931
KOMPILASI BICARA
KEPIMPINAN
IABCSBH
Diterbitkan oleh :
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
KM 15, Jalan Tuaran
88450 Kota Kinabalu
Urusetia Penerbitan :
Jabatan Dokumentasi, Penerbitan dan Promosi
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
KM 15, Jalan Tuaran
88450 Kota Kinabalu
Tel: +6088-492 096/Faks: +6088-492 095
http:[email protected]
Hak Cipta Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 2022
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama
ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran
bertulis daripada Pengarah Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.
ISBN & Data Pengkatalogan
Perpustakaan Negara Malaysia
e ISBN : 978-629-97472-2-2
JAWATANKUASA PENERBITAN
Penaung
Datuk Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus
Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengerusi
Puan. Khaziyati binti Osman
Pengarah
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Ketua Editor
Puan. Hayati binti Omar
Editor
Dr. Asna binti Mahmud
Dr. Cheong Shaw Mei
Panel Penilai
Puan. Paulinia@Lija binti Tanin
En. Abdullah bin Muhammad
Puan. Rostina Apok
Cik Chin Siew Moi
Dr. Dexter Silam
Rekaan Grafik dan Susun Atur Huruf
Puan. Valerie Sinti
e-Jurnal
Encik Robit bin Yusie Fus Han
Puan. Valerie Sinti
Pengurus
Puan. Hayati binti Omar
KANDUNGAN ix
x
SEKAPUR SIREH xi
SEULAS PINANG 1
DARI MEJA EDITOR 5
TAJUK KOMPILASI BICARA KEPIMPINAN IAB CAWANGAN SABAH 9
13
BAHAGIAN A : UCAPAN ALU-ALUAN
1 LAWATAN JARINGAN STRATEGIK JABATAN PENDIDIKAN 16
NEGERI KEDAH KE INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN 19
SABAH
14 Januari 2022
2 LAWATAN JARINGAN STRATEGIK JABATAN PENDIDIKAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE INSTITUT
AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH
25 Januari 2022
3 MAJLIS HARI RAYA, KAAMATAN DAN HARI GAWAI INSTITUT
AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH
27 Mei 2022
4 LAWATAN JARINGAN STRATEGIK SMK DATO’AHMAD MAHER
KOTA BAHRU, KELANTAN KE INSTITUT AMINUDDIN BAKI
CAWANGAN SABAH
29 Julai 2022 .
5 UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI
6 TEKS UCAPAN PENGARAH CAWANGAN IABCSBH
BENGKEL KIK
25 April 2022
7 TALKING POINTS PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH 22
DALAM SESI BERSAMA DATO’ PENGARAH WARGA IABCSBH 25
23 Jun 2022
30
8 TALKING POINTS PENGARAH IAB ENSTEK KPM DALAM SESI
BICARA PROFESIONAL PESERTA NPQEL DAN PENSYARAH
IABCSBH
23 Jun 2022
9 TALKING POINTS KETUA PUSAT PENGURUSAN DASAR DAN
INOVASI IAB ENSTEK DALAM SESI BICARA PROFESIONAL
PROGRAM PEMANTAPAN PEMIMPIN SEKOLAH TERINTANG
(ProPSeT) PPD SEMPORNA TAHUN 2022
25 Ogos 2022
BAHAGIAN B: PERASMIAN 38
43
10 MAJLIS MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN (NoU)
ANTARA INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN PERSEKUTUAN PENGAKAP
MALAYSIA SABAH
23 Jun 2022
BAHAGIAN C: WEBINAR
11 WEBINAR HUMAN GOVERNANCE DALAM LATIHAN IAB
BERSAMA YBHG. DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD.
YUNUS, PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
23 Ogos 2022
12 WEBINAR HUMAN GOVERNANCE YBRS. PUAN BERSAMA PUAN 46
KHAZIYATI BINTI OSMAN, PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
23 Ogos 2022
13 WEBINAR HUMAN GOVERNANCE BERSAMA YBHG. DATUK DR. 51
HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM, MANTAN KETUA PENGARAH
PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
23 Ogos 2022
14 WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN HUMAN GOVERNANCE 55
SIRI 1/2022 BERSAMA YBHG. DATUK DR. AMIN BIN SENIN
MANTAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
23 Ogos 2022
15 WEBINAR KEPIMPINAN: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM 61
DUNIA VUCA MELALUI PENDEKATAN HUMAN GOVERNANCE
SIRI 2 BERSAMA YBHG. DATO’ DR. MEHANDER SINGH A/L
NAHAR SINGH
14 September 2022
16 WEBINAR BICARA PROFESIONAL : SEKOLAH DAN KOMUNITI 69
BERPISAH TIADA : PERKONGSIAN BUDAYA PERMUAFAKATAN
BERSAMA YBRS. PN KHAZIYATI BINTI OSMAN, PENGARAH IAB
CAWANGAN SABAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6 Oktober 2022
17 WEBINAR BICARA PROFESIONAL : SEKOLAH DAN KOMUNITI 75
BERPISAH TIADA : PERKONGSIAN BUDAYA PERMUAFAKATAN
BERSAMA YBHG. PROF. MADYA DR. ABDUL SAID,
PENSYARAH KANAN (FPP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
6 Oktober 2022
SEKAPUR SIREH
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI
DATO’ DR. HJ. TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam sejahtera
Saya ingin merakamkan sekalung tahniah kepada warga
IAB Cawangan Sabah (IABCSBH), kerana telah berjaya
menerbitkan Kompilasi Bicara Kepimpinan pada tahun ini
dengan jayanya. Komitmen yang tinggi dan usaha gigih dalam kalangan pensyarah
IABCSBH memberi inspirasi kepada seluruh warga IAB untuk terus melaksanakan
penerbitan Kompilasi Bicara Kepimpinan IABCSBH. Saya percaya, dengan amalan kerja
sepasukan yang mantap di IABCSBH mampu memberi cetusan idea-idea baharu kepada
para pemimpin pendidikan khususnya dalam mengorganisasi kumpulannya, seterusnya
membentuk satu pasukan kerja yang sentiasa ada semangat bekerjasama dan nilai
berdedikasi dalam organisasinya.
Saya yakin semua yang terlibat dengan penerbitan Kompilasi Bicara Kepimpinan ini
akan sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk menambah koleksi bicara kepimpinan
yang bermutu agar dapat dikongsikan kepada semua warga Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
Akhir kalam, semoga penerbitan Kompilasi Bicara Kepimpinan ini akan memberi
manfaat kepada semua warga pendidik khususnya kepada pemimpin-pemimpin Pendidikan.
Tahniah sekali lagi kepada IAB Cawangan Sabah di atas kesungguhan dan kecekalan demi
penghasilan Kompilasi Bicara Kepimpinan ini.
Sekian, terima kasih.
ix
SEULAS PINANG
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH
PUAN KHAZIYATI BINTI OSMAN
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan
limpah dan rahmatNya, Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah (IABCSBH), berjaya
menerbitkan Kompilasi Bicara Pemimpin bagi
tahun 2022. Syabas dan tahniah kepada warga
IABCSBH kerana usaha gigih dan berterusan
mampu menghasilkan penerbitan Kompilasi Bicara Kepimpinan bagi tahun 2022. Penerbitan
buku ini dapat menjadi anjakan minda kepada pengetua Guru Besar dan pemimpin
pendidikan pada zaman transformasi ini untuk kejayaan transformasi organisasi yang
dipimpin. Pemimpin perlu memperkasa pengetahuan, kemahiran dan kompetensi diri agar
dapat mengekalkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi. Demi mengekal
kecekapan dan keberkesanan organisasi ketua perlu aktif merancang, mengorganisasi,
mengawal dan memimpin kumpulannya dengan pelbagai cara dan gaya pengurusan
berkaitan pembangunan kepimpinan dan organisasi di peringkat sekolah.
Bertepatan untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu baharu dalam pengurusan dan
pentadbiran organisasi pendidikan yang berkesan, saya berharap agar perkongsian minda
pemimpin ini dapat membuka banyak ruang kepada warga pendidik untuk menyumbang idea
dan pemikiran kreatif dalam aktiviti penulisan yang boleh dirujuk dan menjadi panduan untuk
mencapai misi dan visi organisasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Setinggi
tahniah dan penghargaan kepada semua warga IABCSBH yang telah menyumbangkan
kepakaran, buah fikiran, cadangan, tenaga dan masa yang diberikan sehingga Kompilasi
Bicara Pemimpin ini dapat diterbitkan pada tahun ini. Semoga sumbangan ini memberi
manfaat kepada semua warga pendidik untuk pembangunan, pengurusan dan pentadbiran
organisasi secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
x
DARI MEJA EDITOR
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana usaha menghasilkan Kompilasi Bicara
Kepimpinan akhirnya terlaksana. Saya mengucapkan tahniah bagi pihak Jabatan Penerbitan
Dan Dokumentasi mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam
menghasilkan buku ini.
Kompilasi Bicara Kepimpinan, memuatkan tujuh belas teks daripada tokoh pemimpin
termasuk daripada Pengarah IAB Cawangan Sabah. Kompilasi Bicara pemimpin ini
mengandungi tiga Bahagian. Bahagian A ialah Ucapan Alu-aluan, Bahagian B Perasmian
dan Bahagian C ialah Webinar. Perkongsian Bicara Pemimpin ini diambil melalui teks ucapan
majlis rasmi, bengkel, webinar yang bertemakan pengurusan dan kepimpinan sesuai dengan
fungsi IAB. Pemikiran kepimpinan ini boleh menjadi panduan cara berfikir dan bertindak yang
perlu diubah oleh pemimpin pendidikan di dunia VUCA, aspek human governance dan
kecemerlangan pendidikan di abad ke-21. Kemahiran memimpin merupakan suatu perkara
yang amat penting dalam melahirkan insan yang lebih berdedikasi, berkaliber serta
meningkatkan potensi murid bagi menjadi pemimpin yang baik pada masa hadapan cabaran
aspek kepimpinan dan pengurusan menangani cabaran COVID-19 menjadi ingatan dan
pedoman untuk meneruskan kelestarian pendidikan dalam transformasi pendidikan.
Sekian, salam hormat.
Puan Hayati binti Omar
Jabatan Dokumentasi Penerbitan dan Promosi
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
xi
Kata Alu-aluan
1
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
YBrs. Puan Khaziyati binti Osman
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
LAWATAN JARINGAN STRATEGI
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH KE
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH
Tarikh:
14 Januari 2022 (Jumaat)
Tempat:
Bilik Mesyuarat Danum 2
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
1
Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Othman
Timbalan Pengarah JPN Kedah
Yang Berusaha, En. Norman bin Sani
Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah
Ketua-ketua Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT
kerana telah diberikan kesihatan dan kekuatan untuk berada bersama-sama dalam program
Lawatan Jaringan Strategik ini.
Saya juga mengucapkan selamat datang kepada team daripada Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah atas Lawatan Jaringan Strategik ke Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah.
Program seumpama ini amat bermakna kerana kedua-dua pihak mendapat manfaat ruang
dan peluang untuk berkongsi pelbagai idea kerjasama dan pengalaman bagi memantapkan
hubungan jaringan secara berterusan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Sepintas lalu mengenai latar belakang Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
(IABCSBH). IABCSBH mula beroperasi di premis baharu pada tahun 2014 dan terletak di KM
15 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. Terdapat 16 Jabatan dengan kekuatan staf seramai 39
orang. Setiap jabatan ini telah bertanggungjawab menyediakan aktiviti-aktiviti dan merancang
program-program mengikut jabatan masing-masing iaitu berfokus kepada CPD dan
pembangunan staf.
Sesungguhnya cabaran utama di IABCSBH adalah melunaskan semua perancangan
berkaitan dengan fungsi IAB iaitu latihan, pentaksiran, konsultasi, penyelidikan, penerbitan
dan pasukan pemikir yang memerlukan berlakunya perubahan seiring dengan transformasi
kepimpinan dan pendidikan masa kini. Sejajar dengan visi dan misi Institut Aminuddin Baki
iaitu, “Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan yang Terbilang” dan “Membangun
Kepimpinan Pendidikan bagi menghasilkan Organisasi Berkualiti” saya menaruh
kepercayaan bahawa melalui program lawatan jalinan ini peranan IAB sebagai sebuah
institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan
pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM dapat terus direalisasikan.
2
Semoga perkongsian idea dan hubungan silaturahim melalui program jalinan ini dapat
mencorakkan pelbagai pembaharuan dalam organisasi ke arah menghasilkan organisasi
pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara. Sesungguhnya, kejayaan dan
perkembangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada kerja sepasukan dan
pemimpin yang bersifat kreatif dan inovatif.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Pelan Induk Kecemerlangan (PIK) 2022-2026 meneruskan kecemerlangan PIK (2017-
2021) yang berasaskan kepada tiga Bidang Keberhasilan Utama atau Key Result Area (KRA)
iaitu Latihan dan Pembangunan, Master Trainer dan pusat rujukan. Tiga bidang keberhasilan
utama ini pula disokong oleh enam subbidang Keberhasilan Utama yang terdiri daripada
Pembangunan Individu, Pembangunan Organisasi, Pembangunan Master Trainer,
Pengurusan Pengetahuan, Jaringan dan Kolaboratif serta Penyelidikan dan Pembangunan.
Bersangkutan dengan PIK IAB ini, maka IABCSBH telah merancang melaksanakan Program
Pemantapan Pemimpin di Sekolah Terintang (Sekolah Pulau/Sekolah Pedalaman/Sekolah
Kurang Murid).
Matlamat utama program ini ialah membangunkan pemimpin sekolah yang proaktif
dan kreatif dalam usaha mencemerlangkan sekolah dengan tidak mengabaikan keperluan
perkhidmatan dan risiko. Dalam masa yang sama, IABCSBH juga menyahut cabaran
gelombang Volatility, Uncertainty, Complexity and Ambiguity (VUCA) dan era digital dalam
merealisasikan agenda transfomasi negara seperti yang digariskan oleh Gelombang Ketiga
(2021-2025) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sememangnya,
sebagai institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung negara, IAB
berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran bagi memastikan latihan yang
dilaksanakan kekal relevan serta mampu merealisasikan matlamat transformasi pendidikan
negara. Justeru itu, idea dan pemikiran baharu sentiasa diimplementasikan bagi melestarikan
sistem latihan agar sentiasa memberi impak positif dalam menzahirkan pemimpin berprestasi
tinggi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kebersamaan dalam setiap tindakan dititikberatkan dalam organisasi IABCSBH bagi
memastikan hasil kerja bersifat bersepadu dan menyeluruh. Begitu jugalah kesepaduan idea
dan tindakan untuk memastikan matlamat bersama akan dapat dicapai. Bahkan, pemimpin
dan ahli organisasinya mempunyai visi dan misi yang sama lantas hala tuju juga semestinya
sama.
3
Lantaran itu, ketulusan budi dan ketelusan bakti dalam melaksanakan tugas dapat
mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni, malah akan menzahirkan perhubungan
akrab dalam organisasi.
Sebelum mengundurkan diri saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam
menjayakan program Lawatan Jalinan Strategik ini. Saya berharap semoga kolaboratif di
antara Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah akan
terus memberi nilai tambah yang positif kepada pembangunan organisasi bahkan menjadi
suri teladan dan sumber rujukan kepada semua pihak. Usaha jalinan ini perlu dikekalkan
secara bersepadu dan tersusun melalui konteks budaya dan tradisi agar mampu menjayakan
hasrat dan aspirasi mentransformasikan pendidikan negara seperti yang diungkapkan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Akhir kata, sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah yang diketuai oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Othman kerana sudi
berkunjung ke IAB Cawangan Sabah bagi program Lawatan Jalinan Strategik ini.
Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah Assalammualaikum Wrh Wbrkth.
Sekian, terima kasih.
4
2
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
YBrs. Puan Khaziyati binti Osman
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
LAWATAN JARINGAN STRATEGIK
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
KE INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH
Tarikh:
25 Januari 2022 (Selasa)
Tempat:
Bilik Mesyuarat Danum 2
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
5
Yang Berusaha Encik Zainudin bin Mohamad
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Yang Berusaha Encik Norman bin Sani
Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah
Ketua-ketua Penolong Pengarah, Penolong-penolong pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Tuan-
tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT
kerana telah diberikan kesihatan dan kekuatan untuk berada bersama-sama dalam Lawatan
Jaringan Strategik ini. Saya juga mengucapkan Selamat Datang kepada rombongan daripada
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas Lawatan Jaringan Strategik ini
ke Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (Negeri di Bawah Bayu). Program seumpama
ini amat bermakna kerana kedua-dua pihak mendapat manfaat ruang dan peluang untuk
berkongsi pelbagai cetusan idea dan pengalaman bagi memantapkan hubungan jaringan
secara berterusan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Sepintas lalu mengenai latar belakang Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
(IABCSBH). IABCSBH mula beroperasi di premis baharu pada tahun 2014 dan terletak di KM
15 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. Terdapat 16 Jabatan dengan kekuatan staf seramai 39
orang. Setiap jabatan ini dipertanggungjawabkan merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti
serta program-program mengikut jabatan masing-masing iaitu berfokus kepada CPD dan
pembangunan staf.
Cabaran utama Institut Aminuddin Baki sebagai pusat latihan kepimpinan khususnya
di IABCSBH adalah melunaskan semua perancangan berkaitan dengan fungsi IAB iaitu
latihan, pentaksiran, konsultasi, penyelidikan, penerbitan dan pasukan pemikir yang
memerlukan berlakunya perubahan seiring dengan transformasi kepimpinan dan pendidikan
masa kini. Sejajar dengan visi dan misi Institut Aminuddin Baki iaitu, Pusat Pembangunan
Kepimpinan Pendidikan yang Terbilang dan Membangun Kepimpinan Pendidikan bagi
menghasilkan Organisasi Berkualiti saya menaruh kepercayaan bahawa melalui program
lawatan jalinan ini peranan IAB sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan
pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua
peringkat KPM dapat terus direalisasikan.
6
Semoga perkongsian idea dan hubungan silaturahim melalui program jalinan ini dapat
mencorakkan pelbagai pembaharuan ilmu dan kemahiran terkini dalam organisasi ke arah
menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara.
Sesungguhnya, kejayaan dan perkembangan sesebuah organisasi banyak bergantung
kepada kebersamaan dan kerja sepasukan yang bersifat kreatif dan inovatif.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Pelan Induk Kecemerlangan (PIK) IAB 2022-2026 meneruskan kecemerlangan PIK
IAB (2017-2021) yang berasaskan kepada tiga Bidang Keberhasilan Utama atau Key Result
Area (KRA) iaitu Latihan dan Pembangunan, Master Trainer dan Pusat Rujukan. Tiga bidang
keberhasilan utama ini pula disokong oleh enam subbidang Keberhasilan Utama yang terdiri
daripada Pembangunan Individu, Pembangunan Organisasi, Pembangunan Master Trainer,
Pengurusan Pengetahuan, Jaringan dan Kolaboratif serta Penyelidikan dan Penerbitan.
Tuan-tuan dan puan-puan, untuk makluman, Kebitaraan (niche area) IAB Cawangan
Sabah adalah mengupayakan kepimpinan sekolah pulau dan sekolah pedalaman.
Bersangkutan dengan PIK IAB ini, maka IABCSBH telah merancang melaksanakan Program
Pemantapan Pemimpin di Sekolah Terintang (Sekolah Pulau/Sekolah Pedalaman/Sekolah
Kurang Murid). Matlamat utama program ini ialah membangunkan pemimpin sekolah yang
proaktif dan kreatif dalam usaha mencemerlangkan sekolah dengan tidak mengabaikan
keperluan perkhidmatan dan risiko.
Dalam masa yang sama, IABCSBH juga menyahut cabaran Gelombang Volatility,
Uncertainty, Complexity and Ambiguity (VUCA) dan era digital dalam merealisasikan agenda
transfomasi negara seperti yang digariskan oleh Gelombang Ketiga (2021-2025) Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sememangnya, sebagai institusi
latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung negara, IAB berhadapan dengan
pelbagai dugaan dan cabaran bagi memastikan latihan yang dilaksanakan kekal relevan serta
mampu merealisasikan matlamat transformasi pendidikan negara. Justeru itu, idea dan
pemikiran baharu sentiasa diimplementasikan bagi melestarikan sistem latihan agar sentiasa
memberi impak positif dalam menzahirkan pemimpin berprestasi tinggi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kebersamaan dalam setiap tindakan dititikberatkan dalam organisasi IABCSBH bagi
memastikan hasil kerja bersifat bersepadu dan menyeluruh. Bahkan, saya membuka minda
dan membawa seluruh warga organisasi IABCSBH agar terus melangkah ke hadapan
dengan mempraktikkan Together we reach the WORLD by practicing RARE and executing
7
RICH. Begitu jugalah kesepaduan idea dan tindakan untuk memastikan matlamat bersama
akan dapat dicapai. Dalam erti kata lain, pemimpin dan ahli organisasinya perlu mempunyai
visi dan misi yang sama lantas hala tuju juga semestinya sama. Lantaran itu, ketulusan budi
dan ketelusan bakti dalam melaksanakan tugas dapat mewujudkan persekitaran kerja yang
lebih harmoni, malah akan menzahirkan perhubungan akrab dalam organisasi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati.
Sebelum mengundurkan diri saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak
langsung dalam menjayakan program Lawatan Jalinan Strategik ini. Saya berharap semoga
kolaboratif yang terjalin ini iaitu antara Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala
Limpur dan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah akan terus memberi nilai tambah yang
positif kepada pembangunan organisasi bahkan menjadi suri teladan dan sumber rujukan
kepada semua pihak. Usaha jalinan ini perlu dikekalkan secara bersepadu dan tersusun
melalui konteks budaya dan tradisi agar mampu menjayakan hasrat dan aspirasi
mentransformasikan pendidikan negara seperti yang diungkapkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Akhir kata, sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan daripada
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Yang
Berbahagia Encik Zainudin bin Mohamad kerana sudi berkunjung ke IAB Cawangan Sabah
bagi program Lawatan Jalinan Strategik ini.
Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufiq wal hidayah Assalammualaikum Wrh Wbrkth.
8
3
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
YBrs. Puan Khaziyati binti Osman
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA, PESTA KAAMATAN
DAN HARI GAWAI
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH
Tarikh:
27 Mei 2022 (Jumaat)
Tempat:
Bilik Mesyuarat Danum 2
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
9
Yang Berusaha,
Ketua-ketua Penolong pengarah dan Penolong-penolong Pengarah dari Jabatan Pendidikan
Sabah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Sabah
Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah Encik Norman bin Sani,
Ketua-ketua Jabatan,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana memberi kesempatan kepada kita untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan Majlis
Hari Raya, Kaamatan dan Hari Gawai anjuran Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah pada
pagi ini.
Kompang bergema pusaka bangsa,
Dipalu oleh si anak muda;
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.
Pada kesempatan ini juga, bagi mewakili Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
saya ingin mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang terdiri daripada pegawai-pegawai
daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri
Sabah, pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Telekom Malaysia Berhad, para
kakitangan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK); dan kakitangan
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah dan
tidak dilupakan juga para tetamu lain yang turut dirai khususnya para warga Institut Aminuddin
Baki Cawangan Sabah.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Burung kedidi di pohon nangka,
Anak bayan hinggap di dahan,
Orang berbudi kita berbahasa,
Mesra ikatan erat perpaduan
Semoga majlis yang diadakan pada pagi ini akan menjadi pemangkin berterusan ke arah
pembudayaan nilai-nilai persefahaman dan semangat muhibah dan seterusnya menjadi
wadah yang akan mengukuhkan lagi ikatan sillaturahim dalam kalangan kita sejajar dengan
10
laungan gagasan “Keluarga Malaysia” yang telah mendasari latar masyarakat majmuk negara
kita sejak sekian lama.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Justeru, saya percaya sambutan majlis atau perayaan seumpama ini juga turut
memberikan mesej yang jelas betapa pentingnya untuk kita saling menyemai dan
membudayakan nilai dan norma saling faham memahami, hormati-menghormati dan
menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang kepada keutuhan perpaduan,
kemakmuran dan kesejahteraan negara kita selama ini.
Oleh yang demikian, pada masa yang sama; saya percaya penganjuran majlis
seumpama ini juga akan membuka ruang dan kesempatan terbaik untuk kita sama-sama
mengukuhkan ikatan silaturahmi, ikatan kerjasama dan hubungan profesional yang telah
sedia terjalin; di samping mengukuhkan lagi persefahaman sedia ada dalam kalangan kita.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung di
negara kita Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah khususnya turut memainkan peranan
penting dalam merealisasikan visi dan misi IAB iaitu menjadikan IAB sebagai satu entiti atau
pusat terulung dalam konteks pembangunan kepimpinan pendidikan yang terbilang di
samping merealisasikan agenda membangunkan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan
organisasi pendidikan yang berkualiti yang mana visi dan misi berkenaan selari dengan
agenda yang telah digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025).
Oleh yang demikian, sejajar dengan visi dan misi berkenaan IAB juga turut menuju
ke arah usaha untuk menghasilkan produk pemimpin pendidikan yang berkredibiliti dan
memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang ulung; dan mampu menjadi role model bukan sahaja
dalam konteks kepimpinan dan pengurusan pendidikan tetapi juga mampu menjadi agen
penyatuan dan model perpaduan kepada masyarakat Malaysia yang majmuk sifatnya.
Justeru, saya menaruh kepercayaan bahawa majlis pada pagi ini walaupun diadakan
dalam skala sederhana akan mampu menjadi pencetus dan pemangkin bermakna ke arah
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan kita dan seterusnya menjadi salah satu segmen
penting dalam membantu mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum
yang berpayung di bawah satu bumbung “Keluarga Malaysia”.
Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kelab
Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah di atas komitmen
11
yang tidak berbelah bahagi dalam penganjuran majlis kita pada pagi ini penghargaan ini juga
turut ditujukan kepada semua warga IAB Cawangan Sabah yang turut terlibat dalam
menjayakan majlis yang cukup bermakna ini. Semoga majlis ini mampu menjadi asas kepada
kita semua untuk terus bersatu; dan seterus menjadi model perpaduan kepada masyarakat
berbilang kaum di negara kita.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”, dan “Gayu Guru Gerai
Nyamai” kepada semua.
Sekian, terima kasih.
12
4
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
YBrs. Puan Khaziyati binti Osman
Pengarah Cawangan
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
LAWATAN PROGRAM KERJASAMA JARINGAN STRATEGIK
SMK DATO’AHMAD MAHER KOTA BAHRU, KELANTAN KE
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH
Tarikh:
29 Julai 2022 (Jumaat)
Tempat:
Bilik Mesyuarat Danum 2
Institut Amiduddin Baki Cawangan Sabah
13
Bismillahirrahmannirrahim Alhamdullilah hirobbil alamin, wa salaatu wa salaamu ‘alaa
sayidina Muhammad wa’alaa alihi wasahbihi ajmain. Assalamu’alaikum warahmatullaji
wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan selamat pagi.
Yang Berusaha Dr. Hajah Rani binti Abd Mutalib, Pengetua cemerlang SMK Dato’ Ahmad
Maher Kota Bahru, Kelantan.
Yang dihormati, Encik Norman Bin Sani (Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah)
Penolong Kanan-Penolong Kanan, Ketua Bidang dan semua ahli rombongan SMK Dato’
Ahmad Maher Kota Bahru, serta pensyarah-pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan
Sabah (IABCSBH) yang hadir bersama dalam program kita hari ini.
Terlebih dahulu saya bagi pihak IAB Cawangan Sabah mengalu-alukan kedatangan semua
ahli rombongan dari SMK Dato’ Ahmad Maher. Selamat datang ke Sabah, Negeri di bawah
bayu dan Kampus IAB Cawangan Sabah.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Program Kerjasama Jaringan Strategik antara SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru
dengan pihak kami di IABCSBH adalah suatu langkah yang sangat dialu-alukan sebagai
usaha untuk meningkatkan dan memartabatkan aspek kepimpinan dalam bidang pendidikan.
Saya dimaklumkan bahawa SMK Dato’ Ahmad Maher sebuah sekolah kluster kecemerlangan
harian. Sebuah sekolah yang telah berjaya mencatatkan beberapa rekod baharu dalam
Malaysia Book of Records. Program ini juga adalah satu langkah yang sangat baik untuk
meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak yang akan membolehkan lebih banyak
peluang dan ruang untuk belajar memimpin, perkongsian kepakaran dalam inovasi,
perkongsian dalam pembangunan sumber manusia, menggalakkan perbincangan secara
ilmiah, memperbanyak dan memperluaskan bidang penyelidikan, membentuk kerjasama
yang proaktif dalam mencari solusi kepada perkara-perkara yang berkaitan kepimpinan serta
seharusnya kerjasama ini akan merapatkan hubungan ukhuwah antara kedua-dua pihak.
Sehubungan itu, pihak IABCSBH amat berharap kerjasama strategik ini akan mampu
memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Seterusnya akan menjadi suatu landasan
terbaik dalam usaha meningkatkan mutu dan kualiti Pendidikan di negara kita. Besarlah
harapan saya agar kerjasama ini dapat kekal hubungan juga membina ikatan ukhuwah
antara kedua-dua pihak.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kehadiran dan kesediaan pihak SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru sebagai “rakan”
strategik utama amat kami hargai. Saya sangat berbesar hati dan mengucapkan ribuan
14
terima kasih kepada pihak SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru atas kesudian itu. Selepas
ini diharapkan akan lebih banyak lagi perkongsian amalan terbaik dalam pendidikan boleh
dilaksanakan antara SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru dengan IAB Cawangan Sabah
yang akan memberikan nilai tambah kepada kualiti profesionalisme kepada semua pihak
terlibat.
Cenderawasih dari utara
Darilah Kelantan terbang ke Sabah
Salam kasih salam sejahtera
Hadir menjalin membina ukhuwah
Akhir kata, jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada para tetamu yang hadir.
Diharapkan jalinan kerjasama yang telah sedia wujud ini diteruskan dan dieratkan untuk akan
datang. Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
15
5
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
YBrs. Puan Khaziyati binti Osman
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
TEKS UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI
DARIPADA PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH
Tarikh:
1 Mei 2022
Tempat:
Bilik Mesyuarat Danum 2
Institut Amiduddin Baki Cawangan Sabah
16
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Keluarga
Malaysia. Ramadhan telah hampir ke penghujungnya dan syawal bakal membuka tirainya.
Rasa syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan dan izinNya
kita bertemu pada syawal tahun ini.
Alhamdulillah, kali ini kita dibenarkan balik kampung untuk meraikan akhir ramadhan
dan menyambut syawal bersama ibu bapa, datuk, nenek, adik-beradik dan saudara mara
setelah sekian lama tidak dapat berkumpul akibat pandemik yang melanda. Peluang bersama
ahli keluarga dalam perayaan Syawal kali ini perlu kita maksimakan dengan ambil peduli
terhadap SOP seperti memakai mask dan mencuci tangan terutama ketika bergejala.
Pengalaman lalu telah mengajar kita untuk sentiasa peka agar kesihatan kekal terjaga.
Sambutan Hari Raya pada kali ini agak sederhana memandangkan kita baru sahaja
memasuki Fasa Peralihan ke Endemik disebabkan wabak COVID-19. Namun, ia bukan tanda
kita tidak patut meraikan Aidilfitri. Dengan cabaran yang kita hadapi, kita masih mampu
menzahirkan semangat meraikan kemenangan selepas mengerjakan ibadah puasa
Ramadhan selama 30 hari dengan cemerlang. Bukan saja menang kerana berjaya mengawal
nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari di bulan Ramadhan, malah
kemenangan ini menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang. Terima
kasih kepada semua warga IAB yang masih cekal mengekang wabak COVID-19. Jasa tidak
ternilai ini amat dihargai dan disematkan dalam doa seharian kita bersama.
Besarlah harapan saya agar kita terus memekarkan budaya merapatkan ukhuwah
dalam organisasi kita. Dalam surah Al-Anfaal ayat 63 sendiri menyebut dengan indah “Dan
(Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau
belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga
menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara
(hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sempena meraikan
bulan yang mulia ini juga, saya nukilkan serangkap pantun:
Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Lautan Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadan kerana Keinsafan,
Indahnya Syawal kerana Kemaafan.
Jari disusun memohon maaf dan ampun
Sebarang khilaf sepanjang perkenalan
17
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Daripada saya Pengarah IAB Cawangan
Sabah dan seluruh warga IAB Cawangan Sabah. Wabillahi Taufik Wal Hidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
18
6
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
YBrs. Puan Khaziyati binti Osman
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia
TEKS UCAPAN PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH
BENGKEL KIK
Tarikh:
25 April 2022
Tempat:
Bilik Mesyuarat Danum 2
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
19
Yang berusaha En. Norman bin Sani Timbalan Pengarah Cawangan IAB Cawangan Sabah,
Yang Berusaha Ketua-Ketua Jabatan
Yang dihormati Puan Suriati binti Suhaimi Ketua Jabatan, Kepimpinan Kualiti dan Inovasi IAB
Cawangan Utara,
Yang Berusaha Dr. Teoh Hong Kean Pensyarah kanan IAB Cawangan Utara, Pensyarah-
pensyarah kanan, staf sokongan IAB Cawangan Sabah seterusnya tuan-tuan dan puan-puan
yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan
dan kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama pada hari ini dalam Bengkel Kumpulan Inovatif dan
Kreatif (KIK).
Tuan-tuan dan puan-puan, selari dengan perubahan persekitaran yang dinamik serta
kehendak pelanggan dan pihak berkepentingan yang semakin meningkat memerlukan agensi
sentiasa menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan, maka dengan itu pihak kerajaan
telah memberi penekanan terhadap Inovatif dan Kreatif agar perkhidmatan yang disampaikan
sentiasa memenuhi kehendak dan harapan pelanggan.
Oleh itu, panduan pembudayaan dan pemerkasaan dalam sektor awam melalui
horizon baharu kumpulan inovatif dan kreatif diterbitkan sebagai peneraju agenda
transformasi negara yang bersifat inovatif dan kreatif melalui terjemahan penjanaan idea
baharu dan membawa perubahan berimpak tinggi berteraskan kecekapan dan keberkesanan.
Justeru, diharapkan melalui pelaksanaan bengkel KIK ini akan memberi ruang dan peluang
kepada semua pensyarah dan staf sokongan IAB Cawangan Sabah dalam menghasilkan
sesuatu inovasi sama ada secara fizikal atau digital secara lebih kreatif.
Seterusnya, saya mengambil peluang untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi IAB Cawangan Sabah atas inisiatif dalam
mengendalikan bengkel KIK ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan bengkel KIK pada kali ini.
Tidak lupa kepada kedua-dua penceramah dari IAB Cawangan Utara iaitu Puan Suriati binti
Suhaimi dan Dr. Teoh Hong Kean atas kesudian dalam menjayakan bengkel KIK ini.
20
Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, izinkan saya berpantun:
Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta
Kalau pergi Tanjung Keramat
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga bengkel KIK mendapat berkat
Oleh itu, saya akhiri dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Sekian dan terima kasih.
21
7
TALKING POINTS
PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH
DALAM SESI DATO’ PENGARAH BERSAMA WARGA IABCSBH
Tarikh :
23 Jun 2022
Tempat:
Courtyard Hotel Kota Kinabalu
22
Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.
Yang Berbahagia,
Dato’ Dr. Tajuddin bin Mohd Yunus,
Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia
Yang Berusaha,
Encik. Norman bin Sani
Timbalan Pengarah Cawangan, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Yang Berusaha ,
Ketua-ketua jabatan dan Pegawai Eksekutif,
Yang dihormati
Pensyarah-pensyarah kanan dan anggota khidmat pelaksana IAB Cawangan Sabah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.
kerana atas limpah perkenan dan rahmat-Nya kita dapat berkumpul untuk majlis Dato’
Pengarah bersama warga Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah bagi tahun 2022.
• Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Dato’ Pengarah melapangkan masa
bersama warga Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCSBH) dalam Program
Bicara Profesional bersama peserta kursus NPQEL 2022, seterusnya
menyempurnakan majlis penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan
Anugerah Inovasi bagi tahun 2022.
• Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Pengarah memberi suntikan semangat kepada
warga IABCSBH dalam melonjakkan kecemerlangan IABCSBH sebagai sebuah
Institut latihan yang unggul dalam melahirkan pemimpin sekolah berprestasi tinggi bagi
memartabatkan kualiti pendidikan di negeri Sabah sehingga ke peringkat global.
Kompang bergema pusaka bangsa
Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
kami menyambut penuh gembira
23
• Ucapan terima kasih juga atas komitmen warga IABCSBH dalam menjayakan program
ini. Ucapan setinggi tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
tahun 2021. Anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan atas
sumbangan serta khidmat bakti yang telah ditunjukkan dalam perkhidmatan.
• Semoga anugerah tersebut menjadi pendorong dan perangsang untuk berkhidmat
dengan lebih ggih lagi dalam mencemerlangkan organisasi IABCSBH. Di samping itu,
setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para pensyarah IABCSBH yang
telah berjaya dalam pertandingan KIK anjuran IAB KPM.
• Penyertaan IABCSBH yang telah menyertai 2 kategori dan 4 pasukan iaitu Kategori
Penciptaan terdiri daripada pasukan CHECKMATE memperolehi 5 bintang, pasukan
WONDER POWER memperolehi 4 bintang dan pasukan pensyarah baharu iaitu
NEW2U memperolehi 4 bintang. Manakala bagi kategori penambahbaikan, pasukan
FIRST 8 memperolehi 4 bintang.
• Pencapaian keseluruhan IABCSBH memperolehi anugerah Naib Johan Keseluruhan
pertandingan KIK 2022 . Tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang telah
menjulang nama IABCSBH setanding dengan rakan-rakan kita di Semenanjung. Ini
membuktikan para pensyarah IABCSBH mampu berusaha untuk melonjakan
kecemerlangan organisasi. Kerja sepakat membawa berkat, sepakat Sabah hebat.
Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang negara terbilang
Anugerah diterima tanda kecemerlangan
Sekian, terima kasih.
Wabillahi al-taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum warahmatullahi. wabarakatuh.
24
8
TALKING POINTS
PENGARAH IAB ENSTEK KPM
SEMPENA BICARA PROFESIONAL PESERTA NPQEL
DAN PENSYARAH IABCSBH
Tarikh :
23 Jun 2022
Tempat:
Courtyard Hotel Kota Kinabalu
25
Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis. Terima kasih juga ditujukan
kepada Ustaz Mohd Fauzi Arafat bin Abdul Mumin yang telah memimpin bacaan doa.
Yang Berusaha Puan Khaziyati binti Osman, Pengarah IAB Cawangan Sabah
Encik. Norman bin Sani, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah.
Ketua-ketua jabatan, Pensyarah-pensyarah kanan, Pegawai Eksekutif dan anggota khidmat
pelaksana IAB Cawangan Sabah yang menjadi teraju utama dalam menjayakan Kursus
NPQEL seterusnya para peserta kursus NPQEL ambilan 2022.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, marilah kita besama-sama melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.
kerana atas limpah perkenan dan rahmat-Nya kita dapat berkumpul untuk majlis Bicara
Profesional Peserta NPQEL dan Pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah bagi
tahun 2022.
● Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas komitmen warga IABCSBH dalam menjayakan
program ini.
● Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah IABCSBH atas usaha
berterusan untuk menjayakan kursus NPQEL tahun 2022 yang merupakan program
utama IAB KPM sebagai pusat pembangunan kepimpinan pendidikan yang unggul
dan menjayakan misi IAB untuk membangunkan keupayaan kepimpinan pendidikan
bagi menghasilkan organisasi berkualiti dan pemimpin sekolah berprestasi tinggi
seperti yang termaktub dalam Anjakan 5, PPPM 2013 - 2025
KEPIMPINAN TANGKAS (AGILE LEADERSHIP)
Para pensyarah dan peserta kursus NPQEL yang dikasihi,
• Pandemik COVID-19 telah mendatangkan impak terhadap sistem kesihatan, ekonomi,
politik, sosial dan pendidikan negara yang telah memberi kesan kepada ekosistem
kehidupan organisasi dan institusi keluarga.
26
• Impaknya, pemimpin yang perlu tangkas (Agile Leadership), berdaya tahan bagi
menghadapi dan menangani cabaran global dalam menjayakan dasar pendidikan
negara yang memberi fokus terhadap kemenjadian murid, kualiti guru dan kepimpinan
berkualiti serta program sekolah sejahtera.
• Kepimpinan tangkas ini kompeten dalam mewujudkan konteks yang sesuai bagi
organisasi dan persekitaran dengan membina pasukan yang tangkas dalam
berkolaboratif, belajar antara satu sama lain, mendapat maklum balas pantas daripada
pelanggan perkhidmatan dan fokus terhadap pembelajaran yang berkualiti dan
berterusan.
• Sehubungan dengan itu, para peserta kursus NPQEL diharap menjadi pemimpin yang
tangkas (Agile Leadership) dan dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh melalui
modul-modul yang disampaikan oleh para pensyarah antaranya, modul
berketrampilan, modul berwawasan, modul menerajui perubahan dan modul
mencemerlangkan organisasi dengan menadaptasikan ilmu dan pengalaman dalam
menghadapi dan menanggani perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan
seperti sistem pentaksiran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk melahirkan generasi
murid yang berdaya saing di peringkat global.
• Sebagai pemimpin, harus menangani dengan cekap pelbagai isu dalam situasi yang
pelbagai meneraju perubahan. Konsep tadbir urus insan (Human Governance) juga
boleh menjadi alternatif kepada strategi menghadapi cabaran. Kemampuan berfikir
dengan cara yang berbeza dapat memberi ketangkasan kepada pemimpin tersebut.
• Di samping itu, krisis tersebut menuntut penyesuaian ketara serta cabaran baharu
dalam bidang pendidikan yang perlu ditangani pemimpin berdaya tahan bagi
membantu negara berdepan pandemik, perubahan ketara dalam masyarakat,
organisasi dan individu yang sukar dijangka dalam sistem konvensional.
• Pemimpin berdaya tahan akan mengambil peluang ini untuk terus berkembang dan
mengadaptasi dalam fasa pemulihan.
• Menurut pakar tingkah laku, Dr. Joseph Folkman, pemimpin berdaya tahan adalah
mereka yang melihat kegagalan sebagai gangguan sementara yang membolehkannya
pulih dengan segera.
27
• Pemimpin berdaya tahan bermula dengan membayangkan bagaimana bentuk
kejayaan dalam situasi semasa. Pemimpin akan merangka pelan tindakan dengan
lebih agresif dan imaginatif dengan menentukan matlamat terlebih dahulu.
• Pemimpin sekolah yang tangkas dalam menanggani masalah dan membina
kecemerlangan sekolah akan berusaha untuk membina jaringan dan jalinan dengan
pihak-pihak berkepentingan ke arah menjadikan hubungan strategik sebagai platform
untuk menjana kecemerlangan sekolah seperti membina hubungan yang mampan
dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) , JPN dan menjadikan PPD sebagai rakan
elit yg juga rakan strategik untuk memperkasa sektor pendidikan negara.
• Di samping itu, pemimpin sekolah juga harus mempunyai wawasan yang jelas dan
hala tuju yang tepat dalam memperkasa sistem pentaksiran di sekolah seperti
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mana PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran bersifat holistik yang melihat dari segi JERIS. Dalam Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) pula merupakan pentaksiran berterusan dalam sesi PdP dan berlaku
secara formatif dan sumatif sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang
pembelajaran.
• Tuan-tuan dan puan-puan yang merupakan Para pemimpin berprestasi tinggi, perlu
sentiasa memahami dan menghayati dasar-dasar dalam memperkasa sekolah
antaranya ialah Sekolahku Sejahtera dan mampu mengaplikasikannya serta
melestarikan amalan tersebut di peringkat sekolah.
• Peserta NPQEL diharap dapat menjadi pemimpin berprestasi tinggi yang sentiasa
memahami cabaran di peringkat akar umbi serta melihat ruang dan peluang bagi
menambahbaik ekosistem sekolah berdasarkan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus
ini.
• Di samping itu, semua peserta NPQEL perlu mempunyai minda masa depan yang
memikirkan dan merancang ikhtiar yang terbaik dalam memimpin dan mengurus
sekolah demi kesejahteraan pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.
• Pada tahun ini, sempena sambutan hari guru pihak KPM telah melancarkan program
#SekolahkuSEJAHTERA yang mengandungi 14 elemen yang perlu dikuasai oleh
semua iaitu elemen selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan,
harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi (Rujuk : Pelancaran
oleh Datuk Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan)
28
• Para peserta NPQEL juga diharap dapat menguasai Konsep Sekolahku SEJAHTERA
selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri.
• Konsep ini dapat menambah baik peranan guru sebagai pemboleh daya penerapan
elemen SEJAHTERA. Penerapan elemen SEJAHTERA dalam kalangan murid perlu
dilaksanakan secara menyeluruh dalam dan luar sekolah yang melibatkan aktiviti
berstruktur dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid yang sejahtera sudah pasti
akan membentuk sekolah sejahtera. Usaha ini perlu melibatkan pihak sekolah dengan
keluarga serta sokongan komuniti secara kolaboratif.
• Adalah menjadi harapan agar pemimpin sekolah dapat menerapkan elemen dalam
konsep sekolahku SEJAHTERA yang difahami, dipraktikkan dan dihayati serta dapat
membentuk budaya amalan baik di sekolah dan mewujudkan suasana sekolah yang
selamat. Elemen yang dipraktikkan ini berupaya melahirkan insan bernilai positif yang
dapat menyumbang terhadap pembentukan masyarakat sejagat.
Sekian, Terima kasih.
Wabillahi al-taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum warahmatullahi. wabarakatuh.
29
9
TALKING POINTS
KETUA PUSAT PENGURUSAN DASAR DAN INOVASI
IAB ENSTEK DALAM SESI BICARA PROFESIONAL
PROGRAM PEMANTAPAN PEMIMPIN SEKOLAH
TERINTANG (ProPSeT)
PPD SEMPORNA TAHUN 2022
Tarikh:
25 Ogos 2022
Tempat :
Pejabat Pendidikan Daerah Semporna
30
Terima kasih diucapkan kepada saudara pengacara majlis. Terima kasih juga ditujukan
kepada Ustaz Muhaimin bin Mobin Penolong Pegawai PPD Semporna yang telah memimpin
bacaan doa.
Yang Berusaha Puan Khaziyati binti Osman, Pengarah IAB Cawangan Sabah
Encik. Norman bin Sani, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah.
Tuan Haji Salleh bin Ismail Kong, Pengurus Program Pemantapan Pemimpin Sekolah
Terintang (ProPSeT) PPD Semporna.
YBrs Dr. Abdul Ghani bin Sani, Pengurus Bersama Program (ProPSeT) PPD Semporna
Pensyarah-pensyarahkKanan dan Pensyarah-pensyarah yang terlibat menjayakan Program
Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna.
Pengetua dan guru besar yang menyertai Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang
(ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, marilah kita besama-sama melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.
kerana atas limpah perkenan dan rahmat-Nya kita dapat berkumpul untuk majlis Bicara
Profesional bersama pengetua dan guru besar dalam Program Pemantapan Pemimpin
Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022.
● Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas komitmen warga IABCSBH dalam menjayakan
program ini.
● Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua dan Guru Besar yang menyertai
Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun
2022.
● Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah IABCSBH atas usaha
berterusan untuk menjayakan Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang
(ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022 yang merupakan program IAB KPM sebagai
pusat pembangunan kepimpinan pendidikan yang unggul dan menjayakan misi IAB
untuk membangunkan keupayaan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan
organisasi berkualiti dan pemimpin sekolah berprestasi tinggi sebagaimana yang
terdapat dalam Anjakan 5, PPPM 2013 – 2025.
31
CABARAN PEMIMPIN PENDIDIKAN DALAM DUNIA VUCA
Para pensyarah, pengetua dan guru besar yang menyertai Program Pemantapan Pemimpin
Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.
• Cabaran pasca pandemik COVID-19 telah mendatangkan impak terhadap sistem
kesihatan, ekonomi, politik, sosial dan pendidikan negara yang telah memberi kesan
kepada ekosistem kehidupan organisasi dan institusi keluarga telah mewujudkan
dunia VUCA atau turut dipanggil The New Normal.
• VUCA iaitu Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity. Volatility adalah
peningkatan kemeruapan yang sangat drastik terhadap perubahan empat dimensi
iaitu jenis, kelajuan, isi padu dan skala. Dunia VUCA adalah satu situasi yang sukar
diramal. Tidak ada apa yang pasti dalam dunia VUCA. Kita sukar membuat ramalan
atau jangkaan seperti dulu.
• Justeru, pengetua dan guru besar sekolah memainkan peranan penting dalam
menerapkan sifat kepimpinan bagi mendepani cabaran dunia pendidikan menerusi
visi, kefahaman, kejelasan dan ketangkasan dalam menghadapi dunia VUCA.
• Menurut George William Casey Jr, seorang jeneral tentera bersara Amerika Syarikat
yang juga pensyarah kanan di Cornell University menzahirkan kebimbangan luar biasa
berhubung persediaan menghadapi dunia VUCA menerusi kertas putihnya bertajuk
Leading in a VUCA World. Dibentangkannya kerangka persediaan dalam melatih
pemimpin masa depan agar dunia VUCA dapat dihadapi sebaiknya
• Untuk menghadapi cabaran pendidikan dalam dunia VUCA memerlukan kepimpinan
yang tangkas yang di kenali Agile leadership
• Pemimpin-pemimpin sekolah yang tangkas (Agile Leadership) mestilah mempunyai
daya tahan bagi menghadapi dan menangani cabaran global dalam menjayakan dasar
pendidikan negara yang memberi fokus terhadap kemenjadian murid, kualiti guru dan
kepimpinan berkualiti serta program sekolah sejahtera.
• Kepimpinan tangkas juga sangat kompeten dalam mewujudkan konteks yang sesuai
bagi organisasi dan persekitaran dengan membina pasukan yang tangkas dalam
berkolaboratif, belajar antara satu sama lain, mendapat maklum balas pantas daripada
32
pelanggan perkhidmatan dan fokus terhadap pembelajaran yang berkualiti dan
berterusan.
● Sehubungan dengan itu, para pengetua dan guru besar yang menyertai Program
Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022
diharap menjadi pemimpin yang tangkas (Agile Leadership) yang dapat
mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperoleh dalam kursus NPQEL yang telah diikuti di
Institut Aminuddin Baki melalui modul-modul yang telah disampaikan oleh para
pensyarah antaranya, modul berketrampilan, modul berwawasan, modul meneraju
perubahan dan modul mencemerlangkan organisasi serta modul jaringan dan jalinan.
● Kepimpinan yang cekap dapat mengadaptasikan ilmu dan pengalaman dalam
menghadapi cabaran pendidikan dalam dunia VUCA untuk menanggani perubahan
yang berlaku dalam sistem pendidikan seperti sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
untuk melahirkan generasi murid yang menguasai kemahiran pembelajaran dalam
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan berorientasikan ilmu supaya mereka
dapat berdaya saing di peringkat global.
• Sebagai pemimpin dalam dunia VUCA, para pengetua dan guru besar mestilah
berusaha unuk menangani dengan cekap dan pantas pelbagai isu dalam pelbagai
situasi untuk meneraju perubahan ke arah menjadikan sekolah sebagai sebuah
organisasi pembelajaran yang cemerlang.
• Di samping tu, penerapan elemen tadbir urus insan (Human Governance) juga penting
ntuk menjayakan kepimpinan dan pengurusan sekolah dalam dunia VUCA yang
penuh mencabar supaya semua anggota dalam organisasi mempunyai jati diri dan
integriti yang tinggi dalam melaksanakan amanah mereka. Konsep tadbir urus insan
(Human Governance) menjadi alternatif dalam strategi menghadapi cabaran global
yang menuntut komitmen padu pemimpim dalam menggerak dan mencemerlangan
organisasi sekolah.
• Selain itu, kemampuan berfikir dalam beberapa cara yang berbeza dapat memberi
ketangkasan kepada pemimpin sekolah untuk mengambil tindakan yang berkesan
dalam dunia VUCA yang penuh cabaran dengan ketidaktuan seperti dahulu.
• Di samping itu, krisis tersebut menuntut penyesuaian ketara serta cabaran baharu
dalam bidang pendidikan yang perlu ditangani pemimpin berdaya tahan bagi
33
membantu negara berdepan dengan cabaran pandemik, perubahan ketara dalam
masyarakat, organisasi dan individu yang membawa ketidaktentuan dalam sistem
konvensional. Pemimpin berdaya tahan akan mengambil peluang ini untuk terus
berkembang dan mengadaptasi dalam fasa pemulihan.
• Menurut pakar tingkah laku, Dr Joseph Folkman, pemimpin berdaya tahan adalah
mereka yang melihat kegagalan sebagai gangguan sementara yang membolehkannya
pulih dengan segera.
• Pemimpin berdaya tahan bermula dengan membayangkan bagaimana bentuk
kejayaan dalam situasi semasa. Pemimpin akan merangka pelan tindakan dengan
lebih agresif dan imaginatif dengan menentukan matlamat terlebih dahulu.
• Pemimpin sekolah yang tangkas dalam menanggani masalah dan membina
kecemerlangan sekolah akan berusaha untuk membina jaringan dan jalinan dengan
pihak-pihak berkepentingan ke arah menjadikan hubungan strategik sebagai platform
untuk menjana kecemerlangan sekolah seperti membina hubungan yang mampan
dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) , JPN dan menjadikan PPD sebagai rakan
elit yang juga rakan strategik untuk memperkasa sektor pendidikan negara.
• Di samping itu, pemimpin sekolah juga harus mempunyai wawasan yang jelas dan
hala tuju yang tepat dalam memperkasa sistem pentaksiran di sekolah seperti
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mana PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran bersifat holistik yang melihat dari segi JERIS. Dalam Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) pula merupakan pentaksiran berterusan dalam sesi pengajran dan
pembelajaran dan berlaku secara formatif dan sumatif sebagai pembelajaran, untuk
pembelajaran dan tentang pembelajaran.
• Tuan-tuan dan puan-puan yang merupakan para pemimpin berprestasi tinggi, perlu
sentiasa memahami dan menghayati dasar-dasar dalam memperkasa sekolah
antaranya ialah Sekolahku Sejahtera dan mampu mengaplikasikannya serta
melestarikan amalan tersebut di peringkat sekolah. SekolahKu Sejahtera telah
dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan secara
maya bersama warga pendidik seluruh negara pada 18 Ogos 2022 untuk memperkasa
kepimpinan sekolah dalam menghadapi cabaran dunia VUCA yang tidak ada
kepastian seperti dahulu.
34
• Pada tahun ini, #SekolahkuSEJAHTERA telah menjadi tema sempena sambutan
hari guru. SekolahKu Sejahtera mengandungi 14 elemen yang perlu dikuasai oleh
semua iaitu elemen selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan,
harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.
• Para peserta ProPSeT PPD Semporna juga diharap dapat menguasai Konsep
Sekolahku SEJAHTERA selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
• Konsep ini dapat menambah baik peranan guru sebagai pemboleh daya penerapan
elemen SEJAHTERA. Penerapan elemen SEJAHTERA dalam kalangan murid perlu
dilaksanakan secara menyeluruh dalam dan luar sekolah yang melibatkan aktiviti
berstruktur dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid yang sejahtera sudah pasti
akan membentuk sekolah sejahtera. Usaha ini perlu melibatkan pihak sekolah dengan
keluarga serta sokongan komuniti secara kolaboratif.
• Para Pengetua dan Guru Besar yang menyertai Program Pemantapan Pemimpin
Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022 diharap dapat menghadapi
cabaran pendidikan dalam dunia VUCA dengan menjadi pemimpin sekolah
berprestasi tinggi yang sentiasa memahami cabaran di peringkat akar umbi serta
melihat ruang dan peluang bagi menambahbaik ekosistem sekolah berdasarkan ilmu
yang diperoleh sepanjang kursus ini. Di samping itu, semua peserta ProPSeT PPD
Semporna perlu mempunyai minda masa depan yang memikirkan dan merancang
ikhtiar yang terbaik dalam memimpin dan mengurus sekolah demi kesejahteraan
pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.
• Akhir kata, dalam menghadapi cabaran pendidikan dalam dunia VUCA, pemimpin
sekolah perlu menghadapi apa jua tuntutan dalam perkembangan baharu yang akan
datang di mana sekolah juga perlu dijadikan sebagai institusi yang menyeronokkan
sekali gus memberi inspirasi kepada murid atau pelajar. Di samping nilai kepimpinan
yang berkarismatik juga penting untuk mengemudi dan menentukan hala tuju sekolah
merealisasikan kualiti kemenjadian murid serta kualiti pengurusan sekolah supaya
dapat berdaya saing dalam cabaran dunia VUCA.
35
• Selain itu, adalah menjadi harapan agar pemimpin sekolah yang menyertai ProPSeT
PPD Semporna dapat menerapkan elemen dalam konsep sekolahku SEJAHTERA
dalam menghadapi cabaran pendidikan dalam dunia VUCA dengan memahami,
mempraktikkan dan menghayati serta dapat membentuk budaya amalan baik di
sekolah dengan mewujudkan suasana sekolah yang selamat. Elemen yang
dipraktikkan ini berupaya melahirkan insan bernilai positif yang dapat menyumbang
terhadap pembentukan masyarakat sejagat.
Sekian, terima kasih.
Wabillahi al-taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum warahmatullahi. wabarakatuh.
36
Perasmian
37
10
TEKS UCAPAN
YBHG. DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS
Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
MAJLIS MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN (NoU)
ANTARA INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SABAH
Tarikh:
23 Jun 2022 (Khamis)
Tempat:
BP House Pengakap
Kota Kinabalu, Sabah
38