(f) Memberi tekanan pada tempat tercedera
(g) Mengawal pendarahan
(h) Mengawal kecederaan lanjut.
(iii) Pembebatan ada tiga jenis, iaitu
(a) Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan
(b) Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka
(c) Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm.
21.3.2 Pembalut atau balutan
Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan pengikat di
bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai pembantu pembebatan. Setelah
luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak
pendarahan dan jangkitan kuman.
Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:
(a) Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu , mengipas dan pengikat
gelung cincin.
(b) Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiraI dan balutan
padi.
Tujuan dan Fungsi Pembalut
(a) Melindungi luka daripada dijangkiti kuman
(b) Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh.
(c) Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan
(d) Mengurangkan kesakitan
(e) Mencegah dan menghisap kotoran seperti darah, nanah dan serum.
Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka
(i) Bersihkan tangan terlebih dahulu
(ii) Digalakkan memakai sarung tangan
(iii) Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut luka.
Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka
(iv) Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan dan
pembalutan
(v) Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.
21.4 Merawat Luka dan Gigitan
21.4.1 Merawat luka
a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan berlakunya
pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam badan disebabkan
oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul
b. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu
(i) pendarahan luaran (external)
(a) luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau
(b) luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai
(c) luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul
(d) luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan
(ii) pendarahan dalaman (internal)
(a) perut – muntah berdarah
(b) rahim – tumpah darah
(c) tali usus – darah pada dubur
(d) buah pinggang – kencing berdarah
(e) paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah
(f) tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung
(iii) pendarahan dalaman tanpa kesan
(a) limpa dan hati pecah
(b) pendarahan dalam otak
c. Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu
(i) Luka terbuka
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan pendarahan atau
tumpahan darah yang banyak, renjatan dan jangkitan kuman
(ii) Luka tertutup
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku dalam
tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam
d.Cara merawat luka terbuka:
(i) Luka-luka kecil:
(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja
(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman
(c) Langkah-langkah rawatan:
● Bersihkan tangan dengan sabun.
● Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
● Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
● Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
● Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
● Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
● Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
(ii) Luka-luka kecil yang ada benda asing
(a) Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca
atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana
dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan
pendarahan.
(b) Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
● Bersihkan tangan dengan sabun.
● Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
● Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
● Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang
sudah disteril.
● Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan
yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek.
● Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko
jangkitan kuman.
● Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan
objek.
● Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
21.4.2 Merawat gigitan
Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman ke tisu
badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang. Semua gigitan
memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
Tanda-tanda gigitan:
(i) Luka yang dalam di daging.
(ii) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.
Kaedah rawatan:
(i) Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
(ii) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
(iii) Balut dengan pembalut steril.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital berdekatan.
Jika digigit anjing:
(i) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
(ii) Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair antiseptik.
(iii) Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah daripada anjing
yang tidak dikenali.
21.4.3 Melecur, Pitam dan Patah
i. Melecur dan terbakar
a. Melecur
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak panas.
Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius
selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
b. Terbakar
Kecederaan pada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh
disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan kimia atau arus elektrik.
c. Ketenatan mangsa bergantung kepada:
(i) Luas permukaan yang cedera
(ii) Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii) Tahap terbakar
(iv) Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa
d. Jenis terbakar atau melecur
(i) Luar – Terbakar pada bahagian kulit
(ii) Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut
e. Sebab-sebab terbakar atau melecur:
f. Tahap kecederaan
(i) Tahap pertama (Superficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan bahagian epidermis
dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemerah-merahan
(ii) Tahap kedua (Intermediate burn):
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan kemerah-
merahan gelap, lepuh dan menggelembung. Terasa sakit.
(iii) Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering. Rasa sedikit
sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.
g. Tanda-tanda terbakar atau melecur:
(i) Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua
(ii) Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap awal, merah
gelap, melepuh dan menggelembung pada tahap kedua
(iii) Pengaliran keluar plasma.
(iv) Renjatan
h. Tindakan yang perlu diambil:
(i) Tindakan “3B”:
(a) Burning stop – Padamkan
(b) Breathing maintain – Periksa pernafasan
(c) Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur
(ii) Tindakan “3C”:
(a) Cool – Sejukkan
(b) Cover – Tutup bahagian yang terbakar
(c) Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital
(iii) Pengendalian am:
(a) Hentikan kebakaran - air
(b) Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan)
(c) Tentukan ia bernafas
(d) Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit
atau sehingga kesakitan berkurangan
(e) Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar
(f) Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak
berlaku renjatan
(g) Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan
(h) Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.
ii. Pitam
a. Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini terjadi
disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.
b. Antara penyebabnya ialah:
(i) Kekurangan darah di dalam otak
(ii) Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu
(iii) Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan
c. Cara merawat
(i) Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah
(ii) Longgarkan pakaian ketat.
(iii) Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum
ammonia.
(iv) Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
(v) Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh panas
iii. Patah
a. Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung,
misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak
langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola
maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.
b. Tanda-tanda patah tulang:
(i) Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang
(ii) Bengkak dan lebam
(iii) Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel
(iv) Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah
berlaku di tulang paha atau pelvis
c. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di sekeliling
tempat yang terlibat
d. Cara merawat
(i) Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya
dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan
(ii) Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah
pergerakan
(iii) Ikat pembalut dengan kuat untuk mencegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat
kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah
(iv) Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah
anggota juga harus dicegah pergerakannya
(v) Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang banyak dan
tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.
21.6.5 Keracunan dan Terseliuh
i. Keracunan
a. Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik
(bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan
penderitaan sementara atau berkekalan.
b. Tanda-tanda terkena keracunan:
(i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
(ii) Mangsa mengalami sakit abdomen
(iii) Cirit birit mungkin terjadi.
(iv) Tanda-tanda terkejut
(v) Mungkin tidak sedarkan diri
c. Arahan merawat:
(i) Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan
perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan
(ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri)
(iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah)
(iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR
(v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital
(vi) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
(a) Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong
(b) Rawatan kecemasan:
● Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
● Hirup udara segar di ruang terbuka.
● Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
● Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air.
● Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang
banyak.
● Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap
mata.
ii. Terseliuh
a. Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi
had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan
antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus.
b. Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh (sprain).
Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan
kecederaan pada ligamen.
c. Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had
sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.
d. Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang
melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.
e. Tanda-tanda ligamen terseliuh:
(i) Sakit-sakit
(ii) Bengkak
(iii) Bertambah sakit apabila bergerak
(iv) Pergerakan yang terhad
f. Cara-cara merawat terseliuh:
(i) Hadkan pergerakan anggota
(ii) Gunakan konsep RICE:
● R - Rest
(Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa)
● I - Ice
(Letakkan ketulan [tuangkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)
● C - Compress
(Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan
tebal kapas dan balut)
● E - Elevate
(Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
(ii) Dapatkan bantuan perubatan.
21.5 Pemulihan Pernafasan (Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR))
(Sila rujuk Buku Panduan BSMM No. 7 : Peraturan-peraturan dan Undang-undang
Kursus, Peperiksaan dan Persijilan BSMM)
i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu
mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran
oksigen ke otaknya berterusan
ii. Ingat petua ABC:
A- Saluran Udara (Airway): Pastikan saluran udara terbuka.
B- Pernafasan (Breathing): Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-
parunya dan mengoksigenkan darah.
C- Peredaran (Circulation): Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan
memampatkan dada.
iii. Cara-caranya:
A - Saluran Udara Terbuka:
(i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan
bersihkan tempat di sekeliling mulut.
(ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan. (iii)
Tarik rahangnya ke atas.
B - Pernafasan:
(i) Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus
ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya menggembung. Jika pesakit adalah
seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa
menghembus.
(ii) Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang
tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan kepala
dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba
sekali lagi.
(iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke
sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda
asing daripada tekak.
(iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula
bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang
pesakit itu pulih.
(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan
baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.
C - Peredaran (Mampatan Luar Dada):
(i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun
hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum
berdenyut lakukan perkara ini:
(a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
(b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda di atas
rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan.
(c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan… Lepaskan…
Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan menekan jantung mangsa
dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.
(d) Selepas 30 mampatan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.
Teruskan dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa berdenyut secara
normal.
22.0 Kertas Kerja Perkhemahan
http://cikgucikdi.blogspot.com/2015/10/kertas-kerja-perkhemahan-asas-bsmm.html
23.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
23.1 PENDAFTARAN AHLI PASUKAN KANAK-KANAK (Link)
23.1.1 Penerimaan dan Yuran Keahlian
Ahli Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah (Link) di daftarkan di Sekolah Rendah samada sekolah
tersebut di bawah tajaan Kerajaan atau Sekolah swasta atau sekolah Persendirian didalam
negara Malaysia.
Ahli Kanak-Kanak di dalam lingkungan umur 9-12 tahun bagi tahap 4,5,6 dikategorikan sebagai
ahli kanak-kanak. Penerimaannya dalam Keahlian Bulan Sabit Merah (Sekolah Rendah) atau di
panggil “Red Cross Link”
23.1.2 Kaedah Pendaftaran Unit
Yuran Keahlian Kanak-kanak dikenakan kepada setiap murid sebanyak RM1.00 (Satu Ringgit)
setahun.
Pendaftaran Keahlian tersebut disahkan melalui Cabang/ Cawangan/ Ibu Pejabat Kebangsaan.
Setiap Pasukan Kanak-kanak mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 12 orang ahli kanak-
kanak.
Kanak-Kanak BSMM (Link) perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ibubapa/Penjaga
masing-masing sebelum menyertai Pasukan Kanak-kanak di sekolah masing-masing. Borang
pendaftaran Pasukan, Borang yang berkaitan dengan keahlian ini hendaklah di penuhkan seperti
di Lampiran.
23.1.3 Borang-borang PBSM Mengenai Unit Kanak-kanak
Guru Pemimpin Unit Kanak-Kanak hendaklah mengisikan Borang Pendaftaran Unit (Lihat
Lampiran) dan menyerahkan borang tersebut bersama-sama Borang Keahlian Tahunan kepada
Cabang dan seterusnya kepada Cawangan untuk disahkan.
23.1.4 Kad Pengenalan Ahli Kanak-kanak
Kaedah Pendaftaran Keahlian - Kad Pengenalan baru Unit Kanak-kanak BSMM di terangkan di
lampiran ………
Maklumat-maklumat mengenai BSMM boleh di perolehi melalui Pejabat BSMM Cabang /
Cawangan dengan menghubungi Pegawai Pentadbiran Pejabat BSMM masing-masing atau
layari email: [email protected] atau website: http:/www.redcrescent.org.my atau email kepada
Cabang / Cawangan masing-masing.
23.1.5 Sijil Keahlian Kanak-kanak
Setiap murid-murid sekolah rendah dari umur 9-12 (tahap 4,5,6) yang didaftarkan didalam
Pasukan Kanak-Kanak BSMM (Link) akan diberikan Sijil Keahlian Kanak-Kanak.
Serial No. Keahlian hendaklah di pantau dan dikawal selia oleh BSMM Cawangan yang
diselaraskan bersama oleh Cabang. Lihat Lampiran ……… (Contoh Sijil Keahlian Kanak-Kanak)
Murid-murid yang telah meninggalkan sekolah rendah selepas tamat Darjah 5 boleh
menyambung keahlian mereka di sekolah menengah dengan mendaftarkan diri di Pasukan Belia
Sekolah Menengah.
23.2 Struktur Unit
23.2.1 Susunan Organisasi dan Pangkat
Ketua Utama Seksyen
Ketua Utama Seksyen bertanggungjawab menjaga semua Seksyen dalam pasukan nya. Dia
akan menjalankan semua tugas yang diamanahkan oleh Komandan. Semasa ketiadaan semua
pegawai tinggi dalam pasukannya, tugas-tugas Pasukannya dipikul oleh Ketua Utama Seksyen.
Ketua Seksyen
Ketua Seksyen biasanya bertanggungjawab menjaga Seksyen atau Seksyen-seksyen dan
membantu melatih dan menjaga disiplin ahli-ahli Seksyen di bawah jagaannya. Selain dari tugas-
tugas itu, ia mungkin dikehendaki melaksanakan tugas kesetiausahaan seperti yang diarahkan
oleh Komandannya. Semasa ketiadaan semua pegawai kanan dan Ketua Utama Seksyen, tugas
dan tanggungjawab Pasukannya dipikul oleh Ketua Seksyen.
23.2.2 Pengurusan Folio/ Buku Log
Kandungan buku log / folio yang dilengkapi dengan butiran:
- Biodata
- Laporan bagi setiap aktiviti / perjumpaan mingguan
- Nota bagi tajuk-tajuk yang berkaitan
- Bahan-bahan lampiran serta gambar / grafik
- Sumber rujukan
23.2.3 Tanggungjawab Pemimpin
Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai dan ahli mengetahui dan memahami peraturan
dan undang-undang Persatuan. 'Kejahilan atau Tidak tahu' tidak boleh diterima sebagai alasan
tidak mematuhi peraturan dan undang-undang.
● Pentadbiran
○ Pendaftaran Ahli
○ Insuran Ahli
○ Kad Ahli
○ Kewangan
○ Pelantikan
■ Ketua Utama Seksyen
■ Ketua Seksyen
■ Penolong Ketua Seksyen
○ Tauliah
● Latihan
○ Perjumpaan mingguan
○ Program Latihan
○ Peperiksaan
○ Kursus
○ Kecekapan Ahli
○ Lencana kecekapan
● Tatatertib
○ Tatatertib dalam pasukan
○ Melahirkan ahli yang berdisiplin
● AktivitI
○ Kerja Kemasyarakatan
○ Pembangunan Belia
○ Program Darah
○ Menjaga Kesihatan Asas
○ Program Anti-Dadah
○ Lawatan ke Hospital
○ Lawatan ke rumah orang tua
○ Perkhemahan
○ Lawatan sambil belajar
○ Gotong royong dan lain-lain
● Pakaian Seragam
○ Menentukan ahli mempunyai Pakaian Seragam mengikut peraturan
● Kebajikan Ahli
○ Masalah
○ Sakit dan lain-lain
23.2.4 Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin
23.2.5 Takwim dan Rancangan Aktiviti