Nama Nurul Faizzah Binti Ab. Rahman Angka Giliran 2021142340219 No. Kad Pengenalan 030919-01-0878 Ambilan PISMP Ambilan Jun 2021 (B) Semester/Tahun Semester 2 tahun 2 Unit Beruniform Pandu Puteri E-mel 539-13- [email protected] BIODATA
1 KERJA KURSUS SEMESTER II TAHUN 2 NAMA PELAJAR: NURUL FAIZZAH BINTI AB.RAHMAN ANGKA GILIRAN: 2021142340219 NOMBOR KAD PENGENALAN: 030919-01-0878 KUMPULAN/UNIT: BAHASA MELAYU 1 KOD DAN NAMA KURSUS: MPU3441A KURIKULUM: UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1 NAMA PENSYARAH: DR. HJH. SHOLEHAH BINTI ISMAIL TARIKH HANTAR: 22 FEBRUARI 2024 Pengakuan Pelajar Menerima Maklum Balas Daripada Pensyarah Medium:- Tanda Tangan: faizzah Tarikh: 22/02/2024 Markah Selepas Moderasi Markah dalam 100 % Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja NO. TUGASAN MARKAH Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 1 2 3 4 JUMLAH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, DURIAN DAUN, 75400 MELAKA Kumpulan Individu Kuliah √
2 ISI KANDUNGAN TAJUK M/S I.ASAS PANDU PUTERI ........................................................................................................................3 SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA ...................................4 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA............................................................................19 PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI ............................................................35 COGAN KATA DAN LAMBANG PANDU PUTERI ..........................................................................37 ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI......................................................................................39 BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI MALAYSIA .......................................................................42 PAKAIAN SERAGAM.......................................................................................................................43 LAGU-LAGU PANDU PUTERI.........................................................................................................51 LAGU-LAGU PANDU PUTERI TUNAS ...........................................................................................53 BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUDNYA ....................................................................................54 BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DAN MAKSUDNYA.................................55 BENDERA DUNIA DAN MAKSUDNYA ...........................................................................................56 ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS.................................................................................................57 ISTIADAT LADAM KUDA & BENDERA ..........................................................................................67 II. SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI...................................................73 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA ...........................74 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM ..................................................................................................................................................75 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG PM .....................................................................................................................................................81 SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOSIATION GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) .......................................................................................................................................82 ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH .....................................85 III. PERANCANGAN TAHUNAN ..........................................................................................................94 PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS ..................95
3 I. ASAS PANDU PUTERI
4 SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA ❖ SEJARAH PENGASAS PANDU PUTERI Olave St.Clair Soames atau lebih dikenal sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalahisteri kepada Robert Stephenson Smyth Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan "GirlGuides" dengan bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnyadikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua PesuruhjayaPandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi KetuaPandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun. Olave St. Clair Soames (Lady Baden Powell)
5 ❖ SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DUNIA Pada tahun 1909, bertempat di perhimpunan pengakap di Crystal Palace, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini. Namun begitu, sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert BadenPowell, dan dalam masa beberapa bulan,kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys"untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. Olave St. Clair Soames Lord Robert Baden-Powell
6 ❖ PENUBUHAN PANDU PUTERI DI SERATA DUNIA Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia. Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini. World Chief Guide (Olave St Clair Soames) visit Wiltshire Jubilee Camp.
7 ❖ KELAHIRAN PERSATUAN PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PUTERI SEDUNIA / WAGGGS(WORLD ASSOCIATION OF GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS) Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepadaWAGGGS. Majlis ini sangat berjaya, dan setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteridan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara. Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai “Our World News”. Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Pada tahun 1919, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia. Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat. Link Buliten Dunia tersebut- “Our World News”.
8 ❖ PERKEMBANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI DUNIA Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powelltelah meninggal dunia pada masa itu. Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabañadan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966. Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat DuniaLondon (Pax Lodge).
9 ❖ SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI DI MALAYSIA Secara ringkasnya, Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917. Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok Maklumat diperoleh daripada artikel tersebut- “Persatuan Pandu Puteri Malaysia”
10 • Garis Masa Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Di Malaysia 1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur. Dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan laitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang. 1920 Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur. 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak. 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang. 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924. 1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan. 1925 Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. 1928 Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. 1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.
11 1937-1946 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. 1947 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1948-1960 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia) Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. 1967-1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktivitiaktiviti Perkhemahan Jubli Emas.
12 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. 1977-1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. 1986 Pasukan Pandu Puteri (PPP) Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. 1987-1996 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guruguru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. 1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena SUKOM '98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel '98. 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.
13 2000 8-15 Febuari -Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang- Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000/Intemational Brownies Festival 2000 di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia' (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20-26 November -Aktiviti Antarabangsa; “Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers” (Program Pertukaran Malaysia - China). 2001 7-12 September -Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM Fiji GGA: Lend A Hand 2002 April - Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia. 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari KanakKanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).
14 Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek Intemational Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004)-290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia.” 2005 21-23 Februari -Pada pertama kalinya "Girl Guides Summit” diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.
15 16-17 April -Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos -Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos -Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al- Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. 2006 Januari-Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: NAMA LAMA NAMA BARU Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac -Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1-6 April -Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian
16 Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman- Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April-1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri, PPPM mendapat hadiah Penyertaaan terbanyak. 9 Jun -Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun -Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan” telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai -Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. 2007 Januari -Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif Scientific Creative Thinking diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari -Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara.
17 1 April -PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9. 3-9 Jun -Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Keduadua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun -Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun -Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM 6 September -Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM. 9 Oktober -Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri. 25 November -Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke- 90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2008 19 Januari -Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah. 6-12 Julai -Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011. 17-22 Ogos -Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom.
18 SEHINGGA KINI Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin- pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru. Kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak, sama ada secara langsung atau pun tidak, PPPM akan terus memajukan serta meningkatkan kepimpinan dan penglibatan gadis dan wanita dalam aktiviti- aktiviti tempatan dan antarabangsa. • Tujuan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 1. Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen dan nilai-nilai murni melalui program-program kepanduan. 2. Mendidik, melatih dan mengembangkan potensi ahli-ahli persatuan agar dapat menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. 3. Menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa dalam menyediakan mereka untuk menjadi pemimpin berwibawa pada masa hadapan. 4. Melahirkan golongan remaja dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran, dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.
19 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006. Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. MUKADIMAH Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah. PERKARA 1 - NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan.
20 Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Pesetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan. Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: 1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun daln kesulitan 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan 2.1 Kaedah Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang ii. Perkembangan kendiri yang progresif iii. Pembelajaran melalui perbuatan iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. Khidmat masyarakat vii. Aktiviti luar vii Simbolisme
21
22
23
24
25 ;
26
27
28
29
30
31 PERKARA 8 – KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. ii. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei - 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga ke 31 Disember.
32 PERKARA 9 – CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripadadaripada: i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.USUL 5. Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga ke 31 Disember. PERKARA 10 – PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (14 21 ) han bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan.
33 PERKARA 11 - PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli- ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.
34 ➢ VISI DAN MISI PANDU PUTERI MALAYSIA ➢ NILAI-NILAI TERAS MISI VISI Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahirandan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: Integriti Bantu-membantu Kasih Sayang Toleransi Kejujuran Hormatmenghormati
35 PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI ❖ PERSETIAAN PANDU PUTERI ❖ UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan Raja Dan Negara Saya Malaysia Menolong Orang Setiap Masa, dan Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri Seorang Pandu Puteri Remaja boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri Remaja bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa bersopan. Seorang Pandu Puteri Remaja melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri Remaja bersemangat dan bergembira walaupun di dalam kesulitan. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri Remaja suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan
36 ❖ PIAGAM PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: ❖ Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti ❖ Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Pandu Puteri ❖ Melahirkan ahli yang berkaliber ❖ Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni ❖ Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna ❖ Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran
37 COGAN KATA DAN LAMBANG PANDU PUTERI ➢ COGAN KATA PANDU PUTERI "Selalu Sedia" Merupakan cogan kata Pandu Puteri. Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan.
38 ➢ LAMBANG PANDU PUTERI Menurut persetujuan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia pada tahun 1928, semua negara bersetuju untuk menerima trefoil sebagai lencana ikrar sebagai lambang cita-cita Pandu Puteri. Reka bentuk trefoil di peringkat kebangsaan bergantung kepada kehendak sesebuah negara. Reka bentuk lencana Pandu Puteri Malaysia mula-mula diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Ia dicipta oleh CikMary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan, Ibu Pejabat. Semasa berkhemah dengan pasukannya, beliau telah memungut sehelai daun yang terjatuh di tanah. Daun itu menarik perhatian beliau kerana bentuknya. Berikutan satu perbincangan sesama ahli kadetnya, mereka telah mencapai kata putus untuk memohon kepada Ibu Pejabat supaya reka bentuk daun tadi digunakan sebagai reka bentuk trefoil. Ini bagi menggantikan lencana trefoil Inggeris yang telah digunakan sebelum tahun 1962. Lencana Pandu Puteri Malaysia mempunyai sedikit perbezaan dengan lencana Pandu Puteri Dunia. Ia terdiri daripada tiga rangkaian daun atau cantuman daun yang terdapat bintang pecah 14 di tengahnya serta perkataan Pandu Puteri dibawahnya. LOGO PANDU PUTERI MALAYSIA LENCANA PANDU PUTERI DUNIA ❖ Trefoil (tiga cabang) melambangkan tiga persetiaan Pandu Puteri iaitu taat pada Tuhan,Raja dan Negara, menolong setiap orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri. ❖ Bintang pecah empat belas bermaksud 13 buah negeri di Malaysia dan 1 pecahan lagi menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang bermaksud petunjuk jalan yang benar. ❖ Sama seperti logo Pandu Puteri Malaysia, trefoil (tiga cabang) bermaksud tiga persetiaan Pandu Puteri. ❖ Warna emas trefoil melambangkan matahari yang bersinar-sinar di langit biru. ❖ Bintang-bintang pada cabang trefoil melambangkan petunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri. ❖ Jalur kompas sebagai penunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu Puteri. ❖ Tapak melambangkan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri
39 ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI ISYARAT PANDU PUTERI ❖ Pada dasarnya, Isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri. Yang berbeza ialah kegunaan dan kedudukan tangan. ❖ Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri membaharui ikrar. Dalam kedua-dua keadaan ini Isyarat Pandu Puteri dilakukan. ❖ Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. ❖ Caranya adalah seperti berikut: 1. Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. 2. Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri (di sisi) dirapatkan lurus ke badan. 3. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan. 4. Kira masa 1,2,3 dan turun 3,2,1.
40 HORMAT PANDU PUTERI o Maksud Hormat Pandu Puteri o Cara Hormat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Kedudukan dalam hormat Pandu Puteri ▪ Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. ▪ Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang lemah. ▪ Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua, dan juga sesama ahli kumpulan. ▪ Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. ▪ Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan.
41 ➢ Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: 1. Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. 2. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. 3. Upacara mengibarkan bendera. ➢ Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: 1. Tiga jari tangan kanan ditegakkan. 2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 3. Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. 4. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ.
42 BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI MALAYSIA Salam (Handshake) Pandu Puteri-tangan kiri Berjabat tangan ialah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Berjabat tangan dengan tangan kiri ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden Powell melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan. Lantaran itu, Lord Baden Powell terus mengambil perlakuan ini sebagai amalan Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.
43 PAKAIAN SERAGAM ❖ PAKAIAN UNTUK ISTIADAT, UPACARA DAN MAJLIS RASMI • Pilihan A: Kebaya Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri-5cm di bawah flash bahu Kebaya labuh warna biru muda potongan "Princess Line" di hadapan dan berlisu pemadam di bahagian belakang, labuh di bawah punggung (paras genggaman tangan). Lengan padanan rata panjang. Bagi yang beragama Islam, belah kelepat bertindih boleh dijahit 8-10cm dari pergelangan tangan untuk memudahkan mengambil wujuk untuk solat. Belah ini disudahkan dengan butang katup. Kain labuh berlisu tunggal lebar 15cm dari kelim tepi di sebelah kiri. Jika suka kocek tersembunyi, boleh dijahit di sebelah kanan dengan berzip di kiri. Sepasang flash bahu PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri. Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle PPPM (jika bertudung). Penampang dipakai di sebelah dada kiri, Lencana maksima 5 sahaja tidak termasuk tag nama.
44 • Pilihan B: Baju Kurung Teluk Belanga Berwarna biru muda berpesak (tanpa hiasan kun), labuh di bawah paras lutut, kain berlisu disusun di sebelah kiri. Sepasang flash bahu PPPM dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle PPPM (jika bertudung). Penampang dipakai di sebelah dada kiri. Lencana maksima 5 sahaja tidak termasuk tag nama. Lencana jalur Gemilang di lengan kiri - 5cm di bawah flashes
45 • Pilihan C: Blaus dan Seluar Blaus o Blaus hijau PPPM, potongan bush jacket, berlengan padanan rata panjang, kolar lurus, labuh blaus di bawah punggung. Seluar o Seluar berwama biru tua potongan lurus, belah berzip di hadapan, dua kocek di tepi kiri dan kanan, ben pinggang dengan getah cerut di tepi kanan dan kiri. Kasut o Kasut kulit/PVC hitam bertumit rendah (sau setengah inci) Tudung o Tudung berwarna hitam (plain) tanpa manik atau sulaman dimasukkan ke atas blaus. Brooch PPPM disematkan pada bahagian dagu. Tudung sutera PPPM ukuran panjang dipakai di leher dan dikenakan woggle. Aksesori dan lencana o Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri. o Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri-5cm di bawah flash bahu. o Beg tangan rasmi PPPM.
46 • Pakaian Seragam Rasmi Ketua Pesuruhjaya Ketua Cawangan dan Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Malaysia PAKAIAN RASMI: ❖ Baju Biru Kebaya atau Kurung. ❖ Tudung PPPM (sekirangnya bertudung). ❖ Penampang di dada sebelah kiri. ❖ Sekiranya Baju Kebaya-Baju menutupi punggung dan ukuran serong di hadapan baju adalah 3cm. ❖ Kain Baju Kebaya berlipat di hadapan tanpa belah. ❖ Kain untuk Baju Kurung bersusun di tepi kiri. PENAMPANG: ❖ Lencana dunia. ❖ Lencana Pesuruhjaya (Silver). ❖ Lencana Waran Ketua Pesuruhjaya Cawangan / Lencana Waran Pesuruhjaya PPPM. ❖ Lencana Seumur Hidup (sekiranya ada). ❖ Satu lencana anugerah tertinggi. ❖ Tag nama. ❖ Sekiranya seorang Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Raja, maka ia boleh memakai Lencana Pandu Puteri Raja. KASUT: ❖ Kasut "court" berwarna hitam (tutup di hadapan). ❖ Bertumit 1 ½ inci. BEG TANGAN: ❖ Berwarna hitam keluaran PPPM.
47 • Pakaian Rasmi Ketua Pesuruhjaya Cawangan & Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Semasa Acara Luar atau Semasa Perjalanan atau Perkhemahan • Pakaian Kasual Batik Persatuan Pandu Puteri Malaysia BAJU: ▪ Baju Logo pemimpin Berwarna hijau dengan tanda bahu (flashes). SELUAR: ▪ Seluar 'slack" berwarna biru gelap. TUDUNG: ▪ Tudung hitam (plain) dimasukkan ke dalam blaus (sekiranya bertudung). SKAF PANJANG ▪ Skaf panjang di leher menggunakan woggle PPPM. KASUT ❖ Kasut "court" berwarna hitam (tutup di hadapan). ❖ Bertumit 1 ½ inci. BEG TANGAN ➢ Berwarna hitam keluaran PPPM. o Baju Batik Kurung / Kebaya. o Tudung berwarna putih (sekiranya bertudung). o Kasut hitam. o Beg hitam.
48 • Pakaian Seragam Rasmi Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia • PAKAIAN RASMI: ❖ Baju Biru Kebaya atau Kurung. ❖ Tudung PPPM (sekirangnya bertudung). ❖ Penampang di dada sebelah kiri. ❖ Sekiranya Baju Kebaya-Baju menutupi punggung dan ukuran serong di hadapan baju adalah 3cm. ❖ Kain Baju Kebaya berlipat di hadapan tanpa belah. ❖ Kain untuk Baju Kurung bersusun di tepi kiri. PENAMPANG: ❖ Lencana dunia. ❖ Lencana Pemimpin (Emas). ❖ Lencana Waran. ❖ Lencana Seumur Hidup (sekiranya ada). ❖ Sekiranya seorang pemimpin adalah Pandu Puteri Raja, maka ia boleh memakai Lencana Pandu Puteri Raja. KASUT: ❖ Kasut "court" berwarna hitam (tutup di hadapan). ❖ Bertumit 1 ½ inci. BEG TANGAN: ❖ Berwarna hitam keluaran PPPM.
49 • Pakaian Rasmi Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia Semasa Acara Luar atau Semasa Perjalanan atau Perkhemahan BAJU: ▪ Baju Logo pemimpin Berwarna hijau dengan tanda bahu (flashes). SELUAR: ▪ Seluar 'slack" berwarna biru gelap. TUDUNG: ▪ Tudung hitam (plain) dimasukkan ke dalam baju (sekiranya bertudung). SKAF PANJANG ▪ Skaf panjang di leher menggunakan woggle PPPM. KASUT ❖ Kasut "court" berwarna hitam (tutup di hadapan). ❖ Bertumit 1 ½ inci. BEG TANGAN ➢ Berwarna hitam keluaran PPPM.