KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kolej Vokasional Temerloh, Kolej Vokasional Puteri & Kolej Vokasional Pertanian Chenor
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL PERKARA
1 Kata-Kata Aluan 2
(Pengerusi Pengarah Kolej Vokasional Zon Pahang)
2 Kata-Kata Aluan 3
(Pengarah Kolej Vokasional Puteri)
3 Kata-Kata Aluan 4
(Pengarah Kolej Vokasional Temerloh)
4 Laporan Program 5
5 Gambar-Gambar Untuk Rujukan 6
- Penyampai Skroll Diploma/ Vvip 7
- Tetamu Vip 8 - 11
- Cokmar Majlis Konvokesyen 12
- Pemakaian Jubah 13
6 Pelan Kedudukan Para Jemputan Di Atas Pentas
7 Teks Ucapan Pengistiharan Graduan 14 - 18
8 Teks-Teks Ucapan Semasa Majlis Konvokesyen 19
Berlangsung
20
9 Atur Cara Pentadbiran Pembukaan 21 - 22
Majlis Konvokesyen 23 - 24
25 - 26
10 Graduan Terbaik Peringkat Kebangsaan: 27 - 28
- Graduan terbaik KV Temerloh 29 - 30
- Graduan terbaik KV (Pertanian) Chenor 31 - 32
33 - 96
11 Senarai Nama Graduan KV Temerloh
12 Senarai Nama Graduan KV (Pertanian) Chenor 97
13 Senarai Nama Graduan KV Puteri 98
14 Jawatankuasa Pelaksana Majlis Konvokesyen
15 Laporan Jawatankuasa Kerja 99 - 103
16 Lampiran 104 - 116
17 Kertas Kerja 117 - 119
120 - 128
Majlis Konvokesyen 129 - 131
18 Minit Curai
19 Jawatankuasa Kerja Majlis Konvokesyen
20 Surat Panggilan Mesyuarat
21 Penilaian Program
22 Lensa Kamera
23 Penghargaan
ii
KATA-KATA ALUAN
TN. ROSLI BIN SHA’BAN
(Pengerusi Pengarah Kolej Vokasional Zon Pahang)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Sekalung ucapan tahniah kepada semua pihak dan seluruh warga kerja
Kolej Vokasional Pertanian Chenor, Kolej Vokasional Puteri dan Kolej
Vokasional Temerloh yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam
merealisasikan Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Ke-6 2021 yang
bermakna ini bagi meraikan kejayaan para graduan, para pendidik serta
pengorbanan ibu bapa yang telah membentuk insan intelek masa depan
yang murni sahsiahnya. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada
semua graduan yang telah berjaya mengikuti dan menamatkan pengajian
mereka di dalam bidang masing-masing. Para graduan telah berjaya menghadapi segala bentuk
cabaran di kolej vokasional ini bagi mencapai apa yang telah dicita-citakan. Kejayaan yang
diperolehi bukan sahaja untuk merebut peluang pekerjaan, tetapi kemahiran tersebut dapat
disumbangkan semula kepada negara.
Majlis konvokesyen ini adalah merupakan platform permulaan bagi graduan mengorak langkah
mempersiapkan diri dengan sikap yang proaktif, kreatif dan mampu berdaya saing dalam
memartabatkan Pendidikan TVET negara ke satu tahap yang lebih tinggi. Ini memastikan
graduan kolej vokasional kekal relavan dengan kemahiran terkini dan berupaya menceburi bidang
pekerjaan untuk memenuhi kehendak pasaran semasa ataupun melanjutkan pengajian di
peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian awam dan swasta.
Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin mencabar, kolej vokasional komited
untuk melahirkan graduan yang seimbang, kompeten dan berdaya saing di pasaran pekerjaan.
Dalam merealisasikan harapan ini, pelbagai kerjasama strategik dan kolaborasi bersama industri
telah dijalinkan bagi memastikan graduan mempunyai kualiti dan memenuhi kehendak majikan
dan industri.
Modal insan menjadi fokus dan agenda utama kepimpinan negara untuk merealisasikan semua
pihak termasuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan tidak terkecuali kepada semua pelajar. Hal
ini penting bagi meningkatkan kesediaan para pelajar kolej vokasional untuk berkhidmat di dalam
pelbagai bidang industri yang mereka bakal tempuhi. Kepada semua graduan, hari
penganugerahan ini pasti akan dikenang selamanya. Tapi janganlah ia sekadar kenangan
semata-mata malah, jadikan ianya detik permulaan untuk memberi sumbangan kepada keluarga,
bangsa dan tanah air.
Besarlah harapan saya agar para graduan menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk terus
kompetetif dalam bidang kerjaya mahpun bidang-bidang pendidikan. Saya mendoakan para
graduan yang diraikan beroleh pekerjaan yang setimpal dengan kemahiran dan ilmu yang
dipelajari. Tahniah dan Syabas sekali lagi kepada semua graduan.
Sekian, Terima Kasih.
1
KATA-KATA ALUAN
HAJAH NAJDAH BINTI ISMAIL
(Pengarah Kolej Vokasional Puteri)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan
Kolej Vokasional Puteri kerana telah berjaya menamatkan pengajian
dengan cemerlang dalam program Seni Reka Fesyen dan Seni Kulinari.
Kini tibalah masanya para graduan diraikan dengan penuh bersejarah
serta gilang gemilang secara dalam Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional
Kali -6 2021. Majlis Konvokesyen pada kali ini, walaupun tidak dapat
diraikan bersama-sama dengan dengan ibu bapa penjaga, namun
gabungan daripada tiga buah kolej iaitu Kolej Vokasional Puteri, Kolej Vokasional Temerloh dan
Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor amatlah bermakna bagi semua warga kolej vokasional
khasnya di Zon Pahang.
Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kali-6 2021 ini juga, amatlah bererti kepada tenaga
pengajar di Kolej Vokasional Puteri khasnya, kerana kegigihan graduan yang telah berjaya
menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing walaupun berdepan dengan pelbagai
cabaran sepanjang tempoh pengajian di era pandemik COVID -19 ini. Kejayaan ini, menjadi titik
permulaan kepada para graduan dalam menempuh kehidupan alam pekerjaan yang lebih
mencabar. Besar harapan saya agar para graduan bersedia menghadapi gelombang Revolusi
Industri Keempat (Industri 4.0) dan segala cabarannya untuk memajukan negara. Saya yakin
dengan sikap kompetitif dan bijak mengambil peluang menjadikan graduan yang diraikan dalam
majlis ini , khasnya para graduan Kolej Vokasional Puteri menjadi pilihan utama pihak industri
maupun sebagai peneraju utama dalam bidang keusahawanan.
Industri 4.0 mencakupi pelbagai penemuan baharu yang bakal merancakkan kemajuan landskap
dunia moden termasuklah dalam bidang hospitaliti. Graduan bukan sahaja perlu mahir dalam
tindakan malah perlu berhemah dalam pertuturan, malah perlu pintar dalam menanggani emosi
bagi menjadi pekerja cemerlang. Oleh itu, sebagai sebuah Institusi TVET, Kolej Vokasional Puteri
diharap dapat menyerlahkan kewibawaan sebagai medan daya yang memacu pembangunan
dan pemodenan negara khasnya dalam pembangunan model insan TVET.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan yang telah
berjaya dan jadikan hari ini sebagai titik mula untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Seterusnya kepada semua jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini
serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam meraikan kejayaan
para graduan daripada ketiga-tiga kolej di Zon Pahang saya ucapkan ribuaan terima kasih.
Sekian.
2
KATA-KATA ALUAN
TS EN ANUAR BIN M LELA
(Pengarah Kolej Vokasional Temerloh)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan
rahmat-Nya, kita berpeluang bersama-sama dalam Majlis Konvokesyen
Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia kali ke-6 2021.
Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa
konvokesyen dengan gabungan 3 buah kolej vokasional iaitu Kolej
Vokasional Puteri, Kolej Vokasional Temerloh dan Kolej Vokasional
Pertanian Chenor kerana telah bertungkus lumus merancang dan menjayakan majlis ini.
Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ahlan wa sahlan kepada para graduan. Adalah
diharapkan majlis konvokesyen ini memberikan kesan yang cukup bermakna kepada para
graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing biarpun
berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pengajian di era pandemic COVID-19 ini. Dalam
dunia realiti, para graduan harus bersaing secara sihat dan mempunyai kemahiran yang tinggi
untuk menyelesaikan masalah diri serta organisasi, berperwatakan dan berperibadi mulia. Para
graduan harus mengutamakan penggunaan daya intelek, tinggi daya fikir, bersikap ilmiah serta
berupaya menghadapi apa jua situasi dan rintangan. Harapan negara kepada para graduan
amatlah tinggi kerana kepada merekalah tanggungjawab mengurus kemajuan negara pada masa
hadapan dan mereka juga menentukan arah kecemerlangan negara tercinta, Malaysia.
Saya mewakili pihak pengurusan tertinggi kolej meletakkan keyakinan yang tinggi kepada semua
pensyarah kolej vokasional untuk bersama-sama melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi
yang mempunyai keterampilan diri yang terpuji. Kepada tenaga pengajar kolej vokasional, saya
mengucapkan syabas dan tahniah kerana telah menabur bakti dalam mendidik dan mengasuh
para graduan. Tidak dilupakan juga, ucapan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa dan
keluarga yang telah memberi sokongan sepanjang pelajar berjuang menuntut ilmu di kolej
vokasional.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PIBG, pihak industri, swasta dan
agensi-agensi kerajaan yang telah memberikan kejasama kepada KPM, khasnya kolej vokasional
dalam mengimplementasikan Transformasi Pendidikan Vokasional khususnya dalam memberi
peluang kepada para pelajar menjalani Latihan OJT.
Kepada semua graduan, jadikan hari ini titik mula untuk berbakti kepada keluarga, agama,
bangsa dan negara. Jadilah insan yang hebat akhlak dan ilmunya. Semoga kejayaan ini juga
menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang, Insya-Allah.
Sekian, Terima Kasih.
3
LAPORAN PROGRAM:
Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional ke-6 2021 telah berlangsung dengan jayanya pada
19 Februari 2022 bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh. Majlis Konvokesyen yang
julung kali diadakan dengan gabungan 3 buah kolej vokasional iaitu Kolej Vokasional
Temerloh, Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor dan Kolej Vokasional Puteri ini sudah
pastinya telah menempa sejarah bagi graduan-graduan yang menerima segulung
diploma pada majlis tersebut. Dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh
jawatankuasa pelaksana dan jawatankuasa kerja, seramai 205 graduan daripada ketiga-
tiga buah kolej vokasional telah berjaya dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia
yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Norolazali bin Sulaiman,
Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.
Tahniah kepada semua jawatankuasa pelaksana dan jawatankuasa kerja di atas
sumbangan dan usaha untuk merealisasikan Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional ke-6
2021.
NAMA PROGRAM :
➢ Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional ke-6 2021
TARIKH :
➢ 19 Februari 2022
MASA :
➢ 7.30 pagi – 1.00 petang
TEMPAT :
➢ Dewan Tun Razak, Temerloh
KUMPULAN SASARAN :
➢ Pelajar DVM ambilan 2019
JUMLAH GRADUAN :
➢ 205 orang
RASIONAL PROGRAM:
➢ Meraikan para graduan yang telah tamat pengajian tahun 2021
IMPAK :
➢ Memberi peluang kepada orang luar untuk mengenali lebih dekat tentang kolej
vokasional.
➢ Meningkatkan prestasi graduan kerana diraikan oleh warga KV setelah 4 tahun
pengajian mereka di kolej vokasional.
4
PENYAMPAI SKROL DIPLOMA
Yang Berhormat
Dato’ Seri Norolazali bin Sulaiman,
Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja Raya,
Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.
(Mewakili Yang Berhormat Menteri Besar Pahang)
5
TETAMU VIP
Yang Berusaha
Puan Rose Lina binti Ismail
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Professionalisme TVET,
Sektor Pembangunan Kejurulatihan dan Hubungan Industri,
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
6
COKMAR MAJLIS KONVOKESYEN
Cokmar ini dipinjamkan daripada Kolej Vokasional Temerloh
7
PEMAKAIAN JUBAH
JUBAH UNTUK VVIP JUBAH UNTUK VIP
(Koleksi daripada Fas Success Textile) (Koleksi daripada POLISAS)
8
JUBAH YANG DIPAKAI OLEH BARISAN PENGARAH
9
JUBAH YANG DIPAKAI OLEH BARISAN TPA/TPSA/KJK/KJ
10
JUBAH YANG DIPAKAI OLEH PARA GRADUAN KOLEJ VOKASIONAL
11
PELAN KEDUDUKAN PARA JEMPUTAN DI ATAS PENTAS
12
TEKS UCAPAN
PENGISTIHARAN GRADUAN
Oleh: Tuan Haji Zakaria Bin Omar
Yang Berhormat, Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya,
Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, merangkap Ahli Dewan Undangan Guai.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa bilangan keseluruhan graduan Konvokesyen
Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia kali ke-6 ialah seramai 10,864
graduan iaitu merangkumi 40 program.
Bagi Kolej Vokasional Temerloh seramai 106 orang graduan, Kolej Vokasional
(Pertanian) Chenor seramai 60 orang graduan dan Kolej Vokasional Puteri, Temerloh
seramai 39 orang graduan akan menerima anugerah diploma masing-masing.
Bilangan graduan seramai 205 orang akan dianugerahkan:
Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran, 15 orang
Diploma Pengurusan Perniagaan, 15 orang
Diploma Teknologi Automotif, 18 orang
Diploma Teknologi Elektrik, 24 orang
Diploma Teknologi Elektronik, 7 orang
Diploma Teknologi Kimpalan, 6 orang
Diploma Teknologi Pembinaan, 9 orang
Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara, 12 orang
Diploma Agroindustri Tanaman, 21 orang
Diploma Agroindustri Ternakan Poltri, 2 orang
Diploma Agroindustri Ternakan Ruminan, 10 orang
Diploma Akuakultur, 11 orang
Diploma Pemprosesan Makanan, 12 orang
Diploma Senibina Landskap, 1 orang
Diploma Teknologi Mekanisasi Agro, 3 orang
Diploma Seni Reka Fesyen, 22 orang
Dan Diploma Seni Kulinari, 15 orang
Sekian, terima kasih.
13
TEKS-TEKS UCAPAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN BERLANGSUNG
TEKS UCAPAN
PENGISYTIHARAN KONVOKESYEN OLEH PENGHULU ISTIADAT
Oleh: Encik Abd Manan bin Suboh
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan segala sukacitanya diisytiharkan istiadat Konvokesyen Kolej Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-6 tahun 2021 dibuka.
TEKS UCAPTAMA ISTIADAT
MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA KALI KE-6 2021
Oleh: Yang Berhormat
Dato’ Seri Norolazali bin Sulaiman,
Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja Raya,
Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.
(Mewakili Yang Berhormat Menteri Besar Pahang)
Terima kasih pengacara majlis.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Yang Berusaha Encik Rosli bin Sha’ban, Pengarah Kolej Vokasional (Pertanian)
Chenor merangkap Pengerusi Majlis Pengarah Pengetua KV/SMT Zon Pahang,
Yang Berusaha Ts Anuar bin M. Lela, Pengarah Kolej Vokasional Temerloh,
Yang Berusaha Puan Hajah Najdah binti Ismail, Pengarah Kolej Vokasional Puteri,
Temerloh
Yang Dihormati Ahli Senat Kolej Vokasional Malaysia,
Yang Dihormati wakil Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh,
Yang Berusaha pengarah-pengarah Kolej Vokasional dan pengetua-pengetua SMT Zon
Pahang,
Yang Dihormati wakil Majlis Perbandaran Temerloh (MPT),
Yang Dihormati wakil Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),
Yang Dihormati waki Angkatan Pertahanan Awam (APM),
Yang Dihormati wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB),
14
Yang Dihormati wakil Rakan Komunikasi Strategik (RKS),
Yang Dihormati Yang Dipertua-Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
Yang Dihormati wakil Pegawai Perhubungan Sekolah, Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Yang Dihormati wakil-wakil dari media,
Yang Dihormati Barisan Ahli Akademik,
Yang diraikan para Graduan Kolej Vokasional Malaysia serta ibu bapa. Warga pendidik,
seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T.
kerana dengan izin dan limpahan kasih sayang-Nya, segala perancangan dan usaha
yang jitu hingga membolehkan kita semua berhimpun dan bertemu bagi meraikan Majlis
Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia kali ke-6 tahun 2021
pada pagi yang mulia ini.
Sekalung ucapan tahniah kepada semua pihak dan gandingan kerjasama yang
utuh seluruh warga kerja Kolej Vokasional Temerloh, Kolej Vokasional Pertanian Chenor
dan Kolej Vokasional Puteri yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam
merealisasikan majlis yang bermakna ini bagi meraikan kejayaan para graduan, para
pendidik serta pengorbanan ibu bapa yang telah membentuk intan intelek masa depan
yang murni sahsiahnya.
Para Graduan yang dikasihi sekalian,
Syabas dan tahniah kepada para graduan kerana berkat daya usaha, kegigihan
dan kesabaran dalam mengharungi alam pengajian dan pengorbanan saudara saudari
sepanjang menjadi pelajar kolej vokasional akhirnya telah berjaya membuahkan hasil.
Pada hari yang bersejarah ini, saudara dan saudari diberi penghormatan untuk menaiki
pentas ini bagi menerima diploma masing-masing. Saya dimaklumkan bahawa bilangan
graduan kolej vokasional kali ke-6 seluruh Malaysia ialah seramai 10,864 graduan, iaitu
merangkumi 40 program. Pada majlis konvokesyen ini, seramai 205 orang pelajar layak
bergraduan, iaitu dari Kolej Vokasional Temerloh seramai 106 graduan, Kolej Vokasional
(Pertanian) Chenor seramai 60 graduan dan dari Kolej Vokasional Puteri, Temerloh
seramai 39 graduan. Tahniah saya ucapkan sekali lagi. Konvokesyen ini merupakan
15
suatu titik permulaan bagi saudari dan saudari mengorak langkah ke tahap yang lebih
tinggi dan memahami erti dan cara kehidupan berkerjaya.
Alam baharu bakal ditempuhi, gunakanlah ilmu depani cabaran mendatang. Anda
masih berada pada usia yang masih muda bagi mencapai mercu kegemilangan kerjaya
yang terbentang luas. Dengan berbekalkan sijil diploma yang diterima pada majlis
konvokesyen ini, saya yakin Insya-Allah, anda bakal menjadi insan yang hebat dan
cemerlang. Selepas ini, andalah duta kolej dan cerminan Kolej Vokasional Malaysia.
Kepada para graduan yang telah ditawarkan pekerjaan saya ingin menasihatkan kepada
anda sekalian agar melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.
Saya difahamkan bahawa sebahagian daripada para graduan telah bekerja di sektor
awam dan swasta, tidak ketinggalan juga yang membuka perniagaan sendiri. Pada
kesempatan ini, saya juga ingin menasihatkan para graduan agar tidak terlalu
mengharapkan tawaran pekerjaan semata-mata. Saya yakin dan percaya bahawa
dengan latihan dan pengalaman yang telah diperolehi di kolej vokasional ini anda
berpotensi dan boleh menjadi usahawan dalam bidang masing-masing khususnya boleh
membantu kerajaan membangunkan ekonomi negara. Semoga anda berjaya, berjasa
dan berbakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.
Para hadirin sekalian,
Dalam dunia yang semakin global, kita memerlukan modal insan yang mahir
dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menghadapi perubahan
seiring dengan transformasi Revolusi Perindustrian Keempat untuk kekal berdaya saing
di peringkat global. Saya berharap mutu pengajaran dan pembelajaran di kolej vokasional
dapat dikekal dan dipertingkat dari memasa ke semasa agar dapat memenuhi keperluan
daripada “stakeholders’ iaitu sektor awam dan pihak swasta. Bagi tujuan ini, pihak
Kementerian Pendidikan, khususnya Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal
Vokasional (BPLTV) harus mengambil langkah positif untuk sentiasa menyemak dan
menambahbaik kurikulum yang digunapakai agar sejajar dengan keperluan dan
perkembangan pembangunan ekonomi dan industri masa kini.
Tambahan pula, RMK-12, kerajaan telah mengenal pasti Pendidikan dan Latihan
Teknikal Vokasional (TVET) sebagai salah satu pemacu perubahan bagi memenuhi
16
permintaan pekerja keperluan industri. Bajet 2022 telah memperuntukkan 6.6 bilion
ringgit bagi memperkasakan bidang TVET ini untuk melaksanakan pelbagai inisiatif di
bawah TVET memainkan peranan penting sebagai salah satu pemangkin untuk
membangunkan bakat berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan ekonomi dan demi
mencapai matlamat negara yang makmur, inklusif dan mampan. Impaknya, masyarakat
Malaysia bakal mendapat akses luas kepada peluang latihan kemahiran dan seterusnya
peluang pekerjaan selain penjanaan pendapatan. Selain itu, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) menyasarkan 70 peratus atau 80,000 pelajar lulusan Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasioanl (TVET) akan diambil bekerja sebagai pekerja mahir
dalam industri berkaitan menjelang 2025.
Hadirin sekalian,
Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang
melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam
pasaran kerja dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya.
Pembangunan industri di Malaysia tidak boleh lari dari perkembangan global khususnya
Revolusi Industri 4.0 yang mana proses kerja dan kaedah perniagaan lebih pintar dipacu
oleh manusia, proses dan teknologi kepada tahap yang lebih tinggi dalam rantaian nilai
supaya kita dapat melahirkan tenaga mahir tempatan yang mempunyai kemahiran tinggi,
sekali gus mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing. Oleh itu,
saya amat berharap kolej vokasional akan terus kukuh, dinamik dan maju dalam
mewujudkan pelbagai peluang kemahiran kepada anak bangsa kita. Ingatlah bahawa
kejayaan sesebuah kolej vokasional turut bergantung kepada keupayaan melahirkan
graduan yang berinovasi kepada keupayaan melahirkan graduan yang berinovasi dan
kreatif untuk mencipta pekerjaan dan bukan semata-mata melahirkan graduan yang
mencari pekerjaan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan tahniah kepada
para pensyarah yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Kesungguhan dan kegigihan anda semua telah dapat mendidik generasi muda yang
mampu menyumbang ke tahap produktiviti dan daya saing negara. Harapan saya adalah
supaya semua tenaga kerja kolej vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat
17
melipatgandakan usaha bagi membolehkan kolej vokasional terus maju dan berjaya
mencipta nama terbaik dalam Pendidikan di Malaysia seiring dengan IPTA dan IPTS.
Akhir kalam, saya mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah khususnya
kepada warga kerja kolej vokasional dan para graduan sekalian.
Dengan lafaz “Bismillah Hirrahman Nirrahim’ saya dengan sukacitanya mengistiharkan
“Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia kali
ke-6 tahun 2021’ ini dilaksanakan dengan rasminya.
Sekian, Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
PENGISYTIHARAN ALUMNI KOLEJ VOKASIONAL
Oleh: En. Rosli Bin Sha’ban
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, saudara-saudari
telah selesai menamatkan pengajian dengan jayanya. Semoga saudara dan saudari
berjaya menggunakan ilmu dan kemahiran dalam bidang masing-masing serta berjasa
dan berbakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.
Maka dengan sukacitanya diisytiharkan bahawa semua graduan Kolej Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia secara rasminya ialah Alumni Kolej Vokasional.
Tahniah.
TEKS UCAPAN
PENANGGUHAN KONVOKESYEN
Oleh: En. Abd Manan Bin Suboh
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan ini diisytiharkan istiadat Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan
Malaysia Kali Ke-6 ditangguhkan.
18
ATURCARA PENTADBIRAN PEMBUKAAN
MAJLIS KONVOKESYEN
KOLEJ VOKASIONAL KALI KE-6 TAHUN 2021
Masa Perkara/Aktiviti
7.30 pagi – 7.45 pagi Pengesahan Kehadiran Graduan
7.45 pagi – 8.00 pagi
Ahli Akademik dan Senat berkumpul mengambil
8.00 pagi – 8.30 pagi tempat yang disediakan
8.30 pagi – 8.45 pagi Ketibaan VVIP, Tetamu-tetamu (VIP), Jemputan dan
8.45 pagi – 9.00 pagi Ahli-ahli Akademik Kolej Vokasional
9.00 pagi – 9.15 pagi
Pemakluman etiket majlis rasmi
Perarakan Ahli-Ahli Akademik (Timbalan Pengarah
yang dilantik)
Perarakan Besar Konvokesyen
9.15 pagi – 9.25 pagi Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Pahang
9.25 pagi – 9.30 pagi Bacaan Doa
9.30 pagi – 9.32 pagi Pengisytiharan Konvokesyen oleh Penghulu Istiadat
9.32 pagi – 9.40 pagi Ucapan Pembukaan Majlis Konvokesyen
9.40 pagi – 9.50 pagi Pengisytiharan Graduan (Ahli Senat)
9.50 pagi – 10.40 pagi Penganugerahan Diploma (KV Temerloh)
10.40 pagi – 10.50 pagi Selingan-Persembahan Pelajar
10.50 pagi – 11.40 pagi
11.40 pagi – 12.00 t.hari Penganugerahan Diploma (KV (P) Chenor & KV
12.00 t.hari – 12.10 t.hari Puteri)
12.10 t.hari – 12.15 t.hari
Pengisytiharan Alumni Kolej Vokasional
Nyanyian lagu KVSMT
Nyanyian lagu Gemuruh
Penangguhan Konvokesyen
12.15 t.hari – 12.20 t.hari Perarakan Besar Konvokesyen keluar dari dewan
1.00 petang Majlis Konvokesyen tamat
19
GRADUAN TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN
Program Kesetiausahaan Pentadbiran
NUR BALQIS AQILLAH BINTI MOHD HAMDAN
Kolej Vokasional Temerloh
Program Agroindustri Tanaman
NURUL FATIHAH BINTI MOHD ARIFF
Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor
20
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PROGRAM
DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH
NUR BALQIS AQILLAH BT MOHD HAMDAN
A. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KESELURUHAN
i. Mendapat keputusan lulus dengan PNGK 3.7 dan ke atas;
ii. Tidak pernah mendapat gred F dan mengulang mana-mana kursus sepanjang
tempoh pengajian: dan
iii. Menamatkan pengajian dalam tempoh minimum yang telah ditetapkan bagi
program pengajian.
Sesi Akademik/ Semester PNGK Sesi Semester PNGK
Tahun Akademik/
Pengajian Tahun
Pengajian
Tahun 1 (2019) Satu 3.72 Tahun 2 Tiga 3.81
Empat 3.83
(2020)
Dua 3.85
Keputusan Akhir Markah “On-The Job Training” 3.85
B. MAKLUMAT KOKURIKULUM
Tahun 1 Kursus Kepimpinan Prs Di Kolej Pembimbing Rakan
(2019) Vokasional Shas, Kuala Lipis Sebaya (Prs)
21
Tahun 1 Business Model Canvas Future Ceo Pembimbing Rakan
(2019) Leadership Camp 2019 Di Uniten Sultan Sebaya (Prs)
Haji Ahmad Shah Campus
Tahun 1 Future Ceo Leadership Camp 2019 Di Pembimbing Rakan
(2019) Uniten Sultan Haji Ahmad Shah Campus Sebaya (Prs)
Tahun 1 Khidmat Masyarakat Membersihkan
(2019) Surau Di Kuala Krau, Pahang Pembimbing Rakan
Tahun 2 Program Jalinan Kasih Bersama Anak Sebaya (Prs)
(2020) Yatim Curahan Kasih Sayang Ikhwan Di
Rumah Anak Yatim, Paya Pulai Pembimbing Rakan
Sebaya (Prs)
C. MAKLUMAT KEPIMPINAN
Jawatan Yang Disandang Sepanjang Tempoh Pengajian Di Kolej
Sesi/ Tahun Keterangan Jawatan Catatan
Pengajian Disandang
Tahun 1 (2019) Pembimbing Rakan Sebaya Bendahari
(Prs)
Tahun 2 (2020) Setiausaha
Pembimbing Rakan Sebaya
(Prs)
22
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PROGRAM
DIPLOMA AGROINDUSTRI TANAMAN
KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR
NURFATIHAH BINTI MOHD ARIFF
A. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KESELURUHAN
iv. Mendapat keputusan lulus dengan PNGK 3.7 dan ke atas;
v. Tidak pernah mendapat gred F dan mengulang mana-mana kursus sepanjang
tempoh pengajian: dan
vi. Menamatkan pengajian dalam tempoh minimum yang telah ditetapkan bagi
program pengajian.
Sesi Akademik/ Semester PNGK Sesi Semester PNGK
Tahun Akademik/
Pengajian Tahun
Pengajian
Tahun 1 (2019) Satu 3.90 Tahun 2 Tiga 3.88
Empat 3.90
(2020)
Dua 3.85
Keputusan Akhir Markah “On-The Job Training” 3.91
B. MAKLUMAT KEPIMPINAN
1. Biro Makanan dan Kebajikan Jawatankuasa Kolej Kediaman 2019.
2. Ahli Pembimbing Rakan Sebaya 2019.
3. Biro Makanan Dan Kebajikan Jawatankuasa Kolej Kediaman 2019.
4. Setiausaha Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tahun 2019.
23
5. Timbalan Presiden Jawatankuasa Kolej Kediaman Aspuri 2020.
6. Penolong Setiausaha Pembimbing Rakan (PRS) Sebaya tahun 2020.
C. MAKLUMAT PENCAPAIAN KOKURIKULUM DAN PENYERTAAN
PERTANDINGAN INOVASI
1. Naib Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Peringkat Daerah 2019.
2. Penyertaan Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya di As Sakinah Training
& Camp (ASTC) Kg Cherok Paloh, Kuantan, Pahang 2018.
3. Pertandingan Inovasi Peringkat Sekolah 2019.
4. Penyertaan Seminar Aplikasi Dunia Digital Dalam Meningkatkan Pendapatan
Perniagaan 2019.
5. Anugerah Perak Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Tempat Kedua
Peringkat Negeri Pahang 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung,
Kuantan, Pahang.
6. Tempat Kelima Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2019 Peringkat
Kebangsaan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.
7. Certification Of Appreciation For Completion Of KPM-Celcom Siswapreneur @
Google Bootcamp 2019.
8. Penyertaan Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia 2020 anjuran Institut Kimia
Malaysia.
24
SENARAI NAMA GRADUAN KV TEMERLOH Program /
Kohort
Bil Nama Graduan BKP
BKP
1 Nur Balqis Aqillah binti Mohd Hamdan (Pel Terbaik) BKP
2 Muhammad Hairie bin Ahmad BKP
3 Nor Ain Fabrina binti Mohamad Yusuff BKP
4 Nur Aina Zubaidah binti Mohamad BKP
5 Nur Ainin Syahira binti Mohd Rosdan BKP
6 Nur Aziera binti Amirruddin BKP
7 Nur Syahada binti Suhaimi BKP
8 Nurin Amirah binti Zamri BKP
9 Nurul Ain binti Omar BKP
10 Roziatun Nur Fateha binti Samsuddin BKP
11 Shafiqah Umairah binti Mohd Tamizi BPP
12 Zaidatul Hanis binti Zainal Abidin BPP
13 Engku Intan Syahira binti Engku Nordin BPP
14 Lilyatul binti Anuar BPP
15 Mohamad Firdaus bin Hamdan BPP
16 Muhammad Shazrul bin Zol Keffli BPP
17 Nor Isma Syahira binti Norhisham BPP
18 Nur' Afrina Batrisyia binti Mohd Zamri BPP
19 Nur Ain Syafiera binti Mohamed Adnan BPP
20 Nur Ashikin Aishah binti Mohd Rafee BPP
21 Nur Fatini binti Azmi BPP
22 Nur Irsalina binti Izamri BPP
23 Nurul Nadhirah binti Mohd Khalid BPP
24 Nurul Wahidah binti Mohd Ayub BPP
25 Puteri Nurulazlina bt Mazlan MTA
26 Wan Nurul Sakinah binti Abdullah MTA
27 Ahmad Asyraf bin Mukhlis MTA
28 Amirul Hakimi bin Aminurullah MTA
29 Fariz Farhan bin Zulkarnain MTA
30 Izzuddin bin Burhanuddin MTA
31 Mohamad Aidil Fetry bin Zamri MTA
32 Mohamad Aiman bin Mohamad MTA
33 Mohamad Akmal Hakim bin Jumat MTA
34 Muhammad Afiq Aiman bin Mohd Zaki MTA
35 Muhammad Aiman Hakim bin Nazar Nong MTA
36 Muhammad Akmal bin Asmayudin MTA
37 Muhammad Alif Najmi bin Azhar ETE
38 Muhammad Syafiq Salihin bin Ishak
39 Ahmad Dzulhaziq bin Darularif
25
40 Ahmad Mustaqim bin Johar ETE
41 Amir Lokman Hakim bin Mohamad Rosli ETE
42 Amiruddin bin Ruslan ETE
43 Khairin Anas bin Mohd Khaizir ETE
44 Mohamad Syahmi Ikhmal bin Aziz ETE
45 Muhamad Khairul Afiq bin Mohd Zailani ETE
46 Muhammad Adam Daniell bin Rostam ETE
47 Muhammad Akmal bin Mohamed Afizan ETE
48 Muhammad Amirrul bin Jaapar ETE
49 Muhammad Danial Qayyum bin Mohd Aznurin ETE
50 Muhammad Haiqal Aiman bin Abdull Rani ETE
51 Muhammad Haqimi bin Roslan ETE
52 Muhammad Nabil Qayyum bin Mohd Rozi ETE
53 Muhammad Noor Hakimi bin Mohd Yazid ETE
54 Muhammad Syabil bin Mohd Mua'iz ETE
55 Muhammmad Syazwan bin Yusoh ETE
56 Mohamad Aidil Afkar bin Azmi ETN
57 Mohamad Shahrul Aiman bin Mohamad Rizam ETN
58 Muhammad Aiman Najmi bin Adnan ETN
59 Natasha Shahirah binti Saifullizam ETN
60 Syazwani Mahirah binti Shahrom ETN
61 Umar Yasin bin Mohd Fauzae ETN
62 Ahmad Irfan Hazim bin Mohd Husny MTK
63 Mohamad Amirrul bin Mohamad Zaki MTK
64 Muhammad Aiman Haiqal bin Hairul Azmi MTK
65 Muhammad Naim bin Reduan MTK
66 Siti Nurrobiahtulnatasha binti Shukor MTK
67 Muhamad Aiman bin Zulkifli CTP
68 Muhammad Amirul Hakim bin Bizun CTP
69 Muhammad Azlimi bin Redzuan CTP
70 Muhammad Hidayat bin Abdullah CTP
71 Muhammad Irfan Ameer bin Kamarazaman CTP
72 Muhammad Rasyid bin Kamarul Effendi CTP
73 Nur Ain Syakira bt Azri CTP
74 Nurul Eiziatiey binti Mohd Zaidi CTP
75 Muhammad Airil Rizman bin Mohd Radzi MPP
76 Muhammad Amiruddin Aqil bin Shashailee MPP
77 Muhammad Farid Amirul bin Nor Hamdan MPP
78 Muhammad Haikal bin Harman MPP
79 Muhammad Haziq Shammi bin Azlizam MPP
80 Muhammad Solihen bin Wahid MPP
81 Siti Nor Hidayah binti Mad Desa MPP
26
SENARAI NAMA GRADUAN KV (PERTANIAN) CHENOR
Bil Nama Program
1 Nurfatihah binti Mohd Ariff (Pelajar Terbaik) Agroindustri Tanaman
2 Ahmad Irfan bin Mohd Asri Agroindustri Tanaman
3 Ain Nurnadzira binti Abdul Razak Agroindustri Tanaman
4 Amirul Hafiz bin Mahmod Agroindustri Tanaman
5 Fitri Najwa binti Abdullah Agroindustri Tanaman
6 Mohamad Farkhan bin Jalarludin Agroindustri Tanaman
7 Mohamad Hadi Rasul bin Torman Agroindustri Tanaman
8 Nor Syahidatul Nisya binti Supardi Agroindustri Tanaman
9 Nur Aini Filzah binti Noodin Agroindustri Tanaman
10 Nur Annisa binti Abdullah Agroindustri Tanaman
11 Nur Athieerah Fasihah binti Zasmani Agroindustri Tanaman
12 Nur Shafini binti Janwar Agroindustri Tanaman
13 Nurin Husnina binti Mohd Shakri Agroindustri Tanaman
14 Nurul Afiqah binti Abdul Razak Agroindustri Tanaman
15 Sara Ain binti Kamarudin Agroindustri Tanaman
16 Shah Izzuan bin Masrudin Agroindustri Tanaman
17 Siti Haliza binti Mohd Tahir Agroindustri Tanaman
18 Siti Nor Aina binti Mohd Zaki Agroindustri Tanaman
19 Zulfadzli bin Kamarul Azhar Agroindustri Tanaman
20 Muhammad Izz Danial bin Mohd Faisal Agroindustri Tanaman
21 Azhari bin Azmi Agroindustri Ternakan Poltri
22 Nur Izzatul Ainaa binti Kamarul Azman Agroindustri Ternakan Poltri
23 Abdul Aziz bin Mohd Ismail Agroindustri Ternakan Ruminan
24 Khairul Naim bin Taha Agroindustri Ternakan Ruminan
25 Marsya Maisarah binti Mohd Yazid Agroindustri Ternakan Ruminan
26 Mohammad Hasbullah bin Mat Suki Agroindustri Ternakan Ruminan
27 Muhammad Ariff Mun Chun Agroindustri Ternakan Ruminan
28 S Mohamad Syaflyzan bin S Ruhaizan Agroindustri Ternakan Ruminan
29 Mimie Aiza binti Ahmad Jamal Azian
30 Muhammad Aiman Safwan bin Abd Rahim Akuakultur
31 Muhammad Fikri bin Mohd Ruzani Akuakultur
32 Nuramira Syazlin binti Jaferey Akuakultur
33 Nurul Fatihah binti Abd Rahman Akuakultur
34 Siti Aisyah Mohd Ni Zamuddin Akuakultur
35 Siti Nur Umairah binti Yusri Akuakultur
36 Wan Nur Ain Amirah binti Wan Norman Shah Akuakultur
Akuakultur
27
37 Wan Nur Hakim bin W.Hibadullah Akuakultur
38 Mohamad Nur Iman bin Khuailid Pemprosesan Makanan
39 Muhammad Iman Lokhman bin Mohd Zulhashim Pemprosesan Makanan
40 Muhammad Nur Fahrullah bin Haji Badrul - Pemprosesan Makanan
Helmy Pemprosesan Makanan
41 Noratikah binti Shamsudin Pemprosesan Makanan
42 Nur Auni Husna binti Mohd Kafii Pemprosesan Makanan
43 Nur Marsya Maisarah binti Abdul Samad Pemprosesan Makanan
44 Nur Qamarina Aqilah binti Razak Pemprosesan Makanan
45 Nur Zulaika binti Hussin Pemprosesan Makanan
46 Nur Zulaikha Natasya binti Ahmad Jamali Pemprosesan Makanan
47 Nurazah binti Mohd Zamri Pemprosesan Makanan
48 Nurnajihah Suraya binti Amir Rosaedi Pemprosesan Makanan
49 Siti Zulaikha binti Nordin
50 Muhammad Muqri bin Mat Roppi Mekanisasi Agro
51 Wan Ahmad Najmi bin Wan Inson Mekanisasi Agro
28
SENARAI NAMA GRADUAN KV PUTERI
Bil Nama Graduan Program / Kohort
1 Ain Nadhirah binti Mohd Azli Fesyen K2017
2 Amyliyushi Melissa binti Azihan Fesyen K2017
3 Farah Wardina binti Mohd Farid Fesyen K2017
4 Hafeyzatul Diyana binti Azhar Fesyen K2017
5 Hanis Athirah binti Mat Othman Fesyen K2017
6 Hazlin Adila Natasya binti Badrol Hisham Fesyen K2017
7 Izzah Insyirah binti Ahmad Khairil Fesyen K2017
8 Juhani Shahira binti Juhari Fesyen K2017
9 Najwa Liyana binti Salleh Fesyen K2017
10 Norshahira Nadia binti Sha'ari Fesyen K2017
11 Nur Aina Syahila binti Ahmad Fesyen K2017
12 Nur Akma Afiqah binti Suhairi Fesyen K2017
13 Nur Zulaikha binti Mohd Zuki Fesyen K2017
14 Nureen Jazlina binti Mohd Sukarna Fesyen K2017
15 Rabiahtul Adawiyah binti Sahal @ Sahad Fesyen K2017
16 Rabiatuladawiyah binti Rosdin Fesyen K2017
17 Sharifah Nur Umairah binti Tuan Khori Affandi Fesyen K2017
18 Syahmina Firzanah binti Zulnizam Fesyen K2017
19 Ajit Khan bin Shaedin Kulinari K2017
20 Amirah Balqis binti Amran Kulinari K2017
21 Hazriq Haiqal bin Abdullah Kulinari K2017
22 Muhammad Harith Azimi bin Muhammad Affendi Kulinari K2017
23 Muhammad Vazrieel Putra bin Rahimi Putra Kulinari K2017
24 Noor Ain Qistina binti Mohd Salilah Kulinari K2017
25 Nor Amira Nasrin binti Abd Rasid Kulinari K2017
26 Nur Adlina binti Muhamad Azli Kulinari K2017
27 Nur Aisyah Nabila binti Mohd Kamanuddin Kulinari K2017
29
28 Nur Atifa Bashira binti Khairun Najmi Kulinari K2017
29 Nur Hanis Najihah binti Muhamad Fadzli Kulinari K2017
30 Nur Sarah binti Mohamd Kharuddin Kulinari K2017
31 Nurliyana Izzati binti Mohd Fadzlee Kulinari K2017
32 Qaisara Fatin binti Qalam Hamidy Kulinari K2017
30
JAWATANKUASA PELAKSANA
MAJLIS KONVOKESYEN
KOLEJ VOKASIONAL KALI KE-6 TAHUN 2021
Penaung : Pengarah BPLTV
Pengarah KV (Pertanian) Chenor
Pengerusi : Pengarah KV Temerloh
Pengarah KV Puteri
Tim. Pengerusi 1 : TPA KV Puteri
TPA KV (Pertanian) Chenor
Tim. Pengerusi 2 : TPA KV Temerloh
KJK KV Temerloh
Setiausaha : KJK KV (Pertanian) Chenor
KJK KV Puteri
Bendahari : TPA KV Temerloh
Penyelaras Operasi :
Urusetia :
Penghulu Istiadat :
JAWATANKUASA KERJA
KV TEMERLOH
1 JK Buku Konvokesyen
2 JK Multimedia
3 JK Kain rentang, Gegantung & Tirai latar
4 JK Logistik Kuasa
5 JK Perarakan Akademik VVIP dan Ahli Senat
6 JK Siaraya & P.A Sistem
7 JK Rakaman dan Audio Visual
8 JK Pengacaraan
9 JK Pas Kebenaran Masuk Dewan & Kenderaan
10 JK Teks Ucapan
31
KV PUTERI
1 JK Pendaftaran Graduan
2 JK Sijil Penghargaan Petugas
3 JK Fotografi & Gambar Graduan
4 JK Sambutan & Protokol
5 JK Pengurusan Cokmar & Kostum
6 JK Jamuan VIP, Urusetia & AJK
7 JK Penyediaan Sijil & Folder Diploma
8 JK Jubah Tetamu Kehormat & Senat
9 JK Dokumentasi & Laporan
KV (PERTANIAN) CHENOR
1 JK Pengurusan Penyampaian Anugerah Diploma
2 JK Persembahan
3 JK Jemputan Tetamu & VVIP
4 JK Persiapan & Hiasan Pentas
5 JK Persiapan Dewan
6 JK Publisiti Media
7 JK Pandu Arah Graduan & Waris
8 JK Keselamatan, Parkir & Kecemasan
9 JK Bacaan Doa
32
LAPORAN
JAWATANKUASA
KERJA
33
JAWATANKUASA
PENDAFTARAN GRADUAN
Gambar sebelum : Susun atur tempat mengikut protokol
Tarikh : 18/02/2022
Lokasi pendaftaran di tingkat bawah Lokasi pendaftaran di tingkat bawah
Dewan Tun Razak, Temerloh. Dewan Tun Razak, Temerloh.
Susun atur kerusi dan meja semasa Pemasangan skirting pada meja
pendaftaran. pendaftaran.
34
JAWATANKUASA
PENDAFTARAN GRADUAN
Gambar semasa dan selepas : Sesi acara konvokesyen berlangsung
Tarikh : 19/02/2022
Petugas JK pendaftaran. Sesi pendaftaran graduan KV
Temerloh.
Sesi pendaftaran graduan KV Puteri dan Lokasi pendaftaran telah disusun
KV (P) Chenor. seperti asal setelah habis majlis.
35
ULASAN POST MORTEM :
Bil Kekuatan
1. Mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua jawatankuasa
yang terlibat.
2. Lokasi pendaftaran telah mempunyai kerusi dan meja yang telah disusun
atur seperti yang dirancang kerana ia merupakan pusat pemberian
vaksinasi.
Bil Isu Cadangan Penambahbaikan
1. Pelajar datang lewat semasa • Penyelaras graduan dari semua
pendaftaran kolej memberi penekanan yang
tegas berkenaan kehadiran awal.
2. Pergerakan graduan agak • Borang gambar diberikan semasa
lambat kerana perlu mengisi pelajar mengambil jubah dan bukan
borang untuk gambar. semasa pendaftaran.
36
JAWATANKUASA
PENYEDIAAN SIJIL DAN FOLDER DIPLOMA
Gambar sebelum: Proses mengambil folder diploma di KV (Pertanian) Chenor dan
persediaan majlis raptai di Dewan Tun Razak.
Tarikh : 17/02/2022 hingga 18/02/2022
Mengira jumlah folder diploma Mengangkat kotak folder ke dalam
van kolej
Meja untuk menyusun folder Menyusun meja untuk meletak folder
dan persediaan majlis raptai
37
JAWATANKUASA
PENYEDIAAN SIJIL DAN FOLDER DIPLOMA
Gambar semasa : Penyerahan folder diploma
Gambar selepas : Proses mengemas semula tempat
Tarikh : 19/02/2022
Menghias dulang alas folder Menyusun folder mengikut tentatif
majlis
Menyerahkan folder untuk dibawa ke Mengemas semula meja
pentas
38
ULASAN POST MORTEM :
Bil Kekuatan
1 Mendapat bantuan dan kerjasama yang baik daripada ahli jawatankuasa
yang lain.
2 Encik Mohd Badri membantu menyediakan dulang.
Bil Kelemahan
1 2 orang ajk terlibat dengan kuarantin Covid-19 sebelum majlis konvokesyen
menyebabkan kekurangan tenaga kerja
2 Pelajar lewat tiba untuk mendaftar di bahagian JK pendaftaran
menyebabkan bilangan folder berubah-ubah di saat-saat akhir.
39
JAWATANKUASA
FOTOGRAFI DAN GAMBAR GRADUAN
Gambar sebelum: Penyediaan tempat untuk mengambil gambar graduan
Tarikh : 12/02/2022 hingga 18/02/2022
Lawatan ke Dewan Tun Razak Penyediaan latar belakang
photobooth
Menyediakan tempat untuk Menyediakan tempat untuk
mengambil gambar graduan mengambil gambar graduan
40
JAWATANKUASA
FOTOGRAFI DAN GAMBAR GRADUAN
Gambar semasa : Mengambil gambar graduan di atas pentas dan di photobooth
Tarikh : 19/02/2022
Persediaan akhir untuk mengambil gambar
graduan
Mengambil gambar graduan semasa majlis
berlangsung
41
JAWATANKUASA
FOTOGRAFI DAN GAMBAR GRADUAN
Gambar selepas : Proses mengemas tempat setelah selesai majlis
Tarikh : 19/02/2022
Selesai mengambil gambar graduan Mengemas meja dan kerusi yang
di photobooth telah digunakan
Mengemas kerusi yang telah Mengemas ruang dewan yang telah
digunakan digunakan
42
ULASAN POST MORTEM :
Bil Kekuatan
1 Mendapat bantuan daripada ahli jawatankuasa yang lain.
2 Proses pemilihan sebut harga dipermudahkan
3 Pelajar berpuas hati
Bil Kelemahan
1 Permintaan mengikut peruntukan yang rendah tidak dapat dipenuhi
2 Kekurangan ahli jawatankuasa menyebabkan tidak dapat mengikuti raptai.
43
JAWATANKUASA
SAMBUTAN DAN PROTOKOL
Gambar sebelum : Susun atur tempat mengikut protokol dan
Tarikh : 15/02/2022 hingga 18/02/2022
Sesi pemantauan susun atur tempat Sesi meletakkan tagging untuk
mengikut protokol graduan beratur semasa menunggu
giliran
Sesi perbincangan susun atur VIP dan Sesi raptai sebenar
VVIP di atas pentas
44
JAWATANKUASA
SAMBUTAN DAN PROTOKOL
Gambar semasa dan selepas : Sesi acara konvokesyen berlangsung
Tarikh : 19/02/2022
Menyusun atur perarakan akademik Majlis sedang berlangsung
Perarakan besar keluar dewan Sesi mengemaskan jubah graduan
sebelum giliran mengambil folder
45
ULASAN POST MORTEM :
Bil Kekuatan
1. Komitmen tugasan dari setiap ahli jawatankuasa dalam memastikan
tugasan berjalan lancar selain mendapat bantuan tenaga kerja dari
jawatankuasa lain.
Bil Isu Cadangan Penambahbaikan
1. Masalah teknikal iaitu soket • Memanggil PIC dewan untuk
tidak dapat digunakan pada pagi membaiki kerosakan tersebut
acara berlangsung
2. Tetamu VIP tidak dapat hadir • Menggantikan tempat tetamu VIP
kerana jangkitan Covid-19 dengan KJ dan KP
46
JAWATANKUASA
JUBAH TETAMU KEHORMAT & SENAT
Gambar sebelum: Pengambilan dan persiapan tempat pemakaian jubah
Tarikh : 17/02/2022 hingga 18/02/2022
Pengambilan jubah VVIP di Fas Success Jubah VIP yang dipinjam dari Polisas.
Textile
Sesi mengemas dan membersih bilik Pelajar menggosok Jubah sebelum
pemakaian jubah dipakai oleh pengarah
47
JAWATANKUASA
JUBAH TETAMU KEHORMAT & SENAT
Gambar semasa : Pemakaian jubah VVIP, VIP dan ahli senat
Tarikh :19/02/2022
Sesi pemakaian jubah kepada VVIP Sesi pemakaian jubah kepada Pengarah
Sesi pemakaian jubah kepada Pegawai Sesi pemakaian jubah Ahli Senat
BPLTV
48