The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penerbitan E- BOOK KOMPILASI BICARA KEPIMPINAN IABCSBH - 13 Okt

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asnamahmud, 2022-11-14 20:46:48

Kompilasi Bicara Kepimpinan

Penerbitan E- BOOK KOMPILASI BICARA KEPIMPINAN IABCSBH - 13 Okt

11
WEBINAR HUMAN GOVERNANCE DALAM LATIHAN IAB BERSAMA

DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD. YUNUS
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tarikh : 23 Ogos 2022

Bismillahirrahmani Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terima Kasih Moderator, Tuan Haji Aminuddin bin Ismail, Pensyarah Kanan, Institut
Aminuddin Baki Cawangan Sabah.

Yang Berbahagia,
Datuk Dr. Amin bin Senin, Pengasas Connecting-Dots Learning Mantan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia

Yang Berbahagia,
Dato’ Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh Mantan Pengarah
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Berusaha,
Puan Khaziyati binti Osman,
Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah

Yang Dihormati,
Tuan Norman bin Sani
Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah

Ketua-ketua Jabatan, Pensyarah cemerlang, pensyarah- pensyarah Kanan & Staf
Sokongan serta para peserta webinar sekalian.

PENDAHULUAN
1. Terima kasih kepada moderator, Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T,
kerana dengan izin dan limpah kurnia- Nya dapat kita bertemu dan berhimpun
dalam majlis ini.

38

2. Naratif baharu latihan Institut Aminuddin Baki terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
subnaratif 1 dan subnaratif 2. Subnaratif 1, merujuk kepada pensyarah versatile.
Subnaratif 2, merujuk kepada Latihan melalui Modul dan Strategi Pembelajaran
Aktif.

3. Pensyarah Versatile perlu mempunyai personaliti unggul, Trainer sebagai
pengamal reflektif professional, memiliki pengiktirafan professional dan jaringan
pembelajaran professional.

4. Modul latihan berkualiti dihasilkan berasaskan standard reka bentuk latihan yang
relevan dan terkini merangkumi pendigitalan latihan berdasarkan Real Time
Profesional Development dengan Konsep latihan menyeluruh (Total Training
Concept).

5. Strategi pembelajaran aktif menekankan elemen-elemen Modul pembelajaran aktif
secara Pull Mode Training dan E-Modul dalam pembelajaran kendiri di samping
pengurusan ruang digital serta intergenerational.

6. Fokus utama dalam subnaratif 1 adalah memperkasa keupayaan pensyarah untuk
melahirkan Pemimpin Berprestasi Tinggi khususnya penguasaan kemahiran
teknikal dan digital dalam kepimpinan sekolah.

7. Naratif Baharu Latihan juga melahirkan Pensyarah yang memiliki personaliti
unggul, pensyarah yang positif dalam pemikiran agar dapat bertindak dengan
cekap dan berkesan, saling menghormati serta berkomunikasi berkesan.

8. Subnaratif 2 adalah latihan berasaskan modul dan strategi pembelajaran aktif dan
memberi tumpuan kepada penerapan elemen Human Governance dalam
mengurus tadbir organisasi.

9. Modul latihan yang disampaikan menerapkan elemen-elemen Human
Governance agar penyampaian latihan berasaskan Modul Pembelajaran Aktif
(MPA) memberi impak yang tinggi kepada peserta kursus.

10. Terdapat cabaran dalam sistem sokongan professional khususnya sokongan
digital yang boleh dikaitkan dengan elemen kompetensi pensyarah yang merujuk
kepada sikap pensyarah dalam penyampaian latihan.

11. Human Governance diberi perhatian untuk pemimpin pendidikan dalam
mengurus organisasi yang akan memberi impak berkesan melalui 2 aspek penting

39

iaitu kebertanggungjawaban dan integriti.
12. Tanggungjawab dan integriti secara tidak langsung memainkan peranan penting

untuk memantapkan aspek prestasi, paradigma, kebijaksanaan dan ketekalan
dalam tadbir urus insan oleh pemimpin pendidikan.

13. Penyediaan KOMPAS 2.0 (Standard Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia)
memberi ruang kepada pemimpin Pendidikan meningkatkan kualiti kepimpinan
dan pengurusan sekolah dengan lebih berfokus.

14. Kualiti peribadi kepimpinan merujuk kepada integriti, orientasi kecemerlangan,
orientasi keusahawanan dan kemahiran mengurus kendiri dan sosial. Peranan
KOMPAS 2.0 dalam domain 4:

a. Integriti: Keupayaan menghayati, menerap dan membudayakan nilai integriti
dalam melaksanakan amanah dN kuasa berpandukan peraturan dan undang-
undang.

b. Orientasi Kecemerlangan: Keupayaan memimpin pelbagai pihak untuk
merealisasikan matlamat ke arah kecemerlangan organisasi.

c. Orientasi Keusahawanan: Keupayaan menghayati, mencerap dan
membudayakan ciri-ciri keusahawanan melalui inovasi dan kreatif.

d. Kemahiran Mengurus Kendiri & Sosial: Keupayaan mengurus emosi yang stabil
& memahami individu lain serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk
melaksanakan tugas dengan berkesan.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

40

12
WEBINAR HUMAN GOVERNANCE 2022 BERSAMA

YBRS. PUAN KHAZIYATI BINTI OSMAN
PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tarikh : 23 Ogos 2022

TEMA: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM DUNIA VUCA MELALUI PENDEKATAN
HUMAN GOVERNANCE

PENGENALAN

Sistem pendidikan hari ini berpeluang untuk mengadaptasikan konsep tadbir urus insan
atau Human Governance dalam menghadapi cabaran dan mengambil pelajaran daripada
persekitaran yang tidak konsisten, tidak pasti, rumit dan kabur (VUCA) masa kini.
Pemikiran pendidikan perlu menerima perubahan yang perlu diberi nafas baharu yang
lebih konsisten dengan misi dan visi yang jelas, pemastian dan faham kepada
persekitaran, mempermudah kerumitan dan tangkas dalam mengendalikan situasi, agar
dapat menghasilkan kemenjadian murid yang berketerampilan dan memenuhi keperluan
modal insan masa hadapan. Persiapan seawalnya adalah perlu dalam memastikan
sistem pendidikan kita versatiles dan up-to-date kepada murid-murid di Malaysia.

Justeru itu, para pemimpin di sekolah khasnya perlu cepat bertindak pantas untuk
memahami perubahan dan komited meningkatkan kapasiti keilmuan minda dan berfikir
di luar jangka demi kemenjadian murid, dan meningkatkan kualiti sekolah adalah antara
resepi immersion dalam dunia VUCA.

MENERAJUI PERUBAHAN

Pemimpin pendidikan perlu menerajui perubahan sekolah-sekolah mengunakan rujukan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2), Standard 1:
Kepemimpinan, aspek 1.1 menekankan Pengetua dan Guru Besar (PGB) sebagai
peneraju iaitu bertindak sebagai peneraju perubahan dalam semua aspek pengurusan
dan pendidikan di sekolah bagi memastikan matlamat dan objektif dapat dicapai (KPM,
2017).

Menurut Boos, Allen dan Hamilton dalam buku Do your know company S.L.Q
(1998). Apa yang perlu dilaksanakan oleh seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi
berprestasi tinggi dalam menerajui perubahan beberapa perlu dilaksanakan. Pemimpin
perlulah mencipta situasi yang kondusif untuk perubahan iaitu dengan menggunakan visi
dan misi. Diantaranya memberi penghargaan bagi tingkah laku yang sesuai dengan visi
dan misi. Seorang pemimpin perlu membangunkan pemimpin pelapis dengan

41

membangunkan pelapis serta membina keupayaan, menggalakkan orang lain
memimpin perubahan. Mereka juga digalakkan mencapai pembaharuan yang
berterusan dan menterjemahkan visi dan misi kepada tingkah laku yang dipamerkan
Rajah 1:
Menerajui Perubahan Boos, Allen dan Hamilton

Seterusnya, VUCA adalah akronim daripada volatility, uncertainty, complexity dan
ambiguity. VUCA digambarkan dalam bentuk grafik seperti rajah di bawah.
Rajah 2 :
Definisi VUCA oleh Anggita Dwina 2021

42

Apa itu VUCA? Bagaimana VUCA memberi impak kepada organisasi pendidikan?

Menurut Anggita Dwina, 2021 menyatakan :

Volatility. Dunia berubah dengan pantas, bergolak, tidak stabil dan tidak dapat
diramalkan. Tahun 2020 telah menjadi tahun yang paling teruk bagi semua bidang di
dunia (Pandemik COVID-19).

Uncertainty. Masa depan penuh dengan ketidakpastian. Sejarah dan pengalaman masa
lalu tidak lagi relevan.

Complexity. Dunia moden lebih kompleks berbanding sebelum ini. Masalah dan akibat
lebih bertindan, berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain. Keadaan luaran yang
dihadapi oleh pemimpin pendidikan semakin rumit.

Ambiguity. Persekitaran semakin membingungkan, tidak jelas, dan sukar difahami.
Setiap situasi dapat menimbulkan banyak tafsiran dan persepsi.

HUMAN GOVERNANCE

1. Human Governance atau Tadbir Urus Insan atau Tata Kelola Insan, didefinisikan
sebagai tadbir urus yang lebih dari apa yang mampu dicapai atau dirasakan oleh
pancaindera, pengalaman, akal fikiran dan perasaan. Human Governance berbalik
kepada teras keinsanan dalam diri seseorang melalui penggantungan kepada tuhan
(Siti Fatimah & Nasri, 2020).

2. Arfah (2015) menyatakan tadbir urus insan bukan satu peraturan (rules). Seharusnya
disemat dalam diri dan sentiasa tahu bahawa Allah SWT sentiasa melihat apa sahaja
yang dilakukan. Walaupun ada ketikanya tiada orang yang melihat apa yang dilakukan,
sesungguhnya Allah Yang Maha Esa sentiasa mengawasi tindak tanduk hamba-
hambaNYA.

3. Human Governance dan peranan PGB berdasarkan panduan SKKSM dan SKPMg2
yang telah ditetapkan sebagai salah satu alat yang dominan dalam mengesan tahap
kompetensi bakal pemimpin pelapis.Pemimpin perlu mempunyai pendekatan Human
Governance sebagai pendorong, peneraju dan pembimbing kepada warga sekolah untuk
menempuh cabaran baharu menggunakan pelbagai media pendidikan demi mencapai
matlamat kemenjadian murid.

Kepemimpinan di era VUCA menurut Bob Johansen pada tahun 2009

Volatility boleh dihadapi dengan Vision iaitu :
43

• Terima dan hadapi perubahan sebagai persekitaran kerja yang konsisten.
• Menyediakan hala tuju dan nilai pasukan melalui visi yang jelas.
• Menetapkan matlamat yang fleksibel bagi menangani situasi yang tidak menentu.
Atasi Uncertainty boleh diatasi dengan Understanding
• Mengetahui dan memahami serta mengembangkan cara berfikir dan bertindak
sebagai respons terhadap ancaman ketidakpastian.
• Keutamaan untuk menyediakan intervensi, analisis dan interpretasi dan competitive
intelligence (CI). Sentiasa kemaskini ilmu pengetahuan dan terima maklum balas
daripada pelanggan.
• Tinjauan dan penilaian perlu untuk penambahbaikan.
• Kajian dan simulasi perlu dilaksanakan mengikut situasi.
Complexity boleh dipecahkan dengan Clarity

44

13
WEBINAR HUMAN GOVERNANCE BERSAMA
YBHG. DATUK DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM
MANTAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tarikh : 23 Ogos 2022

TEMA: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM DUNIA VOLATILE, UNCERTAINTY,
COMPLEXITY, AMBIGUITY (VUCA) MELALUI PENDEKATAN HUMAN
GOVERNANCE

OBJEKTIF :

MEMANTAPKAN PENGURUSAN PERUBAHAN HUMAN GOVERNANCE DALAM
KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN

1. APAKAH MAKSUD HUMAN GOVERNANCE?

Menurut Arfah (2009) Human Governance atau tadbir urus insan merupakan penggerak
dan penghubung kepada kebahagiaan, ketenteraman dan ketenangan dalam jiwa
seseorang yang bernama insan. Ini kerana tadbir urus insan adalah suatu tindakan yang
menyepadukan tindakan, proses, makna dan hasil yang terbaik dalam keputusan yang
dilakukan.

Tadbir urus insan mengandungi unsur “Bijak mentadbir hati” menurut Al-Ghazali hati
atau al-Qalb merupakan pati kemanusiaan itu sendiri yang terdiri daripada daya nafsu,
daya amarah, daya Intelek yang mana daya intelek perlu menguasai kedua-dua daya lain
iaitu nafsu dan amarah agar hasil pelakuan menjadi positif, dan sekiranya berlaku
sebaliknya sesuatu yang negatif akan berlaku.

Dunia VUCA tanpa batasan menjadi cabaran kepada pemimpin untuk mengekalkan
integriti dan positivisme dalam kalangan warga organisasinya. Sebagaimana yang
dinyatakan sebelum ini bahawa kawalan terhadap sikap, pemikiran dan tindakan bukan
lagi satu perkara mudah dalam era digital. Perkara ini dapat diatasi sekiranya konsep tadbir
urus insan diterapkan dalam kepimpinan. Amalan baik dan pematuhan peraturan bukan
kerana kod etika yang telah digariskan dan dipantau tetapi pematuhan itu datang dari
kesedaran kendiri dan hati nurani.

Pemimpin perlulah berpegang dengan prinsip-prinsip umum yang ada pada setiap
manusia. Apatah lagi dalam era digital masa kini, prinsip tersebut perlu lebih jelas dan
teguh dalam diri setiap individu agar dapat memastikan semua perubahan atau
perkembangan dapat dilaksanakan tanpa mengira bangsa atau kepercayaan.

Pemimpin perlu lebih berani dan bersedia untuk mendepani situasi era VUCA masa
kini terutamanya dalam situasi yang berisiko dan serba mencabar. Ini pasti menuntut
keputusan dengan kadar yang segera terutamanya dalam menghadapi waktu-waktu sukar
agar kejayaan itu dapat dikecapi dan kegagalan itu dihindari. Pemimpin perlu memiliki hati

45

nurani dan minda sentiasa terbuka bagi setiap perubahan terutamanya agar lebih optimis
dan berfikir secara rasional.

2. BAGAIMANA MEMANTAPKAN PENGURUSAN PERUBAHAN HUMAN
GOVERNANCE DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN

1. TRANSFORMASI MINDA (ANJAKAN PARADIGMA) PEMIMPIN DUNIA VUCA

Dunia VUCA menuntut agar pemimpin pendidikan perlu menyesuaikan diri dengan
pelbagai strategi dan rancangan yang dapat dipraktikkan bersesuaian dengan keperluan
situasi dan lokasi. Penggunaan aplikasi teknologi moden, digital, penyebaran maklumat,
serta pengenalan kepada teknologi komunikasi moden berkaitan serta penemuan pelbagai
teknologi baharu.

Masa kini segala maklumat adalah di hujung jari. Adab, pertimbangan sihat minda
manusia dalam menggunakan teknologi dan amanah menuntut kepada kepimpinan yang
dapat menerapkan unsur tadbir urus insan dalam organisasi semakin mencabar.
Pendidikan masa kini yang berkait rapat dengan pengurusan dunia VUCA.

Sebaiknya dalam situasi mencabar ini, pemimpin tidak fokus kepada cabaran tetapi
fokus kepada adab dengan mengukuhkan pegangan asas sebagai manusia yang sihat
akal, emosi dan minda. Konsep “Governing the heart and soul”, manusia mampu
menguatkan dalaman diri dalam mendepani apa sahaja yang mendatang. Oleh itu seorang
pemimpin perlu sentiasa mempunyai hati nurani yang terjaga dengan satu kepercayaan
yang kukuh. Impaknya membawa kepada pemikiran yang tulus lalu dizahirkan dengan
perbuatan dan tindakan yang baik serta terpuji.

Justeru, membina jati diri pemimpin pendidikan akan menjadi asas dalam
pembangunan profesionalisme setiap individu. Pembangunan diri ini pasti akan dapat
membantu pemimpin pendidikan untuk lebih berani mendepani cabaran era VUCA pada
masa kini.

2) BERUBAH DARIPADA CORPORATE GOVERNANCE KEPADA HUMAN
GOVERNANCE

Dunia VUCA masa kini menuntut Pemimpin untuk menukar konsep Corporate
Governance kepada Human Governance. Corporate Governance menekankan aspek
proses dan struktur yang digunakan untuk mengarah dan mengurus hal ehwal organisasi
semata-mata ke arah meningkatkan prestasi organisasi dan akauntabiliti korporat.
Manakala, Human Governance mengambilkira aspek tadbir urus insan yang
menyepadukan tindakan, proses, makna dan hasil yang terbaik dalam keputusan yang
dilakukan.

Pemimpin pendidikan perlulah berpegang dengan prinsip-prinsip umum yang ada
pada setiap manusia. Bertanggungjawab, kejujuran, integriti, rasa hormat dan nilai
kepercayaan yang tinggi. Kecemerlangan pemimpin dengan mengamalkan nilai-nilai murni
mampu untuk memandu perkembangan dan kelangsungan hidup.

Apatah lagi dalam era digital masa kini, prinsip tersebut perlu lebih jelas dan teguh
dalam diri setiap individu agar dapat memastikan semua perubahan atau perkembangan
dapat dilaksanakan tanpa mengira bangsa atau kepercayaan. Kejayaan dalam era digital
ini mampu menyumbang nilai tambah kepada perkembangan tamadun manusia yang
sedia ada dan sebaliknya jika diabaikan.

46

3) UNSUR KETUHANAN (SISTEM KEPERCAYAAN- BELIEF SYSTEM)
Dunia VUCA adalah era tanpa batasan tetapi dengan konsep tadbir urus insan, manusia
masih akan ingat bahawa setiap perkara dibatasi undang-undang oleh Pencipta.
Kepercayaan ini merujuk kepada setiap manusia melalui akal yang sihat.

Pemimpin yang memiliki hati nurani pasti berbeza dengan individu lain serta mampu
menjadi makhluk yang lebih tinggi martabatnya. Amanah untuk mentadbir bagi seorang
pemimpin adalah bermula dari dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat dan alam
sekeliling. Pemimpin perlu memastikan subordinatnya sentiasa memantapkan diri sendiri
dalam dunia Vuca. Ini bermakna asas kemanusiaan yang tinggi dalam diri seseorang
pemimpin perlu untuk kebaikan bersama.

Pemimpin Pendidikan perlu mempunyai keteguhan diri dengan kepercayaan masing-
masing sebagai landasan dalam mengharungi setiap cabaran dan ujian. Bersabar dengan
setiap dugaan dan cabaran yang mendatang. Minda perlu sentiasa terbuka bagi setiap
perubahan terutamanya dalam dunia VUCA agar lebih optimis dan berfikir secara rasional.
Muhasabah diri sendiri dengan menyedari pelbagai kelemahan sebagai manusia dan
ketergantungan kepada tuhan perlulah seiring dengan usaha, doa serta bertawakal atau
berserah kepada ketentuan Tuhan.

47

14
WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN HUMAN GOVERNANCE SIRI 2/2022

YBHG. DATUK DR. AMIN BIN SENIN
MANTAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tarikh : 23 Ogos 2022

TEMA: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM DUNIA VIOLATILE, UNCERTAINTY,
COMPLEXITY, AMBIGUITY (VUCA) MELALUI PENDEKATAN HUMAN
GOVERNANCE

OBJEKTIF: MEMANTAPKAN PENGURUSAN PERUBAHAN HUMAN GOVERNANCE
DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.

Terima kasih soalan yang menarik daripada moderator. Yang Berbahagia Dr Habibah
telah berbincang dan memberi gambaran menyeluruh bagaimana VUCA mempengaruhi
cara pengurusan di semua peringkat dan semua sektor, dengan keadaan yang tidak
menentu, yang kompleks dan sebagainya. Kalau kita perhatikan sebenarnya, satu-satunya
sektor yang paling lambat untuk respon kepada perubahan ini adalah sektor pendidikan.
Itu yg kita akui. Perubahan itu dinamik dan begitu pantas, tetapi sektor pendidikan adalah
satu-satunya sektor yang paling lambat, bukan perubahan itu perlu tetapi lambat untuk
keseluruhan sistem itu untuk berubah mengikut keperluan.

Sebab sektor pendidikan berbeza dengan sektor-sektor yang lain, sebab sektor
pendidikan itu dia punya outcome prosesnya itu untuk melahirkan manusia. Melahirkan
manusia ini tak sama dengan sektor-sektor lain yang bottom linenya menghasilkan
keuntungan ataupun pengaruh ataupun sebagainya. Tetapi sektor pendidikan ini diakui
memang mengurus manusia, mengurus aset bukan manusia untuk menghasilkan
manusia. Itu outcome, tetapi proses itu begitu lambat. Walau bagaimana pun, kita terpaksa
untuk berubah, InshaAllah nanti jika ada masa saya akan berikan gambaran terkini untuk
berubah respon kepada perubahan itu, walaupun semua pihak tahu, tetapi kita terpaksa
berubah. Sebab itu, berbalik kepada perbincangan Dr Habibah tadi, berikan pandangan
bagaimana kita boleh menghadapi cabaran dunia VUCA yang begitu cepat.

Kita telah memerhatikan pengalaman-pengalaman pengurusan perubahan ini,
selalunya pendekatan yang biasa digunakan ialah dipanggil Planned Changes. Ini adalah
perubahan yang dirancang tetapi dalam dunia VUCA, Planned Changes ini benda yang
hampir tidak mungkin. Sebab walau bagaimana pun, walau kita rancang pun, akhirnya
tuntutan untuk dinamik change itu berlaku, di situ kita memerlukan kebijaksanaan
pemimpin di semua peringkat untuk menangani perubahan yang dinamik ini. Berdasarkan
kepada perubahan yang dirancang. Itu penting, sebab itu kita terpaksa fokus kepada

48

perubahan perancangan ini, dia bermula dengan the problem of management thinking. Dia
berpunca daripada masalah pemikiran pengurusan kita. Dia bukan bermula dari luar
organisasi tetapi dalam organisasi, cabaran yang paling besar untuk mengurus perubahan
dalam organisasi, kalau dinamik VUCA ini, bermula daripada pemikiran kita sebagai
pemimpin yang tidak berubah. Jadi pemikiran sebagai pemimpin tidak berubah ini memang
dia sukar, Jadi apakah problem in management thinking, cara kita melihat manusia.
Sepertimana Dr. Habibah sebut tadi, saya setuju dengan dia sebab dalam human
governing ini, akhirnya dalam central part of management itu adalah manusia itu. Oleh itu
kita terpaksa, manusia perlu berubah juga. Kalau dalam traditional management ini, zaman
daripada awal, taylorism punya kaedah pendekatan itu dan sebagainya, itu sampai masa
sekarang. Kita sebenarnya cara pemikiran kita, pengurusan pemikiran kita banyak
dipengaruhi melihat manusia itu dilihat sebagai mesin, bukan manusia. Ini zaman industri
teknologi dahulu, industri pertama, kedua itu banyak aspeknya melihat manusia sebagai
mesin. Bukan sebab manusia, bukan seorang yang konses yang sedar yang ada ciri-ciri
kemanusiaannya tetapi dilihat sebagai mesin. Jadi dahulu cara kita mengurus manusia
yang tidak mempunyai emosi. Ini merupakan perspektif yang lapuk dan tidak digunakan
lagi. In the old thinking, manusia ini mempunyai tingkah laku yang tidak boleh diramal
dalam organisasi. Kita rancang begini, mereka bertindak lain. Kita buat begini mereka ubah
lagi, So jadi manusia ini unpredictable. Sebab dalam perspektif traditional, jika kita anggap
sebagai mesin, dia kita boleh anggap predictable. Tetapi sebenarnya, manusia ini memang
unpredictable, menyebabkan kesukaran untuk kita sebagai ketua di peringkat sekolah dan
sebagainya. Yang ketiga ialah kita harus ingat dalam pengurusan manusia, kita sukar
mendapatkan keputusan terbaik sebab manusia itu bukan mesin, bukan value free. Dia
ada pendirian dia sendiri, ada sikap dia sendiri, ada pendapat sendiri, ada nilai sendiri, so
dalam keadaan ini, dia akan menambah kompleks VUCA itu. Sebab pemikiran, nilai,
pendapat sukar diharmonikan dengan keseluruhan itu. Jadi cabaran besar itu adalah
mengurus manusia.

Jika kita masih berpegang kepada manusia itu sebagai mesin dan tidak mempunyai
nilai sebagai manusia, susah sebab itu kita tidak boleh mengurus manusia itu sebagai aset
biasa. Human resource itu berbeza. Perkataan human resource dalam pengurusan
traditional itu dianggap sama dengan kelengkapan industri seperti komputer, bangunan
tidak boleh macam tu. Human resources dalam new perspective ini, you must address
them as a human, not machine. Itu yang berbeza dari yang lain. So kita punya decision
making pula, banyak dipengaruhi oleh perceptions dan juga cara kita buat pilihan dan juga
perlu banyak consultation sebab itu kita tidak boleh menggunakan pendekatan yang lurus
dan bolos sahaja. Sebab pengurusan zaman sekarang ini, dia kita lihat manusia sekarang
ini mempunyai pelbagai jenis kepakaran. That is why consultation is very important in new
thinking. Dan kita berasakan dengan kaedah traditional, pengaturan itu mesti confirmed
kepada struktur dan peraturan yang ada. Tetapi, manusia ini sangat sukar untuk
diconfirmkan. Sebab itu dia perlu atasi dengan the freedom of information. Perbincangan
kena banyak. Dengan keadaan sekarang ini, kita tidak boleh ada hidden agenda, is a plot
untuk susah mengurus. Jadi ini menyebabkan kesukaran untuk perubahan. Sebab
sekarang dengan freedom of information ini, kita mesti jujur dan menonjolkan diri dengan
niat yang betul, barulah kita mampu mengurus dengan baik. Jika pemimpin ada hidden
agenda, jadi sukarlah untuk membuat perubahan untuk organisasi. Jadi maknanya the
freedom of information , dia beyond daripada compartment kepada peraturan itu tetapi
bagaimana cara kita menarik dia punya komitmen itu. Komitmen tidak boleh berdasarkan
conformation dengan peraturan, komitmen itu berdasarkan kepada bagaimana dia

49

merasakan sebagai manusia itu terurus dengan baik, diberikan terapan dan sebagainya.
So that is two different things, sebab itu saya dalam tumpukan benda ini, dalam dunia
VUCA ni, tidak boleh lagi menggunakan kaedah traditional perspective of management,
kita harus mengaplikasikan kepada new thinking. Kita ada contoh, balik kepada Dr
Habibah dah sebut tadi dalam perbincangan bagaimana kita salah satu ciri dalam
perubahan ini ialah bagaimana kita mengintegrasikan teknologi yang ada pada sekarang
ini merupakan ciri penting dalam abad-21 ni dalam keadaan VUCA ni, sebab VUCA ini
berlaku kerana the flow of information is quick. Itu kerana VUCA telah berlaku. Explosion
of knowledge and data itu tidak terkira sebab itu berlakunya voka. Jadi bagaimana kita
manage perkara ni, seperti yang kita sebutkan tadi, saya bagi contoh yang praktikal bagi
mengurus dunia pendidikan ini ya.

Seperti yang saya sebut tadi, pendidikan ini very slow berubah. Bukan kita tidak
tahu tetapi kita nak mengurus manusia itu memang sangat perlahan. Sebab itu bukan
mudah kita untuk integrate teknologi untuk dunia pendidikan ini. Sebab penerimaan
teknologi orang berbeza-beza. Saya bagi contoh paling mudah ya. Bagaimana perubahan
dalam pendidikan very slow, kita dulu sudah melaksanakan pentaksiran sekolah itu
wayback to 2010-2011, pentaksiran berasaskan sekolah itu atau lebih spesifik, pentaksiran
bilik darjah telah kita pernah operasi 2010-2011. Sampai sekarang PPD itu, tak berjaya
sedangkan baik. Nothing to do with technology, PPD tidak ada kaitan dengan teknologi
tetapi oleh kerana perubahan pemikiran manusia itu, guru guru kita, pentadbir kita dan
semua, mengambil sepuluh tahun sampai sekarang PPD tidak berjalan dengan baik. So
apa lagi dengan teknologi. Its not easy, itu sebab saya katakan, this is berdasarkan
kebijaksanaan kita, cara kita melihat sebagai manusia. Sebagai contoh, kalau kita baca
buku Justin Thycap, saya baca buku tu amat menarik kerana ia berkata, teknologi dalam
pendidikan itu bukanlah sesuatu yang baru, tapi oleh kerana kita menganggap kesemua
persiapan teknologi ini, we would assume that, semua infrastructure ni, daripada aspect of
the teacher, dia akan berubah immediately. Dia kata there is not something wrong. Thomas
Alva Edison ni kita tahu ye, 1913 dia kata, telah membuat satu prediction. Sebab Thomas
Alva Edison ni telah menemui motion picture. Wayang la, wayang gambar dia panggil
motion picture. Maksudnya gambar bergerak. Dia kata motion picture akan mengubah cara
kita didik pendidikan. Sebab dia ramal, buku akan digantikan dengan motion picture. Buku
sudah tidak ada. Itu prediction dia. 80 tahun kemudian, buku masih ada lagi. Mereka ramal
they abolish the use of books and papers. So this is how the people think ya. Yang berubah
itu komputer tetapi manusia berfikir lama dan memakan masa walaupun zaman kita moden
menggunakan e book dan sebagainya. Orang masih lagi pakai buku. So this is how people
are very slow to change. Manusia adapt digital books ni pun masih slow. Tidak semudah
itu, so kita tidak boleh expect dalam pendidikan, walaupun dalam VUCA kita akui tetapi
mesti back to the basic, maknanya, teknologi itu kata Justin Wright, bila di adopt, sebab
kita nak tengok dia punya perubahannya dia kata dalam pendidikan itu kita back to basic.
Dia kata dalam pendidikan itu kita lurus.Oleh sebab itu, kita mesti kenali apa tujuan
pendidikan itu sebenarnya. Kita nak mengurus pembelajaran. Apabila kita integrate
technology, technology dia masuk istilah domestication. Maknanya, komputer yang kita
pakai, dan semua teknologi yang kita pakai sama waktu dengannya bermakna
mengukuhkan the methods of teaching. Dr Habibah cakap tadi technology berubah as
student centred. It doesn't happen. Masih lagi teacher centred. Technology itu
mengukuhkan teacher centred. Semua technology, tv projector radio semua mengukuhkan
teacher centred. This is the domestication of technology dia kata.

50

Sepatutnya technologi itu asalnya ialah untuk kita mengubah teaching connection
kita dengan student. Still human being situ dia kata. Sebab itu cara kita adopt technology
dia kata terlalu technology centred. Saya ambil contoh ketika saya ambil seminar national
kebangsaan , Malaysia apabila istilah digitalization itu sebenarnya tidak bermula apabila
pandemik berlaku. Digitalization sudah berlaku pada 1979. Tetapi kita tidak pakai istilah
digitalization, sebab masa itu kita pakai istilah computerization, samalah tu. Sebab itu
peringkat awal, perspective yang kita gunakan ialah perspective technology, iaitu integrate
technology pada tahun 80an itu. Saya ingat lagi kita terlibat banyak , kita mulakan dengan
makmal komputer pada masa itu merupakan aktiviti paling popular hanya kelab komputer
dan yang terlibat sahaja. Pendekatan kita pun perspective technology sebab itu istilah
yang popular zaman itu adalah ICT, Information Communication Technology. Sebab itu
kita tekankan ialah mouse , keyboard, monitor, cpu dan software. Jadi bila masuk smart
school kita tingkatkan kita punya computerization dengan menjadikan 10000 sekolah itu
menjadi smart school. Kita bagi komputer kita bagi software. Still pendekatan kita adalah
technology based. Jadi dengan ni harapan kami harap bila kami sediakan semua ini, cikgu
akan perform lagi baik but it doesn't happen. Ada komputer tidak dipakai dan sebagainya.
Makmal komputer tidak digunakan sepenuhnya. Itu zaman smart school. Apabila kita pakai
istilah digitalization, one bestarinet ini start dengan communication internet. Still bagi kita
technology perspective. Jadi istilah yang kita pakai semasa one bestarinet adalah Virtual
Learning. Still pendekatan kita adalah technology based sebab itu quite difficult for
teachers to change. That's why i said, benda yang tidak berkaitan dengan teknologi
mengambil masa sampai sekarang, PPD tidak berkaitan dengan teknologi sampai
sekarang tidak berlaku dengan baik. So what do you think about kaedah-kaedah
pengajaran dengan student centred and digital. Cikgu mengajar sekarang masih
menggunakan pengajaran dalam bilik darjah, tak berubah cara berfikir. Quality thinking
tidak berubah. So jadi saya melihat dalam dunia VUCA ini. Cara kita adopt technology
sekarang kena berubah.

We must return to basic as pendidikan. Asas pendidikan itu as enabler sahaja.
Tapi VUCA baru ini apa, sebab itu istilah baru ini saya suka, Digital Learning. You must
start with learning baru teknologi. Sebab yang kita nak ubah itu adalah learning methods,
experience of learning towards the students must change. Kita mesti ubah student centred
dia kata. Responsibilities to students.

Kesimpulan dalam perbincangan pertama ini, human governing dalam VUCA ini
adalah levels of cabaran kena identify. Satu lagi perubahan environment yang pantas
berubah, yang unpredictable. Itu juga challenge yang kita kena kuasai juga. Cabaran
peringkat kedua ialah human itu sendiri manusia yang kita urus itu. Juga unpredictable.
Humans are very dynamic. Environment dan manusia adalah dynamic yang perlu kita
atasi. Sebab itu masalah besar kita sebagai pemimpin ialah perspective thinking dalam
pengurusan itu. Thinking problem itu kita kena settle. Sebab itu kita kena sedar bahawa
traditional management thinking kena ubah. Bukan melihat manusia sebagai kaku dan
mesin. Kita tidak boleh berfikir begitu. Manusia mempunyai dinamik yang berlainan,
potensi yang berbagai. Yang kita perlu kekuatan kepada setiap orang itu merupakan new
thinking. Sebagai kita melakukan mengambil kira consultation, mengambil kira
collaboration sebagainya itu perlu berubah, Selagi cara pemikiran tidak berubah. Segala
teknologi dan environment di luar sana tidak dapat mengubah kita. Padahal kita tahu
perubahan dalam pendidikan itu mengambil masa yang lama. Kita kena akui supaya

51

dalam masa yang sama kita perlu mengubah cara berfikir untuk mengurus. Inilah
kesimpulan dalam perbincangan pertama ini. Terima kasih.

52

15
WEBINAR KEPIMPINAN: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM DUNIA VUCA

MELALUI PENDEKATAN HUMAN GOVERNANCE SIRI 2
BERSAMA

DATO’ DR. MEHANDER SINGH A/L NAHAR SINGH

Tarikh : 14 September 2022

Soalan:

Kenapa perlu diberikan perhatian khusus spektrum empati dalam melaksanakan
human governance di sesebuah organisasi pendidikan?

Terima kasih dan tahniah kepada IAB Cawangan Sabah kerana mengadakan webinar
kepimpinan menerajui Perubahan Dalam Dunia VUCA melalui pendekatan Human
Governance siri 2. Syabas kepada semua pasukan yang merancang webinar ini.

Sememangnya dalam dua setengah tahun yang lepas, bukan saja negara,
tetapi dunia keseluruhannya telah melalui satu fenomena yang tidak pernah dilalui
sebelum ini. Fenomena ini berbeza daripada perang dunia sebelum sebelumnya, kerana
di dalam peperangan kita mengetahui siapa pihak lawan. Di dunia VUCA semasa berlaku
pandemik, kita tidak tahu siapa pihak lawan kita. Tahun pertama semasa berlakunya
pandemik, setiap negara menghadapi pelbagai cabaran, termasuk negara kita malaysia.
Kini melalui restu Yang Maha Esa, kita mungkin sudah di penghujung dan masuk ke fasa
endemic. Sistem pendidikan juga biasa menempuh dengan rutin krisis. Krisis yang biasa
tapi kita tidak pernah menghadapi emergence crisis. Contohnya, setiap tahun negara kita
pasti berlakunya banjir. Setiap prosedur sudah termaktub bagaimana kita akan
menghadapinya. Ini menyebabkan perubahan akan dilaksanakan dalam sistem
Pendidikan. Kita akan mengubah pusat peperiksaan dan sebagainya. Ini adalah krisis
yang rutin. Krisis yang berbeza kita tempoh semasa berlakunya pandemic. Ia dikenali
dengan emergence crisis. Krisis yang muncul ini tidak pernah kita alami sebelum ini.
Maka ia mewujudkan satu fenomena VUCA (volatile, uncertain, complex, ambiguous)
kerana terdapat banyak cabaran yang tidak dapat dijawab oleh sesiapa dengan jawapan
yang begitu jelas.

Bagaimana kita menghadapi perkara ini? Mengapakah dalam human
governance,spektrum empati ini penting? Berbalik semula kepada yang disebut tadi,
dalam VUCA tu kita dalam krisis yang emergence kerana banyak perkara yang kita
terpaksa belajar semasa krisis itu berlaku. Kita juga banyak menggunakan kaedah trial
and error untuk cuba berjaya. Dunia ini pernah melalui revolusi industri. Kita pernah
melalui revolusi maklumat tapi kini dalam revolusi emosi. Apabila kita melalui revolusi
emosi maka kita perlulah melihat dan merujuk kepada spektrum empathi. Ia meletak
bentuk cara pemikiran dan cara kita melaksanakna human governance dalam organisasi.
Ia berlangsung kepada semua organisasi. Tidak kira dari organisasi kecil, besar hingga
ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kita pernah mendengar tentang
pertolongan cemas dalam revolusi emosi ini, Kini kita juga perlukan first emotional first
aid. Emotional first aid diperlukan supaya kita boleh menyokong emosi dan memberi

53

bantuan kepada diri dan staff kita dan staf yang lain. Spektrum empathi, bermula
daripada 4 peringkat dan melibatkan 4 peringkat dalam keadaan VUCA dan apa yang
dihadapi dalam sesebuah organisasi daripada peringkat mikro ke makro.

Bermula daripada peringkat yang paling asas, iaitu mengasihani seseorang
dapat dilihat semasa pandemik. Senario murid yang tidak mempunyai gajet menjadikan
guru berempati dan memahami masalah yang dihadapi oleh muridnya. Guru
memberikan sokongan yang sewajarnya. Pada masa yang sama, pemimpin sekolah
terpaksa memahami bahwa ada di antara guru yang tidak mahir dengan pdp secara
maya. Pemimpin perlu dalam erti kata yang lain, berempati memberikan sokongan
kepada guru. Ini bukanlah masa kita menuding jari tetapi masa kita memberi sokongan
dengan segala sokongan yang ada. Kebanyakan sekolah telah berjaya melaluinya dan
ramai guru yang telah belajar tentang pengendalian pdp secara remote. Di sebalik
kepayahan yang dilalui di era pandemic mempunyai kebaikannya. Faedah yang
diperoleh adalah ramai guru telah menyahut cabaran-cabaran baru ini. Daripada
peringkat mengasihani, peringkat seterusnya ialah simpati. Kalau yang kasihani, pity “im
sorry for you” . Di peringkat simpati “i feel for you”. Seterusnya di peringkat empati, “i feel
with you” . Peringkat yang paling atas ialah compassion “i am moved by you” . Ia berlaku
apabila guru mengeluarkan duit sendiri dan melaksanakan segala usaha untuk
melanjutkan pdp. Cikgu telah mencetak nota dan menghantar kepada murid, dan
sebagainya.

Kutipan cerita dari bawah tentang apa yang dilakukan oleh cikgu, para
pegawai dalam sistem pendidikan, PPD, JPN dan dalam Kementerian membuktikan nilai
empati telah berlangsung. Jasa mereka amat disanjung tinggi . Spektrum empati adalah
asas kepada pemikiran dan pemikiran itu pula diolah kepada Tindakan iaitu activity from
talks to action. Bermula dari sini pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk membantu
murid dan sistem pendidikan. Sememangnya kita tidak boleh mengatakan that was the
past. Ini adalah satu krisis yang emergence yang wujud sebegitu dan bukan merupakan
satu perkara yang sentiasa berlaku seperti rutin crisis. Saya jangka psychological safety
yang perlu ada telah banyak digunakan. Ramai dalam kalangan kita tidak begitu peka
terhadap cikgu yang masuk ke depression dan murid depresi dan sebagainya. Kini murid
dan guru telah mula masuk ke sekolah dalam beberapa bulan yang terakhir ini . Kelihatan
mereka telah dapat menyambung course learning loss and learning gap, kerana kita telah
merapatkan the learning deficit dan itu sedang berlaku. Oleh itu, saya telah kaitkan the
spectrum of empathy dalam dunia VUCA dan bagaimana kita sebagai sistem pendidikan
telah menhadapi perkara ini . Saya akan kongsikan tentang the way forward pada
penghujung webinar kita ini.

Soalan:

Bagaimana spektrum empati mampu mendorong pemegang taruh / stake holders
kita memberi sokongan kepada pemimpin organisasi pendidikan dalam menerajui
perubahana era VUCA sebagaimana Dato’ jelaskan sebelum ini?

54

Jawapan

Saya memberi kesinambungan sedikit kepada yang di sebut Dr Amin Senin. Sebentar
tadi Datuk telah menyebut tentang makro. Saya pula bermula dengan mikro. Ia berkaitan
dengan sistemik approach dan gunakan metafora. The factory metaphore. Dalam factory
metaphore, kita melihat, seorang melalui tugasnya contohnya seperti melabel botol. Di
peringkat pendidikan, kita tidak boleh melihat hanya satu satu pihak samada di peringkat
kementerian, peringkat JPN, peringkat PPD ataupun sekolah. Setiap satu agensi itu
mempunyai pecahan tersendiri. Semua pecahan dalam pendidikan, tidak boleh stand
alone. Itu merupakan pendorong kepada bagaimana kita mengurus pendidikan dalam
dunia VUCA. Sekiranya kita berpecah, menyimpang ke arah yang berbeza, kita tidak
dapat memberi kesinambungan kepada segala usaha yang dijalankan oleh kementerian
seperti dalam era pandemic yang lalu. Kita akan menghadapi perkara sebegini dalam
pelbagai cabaran yang lain. Sememangnya ada kemungkinan ada mereka yang akan
takut untuk memastikan perjalanan atau perlaksanaan empathi atau spectrum empathy
dalam pengurusan. Mengapa?

Merasa takut melaksanakan empati kerana kemungkinan akan berlaku salah
guna. Kajian lepas menunjukkan, bilangan peratusan yang akan mengambil advantage
daripada empathy atau spectrum of empathy, hanya 5% sahaja. Tetapi 95% telah
mendapat faedah daripada pengurusan yang menggunakan asas dimana kita mula
sebagai the human being dalam organisasi. Datuk Dr Amin akan setuju dengan saya bila
200 orang dalam organisasi agensi kita, ada 200 jenis dna mereka dalam mengurus
mereka. Tapi yang baiknya, sebagai pemimpin untuk menjawab soalan bagaimana kita
menggunakan spektrum ini? Dia bukannya one size fits all. Setiap individu dalam
organisasi mempunyai perbezaan tersendiri. Selain itu mereka mempunyai kompetensi
sendiri, pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya keluarga yang berbeza dan budaya
keturunan keluarga yang berbeza. Ada budaya latihan yang berbeza. Ada budaya
pendidikan yang berbeza. Bukan mudah seseorang pemimpin menjadi pemimpin,
Terdapat pelbagai karenah orang yang bawahan yang mengata bermacam-macam
perkara. Apabila mereka diletakkan dalam jawatan pemimpin baru mereka sedar.
Cabaran utama dalam sesebuah organisasi adalah memimpin manusia. Ia bukan sahaja
mengurus tapi juga memimpin walaupun kita tiada dalam organisasi tapi organisasi terus
berjalan dengan efektif dan efisyen. Empati itu digunakan secara membina. Dan
pemimpin harus memahami setiap individu.

Pemimpin pasti melalui kesusahan dan kesukaran semasa memimpin.
Pemimpin perlu mengambil masa untuk memahami dan kita menggunakan pemahaman
kita untuk memimpin organisasi tersebut. Setiap individu dalam organisasi mempunyai
kebolehan tersendiri. Ia merupakan cabaran kepada pemimpin atasan, pertengahan,
bawah untuk mengenali dan satu konsep yang saya pernah kongsikan ialah make time.
Ketika kita memberikan sesuatu tugasan, diingatkan bahwa setiap individu ada kadar
pelaksanaan tugas yang berbeza. Kekadang bukan mereka tidak laksanakan tugas
dengan cepat. Kita memerlukan kompetensi dan mereka memerlukan masa,
pemahaman, kemahiran dan memerlukan seperti Dr Amin sebut sebentar tadi, The Big
Picture bermula dari atas sampai organisasi di bawah. Sekiranya, di sekolah pengetua
memerlukan the big picture, ini bukan sahaja untuk pihak yang bertugas di kementerian.
Mereka juga perlu melihat The Big Picture dalam peringkat sekolah semasa bertugas di
peringkat sekolah.

Para ahli yang menghadiri webinar hari ini,
55

Kita boleh melihat paparan framework yang saya kemukakan hari ini. Tiga
pihak pertama yang merupakan penggerak utama kepada outcome Pendidikan. Ia
adalah pemegang taruh , kepimpinan di sekolah dan kepimpinan sistem. Kepimpinan
stake holder mempunyai kepentingan. Pemegang taruh yang mempunyai kesan
perjalanan, fungsi atau operasi masa depan sekolah. Ia berbeza daripada tahun 70an,
80an dan keadaan semasa. Harini pihak pemegang taruh cuba membantu sekolah, maka
pihak sekolah atau pihak PPD, atau pihak JPN perlu mengambil peluang dan ruang yang
ada dengan secara membina. Di situlah saya mahu kaitkan dengan the big picture yang
disebutkan oleh Dr Amin tadi supaya bila kita dapat pemegang taruh yang memberikan
sokongan kepada pemimpin pelbagai peringkat, PPD, JPN ataupun Kementerian. Amat
bermanfaat sekiranya pemegang taruh dan pihak-pihak dari yang lapisan berbeza ini
boleh bekerjasama. Inilah adalah persamaan atau formula for success in education.

Kita tidak boleh samakan cara pengoperasian pendidikan pada tahun 70an
dan 80an dengan masa sekarang. Dalam framework ini, kita melihat kebersamaan
pemegang taruh ialah pihak korporat, pihak komuniti, perkhidmatan pengusahawaan
dalam sekolah, kontrak buku dan kontrak keselamatan. Kebersamaan ini kelihatan
semasa pandemik dalam pengendalian aspek keselamatan di sekolah. Ia adalah
success of education is not the success of parts, but the success of all of us. Datuk
menyebut banyak sub system Pendidikan. Sekiranya sub system ini bekerjasama
dengan menggunakan asas, spectrum of empathy, dengan mengambil kira kualiti,
peraturan dan undang-undang, tidak menepikan prosedur. Kita mengambil ikhtibar
daripada semua yang sudah termaktub to drive the system. Bila kita sebut human
governance, bererti kita hanya mengutamakan aspek individual itu, tetapi kita mahu
menjadikan kewujudan individu dalam sistem secara membina. Pemegang taruh
umpamanya seperti PIBG, Masyarakat Civil Society, perunding dan konsultan. Semua
ada peranan, tetapi kita harus teliti sebagai agen kerajaan supaya tidak berlaku apa jua
yang tidak sehaluan dengan falsafah yang menyokong pendidikan. Datuk sudah sebut
tentang falsafah. Falsafah menjadi tunjang kepada segala pelibatan dari semua pihak. Di
antara falsafah dengan pemegang taruh kita juga telah mengamalkan the whole human
governance ini. Sekiranya ini berlaku saya rasa kita sudah pasti, tidak perlu cemas
kerana ada pakar pendidikan, pakar pengurusan yang disebut “When the rate of change
is higher than the outside than the inside, The End is near”. Apa maksud tersiratnya?
Maka kita sentiasa perlu tahu apa yang berlaku di persekitaran kita. Saya pernah ditanya,
saya akan akhirkan dengan cerita kecil ini untuk menjawab soalan yang kedua. Dalam
satu temuduga saya dahulu di dalam kementerian persoalan pertama diajukan.

“Tell us what is wrong with our education system?”

Saya kata, I personally think theres nothing gravely wrong in our education
system tetapi kita harus tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, di negara jiran
kita, di benua asia dan di dunia supaya kita tidak ketinggalan jika berlaku perubahan. Dr
Amin mula dengan perubahan, Change. So we must be aware of the changes around us
dan kita harus lihat adakah perubahan itu melibatkan inovasi yang baru. If its for the
better, maka itu merupakan satu inovasi, kadangkala kita juga perlu lakukan changes for
change shake. Saya akhiri dengan ungkapan yang pertama kali didengar daripada Datuk
Amin. Beliau banyak membaca. Apabila pemimpin banyak membaca kita sebagai anak
buah pun selalu dapat hikmahnya. Saya akhiri dengan ungkapan “Think Maslow before
Bloom”. Apabila saya google phrase tersebut, ungkapan ini dinyatakan, dengan contoh
persoalan di bawah:

56

Soalan pertama, tanya diri cikgu atau pemimpin sekolah. Saya menggunakan
agensi yang kecil di sekolah. Cikgu tanyakan murid-murid sudahkah mereka bersarapan
pagi. Hierarchy Maslow menyatakan ini adalah keperluan physiologi, ‘MAKAN’. Kita pula
menghebohkan Bloom bila Maslow pun belum main peranan beliau. So how do you do
that? Kalau kita kata human governance dan understanding human being, bermula
daripada micro sekecil itu, start itu. Think Maslow before Bloom. Ini sahaja tuan
moderator, terima kasih.

Rumusan

Terima kasih tuan moderator. Soalan yang mencabar kerana daripada peringkat makro
hendak dikaitkan semua aspek dalam pengurusan pendidikan. Walaupun kita amalkan
amalan human governance, kita masih menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia
VUCA, yang pertama iaitu kualiti. Bagaimana kita menerokai kualiti dalam sesebuah
organisasi menjadi satu kemahiran pihak kepimpinan dan ahli dalam organisasi? Jika
dilihat dari pihak kepimpinan ia dikenali sebagai quality is personal. Kualiti yang bermula
daripada peringkat sekolah ialah kualiti guru, kualiti pemimpin pertengahan dan pihak
pengurusan sekolah. Selain itu pekerja-pekerja lain dalam organisasi termasuk
kebersihan sekolah dari setiap sudut. Sekiranya kita pergi ke cafeteria dan kita lihat
sampah merata-rata, cuba fikirkan you have the best result of holistic quality you talk
about ada sesuatu gap yang terlepas pandang. It is so important that kita pastikan yang
pertama kualiti. Saya setuju dengan pernyataan Datuk Amin bahwa, tugasan yang diberi
itu kita harus sebaik boleh, sebaik mungkin mesti melibatkan semua. Jikalau
melaksanakan tugas besar, buat secara bersama kecuali tugas yang kecil yang kita
berikan kepada individu. Mesti ada sifat keterbukaan dalam melaksanakan tugas.
Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, kita kena tanya dan tidak boleh abaikan legal
and procedure obligation di mana dan apa jua peringkat organisasi, pegawai, PPD, JPN,
Kementerian. Di dalam semua prosedur ini, sebagai pihak pengurusan dan pemimpin,
kita boleh menggunakan budi bicara.

Bagaimana kita menggunakan budi bicara untuk kita menyahut pendekatan
human governance ini dalam aspek empati ini? Contohnya, kita ada pegawai yang
kadang kala di antara mereka mempunyai anak yang berkeperluan khas. Keperluan
mereka yang kita bantu ialah menyediakan, tempat parkir kereta. Meskipun tiada ruang
parkir kepada pegawai di bawah gred 48 ini di sediakan kita berusaha memberikan dan
menyediakannya. kita perlu lihat, dia hendak mengajar dan mengambil anak daripada
sekolah pendidikan khas. kadang kala dia mahu bawa balik ke rumah dan sebagainya.
Kita dalam ruang prosedur dan peraturan yang ada, kita boleh gunakan itu untuk
menyahut cabaran human governance dan spektrum of empathy. Dalam satu ceramah
saya terdengar tentang tabung masa. Sememangnya kadang kala kita mahu keluar untuk
tiga ke empat jam dan sebagainya. Kita laksanakan tabung masa kerana ada masa
pegawai nak balik pada pukul 5 dan terus kerja pada pukul 7 untuk menghabiskan tugas,
dua jam daripada waktu biasa.

Dua jam itu masuk kepada tabung masanya. Akhirnya dia sendiri sedar,bahwa
walaupun dia mengambil empat jam off , dia bagi balik kerana tabung masa itu lebihan
masa kerana kita professional ada overtime dan sebagainya. Dia masuk dalam tabung
masa tu. Itu adalah satu sifat tentang keikhlasan kita. Bukan sahaja mengambil daripada
sistem tetapi memberi balik kepada sistem kita dari segi kesan, segi kualiti tugas yang

57

kita buat. Bagi semua perkara ini, saya rasa bahawa staff yang ada dalam organisasi dan
juga pihak kepimpinan. Ini bukan saja untuk staff. Jikalau pemimpin mengharapkan
spektrum empati yang kadang kala daripada PPD, PPD pula mengharapkan spektrum
empati kepada pihak JPN dan JPN pula mengharapkan kepada Kementerian. Ini kerana
setiap organisasi ada cabarannya tersendiri, walaupun spektrum empati ini diaplikasikan
kepada individu. Ada masanya kita lihat cabaran yang dihadapi oleh organisasi itu
sendiri. Way forward adalah mengamalkan perkara-perkara yang saya jangka adalah
perkara yang biasa.

Kenapa human governance dan spektrum empathy ini penting untuk
Pendidikan? Pihak guru merupakan the work force yang terbesar dalam sector awam.
The greatest number. Apa jua yang kita cerminkan, kita boleh mempamerkan supaya
menjadi iktibar kepada pihak yang lain. Bukan saja kepada servis pendidikan, tetapi
perkhidmatan lain yang melihat kepada pendidik. Kita menjadi teladan kepada semua
governing career yang lain. Bila datang hari guru kita lihat bagaimana cara kata hikmah,
profession that links to all other professions. Kita lihat sajak, Osman Awang, Seorang
Hakim pada hari ini pun pernah diajar oleh seorang guru. We are a very special force.
400,000 lebih pendidik mahupun di PPD, JPN dan Kementerian. Kita merupakan satu
professional yang besar biasa diteladani, maka kita sentiasa terpaksa menunjukkan
exemplary conduct. Tatasusila menjadi lambang kita iaitu lambang pendidik. Spektrum
empati dalam dunia VUCA, kita mengamalkan tatasusila sebagai tunjang kita ketika
menjalankan tugas. Jika kita menangani semua cabaran, saya suka ingatkan jangan
lupakan emotional first aid. First aid bukan sahaja ketika cedera, kaki berdarah baru kita
letak first aid, kita lupa akan emotional first aid. Kadang kala cikgu, Datuk sebut tentang
perkataan ‘Engagement’ mungkin sebanyak 15 kali dalam sesi ini. Engagement,
relationships, Tidur dalam pejabat seorang its not about engagement. Kita perlu sentiasa
lihat engagement and relationship. Kalau kita mahu mengamalkan pintu terbuka.
Pastikan pintu tersebut terbuka. Kita boleh memulakan tindakan baru. This is bold leader
actions.

Menyelesaikan masalah, solve problems instead assigning blame.
Bekerjasama sebagai pasukan. Itu perkara yang diutara banyak kali ini. Work together.
Jika kita tidak mempunyai sesuatu keterampilan itu, minta bantuan sebab itu di bawah
CDL . Kita mulakan Cikgu bantu Cikgu. Thats the biggest trend at the moment. If you
talk about human governance, itu asas. Mocular yang paling kecil, peringkat mulanya.
Bagaimana mahu membina dengan izin silaturrahim di antara staff, kerana semua ini
berarah kepada kualiti. Jangan lupa kita manusia, sebab itu kita bawa spektrum of
empati. Kita harus menerima kesilapan. Kesilapan membawa pengalaman. Pengalaman
itu terbina daripada kesilapan yang kita lakukan. Tapi akhirnya, semua proses yang saya
sebutkan tadi, kita akan bina kemahiran yang tinggi dan all process. Kalau kita boleh
percepatkan, lebih hebat process of learning sekolah, PPD , JPN atau Kementerian. Kita
menjadi a learning organization. Theres no end to learning.

Kalau kita boleh amalkan semua, saya rasa pendidikan di negara kita dengan
pendekatan human governance walau dalam keadaan VUCA pun kita boleh hadapi
cabaran. Kalau prinsip-prinsip asas ini kita amalkan. Itu sahaja Tuan Moderator

Terima kasih

58

16
WEBINAR : BICARA PROFESIONAL BERSAMA

YBRS. PN KHAZIYATI BINTI OSMAN
PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tarikh : 6 OKTOBER 2022

TEMA: SEKOLAH DAN KOMUNITI BERPISAH TIADA : PERKONGSIAN BUDAYA
PERMUAFAKATAN

PENGENALAN

Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam anjakan ke-9 dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menekankan penglibatan ibu
bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam memperkasakan sekolah (KPM, 2013). Dokumen
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) iaitu Standard 2:
Pengurusan Organisasi, aspek 2.7 menekankan Permuafakatan Strategik diwujudkan
untuk menyokong pembelajaran murid ke arah kecemerlangan (KPM, 2017).

Sejajar dengan mandat KPM tersebut, maka bagi merealisasikan prestasi sekolah
dan membantu kecemerlangan murid, ibu bapa mewakili komuniti memainkan peranan
penting ke arah kemenjadian murid. Hal ini berkait rapat dengan hubungan kerjasama dan
perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti yang dikaitkan dengan konsep
permuafakatan

SEKOLAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sekolah adalah merujuk kepada tempat untuk
belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah merupakan
sebuah institusi atau organisasi formal yang bukan sekadar untuk menyebarkan ilmu
pengetahuan, menyemai budaya bangsa dan memupuk bakat, tetapi juga untuk
membentuk satu rupa bangsa yang boleh dan bersedia menerima dan menghadapi
perubahan dan pembaharuan (Daryanto, 1997; Abdul Hakim, 2020).

Menurut Higgins et al. (2005), persekitaran halaman sekolah (school ground)
merupakan salah satu elemen persekitaran sekolah yang penting di samping persekitaran
binaan (built environment) dan persekitaran fizikal bilik darjah (indoor) yang boleh
dimanfaatkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid. Sekolah berkualiti
termasuk aktiviti pendidikan yang berjalan dengan berkesan untuk mencapai matlamat.

Sekolah tidak dapat dipisahkan daripada konteks masyarakat. Sekolah di dalam satu-
satu masyarakat mestilah memperlihatkan sifat keseluruhan kebudayaan masyarakat
tersebut. Setiap masyarakat perlu memiliki keunikan kebudayaan tersendiri dan kanak-
kanak hidup berdasarkan kehendak masyarakat dan menyesuaikan diri di dalam
masyarakat tersebut. Bahkan, sekolah merupakan satu daripada bahagian yang penting
dalam masyarakat, khususnya masyarakat moden hari ini yang mempunyai matlamat,

59

anggota dan peraturan yang tertentu di samping mempunyai tanggungjawab penting
dalam membangunkan individu dan masyarakat secara menyeluruh (Ena, 2020).

Sejajar dengan peningkatan akademik murid, tanggungjawab mendidik anak dilihat
bukan lagi menjadi tanggungjawab guru sepenuhnya, tetapi turut membabitkan ibu bapa
dan komuniti setempat termasuk syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
serta organisasi bukan kerajaan (NGO) (Irma Yant, Norlizah & Fathiyah, 2018).

KOMUNITI

Komuniti merujuk kepada keluarga, kejiranan, sektor kerajaan, institusi pendidikan,
syarikat perniagaan, institusi kebudayaan dan rekreasi, organisasi agama, organisasi
kesihatan, organisasi sukan, organisasi media, organisasi sukarela, organisasi komuniti
setempat dan individu dalam komuniti yang berminat dalam pelaksanaan sistem
pendidikan (Epstein, 2016; Hogue, 2012; Mohammed Sani dan JamalulLail, 2012;
Sanders, 2002; 2015).

Penglibatan ibu bapa dan komuniti pula adalah merujuk pelbagai tingkah laku ibu
bapa dan komuniti yang secara langsung dan tidak langsung dalam mempengaruhi
perkembangan kognitif, emosi, fizikal dan pencapaian anak-anak di sekolah (Bakker &
Denessen, 2007). Tingkah laku ibu bapa merangkumi kehadiran ibu bapa dalam
mesyuarat PIBG, menjadi ahli aktif dalam PIBG, menjadi sukarelawan di sekolah,
membantu dalam bilik darjah, membantu kerja rumah anak, berbincang tentang aktiviti
sekolah dengan anak, memantau perkembangan anak di sekolah, merangsang dan
memotivasi anak.

Dalam konteks komuniti iaitu ibu bapa dan masyarakat, berperanan penting untuk
memikul tanggungjawab meningkatkan kecemerlangan organisasi. Olson, (2018)
menjelaskan komuniti mempunyai pelbagai sumber aset yang boleh menyumbang kepada
pembangunan dan pencapaian sekolah. Misalnya, aspek tenaga, idea kreatif dan bernas,
inovatif dan daya kreativiti yang dapat membantu proses membuat keputusan di sekolah.
Komuniti memainkan peranan utama dalam menyokong perkembangan kanak-kanak di
pelbagai tempat termasuk sekolah. Bahkan, perubahan persekitaran pendidikan masa kini
menuntut penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak swasta (Buletin Anjakan, 2015).
Sebagai satu institusi komuniti, maka peluasan penglibatan komuniti ke dalam ekosistem
sekolah merupakan salah satu inisiatif transformasi persekitaran sekolah (Christina et al.,
2019). Komuniti sebagai sukarelawan sangat diperlukan untuk membantu sekolah dalam
pengurusan.

PEMUAFAKATAN SEKOLAH DAN KOMUNITI

Permuafakatan merupakan satu proses kerjasama pada tahap tertinggi dengan
melibatkan kesungguhan, pengetahuan dan kemahiran yang digambarkan melalui gaya
komunikasi dan mampu menarik minat penglibatan komuniti, secara rela mengamalkan
kerjasama, saling menghormati dan kesepakatan dalam membuat keputusan untuk
mencapai matlamat yang sama (Gulson, 2013).

Konsep permuafakatan merupakan satu bentuk kerjasama yang melibatkan
sekurang-kurangnya dua pihak untuk mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama
(Friend & Cook, 2007). Jalinan pemuafakatan di antara institusi sekolah dan komuniti

60

menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik murid, sebagai rakan strategik atau
pembimbing kepada sekolah.

Permuafakatan antara sekolah dan komuniti banyak memberi manfaat kepada
pembelajaran murid (Epstein & Sanders, 2006). Contohnya, program pemuafakatan
komuniti dan sekolah telah berjaya mewujudkan satu ikatan silaturahim yang erat di antara
pihak sekolah dengan komuniti. Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, cabaran
pemuafakatan antara sekolah dan komuniti ialah;

a. Pihak sekolah masih kurang melibatkan komuniti sebagai rakan kongsi yang boleh
membantu proses pembelajaran murid (Epstein & Sanders, 2006).

b. Sekolah beranggapan bahawa pendidikan merupakan tanggungjawab sekolah dan
bukan komuniti (Mohammed Sani et al., 2015).

c. Sekolah memberikan kurang panduan kepada komuniti setempat mengenai
mekanisme untuk mereka menyumbang kepada sekolah (Sheldon, 2003).

d. Pihak komuniti menyerahkan sepenuhnya tanggung jawab pendidikan kepada
sekolah (Mohammed Sani et al., 2014).

e. Pendidikan komuniti luar bandar lebih tertumpu kepada kekurangan kemudahan
asas (Mitra et al., 2008).

f. Kurangnya penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah
khususnya di peringkat sekolah menengah dalam skop persekitaran budaya dan
masyarakat Malaysia (Suresh Kumar, 2013).

Model Sfera Pertindihan Pengaruh Epstein (Epstein’s Overlapping Spheres of
Influence)

Model Sfera Pertindihan Pengaruh Epstein, (2002) menerangkan perkaitan antara
keluarga, sekolah dan komuniti dalam mencapai visi dan matlamat yang sama dalam
proses perkembangan, pendidikan dan pembangunan anak-anak. Teori ini menekankan
pentingnya sekolah, keluarga dan komuniti bekerja bersama-sama untuk mencapai
keperluan anak-anak dan mengintegrasi perspektif pendidikan, sosiologi dan psikologi
dalam organisasi sosial, sebagaimana kesan suasana keluarga, sekolah dan komuniti
terhadap hasil pendidikan.

Konsep school-like family dan family-like school yang digunakan untuk menerangkan
pentingnya peranan ibu bapa dan sekolah.Konsep school-like family menggalakkan ibu
bapa memberi sokongan dan membentuk kemahiran akademik kepada anak seperti
menekankan kepentingan pelajaran, persekolahan, kerja rumah dan aktiviti-aktiviti lain
pembelajaran serta menjadikan semua aktiviti tersebut sebagai aktiviti keluarga. Konsep
family-like school pula bermaksud pihak sekolah mengambil sikap dan peranan sebagai
sebuah keluarga yang penyayang dengan menyediakan suasana persekitaran yang
membuatkan anak-anak rasa diterima, disayangi dan diperlukan dalam sesebuah
keluarga.

Rajah Permuafakatan Sekolah dengan keluarga dan komuniti

61

Berdasarkan kepada Teori Kesan Pertindihan Sfera
(Overlaping Spheres of Infuence), Epstein, (2002)
memperkenalkan tipologi enam jenis aktiviti
pemuafakatan yang boleh dilaksanakan antara
sekolah dan komuniti.

IMPAK PERMUAFAKATAN
1. Membantu pihak sekolah dalam usaha ke arah kejayaan murid dan mencapai

matlamat pendidikan
2. Menangani masalah disiplin murid
3. Menambah baik kemudahan pendidikan
4. Meningkatkan pembangunan profesionalisme guru
5. Pembelajaran yang lebih berkualiti oleh kanak kanak

KESIMPULAN

Faktor yang menyokong kepada kejayaan budaya pemuafakatan sekolah dan komuniti adalah
kepimpinan pemimpin sekolah yang efektif dan efisien. Kebijaksanaan pemimpin sekolah
mendorong penglibatan komuniti untuk mempermudahkan setiap aktiviti dan program dapat
dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. Penglibatan komuniti sebagai
rakan kongsi yang signifikan memberi impak positif kepada pembangunan dan kecemerlangan
organisasi berterusan. Dalam masa yang sama, pemimpin sekolah berperanan penting
mewujudkan jaringan dan jalinan bersama dengan komuniti khususnya dalam proses
transformasi persekitaran sekolah ke arah mencapai sekolah berkualiti dan kemenjadian murid
dengan mengambilkira pelbagai faktor yang mungkin menjadi pemangkin kepada kerjasama
antara sekolah dan komuniti.

62

17
WEBINAR SEKOLAH DAN KOMUNITI BERPISAH TIADA: PERKONGSIAN BUDAYA

PERMUAFAKATAN BERSAMA YBHG. PROF. MADYA DR. ABDUL SAID
PENSYARAH KANAN (FPP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Tarikh : 6 Oktober 2022

Soalan : Apakah amalan-amalan terbaik dalam konteks hubungan permuafakatan
antara institusi sekolah dengan PIBG dan komuniti?

Terima kasih kepada saudara moderator atas peluang yang diberikan. Selamat petang pada
semua rakan yang terlibat , rakan teknikal sahabat saya saudara Tuan Matnoor bin Haji Sima
yang telah lama berkecimpung dalam pendidikan. Saya pun secara tidak langsung memang
bersetuju dengan apa yang diketengahkan oleh En Matnoor bin Haji Sima tadi tentang peranan
PIBG dalam menjayakan permuafakatan antara sekolah dan komuniti. Sebelum kita
membicarakan amalan-amalan terbaik, saya lebih suka menjelaskan dengan lebih ringkas apa
yang dimaksudkan dengan permuafakatan. Ini sebenarnya adalah key word kejayaan seperti
yang dikatakan saudara Matnoor iaitu muafakat. Betapa besarnya impak muafakat ini yang
perlu diwujudkan antara dua entiti antara sekolah dan komuniti. Permuafakatan ini amat
penting. Permuafakatan ini adalah persetujuan yang wujud antara dua entiti yang boleh
dikaitkan dengan perundingan. Ia merupakan persetujuan bersama . Apabila wujud
persetujuan dan perundingan perbicaraan atau permuasyaratan antara dua entiti sudah tentu
menghasilkan kerja sama yang baik yang boleh diwujudkan

Banyak kajian empirikal yang telah dilaksanakan sebelum ini menunjukkan bukti dengan
permuafakatan antara dua pihak iaitu sekolah dan komuniti akan menjadikan hasil yang
bermanfaat, yang baik dan hebat. Ia sudah tentu menghasilkan output yang hebat serta boleh
dibanggakan. Sebagai contoh kita boleh nampak sekolah luar bandar seperti di SK Ulu Lubai
di Limbang merupakan contoh atau model yang mendapat pengiktirafan sekolah berprestasi
tinggi. Ia bermula dari sekolah luar bandar yang tidak mempunyai sebarang kemudahan, sangat
daif, lemah dan sebagainya telah menunjukkan kepada dunia bahawa mereka juga mempunyai
prestasi yang baik. Ia disokong oleh permuafakatan yang kuat antara polis, sekolah dan
komuniti. Biarpun sekolah ini berada di ulu yang hanya dapat dihubungkan dengan sungai yang
jauh disebabkan ikatan komuniti yang kuat antara pihak sekolah dan komuniti ia menjadi
sekolah yang terbaik di Malaysia.Ini adalah antara impak yang kita nampak.

Antara amalan-amalan yang baik melalui tinjauan dokumen didapati antara rahsia kejayaan
sekolah ini banyak dihasilkan daripada dua permuafakatan antara sekolah dan komuniti.
Amalan terbaik mereka ialah proses perbincangan dua hala antara mereka , apabila sampai
waktu peperiksaan UPSR pada ketika itu semua masyarakat sekeliling di Ulu Lubai akan
bekerjasama . Mereka berkampung di sekolah itu , pelajar tidak akan buat apa-apa hanya fokus
kepada pembelajaran . Begitu juga guru-guru akan duduk sekali berkampung. Makan dan
minum murid disediakan dan guru-guru akan memastikan murid mengulangkaji pelajaran .
Hasil daripada perhubungan itu ia memberikan hasil kejayaan yang cemerlang. Banyak lagi
contoh kerjasama sekolah dan komuniti iaitu berkaitan membuat keputusan. Apa-apa
cadangan yang dibuat oleh sekolah dan komuniti membantu proses membuat keputusan

63

mendapat sokongan ibu bapa. Ia selari dengan kesepakatan membuat kerja bersama.
Hubungan ini merupakan penyumbang kepada kejayaan sekolah.

Selain itu, sifat sukarela dalam kalangan masyarakat dengan sanggup meluangkan masa
menyumbang pelbagai aspek. Ada yang sanggup memberikan dana untuk membantu
membangunkan sekolah . Sokongan yang kuat antara sekolah dan komuniti akan membantu
melahirkan komuniti yang sihat. Ia membantu mewujudkan suasana yang baik untuk pelajar
membuat ulangkaji , fokus kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru di sekolah.
Selain itu, percambahan idea apabila pihak pentadbir menggunakan kebijaksanaan memberi
peluang kepada komuniti yang pelbagai latar belakang dan pengalaman. Pengalaman itu dapat
dikongsikan kepada pihak sekolah khususnya pihak pentadbiran membuat strategi untuk
membantu aspek pencapaian pelajar dalam akademik, kokurikulum dan aspek-aspek lain .
Perkongsian idea dapat dimantapkan antara dua belah pihak. Kerjasama kedua pihak
memberikan peluang tanggungjawab , sama-sama memikul tanggungjawab ini memberi impak
yang baik kepada pihak sekolah khususnya juga kepada komuniti . Jalinan yang baik ini secara
tidak langsung akan menarik perhatian dunia bagaimana permuafakatan wujud di sekolah. Ini
antara yang dapat saya kongsikan. Terima kasih pihak moderator.

Soalan: Bagaimana kita dapat menghadapi cabaran-cabaran yang telah dan akan
dihadapi dalam proses membina dan membudaya serta melestarikan hubungan
permuafakatan antara institusi sekolah dan PIBG atau komuniti? Mohon berikan saranan
penambahbaikan.

Terima kasih saudara moderator. Saya nyatakan semula apa yang dinyatakan saudara saya
Tuan Matnoor tentang peranan PIBG. Kita cuba rungkaikan semula apakah cabaran yang
dihadapi. Kita berbalik kepada asas yang bermula dari awal . Hasil permuafakatan
menghasilkan idea yang baik. Tetapi secara naturalnya kita tidak boleh mengharapkan hasil
permuafakatan yang baru dibina membuahkan hasil dalam masa yang singkat. Ia melibatkan
human yang perlu sedikit masa untuk memberi hasil . Isu besar sekarang ialah cabaran
komuniti membantu dari segi fizikal dan menyediakan dana untuk prasana yang sesuai untuk
pelajar. Hasil yang segera tidak dapat dilaksanakan. Kita perlu memberi ruang dan sedikit
masa untuk kedua-dua pihak agar dapat mencapai titik pertemuan yang cantik untuk memberi
hasil yang hebat. Pastikan budaya untuk memupuk kerjasama di antara kedua pihak sentiasa
wujud antara komuniti dan sekolah.

Aspek seterusnya ialah pihak pentadbir kena bijak untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang
bersifat membina yang memerlukan kehadiran kedua belah pihak. Kita tidak terikat kepada
aktiviti sekolah sahaja. Hasil inisiatif sekolah mengadakan program-program secara tidak
langsung mewujudkan jalinan dan jaringan yang baik. Sekolah tidak terikat dengan taqwim
sedia ada. Pemimpin hendaklah berfikir secara kreatif agar jaringan dan jalinan ini sentiasa
mantap. Sekiranya pihak sekolah dan komuniti kurang pertemuan dan terikat dengan jadual
sedia ada di sekolah maka permuafakatan akan kurang terjalin. Jalinan dan jaringan yang baik
wujud jika aktiviti sentiasa diadakan. Inisiatif ini mungkin boleh dimulakan oleh komuniti dan
sekolah dilibatkan dalam aktiviti tersebut. Begitulah sebaliknya aktiviti sekolah melibatkan
pelibatan komuniti. Pihak komuniti tidak boleh menyerahkan kepada pihak sekolah sahaja
untuk mengatur aktiviti yang melibatkan kedua-dua entiti.

Cabaran yang tidak kita sedari secara tidak langsung ialah berlaku setengah-setengah
pihak sahaja bermuafakat. Muafakat itu melibatkan semua ahli, semua guru, pelajar dan
komuniti pelbagai lapisan yang berada di luar sekolah. Siapa sahaja komuniti yang ada di
persekitaran sekolah itu boleh dilibatkan dan penglibatan itu adalah menyeluruh dari semua

64

aspek. Permuafakatan wujud samada dari aspek keselamatan, infrastruktur dan logistik yang
melibatkan semua ahli. Apabila wujud penglibatan semua pihak sudah pasti hasilnya pun akan
lebih hebat. Kita manfaatkan kehebatakan semua ahli untuk meningkatkan prestasi akademik ,
kokurikulum dan kemenjadian murid. Sesiapa pun masyarakat dalam komuniti boleh
menyumbang. Kekadang berlaku hanya satu pihak sahaja yang berlebihan kerana tidak berlaku
pelibatan yang menyeluruh. Ini menjadi cabaran kepada kita.

Pengalaman pihak pentadbir di beberapa buah sekolah memberi nilai pengalaman yang
berlainan. Persekitaran yang berbeza kerana negeri kita di Sabah mempunyai lebih 32 etnik
di Sabah yang memerlukan penyesuaian budaya dan bahasa. Kita perlu menghormati, tahu ,
baca, menghormati dan cakna dengan persekitaran. Saya yakin ini akan membantu kejayaan
hubungan bersama komuniti. Hasil permuafakatan akan menghasilkan kejayaan yang lebih
baik. Kekurangan pengalaman, keyakinan dan kepimpinan juga boleh jadi satu faktor
penghalang kepada sekolah untuk menonjol dalam segala aspek dan menghalang sekolah
menjadi sekolah yang gah.

Hal-hal lain ialah aspek persekitaran dan iklim positif yang dibina antara penyumbang
kejayaan sebuah sekolah. Kebijaksanaan pihak sekolah amat penting untuk mewujudkan
flatform budaya dalam kalangan ahli sendiri . Bagaimana guru-guru dapat dibentuk dengan
kepimpinan yang baik? Kepimpinan amat penting. Di sekolah arkiteknya ialah pengetua yang
betul mengambil berat tentang hubungan dengan komuniti. Beberapa kajian saya, kajian Siti
Alia dan rakan-rakan dan Siti Hajar di Selangor menunjukkan bukti bahawa dengan adanya
kerjasama dengan pihak pentadbir , guru-guru akan memupuk nilai kerjasama yang bukan
sekelompok sahaja tetapi semua pihak. Kejayaan sekolah dan pelajar tidak bergantung kepada
seorang guru dan pentadbir sahaja. Hasilnya adalah dari jaringan dan jalinan muafakat semua
guru dan sumbangan semua pihak komuniti yang datang dari yang pelbagai latar belakang yang
dapat membantu sekolah. Ini adalah cabaran yang besar iaitu iklim, perubahan sistem ,
kurikulum dan bagaimana kita menyesuai dan mengekalkan prestasi yang baru dengan
gelombang-gelombang baru. Suka atau tidak suka kita hendaklah menyediakan ahli kita dan
komuniti supaya sekolah sentiasa berhadapan dengan cabaran yang sentiasa berubah.

Ketika negara kita berhadapan dengan pandemik baru-baru ini, berlaku perubahan yang
ketara.Situasi guru-guru tanpa perancangan dan murid-murid pula tidak bersedia menghadapi
pengajaran dan pembelajaran online. Guru-guru ketika itu tidak ada latihan khusus untuk
mengadakan google meet dan berbagai flatform. Budaya itu menyebabkan kita mesti sentiasa
bersedia menghadapi cabaran menyediakan keperluan pendidikan semasa. Budaya
kesepakatan bukannya mudah. Ia memerlukan sedikit masa dan adjustment dan penyesuaian
diri di sekolah. Murid-murid berhadapan dengan masalah tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
Mereka terpaksa menggunakan handphone ibu bapa untuk meneruskan pembelajaran. Ibu
bapa pula ada keperluan tersendiri untuk menggunakan . Keluarga yang besar terpaksa
berkongsi satu handphone bersama 2 hingga tiga orang anak mereka untuk keperluan belajar.
Ini mengguggat keberkesanan pembelajaran itu. Ini merupakan halangan permuafakatan kita
yang tidak baik. Ini saja yang dapat dikongsikan pada hari ini kerana ruang lingkup yang singkat
dengan kekurangan saya sendiri . Terdapat banyak lagi aspek-aspek yang menyumbang
kepada cabaran permuafakatan antara komuniti dengan sekolah. Sampai di sini dahulu
perkongsian kita. Warga sekolah perlu mewujudkan permuafakatan yang baik antara sekolah
dan komuniti di luar sana.

65

66

67


Click to View FlipBook Version