The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Melukis dan Memasang Litar Circuit Arduino menggunakan Perisian Arduino IDE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azrin Syafiq, 2022-11-09 01:20:47

Panduan Melukis dan Memasang Litar Circuit Arduino menggunakan Perisian Arduino IDE

Panduan Melukis dan Memasang Litar Circuit Arduino menggunakan Perisian Arduino IDE

PANDUAN MELUKIS DAN

MEMASANG LITAR

ARDUINO UNO


MENGGUNAKAN PERISIAN

ARDUINO IDE

Syabil Amir Bin Searbi
Irdayanti Binti Mat Nashir

PANDUAN MELUKIS
DAN MEMASANG LITAR

ARDUINO UNO
MENGGUNAKAN
PERISIAN ARDUINO IDE

Syabil Amir Bin Searbi
Irdayanti Binti Mat Nashir

Cetakan Pertama / First Printing July 2022 Hak Cipta /
Copyright

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang
alat jugapun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta
rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis terlebih
dahulu daripada :

Diterbitkan di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by Yasna Sales
& Services
No. 25, Jalan U1/1, Taman Universiti, 35900 Tanjung Malim,
Perak.

Perpustakaan Negara Malaysia
Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Modul Panduan Melukis dan Memasang Litar Arduino ide
menggunakan Perisian Arduino IDE

Prakata

Dengan nama allah, Yang Maha Pemurah dan Maha
Penyayang Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas kekuatan
dan keberkatan-nya, Modul Panduan Melukis dan Memasang
Litar Arduino ide menggunakan Perisian Arduino IDE dapat
disiapkan. Buku ini bertujuan untuk dijadikan panduan dan
rujukan bagi pengguna untuk belajar teknologi elektronik.
Modul ini bertujuan untuk memudahkan para pengguna
untuk mudah mempelajari mikropengawal berkaitan Arduino
menggunakan Perisian "Arduino Integrated Development"
(IDE). Oleh itu, modul ini diterbitkan untuk membantu para
pengguna untuk memahami pengetahuan teknologi
elektronik yang menggunakan Perisian asas Simulasi Arduino
untuk mempelajari cara-cara melukis litar.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan
serta keluarga yang banyak menyokong di dalam menyiapkan
modul ini.

Semoga pengetahuan yang dikongsi ini bermanfaat dalam
memahami dan mempelajari mengenai Arduino dan Perisian
IDE

Syabil Amir Bin Searbi
Irdayanti Binti Mat Nashir

Penulis

Syabil Amir Bin Searbi adalah seorang graduan
lulusan dari Kolej Vokasional Lebuh Cator di
dalam jurusan Diploma Teknologi Elektrik.
Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti
Pendidikan Sultan Idris dalam Jurusan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Reka Bentuk dan
Teknologi.

Beliau mempunyai pengalaman kerja di Majlis
Bandaraya Ipoh selama 2 tahun sebagai Pelukis
Pelan JA19.

Penulis

Dr Irdayanti binti Mat Nashir, pemegang Ph.D
dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) mempunyai pengalaman kerja
yang luas dalam bidang kejuruteraan elektrik dan
elektronik sebelum memasuki bidang
pendidikan. Beliau kini adalah pensyarah di
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Beliau aktif dalam aktiviti ceramah tentang
Teknik Delphi, elektronik dan teknologi dalam
pendidikan di peringkat sekolah, Kolej Komuniti,
Politeknik dan Universiti. Selain itu, beliau juga
banyak terlibat dalam aktiviti pertandingan
inovasi peringkat Universiti dan Antarabangsa.
Sumbangannya banyak membantu dalam
penghasilan buku ini sama ada dari teoritikal,
teknikal dan praktikal.

ISI KANDUNGAN

1 PENGENALAN

4 Pengenalan Arduino
5 Apa itu Arduino IDE
6
Perkaitan Arduino Dengan
7 Mikropengawal
8
9-12 Mikropengawal

Apa itu Arduino IDE

Komponen yang terdapat di
dalam Arduino

2 CARA PENGGUNAAN IDE

13-17 Cara memasang perisian IDE
18 Cara melakukan pengaturcaraan

3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

19-24 LED Blink
25-30 Buzzer
31-36 RGB LED
37-42 Potentionmeter
43-49 7 Segment

RUJUKAN

3

BAB 1 PENGENALAN

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Arduino

Arduino ialah papan mikropengawal kecil
dengan Universal Serial Bus (USB) untuk
menyambung ke komputer anda dan beberapa
soket sambungan yang boleh disambungkan

kepada komponen elektronik luaran (output)
seperti motor, geganti, penderia cahaya, diod
laser, pembesar suara kuat, mikrofon dan
banyak lagi. Arduino boleh dihidupkan
menggunakan sambungan USB daripada pc,
ataupun bateri 9V atau daripada bekalan kuasa.
Arduino boleh dikawal menggunakan pc atau
diprogramkan melalui pc. Softwarenya terdiri
dari beberapa alat yakni Integrated
Development Environment(IDE), Text-Editor,
Compiler, Serial Monitor, dan Serial ISP
Programmer.

4

BAB 1 PENGENALAN

1.2 Apa Itu Arduino UNO

Arduino UNO, merupakan salah satu arduino
yang sering digunakan terutamanya oleh
pelajar di dalam bidang kejuruteraan dan
programming. Arduino Uno ini murah dan
mudah didapati. IDE Software biasanya
digunakan untuk memasukkan bacaan codding
bagi jenis arduino ini. IDE Software, atau nama
penuhnya Arduino Integrated Development
Environment (IDE), adalah software yang
menggunakan input coding jenis C/C++ dari
pengguna dan menterjemahkan-nya kepada
coding HEX/Binary (100101001), sebelum meng-
upload-kan coding tersebut ke dalam Arduino
Board.

5

BAB 1 PENGENALAN

1.3 Perkaitan Arduino Dan Mikropengawal

Mikropengawal ialah peranti kawalan yang

terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU),

RAM (Random Access Memory), ROM (Read

Only Memory), dan port Input/Output yang

dibina di dalam satu cip. Fungsi utamanya

adalah untuk mengawal peranti elektronik.

Mikropengawal menjalankan kawalan

berdasarkan pengaturcaraan yang telah

dimuatkan di dalamnya.

Arduino merupakan sebuah platform terbuka
yang felksibel dan mudah digunakan darisegi
kombinasi hardware dan software Integrated
Development Environment (IDE). Arduino boleh
diakses oleh semua secara 'Open Source' .

6

BAB 1 PENGENALAN

1.4 Mikropengawal

Mikropengawal (Microcontroller) adalah
merupakan sebuah peranti kawalan dalam
satucip. Peranti ini terdiri daripada Unit
Pemprosesan Pusat (CPU), RAM (Random
Access Memory), dan port Input/Output yang
dibina di dalamnya. Mikropengawal adalah litar
bersepadu yang ditempatkan di dalam setiap
komponen dan ianya berfungsi untuk
melaksanakan operasi yang diperlukan dan
boleh melaksanakan tugas tertentu.

7

BAB 1 PENGENALAN

1.5 Apa Itu Arduino IDE

IDE adalah sebuah software yang berperanan
sebagai pentejemahan arahan melalui
penulisan program kepada kode biner sebelum
di hantar ke dalam memory microcontroller.
Software ini boleh didapati dengan memuat
turun melalui laman sesawang rasmi Arduino
iaitu https://www.arduino.cc/en/software .
Justeru itu, penggunaan Arduino lebih mudah
dan kini boleh digunakan oleh peringkat
sekolah.

8

BAB 1 PENGENALAN

1.6 Komponen yang terdapat di dalam

Arduino

Bahagian mikropengawal terdiri daripada input,
proses, dan output. Ketiga-tiga bahagian ini
penting dalam pembinaan sesuatu sistem
kawalan.

Bahagian Input

Terdapat dua bahagian peranti yang tersedia di
dalam arduino iaitu :

1.Peranti Input Digital
2.Peranti Input Analog

Suis Mikro Suis Tekan
Buka

Peranti Input
Digital

Penderia
pengerak

9

BAB 1 PENGENALAN

Bahagian Input

Penderia Jarak Penderia
Cahaya
Peranti Input
Analog

Penderia
Suhu

10

BAB 1 PENGENALAN

Bahagian Prosesan (CPU)
Setelah mendapat signal daripada peranti input,
proses akan dilakukan oleh Unit Pemprosesan
Pusat (CPU) untuk menghantar arahan ke
bahagian output. CPU akan melaksanakan atur
cara yang disimpan dalam ROM (Read Only
Memory). ROM digunakan untuk menyimpan
atur cara dan data secara kekal dalam
mikropengawal. RAM (Random Access Memory)
digunakan untuk menyimpan data secara
sementara. Data ini dimasukkan menggunakan
perisian IDE melalui penulisan codding. Isyarat
yang diterima daripada input akan diproses oleh
CPU, kemudian CPU akan menghasilkan isyarat
kepada output. Proses yang dilakukan ini adalah
berdasarkan atur cara yang ditetapkan dalam
mikropengawal.

11

BAB 1 PENGENALAN

Bahagian Output

Geganti Pembaz /
Buzzer

Peranti Input
Analog

Servo
Motor

12

BAB 2 CARA PENGGUNAAN IDE

2 CARA PENGGUNAAN IDE

2.1 Cara Memasang Perisian IDE

Langkah 1
1. Buka aplikasi Google Chrome pada
komputer riba dan juga komputer terlebih
dahulu untuk memasuki laman web Arduino
IDE.
2.Membuat carian "Arduino IDE" pada ruang
carian.

13

BAB 2 CARA PENGGUNAAN IDE

Langkah 2
1. Klik pada hasil carian yang terpapar.
2.Skrin akan memaparkan muka hadapan
laman web Arduino IDE.

14

BAB 2 CARA PENGGUNAAN IDE

Langkah 3
1. Membuat pilihan memuat turun fail Perisian
Arduino IDE mengikut kesesuaian Peranti
yang digunakan.

15

BAB 2 CARA PENGGUNAAN IDE

Langkah 4
1. Muat turun fail yang telah dipilih.
2.Membuat pilihan untuk memasang perisian
tersebut pada perantin yang digunakan.

16

BAB 2 CARA PENGGUNAAN IDE

Langkah 5
1. Setelah selesai memasang perisian tersebut,
buka perisian tersebut untuk diuji terlebih
dahulu.
2.Pastikan sebelum melakukan sebarang
ujian, Fungsi yang ada sebelum ini perlu
dikosongkan.

17

BAB 2 CARA PENGGUNAAN IDE

2.2 Cara Melakukan Pengaturcaraan

Mikropengawal atau pengawal mikro sering
juka dikenali sebagai µc merupakan sebuah

komputer di dalam cip yang telah dicipta untuk
kawalan alat elektronik. Ianya merupakan salah
satu daripada cabang pemprosesan mikro yang
mementingkan kendalian mudah dan kos
efektif yang rendah. Ini berbeza dengan
mikropemprosesan pelbagai kegunaan yang
terdapat di dalam komputer. Pengawal mikro
pada amnya mengandungi segala ingatan dan
antara muka I/O yang cukup untuk aplikasi
mudah manakala mikropemproses perlu
disambung kepada cip tertentu untuk
memberikan fungsi yang diperlukan.

18

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

3.1 LED Blink

Peranti yang menggunakan LED Blink ialah
lampu isyarat kereta, lampu alam, dan juga
lampu indicator.
Langkah 1

1.Kenal pasti gambaran litar skematik bagi
litar yang ingin dihasilkan.

2.Kenal pasti gambaran bagi litar sebenar bagi
litar yang ingin dihasilkan.

Sambungan Litar Skematik

Sambungan Litar melalui perisian Tinkercad

19

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 2
1. Sediakan komponen yang ingin digunakan
untuk menghasilkan litar sebenar.
2.Lakukan pemasangan litar sebenar.

1x LED 1x Perintang 220 Ω

1x Breadboard 1x Arduino Uno

1x Kabel Penyambung

20

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 3
1. Sambungkan LED ke dalam breadboard
beserta perintang seperti di dalam gambar
rajah dibawah.
2. Sambungkan kabel Hitam ke kaki Katod (-)
dan sambungan ke Ground (GND) Arduino.
3. Sambungkan kabel Merah ke kaki perintang
dan disambungkan ke Digital I/O.

21

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 4
1. Setelah selesai pemasangan komponen
pada arduino, buka perisian yang telah
dipasang untuk melakukan proses
pengaturcaraan.
2. Sambungkan Kabel USB ke arduino dan
pastikan lampu hijau (ON) menyala
menandakan arduino telah disambungkan.

22

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 5

1.Masukkan Penulisan Pengaturacaraan ke

dalam Arduino IDE dan seterusnya tekan

simbol (Upload) untuk memasukkan

pengaturcaraan ke dalam sisterm arduino .

23

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 6
1. Hasil dapat dilihat seperti di dalam rajah
dibawah

24

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

3.3 Buzzer

Langkah 1
Kenal pasti gambaran litar skematik bagi
litar yang ingin dihasilkan.
Kenal pasti gambaran bagi litar sebenar bagi
litar yang ingin dihasilkan.

Gambar litar skematik

Sambungan Litar melalui perisian Tinkercad

25

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 2
1. Sediakan komponen yang ingin digunakan
untuk menghasilkan litar sebenar.
2.Lakukan pemasangan litar sebenar.

1x Buzzer 1x Perintang 220 Ω

1x Breadboard 1x Arduino Uno

1x Kabel Penyambung

26

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 3
1. Sambungkan Buzzer ke dalam breadboard
beserta perintang ke kaki (+) Buzzer seperti
di dalam gambar rajah dibawah.
2. Sambungkan kabel Hitam ke kaki (-) buzzer
dan sambungan ke Ground (GND) Arduino.
3. Sambungkan kabel Merah ke kaki perintang
dan disambungkan ke Digital I/O.

27

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 4
1. Setelah selesai pemasangan komponen
pada arduino, buka perisian yang telah
dipasang untuk melakukan proses
pengaturcaraan.
2. Sambungkan Kabel USB ke arduino dan
pastikan lampu hijau (ON) menyala
menandakan arduino telah disambungkan.

28

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 5

1.Masukkan Penulisan Pengaturacaraan ke

dalam Arduino IDE dan seterusnya tekan

simbol (Upload) untuk memasukkan

pengaturcaraan ke dalam sisterm arduino .

29

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 6
1. Hasil dapat dilihat seperti di dalam rajah
dibawah

30

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

3.4 RGB LED

Langkah 1
Kenal pasti gambaran litar skematik bagi
litar yang ingin dihasilkan.
Kenal pasti gambaran bagi litar sebenar bagi
litar yang ingin dihasilkan.

Gambar litar skematik

Sambungan Litar melalui perisian Tinkercad

31

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 2
1. Sediakan komponen yang ingin digunakan
untuk menghasilkan litar sebenar.
2.Lakukan pemasangan litar sebenar.

1x RGB LED 3x Perintang 220 Ω

1x Breadboard 1x Arduino Uno

4 x Kabel
Penyambung

32

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 3
1. Sambungkan RGB ke dalam breadboard
beserta perintang ke kaki R,G,B LED seperti
di dalam gambar rajah dibawah.
2. Sambungkan kabel Hitam ke kaki (-) LED
dan sambungan ke Ground (GND) Arduino.
3. Sambungkan kabel Merah ke kaki perintang
R, Kabel Hijau ke kaki Perintang G serta
Kabel Biru ke kaki perintang B dan
disambungkan ke Digital I/O.

33

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 4
1. Setelah selesai pemasangan komponen
pada arduino, buka perisian yang telah
dipasang untuk melakukan proses
pengaturcaraan.
2. Sambungkan Kabel USB ke arduino dan
pastikan lampu hijau (ON) menyala
menandakan arduino telah disambungkan.

34

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 5

1.Masukkan Penulisan Pengaturacaraan ke

dalam Arduino IDE dan seterusnya tekan

simbol (Upload) untuk memasukkan

pengaturcaraan ke dalam sisterm arduino .

35

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 6
1. Hasil dapat dilihat seperti di dalam rajah
dibawah

36

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

3.5 Potentionmeter

Langkah 1
Kenal pasti gambaran litar skematik bagi
litar yang ingin dihasilkan.
Kenal pasti gambaran bagi litar sebenar bagi
litar yang ingin dihasilkan.

Gambar litar skematik

Sambungan Litar melalui perisian Tinkercad

37

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 2
1. Sediakan komponen yang ingin digunakan
untuk menghasilkan litar sebenar.
2.Lakukan pemasangan litar sebenar.

1x Potentionmeter 1x Perintang 220 Ω

1x Breadboard 1x Arduino Uno

Kabel Penyambung 1x LED

38

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 3
1. Sambungkan LED ke punca (-) dan kaki
positif (+) ke Perintang di dalam breadboard.
2. Sambungkan kabel merah ke kaki
perintang dan sambungkan ke Digital I/O.
3. Sambungkan kaki positif (+) dan negatif(-)
potentionmeter ke punca tersendiri. Kaki
tengah potentionmeter pula akan
disambung ke Analog (I/O) A0.

39

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 4
1. Setelah selesai pemasangan komponen
pada arduino, buka perisian yang telah
dipasang untuk melakukan proses
pengaturcaraan.
2. Sambungkan Kabel USB ke arduino dan
pastikan lampu hijau (ON) menyala
menandakan arduino telah disambungkan.

40

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 5

1.Masukkan Penulisan Pengaturacaraan ke

dalam Arduino IDE dan seterusnya tekan

simbol (Upload) untuk memasukkan

pengaturcaraan ke dalam sisterm arduino .

41

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 6
1. Pulaskan potentionmeter untuk
menghidupkan (ON) atau menyahidupkan
(OFF) LED.
2. Hasil dapat dilihat seperti di dalam rajah
dibawah

42

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

3.6 7 Segment

Langkah 1
Kenal pasti gambaran litar skematik bagi
litar yang ingin dihasilkan.
Kenal pasti gambaran bagi litar sebenar bagi
litar yang ingin dihasilkan.

Sambungan Litar Skematik

Sambungan Litar melalui perisian Tinkercad

43

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 2
1. Sediakan komponen yang ingin digunakan
untuk menghasilkan litar sebenar.
2.Lakukan pemasangan litar sebenar.

1x Segment Display 1x Perintang 220 Ω

1x Breadboard 1x Arduino Uno

Kabel Penyambung

44

BAB 3 PROJEK DAN EKSPERIMEN

Langkah 3
1. Ketahui jumlah kaki yang terdapat pada
layar segmen.
2. Rujuk gambar rajah bawah untuk
memahami fungsi setiap kaki pada layar
segmen.
3.Sambungkan layar segmen seperti rajah
dibawah.

45


Click to View FlipBook Version