The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhd Fariz Ismail, 2022-06-14 12:46:38

Panduan Pelaksanaan PPPC_ISBN_

Panduan Pelaksanaan PPPC_ISBN_

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS

Bahagian Pembangunan Kurikulum
2021

Terbitan 2021
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 – 8, Blok E9, Kompleks
Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Terbitan:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Aras 4, 6 – 8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Isi Kandungan

Rukun Negara ................................................................................................ v
vi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan .................................................................. vii
viii
Definisi Kurikulum Kebangsaan ..................................................................... 1
4
Kata Alu-Aluan Pengarah Pembangunan Kurikulum ..................................... 5
7
Unit 1 Pengenalan Program Pendidikan Pintar Cerdas ......................... 9
12
1.1 Matlamat Dan Objektif Program Pendidikan Pintar Cerdas ........ 12
14
Unit 2 Pengenalpastian Murid Pintar Cerdas ......................................... 14
16
2.1 Ujian Saringan GENIUS@Pintar UKM ........................................ 17
25
2.2 Ciri-Ciri Murid Pintar Cerdas ........................................................ 26
27
Unit 3 Pembelajaran Murid Pintar Cerdas ............................................. 28
29
3.1 Model Pembelajaran Program Pendidikan Pintar Cerdas ........... 29
30
3.1.1 Mampatan ....................................................................................
31
3.1.2 Pecutan ....................................................................................... 31
31
3.1.3 Pengayaan ..................................................................................

3.1.4 Pelaksanaan Kurikulum Program Pendidikan Pintar Cerdas ......

3.2 Laluan Pengajian Murid Program Pendidikan Pintar Cerdas ......

Unit 4 Pedagogi Terbeza Untuk Murid Pintar Cerdas ............................

4.1 Pelaksanaan Pedagogi Terbeza .................................................

4.1.1 Kandungan ..................................................................................

4.1.2 Proses .........................................................................................

4.1.3 Produk .........................................................................................

4.1.4 Persekitaran Pembelajaran .........................................................

4.2 Penentuan Pembezaan Berdasarkan Kondisi Murid Pintar
Cerdas .........................................................................................

4.2.1 Kesediaan Murid Pintar Cerdas ...................................................

4.2.2 Minat Murid Pintar Cerdas ...........................................................

4.2.3 Profil Pembelajaran Murid Pintar Cerdas .................................... 32

Unit 5 Panduan Perancangan Pengajaran Pedagogi Terbeza Program 34
Pendidikan Pintar Cerdas ............................................................ 35

5.1 Templat Panduan Perancangan Pengajaran Harian ................... 38
42
5.2 Panduan Perancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu 46
Komunikasi II ............................................................................... 50
54
5.3 Panduan Perancangan Pengajaran Harian Bahasa Inggeris ...... 59
61
5.4 Panduan Perancangan Pengajaran Harian Sejarah Dunia II ......

5.5 Panduan Perancangan Pengajaran Harian Biologi .....................

5.6 Panduan Perancangan Pengajaran Harian Matematik Tulen .....

Rujukan ..........................................................................................................

Penghargaan ..................................................................................................

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi

kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97.]

vii



KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Program Pendidikan Pintar Cerdas (PPPC) merupakan
salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang bertujuan untuk
membolehkan murid pintar cerdas (PC) di negara ini
mendapat akses kepada pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang khusus serta luwes dalam memperkembang
potensi mereka ke tahap optimum.

Murid PC yang telah dikenal pasti memerlukan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan dinamik bagi menyokong
kebolehan kognitif mereka yang tinggi pada usia yang muda.
Tahap intelektual yang tinggi berbanding umur kronologi
yang muda menyebabkan murid PC mengalami perkembangan psikologi yang tidak
sekata. Justeru, murid PC memerlukan pendidikan yang dapat menyediakan
sokongan dari aspek psikologi dan persekitaran pembelajaran dengan ciri-ciri
keluwesan, autonomi, penerokaan, penyelesaian masalah dan pendedahan kepada
kandungan pembelajaran aras tinggi yang mencabar secara berterusan.

Panduan Pelaksanaan PPPC ini menerangkan model pembelajaran dan pengajaran
untuk murid PC yang merangkumi ciri murid, kurikulum, pelaksanaan pedagogi
terbeza dan panduan perancangan pedagogi terbeza PPPC bagi beberapa mata
pelajaran.

Pada kesempatan ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum ingin mengucapkan ribuan
terima kasih dan penghargaan kepada Pusat GENIUS@Pintar, UKM atas kerjasama
dan sumbangan kepakaran dalam menghasilkan panduan ini.

Saya amat berharap Panduan Pelaksanaan PPPC ini dapat membantu warga KPM
untuk lebih memahami kepentingan keperluan PdP khusus murid PC di negara ini.

Haji Azman bin Haji Adnan
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum

viii



UNIT 1: PENGENALAN PROGRAM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS

Program Pendidikan Pintar Cerdas (PPPC) merupakan salah satu inisiatif dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 untuk memenuhi
keperluan murid yang mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi. PPPM
menggariskan tiga gelombang bagi PPPC iaitu:

a. Gelombang 1 (2013 – 2015): Mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik
dan menerima pakai amalan terbaik tersebut.

b. Gelombang 2 (2016 – 2020): Merintis program pintar cerdas dan berbakat.
c. Gelombang 3 (2021 – 2025): Meningkatkan kejayaan semasa fasa terakhir

Pelan Tindakan dan memperluaskan ke peringkat kebangsaan.

Pelaksanaan PPPC berpandukan model yang telah dibangun dan dijalankan oleh
Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (PGPN, UKM)
seperti yang terkandung dalam PPPM 2013 – 2025, Bab 4 – 16 (Pembelajaran Murid:
Kumpulan Berkeperluan Khusus) dan Bab 7 – 10 (Struktur Sistem: Pendidikan untuk
murid pintar cerdas).

PGPN (sebelum ini dikenali sebagai Pusat PERMATApintar Negara) ditubuhkan pada
tahun 2008 di Fakulti Pendidikan, UKM sebagai salah satu pusat kecemerlangan bagi
permulaan kepada perancangan dan penyelidikan pendidikan pintar dan berbakat.
PGPN telah diberikan mandat oleh Jemaah Menteri pada 5 Disember 2008 untuk
membangun, melaksana dan memantau satu program khas murid pintar dan berbakat
secara komprehensif yang dilaksanakan sebagai projek rintis Program Pendidikan
Pintar dan Berbakat untuk negara.

Program Pendidikan Pintar dan Berbakat yang komprehensif ini bermula pada tahun
2008 di PGPN dengan mengenal pasti murid pintar dan berbakat melalui Ujian
Saringan UKM1 dan UKM2. Pada tahun 2009 pula, PGPN menjalankan Program
Perkhemahan Cuti Sekolah yang merupakan program pengayaan yang pertama
melibatkan seramai 378 orang murid pintar dan berbakat yang telah dikenal pasti dari
seluruh Malaysia.

1

PGPN telah mengembangkan Program Pendidikan Pintar dan Berbakat dengan
melaksanakan Program Pendidikan Menengah Atas melalui Kolej PERMATApintar
yang kini dikenali sebagai Kolej GENIUS@Pintar Negara (KGPN) pada tahun 2011.
Pengambilan kohort pertama adalah seramai 114 orang murid yang berumur 16
tahun. Seterusnya pada tahun 2012, penubuhan Program Pra Universiti yang dikenali
sebagai ASASIpintar dimulakan di PGPN sebagai persediaan untuk laluan murid
pintar dan berbakat ke pengajian peringkat Ijazah Pertama di UKM.

Terdapat lima tahap pengajian yang dilaksanakan di PGPN, UKM, iaitu Asas 1, Asas
2, Asas 3, Tahap 1 dan Tahap 2. Semua murid PC diwajibkan untuk bermula dengan
Asas 1 sehingga lengkap.

Kurikulum PGPN, UKM telah dipetakan dengan Kurikulum Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kandungan mata pelajaran
Asas 1 hingga Asas 3 telah dipetakan dengan kandungan mata pelajaran SPM
manakala kandungan mata pelajaran Tahap 1 hingga tahap 2 telah dipetakan dengan
STPM.

Kurikulum PGPN, UKM, telah melalui proses penyetaraan dengan Kurikulum
Asasi UKM dan Asasi Universiti Putra Malaysia (UPM) dan didapati setara.
Selain itu, Kurikulum PGPN, UKM, juga melalui proses penyetaraan dengan
Kurikulum Matrikulasi, KPM, dan didapati terdapat topik dan subtopik yang
setara dalam beberapa mata pelajaran Sains (Biologi, Fizik, Kimia) dan Matematik
dalam kedua-dua kurikulum. Namun begitu, didapati kandungan Kurikulum
PGPN, UKM, untuk beberapa topik dan subtopik bagi mata pelajaran tersebut
adalah lebih terperinci dan mendalam. Beberapa mata pelajaran tambahan seperti
Bahasa Melayu, Sejarah, Statistik, Kalkulus, Aljabar Linear, Penyelidikan,
Pembangunan Jati Diri dan Bahasa Antarabangsa yang sesuai untuk keperluan
murid pintar dan berbakat didapati tidak ditawarkan di peringkat matrikulasi. Ini
kerana kurikulum untuk Program Matrikulasi, KPM, dibina bagi memenuhi keperluan
murid arus perdana. Mata pelajaran tambahan seperti yang disebut di atas juga
tidak ditawarkan kepada murid matrikulasi yang mengambil jurusan Sains.
Kurikulum PGPN, UKM, adalah lebih terperinci dan mendalam bagi memenuhi
keperluan pembelajaran murid PC.

2

Setelah murid menyempurnakan Kurikulum PGPN, UKM, mereka akan dianugerahi
Sijil High School Diploma (HSD) dari PGPN, UKM. Pada Oktober 2021, Sijil HSD ini
telah mendapat akreditasi dari agensi profesional antarabangsa iaitu COGNIA
(sebelum ini dikenali sebagai AdvancED), sebuah badan pengiktirafan institusi dan
sistem pendidikan menengah peringkat antarabangsa yang beribu pejabat di Georgia,
Amerika Syarikat. Ini bermakna, Kurikulum HSD PGPN, UKM juga telah disetarakan
dengan kurikulum American High School Diploma.

PGPN merupakan institusi yang berada di bawah dua pemegang taruh iaitu UKM,
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Bahagian GENIUS, KPM. UKM berperanan
dari aspek pengoperasian pengurusan PGPN secara keseluruhan termasuk tadbir
urus kakitangan, pembangunan dan kemudahan prasarana. Bahagian GENIUS, KPM
berperanan mengurus dan menyelaraskan pengoperasian murid pintar dan berbakat
yang berada di PGPN, UKM.

Murid yang mengikuti PPPC ini akan menerima pengajaran dan pembelajaran khusus
dan luwes seperti yang dilaksanakan di PGPN, UKM untuk memperkembang bakat
dan potensi mereka ke tahap optimum. Murid PC memerlukan pendekatan dan
kandungan kurikulum melebihi keperluan biasa bagi memenuhi keupayaan mereka.
Pelaksanaan PPPC ini juga merupakan satu usaha untuk membangunkan modal
insan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berdaya saing di
peringkat global.

3

1.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS1

Matlamat PPPC adalah untuk:
“Membangunkan dan membentuk individu holistik yang sangat
menyerlah dalam salah satu aspek iaitu intelek, kreativiti, kemahiran,
kerohanian atau gabungan aspek tersebut melalui satu atau lebih disiplin
ilmu atau bakat tertentu bagi memenuhi keperluan modal insan negara
yang progresif dan futuristik, pencipta teknologi, penggerak kemajuan
dan tamadun yang menyumbang kepada peningkatan kemakmuran
serta kesejahteraan hidup sejagat.”

Objektif PPPC adalah untuk:
a. membangun, memupuk dan menggilap potensi murid PC secara menyeluruh
dan seimbang melalui program pengayaan dan pecutan pembelajaran melalui
proses mampatan;
b. membentuk murid PC yang dapat meningkatkan imej negara di arena
antarabangsa dan menyumbang kepada kelestarian kehidupan sejagat;
c. melahirkan murid PC menjadi ilmuan dan pakar rujuk dalam pelbagai disiplin
ilmu untuk menyumbang kepada pembangunan negara; dan
d. menyediakan peluang dan sokongan kepada murid PC agar mereka mampu
bersaing lebih awal di peringkat tempatan dan global.

1 Kertas Cadangan Konsep PPPC - lulus dalam Mesyuarat Profesional KPM (MPKPM) Bil. 36/2017
pada 7 Disember 2017. Kertas Cadangan Dasar PPPC - lulus dalam MPKPM Bil.20/2019 pada 19
Julai 2018.

4

UNIT 2: PENGENALPASTIAN MURID PINTAR CERDAS

Murid PC merupakan individu yang dilahirkan dengan kebolehan kognitif semula jadi
yang unik. Keunikan tersebut merujuk kepada potensi semula jadi yang luar biasa.
Kepintaran adalah kebolehan semula jadi anugerah Tuhan kepada setiap manusia
yang dikaitkan dengan warisan genetik kekeluargaan (Simonton, 2005). Setiap
manusia dianugerahkan dengan kepintaran yang bersifat pelbagai dan dinamik pada
kadar yang berbeza-beza bergantung kepada komposisi genetik yang diwarisi
(Plomin, 1995). Kepintaran juga dikatakan boleh meningkat ke tahap optimum dan
akan menurun pada usia lapan puluhan (Plomin, 1995). Tuntasnya, kepintaran adalah
diwarisi dari baka keturunan dan ianya bersifat pelbagai.
Gardner (1983, 2002) dalam Teori Kecerdasan Pelbagai (Theory of Multiple
Intelligences) menyatakan semua individu mempunyai salah satu atau lebih daripada
sembilan domain kepintaran iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang,
muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan kerohanian.
Menurut Gagné (2008) pula, kepintaran adalah kebolehan semula jadi individu yang
boleh dilihat dalam enam domain iaitu intelek, kreatif, sosial, persepsi, fizikal atau
psikomotor. Individu pintar berada pada kategori 10 peratus teratas dalam kalangan
rakan sebaya pada salah satu domain tersebut. Jadual 1 adalah tahap kategori
kepintaran berdasarkan Gagne’s metric-based.

5

Jadual 1: Tahap Kategori Kepintaran

Tahap Label Nisbah dalam Tahap Sisihan
Piawai
populasi Kecerdasan
umum Intelek (IQ)

5 Sangat Luar Biasa 1: 100,000 165 + 4.3
(Extremely)

4 Luar Biasa 1:10,000 155 + 3.7
(Exceptionally)

3 Tinggi 1:1000 145 + 3.0
(Highly)

2 Sederhana 1:100 135 + 2.3
(Moderately)

1 Agak Sederhana 1:10 120 + 1.3
(Mildly)

Adaptasi daripada Gagné, F. (2004). Transforming gifts into talents: the DMGT as a developmental

theory. High Ability Studies.

Dalam model kepintaran, Three-Rings Model, Renzulli (1993) menjelaskan individu
pintar mempunyai tiga elemen dalam diri yang boleh dilihat menerusi tingkah laku iaitu
mempunyai kebolehan melebihi tahap purata, memiliki daya kreativiti yang tinggi dan
menunjukkan tahap komitmen yang tinggi dalam bidang yang diminati.

Menurut Gagne (2008) dalam Differentiated Model of Giftedness and Talent (DMGT),
kepintaran tidak boleh bertukar menjadi berbakat jika tidak dipupuk melalui proses
pengembangan bakat yang sistematik. Elemen penting yang dilihat sebagai
pemangkin (sama ada daripada aspek kurikulum, pedagogi, pengayaan, persekitaran,
intrapersonal, budaya pembelajaran, sokongan psikologi dan lain-lain) berperanan
sebagai pemupuk dalam mengembang dan menyerlahkan kepintaran individu untuk
menjadi berbakat. Hasil proses pemupukan ini akan dapat dilihat melalui kejayaan
yang dibina oleh individu pintar tersebut menerusi peranan dan sumbangan yang
dimainkan dalam masyarakat (VanTassel-Baska, 1995 & 2010). Justeru, dapat
disimpulkan bahawa murid pintar (gifted) boleh menjadi berbakat (talented) apabila
melalui proses pengembangan potensi yang sistematik, rangsangan yang berterusan
dan persekitaran pembelajaran yang menyokong penyerlahan bakat menerusi elemen
fleksibiliti, kreativiti, autonomi dan peluang penerokaan. Dalam konteks PPPC KPM,
murid pintar (gifted) adalah merujuk kepada pintar kognitif iaitu pintar cerdas seperti
yang dinyatakan di dalam PPPM (2013 – 2025).

6

2.1 UJIAN SARINGAN GENIUS@PINTAR UKM

Proses mengenal pasti murid PC perlu melalui tiga ujian saringan yang dikendalikan
oleh PGPN, UKM. Instrumen penilaian untuk mengenal pasti potensi murid PC bagi
mengikuti PPPC adalah menerusi penggunaan Ujian GENIUS@Pintar UKM1, UKM2
dan UKM3 yang mempunyai piawaian antarabangsa setara dengan ujian Standford-
Binet, Weshler Intelligent Scale for Children (WISC), dan Ujian Raven Matrices yang
diguna pakai sebagai ujian pengenalpastian murid pintar dan berbakat di dunia. Ujian
UKM1 dan UKM2 merupakan Ujian Tahap Kecerdasan Intelek (IQ) atas talian yang
menghasilkan indeks kepintaran intelek yang digunakan sebagai petunjuk kepada
tahap kepintaran seseorang murid PC. Rajah 1 berikut memaparkan Ujian Saringan
GENIUS@Pintar, UKM.

UJIAN SARINGAN GENIUS@Pintar

UKM1 UKM2 UKM3

• Kebolehan Lisan • Kebolehan Lisan • Kecekapan STEM
(Verbal Comprehension) (Verbal Comprehension) (Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik)
• Penaakulan Persepsi • Penaakulan Persepsi
(Perceptual Reasoning) (Perceptual Reasoning) • Kreativiti
• Kecekapan kecerdasan emosi
• Daya Ingatan Bekerja
(Working Memory) (Emotional Intelligence - EQ)
• Ujian Tekanan
• Kepantasan Memproses
Maklumat (Stress Test)
(Processing Speed) • Ujian Daya Tahan

(Resilience Test)

Rajah 1: Ujian Saringan GENIUS@pintar, UKM

Ujian GENIUS@Pintar UKM1 berfungsi mengukur dua domain kognitif kepintaran
umum, iaitu:

a. Kebolehan Lisan (Verbal Comprehension)
b. Penaakulan Persepsi (Perceptual Reasoning)

7

Ujian GENIUS@Pintar UKM2 pula mengukur empat domain kognitif kepintaran
umum, iaitu:

a. Kebolehan Lisan (Verbal Comprehension)
b. Penaakulan Persepsi (Perceptual Reasoning)
c. Daya Ingatan Bekerja (Working Memory)
d. Kepantasan Memproses Maklumat (Processing Speed)

Manakala, Ujian GENIUS@Pintar UKM3 dilaksanakan khusus untuk menilai
keupayaan calon dalam lima domain potensi, iaitu:

a. Kecekapan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
b. Kreativiti
c. Kecekapan Kecerdasan Emosi
d. Ujian Tekanan (Stress Test)
e. Ujian Daya Tahan (Resilience Test)

Ujian GENIUS@Pintar UKM1 adalah ujian dalam talian yang dijalankan secara
terbuka. Manakala, Ujian GENIUS@Pintar UKM2 dijalankan secara dalam talian di
pusat terpilih dengan pengawasan. Ujian GENIUS@Pintar UKM3 pula dilaksanakan
secara bersemuka kepada murid PC semasa mereka menghadiri Program
Perkhemahan Cuti Sekolah yang dijalankan oleh PGPN, UKM pada bulan Disember.
Selain daripada lima domain potensi di atas, pemerhatian dalam bilik darjah juga
dilakukan kepada murid PC. Dapatan kualitatif daripada pemerhatian dalam bilik
darjah akan digunakan untuk melihat konsistensi ciri-ciri kepintaran murid daripada
data kuantitatif ujian IQ yang diberikan.

8

2.2 CIRI-CIRI MURID PINTAR CERDAS

Murid PC mempunyai kebolehan kognitif yang luar biasa seperti kebolehan membaca
lebih awal dengan pemahaman makna yang lebih baik dan cepat menguasai sesuatu
kemahiran asas dengan latihan yang sedikit. Murid PC juga mempamerkan ciri rasa
ingin tahu yang tinggi, namun dalam masa yang sama kadang kala mengambil mudah
tentang sesuatu perkara. Murid PC pada kebiasaannya mempamerkan sikap suka
bertanya soalan ‘mengapa’ dan 'bagaimana' sesuatu itu terjadi atau berlaku. Ciri
tersebut menjadikan murid PC suka menangani idea abstrak kerana mahir melihat
hubungan dan perkaitan, membuat kesimpulan serta mengkaji sebab dan akibat. Oleh
itu, murid PC boleh membuat jangkaan yang baik terhadap sesuatu perkara menerusi
pengamatan yang mendalam.

Ciri murid PC adalah berbeza dengan murid berprestasi tinggi. Murid berprestasi tinggi
ialah murid yang mempunyai komitmen yang tinggi dan perlu melalui proses latih tubi
bagi mendapatkan pencapaian cemerlang dalam akademik.

Murid PC tidak semestinya menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam akademik
sebaliknya menunjukkan penguasaan yang mendalam dan menyeluruh dalam
sesuatu bidang yang diminati. Murid PC lebih cenderung berfikir untuk mencari jalan
bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Mereka akan memberi komitmen yang
sepenuhnya dalam bidang yang mereka minati. Terdapat juga murid PC yang
mempunyai ciri kepelbagaian potensi dalam pelbagai bidang hasil keupayaan mereka
untuk menghubungkait ilmu pengetahuan yang diterokai.

Murid PC juga didapati cepat berkembang dalam situasi yang mencabar intelektual.
Mereka teruja dengan aktiviti yang merangsang minda dan menjadikan mereka
bersemangat untuk mencari jalan penyelesaian. Mereka gemar sesuatu yang baharu
berbanding konvensional. Justeru, mereka sering mempamerkan idea atau hasil kerja
yang asli, kreatif dan inovatif. Selain daripada itu, mereka mudah berinteraksi dan
memberi maklum balas kepada orang yang lebih dewasa.

9

Murid PC mempunyai tahap intelektual yang tinggi (skor IQ melebihi 130) berbanding
usia biologi atau umur kronologi mereka. Sebagai contoh, murid PC berusia 12 tahun
namun mempunyai umur mental yang melebihi sekurang-kurangnya dua tahun
daripada umur kronologi. Tahap intelektual yang tinggi berbanding umur kronologi
yang lebih muda menyebabkan murid PC mengalami perkembangan psikologi yang
tidak sepadan di antara tahap intelektual dengan tahap emosi, rohani, dan fizikal
mereka. Menurut Neihart, Reis, Robinson, Moon (2002), perkembangan yang tidak
sekata ini dikenali sebagai Asynchronous Development (AD). Neihart, et. al (2002)
juga menyatakan semakin tinggi tahap intelektual murid PC semakin besar jurang AD.
AD akan menghasilkan pelbagai ciri idiosinkrasi dan isu psikologi. Idiosinkrasi adalah
tingkah laku istimewa atau luar biasa, kelakuan yang tersendiri, kebiasaan atau tabiat
yang unik dan pemikiran khusus seseorang murid PC. Isu psikologi pula melibatkan
isu sosio emosi. yang mungkin dialami oleh murid PC seperti mudah mengalami
kekecewaan, depresi (depression), mementingkan kesempurnaan (perfectionist),
mempunyai kebimbangan yang tinggi (anxiety), mudah marah, cepat bosan,
mengasingkan diri daripada aktiviti sosial, sering mengalami kesukaran dalam
penyesuaian sosial dan masalah interpersonal. Selain ciri umum di atas, terdapat
perbezaan antara ciri khusus murid PC. Rajah 2 merumuskan ciri khusus yang dimiliki
oleh murid PC.

10

KOGNITIF KREATIF

• Boleh menyelesaikan masalah • Kreatif dan mempunyai daya cipta sebagai
• Boleh mengabstrak simbol dan konsep inovator.
• Perkembangan dalam bahasa
• Mempunyai banyak perkataan yang digunakan • Ciri kecindan yang tinggi
• Boleh memikir dan memberi reaksi di tahap • Daya imaginasi yang tinggi
• Ekspresif dan asli (termasuk lisan, seni, dramatik
orang dewasa
• Perasaan ingin tahu yang lebih tinggi dan muzik)
• Pemikir Fleksible • Berkemahiran dengan penjelasan terperinci
• Perkembangan ingatan yang sangat luarbiasa • Boleh dan cepat menyambung idea
• Daya ingatan dan tumpuan yang kuat • Keupayaan tinggi dalam pelbagai subjek
• Idea yang mencapah

CIRI-CIRI
MURID PINTAR BERBAKAT
AFEKTIF TINGKAH LAKU

• Emosi yang kuat • Spontan

• Sensitif • Semangat yang tinggi

• Mengutamakan kesempurnaan (perfectionist) • Sangat fokus kepada sesuatu yang diminati

• Mempunyai harapan atau matlamat yang tinggi • Sangat bertenaga

• Karismatik • Perkembangan dalam psikomotor

• Cepat tertekan dan kecewa • Suka bertanyakan soalan dan menyelidik

• Memerlukan sokongan emosi • Suka bercakap

• Peka kepada keadaan sekeliling dan orang lain • Tekun dalam sesuatu perkara

Adaptasi daripada Clark, B. (2007). Growing up gifted (7th ed.) Upper Saddle River, NJ: Pearson
Prentice Hall.

Rajah 2: Ciri-Ciri Khusus Murid Pintar Cerdas

Berdasarkan ciri dan isu psikologi yang dialami, murid PC memerlukan sokongan
khidmat kaunseling dan psikologi yang berterusan bagi mencapai kesejahteraan diri.
Di samping itu, murid PC memerlukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
dengan ciri keluwesan, autonomi, penerokaan, penyelesaian masalah dan kandungan
pembelajaran aras tinggi yang mencabar secara berterusan (academic rigour).
Kurikulum yang sedemikian bertujuan untuk menyokong keperluan tahap kognitif
murid PC dan seterusnya memaksimumkan tahap potensi mereka.

11

UNIT 3: PEMBELAJARAN MURID PINTAR CERDAS

Pembelajaran murid PC memerlukan pendekatan dan kandungan kurikulum yang
berbeza dengan murid arus perdana bagi memenuhi keperluan intelektual mereka
yang luar biasa. Murid PC memerlukan tiga komponen utama untuk memaksimumkan
potensi mereka, iaitu persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan keperluan ciri
pembelajaran, fleksibiliti dalam pelaksanaan akademik dan penekanan dalam aspek
sokongan psikologi sosioemosi. Ketiga-tiga komponen ini terkandung dalam Model
Pembelajaran PGPN, UKM.
3.1 MODEL PEMBELAJARAN PROGRAM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS
Model Pembelajaran Pintar dan Berbakat di PGPN, UKM adalah merujuk kepada
beberapa model dan strategi yang telah dikembangkan untuk menyokong pendidikan
pintar dan berbakat seperti Model Pengayaan Sekolah atau Schoolwide Enrichment
Model (Renzulli & Reis, 1985), Model Kurikulum Selari atau The Parallel Curriculum
Model (Tomlinson et al., 2002) dan Model Kurikulum Bersepadu atau Integrated
Curriculum Model (VanTassel-Baska & Brown, 2009).

Rajah 3: Model Pembelajaran Program Pendidikan Pintar Cerdas

12

Model Pembelajaran PPPC merujuk sepenuhnya kepada Model Pembelajaran yang
dilaksanakan di PGPN, UKM2 menggunakan Kurikulum Kebangsaan Menengah Atas
sebagai teras dan diperkayakan dengan mata pelajaran tambahan yang lebih
mencabar bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid PC. Di peringkat Asas 1,
murid PC sudah mula mempelajari mata pelajaran menengah atas seperti Matematik
Tambahan, Fizik dan Kimia. Selain itu, murid PC juga didedahkan kepada mata
pelajaran/kursus/program aras tinggi seperti berikut:

a. Kursus Kepujian (Subjek Honours): Aljabar Linear dan Kalkulus;
b. Subjek Advanced Placement (AP) Wajib: AP Statistic, AP Physic, AP

Chemistry, AP Biology;
c. Subjek AP Elektif: AP Psychology, AP English Literature and Composition;
d. Pembinaan Portfolio Diri dan Kerjaya;
e. Pembangunan Jati Diri;
f. Penyelidikan dan Mentoran Pakar; dan
g. Program pengayaan seperti Astrofizik, DNA Barcoding Sequencing, F1 in

School dan Robotik.

Pelaksanaan model pembelajaran ini menggunakan strategi mampatan, pecutan,
pengayaan dan pedagogi terbeza serta pentaksiran formatif dan sumatif yang
bersepadu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

2 Kertas Cadangan Pelaksanaan PPPC di Sekolah KPM - lulus dalam MPKPM Bil.31/2019 pada 29
Ogos 2019.

13

Strategi mampatan, pecutan dan pengayaan yang digunakan dalam pelaksanaan
Model Pembelajaran PPPC adalah seperti berikut:

3.1.1 Mampatan
Mampatan adalah proses penyusunan semula kandungan kurikulum mengikut topik,
konsep, tema dan kemahiran. Kurikulum murid PC dimampatkan bertujuan untuk
mempelbagaikan pengetahuan yang dibina oleh murid PC dalam masa yang singkat
kerana murid PC mempunyai kebolehan untuk menyerap dan memahami maklumat
yang banyak dan dapat membina pengetahuan baharu dengan mudah. Murid PC juga
boleh meneroka ilmu yang diminati secara kendiri. Sekiranya murid telah menguasai
kandungan kurikulum yang akan dipelajari, mereka akan diberi kandungan baharu
atau aktiviti pengayaan. Justeru, guru hanya membimbing dan memudah cara murid
untuk setiap tajuk atau subtajuk kerana murid PC boleh melakukan pembelajaran
kendiri dengan berkesan.

3.1.2 Pecutan
Pecutan adalah proses penyampaian kandungan kurikulum untuk membolehkan
murid PC melengkapkan pembelajaran dalam masa yang singkat. Kaedah ini
memberikan penekanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut tahap
kebolehan kognitif dan keupayaan murid PC. Terdapat tiga kaedah pecutan yang
boleh dilaksanakan iaitu:

a. Kemasukan Awal (sekolah atau universiti)
b. Pecutan Mata Pelajaran
c. Pecutan Gred

Murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam penilaian akademik
dibenarkan menjalani Program Pecutan Pembelajaran (Accelerated Learning
Program) yang melibatkan Pecutan Kurikulum (Curriculum Acceleration).

14

a. Kemasukan Awal (sekolah atau universiti)
Kemasukan awal bermaksud murid PC memulakan persekolahan di sekolah
menengah di Asas 1 pada usia yang lebih muda berbanding usia sebenar
berdasarkan usia mental mereka. Murid PC juga berpotensi untuk menamatkan
persekolahan dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi pada usia
yang muda.

b. Pecutan Mata Pelajaran
Pecutan mata pelajaran secara kemajuan berterusan untuk mata pelajaran
tertentu berlaku apabila murid PC menguasai sepenuhnya tajuk dalam mata
pelajaran tersebut. Murid PC dipecutkan dengan tajuk baharu dalam mata
pelajaran berkenaan pada tahap yang berbeza. Sebagai contoh, murid PC Asas
1 yang telah menguasai semua topik dalam mata pelajaran Matematik Asas 1 ini
akan dipecutkan ke topik Matematik Asas 2.

c. Pecutan Gred
Pecutan gred bermaksud murid PC yang telah melengkapkan empat pentaksiran
pada Asas 1 dan mendapat pencapaian cemerlang, iaitu 95 peratus dalam semua
mata pelajaran boleh dipecutkan gred ke Asas 3. Ini bermakna, pecutan gred
hanya berlaku untuk murid PC setelah tamat Asas 1. Pecutan gred ini juga boleh
dilaksanakan kepada murid PC di Asas 2 ke Tahap 1 dengan syarat yang sama.
Pemilihan murid PC untuk pecutan gred adalah berdasarkan kepada Individual
Educational Plan (IEP) dan perlu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Khas Pecutan Murid yang terdiri daripada pengetua, penolong kanan akademik,
penolong kanan hal ehwal murid, guru home-room, kaunselor, ibu bapa, dan
murid PC.

15

Murid PC yang tidak mencapai 95 peratus dalam semua mata pelajaran tidak akan
dipecutkan dan meneruskan pembelajaran mengikut laluan biasa. Terdapat dua
bentuk intervensi awal diberikan kepada murid PC yang mendapat pencapaian
yang lemah dalam pembelajaran iaitu; intervensi akademik dan intervensi
psikologi. Intervensi ini diberikan mengikut keperluan murid secara individu bagi
memastikan murid PC dapat meningkatkan prestasi. Intervensi akademik
dijalankan oleh guru mata pelajaran masing-masing menerusi pelbagai kaedah
manakala intervensi psikologi dijalankan oleh kaunselor.

3.1.3 Pengayaan
Murid PC juga memerlukan pemupukan minat yang berterusan bagi memenuhi
keperluan kognitif mereka. Sehubungan itu, program pengayaan menyediakan
platform dengan pelbagai peluang kepada murid PC yang memerlukan cabaran yang
lebih tinggi dalam mata pelajaran yang dipelajari.

Terdapat tiga jenis program pengayaan yang diterapkan dalam kurikulum PGPN, UKM
iaitu:

a. Pengayaan Dalam Proses PdP
b. Pengayaan Dalam Kecenderungan Mata Pelajaran
c. Pengayaan Menerusi Program Kokurikulum

a. Pengayaan Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Pengayaan dalam proses PdP berlaku apabila guru merancang dan
menyediakan aktiviti PdP yang berbeza untuk murid PC mengikut tahap dan
kebolehan kognitif murid. Guru perlu kreatif dalam menyediakan isi kandungan
yang luas dan mendalam serta aktiviti yang mencabar. Sebagai contoh dalam
mata pelajaran Sejarah, murid PC akan diberikan aktiviti pengayaan apabila
mereka berada dalam kumpulan lanjutan.

16

b. Pengayaan Dalam Kecenderungan Mata Pelajaran
Pengayaan dalam kecenderungan mata pelajaran berlaku apabila murid PC
telah menguasai sepenuhnya sesuatu mata pelajaran dan memerlukan
cabaran yang lebih tinggi daripada kurikulum PGPN, UKM sedia ada. Sebagai
contoh, murid PC yang telah menguasai sepenuhnya mata pelajaran
Matematik di peringkat Tahap 2 akan dipasangkan dengan pakar bidang
Matematik di peringkat universiti. Ini membolehkan pementoran berlaku untuk
murid PC tersebut menjalankan penyelidikan atau mengikuti sesi pembelajaran
di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam bidang
Matematik.

c. Pengayaan Menerusi Program Kokurikulum
Pengayaan menerusi program kokurikulum dilaksanakan melalui pelbagai
kursus jangka pendek dan aktiviti kelab berkonsepkan STEM seperti F1 in
School, Astrofizik, DNA Barcoding and Sequencing, Entomologi dan Robotik.
Sebagai contoh, murid PC melakukan aktiviti cerapan bintang melalui Kelab
Falak Astronomi dalam bidang Astrofizik.

3.1.4 Pelaksanaan Kurikulum Program Pendidikan Pintar Cerdas
Kurikulum PPPC dilaksanakan dengan merujuk sepenuhnya kepada Model
Pembelajaran PGPN, UKM, yang bersandarkan Hasil Pembelajaran Program (HPP)
dan Komponen Kurikulum PPPC seperti berikut:

a. Hasil Pembelajaran Program (HPP)
PdP murid PC terikat dengan HPP yang melibatkan perkembangan akademik
dan sahsiah seperti yang dilaksanakan di PGPN, UKM. HPP ini dirujuk sebagai
konsep pembelajaran PPPC. Lapan HPP yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara adalah disenaraikan dalam Jadual 2 seperti berikut:

17

Jadual 2: Hasil Pembelajaran Program (HPP)

HPP 1 Mengintegrasi ilmu asas dan ilmu khusus dalam bidang
HPP 2 pengetahuan dan penyelidikan
HPP 3
HPP 4 Menguasai isi kandungan kursus dengan cekap dan berkesan
HPP 5 serta mengaplikasi terori dan idea dalam penyelidikan

HPP 6 Melaksanakan tanggungjawab sosial bagi melahirkan modal
insan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
HPP 7
Bertingkahlaku secara beretika dan menunjukkan sikap, nilai dan
tanggungjawab yang professional

Berkomunikasi dan berfungsi sebagai pemimpin dan ahli yang
berkesan dalam pasukan
Berfikiran secara kritis, kreatif dan inovatif serta mampu
menyelesaikan masalah dengan bijaksana dalam pelbagai
situasi
Berkemahiran mengurus dan mengintegrasi maklumat dengan
amalan pembelajaran sepanjang hayat

HPP 8 Menguasai kemahiran keusahawanan

b. Komponen Kurikulum Program Pendidikan Pintar Cerdas

Pembelajaran bagi murid PPPC adalah berdasarkan lima komponen utama
akademik dan bukan akademik yang dinilai sebagai Purata Nilaian Gred
Keseluruhan (PNGK) Bersepadu atau Integrated CGPA (iCGPA). Rajah 4
menunjukkan Komponen Kurikulum PPPC. Lima komponen tersebut adalah
seperti berikut:

i. Komponen Akademik (50 peratus)
ii. Komponen Penyelidikan (10 peratus)
iii. Komponen Jati Diri (15 peratus)
iv. Komponen Portfolio (10 peratus)
v. Komponen Kokurikulum (15 peratus)

18

AKADEMIK KOKURIKULUM
50% 15%

JATI DIRI 5 PENYELIDIKAN
15% KOMPONEN 10%
KURIKULUM

PPPC

PORTFOLIO
10%

Rajah 4: Komponen Kurikulum PPPC

i. Komponen Akademik

Komponen Akademik meliputi 50 peratus daripada keseluruhan komponen
yang dipelajari sepanjang pengajian murid PC. Murid PC perlu mengambil mata
pelajaran yang telah ditawarkan di peringkat Asas 1 hingga Tahap 2. Murid PC
juga perlu memilih satu daripada enam kursus Bahasa Antarabangsa yang
ditawarkan.

Murid PC mengikuti Kurikulum Kebangsaan Menengah Atas dan pada waktu
yang sama diberi peluang untuk mempelajari mata pelajaran yang lebih
mencabar. Senarai mata pelajaran teras dan elektif mengikut tahap pengajian
yang ditawarkan di sekolah pelaksanaan PPPC adalah seperti Rajah 5.

19

Rajah 5: Mata Pelajaran Mengikut Tahap Pengajian

ii. Komponen Penyelidikan
Komponen penyelidikan diperkenalkan untuk memberi peluang kepada murid
PC membuat penerokaan yang mendalam tentang sesuatu bidang yang
diminati bagi meneroka intipatinya atau sesuatu aspek yang tidak pernah dilihat
atau diketahui kepentingannya sebelum ini. Guru perlu menggalakkan murid
PC untuk mempelajari kemahiran penyelidikan di usia yang muda agar mereka
mampu menjadi penyelidik yang kompeten. Murid PC juga akan cenderung
untuk melakukan kajian bebas berdasarkan minat yang mendalam terhadap
sesuatu perkara. Kelas kemahiran penyelidikan diwajibkan kepada semua
murid Asas 1 hingga Asas 3. Semasa murid PC berada di Asas 2, mereka perlu
menyediakan satu kertas cadangan penyelidikan yang ingin diterokai. Bagi
menggalakkan murid meneroka bidang penyelidikan dengan lebih mendalam,
murid tersebut dipasangkan dengan mentor yang terdiri daripada kalangan
pensyarah universiti yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.
Pelaksanaan Komponen Penyelidikan adalah seperti Rajah 6.

20

RESEARCH

SEM 2 FOUNDATION

•Idea or Interest 1
(Serendipity)

•What is research?

SEM 1 & 2 SEM 2

•On-site Research FOUNDATION

•Data Analysis •Self-direct Research Programs

2 (Independent Research @
Research and Education (R&E)
•Reviewing the Literature and Mentoring
Programmes.

FOUNDATION

3

LEVEL SEM 1 & 2

1 •On-site Research

•International Future Scientist
Conference

SEM 1 LEVEL

•Proceeding Writing 2

Rajah 6: Pelaksanaan Komponen Penyelidikan
21

iii. Komponen Pembangunan Kendiri dan Jati Diri

Kurikulum PPPC melibatkan kemenjadian murid dalam aspek kecemerlangan
akademik dan sahsiah. Kursus Pembangunan Kendiri (Self-Development) dan
Jati Diri merangkumi lima modul, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS). Selain itu, Komponen Pembangunan Kendiri dan Jati Diri bagi murid
PC juga berlandaskan kepada Model Jati Diri Holistik yang dibangunkan oleh
Rorlinda Yusof et al. (2021). Menurut Model Jati Diri Holistik, kemenjadian
murid PC melibatkan pembangunan yang menyeluruh dari aspek berikut:

• Kepintaran Intelek
• Kepintaran Emosi
• Kepintaran Sosial
• Kepintaran Fizikal
• Kepintaran Rohani
• Kepintaran Kepimpinan
• Kepintaran Kewarganegaraan
• Kepintaran Adversiti

Kursus Pembangunan Kendiri diwajibkan kepada murid PC semasa berada di
Asas 1 hingga Asas 3. Kursus ini bertujuan untuk membangunkan perwatakan
diri murid PC dari aspek kemahiran insaniah secara menyeluruh. Kandungan
Kursus Pembangunan Kendiri ini meliputi aspek berikut:

• Pemahaman diri – makna kehidupan, falsafah kehidupan, matlamat
kehidupan individu, personaliti diri, keyakinan diri, nilai pegangan dan
hak-hak individu.

• Kecerdasan emosi – kompetensi peribadi dan kompetensi sosial,
kematangan, dan penghayatan kerohanian.

• Kemahiran abad 21 – kemahiran individu, kemahiran berfikir,
kemahiran kepimpinan, kemahiran pengurusan maklumat yang kritikal,
kemahiran silang budaya, isu semasa.

• Pendidikan kerjaya – maklumat kerjaya, kemahiran temuduga, dan
pengurusan permohonan dan penempatan universiti serta sistem
sokongan mentor akademik dan sokongan psikologi.

22

Kursus Jati Diri akan diambil oleh murid PC semasa berada di Tahap 1. Kursus
ini bertujuan untuk membina potensi diri murid PC secara holistik sebagai
persediaan menjadi warganegara yang akan menyumbang bakti kepada
masyarakat dan negara pada masa hadapan. Proses pembangunan insaniah
ini perlu melalui lima modul utama iaitu:

• Penetapan matlamat & pengurusan masa
• Komunikasi & pengucapan awam
• Kepemimpinan
• Kesukarelawanan dan kemasyarakatan
• Kerohanian (Spiritual Circle)

Di dalam Kursus Jati Diri, aspek intelek akan dibentuk menerusi topik seperti
fokus, penyelesaian masalah, pengurusan risiko, daya tahan, aktiviti
kesukarelawanan, inovasi dan penampilan diri. Di akhir pembelajaran murid
akan dapat membentuk kemahiran penyelesaian masalah yang tinggi.

iv. Komponen Portfolio
Portfolio merupakan salah satu komponen utama dalam Model Pembelajaran
PPPC bagi mempersiapkan murid PC dalam perancangan hala tuju akademik
dan kerjaya. Pelaksanaan Portfolio ini membolehkan murid PC memberi nilai
tambah dalam menyerlahkan potensi semasa menghadiri temuduga penajaan
dan pekerjaan kelak. Penyediaan Portfolio murid PC bermula semasa mereka
berada di Asas 1 hingga Tahap 2.

Komponen Portfolio terdiri daripada:
• Ujian Psikologi
• Perkembangan Bakat
• Perkembangan Kendiri
• Laluan Kerjaya

Perkembangan penyediaan portfolio ini adalah berterusan di bawah bimbingan
dan penyeliaan kaunselor semasa Kursus Jati Diri.

23

v. Komponen Kokurikulum

Komponen Kokurikulum meliputi 15 peratus daripada keseluruhan Komponen
Kurikulum PPPC. Bagi memenuhi keperluan komponen ini, semua murid PC
harus melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang ditawarkan oleh sekolah
pada setiap tahun. Aktiviti kokurikulum dijalankan berdasarkan tiga komponen
utama iaitu aktiviti badan beruniform, persatuan dan sukan. Melalui aktiviti
kokurikulum, murid PC akan menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan
pengalaman untuk menjana potensi diri agar perkembangan mental, fizikal,
spiritual dan moral dapat dibina demi menghasilkan individu yang holistik.

Pelibatan dalam aktiviti kokurikulum ini bertujuan untuk melahirkan generasi
pintar yang seimbang, sihat, cerdas, berdaya tahan, berdaya saing, berakhlak
dan berketrampilan. Ini dapat menghasilkan murid PC yang berkeyakinan tinggi
untuk mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan peringkat
kebangsaan dan mewakili negara dalam pertandingan peringkat antarabangsa.
Elemen dalam Komponen Kokurikulum adalah seperti Rajah 7.

Melahirkan generasi KELAB Mencungkil, memupuk,
yang seimbang, sihat, mengembang dan

cerdas, berdaya tahan, memantapkan minat, serta
berdaya saing, berakhlak bakat yang ada pada setiap

dan berketrampilan individu

UNIFORM SUKAN

Mengukuhkan aspek
jasmani, emosi, rohani

dan intelek

Rajah 7: Elemen Dalam Komponen Kokurikulum

24

3.2 LALUAN PENGAJIAN MURID PROGRAM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS
Pentaksiran yang dilakukan secara berterusan dari Asas 1 hingga Asas 3 akan
menentukan kebolehan murid PC untuk mendapatkan GENIUS@Pintar Junior
Certificate. Manakala pentaksiran yang dilakukan secara berterusan dari Tahap 1 dan
Tahap 2 akan menentukan kebolehan murid PC untuk mendapatkan GENIUS@Pintar
HSD. Hasil persijilan ini memberi peluang kepada lima laluan pengajian seperti
berikut:

a. Program ASASI Pintar
b. Pengajian Tahun Satu Ijazah Sarjana Muda di UKM (Kursus-kursus Non

Professional)
c. Pengajian Tahun Satu ke Luar Negara
d. Program Persediaan di bawah penajaan
e. Program Diploma dan Matrikulasi

Peluang untuk murid PC meneruskan pembelajaran melalui lima laluan pengajian
yang disebut di atas adalah tertakluk kepada kelulusan Senat, UKM.
SPM perlu diambil oleh pelajar KGPN semasa mereka berada di Tahap 2, iaitu
selepas mereka menyelesaikan GENIUS@Pintar HSD. Latihan yang berterusan
diberikan bermula pada bulan Jun sehingga November setiap tahun untuk
mengukuhkan kefahaman dan kesediaan murid. Murid PC menduduki SPM untuk
mendapatkan biasiswa dan penajaan.

25

UNIT 4: PEDAGOGI TERBEZA UNTUK MURID PINTAR CERDAS

Pelaksanaan Kurikulum PPPC mengutamakan pendekatan Pedagogi Terbeza.
Perancangan PdP yang berkesan sangat diperlukan dalam pelaksanaan PPPC.
Persekitaran yang sesuai akan memupuk potensi murid PC sepanjang proses
pembelajaran. Kurikulum yang dibina perlu memenuhi keperluan murid PC supaya
murid PC dapat belajar secara optimum mengikut aras atau keupayaan pemahaman
murid tersebut. Pedagogi terbeza adalah penting dalam pendidikan murid PC dan
menjadi tanggungjawab kepada guru untuk melaksanakannya semasa PdP
berlangsung. Justeru, konsep pedagogi terbeza perlu difahami oleh guru PPPC untuk
menyediakan pembelajaran yang sesuai bagi memenuhi keperluan murid PC.

Dalam melaksanakan pedagogi terbeza untuk murid PC, prinsip utama yang perlu
dilaksanakan adalah seperti berikut:

a. Guru perlu menguasai isi kandungan mata pelajaran dari peringkat rendah
hingga tinggi.

b. Guru perlu mengenal pasti dan memahami konsep, tujuan serta kaedah
membezakan keupayaan setiap murid PC dalam sesi pembelajaran.

c. Guru perlu membuat penilaian dan memberi arahan yang jelas kepada murid
PC.

d. Guru perlu menyesuaikan kandungan, proses, produk dan persekitaran
pembelajaran sebagai tindak balas terhadap kesediaan, minat dan profil
pembelajaran murid PC.

e. Guru perlu memastikan setiap murid PC mengambil bahagian dalam bilik
darjah semasa pembelajaran.

f. Guru perlu berkolaborasi dengan murid PC di dalam bilik darjah semasa PdP.
g. Guru perlu mempunyai hala tuju yang jelas bagi memenuhi keperluan

pembelajaran individu setiap murid PC.
h. Guru perlu ada kebolehan untuk melaksanakan pedagogi terbeza di dalam bilik

darjah secara fleksibel.

26

4.1 PELAKSANAAN PEDAGOGI TERBEZA
Pedagogi terbeza adalah pendekatan pengajaran yang komprehensif dan berfokus
dalam membimbing guru untuk melaksanakan PdP bagi murid PC. Pelaksanaan
pedagogi terbeza adalah penting untuk membolehkan guru melaksanakan pengajaran
dan membimbing murid PC menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran baharu dan
pembelajaran secara berterusan. Pedagogi terbeza adalah proses menyesuaikan
pengajaran untuk memenuhi keperluan murid PC mengikut keupayaan mereka secara
individu. Rajah 8 berikut adalah konsep pedagogi terbeza yang disesuaikan dengan
PdP untuk murid PC.

Rajah 8: Konsep Pedagogi Terbeza Untuk PdP Murid PC
Penilaian yang berterusan dalam proses pembelajaran akan dilakukan. Kumpulan
kategori murid dalam pelaksanaan pedagogi terbeza boleh dilakukan secara fleksibel.
Kesemua perkara di dalam Rajah 8 perlu diambil kira oleh guru PPPC bagi
menentukan keberkesanan pedagogi terbeza untuk murid PC. Empat elemen utama
dalam pedagogi terbeza digambarkan seperti Rajah 9 berikut:

27

PERSEKITARAN KANDUNGAN

DALAM/LUAR MAMPATAN/PECUTAN/
KELAS PENGAYAAN

PEMBELAJARAN PEDAGOGI
TERBEZA
PROSES

PRODUK AKTIVITI
PENGAJARAN
PENILAIAN/RUBRIK

Rajah 9: Elemen dalam Pedagogi Terbeza

Pedagogi terbeza terdiri daripada empat elemen iaitu, kandungan, proses, produk dan
persekitaran. Pedagogi terbeza boleh dilaksanakan dengan menggunakan sekurang-
kurangnya satu daripada empat elemen tersebut:

4.1.1 Kandungan
Kandungan adalah apa yang perlu dipelajari oleh murid PC atau bagaimana murid PC
memperoleh maklumat.
Contoh pelaksanaan:

a. Mendorong murid PC untuk meneroka dalam kumpulan atau individu
berdasarkan minat mereka.

b. Memampatkan kurikulum untuk memberi fokus kepada keperluan murid PC
berdasarkan ujian pra dan profil pembelajaran individu.

c. Menyediakan kepelbagaian kandungan.
d. Memantau pemahaman murid PC secara menyeluruh terhadap pembelajaran.
e. Menggunakan Taksonomi Bloom (TB) untuk membuat pelbagai soalan

penilaian yang menjangkau semua murid PC.

28

4.1.2 Proses
Proses adalah aktiviti pembelajaran di mana pelibatan murid PC secara langsung
dalam memahami dan menguasai kandungan mata pelajaran. Satu medium yang
boleh digunakan ketika pengajaran murid PC ialah tugasan bertingkat. Menerusi
pedagogi terbeza murid PC juga digalakkan untuk meneroka secara individu melalui
kaedah kajian. Sebilangan murid PC memerlukan perhatian secara individu (one to
one) untuk memahami konsep.
Contoh pelaksanaan:

a. Menyediakan aktiviti bertingkat di mana semua murid PC mungkin belajar
kandungan yang sama tetapi perbezaan dilaksanakan dalam bentuk sokongan,
cabaran dan kerumitan.

b. Mengaplikasikan tahap kedalaman dan kerumitan dalam kandungan
pembelajaran berdasarkan tahap kesediaan murid PC.

c. Menggunakan bahan pembacaan yang pelbagai mengikut tahap keupayaan
murid PC.

d. Mempelbagaikan soalan semasa aktiviti dijalankan berdasarkan keupayaan
murid PC.

e. Memberikan masa yang berbeza untuk menyiapkan tugasan sebagai sokongan
tambahan bagi murid PC yang lemah atau menggalakkan murid PC lanjutan
meneruskan topik yang lebih mendalam.

4.1.3 Produk
Produk adalah sesuatu yang dihasilkan oleh murid PC bagi menunjukkan tahap
penguasaan, pengetahuan, kemahiran dan aplikasi kandungan sesuatu mata
pelajaran.

Guru memberi peluang kepada murid PC untuk menunjukkan apa yang telah mereka
pelajari dalam satu tugasan sama ada dengan menulis laporan, pembentangan,
persembahan atau membuat demonstrasi.
Contoh pelaksanaan:

a. Memberi peluang kepada murid PC menghasilkan tugasan akhir mereka
melalui pelbagai bentuk bagi meraikan aspek kepintaran pelbagai.

b. Mempelbagaikan soalan berdasarkan pengajaran sebelum, minat dan
keupayaan murid PC.

29

c. Membenarkan murid PC bekerja secara individu atau berkumpulan.
d. Menggalakkan murid PC mencipta tugasan produk mereka mengikut ketetapan

yang telah diberikan semasa pengajaran.
e. Menggunakan rubrik yang sesuai dan memperluaskan tahap kemahiran murid

PC yang berbeza.
4.1.4 Persekitaran pembelajaran
Persekitaran pembelajaran adalah suasana pembelajaran fleksibel yang boleh
dilaksanakan di dalam atau di luar bilik darjah bagi membantu pembelajaran murid PC
mengikut kesesuaian.
Contoh pelaksanaan:

a. Memastikan bilik darjah yang tenang, tanpa gangguan dan membolehkan
murid PC bekerjasama dalam kumpulan.

b. Mencipta satu bentuk rutin yang membolehkan murid PC mendapatkan
bantuan guru ketika guru sedang menguruskan murid PC yang lain.

c. Membantu murid PC untuk memahami bahawa sebilangan murid PC perlu
bergerak untuk belajar dan ada sebilangan daripada mereka yang perlu duduk
setempat untuk pembelajaran.

30

4.2 PENENTUAN PEMBEZAAN BERDASARKAN KONDISI MURID PINTAR
CERDAS

Pedagogi terbeza merupakan pendekatan yang digunakan ke atas gaya
pembelajaran dan kesediaan setiap murid PC sebelum guru membuat perancangan
PdP (Tomlinson, 2014). Semasa membuat perancangan pedagogi terbeza, guru
boleh membezakan kandungan, proses, produk atau persekitaran pembelajaran.
Pembezaan ini adalah bergantung kepada kondisi murid PC melalui kesediaan, minat
dan profil pembelajaran murid PC.

4.2.1 Kesediaan Murid Pintar Cerdas
Kesediaan murid PC adalah berkaitan dengan pengetahuan dan pemahaman murid
PC mengenai sesuatu topik. Sebelum mengajar maklumat baharu, adalah penting
bagi guru menilai tahap kesediaan setiap murid PC mengikut persoalan berikut:

a. Adakah murid PC bersedia untuk menyiapkan tugasan?
b. Apakah kemahiran yang diperlukan oleh murid PC untuk memahami bahan dan

tugasan yang disediakan oleh guru?
c. Bagaimanakah pembelajaran harus diubahsuai untuk memenuhi keperluan

murid PC sekiranya aras kandungan bahan dan tugasan ini adalah lebih tinggi
atau terlalu rendah dengan kemampuan mereka?

4.2.2 Minat Murid Pintar Cerdas
Minat disebut sebagai kecenderungan murid PC terhadap kemahiran atau topik
tertentu. Apabila guru sedar akan minat setiap murid PC, mereka dapat menarik murid
PC tersebut untuk meneroka dengan lebih mendalam. Sebelum PdP, guru perlu
menilai persoalan berikut:

a. Apakah minat murid PC?
b. Bagaimanakah bahan dan tugasan ini dapat diajar bagi mendorong murid PC

untuk meneroka dan mendalami pembelajaran tersebut?

31

4.2.3 Profil Pembelajaran Murid Pintar Cerdas
Profil pembelajaran murid PC ditentukan berdasarkan kepada gaya pembelajaran
seseorang murid PC. Gaya pembelajaran adalah cara murid PC memproses,
memperoleh dan membentangkan maklumat. Memahami gaya pembelajaran murid
PC dapat mewujudkan persekitaran di mana perbezaan murid PC dapat dikenal pasti.
Murid PC diberi peluang untuk memilih cara pembelajaran yang bermanfaat dengan
kekuatan mereka. Sebelum PdP, guru perlu menilai persoalan berikut:

a. Bagaimanakah murid PC tersebut belajar?
b. Adakah murid PC lebih suka mendengar dari membaca?
c. Apakah gaya pembelajaran dalam teori kecerdasan pelbagai yang boleh

digunakan oleh guru untuk membantu pembelajaran murid PC di dalam bilik
darjah?

Jadual 3 adalah ringkasan pelaksanaan arahan yang dibezakan mengikut kondisi
murid PC dan elemen pedagogi terbeza pada setiap peringkat perancangan
pengajaran.

Jadual 3: Ringkasan Pelaksanaan Arahan Pedagogi Terbeza

Elemen Kandungan Proses Produk Persekitaran
Pedagogi

Terbeza

Kondisi
Murid PC

Kesediaan Padankan bahan Padankan Padankan
Murid pembelajaran kerumitan bagi kerumitan kepada
mengikut setiap peringkat tugasan di akhir
keupayaan tugasan dan dengan kemahiran
kefahaman murid kefahaman murid dan kefahaman
murid
Minat Memasukkan idea Memberi pilihan Boleh
topik yang diminati Membenarkan dilaksanakan di
dan bahan yang dengan mendalam kepelbagaian
mencakupi minat permasalahan mana-mana
Menggalakkan untuk dianalisis
murid murid dalam projek akhir
mencadangkan
Profil Menggunakan idea cara Membenarkan
Pembelajaran bahan dalam pembelajaran yang kepelbagaian
pelbagai bentuk disukai produk atau
(visual, lisan, tugasan akhir
kontekstual) murid untuk
menunjukkan
kefahaman mereka

32

Rajah 10 berikut adalah proses yang menerangkan perancangan dan pelaksanaan
pedagogi terbeza.

Kandungan Produk

• Apakah yang • Penilaian
dirancang oleh guru daripada
untuk mengajar kandungan
pembelajaran
Kurikulum PPPC
• Sesuatu yang
Kondisi Murid PC dihasilkan oleh
• Kesediaan murid
• Minat
UJIAN PRA • Profil pembelajaran Proses Persekitaran UJIAN PASCA

Bagaimana guru: • Suasana
• Rancang pembelajaran
fleksibel dan
pengajaran kondusif
• Keseluruhan

Kelas
• Kumpulan/

Individu

Adaptasi dari Oaksford, L. & Jones, L., (2001). Differentiated Instruction Abstract. Tallahassee,
FL:Leon County Schools.

Rajah 10: Proses Perancangan dan Pelaksanaan Pedagogi Terbeza

33

UNIT 5: PANDUAN PERANCANGAN PENGAJARAN PEDAGOGI
TERBEZA PROGRAM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS

Unit ini mengandungi contoh Perancangan Pengajaran Pedagogi Terbeza bagi
beberapa mata pelajaran untuk murid PC. Contoh Panduan Perancangan Pengajaran
Pedagogi Terbeza ini menggunakan templat yang dibangun dan digunakan oleh
PGPN, UKM. Perancangan Pengajaran Harian yang disediakan dalam panduan ini
adalah untuk mata pelajaran Asas 1 seperti berikut:

a. Bahasa Melayu Komunikasi II
b. Bahasa Inggeris
c. Sejarah Dunia II
d. Biologi
e. Matematik Tulen

34

5.1 Templat Panduan Perancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENG
DAILY LESS

SUBJEK Subject :
TAHAP Level :
KELAS Class :

TARIKH MING
Date Week

HARI MASA
Day Time

TOPIK
Topic

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Learning Objective(s)

FASA ORIENTASI
Orientation Phase

BAHAN

MENGAJAR
Teaching Material(s)

A. PEDAGOG
Differentiate

3

GAJARAN HARIAN Minit
SON PLAN Minutes

GGU
k
A

GI TERBEZA
ed Pedagogy
35

i. KANDUNGAN Content

MODIFIKASI
Modified
LANJUTAN I
Extended I
LANJUTAN II
Extended II

ii. PROSES Process

MODIFIKASI
Modified
LANJUTAN I
Extended I
LANJUTAN II
Extended II

iii. PRODUK Product

MODIFIKASI
Modified
LANJUTAN I
Extended I
LANJUTAN II
Extended II
iv. PERSEKITARAN PEMBELAJARAN Learning Environment
MODIFIKASI
Modified
LANJUTAN I
Extended I
LANJUTAN II
Extended II

3

Minit
Minutes

Minit
Minutes

Minit
Minutes

36


Click to View FlipBook Version