The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Morfologi bahasa Melayu merupakan sebuah buku yang dihasilkan oleh pengarang yang berpengalaman dalam bidang bahasa Melayu. Buku ini diterbitkan sebagai bahan rujukan untuk pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), IPTA, murid di sekolah rendah dan sekolah menengah agar memahami aspek morfologi terutama bentuk kata, golongan kata, proses pembentukan kata, pembentukan perkataan baharu dan isu kesalahan kata.
Kandungan buku ini menghuraikan tatabahasa secara rinci tentang pengertian morfologi, unsur morfologi, morfem, dan perkataan. Buku ini turut menghuraikan proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Pembentukan kata baharu juga dijelaskan secara terperinci oleh para penulis buku ini.
Buku ini memberikan panduan yang sangat bermanfaat kepada pelajar IPG khususnya, pelajar IPTA dan IPTS yang mengambil bidang bahasa Melayu di universiti bagi menguasai rumus tatabahasa bahasa Melayu. Buku ini juga dihasilkan dengan berpandukan aspek tatabahasa yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Aspek morfologi dalam pengajaran bahasa Melayu amat penting kepada bakal guru kerana aspek morfologi merupakan asas kepada rumus tatabahasa bahasa Melayu. Sesungguhnya penerbitan buku morfologi ini diharapkan agar dapat membantu bakal guru dan masyarakat umum untuk mendapatkan maklumat tentang tatabahasa bahasa Melayu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MKE Books, 2024-01-16 00:01:17

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Morfologi bahasa Melayu merupakan sebuah buku yang dihasilkan oleh pengarang yang berpengalaman dalam bidang bahasa Melayu. Buku ini diterbitkan sebagai bahan rujukan untuk pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), IPTA, murid di sekolah rendah dan sekolah menengah agar memahami aspek morfologi terutama bentuk kata, golongan kata, proses pembentukan kata, pembentukan perkataan baharu dan isu kesalahan kata.
Kandungan buku ini menghuraikan tatabahasa secara rinci tentang pengertian morfologi, unsur morfologi, morfem, dan perkataan. Buku ini turut menghuraikan proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Pembentukan kata baharu juga dijelaskan secara terperinci oleh para penulis buku ini.
Buku ini memberikan panduan yang sangat bermanfaat kepada pelajar IPG khususnya, pelajar IPTA dan IPTS yang mengambil bidang bahasa Melayu di universiti bagi menguasai rumus tatabahasa bahasa Melayu. Buku ini juga dihasilkan dengan berpandukan aspek tatabahasa yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Aspek morfologi dalam pengajaran bahasa Melayu amat penting kepada bakal guru kerana aspek morfologi merupakan asas kepada rumus tatabahasa bahasa Melayu. Sesungguhnya penerbitan buku morfologi ini diharapkan agar dapat membantu bakal guru dan masyarakat umum untuk mendapatkan maklumat tentang tatabahasa bahasa Melayu.

Keywords: MORFOLOGI BAHASA MELAYU,IPG

Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan dicetakatau disalin semula, disimpan dalam mana-mana sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang bentuk, sama ada bentuk elektronik, salinan foto, rakaman atau dengan cara apa-apa pun, tanpa mendapat kebenaransecara bertulis terlebih dahulu daripada MK e-Solutions Sdn. Bhd., Malaysia. Morfologi Bahasa Melayu © MK e-Solutions Sdn. Bhd. ISBN 978-967-0036-19-9 Terbitan Pertama : 2024 PENULIS Faridah Nazir Mohd Asri Harun Amir Juhari Zanariah Hamid Maria Tahir Kesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawabpenulissepenuhnya dan tidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian pihak penerbit. Penerbit: MK e-Solutions Sdn. Bhd. (200801002403) (MKE) 6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor. Malaysia. Tel: +603 80644228. Fax: +603 80642050 Website: http://www.mke-solutions.com Email: [email protected] Kerjasama: Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur Lingkungan Budi. 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. [email protected] Dicetak oleh: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd No.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin, 30100 Ipoh, Perak. Malaysia Tel : +605-5262627 Fax : +605-526220


Kandungan iPrakata ii Bab 1 Pengenalan Morfologi 1Faridah Nazir (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pagoh, Johor) Bab 2 Bentuk Kata 12Mohd Asri Harun (IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, KualaNerus, Terengganu) Bab 3 Golongan Kata 26Faridah Nazir (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pagoh, Johor) Bab 4 Proses Pembentukan Kata 47Faridah Nazir (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Pagoh, Johor) & Maria Tahir (IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan) Bab 5 Pembentukan Perkataan Baharu 68Zanariah Hamid (IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur) Bab 6 Isu Kesalahan Kata Dari Sudut Morfologi dalam90Pelbagai Sumber Amir Juhari (IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah) Rujukan 111Biodata Penulis 114


Bidang Morfologi merupakan sebahagian daripada rumustatabahasabahasa Melayu. Buku Morfologi yang diterbitkan hasil daripadapenyusunan nota-nota kuliah daripada kalangan pensyarahyangberpengalaman. Topik-topik kandungannya telah disusunberdasarkankeutamaan sebelum diterbitkan menjadi buku rujukandanpanduanpelajar. Buku ini telah dipermudah dari segi bahasa dankandungandengan memberikan contoh-contoh yang sesuai agar dapat difahamidan dikuasai. Buku ini amat membantu para pelajar yang mengambil kursusini sama ada di Institut Pendidikan Guru (IPG), IPTAdanguru-guruyang mengajar bahasa Melayu. Topik-topik dalambukuini disusunsecara rinci berdasarkan keperluan tatabahasa bahasa Melayu. Kompetensi Kursus Morfologi adalah untuk memberikankecekapan berbahasa kepada guru bahasa supaya merekamemilikipengetahuan tentang pembentukan kata bahasa Melayudalamkonteks penggunaan yang betul. Kursus Morfologi dikatakanberjayaapabila para pelajar dapat memanfaatkan kemahirantatabahasasecara bermakna dalam interaksi sosial mereka. Para pendidikbahasasahajalah yang dapat menyaring dan menyampaikan ilmutatabahasasecara tuntas. Bahasa Melayu bersifat dinamik dan sentiasa terdedahdenganperkembangan tamadun dunia. Perubahan dalampembentukankatabahasa tidak dapat dielakkan. Buku Morfologi BahasaMelayuamatsesuai dijadikan panduan kerana kandungannya membincangkantentang cara pembentukan sesuatu kata yang seterusnyadapatberfungsi sebagai satu unit dan memberikan maknayangbaharu.Buku ini diharapkan akan dapat menjadi pemudahcaradanmenyumbang sesuatu yang bermakna kepada para pendidikkhasnyadan masyarakat umumnya. Faridah Nazir (UIAM, Pagoh, Johor) Amir Juhari (IPG KDA, Kedah) Mohd Asri Harun (IPG KDRI, Terengganu) Zanariah Hamid (IPG KBM, Kuala Lumpur) Maria Tahir (IPG KPT, Bandar Enstek, Negeri Sembilan)


1 PENGENALAN MORFOLOGI Faridah Nazir 1.1 PENGENALAN Tatabahasa dalam bahasa Melayu merujuk peraturan atau sistem yang digunakan sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Oleh itu, bagi mendalami bidang linguistik bahasa Melayu, adalah penting untuk memahami dengan lebih jelas bidang kajian tatabahasa, iaitu bidang morfologi. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama (Nik Safiah Karim et al. 2015).


MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2 1.2 PENGERTIAN MORFOLOGI Istilah morfologi berasal daripada perkataan morphologie, iaitu perkataan morphe yang digabungkan dengan logos yang berasal daripada bahasa Yunani. Morphe bererti bentuk dan logos bererti lmu. Maka, berdasarkan makna unsur-unsur pembentukannya itu, istilah morfologi bererti ilmu tentang pembentukan perkataan. Dalam hal ini, Verhaar (1984) berpendapat bahawa, morfologi ialah bidang linguistik yang mempelajari susunan bahagian perkataan secara gramatis. Sementara, Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997) pula menyatakan bahawa, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Abdullah Hassan (2006) turut menyatakan bahawa, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Sehubungan dengan itu,, Nik Safiah Karim et al. (1996), pula telah menjelaskan beberapa konsep morfologi, iaitu bentuk, struktur, dan penggolongan kata. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Struktur kata pula ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Penggolongan kata pula adalah merujuk proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Berdasarkan definisi-definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa morfologi ialah bidang linguistik berkaitan perkaitan antara satu morfem sama ada bebas, iaitu yang boleh berdiri sendiri misalnya, “pandai” atau yang terikat, iaitu imbuhan ke-an dalam perkataan “kepandaian” dengan morfem yang lain untuk membentuk perkataan. Berdasarkan definisi yang dikemukakan, pengertian morfologi dapat ditunjukkan dengan lebih jelas dalam Rajah 1.1.


2 BENTUK KATA Mohd Asri Harun 2.1 PENGENALAN Kata ialah satu daripada unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna yang lengkap. Oleh sebab kata memiliki makna yang lengkap maka setiap perkataannya dapat berdiri sendiri. Setiap perkataan yang wujud mempunyai bentuk atau rupanya yang tersendiri. Bentuk kata yang asas ialah kata tunggal. Kata tunggal ini terdiri daripada satu bentuk dasar yang mantap. Walau bagaimanapun, ada juga kata tunggal yang wujud melalui pengakroniman kata.


BENTUK KATA 13 Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat dinamik. Sesuatu perkataan dalam bentuk dasar itu dapat berubah-ubah bentuknya apabila melalui proses transformasi kata. Transformasi kata ini berlaku dengan tiga cara, iaitu melalui penerbitan kata, pemajmukan kata dan penggandaan kata. Ketiga-tiga cara ini dapat menghasilkan tiga bentuk kata yang lain selain kata tunggal, iaitu kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Rajah 2.1: Pembentukan Kata 2.2 KATA TUNGGAL Kata tunggal ialah bentuk kata yang tidak menerima sebarang proses transformasi pada kata dasarnya. Oleh hal yang demikian, kata tunggal ini kekal dalam bentuk asalnya. Kita dapat mengenali bentuk kata tunggal apabila perkataan tersebut tidak menerima imbuhan, tidak menerima penggandaan dan tidak menerima pemajmukan. Contoh kata tunggal ialah ayah, kuliah, asrama, jadual dan tugas. Nik Safiah Karim et al. (2013) menjeniskan kata tunggal berdasarkan struktur binaannya, iaitu persukuan kata. Kata tunggal ini terdiri daripada satu suku kata atau lebih suku kata. Setiap suku kata terdiri daripada satu bunyi vokal atau satu vokal yang disertai konsonan atau beberapa konsonan. Contohnya: bentuk dasar kata tunggal penerbitan kata pemajmukan kata penggandaan kata kata terbitan kata majmuk kata ganda


3 GOLONGAN KATA Faridah Nazir 3.1 PENDAHULUAN Penggolongan kata dalam bahasa Melayu telah dimulakan oleh beberapa orang sarjana Barat, iaitu sejak awal abad ke-19 lagi. Antara sarjana yang terlibat ialah Marsden (1812), Crawford (1852), Maxwell (1882), Winstedt (1927), Payne (1964) dan Lewis (1969), menerusi buku-buku tatabahasa yang dihasilkanoleh mereka. Selain itu, terdapat usaha penggolongan kata melalui penerbitan buku tatabahasa Bahasa Melayu misalnya, Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah Abdul Rahman; Senjuh Suratan, (1922) olehMohd. Shah Yusof; Kitab Punca Bahasa, (1928) oleh Abdullah Talib; Kitab PenanggamBahasa, (1936) oleh Syed Muhammad Othman Yahya; Jalan Bahasa Melayu, (1937) oleh Md. Said Sulaiman, dan Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1, (1940) oleh Zainal Abidin Ahmad. Di samping itu, Kitab Pengetahuan Bahasa (1857), yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji turut memuatkan penggolongan kata.


4 PROSES PEMBENTUKAN KATA Faridah Nazir & Maria Tahir 4.1 PENGENALAN Pembentukan kata merupakan proses yang mana perkataan baharu dibentuk. Oleh itu, proses pembentukan kata menerangkan cara sesuatu perkataan itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Oleh sebab bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivatif maka pembentukan perkataannya kebanyakannya adalah melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008). Sehubungan itu, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu perkataan itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Oleh itu, dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk perkataan, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk dalam bahasa Melayu, iaitu kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda dibentuk berdasarkan proses pembentukan kata, iaitu pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim seperti yang berikut:


5 PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Zanariah Hamid 5.1 PENGENALAN Perkembangan bahasa ialah fenomena yang sangat kompleks dan menarik dalam sejarah manusia. Bahasa merupakan alat komunikasi yang fundamental, memungkinkan manusia untuk mengembangkan idea, pengetahuan, dan pengalaman. Bahasa mengalami perubahan dan perkembangan yang sangat signifikan seiring dengan perkembangan dan perubahan dalam masyarakat, budaya, teknologi, dan ilmu pengetahuan. Terdapat banyak istilah mahupun perkataan baharu yang muncul saban hari digunakan bersesuaian dengan disiplin ilmu tersebut. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu turut menerima istilah dan perkataan baharu dan digunakan oleh masyarakat Malaysia ketika berkomunikasi.


6 ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI DALAM PELBAGAI SUMBER Amir Juhari 6.1 PENGENALAN Pada masa ini, bahasa Melayu melalui detik yang sangat mencabar, terutama pada abad ke-21. Semakin hari semakin banyak isu yang wujud dalam bahasa Melayu. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bermula sebelum merdeka (1930) yang dikenali sebagai konsep nasionalisme bahasa, perjuangan mempertahankan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara selepas merdeka serta


91 ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI DALAM PELBAGAI SUMBER melihat cabaran-cabaran yang dilalui dalam memartabatkan bahasa kebangsaan sehingga tahun 1967. Kedudukan tentang bahasa Melayu jelas terdapat dalam dasar-dasar penting seperti Penyata Razak, Ordinan Pelajaran, Penyata Rahman Talib, Perlembagaan 1957, Akta Bahasa 1963 dan Akta Bahasa 1967 dan lain-lain. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab pengguna bahasa untuk menggunakan bahasa Melayu di mana-mana sahaja terutama dalam konteks rasmi. Sesungguhnya bahasa itu tidak wujud dengan sendiri, tetapi memerlukan orang untuk mewujudkannya. Orang atau pengguna bahasa juga tidak hidup secara terpisah. Mereka memerlukan satu sama lain untuk meneruskan kehidupan, dan dengan itu meneruskan kewujudan bahasa. Kelestarian bahasa bergantung kepada pengguna bahasa untuk bukan sahaja menggunakannya secara meluas tetapi dengan betul tatabahasa, ejaan dan cara sebutannya. Kini semakin hari semakin banyak isu yang berkaitan bahasa Melayu sama ada di media cetak, media elektronik mahupun di media sosial. Isu Isu bermaksud perkara pokok atau persoalan. Isu bersinonim dengan persoalan, masalah, perkara, hal, pokok, perbincangan, tajuk perbualan ataupun topik. Banyak isu yang menjadi pokok persoalan dalam kalangan pengguna bahasa dan tokoh-tokoh bahasa Melayu pada masa kini. Setiap isu perlu ditangani dengan sewajarnya demi memelihara bahasa Melayu, memartabatkan bahasa Melayu dan mendaulatkan bahasa Melayu. Terdapat pelbagai isu morfologi dari segi ejaan dan pemilihan perkataan yang salah dalam media cetak. Media elektronik dan media yang lain. Dalam komunikasi lisan juga berlaku isu penggunaan perkataan yang salah dari segi sebutan, kata tugas, istilah dan pemilihan diksi atau perkataan yang salah bagi laras bahasa tertentu. Maka pengguna bahasa perlu berhati-hati dalam pengucapan kerana setiap ayat yang dilafazkan tidak boleh diedit seperti mana penggunaan bahasa dalam penulisan seperti teks ucapan, rencana, cerpen, kertas kerja, surat dan sebagainya. Bahasa dalam bentuk tulisan terdapat di media cetak dan media elektronik.


BIODATA PENULIS Profesor Madya Dr Faridah Nazir dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda dan Doktor Falsafah serta di Universiti Putra Malaysia untuk Sarjana dalam bidang Bahasa Melayu. Pernah bertugas di beberapa buah sekolah menengah di Seremban, Pulau Pinang dan Selangor sebelum menjadi Pensyarah Kanan di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban. Kini, beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pagoh, Johor. Beliau juga telah menghasilkan lebih 40 buah buku yang terdiri daripada buku akademik, antologi cerpen, antologi puisi dan buku cerita kanak-kanak. Dr Amir Juhari merupakan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah. Beliau mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 1992 sehinggalah dilantik menjadi pensyarah pada tahun 2007. Berkelulusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) UPM, Master Sastera (Bahasa Melayu) UPM, dan Doktor Falsafah (Bahasa Melayu) UPM. Beliau telah ditauliahkan sebagai Munsyi Dewan (Bahasa) oleh pihak Dewan Bahasa Pustaka. Pernah menulis buku bertajuk ‘Tatabahasa di IPG’ (2012), terbitan PTS Akademia, Penulis Bersama bagi tajuk ‘Pragmatik dalam Konteks Malaysia’ (2021) terbitan DBP, Penulis Artikel dalam Ruangan Remaja.Dot.Com, DBP, aktif menulis untuk bab dalam buku bagi penulisan ilmiah, karya suntingan, artikel penyelidikan dan lain-lain lagi. Beliau turut menghasilkan buku berbentuk sastera kreatif menerusi novel “Tragedi Dah Mahsuri” terbitan UUM Press. (2022).


BIODATA PENULIS 115 Dr Mohd Asri Harun merupakan pensyarah kanan di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Bidang tujahan beliau ialah pedagogi bahasa Melayu dan tatabahasa bahasa Melayu. Memililki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) UKM dalam bidang Kajian Bahasa Melayu, Ijazah Sarjana Sains Pengajaran Bahasa Melayu Bahasa Pertama (PBMP) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu Bahasa Pertama (PBMP) UPM. Beliau juga diiktiraf sebagai Munsyi Dewan. Dalam program bahasa di peringkat Kementerian Pendidikan, beliau ialah panel Kerangka Standard Bahasa Melayu, panel Ujian Pencapaian Bahasa Melayu Guru (UPBMG), panel modul School Improvement Specialist Coaches (SISC+), panel penggubal Maklumat Latihan (ML) Modul Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu, penilai kandungan Modul Latihan Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu dan panel bahasa modul Guru Baharu (BPG), panel Penulisan Buku Jubli Emas BPK dan panel modul Orang Asli. Beliau juga turut terlibat dengan beberapa program yang dianjurkan oleh JAKOA. Beliau juga terlibat sebagai penceramah tatabahasa, penulisan dokumen rasmi, penulisan anekdot dan penulisan ilmiah. Dr Zanariah Hamid, merupakan pensyarah akademik di Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam jurusan Pendidikan Bahasa Melayu dari Universiti Malaya (2019). Memiliki ijazah Sarjana dalam bidang Kepengetuaan dari Universiti Malaya (2010). Sebelumnya, memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (1997). Beliau merupakan pasukan penyelidik yang telah menerima Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2021, terlibat dalam pembinaan Modul Buku Penyelidikan (2023/2024), Modul Pembinaan Pedagogi Kemahiran Mendengar Bahasa Melayu, salah seorang penulis untuk Maklumat Kursus Morfologi Bahasa Melayu (BMMB3203), Jurulatih Utama untuk Inisiatif #30: Program Pembangunan Pintar Cerdas KPM dan aktif sebagai editor penulisan artikel mahupun buku-buku bahasa Melayu.


MORFOLOGI BAHASA MELAYU 116 Dr Maria Tahir berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kesusasteraan Melayu Klasik (Filologi) dari UM. Ijazah pertama (Rancangan Pengajian BM) dari UM dan MA Sastera di UPM. Berpengalaman mengajar bahasa Melayu di sekolah menengah sebelum menjadi pensyarah di beberapa buah IPG dan kini bertugas di Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Bergiat aktif menulis artikel dan pembentangan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta terlibat dalam penggubalan MK di peringkat IPGM. Beliau telah menghasilkan buku rujukan antaranya Drama Dalam Pendidikan Bahasa Melayu, Semantik Bahasa Melayu dan Literasi Bahasa secara penulisan bersama.


Click to View FlipBook Version