The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21292970, 2024-06-29 04:13:04

Tugasan 1: Portfolio PBS 2

Sekolah Kebangsaan Taman Awana

pembelajaran yang digunakan oleh guru. TP3 melibatkan murid-murid untuk tahu, faham dan boleh buat. Murid-murid akan dinilai dan memperoleh TP3 apabila mereka dapat menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran terhadap sesuatu situasi. Bagi TP4 pula, murid-murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab. Dengan ini, murid-murid akan dinilai apabila dapat menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik dalam sesuatu subjek. Akhir sekali, TP5 dan TP6 akan dilihat sebagai tahap penguasaan yang cemerlang dan terbaik di sekolah ini. Terdapat sebilangan kecil murid yang berjaya memperoleh TP5 dan TP6 di sekolah ini. Bagi TP5, murid-murid akan dinilai apabila mereka tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji. Murid-murid dapat menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal. Manakala, TP6 pula merujuk kepada tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali. Murid tersebut berupaya untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam menghasilkan idea baru dan mampu dicontohi oleh murid-murid yang lain. ➢ Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) a) Peningkatan Kualiti Pendidikan Melalui SKPMg2 Di samping itu, saya turut menemu bual beliau untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai program kurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan seperti SKPMg2. Berdasarkan hasil perbincangan bersama beliau, saya dapat mengetahui bahawa SKPMg2 dapat memberikan panduan dan rujukan kepada guru-guru untuk menguruskan murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Hal ini demikian kerana, SKPMg2 menetapkan standardstandard yang jelas mengenai perkara-perkara yang ingin dicapai dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Contohnya, dalam aktiviti sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta unit beruniform. SKPMG dapat memberi panduan kepada guru untuk menggalakkan penglibatan aktif murid dalam bidang kokurikulum iaitu memastikan mereka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti. SKPMg2 juga menetapkan standard yang jelas untuk setiap subjek dalam kurikulum termasuk hasil pembelajaran yang diharapkan untuk murid-murid mencapai tahap yang diperlukan. Oleh itu, guru-guru dapat merancang dan melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.


Selain itu, SKPMg2 dapat meningkatkan kualiti pendidikan apabila sesebuah sekolah mempunyai pemimpin yang berwibawa. Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Awana memainkan peranan yang penting sebagai tonggak utama sekolah ini. Guru besar merupakan pemimpin yang berimpak tinggi untuk menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk meningkatkan kualiti pendidikan murid di sekolah ini. Melalui SKPMg2, Guru Besar dapat menyampaikan misi, visi sekolah yang jelas kepada guru-guru. Dengan ini, guru-guru akan berusaha ke arah mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan untuk mencapai kualiti pendidikan. Guru Besar juga sentiasa mengamalkan gaya kepimpinan yang terbaik iaitu sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada guru-guru di sekolah ini. Segala pengurusan di sekolah ini termasuk bidang kurikulum dan kokurikulum dipantau sepenuhnya oleh beliau untuk memastikan kualiti murid-murid dapat ditingkatkan. b) Peranan Guru Dalam Standard 4 Seterusnya, guru-guru di sekolah ini memainkan peranan penting dalam standard 4 di mana guru-guru akan menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian untuk dilaksanakan di dalam kelas. Dengan ini, guru dapat memastikan segala pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang secara sistematik dan mengajar mengikut masa yang telah ditetapkan. Melalui SKPMg2, guru dapat melaksanakan pengajaran yang berpusatkan murid untuk memastikan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam kelas. Malah, guru dapat menggunakan pelbagai bahan pengajaran yang sesuai seperti buku teks, LCD, lembaran kerja dan bahan inovasi. Oleh itu, guru-guru dapat menarik minat murid-murid untuk belajar di dalam kelas. Selain itu, guru di sekolah ini juga akan menggunakan pelbagai teknik soal jawab yang berkesan untuk merangsang pemikiran kritis mereka. Penilaian berterusan melalui kuiz, ujian, soal jawab dan sebagainya akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengukur pencapaian muridmurid. Guru-guru dapat mengenal pasti murid-murid yang menguasai dan murid-murid yang tidak menguasai isi kandungan pelajaran melalui penilaian tersebut. Melalui penilaian tersebut, guruguru akan memberikan maklum balas tentang prestasi murid kepada ibu bapa. Sekiranya prestasi murid-murid adalah minimum, maka guru akan melakukan penambahbaikan untuk meningkatkan pencapaian mereka.


c) Langkah-Langkah Yang Diambil Untuk Mencapai Standard SKPMg2 Hasil temu bual bersama Guru Besar, saya dapat memperoleh maklumat mengenai langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk mencapai standard yang telah ditetapkan dalam SKPMg2. Antaranya ialah Sekolah Kebangsaan Taman Awana sentiasa melibatkan ibu bapa, komuniti setempat dan pihak berkepentingan lain untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Pihak sekolah ini sentiasa menggalakkan ibu bapa dan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti atau program kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Dengan ini, ibu bapa dan komuniti dapat menunjukkan sokongan kepada pihak sekolah untuk mengembangkan potensi murid-murid dalam bidang tersebut. Malah, ibu bapa juga memantau pembelajaran anak-anak semasa berada di rumah. Hal ini demikian kerana, ibu bapa yang melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak dapat meningkatkan prestasi mereka dalam bidang akademik. Sokongan dan motivasi daripada ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan anak-anak belajar dengan bersungguh-sungguh. Selain itu, semua warga sekolah termasuklah guru, pentadbir dan kakitangan sekolah perlulah memahami objektif dan elemen-elemen yang ditetapkan dalam SKPMg2. Pihak sekolah ini mengadakan mesyuarat untuk memastikan warga sekolah memahami piawaian dan cara pelaksanaan SKPMg2. Misalnya, guru-guru di sekolah ini dapat menguruskan kelab persatuan, badan beruniform, sukan dan permainan serta melaksanakan kurikulum dengan terancang kepada murid-murid. Hal ini demikian kerana, guru-guru menjadikan SKPMg2 sebagai panduan untuk menguruskan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid di sekolah ini. Oleh itu, warga sekolah akan menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum dan kurikulum tersebut.


KOKURIKULUM 5.1 Carta Organisasi


a) Perancangan Carta Organisasi Saya telah melaksanakan sesi temu bual yang seterusnya bersama Puan Safinah, selaku Penolong Kanan Kokurikulum di SK Taman Awana. Semasa menemu bual beliau, saya dapat memperoleh beberapa maklumat dan pengetahuan baharu mengenai perancangan carta organisasi kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Taman Awana. Penyusunan carta organisasi kokurikulum di sekolah ini dirancang dengan menitikberatkan pengalaman dan kemahiran guruguru dalam bidang kokurikulum. Menurut beliau, terdapat beberapa orang guru yang masih dikekalkan jawatannya dalam carta organsiasi kokurikulum tersebut. Hal ini demikian kerana, guru-guru tersebut mennjukkan prestasi yang cemerlang dalam pengurusan aktiviti kokurikulum berdasarkan jawatan yang dipegang oleh mereka sekali gus dapat memastikan bidang kokurikulum di sekolah ini berada pada tahap yang terbaik. Perancangan carta organisasi berdasarkan pengalaman guru-guru di sekolah ini amat penting untuk memastikan segala aktiviti atau program kokurikulum yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar dan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Selain itu, carta organisasi dalam bidang kokurikulum di sekolah ini dirancang mengikut kemampuan dan kebolehan guru-guru. Guru-guru dan Senior Leader Team (SLT) akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pembahagian jawatan dalam bidang kokurikulum. Guru-guru akan diberikan jawatan yang sesuai dengan kebolehan dan kemampuan mereka untuk memastikan pengurusan dalam bidang kokurikulum dapat berjalan dengan lancar. Dalam mesyuarat tersebut, pihak sekolah akan mengutamakan guru yang mempunyai kemampuan dalam bidang tertentu dan guru-guru yang secara sukarela ingin memegang sesuatu jawatan dalam bidang kokurikulum. Sebagai contoh, guru bahasa Melayu akan menjadi guru penasihat dalam kelab dan persatuan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, guru-guru tersebut mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penguasaan subjek bahasa Melayu. Oleh itu, pelaksanaan bidang kokurikulum dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan dapat meningkatkan potensi murid dalam bidang tersebut. b) Tujuan Carta Organisasi Dibina Carta organisasi kokurikulum Sekolah Kebangsaan Taman Awana dibina adalah untuk membentuk satu sistem organisasi yang berstruktur. Hal ini demikian kerana, penubuhan carta organisasi dalam bidang kokurikulum dapat menunjukkan tanggungjawab dan peranan setiap guru di sekolah ini dalam pengurusan kokurikulum. Dengan ini, guru-guru dapat mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab untuk menguruskan sesuatu bidang atau tugas, menguruskan perbelanjaan, saluran komunikasi dan melaksanakan sesuatu perbincangan. Melalui penubuhan carta organisasi kokurikulum, guru-guru dapat mengelakkan pertindihan tugas dan memastikan setiap aspek dalam aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan efisien.


5.2 Komponen Kokurikulum a) Jenis Komponen Kokurikulum di Sekolah Seterusnya, saya dapat mengetahui bahawa terdapat tiga komponen kokurikulum yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Taman Awana. Antara komponen kokurikulum utama yang terdapat di sekolah ini adalah sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta unit beruniform. Menurut beliau, Sekolah Kebangsaan Taman Awana juga mempunyai pasukan elit sekolah dan pasukan kebitaraan sekolah. Bagi aktiviti sukan dan permainan, sekolah ini menyediakan sukan dan permainan seperti bola jaring, bola baling, bola sepak, bola tampar, kelab permainan dalaman dan petanque PPKI. Manakala, terdapat kelab dan persatuan seperti kelab doktor muda, rukun negara, bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Agama Islam & Bahasa Arab, Sains & Matematik/Stem, SPBT, pencegahan jenayah dan kelab seni visual PPKI di Sekolah Kebangsaan Taman Awana. Puan Safinah turut menyatakan bahawa terdapat 5 unit beruniform yang dilaksanakan di sekolah ini iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap Sekolah, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Pasukan Pengakap PPKI dan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). b) Cara Pengurusan Komponen Kokurikulum di Sekolah Puan Safinah memainkan peranan yang penting untuk menyediakan perancangan dan takwim kegiatan kokurikulum kepada dua bahagian iaitu takwim pertama dan takwim kedua. Menurut beliau, takwim pertama merujuk kepada perjumpaan unit beruniform serta kelab dan persatuan. Manakala, pembahagian bagi takwim kedua pula merupakan perjumpaan sukan dan permainan. Perjumpaan bagi aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan pada setiap hari Rabu sebanyak 12 kali dalam setahun. Menurut perancangan beliau, perjumpaan aktiviti kokurikulum di sekolah hanya melibatkan murid-murid daripada tahap 2 sahaja. Semua murid diwajibkan hadir semasa perjumpaan aktiviti kokurikulum yang dijalankan berdasarkan jadual yang telah diberikan. Malah, guru-guru tertentu juga akan dilantik untuk mengendalikan kegiatan kokurikulum yang dikenali sebagai guru penasihat bagi memastikan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, semua murid diwajibkan untuk menyertai salah satu kegiatan yang ditawarkan dalam ketiga-tiga bidang tersebut iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua murid di Sekolah Kebangsaan Taman Awana akan diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah. Malah, guru-guru tertentu juga akan dilantik untuk mengendalikan kegiatan kokurikulum yang dikenali sebagai guru penasihat bagi memastikan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dapat berjalan dengan lancar.


c) Pencapaian Sekolah Dalam Bidang Kokurikulum Seterusnya, saya dapat memperoleh maklumat mengenai pencapaian Sekolah Kebangsaan Taman Awana dalam bidang kokurikulum hasil daripada temu bual bersama beliau. Kejayaan dalam bidang kokurikulum telah menjadi faktor utama kemenjadian murid-murid di sekolah ini. Pencapaian sekolah dalam bidang kokurikulum dapat dibuktikan melalui sukan dan permainan iaitu dua orang murid di sekolah ini telah berjaya mewakili zon ke peringkat daerah dalam bidang sukan dan olahraga pada tahun lepas. Dalam perlawanan tersebut, murid tersebut berjaya meraih pingat gangsa iaitu tempat ketiga dalam acara larian 100 meter dan lompat tinggi. Kejayaan murid tersebut yang bertanding dengan beberapa buah sekolah telah mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Taman Awana di peringkat daerah pada waktu tersebut. Di samping itu, Sekolah Kebangsaan Taman Awana telah dipilih untuk menjadi tuan rumah dalam perlawanan bola baling di peringkat zon yang bertempat di DFutsal Centre Titi Gajah. Perlawanan tersebut telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 Julai 2023 hingga 30 Julai 2023. Dalam perlawanan tersebut, Sekolah Kebangsaan Taman Awana telah membawa beberapa buah pasukan untuk menyertai perlawanan tersebut di peringkat daerah. Pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan Taman Awana berjaya memperoleh sagu hati sepanjang perlawanan selama tiga hari tersebut. Bukan itu sahaja, beliau mengatakan bahawa sekolah ini telah berjaya membawa beberapa orang murid untuk menyertai perkhemahan unit beruniform TKRS dan pengakap di peringkat daerah. Perkhemahan tersebut telah berlangsung selama 3 hari di Kem SALA. Malah, unit beruniform Sekolah Kebangsaan Taman Awana juga sentiasa aktif dalam menyertai pelbagai program dan aktiviti seperti Pertandingan Kuiz Tunas yang disertai oleh beberapa orang murid dalam unit beruniform Puteri Islam. Oleh itu, pencapaian sekolah dalam bidang kokurikulum dapat diseimbangkan dengan bidang kurikulum untuk meningkatkan kemenjadian dan penglibatan murid secara aktif. d) Cara Guru Menggalakkan Penglibatan Aktif Murid Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Taman Awana akan menggalakkan murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum bermula pada awal persekolahan. Guru-guru akan mengadakan perjumpaan dan memberi taklimat kepada murid-murid untuk memberitahu mengenai sistem pengiraan markah kokurikulum. Contohnya, murid-murid yang terlibat dengan pasukan elit atau pasukan kebitaraan sekolah akan mendapat markah yang cemerlang dalam PAJSK. Jadi, penilaian tersebut akan membuka peluang kepada murid-murid untuk memasuki sekolah-sekolah menengah yang terbaik berdasarkan markah kokurikulum mereka. Justeru, murid-murid di


Sekolah Kebangsaan Taman Awana akan berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah untuk memperoleh markah yang terbaik dalam bidang tersbut. Seterusnya, guru-guru di sekolah ini juga akan memberikan taklimat kesedaran kepada ibu bapa semasa mesyuarat PIBG dilaksanakan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan ibu bapa di sekolah ini mempunyai konsep dan persepsi yang salah tentang kegiatan kokurikulum. Mereka lebih mementingkan bidang akademik berbanding bidang kokurikulum dan berpendapat bahawa penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum akan menyebabkan kekangan masa kepada murid-murid untuk belajar. Bagi mengubah persepsi mereka, pihak sekolah berusaha untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan ativiti kokurikulum. Oleh itu, ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. 5.3 Takwim Kokurikulum


a) Kepentingan Perancangan Takwim Kokurikulum di sekolah Di samping itu, takwim kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Taman Awana dirancang adalah untuk merangka sesuatu program dengan lebih tersusun. Hal ini demikian kerana, takwim kokurikulum sekolah mengandungi penyusunan program dan aktiviti kokurikulum yang akan dilaksanakan dengan sistematik. Segala aktiviti atau program tersebut disusun mengikut tarikhtarikh yang telah ditetapkan dengan efektif supaya perancangan tersebut dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Pelaksanaan aktiviti sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta unit beruniform akan disusun di dalam takwim kokurikulum dan diselaraskan dengan takwim kurikulum untuk mengelakkan pertindihan dengan peperiksaan dan perkara penting yang lain. Bukan itu sahaja, perancangan takwim kokurikulum akan menjadi rujukan atau panduan utama kepada guru-guru untuk melaksanakan program dan aktiviti untuk murid-murid. Hal ini demikian kerana, takwim kokurikulum di sekolah ini memberikan jadual pengurusan yang jelas kepada guru-guru mengenai tarikh pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Jadi, guru-guru dapat mengetahui tarikh-tarikh penting tersebut dan membuat persediaan awal untuk melaksanakannya. Guru-guru juga dapat merancang mesyuarat secara berkala dengan pihak pengurusan atau guruguru penasihat kokurikulum yang lain. Mesyuarat tersebut dilaksanakan untuk membincangkan pelaksanaan dan penambahbaikan program yang akan diadakan. Sekiranya guru dapat mengenal pasti perancangan dalam takwim kokurikulum tersebut tidak dapat dilaksanakan, maka guru akan merancang semula mengikut kesesuian.


b) Cara Perancangan Program dan Aktiviti Dalam Takwim Kokurikulum Seterusnya, program dan aktiviti dalam takwim kokurikulum dirancang mengikut kesesuaian pelaksanaannya. Menurut Puan Safinah, beliau akan melaksanakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa kokurikulum di sekolah ini. Beliau akan memastikan perancangan program dan aktiviti yang hendak dilaksanakan semasa sesi persekolahan tidak bertindih dengan minggu peperiksaan, cuti sekolah dan program kurikulum yang lain. Hal ini demikian kerana, perancangan tersebut dapat memastikan aktiviti kokurikulum dapat berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Justeru, mesyuarat antara ahli jawatankuasa akan dilaksanakan untuk meminta pendapat dan idea daripada mereka berkenaan pelaksanaan program dan aktiviit kokurikulum di sekolah ini. Selain itu, program dan aktiviti dalam takwim kokurikulum juga dirancang dengan mengambil kira pandangan ibu bapa. Hal ini adalah untuk memastikan segala program kokurikulum yang dirancang akan mendapat sokongan dan penglibatan daripada murid-murid dan ibu bapa di Sekolah Kebangsaan Taman Awana. Sebagai contoh, guru-guru akan memberi peluang kepada ibu bapa untuk memberikan pendapat mereka berkenaan pelaksanaan program kokurikulum dalam mesyuarat PIBG. Menurut beliau, ibu bapa memberikan pendapat mengenai pelaksanaan aktiviti kokurikulum supaya dilaksanakan pada setiap petang. Justeru, sekolah ini mengambil inisiatif untuk memberikan latihan aktiviti sukan dan permainan kepada murid-murid melalui sukan dan permainan petanque dan bola sepak pada setiap hari Khamis pada waktu petang. Murid-murid yang berminat dalam sukan dan permainan tersebut sentiasa hadir pada waktu petang untuk bermain bola sepak dan petanque. Malah, pihak PIBG turut mencadangkan aktiviti kokurikulum yang dapat disertai oleh ibu bapa seperti Hari Sukan Keluarga. Oleh itu, pandangan dan pendapat ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk memastikan aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mendapat sokongan daripada mereka. 5.4 PROGRAM-PROGRAM PENINGKATAN KOKURIKULUM BERKAITAN: 5.4.1 Kolaborasi Komuniti a) Penglibatan Komuniti Setempat Dalam Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Menurut beliau, kolaborasi komuniti yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Taman Awana adalah pihak sekolah mengadakan kolaborasi bersama dengan pelatih-pelatih daripada luar. Terdapat pelatih daripada luar yang hadir ke sekolah ini pada setiap minggu iaitu pada hari Rabu untuk melatih murid-murid dalam aktiviti taekwondo. Hal ini demikian kerana, sukan dan


permainan taekwondo mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid di sekolah ini dan mereka berpeluang untuk bertanding dengan sekolah-sekolah yang lain di peringkat daerah. Pihak sekolah juga bekerjasama dengan pelatih-pelatih daripada sekolah lain untuk melatih murid-murid dalam aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak, bola jaring dan bola baling. Melalui kolaborasi dengan komuniti luar, pihak sekolah dapat meningkatkan kemahiran murid dan dapat mengasah bakat mereka dalam aktiviti sukan dan permainan yang diceburi. Buktinya, murid-murid ini berpeluang untuk bertanding di peringkat daerah dalam pertandingan bola sepak, bola baling, bola jaring dan taekwondo. Penglibatan mereka dalam pertandingan tersebut telah berjaya mengharumkan nama SK Taman Awana apabila mereka mendapat tempat johan dan naib johan melalui sukan dan permainan yang dipertandingkan. Selain itu, pihak sekolah SK Taman Awana turut mengadakan kolaborasi bersama ibu bapa. Ibu bapa hadir ke sekolah untuk membantu pihak sekolah melakukan persiapan untuk mengadakan Hari Sukan Balapan & Padang. Pihak ibu bapa membantu pihak sekolah untuk menghias khemah bagi setiap rumah sukan yang dipertandingkan. Malah, terdapat segelintir wakil ibu bapa yang bekerjasama dengan guru untuk menjadi sukarelawan dalam membantu dalam penyediaan dan pengurusan acara pada hari sukan termasuklah menguruskan pendaftaran peserta, penyediaan tempat dan pengendalian aktiviti. Contohnya, ibu bapa menjadi pencatat masa semasa pelaksanaan acara balapan dan padang. Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa telah berkolaborasi dengan pihak sekolah untuk menyediakan makanan dan minuman kepada guru, murid-murid dan sukarelawan sepanjang acara berlangsung. Hasil kolaborasi tersebut banyak membantu pihak sekolah untuk memastikan pelaksanaan Hari Sukan Balapan & Padang dapat berjalan dengan lancar. b) Cara Memastikan Kolaborasi Dengan Komuniti Berterusan Seterusnya, Puan Safinah menjelaskan bahawa pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan komuniti luar. Hal ini demikian kerana, hubungan baik dengan pihak komuniti dapat membina asas yang kukuh untuk melaksanakan kerjasama dalam jangka masa yang panjang. Menurut Puan Safinah, hubungan yang dibina atas dasar kepercayaan dan keterbukaan dapat membantu mewujudkan persekitaran di mana kedua-dua belah pihak berasa selesa untuk berkongsi idea, keperluan, dan harapan. Apabila hubungan baik telah terjalin, keduadua belah pihak cenderung untuk lebih aktif bekerjasama dalam merancang dan melaksanakan program bersama. Ini termasuklah mengambil bahagian dalam mesyuarat perancangan, bekerja sama dalam aktiviti sukarela, atau mengumpulkan sokongan untuk projek-projek tertentu. Pihak sekolah ini sentasa menjaga hubungan baik dengan pihak luar dengan sentiasa terbuka dalaam menerima pendapat mereka dan mengelakkan sebarang perselisihan faham.


Bukan itu sahaja, pihak sekolah akan menyebarkan maklumat mengenai kejayaan kolaborasi tersebut. Segala maklumat mengenai keberkesanan aktiviti dan program yang dilaksanakan kepada pihak berkepentingan seperti ibu bapa, murid-murid dan komuniti setempat dapat menggalakkan sokongan yang baik. Apabila ibu bapa dapat mengetahui kejayaan pelaksanaan pelbagai program melalui aktiviti kolaborasi tersebut, maka ibu bapa akan memberikan sokongan kepada pihak sekolah untuk meneruskan kolaborasi tersebut kerana dapat membawa impak besar kepada pengembangan murid. c) Sumber Atau Sokongan Daripada Komuniti Selain itu, pihak sekolah juga menerima sumber dan sokongan daripada komuniti melalui pelbagai bentuk. Berdasarkan hasil temu bual bersama Puan Safinah, saya dapat mengetahui bahawa kebanyakan ibu bapa di sekolah ini memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak sekolah. Pada 17 March 2024, ibu bapa memberikan sumbangan tenaga kepada pihak sekolah dengan menolong pihak sekolah membuat persediaan bagi kem perkhemahan yang dilaksanakan di bawah unit beruniform yang diadakan di sekolah selama 3 hari. Ibu bapa banyak membantu pihak sekolah untuk memasang khemah, membersihkan kawasan perkhemahan, menyediakan tempat memasak dan sebagainya. Sumbangan tenaga daripada pihak ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membantu pihak sekolah dalam memastikan aktiviti perkhemahan unit beruniform dapat berjalan dengan lancar. Seterusnya, pihak komuniti setempat juga memberikan sumbangan dari segi kewangan kepada pihak sekolah untuk menjayakan setiap program atau aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan. PIBG di Sekolah Kebangsaan Taman Awana bertindak mencari dana daripada luar untuk melaksanakan program-program kokurikulum di sekolah. Contohnya, mengadakan Program Suka Sukan, Program Cintai Bahasa, aktiviti sukaneka, Program Lawatan Sukan dan sebagainya. PIBG sekolah ini mempunyai hubungan yang amat baik dengan komuniti luar iaitu masyarakat setempat dan dapat menyediakan saluran hubungan antara sekolah dan masyarakat. Jadi, AJK PIBG akan membantu pihak sekolah dengan mencari dana daripada luar seperti alumni SK Taman Awana secara sukarela. Hal ini demikian kerana, dana yang paling mudah dan besar biasanya datang daripada pihak alumni sekolah. Alumni sekolah merupakan bekas pelajar di sekolah ini yang telah mempunyai kerjaya masing-masing. Beliau mengatakan bahawa, terdapat segelintir alumni sekolah yang memberikan dana kepada pihak sekolah atas dasar peribadi iaitu sebagai tanda membalas jasa guru semasa mengajar mereka di sekolah. Malah, AJK PIBG akan berusaha mencari dana daripada wakil rakyat di kawasan tersebut. Buktinya, AJK PIBG di sekolah ini


pernah mendapatkan dana daripada parti politik yang menyediakan dana kepada pihak sekolah. Oleh itu, sumbangan tersebut akan digunakan oleh pihak sekolah untuk membeli peralatan sukan dan permainan serta mengadakan pelbagai program di bawah kokurikulum kepada murid-murid. 5.4.2 Program Kokurikulum Yang Berkaitan Dengan Dasar Pendidikan a) Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan Di Sekolah Di samping itu, program 1 Murid 1 Sukan dilaksanakan sebagai program sukan untuk sepanjang tahun. Misalnya, SK Taman Awana mengadakan pertandingan merentas desa, sukantara dan kejohanan balapan dan padang. Hal ini demikian kerana, program-program tersebut merupakan satu acara yang wajib dilaksanakan di sekolah sebagai acara tahunan yang utama. Aktiviti merentas desa serta kejohanan balapan dan padang ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Awana dengan mempertandingkan 4 rumah sukan seperti rumah kuning, merah, hijau dan biru. Guru-guru akan memberikan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya memperoleh tempat pertama, kedua dan ketiga dalam setiap acara yang dipertandingkan. Malah, terdapat penghargaan untuk murid-murid yang berjaya mendapat gelaran olahragawan dan olahragawati sepanjang pelaksanaan pertandingan tersebut. Ketiga-tiga aktiviti sukan ini dihadiri oleh ibu bapa dan pihak luar untuk turut bersama memeriahkan aktiviti sukan tersebut. Oleh itu, aktiviti sukan ini dapat menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan yang lebih menyeluruh dan dapat dilaksanakan dalam keadaan yang menyeronokkan untuk mewujudkan daya saing yang tinggi dalam kalangan murid SK Taman Awana. Bukan itu sahaja, program 1 Murid 1 Sukan juga dilaksanakan melalui kelab sukan dan permainan. Sekolah Kebangsaan Taman Awana meawarkan pelbagai aktiviti sukan dan permainan kepada murid-murid seperti bola baling, bola jaring, bola sepak, bola tampar dan sebagainya. Guru-guru di sekolah ini akan mengadakan perjumpaan selama satu jam dan mengadakan pelbagai latihan atau aktiviti mengikut sukan dan permainan masing-masing. Muridmurid di Sekolah Kebangsaan Taman Awana diberi peluang untuk memilih sukan dan permainan masing-masing. Murid-murid dikehendaki untuk hadir ke kelab sukan dan permainan pada setiap hari rabu mengikut minggu dalam perancangan takwim kokurikulum. Aktiviti ini hanya disertai oleh murid-murid daripada tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6. Segala laporan aktiviti dalam mingguan dan tahunan akan direkodkan.


(b) Cabaran Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan Seterusnya, cabaran pelaksanaan program 1 Murid 1 Sukan adalah dari segi minat murid. Terdapat segelintir murid di sekolah ini yang tidak berminat dalam sebarang aktiviti sukan dan permainan yang dilaksanakan. Malah, mereka akan berusaha untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang acara dalam aktiviti sukan dan kejohanan yang dilaksanakan di sekolah. Bukan itu sahaja, pihak Sekolah Kebangsaan Taman Awana juga mengalami kekurangan peralatan sukan di sekolah. Peralatan sukan yang disediakan seperti badminton, hoki dan softbol tidak mencukupi untuk jumlah murid yang ramai. Kekurangan peralatan sukan tersebut menyukarkan murid-murid untuk menjalani program 1 Murid 1 Sukan dengan lancar. Daripada segi sokongan ibu bapa pula, terdapat segelintir ibu bapa yang kurang memahami apa yang dimaksudkan dengan 1 Murid 1 Sukan dan menyebabkan mereka tidak memberi sokongan kepada anak-anak untuk melibatkan diri dalam program tersebut. c) Manfaat Pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan Hasil temu bual tersebut, saya dapat memperoleh pengetahuan mengenai manfaat pelaksanaan program 1 Murid 1 Sukan. Salah satunya adalah guru-guru dapat menncungkil bakat murid-murid dalam aktiviti sukan dan permainan. Melalui pelaksanaan aktiviti sukan dan permainan tersebut, guru-guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berpotensi dan mengembangkan bakat mereka melalui latihan secara berkala. Murid-murid yang telah dilatih akan mewakili sekolah dalam pelbagai sukan dan permainan seperti bola sepak, softbol, bola baling dan bola jaring. Seterusnya, program ini dapat memberi keseimbangan antara keperluan akademik dan keperluan fizikal. Aktiviti sukan dan permainan berupaya untuk meningkatkan kecergasan jasmani murid-murid. Menurut Puan safinah, murid-murid di sekolah ini tidak ditekankan untuk fokus dalam bidang akademik sahaja, malah mereka perlu seimbangkan antara bidang kokurikulum dan kurikulum untuk meningkatkan kualiti dalam diri mereka sendiri. 5.5 Pendidikan Inklusif a) Cara Guru Melibatkan Murid Pendidikan Inklusif Dalam Aktiviti Kokurikulum Seterusnya, saya melaksanakan temu bual bersama Cikgu Wirda mengenai penglibatan murid-murid pendidikan inklusif dalam aktiviti kokurikulum. Salah satunya adalah guru-guru aliran perdana akan menilai keperluan dan kemampuan murid-murid pendidikan inklusif. Sebagai contoh, guru-guru aliran perdana akan meminta pendapat dan pandangan daripada guru pendidikan khas di sekolah ini untuk melibatkan mereka dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini


demikian kerana, guru-guru di aliran perdana tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk menilai tingkah laku mereka. Jadi, guru pendidikan khas akan menilai murid-murid dalam pendidikan inklusif dari segi perkembangan kognitif, fizikal, dan sosial untuk memahami keperluan mereka. Sekiranya murid-murid dalam pendidikan inklusif menunjukkan tingkah laku yang baik, aktif dan mampu bersosial dengan rakan-rakan, maka guru-guru aliran perdana dapat melibatkan mereka dalam aktiviti sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta unit beruniform mengikut kesesuaian. Selain itu, guru-guru di sekolah ini juga akan memilih aktiviti kokurikulum yang bersesuaian dengan murid-murid pendidikan inklusif. Menurut beliau, murid-murid pendidikan inklusif tidak boleh menyertai aktiviti kokurikulum yang mencabar seperti perkhemahan unit beruniform kerana kebanyakan daripada mereka tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri. Justeru, guru-guru di sekolah ini akan memilih aktiviti yang sesuai dengan minat dan keperluan mereka seperti menyertai kelab seni visual. Saya juga dapat membuat pemerhatian bahawa murid-murid pendidikan inklusif di sekolah ini lebih gemar untuk bermain, mewarna dan melukis. Oleh itu, aktiviti kokurikulum tersebut sesuai dengan keperluan mereka supaya kognitif mereka dapat dikembangkan. Bukan itu sahaja, guru pendidikan khas akan terlibat semasa pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini demikian kerana, guru pendidikan khas yang terlatih dapat memantau, memberi sokongan dan membimbing murid-murid pendidikan inklusif semasa mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Misalnya, guru pendidikan khas di sekolah ini akan melakukan pemerhatian secara langsung semasa aktiviti kokurikulum dan tahu untuk bertindak menguruskan murid-murid ini sekiranya berlaku perubahan tingkah laku. Malah, guru pendidikan khas akan mencatat pemerhatian dalam buku rekod pemantauan sebagai rujukan kepada guru-guru. Oleh itu, pemantauan secara langsung dapat memudahkan guru-guru aliran perdana untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum bersama murid-murid lain di sekolah ini dengan lancar. b) Bentuk Sokongan Yang Disediakan Bentuk sokongan yang disediakan untuk guru-guru di Sekolah Kebangsaan Taman Awana untuk melaksanakan pendidikan inklusif dalam aktiviti kokurikulum adalah melalui kursus inklusif. Kursus inklusif telah dilaksanakan pada 19 March 2023 kepada guru-guru dalam aliran perdana untuk diberikan latihan kursus mengenai pendidikan inklusif termasuklah daripada segi penyesuaian kokurikulum. Kursus tersebut dikendalikan oleh pakar pendidikan khas yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Menurut beliau, kursus tersebut menyediakan program mentoring atau coaching kepada guru-guru. Justeru, guru-guru di sekolah ini dapat mengetahui aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk mereka, cara mengatasi perubahan tingkah laku murid tersebut semasa melakukan aktiviti sukan dan permainan dan sebagainya.


Seterusnya, sokongan daripada ibu bapa juga menjadi bentuk sokongan yang paling utama kepada pihak sekolah untuk melibatkan murid-murid pendidikan inklusif dalam aktiviti kokurikulum. Ibu bapa terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini untuk memastikan segala aktiviti yang dilakukan dapat disesuaikan dengan keperluan mereka. Misalnya, guru-guru dalam unit kokurikulum akan menelefon ibu bapa atau melakukan perjumpaan dengan ibu bapa yang memiliki murid-murid dalam pendidikan inklusif untuk berbincang mengenai pelaksanaan aktiviti kokurikulum kepada mereka. Kebanyakan ibu bapa di sekolah ini setuju dan memberi sokongan yang baik terhadap penglibatan murid-murid inklusif dalam aktiviti kokurikulum. c) Cabaran Pelaksanaan Pendidikan Inklusif Dalam Kokurikulum Di samping itu, saya dapat mengetahui bahawa guru-guru di sekolah ini menghadapi pelbagai cabaran semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum kepada murid-murid pendidikan inklusif. Salah satunya adalah dari segi kepelbagaian tingkah laku. Murid-murid pendidikan inklusif merupakan murid pendidikan khas yang mempunyai pelbagai tingkah laku dan keupayaan kognitif serta emosi. Murid-murid ini akan mengalami perubahan tingkah laku seperti mengamuk, marah, menangis dan memukul diri sendiri atau rakan-rakan sekiranya aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan kepada mereka tidak sesuai dengan minat mereka. Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum kepada murid pendidikan inklusif adalah dari segi kekangan masa. Hal ini demikian kerana, guru-guru di sekolah ini terlibat dengan pelbagai aktiviti dan tugas tertentu selain darpada mengajar. Guru-guru menghadapi cabaran untuk menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid pendidikan inklusif semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum. Misalnya, guru penasihat kelab dan persatuan mengalami kekangan masa untuk menyediakan aktiviti yang sesuai dengan minat mereka dan menyediakan peralatan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Oleh itu, murid-murid pendidikan inklusif akan menunjukkan perubahan tingkah laku sekiranya mereka tidak berminat dengan aktiviti tersebut sehingga menyebabkan gangguan kepada rakan-rakan yang lain.


6.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN 6.1 Pemerhatian Sepanjang pelaksanaan PBS di sekolah ini, saya telah menggunakan instrumen pemerhatian dalam usaha untuk mendapatkan maklumat. Saya telah membuat pemerhatian mengenai kemudahan dan infrastruktur yang disediakan di sekolah ini. Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati bahawa tahap kebersihan sekolah dan persekitaran kelas yang kondusif, bersih dan ceria untuk membolehkan murid-murid untuk belajar dengan selesa. Saya turut mengambil gambar-gambar sepanjang melaksanakan pemerhatian dan tinjauan di sekolah ini seperti gambargambar tapak perhimpunan, dewan, pejabat, padang sekolah, kantin, bangunan sekolah, surau, tandas, pusat sumber, kelas pendidikan khas, bilik-bilik khas dan sebagainya. Melalui pemerhatian, saya dapat melihat kemudahan-kemudahan dan prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah lengkap dan berada dalam keadaan yang baik. Saya juga melaksanakan pemerhatian mengenai budaya yang diamalkan di sekolah ini iaitu murid-murid di sekolah ini akan menghadiri program bacaan doa pada setiap pagi dan program bacaan Yassin pada hari Khamis. Malah, saya dapat melihat bahawa hubungan antara pentadbir dan guru sangat baik. Mereka saling bekerjasama untuk menguruskan sekolah dan melaksanakan sebarang aktiviti dengan teratur dan baik. Selain itu, saya dapat membuat pemerhatian mengenai pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Taman Awana. Saya berpeluang untuk memasuki beberapa buah kelas dan memerhati kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas yang dapat memberi panduan kepada saya untuk mempersiapkan diri sebagai seorang pendidik. Melalui pemerhatian dalam aktiviti kokurikulum pula, saya dapat melihat beberapa aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah ini seperti sukan dan permainan, unit beruniform dan kelab dan persatuan yang terdiri daripada beberapa unit. Saya turut mengambil peluang untuk menghadiri aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah ini pada setiap hari Rabu pada minggu pertama dan minggu kedua. Dengan ini, saya dapat melihat sejauh mana pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini dapat mengembangkan potensi murid dalam bidang tersebut. Oleh yang demikian, pemerhatian tersebut membantu saya untuk menganalisis dan menyusun fakta bagi memastikan tugasan PBS dapat berjalan dengan lancar. Seterusnya, saya turut melakukan pemerhatian terhadap kelas-kelas untuk murid-murid pendidikan khas di sekolah ini. Terdapat 5 buah kelas yang disediakan untuk murid-murid bekeperluan khas di sekolah ini. Setiap kelas bagi murid-murid ini akan diajar dan dibimbing oleh seorang guru dan seorang pembantu pendidikan khas. Bukan itu sahaja, saya turut mendapati


bahawa pihak sekolah menyediakan dua kemudahan komputer dalam setiap kelas pendidikan khas yang ditawarkan kepada murid-murid di sekolah ini. Segala kemudahan yang disediakan untuk murid-murid bekeperluan khas dapat memberi peluang kepada mereka untuk menimba ilmu pengetahuan. 6.2 Senarai Semak Selain itu, instrumen kedua yang saya gunakan adalah senarai semak. Tujuan utama saya menggunakan senarai semak semasa menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Taman Awana adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai kemudahan yang disediakan di dalam bilik darjah, tahap disiplin murid-murid, perwatakan guru dan prasarana yang disediakan. Oleh itu, senarai semak tersebut dapat memudahkan saya dalam proses untuk memperoleh, menyusun, dan menganalisis maklumat yang berkaitan Sekolah Kebangsaan Taman Awana. ❖ Senarai Semak Kemudahan Kelas BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN 1 Papan kenyataan / • Visi dan misi sekolah / • Jadual kebersihan / • Jadual kelas / 2 Kerusi dan meja / 3 Tong sampah / 4 Penyapu / 5 Lampu / 6 Kipas / 7 Jam dinding / 8 Penyodok sampah / 9 Papan putih / 10 Meja guru / 11 LCD projector /


❖ Senarai Semak Disiplin Murid BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN 1 Berpakaian kemas / 2 Menghormati guru / 3 Mendengar arahan guru / 4 Menepati masa / / Segelintir murid hadir lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang tertentu. ❖ Senarai Semak Bilik-Bilik Khas BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN 1 Pejabat / 2 Bilik guru / 3 Bilik guru besar / 4 Bilik Gpk / 5 Makmal komputer / 6 Makmal sains / 7 Surau / 8 Bilik pemulihan / 9 Kelas pendidikan khas / 10 Pusat sumber / 11 Bilik J-Qaf / 12 Bilik muzik / 13 Stor sukan / 14 Bilik bimbingan dan kaunseling / 15 Bilik darjah / 16 Bilik fail / 17 Bilik operasi buku teks / 18 Bilik kesihatan / 19 Bilik mesyuarat /


6.3 Temu Bual Saya telah menggunakan instrumen temu bual sebagai salah satu instrumen utama dalam pengumpulan data berhubung tugasan yang diberikan sepanjang menjalankan program PBS ini. Kaedah temu bual yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara menyeluruh berkenaan tajuk tugasan PBS. Temu bual yang dijalankan dapat dijadikan sebagai idea untuk melengkapkan tugasan ini. Sepanjang keberadaan saya di Sekolah Kebangsaan Taman Awana selama dua minggu, saya telah menemu bual beberapa orang pengurus sekolah seperti Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Kokurikulum. Manakala, saya turut menjalankan temu bual bersama dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu, guru pendidikan khas, guru-guru bahasa Melayu, wakil ibu bapa, kakitangan dan murid. Hal ini demikian kerana, saya menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat daripada warga sekolah mengenai bidang kurikulum dan kokurikulum untuk menyiapkan tugasan dengan baik. Saya telah mengemukakan beberapa jenis soalan untuk diajukan kepada pihak sekolah berhubung dengan tugasan yang diberikan semasa menjalankan temu bual tersebut. Kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat baik bagi membantu saya memperoleh jawapan yang memuaskan berhubung dengan tugasan yang perlu dilaksanakan.


KOLABORATIF: 7.1 Perbincangan Dengan Pengurus Sekolah ➢ En. Noor Azam Bin Mahamud – Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Awana


➢ Pn. Wan Samihah Binti Wan Yaacob – Penolong Kanan Pentadbiran


➢ Pn. Safinah Binti Md Said – Penolong Kanan Kokurikulum


7.2 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN ➢ Pn. Sharifah Binti Kamis@Abdullah – Ketua Panitia Bahasa Melayu


Click to View FlipBook Version