The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INFOGRAFIK E MODUL ASAS KEUSAHAWANAN (BM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitiasma, 2023-01-29 23:41:01

INFOGRAFIK E MODUL ASAS KEUSAHAWANAN (BM)

INFOGRAFIK E MODUL ASAS KEUSAHAWANAN (BM)

101 Apakah Rancangan Perniagaan?


102


103


104


105 Pihak yang memerlukan Rancangan Perniagaan Kumpulan Pengurusan • membolehkan kumpulan pengurusan memikirkan masa, usaha dan bantuan yang diperlukan untuk menjayakan matlamat syarikat • boleh memberikan gambaran awalan perubahan yang mungkin akan berlaku di masa hadapan • juga mesti menganalisis sebab musabab kejayaan dan kegagalan syarikat, ancaman dan peluang yang akan mereka hadapi di masa hadapan Pemegang Saham (Pelabur) • mengetahui bagaimana syarikat akan diselenggarakan (diuruskan) kerana kelulusan mereka adalah diperlukan sekiranya terdapat perubahan kepada sasaran dan strategi syarikat. Ini kerana mereka perlu mengetahui sebarang keputusan (ketetapan) baru sebelum mereka boleh meluluskan Bank atau Pemberi Pinjaman • memberikan mereka tanda atau petunjuk mengenai pulangan yang boleh mereka peroleh dari pinjaman yang diberikan dan membolehkan mereka menyukat keadaan pelaburan dan keuntungan yang akan diperoleh dalam tempoh masa yang munasabah. • bank juga akan dapat memastikan sama ada usahawan tersebut boleh memperoleh geran (grants) kerajaan dan cukai insentif. Siapa yang memerlukan Rancangan Perniagaan?


106 Pihak yang memerlukan Rancangan Perniagaan Pengguna • mempengaruhi keputusan mereka untuk menggunakan produk atau perkhidmatan yang syarikat itu tawarkan • Untuk mendapatkan keyakinan pengguna, pelan perniagaan mestilah juga disertakan dengan harga produk, ketahanan, ciri-ciri, dan sokongan tambahan atau perkhidmatan lepas jualan Pembekal • untuk menimbangkan kelulusan dalam memberikan hutang (kredit) perniagaan • melihat kebolehan perniagaan tersebut membayar balik hutang mereka dalam masa yang ditetapkan. Para Pekerja • bakal pekerja memerlukan informasi (maklumat) mengenai pembangunan dan prestasi syarikat sebelum mengambil keputusan untuk memasuki organisasi tersebut


107 Komponen Rancangan Perniagaan Ringkasan Eksekutif Deskripsi Perniagaan Rancangan Pengurusan Rancangan Pengeluaran Operasi Rancangan Pemasaran Rancangan Kewangan


108 Ringkasan Eksekutif


109 Nama Syarikat Nombor pendaftaran syarikat Tarikh pendaftaran Alamat dan no telefon yang boleh dihubungi Alamat kilang/perniagaan dan nombor telefon Pegawai yang boleh dihubungi Senarai pemegang saham utama Struktur modal (modal di benar & modal berbayar) Prestasi kewangan syarikat 3 tahun lalu @ 3 tahun akan datang Maklumat pinjaman sedia ada Profil Perniagaan


110 Nama Gaji dan Kemudahan Profil Pemilik Perniagaan


111 Huraian tapak projek Bentuk bangunan Susun atur ruangan operasi Dibeli/disewa/ dipajak Kemudahan Infrastruktur Penggunaan mesin dan peralatan Proses pengeluaran Carta aliran operasi Unit pengeluaran hasil operasi Penggunaan bahan mentah Senarai bahan mentah harga belian, bilangan Stok simpanan bulanan/tahunan. Jadual pelaksanaan projek Rancangan Operasi


112


113


114


115


116 Lampiran


117 Latihan SoaL Jawab


118 Aktiviti 16: Nyatakan Kepentingan Rancangan Perniagaan?


119 BAB 9: ETIKA HASIL PEMBELAJARAN: TANGGUNG JAWAB SOSIAL HASIL PEMBELAJARAN: 1. Pelajar dapat mengenalpasti Etika & Tanggungjawab Sosial dalam Perniagaan 2. Pelajar dapat mengenalpasti Kepentingan Etika & Tanggungjawab Sosial dalam Perniagaan


120 Etika ialah set kepercayaan yang membezakan perkara SALAH dan BENAR Etika terdiri daipada aspek NILAI, PRINSIP dan TUJUAN


121 KEPENTINGAN ETIKA DALAM PERNIAGAAN Tingkatkan Reputasi Perniagaan Kepercayaan Pelanggan Tinggi Imej Perniagaan Baik Kelestarian Perniagaan


122 1) Mendaftar perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan kepada SSM 2) Perbaharui pendaftaran perniagaan sebelum 30 hari tamat sijil pendaftaran 3) Mendaftarkan perubahan butir perniagaan dalam tempoh 30 hari berlaku perubahan : cth alamat, jenis perniagaan, alamat cawangan, maklumat pemilik dll… 4) Pemberitahuan penamatan perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat operasi perniagaan atau 4 bulan jika disebabkan kematian pemilik perniagaan


123 5) Mempamerkan sijil pendaftaran perniagaan di tempat yang mudah dilihat (di premis perniagaan utama dan cawangan) 6) Meletakkan papan tanda yang mempamerkan nama perniagaan di luar premis perniagaan 7) Mempamerkan nama perniagaan dan nombor sijil perniagaan di kepala surat, invois, bil dan dokumen lain yang berkaitan dengan perniagaan 8) Mendapatkan lesen, permit atau surat kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkaitan – walaupun telah mendaftar di SSM


124 Nilai Integriti Kepercayaan Kelestarian Perniagaan Mengikut peraturan & Undangundang


125


126


127


128


129


130


131 Latihan SoaL Jawab


132 Aktiviti 17: Apakah Yang Anda Faham Tentang Etika?


133 Aktiviti 18: Nyatakan Tanggungjawab Sosial Perniagaan Anda? .


134 CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN


1 Kandungan 1.0 Ringkasan Eksekutif 1 2.0 Tujuan Rancangan Perniagaan 2-3 3.0 Latar Belakang Syarikat 4-6 3.1 Profil Syarikat 3.2 Visi dan Misi 3.3 Prospek Rasional 3.3.1 Lokasi Syarikat 3.3.2 Kemudahan 3.3.3 Kedudukan Fizikal 4.0 Profil Pemilik dan Pekerja 7-11 5.0 Pelan Pemasaran 12-33 5.1 Barang dan Perkhidmatan 5.2 Sasaran Pasaran 5.3 Saiz Pasaran 5.4 Segmentasi Pasaran 5.5 Pesaing 5.6 Perkongsian Pasaran 5.7 Strategi Pemasaran 5.8 Ramalan Jualan 6.0 Pelan Operasi 34-39 6.1 Huraian Deskripsi 6.2 Peralatan 6.3 Proses Pembuatan 6.3.1 Pendapatan 6.3.2 Pelanggan 7.0 Aspek Oragnisasi 40-43 7.1 Struktur Organisasi 7.2 Skop Kerja 7.3 Senarai Pekerja 8.0 Pelan Kewangan 44-52 8.1 Kos Projek 8.2 Modal 8.3 Penyediaan Modal 8.4 Modal Kerja 8.5 Pelunasan Pinjaman 8.6 Susut Nilai 8.7 Penyata Aliran Tunai 8.8 Lembaran Imbangan 9.0 Lampiran 53-54


1 1.0RINGKASAN EKSEKUTIF Perniagaan Tutor4u, merupakan suatu perniagaan berasaskan pendidikan secara atas talian dimana ia dapat merealisasikan impian lepasan siswazah pendidikan dan guru-guru untuk berkongsi ilmu kepada pelajar di peringkat dunia tanpa sempadan. Aplikasi ini secara khususnya untuk membantu lepasan siswazah pendidikan untuk menjana pendapatan sementara menunggu penempatan di sekolah. Dalam masa yang sama, guru-guru sekolah rendah dan menengah juga turut terlibat dalam melanggan pakej yang telah kami sediakan untuk menjana pendapatan sampingan di samping menyampaikan ilmu kepada pelajar. Ekoran daripada situasi pandemik yang melanda dunia kini, sektor pendidikan juga tidak terkecuali menerima impak yang besar. Demi menjaga kepentingan pelajar dan guru, sektor pendidikan perlu dijalankan walaupun menghadapi situasi yang getir. Oleh yang demikian, platform yang disediakan oleh Tutor4u merupakan satu pendidikan secara atas talian yang dapat membantu pelajar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Aplikasi Tutor4u juga dapat mengilap kemahiran insaniah guru dalam mendidik pelajar dalam pengajaran dan pembelajan di rumah (PdPR). Bagi melayakan lepasan siswazah pendidikan serta guru-guru untuk menggunakan aplikasi Tutor4u, mereka wajib mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Terdapat tiga (3) pakej yang kami sediakan untuk para lepasan siswazah pendidikan serta guru-guru yang terdiri daripada ‘Bronze’, ‘Silver’, dan ‘Platinum’. Walaupun perniagaan kami berfokus kepada Business to Business (B2B), secara tidak langsung konsep Business to Consumer (B2C) juga terlibat dimana ibu bapa dan pelajar sekolah rendah dan menengah merupakan sasaran pelanggan kami. Ramalan jualan serta keuntungan disediakan untuk meramal tahap perubahan peratusan jualan di setiap bulan. Proforma Jadual Bayar Balik, Proforma Penyata Aliran Tunai, Proforma Penyata Untung Rugi, dan Kunci Kira-Kira disediakan untuk membantu menganggar pendapatan dan pembelajaan yang akan dibayar dan diperolehi pada masa yang akan datang. Pelan organisasi juga amat penting untuk memilih lokasi yang strategik untuk menunjukkan keberadaan Tutor4u Sendirian Berhad. Pelan pemasaran dirangka bagi melihat prospek-prospek perniagaan yang berupaya berkembang. Pelan operasi seperti belanja operasi berupaya menggambarkan proses pembuatan aplikasi Tutor4u. Oleh itu, dengan adanya pelan-pelan yang disebutkan diatas berupaya mengembangkan lagi perniagaan pada masa depan.


2 2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN Panduan / Strategi Tujuan utama penyediaan rancangan perniagaan adalah sebagai satu garis panduan untuk mengurus perniagaan dalam pelbagai aspek yang akan membawa kejayaan yang penting. Rancangan perniagaan ini penting kerana melaluinya usahawan berupaya melihat, menilai sesuatu projek perniagaan dengan lebih objektif, kritikal, dan praktikal. Seterusnya, membuat keputusan sama ada menceburi atau tidak menceburi dalam perniagaan tersebut. Selain itu, rancangan perniagaan ini disediakan sebagai alat perancangan untuk merancang perlaksanaan perniagaan. Di samping itu, perniagaan ini disediakan untuk mendapat bantuan pembiayaan dan khidmat nasihat daripada bank dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Selain itu, perniagaan ini juga disediakan untuk meyakinkan bakal pelabur untuk melabur dalam perniagaan ini. Seterusnya, perniagaan ini adalah untuk menurunkan kadar pengangguran serta memberi peluang kepada guru-guru lain untuk menambah pendapatan sambil melakukan perkara yang mulia. Oleh itu, rancangan penriagaan ini dapat membantu syarikat untuk menganggarkan keperluan sumber-sumber perniagaan supaya tidak berlakunya kekurangan sumber. Ianya juga memberikan gambaran kepada pembaca sama ada perniagaan yang dirancang berdaya maju ataupun sebaliknya. Maka, ianya dapat menyakinkan pihak berkepentingan untuk melihat dan menilai rancangan ini sama ada memberi manfaat atau memenuhi kehendak mereka.


3 Pemetaan Perniagaan Operasi Jualan Pemasaran Kewangan Pemetaan Menghasilkan aplikasi dan laman sesawang Tutor4u Membuat ramalan jualan secara bulanan berdasarkan statistik bilangan guru dan pelajar Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewujudan aplikasi dan laman sesawang Tutor4u Memastikan kewangan syarikat stabil dalam jangka masa panjang Alatan Jualan Perniagaan Tutor4u merupakan perniagaan yang menawarkan pendidikan secara atas talian melalui aplikasi Tutor4u. Di mana para membantu lepasan siswazah pendidikan untuk menjana pendapatan sementara menunggu penempatan di sekolah. Dalam masa yang sama, guru-guru sekolah rendah dan menengah juga turut terlibat melanggan pakej yang telah kami sediakan untuk menjana pendapatan sampingan di samping menyampaikan ilmu kepada pelajar. Tutor4u yang direka dalam bentuk aplikasi dan laman sesawang secara tidak langsung dapat meringankan beban pelanggan perniagaan untuk menjalankan perniagaan mereka dengan lebih cekap dan terurus.


4 3.0LATAR BELAKANG SYARIKAT 3.1 Profil Syarikat Nama Tutor4u Sdn Bhd Alamat Ground Floor Jalan Damanlela Lot G8/9 Damansara City Mall, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur Emel [email protected] Laman Sesawang https://www.tutor4u.com.my No. Telefon 03-23456788 No. Faks. 03-23456798 Bentuk Perniagaan Syarikat Sendirian Berhad Jenis Perniagaan Aplikasi Pendidikan Aktiviti Utama Membantu lepasan siswazah pendidikan untuk menjana pendapatan sementara menunggu penempatan di sekolah. Dalam masa yang sama, guru-guru sekolah rendah dan menengah juga turut terlibat melanggan pakej yang telah kami sediakan untuk menjana pendapatan sampingan di samping menyampaikan ilmu kepada pelajar Tarikh Permulaan Perniagaan 13 September 2021 Tarikh Operasi 1 Januari 2022 Modal Asas RM 55,000 Terbitan Bank RM 100,000 Akaun Bank 123456789123 (Bank Islam)


5 3.2 Visi dan Misi Visi Menjadi peneraju utama platform pendidikan di dunia bagi guru-guru yang diiktiraf untuk mengajar di atas talian mengikut permintaan pengguna akhir iaitu pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Misi - Mengurangkan peratusan pengangguran dalam kalangan lepasan sizwazah Pendidikan di Malaysia. - Menyediakan platform Pendidikan yang menawarkan perkhidmatan guru yang bersifat murabbi pada setiap pelajar tanpa mengira kaum, agama, bangsa serta menggunakan teknologi secara global. - Melahirkan modal insan yg berminda kelas pertama bertaraf dunia bagi menjadikan negara kita setanding dengan negara-negara di serantau dunia.


6 3.3 Rasional Prospek 3.3.1 Lokasi Syarikat Ground Floor Jalan Damanlela Lot G8/9 Damansara City Mall, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur 3.3.2 Kemudahan Kemudahan merupakan asas yang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan poerniagaan agar lancar dan mudah. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk kemudahan yang pihak kami sediakan bagi memberikan keselesaan kepada para pelanggan. Lokasi syarikat kami berdekatan dengan MRT Pusat Bandar Damansara dimana pelanggan kami tidak perlu risau untuk mencari tempat untuk meletak kereta mereka jika mempunyai sebarang urusan di pejabat Tutor4u. Restoran dan tempat makan yang berada di sekeliling lokasi pejabat Tutor4u memudahkan para pekerja. Lokasi syarikat kami strategik kerana bersebelahan dengan kawasan perumahan iaitu Pangsapuri Twins @ Damansara Heights. Kesemua kemudahan tersebut adalah untuk kegunaan para pelanggan dan juga pekerja bagi memudahkan operasi harian organisasi. 3.3.3 Kedudukan Fizikal Lokasi perniagaan yang kami pilih menjadi tumpuan masyarakat di mana ia berada di Bandar Damansara. Tambahan pula, Bandar Damansara menjadi pilihan golongan M40 dan T20 dimana mereka mementingkan pendidikan anak.


7 4.0PROFIL PEMILIK/PEKERJA 1. Ketua Pegawai Eksekutif Nama : MATTHEW SINGH JEREMIAH Tarikh Lahir : 25/02/1988 Umur : 32 TAHUN Jantina : LELAKI Alamat : PERSIARAN BATU 3, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR No. Telefon : +60xxxxxxxx Status Perkahwinan : BUJANG Kelayakan : IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN Pengalaman : PEMBANTU PEGAWAI EKSEKUTIF SELAMA 3 TAHUN


8 2. Pengurus Pemasaran Nama : ANAS MUHAMMAD FARIHIN BIN OSMAN Tarikh Lahir : 25/08/1995 Umur : 26 TAHUN Jantina : LELAKI Alamat : TAMAN SETIA, 40170 SHAH ALAM, SELANGOR No. Telefon : +60xxxxxxx Status Perkahwinan : BUJANG Kelayakan : IJAZAH SARJANA MUDA EKONOMI Pengalaman : PENGURUS PEMASARAN SELAMA SETAHUN


9 3. Pengurus Operasi Nama : NUR AISYAH BINTI JAMIL Tarikh Lahir : 02/01/1992 Umur : 27 TAHUN Jantina : PEREMPUAN Alamat : JALAN BOLING, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR No. Telefon : +60xxxxx Status Perkahwinan : BERKAHWIN Kelayakan : IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN Pengalaman : PEMBANTU PENGURUS OPERASI SELAMA 2 TAHUN


10 4. Pengurus Kewangan Nama : MOHAMAD IZWAN SHUHAIRY BIN SERIA Tarikh Lahir : 14/01/1995 Umur : 26 TAHUN Jantina : LELAKI Alamat : TAMAN PERDANA, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR No. Telefon : +60xxxxx Status Perkahwinan : BUJANG Kelayakan : IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN Pengalaman : JURUAUDIT


11 5. Pengurus Sumber Manusia Nama : WAFI SOFEA BINTI MOHD HELMI Tarikh Lahir : 31/08/1996 Umur : 25 TAHUN Jantina : PEREMPUAN Alamat : TAMAN SETIA ALAM, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR No. Telefon : +601xxxx Status Perkahwinan : BUJANG Kelayakan : IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Pengalaman : PEMBANTU PERKHIDMATAN PELANGGAN


12 5.0PELAN PEMASARAN 5.1 Perkhidmatan Tutor4u atau dalam Bahasa Melayunya “Guru untuk kamu” merupakan satu aplikasi permintaan dan penawaran dalam menaik taraf sistem Pendidikan di Malaysia. Inisiatif ini dirangka dalam memastikan tahap profesionalisme guru dapat dipertingkatkan setaraf dengan profesion profesional yang lain. Aplikasi Tutor4u ini mempunyai 5 paparan menarik dimana aplikasi ini sangat sesuai digunakan oleh guru-guru dan pelajar sekolah menengah dan rendah. Guru perlu mengesahkan maklumat profil sebelum proses penawaran guru dapat dijalankan. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan bagi guru-guru ini yang terdiri daripada lepasan siswazah pendidikan. Selain itu, data-data pelajar dan guru yang terkumpul akan disimpan pada tahap keselamatan yang tinggi menggunakan sistem ‘end to end encryption’. Hal ini akan menjamin tiada sebarang kebocoran maklumat berlaku. Aplikasi yang berfokuskan kepada para lepasan siswazah pendidikan di seluruh Malaysia yang belum mendapat penempatan juga menawarkan peluang pekerjaan bagi guru-guru tuisyen yang memerlukan medium dan platform yang lebih besar. Para guru yang ditawarkan dan berdaftar merupakan guru-guru yang diiktiraf dan dipantau secara berkala oleh pakar-pakar yang bertauliah daripada Universiti No 1 Pendidikan Malaysia untuk mengajar secara atas talian mengikut permintaan pengguna akhir iaitu pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.


13 Berikut merupakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada perniagaan (guru) dan pengguna akhir (pelajar): Kategori Penerangan Perniagaan (B2B) Khusus kepada guru yang berkelulusan Pendidikan yang mendaftar SSM Menyediakan pilihan pakej kepada guru yang terdiri daripada beberapa subjek Menyediakan konsultasi buat para guru yang berdaftar dengan aplikasi ini. Pengguna akhir (B2C) Menyediakan guru-guru yang berkebolehan dan pakar Khusus kepada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah Menyediakan pilihan pakej kepada pelajar yang terdiri daripada beberapa subjek. Pakej yang ditawarkan kepada pelanggan perniagaan (Lepasan siswazah pendidikan dan guru untuk sebulan) Pakej Bronze Silver Platinum Langganan Guru Sekolah Menengah 2 bilik + 1 konsultasi (1 tingkatan) 3 bilik + 2 konsultasi (3 tingkatan) 4 bilik + 3 konsultasi (5 tingkatan) Harga RM 240 RM 410 RM 580 Langganan Guru Sekolah Rendah 2 bilik + 1 konsultasi (1 darjah) 3 bilik + 2 konsultasi (3 darjah) 4 bilik + 3 konsultasi (5^darjah) Harga RM 200 RM 350 RM 500 *1 bilik merangkumi 15 orang pelajar.


14 Pakej yang ditawarkan kepada pengguna akhir (sebulan) Pakej Jayyid Jayyid Jiddan Mumtaz Sekolah Menengah *1 subjek tambahan = RM70 2 Subjek Teras SAHAJA 4 Subjek Teras + 2 Subjek Elektif 6 Subjek Teras + 4 Subjek Elektif Harga RM 120 RM 340 RM 580 Sekolah Rendah *1 Subjek tambahan = RM40 2 Subjek 3 Subjek 4 Subjek Harga RM 80 RM 120 RM 160 Kepada para pelanggan setia Tutor4u yang telah melanggan lebih daripada 3 pakej selama 2 tahun, akan mendapat kadar bayaran istimewa iaitu potongan sebanyak 25%. Sebagai tambahan, mereka juga akan mendapat hadiah berbentuk barangan sebagai tanda penghargaan daripada kami. 5.2 Sasaran Pasaran Sasaran pasaran dalam perkhidmatan Tutor4u boleh dikategorikan kepada dua, iaitu kepada perniagaan dan pengguna akhir. Dalam penubuhan aplikasi/laman sesawang ini, konsep utama yang terlibat adalah Business to Business (B2B), di mana perniagaan lain dijadikan sebagai pelanggan utama. Walau bagaimanapun, pengguna akhir juga terlibat sama dalam perniagaan ini di mana mereka merupakan pelanggan kepada perniagaan yang berdaftar di bawah aplikasi/laman sesawang Tutor4u. Berikut merupakan sasaran pasaran perniagaan Tutor4u kepada perniagaan lain mengikut konsep B2B: BIL. SASARAN PASARAN PENERANGAN 1 Lepasan Siswazah Pendidikan yang belum mendapat penempatan guru/masih menganggur Perlu mendaftar SSM bagi melayakkan menjadi guru/tutor 2 Guru sekolah rendah & menengah Berdaftar SSM dan masih mencari platform untuk mengajar 3 Pusat Tuisyen Mencari dan menambah bilangan pelajar untuk menjadi pelanggan Jadual 1: Sasaran pasaran kepada perniagaan.


15 Jadual 1 di atas menunjukkan sasaran pasaran perniagaan Tutor4u kepada perniagaan lain mengikut konsep B2B. Sasaran pasaran yang pertama ialah lepasan siswazah pendidikan yang belum mendapat penempatan di sekolah. Lepasan siswazah pendidikan ini perlu mendaftar SSM terlebih dahulu bagi melayakkan mereka menjadi tenaga pengajar yang berdaftar di bawah perkhidmatan Tutor4u. Secara khususnya, platform ini sangat sesuai bagi mereka kerana secara tidak langsung dapat membantu mereka menjana pendapatan sementara menunggu untuk mendapat penempatan guru di sekolah-sekolah. Sasaran pasaran yang kedua ialah guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Kategori sasaran ini tertumpu kepada guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah yang masih mencari platform untuk mengajar sama ada secara sambilan atau sepenuh masa. Guru-guru ini juga tertakluk kepada syarat asal perniagaan di mana mereka perlu mendaftar SSM bagi menjadi tenaga pengajar di bawah Tutor4u. Sasaran pasaran yang ketiga ialah Pusat Tuisyen. Pusat Tuisyen menjadi sasaran pasaran Tutor4u di mana Tutor4u sebagai medium dan platform untuk mereka mencari dan menambah bilangan pelajar dalam pusat tuisyen mereka, sekaligus membantu mereka menjana pendapatan yang lebih tinggi. Berikut merupakan pengguna akhir yang terlibat sama dalam perkhidmatan Tutor4u: BIL. PENGGUNA AKHIR PENERANGAN 1 Ibu bapa pelajar sekolah rendah & menengah Mencari perkhidmatan guru/tutor untuk anak secara atas talian 2 Pelajar sekolah rendah & menengah Mendapatkan pembelajaran tambahan untuk subjek yang kurang mahir. Jadual 2: Pengguna akhir yang terlibat sama dalam perkhidmatan Tutor4u. Jadual 2 di atas menunjukkan pengguna akhir yang secara tidak langsung terlibat sama dalam perkhidmatan Tutor4u. Pengguna akhir yang terlibat adalah merupakan pelanggan kepada perniagaan yang berdaftar di bawah perkhidmatan Tutor4u. Ibu bapa pelajar sekolah rendah dan menengah dikategorikan sebagai pengguna akhir dan menjadi sasaran bagi perniagaan yang berdaftar di bawah Tutor4u. Hal ini kerana ibu bapa secara jelasnya mempunyai kuasa beli yang tinggi di mana jika berpandangan pada konsep perkhidmatan Tutor4u,


Click to View FlipBook Version