The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 407-12-esther, 2022-09-26 07:04:02

BUKU LOG PBSM 2022

MPU3062

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SEMESTER 4

NAMA : ESTHER CHEONG XIN YUE

NO. KAD PENGENALAN : 020520010594

OPSYEN : TSLB2

KURSUS : PISMP

AMBILAN : JUN 2021

PENSYARAH : DR. NOZIATI BINTI BORHAN

SENARAI SEMAK BUKU LOG : PROFIL (BULAN SABIT MERAH)

BIL PERKARA CATATAN ADA /
TIADA
1. Biodata pelajar

2. Kalendar perjumpaan

3. Sukatan BSMM

4. Sukatan Pelajaran BSMM Sekolah Rendah
● Objektif Khas
● Tahap 1
○ Tahun 1
○ Tahun 2
○ Tahun 3
● Tahap 2
○ Tahun 4
○ Tahun 5
○ Tahun 6

5. Sejarah Bulan Sabit Merah
● Pengenalan, Konsep, Sejarah,
Kepentingan
○ Perlembagaan PBSM
○ Prinsip-prinsip Asas
○ Lambang dan Cogan Kata
○ Lagu BSMM
● Sejarah Unit Uniform
○ Sejarah Pengasas - Jean Henry
Punnant
○ Sejarah Penubuhan

6. Penubuhan Pasukan Bulan Sabit Merah
● Sejarah Penubuhan BSMM di Malaysia
● Tujuan Penubuhan
● Istiadat-istiadat Rasmi Penubuhan

7. Carta Organisasi

8. Persetiaan Bulan Sabit Merah

9. Cogan kata

10. Bendera
● Bendera Malaysia
● Bendera Negeri Sembilan
● Bendera negeri lain

11. Hormat Bulan Sabit Merah

12. Istiadat Perhimpunan

13. Istiadat Bendera Bulan Sabit Merah Malaysia

14. Ikatan dan Simpulan
● Tali
● Simpulan
● Ikatan

15. Perkhemahan
● Konsep Perkhemahan
● Penglibatan
● Tujuan Perkhemahan
○ Tujuan Umum
○ Tujuan Khusus
● Perancangan dan Persiapan Awal
Sebelum Aktiviti Perkhemahan
● Semasa Aktiviti Perkhemahan
● Selepas Aktiviti Perkhemahan
● Pemeriksaan Pagi
○ Tujuan
○ Komponen Penilaian

16. Gajet
● Tujuan
● Faedah
● Cara-cara
● Jenis-jenis Gajet
○ Gajet Dapur
○ Gajet Pertolongan Cemas
○ Gajet Perkhemahan

17. Kraf Gajet
● Penyediaan Kraf Perkhemahan

18. Permainan
● Aktiviti Dalam
○ Lakonan Bisu
○ Simpulan
○ Permainan Kim
○ ‘Baloo’ di Mana Kamu
○ Kiri-kanan
○ Melukis Gajet/ Projek Perintis
○ Membaca Peta
○ Ilmu PBSM
○ Kepala dan Ekor
○ Harta Tersembunyi
● Aktiviti Luar
○ Mendirikan Khemah
○ Latihan Kecemasan
○ Merintis (Pioneering)

○ Memasak
○ Memotong Kayu
○ Mengikut Jejak
○ Orienteering
○ Harta Karun
○ Nature’s Hunt
○ Night Orienteering
○ Night Stalking
○ Mata Angin
○ Komando Lawan Komunis
○ Waterloo
○ Mengelak Pukulan
○ Daftar Alat Perkhemahan
○ Ibu Ayam
○ Tampar Lutut
○ Bercerita
○ Lembu Kena Kepung
○ Lumba Lari Keldai Berganti-ganti
○ Bola Edar / Bola Sentuh
○ Pijak Kaki
○ Lawan Runtun Satu Tangan
○ Anak Lembu Degil
○ Tinju Sebelah Tangan / Tampar

Beruk
○ Ganti Lengan

19. Nyanyian
● Lirik Lagu

20. Perlembagaan Persatuan Bulan Sabit Merah

Malaysia Terkini
● Prinsip-prinsip Asas Penubuhan
● Perlembagaan Pertubuhan
○ Objektif Perlembagaan
○ Objektif Perlembagaan PBSM
○ Perlembagaan PBSM
● Pelantikan Jawatankuasa
● Bidang Tugas Jawatankuasa
● Lambang dan Bendera
○ Lambang BSM
○ Cogan Kata

21. Juru Pertolongan Cemas
● Definisi dan Konsep
● Tujuan dan Prinsip
● Anduh dan Balutan
● Merawat Luka dan Gigitan
● Melecur, Pitam dan Patah
● Keracunan dan Terseliuh
● Pemulihan Pernafasan (CPR)

22. Contoh Kertas Kerja Perkhemahan

23. Pengurusan dan Pentadbiran
● Pendaftaran Ahli Pasukan Kanak-kanak
○ Penerimaan dan Yuran Keahlian
○ Kaedah Pendaftaran Unit
○ Borang-borang PBSM Mengenai

Unit Kank-kanak
○ Kad Pengenalan Ahli Kanak-kanak
○ Sijil Keahlian Kanak-kanak
● Struktur Ahli
○ Susunan Organisasi dan Peringkat
○ Pengurusan Folio dan Buku Log
○ Tanggungjawab Pemimpin
○ Pakaian Seragam Ahli dan

Pemimpin
○ Takwim dan Perancangan Aktiviti

1.0 Biodata Diri

NAMA : ESTHER CHEONG XIN YUE
ANGKA GILIRAN : 2020152340211
NO. KAD PENGENALAN : 020520010594
KUMPULAN/UNIT : TSLB 2
KURSUS/ SEMESTER : PISMP SEMESTER 4
AMBILAN : JUN 2021
ALAMAT E-MEL : [email protected]
ALAMAT RUMAH : 19, JALAN SRI EMAS, TAMAN SRI EMAS, 85300

NO. TELEFON LABIS, JOHOR
: 012-7017638

2.0 Kalendar perjumpaan

3.0 Sukatan BSMM Semester 4 Jumlah Jam Modul Dalam Bersemuka Catatan
Pembelajaran (2 Jam) Talian (7 Jam)
Topik / Tajuk
(10 Jam) (1 Jam)

1. Pengenalan, Konsep, Sejarah dan 2 Unit 1 1 jam Perlu
Kepentingan Unit Beruniform Bulan Sabit 6 1 jam dibaca
Merah Malaysia sebelum
Unit 2 interaksi
1.1 Perlembagaan Pertubuhan 1 jam bersemuk
● Prinsip-prinsip asas pertubuhan
● Perlembagaan pertubuhan a
● Lambang dan cogan kata
● Bendera dan lagu pertubuhan 5 jam Perlu
● Persetiaan/Ikrar dan undang- dibaca
undang pertubuhan sebelum
interaksi
1.2 Sejarah Unit Beruniform bersemuk
● Sejarah pengasas
● Sejarah penubuhan a
● Sejarah penubuhan di Malaysia
● Tujuan penubuhan
● Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan

1.3 Struktur dan Organisasi Pertubuhan
● Struktur dan organisasi peringkat
antarabangsa (jika ada)
● Struktur dan organisasi peringkat
kebangsaan/negeri/daerah/IPG
● Struktur dan organisasi peringkat
sekolah dan kumpulan
● Fungsi Majlis Tadbir

1.4 Pengurusan dan Pentadbiran
● Pendaftaran ahli
● Struktur unit
● Pengurusan folio/Buku Log
● Tanggungjawab pemimpin
● Pakaian seragam ahli dan pemimpin
● Takwim dan rancangan aktiviti

2. Kemahiran Perkhemahan

● Kraf Perkhemahan
- Pengurusan dan penjagaan
khemah
- Tujuan dan faedah
membuat gajet
- Jenis-jenis gajet dan
kegunaannya

● Simpulan 2 Unit 3 1 jam Perlu
- Tali Temali 10 Jam 1 jam dibaca
- Enam Jenis Simpulan Asas sebelum
➢ Simpul Manuk 2 Jam 1 Jam interaksi
➢ Simpul Buku Sila bersemuk
➢ Simpul Tindih Kasih
➢ Simpul Bunga Geti a
➢ Simpul Balak
➢ Simpul Belit 7 Jam

● Ikatan
- Tiga jenis ikatan
➢ Seraya
➢ Serong
➢ Lilit Kacang

● Ikhtiar Hidup
- Masakan solar / rimba
- Membuat perangkap

● Asas Kawad Kaki dan Istiadat
- Bahasa Hukuman
- Kawad statik dan dinamik
- Kawad formasi

● Asas Pertolongan Cemas
- Tujuan dan Prinsip
- Anduh dan Balutan
- Merawat luka dan gigitan
- Melecur, pitam dan patah
- Keracunan dan terseliuh
- Pemulihan pernafasan

3. Pengurusan dan Persiapan
Perkhemahan

● Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan
Kebangsaan/ Antarabangsa
- Konsep
- Penglibatan
- Sijil
- Tujuan Perkhemahan
- Struktur Organisasi
- Staf Perkhemahan
- Perancangan dan persiapan
awal
- Pemilihan tempat
- Aspek keselamatan
- Kemudahan asas
- Pemeriksaan pagi
- Surat-menyurat
- Laporan dan refleksi

JUMLAH JAM

4. Amali Perkhemahan Unit Beruniform 22
(4 hari 3 malam) 32

JUMLAH JAM KESELURUHAN

4.0 SUKATAN PELAJARAN BULAN SABIT MERAH SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
MALAYSIA

Sukatan Pelajaran Bulan Sabit Merah ini diterbitkan dengan tujuan menjadikan ia sebagai
panduan kepada guru guru yang akan mengajar Pelajaran Bulan Sabit Merah kepada murid-
murid dalam jadual waktu Ko-Kurikulum di Sekolah-sekolah Rendah di seluruh Negara Malaysia.

Topik-topik yang paling minimum tetapi mencukupi adalah sebagai permulaan kepada
memenuhi matlamat-matlamat Bulan Sabit Merah untuk Kanak-kanak dan Belia di Sekolah
Rendah dan MEnengah. Matlamat-matlamat tersebut ialah: melindungi nyawa dan menjaga
kesihatan, perkhidmatan untuk masyarakat Antarabangsa dan Prinsip-prinsip Palang
Merah/Bulan Sabit Merah iaitu kemanusiaan, saksama, kecualian, kebebasan, khidmat sukarela,
perpaduan dan seduniaan.

Di samping matlamat-matlamat tersebut di atas, Sukatan Pelajaran Bulan Sabit Merah ini
juga cuba memenuhi matlamat gerak kerja Kokurikulum Sekolah yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu :

● Menyemai kesedaran terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan
● Menseimbangkan perkembangan mentel (akademik) dengan perkembangan sosial,

jasmani, rohani
● Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan murid-murid dalam sekolah dan diantara

sekolah
● Membina, meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam gerakerja yang diceburi
● Membina dan meningkatkan disiplin murid-murid
● Meningkatkan lagi suasana sekolah supaya menjadi lebih menarik dan menggembirakan
● Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala - sekolah dan

masyarakat umum

4.1 OBJEKTIF KHAS SUKATAN PELAJARAN
● Mendedahkan Bulan Sabit Merah secara ringkas sebagai satu badan Sukarela Seluruh
Dunia yang berkhidmat sukarela dalam mengurangkan Penderitaan Manusia di mana
sahaja dalam Dunia ini.
● Memberi peluang kepada murid-murid menghayati Bulan Sabit Merah dan mewujudkan
minat dan kecenderungan menjadi ahli Bulan Sabit Merah serta sedia berkhidmat
sukarela untuk masyarakat.
● Menanam dan memelihara sikap-sikap positif berperikemanusiaan taat setia, bertimbang
rasa dan sebagainya dalam kalangan murid agar membantu mereka yang menderita dan
memerlukan bantuan.
● Menggalakkan murid-murid memilih Bulan Sabit Merah sebagai satu pergerakan agar
semangat kewarganegaraan yang baik dapat ditanam dan dipupuk di hati sanubari
mereka.

4.2 TAHAP 1
4.2.1 TAHUN 1

1. Pendahuluan
a. Kehidupan sehari-hari di kampung dan di bandar.
b. Bencana yang melanda dan jenis-jenisnya.
c. Pihak-pihak yang memberi pertolongan
- Aktiviti
- Berdasarkan pengalaman murid, ceritakan cara hidup dan keadaan biasa
di kampung dan di bandar.
- Terangkan bencana alam dan jenis-jenisnya. Bencana yang biasa dan
pernah melanda di tempat murid-murid juga perlu dijelaskan.
- Beritahu murid-murid pihak-pihak yang membantu jika bencana alam
melanda.
- Kenalkan ahli-ahli BSMM yang sedia membantu secara sukarela.
- Adakan lakonan bencana alam dan ahli-ahli BSMM membantu
berdasarkan kepada pengalaman murid atau kreatif.

2. Mengenali signifikasi lambang BSMM
a. Ambulans / Kenderaan
b. Hospital / Bangunan

c. Persatuan Bulan Sabit Merah Pakaian Seragam
- Aktiviti

- Melukis lambang BSMM
- Terangkan mengapa lambang BSMM terdapat pada ambulans dan

hospital.
- Pamerkan pakaian seragam BSMM atau gambar-gambarnya

3. Peranan BSMM
a. Memberi tempat tinggal sementara kepada mangsa-mangsa bencana alam.
b. Memberi makanan dan ubat- ubatan
c. Menyelamat dan membantu mangsa-mangsa.
d. Memberi rawatan kecemasan kepada yang cedera
- Aktiviti
- Penjelasan Guru
- Berlakon untuk menekankan kepentingan beratur apabila menerima
bantuan
- Bersoal jawab

4. Tugas-tugas ahli BSMM
a. Memberi perkhidmatan pertolongan cemas
b. Menjaga kebersihan dan kesihatan
- Aktiviti
- Jelaskan dengan contoh-contoh terdekat perkhidmatan Pertolongan
Cemas percuma yang di beri semasa Sukan atau Keramaian Sekolah
- Pamerkan gambar-gambar ahli-ahli BSMM semasa bertugas.
- Adakan aktiviti gotong-royong membersihkan bilik darjah atau kawasan
bilik darjah.

5. Perkhidmatan sukarela
a. Membantu orang tua
b. Membantu orang cacat
c. Membantu jiran
- Aktiviti

- Terangkan kepentingan membantu orang-orang yang kurang bernasib
baik.

- Terangkan bantuan-bantuan yang boleh diberi.
- Terangkan faedah-faedah bantuan yang boleh diperolehi jika berbaik-baik

dengan jiran tetangga.
- Nyanyian-nyanyian untuk dijadikan sebagai hiburan untuk mereka yang

kurang bernasib baik.

6. Perkhidmatan kebajikan
a. Kanak-kanak di rumah sakit
b. Kanak-kanak cacat
- Aktiviti
- Menerangkan aktiviti-aktiviti bantuan yang boleh menghiburkan mereka
yang kurang bernasib baik.
- Membuat kraftangan untuk dijadikan sebagai hadiah-hadiah mereka.

4.2.2 TAHUN 2
1. Mengenali pakaian seragam BSMM
a. Pakaian Seragam BSMM Lelaki & Perempuan di sekolah Rendah
b. Cap.
c. Lencana dan Lain-lain
- Aktiviti
- Tujukkan gambar atau model memakai pakaian seragam BSMM
- Penjelasan guru.
- Menamakan atau melekatkan bahagian atau alatan kepda gambar pakaian
seragam BSMM.

2. Ikrar dan cogan kata kanak-kanak BSMM
a. Menghuraikan makna terkandung dalam ikrar dan cogan kata
- Aktiviti
- Penghuraian ikrar dan cogan kata oleh guru.
- Berlakon membaca ikrar beramai-ramai atau berseorangan.
- Mengangkat dan menurunkan tangan kanan beramai atau berseorangan.

3. Tanggungjawab BSMM
a. Semasa peperangan
b. Semasa Bencana
c. Semasa Aman
- Aktiviti
- Guru menghuraikan tanggunjawab BSMM dalam keadaan a,b dan c.
- Menunjukkan gambar-gambar aktiviti BSMM dalam keadaan a, b dan c.
- Soal Jawab.
- Melukis gambar ahli BSMM memberi bantuan.

4. Kebersihan / kesihatan
a. Kebersihan Diri
b. Rambut
c. Gigi
d. Tangan
e. Kaki
f. Kulit
g. Pakaian
- Aktiviti
- Menerangkan cara-cara menjaga kebersihan diri dan pakaian.
- Melakukan cara-cara yang betul untuk membersihkan diri
- Soal Jawab

5. Perkhidmatan kebajikan
a. Kanak-kanak Cacat
b. Kanak-kanak di Hospital
c. Orang-orang tua dirumah
d. Kebajikan.
- Aktiviti
- Guru menghuraikan kepentingan membantu mereka yang kurang bernasib
baik.
- Guru menerangkan cara-cara untuk membantu.
- Lakonan - membantu atau menghibur mereka yang kurang bernasib baik

4.2.3 TAHUN 3
1. Sejarah palang merah
a. Peperangan di Selferino
b. Pengasas Pertubuhan
c. Kelahiran Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa
- Aktiviti
- Guru bercerita.
- Menunjukkan gambar atau slide Henry Dunant.
- Membuat nota dengan mengisikan tempat kosong
- Membaca

2. Lagu PBSM
a. Mengenalkan lagu PBSM
- Aktiviti
- Mendengar Lagu PBSM
- Menghuraikan makna seni kata Lagu PBSM
- Menyanyi lagu PBSM
- Menulis seni kata lagu PBSM
- Soal jawab tentang seni kata lagu PBSM

3. Pentadbiran
a. Pengenalan pangkat-pangkat
i. Pegawai Belia
ii. Penolong Pegawai Belia
iii. Kuartermaster
iv. Ketua Kanan Pasukan
v. Ketua Pasukan
vi. Penolong Ketua Pasukan
- Aktiviti
- Penjelasan guru tentang tanggungjawab pegawai
- Pamerkan carta pangkat PBSM
- Melukis tentang pangkat-pangkat

4. Kebersihan / kesihatan
a. Kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah
- Aktiviti
- Menerangkan sebab-sebab menjaga kebersihan
- Menerangkan cara-cara menjaga kebersihan
- Gotong royong membersihkan kawasan di sekolah

5. Pertolongan cemas
a. Luka
i. Jenis
ii. Punca
iii. Tanda atau gejala
iv. Rawatan
- Aktiviti
- Membincangkan luka-luka yg boleh berlaku di sekolah
- Menghuraikan punca-punca terjadi luka tersebut
- Penjelasan mengenai tanda-tanda dan gejala luka
- Cara-cara merawat luka
- Ujian ringkas dan mudah

6. Aktiviti (Pasukan Kanak-kanak belia PBSM)
a. Latihan
i. Pertolongan cemas
ii. Kesihatan / Kebersihan
iii. Kawad kaki
iv. Perkhemahan
v. Memasak
- Aktiviti
- Menamakan kegiatan-kegiatan
- Penjelasan dan penghuraian guru
- Pameran gambar aktiviti PBSM
- Nyanyian Lagu PBSM
- Ujian ringkas dan mudah

4.3 TAHAP 2
4.3.1 TAHUN 4

1. Sejarah PBSM Malaysia
a.
i. Palang Merah British
ii. Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu
iii. Bulan Sabit Merah Malaysia
- Aktiviti
- Pejelasan Guru
- Catatan atau carta aliran pertubuhan
- Gambar ahli dan aktiviti P.M British P.M PTM/P.M Malaysia/BSMM
- Ujian-ujian letak lambang yang betul
b. Prinsip Palang Merah / PBSM
i. Kemanusiaan
ii. Saksama
iii. Kecualian
iv. Kebebasan
v. Khidmat Sukarela
vi. Perpaduan Kesejagatan
- Aktiviti
- Carta, gambar dan penerangan setiap prinsip PBSM diberikan oleh
guru

2. Pentadbiran
a. Penubuhan Pasukan Kanak-kanak/Belia PBSM
b. Organisasi Unit/ Pasukan
c. Tugas-tugas Pemimpin
d. Pakaian seragam dan pangkat
- Aktiviti
- Menerangkan cara-cara pasukan ditubuhkan dan sebab penubuhan.
- Menunjukkan carta Organisasi Pasukan
- Menerangkan tugas-tugas pemimpin
- Menunjukkan pangkat pegawai dan pemimpin dalam pasukan
- Mengulangi bacaan ikrar PBSM

3. Disiplin
a. Peraturan dalam PBSM
b. Menghormati pegawai / pemimpin
- Aktiviti
- Penjelasan guru tentang sebab peraturan diperlukan kepada persatuan
- Cara memberi hormat dan tabik hormat kepada pegawai
- Ujian-ujian ringkas

4. Kawad kaki
a. Sebab kawad kaki dijalankan dan kebaikannya
b. Kawad kaki statik
i. Senang diri
ii. Sedia
iii. Rehatkan diri
iv. Ke kanan pusing
v. Ke kiri pusing
vi. Ke belakang pusing
- Aktiviti
- Penerangan guru
- Guru menunjukkan cara dan memberi hukuman kawad
- Latihan kawad kaki

5. Keselamatan
a. Keselamatan diri di sekolah
i. Benda-benda berbahaya
ii. Kecuaian dan merbahaya
iii. Kemalangan dan mencegahnya
- Aktiviti
- Perbincangan mengenai benda berbahaya di sekolah
- Bersoal jawab mengenai kemalangan yang boleh berlaku akibat kecuaian
- Ujian-ujian ringkas

6. Kebersihan / kesihatan
a. Bekerja dan rehat

- Aktiviti
- Menerangkan kepentingan dan faedah bekerja dan berehat
- Menerangkan cara bekerja dan berehat
- Permainan, hobi badan-badan sukarela dan persatuan

7. Pertolongan cemas
a. Pitam dan pengsan
i. Punca
ii. Tanda
iii. Alamat
iv. Rawatan
- Aktiviti
- Penerangan dan penjelasan guru
- Tunjuk cara rawatan
- Cara-cara membawa pesakit - berdua
- Lakonan rawatan oleh murid

8. Kebajikan
a. Melawat kanak-kanak cacat atau di hospital
i. Aktiviti yang boleh dijalankan
ii. Tujuan lawatan
iii. Kebenaran dan kawalan diri
- Aktiviti
- Guru menjalankan semua aspek i, ii dan iii.
- Galakkan murid-murid mengadakan bengkel untuk menyenaraikan aktiviti
yang boleh dijalankan
- Membuat hadiah-hadiah kutip majalah dan sebagainya untuk kanak-kanak
cacat di hospital.

4.3.2 TAHUN 5
1. Perkhidmatan
a.
i. Ambulans
ii. Derma darah dan lain-lain

- Aktiviti
- Penjelasan guru
- Cara memanggil ambulans dan apakah itu ambulans
- Mengapakah darah adalah penting
- Tunjuk gambar ambulan dan aktiviti pendermaan darah

b. Konvensyen Geneva 1-4 dan Protokolnya
- Aktiviti
- Penjelasan guru
- Guna gambar atau carta konvensyen Geneva

2. Pentadbiran
a. Jawatankuasa Daerah, PBSM
i. Carta organisasi
ii. Jawatan / pegawai
iii. Aliran pentadbiran
iv. Senarai nama J/K daerah
- Aktiviti
- Menunjukkan carta organisasi
- Menerangkan tugas dan tanggungjawab setiap pegawai
- Nyanyian lagu Bulan Sabit

3. Disiplin
a. Menepati masa
b. Menurut perintah
c. Berpakaian kemas, bersih dan betul
- Aktiviti
- Penerangan tentang faedah yang boleh diperolehi daripada sikap a, b dan
c.
- Cara lapor diri
- Cara menerima barang
- Latihan membaca ikrar

4. Kawad kaki
a. Kawad kaki bergerak

i. Berjalan ke hadapan
ii. Berhenti
iii. Berseorangan dan berpasukan
iv. Tabik hormat
b. Peraturan-peraturan am
- Aktiviti

- Penjelasan guru tentang kepentingan berkawad
- Guru menunjukkan cara memberi hukuman
- Latihan i, ii, iii dan iv oleh murid-murid

5. Keselamatan
a. Keselamatan di jalan raya
i. Peraturan
ii. Kecuaian
iii. Cara mencegah kemalangan di jalan raya
- Aktiviti
- Bincangkan mengenai undang-undang jalan raya dan kepentingan
mematuhi undang-undang ini.
- Guru menjelaskan undang-undang jalan raya dan kepentingan mematuhi
undang-undang jalan raya
- Cara-cara melintas jalan raya
- Cara-cara menjaga dan menggunakan basikal di jalan raya
- Carta tanda di jalan raya
- Ujian-ujian lisan

6. Kebersihan / kesihatan
a. Makanan dan pemakanan
- Aktiviti
- Guru-guru menjelaskan
- Makanan Seimbang
- Tabiat makan yang baik
- Kebersihan makanan
- Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan atau bangunan

7. Pertolongan cemas
a. Patah
i. Punca
ii. Tanda-tanda
iii. Alamat-alamat
iv. Rawatan
- Aktiviti
- Penjelasan guru
- Jenis-jenis patah yang ditunjukkan dengan gambar atau carta
- Cara rawatan
- Cara memindah pesakit dengan menggunakan usungan - aktiviti kumpulan

8. Kebajikan
a. Menghiburkan kanak-kanak cacat atau yatim
- Aktiviti
- Penjelasan dan panduan guru
- Bengkel merancang lawatan berdasarkan kepada penyediaan aktiviti,
bahan, hadiah dan makanan.
- Membuat anyaman, lukisan alat permainan dan sebagainya

9. Persahabatan dan persefahaman antarabangsa
a. Perpaduan dan keamanan dunia
- Aktiviti
- Guru menjelaskan bahawa kanak-kanak di seluruh dunia merupakan
pemimpin pada masa hadapan.
- Bincang cara-cara perhubungan
- Buat alat-alat perhubungan seperti buku setem, buku album, kaset dan
sebagainya.
- Penting berhubung untuk persefahaman.

4.3.3 TAHUN 6
1. Sejarah PBSM Malaysia
a. Anugerah pingat Nansen (Antarabangsa)
b. Anugerah Yayasan Tun Razak (Kebangsaan)

i. Syarat-syarat penganugerahan
ii. Mengapakah PBSM dipilih
c. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa
- Aktiviti

- Penjelasan guru.
- Bincangkan masalah dan penderitaan mangsa-mangsa perang dan orang

pelarian.
- Terangkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa Kinvensyen

Geniva dan protokolnya secara mudah dengan menggunakan gambar
carta.

2. Pentadbiran
a. Carta organisasi
b. Daerah-daerah
c. Senarai nama ahli / kuasa cawangan
d. Pentadbiran cawangan
- Aktiviti
- Guru menjelaskan a hingga d dengan menggunakan carta organisasi
PBSM Cawangan.
- Meneruskan peranan Jawatankuasa Cawangan
- Membaca ikrar

3. Disiplin
a. Kepimpinan
b. Kepatuhan dan keengkaran
- Aktiviti
- Penjelasan guru tentang faedah mematuhi arahan ketua.
- Belajar menurut sebelum memerintah.
- Sifat-sifat pemimpin yang baik
- Latihan melapor diri semasa memberi tabik hormat tatik atau berjalan
menerima hadiah.
- Nyanyian Lagu Bulan Sabit Merah

4. Kawad kaki
a. Kawad kaki statik
i. Sedia, senang diri, rehat diri
ii. Pusing kiri, kanan, belakang
iii. Tabik hormat
b. Kawad bergerak
i. Langkah ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang
ii. Berjalan ke hadapan berseorangan dan berpasukan
iii. Tabik hormat
iv. Masuk barisan / keluar baris
- Aktiviti
- Guru mengulangi penerangan tujuan-tujuan berkawad.
- Guru memberi tunjuk ajar.
- Latihan kawad kaki berkumpulan dan berseorangan.

5. Keselamatan
a. Keselamatan di rumah
b. Benda-benda bahaya
c. Kecuaian
d. Kemalangan
- Aktiviti
- Adakan perbincangan dengan murid-murid
- Adakan soal jawab
- Penjelasan guru
- Lakonkan kemalangan di rumah dan cara bertindak untuk
membantu
- Kecederaan olok-olok di rumah - rawatan

6. Kebersihan / kesihatan
a. Kebersihan bilik darjah
b. Kebersihan kantin
c. Kebersihan tandas
d. Kebersihan kawasan sekolah dan longkang di taman
e. Pembuangan sampah sarap

f. Tabiat kesihatan yang baik - jangan meludah dan sebagainya
- Aktiviti

- Penjelasan guru
- Bincangkan punca dan sebab penyakit
- Cara-cara mencegah penyakit dan wabak penyakit
- Ujian-ujian mudah
- Gotong-royong membersihkan

7. Pertolongan cemas
a. Gigitan
i. Tebuan
ii. Kala
iii. Lipan
iv. Ular
v. Dan sebagainya
- Aktiviti
- Penerangan guru
- Tunjuk cara-cara merawatnya
- Terangkan pembalutan dan kegunaannya
- Latihan pertolongan cemas - Pembalut tiga segi - balutan dan anduh yang
senang
- Pertandingan membuat balutan atau anduh berseorangan atau
berkumpulan
- Menunjukkan isi kandungan peti atau beg ubat pertolongan cemas.

8. Kebajikan
a. Melawat rumah orang-orang tua
i. Aktiviti
ii. Tujuan
- Aktiviti
- Penjelasan guru
- Bengkel atau perbincangan berkaitan aktiviti-aktiviti lawatan seperti
hiburan, makanan dan hadiah-hadiah yang berupa kebendaan untuk
dibawa.

9. Persahabatan dan persefahaman antarabangsa
a. Perpaduan dan keamanan dunia
- Aktiviti
- Penerangan tentang kepentingan keamanan dunia.
- Hidup bermasyarakat - masyarakat keluarga kampung, bandar, negeri,
negara dan dunia
- Perbincangan tentang cara-cara dan alat perhubungan antarabangsa
seperti kad ucapan, kad setem, video, email, facebook dan sebagainya.

5.0 SEJARAH BULAN SABIT MERAH

5.1 PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM

5.1.1 Perlembagaan BSMM

Akta & Perlembagaan BSMM

❖ Akta 4,1962 – Persatuan Persekutuan Palang Merah Malaya
❖ Akta Parlimen 1965 - Seksyen 3, akta 47,1965 – Persatuan Palang Merah Malaysia
❖ Akta 47 , 1965
❖ Akta Persatuan Palang Merah Malaysia.
❖ Akta 162, 1975 – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

● Akta Persatuan Palang Merah Malaysia berkuatkuasa pada 1 Julai 1965.
● Tujuan persatuan ialah :

- Bantuan dalam menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan mengurangkan
penderitaan sama ada dalam masa aman atau perang.

- Mewujudkan bantuan sukarela kepada yang sakit dan cedera.
- Menjalankan tanggungjawab dalam negara.
● Semua urusan persatuan perlu ditadbir oleh Majlis.
● Semua ahli Majlis yang pertama adalah daripada Persatuan Persekutuan Persatuan
Palang Merah Malaya. (Akta 4, 1962)
● Peraturan akan diwujudkan dari semasa ke semasa oleh Majlis.
● Pendapatan dan harta benda tidak boleh dijadikan bonus, dividen atau yang
mendatangkan faedah bagi ahli persatuan.
● Akta 162, 1975 Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.(pertukaran nama dan
lambang persatuan)
● Kalau disabit Kesalahan dalam penyalahgunaan lambang akan didenda sebanyak
RM300.00
● Objektif Dan Tujuan Persatuan adalah seperti berikut :
- Mengekalkan dan meneruskan usaha untuk mengurangkan penderitaan, penyakit.
- Mempromosikan pembentukan cawangan dan cabang serta latihan dan

mempunyai kawalan umum ke atasnya.

- Mempromosikan serta mengekalkan minat masyarakat.
- Bekerjasama dengan persatuan sukarela yang lain serta agensi kerajaan untuk

mengekalkan kawalan pentadbiran sendiri.
- Menjalankan aktiviti secara sukarela.
- Menjalankan tugas menjajar dengan prinsip.
- Mencegah penyalahgunaan simbol dan lambang.
- Mempertimbangkan dan bersetuju dengan kes yang sesuai yang diadakan oleh

masyarakat

5.1.2 Prinsip-prinsip Asas BSMM

7 Prinsip Asas yang di amalkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa diterima bersama
pada tahun 1965 oleh Konferen Antarabangsa ke 20.

Prinsip Asas BSMM

1. Kemanusiaan
- berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan serta memupuk
persefahaman,persahabatan,kerjasama dan kedamaian antara manusia.

2. Kesaksamaan
- memberi bantuan tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau perbezaan
politik.

3. Berkecuali
- tidak menyebelahi mana-mana pihak.

4. Kebebasan
- diberi kuasa untuk bertindak secara bebas.

5. Perkhidmatan Sukarelawan
- satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan.

6. Bersatu
- hanya terdapat satu BSMM atau PALANG MERAH di dalam sesebuah negara.

7. Kesejagatan

- BSMM adalah sebuah pergerakan antarabangsa.

5.1.3 Lambang dan cogan kata
Cogan kata Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM / ICRC) ialah Amidst War, Charity
(Inter Arma Caritas).
Cogan kata BSMM ialah Keamanan Melalui Kemanusiaan (Per Humanitatem Ad Pacem)
Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada negara Switzerland, di mana
simbol palang berwarna merah yang berlatarbelakangkan putih seperti mana warna bendera
negara Switzerland yang diterbalikkan. Lambang ini diwujudkan untuk mengenal pasti
perlindungan bagi mereka yang tecedera di masa perang dan kakitangan-kakitangan yang
menjaga dan merawat mereka

Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Rusia, mengumumkan
kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambing
Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan
lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut diikuti oleh
banyak negara-negara Arab dan negara-negara yang kebanyakan penduduknya adalah
beragama Islam. Sekarang ini sebanyak dua puluh sembilan buah negara telah menggunakan
lambing Bulan Sabit Merah untuk menandakan kakitangan-kakitangan dan barang-barang yang
dilindungi oleh Konvensyen Geneva.

Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal penggunaan
lambing tersebut. Lambang hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut,
bangunan, pembinaan dan juga oleh orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga dan
mengangkut mereka yang tercedera akibat perang.
Adalah dilarang menggunakan lambang ini bagi tujuan peperangan, perniagaan dan publisiti.
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan menggunakan lambing ini untuk
mengenalpasti bangunan, barang dan kenderaan kepunyaan mereka. Konvensyen Geneva 1949
menetapkan Penggunaan Lambang sebagai Pelindung.

Protokol Tambahan III

● Mengiktiraf lambang tambahan yang tersendiri yang bebas daripada konotasi agama,
budaya atau politik, dengan status yang sama di sisi undang-undang seperti Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah.

● Meningkatkan perlindungan untuk pekerja kemanusiaan dan mangsa konflik bersenjata
● Membolehkan Persatuan Kebangsaan yang tidak mahu menggunakan palang merah atau

bulan sabit merah untuk menyertai Pergerakan ini
● Membolehkan Persatuan untuk menggunakan palang merah dan bulan sabit merah

bersama-sama
● Mencegah pembiakan lambang

5.1.4 Lagu BSMM

LAGU BULAN SABIT MERAH

Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara

Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Lirik : Dato‟ Dol Ramli
Lagu : Dato‟ Johari Salleh

5.2 Sejarah Unit Beruniform
5.2.1 Sejarah pengasas - Jean Henry Dunant

Beliau sangat dikenali sebagai Bapa Palang Merah. Beliau telah dilahirkan pada 8 Mei 1828 di
Geneva, Switzerland. Bapanya seorang ahli perniagaan perbankan yang masyhur dan
mempunyai kehidupan mewah. Sementara ibunya pula merupakan yang sentiasa mentaati
agamanya dan memberi sepenuh kasih sayang kepadanya. Beliau telah dididik sebagai seorang
yang mentaati agama serta berjaya menjadi seseorang yang berpengaruh di kalangan
komunitinya kerana mempunyai disiplin yang tinggi.

Dari segi penglibatannya dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, beliau merupakan
seorang yang sangat aktif dalam pelbagai pergerakan amal dan keagamaan menjadi menjadi ahli
kepada League of Aims di Geneva, sebuah bandaraya kelahirannya. Tujuan beliau menyertai
aktiviti-aktiviti jasmani dan kerohanian sebegini adalah membantu penduduk miskin dan orang-
orang yang ditimpa kesusahan, musibah serta kesakitan. Selain itu, beliau juga sering membantu
banduan-banduan yang berada di penjara-penjara berdekatan untuk mempunyai kehidupan yang
lebih baik melalui pendekatan perubahan sikap dan perangai. Apabila usianya mencapai 30
tahun, beliau telah menunjukkan minat kepada organisasi Young Men’s Christian Association
(YMCA) yang terletak di Switzerland, Belgium dan Perancis. Beliau juga telah memberikan
cadangan bahawa sesuatu organisasi seperti YMCA tidak hanya menghadkan pergerakannya di
benua Eropah sahaja seperti YMCA England. Seterusnya pada tahun 1853, beliau telah
menggabungkan beberapa kumpulan pergerakan di Eropah menjadi sebuah organisasi yang
besar. Hasilnya wujudlah sebuah persidangan YMCA Sedunia diadakan di Paris 1855.

Pada tahun 1849, beliau mula menceburi bidang perniagaan sebagai seorang perantis di sebuah
bank di Geneva. Kemudiannya, beliau telah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Pengurus
Besar di sebuah bank cawangan Colonies Suisses de Setif yang beroperasi di Algeria. Selepas
beberapa tahun, beliau telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya untuk
memulakan perniagaan sendiri.

Pada masa itu Algeria merupakan tanah jajahan Perancis. Untuk mengembangkan
perniagaannya, beliau perlu berurusan dengan Maharaja Perancis pada waktu itu. Sepanjang
perjalanannya, beliau telah singgah di beberapa buah bandar di Itali seperti Castiglione delle
Pieve. Pada bulan Jun 1859, beliau telah tiba di Solferino dan sebuah pertempuran telah meletus.
Di sini, beliau telah menyaksikan sendiri bagaimana medan peperangan telah dipenuhi dengan
askar-askar yang tercedera. Kedapatan juga mayat-mayat yang bergelimpangan di merata-rata
tempat. Ini adalah kerana pasukan perubatan di kedua-dua belah pihak yang berperang itu tidak
mempunyai anggota, kelengkapan dan kemudahan perubatan untuk menangani situasi yang
dahsyat dan luar dugaan seperti ini. Disebabkan beliau mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang
tinggi, beliau telah menangguhkan perjalanan. Beliau bukan sahaja turut membantu askar-askar
yang sakit dan cedera, malahan beliau sendiri telah mengumpulkan orang kampung untuk
memberikan rawatan di sebuah gereja yang berdekatan dengan medan pertempuran. Peristiwa
ini dengan mendadak telah menukarkankan kerjaya perniagaan kepada seorang sukarelawan
yang memberi perkhidmatan untuk membantu mangsa-mangsa yang cedera dan menderita
dalam peperangan tanpa menguraikan pangkat dan negara asal mereka.

Beliau telah berpendapat bahawa tragedy peperangan di Solferino ini perlu disebarkan
kepada lebih ramai orang. Justeru, beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk “Kenangan
di Solferino “. Di dalam bukunya, beliau telah mencadangkan ditubuhkan persatuan-persatuan
yang mempunyai sukarelawan-sukarelawan perubatan terlatih patut ditubuhkan di semua negara
di dunia untuk menolong, menjaga dan meringankan penderitaan askar-askar yang cedera dalam
sewaktu peperangan. Ide-ideanya ini telah mendapat sambutan dan sokongan ramai termasuk
juga pihak berkuasa tentera. Untuk mengembangkan lagi idenya dan mendapat sokongan, beliau
telah menjelajah ke negara-negara di seluruh Eropah bagi memberikan penerangan dan
penjelasan lanjut kepada raja-raja, pemerintah-pemerintah dan orang-orang yang berpengaruh
dalam usahanya untuk mencapai misi murni ini.

Atas usaha-usaha beliau yang berterusan tanpa mengenal penat lelah ini, cadangan
cadangan yang diutarakan di dalam buku penulisan telah beliau mendapat sambutan serta

persetujuan daripada pihak-pihak berkuasa di pelbagai negara. Beliau telah semakin dikenali dan
diberi penghormatan yang sepatutnya oleh ramai orang yang berpengaruh. Pada tahun 1863 dan
1864, pelbagai pihak yang terlibat telah memberi sokongan dan beliau sudah sampai ke
kemuncak kegemilangannya dengan penubuhan jawatankuasa khas dan sebuah konvensyen
mengenai pengurangan penderitaan mangsa-mangsa peperangan telah diadakan.

Namun kegemilangannya tidak kekal lama kerana ada pihak-pihak tertentu yang tidak
menghargainya jasa-jasa besarnya kepada nilai-nilai kemanusiaan. Pada tahun 1866 beliau mula
meninggalkan pergerakan yang diasaskan olehnya. Pada tahun 1867 perniagaannya mengalami
kemerosotan. Pada umur 39 tahun, beliau telah berhijrah keluar dari Geneva buat selama-
lamanya. Selepas itu selama 20 tahun, beliau telah ditimpa kemiskinan dan kesengsaraan.
Namun beliau masih dapat bertahan kerana mendapat bantuan sara hidup keluarga dan
sumbangan kawan-kawan. Kemudian beliau telah ditemui oleh seseorang yang sangat
mengenali beliau dan sekali sekala beliau telah dijemput untuk muncul dalam beberapa majlis
penghormatan oleh Persatuan Palang Merah di Eropah seperti Perancis, Itali dan Jerman. Pada
tahun 1901, Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkannya pingat keamanan yang pertama
dan dikongsi dengan Frederic Passy, tetapi beliau tidak dapat hadir untuk menerimanya. Jean
Henry Dunant telah meninggal dunia pada hari Ahad, bertarikh 30 Oktober 1910 di Heidden,
sebuah perkampungan pegunungan yang tenang serta dikelilingi para penduduk yang sangat
mengaguminya.

Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Bulan Sabit Merah / Palang Merah
Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan,
sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry
Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh ICRC kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-
kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi
mengenang jasa-jasa beliau.

5.2.2 Sejarah penubuhan

Jawatankuasa Berlima

Pada tahun 1863 sebuah jawatankuasa dinamakan Persatuan Kebajikan Awam Geneva
telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini terdiri dari Gustava Moynier, Dr. Maunior, Dr. Louis Appia,
General Dufour Dan Henry Dunant.

Jawatankuasa ini juga dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima. Matlamat jawatankuasa
ini ialah untuk merangka peraturan-peraturan bagi pelaksanaan dan mempraktikkan cadangan-
cadangan yang terkandung dalam buku “Kenangan di Solferino‟. Pada 26 hingga 29 Oktober
1863, satu Konvensyen Antarabangsa telah diadakan di Geneva yang dihadiri oleh perwakilan
dari 16 buah negara. Diakhir konvensyen ini, para perwakilan telah menerima dan bersetuju
melaksanakan sebanyak 10 resolusi dan 3 cadangan untuk merasmikan penubuhan Persatuan
Palang Merah.

Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang Pertama, yang dihadiri oleh 16 buah negara,
telah memberi peruntukan seperti berikut:

● Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan yang boleh membantu
Perkhidmatan Perubatan Tentera dimasa peperangan.

● Ambulan, Hospital Tentera dan kakitangan Perubatan adalah dilindungi semasa
peperangan.

● Mengesahkan satu jenis lambang yang seragam iaitu gelangan tangan dengan lambang
palang merah yang berlatarbelakangkan putih.

1864 – Konvensyen Geneva Pertama

Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 merupakan tarikh penting dalam sejarah
kemanusiaan bagi “memperbaiki keadaan anggota tentera yang cedera dan sakit di medan
perang”. Sebelum itu, adalah difikirkan bahawa peperangan dan undang-undang tidak dapat
dilaksanakan serentak kerana kedua-dua mempunyai tujuan yang dianggap pada masa itu
adalah bertentangan di antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, Pengasas Persatuan
Palang Merah, Jean Henry Dunant tetap berpendirian bahawa undang-undang tetap boleh
digunakan semasa peperangan, dan ianya mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada
mangsa-mangsa yang tidak berdaya untuk melibatkan diri dalam peperangan.

Konvensyen-konvensyan Geneva

Seterusnya terdapat empat Konvensyen Geneva, kesemuanya. Ini merupakan usaha
berpanjangan menjangkau masa selama satu abad untuk memperbaiki aspek-aspek
perlindungan yang digubal semasa Konvensyen Geneva Pertama. Juga adalah dirasai bahawa
terdapat keperluan untuk meluaskan lagi perlindungan tersebut kepada banyak lagi kategori
mangsa konflik bersenjata.

Konvensyen Geneva Pertama :

1864 - meluaskan perlindungan yang diberikan kepada ambulans dan hospital kepada bot
penyelamat, kapal hospital dan anak-anak kapal.

Konvensyen Geneva Kedua :

1899 - memberi perlindungan kepada anggota tentera yang luka, sakit dan yang karam di laut.

Konvensyen Geneva Ketiga :

1929 - memberi perlindungan kepada tawanan perang.

Konvensyen Geneva Keempat :

1949 - melindungi orang-orang awam di dalam tahanan musuh.

6.0 Penubuhan Pasukan Bulan Sabit Merah

6.1 Sejarah penubuhan BSMM di Malaysia

1948 – Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu Cawangan Palang
Merah British

1950 – Ditubuhkan di Pulau Pinang

1951 – Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor

1952 – Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang

1961 – Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah
Melayu (Perbadanan) telah di baca di Parlimen

1962 – 16 April 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu
( Perbadanan ) AKTA 1961 ( No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa.

1963 – Pada 4 Julai 1963 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ( ICRC) menerima
mengiktiraf secara rasmi sebagai satu Persatuan Palang Merah.

1965 – Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah meluluskan akta Persatuan Palang Merah
Malaysia ( Akta No. 47 tahun 1965 )

1975 – 21 Ogos 1975 di atas persetujuan Di Raja, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan
Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 ( Akta 162 –membenarkan pertukaran nama
dan lambang ).

6.2 Tujuan penubuhan

Matlamat Pergerakan adalah

● memberi perlindungan dan meringankan kesengsaraan manusia dimana sahaja.
● Melindungi nyawa dan kesihatan.
● Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan kesediaan berterusan untuk membantu ahli-

ahli Pergerakan.
● Serta menentukan penghormatan diberi kepada manusia, Terutamanya di waktu konflik

bersenjata dan juga kecemasan.
● Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan kebajikan sosial.
● Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh kepada mereka yang memerlukan

perlindungan dan pertolongannya.

Dalam mengejar matlamat ini Pergerakan akan sentiasa Berpandukan kepada Prinsip-Prinsip
Asasnya. Peranan:

❖ melindungi dan menolong orang-orang awam dan anggota-anggota tentera yang cedera.
❖ membekalkan bantuan kecemasan
❖ menggalakkan penubuhan dan pembangunan persatuan
❖ menjalankan kerja-kerja kemanusiaan

6.3 Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan

Istiadat Perhimpunan

● Masuk dalam barisan
● Melapor kekuatan pasukan
● Mengibarkan bendera Malaysia, Bulan Sabit Merah dan Negeri
● Bila lagu kebangsaan dimainkan, semua pegawai dan ahli berdiri tegak.
● Pegawai-pegawai yang beruniform memberi tabik hormat.
● Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu BSMM
● Bacaan doa
● Ucapan pemimpin
● Bacaan ikrar
● Keluar baris

7.0 Struktur dan Organisasi Peringkat IPGM
AHLI JAWATANKUASA PBSM 2021/2022

8.0 Persetiaan Bulan Sabit Merah

Ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,

Berikrar,
Taat Setia kepada Duli Yang Maha Mulia,
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan Pemerintah-pemerintah

Di negeri kami,
Berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara

Bahawa kami berikrar,
Akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-undang
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Undang-undang yang lain

Dan arahan walaupun di mana jua kami berada
Bahawa kami berikrar,

Akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami,
Kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman

Dan bencana,
Berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia seperti

KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN

BERKECUALI
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN

9.0 Cogan Kata

“Bila-Bila Masa dan Di Mana-Mana Jua”

Diatas adalah cogan kata PBSM yang bermaksud tidak kira di mana, anggota PBSM akan
memberikan sumbangan dan bantuan pada bila-bila masa tanpa mengira kaum, agama, dan
ideologi. Oleh itu, setiap anggota PBSM harus sentiasa bersedia untuk berkorban tidak kira dari
segi masa dan tenaga mahupun wang ringgit dalam tugas untuk membantu sesiapa sahaja yang
memerlukan.

Suhana Othman. (2005)

10.0 Bendera

10.1 Bendera Malaysia

10.2 Bendera Negeri Sembilan

10.3 Bendera Negeri lain

NEGERI PERLIS NEGERI KEDAH

NEGERI KELANTAN NEGERI TERENGGANU

NEGERI PULAU PINANG NEGERI PERAK

NEGERI PAHANG NEGERI SELANGOR

NEGERI JOHOR KUALA LUMPUR

NEGERI MELAKA NEGERI SABAH

NEGERI SARAWAK

11.0 Hormat Bulan Sabit Merah

12.0 ISTIADAT PERHIMPUNAN
• Masuk dalam barisan
• Melapor kekuatan pasukan
• Mengibarkan bendera Malaysia, Bulan Sabit Merah dan Negeri
• Bila lagu kebangsaan dimainkan, semua pegawai dan ahli berdiri tegak.
• Pegawai-pegawai yang beruniform memberi tabik hormat.
• Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu BSMM
• Bacaan doa
• Ucapan pemimpin
• Bacaan ikrar
• Keluar baris

13.0 ISTIADAT BENDERA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bendera BSMM

Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagaimana
mengikut Act #162, Malaysian Red Cross Society (change of name) Act 1975

● Sebelum menaikkan bendera BSMM ujilah tali temali bendera terlebih dahulu bagi
memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga meyebabkan bendera
jatuh atau tidak tentu kibarannya.

● Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
● Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian

kemas lengkap dengan uniform BSMM.
● Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya.
● Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi

hendaklah ditatang atau diselempangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
● Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-lahan.
● Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan

sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya semula ke separuh tiang.
● Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan

semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus.
● Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat

tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya.
● Bendera BSMM tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup

sesuatu.
● Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat

tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya.
● Bendera BSMM tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup

sesuatu.
● Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai bendera

yang uzur. Bendera yang uzur hendaklah dikibarkan kerana pengibarannya
menunjukkan tanda tidak hormat. Ianya hendaklah dimusnahkan dengan cara
yang sopan. Caranya adalah dengan membakar bendera tersebut secara tertutup
tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.

14.0 IKATAN DAN SIMPULAN

Simpulan dan ikatan merupakan aktiviti tali-temali yang amat berkait rapat dengan aktiviti
perkhemahan. Menguasai kemahiran tali-temali ini amat penting bagi memudah dan
meringankan kerja serta untuk menjamin keselamatan semasa menggunakan simpulan dan
ikatan agar tidak ditimpa kemalangan atau kecelakaan akibat tersalah mengikat atau membuat
simpulan.

14.1 Tali

Terdapat pelbagai jenis tali yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dan situasi, sama
ada sewaktu menjalankan aktiviti perkhemahan, pengembaraan, pelayaran, pendakian, di
sekolah, pejabat mahupun di rumah.

iii. Antaranya ialah:

a. Tali penyelamat:

(i) Digunakan untuk menyelamat mangsa dan diperbuat daripada rami Itali atau
terylene.

(ii) Tali penyelamat dibentuk dengan cara tiga ikatan shroud laid.

(iii) Kebiasaan mempunyai diameter 2 inci.
(iv) Ketahanan tali rami Itali – 2.85 tan.
(v) Ketahanan tali terylene – 4.05 tan.

b. Tali pengangkat:

(i) Diperbuat daripada rami Manila dan nilon dengan cara ikatan hawser laid.

(ii) Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 100 kaki.
(iii) Ketahanan tali rami Manila – 2.05 tan.
(iv) Ketahanan tali nilon – 3.40 tan.
(v) Ketahanan tali terylene – 4.05 tan.

c. Tali penarik:

(i) Diperbuat daripada terylene dengan cara ikatan hawser laid.

(ii) Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 130 kaki.
(iii) Ketahanan tali penarik – 2.73 tan.

d. Tali pengikat:
(i) Diperbuat daripada rami Manila dengan cara ikatan hawser laid.
(ii) Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 50 kaki.
(iii) Ketahanan tali pengikat – 2.03 tan.

iv. Penjagaan tali:
a. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali sekala.
b. Hujung tali mestilah dililit atau dimatikan supaya tidak bercerai atau terlerai.

c. Gunakan tali atau benang kasar yang sesuai besarnya.
d. Selepas digunakan, tali hendaklah dilonggarkan atau digulung dengan baik
sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat.
e. Untuk menjamin kekuatan dan kekukuhan tali serta tahan lama, tali tidak perlu
dibasuhkan kerana akan mengakibatkan tali menjadi basah.
f. Tali yang basah tidak boleh terus disimpan. Keadaan ini akan menyebabkan tali
mudah menjadi reput dan tidak selamat digunakan.
g. Tali yang basah tidak digalakkan untuk dijemur di bawah panas matahari atau
menggunakan kuasa wap. Sebaliknya, tali tersebut perlu diudarakan dan dibiarkan
kering dalam suhu bilik.
h. Sebaik-baiknya, tali yang hendak disimpan boleh dilabelkan ukuran panjang dan
digantungkan di tempat yang sesuai.


Click to View FlipBook Version