50 • Pakaian Tambahan untuk Perjalanan Semua Pesuruhjaya dan Pemimpin JAKET: Jaket kain hijau berlogo PPPM. Potongan stail bush jacket dengan potongan labuh hingga ke paras bawah punggung. SELUAR: Berwarna biru tua potongan lurus, kelepet biasa. Belah berzip di hadapan, dua kocek di tepi kanan dan kiri. Ben pinggang dengan tujuh pembawa tali pinggang. KOT/BLAZER: Warna biru tua sepasang dengan seluar, lapel biasa. Dua poket hadapan di bawah paras pinggang. Bahagian belakang berbelah slit di tengah belakang. Perlu lebih labuh sedikit jika jaket dipakai di luar. Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri (pertengahan di antara bahu dan siku). KASUT Kasut kulit/PVC berwarna hitam. Bertumit rendah (4-5cm). TUDUNG Tudung sutera dikenakan woggle. Collar pin atau brooch PPPM disematkan di bahagian dagu atau digunakan sebagai skaf -diikat di leher mengikut gaya yang disukai dengan menggunakan woggle atau brooch PPPM. AKSESORI DAN LENCANA Sepasang flash bahu “PANDU PUTERI MALAYSIA” dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri. Beg tangan rasmi PPPM.
51 LAGU-LAGU PANDU PUTERI ❖ LAGU DUNIA Link Lagu Dunia – Lagu Dunia Pandu Puteri Arah kita jelas kedepan, Bendera berkibar, Tidak berlipat di dunia, Harapan abadi, Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh, Selagi dunia masih ada, Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on, And see our flag on high, Its never furled throughout the world, For hope shall never die, We must unite for what is right, In friendship true and strong, Until the earth in its rebirth, Shall sing our song. Shall sing our song.
52 ❖ LAGU TAPS SIANG VERSI MELAYU DAN INGGERIS ❖ LAGU TAPS MALAM VERSI MELAYU DAN INGGERIS Melayu: Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, langit biru; Mana pergi, hidup kami, Tuhan saksi. English: Thanks and praise, for our days, Neath the sun, neath the stars, neath the sky; As we go, this we know, God is nigh. Melayu: Malam datang, slang hilang Dari laut, dari gunung, dari langit; Semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan. English: Day is done, gone the sun From the sea, from the hills, from the sky; All is well, safely rest, God is nigh. Link Lagu - Lagu Taps Siang Link Lagu - Lagu Taps Malam
53 LAGU-LAGU PANDU PUTERI TUNAS ❖ LAGU PANDU PUTERI TUNAS ❖ LAGU KUMPULAN BERENAM ❖ LAGU LOCENG PANDU PUTERI TUNAS SIANTAN: SIANTAN DATANG BERKAWAN, BERANI MACAM PAHLAWAN MELUR: MELUR TAAT DAN SETIA, BERUSAHA SETIAP MASA KENANGA: KAMI BERNAMA KENANGA, BERJASA BERTENAGA CEMPAKA: CEMPAKA BERSUKA RIA, MENOLONG ORANG DUKA TERATAI: TERATAI NAMA KAMI, BEKERJA SETIAP HARI KESIDANG: KAMI KESIDANG DATANG, MENOLONG PAGI PETANG LAGU LOCENG TUNAS PUTERI OH TUHANKU SERUAN HAMBAMU BERI KAMI NIKMAT SEPANJANG HAYAT SELAMAT TINGGAL (3X) LAGU PANDU PUTERI TUNAS PUTERI TUNAS BERTUJUAN MENOLONG DAN BERKAWAN Link Lagu – Lagu Pandu Puteri Tunas Link Lagu - Lagu Kumpulan Berenam Link Lagu – Lagu Loceng Pandu Puteri Tunas
54 BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUDNYA Lambang dan Warna Jalur Gemilang Maksud Anak bulan dan bintang Membawa maksud Islam sebagai agama rasmi Negara. Bintang Pecah 14 Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan. 14 Jalur Jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan. Warna biru Melambangkan perpaduan rakyat Malysia yang berbilang kaum. Warna merah Melambangkan keberanian dan bersedia dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta. Warna kuning Bermaksud Warna Diraja bagi Duli Yang Mala Mulia Raja-raja. Warna putih Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat dalam mengangkat nama negara ke persada dunia. Bendera Malaysia – Jalur Gemilang
55 BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DAN MAKSUDNYA Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bendera Pandu Puteri Malaysia dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, negeri, daerah mahupun sekolah, la juga dikibarkan di Rumah Pandu Puteri atau Pejabat Pandu Puteri kebangsaan atau negeri. Latar belakang keseluruhan bendera ini berwarna biru. Lencana Pandu Puteri Malaysia yang berwarna kuning emas diletakkan di tengah-tengahnya, la membawa maksud matahari menyinari setiap kanak- kanak di dunia. Perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengelilingi lencana tersebut.
56 BENDERA DUNIA DAN MAKSUDNYA Bendera Dunia Bendera Dunia lalah bendera rasmi WAGGGS. Penggunaannya diluluskan pada tahun 1930 di Persidangan Dunia yang diadakan pada tahun itu. Pepina dan Bendera Dunia yang baru ini diterima pada Mac 1991 selepas Upacara Perasmian PAX LODGE. Tiga petak kuning menyerang sederet di bahagian kanan bawah melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bahagian Putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri terhadap keamanan. Lencana Dunia berwarna kuning emas dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.
57 ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS ▪ LINGKUNGAN TUNAS ▪ ▪ UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI TUNAS ▪ COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (kakak setia / Siti Setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan. Peralatan yang diperlukan ialah pennant Tunas Puteri. Cara ahli masuk membentuk lingkungan adalah secara rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadat ini ialah lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu Lonceng Pandu Puteri Tunas. ❖ Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. ❖ Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja. ❖ Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan pandu puteri yang lain. ❖ Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. ❖ Seorang pandu puteri sentiasa berjimat cermat. ❖ Tolong Orang Selalu (TOS). ❖ Cogan Kata ini disebut setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.
58 ▪ LENCANA PERLANTIKAN PANDU PUTERI TUNAS ▪ LAGU-LAGU PANDU PUTERI TUNAS LAGU KUMPULAN Lagu Pandu Puteri Tunas Puteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan. Lagu Ahli Baharu Ahli Baharu suka hati, Menjadi Puteri Tunas. Lagu Loceng Pandu Puteri Tunas Oh Tuhanku seruan hambamu, Beri kami nikmat sepanjang hayat, Selamat Tinggal / Malam(3x).
59 ▪ ISTIADAT LINGKUNGAN PANDU PUTERI TUNAS 1. SEBELUM MEMBUAT LINGKUNGAN Kakak setia akan menentukan tempat membuat perjumpaan. Letakkan bendera Pandu Puteri Tunas (pennant). Tentukan tema kreativiti membentuk lingkungan. Beri masa ahli berbincang dalam Kumpulan. Setiap kumpulan berenam masuk dengan cara rekaan mengelilingi pennant/penanda dan berdiri di sebahagian lingkungan. 2. AHLI BAHARU Apabila semua kumpulan berenam Pandu Puteri Tunas telah berada dalam lingkungan, ahli baharu yang berada dalam kumpulan akan terus masuk ke tengah lingkungan dan duduk bertinggung di situ. LAGU PANDU PUTERI TUNAS Semua ahli pegang tangan Skip ke kiri dahulu dan nyanyi Lagu Pandu Puteri Tunas sampai habis. Kemudian skip ke kanan dan nyanyi sekali lagi. Setelah selesai, lepas tangan, menghadap ke dalam. Diadakan Di Awal Setiap Perjumpaan
60 3. SKIP KUMPULAN Tiap kumpulan akan masuk ke tengah untuk menyanyikan lagu kumpulan. Mula-mula masuk berskip, tanpa pegang tangan dan meng'humming' lagu kumpulan NA, NA, NA, NA, NA, NA.... (Irama Lagu Kumpulan). Setelah membentuk bulatan mengelilingi penanda, skip ke kiri sambal nyanyi lagu kumpulan dan skip sekali lagi ke kanan sambil menyanyikan lagu kumpulan. 4. SEMASA KELUAR Lepas tangan dan skip. Humming lagu kumpulan. Balik ke lingkungan didahului dengan ketua kumpulan. Kemudian kumpulan berikutnya masuk hingga selesai kumpulan keenam. 5. AHLI BAHARU Setelah semua kumpulan berenam selesai masuk dalam lingkungan, ahli baharu akan bangun, berpegang tangan dalam bulatan dan skip ke kiri sambil menyanyikan Lagu Ahli Baharu. Kemudian skip ke kanan dan menyanyikan lagu yang sama sekali lagi. Akhir sekali, skip sambil humming balik ke kumpulan asal masing-masing. Setelah semua kumpulan selesai menjalankan aktiviti ini, maka secara beramai-ramai sekali lagi pegang tangan (dalam lingkungan besar), skip ke kiri menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas hingga selesai, skip ke kanan menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas hingga selesai. Setelah selesai skip dalam lingkungan besar beramai-ramai. Semua ahli akan berdiri tegak, membuat isyarat pandu puteri dan berkata: “T.O.S, T.O.S, T.O.S" Kedudukan tangan tegak. Ahli baharu tak perlu beri isyarat hormat. Pemimpin boleh kata "TOS" sekali untuk beri petunjuk kepada ahli untuk memberi hormat TOS.
61 6. SETELAH SELESAI MEMBENTUK LINGKUNGAN Kakak setia akan membuat aktiviti berikut (masih dalam lingkungan). i. Memeriksa pakaian ahli tunas. ii. Mengutip yuran. iii. Memeriksa kebersihan ahli. BERSURAI Setelah semua aktiviti dijalankan, kakak setia bolehlah meminta ahli tunas bersurai. Arahan: Ahli Tunas keluar baris! Semua ahli ambil 1 langkah ke dalam pusing ke kanan dan bergerak bebas. Selepas itu, aktiviti mingguan boleh dibuat mengikut sukatan yang terdapat dalam modul prinsip asas. Pertandingan atau program khas juga boleh dijalankan. 7. TUTUP PERJUMPAAN MINGGUAN Di akhir perjumpaan semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan menyanyikan lagu Lonceng PP Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat akan menutup perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan besar. Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu Loceng Tunas. Ahli boleh keluar dari lingkungan menggunakan rekaan masing masing. Pemimpin boleh memberi arahan: Keluar baris! dan semua ahli keluar baris cara ladam kuda. Cara ahli keluar baris boleh dibuat juga secara rekaan.
62 ▪ PERLANTIKAN PANDU PUTERI TUNAS ▪ 1. UPACARA PERLANTIKAN PANDU PUTERI TUNAS ❖ Seorang ahli baru mestilah terlebih dahulu lulus Ujian Prinsip Asas dan lulus 4 lencana kecekapan yang ditetapkan sebelum dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas. ❖ Istiadat ini dijalankan oleh Kakak Setia atau Siti Setia yang berwaran. Pesuruhjaya atau mana-mana pemimpin yang berwaran juga boleh dijemput untuk melantik ahli baru. 2. CARA PERLANTIKAN AHLI BARU ❖ Istiadat Perlantikan ini dimulakan dengan Lingkungan Pandu Puteri Tunas. Semua Ahli Baru memakai pakaian seragam yang lengkap. ❖ Setelah selesai istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas, Siti Setia akan membawa Ahli Baru ke kolam (buatan jika tiada) yang disediakan di satu sudut tempat perlantikan. ❖ Di kolam, Ahli Baru dipusingkan oleh Siti Setia. 3. SKRIP UNTUK PERLANTIKAN AHLI BARU Ahli Baru Pusingkan saya dan tunjukkan saya rupa Pandu Puteri Tunas. Saya lihat dalam air,Nampak rupa saya sendiri. Ahli Baru dibawa ke hadapan Kakak Setia Siti Setia (Menghadap Kakak Setia dan memberi hormat) Kakak Setia, saya membawa Ahli Baru dari kumpulan.... yang telah lulus Ujian Prinsip Asas dan hendak menjadi Pandu Puteri Tunas. (Memberi hormat dan berundur ke tempatnya). Kakak Setia (Menghadap Ahli Baru) Adakah anda hendak menjadi Pandu Puteri Tunas? Ahli Baru Ya, saya hendak. Kakak Setia Apakah undang-undang Pandu Puteri Tunas? Ahli Baru Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. Pandu Puteru Tunas tidak mengikuti kehendak hati sahaja. Kakak Setia Tahukah anda apabila anda melafazkan Persetiaan Pandu Puteri Tunas, anda mesti selalu mematuhinya dan cuba sedaya upaya untuk menjalankannya? Ahli Baru Ya.
63 Kakak Setia Mari dekat dengan lambang ini (Pennant Pandu Puteri Tunas) dan lafazkan Persetiaan anda sebagai Pandu Puteri Tunas. Ahli Baru Dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia akan menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya, Malaysia, menolong orang setiap hari terutama mereka di rumah dan mematuhi Undang-undang Pandu Puteri Tunas. (Kakak Setia menyematkan Lencana di atas woggle) Kakak Setia Sekarang anda seorang Pandu Puteri Tunas dalam Pasukan ........... Saya yakin kamu akan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk kebaikan pasukan ini. Kakak Setia akan menghulurkan tangan kiri sambil berjabat tangan dengan Pandu Puteri Tunas. Kemudian Pasukan tersebut akan memberi tabik hormat kepada Pandu Puteri Tunas baru itu dan Pandu Puteri Tunas Baru akan membalas tabik hormat. Kemudian, dia akan dibawa ke Kumpulan Berenamnya.
64 ▪ HORMAT BESAR ➢ CARA MELAKSANAKANNYA Upacara ini adalah suatu upacara khas untuk menyambut dan mengalu-alukan atau memberi tahniah kepada orang seperti: • Pesuruhjaya dan pemimpin. • Ahli baru yang telah dilantik. • Pandu Puteri Tunas yang mendapat lencana. 1. Dimulakan dengan lingkungan Pandu Puteri Tunas. 2. Semua Pandu Puteri Tunas berdiri dalam lingkungan dengan tangan dalam bentuk kuntum bunga tertutup. 3. Tetamu khas akan diiring oleh sekumpulan kecil Pandu Puteri Tunas dan dibawa ke dalam lingkungan besar. a) Selepas tetamu khas berada di tengah lingkungan, semua Pandu Puteri Tunas akan beraksi seperti bunga berkembang besar. b) Semua bertepuk tangan di atas bahu sebelah kiri sebanyak 4 kali dan ucapkan “Selamat datang”. c) Bertepuk tangan di atas bahu sebelah kanan sebanyak 4 kali dan ucapkan “Selamat datang”. 4. Selepas itu, semua berdiri tegak dan memberi Isyarat hormat sambil tersenyum.
65 ▪ POW WOW ➢ CARA MELAKSANAKANNYA • Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow wow dikendalikan oleh pemimpin. 1. Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. 2. Ahli akan memberi respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali. 3. Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut. 4. Pemimpin beri arahan kepada ahli sekiranya mereka ingin memberi pendapat, letak tangan atas telinga seperti arnab (3 jari). 5. Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan dibelakang dan tunjukkan isyarat seperti gengam jari : tidak setuju / buka gengaman (setuju). 6. Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. 7. Apabila selesai pow wow semua ahli boleh berdiri dan bersurai.
66 ▪ TERBANG NAIK ➢ CARA MELAKSANAKANNYA • Upacara ini dijalankan selepas Pandu Puteri Tunas lulus Ujian Tangan Emas dan umurnya belum sampai 12 tahun tetapi sudah 11 1/2 tahun. Dia boleh mendapat lencana sayap untuk menjadi seorang Pandu Puteri Tunas. 1. Lingkungan Pandu Puteri Tunas diadakan pada hujung tempat perjumpaan menghadap Tapak Kuda Pandu Puteri Remaja. 2. Pek Pandu Puteri Tunas mengadakan Upacara Sambutan, kemudian Kakak Setia menyematkan lencana sayap kepada Pandu Puteri Tunas yang akan terbang naik itu. 3. Pandu Puteri Tunas beraksi sebagai burung terbang mengelilingi lingkungan, kemudian diiringi ke arah Tapak Kuda Pandu Puteri Remaja. 4. Ketua Pandu Puteri Remaja akan menghadapnya serta bertanya. "Dengan apa anda datang ke mari?" 5. Pandu Puteri Remaja menjawab, "Dengan lencana sayap ini saya datang menjadi seorang Pandu Puteri Remaja." 6. Kemudian Ketua Pandu Puteri Remaja itu mengenalkan dia kepada Pasukan Pandu Puteri Remaja. 7. Akhir sekali Pek Pandu Puteri Tunas dan Pandu Puteri Remaja itu bolehlah mengadakan kegiatan yang lain untuk memeriahkan upacara itu.
67 ISTIADAT LADAM KUDA & BENDERA ANTARA ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA: • ISTIADAT BENDERA • ISTIADAT LADAM KUDA ISITIADAT BENDERA (PERLANTIKAN AHLI BARU) ISITIADAT LADAM KUDA Seiring dengan namanya “Istiadat” beberapa perkara perlulah dipatuhi: 1. Perlu memakai pakaian seragam lengkap semasa istiadat menaikkan bendera. 2. Biasanya istiadat menaikkan bendera dibuat dalam bentuk ladam kuda. 3. Semasa perkhemahan, bendera dikibarkan dari pagi hingga matahari terbenam. Bila matahari terbenam bendera perlu diturunkan. Bermulanya hari baru, bendera akan dinaikkan semula. 4. Jika semasa mesyuarat atau perjumpaan, Istiadat menaikkan bendera dilakukan semasa pembentukkan ladam kuda iaitu aktiviti pertama perjumpaan, kemudian diturunkan semula setelah tamat perjumpaan atau kursus. ❖ Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain. ❖ Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda.
68 a) Cara Pertama (Untuk Pasukan Kecil, kurang dari 20 ahli) Arahan: 1. Pasukan (Pasukan menghadap Kapten dalam keadaan SEDIA). 2. Ketua, masuk baris. (Kedua Kumpulan berbaris di hadapan Kapten bahu ke bahu). 3. Pasukan, masuk baris! (Kumpulan masuk baris di belakang Ketua masing-masing dan berada di dalam keadaan senang diri). 4. Pasukan, sedia. 5. Pasukan, hentak kaki..... hentak! (Arahan ini diberi jika pasukan belum mahir berkawat) . 6.Pasukan ke Ladam Kuda, cepat jalan! (Kumpulan 1 dan 4 mula bergerak dari tepi untuk membentuk ladam kuda, diikuti oleh Kumpulan 2 dan 3). Petunjuk:
69 Kumpulan 1 dan 4 mengetuai pergerakan kawat membentuk Ladam Kuda. Kumpulan 2 ikut belakang Kumpulan 1 sambil Kumpulan 3 mengekori Kumpulan 4. Kumpulan 1 dan 4 akan bertemu dan berselisih di puncak Ladam Kuda dan terus berkawat hingga tiba di kedudukan yang bertentangan dengan kedudukan permulaan. 7. Pasukan, berhenti. 8. Ke dalam pusing.
70 b) Cara Kedua (Untuk Pasukan Besar) Arahan: Kapten mengambil tempat ke kiri tiang bendera jaraknya bergantung kepada bilangan ahli yang ada. Kapten dalam keadaan SEDIA semasa memberi arahan. 1. Kapten: Pasukan! (Ahli Pasukan menghadap Kapten dalam keadaan SEDIA) Pasukan Panji-Panji, masuk baris! (Pasukan Panji-Panji berdiri 4 langkah sebaris di hadapan Kapten dalam keadaan SEDIA. Kapten kemudian bergerak ke tiang bendera, berpusing ke belakang semula untuk menghadap pasukan). 2. Kapten: Pasukan, masuk baris! (Terus berada dalam keadaan SENANG DIRI). Pasukan, sedia! 3. Kapten: Pasukan, hentak kaki, hentak! (Hanya untuk Pasukan yang belum mahir berkawat). 4. Kapten: Pasukan ke Ladam Kuda, cepat jalan! (Ahli Pandu Puteri maju ke hadapan dari sebelah kanan dan kiri pengiring sehingga Ladam Kuda terbentuk dengan baik). 5. Kapten: Pasukan Berhenti! 6.Kapten: Ke dalam, Pusing!
71 7. Kapten: Pasukan Panji-panji, jalankan tugas. (Pembawa Panji-Panji yang di tengah memberi arahan kepada pengiring panjipanji di kiri dan kanan secara perlahan untuk didengari oleh Pasukan Panji- Panji sahaja). Pembawa Panji-panji: Pasukan Panjipanji, cepat jalan. (Mereka bertiga berjalan terus ke tiang bendera). Berhenti! Ketua PP mengambil satu langkah ke hadapan untuk mengibarkan bendera, ahli memberi Isyarat kepanduan dan Lagu Dunia dinyanyikan. Perhatian: Pasukan Panji-panji tidak memberi isyarat dan tidak menyanyi. 8. Selepas nyanyian lagu Dunia, tali bendera dililitkan oleh Ketua pasukan Panji-panji. Dia berundur satu langkah ke belakang dan memberi arahan: Pasukan Panji-panji, hormat bendera, hormat! 9. Ketua PP memberi arahan: Pasukan Panji-panji, ke belakang pusing! Cepat jalan! (Pasukan Panji-panji balik ke tempat asal masing-masing). Ketua PP: Berhenti! Ke belakang, pusing!
72 https://youtu.be/DQlMExwix5I?si=XwRD3AXdOAh6XYsD ❖ Kemudian, Kapten meneruskan Istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seterusnya seorang ahli lain untuk memberi kata-kata hikmat. ❖ Kapten akan memberi ucapan/taklimat. ❖ Kapten memberi arahan seterusnya: Kapten: Pasukan, keluar baris! (Semua ahli Pandu Puteri ambil satu langkah ke hadapan dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar daripada Ladam Kuda). ❖ Sekiranya hendak bersurai, Kapten memberi arahan: Kapten: Pasukan Bersurai! (Semua ahli Pandu Puteri ambil satu langkah ke hadapan dengan kaki kiri, rapatkan kaki, beri Isyarat Pandu Puteri, pusing ke kanan dan terus keluar daripada Ladam Kuda untuk bersurai). Video Istiadat Ladam Kuda – Istiadat Ladam Kuda
73 II. SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI
74 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA Struktur Organisasi PPM
75 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM ❖ PENGURUSAN MAJLIS TADBIR UNIT BERUNIFORM IPG KPM (MTUB- IPG KPM) ❖ Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Insaniah, Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPG KPM. ❖ MTUB, IPG KPM dianggotai oleh Pengerusi dan Penyelaras Enam (6) Unit Beruniform iaitu Pengakap, Pandu Puteri Kadet, Pergerakan Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan KorSISPA. ❖ MTUB, IPG KPM membantu dalam memperkasa kemahiran Insaniah dalam kalangan pelajar. Antaranya: 1. Kemahiran asas 2. Kepengelolaan 3. Kejurulatihan 4. Kepegawaian 5. Kesukarelawanan 6. Kenegaraan 7. Kepimpinan 8. Kerohanian
76 ❖ STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM
77 ➢ Ahli Lembaga Eksekutif Cawangan (LEC) Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi 2022 hingga 2024
78 ➢ Senarai Nama Pesuruhjaya IPG Kampus Tahun 2022
79 ❖ TANGGUNGJAWAB PESURUHJAYA KAMPUS DAN PEMIMPIN PASUKAN PANDU PUTERI KADET TUGAS AM Bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan IPG KPM dan Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di mana perlu untuk perkembangan, kemajuan, kebajikan dan latihan ahli dan pemimpin selaras dengan prinsip, organisasi dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. TUGAS KHAS 1. Untuk memberi sokongan, bimbingan dan nasihat kepada ahli-ahli Pandu Puteri Kadet di kampusnya dalam bidang kuasa : a. Penyediaan rancangan-rancangan untuk memenuhi objektif, tujuan, matlamat, visi dan misi Persatuan Pandu Puteri Malaysia. b. Perkembangan pergerakan Pandu Puteri Kadet. c. Program dan aktiviti Latihan. d. Latihan pemimpin. 2. Mempromosikan kemasukan ahli baru bagi Pandu Puteri Kadet. 3. Merekod dan menguruskan pendaftaran beserta yuran ahli-ahli dan pemimpin Pandu Puteri kampus pada setiap tahun. 4. Menyimpan data-data berkaitan ahli-ahli dan pemimpin bagi Pandu Puteri kampus. 5. Menggalakkan kemajuan ahli-ahli Pandu Puteri kampus supaya mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kampus, cawangan dan juga induk Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
80 6. Menyelia secara am segala aktiviti Pandu Puteri kampus. 7. Bersama-sama dengan pemimpin Pandu Puteri kampus menilai pencapaian kumpulan/kadet. 8. Bekerjasama dan menjaga hubungan baik dengan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persekutuan Pengakap, Pergerakan Puteri Islam, KorSISPA, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan pemimpin masyarakat amnya. 9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Cawangan IPG KPM. 10. Menyokong secara aktif pasukan Latihan. 11. Menyimpan rekod latihan setiap pemimpin di kampusnya. 12. Menyediakan dan menghantar laporan aktiviti tahunan kampus untuk direkodkan oleh Setiausaha Kehormat Cawangan pada setiap hujung tahun. 13. Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Cawangan.
81 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG PM Struktur Organisasi PPM Cawangan IPG PM
82 SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOSIATION GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) 1909 Muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan pengakap di Crystal Palace bagi menjadi pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari tersebut. Pengasas pergerakan Pengakap telah tertarik dengan “pengakap perempuan” tersebut dan seterusnya memilih nama “Girl guides” dengan rujukan kepada Guides Corps di India. 1910 Agens iaitu adik Baden-Powell telah mengadaptasikan buku “Scouting for Boys” untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya melahirkan pergerakan Pandu Puteri. 1918 Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom setelah berkahwin dengan Sir Robert lalu meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. 1919 Olave Baden-Powell telah membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada Wagggs bagi menyatukan semua ahli. Pada Ketika itu, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave dilantik sebagia Ketua Pandu Puteri Sedunia. Logo WAGGS
83 1920 Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan setelah majlis itu mendapat sambutan yang sangat baik. Persidangan ini diadakan bagi bertujuan untuk Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran serta pengalaman. Hal ini telah menyebabkan mereka telah mula merancang lawatan ke luar negara buat kali pertama kali. 1924 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan yang kini dikenali sebagai “Our World News”. 1926 Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat, wakil dari beberapa negara telah berjumpa dengan Baden- Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. 1928 Baden-Powell telah mendapatkan pendapat daripada semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri sebelum mengadakan Persidangan Antarabangsa kelima di Hungary. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara telah membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia di London yang berfungsi sebagai urus setia. 1930 Bendera dunia telah dikibarkan untuk kali pertama di persidangan Dunia di United Kingdom. 1931 Keahlian persatuan ini telah melebihi satu juta setelah pergerkana ini terus berkembang dengan pesat. 1932 Pusat Dunia yang pertama dibuka. 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri diadakan di Hungary.
84 1945 Pergerakan ini telah dihidupkan semula dan terus berkembang setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan. Lord Bawell-Powell telah meninggal dunia pada waktu itu. 1957 Pembukaan Our Cabana. 1966 Pembukaan Sangam pada tahun 1966. 1977 Olave Baden-Pawell telah meninggal dunia pada waktu itu. WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urus setia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge) sempena mengingati beliau. 1985 70 tahuan Kepanduan disambut seluruh dunia. 1988 Sambutan 60 tahun WAGGGS.
85 ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH ❖ DEFINISI ❖ PROGRAM PANDU PUTERI TUNAS (PPT) • Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 3,4,5, dan 6. Di sekolah terdapat banyak unit beruniform ditubuhkan. Antara unit beruniform yang ditubuhkan di sekolah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, Puteri Islam, Bulan Sabit Merah Malaysia dan sebagainya. KURIKULUM UNIT BERUNIFORM • Program Pandu Puteri Tunas ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: o Prinsip Asas Pandu Puteri. o Skim Lencana Kecekapan. • Program Pendidikan Pandu Puteri Tunas menawarkan lencana-lencana kecekapan yang dikategorikan mengikut lima elemen, iaitu: o Budaya dan Kreativiti. o Cabaran dan Kecergasan. o Sains dan Teknologi. o Agen Perubahan. o Hubungan Keluarga dan Masyarakat. • Skim Lencana Kecekapan Kolektif antaranya adalah: o Lambang Budaya dan Kreativiti. o Lambang Cabaran dan Kecergasan. o Lambang Sains dan Teknologi. o Lambang Agen Perubahan. o Lambang Hubungan Keluarga dan Masyarakat.
86 ▪ Lencana Kecekapan Mengikut 5 Elemen (HUBUNGAN KELUARGA DAN MASYARAKAT) (BUDAYA DAN KREATIVITI) (CABARAN DAN KECERGASAN) (AGEN PERUBAHAN) (SAINS DAN TEKNOLOGI) Lencana Kolektif PPT
87 ▪ Prinsip Asas Pandu Puteri Tunas Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah: 1. Mengetahui, menghayati dan mengamalkan: a. Pesertian; b. Undang-undang; c. Cogan Kata; d. Isyarat dan Hormat; e. Berjabat Tangan. 2. Mengetahui dan memahami: a. Logo, Lencana dan Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia; b. Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia(WAGGGS), Lencana Dunia serta Bendera Dunia. 3. Mengenal dan mengetahui makna Bendera Malaysia dan menamakan bendera semua negeri di Malaysia. 4. Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri. 5. Memperoleh Lencana Kecekapan Kawad dan Istiadat. 6. Memperoleh Lencana Kecekapan Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas. 7. Memperoleh Lencana Kecekapan Sahabat Pandu Puteri Tunas. 8. Memperoleh Lencana Kecekapan Bercerita. CATATAN: Perlantikan Sebagai Pandu Puteri Tunas Ahli yang menyempurnakan syarat 1.1 hingga 1.8 layak dilantik sebagai ahli Pandu Puteri Tunas.
88 ▪ Anugerah TOPAZ I ▪ Anugerah TOPAZ II Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperolehi lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz I: 1. Lencana Kecekapan Pembuat Simpulan. 2. Lencana Kecekapan Pelayan Tetamu 3. Lencana Kecekapan Pencegah Kemalangan. 4. Satu lencana Suistanable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2, 7, 13, 14 atau 15. 5. Satu lencana kecekapan yang belum dicapai daripada elemen Budaya dan Kreativiti. CATATAN: Ahli Pandu Puteri Tunas yang menyempurnakan syarat 2.1 hingga 2.5 layak menerima AnugerahTopaz I. Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperolehi lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz II: Lencana Kecekapan Pereka Alat Permainan. Lencana Kecekapan Ahli Rumah Tangga. Lencana Kecekapan Pemerhati. Lencana Kecekapan Kesihatan. Lencana Kecekapan Gera Up. Sekurang-kurangnya satu lencana WAGGGS daripada pilihan yang berikut: a. Stop The Violence(STV). b. Free Being Me(FBM). c. Action On Body Confidence(ABC). d. Surf Smart . CATATAN: Ahli Pandu Puteri Tunas yang menyempurnakan syarat 3.1 hingga 3.6 layak menerima AnugerahTopaz II.
89 ▪ Anugerah TOPAZ III ▪ Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya Cawangan ➢ Calon perlu hadir dan lulus Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz III: Lencana Kecekapan Patriotisme. Lencana Kecekapan Pendobi Pakaian. Lencana Kecekapan Jurumasak. Lencana Kecekapan Sustainable Development Goal (SDG) untuk PanduPuteri Tunas daripada SDG 2, 7, 13, 14 atau 15. Satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Cabarandan Kecergasan. Satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Sains dan Teknologi. CATATAN: Ahli Pandu Puteri Tunas yang menyempurnakan syarat 4.1 hingga 4.6 layak menerima AnugerahTopaz III BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN Syarat-syaratnya ialan calon: Perlu berada dalam Tahun 5. Perlu menganuti agama atau mempunyai kepercayaan kerohanian. Telah dilantik. Telah memperoleh Anugerah Topaz I dan Anugerah Topaz II. Telah memperoleh dua lencana kolektif. Telah menyertai sekurang-kurangnya satu perkhemahan Pandu Puteri Tunas anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (pada mana-mana peringkat) Telah menghantar Jurnal Progresif dan buku log untuk disemak di peringkat cawangan. Perlu melengkapkan dan menghantar Borang Pencalonan Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Cawangan ke Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
90 ▪ Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya ➢ Calon perlu hadir dan lulus Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya. BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA Syarat-syaratnya ialan calon: Perlu berada dalam Tahun 5 atau Tahun 6. Perlu menganuti agama atau mempunyai kepercayaan kerohanian. Telah memperoleh Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Telah menyertai atau membantu dalam acara Pandu Puteri di peringkat sekolah, zon / daerah, cawangan atau kebangsaan. Telah memperoleh Anugerah Topaz III. Telah memperoleh lima lencana kolektif. Telah menghantar Jurnal Progresif, buku log dan Buku Log Peribadi untuk disemak di peringkat kebangsaan. Perlu melengkapkan dan menghantar Borang Pencalonan Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya ke Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. BUKU LOG PERIBADI Tahap penglibatan sebagai Pandu Puteri Tunas di peringkat: Sekolah (sekurang-kurangnya empat kali). Daerah (sekurang-kurangnya dua kali). Cawangan (sekurang-kurangnya dua kali). Kebangsaan (sekurang-kurangnya satu kali). Antarabangsa (sekurang-kurangnya satu kali). Khidmat Khas (bonus).
91 ▪ Upacara Terbang Naik ▪ Upacara Terbang Naik ialah satu upcara Pasukan Pandu Puteri Remaja menyambut ahli-ahli Pandu Puteri Tunas yang memenuhi syarat-syarat di bawah: Calon berjaya memperoleh Anugerah Ketua Pesuruhjaya. Calon mesti berada pada akhir Tahun 6. Calon dapat mengenal pasti sekolah menengah yang akan mereka pergi semasa berada dalam tingkatan satu. Pasukan Pandu Puteri Remaja sekolah menengah tersebut sudi menerima Pandu Puteri Tunas berkenaan. Ahli-ahli Pandu Puteri Tunas menerima Lencana Sayap apabila mereka “terbang” dari Lingkungan Pandu Puteri Tunas ke Ladam Kuda Pandu Puteri Remaja.
92 ❖ CONTOH RANCANGAN PROGRAM PANDU PUTERI TUNAS DI SEKOLAH RENDAH TAHUN RANCANGAN PROGRAM TAHUN 3 Pra Persetiaan 1. Persetiaan, Undang-undang, Cogan Kata, Isyarat,Hormat, Berjabat Tangan. 2. Senyuman dan Khidmat. 3. Lingkungan Pandu Puteri Tunas, UpacaraPerlantikan Pandu Puteri Tunas, Hormat Besar, Pow-Wow dan Terbang Naik. 4. Cerita asal usul “ Brownie” dan Pandu Puteri Tunas. 5. Persahabatan Pandu Puteri Tunas. 6. Khidmat - menolong orang lain setiap hari. Calit Emas 1. Simpulan: ❖ Lilit mati biasa ❖ Buku Sila ❖ Ikatan Bunga Geti ❖ Lilit Dua Simpul ❖ Lilit Manuk 2. Bendera Malaysia, Bendera Negeri sendiri, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Bendera Dunia WAGGGS. 3. Mendandan perca kain dan tali. 4. Menyediakan meja makan dan membasuh pingganmangkuk untuk empat (4 ) orang. 5. Pandu Puteri Tunas ( Brownie ) Antarabangsa. TAHUN 4 Calit Emas 6. Undang-undang jalan raya. 7. Menjaga kebersihan diri. 8. Membuat Pergerakan fizikal 9. Kasih sayang – Keluarga. 10. Bercerita alam semulajadi.
93 Tangga Emas 1. Permainan Kim. 2. Penggunaan Kompas. 3. Melipat baju. 4. Membersihkan kasut. 5. Penyampaian Perutusan. 6. Kehidupan berkeluarga. TAHUN 5 Tangan Emas 1. Lagu Kebangsaan “Negaraku”. 2. Isyarat wisel dan isyarat tangan. 3. Menyalakan api dan menjerang air. 4. Membasuh dan menyeterika baju. Lencana Kecekapan Individu Perkhemahan. Cuti Pasukan Pandu Puteri Tunas. TAHUN 6 Lencana Kecekapan Individu.
94 III. PERANCANGAN TAHUNAN
95 PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS DI SEKOLAH RENDAH: BULAN TOPIK OBJEKTIF AKTIVITI FEBRUARI Pendaftaran Mendaftar ahli baru dan pembahagian kumpulan. Mendaftar ahli baru. Pembahagian kepada 6 kumpulan (Melur, Teratai, Kenanga, Kesidang, Siantan dan Cempaka). Pengenalan kepada pakaian Pandu Puteri Tunas. Nyanyian lagu Dunia. FEBRUARI Buku Log Menyemak kandungan buku log. Murid meyediakan buku log dengan: o Biodata/Profil diri. o Lencana Dunia. o Lencana Pandu Puteri Tunas. o Lambang Kumpulan Berenam sendiri. MAC Calit Emas Pengenalan kepada Simpulan Buku Sila, Bunga Geti, Lilit Dua Simpul, Lilit Pemati Mudah, Ikatan Pemukat dan Lilit Manuk. Simpulan o Simpulan Buku Sila, Bunga Geti, Lilit Dua Simpul, Lilit Pemati Mudah, Ikatan Pemukat dan Lilit Manuk. APRIL Kawad Kaki Pendedahan kawad kaki kepada murid tahun 6. Membuat latihan kawad kaki. APRIL Pertandingan Menyertai Menyertai Pertandingan
96 Kawad Kaki pertandingan. Kawad Kaki peringkat sekolah. MEI Calit Emas Mengenal cara mendandan kain perca dan tali. Ahli membuat dandanan dengan kain perca dan tali. Ahli menunjukkan hasil kerja JUN Calit Emas Pendedahan mengenai penjagaan kesihatan diri. Menyediakan poster COVID 19. Memasukkan maklumat terkini mengenal COVID 19 ke dalam buku log. JULAI Tangga Emas Kemahiran Rumah Tangga- jahitan. Menjahit - jelujur/lilit ubi dan menjahit butang lubang 2, butang lubang 4. Menghasilkan topeng muka. OGOS Tangga Emas Kemahiran Rumah Tanggamenyediakan sarapan pagi. Menyediakan sarapan pagi dengan air. Menghias meja. SEPTEMBER Tangga Emas Kreativiti menyediakan pakaian Kitar Semula dari bahan yang boleh dikitar semula. Murid dalam kumpulan menyediakan pakaian yang menggunakan bahan Kitar Semula. OKTOBER Tangga Emas Kreativiti mendandan muka. Setiap kumpulan memilih seorang wakil murid dan mendandan mukanya. OKTOBER Asas Perkhemahan Mempelajari teknik pemasangan khemah. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid memasang khemah. NOVEMBER Hari Bakat Mencari bakat ahi Pandu Puteri Tunas dalam beberapa pertandingan. Menyertai pertandingan pakaian beragam, bercerita Brownie, Karaoke dan dandanan. Pemenang menerima hadiah.
97