Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera
Terima kasih saudara pengacara majlis
Yang Berbahagia
Datuk Dr. Haji Awang Zaini bin Haji Suntim
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
Yang Berusaha Puan Khaziyati Osman
Pengarah
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Encik Norman bin Sani
Timbalan Pengarah
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Encik Muddin bin Beting
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Dr. Melati binti Jilon
Ketua Jabatan Penyelidikan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan, IABCSBH merangkap
(Ketua Kumpulan Pemberi Khidmat Konsultasi Program Konsultasi PPM Negeri Sabah)
Puan Ainol Hidayah binti Abdul Rauof
Ketua Jabatan, Jabatan Konsultasi dan Runding Cara (JKRC), Pusat Konsultasi dan
Pembangunan Organisasi Pendidikan (PKPOP) IAB Induk
Dr. Salwati binti Shafee
Pensyarah Kanan, JKRC, PKPOP, IAB Induk
Ketua Unit Pembangunan Bakat, Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Penampang
Presiden Majlis Belia Sabah
Kementerian Belia dan Sukan Pantai Barat Selatan, Kota Kinabalu
Ketua-Ketua Jabatan, pensyarah-pensyarah kanan IABCSBH yang hadir.
Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap
Malaysia Cawangan Sabah
39
Yang Berbahagia Datuk, tuan-tuan, puan-puan, hadirin hadirat sekalian.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, kita dapat
berkumpul di petang yang mulia ini di B.P House Pengakap Kota Kinabalu, Sabah.Setinggi-
tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YBhg. Datuk Dr. Haji Awang Zaini kerana
telah menerima undangan untuk hadir ke majlis menandatangani Nota Persefahaman antara
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Persekutuan Pengakap
Malaysia Sabah, walaupun cukup sibuk dengan pelbagai tugas penting, YBhg. Datuk sanggup
bersama-sama kita pada petang ini. Kehadiran YBhg. Datuk dalam majlis ini amat bermakna
dan kami hargai dan sanjung tinggi. Terima kasih juga kepada semua yang hadir pada petang
ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan bahawa majlis ini sangat penting dan
bermakna.
YBhg Datuk, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Program Khidmat Konsultasi, Institut Aminuddin Baki adalah satu program yang
dilaksanakan oleh pensyarah IAB yang mempunyai kemahiran dalam memberikan khidmat
konsultasi. Mereka yang telah dilatih ini akan mengaplikasi pendekatan berpusatkan
pelanggan dalam menangani isu utama organisasi melalui khidmat konsultasi secara
kolaboratif. Bersama-sama kumpulan pemberi khidmat konsultasi ini ialah para pensyarah
yang mempunyai pelbagai kepakaran. Mereka dipilih dan dilantik untuk turut serta dalam
kumpulan pemberi khidmat konsultasi berdasarkan keperluan pihak organisasi yang
memerlukannya serta atas persetujuan organisasi yang akan menerima khidmat konsultasi
berkenaan.
YBhg. Datuk, tuan-tuan dan puan-puan,
Kerjasama pintar seperti ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak
yang terlibat. Bagi pihak yang menerima konsultasi, mereka mendapat manfaat perkongsian
kepakaran para pensyarah IAB yang telah dilatih dalam pelbagai pengurusan kepimpinan.
Manakala untuk pihak IAB pula, ia memberi peluang kepada pensyarah terlibat melihat kerja
buat dan mendapat pendedahan baharu berkaitan pengurusan organisasi selain organisasi
dalam KPM. Diharap agar matlamat khidmat konsultasi yang dijalankan ini tercapai.
Pencapaian ini akan dapat dilihat melalui peningkatan tahap keberkesanan dalam pengurusan
dan kepimpinan barisan pemimpin pengakap di negeri Sabah. Seterusnya dapat
memantapkan persekutuan pengakap Malaysia di negeri Sabah. Tahniah dan semoga berjaya
diucapkan kepada penggerak utama kepada program ini iaitu barisan pemberi khidmat
konsultasi dan pensyarah-pensyarah kanan IAB Cawangan Sabah yang terlibat dalam
program ini.
40
Terima kasih dan penghargaan juga kepada Pengarah IAB Cawangan Sabah, Ketua-
ketua jabatan, semua pensyarah IAB yang berkorban masa, tenaga, wang ringgit serta
keringat demi menjayakan program ini. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan
jayanya.Tidak lupa juga kepada pihak Persekutuan Pengakap Malaysia Sabah atas kerjasama
strategik dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan mampu memberi impak
kepada persekutuan pengakap Malaysia khususnya di negeri Sabah. Jutaan terima kasih juga
diucapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Sabah atas sokongan padu dalam menyokong
dan merencanakan program ini.
Akhir kata, YBhg. Datuk dan hadirin sekalian, saya berharap agar kerjasama ini
berpanjangan dan dikembangkan ke peringkat seterusnya seperti pelaksanaan kajian
bersama-sama, pembentangan dalam kolokium anjuran IAB dan sebagainya. Semua
kerjasama ini dilaksanakan bermatlamatkan kemenjadian murid.Sekali lagi saya
mengucapkan sekalung penghargaan kepada YBhg. Datuk Dr. Haji Awang Zaini atas
kesudian melapangkan masa untuk hadir dalam majlis ini. Sebelum berundur diri saya
tinggalkan dengan serangkap pantun.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Wabillahi-taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Sekian, Terima kasih
41
Webinar
42
11
WEBINAR HUMAN GOVERNANCE DALAM LATIHAN IAB BERSAMA
DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD. YUNUS
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tarikh :
23 Ogos 2022
Tempat:
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah
43
Bismillahirrahmani Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terima Kasih Moderator, Tuan Haji Aminuddin bin Ismail, Pensyarah Kanan, Institut
Aminuddin Baki Cawangan Sabah.
Yang Berbahagia,
Datuk Dr. Amin bin Senin, Pengasas Connecting-Dots Learning Mantan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia
Yang Berbahagia,
Dato’ Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh Mantan Pengarah
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia
Yang Berusaha,
Puan Khaziyati binti Osman,
Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Yang Dihormati,
Encik Norman bin Sani
Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Ketua-ketua Jabatan, Pensyarah cemerlang, pensyarah- pensyarah Kanan & Staf
Sokongan serta para peserta webinar sekalian.
Terima kasih kepada moderator, Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan
izin dan limpah kurnia- Nya dapat kita bertemu dan berhimpun dalam majlis ini. Naratif baharu
latihan Institut Aminuddin Baki terbahagi kepada 2 bahagian iaitu subnaratif 1 dan subnaratif
Subnaratif 1, merujuk kepada pensyarah versatile. Subnaratif 2, merujuk kepada
Latihan melalui Modul dan Strategi Pembelajaran Aktif. Pensyarah Versatile perlu mempunyai
personaliti unggul, Trainer sebagai pengamal reflektif professional, memiliki pengiktirafan
professional dan jaringan pembelajaran professional. Modul latihan berkualiti dihasilkan
berasaskan standard reka bentuk latihan yang relevan dan terkini merangkumi pendigitalan
latihan berdasarkan Real Time Profesional Development dengan Konsep latihan menyeluruh
(Total Training Concept).
Strategi pembelajaran aktif menekankan elemen-elemen Modul pembelajaran aktif
secara Pull Mode Training dan E-Modul dalam pembelajaran kendiri di samping pengurusan
44
ruang digital serta intergenerational. Fokus utama dalam subnaratif 1 adalah memperkasa
keupayaan pensyarah untuk melahirkan Pemimpin Berprestasi Tinggi khususnya
penguasaan kemahiran teknikal dan digital dalam kepimpinan sekolah. Naratif Baharu
Latihan juga melahirkan Pensyarah yang memiliki personaliti unggul, pensyarah yang positif
dalam pemikiran agar dapat bertindak dengan cekap dan berkesan, saling menghormati serta
berkomunikasi berkesan. Subnaratif 2 adalah latihan berasaskan modul dan strategi
pembelajaran aktif dan memberi tumpuan kepada penerapan elemen Human Governance
dalam mengurus tadbir organisasi.
Modul latihan yang disampaikan menerapkan elemen-elemen Human Governance
agar penyampaian latihan berasaskan Modul Pembelajaran Aktif (MPA) memberi impak
yang tinggi kepada peserta kursus. Terdapat cabaran dalam sistem sokongan professional
khususnya sokongan digital yang boleh dikaitkan dengan elemen kompetensi pensyarah
yang merujuk kepada sikap pensyarah dalam penyampaian latihan. Human Governance
diberi perhatian untuk pemimpin pendidikan dalam mengurus organisasi yang akan memberi
impak berkesan melalui 2 aspek penting iaitu kebertanggungjawaban dan integriti.
Tanggungjawab dan integriti secara tidak langsung memainkan peranan penting
untuk memantapkan aspek prestasi, paradigma, kebijaksanaan dan ketekalan dalam tadbir
urus insan oleh pemimpin pendidikan. Penyediaan KOMPAS 2.0 (Standard Kompetensi
Pemimpin Sekolah Malaysia) memberi ruang kepada pemimpin Pendidikan meningkatkan
kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah dengan lebih berfokus. Kualiti peribadi
kepimpinan merujuk kepada integriti, orientasi kecemerlangan, orientasi keusahawanan dan
kemahiran mengurus kendiri dan sosial. Peranan KOMPAS 2.0 dalam domain 4:
a. Integriti: Keupayaan menghayati, menerap dan membudayakan nilai integriti dalam
melaksanakan amanah dN kuasa berpandukan peraturan dan undang-undang.
b. Orientasi Kecemerlangan: Keupayaan memimpin pelbagai pihak untuk
merealisasikan matlamat ke arah kecemerlangan organisasi.
c. Orientasi Keusahawanan: Keupayaan menghayati, mencerap dan membudayakan
ciri-ciri keusahawanan melalui inovasi dan kreatif.
d. Kemahiran Mengurus Kendiri & Sosial: Keupayaan mengurus emosi yang stabil &
memahami individu lain serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk
melaksanakan tugas dengan berkesan.
Sekian, Terima kasih.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
45
12
WEBINAR HUMAN GOVERNANCE 2022 BERSAMA
YBRS. PUAN KHAZIYATI BINTI OSMAN PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tarikh :
23 Ogos 2022
Tempat:
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah
46
TEMA: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM DUNIA VUCA MELALUI PENDEKATAN
HUMAN GOVERNANCE
PENGENALAN
Sistem pendidikan hari ini berpeluang untuk mengadaptasikan konsep tadbir urus insan atau
Human Governance dalam menghadapi cabaran dan mengambil pelajaran daripada
persekitaran yang tidak konsisten, tidak pasti, rumit dan kabur (VUCA) masa kini. Pemikiran
pendidikan perlu menerima perubahan yang perlu diberi nafas baharu yang lebih konsisten
dengan misi dan visi yang jelas, pemastian dan faham kepada persekitaran, mempermudah
kerumitan dan tangkas dalam mengendalikan situasi, agar dapat menghasilkan kemenjadian
murid yang berketerampilan dan memenuhi keperluan modal insan masa hadapan. Persiapan
seawalnya adalah perlu dalam memastikan sistem pendidikan kita versatiles dan up-to-date
kepada murid-murid di Malaysia.
Justeru itu, para pemimpin di sekolah khasnya perlu cepat bertindak pantas untuk
memahami perubahan dan komited meningkatkan kapasiti keilmuan minda dan berfikir di luar
jangka demi kemenjadian murid, dan meningkatkan kualiti sekolah adalah antara resepi
immersion dalam dunia VUCA.
MENERAJUI PERUBAHAN
Pemimpin pendidikan perlu menerajui perubahan sekolah-sekolah mengunakan rujukan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2), Standard 1: Kepemimpinan,
aspek 1.1 menekankan Pengetua dan Guru Besar (PGB) sebagai peneraju iaitu bertindak
sebagai peneraju perubahan dalam semua aspek pengurusan dan pendidikan di sekolah bagi
memastikan matlamat dan objektif dapat dicapai (KPM, 2017).
Menurut Boos, Allen dan Hamilton dalam buku Do your know company S.L.Q (1998).
Apa yang perlu dilaksanakan oleh seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi berprestasi
tinggi dalam menerajui perubahan beberapa perlu dilaksanakan. Pemimpin perlulah mencipta
situasi yang kondusif untuk perubahan iaitu dengan menggunakan visi dan misi. Diantaranya
memberi penghargaan bagi tingkah laku yang sesuai dengan visi dan misi. Seorang pemimpin
perlu membangunkan pemimpin pelapis dengan membangunkan pelapis serta membina
keupayaan, menggalakkan orang lain memimpin perubahan. Mereka juga digalakkan
mencapai pembaharuan yang berterusan dan menterjemahkan visi dan misi kepada tingkah
laku yang dipamerkan
47
Rajah 1:
Menerajui Perubahan Boos, Allen dan Hamilton
Seterusnya, VUCA adalah akronim daripada volatility, uncertainty, complexity dan ambiguity.
VUCA digambarkan dalam bentuk grafik seperti rajah di bawah.
Rajah 2 :
Definisi VUCA oleh Anggita Dwina 2021
48
Apa itu VUCA? Bagaimana VUCA memberi impak kepada organisasi pendidikan?
Menurut Anggita Dwina, 2021 menyatakan :
Volatility. Dunia berubah dengan pantas, bergolak, tidak stabil dan tidak dapat diramalkan.
Tahun 2020 telah menjadi tahun yang paling teruk bagi semua bidang di dunia (Pandemik
COVID-19).
Uncertainty. Masa depan penuh dengan ketidakpastian. Sejarah dan pengalaman masa lalu
tidak lagi relevan.
Complexity. Dunia moden lebih kompleks berbanding sebelum ini. Masalah dan akibat lebih
bertindan, berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain. Keadaan luaran yang dihadapi
oleh pemimpin pendidikan semakin rumit.
Ambiguity. Persekitaran semakin membingungkan, tidak jelas, dan sukar difahami. Setiap
situasi dapat menimbulkan banyak tafsiran dan persepsi.
HUMAN GOVERNANCE
Human Governance atau Tadbir Urus Insan atau Tata Kelola Insan, didefinisikan sebagai
tadbir urus yang lebih dari apa yang mampu dicapai atau dirasakan oleh pancaindera,
pengalaman, akal fikiran dan perasaan. Human Governance berbalik kepada teras keinsanan
dalam diri seseorang melalui penggantungan kepada tuhan (Siti Fatimah & Nasri, 2020). Arfah
(2015) menyatakan tadbir urus insan bukan satu peraturan (rules). Seharusnya disemat dalam
diri dan sentiasa tahu bahawa Allah SWT sentiasa melihat apa sahaja yang dilakukan.
Walaupun ada ketikanya tiada orang yang melihat apa yang dilakukan, sesungguhnya Allah
Yang Maha Esa sentiasa mengawasi tindak tanduk hamba-hambaNYA.
Human Governance dan peranan PGB berdasarkan panduan SKKSM dan SKPMg2
yang telah ditetapkan sebagai salah satu alat yang dominan dalam mengesan tahap
kompetensi bakal pemimpin pelapis. Pemimpin perlu mempunyai pendekatan Human
Governance sebagai pendorong, peneraju dan pembimbing kepada warga sekolah untuk
menempuh cabaran baharu menggunakan pelbagai media pendidikan demi mencapai
matlamat kemenjadian murid. Kepemimpinan di era VUCA menurut Bob Johansen pada tahun
2009. Volatility boleh dihadapi dengan Vision iaitu :
• Terima dan hadapi perubahan sebagai persekitaran kerja yang konsisten.
• Menyediakan hala tuju dan nilai pasukan melalui visi yang jelas.
• Menetapkan matlamat yang fleksibel bagi menangani situasi yang tidak menentu.
49
• Atasi Uncertainty boleh diatasi dengan Understanding
• Mengetahui dan memahami serta mengembangkan cara berfikir dan bertindak
sebagai respons terhadap ancaman ketidakpastian.
• Keutamaan untuk menyediakan intervensi, analisis dan interpretasi dan competitive
intelligence (CI). Sentiasa kemaskini ilmu pengetahuan dan terima maklum balas
daripada pelanggan.
• Tinjauan dan penilaian perlu untuk penambahbaikan.
• Kajian dan simulasi perlu dilaksanakan mengikut situasi.
• Complexity boleh dipecahkan dengan Clarity
50
13
WEBINAR HUMAN GOVERNANCE BERSAMA
YBHG. DATUK DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM
MANTAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tarikh :
23 Ogos 2022
Tempat:
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah
51
TEMA: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM DUNIA VOLATILE, UNCERTAINTY,
COMPLEXITY, AMBIGUITY (VUCA) MELALUI PENDEKATAN HUMAN GOVERNANCE
OBJEKTIF :
MEMANTAPKAN PENGURUSAN PERUBAHAN HUMAN GOVERNANCE DALAM
KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN
a) APAKAH MAKSUD HUMAN GOVERNANCE?
Menurut Arfah (2009) Human Governance atau tadbir urus insan merupakan penggerak dan
penghubung kepada kebahagiaan, ketenteraman dan ketenangan dalam jiwa seseorang yang
bernama insan. Ini kerana tadbir urus insan adalah suatu tindakan yang menyepadukan
tindakan, proses, makna dan hasil yang terbaik dalam keputusan yang dilakukan.
Tadbir urus insan mengandungi unsur “Bijak mentadbir hati” menurut Al-Ghazali hati
atau al-Qalb merupakan pati kemanusiaan itu sendiri yang terdiri daripada daya nafsu, daya
amarah, daya Intelek yang mana daya intelek perlu menguasai kedua-dua daya lain iaitu nafsu
dan amarah agar hasil pelakuan menjadi positif, dan sekiranya berlaku sebaliknya sesuatu
yang negatif akan berlaku. Dunia VUCA tanpa batasan menjadi cabaran kepada pemimpin
untuk mengekalkan integriti dan positivisme dalam kalangan warga organisasinya.
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini bahawa kawalan terhadap sikap, pemikiran dan
tindakan bukan lagi satu perkara mudah dalam era digital. Perkara ini dapat diatasi sekiranya
konsep tadbir urus insan diterapkan dalam kepimpinan. Amalan baik dan pematuhan peraturan
bukan kerana kod etika yang telah digariskan dan dipantau tetapi pematuhan itu datang dari
kesedaran kendiri dan hati nurani.
Pemimpin perlulah berpegang dengan prinsip-prinsip umum yang ada pada setiap
manusia. Apatah lagi dalam era digital masa kini, prinsip tersebut perlu lebih jelas dan teguh
dalam diri setiap individu agar dapat memastikan semua perubahan atau perkembangan dapat
dilaksanakan tanpa mengira bangsa atau kepercayaan. Pemimpin perlu lebih berani dan
bersedia untuk mendepani situasi era VUCA masa kini terutamanya dalam situasi yang
berisiko dan serba mencabar. Ini pasti menuntut keputusan dengan kadar yang segera
terutamanya dalam menghadapi waktu-waktu sukar agar kejayaan itu dapat dikecapi dan
kegagalan itu dihindari. Pemimpin perlu memiliki hati nurani dan minda sentiasa terbuka bagi
setiap perubahan terutamanya agar lebih optimis dan berfikir secara rasional.
52
b) BAGAIMANA MEMANTAPKAN PENGURUSAN PERUBAHAN HUMAN
GOVERNANCE DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN
1. TRANSFORMASI MINDA (ANJAKAN PARADIGMA) PEMIMPIN DUNIA VUCA
Dunia VUCA menuntut agar pemimpin pendidikan perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai
strategi dan rancangan yang dapat dipraktikkan bersesuaian dengan keperluan situasi dan
lokasi. Penggunaan aplikasi teknologi moden, digital, penyebaran maklumat, serta
pengenalan kepada teknologi komunikasi moden berkaitan serta penemuan pelbagai teknologi
baharu.
Masa kini segala maklumat adalah di hujung jari. Adab, pertimbangan sihat minda
manusia dalam menggunakan teknologi dan amanah menuntut kepada kepimpinan yang
dapat menerapkan unsur tadbir urus insan dalam organisasi semakin mencabar. Pendidikan
masa kini yang berkait rapat dengan pengurusan dunia VUCA. Sebaiknya dalam situasi
mencabar ini, pemimpin tidak fokus kepada cabaran tetapi fokus kepada adab dengan
mengukuhkan pegangan asas sebagai manusia yang sihat akal, emosi dan minda. Konsep
Governing the heart and soul, manusia mampu menguatkan dalaman diri dalam mendepani
apa sahaja yang mendatang. Oleh itu seorang pemimpin perlu sentiasa mempunyai hati nurani
yang terjaga dengan satu kepercayaan yang kukuh. Impaknya membawa kepada pemikiran
yang tulus lalu dizahirkan dengan perbuatan dan tindakan yang baik serta terpuji.
Justeru, membina jati diri pemimpin pendidikan akan menjadi asas dalam
pembangunan profesionalisme setiap individu. Pembangunan diri ini pasti akan dapat
membantu pemimpin pendidikan untuk lebih berani mendepani cabaran era VUCA pada masa
kini.
2) BERUBAH DARIPADA CORPORATE GOVERNANCE KEPADA HUMAN GOVERNANCE
Dunia VUCA masa kini menuntut Pemimpin untuk menukar konsep Corporate Governance
kepada Human Governance. Corporate Governance menekankan aspek proses dan struktur
yang digunakan untuk mengarah dan mengurus hal ehwal organisasi semata-mata ke arah
meningkatkan prestasi organisasi dan akauntabiliti korporat. Manakala, Human Governance
mengambilkira aspek tadbir urus insan yang menyepadukan tindakan, proses, makna dan
hasil yang terbaik dalam keputusan yang dilakukan.
Pemimpin pendidikan perlulah berpegang dengan prinsip-prinsip umum yang ada pada
setiap manusia. Bertanggungjawab, kejujuran, integriti, rasa hormat dan nilai kepercayaan
yang tinggi. Kecemerlangan pemimpin dengan mengamalkan nilai-nilai murni mampu untuk
memandu perkembangan dan kelangsungan hidup.
53
Apatah lagi dalam era digital masa kini, prinsip tersebut perlu lebih jelas dan teguh dalam diri
setiap individu agar dapat memastikan semua perubahan atau perkembangan dapat
dilaksanakan tanpa mengira bangsa atau kepercayaan. Kejayaan dalam era digital ini mampu
menyumbang nilai tambah kepada perkembangan tamadun manusia yang sedia ada dan
sebaliknya jika diabaikan.
3) UNSUR KETUHANAN (SISTEM KEPERCAYAAN- BELIEF SYSTEM)
Dunia VUCA adalah era tanpa batasan tetapi dengan konsep tadbir urus insan, manusia masih
akan ingat bahawa setiap perkara dibatasi undang-undang oleh Pencipta. Kepercayaan ini
merujuk kepada setiap manusia melalui akal yang sihat.
Pemimpin yang memiliki hati nurani pasti berbeza dengan individu lain serta mampu
menjadi makhluk yang lebih tinggi martabatnya. Amanah untuk mentadbir bagi seorang
pemimpin adalah bermula dari dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat dan alam sekeliling.
Pemimpin perlu memastikan subordinatnya sentiasa memantapkan diri sendiri dalam dunia
Vuca. Ini bermakna asas kemanusiaan yang tinggi dalam diri seseorang pemimpin perlu untuk
kebaikan bersama.
Pemimpin Pendidikan perlu mempunyai keteguhan diri dengan kepercayaan masing-
masing sebagai landasan dalam mengharungi setiap cabaran dan ujian. Bersabar dengan
setiap dugaan dan cabaran yang mendatang. Minda perlu sentiasa terbuka bagi setiap
perubahan terutamanya dalam dunia VUCA agar lebih optimis dan berfikir secara rasional.
Muhasabah diri sendiri dengan menyedari pelbagai kelemahan sebagai manusia dan
ketergantungan kepada tuhan perlulah seiring dengan usaha, doa serta bertawakal atau
berserah kepada ketentuan Tuhan.
54
14
WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN HUMAN GOVERNANCE SIRI 2/2022
YBHG. DATUK DR. AMIN BIN SENIN
MANTAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tarikh :
23 Ogos 2022
Tempat:
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah
55
TEMA: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM DUNIA VIOLATILE, UNCERTAINTY,
COMPLEXITY, AMBIGUITY (VUCA) MELALUI PENDEKATAN HUMAN GOVERNANCE
OBJEKTIF: MEMANTAPKAN PENGURUSAN PERUBAHAN HUMAN GOVERNANCE
DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN
Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.
Terima kasih soalan yang menarik daripada moderator. Yang Berbahagia Dr. Habibah telah
berbincang dan memberi gambaran menyeluruh bagaimana VUCA mempengaruhi cara
pengurusan di semua peringkat dan semua sektor, dengan keadaan yang tidak menentu, yang
kompleks dan sebagainya. Kalau kita perhatikan sebenarnya, satu-satunya sektor yang paling
lambat untuk respon kepada perubahan ini adalah sektor pendidikan. Itu yg kita akui.
Perubahan itu dinamik dan begitu pantas, tetapi sektor pendidikan adalah satu-satunya sektor
yang paling lambat, bukan perubahan itu perlu tetapi lambat untuk keseluruhan sistem itu
untuk berubah mengikut keperluan.
Sebab sektor pendidikan berbeza dengan sektor-sektor yang lain, sebab sektor
pendidikan itu dia punya outcome prosesnya itu untuk melahirkan manusia. Melahirkan
manusia ini tak sama dengan sektor-sektor lain yang bottom linenya menghasilkan keuntungan
ataupun pengaruh ataupun sebagainya. Tetapi sektor pendidikan ini diakui memang mengurus
manusia, mengurus aset bukan manusia untuk menghasilkan manusia. Itu outcome, tetapi
proses itu begitu lambat. Walau bagaimana pun, kita terpaksa untuk berubah, InshaAllah nanti
jika ada masa saya akan berikan gambaran terkini untuk berubah respon kepada perubahan
itu, walaupun semua pihak tahu, tetapi kita terpaksa berubah. Sebab itu, berbalik kepada
perbincangan Dr. Habibah tadi, berikan pandangan bagaimana kita boleh menghadapi
cabaran dunia VUCA yang begitu cepat.
Kita telah memerhatikan pengalaman-pengalaman pengurusan perubahan ini,
selalunya pendekatan yang biasa digunakan ialah dipanggil Planned Changes. Ini adalah
perubahan yang dirancang tetapi dalam dunia VUCA, Planned Changes ini benda yang hampir
tidak mungkin. Sebab walau bagaimana pun, walau kita rancang pun, akhirnya tuntutan untuk
dinamik change itu berlaku, di situ kita memerlukan kebijaksanaan pemimpin di semua
peringkat untuk menangani perubahan yang dinamik ini. Berdasarkan kepada perubahan yang
dirancang. Itu penting, sebab itu kita terpaksa fokus kepada perubahan perancangan ini, dia
bermula dengan the problem of management thinking. Dia berpunca daripada masalah
pemikiran pengurusan kita. Dia bukan bermula dari luar organisasi tetapi dalam organisasi,
cabaran yang paling besar untuk mengurus perubahan dalam organisasi, kalau dinamik VUCA
ini, bermula daripada pemikiran kita sebagai pemimpin yang tidak berubah.
56
Jadi pemikiran sebagai pemimpin tidak berubah ini memang dia sukar, Jadi apakah
problem in management thinking, cara kita melihat manusia. Sepertimana Dr. Habibah sebut
tadi, saya setuju dengan dia sebab dalam human governing ini, akhirnya dalam central part of
management itu adalah manusia itu. Oleh itu kita terpaksa, manusia perlu berubah juga. Kalau
dalam traditional management ini, zaman daripada awal, taylorism punya kaedah pendekatan
itu dan sebagainya, itu sampai masa sekarang. Kita sebenarnya cara pemikiran kita,
pengurusan pemikiran kita banyak dipengaruhi melihat manusia itu dilihat sebagai mesin,
bukan manusia. Ini zaman industri teknologi dahulu, industri pertama, kedua itu banyak
aspeknya melihat manusia sebagai mesin. Bukan sebab manusia, bukan seorang yang konses
yang sedar yang ada ciri-ciri kemanusiaannya tetapi dilihat sebagai mesin. Jadi dahulu cara
kita mengurus manusia yang tidak mempunyai emosi.
Ini merupakan perspektif yang lapuk dan tidak digunakan lagi. In the old thinking,
manusia ini mempunyai tingkah laku yang tidak boleh diramal dalam organisasi. Kita rancang
begini, mereka bertindak lain. Kita buat begini mereka ubah lagi, oleh itu manusia ini
unpredictable. Sebab dalam perspektif traditional, jika kita anggap sebagai mesin, dia kita
boleh anggap predictable. Tetapi sebenarnya, manusia ini memang unpredictable,
menyebabkan kesukaran untuk kita sebagai ketua di peringkat sekolah dan sebagainya. Yang
ketiga ialah kita harus ingat dalam pengurusan manusia, kita sukar mendapatkan keputusan
terbaik sebab manusia itu bukan mesin, bukan value free. Dia ada pendirian dia sendiri, ada
sikap dia sendiri, ada pendapat sendiri, ada nilai sendiri, justeru dalam keadaan ini, dia akan
menambah kompleks VUCA itu. Sebab pemikiran, nilai, pendapat sukar diharmonikan dengan
keseluruhan yang menjadi cabaran besar dalam mengurus manusia.
Jika kita masih berpegang kepada manusia itu sebagai mesin dan tidak mempunyai
nilai sebagai manusia, susah sebab itu kita tidak boleh mengurus manusia itu sebagai aset
biasa. Human resource itu berbeza. Perkataan human resource dalam pengurusan traditional
itu dianggap sama dengan kelengkapan industri seperti komputer, bangunan tidak boleh
macam tu. Human resources dalam new perspective ini, you must address them as a human,
not machine. Itu yang berbeza dari yang lain. So kita punya decision making pula, banyak
dipengaruhi oleh perceptions dan juga cara kita buat pilihan dan juga perlu banyak consultation
sebab itu kita tidak boleh menggunakan pendekatan yang lurus dan bolos sahaja. Sebab
pengurusan zaman sekarang ini, dia kita lihat manusia sekarang ini mempunyai pelbagai jenis
kepakaran. That is why consultation is very important in new thinking. Dan kita berasakan
dengan kaedah traditional, pengaturan itu mesti confirmed kepada struktur dan peraturan yang
ada. Tetapi, manusia ini sangat sukar untuk diconfirmkan. Sebab itu dia perlu atasi dengan the
freedom of information. Perbincangan kena banyak. Dengan keadaan sekarang ini, kita tidak
boleh ada hidden agenda, is a plot untuk susah mengurus.
57
Jadi ini menyebabkan kesukaran untuk perubahan. Sebab sekarang dengan freedom
of information ini, kita mesti jujur dan menonjolkan diri dengan niat yang betul, barulah kita
mampu mengurus dengan baik. Jika pemimpin ada hidden agenda, jadi sukarlah untuk
membuat perubahan untuk organisasi. Jadi maknanya the freedom of information , dia beyond
daripada compartment kepada peraturan itu tetapi bagaimana cara kita menarik dia punya
komitmen itu. Komitmen tidak boleh berdasarkan conformation dengan peraturan, komitmen
itu berdasarkan kepada bagaimana dia merasakan sebagai manusia itu terurus dengan baik,
diberikan terapan dan sebagainya. So that is two different things, sebab itu saya dalam
tumpukan benda ini, dalam dunia VUCA ni, tidak boleh lagi menggunakan kaedah traditional
perspective of management, kita harus mengaplikasikan kepada new thinking. Kita ada
contoh, balik kepada Dr Habibah dah sebut tadi dalam perbincangan bagaimana kita salah
satu ciri dalam perubahan ini ialah bagaimana kita mengintegrasikan teknologi yang ada pada
sekarang ini merupakan ciri penting dalam abad-21 ni dalam keadaan VUCA ni, sebab VUCA
ini berlaku kerana the flow of information is quick. Itu kerana VUCA telah berlaku. Explosion of
knowledge and data itu tidak terkira sebab itu berlakunya voka. Jadi bagaimana kita manage
perkara ni, seperti yang kita sebutkan tadi, saya bagi contoh yang praktikal bagi mengurus
dunia pendidikan ini ya.
Seperti yang saya sebut tadi, pendidikan ini very slow berubah. Bukan kita tidak tahu
tetapi kita nak mengurus manusia itu memang sangat perlahan. Sebab itu bukan mudah kita
untuk integrate teknologi untuk dunia pendidikan ini. Sebab penerimaan teknologi orang
berbeza-beza. Saya bagi contoh paling mudah ya. Bagaimana perubahan dalam pendidikan
very slow, kita dulu sudah melaksanakan pentaksiran sekolah itu wayback to 2010-2011,
pentaksiran berasaskan sekolah itu atau lebih spesifik, pentaksiran bilik darjah telah kita
pernah operasi 2010-2011. Sampai sekarang PPD itu, tak berjaya sedangkan baik. Nothing to
do with technology, PPD tidak ada kaitan dengan teknologi tetapi oleh kerana perubahan
pemikiran manusia itu, guru guru kita, pentadbir kita dan semua, mengambil sepuluh tahun
sampai sekarang PPD tidak berjalan dengan baik. So apa lagi dengan teknologi. Its not easy,
itu sebab saya katakan, this is berdasarkan kebijaksanaan kita, cara kita melihat sebagai
manusia. Sebagai contoh, kalau kita baca buku Justin Thycap, saya baca buku tu amat
menarik kerana ia berkata, teknologi dalam pendidikan itu bukanlah sesuatu yang baru, tapi
oleh kerana kita menganggap kesemua persiapan teknologi ini, we would assume that, semua
infrastructure ni, daripada aspect of the teacher, dia akan berubah immediately. Dia kata there
is not something wrong. Thomas Alva Edison ni kita tahu ye, 1913 dia kata, telah membuat
satu prediction. Sebab Thomas Alva Edison ni telah menemui motion picture. Wayang la,
wayang gambar dia panggil motion picture. Maksudnya gambar bergerak. Dia kata motion
picture akan mengubah cara kita didik pendidikan.
58
Sebab dia ramal, buku akan digantikan dengan motion picture. Buku sudah tidak ada.
Itu prediction dia. 80 tahun kemudian, buku masih ada lagi. Mereka ramal they abolish the use
of books and papers. So this is how the people think ya. Yang berubah itu komputer tetapi
manusia berfikir lama dan memakan masa walaupun zaman kita moden menggunakan e book
dan sebagainya. Orang masih lagi pakai buku. So this is how people are very slow to change.
Manusia adapt digital books ni pun masih slow. Tidak semudah itu, so kita tidak boleh expect
dalam pendidikan, walaupun dalam VUCA kita akui tetapi mesti back to the basic, maknanya,
teknologi itu kata Justin Wright, bila di adopt, sebab kita nak tengok dia punya perubahannya
dia kata dalam pendidikan itu kita back to basic. Dia kata dalam pendidikan itu kita lurus.Oleh
sebab itu, kita mesti kenali apa tujuan pendidikan itu sebenarnya. Kita nak mengurus
pembelajaran. Apabila kita integrate technology, technology dia masuk istilah domestication.
Maknanya, komputer yang kita pakai, dan semua teknologi yang kita pakai sama waktu
dengannya bermakna mengukuhkan the methods of teaching. Dr. Habibah cakap tadi
technology berubah as student centred. It doesn't happen. Masih lagi teacher centred.
Technology itu mengukuhkan teacher centred. Semua technology, tv projector radio semua
mengukuhkan teacher centred. This is the domestication of technology dia kata.
Sepatutnya technologi itu asalnya ialah untuk kita mengubah teaching connection kita
dengan student. Still human being situ dia kata. Sebab itu cara kita adopt technology dia kata
terlalu technology centred. Saya ambil contoh ketika saya ambil seminar national kebangsaan ,
Malaysia apabila istilah digitalization itu sebenarnya tidak bermula apabila pandemik berlaku.
Digitalization sudah berlaku pada 1979. Tetapi kita tidak pakai istilah digitalization, sebab masa
itu kita pakai istilah computerization, samalah tu. Sebab itu peringkat awal, perspective yang
kita gunakan ialah perspective technology, iaitu integrate technology pada tahun 80an itu.
Saya ingat lagi kita terlibat banyak , kita mulakan dengan makmal komputer pada masa itu
merupakan aktiviti paling popular hanya kelab komputer dan yang terlibat sahaja. Pendekatan
kita pun perspective technology sebab itu istilah yang popular zaman itu adalah ICT,
Information Communication Technology. Sebab itu kita tekankan ialah mouse , keyboard,
monitor, cpu dan software. Jadi bila masuk smart school kita tingkatkan kita punya
computerization dengan menjadikan 10000 sekolah itu menjadi smart school. Kita bagi
komputer kita bagi software. Still pendekatan kita adalah technology based. Jadi dengan ni
harapan kami harap bila kami sediakan semua ini, cikgu akan perform lagi baik but it doesn't
happen. Ada komputer tidak dipakai dan sebagainya. Makmal komputer tidak digunakan
sepenuhnya. Itu zaman smart school. Apabila kita pakai istilah digitalization, one bestarinet ini
start dengan communication internet. Still bagi kita technology perspective. Jadi istilah yang
kita pakai semasa one bestarinet adalah Virtual Learning. Still pendekatan kita adalah
technology based sebab itu quite difficult for teachers to change.
59
That's why i said, benda yang tidak berkaitan dengan teknologi mengambil masa sampai
sekarang, PPD tidak berkaitan dengan teknologi sampai sekarang tidak berlaku dengan baik.
So what do you think about kaedah-kaedah pengajaran dengan student centred and digital.
Cikgu mengajar sekarang masih menggunakan pengajaran dalam bilik darjah, tak berubah
cara berfikir. Quality thinking tidak berubah. So jadi saya melihat dalam dunia VUCA ini. Cara
kita adopt technology sekarang kena berubah.
We must return to basic as pendidikan. Asas pendidikan itu as enabler sahaja. Tapi
VUCA baru ini apa, sebab itu istilah baru ini saya suka, Digital Learning. You must start with
learning baru teknologi. Sebab yang kita nak ubah itu adalah learning methods, experience of
learning towards the students must change. Kita mesti ubah student centred dia kata.
Responsibilities to students. Kesimpulan dalam perbincangan pertama ini, human governing
dalam VUCA ini adalah levels of cabaran kena identify. Satu lagi perubahan environment yang
pantas berubah, yang unpredictable. Itu juga challenge yang kita kena kuasai juga. Cabaran
peringkat kedua ialah human itu sendiri manusia yang kita urus itu. Juga unpredictable.
Humans are very dynamic. Environment dan manusia adalah dynamic yang perlu kita atasi.
Sebab itu masalah besar kita sebagai pemimpin ialah perspective thinking dalam pengurusan
itu. Thinking problem itu kita kena settle. Sebab itu kita kena sedar bahawa traditional
management thinking kena ubah. Bukan melihat manusia sebagai kaku dan mesin. Kita tidak
boleh berfikir begitu. Manusia mempunyai dinamik yang berlainan, potensi yang berbagai.
Yang kita perlu kekuatan kepada setiap orang itu merupakan new thinking. Sebagai kita
melakukan mengambil kira consultation, mengambil kira collaboration sebagainya itu perlu
berubah, Selagi cara pemikiran tidak berubah. Segala teknologi dan environment di luar sana
tidak dapat mengubah kita. Padahal kita tahu perubahan dalam pendidikan itu mengambil
masa yang lama. Kita kena akui supaya dalam masa yang sama kita perlu mengubah cara
berfikir untuk mengurus. Inilah kesimpulan dalam perbincangan pertama ini. Terima kasih.
60
15
WEBINAR KEPIMPINAN: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM
DUNIA VUCAMELALUI PENDEKATAN HUMAN GOVERNANCE SIRI 2
BERSAMA
DATO’ DR. MEHANDER SINGH A/L NAHAR SINGH
Tarikh :
14 September 2022
Tempat:
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah
61
Soalan:
Kenapa perlu diberikan perhatian khusus spektrum empati dalam melaksanakan
human governance di sesebuah organisasi pendidikan?
Terima kasih dan tahniah kepada IAB Cawangan Sabah kerana mengadakan webinar
kepimpinan menerajui Perubahan Dalam Dunia VUCA melalui pendekatan Human
Governance siri 2. Syabas kepada semua pasukan yang merancang webinar ini.
Sememangnya dalam dua setengah tahun yang lepas, bukan saja negara, tetapi
dunia keseluruhannya telah melalui satu fenomena yang tidak pernah dilalui sebelum ini.
Fenomena ini berbeza daripada perang dunia sebelum sebelumnya, kerana di dalam
peperangan kita mengetahui siapa pihak lawan. Di dunia VUCA semasa berlaku pandemik,
kita tidak tahu siapa pihak lawan kita. Tahun pertama semasa berlakunya pandemik, setiap
negara menghadapi pelbagai cabaran, termasuk negara kita malaysia. Kini melalui restu Yang
Maha Esa, kita mungkin sudah di penghujung dan masuk ke fasa endemic. Sistem pendidikan
juga biasa menempuh dengan rutin krisis. Krisis yang biasa tapi kita tidak pernah menghadapi
emergence crisis. Contohnya, setiap tahun negara kita pasti berlakunya banjir. Setiap prosedur
sudah termaktub bagaimana kita akan menghadapinya. Ini menyebabkan perubahan akan
dilaksanakan dalam sistem Pendidikan. Kita akan mengubah pusat peperiksaan dan
sebagainya. Ini adalah krisis yang rutin. Krisis yang berbeza kita tempoh semasa berlakunya
pandemic. Ia dikenali dengan emergence crisis. Krisis yang muncul ini tidak pernah kita alami
sebelum ini. Maka ia mewujudkan satu fenomena VUCA (volatile, uncertain, complex,
ambiguous) kerana terdapat banyak cabaran yang tidak dapat dijawab oleh sesiapa dengan
jawapan yang begitu jelas.
Bagaimana kita menghadapi perkara ini? Mengapakah dalam human governance,
spektrum empati ini penting? Berbalik semula kepada yang disebut tadi, dalam VUCA tu kita
dalam krisis yang emergence kerana banyak perkara yang kita terpaksa belajar semasa krisis
itu berlaku. Kita juga banyak menggunakan kaedah trial and error untuk cuba berjaya. Dunia
ini pernah melalui revolusi industri. Kita pernah melalui revolusi maklumat tapi kini dalam
revolusi emosi. Apabila kita melalui revolusi emosi maka kita perlulah melihat dan merujuk
kepada spektrum empathi. Ia meletak bentuk cara pemikiran dan cara kita melaksanakna
human governance dalam organisasi. Ia berlangsung kepada semua organisasi. Tidak kira
dari organisasi kecil, besar hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kita pernah
mendengar tentang pertolongan cemas dalam revolusi emosi ini, Kini kita juga perlukan first
emotional first aid. Emotional first aid diperlukan supaya kita boleh menyokong emosi dan
62
memberi bantuan kepada diri dan staff kita dan staf yang lain. Spektrum empathi, bermula
daripada 4 peringkat dan melibatkan 4 peringkat dalam keadaan VUCA dan apa yang dihadapi
dalam sesebuah organisasi daripada peringkat mikro ke makro.
Bermula daripada peringkat yang paling asas, iaitu mengasihani seseorang dapat
dilihat semasa pandemik. Senario murid yang tidak mempunyai gajet menjadikan guru
berempati dan memahami masalah yang dihadapi oleh muridnya. Guru memberikan sokongan
yang sewajarnya. Pada masa yang sama, pemimpin sekolah terpaksa memahami bahwa ada
di antara guru yang tidak mahir dengan pdp secara maya. Pemimpin perlu dalam erti kata yang
lain, berempati memberikan sokongan kepada guru. Ini bukanlah masa kita menuding jari
tetapi masa kita memberi sokongan dengan segala sokongan yang ada. Kebanyakan sekolah
telah berjaya melaluinya dan ramai guru yang telah belajar tentang pengendalian pdp secara
remote. Di sebalik kepayahan yang dilalui di era pandemic mempunyai kebaikannya. Faedah
yang diperoleh adalah ramai guru telah menyahut cabaran-cabaran baru ini. Daripada
peringkat mengasihani, peringkat seterusnya ialah simpati. Kalau yang kasihani, pity “im sorry
for you” . Di peringkat simpati “i feel for you”. Seterusnya di peringkat empati, “i feel with you” .
Peringkat yang paling atas ialah compassion “i am moved by you” . Ia berlaku apabila guru
mengeluarkan duit sendiri dan melaksanakan segala usaha untuk melanjutkan pdp. Cikgu
telah mencetak nota dan menghantar kepada murid, dan sebagainya.
Kutipan cerita dari bawah tentang apa yang dilakukan oleh cikgu, para pegawai dalam
sistem pendidikan, PPD, JPN dan dalam Kementerian membuktikan nilai empati telah
berlangsung. Jasa mereka amat disanjung tinggi. Spektrum empati adalah asas kepada
pemikiran dan pemikiran itu pula diolah kepada Tindakan iaitu activity from talks to action.
Bermula dari sini pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk membantu murid dan sistem
pendidikan. Sememangnya kita tidak boleh mengatakan that was the past. Ini adalah satu
krisis yang emergence yang wujud sebegitu dan bukan merupakan satu perkara yang sentiasa
berlaku seperti rutin crisis. Saya jangka psychological safety yang perlu ada telah banyak
digunakan. Ramai dalam kalangan kita tidak begitu peka terhadap cikgu yang masuk ke
depression dan murid depresi dan sebagainya. Kini murid dan guru telah mula masuk ke
sekolah dalam beberapa bulan yang terakhir ini . Kelihatan mereka telah dapat menyambung
course learning loss and learning gap, kerana kita telah merapatkan the learning deficit dan itu
sedang berlaku. Oleh itu, saya telah kaitkan the spectrum of empathy dalam dunia VUCA dan
bagaimana kita sebagai sistem pendidikan telah menhadapi perkara ini . Saya akan kongsikan
tentang the way forward pada penghujung webinar kita ini.
Soalan:
63
Bagaimana spektrum empati mampu mendorong pemegang taruh / stake holders kita
memberi sokongan kepada pemimpin organisasi pendidikan dalam menerajui
perubahana era VUCA sebagaimana Dato’ jelaskan sebelum ini?
Jawapan
Saya memberi kesinambungan sedikit kepada yang di sebut Dr. Amin Senin. Sebentar tadi
Datuk telah menyebut tentang makro. Saya pula bermula dengan mikro. Ia berkaitan dengan
sistemik approach dan gunakan metafora. The factory metaphore. Dalam factory metaphore,
kita melihat, seorang melalui tugasnya contohnya seperti melabel botol. Di peringkat
pendidikan, kita tidak boleh melihat hanya satu satu pihak samada di peringkat kementerian,
peringkat JPN, peringkat PPD ataupun sekolah. Setiap satu agensi itu mempunyai pecahan
tersendiri. Semua pecahan dalam pendidikan, tidak boleh stand alone. Itu merupakan
pendorong kepada bagaimana kita mengurus pendidikan dalam dunia VUCA. Sekiranya kita
berpecah, menyimpang ke arah yang berbeza, kita tidak dapat memberi kesinambungan
kepada segala usaha yang dijalankan oleh kementerian seperti dalam era pandemic yang lalu.
Kita akan menghadapi perkara sebegini dalam pelbagai cabaran yang lain. Sememangnya
ada kemungkinan ada mereka yang akan takut untuk memastikan perjalanan atau
perlaksanaan empathi atau spectrum empathy dalam pengurusan. Mengapa?
Merasa takut melaksanakan empati kerana kemungkinan akan berlaku salah guna.
Kajian lepas menunjukkan, bilangan peratusan yang akan mengambil advantage daripada
empathy atau spectrum of empathy, hanya 5% sahaja. Tetapi 95% telah mendapat faedah
daripada pengurusan yang menggunakan asas dimana kita mula sebagai the human being
dalam organisasi. Datuk Dr. Amin akan setuju dengan saya bila 200 orang dalam organisasi
agensi kita, ada 200 jenis dna mereka dalam mengurus mereka. Tapi yang baiknya, sebagai
pemimpin untuk menjawab soalan bagaimana kita menggunakan spektrum ini? Dia bukannya
one size fits all. Setiap individu dalam organisasi mempunyai perbezaan tersendiri. Selain itu
mereka mempunyai kompetensi sendiri, pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya keluarga
yang berbeza dan budaya keturunan keluarga yang berbeza. Ada budaya latihan yang
berbeza. Ada budaya pendidikan yang berbeza. Bukan mudah seseorang pemimpin menjadi
pemimpin, Terdapat pelbagai karenah orang yang bawahan yang mengata bermacam-macam
perkara. Apabila mereka diletakkan dalam jawatan pemimpin baru mereka sedar. Cabaran
utama dalam sesebuah organisasi adalah memimpin manusia. Ia bukan sahaja mengurus tapi
juga memimpin walaupun kita tiada dalam organisasi tapi organisasi terus berjalan dengan
efektif dan efisyen. Empati itu digunakan secara membina. Dan pemimpin harus memahami
setiap individu.
Pemimpin pasti melalui kesusahan dan kesukaran semasa memimpin. Pemimpin perlu
mengambil masa untuk memahami dan kita menggunakan pemahaman kita untuk memimpin
64
organisasi tersebut. Setiap individu dalam organisasi mempunyai kebolehan tersendiri. Ia
merupakan cabaran kepada pemimpin atasan, pertengahan, bawah untuk mengenali dan satu
konsep yang saya pernah kongsikan ialah make time. Ketika kita memberikan sesuatu
tugasan, diingatkan bahwa setiap individu ada kadar pelaksanaan tugas yang berbeza.
Kekadang bukan mereka tidak laksanakan tugas dengan cepat. Kita memerlukan kompetensi
dan mereka memerlukan masa, pemahaman, kemahiran dan memerlukan seperti Dr. Amin
sebut sebentar tadi, The Big Picture bermula dari atas sampai organisasi di bawah. Sekiranya,
di sekolah pengetua memerlukan the big picture, ini bukan sahaja untuk pihak yang bertugas
di kementerian. Mereka juga perlu melihat The Big Picture dalam peringkat sekolah semasa
bertugas di peringkat sekolah.
Para ahli yang menghadiri webinar hari ini,
Kita boleh melihat paparan framework yang saya kemukakan hari ini. Tiga pihak
pertama yang merupakan penggerak utama kepada outcome Pendidikan. Ia adalah
pemegang taruh, kepimpinan di sekolah dan kepimpinan sistem. Kepimpinan stake holder
mempunyai kepentingan. Pemegang taruh yang mempunyai kesan perjalanan, fungsi atau
operasi masa depan sekolah. Ia berbeza daripada tahun 70an, 80an dan keadaan semasa.
Harini pihak pemegang taruh cuba membantu sekolah, maka pihak sekolah atau pihak PPD,
atau pihak JPN perlu mengambil peluang dan ruang yang ada dengan secara membina. Di
situlah saya mahu kaitkan dengan the big picture yang disebutkan oleh Dr. Amin tadi supaya
bila kita dapat pemegang taruh yang memberikan sokongan kepada pemimpin pelbagai
peringkat, PPD, JPN ataupun Kementerian. Amat bermanfaat sekiranya pemegang taruh dan
pihak-pihak dari yang lapisan berbeza ini boleh bekerjasama. Inilah adalah persamaan atau
formula for success in education.
Kita tidak boleh samakan cara pengoperasian pendidikan pada tahun 70an dan 80an
dengan masa sekarang. Dalam framework ini, kita melihat kebersamaan pemegang taruh ialah
pihak korporat, pihak komuniti, perkhidmatan pengusahawaan dalam sekolah, kontrak buku
dan kontrak keselamatan. Kebersamaan ini kelihatan semasa pandemik dalam pengendalian
aspek keselamatan di sekolah. Ia adalah success of education is not the success of parts, but
the success of all of us. Datuk menyebut banyak sub system Pendidikan. Sekiranya sub
system ini bekerjasama dengan menggunakan asas, spectrum of empathy, dengan
mengambil kira kualiti, peraturan dan undang-undang, tidak menepikan prosedur. Kita
mengambil ikhtibar daripada semua yang sudah termaktub to drive the system. Bila kita sebut
human governance, bererti kita hanya mengutamakan aspek individual itu, tetapi kita mahu
menjadikan kewujudan individu dalam sistem secara membina.
65
Pemegang taruh umpamanya seperti PIBG, Masyarakat Civil Society, perunding dan
konsultan. Semua ada peranan, tetapi kita harus teliti sebagai agen kerajaan supaya tidak
berlaku apa jua yang tidak sehaluan dengan falsafah yang menyokong pendidikan. Datuk
sudah sebut tentang falsafah. Falsafah menjadi tunjang kepada segala pelibatan dari semua
pihak. Di antara falsafah dengan pemegang taruh kita juga telah mengamalkan the whole
human governance ini. Sekiranya ini berlaku saya rasa kita sudah pasti, tidak perlu cemas
kerana ada pakar pendidikan, pakar pengurusan yang disebut “When the rate of change is
higher than the outside than the inside, The End is near”. Apa maksud tersiratnya? Maka kita
sentiasa perlu tahu apa yang berlaku di persekitaran kita. Saya pernah ditanya, saya akan
akhirkan dengan cerita kecil ini untuk menjawab soalan yang kedua. Dalam satu temuduga
saya dahulu di dalam kementerian persoalan pertama diajukan.
“Tell us what is wrong with our education system?”
Saya kata, I personally think theres nothing gravely wrong in our education system
tetapi kita harus tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, di negara jiran kita, di benua
asia dan di dunia supaya kita tidak ketinggalan jika berlaku perubahan. Dr. Amin mula dengan
perubahan, Change. So we must be aware of the changes around us dan kita harus lihat
adakah perubahan itu melibatkan inovasi yang baru. If its for the better, maka itu merupakan
satu inovasi, kadangkala kita juga perlu lakukan changes for change shake. Saya akhiri
dengan ungkapan yang pertama kali didengar daripada Datuk Amin. Beliau banyak membaca.
Apabila pemimpin banyak membaca kita sebagai anak buah pun selalu dapat hikmahnya.
Saya akhiri dengan ungkapan “Think Maslow before Bloom”. Apabila saya google phrase
tersebut, ungkapan ini dinyatakan, dengan contoh persoalan di bawah:
Soalan pertama, tanya diri cikgu atau pemimpin sekolah. Saya menggunakan agensi yang
kecil di sekolah. Cikgu tanyakan murid-murid sudahkah mereka bersarapan pagi. Hierarchy
Maslow menyatakan ini adalah keperluan physiologi, ‘MAKAN’. Kita pula menghebohkan
Bloom bila Maslow pun belum main peranan beliau. So how do you do that? Kalau kita kata
human governance dan understanding human being, bermula daripada micro sekecil itu, start
itu. Think Maslow before Bloom. Ini sahaja tuan moderator, terima kasih.
Rumusan
Terima kasih tuan moderator. Soalan yang mencabar kerana daripada peringkat makro
hendak dikaitkan semua aspek dalam pengurusan pendidikan. Walaupun kita amalkan
amalan human governance, kita masih menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia VUCA,
yang pertama iaitu kualiti. Bagaimana kita menerokai kualiti dalam sesebuah organisasi
menjadi satu kemahiran pihak kepimpinan dan ahli dalam organisasi?
66
Jika dilihat dari pihak kepimpinan ia dikenali sebagai quality is personal. Kualiti yang
bermula daripada peringkat sekolah ialah kualiti guru, kualiti pemimpin pertengahan dan pihak
pengurusan sekolah. Selain itu pekerja-pekerja lain dalam organisasi termasuk kebersihan
sekolah dari setiap sudut. Sekiranya kita pergi ke cafeteria dan kita lihat sampah merata-rata,
cuba fikirkan you have the best result of holistic quality you talk about ada sesuatu gap yang
terlepas pandang. It is so important that kita pastikan yang pertama kualiti. Saya setuju dengan
pernyataan Datuk Amin bahwa, tugasan yang diberi itu kita harus sebaik boleh, sebaik
mungkin mesti melibatkan semua. Jikalau melaksanakan tugas besar, buat secara bersama
kecuali tugas yang kecil yang kita berikan kepada individu. Mesti ada sifat keterbukaan dalam
melaksanakan tugas. Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, kita kena tanya dan tidak boleh
abaikan legal and procedure obligation di mana dan apa jua peringkat organisasi, pegawai,
PPD, JPN, Kementerian. Di dalam semua prosedur ini, sebagai pihak pengurusan dan
pemimpin, kita boleh menggunakan budi bicara.
Bagaimana kita menggunakan budi bicara untuk kita menyahut pendekatan human
governance ini dalam aspek empati ini? Contohnya, kita ada pegawai yang kadang kala di
antara mereka mempunyai anak yang berkeperluan khas. Keperluan mereka yang kita bantu
ialah menyediakan, tempat parkir kereta. Meskipun tiada ruang parkir kepada pegawai di
bawah gred 48 ini di sediakan kita berusaha memberikan dan menyediakannya. kita perlu
lihat, dia hendak mengajar dan mengambil anak daripada sekolah pendidikan khas. kadang
kala dia mahu bawa balik ke rumah dan sebagainya. Kita dalam ruang prosedur dan peraturan
yang ada, kita boleh gunakan itu untuk menyahut cabaran human governance dan spektrum
of empathy. Dalam satu ceramah saya terdengar tentang tabung masa. Sememangnya
kadang kala kita mahu keluar untuk tiga ke empat jam dan sebagainya. Kita laksanakan
tabung masa kerana ada masa pegawai nak balik pada pukul 5 dan terus kerja pada pukul 7
untuk menghabiskan tugas, dua jam daripada waktu biasa.
Dua jam itu masuk kepada tabung masanya. Akhirnya dia sendiri sedar,bahwa
walaupun dia mengambil empat jam off , dia bagi balik kerana tabung masa itu lebihan masa
kerana kita professional ada overtime dan sebagainya. Dia masuk dalam tabung masa tu. Itu
adalah satu sifat tentang keikhlasan kita. Bukan sahaja mengambil daripada sistem tetapi
memberi balik kepada sistem kita dari segi kesan, segi kualiti tugas yang kita buat. Bagi semua
perkara ini, saya rasa bahawa staff yang ada dalam organisasi dan juga pihak kepimpinan. Ini
bukan saja untuk staff. Jikalau pemimpin mengharapkan spektrum empati yang kadang kala
daripada PPD, PPD pula mengharapkan spektrum empati kepada pihak JPN dan JPN pula
mengharapkan kepada Kementerian. Ini kerana setiap organisasi ada cabarannya tersendiri,
walaupun spektrum empati ini diaplikasikan kepada individu.
67
Ada masanya kita lihat cabaran yang dihadapi oleh organisasi itu sendiri. Way forward adalah
mengamalkan perkara-perkara yang saya jangka adalah perkara yang biasa.
Kenapa human governance dan spektrum empathy ini penting untuk Pendidikan?
Pihak guru merupakan the work force yang terbesar dalam sector awam. The greatest number.
Apa jua yang kita cerminkan, kita boleh mempamerkan supaya menjadi iktibar kepada pihak
yang lain. Bukan saja kepada servis pendidikan, tetapi perkhidmatan lain yang melihat kepada
pendidik. Kita menjadi teladan kepada semua governing career yang lain. Bila datang hari guru
kita lihat bagaimana cara kata hikmah, profession that links to all other professions. Kita lihat
sajak, Osman Awang, Seorang Hakim pada hari ini pun pernah diajar oleh seorang guru. We
are a very special force. 400,000 lebih pendidik mahupun di PPD, JPN dan Kementerian. Kita
merupakan satu professional yang besar biasa diteladani, maka kita sentiasa terpaksa
menunjukkan exemplary conduct.
Tatasusila menjadi lambang kita iaitu lambang pendidik. Spektrum empati dalam dunia
VUCA, kita mengamalkan tatasusila sebagai tunjang kita ketika menjalankan tugas. Jika kita
menangani semua cabaran, saya suka ingatkan jangan lupakan emotional first aid. First aid
bukan sahaja ketika cedera, kaki berdarah baru kita letak first aid, kita lupa akan emotional
first aid. Kadang kala cikgu, Datuk sebut tentang perkataan ‘Engagement’ mungkin sebanyak
15 kali dalam sesi ini. Engagement, relationships, Tidur dalam pejabat seorang its not about
engagement. Kita perlu sentiasa lihat engagement and relationship. Kalau kita mahu
mengamalkan pintu terbuka. Pastikan pintu tersebut terbuka. Kita boleh memulakan tindakan
baru. This is bold leader actions.
Menyelesaikan masalah, solve problems instead assigning blame. Bekerjasama
sebagai pasukan. Itu perkara yang diutara banyak kali ini. Work together. Jika kita tidak
mempunyai sesuatu keterampilan itu, minta bantuan sebab itu di bawah CDL . Kita mulakan
Cikgu bantu Cikgu. Thats the biggest trend at the moment. If you talk about human governance,
itu asas. Mocular yang paling kecil, peringkat mulanya. Bagaimana mahu membina dengan
izin silaturrahim di antara staff, kerana semua ini berarah kepada kualiti. Jangan lupa kita
manusia, sebab itu kita bawa spektrum of empati. Kita harus menerima kesilapan. Kesilapan
membawa pengalaman. Pengalaman itu terbina daripada kesilapan yang kita lakukan. Tapi
akhirnya, semua proses yang saya sebutkan tadi, kita akan bina kemahiran yang tinggi dan
all process. Kalau kita boleh percepatkan, lebih hebat process of learning sekolah, PPD , JPN
atau Kementerian. Kita menjadi a learning organization. Theres no end to learning. Kalau kita
boleh amalkan semua, saya rasa pendidikan di negara kita dengan pendekatan human
governance walau dalam keadaan VUCA pun kita boleh hadapi cabaran. Kalau prinsip-prinsip
asas ini kita amalkan. Itu sahaja Tuan Moderator. Sekian, terima kasih
68
16
WEBINAR : BICARA PROFESIONAL BERSAMA
YBRS. PN KHAZIYATI BINTI OSMAN
PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tarikh :
6 Oktober 2022
Tempat:
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah
69
TEMA: SEKOLAH DAN KOMUNITI BERPISAH TIADA : PERKONGSIAN BUDAYA
PERMUAFAKATAN
PENGENALAN
Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam anjakan ke-9 dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menekankan penglibatan ibu bapa,
komuniti dan pihak sekolah dalam memperkasakan sekolah (KPM, 2013). Dokumen
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) iaitu Standard 2:
Pengurusan Organisasi, aspek 2.7 menekankan Permuafakatan Strategik diwujudkan untuk
menyokong pembelajaran murid ke arah kecemerlangan (KPM, 2017). Sejajar dengan mandat
KPM tersebut, maka bagi merealisasikan prestasi sekolah dan membantu kecemerlangan
murid, ibu bapa mewakili komuniti memainkan peranan penting ke arah kemenjadian murid.
Hal ini berkait rapat dengan hubungan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu
bapa dan komuniti yang dikaitkan dengan konsep permuafakatan
SEKOLAH
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sekolah adalah merujuk kepada tempat untuk
belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah merupakan sebuah
institusi atau organisasi formal yang bukan sekadar untuk menyebarkan ilmu pengetahuan,
menyemai budaya bangsa dan memupuk bakat, tetapi juga untuk membentuk satu rupa
bangsa yang boleh dan bersedia menerima dan menghadapi perubahan dan pembaharuan
(Daryanto, 1997; Abdul Hakim, 2020). Menurut Higgins et al. (2005), persekitaran halaman
sekolah (school ground) merupakan salah satu elemen persekitaran sekolah yang penting di
samping persekitaran binaan (built environment) dan persekitaran fizikal bilik darjah (indoor)
yang boleh dimanfaatkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid. Sekolah berkualiti
termasuk aktiviti pendidikan yang berjalan dengan berkesan untuk mencapai matlamat.
Sekolah tidak dapat dipisahkan daripada konteks masyarakat. Sekolah di dalam satu-
satu masyarakat mestilah memperlihatkan sifat keseluruhan kebudayaan masyarakat
tersebut. Setiap masyarakat perlu memiliki keunikan kebudayaan tersendiri dan kanak-kanak
hidup berdasarkan kehendak masyarakat dan menyesuaikan diri di dalam masyarakat
tersebut. Bahkan, sekolah merupakan satu daripada bahagian yang penting dalam
masyarakat, khususnya masyarakat moden hari ini yang mempunyai matlamat, anggota dan
peraturan yang tertentu disamping mempunyai tanggungjawab penting dalam membangunkan
individu dan masyarakat secara menyeluruh (Ena, 2020).
Sejajar dengan peningkatan akademik murid, tanggungjawab mendidik anak dilihat
bukan lagi menjadi tanggungjawab guru sepenuhnya, tetapi turut membabitkan ibu bapa dan
70
komuniti setempat termasuk syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta
organisasi bukan kerajaan (NGO) (Irma Yant, Norlizah & Fathiyah, 2018).
KOMUNITI
Komuniti merujuk kepada keluarga, kejiranan, sektor kerajaan, institusi pendidikan, syarikat
perniagaan, institusi kebudayaan dan rekreasi, organisasi agama, organisasi kesihatan,
organisasi sukan, organisasi media, organisasi sukarela, organisasi komuniti setempat dan
individu dalam komuniti yang berminat dalam pelaksanaan sistem pendidikan (Epstein, 2016;
Hogue, 2012; Mohammed Sani dan JamalulLail, 2012; Sanders, 2002; 2015).
Penglibatan ibu bapa dan komuniti pula adalah merujuk pelbagai tingkah laku ibu
bapa dan komuniti yang secara langsung dan tidak langsung dalam mempengaruhi
perkembangan kognitif, emosi, fizikal dan pencapaian anak-anak di sekolah (Bakker &
Denessen, 2007). Tingkah laku ibu bapa merangkumi kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat
PIBG, menjadi ahli aktif dalam PIBG, menjadi sukarelawan di sekolah, membantu dalam
bilik darjah, membantu kerja rumah anak, berbincang tentang aktiviti sekolah dengan
anak, memantau perkembangan anak di sekolah, merangsang dan memotivasi anak.
Dalam konteks komuniti iaitu ibu bapa dan masyarakat, berperanan penting untuk
memikul tanggungjawab meningkatkan kecemerlangan organisasi. Olson, (2018) menjelaskan
komuniti mempunyai pelbagai sumber aset yang boleh menyumbang kepada pembangunan
dan pencapaian sekolah. Misalnya, aspek tenaga, idea kreatif dan bernas, inovatif dan daya
kreativiti yang dapat membantu proses membuat keputusan di sekolah. Komuniti memainkan
peranan utama dalam menyokong perkembangan kanak-kanak di pelbagai tempat termasuk
sekolah. Bahkan, perubahan persekitaran pendidikan masa kini menuntut penglibatan aktif
ibu bapa, komuniti dan pihak swasta (Buletin Anjakan, 2015). Sebagai satu institusi komuniti,
maka peluasan penglibatan komuniti ke dalam ekosistem sekolah merupakan salah satu
inisiatif transformasi persekitaran sekolah (Christina et al., 2019). Komuniti sebagai
sukarelawan sangat diperlukan untuk membantu sekolah dalam pengurusan.
PEMUAFAKATAN SEKOLAH DAN KOMUNITI
Permuafakatan merupakan satu proses kerjasama pada tahap tertinggi dengan melibatkan
kesungguhan, pengetahuan dan kemahiran yang digambarkan melalui gaya komunikasi dan
mampu menarik minat penglibatan komuniti, secara rela mengamalkan kerjasama, saling
menghormati dan kesepakatan dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang
sama (Gulson, 2013).
71
Konsep permuafakatan merupakan satu bentuk kerjasama yang melibatkan sekurang-
kurangnya dua pihak untuk mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama (Friend & Cook,
2007). Jalinan pemuafakatan di antara institusi sekolah dan komuniti menjadi pemangkin
kepada peningkatan akademik murid, sebagai rakan strategik atau pembimbing kepada
sekolah. Permuafakatan antara sekolah dan komuniti banyak memberi manfaat kepada
pembelajaran murid (Epstein & Sanders, 2006). Contohnya, program pemuafakatan komuniti
dan sekolah telah berjaya mewujudkan satu ikatan silaturahim yang erat di antara pihak
sekolah dengan komuniti. Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, cabaran pemuafakatan antara
sekolah dan komuniti ialah;
a. Pihak sekolah masih kurang melibatkan komuniti sebagai rakan kongsi yang boleh
membantu proses pembelajaran murid (Epstein & Sanders, 2006).
b. Sekolah beranggapan bahawa pendidikan merupakan tanggungjawab sekolah dan
bukan komuniti (Mohammed Sani et al., 2015).
c. Sekolah memberikan kurang panduan kepada komuniti setempat mengenai
mekanisme untuk mereka menyumbang kepada sekolah (Sheldon, 2003).
d. Pihak komuniti menyerahkan sepenuhnya tanggung jawab pendidikan kepada
sekolah (Mohammed Sani et al., 2014).
e. Pendidikan komuniti luar bandar lebih tertumpu kepada kekurangan kemudahan
asas (Mitra et al., 2008).
f. Kurangnya penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah
khususnya di peringkat sekolah menengah dalam skop persekitaran budaya dan
masyarakat Malaysia (Suresh Kumar, 2013).
Model Sfera Pertindihan Pengaruh Epstein (Epstein’s Overlapping Spheres of Influence)
Model Sfera Pertindihan Pengaruh Epstein, (2002) menerangkan perkaitan antara keluarga,
sekolah dan komuniti dalam mencapai visi dan matlamat yang sama dalam proses
perkembangan, pendidikan dan pembangunan anak-anak. Teori ini menekankan pentingnya
sekolah, keluarga dan komuniti bekerja bersama-sama untuk mencapai keperluan anak-anak
dan mengintegrasi perspektif pendidikan, sosiologi dan psikologi dalam organisasi sosial,
sebagaimana kesan suasana keluarga, sekolah dan komuniti terhadap hasil pendidikan.
Konsep school-like family dan family-like school yang digunakan untuk menerangkan
pentingnya peranan ibu bapa dan sekolah.Konsep school-like family menggalakkan ibu bapa
memberi sokongan dan membentuk kemahiran akademik kepada anak seperti menekankan
kepentingan pelajaran, persekolahan, kerja rumah dan aktiviti-aktiviti lain pembelajaran serta
menjadikan semua aktiviti tersebut sebagai aktiviti keluarga. Konsep family-like school pula
bermaksud pihak sekolah mengambil sikap dan peranan sebagai sebuah keluarga yang
penyayang dengan menyediakan suasana persekitaran yang membuatkan anak-anak rasa
diterima, disayangi dan diperlukan dalam sesebuah keluarga.
72
Rajah: Permuafakatan Sekolah dengan keluarga dan komuniti
Berdasarkan kepada Teori Kesan Pertindihan Sfera
(Overlaping Spheres of Infuence), Epstein, (2002)
memperkenalkan tipologi enam jenis aktiviti pemuafakatan
yang boleh dilaksanakan antara sekolah dan komuniti.
IMPAK PERMUAFAKATAN
1. Membantu pihak sekolah dalam usaha ke arah kejayaan murid dan
mencapai matlamat pendidikan
2. Menangani masalah disiplin murid
3. Menambah baik kemudahan pendidikan
4. Meningkatkan pembangunan profesionalisme guru
5. Pembelajaran yang lebih berkualiti oleh kanak kanak
73
KESIMPULAN
Faktor yang menyokong kepada kejayaan budaya pemuafakatan sekolah dan komuniti adalah
kepimpinan pemimpin sekolah yang efektif dan efisien. Kebijaksanaan pemimpin sekolah
mendorong penglibatan komuniti untuk mempermudahkan setiap aktiviti dan program dapat
dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. Penglibatan komuniti
sebagai rakan kongsi yang signifikan memberi impak positif kepada pembangunan dan
kecemerlangan organisasi berterusan. Dalam masa yang sama, pemimpin sekolah
berperanan penting mewujudkan jaringan dan jalinan bersama dengan komuniti khususnya
dalam proses transformasi persekitaran sekolah ke arah mencapai sekolah berkualiti dan
kemenjadian murid dengan mengambilkira pelbagai faktor yang mungkin menjadi pemangkin
kepada kerjasama antara sekolah dan komuniti.
74
17
WEBINAR SEKOLAH DAN KOMUNITI BERPISAH TIADA:
PERKONGSIAN BUDAYA PERMUAFAKATAN BERSAMA
YBHG. PROF. MADYA DR. ABDUL SAID
PENSYARAH KANAN (FPP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Tarikh :
6 Oktober 2022
Tempat:
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sabah
75
Soalan : Apakah amalan-amalan terbaik dalam konteks hubungan permuafakatan
antara institusi sekolah dengan PIBG dan komuniti?
Terima kasih kepada saudara moderator atas peluang yang diberikan. Selamat petang
pada semua rakan yang terlibat, rakan teknikal sahabat saya saudara Tuan Matnoor bin Haji
Sima yang telah lama berkecimpung dalam pendidikan. Saya pun secara tidak langsung
memang bersetuju dengan apa yang diketengahkan oleh En. Matnoor bin Haji Sima tadi
tentang peranan PIBG dalam menjayakan permuafakatan antara sekolah dan komuniti.
Sebelum kita membicarakan amalan-amalan terbaik, saya lebih suka menjelaskan dengan
lebih ringkas apa yang dimaksudkan dengan permuafakatan. Ini sebenarnya adalah key word
kejayaan seperti yang dikatakan saudara Matnoor iaitu muafakat. Betapa besarnya impak
muafakat ini yang perlu diwujudkan antara dua entiti antara sekolah dan komuniti.
Permuafakatan ini amat penting. Permuafakatan ini adalah persetujuan yang wujud antara
dua entiti yang boleh dikaitkan dengan perundingan. Ia merupakan persetujuan bersama.
Apabila wujud persetujuan dan perundingan perbicaraan atau permuasyaratan antara dua
entiti sudah tentu menghasilkan kerja sama yang baik yang boleh diwujudkan
Banyak kajian empirikal yang telah dilaksanakan sebelum ini menunjukkan bukti
dengan permuafakatan antara dua pihak iaitu sekolah dan komuniti akan menjadikan hasil
yang bermanfaat, yang baik dan hebat. Ia sudah tentu menghasilkan output yang hebat serta
boleh dibanggakan. Sebagai contoh kita boleh nampak sekolah luar bandar seperti di SK Ulu
Lubai di Limbang merupakan contoh atau model yang mendapat pengiktirafan sekolah
berprestasi tinggi. Ia bermula dari sekolah luar bandar yang tidak mempunyai sebarang
kemudahan, sangat daif, lemah dan sebagainya telah menunjukkan kepada dunia bahawa
mereka juga mempunyai prestasi yang baik. Ia disokong oleh permuafakatan yang kuat antara
polis, sekolah dan komuniti. Biarpun sekolah ini berada di ulu yang hanya dapat dihubungkan
dengan sungai yang jauh disebabkan ikatan komuniti yang kuat antara pihak sekolah dan
komuniti ia menjadi sekolah yang terbaik di Malaysia.Ini adalah antara impak yang kita
nampak.
Antara amalan-amalan yang baik melalui tinjauan dokumen didapati antara rahsia
kejayaan sekolah ini banyak dihasilkan daripada dua permuafakatan antara sekolah dan
komuniti. Amalan terbaik mereka ialah proses perbincangan dua hala antara mereka, apabila
sampai waktu peperiksaan UPSR pada ketika itu semua masyarakat sekeliling di Ulu Lubai
akan bekerjasama. Mereka berkampung di sekolah itu, pelajar tidak akan buat apa-apa hanya
fokus kepada pembelajaran. Begitu juga guru-guru akan duduk sekali berkampung. Makan
dan minum murid disediakan dan guru-guru akan memastikan murid mengulangkaji pelajaran.
76
Hasil daripada perhubungan itu ia memberikan hasil kejayaan yang cemerlang. Banyak lagi
contoh kerjasama sekolah dan komuniti iaitu berkaitan membuat keputusan.
Apa-apa cadangan yang dibuat oleh sekolah dan komuniti membantu proses membuat
keputusan mendapat sokongan ibu bapa. Ia selari dengan kesepakatan membuat kerja
bersama. Hubungan ini merupakan penyumbang kepada kejayaan sekolah.
Selain itu, sifat sukarela dalam kalangan masyarakat dengan sanggup meluangkan
masa menyumbang pelbagai aspek. Ada yang sanggup memberikan dana untuk membantu
membangunkan sekolah. Sokongan yang kuat antara sekolah dan komuniti akan membantu
melahirkan komuniti yang sihat. Ia membantu mewujudkan suasana yang baik untuk pelajar
membuat ulangkaji, fokus kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru di sekolah.
Selain itu, percambahan idea apabila pihak pentadbir menggunakan kebijaksanaan memberi
peluang kepada komuniti yang pelbagai latar belakang dan pengalaman. Pengalaman itu
dapat dikongsikan kepada pihak sekolah khususnya pihak pentadbiran membuat strategi
untuk membantu aspek pencapaian pelajar dalam akademik, kokurikulum dan aspek-aspek
lain. Perkongsian idea dapat dimantapkan antara dua belah pihak. Kerjasama kedua pihak
memberikan peluang tanggungjawab , sama-sama memikul tanggungjawab ini memberi impak
yang baik kepada pihak sekolah khususnya juga kepada komuniti. Jalinan yang baik ini secara
tidak langsung akan menarik perhatian dunia bagaimana permuafakatan wujud di sekolah. Ini
antara yang dapat saya kongsikan. Terima kasih pihak moderator.
Soalan: Bagaimana kita dapat menghadapi cabaran-cabaran yang telah dan akan
dihadapi dalam proses membina dan membudaya serta melestarikan hubungan
permuafakatan antara institusi sekolah dan PIBG atau komuniti? Mohon berikan
saranan penambahbaikan.
Terima kasih saudara moderator. Saya nyatakan semula apa yang dinyatakan saudara
saya Tuan Matnoor tentang peranan PIBG. Kita cuba rungkaikan semula apakah cabaran yang
dihadapi. Kita berbalik kepada asas yang bermula dari awal. Hasil permuafakatan
menghasilkan idea yang baik. Tetapi secara naturalnya kita tidak boleh mengharapkan hasil
permuafakatan yang baru dibina membuahkan hasil dalam masa yang singkat. Ia melibatkan
human yang perlu sedikit masa untuk memberi hasil. Isu besar sekarang ialah cabaran
komuniti membantu dari segi fizikal dan menyediakan dana untuk prasana yang sesuai untuk
pelajar. Hasil yang segera tidak dapat dilaksanakan. Kita perlu memberi ruang dan sedikit
masa untuk kedua-dua pihak agar dapat mencapai titik pertemuan yang cantik untuk memberi
hasil yang hebat. Pastikan budaya untuk memupuk kerja sama di antara kedua pihak sentiasa
wujud antara komuniti dan sekolah.
77
Aspek seterusnya ialah pihak pentadbir kena bijak untuk mengadakan aktiviti-aktiviti
yang bersifat membina yang memerlukan kehadiran kedua belah pihak. Kita tidak terikat
kepada aktiviti sekolah sahaja. Hasil inisiatif sekolah mengadakan program-program secara
tidak langsung mewujudkan jalinan dan jaringan yang baik. Sekolah tidak terikat dengan
taqwim sedia ada. Pemimpin hendaklah berfikir secara kreatif agar jaringan dan jalinan ini
sentiasa mantap. Sekiranya pihak sekolah dan komuniti kurang pertemuan dan terikat dengan
jadual sedia ada di sekolah maka permuafakatan akan kurang terjalin. Jalinan dan jaringan
yang baik wujud jika aktiviti sentiasa diadakan. Inisiatif ini mungkin boleh dimulakan oleh
komuniti dan sekolah dilibatkan dalam aktiviti tersebut. Begitulah sebaliknya aktiviti sekolah
melibatkan pelibatan komuniti. Pihak komuniti tidak boleh menyerahkan kepada pihak sekolah
sahaja untuk mengatur aktiviti yang melibatkan kedua-dua entiti.
Cabaran yang tidak kita sedari secara tidak langsung ialah berlaku setengah-setengah
pihak sahaja bermuafakat. Muafakat itu melibatkan semua ahli, semua guru, pelajar dan
komuniti pelbagai lapisan yang berada di luar sekolah. Siapa sahaja komuniti yang ada di
persekitaran sekolah itu boleh dilibatkan dan penglibatan itu adalah menyeluruh dari semua
aspek. Permuafakatan wujud samada dari aspek keselamatan, infrastruktur dan logistik yang
melibatkan semua ahli. Apabila wujud penglibatan semua pihak sudah pasti hasilnya pun akan
lebih hebat. Kita manfaatkan kehebatakan semua ahli untuk meningkatkan prestasi akademik,
kokurikulum dan kemenjadian murid. Sesiapa pun masyarakat dalam komuniti boleh
menyumbang. Kekadang berlaku hanya satu pihak sahaja yang berlebihan kerana tidak
berlaku pelibatan yang menyeluruh. Ini menjadi cabaran kepada kita.
Pengalaman pihak pentadbir di beberapa buah sekolah memberi nilai pengalaman
yang berlainan. Persekitaran yang berbeza kerana negeri kita di Sabah mempunyai lebih 32
etnik di Sabah yang memerlukan penyesuaian budaya dan bahasa. Kita perlu menghormati,
tahu, baca, menghormati dan cakna dengan persekitaran. Saya yakin ini akan membantu
kejayaan hubungan bersama komuniti. Hasil permuafakatan akan menghasilkan kejayaan
yang lebih baik. Kekurangan pengalaman, keyakinan dan kepimpinan juga boleh jadi satu
faktor penghalang kepada sekolah untuk menonjol dalam segala aspek dan menghalang
sekolah menjadi sekolah yang gah.
Hal-hal lain ialah aspek persekitaran dan iklim positif yang dibina antara penyumbang
kejayaan sebuah sekolah. Kebijaksanaan pihak sekolah amat penting untuk mewujudkan
flatform budaya dalam kalangan ahli sendiri. Bagaimana guru-guru dapat dibentuk dengan
kepimpinan yang baik? Kepimpinan amat penting. Di sekolah arkiteknya ialah pengetua yang
betul mengambil berat tentang hubungan dengan komuniti. Beberapa kajian saya, kajian Siti
Alia dan rakan-rakan dan Siti Hajar di Selangor menunjukkan bukti bahawa dengan adanya
78
kerjasama dengan pihak pentadbir, guru-guru akan memupuk nilai kerjasama yang bukan
sekelompok sahaja tetapi semua pihak. Kejayaan sekolah dan pelajar tidak bergantung
kepada seorang guru dan pentadbir sahaja. Hasilnya adalah dari jaringan dan jalinan muafakat
semua guru dan sumbangan semua pihak komuniti yang datang dari yang pelbagai latar
belakang yang dapat membantu sekolah. Ini adalah cabaran yang besar iaitu iklim, perubahan
sistem, kurikulum dan bagaimana kita menyesuai dan mengekalkan prestasi yang baru
dengan gelombang-gelombang baru. Suka atau tidak suka kita hendaklah menyediakan ahli
kita dan komuniti supaya sekolah sentiasa berhadapan dengan cabaran yang sentiasa
berubah.
Ketika negara kita berhadapan dengan pandemik baru-baru ini, berlaku perubahan
yang ketara.Situasi guru-guru tanpa perancangan dan murid-murid pula tidak bersedia
menghadapi pengajaran dan pembelajaran online. Guru-guru ketika itu tidak ada latihan
khusus untuk mengadakan google meet dan berbagai flatform. Budaya itu menyebabkan kita
mesti sentiasa bersedia menghadapi cabaran menyediakan keperluan pendidikan semasa.
Budaya kesepakatan bukannya mudah. Ia memerlukan sedikit masa dan adjustment dan
penyesuaian diri di sekolah. Murid-murid berhadapan dengan masalah tidak dibenarkan hadir
ke sekolah. Mereka terpaksa menggunakan handphone ibu bapa untuk meneruskan
pembelajaran. Ibu bapa pula ada keperluan tersendiri untuk menggunakan. Keluarga yang
besar terpaksa berkongsi satu handphone bersama 2 hingga tiga orang anak mereka untuk
keperluan belajar. Ini mengguggat keberkesanan pembelajaran itu. Ini merupakan halangan
permuafakatan kita yang tidak baik. Ini saja yang dapat dikongsikan pada hari ini kerana ruang
lingkup yang singkat dengan kekurangan saya sendiri. Terdapat banyak lagi aspek-aspek
yang menyumbang kepada cabaran permuafakatan antara komuniti dengan sekolah. Sampai
di sini dahulu perkongsian kita. Warga sekolah perlu mewujudkan permuafakatan yang baik
antara sekolah dan komuniti di luar sana.
79
80
81