aii keadaan dia suram la. Bilik belakang tu.., aii
jadikan stor je..( rumah kos sederahana..ada
3bilik 2 bilik air. 2 bilik lagi biarkan kosong).
BERTENTANG MATA
DENGAN BURUNG
GAGAK SEWAKTU
MAGHRIB
Ada satu petang tu, aii goreng la keropok kat
dapur basah..( cermin tingkap dapur tu gelap. )
jam menunjukkan jam 6.30 petang.Tiba tiba, ada
seekor burung gagak sedang bertenggek di
tingkap..mujur tingkap tutup..( eeee,seram tau.
Dahlah hitam.. mata burung gagak tu tenung aii
jee.. mata bulat besar tanpa berkelip. Renungan
tajam gagak tu, mujurlah di luar. Burung gagak tu
ada bunyi.. seram! terus aii berlari menjerit ke
ruang tamu sambil mendapatkan suami. Aii cakap
kat suami, dia pulak kata..
“Alaaaa, burung sesat je tu, takde apalah”...lalu
aii tinggalkan je keropok atas kuali
tuuu..hahahaha.Takut weii!.
Dan suami ambil alih kerja aii tadi tu.. Aii p
bergegas mandi, takut kalau dah maghrib kan.
Macam-macam setan pulak yang kacau.
Beberapa minit kemudian, aii dah siap mandi.
Aii ikat tuala atas kepala tuu..aii duk dalam bilik
stor (bilik stor tu ada tingkap sliding dan aii buka
serta jerkah suami yang tengah mnggoreng
keropok...hahaha. Pucat dah muka suami masa
tu.. kikikiki).
KELUARGA MISTERI
MENUMPANG
MASUK
Masa cuti ni lah, nak rehat sepuasnya kan..
letih.Selesai lakukan kerja rumah (mengemas dan
memasak). Asar tu aii tertidur di ruang tamu.
Mimpi pula, ada sekeluarga datang satu lori
ni.Nak berpindah masuk ke rumah aii pulak dah.
Ada sorang makcik yang ikat rambut macam
orang lama..berbaju kebaya. Ada budak kecil ,
dewasa,Pasangan suami isteri (dorang semua
nampak gembira tak terhingga )
Tapi yang peliknya, aii tak izinkan pun, terus
mereka turunkan barang-barang masuk terus ke
bilik belakang.. ( aii jadikan stor je ..tempat jemur
pakaian dan sparepart kereta suami ). Hem
..selepas mimpi nie la. Benda pelik-pelik banyak
berlaku dalam rumah. ( ada kelawar masuk la
maghrib hari ) .
‘DIA’ DATANG SELEPAS
DIUNDANG
Yang ni paling seram setakat aii kena usik. Hari
rabu, suami kena kerja malam. (kebetulan masa
tu, Mcdonald baru nak buka..so, Cctv kena la
pasang kat sana sampai siap). Aii masa nie dah
preggy beberapa bulan tapi kandungan masih
baru.
Sambil menonton tv,dah bosan, aii main game kat
laptop dan terus aii pasang youtube tengok cerita
hantu kelakar..( Aii memang berani,,tapi lama tu
aii rasa macam tak sedap je.Rasa meremang ..).
Terus aii pasang Surah yassin. Lepastu bunyi
ketukan pintu ( dalam hati, mungkin jiran
belakang kott). Tapi sangkaan aii meleset,
semakin kuat bunyi ketukan ...
duuuum duuuuuuum duuuuummmmm..
haaaaa, jantung aii dah nak luruh.Sambil aii
menangis.. Aii telefon suami. Teet teeet.. dengar
suara suami dihujung talian...
Suami : " hello, kata suami.
Aii.. "Abang, lambat lagi ke balik? Cepatlah
abang. Ayang takut ni."
Suami : "Kenapa pulak?"
Aii : "Balik je bang,ayang nak ikut abang
kerja.Tak kisah lah bang,ayang rela tidur
dalam kereta pun sampai abang siapkan
kerja".
Beberapa minit kemudian, suami aii sampai..
Dalam perjalanan dari rumah ke Mcdonald (
suami ada kerja disana ), aii ceritakan pada suami
apa yang berlaku. Suami aii tergamam.
ps: disebabkan macam macam gangguan aii kena
usik, aii sekarang dah jadi semakin berani dari
hari ke hari.. alhamdulillah..
Selama 5 tahun bertahan dirumah sewa
tersebut.Suami pun ada kena ganggu, cuma dia
taknak cerita jee. Haritu aii nak keluar makan
(late dinner 10.30malam), aii dah masuk dalam
kereta pun lepastu aii masuk bilik semula ( lampu
ruang tamu semua dah tutup..jadinya dalam gelap
la keluar masuk rumah ).
Semasa suami nak kunci pintu sliding .Suami
selak langsir sliding,
suami : "YA ALLAH!!! " .
aii : abang ni kenapa? ayang tak keluar lagi
ni..
Suami : Ehh,,tadi kan awk dah keluar, pastu?
ada lagi kat dalam??? muka suami masa tu aii
tengok dah separuh nak pengsan dah
Last sekali,untuk pengetahuan korang..owner ni
pelik tau.Dia duduk balok je, tapi mak aii setiap
kali nak bayar duit sewa..,kami kena bank in.Tak
ke susahkan orang.. betul-betul pelik.KENAPA
owner sendiri taknak jejak kaki ke rumah tuuu??
tengok apa yang rosak.KEADAAN rumah?? mak
aihhh.. serba serbi rosak.(maklumlah..,rumah
lama.)Kami kena repair..takboleh claim.
- TAMAT
SOCIAL MEDIA
Blog : www.ehbelogaku.com :
Facebook :
www.facebook.com/ina.norazlina
LinkedIn
https://my.linkedin.com/in/azlina-ina-
5469511a7
Page : www.facebook.com/azlinaghostwriter
Email : [email protected]