MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Morfologi bahasa Melayu merupakan sebuah buku yang dihasilkan oleh pengarang yang berpengalaman dalam bidang bahasa Melayu. Buku ini diterbitkan sebagai bahan rujukan untuk pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), IPTA, murid di sekolah rendah dan sekolah menengah agar memahami aspek morfologi terutama bentuk kata, golongan kata, proses pembentukan kata, pembentukan perkataan baharu dan isu kesalahan kata.
Kandungan buku ini menghuraikan tatabahasa secara rinci tentang pengertian morfologi, unsur morfologi, morfem, dan perkataan. Buku ini turut menghuraikan proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Pembentukan kata baharu juga dijelaskan secara terperinci oleh para penulis buku ini.
Buku ini memberikan panduan yang sangat bermanfaat kepada pelajar IPG khususnya, pelajar IPTA dan IPTS yang mengambil bidang bahasa Melayu di universiti bagi menguasai rumus tatabahasa bahasa Melayu. Buku ini juga dihasilkan dengan berpandukan aspek tatabahasa yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Aspek morfologi dalam pengajaran bahasa Melayu amat penting kepada bakal guru kerana aspek morfologi merupakan asas kepada rumus tatabahasa bahasa Melayu. Sesungguhnya penerbitan buku morfologi ini diharapkan agar dapat membantu bakal guru dan masyarakat umum untuk mendapatkan maklumat tentang tatabahasa bahasa Melayu.
-
Follow
-
1
-
Embed
-
Share
-
Upload