HAK CIPTA
Hak cipta terpelihara tidak dibenarkan
mengeluar ulang mana-mana bahagian
cerita , dan isi kandungan ebook dalam
apa jua bentuk dan dengan apa cara
sekalipun. Sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis Nor Azlina
Ghostwriter
Emel : [email protected]
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1 : Kerana Mulut
1.1 : “Pagar Diri dan Anak-anak” sebelum
Keluar Rumah
1.2 : Mataku Seolah Terpaku dan Menegur
Sesuatu Sewaktu Dalam Perjalanan Pulang.
1.3 : Tiba-tiba jadi ‘Pekak’
1.4 : ‘Sesuatu’ Ingin Menguasai, Sewaktu Solat!
1.5 : Gegendang Telinga, seolah direntap
sewaktu tidur.
BAHAGIAN 2 : Suara Aneh di
Homestay
2.1 : 3 Hari 2 Malam
2.2 : Kami disambut Dengan ‘Aura Seram’.
2.3 : Seperti ‘tiada bertuan’.
2.4 : Suara Mendodoikan Baby di petang hari.
2.5 : Milik Siapakah Empunya Suara Mendodoikan
itu? Semakin Jelas Kedengaran
2.6 : Malam Menjelma
2.7 : Siapa Main Buaian Waktu Malam ?
2.8 : Telinga Semakin Tajam Mendengar Pelbagai
Bunyi
BAHAGIAN 3 : Rumah Sewa Murah
3.1 : Kisah Seram bermula disaat kami berpindah.
3.2 : Rumah dipenuhi Kalimah Suci Al-Quran.
3.3 : Bunyi TV dipasang Selepas Jam 12 Tengah
Malam.
3..4 : Keluarga Misteri Ingin Menumpang
3.5 : Bertentang mata Dengan Burung Gagak
Sewaktu Maghrib.
3.6 : ‘DIA’ datang Selepas Diundang!
3.7 : ‘DIA’ Menyamar jadi Aku
AWAS!
CERITA SERAM ini TIDAK DITAPIS
bagi mengekalkan tahap keseraman.
BIODATA
PENULIS
Nama : Nor Azlina Bt Mohd Ali
Dilahirkan di Temerloh, Pahang.
Penulis merupakan seorang Ghostwriter
yang mengambil upah menulis artikel
mesra SEO, Content media sosial, menulis
ebook dan manuskrip buku.
Lebih 50 copywriting , usahawan telah
saya menulis. Dengan pelbagai niche
seperti makanan, produk-produk dan
bisnes kedai.
Pengalaman sebagai Freelance
Copywriter
Antaranya menulis copywriting untuk
pakar motivasi, agen sublet, founder
produk kosmetik, ebook, bisnes bengkel
dan juga pengusaha Restoran.
Berpengalaman menjadi penyedia content
media sosial : bagi usahawan produk,
restoran, butik pakaian dan juga bengkel
kereta.
Penulis artikel SEO
Berpengalaman menulis artikel mesra
SEO dalam pelbagai niche. Antara nya
menulis 90 artikel kesihatan secara One
off, artikel kecantikan, pelancongan,
kekeluargaan dan keagamaan.
Berpengalaman menulis ebook niche
perniagaan, pengurusan emosi pekerja (
versi English jualan di platform ebay ),
ebook agen dan stokis serta ebook
pekerjaan.
PENGENALAN
Koleksi cerita seram adalah kisah benar
dan juga pengalaman penulis sepanjang
hidup. Ia merupakan kejadian-kejadian
aneh tanpa di minta.
Bukan cerita rekaan semata-mata.
Diucapkan semoga pembaca berpuashati
dengan Koleksi Kisah seram ‘Aku Tak
Kuat’ Siri 1 .
BAHAGIAN 1 :
KERANA
MULUT
Planning bertolak jam 8 pagi. Maklumlah..
dengan anak masih kecil..( Soffea 2 tahun, baby
Arif Furqan 5 bulan & Sara 5 tahun) nak siapkan
mereka memang menguji kesabaran. Ibu-ibu
faham jela, macam mana. Lastnya,bertolak jam
11pagi..
Okay, sebelum bertolak tu. Memang dah siap
bacakan anak anak dengan ayat quran, kira pagar
mereka la kan.Kot kot la kan ade unsur tak baik
mengikut balik..
Mataku Seolah Terpaku
dan Menegur Sesuatu
Sewaktu Dalam
Perjalanan Pulang
Melalui kawasan bukit dan kilang-kilang
(KUARI).
Tiba tiba..
mulut ku menegur sesuatu. Tak lama beberapa
minit selepas melalui KUARI tersebut. Arghhh
sudah! detik hati kecilku.
Eh, telinga kiri macam sakit. Mulanya fikir
mungkin anak tudung terlampau ketat..( fikirku
itu yang jadi PEKAK hanya sebelah telinga kiri)
.
TELINGA TIBA-TIBA
PEKAK
Iya..,memang betul. Korang tau tak bunyi tv yang
channel takde tu.Haa..bunyi macam itulah. Panik
sangat masa tu. Puas tepuk tangan, nak uji
pendengaran. Sama ada dengar bunyi ke tak.
Anak duk sebelah kiri,jadi tak dengar menangis.
Diikuti bunyi angin...(sebelum telinga tu jadi
pekak)
Telinga semakin sakit. Ya allah! dugaan betul.
Semacam di rentap gegendang telinga ni.. saya
bacakan zikrullah bersama ayatul kursi.
Sehinggalah telinga ini dapat mendengar semula..
semasa bacaan zikir tu..(telinga ni
berdesing,bergema..ha.Tu je yang boleh
gambarkan macamana).
SESUATU INGIN
MENGUASAI
SEWAKTU SOLAT!
Semasa berjemaah dengan suami (suami memang
takkan percaya dan taknak percaya benda macam
nii.Katanya mengarut la..telinga masuk air masa
mandi lahh).Okay,berbalik kepada berjemaah
solat asar. Masa ni perasaan mengantuk giler
giler... rasa memang nak tidur terus..ina kuatkan
diri.Solat juga..habiskan solat asar.
MATA MERAH
MENYALA
Sesudah habis solat...
Ada perbualan antara kami,
Suami: dah kenapa ni?? Macam rupa nak
menurun je nii.
Ina: ( Senyap ) menahan kesakitan... telinga dah
boleh mendengar.Cumanya,,gegendang telinga
seolah olah terasa nak pecah.Berdenyut-
denyut.Terasa macam di tarik..
Masa ni (mata ina kemerahan..)
Ina pun dapat rasa sesuatu.Semacam ade sesuatu
ingin mengawal seluruh tubuh badan.
Alhamdulillah...,ina dapat kawal Diri. Banyakkan
zikir.
GEGENDANG
TELINGA SEOLAH
DI RENTAP!
Tidur dalam kesakitan bersama airmata
berlinangan (ecececeh...macam orang putus cinta
la kan) .Sambil sambil baca 3Qul,ayatul kursi
terus tertidur lena.Tengah tidur tu kan..(tengah
malam) ,telinga ni terasa macam kena sentap.
Ohh...memang sakit yang amat. Hanya allah je
yang tau... lepastu saya biarkan. Sebelum tidur,
ada whatsapp kawan silat untuk minta dia
tengokkan.
Sebelum terlelap, zikir-zikir sikit dan tak lama
lepastu, telinga ade keluar sesuatu. (Ina pikir,kot
berdarah..sebab kepanasan ke ape.. tapi mata ni
macam suruh tidur je..ina tidur lahh).
Keesokan pagi...
Telinga ni mengeluarkan air. Entahlah, air datang
dari mana la kan.Nak katanya,mandi masuk
air..mesti telinga dah berdengung.Ketuk ketuk
kepala..mesti keluar air kan. Ini keluar je air..
pelik sangat.
Ambil masa seminggu nak betul betul pulih
sepenuhnya..
BAHAGIAN 2 :
SUARA ANEH DI
HOMESTAY
3 Hari 2 Malam
Selama pemergian kami disana .., kami bertolak
ke Negeri Sembilan dengan menaiki 2 buah
kereta ( bagi menghadiri majlis konvokesyen di
USIM :Universiti Sains Islam Malaysia). Pada
hari Rabu,Khamis dan Jumaat.
Bertolak jam 12.30tengahari, maklumlah ina
kena tunggu abang sulung dari raub turun di
kuantan bagi mengambil mak abah.Kata adik
bongsu ku, lebih selesa menyewa kereta yang
sedikit besar (seperti avanza).
Sudah alang alang ke negeri sembilan, mesti ingin
singgah di NILAI 3. Kereta ina? Toyota unser..
anak 3 hampir penuh kereta dengan barang
barang , bakul dan stroller.
KAMI DI SAMBUT
DENGAN AURA
‘SERAM’
Okay, sesudah kami sampai di XXX iaitu tempat
menginap kami disana.Lebih kurang 4.30petang.
Dengan perasaan seronok tak terkata..
Tetapi sebaik sahaja kereta yang dipandu suami
melangkah masuk ke ruangan porch kereta..
(Dalam hati .. ehh, rasa tak sedap je..Seram pun
ada).
Ketika ini, mulutku.. terkumat kamit membaca
ayat qursi.Sambil menghembuskan kearah yang
berasa seram itu.
Kata adik bongsuku, dia juga terasa meremang
saat memasuki porch homestay.
SEPERTI TIDAK
BERTUAN
Dalam iklan WOWW sangat! bila kami sampai,
sangat kecewa. Kami sampai disana, terus kami
meluru ke bilik bagi sesi “Chuppp BILIK”.
Haaaa… kami pergi ke dapur. Dalam sinki ada
tinggalan nasi dalam pinggan yang sudah lama
ditinggalkan.
Water Filter ada.. jenama bio ape ntah.Tapi tidak
lah perasan sangat.Yang kami marahkan, penapis
air itu tidak ditukar penapis..(berkarat..)hampa
dah disitu.
Dengan penghawa dingin di ruangan tamu,bilik
dibelakang pun rosak. (Tidak
berfungsi)..kesemua ada 3 buah penghawa
dingin.Bilik master dan nombor 2 aje yang
berfungsi.
SUARA
MENDODOIKAN
ANAK
suara perempuan mendodoikan baby
Haaa,, yang ni.. rasa aneh la. Sesudah sampai.Ina
masukkan barang ke dalam bilik..(agaknya, ina
orang pertama (sebelum ahli keluarga
lain )masuk ke dalam homestay..
Dan sebelum masuk, memang ina ada berikan
salam kepada penghuni rumah tersebut.
“Assalamualaikum”… (nasib lahh tiada yang
menjawab).Dalam beberapa minit, semua ahli
keluarga sudah memasuki homestay.
Lalu, terdengar “hummm
huuuuuhuhuhuhu” macam hurming (seperti
suara orang tidurkan anak tu.. tanpa menyanyi).
Dalam hati..ina bermonolog
ina : Haiiih la.. kak iparku.Tidur ke anak
nya? Sebab tadi nampak DANIEL macam dah
bangun..( anak dia berusia setahun lebihh la)
sebab kalau anak dia tidak tidur..,boleh la
anak anak ina bermain dengan anak dia..
Untuk pengetahuan pembaca akan keadaan
homestay :
(di belakang homestay ada gazebo dan taman
permainan)
“Ada susuk kelibat benda hitam ( benda itu
tercegat dengan mata merah) di rumah tinggal
bersebelahan homestay tersebut” kata adik
bongsu ina.. semasa kami sampai disana.
SEMAKIN KUAT
KEDENGARAN SUARA
MENDODOIKAN
BABY. TETAPI MILIK
SIAPAKAH EMPUNYA
SUARA?
Adik (Ina) yang bongsu tu..sudah ketakutan.Beria
ingin tidur bilik utama ina..(keadaan dalam bilik
belakang tu berdekatan dengan rumah kosong).
Katanya lagi, kedengaran suara perempuan
mendodoikan anak.Semakin kuat kedengaran..
kemudian sayup sayup dan perlahan. Bilik itu
memang agak panas, sebab tiada kipas dan
penghawa dingin pula rosak..
(Malam itu jugak, kami panggil owner datang
repair.. dan hendak dijadikan cerita, owner
homestay pun tidak tahu menahu bahawa
penghawa dingin rosak..katanya laa. Kami sudah
syak wasangka..memang homestay ni sudah lama
tidak berpenghuni.Dengan keadaan belakang
homestay dipenuhi dengan lalang..
Semasa kami bersantai di kawasan belakang
homestay.. tiba tiba didatangi seekor burung
gagak..(agak pelik sedikit, sebab burung gagak
itu memandang tepat ke anak mata kakak ipar
ina).Dengan bunyi..agak seram.
Dalam hati berkata..
“ahh,setan betul burung ni.Menakutkan orang
saja,di kala senja pula muncul”.
MALAM MENJELMA
Ohh, masa ini. Lampu tandas tengah pula, main
lip lap (kejap menyala,kejap padam..) .Pengguna
tandas ini iaitu mak ,abah, adik beradik dan abang
beserta kakak ipar.
Macam biasalah, selagi belum malam..(mungkin
sudah menjadi kebiasaan mereka mandi
malam..waktu maghrib.)
Yang peliknya tandas ni, malam je asyik berkelip
lampunya.
Dan paling menakutkan.. bunyi suara perempuan
mendodoikan baby semakin sayup kedengaran.
Jelas kedengaran.
Sampaikan, kami ingin solat. Suara tu masih ada
mendodoikan baby. Cuba korang bayangkan
bagaimana?
Ina dan adik-adik menggigil nak solat.
Selepas maghrib menyusul, kami semua bersiap
untuk keluar makan malam dan mencari lokasi
sebenar USIM (tempat majlis konvokesyen
berlangsung)..maklumlah kami ini pertama kali
ke USIM.Risau tersesat..tambahan pula jalan
kebanyakan di tutup bagi acara berbasikal
sempena sukan Sea 2017.
Setelah 3 jam kami keluar ( termasuk makan
malam serta jalan-jalan sekitarnya ) pada ,jam 11
malam kami sampai di homestay.Sudah tiba
masanya,untuk beradu.
Dua adik perempuan ina, masing masing ingin
tidur di bilik utama ina. Suami? jenis tidak
kisah.Ruang tamu pun boleh tidur.Bertemankan
abah,yang lebih selesa tidur di bahagian ruang
tamu.Mak? Pun sudah berasa seram agaknya.
Sebab dua orang adik Ina ni, asyik bercerita
mengenai suara perempuan (sedang
mendodoikan baby) yang didengari dari siang dan
maghrib tadi.
SIAPA MAIN BUAIAN
WAKTU MALAM?
Di ruang tamu, kedengaran abah memasang
bacaan ruqyah di radio nya..(dapat didengari dari
dalam bilik) . Begitu juga dalam bilik ina. Boleh
dikatakan agak pelik sangat. Kebiasaanya, suami
ina ni tak mungkin pasang bacaan ayat quran
(kemungkinan suami pun dapat rasakan sesuatu).
Untuk pengetahuan semua.. adik adik ina
batalkan hajat mereka untuk menumpang tidur di
bilik ina.
Beberapa minit kemudian, baby ina yang berusia
11 bulan meragam.Dalam fikiranku, mungkin
penat..atau mungkin kepanasan.. (jadinya On
Kipas dan penghawa dingin)..tetapi masih
menangis.
Urmmm...,sambil ina menepuk baby sambil
membaca ayatul Kursi.,baby furqan senyap...lena
diulit mimpi .Anak yang lain dan suami pun
sudah tertidur akibat kepenatan.
Tinggal la Ina keseorangan..Memang tidak boleh
lelap mata ni.Tidak tahu mengapa. Sambil sambil
itu, ada juga bacakan ayat qursi di mulut sehingga
lah tertidur. Tapi terjaga, ulang baca..tertidur dan
terjaga kembali..
Keadaan Ina masa ini cemas, jantung dah dup dap
dup dap.. ...
DERIA
PENDENGARAN
SEMAKIN TAJAM
MENDENGAR
PELBAGAI BUNYI
Baca ayat qursi sahaja.. (yang ni, ina memang
amalkan setiap kali ina cuba pasang telinga,
dengar bunyi angin. Semacam angin meniup zink
pun ada.Tapi kawasan sekitar homesaty mana lah
ada zink. Atap pun, guna atap moden.
Secara tiba tiba buaian besi atas tu seperti
berbunyi. Seolah-olah di hayunkan, macam ada
orang main. Takkan ditiup angin kot.
Ina waktu ini? dalam hati dah laungkan
azan..(secara slow..kalau kuat nanti, habis suami
dan anak anak bangun..lagi
teruk)Hihihihihi..punyalah ketakutan.Boleh pula
lupa.. tersangkut bacaan. Tidak dapat
habiskan..jadinya ina baca ayatul solat)
ANTARA LENA DAN SEDAR
Gangguan sudah hilang. Ina pun terlena
akhirnya. Alhamdulillah. Rasa lega sangat-
sangat..Konon-konon sudah tamat gangguan.
Ina tidak pasti semasa kejadian ini. Apa yang ina
perasankan, seolah olah baby ada sesuatu
menarik... macam hendak ambil baby ina dari
rangkulan (posisi tidur baby :tidur di celahan
ketiak ina camtu).
Automatik tangan ina ni tarik kembali sambil
membaca ayat qursi.. (memang rasa seperti
bergelut).
Ulang baca ayatul qursi ni..sampailah satu tahap
tu.Terasa betul, sesuatu memegang lengan ina
..sebab marah ina tarik semula baby.Ina bacalah
sampai banyak kali..kumat kamit,rasa la letih
bergelut dan lengan tangan seperti panas (benda
itu pegang kan) dan beberapa minit itu pun ia
lepaskan lengan tangan ina.Memang real kejadian
ini sepertinya...
Setelah selesai, anak sulung ina pula yang
mengigau.,Macam mana ina tau?? (Ina rasa katil
bergegar).. rupanya yang sulung tu pula.Ina
bacakan ayat qursi..sambil menepuk nepuk badan
anak dan hembus kearah anak.Alhamdulillah...
lega dah tiada apa berlaku.
SESUATU
BERGERAK
DIDALAM
MULUT
Ini semasa ina tidur,entah macam mana terasa di
dalam mulut iaitu .(hujung lidah) .Nampak benda
putih macam serbuk.Tapi benda tu macam
bergerak..ina pun terus tersedar dari mimpi dan
ucapkan "Astagfirullah halladzim" mengucap
panjang ina masa ni. Terus baca 3 qul (Surah an
nas, al falaq , qul huallahu ahad) terus hembus kiri
kanan.
GANGGUAN
RINGAN DI
MALAM KE -2
Selepas makan malam (kami memasak nasi
goreng aja di homestay),terasa meremang di
sudut sinki. Naik la kejap bulu roma masa ni, aku
abaikan saja.
Jam didinding dapur, menunjukkan 10.30malam.
Masing-masing duduk di dalam bilik. Hanya
suami dan abah sahaja menonton televisyen..
Aku dan anak anak berada di bilik.. terasa seperti
di perhatikan ketika ini( seperti ada sesuatu
disebelah).
Aku keluar masuk bilik ajak suami
tidur..hihihihihi.Seram dah maiii masa ni tau
dak.. Suami tak layan, katanya rancangan tv best
malam ni.
Memang tidak boleh tidur anak anak..masing
masing aktif.... Kebetulan aku teringat garam
kasar yang telah diruqyah oleh ustaz , memang
ada dalam beg masa ni..(ini persediaan awal,in
case ada sesuatu buruk berlaku lahh).
Aku campakkan garam( yang telah dibacakan
ayat quran) itu di katil,bawah katil dan keliling
bilik.. (ngam ngam cukup sebilik je garam ni)
.. dengan izin allah.Rasa seram semua hilang..
Malam kedua lena sangat sangat tidur .Pendek
pula malam ni,berbanding malam semalam yang
panjang.
Mujur sangat, makhluk halus itu tidak mengilai
ngilai..hihihi.
Nantikan sambungan CHAPTER 2 dalam SIRI
2 AKU TAK KUAT
BAHAGIAN 3 : AKU
TAK KUAT
RUMAH SEWA
MURAH
Kisahnya bermula, selepas kami berkahwin dan
ini rumah sewa ke 2 Kami.Rumah pertama,sangat
kecil.Tapi alhamdulillah,bersyukur sebab dapat
duduk sendiri ( hanya kami suami isteri ) tapi apa
yang tak bestnya, bunyi anjing jiran sebelah asyik
menyalak. Sangat bising dan juga kasut-kasut
kami hilang dicuri oleh anjing. Sebab hanya
sebelah saja kasut hilang tiap pasang.
(eemm,takkan orang nak buat ilmu kott).
Selepas 2 bulan kami menyewa di rumah itu.
Akibat tidak berpuashati dengan jiran sebelah (
dah cakap elok elok, tapi jiran buat taktau aje).
Kami pun berpindah ke rumah seterusnya.
Kebetulan laluan ke pejabat Ina sehala ke pejabat.
( tanpa berlengah lagi, terus kami berpindah).
Jimat sangat nih.. pergi kerja pun hanya jalan kaki
aje. Hanya suami yang bawa kereta ke pejabat.
Masa ni baru beberapa bulan berkahwin,tiada
zuriat lagi..(fasa honeymoon).
RUMAH DIPENUHI
KALIMAH AYAT SUCI AL-
QURAN
Bermula la kisah seram berlaku. Pada mula tu, aii
dapat rasa seram sejuk tau ..semasa nak cuci
rumah. Biasa la kan, rumah tidak berpenghuni.
Ada rasa semacam.. Tapi aii abaikan aje. Suami?
dia taktau.Aii jee ada perasaan macam tu (
suasana macam rumah tok moh weiii, dinding
colour merah di ruang makan.
Rambut bersepah sepah, kertas surat khabar,
buku-buku, kertas assignment dan apa yang
peliknya di setiap pintu bilik ada ayat qursi .Yang
paling kelakar, dalam tandas pun ada weiii.. tahap
penakut gaban betul la owner dulu..haiiiish)
Ohh, lupa nak bagitau korang. Aii dapat
menyewa rumah ni 2 minggu sebelum puasa.Tapi
aii dapat masuk bulan puasa.
Penyewa tu keluar masa bulan puasa..(mula tu aii
terfikir.Kenapa nak keluar bulan puasa? keluar la
sekarang.) Hmmm.. bila tanya suami,
katanyamaybe penyewa tu nak berjimat
gamaknya. Letih kalau menanya suami benda
macam nie.
Aii dah syak macam macam sebenarnya. (Dari
mula masuk lagi...umah menyeramkan la.Ada
potongan ayat alquran merata la).Tapi paling
yang mengukuhkan lagi andaian aii, kenapa
Owner rumah jumpa suami di luar untuk bagi
kunci rumah tuu?? Tapi mungkin dia busy ke apa
kan? kan? luar rumah bermaksud jumpa suami
bukan di kawasan rumah sewa tu hokey.
BUNYI TV DIPASANG
SELEPAS JAM 12
TENGAH MALAM
Selepas berbulan menduduki rumah sewa murah
ini, setiap malam aii akan dengar bunyi (pada
mulanya aii aje yang benda tu usik). Selepas kami
masuk ke kamar tidur, akan bunyi perlakuan
seperti apa yang kami lakukan ( bunyi seperti
orang membuka telvisyen ).
Seram tak korang? Bunyi memang sebiji macam
kami duk pasang Tv (bunyi Tv di On
...siiiiing.Lepas tu, remote TV diletakkan atas rak
tV Pula.Tapp!).Aii masa nih, oiii..jantung macam
nak luruh tau dak.?
huishhh.. sape tak takut weii. Aii dah la penakut
jugak. Tapi aii buat buat berani je. Dalam hati
hanya banyakkan bacaan ayat alquran sampailah
tertidur.
Keesokan harinya, aii langsung tak cerita pada
suami. Kalau dia takut, macam mana kan?
hehehehe.. so , lebih baik aii simpan je cerita ni.
Satu hari tu pulak, rezeki suami nak dengar..
bunyi tu betul- betul kami suami isteri dengar,
terus suami bergegas ke ruang tamu dan hasilnya
tiada pun tv terpasang. Dan tiada penampakan
berlaku.
KELUARGA MISTERI
INGIN MENUMPANG DI
RUMAH
Seterusnya, bila dah lama tiada bunyi-bunyian
berlaku di rumah bernombor 62 Semi-D.
Tup-tup aii pula mimpi seram .
( ada perempuan nak masuk melalui pintu
belakang, dalam mimpi tu juga.Aii memang tak
bagi.
Lepas tu aii baca ayat- ayat al quran dan
mukanya tiba tiba bertukar colour Biru,
kemudian hijau dan akhirnya dia menangis serta
hilang begitu saja.)
Terus aii terjaga dari mimpi tersebut. Okay, tu aii
tak kisah la sebab hanya sekadar
mimpi.Bukannya betul pun.Em.. untuk
pengetahuan korang, dapur aii ni memang la
menyeramkan sangat. ( jiran belakang tu pula,
katanya rumah dia ada kelibat keluar masuk
rumah..seram tak seram.)
Aii belum tahap macam tu lagi tahap usikan
dia.Berbalik kisah dapur aii,bahagian dapur basah