K OLEKSI
K AJIAN
TINDAKAN
GURU-GURU TINGKATAN 6
VOL. 2
0|Koleksi Kajian Tindakan Vol.2 Pengurusan Akademik Tingkatan 6
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
KANDUNGAN
PRAKATA MUKA SURAT
PENGHARGAAN 2
ARTIKEL KAJIAN 3
TEKNIK “TOPSNAILS”: SATU KAEDAH UNTUK MELABEL GRAF DALAM 4
KERTAS 900/2 SOALAN 5 DAN 6 PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN MURID 25
TAHAP SEDERHANA RENDAH, TINGKATAN ENAM ATAS. 42
Manjit kaur A/P Bakhshis Singh
SMK Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang 56
74
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT DAN MENULIS FAKTA SEJARAH 89
PELAJAR PBUMP DENGAN PENGGUNAAN CARTA TAMADA.
Noor Hayati Binti Ujar
Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN DALAM TOPIK
KIRCHOFF’S LAWS UNTUK MATA PELAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH ‘J.A.L.A.N KEBENARAN’ BAGI PELAJAR TINGKATAN 6ASNF
KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI
Sharifah Norhafizah Binti Syed Intan
Kolej Tingkatan Enam Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang
MENINGKATKAN KEMAHIRAN TATABAHASA BAHASA MELAYU MELALUI
FORMULA MUSTAR (RUMUS-PINTAR) DALAM KALANGAN PELAJAR 6A UTP
Suzilawati binti Shaary
Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang
MASTERY OF SUBTOPIC SILICATES THROUGH “APC” TECHNIQUE FOR
FORM 6 SCIENCE STUDENTS
Ummi Amarah Binti Musa
Pusat Tingkatan Enam SMK Penanti, Kubang Semang , Pulau Pinang
QUEST AFTER THE “USED ME’ TO INCREASE VOCABULARY WORDS AMONG
THE 5 MUET STUDENTS IN A SECONDARY SCHOOL IN PENANG ISLAND.
Dr. Kasthuri A/P Veratharaju
Pn. Indra A/P Kolanda Vello
Pusat Tingkatan Enam SMK (L) Methodist, Georgetown, Penang.
SWADAYA DAN SINERGI: SATU PRAKARSA UNTUK MENINGKATKAN 109
KEMAHIRAN DALAM MENULIS ESEI SEJARAH BAGI PELAJAR TINGKATAN
6ASS DI KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI
Pn Zati Masturah Bt Sanusi, Pn Vimala A/P Krishnasamy
Kolej Tingkatan Enam Desa Murni, Butterworth, Pulau Pinang.
1|Koleksi Kajian Tindakan Vol.2
PRAKATA
Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan Tingkatan Enam, Sektor
Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif
untuk mengumpul bahan penyelidikan yang mengandungi pelbagai amalan
terbaik yang telah dipraktiskan oleh guru-guru Tingkatan Enam. Amalan terbaik
ini akan disebar supaya dapatan ini dapat diaplikasikan oleh guru-guru Tingkatan
Enam mengikut kesesuaian persekitaran dan pelajar masing-masing.
Guru-guru sebagai penyelidik haruslah sentiasa berusaha untuk mengenal pasti
ruang dan peluang dalam memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran
supaya selari dengan perkembangan semasa. Keperluan melahirkan pelajar
berpengetahuan dan menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta kemahiran
memimpin amat memerlukan komitmen yang jitu. Dalam usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang berkualiti
dan mampu bersaing di peringkat nasional dan global, pendidikan Tingkatan
Enam merupakan platform terbaik dalam mencapai hasrat ini.
Para pendidik disaran supaya bersikap proaktif dalam meningkatkan kompetensi
diri yang menjadi titik tolak kepada peningkatan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Melalui penyelidikan, guru-guru dapat mengenal pasti isu yang
menjadi penghalang dalam pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap
pembelajaran secara optimum . Melalui penyelidikan juga, guru-guru dapat
membuat penambahbaikan dan menyusun semula strategi dalam mencapai
objektif yang lebih berkesan dan bermakna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan
pegawai yang terlibat dalam pengumpulan dan penyuntingan artikel sehingga
Koleksi Kajian Tindakan Guru-Guru Tingkatan Enam Terbitan kali ke-2 Negeri
Pulau Pinang ini dapat dihasilkan.
Akhir kata, semoga perkongsian ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada guru-
guru Tingkatan Enam di Pulau Pinang untuk terus memajukan diri dalam
penyelidikan pedagogi dan pengurusan kurikulum bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran dan penghayatan ilmu dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam.
Perahu mudik ke Pulau Penarik,
Singgah berlabuh di Kuala Bernam;
Bahan yang baik hasil penyelidik,
Megah dan kukuh Tingkatan Enam.
2|Koleksi Kajian Tindakan Vol.2
PENGHARGAAN
Penasihat
Pn Hajah Azizah binti Paijo
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
En Hairol Amin bin Salim
KPPK Sains Sosial
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Penyelaras 1
Pn. Nadiyah binti Jamain Bakeri
Penolong Pengarah Unit Sains Sosial
Sektor Pembelajaran
Penyelaras 2
Pn. Yasmin @Rodiah binti Abd Rahman
Penolong Pengarah Unit Menengah & Tingkatan Enam
Sektor Pengurusan Sekolah
Turut membantu:
PANEL PENILAI
Pn. Fazilawati binti Jamaludin
Ketua Penolong Pengarah Unit Bahasa
En. Zulkafly bin Othman
Penolong Pengarah Unit Bahasa
En Juhari Bin Mohamad Nor
SISC+ PPD Seberang Perai Utara
En, Khairolajman Bin Ismail
SISC+ PPD Seberang Perai Tengah
Pn. I Parimala Devi a/p Indiran
SISC+ PPD Barat Daya
Semua Penyumbang Penulisan Kajian Tindakan
Guru-Guru Tingkatan Enam Tahun 2020
Penerbitan
Pengurusan Akademik Tingkatan 6,
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
3|Koleksi Kajian Tindakan Vol.2
TEKNIK “TOPSNAILS”: SATU KAEDAH UNTUK MELABEL GRAF DALAM
KERTAS 900/2 SOALAN 5 DAN 6 PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN MURID
TAHAP SEDERHANA RENDAH, TINGKATAN ENAM ATAS.
Manjit Kaur A/P Bakhshis Singh
Pusat Tingkatan 6
SMK Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid tingkatan Enam yang gagal mendapat
pencapaian markah yang baik untuk soalan 5 dan 6 dalam peperiksaan STPM 900/2.
Seramai 5 orang murid tahap sederhana rendah dari SMK Telok Air Tawar dan seorang
guru terlibat dalam menjayakan kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui latihan
melukis graf di dalam kelas, Ujian Penilaian 1, ujian pra dan ujian pasca. Hasil tinjauan
menunjukkan murid gagal melabelkan graf yang dilukis dengan lengkap. Dalam soalan
graf Penggal 2, banyak murid kehilangan markah atas sebab kecuaian melabel graf. Oleh
hal yang demikian, Teknik “TOPSNAILS” telah diguna pakai oleh guru mata pelajaran untuk
meningkatkan kemahiran melabel graf. Teknik ‘TOPSNAILS’ telah diperkenalkan kepada
murid-murid selama 60 minit dan kajian yang dijalankan diselesaikan dalam tempoh 5
minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan dalam melabel bahagian
penting dalam soalan graf dengan menggunakan teknik ‘TOPSNAILS’.
Kata kunci : Graf
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Analisis keputusan Ujian Penilaian 2 bagi tahun 2019 untuk kelas 6A1 amat
mengecewakan. Daripada 12 orang murid, hanya 7 orang murid sahaja yang lulus dalam
ujian tersebut. Selepas dibuat analisis item soalan, didapati pelajar hilang banyak markah
untuk soalan 5 dan 6, iaitu soalan graf. Ironinya, murid dapat menyediakan jadual
persediaan, dapat melukis graf tetapi mereka kehilangan markah kerana mereka tidak
melengkapkan graf daripada segi teknik melabel graf. Antara kesalahan aspek teknik
yang dilakukan oleh murid adalah seperti yang berikut:
a) Tajuk tidak lengkap
b) Titik asas tiada
c) Petunjuk tiada
d) Sumber tiada
e) Nilai salah
f) Tiada perkataan anggaran ( soalan tertentu sahaja)
g) Salah isi
h) Label dan unit ukuran salah
i) Skala tiada unit
4|Koleksi Kajian Tindakan Vol.2
Jumlah markah untuk bahagian B ini ialah 20 markah. Pencapaian markah penuh dalam
soalan graf dapat membantu mereka lulus dalam kertas Pengajian Am 900/2. Hal ini
dikatakan demikian kerana murid kurang mendapat markah untuk soalan karangan dan
soalan struktur dalam kertas 900/2. Oleh itu, 20 markah yang diperoleh dalam soalan
graf dapat membantu murid menambahkan jumlah markah yang diperoleh untuk
keseluruhan kertas ini. Perkara yang amat membingungkan saya ialah apabila saya
mendapati kebanyakan calon kehilangan markah untuk soalan graf kerana tidak dapat
melabelkan graf dengan lengkap dan tidak mengikut teknik yang betul dalam aspek
melabelkan graf. Saya berasa sungguh kecewa dan kesal setelah mendapati faktor
kegagalan murid semata-mata kerana kesalahan melabel graf atau bahagian label yang
tidak lengkap sedangkan mereka berjaya melukis graf dengan betul. Yang berikut ialah
bahagian pelabelan graf dan jumlah markah yang ditolak sekiranya maklumat ini tidak
diberi oleh murid.
Jadual 1.0: Butir-Butir Graf
Butiran Kehilangan
Markah (20 m)
Tajuk
Titik Asas/ 9
Origin ‘0’
Petunjuk 2
Sumber
Nilai 9
*Anggaran 2
Isi 9
Label 9
Skala 6
9
2
Berdasarkan jadual 1.0 , terdapat sembilan perkara yang perlu dipatuhi oleh pelajar
dalam melabel graf untuk soalan 5 dan 6. Dalam penandaan soalan graf, kekurangan
mana-mana satu perkara yang disebutkan di atas akan menyebabkan calon tidak
mendapat markah penuh, iaitu 20 markah. Dalam Jadual 1.0 juga sudah dinyatakan
jumlah markah yang dipotong jika calon gagal melabelkan graf yang dilukis dengan
lengkap. Oleh hal yang demikian, saya terpanggil untuk mencari satu pendekatan baru
untuk memastikan murid dapat melengkapkan maklumat di dalam graf dengan baik.
5|Koleksi Kajian Tindakan Vol.2
Kaedah yang dimaksudkan ialah TOPSNAILS. Yang berikut ialah penjelasan tentang
teknik TOPSNAILS.
Kesembilan-sembilan perkara ini diberi akronim TOPSNAILS berpandukan huruf pangkal
untuk setiap perkara yang perlu ada di dalam graf yang telah siap dilukis. Yang berikut
ialah penjelasan tentang akronim TOPSNAILS.
Jadual 1.1 Akronim TOPSNAILS
Akronim Butiran graf
T Tajuk
O Titik Asas/
Origin ‘0’
P Petunjuk
S Sumber
N Nilai
*A *Anggaran
I Isi
L Label
S Skala
* Optional ( Hanya diberi jika soalan memerlukannya)
Jadual 1.1 di atas menunjukkan kaedah TOPSNAILS yang akan diguna pakai oleh 5
orang murid tahap sederhana bawah dalam menyemak dan melabel graf.
2.0 FOKUS KAJIAN
Dalam peperiksaan STPM Penggal 2, didapati murid yang tidak dapat melukis graf
dengan betul akan gagal dalam kertas 900/2 ini. Laporan STPM yang dikeluarkan oleh
MPM (2018) ada menyatakan bahawa ramai calon gagal mendapat markah yang baik
kerana kesalahan teknikal dan kecuaian mengisi maklumat yang diperlukan di dalam
graf. Antara kesalahan teknikal yang ketara ialah saiz carta pai yang tidak sama,
kedudukan petunjuk dan sumber yang tidak tepat. Antara kecuaian mengisi maklumat
pula ialah calon tidak menulis tajuk dengan tepat, tiada jumlah besar pada carta pai atau
menulisnya tanpa unit, salah menulis label atau tiada label dan salah menulis nilai. Dalam
bahagian soal selidik yang dijalankan dengan murid, mereka bersetuju bahawa mereka
tidak sedar bahawa mereka tertinggal beberapa label pada kertas graf. Ada murid yang
menyatakan bahawa mereka terlupa dan ada yang mengakui bahawa mereka terlepas
pandang bahagian label setelah selesai melukis graf. (rujuk Lampiran A).
6|Koleksi Kajian Tindakan Vol.2
Memandangkan semua calon peperiksaan menghadapi masalah yang sama, iaitu
daripada segi teknikal, termasuk murid saya pada tahun ini, saya tergerak untuk mencari
dan mengenal pasti satu kaedah yang dapat membantu murid melengkapkan label di
dalam soalan graf.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan markah pencapaian bahagian soalan graf agar
5 orang murid tahap sederhana rendah dari kelas 6A1 mendapat keputusan yang lebih
baik dalam mata pelajaran Pengajian Am, khususnya kertas 900/2.
3.2 Objektif Khusus
Pada akhir kajian ini, 5 orang murid yang pencapaiannya sederhana rendah dapat:
3.2.1 menguasai kemahiran melengkapkan 8 daripada 9 label penting dalam soalan
graf.
3.2.2 mengaplikasikan teknik TOPSNAILS untuk melabel graf yang telah siap dilukis.
3.2.3 meningkatkan markah pencapaian murid dalam soalan graf supaya mereka
mendapat keputusan yang lebih baik bagi mata pelajaran Pengajian Am dalam
peperiksaan STPM Penggal 2, 2019
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kelas 6A1 terdiri daripada 12 orang murid yang mempunyai tahap sederhana tinggi dan
tahap sederhana rendah. Seramai 7 orang murid tahap sederhana tinggi dapat
menjawab soalan graf dengan baik sebaliknya 5 orang murid yang mempunyai tahap
sederhana rendah tidak mendapat pencapaian yang baik untuk soalan graf. Mereka
dapat melukis graf dengan baik tetapi mereka kehilangan markah semata-mata kerana
bahagian label graf tidak lengkap. Oleh hal yang demikian, 5 orang murid ini dipilih
sebagai responden dalam kajian seperti yang berikut:
Murid : 6A1
3 orang
Lelaki : 2 orang
5 orang
Perempuan :
Jumlah :
7|Koleksi Kajian Tindakan Vol.2
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Awal Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan awal terhadap masalah dibuat berdasarkan
pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Saya telah menggunakan tempoh selama lima
minggu untuk menjalankan kajian ini. Sebelum itu, saya perlu menghabiskan semua jenis
graf kerana bahagian melabel graf hanya dapat ditekankan setelah murid dapat
menguasai kemahiran melukis graf. Yang berikut ialah jadual pelaksanaan kajian ini.
Jadual 1.2: Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
15 Februari 2019
1. Ujian Topikal - mengenal pasti
masalah dan mengumpul data 22 Februari 2019
1 Mac 2019
2. Menulis kertas cadangan 4 Mac 2019
3. Ujian Pra - soalan graf 5 Mac 2019
8 Mac 2019
4. Memperkenalkan Teknik 15 Mac 2019
TOPSNAILS 22 Mac 2019
5. Latihan semasa
6. Ujian Pasca - soalan graf
7. Analisis Data
8. Membuat rumusan dan laporan
Saya memulakan kajian ini setelah murid selesai menjawab soalan graf dalam ujian
topikal yang dijalankan sebaik sahaja tamat memperkenalkan semua jenis graf. Melalui
ujian topikal yang dijalankan, saya mendapati murid saya dapat melukis graf tetapi
mereka tidak dapat markah pencapaian 20 markah semata-mata kerana faktor label
pada graf yang tidak lengkap. Seminggu selepas itu, saya menulis kertas cadangan
untuk mencari dan mengenal pasti kaedah untuk melabel graf. Saya menjalankan Ujian
pra dan selepas menyemak graf, saya mendapati murid masih kehilangan markah
disebabkan label yang tidak lengkap. Seterusnya, saya cuba mengatur dan menyusun
setiap bahagian pelabelan dengan menyusun perkataan dan akhirnya saya dapat
membentuk akronim TOPSNAILS, iaitu menyemak label pada graf dari atas sehingga
ke bahagian bawah graf mengikut arah pertentangan pusingan jarum jam. Saya
memperkenalkan teknik TOPSNAILS kepada 5 orang pelajar pilihan saya. Setelah
berbincang dan sesi soal jawab tentang teknik TOPSNAILS, saya memberi latihan
8|Koleksi Kajian Tindakan Vol.2
semasa kepada 5 orang murid untuk memantapkan pemahaman mereka tentang kaedah
TOPSNAILS ini. Seterusnya, saya menjalankan ujian pasca pada 8 Mac 2019. Selepas
menyemak latihan graf dalam ujian pasca, saya menganalisis pencapaian murid, dan
saya membuat rumusan dan laporan kajian.
5.1.1 Cara Mengumpul Maklumat
a) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian dengan memperhatikan tingkah laku murid semasa
menjalankan PdPc di dalam kelas. Pada peringkat awal topik graf disampaikan kepada
murid, saya telah memberi penerangan yang jelas dengan menggunakan projektor dan
talking board, iaitu kertas A5 yang telah dibalut dengan plastik. Pada talking board
tersebut , saya telah menjelaskan label yang perlu diberi perhatian oleh murid sebaik
sahaja mereka selesai melukis graf agar mereka mendapat markah penuh dalam
bahagian ini. Yang berikut ialah contoh graf yang dipaparkan pada talking board tersebut.
Rajah 1.3 : Contoh Graf Pada Talking Board
9|Koleksi Kajian Tindakan Vol.2
Selepas itu, murid menjalani satu latihan topikal yang berkaitan dengan latihan graf.
Melalui pemerhatian di dalam kelas, saya mendapati murid tidak menyemak graf yang
siap dilukis. Hal ini demikian kerana murid perlu selesai melukis graf dalam masa 40
minit. Dalam masa 40 minit, murid perlu membaca petikan, mengeluarkan maklumat
penting, menyediakan jadual, mencari skala dan melukis graf yang sesuai dengan data
jadual, mewarna dan melabelkan graf dengan betul. Yang berikut ialah langkah yang
perlu dilakukan oleh murid dalam melukis graf.
Rajah 1.4: Langkah melukis graf
Membaca petikan dan
mengenal pasti angkubah
Membina jadual daripada
maklumat yang terkumpul
Mengenal pasti jenis graf
dan mengira skala
Melukis graf, mewarna
dan melabel
Kajian saya ialah bahagian melukis dan melabel graf, iaitu langkah terakhir dalam latihan
graf. Berdasarkan rajah di atas, kebarangkalian tinggi untuk murid mengabaikan
bahagian label kerana perkara ini dilakukan hanya setelah mereka selesai melukis graf.
Hal inilah yang menyebabkan murid tidak memberi perhatian yang serius terhadap aspek
melabel graf.
b) Ujian Pra dan Pasca
Ujian pra telah diberikan kepada 5 orang murid yang berpencapaian sederhana bawah
di dalam kelas 6A1, untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid
dalam melabel graf dengan lengkap. Satu soalan graf Bar Kompaun telah diedarkan
kepada murid-murid dan mereka diberi masa selama 40 minit untuk menjawab soalan
tersebut. Ujian pra ini telah diadakan pada 1 Mac, 2019 bersamaan hari Jumaat dari jam
9.10 hingga 9.50 pagi, iaitu sewaktu PdPc. Semua murid hadir pada hari tersebut dan
saya telah menyemak jawapan murid dan mengenal pasti jenis kesalahan yang paling
10 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
banyak dilakukan oleh murid dalam menjawab soalan graf. Saya membuat analisis dan
mencatatkan bahagian label yang tidak diberikan oleh murid dalam jawapan mereka.
Saya memeriksa semua sembilan perkara yang perlu ada dalam skrip jawapan murid.
Daripada analisis yang telah saya buat selepas menyemak jawapan murid ialah 5 orang
murid dapat melabel 3-4 daripada sembilan bahagian label dalam jawapan mereka.
Dapatan analisis ini amat mengecewakan saya kerana saya telah membuat penerangan
yang jelas tentang cara melabel graf sebelum ujian pra diberi kepada mereka.
Saya telah menjalankan sesi perbincangan dengan 5 orang murid tersebut dengan
memaparkan contoh jawapan mereka dengan menggunakan projektor di hadapan kelas.
Saya membulatkan bahagian yang tidak dilabel oleh murid dan jumlah markah yang
hilang akibat kesalahan tersebut. Seterusnya, saya memperkenalkan teknik
TOPSNAILS kepada murid.
Saya menggunakan 5 set talking board yang dilekatkan graf kosong yang dilukis paksi Y
dan paksi X sahaja. Saya juga telah menyediakan 5 set label graf dalam bentuk flash
card. Setiap murid diberi satu set talking board berserta flash card. Saya meminta murid
padankan flash card pada kertas graf di talking board. Setelah itu, saya berbincang
dengan murid secara terperinci maksud setiap huruf dalam akronim tersebut. Saya
menggunakan gambar snails sebagai latar belakang supaya mereka akan beringat dan
menggunakan akronim tersebut untuk menyemak label graf setiap kali mereka membuat
latihan graf. Satu latihan semasa telah diberikan kepada 5 orang murid tersebut pada 5
Mac 2019, untuk memastikan murid menggunakan TOPSNAILS untuk menyemak label
pada graf selepas selesai menjawab soalan graf. Pencapaian murid telah bertambah
baik dalam ujian semasa berbanding dengan ujian pra. Seterusnya, Pada 8 Mac 2019,
saya telah memberikan Ujian pasca dan kali ini saya telah memberi set soalan yang baru
dan jenis graf yang dilukis masih sama seperti Ujian Pra, iaitu graf Bar Kompaun. Murid
diingatkan untuk mengaplikasikan akronim TOPSNAILS dalam menyemak graf setelah
selesai melukis graf.
c) Soal selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 5 orang murid yang dipilih
untuk mendapatkan maklum balas mereka tentang teknik melengkapkan graf, sebelum
dan selepas teknik ‘TOPSNAILS’ diperkenalkan.
11 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Lima skala Likert telah digunakan dalam soal selidik yang berikut.
Skala Likert: 1 - sangat tidak setuju
2 - tidak setuju
3 - kurang setuju
4 - setuju
5 - sangat setuju
Yang berikut ialah dapatan soal selidik murid sebelum mereka diperkenalkan dengan
teknik TOPSNAILS dalam melabel graf.
Jadual 1.5: Dapatan Soal Selidik Pelajar Tentang Masalah Melabel Graf
Bil SKALA 1 2345
(BILANGAN MURID )
ITEM 32
14
1. Soalan graf merupakan bahagian yang mudah 41
mendapat markah.
5
2. Saya tidak pernah mendapat markah penuh, 5
iaitu 20 markah dalam soalan graf. 32
14
3. Saya dapat melukis graf tetapi saya kehilangan
markah kerana saya menghadapi masalah
bahagian melabel graf.
4. Saya ada menyemak graf sebelum menghantar
tetapi ada sahaja bahagian label yang tertinggal.
5. Saya terlupa dan terlepas pandang bahagian
label graf setelah selesai melukis graf
6. Saya berharap ada cara lain yang boleh saya
lakukan untuk menyemak label pada graf
7. Saya akan menggunakan sebarang teknik
melabel graf supaya saya boleh mendapat
markah penuh untuk soalan graf
Dapatan soal selidik yang dipaparkan dalam jadual 1.5 di atas jelas menunjukkan
bahawa 5 orang murid yang mempunyai pencapaian sederhana bawah menghadapi
masalah dalam melabel bahagian graf. Daripada penyataan 2 hingga 5, didapati murid
berasa kesal kerana kehilangan markah semata-mata kerana salah melabel graf dan
tidak melabel graf dengan lengkap. Mereka juga setuju bahawa mereka terlepas
pandang bahagian melabel graf yang menyebabkan mereka kehilangan markah yang
banyak. Daripada penyataan 5 dan 6 didapati murid juga tercari-cari satu kaedah atau
cara yang membolehkan mereka menyemak aspek label pada graf dengan baik.
12 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
5.1.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.1.2.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian tingkah laku murid selepas kajian dijalankan terhadap murid
kelas 6A1 didapati:
• Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara
lisan. Murid-murid menjawab dengan suara yang lantang apabila disoal oleh
guru.
• Murid dapat mengesan dan membetulkan kesalahan yang dibuat oleh murid lain
secara lisan dan dapat keluar ke hadapan kelas dan membulatkan kesalahan
melabel graf yang dilakukan oleh rakan mereka.
• Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih menyeronokkan, lebih-lebih lagi
apabila murid membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh rakan mereka di
hadapan kelas
5.1. 2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos
5.1.2.2.1 Analisis Ujian Pra
Pencapaian murid dalam ujian pra adalah seperti yang tertera dalam jadual di bawah:
Jadual 1.6: Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra
Bil. Pelajar Tajuk Kesalahan Label Graf dalam Ujian pra Isi Label Skala
1. A
2. B / Origin Petunjuk Sumber Nilai Anggaran / / /
3. C / / /
4. D / / // / / / /
5. E / / / /
/ / // / /
Jumlah 5 3 5 5
// /
Peratus 100 60
kesalahan // /
(%) / // /
34 33 4
60 80 60 60 80 100 100
Jadual 5.2 di atas menunjukkan pencapaian 5 orang murid dalam ujian pra. Dalam ujian
tersebut, pelajar melakukan kesilapan melabel graf hampir dalam semua 8 daripada 9
label graf. Soalan yang diberi tiada nilai anggaran, oleh itu tiada murid yang melakukan
kesilapan tersebut. Jadual menunjukkan 100% murid melakukan kesalahan dalam
13 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
menulis tajuk, label paksi Y dan X serta skala pada graf. Kesalahan lain Kesilapan
termasuklah bahagian petunjuk (80%), anggaran (80%), diikuti dengan titik origin (60%),
sumber (60%), nilai (60%) dan isi (60%). Skor ini menunjukkan bahawa murid kehilangan
markah yang banyak dalam soalan graf justeru mereka perlu dibantu agar mereka dapat
menguasai bahagian melabel graf dengan baik.
5.1.2.2.2 Analisis Latihan Semasa
Satu latihan semasa telah diberi kepada 5 orang murid tahap sederhana rendah setelah
kaedah TOPSNAILS diperkenalkan kepada mereka. Yang berikut ialah keputusan yang
didapati dalam latihan semasa tersebut.
Jadual 1.7: Pencapaian Murid Dalam Latihan Semasa
Bil. Pelajar Tajuk Kesalahan Label Graf dalam Ujian pra Isi Label Skala
1. A
2. B / Origin Petunjuk Sumber Nilai Anggaran / / /
3. C / / /
4. D / / // / 2 /
5. E 2 40 /
40 // / 3
Jumlah 4
// / /
Peratus // /
kesalahan
22 33 3
(%)
40 40 60 60 60 80 60
Jadual 1.5 di atas menunjukkan aspek pelabelan graf dalam kalangan 5 orang murid
terpilih telah bertambah baik berbanding dengan ujian pra setelah mereka didedahkan
kepada teknik TOPSNAILS. Mereka masih melakukan kesalahan melabel graf tetapi
peratus kesalahan telah semakin berkurangan. Kesalahan daripada aspek penulisan
tajuk graf ialah 40%, kesalahan titik origin ialah 40%, kesalahan petunjuk ialah 40%,
penulisan sumber 60%, kesalahan nilai ialah 60%, isi 40%, kesalahan anggaran 60%
dan label paksi X dan Y agak tinggi iaitu 80% dan kesalahan tidak menulis skala ialah
60%.
Kesemua lima latihan graf ini dipaparkan di atas papan putih. Setiap murid dikehendaki
keluar di hadapan kelas untuk menandakan bahagian label yang salah dan bahagian
label yang tiada di dalam graf. Murid diminta merujuk akronim TOPSNAILS dalam
menyemak jawapan mereka. Murid dikehendaki membuat pembetulan bahagian label
yang salah dan bahagian yang tiada berlabel.
14 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
5.1.2.2.3 Analisis Ujian Pasca
Selepas menganalisis ujian pra, murid diperkenalkan dengan kaedah TOPSNAILS.
Murid menduduki ujian pasca setelah membuat latihan semasa. Jadual di bawah
menunjukkan pencapaian 5 orang murid.
Jadual 1.8: Pencapaian Murid Dalam Ujian Pasca
Kesalahan Label Graf dalam Ujian pasca Label Skal
a
Bil. Pelajar Tajuk Origin Petunjuk Sumber Nilai Anggaran Isi /
1. A / / /
2. B 20 40
3. C / // 20
4. D 20 20 20
5. E
Jumlah
Peratus
kesalahan
(%)
Jadual di atas jelas menunjukkan pencapaian murid telah bertambah baik dalam ujian
pasca. Mereka masih melakukan kesalahan melabel graf tetapi peratus kesalahan telah
semakin berkurangan. Kesalahan daripada aspek tajuk graf ialah 20%, kesalahan
petunjuk ialah 20%, kesalahan nilai ialah 20%, isi 20%, anggaran 20% dan label paksi X
dan Y ialah 40%. Seramai 2 orang murid langsung tidak membuat sebarang kesalahan
malah dapat melabelkan 8 perkara dengan betul. Perbandingan skor dalam ujian pra dan
ujian pos diperturunkan dalam jadual seperti yang berikut:
Jadual 1.9: Jenis Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Pelajar Dalam Melabel Graf
Bil. Label Graf Ujian Pra Latihan Ujian
Semasa Pasca
1. Tajuk 5
2. Titik asas Origin “0” 3 2 1
3. Petunjuk 4 2 0
4. Sumber 3 2 1
5. Nilai 3 3 0
6. *Anggaran 4 3 1
7. Isi 3 3 1
8. Label dan Unit Ukuran 5 2 1
7. Skala 5 4 2
3 0
15 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Dapatan jadual di atas dapat diperturunkan dalam bentuk graf seperti yang berikut:
Rajah 2.0: Perbandingan Skor Ujian Pra, Latihan Semasa dan Ujian Pasca
Jadual dan graf menunjukkan perbandingan pencapaian murid dalam ujian pra, latihan
semasa dan ujian pos. Dapatan menunjukkan bilangan kesalahan melabel telah
berkurangan dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra dan latihan semasa. Dalam
perbandingan ujian pra dan ujian pasca, kesalahan melabel tajuk berkurangan daripada
5 orang kepada 1orang, kesalahan menulis anggaran daripada 4 orang kepada 1 orang,
kesalahan melabel petunjuk telah berkurangan daripada empat orang kepada seorang,
kesalahan melabel nilai dan isi telah berkurangan daripada 3 orang kepada 1 orang dan
kesalahan label dan unit ukuran daripada 5 orang berkurangan kepada 2 orang. Tidak
ada murid yang melakukan kesalahan titik origin, sumber dan skala dalam ujian pasca.
Perbezaan dapatan ujian pra dan ujian pasca menunjukkan bahawa penggunaan teknik
melabel graf melalui teknik TOPSNAILS dapat mengurangkan kesalahan melabel graf
dalam kalangan 5 orang murid berpencapaian sederhana bawah kelas 6A1. Jumlah
kesalahan melabel graf yang dilakukan oleh murid jelas menunjukkan penurunan.
Daripada pemerhatian saya ketika saya mengawas murid menjalani ujian pasca, saya
mendapati murid sudah menyemak label graf dengan menggunakan akronim
TOPSNAILS sebelum menghantar graf yang siap dilukis.
16 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
5.1.2.3 Analisis Soal Selidik
Murid telah memberikan respons yang baik untuk soalan yang dikemukakan dalam
borang soal selidik yang diedarkan setelah selesai semua ujian pasca. Saya telah
menggunakan skala Likert yang mempunyai 5 skala seperti yang berikut:
Skala Likert: 1 - sangat tidak setuju
2 - tidak setuju
3 - kurang setuju
4 - setuju
5 - sangat setuju
Yang berikut ialah hasil dapatan soal selidik yang telah dijalankan oleh 5 orang murid
kelas 6A1.
Jadual 2.1: Dapatan Soal Selidik Pelajar Tentang Aplikasi Teknik “TOPSNAILS”
Bil SKALA 1 2345
ITEM (BILANGAN MURID )
1. Pengajian Am merupakan subjek yang mudah 14
23
2. Saya lebih suka menggunakan teknik saya
5
sendiri daripada menggunakan teknik 5
‘TOPSNAILS’
41
3. Soalan graf mudah dikuasai walaupun tanpa 32
menggunakan teknik ‘TOPSNAILS’ 41
4. Saya mudah memahami teknik melukis graf
selepas guru memperkenalkan teknik
‘TOPSNAILS’
5. Saya mudah menyemak graf dari segi teknikal
dengan menggunakan teknik ‘TOPSNAILS’
6. Saya akan menggunakan teknik
‘TOPSNAILS’dalam menjawab soalan graf
7. Teknik ‘TOPSNAILS’ membantu meningkatkan
pemahaman saya tentang topik graf
Dapatan soal selidik yang dijalankan dengan 5 orang murid menunjukkan bahawa
kebanyakan murid bersetuju dengan penggunaan teknik TOPSNAILS dalam
melengkapkan label pada soalan graf. Mereka juga bersetuju untuk menggunakan teknik
17 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
ini ketika menjawab soalan graf agar mereka tidak tertinggal label yang menyebabkan
mereka kehilangan markah yang banyak.
5.1.3 Tindakan Menangani Masalah
1. Selepas 5 orang murid menjalani Ujian Pra, saya telah menyemak graf mereka untuk
mengenal pasti kesalahan label graf yang dilakukan oleh mereka. Saya menganalisis
kesalahan yang dilakukan oleh murid. Saya memaparkan kesalahan melabel graf
kepada kelima-lima orang murid.
2. Saya memilih kertas graf yang telah dilukis oleh murid dalam Ujian pra untuk
dipamerkan di hadapan kelas. Saya telah menggunakan projektor untuk menayangkan
kesalahan label yang dilakukan oleh mereka.
3. Saya menjelaskan kepada murid jumlah markah yang ditolak untuk setiap bahagian
graf yang salah label atau yang tidak lengkap dilabel.
4. Saya memperkenalkan teknik TOPSNAILS kepada murid. Sebanyak 5 set kertas graf
yang dilukis paksi X dan Y diberi berserta flash card yang tertulis 9 bahagian label untuk
dipadankan oleh murid secara individu. Pada setiap flash card tersebut, saya
menebalkan huruf pangkal dengan warna merah. Akhir sekali setelah murid padankan
flash card tersebut dalam kertas graf, saya memperkenalkan akronim TOPSNAILS
berdasarkan warna merah yang tebal. Saya menjelaskan cara menggunakan teknik
TOPSNAILS dalam menyemak label pada graf yang dilukis agar mereka tidak tertinggal
sebarang label pada graf yang dilukis.
5. Saya telah memberi latihan semasa kepada 5 orang murid tersebut untuk
mengukuhkan pemahaman mereka terhadap teknik TOPSNAILS dalam menyemak label
graf. Setelah itu, 5 orang murid tersebut menjalani ujian pasca dan mereka diingatkan
untuk menggunakan teknik TOPSNAILS dalam menyemak label pada graf yang telah
dilukis. Latihan mereka dinilai dan didapati masih ada 2 orang murid B dan E yang
melakukan 2 kesalahan melabel graf.
6. Setiap kali murid membuat latihan melukis graf, murid diingatkan untuk menggunakan
teknik ‘TOPSNAILS’ untuk memastikan murid melabelkan graf dengan lengkap.
18 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
5.1.4 Cara Pelaksanaan
Kajian tindakan ini telah dijalankan dalam tempoh lima minggu. Semasa saya
menjalankan kajian ini, saya telah memberi banyak latihan melukis graf. Saya mendapati,
setiap kali murid menjawab soalan berbentuk graf, mereka kehilangan markah yang
banyak kerana kelalaian mereka melengkapkan label pada graf yang telah dilukis. Pada
peringkat awal murid menduduki ujian pra, guru menjelaskan semua label yang perlu
ada di dalam kertas graf tanpa menggunakan teknik ‘TOPSNAILS’. Saya mendapati
murid kurang menguasai aspek teknikal dan kehilangan banyak markah. Selepas ujian
pra, saya telah menggunakan dua waktu PdPc untuk membimbing murid memahami
teknik ‘TOPSNAILS’. Selepas itu, saya telah menjalankan latihan semasa dan diikuti
dengan ujian pasca. Selepas ujian pasca, murid diminta menjawab borang soal selidik
untuk mendapatkan pandangan mereka tentang teknik TOPSNAILS.
Berdasarkan pemerhatian saya, murid dapat meningkatkan penguasaan dan kemahiran
menggunakan teknik TOPSNAILS dalam melengkapkan graf dengan label yang betul
dan mencukupi. Walaupun murid masih lemah dalam penguasaan melukis graf, namun
mereka dapat menguasai bahagian teknikal melukis graf dengan baik dan hal ini dapat
mengelakkan markah dipotong kerana kesalahan daripada segi teknikal.
5.1.5 Membuat Refleksi Kajian
Secara keseluruhannya, penggunaan teknik TOPSNAILS telah memberi kesan positif
dalam membantu murid melengkapkan maklumat dalam graf yang telah dilukis oleh
mereka. Hal ini dapat dibuktikan dengan keputusan ujian pasca yang memperlihatkan
kurangnya kesalahan melabel graf dalam kalangan murid. Melalui pemerhatian guru di
dalam kelas, didapati murid telah menggunakan teknik ini ketika membuat latihan graf di
dalam kelas secara individu mahupun dalam melaksanakan tugasan dalam kumpulan.
Jelaslah penggunaan teknik TOPSNAILS dapat mengukuhkan daya ingatan murid
tentang 8 daripada 9 perkara yang perlu ada dalam melengkapkan maklumat di dalam
graf.
Kebolehan murid menggunakan teknik TOPSNAILS merupakan satu kemahiran dalam
menguasai bahagian melukis graf yang membawa 20 markah kepada seluruh kertas
peperiksaan STPM Penggal 2.
19 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Teknik TOPSNAILS merupakan satu kaedah untuk membantu murid dalam proses
pembelajaran mereka. Teknik ini didapati berkesan dalam membantu meningkatkan
kemahiran murid melabel graf untuk memastikan murid tidak kehilangan markah hanya
kerana tiada label atau tertinggal mana-mana bahagian label. Teknik ini dapat
mengingatkan murid untuk menyemak graf mereka sebelum mereka menghantar skrip
jawapan untuk diperiksa. Untuk murid yang tidak dapat menguasai teknik ini
sepenuhnya, bantuan guru muda dalam kalangan 5 orang ini amat berkesan, yakni 2
orang murid yang mahir menggunakan teknik ini dapat membantu 3 orang murid lain
menggunakan teknik ini untuk menyemak label graf supaya pada akhirnya kelima-lima
orang murid dapat menguasai bahagian melabel graf dengan baik.
BIBLIOGRAFI
Buku Manual Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan penyelidikan Dasar
Pendidikan Kementerian pelajaran Malaysia, Disember 2008
R. Kuberan, Foo Kok Man, S. Malar arasi, V. Ponnusamy, Zainul Alifah Mohamed. STPM
Pengajian Am Penggal 2, Ilmu Bakti, Selangor. 2013
Majlis Peperiksaan Malaysia, Laporan Peperiksaan STPM 2018 dicapai pada 10
Februari 2019 melalui http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/ffd69c7a-c357-4e02-
942b-29f27884edad
20 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
LAMPIRAN A
BORANG SOAL SELIDIK
Saya sedang menjalankan satu kajian tentang kesukaran yang dihadapi oleh murid-
murid dalam menguasai teknik melabel graf dengan betul. Diminta semua murid memberi
kerjasama dalam menanda bahagian ruangan yang disediakan agar maklumat ini dapat
membantu saya mengenal pasti dan mencari satu kaedah untuk membantu murid-murid
menguasai bahagian label graf dengan lebih baik. Murid boleh berpandukan skala Likert
yang diberi untuk mengisi ruangan yang disediakan.
Skala Likert: 1 - sangat tidak setuju
2 - tidak setuju
3 - kurang setuju
4 - setuju
5 - sangat setuju
Soal Selidik Pelajar Tentang Masalah Melabel Graf
Bil SKALA 1 234 5
ITEM (BILANGAN MURID )
1. Soalan graf merupakan bahagian yang mudah
mendapat markah.
2. Saya tidak pernah mendapat markah penuh,
iaitu 20 markah dalam soalan graf.
3. Saya dapat melukis graf tetapi saya kehilangan
markah kerana saya menghadapi masalah
bahagian melabel graf.
4. Saya ada menyemak graf sebelum menghantar
tetapi ada sahaja bahagian label yang tertinggal.
5. Saya terlupa dan terlepas pandang bahagian
label setelah selesai melukis graf
6. Saya berharap ada cara lain yang boleh saya
lakukan untuk menyemak label pada graf
7. Saya akan menggunakan sebarang teknik
melabel graf supaya saya boleh mendapat
markah penuh untuk soalan graf
21 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
BORANG SOAL SELIDIK
Saya sedang menjalankan satu kajian untuk membantu murid-murid menguasai teknik
melabel graf dengan betul. Diminta semua murid memberi kerjasama dalam menanda
bahagian ruangan yang disediakan agar maklumat ini dapat membantu saya untuk
mengaplikasikan kaedah TOPSNAILS dalam membantu murid-murid melabel graf
dengan baik agar murid-murid mendapat markah penuh (20 markah) untuk soalan graf.
Murid boleh berpandukan skala Likert yang diberi untuk mengisi ruangan yang
disediakan.
Skala Likert: 1 - sangat tidak setuju
2 - tidak setuju
3 - kurang setuju
4 - setuju
5 - sangat setuju
Soal Selidik Pelajar Tentang Aplikasi Teknik “TOPSNAILS”
Bil SKALA 1 234 5
ITEM (BILANGAN MURID )
1. Pengajian Am merupakan subjek yang mudah
2. Saya lebih suka menggunakan teknik saya
sendiri daripada menggunakan teknik
‘TOPSNAILS’
3. Soalan graf mudah dikuasai walaupun tanpa
menggunakan teknik ‘TOPSNAILS’
4. Saya mudah memahami teknik melukis graf
selepas guru memperkenalkan teknik
‘TOPSNAILS’
5. Saya mudah menyemak graf dari segi teknikal
dengan menggunakan teknik ‘TOPSNAILS’
6. Saya akan menggunakan teknik
‘TOPSNAILS’dalam menjawab soalan graf
7. Teknik ‘TOPSNAILS’ membantu meningkatkan
pemahaman saya tentang topik graf
22 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Pelajar sedang membaca petikan yang diberi untuk mencari
maklumat dalam menyediakan jadual persediaan semasa ujian
topikal
Pelajar sedang melukis graf Pelajar hampir siap melukis dan
berdasarkan jadual persediaan mewarna komponen dalam carta pai
yang sudah siap
23 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Contoh graf yang tiada maklumat label paksi Y, termasuk label
petunjuk yang salah
24 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT DAN MENULIS FAKTA SEJARAH
PELAJAR PBUMP DENGAN PENGGUNAAN CARTA TAMADA.
Noor Hayati Binti Ujar
SMK Tinggi Bukit Mertajam, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Abstrak
Tujuan pelaksanaan kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat
dan menulis fakta sejarah dengan penggunaan Carta TAMADA. Masalah utama yang
dikenal pasti dalam PdPc Sejarah adalah untuk mengingat fakta sejarah dan membuat
analisis serta rumusan fakta dalam penulisan jawapan sejarah. Masalah ini merupakan
punca utama pelajar kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah
berbanding mata pelajaran lain yang ditawarkan di peringkat STPM. Seramai 30 pelajar PB
UMP terlibat di dalam kajian tindakan ini. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti
kelemahan pelajar dalam mengingat dan menulis fakta sejarah. Dapatan daripada analisis
tinjauan masalah telah mendorong guru untuk memperkenalkan intervensi PdPc iaitu Carta
TAMADA. Penggunaan Carta TAMADA adalah bertujuan sebagai satu instrumen pengujian
pelajar terhadap penguasaan kemahiran mengingat dan menulis fakta sejarah. Keputusan
pascaujian yang diperoleh menunjukkan peningkatan prestasi pencapaian yang
memuaskan dalam kalangan pelajar PBUMP. Penerapan PAK 21 menerusi pendekatan
pembelajaran koperatif membantu pelajar memperoleh, mengumpul, dan menyusun fakta
sejarah dalam Carta TAMADA dengan berkesan.
Kata kunci : mengingat dan menulis fakta, CARTA TAMADA
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Peruntukan 16 waktu PdPc [satu waktu PdPc adalah 40 minit] telah digunakan
sepenuhnya oleh guru untuk mengajar Tema 1[ Masyarakat] Sejarah Dunia [1500 –
1955]. Tema ini mencakupi empat sub topik iaitu masyarakat feudal di England dan
Jepun, masyarakat agraria di Belanda dan China, masyarakat maritim di Portugal dan
Jepun, dan masyarakat industri di England dan Jerman. Setiap sub topik diperuntukkan
4 waktu PdPc.
Refleksi PdPc telah menunjukkan sebahagian besar pelajar tidak menguasai kemahiran
mengingat dan menulis fakta sejarah dengan baik. Sepanjang tempoh pengajaran, guru
mendapati wujudnya masalah pembelajaran dalam kalangan pelajar. Pelajar masih lagi
bergantung kepada guru untuk mendapatkan fakta sejarah. Kelewatan pelajar
memperoleh teks rujukan juga merupakan kekangan PdPc guru. Ini menyebabkan PdPc
yang pada awalnya dirancang sebagai PdPc PAK 21 lebih banyak berubah menjadi
pengajaran berpusatkan guru. Guru perlu menerangkan sejelas-jelasnya isi pelajaran.
Keadaan ini memberi kesan kepada pelajar yang lambat beradaptasi dengan corak
25 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
pengajian tingkatan 6. Berdasarkan pemerhatian guru, kelompok pelajar ini lebih pasif
dan hanya mendengar penerangan guru serta pertanyaan lisan daripada rakan yang lain.
Peringkat awal PdPc guru, didapati wujud jurang pembelajaran aktif dan pasif yang
ketara dalam kalangan pelajar PBUMP.
Berdasarkan refleksi PdPc, guru turut mengenal pasti kelemahan pelajar khususnya
dalam menulis esei sejarah. Sebahagian pelajar masih terikat dengan cara penulisan
jawapan sejarah di peringkat SPM, walaupun guru telah menjelaskan format penulisan
esei yang sepatutnya. Kelemahan menulis esei sejarah ini juga disebabkan pelajar tidak
menguasai fakta sejarah dengan baik serta tidak dapat membuat taakulan antara fakta,
huraian, dan contoh yang relevan dan bersesuaian.
Refleksi PdPc ini juga menimbulkan beberapa persoalan yang perlu diambil kira.
Sebagai seorang guru, pengalaman di dalam bilik darjah adalah sesuatu yang biasa
tetapi berhadapan dengan pelajar yang silih berganti sewajarnya perlu diberi perhatian.
Keadaan ini menyebabkan saya sering mengingatkan diri saya, adakah pengajaran saya
bersesuaian dengan keupayaan dan kesediaan pelajar untuk belajar. Bolehkan saya
menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan memberi impak mandatori kepada
pengetahuan pelajar tentang topik yang dipelajari. Malah saya cuba mengenal pasti
apakah langkah yang boleh saya ambil untuk membantu pelajar meningkatkan
kemahiran mengingat dan menulis fakta sejarah.
Berdasarkan persoalan ini, saya meminta pelajar membuat penilaian terhadap
pengajaran dan pembelajaran saya serta isi kandungan Tema 1 [ masyarakat ] Sejarah
Dunia. Dapatan penilaian oleh pelajar dapat dirumuskan bahawa :
i. Sejarah Dunia adalah mata pelajaran baharu
ii. Terlalu banyak fakta sejarah yang perlu dihafal
iii. Tidak dapat membezakan fakta, huraian dan contoh yang releven
iv. Tidak menguasai format penulisan esei
v. Meminta guru membuat catatan di papan putih
vi. Guru perlu memberi penerangan semula bagi setiap topik yang dipelajari
Kelemahan yang dikenal pasti menerusi refleksi PdPc ini telah mendorong saya untuk
membantu pembelajaran pelajar-pelajar baharu saya. Sehubungan dengan itu,
penggunaan Carta TAMADA merupakan satu intervensi PdPc bagi meningkatkan
kemahiran mengingat dan menulis fakta sejarah.
26 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian kajian tindakan ini adalah berkaitan dengan kelemahan pelajar PBUMP
untuk mengingat dan menulis fakta sejarah. Kemahiran mengingat fakta sejarah tidak
boleh ditanggapi sebagai satu proses hafalan sepenuhnya. Pelajar perlu didedahkan
dengan teknik dan kaedah yang bersesuaian untuk mengingat fakta dengan berkesan.
Fokus kajian seterusnya ialah kelemahan pelajar menguasai teknik menulis fakta
sejarah. Pelajar masih terikat dengan cara menulis esei sejarah berdasarkan satu fakta,
satu atau dua huraian fakta berserta contoh. Penulisan sebegini lebih bersifat analitikal
dan ia sebenarnya mendorong pelajar untuk menghafal lebih banyak fakta tanpa
memahami isi pelajaran yang sebenarnya. Pelajar Semester 1 perlu didedahkan terlebih
dahulu dengan teknik penulisan berkesan. Proses ini memerlukan pelajar menguasai
fakta secara holistik. Rubrik penskoran yang digunapakai dalam penilaian pemarkahan
esei sejarah menyebabkan pelajar perlu menguasai elemen pengetahuan, taakulan dan
komunikasi dalam penulisan. Ketiga-tiga elemen rubrik ini memerlukan pelajar
menguasai kemahiran mengingat dan menulis fakta sejarah.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penguasaan mengingat dan menulis
fakta sejarah dalam kalangan pelajar PBUMP.
3.2 Objektif khusus
3.2.1 Meningkat kemahiran mengingat fakta sejarah dengan penggunaan Carta
TAMADA
3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menganalisis dan merumuskan fakta sejarah
secara kritis dan rasional dalam penulisan esei sejarah.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 30 pelajar tingkatan 6 bawah dari kelas PB UMP, Pusat T6, SMK
Tinggi Bukit Mertajam yang mendaftar mata pelajaran sejarah dalam peperiksaan STPM
2019/2020. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada 4 pelajar lelaki dan 26 pelajar perempuan.
Peperiksaan STPM semester 1 akan melibatkan mata pelajaran Sejarah Dunia [1500-
1955]
27 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan dan penelitian masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dikenalpasti
menerusi beberapa kaedah tinjauan. Tinjauan ini dijalankan bermula pada minggu
pertama PdPc dilaksanakan di kelas PBUMP.
Guru menggunakan kaedah pemerhatian semasa PdPc untuk menilai tahap
pembelajaran pelajar. Pendekatan teknik penyoalan guru semasa PdPc membolehkan
guru mengenal pasti pelajar yang tidak dapat menguasai fakta sejarah. Selain itu, guru
mengadakan temu bual secara rawak dalam kalangan pelajar. Pelajar yang dikenal pasti
pasif semasa PdPc diminta menyatakan masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi.
Latihan penulisan dan praujian diberikan kepada pelajar bertujuan untuk penyemakan
dan membolehkan guru memperoleh data kuantitatif.
Jadual 5.1 : Tinjauan masalah : kaedah dan tujuan
Kaedah tinjauan masalah Tujuan
Kaedah pemerhatian Menilai tahap pembelajaran pelajar
Pendekatan teknik penyoalan [PdPc] Mengenal pasti pelajar yang lemah dalam
menguasai fakta sejarah
Temu bual secara rawak Mengenal pasti masalah pembelajaran
Latihan penulisan Kelemahan menulis esei
praujian Markah pelajar sebelum intervensi
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil dan dapatan tinjauan masalah yang diperoleh daripada kaedah pemerhatian
semasa PdPc, didapati ada pelajar PBUMP sangat lemah dalam mengingat fakta
sejarah, Pelajar ini merupakan golongan pelajar yang pasif dan tidak bersedia untuk
PdPc.
Menerusi teknik penyoalan guru semasa PdPc, dapatan menunjukkan bahawa pelajar
yang tidak dapat menjawab penyoalan guru dengan baik merupakan pelajar yang tidak
membuat persediaan awal seperti membaca topik-topik yang akan dipelajari. Kurang
membaca teks sejarah turut menyebabkan pelajar tidak dapat mengingat fakta sejarah
dengan berkesan.
28 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Dapatan dari temu bual secara rawak dalam kalangan pelajar, menjelaskan bahawa
pelajar terpaksa menghafal fakta sejarah yang banyak. Ini menyebabkan pelajar cepat
bosan, malas membaca buku sejarah dan membuat ulang kaji. Dapatan juga
menunjukkan pelajar keliru antara fakta, huraian dan contoh yang relevan. Penyemakan
latihan penulisan membolehkan guru mengenal pasti kelemahan pelajar dalam menulis
esei sejarah. Kelemahan ini ketara sama ada di bahagian pengenalan, perkembangan
isi, dan kesimpulan. Berdasarkan praujian pelajar, rekod pencapaian prestasi awal
pelajar dapat diperoleh.
Jadual 5.2 : Dapatan pencapaian praujian pelajar
PELAJAR JANTINA MARKAH
1 L 13
2 L TH
3 L 28
4 L 25
5 P 55
6 P 15
7 P 28
8 P 30
9 P 35
10 P 40
11 P 55
12 P 33
13 P 35
14 P 33
15 P 50
16 P 40
17 P 30
18 P 30
19 P 19
20 P 33
21 P 45
22 P 3
23 P 25
24 P 43
25 P 40
26 P 23
27 P 20
28 P 23
29 P 15
30 P 45
29 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
5.3 Tindakan Menangani Masalah
5.3.1 Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan berpandukan kepada empat langkah
penting dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu mereflek, merancang, bertindak dan
memerhati.
5.3.2 Carta TAMADA [ lampiran 1]
TAMADA merupakan akronim daripada perkataan “tahu, mahu, dan dapat”. Akronim
TAMADA merujuk kepada penggunaan ayat “Apa yang anda tahu tentang topik
tersebut?” “Apa yang anda mahu tahu?” dan “ Apa yang dapat anda pelajari?”.
Penggunaan ayat yang mengandungi akronim TAMADA ini digunakan sebagai
ransangan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mengingat dan menulis fakta
sejarah.
5.3.3 Rasional
Carta TAMADA merupakan carta grafik yang dapat membantu pelajar menyusun
maklumat sebelum, semasa, dan selepas PdPc. Penggunaan carta TAMADA dapat
mendedahkan pelajar kepada topik-topik baharu yang akan dipelajari, meningkatkan
kemahiran mencari fakta dan maklumat, berkongsi objektif dan hasil pembelajaran yang
perlu dicapai dan dapat membantu guru memantau pembelajaran pelajar.
5.3.4 Prosedur
1. Penyediaan carta TAMADA
Guru menyediakan carta TAMADA kepada pelajar. Selain itu, guru juga boleh
menyediakan kertas kosong dan meminta pelajar membina sendiri carta TAMADA
masing-masing.
2. Lengkapkan kolum 1
Guru meminta pelajar untuk respons dengan ayat pertama dalam kolum 1 : Apa yang
anda tahu tentang topik ini?. Pelajar boleh melaksanakan tugasan ini secara individu,
berpasangan atau dalam kumpulan kecil. Guru boleh menyediakan senarai respons yang
dikemukakan oleh pelajar untuk mengenal pasti perbezaan pemahaman pelajar. Guru
juga boleh membetulkan respons pelajar dengan menerangkan secara ringkas apa yang
perlu diketahui. Walau bagaimanapun guru digalakkan untuk membiarkan perbezaan
respons dalam kalangan pelajar supaya pelajar boleh menyedari dan menyelesaikan
sendiri respons yang tidak menepati objektif pembelajaran.
30 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
3. Lengkapkan kolum 2
Guru meminta pelajar untuk respons dengan ayat kedua dalam kolum 2 : Apa yang anda
mahu tahu tentang topik ini?. Sesetengah pelajar mungkin tidak tahu untuk memulakan
respons kerana kurangnya pengetahuan tentang topik berkenaan. Untuk membantu
pelajar, guru boleh menggunakan pendekatan [Siapa? Apa? Dimana? Bila? Kenapa?
Bagaimana?]. Langkah ini memberi peluang kepada guru untuk menyampaikan isi
pelajaran yang dapat dikuasai oleh pelajar.
4. Lengkapkan kolum 3 dan membuat ulasan terhadap kolum 1 dan 2
Pelajar dapat membuat ulasan bagi keseluruhan topik yang dipelajari dengan menambah
kolum 3: Apa yang dapat anda pelajari? Guru boleh meminta pelajar untuk respons
terhadap kolum 3 selepas selesai PdPc, ataupun selepas keseluruhan topik dipelajari.
Selain dapat merekodkan apa yang telah dipelajari, pelajar boleh membuat ulasan
semula terhadap respons dalam kolum 2. Pelajar juga boleh membuat ulasan terhadap
kolum 1 supaya pelajar dapat mengenal pasti perbezaan pemahaman berkaitan topik
yang dipelajari.
5.4 Cara Pelaksanaan
Pelaksanaan tindakan yang dipilih oleh guru ialah intervensi penggunaan Carta TAMADA
sebagai satu instrumen pengujian terhadap peningkatan kemahiran mengingat dan
menulis fakta sejarah dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 PBUMP. Penggunaan Carta
TAMADA diintergrasikan dalam perbincangan kumpulan, pembentangan kumpulan,
pencarian fakta, penyusunan fakta dan penulisan fakta yang menepati elemen rubrik
penskoran. Intervensi ini merupakan satu kaedah bersifat holistik dan berpusatkan
pelajar. Guru menerapkan aktiviti PAK 21 semasa proses pembelajaran seperti
pembelajaran koperatif supaya pelajar dapat berkolaborasi untuk mencari maklumat.
Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan pemudahcara sepanjang tempoh waktu
PdPc. [lampiran 2]
Berikut merupakan aktiviti –aktiviti penggunaan Carta TAMADA:
Langkah 1
Pada minggu pertama PdPc, 2 waktu PdPc diperuntukan oleh guru untuk mendedahkan
kepada pelajar mengenai sukatan pelajaran Sejarah Dunia. Setiap pelajar menerima
salinan sukatan pelajaran yang mesti disimpan di dalam fail latihan sejarah. Guru
menerangkan secara ringkas keseluruhan sukatan pelajaran yang merangkumi empat
tema iaitu Tema 1 [Masyarakat], Tema 2 [Pemerintahan dan Pentadbiran], Tema 3
[kemajuan dan Pembangunan], dan Tema 4 [Nasionalisme dan Pembentukan Negara
31 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Bangsa]. Sukatan pelajaran Sejarah Dunia ini memberi tumpuan kepada Sejarah Asia,
Eropah, dan Amerika Syarikat dari tahun 1500 hingga tahun 1955.
Langkah 2
Guru memulakan PdPc dengan topik pertama dalam Tema 1 [Masyarakat] iaitu
Masyarakat Feudal di England dan Jepun dari abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi. 2
waktu PdPc diperuntukkan untuk topik ini. Kekangan yang dihadapi ialah pelajar tidak
memiliki teks rujukan Sejarah Dunia. Ini menyebabkan guru melaksanakan pengajaran
secara kuliah dengan memberi penekanan kepada teknik penyoalan. Refleksi PdPc
menunjukkan bahawa pelajar tidak bersedia sepenuhnya dengan pembelajaran. Latihan
penulisan diberi kepada pelajar bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran
mengingat dan menulis fakta sejarah.
Langkah 3
6 waktu PdPc seterusnya digunakan oleh guru mengajar topik seterusnya dalam Tema
1 iaitu Masyarakat Agraria di Cina dan Belanda, masyarakat maritime di Portugal dan
Jepun dan masyarakat Industri di England dan Jerman. Walaupun masih belum memiliki
teks rujukan sejarah, pelajar berusaha memperoleh maklumat awal menerusi laman
sesawang yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Guru mengenal pasti kelemahan
pelajar untuk mengingat dan menulis fakta sejarah berdasarkan kaedah pemerhatian,
penyemakan latihan penulisan, dan temu bual.
Langkah 4
Praujian diberikan kepada pelajar untuk menilai tahap penguasaan fakta sejarah dan
penulisan jawapan sejarah. Data kuantitatif pelajar diperoleh.
Langkah 5
Intervensi Carta TAMADA digunakan. Guru memperuntukkan 4 waktu PdPc untuk
mengulang semula pembelajaran topik masyarakat Feudal di England dan Jepun. Setiap
pelajar sudah memiliki teks rujukan sejarah dan ini memudahkan guru menyampaikan isi
pelajaran. Pembelajaran koperatif digunakan menerusi pembahagian kumpulan yang
terdiri daripada 5 pelajar bagi setiap kumpulan. Edaran Carta TAMADA diberikan kepada
pelajar. Guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk mengisi Carta TAMADA secara
individu, berpasangan ataupun dalam kumpulan.[lampiran 3]
Langkah 6
4 waktu PdPc seterusnya adalah berkaitan dengan topik Masyarakat Agraria di Belanda
dan di China dari abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi. Guru menggunakan pendekatan
32 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
pembelajaran koperatif dan pelajar bersedia dengan penggunaan Carta TAMADA untuk
mengukur kemahiran mengingat dan menulis fakta sejarah. [Lampiran 4]
Langkah 7
4 waktu PdPc berikutnya adalah berkaitan dengan topik Masyarakat Maritim di Portugal
dan di Jepun dari abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi. Guru menggunakan pendekatan
pembelajaran koperatif dan pelajar bersedia dengan penggunaan Carta TAMADA untuk
mengukur kemahiran mengingat dan menulis fakta sejarah. [ Lampiran 5]
Langkah 8
4 waktu PdPc diperuntukkan untuk mengajar topik berkaitan Masyarakat Industri di
England dan di Jerman dari abad ke-19 hingga abad ke-17 Masihi. Guru menggunakan
pendekatan pembelajaran koperatif dan pelajar bersedia dengan penggunaan Carta
TAMADA untuk mengukur kemahiran mengingat dan menulis fakta sejarah. [ Lampiran
6]
Langkah 9
Pascaujian diberikan kepada pelajar untuk menilai tahap penguasaan fakta sejarah dan
penulisan jawapan sejarah. Data kuantitatif relatif diperoleh.
5.5 Refleksi Selepas Tindakan
5.5.1 PdPc berpusatkan pelajar
PdPc mula berubah daripada berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan
pelajar. Pendekatan pembelajaran koperatif yang digunakan membolehkan pelajar
berinteraksi dan berkolaboratif untuk mencari maklumat. Maklumat yang diperoleh
dibentangkan dalam pembentangan kumpulan. Pelajar saling bekerjasama untuk
mengisi Carta TAMADA kerana penggunaan Carta TAMADA hanya digunakan sama ada
selepas tamat PdPc atau selepas tamat pengajaran setiap topik.
5.5.2 Peningkatan prestasi pencapaian
Dapatan data kuantitatif daripada praujian dan pascaujian menunjukkan peningkatan
prestasi pelajar yang memuaskan. Berdasarkan dapatan ini juga membolehkan guru
mengkategorikan pelajar yang tidak mencapai tahap kompeten sebagai pelajar HALUS
iaitu pelajar yang masih mempunyai harapan untuk lulus mata pelajaran sejarah STPM.
33 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Jadual 5.5 : Dapatan perbandingan pencapaian praujian dan pascaujian pelajar
Pelajar Jan Praujian Pascaujian Perbandingan
1 L 13 35 + 22 [HALUS]
2 L TH 8 HALUS
3 L 28 35 +7 [HALUS]
4 L 25 33 +8 [HALUS]
5 P 55 75 +20
6 P 15 43 +28
7 P 28 55 +27
8 P 30 50 +20
9 P 35 60 +25
10 P 40 65 +25
11 P 55 93 +38
12 P 33 20 -13 [HALUS]
13 P 35 40 +5
14 P 33 38 +5 [HALUS]
15 P 50 58 +8
16 P 40 70 +30
17 P 30 53 +23
18 P 30 48 +18
19 P 19 60 +41
20 P 33 50 +17
21 P 45 80 +35
22 P 3 10 +7 [HALUS]
23 P 25 25 HALUS
24 P 43 45 +2
25 P 40 48 +8
26 P 23 70 +47
27 P 20 65 +45
28 P 23 40 +17
29 P 15 48 +33
30 P 45 75 +30
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Dalam kajian ini, guru mendapati terdapat perubahan terhadap penguasaan fakta
sejarah dan penulisan esei sejarah. Pelajar dapat meningkat kemahiran mengingat fakta
sejarah dengan merekodkan kehendak pernyataan dalam Carta TAMADA. Penguasaan
fakta sejarah membolehkan pelajar membuat analisis dan rumusan fakta dalam
penulisan esei sejarah. Ini membantu pelajar memperoleh markah penulisan yang lebih
baik.
34 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Penggunaan Carta TAMADA yang disisipkan menerusi pembelajaran koperatif telah
menunjukkan perubahan tingkah laku pelajar semasa proses PdPc. Kerjasama
kumpulan membolehkan pelajar lebih aktif, mesra ICT, dan dapat menghilangkan rasa
bosan pelajar ketika waktu PdPc sejarah berlangsung.
Guru berpendapat bahawa penggunaan Carta TAMADA akan digunakan seterusnya
untuk membantu meningkatkan prestasi pelajar HALUS [harapan lulus] dalam kalangan
pelajar Tingkatan 6, SMK Tinggi Bukit Mertajam yang mendaftar mata pelajaran sejarah
STPM. Penambahbaikan terhadap penggunaan Carta TAMADA juga akan dilaksanakan
oleh guru bagi memantapkan lagi kemahiran mengingat dan menulis fakta sejarah.
Bibliografi
Dr Ahmad Rafaai bin Ayudin.(2015). Buku Panduan Kajian Tindakan Bilik Darjah, Institut
Aminuddin Baki, cawangan Sarawak : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jurnal Pendidikan Tingkatan 6. (2017), Penyelidikan Dan Inovasi Pemangkin Kearah
Membina Negara Bangsa, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian : Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Manual Kajian Tindakan. (2008), Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sukatan Pelajaran 940 Sejarah. (2012). Majlis Peperiksaan Malaysia.
https://www.facinghistory.org/resourse-library/teaching-strategies/k-w-l-charts
35 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Lampiran 1
CARTA TAMADA
Nilaikan tentang pengetahuan anda mengenai topik “……………………………….”
Sebelum dan selepas sesi PdPc.
Apa yang anda TAHU Apa yang anda MAHU Apa yang DAPAT anda
tentang topik tersebut? tahu? pelajari?
36 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Lampiran 2
37 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Lampiran 3
38 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Lampiran 4
39 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Lampiran 5
40 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Lampiran 6
41 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN DALAM TOPIK
KIRCHOFF’S LAWS UNTUK MATA PELAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH ‘J.A.L.A.N KEBENARAN’ BAGI PELAJAR TINGKATAN 6ASNF KOLEJ
TINGKATAN ENAM DESA MURNI
Sharifah Norhafizah Binti Syed Intan
Kolej Tingkatan Enam Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan dalam topik Kirchoff’s
Laws munggunakan kaedah ‘J.A.L.A.N Kebenaran’. Tinjauan awal menunjukkan bahawa lima
orang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Pelajar tidak dapat menyatakan Kirchoff’s
Laws dan mengaplikasikan hukum tersebut di dalam soalan. Justeru, pengkaji mengulang
semula PdP dengan menggunakan soalan STPM Semester 2 tahun-tahun lepas dengan bantuan
kaedah ‘J.A.L.A.N Kebenaran’ lalu menjalankan pascaujian kepada pelajar. Analisis keputusan
pascaujian mendapati terdapat peningkatan skor bagi kelima - lima pelajar tersebut. Oleh itu,
pengkaji mendapati penggunaan kaedah ‘J.A.L.A.N Kebenaran’ dalam topik Kirchoff’s Laws
dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar dan seterusnya meningkatkan kefahaman pelajar
dalam topik ini. Pengkaji mencadangkan agar kaedah ‘J.A.L.A.N Kebenaran’ ini digunakan oleh
guru-guru fizik di sekolah lain untuk menguji keberkesanannya. Ini adalah supaya
penambahbaikkan terhadap kaedah ini dapat dilakukan.
Kata kunci: J.A.L.A.N Kebenaran
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Pengkaji mengajar menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kaedah ‘chalk and
talk’ dengan menggunakan dua buah buku rujukan utama. Semasa sesi PdP di dalam kelas,
pelajar mendengar penerangan guru sambil merujuk buku rujukan. Setelah selesai mengajar
pelajar diberi latihan dan guru membimbing pelajar menjawab soalan bersama-sama. Setelah
menyemak praujian pelajar Tingkatan Enam ASNF, didapati bahawa pelajar tidak dapat
mecari nilai arus elektrik 1, 2, 3 serta beza keupayaan melalui perintang (dari satu titik ke titik
yang lain). Keempat-empat pelajar memperoleh skor yang sedikit. Hanya seorang pelajar
dapat menjawab dengan betul sebahagian soalan.
Setelah mendapat maklum balas daripada pelajar, didapati bahawa punca yang
menyebabkan pelajar yang tidak dapat menjawab soalan adalah kerana sikap pelajar yang
menjawab soalan terburu-buru tanpa mengikut langkah yang diajar guru. Pelajar tidak
menghafal “Kirchoff’s Laws’, pelajar tidak tahu di mana kedudukan junction bagi arus elektrik
dalam litar, pelajar tidak dapat menerbitkan persamaan Kirchoff’s Laws berdasarkan litar
dengan tepat dimana pelajar tidak dapat mendarab padanan I dan R dengan tepat, pelajar
keliru dalam operasi tambah atau tolak untuk mencari jumlah emf dalam Loop. Bagi tajuk ini,
bukanlah susah bagi pelajar sekiranya pelajar betul-betul menguasai teknik menjawab soalan.
42 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
2.0 FOKUS KAJIAN
Pelajar tidak dapat menerbitkan persamaan Kirchoff’s Laws berdasarkan gambar rajah
litar dengan tepat dimana pelajar tidak dapat mendarab padanan I dan R dengan tepat,
dan pelajar keliru dalam operasi tambah atau tolak untuk mencari jumlah emf dalam
Loop.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus.
3.1 OBJEKTIF UMUM
Memaksimumkan perolehan skor markah pelajar ketika menjawab soalan berkaitan tajuk
Kirchoff’s Laws.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menulis tiga persamaan dengan
mengaplikasikan Kirchoff’s Laws mengikut kehendak soalan sekali gus mendapat skor
penuh.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan pelajar Tingkatan 6 ASNF yang akan menduduki peperiksaan
STPM Semester 2 sesi 2018/2019 di Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Responden
terdiri daripada lima orang pelajar aliran sains (Fizik). Mereka terdiri daripada dua pelajar
perempuan dan tiga pelajar lelaki. Seorang daripada mereka mempunyai pencapaian
yang cemerlang dan selebihnya adalah kepujian dalam mata pelajaran Fizik SPM.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Sepanjang pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dilakukan berdasarkan kutipan
data.
43 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
5.1 Tinjauan Masalah
5.1.1 Praujian
Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan maklum balas pelajar kepada soalan yang
dikemukakan oleh guru semasa sesi PdP. Pengkaji juga menjalankan praujian. Analisis
markah praujian mendapati pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah melibatkan
penggunaan Kirchoff‘s Laws dengan tepat. Ini membuktikan bahawa pelajar tidak
menguasai topik ini. Pengkaji juga menemu bual pelajar mengenai permasalahan yang
dihadapi dalam topik ini.
5.1.2 Analisis tinjauan masalah
Hasil dapatan melalui praujian yang diadakan pada 25 Februari 2018 boleh dilihat melalui
jadual di bawah:
Jadual 1 : Dapatan kajian berdasarkan praujian
Responden Skor Markah Praujian (%)
1 0/16 0
2 4/16 13
3 5/16 31
4 1/16 07
5 9/16 50
44 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Jadual 2 : Jadual analisis soalan beserta skor pelajar dalam praujian
Soalan Bentuk soalan Markah Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar
5
penuh 1 2 3 4
1 State kirchoff’s laws 2 02200
Calculate 1 2 4 01101
2 00000
Calculate potential
difference across the
5Ω resistor.
2 Calculate 1, 2 3 6 01216
Determine the 2 00002
potential difference
between
16 0 4 5 1 9
Berdasarkan analisis dalam Jadual 2, didapati pelajar 1 sangat lemah dan tidak
menguasai langsung dalam topik ini. Empat pelajar mendapat skor kurang daripada
50%. Ini membuktikan mereka tidak faham konsep dan tidak menguasai kemahiran
untuk menjawab soalan ini. Bagi soalan menyatakan Kirchoff’s laws hanya 2 daripada 5
pelajar dapat menyatakan hukum dengan betul. Tiada kemahiran yang boleh diasah
untuk pelajar kecuali pelajar perlu mengingat sendiri. Seterusnya soalan mengira
1, 2 3. Bagi soalan pertama dengan markah penuh 4, pelajar hanya boleh
mendapat 1 skor markah sahaja. Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu mahir
menerbitkan tiga persamaan asas berpandukan gambar rajah litar yang diberi. Sekiranya
persamaan ini betul maka kemahiran seterusnya yang diperlukan adalah menyelesaikan
persamaan serentak. Pengkaji mendapati, kelima-lima pelajar menulis persamaan awal
yang salah. Untuk mencari beza keupayaan antara dua titik, pelajar perlu mengira nilai I
dengan betul dan didarab dengan nilai perintang.
5.1.3 Tindakan menangani masalah
Berdasarkan analisis di atas, pengkaji mendapati hampir semua pelajar tidak dapat
mengira nilai 1, 2 3 dengan tepat. Oleh ini, pengkaji mencari satu alternatif lain
iaitu dengan menggunakan kaedah ‘J.A.L.A.N Kebenaran’. Antara punca pelajar tidak
45 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
dapat menerbitkan persamaan daripada gambar rajah litar adalah pelajar tidak tahu
untuk mendarab padanan I dan R.
5.1.4 Cara Pelaksanaan
Pengkaji mengulang semula pengajaran tajuk ini dengan melukis gambar rajah litar di
papan putih. Pengkaji memperkenalkan Kaedah J.A.L.A.N Kebenaran kepada pelajar.
J.A.L.A.N Kebenaran ini memandu pelajar untuk menyelesaikan soalan berkaitan
Kirchoff’s Laws.
J = Junction
A= Arrow
L= Loop
A=Arrange
N= Kirchoff’s 2Nd Law
Kirchoff’s first law states that the algebraic sum of the currents into any junction is zero.
= 0
Kirchoff’s second law states that the algebraic sum of the potential differences in any
loop, including those associated with emf and those of resistive elements, must equal
zero.
= 0
Pertama, pelajar perlu mengenal pasti J adalah untuk junction. Kemudian seorang
pelajar dipanggil untuk menanda junction dengan marker pen berwarna merah dan
menandakan A iaitu arrow pada junction berpandukan kirchoff’s first law. Kemudian
pelajar kedua dipanggil untuk membuat L iaitu loop dalam gambar rajah litar. Seterusnya
pelajar mewarnakan jalan 1 dengan marker pen biru (jalan terus sehingga jumpa
junction). Pelajar ketiga pula dipanggil untuk mewarnakan jalan 2 dengan warna hijau
(jalan terus dan berhenti di junction) seterusnya pelajar keempat dipanggil untuk
mewarnakan jalan 3 dengan marker pen jingga, juga menggunakan kaedah jalan terus
sehingga berhenti di junction merah. Manakala pelajar lain di dalam kelas juga turut
mewarna jalan kebenaran dalam helaian soalan masing-masing. (Pelajar diberi
kebebasan untuk menggunakan sebarang warna yang mereka suka). Tiga jalan yang
berlainan warna ini dikenal sebagai Jalan Kebenaran oleh pengkaji. Langkah seterusnya
adalah A iaitu arrange dimana pelajar perlu menulis dan menyusun persamaan padanan
I dan R dengan betul menggunakan N iaitu KIrchoff’s 2Nd Law.
46 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Setelah selesai pengajaran, pengkaji mengedarkan pascaujian kepada pelajar untuk
menilai tahap pemahaman mereka.
Rajah 1 : Pengkaji melukis gambarajah litar di papan putih
Rajah 2 : Pelajar mengaplikasikan kaedah menggunakan ‘J.A.L.A.N Kebenaran’
47 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
Rajah 3 : Pelajar dapat menyelesaikan soalan menggunakan‘J.A.L.A.N Kebenaran’ dengan
betul
Rajah 4 : Pelajar lain turut mengaplikasikan ‘J.A.L.A.N Kebenaran’ dalam helaian masing-masing
5.2 Membuat Refleksi Kajian
Setelah menganalisis ujian pasca, didapati tahap pemahaman pelajar meningkat.
Pengkaji membuat pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar. Pelajar fokus, yakin dan
teruja untuk menyelesaikan soalan topik Kirchoff’s Laws menggunakan kaedah
‘J.A.L.A.N Kebenaran’ sebagai pemudah cara untuk menyelesaikan soalan. Dahulunya
pelajar kurang yakin untuk menerbitkan tiga persamaan asas berpandukan litar yang
48 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2
diberi, tetapi sekarang tiada lagi keraguan untuk pelajar ini. Namun demikian masih ada
lagi pelajar yang sedikit cuai ketika menyelesaikan persamaan serentak. Di sini, pengkaji
boleh menyimpulkan bahawa, kaedah ‘J.A.L.A.N Kebenaran’ ini mampu memberi impak
yang besar kepada pelajar untuk menjawab soalan berkaitan dengan yakin dan betul.
Jadual 3 : Dapatan kajian berdasarkan pascaujian
Responden Skor Markah Skor Markah
Praujian Praujian Pascaujian Pascaujian
(%) (%)
1 0/16 0 8/16 50
2 4/16 13 16/16 100
3 5/16 31 16/16 100
4 1/16 07 16/16 100
5 9/16 50 15/16 94
Jadual 4 : Jadual analisis soalan beserta skor pelajar dalam pascaujian
Soalan Bentuk soalan Markah penuh Pelajar 1 Pelajar 2 Pelajar 3 Pelajar 4 Pelajar 5
1 State kirchoff’s laws 2 02222
Calculate 1 2 4 34443
2 02222
Calculate potential
difference across
the 5Ω resistor.
2 Calculate 6 36666
1, 2 3 2 22222
16 8 16 16 16 15
Determine the
potential difference
between
49 | K o l e k s i K a j i a n T i n d a k a n V o l . 2