The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Pembangunan Kompetensi Personel PAPR_Modul Pentaksir

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppkiskkgserdang, 2025-03-04 02:08:22

Modul Pembangunan Kompetensi Personel PAPR_Modul Pentaksir

Modul Pembangunan Kompetensi Personel PAPR_Modul Pentaksir

MODUL PENTAKSIR LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Diterbitkan oleh: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara 2024 Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan daripada mana-mana bahagian dalam Modul Pembangunan Kompetensi Personel Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR) ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada: Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Isi Kandungan Singkatan Kerangka Modul 1 Modul 1A Faham Ilmu 1.0 Pengenalan 4 2.0 Definisi 5 3.0 Pentaksiran 7 4.0 Konsep PAPR 8 5.0 Environment-Based Assessment Instrument (EBAI) 21 6.0 Dokumen Standard Kebolehan (DSK) 26 7.0 Pelaporan 31 Modul 1B Cekap Amal 1.0 Kaedah menggunakan dokumen pentaksiran 33 2.0 Kaedah pentaksiran menggunakan MyALT 37 3.0 Eviden pentaksiran 58 4.0 Contoh penentuan standard kebolehan 60 Modul 1C Jaga Adab 1.0 Penyelarasan tugasan 88 2.0 Perancangan aktiviti pentaksiran 90 3.0 Perancangan pentaksiran calon 93 Betulkan yang biasa, biasakan yang betul 97 Penghargaan 98


Singkatan DSK Dokumen Standard Kebolehan EBAI Environment-Based Assessment Instrument ERRA Environment, Reaction, Recognition, Acknowledgement KPM Kementerian Pendidikan Malaysia LP Lembaga Peperiksaan MBPK Murid Berkeperluan Pendidikan Khas PAPR Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah PK Pendidikan Khas PPKI Program Pendidikan Khas Integrasi PPM Pembantu Pengurusan Murid PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


KERANGKA MODUL PEMBANGUNAN KOMPETENSI PENTAKSIR Modul Pentaksir ini dibangunkan untuk memberikan kefahaman dan kemahiran kepada personel pentaksiran yang terlibat dengan Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR). Pentaksir berperanan dalam mengesan kebolehan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) melalui instrumen yang dikenali sebagai EBAI (Environment-Based Assessment Instrument). Pentaksir perlu menguasai ketiga-tiga bahagian modul bagi memastikan pentaksiran yang berkesan dapat dilaksanakan. 1


A. Ilmu (Knowledge) Modul 1A: Menerapkan Ilmu Pentaksiran sebagai Pentaksir B. Amal (Practice) Modul 1B: Melatih Amal Pentaksir C. Adab (Character) Modul 1C: Membangun Adab Pentaksir KERANGKA MODUL PEMBANGUNAN KOMPETENSI PENTAKSIR 2


01 02 03 04 05 06 07 Pengenalan Definisi Pentaksiran Konsep PAPR Environment-Based Assessment Instrument (EBAI) Dokumen Standard Kebolehan (DSK) Pelaporan MODUL 1A FAHAM ILMU Objektif modul ini ialah untuk memberi kefahaman kepada pentaksir tentang Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR) yang merangkumi: 3


1.0 Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menekankan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti, termasuk untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) dan memperkenalkan pentaksiran untuk MBPK. Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) dimulakan pada tahun 2016, diikuti dengan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) pada tahun 2021. Pada tahun 2023, pentaksiran baharu yang dinamakan Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR) diperkenalkan di sekolah rendah. 4


2.0 Definisi Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) ialah murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau manamana kombinasi atau ketidakupayaan serta masalah yang telah dinyatakan di atas. [Rujuk Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013]. Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR) merupakan satu bentuk pentaksiran khusus untuk mengenal pasti potensi dan kemahiran asas yang dimiliki oleh MBPK. PAPR dapat mengesan kebolehan MBPK berdasarkan konstruk tertentu bagi mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Environment, Reaction, Recognition, Acknowledgement (ERRA) ialah model pentaksiran yang digunakan dalam pembangunan instrumen dan pentaksiran PAPR. 5


2.0 Definisi Dokumen Standard Kebolehan (DSK) ialah dokumen yang mengandungi perincian konstruk dan standard kebolehan sebagai rujukan untuk melaksanakan pentaksiran. Standard Kebolehan ialah indikator yang digunakan untuk menentukan tahap, peringkat dan kualiti kebolehan calon PAPR. Instrumen Pentaksiran Berasaskan Persekitaran (Environment-Based Assessment Instrument – EBAI) ialah instrumen pentaksiran yang digunakan untuk mentaksir kebolehan calon PAPR. MyALT ialah satu sistem yang dibangunkan untuk pengurusan, pentadbiran dan pentaksiran PAPR yang boleh diakses melalui portal dan aplikasi mobile. Sistem ini mempunyai integrasi dengan MOEIS bagi data calon, guru dan institusi. 6


3.0 Pentaksiran Pentaksiran merupakan proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan eviden yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Pentaksiran Alternatif merujuk kepada semua jenis pentaksiran yang digunakan untuk mengukur keupayaan dan kecekapan pelajar dalam melaksanakan tugasan kompleks yang berkaitan dengan hasil pembelajaran yang dihasratkan (Yusop, 2018). Pentaksiran alternatif juga memberikan gambaran yang lebih sahih tentang kebolehan pelajar dan menggalakkan pemikiran kritis, penyelesaian masalah, serta kreativiti yang penting untuk aplikasi kehidupan sebenar (California State University Fresno, 2024). Pentaksiran alternatif yang dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM adalah bertujuan untuk mengesan kebolehan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di sekolah rendah dan sekolah menengah yang dinamakan Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR) dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM). 7


4.0 Konsep PAPR Pentaksiran autentik dan bersepadu (merentas kurikulum) Perekodan berterusan dan sistematik Menggunakan teknologi pintar sebagai medium pentaksiran 8


Berterusan, Fleksibel dan Individu Berasaskan Konstruk CIRI-CIRI PAPR Model ERRA 2 Jendela Pentaksiran Guru PK / mengajar PPKI sebagai Pentaksir Merujuk Standard Kebolehan Berpusatkan Murid 1 Mengesan Kebolehan Pentaksiran Digital Instrumen: EBAI 3 4 5 6 7 8 9 10 9


Mengesan Kebolehan 2 1 3 4 5 6 7 8 9 10 Tapping Into Ability PAPR merupakan pentaksiran formal yang holistik, autentik, bersepadu dan berpusatkan murid. Pentaksiran ini bertujuan mengesan kebolehan dalam ketidakbolehan MBPK bagi mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Tap sebagai satu kaedah untuk mengesan keupayaan dan meneroka kebolehan MBPK. 10


Model ERRA 2 1 3 4 5 6 7 8 9 10 Environment (Persekitaran) Reaction (Reaksi) Recognition (Pengenalpastian) Acknowledgement (Pengiktirafan) E R A R PAPR menggunakan Model ERRA sebagai kerangka dalam pembangunan instrumen dan pelaksanaan pentaksiran. Model ini memperkenalkan pentaksiran berasaskan persekitaran yang melibatkan reaksi yang diperhatikan dan direkod untuk dijadikan sebagai eviden bagi mengenal pasti kebolehan dan kemahiran MBPK berdasarkan standard kebolehan yang telah ditetapkan. Hasil pengenalpastian tersebut dilaporkan sebagai satu pengiktirafan terhadap kebolehan MBPK bagi konstruk yang dikuasai. 11


Jendela Pentaksiran 2 1 3 4 5 6 7 8 9 10 Konsep Jendela Pentaksiran (Assessment Window) menggambarkan proses pentaksiran yang dibuat melalui pemerhatian terhadap proses pendidikan yang sedang berlaku untuk mengesan eviden bagi konstruk yang dikenal pasti dalam diri calon. Data pentaksiran boleh diperoleh dengan pelbagai cara dan pada bila-bila masa tanpa mengganggu proses pembelajaran. 05 Jendela Pentaksiran Pelaporan Persekolahan 12


Guru PK / mengajar PPKI sebagai Pentaksir Pelaksanaan PAPR melibatkan personel pentaksiran yang dilantik daripada kalangan guru pendidikan khas (PK) atau guru yang mengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Pentaksir membuat pemerhatian terhadap reaksi calon semasa pentaksiran bagi mendapatkan eviden dalam menentukan tahap kebolehan yang ditunjukkan. 2 1 3 4 5 6 7 8 9 10 13


Berterusan, Fleksibel, Individu PAPR ialah pentaksiran yang dilaksanakan secara berterusan, fleksibel dan individu.  Berterusan bermaksud pentaksiran yang dijalankan sepanjang proses pembelajaran bermula daripada tahun 4 sehingga tamat sekolah rendah.  Fleksibel merujuk kepada tiada penetapan masa, tempat dan tempoh pelaksanaan pentaksiran. Autonomi ini diberikan kepada pengurusan sekolah untuk menggunakan kaedah yang sesuai dengan persekitaran MBPK.  Individu pula merujuk kepada pentaksiran yang berfokus kepada kebolehan dan kesediaan individu walaupun pentaksiran dilaksanakan secara berkumpulan. 2 1 3 4 5 6 7 8 9 10 14


Berasaskan Konstruk 2 1 3 4 5 6 7 8 9 10 Konstruk ialah perkara yang hendak ditaksir dan merupakan dimensi calon yang berbentuk konkrit atau abstrak seperti pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ia merupakan potensi yang dibangunkan melalui hasil pembelajaran dalam pendidikan. Kebolehan dalam ketidakbolehan MBPK dikenal pasti melalui gambaran kerangka tentang pelbagai keupayaan yang diformulasikan menjadi satu dokumen standard yang mengandungi 4 domain, 6 elemen dan 24 outcome. 15


Merujuk Standard Kebolehan 2 1 3 4 5 6 7 8 9 10 ADAB AMAL ILMU DIRI A C L A C KELUARGA L A C L MASYARAKAT A C L A C L A C L A C L A C L A C L Tahap (Tahap Keberkesanan Pendidikan) Peringkat (Peringkat Kebermaknaan Pendidikan) Pentaksiran dilakukan berdasarkan standard kebolehan bagi menilai keberkesanan pembelajaran melalui: (i) Tahap merujuk kepada ilmu, amal atau adab (ii) Peringkat merujuk kepada diri, keluarga atau Masyarakat (iii) Kualiti merujuk kepada ada, cukup atau lebih. 16


Merujuk Standard Kebolehan 2 1 3 4 5 6 7 8 9 10 Standard kebolehan ditunjukkan melalui 27 indikator merangkumi: tiga tahap x tiga peringkat x tiga kualiti. Ilmu Diri Amal Diri Adab Diri Ilmu Keluarga Amal Keluarga Adab Keluarga Ilmu Masyarakat Amal Masyarakat Adab Masyarakat 27 26 25 24 23 22 21 20 19 18 17 16 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 A 1 C L A C L A C L A C L A C L A C L A C L A C L A C L 15 17


Berpusatkan murid 2 1 3 4 5 6 7 8 9 10 Taksir bila murid bersedia Assess when they are ready. Rekod sejujurnya Record accordingly. Lapor bila murid gembira Report when they are happy. 18


Instrumen: EBAI 2 1 3 4 5 6 7 8 9 10 Instrumen PAPR dinamakan Environment-Based Assessment Instrument (EBAI) yang dibina berasaskan kepada situasi sebenar kehidupan serta persekitaran pembelajaran murid yang disediakan oleh LP untuk kegunaan personel pentaksiran dalam menentukan tahap kebolehan berdasarkan Dokumen Standard Kebolehan (DSK). Senarai EBAI akan bertambah dari semasa ke semasa agar dapat memberi pilihan kepada pentaksir untuk melaksanakan pentaksiran mengikut kesesuaian persekitaran masing-masing. 19


Pentaksiran Digital 2 1 3 4 5 6 7 8 9 10 Pentaksiran alternatif meneraju pendigitalan pentaksiran yang kaya teknologi dan data raya. Hasrat pentaksiran alternatif adalah menggunakan aplikasi dan perkakas teknologi sebagai alat pentaksiran. PAPR menggunakan teknologi pintar sebagai medium pentaksiran iaitu aplikasi MyALT. 20


5.0 Environment-Based Assessment Instrument (EBAI) 21


DEFINISI EBAI satu ekosistem yang terdiri daripada unit-unit biotik dan abiotik yang hadir bersama secara natural di mana masing-masing saling berinteraksi untuk melaksanakan fungsi tertentu. sesuatu proses mendapatkan maklumat untuk membentuk makna dalam Modul pentaksiran yang mengandungi dokumen lengkap yang sistematik untuk menjalankan dan seterusnya menjayakan 22


KOMPONEN EBAI 06. STANDARD KEBOLEHAN (ABILITY STANDARD) Indikator yang digunakan untuk menentukan tahap kebolehan merangkumi tahap (ilmu, Amal, Adab). peringkat (Diri, Keluarga, Masyarakat) dan kualiti (Ada, Cukup, Lebih). 01. PERSEKITARAN (ENVIRONMENT) Suatu medan atau lokasi di mana terdapatnya persekitaran yang dikenal pasti boleh menjadi tempat berlakunya pentaksiran untuk pelbagai konstruk. 05. KONSTRUK (CONSTRUCT) Perkara yang hendak ditaksir dan merupakan dimensi calon yang berbentuk konkrit atau abstrak seperti pengetahuan, kemahiran dan nilai. 02. REAKSI (REACTION) Suatu indikator yang memaparkan respons atau gerak balas terhadap environment. Reaksi yang pelbagai memerlukan kepakaran penilaian (professional judgement) bagi menentukan standard kebolehan. 03. EVIDEN (EVIDENCE) • Bahan bukti semasa pentaksiran bagi menyokong reaksi seseorang terhadap environment dan boleh menentukan tahap kebolehan yang sesuai. • Eviden boleh berbentuk gambar, video atau rakaman audio berserta gambar. 04. PENGENALPASTIAN (RECOGNITION) Pengenalpastian merupakan suatu penentuan tahap kebolehan bagi konstruk yang ditaksir melibatkan tahap, peringkat dan kualiti. 07. PENGIKTIRAFAN (ACKNOWLEDGEMENT) Pengiktirafan merupakan pelaporan yang menunjukkan indikator konstruk yang ditaksir merujuk kepada 27 indikator standard kebolehan berdasarkan proses pengenalpastian yang dijalankan. 23


Fleksibel EBAI boleh ditadbir kepada calon, pada bila-bila masa dalam keadaan terbuka atau terkawal. Autentik EBAI dijalankan dalam persekitaran kehidupan dan situasi sebenar calon. Terangkum Aktiviti-aktiviti daripada kesemua tujuh komponen EBAI wujud atau hadir dalam persekitaran yang sama. CIRI-CIRI EBAI 24


SENARAI EBAI 1. Minggu Pengurusan Diri 7. Minggu Matematik 13. Hari Kantin 2. Majlis Hari Jadi 8. Pengangkutan Awam 14. Sambutan Hari Perayaan 3. Kempen Bumi Hijau 9. Membeli belah 15. Sambutan Bulan Kemerdekaan 4. Karnival Permainan Rakyat 10. Masakan 16. Kejohanan Sukan 5. Kem Jati Diri 11. Perkhemahan 17. Virtual Run 6. Boling 12. Keusahawanan 18. Kem Bestari Solat 25


6.0 Dokumen Standard Kebolehan (DSK) 26


6 Elemen 24 Outcome DOMAIN 1 Kerohanian dan Nilai Murni DOMAIN 2 Domain Akademik Fungsian DOMAIN 3 Pembangunan Personal dan Kemahiran Interpersonal DOMAIN 4 Hidup Berdikari Dokumen Standard Kebolehan (DSK) ialah suatu dokumen yang mengandungi senarai konstruk dan standard kebolehan. Konstruk terdiri daripada 4 Domain, 6 Elemen dan 24 Outcome yang menggambarkan potensi keseluruhan MBPK yang ditaksir sepanjang tempoh pembelajaran dan pentaksiran di sekolah rendah. Ia memberi ruang kepada guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran serentak serta berterusan. 27


TAFSIRAN ‘TAHAP’ PADA STANDARD KEBOLEHAN Tahap merujuk kepada tahap keberkesanan pendidikan;  Ilmu Ilmu adalah suatu keadaan di mana calon tahu dan faham sesuatu konstruk.  Amal Amal adalah suatu keadaan di mana calon tahu, faham dan boleh melaksanakan sesuatu konstruk walaupun tanpa tertib atau sempurna.  Adab Adab adalah suatu keadaan di mana calon tahu, faham dan boleh melaksanakan sesuatu konstruk dengan betul. !! Tafsiran yang dinyatakan di atas adalah secara umum dan pentaksir perlu merujuk DSK bagi pengenalpastian tahap yang sebenar berdasarkan outcome. 28


TAFSIRAN ‘PERINGKAT’ PADA STANDARD KEBOLEHAN Peringkat merujuk kepada peringkat pendidikan yang bermakna;  Diri Peringkat diri bermaksud kebolehan yang ditunjukkan dalam konteks dirinya sendiri walaupun calon berada dalam persekitaran keluarga atau masyarakat.  Keluarga Peringkat keluarga bermaksud kebolehan yang ditunjukkan dalam konteks warga PPKI sekolah walaupun calon berada dalam persekitaran masyarakat.  Masyarakat Peringkat masyarakat bermaksud kebolehan yang ditunjukkan dalam konteks komuniti di dalam atau di luar sekolah. !! Tafsiran peringkat bagi outcome penggunaan tandas adalah berbeza merujuk kepada DSK. 29


TAFSIRAN ‘KUALITI’ PADA STANDARD KEBOLEHAN Kualiti merujuk kepada sejauh mana nilai kebolehan yang ditunjukkan oleh calon. Kualiti juga dipengaruhi oleh kekerapan, ketepatan atau kesempurnaan.  Ada (A) • Calon ada menunjukkan suatu kebolehan bagi suatu konstruk; atau • Calon melaksanakan suatu konstruk sekadar ada.  Cukup (C) • Calon menunjukkan kebolehan yang memadai (memenuhi kehendak); atau • Calon melaksanakan suatu konstruk secara kerap.  Lebih (L) • Calon menunjukkan kebolehan lebih daripada mencukupi; atau • Calon melaksanakan suatu konstruk secara konsisten. !! Penentuan kualiti bergantung kepada professional judgement pentaksir berpandukan tafsiran di atas. 30


Pelaporan PAPR adalah berbentuk pernyataan standard kebolehan berkaitan konstruk yang ditaksir dan dikuasai. Pelaporan akan menunjukkan penguasaan standard kebolehan terbaik yang direkod bagi setiap outcome yang ditaksir. Pelaporan yang diperoleh merupakan maklumat asas bagi persediaan pembelajaran dan pentaksiran MBPK di sekolah menengah, iaitu PASM 7.0 Pelaporan 31


01 02 03 04 Kaedah menggunakan dokumen pentaksiran - Dokumen EBAI - DSK Kaedah pentaksiran menggunakan MyALT Eviden pentaksiran Contoh penentuan standard kebolehan MODUL 1B CEKAP AMAL Objektif modul ini ialah untuk memberi panduan amali kepada pentaksir untuk melaksanakan PAPR. Modul ini merangkumi: 32


1.0 Kaedah Menggunakan Dokumen Pentaksiran 01 02 03 06 05 04 Rujuk dokumen EBAI Tentukan standard kebolehan calon mengikut Tahap, Peringkat dan Kualiti Pastikan outcome dalam DSK dan EBAI adalah sama Pilih EBAI Kenal pasti reaksi dan outcome Rujuk DSK 33


1. Rujuk Dokumen EBAI KAEDAH MENGGUNAKAN DOKUMEN PENTAKSIRAN 34


2. Pilih EBAI 3. Kenal pasti reaksi dan outcome EBAI 15 : SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KAEDAH MENGGUNAKAN DOKUMEN PENTAKSIRAN 35


KAEDAH MENGGUNAKAN DOKUMEN PENTAKSIRAN 4. Rujuk DSK 5. Pastikan outcome DSK dan EBAI sama. 6. Tentukan Standard Kebolehan calon mengikut tahap, peringkat dan kualiti. 36


2.0 Kaedah Pentaksiran Menggunakan MyALT Pentaksir log masuk ke aplikasi MyALT Langkah 1 Pentaksir memilih EBAI Langkah 3 Pentaksir memasukkan eviden Langkah 5 Pentaksir menentukan standard kebolehan Langkah 7 Pentaksir memilih calon untuk ditaksir Langkah 2 Pentaksir memilih reaksi Langkah 4 Pentaksir memilih konstruk Langkah 6 Langkah 8 Pentaksir menghantar pentaksiran 37


Log masuk ke aplikasi MyALT https://myalt.moe.gov.my APLIKASI PENTAKSIRAN (Aplikasi mobil) 38


Antaramuka Log masuk Klik “LANGKAU” untuk ke paparan seperti di sebelah. Isi maklumat id pengguna dan kata laluan, seterusnya klik butang “Log Masuk”. 39


Antaramuka Pentaksiran Klik “Pentaksiran” dan nama kelas, seterusnya pilih /cari nama calon yang akan ditaksir. 40


Perekodan Pentaksiran 1. Pilih EBAI 41


1. Pilih EBAI 2. Pilih Reaksi Perekodan Pentaksiran 42


1. Pilih EBAI 2. Pilih Reaksi 3. Pilih Konstruk Perekodan Pentaksiran 43


Klik untuk panduan standard kebolehan 1. Pilih EBAI 2. Pilih Reaksi 3. Pilih Konstruk 4. Tentukan Standard Kebolehan Perekodan Pentaksiran 44


1. Pilih EBAI 2. Pilih Reaksi 3. Pilih Konstruk 4. Tentukan Standard Kebolehan Perekodan Pentaksiran 45


1. Pilih EBAI 2. Pilih Reaksi 3. Pilih Konstruk 4. Tentukan Standard Kebolehan 5. Masukkan tarikh pentaksiran Perekodan Pentaksiran 46


Click to View FlipBook Version