➢ Pn. Fairos Binti Abdul – Guru Bahasa Melayu & Guru Perpustakaan Media
➢ Pn. Wirda Hasmin Binti Zolkepli – Guru Pendidikan Khas
7.3 PERBINCANGAN DENGAN KAKITANGAN SEKOLAH ➢ En. Fauzun Bin Othman – Ketua Pembantu Tadbir
7.4 INTERAKSI DENGAN MURID ➢ Muhammad Fawwaz Bin Mahamad – Pengawas SK Taman Awana
7.5 PERBINCANGAN DENGAN KOMUNITI SEKOLAH ➢ Noor Aminah Binti Yusof – Setiausaha PIBG SK Taman Awana
8.0 ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI: 8.1 Pemerhatian Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya dapat mengetahui bahawa guru-guru di Sekolah Kebangsaan Taman Awana menggunakan pelbagai teknik dan pendekatan yang sesuai dengan tahap kecerdasan setiap murid di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, terdapat muridmurid yang masih lemah dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain murid-murid yang mampu untuk menguasai proses PdP yang dijalankan oleh guru. Justeru itu, guru-guru bagi sesuatu subjek akan mengambil kira perbezaan murid-murid dan seterusnya mencuba untuk menyesuaikannya agar murid-murid dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru sepanjang proses PdP itu berlangsung. Contohnya, saya mendapati bahawa guru-guru dalam subjek bahasa Melayu akan melaksanakan pengajaran kepada murid-murid yang lemah dengan mengajar mereka membaca sahaja. Guru-guru subjek bahasa Melayu akan menerapkan penguasaan 3M terlebih dahulu kepada murid-murid sebellum bergerak kepada unit pembelajaran yang seterusnya. Malah, guru-guru di sekolah ini akan menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik supaya murid-murid lebih berminat untuk belajar dan menjadikan proses PdP lebih mudah difahami oleh mereka. Bukan itu sahaja, saya juga mengetahui bahawa hubungan baik antara pentadbir sekolah dan guru-guru amat penting untuk mewujudkan pengurusan sekolah yang cemerlang. Pihak pentadbir memiliki hubungan yang sangat baik dengan guru-guru di sekolah ini dan tidak mempunyai sebarang masalah dalam pengurusan sekolah. Pihak pentadbir dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Taman Awana saling bekerjasama antara satu sama lain untuk melaksanakan sesuatu aktiviti atau program di sekolah melalui perbincanagan atau mesyuarat. Guru-guru di sekolah ini juga sentiasa merujuk kepada Guru Besar untuk meminta pendapat, nasihat dan sokongan untuk melaksanakan sesuatu program di sekolah. Dengan ini, kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Awana dapat diukur daripada hubungan baik antara pihak pentadbir dan guru-guru. Oleh itu, pengurusan dan hubungan baik yang sempurna dapat membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar. Seterusnya, saya dapat mengetahui tentang budaya-budaya yang diamalkan di Sekolah Kebangsaan Taman Awana ini. Saya mendapati bahawa sekolah ini akan mengadakan bacaan doa pada setiap pagi sebelum murid-murid masuk ke dalam kelas dan mengadakan bacaan Yassin pada setiap hari Khamis. Tidak dinafikan bahawa,budaya ini dapat menerapkan akhlak yang baik dalam diri murid-murid. Malah, saya juga mendapati bahawa budaya hormatmenghormati seperti ucapan salam dan selamat sejahtera sentiasa diamalkan di sekolah ini. Murid-murid amat menghormati guru-guru di mana mereka akan memberi salam sambil
menundukkan kepala apabila berjumpa dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Malah, guruguru juga mengamalkan budaya bersalam-salaman antara warga sekolah yang dapat menguatkan lagi hubungan silaturahim. Begitu juga dengan pelawat yang hadir, mereka akan dilayan dengan penuh sopan dan berbudi bahasa oleh pihak pentadbir, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid. Oleh yang demikian, imej sekolah Sekolah Kebangsaan taman Awana dapat digambarkan sebagai sebuah organisasi pendidikan yang berjaya untuk memupuk dan menerapkan nilai hormat menghormati di antara satu sama lain. Akhir sekali, saya juga memperoleh pengetahuan baru mengenai cara pengurusan muridmurid pendidikan inklusif semasa membuat pemerhatian dan pemantauan PdP yang dijalankan oleh guru. Terdapat beberapa orang murid pendidikan khas yang telah dimasukkan ke dalam program pendidikan inklusif untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran bersama murid lain. Murid-murid ini terdiri daripada masalah autisme yang boleh belajar dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Justeru itu, saya mendapati bahawa guru-guru dalam aliran perdana akan menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai dengan minat mereka seperti mewarna dan melukis. Hal ini adalah bertujuan untuk mengawal tingkah laku mereka kerana murid-murid ini lebih berminat untuk melukis dan mewarna selain belajar. Semasa PdP dijalankan, guru-guru akan memberikan tumpuan dan bimbingan terhadap murid-murid pendidikan inklusif untuk mengelakkan mereka daripada ketinggalan. Malah, guru-guru akan sentiasa memberikan peneguhan positif seperti pujian kepada mereka untuk meningkatkan motivasi mereka dalam belajar. Justeru itu, pelaksanaan pendidikan inklusif dapat mengembangkan potensi murid-murid bekeperluan khas dengan berkesan dan memastikan murid-murid tersebut tidak ketinggalan dalam bidang pembelajaran 8.2 Senarai Semak Melalui penggunaan senarai semak, saya dapat mengumpul data-data dan maklumat baru yang berkaitan dengan sekolah. Saya dapat memperoleh maklumat baru mengenai kemudahankemudahan yang disediakan di dalam kelas. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam bilik darjah adalah kipas, lampu, tong sampah, penyapu, kerusi, meja, papan putih dan sebagainya. Susunan meja dan kerusi di dalam bilik darjah menepati ciri-ciri dan keperluan pembelajaran pada masa kini kerana disusun mengikut kumpulan. Susunan meja yang mengikut PAK21 ini dapat meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri secara aktif semasa PdP dilaksanakan. Dengan adanya kemudahan-kemudahan tersebut di dalam kelas, murid-murid dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif.
Selain itu, saya dapat mengenal pasti tingkah laku murid-murid semasa di sekolah melalui senarai semak berkaitan disiplin murid. Majoriti murid di Sekolah Kebangsaan Taman Awana mempunyai disiplin yang baik kerana mereka sentiasa menghormati guru-guru. Misalnya, muridmurid akan memberi salam kepada guru-guru dan kakitangan di sekolah ini apabila berselisih dengan mereka. Murid-murid di sekolah ini juga sentiasa mendengar arahan guru dengan baik. Sebagai contoh, murid-murid sentiasa mendengar arahan guru sewaktu berada di tapak perhimpunan iaitu mereka tidak berbual antara satu sama lain dan mereka menyiapkan tugasan semasa proses PdP dijalankan di dalam kelas. Berdasarkan aspek pemakaian pula, murid-murid di sekolah ini mengenakan pakaian yang kemas dan bertepatan dengan peraturan di sekolah. Mereka tidak memakai pakaian yang ketat, memakai tali leher, memakai tanda nama dan lencana, memakai pakaian yang bersih dan sebagainya. Malah, murid-murid juga hadir ke sekolah mengikut masa yang telah ditetapkan oleh sekolah iaitu sebelum pukul 7:45 pagi. Namun demikian, terdapat segelintir murid yang hadir lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang tertentu. Di samping itu, saya telah menggunakan senarai semak untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan bilik-bilik khas yang disediakan di sekolah. Melalui senarai semak yang dibina, saya dapat memperoleh maklumat baru dan mengenal pasti bilik-bilik khas yang ada dan tiada di sekolah ini. Secara keseluruhannya, sekolah ini mempunyai kemudahan dan bilik-bilik khas yang mencukupi untuk memudahkan urusan warga di sekolah ini. 8.3 Temu Bual Berdasarkan kaedah temu bual yang telah dilaksanakan, terdapat pelbagai ilmu baharu yang telah saya perolehi. Kaedah temu bual telah membantu saya untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat daripada warga sekolah. Melalui temu bual beberapa orang guru, komuniti, murid, pengurus sekolah dan kakitangan sekolah, saya dapat memperoleh maklumat yang baru tentang sekolah. Saya dapat memperoleh banyak pengetahuan semasa membincangkan isu-isu yang berkisarkan tentang dasar-dasar pendidikan, sistem pengurusan, gerak kerja dan sebagainya. Ketika proses temu bual berlangsung, saya dapat belajar tentang cara untuk melaksanakan temu bual secara formal dengan barisan pentadbir dan warga sekolah Kebangsaan Taman Awana. Kemahiran berkomunikasi saya juga dapat ditingkatkan dengan adanya pengalaman menemu bual warga sekolah ini. Pengalaman-pengalaman yang telah dikongsi bersama pihak pentadbir dan guru dapat memberikan motivasi dan keyakinan diri kepada saya untuk mempersiapkan diri sebagai pendidik dan bersedia untuk menempuh cabaran dalam dunia pendidikan. Malah, guru-guru juga memberikan nasihat dan mendedahkan saya kepada dunia pendidikan yang sebenar. Oleh itu, ilmu pengetahuan baru tersebut akan saya aplikasikan untuk menjadi seorang guru yang mementingkan profesionalisme dan berwibawa.
9.0 REFLEKSI 9.1 Aktiviti
9.2 Perbincangan / Interaksi
RUMUSAN (LAPORAN AKHIR) Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dilaksanakan selama 2 minggu di SK Taman Awana dapat memberikan pendedahan awal kepada saya mengenai alam persekolahan dan perspektif seorang guru. Berdasarkan pelaksanaan program PBS ini, saya telah memperoleh gambaran awal dan sebuah pengalaman yang amat berharga untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan ke arah pembinaan modal insan melalui perspektif seorang guru. Oleh yang demikian, saya telah membuat perancangan dalam melaksanakan PBS dengan teliti dan menetapkan hala tuju, objektif serta strategi PBS sebagai panduan bagi memastikan PBS dapat berjalan dengan lancar. Pelaksanaan program PBS ini dapat mempersiapkan saya untuk berkolaborasi dan berinteraksi dengan seluruh warga sekolah seperti golongan pentadbir dan pelaksana. Selain itu, saya mendapati bahawa Sekolah Kebangsaan Taman Awana merupakan sebuah sekolah yang mementingkan pencapaian akademik dan kokurikulum murid-murid. Pihak sekolah akan sentiasa menyeimbangkan aktiviti kokurikulum dan kurikulum untuk memastikan murid-murid seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Malah, prestasi murid-murid dalam bidang kurikulum sentiasa meningkat pada setiap tahun. Melalui pemerhatian selama 2 minggu ini, saya dapat melihat bahawa murid-murid di sekolah ini sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kurikulum. Sebagai contoh, murid-murid di sekolah ini terlibat dengan perlawanan bola sepak di peringkat daerah selama 2 hari, terlibat dengan syarahan dan pertandingan hafazan di peringkat negeri dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, guru-guru di sekolah ini sentiasa memantau dan menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum. Seterusnya, saya dapat meningkatkan keyakinan diri dalam diri saya melalui pelaksanaan program PBS ini. Hal ini demikian kerana, saya dapat belajar untuk bergaul dengan pelbagai golongan yang terdapat di sekolah ini seperti guru-guru, kakitangan, pengawal keselamatan dan murid-murid. Kaedah temu bual telah membantu saya untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat daripada warga sekolah. Melalui temu bual tersebut, saya dapat memperoleh maklumat baharu tentang pengurusan di sekolah. Pelbagai isu telah dibincangkan semasa melaksanakan temu bual tersebut yang berkisarkan tentang ilmu pendidikan, pengurusan, gerak kerja dan sebagainya. Saya telah mengemukakan beberapa jenis soalan untuk diajukan kepada mereka berhubung dengan tugasan yang telah diberikan semasa menjalankan temu bual tersebut. Bukan itu sahaja, saya juga dapat belajar untuk memahami murid-murid dan berinteraksi ketika berhadapan dengan mereka. Saya juga dapat belajar bagaimana cara untuk mengawal keadaan kelas dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui strategi yang bersesuaian. Hal ini demikian kerana, murid-murid mempunyai pelbagai gaya belajar dan tingkah laku yang berbeza.
Di samping itu, Sekolah Kebangsaan Taman Awana turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan murid-murid. Hal ini demikian kerana, pelbagai program kerohanian telah dijalankan di sekolah ini untuk dijadikan amalan dalam kehidupan seharian bagi membentuk peribadi yang berakhlak mulia. Misalnya, sekolah ini mengadakan Program Bacaan Doa pada setiap pagi dan Program Bacaan Yassin pada hari Khamis. Program-program tambahan seperti solat hajat dan program tadarus yang dilaksanakan juga dapat membentuk sahsiah yang baik dalam diri mereka. Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang baru semasa melaksanakan PBS di sekolah tersebut. Pengetahuan yang diperoleh amat berguna kepada saya apabila tamat pengajian di IPG dan mula mengajar di sesebuah sekolah pada masa yang akan datang. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SK Taman Awana kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan PBS selama 2 minggu di sekolah tersebut. Saya juga berasa bersyukur kerana pihak pengurusan sekolah telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada saya untuk mengumpul maklumat umum tentang sekolah dan menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak IPG. Oleh itu, saya dapat memahami tentang suasana sekolah yang sebenar sekali gus dapat memahami budaya sekolah, organisasi sekolah dan pengurusan sekolah untuk memajukan sekolah dan murid-murid.
LAMPIRAN: Temu bual bersama Guru Besar dan Temu bual bersama Penolong Penolong Kanan Pentadbiran Kanan Pentadbiran Temu bual bersama Penolong Kanan Temu bual bersama Ketua Kokurikulum Panitia Bahasa Melayu Temu bual bersama Guru Bahasa Melayu Temu bual bersama Guru Pendidikan & Guru Perpustakaan Media Khas
Temu bual bersama Ketua Pembantu Temu bual bersama Guru Tadbir Pendidikan Khas Tapak perhimpunan Bilik guru PPKI Padang sekolah Dewan SK Taman Awana
Tandas murid perempuan Pejabat Kelas 6 Ikhlas Bilik operasi buku teks Stor sukan Bilik kesihatan
Bilik komputer Kelas pemulihan Bilik mesyuarat Kantin sekolah Bilik bimbingan dan kaunseling Bilik guru
Bilik rakaman & tayangan Perpustakaan Surau Kawasan sekolah Tempat parkir kenderaan
Kawasan sekolah Penyampaian hadiah dalam pertandingan taekwondo Program Sayangi Gigi Pameran Program Anti Dadah Program Ceramah Sempena Hari Raya Aidiladha Program Bacaan Yassin
Penyampaian hadiah dalam Aktiviti kokurikulum bola baling Pertandingan bola sepak Hasil lukisan murid-murid tahun 3 Program Ceramah Susu Sekolah Program Sayangi Gigi