The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Huraian dalam buku ini tertumpu pada pemerian dua buah bidang utama dalam ilmu Linguistik iaitu bidang Fonetik dan Fonologi. Secara umumnya, penjelasan aspek fizikal dan fisiologikal bunyi-bunyi bahasa dalam Fonetik adalah berasaskan kepada tiga jenis kajian yang bersifat khusus tetapi saling berkaitan antara satu sama lain, iaitu kajian fonetik artikulatori (berdasarkan penghasilannya oleh organ pertuturan manusia atau artikulator), fonetik akustik (berdasarkan sifat atau ciri-ciri akustik gelombang bunyi yang bergerak di antara penutur dan pendengar), dan fonetik auditori (berdasarkan kesan fizikal gelombang bunyi ke atas telinga pendengar dan mekanisme yang berhubungan dengannya). Buku ini, justeru, mengungkapkan secara terperinci ruang lingkup kajian Fonetik Artikulatori khususnya yang melibatkan aspek fisiologi pertuturan dan transkripsi ujaran manusia.
Pada hakikatnya, pertuturan adalah ungkapan yang bersifat kontinum oleh seseorang, yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan. Kontinum merujuk kepada sifat berterusan, bersambung-sambung atau tidak terputus-putus. Namun, andaian teoritis bagi seorang ahli fonologi ialah pertuturan boleh direpresentasikan sebagai urutan entiti yang terpisah. Dengan kata lain, pertuturan yang kontinum itu boleh disegmentasikan (dipenggal-penggalkan kepada unit yang terpisah yang dinamakan segmen). Berasaskan hakikat ini maka buku ini turut membicarakan kehadiran segmen-segmen (i.e. bunyi-bunyi) ini secara individu dalam sesebuah ujaran. Dalam bahagian Fonologi, pemerian segmen seperti vokal dan konsonan dipaparkan di bawah topik Fonem Segmental, manakala unit bahasa yang tidak boleh disegmentasikan (misalnya, tekanan dan nada) dibicarakan di bawah topik Fonem Suprasegmental. Pemerian ini melibatkan huraian mendalam bunyi-bunyi bahasa yang distingtif sifatnya, di samping menjelaskan secara terperinci bagaimana bunyi-bunyi berkenaan disusun, diatur dan distrukturkan bagi membentuk sistem bahasa berkenaan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MKE Books, 2023-09-04 10:09:32

Pengantar Fonetik dan Fonologi

Huraian dalam buku ini tertumpu pada pemerian dua buah bidang utama dalam ilmu Linguistik iaitu bidang Fonetik dan Fonologi. Secara umumnya, penjelasan aspek fizikal dan fisiologikal bunyi-bunyi bahasa dalam Fonetik adalah berasaskan kepada tiga jenis kajian yang bersifat khusus tetapi saling berkaitan antara satu sama lain, iaitu kajian fonetik artikulatori (berdasarkan penghasilannya oleh organ pertuturan manusia atau artikulator), fonetik akustik (berdasarkan sifat atau ciri-ciri akustik gelombang bunyi yang bergerak di antara penutur dan pendengar), dan fonetik auditori (berdasarkan kesan fizikal gelombang bunyi ke atas telinga pendengar dan mekanisme yang berhubungan dengannya). Buku ini, justeru, mengungkapkan secara terperinci ruang lingkup kajian Fonetik Artikulatori khususnya yang melibatkan aspek fisiologi pertuturan dan transkripsi ujaran manusia.
Pada hakikatnya, pertuturan adalah ungkapan yang bersifat kontinum oleh seseorang, yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan. Kontinum merujuk kepada sifat berterusan, bersambung-sambung atau tidak terputus-putus. Namun, andaian teoritis bagi seorang ahli fonologi ialah pertuturan boleh direpresentasikan sebagai urutan entiti yang terpisah. Dengan kata lain, pertuturan yang kontinum itu boleh disegmentasikan (dipenggal-penggalkan kepada unit yang terpisah yang dinamakan segmen). Berasaskan hakikat ini maka buku ini turut membicarakan kehadiran segmen-segmen (i.e. bunyi-bunyi) ini secara individu dalam sesebuah ujaran. Dalam bahagian Fonologi, pemerian segmen seperti vokal dan konsonan dipaparkan di bawah topik Fonem Segmental, manakala unit bahasa yang tidak boleh disegmentasikan (misalnya, tekanan dan nada) dibicarakan di bawah topik Fonem Suprasegmental. Pemerian ini melibatkan huraian mendalam bunyi-bunyi bahasa yang distingtif sifatnya, di samping menjelaskan secara terperinci bagaimana bunyi-bunyi berkenaan disusun, diatur dan distrukturkan bagi membentuk sistem bahasa berkenaan.

Keywords: Pengantar Fonetik dan Fonologi

Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan dicetakatau disalin semula, disimpan dalam mana-mana sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang bentuk, sama ada bentuk elektronik, salinan foto, rakaman atau dengan cara apajua pun, tanpa mendapat kebenaransecara bertulis terlebih dahulu daripada MK e-Solutions Sdn. Bhd., Malaysia. Pengantar Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu © MK e-Solutions Sdn. Bhd. ISBN 978-967-0036-12-0 Terbitan Pertama : 2023 PENULIS Shahidi A.H. PENILAI Patarai Haji Cholen EDITOR Dr Maria Tahir Kesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawabpenulissepenuhnya dan tidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian pihak penerbit. Penerbit: MK e-Solutions Sdn. Bhd. (200801002403) 6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor. Malaysia. Tel: +603 80644228. Fax: +603 80642050 Website: http://www.mke-solutions.com Email: [email protected] oleh: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd No.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin, 30100Ipoh, Perak.Malaysia. Tel : +605-5262627 Fax : +605-526220


Kandungan i Senarai Jadual dan Rajah ii Prakata ivBab 1 Pengenalan Kepada Ilmu Fonetik dan Fonologi 1Bab 2 Fonem Segmental: Vokal dan Diftong 19Bab 3 Fonem Segmental: Konsonan 34Bab 4 Fonem Suprasegmental 44Bab 5 Transkripsi dan Simbol Fonetik 50Bab 6 Proses-Proses Fonologi 61Bab 7 Pengujaran dan Penyukuan dalamSebutanBaku75Bibliografi 85Biodata Penulis 88Indeks 89


Rajah 1.1. Organ Pertuturan Manusia 5Jadual 1.1. Contoh pasangan minimal 9Jadual 1.2. Contoh pasangan minimal terdekat 10Jadual 1.3. Contoh penyebaran segmen [k] dan [] 11Rajah 2.1. Carta vokal bahasa Melayu 20Rajah 2.2. Bentuk bibir ketika penghasilan bunyi vokal 21Rajah 2.3. Posisi ketinggian lidah bahagian badan (a) dan belakang22(b) dalam penghasilan Rajah 2.4. Carta vokal [i] bahasa Melayu 24Rajah 2.5. Carta vokal [e] bahasa Melayu 24Rajah 2.6. Carta vokal [] bahasa Melayu 25Rajah 2.7. Carta vokal [a] bahasa Melayu 26Rajah 2.8. Carta vokal [u] bahasa Melayu 27Rajah 2.9. Carta vokal [o] bahasa Melayu 27Rajah 2.10. Carta vokal [] bahasa Melayu 28Rajah 2.11. Carta vokal [] bahasa Melayu 29Rajah 2.12. Carta vokal [] bahasa Melayu 29Rajah 2.13. Carta diftong bahasa Melayu 30Rajah 2.14. Carta diftong [ai] bahasa Melayu 31Rajah 2.15. Carta diftong [au] bahasa Melayu 32Rajah 2.16. Carta diftong [oi] bahasa Melayu 32Jadual 3.1. Konsonan letupan bahasa Melayu 36Jadual 3.2. Konsonan letusan bahasa Melayu 37Jadual 3.3. Konsonan sengauan bahasa Melayu 38Jadual 3.4. Konsonan hentian glotal bahasa Melayu 38Jadual 3.5. Konsonan geseran bahasa Melayu 39Jadual 3.6. Konsonan getaran bahasa Melayu 40Jadual 3.7. Konsonan sisian gigi-gusi bahasa Melayu 40Jadual 3.8. Konsonan malaran tidak bergeser bahasa Melayu 41Jadual 3.9. Konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu 42


iiiSENARAI JADUAL DAN RAJAHJadual 4.1. Contoh ujaran perkataan dalam bahasa Inggeris 45Jadual 4.2. Intonasi perkataan ‘ma’ dalam bahasa mandarin 46Jadual 4.3. Intonasi perkataan ‘ma’ dalam bahasa mandarin 47Jadual 4.4. Contoh ujaran panjang-pendek perkataan dalam48bahasa Inggeris Jadual 5.1 Contoh simbol bunyi bahasa yang berbeza antara dalam52IPA dan APA Rajah 5.1. Carta Abjad Fonetik Antarabangsa tahun 2005 54Jadual 6.1. Contoh perkataan mengandungi vokal dengan sengauan62dan tanpa sengauan Jadual 6.2. Contoh kata dasar dan kata terbitan bahasa Melayu63Jadual 6.3. Kepelbagaian segmen sengauan pada posisi akhir 64imbuhan me- dalam membentuk kata terbitan Jadual 6.4. Kesejajaran daerah artikulasi antara segmen sengauan64dengan segmen pertama kata dasar yang menerimaimbuhan me- Jadual 6.5. Contoh bahasa Melayu baku yang diujarkan dalam65bentuk bahasa Melayu basahan Jadual 6.6. Penyengauan vokal dalam bahasa Melayu 67Jadual 6.7. Keselarasan konsonan berasaskan fitur suara dalam68bahasa Inggeris Jadual 6.8. Pembentukan hentian glotis dalam dialek Kelantan 69Jadual 6.9. Perendahan vokal dalam bahasa Melayu 70Jadual 6.10. Peleburan vokal dalam bahasa Melayu 72Jadual 6.11. Contoh metatesis dalam ujaran bahasa Melayu basahan72Jadual 6.12. Contoh diftongisasi dalam dialek Melayu Ulu Terengganu73Jadual 6.13. Contoh apokop dalam bahasa Perancis 74Jadual 7.1. Contoh pemisahan suku kata berimbuhan awalan 80Jadual 7.2. Contoh penyebutan kata terbitan (berimbuhan ‘beR-’, 81‘peR-’ dan ‘teR-’) yang kata dasarnya bermula denganfonem vokal Jadual 7.3. Contoh penyebutan kata terbitan (berimbuhan ‘beR-’, 82‘peR-’ dan ‘teR-’) yang kata dasarnya bermula denganfonem konsonan Jadual 7.4. Contoh penyebutan kata terbitan (berimbuhan ‘-an’ dan‘-i’) 82Jadual 7.5. Contoh penyebutan kata terbitan (berimbuhan apitan83‘meN-......-kan’, ‘meN-.....-i’ dan ‘peN-....-an’)


Penulisan buku ini bertujuan untuk memberikan pendedahankepadapembaca tentang dua buah bidang utama dalamilmu Linguistikiaitubidang Fonetik dan Fonologi. Sebahagian bab dalambukuinimenyerlahkan secara terperinci ruang lingkup kajian fonetikartikulatorikhususnya yang melibatkan aspek fisiologi pertuturan dantranskripsiujaran manusia. Sebahagian bab pula membicarakan kewujudansistemdan fungsi bunyi-bunyi bahasa dalam ujaran bahasa Melayu. Segmenseperti vokal dan konsonan dibicarakan di bawah topik FonemSegmental,manakala unit bahasa yang tidak boleh disegmentasikan(misalnya,tekanan dan nada) dibicarakan di bawah topik FonemSuprasegmental. Secara umumnya, buku ini mengandungi tujuh bab yangberkaitandengan fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Bab pertamamenjelaskantentang aspek dasar bidang ilmu Fonetik dan Fonologi. Menerusi babini,diperlihatkan sisi ilmiah ilmu Fonetik dan Fonologi yang didukungi olehsifatnya yang eksplisit, sistematik, dan objektif. Bab yangkeduadanketiga pula mejelaskan secara terperinci segmen vokal, diftongdankonsonan (Fonem Segmental) bahasa Melayu. Vokal merupakanentitipertuturan yang sangat penting dalam mana-mana bahasa di dunia. Bunyiini bahkan berperanan sebagai nukleus dalam struktur sukukatabahasaMelayu. Konsonan pula merupakan komponen bunyi bahasayangterdapat dalam mana-mana sistem bahasa di dunia. Meskipuniabukanberstatus nukleus dalam struktur suku kata bahasa Melayu namuniahadirsecara signifikan dalam pembentukan perkataan dalambahasaMelayu.Para pendidik mahupun pengkaji bahasa Melayu dijangkamampumemahami serta mendalami jenis-jenis vokal, diftong dankonsonanbahasa Melayu menerusi huraian yang mendalamdalamkedua-duababini. Kefahaman ini sangat signifikan dan relevan dalamkonteksmemahami sistem fonologi bahasa Melayu. Bagi memantapkanpengetahuan para pendidik dan pengkaji bahasa maka bukuini turutmengetengahkan tajuk Fonem Suprasegmental (unit prosodi yangtidakboleh disegmentasikan) bagi membezakannya dengan FonemSegmentalbahasa Melayu. Walaupun hakikatnya aplikasi ciri prosodi dalambahasaMelayu tidak memberi kesan variasi makna leksikal namun penerapannyadalam ayat bahasa Melayu lisan masih mampu memberi maknaatau


PRAKATAvkesan perasaan yang kuat (emosi) secara tersirat. Denganhal demikian,topik ini (bab empat) juga wajar diketengahkan di sini agar parapembacamemperoleh kefahaman menyeluruh bidang ilmu Fonetik danFonologi. Penelitian aspek segmental seperti vokal dan konsonansesebuahbahasa memerlukan ahli linguistik khususnya ahli fonetik danfonologimengenal pasti secara tepat bunyi-bunyi yang dituturkan danseterusnyamemindahkan bunyi-bunyi atau fon tersebut ke dalambentuktulisan.Gerak kerja yang menghasilkan bentuk tulisan menggunakanhuruf/simbolfonetik ini dikenali sebagai ‘Transkripsi Fonetik’. Topik pentinginilahyangtelah diketengahkan dalam bab lima. Topik ini menyerlahkanketerangkuman aplikasi ilmu fonetik yang sangat diperlukanuntuktujuananalisis fonologi. Sesungguhnya, tanpa penguasaan yangmendalamterhadap topik ini maka analisis penting dalampemeriandatalisansesuatu bahasa (khususnya, aspek inventori fonemsegmental danproses-proses fonologi) menjadi tidak sempurna. Hakikatnya, ilmu fonologi menjelaskan dengan terperinci bagaimanabunyi-bunyi berkenaan disusun, diatur dan distrukturkan bagi membentuksistem bahasa berkenaan. Penyusunan atau penstrukturanbunyi bahasayang berlaku dalam pertuturan ini seringkalinya terserlahmenerusiperubahan bunyi-bunyi berkenaan akibat pengaruh bunyi-bunyi bahasayang terletak bersebelahan atau berhampiran dengannya. Semuafenomena perubahan (misalnya, penyengauan vokal, keselarasansegmen sengauan pada posisi akhir imbuhan me- yang membentukkataterbitan, dan realisasi ujaran antara bahasa Melayu baku denganbahasaMelayu basahan) dirujuk sebagai perubahan fonologi dalambahasaMelayu. Kejadian perubahan fonologi ini adalah berasaskanproses-proses tertentu yang secara khususnya dikenali sebagai prosesfonologi.Topik proses-proses fonologi bahasa Melayu inilah yang menjadi dasarpemerian secara mendalam dalam bab enam. Kefahamanmenyeluruhterhadap topik ini membolehkan para pembaca khususnya parapendidikdan pengkaji bahasa Melayu mengetahui secara mendalamtentangfungsidan sistem bunyi-bunyi bahasa yang membentuk ujaran bahasaMelayu.Pemahaman pada peringkat ini sangat vital bagi seseorangahli bahasauntuk membina kefahaman menyeluruh tentang bahasa yangdiselidikikhususnya pada peringkat pemerian seterusnya iaitu peringkat morfologidan sintaksis. Buku ini seterusnya diakhiri dengan bab berkaitan sebutanbakuatau standardisasi sebutan bahasa Melayu di Malaysia. Matlamat, sejarahdan ciri-ciri sebutan baku antara topik yang diketengahkandalambabtujuh ini. Bab ini turut menyerlahkan hakikat bahawa usahapembakuan


PENGANTAR FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU vi mampu membina kesefahaman dan perpaduan dalamkalanganrakyatMalaysia yang rencam variasi pertuturan bahasanya, di sampingberupayameningkatkan keupayaan dan kekuatan bahasa Melayu itu sendiri. Kesemua bab dalam buku ini telah diolah dan dititipkansecararapi,kreatif dan kritis berasaskan ilmu pengetahuan serta hasil pengamatandan penelitian penulis terhadap linguistik Melayu. Bukuini, justeru,menjanjikan suatu penulisan yang tuntas dan hebat buat parapembacasekelian. Himpunan bab-bab dalam buku ini dijangkamampumenyumbangkan ilmu pengetahuan dan kefahaman yang terbaikkepadamasyarakat pembaca, pendidik dan penyelidik bahasa, khususnyamerekayang mahu mempertajamkan lagi pengetahuan dan pemahamanmerekatentang ilmu Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu. Di sini penulisturutingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan danterimakasihkepada semua individu dan institusi yang telah terlibat secaralangsungmahupun tidak langsung dalam menjayakan pembikinanbukuPENGANTAR FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUini. Akhir kalam, harapan dari penulis agar buku ini dapat menjadipencetus minda ilmiah kepada masyarakat masa kini atausetidaktidaknya menjadi penyumbang kepada khazanah ilmu linguistikMelayudiMalaysia. Penulis akhiri bicara di sini dengan ungkapan pantunMelayulama: Tetak parang di dahan sena, Belah buluh taruhlah temu, Barang kerja takkan sempurna, Bila tidak menaruh ilmu. Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa, Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa. (Kump. Pantun Melayu 1991) Prof. Madya Dr Shahidi A. Hamid Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu(BITARA Melayu) Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia


1 PENGENALAN KEPADA ILMU FONETIK DAN FONOLOGI Pengenalan Sesungguhnya, manusia seringkalinya berhajat untuk perkara atau benda yang baik-baik belaka. Baik persoalan tentang makan, pekerjaan, kediaman, mahupun tentang pasangan hidup, seboleh mungkin semuanya harus memenuhi tahap atau ciri yang terbaik. Sebagai contohnya, apabila hendak makan, lazimnya kita akan memastikan bahawa makanan itu mempunyai kualiti zat yang sempurna atau setidak-tidaknya masih elok dan tidak menjadi penyebab timbulnya masalah jika dimakan. Hakikat yang sama juga berlaku ketika kita sedang berkomunikasi secara lisan. Sebagai penutur, kita mengharapkan agar kita dapat bertutur dengan betul dan sempurna serta dapat difahami oleh pendengar. Sebagai pendengar pula kita mengharapkan agar sistem pendengaran dan otak kita berupaya untuk menanggapi ujaran yang sedang berlangsung.


5 PENGENALAN KEPADA ILMU FONETIK DAN FONOLOGI Rajah 1.1 Organ Pertuturan Manusia (Adaptasi dari Shahidi, 1996) Berdasarkan Rajah 1.1 di atas, organ pertuturan dalam saluran suara supralarings merangkumi saluran kerongkongan (farings), rongga oral dan rongga nasal. Larings pula merupakan kotak atau peti suara yang di dalamnya terdapat organ pertuturan berupa pita suara. Manakala komponen sistem subglotal pula terdiri daripada saluran tenggorokan (trakea) dan paru-paru (pulmonari). Organ pertuturan di kawasan rongga oral merangkumi dua bibir, gigi, lidah, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, dan anak tekak. Lidah secara umum boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: i) bahagian depan lidah (merangkumi bahagian hujung lidah dan sebahagian kecil bahagian ‘tengah lidah’),


2 FONEM SEGMENTAL: VOKAL DAN DIFTONG Pengenalan Bunyi vokal dan diftong merupakan bunyi bahasa yang dihasilkan oleh arus udara yang melalui rongga oral tanpa sebarang sekatan. Arus udara hanya melalui rongga udara kerana otot lelangit lembut meregang sekaligus menyebabkan anak tekak menaik dan menutupi laluan udara ke rongga nasal. Bunyi vokal dan diftong adalah bunyi bersuara kerana penghasilannya seiring dengan penggetaran pita suara (Lihat juga, Ladefoged, 2012). Bunyi vokal juga merupakan monoftong dan ini juga membezakannya dengan bunyi diftong yang merupakan cantuman dua bunyi vokal.


PENGANTAR FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 20 Vokal Secara umum, vokal dapat dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang. Empat bunyi vokal depan dalam bahasa Melayu ialah [i], [e], [], dan [a]. Empat vokal belakang dalam bahasa Melayu pula ialah [], [], [o] dan [u]. Manakala vokal tengah dalam bahasa Melayu ialah vokal []. Lihat Rajah 2.1 yang berikut. Rajah 2.1 Carta vokal bahasa Melayu (Adaptasi dari Shahidi, 1996) Jenis-jenis vokal ini dapat ditentukan menerusi aspek bentuk bibir serta posisi ketinggian dan bahagian lidah semasa penghasilan bunyi-bunyi vokal berkenaan. Bentuk bibir (ketika penghasilan bunyi vokal) sama ada hampar (luas terbuka, terbuka, atau sedikit terbuka) atau bundar (luas terbuka, terbuka, atau sedikit terbuka) merujuk kepada jenis-jenis vokal yang berbeza-beza. Lihat Rajah 2.2 yang berikut.


3 FONEM SEGMENTAL: KONSONAN Pengenalan Konsonan adalah bunyi bahasa yang juga signifikan dalam pembentukan perkataan. Selain vokal dan diftong, bunyi konsonan juga wujud dalam pelbagai jenis berdasarkan cara penyaringan arus udara yang melalui rongga pertuturan. Dengan kata lain, penyaringan arus udara diperlukan dalam mengklasifikasikan bunyi konsonan. Penyaringan arus udara dalam konteks penghasilan bunyi konsonan boleh berlaku dalam bentuk sekatan atau sempitan. Sekatan atau sempitan ini berlaku sama ada di rongga oral, saluran kerongkongan (farings), atau di peti suara. Kawasan berlakunya aktiviti penyaringan ini dirujuk sebagai daerah atau titik artikulasi. Manakala cara bagaimana berlakunya penyaringan arus udara ini pula dirujuk sebagai cara artikulasi.


45 FONEM SUPRASEGMENTAL Fonem suprasegmental juga dirujuk sebagai unit prosodi. Unit prosodi yang tidak boleh disegmentasikan ini seperti tekanan, intonasi, jeda, dan mora panjang pendek boleh berstatus fonemik dalam bahasabahasa tertentu di dunia seperti bahasa Jepun, Mandarin, Arab, Thai, Perancis dan Inggeris (Lihat juga, Yunus, 1980; Shahidi & Mumad CheLaeh, 2020) . Berikut diperjelaskan unit-unit bahasa yang tergolong dalam kelompok Fonem Suprasegmental. Tekanan Tekanan merujuk penekanan yang diberikan pada tempat-tempat tertentu dalam perkataan (misalnya, segmen atau suku kata) ketika menuturkan perkataan berkenaan. Segmen atau suku kata dalam perkataan yang diujarkan dengan lantang atau kuat itu akan membezakannya dengan segmen atau suku kata lain dalam perkataan berkenaan. Simbol bagi tekanan ialah [ ] dan ditempatkan di sudut sebelah kanan atas mendahului tempat yang perlu diberi penekanan. Tekanan adalah unit bahasa bersifat fonemik bagi sesetengah bahasa di dunia kerana kehadirannya memberikan makna yang khusus bagi perkataan yang diujarkan berkenaan (i.e. melunturkan makna perkataan berkenaan sekiranya diujarkan tanpa tekanan). Sebagai contoh, lihat Jadual 4.1 berikut. Bil. Ujaran Makna 1. [kwt] senyap 2. [be] patuh 3. [rilis] lepas 4. [funt n] ahli fonetik Jadual 4.1 Contoh ujaran perkataan dalam bahasa Inggeris


5 TRANSKRIPSI DAN SIMBOL FONETIK Pengenalan Bab-bab terdahulu menyerlahkan entiti yang terdapat dalam sesebuah bahasa. Antara lain, ia meliputi aspek segmental dan suprasegmental. Penelitian aspek segmental seperti vokal dan konsonan sesebuah bahasa memerlukan ahli linguistik khususnya ahli fonetik dan fonologi mengenal pasti secara tepat bunyi-bunyi yang dituturkan dan seterusnya memindahkan bunyi-bunyi atau fon tersebut ke dalam bentuk tulisan. Gerak kerja pemindahan dari bentuk fon ke bentuk simbol yang sepadan dengan fon berkenaan (i.e. huruf/simbol fonetik) dirujuk sebagai ‘pentranskripsian’ manakala keseluruhan hasil usaha


7 PENGUJARAN DAN PENYUKUAN DALAM SEBUTAN BAKU Pengenalan Penstandardan (pembakuan) bahasa kebangsaan merupakan agenda nasional bagi kebanyakan negara Dunia Ketiga yang baru merdeka. Usaha penstandardan dilakukan bagi memajukan dan memperkembangkan bahasa negara baru berkenaan supaya berupaya menangani pelbagai fungsi kenegaraan. Aspek-aspek bahasa yang distandardkan ialah ejaan (tulisan), tatabahasa, kosa kata, dan sebutan. Di Malaysia, usaha pembakuan bahasa telah lama diusahakan. Dalam proses tersebut, pembakuan sebutan merupakan usaha terkemudian berbanding pembakuan aspek-aspek lain. Hakikatnya,


BIODATA PENULIS Shahidi A.H. (PhD) merupakan seorang Prof. Madya di Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu (BITARA Melayu), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang Fonetik Eksperimental dari University of Newcastle upon Tyne, United Kingdom. Ijazah sarjana beliau pula adalah dalam bidang Sains Pertuturan dari University of Leeds, United Kingdom. Selain itu, beliau turut memiliki ijazah Sarjanamuda dan Diploma Pendidikan UKM dalam bidang bahasa Melayu. Bidang kepakaran dan penyelidikan beliau meliputi Fonologi, Dialektologi Melayu, dan Pembelajaran Bahasa Kedua. Beliau berpengalaman mengajar ilmu fonetik dan fonologi di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM selama lebih 15 tahun. Terdapat lebih daripada 10 buah penulisan berbentuk buku dan hampir 90 buah makalah serta bab dalam buku penulisan beliau yang memanfaatkan ilmu fonetik dan fonologi dalam bidang Linguistik khususnya berkaitan kajian dialek Melayu dan pembelajaran bahasa kedua.


Click to View FlipBook Version