran pendidikan dalam dunia VUCA memerlukan kepimpinan
yang tangkas yang di kenali Agile leadership’

• Pemimpin-pemimpin sekolah yang tangkas (Agile Leadership) mestilah mempunyai
daya tahan bagi menghadapi dan menangani cabaran global dalam menjayakan dasar
pendidikan negara yang memberi fokus terhadap kemenjadian murid, kualiti guru dan
kepimpinan berkualiti serta program sekolah sejahtera.

• Kepimpinan tangkas juga sangat kompeten dalam mewujudkan konteks yang sesuai
bagi organisasi dan persekitaran dengan membina pasukan yang tangkas dalam
berkolaboratif, belajar antara satu sama lain, mendapat maklum balas pantas daripada
pelanggan perkhidmatan dan fokus terhadap pembelajaran yang berkualiti dan
berterusan.

● Sehubungan itu, para Pengetua dan Guru Besar yang menyertai Program
Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022
diharap menjadi pemimpin yang tangkas (Agile Leadership) yang dapat
28

mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperoleh dalam kursus NPQEL yang telah diikuti di
Institut Aminuddin Baki melalui modul-modul yang telah disampaikan oleh para
pensyarah antaranya, modul berketrampilan, modul berwawasan, modul menerajui
perubahan dan modul mencemerlangkan organisasi serta modul jaringan dan jalinan.

● Kepimpinan yang tangkas dapat mengadaptasikan ilmu dan pengalaman dalam
menghadapi cabaran pendidikan dalam dunia VUCA untuk menanggani perubahan
yang berlaku dalam sistem pendidikan seperti sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
untuk melahirkan generasi murid yang menguasai kemahiran pembelajaran dalam
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan berorientasikan ilmu supaya mereka
dapat berdaya saing di peringkat global.

• Sebagai pemimpin dalam dunia VUCA, para Pengetua dan Guru Besar mestilah
berusaha unuk menangani dengan cekap dan pantas pelbagai isu dalam pelbagai
situasi untuk meneraju perubahan ke arah menjadikan sekolah sebagai sebuah
organisasi pembelajaran yang cemerlang.

• Di samping tu, penerapan elemen tadbir urus insan (Human Governance) juga penting
ntuk menjayakan kepimpinan dan pengurusan sekolah dalam dunia VUCA yang
penuh mencabar supaya semua anggota dalam organisasi mempunyai jati diri dan
integriti yang tinggi dalam melaksanakan amanah mereka. Konsep tadbir urus insan
(Human Governance) menjadi alternatif dalam strategi menghadapi cabaran global
yang menuntut komitmen padu pemimpim dalam menggerak dan mencemerlangan
organisasi sekolah.

• Selain itu, kemampuan berfikir dalam beberapa cara yang berbeza dapat memberi
ketangkasan kepada pemimpin sekolah untuk mengambil tindakan yang berkesan
dalam dunia VUCA yang penuh cabaran dengan ketidaktuan seperti dahulu.

• Di samping itu, krisis tersebut menuntut penyesuaian ketara serta cabaran baharu
dalam bidang pendidikan yang perlu ditangani pemimpin berdaya tahan bagi
membantu negara berdepan dengan cabaran pandemik, perubahan ketara dalam
masyarakat, organisasi dan individu yang membawa ketidaktentuan dalam sistem
konvensional.

• Pemimpin berdaya tahan akan mengambil peluang ini untuk terus berkembang dan
mengadaptasi dalam fasa pemulihan.

• Menurut pakar tingkah laku, Dr Joseph Folkman, pemimpin berdaya tahan adalah
mereka yang melihat kegagalan sebagai gangguan sementara yang membolehkannya
pulih dengan segera.

• Pemimpin berdaya tahan bermula dengan membayangkan bagaimana bentuk
kejayaan dalam situasi semasa. Pemimpin akan merangka pelan tindakan dengan
lebih agresif dan imaginatif dengan menentukan matlamat terlebih dahulu.

29

• Pemimpin sekolah yang tangkas dalam menanggani masalah dan membina
kecemerlangan sekolah akan berusaha untuk membina jaringan dan jalinan dengan
pihak-pihak berkepentingan ke arah menjadikan hubungan strategik sebagai platform
untuk menjana kecemerlangan sekolah seperti membina hubungan yang mampan
dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) , JPN dan menjadikan PPD sebagai rakan
elit yg juga rakan strategik untuk memperkasa sektor pendidikan negara.

• Di samping itu, pemimpin sekolah juga harus mempunyai wawasan yang jelas dan
hala tuju yang tepat dalam memperkasa sistem pentaksiran di sekolah seperti
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mana PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran bersifat holistik yang melihat dari segi JERIS. Dalam Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) pula merupakan pentaksiran berterusan dalam sesi PdP dan berlaku
secara formatif dan sumatif sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang
pembelajaran.

• Tuan-tuan dan puan-puan yang merupakan Para pemimpin berprestasi tinggi, perlu
sentiasa memahami dan menghayati dasar-dasar dalam memperkasa sekolah
antaranya ialah Sekolahku Sejahtera dan mampu mengaplikasikannya serta
melestarikan amalan tersebut di peringkat sekolah. SekolahKu Sejahtera telah
dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan secara
maya bersama warga pendidik seluruh negara pada 18.8.2022 untuk memperkasa
kepimpinan sekolah dalam menghadapi cabaran dunia VUCA yang tidak ada
kepastian seperti dahulu.

• Pada tahun ini, #SekolahkuSEJAHTERA telah menjadi tema sempena sambutan
hari guru. SekolahKu Sejahtera mengandungi 14 elemen yang perlu dikuasai oleh
semua iaitu elemen selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan,
harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.

• Para peserta ProPSeT PPD Semporna juga diharap dapat menguasai Konsep
Sekolahku SEJAHTERA selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

• Konsep ini dapat menambah baik peranan guru sebagai pemboleh daya penerapan
elemen SEJAHTERA. Penerapan elemen SEJAHTERA dalam kalangan murid perlu
dilaksanakan secara menyeluruh dalam dan luar sekolah yang melibatkan aktiviti
berstruktur dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid yang sejahtera sudah pasti
akan membentuk sekolah sejahtera. Usaha ini perlu melibatkan pihak sekolah dengan
keluarga serta sokongan komuniti secara kolaboratif.

• Para Pengetua dan Guru Besar yang menyertai Program Pemantapan Pemimpin
Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022 diharap dapat menghadapi
cabaran pendidikan dalam dunia VUCA dengan menjadi pemimpin sekolah
berprestasi tinggi yang sentiasa memahami cabaran di peringkat akar umbi serta

30

melihat ruang dan peluang bagi menambahbaik ekosistem sekolah berdasarkan ilmu
yang diperoleh sepanjang kursus ini.
• Di samping itu, semua peserta ProPSeT PPD Semporna perlu mempunyai minda
masa depan yang memikirkan dan merancang ikhtiar yang terbaik dalam memimpin
dan mengurus sekolah demi kesejahteraan pendidikan anak-anak generasi pewaris
negara.

• Akhir kata, dalam menghadapi cabaran pendidikan dalam dunia VUCA, pemimpin
sekolah perlu menghadapi apa jua tuntutan dalam perkembangan baharu yang akan
datang di mana sekolah juga perlu dijadikan sebagai institusi yang menyeronokkan
sekali gus memberi inspirasi kepada murid atau pelajar. Di samping nilai kepimpinan
yang berkarismatik juga penting untuk mengemudi dan menentukan hala tuju sekolah
merealisasikan kualiti kemenjadian murid serta kualiti pengurusan sekolah supaya
dapat berdaya saing dalam cabaran dunia VUCA

• Selain itu, adalah menjadi harapan agar pemimpin sekolah yang menyertai ProPSeT
PPD Semporna dapat menerapkan elemen dalam konsep sekolahku SEJAHTERA
dalam menghadapi cabaran pendidikan dalam dunia VUCA dengan memahami,
mempraktikkan dan menghayati serta dapat membentuk budaya amalan baik di
sekolah dengan mewujudkan suasana sekolah yang selamat. Elemen yang
dipraktikkan ini berupaya melahirkan insan bernilai positif yang dapat menyumbang
terhadap pembentukan masyarakat sejagat.

Sekian,
Wabillahi al-taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum warahmatullahi. wabarakatuh.
Terima Kasih.

31

Perasmian

32

10
TEKS UCAPAN
YBHG. DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS
Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN (NoU)
ANTARA INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SABAH

Tarikh:
23 Jun 2022 (Khamis)

2.30 Petang
Tempat:

BP HOUSE PENGAKAP
KOTA KINABALU, SABAH

33

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera
Terima kasih saudara Pengacara Majlis
1. Yang Berbahagia

Datuk Dr. Haji Awang Zaini bin Haji Suntim
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
2. Yang Berusaha Puan Khaziyati Osman
Pengarah
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
3. Encik Norman Sani Timbalan Pengarah
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
4. Encik Muddin Beting
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
5. Dr. Melati Jilon
Ketua Jabatan Penyelidikan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan, IABCSBH merangkap
(Ketua Kumpulan Pemberi Khidmat Konsultasi Program Konsultasi PPM Negeri Sabah)
6. Puan Ainol Hidayah Abdul Rauof
Ketua Jabatan, Jabatan Konsultasi dan Runding Cara (JKRC), Pusat Konsultasi dan
Pembangunan Organisasi Pendidikan (PKPOP) IAB Induk
7. Dr. Salwati Shafee
Pensyarah Kanan, JKRC, PKPOP, IAB Induk
8. Ketua Unit Pembangunan Bakat, Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Penampang
9. Presiden Majlis Belia Sabah
Kementerian Belia dan Sukan Pantai Barat Selatan, Kota Kinabalu
10. Ketua-Ketua Jabatan, pensyarah-pensyarah kanan IABCSBH yang hadir.
11. Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap
Malaysia Cawangan Sabah

34

Yang Berbahagia Datuk, Tuan-tuan, puan-puan, hadirin hadirat sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, kita
dapat berkumpul di petang yang mulia ini di B.P House Pengakap Kota Kinabalu,
Sabah.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YBhg. Datuk
Dr. Haji Awang Zaini kerana telah menerima undangan untuk hadir ke majlis
menandatangani Nota Persefahaman antara Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Sabah, walaupun
cukup sibuk dengan pelbagai tugas penting, YBhg. Datuk sanggup bersama-sama
kita pada petang ini. Kehadiran YBhg. Datuk dalam majlis ini amat bermakna dan
kami hargai dan sanjung tinggi.

Terima kasih juga kepada semua yang hadir pada petang ini. Kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan bahawa majlis ini sangat penting dan
bermakna.

YBhg Datuk, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Program Khidmat Konsultasi, Institut Aminuddin Baki adalah satu program
yang dilaksanakan oleh pensyarah IAB yang mempunyai kemahiran dalam
memberikan khidmat konsultasi. Mereka yang telah dilatih ini akan mengaplikasi
pendekatan berpusatkan pelanggan dalam menangani isu utama organisasi
melalui khidmat konsultasi secara kolaboratif.

Bersama-sama kumpulan pemberi khidmat konsultasi ini ialah para
pensyarah yang mempunyai pelbagai kepakaran. Mereka dipilih dan dilantik untuk
turut serta dalam kumpulan pemberi khidmat konsultasi berdasarkan keperluan
pihak organisasi yang memerlukannya serta atas persetujuan organisasi yang
akan menerima khidmat konsultasi berkenaan.

YBhg. Datuk, tuan-tuan dan puan-puan,

Kerjasama pintar seperti ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua
belah pihak yang terlibat. Bagi pihak yang menerima konsultasi, mereka mendapat
manfaat perkongsian kepakaran para pensyarah IAB yang telah dilatih dalam
pelbagai pengurusan kepimpinan. Manakala untuk pihak IAB pula, ia memberi
peluang kepada pensyarah terlibat melihat kerja buat dan mendapat pendedahan
baharu berkaitan pengurusan organisasi selain organisasi dalam KPM.

Diharap agar matlamat khidmat konsultasi yang dijalankan ini tercapai.
Pencapaian ini akan dapat dilihat melalui peningkatan tahap keberkesanan dalam
pengurusan dan kepimpinan barisan pemimpin pengakap di negeri Sabah.
Seterusnya dapat memantapkan persekutuan pengakap Malaysia di negeri Sabah.

Tahniah dan semoga berjaya diucapkan kepada penggerak utama kepada
program ini iaitu barisan pemberi khidmat konsultasi dan pensyarah-pensyarah
kanan IAB Cawangan Sabah yang terlibat dalam program ini.

35

Terima kasih dan penghargaan juga kepada Pengarah IAB Cawangan
Sabah, Ketua-ketua jabatan, semua pensyarah IAB yang berkorban masa, tenaga,
wang ringgit serta keringat demi menjayakan program ini. Semoga program ini
berjalan dengan lancar dan jayanya.Tidak lupa juga kepada pihak Persekutuan
Pengakap Malaysia Sabah atas kerjasama strategik dalam memastikan program
ini berjalan dengan lancar dan mampu memberi impak kepada persekutuan
pengakap Malaysia khususnya di negeri Sabah. Jutaan terima kasih juga
diucapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Sabah atas sokongan padu dalam
menyokong dan merencanakan program ini.

Akhir kata,
YBhg. Datuk dan hadirin sekalian, saya berharap agar kerjasama ini

berpanjangan dan dikembangkan ke peringkat seterusnya seperti pelaksanaan
kajian bersama-sama, pembentangan dalam kolokium anjuran IAB dan
sebagainya. Semua kerjasama ini dilaksanakan bermatlamatkan kemenjadian
murid.Sekali lagi saya mengucapkan sekalung penghargaan kepada YBhg. Datuk
Dr. Haji Awang Zaini atas kesudian melapangkan masa untuk hadir dalam majlis
ini. Sebelum berundur diri saya tinggalkan dengan serangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Wabillahi-taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi

wabarakaatuh

36

Webinar

37


Click to View FlipBook Version