Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan dicetakatau disalin semula, disimpan dalam mana-mana sistem perolehan kembali, diedarkan atau dipindahkan dalam sebarang bentuk, sama ada bentuk elektronik, salinan foto, rakaman atau dengan cara apajua pun, tanpa mendapat kebenaransecara bertulis terlebih dahulu daripada MK e-Solutions Sdn. Bhd., Malaysia. Pentaksiran dalam Pendidikan © MK e-Solutions Sdn. Bhd. ISBN 978-967-0036-11-3 Terbitan Pertama : 2024 PENULIS Nor Asilah Osman Shariza Said Zahanin Ismail M Vijayaletchumi R Maniveloo Norliyah SulaimanPENILAI Mohd Zakuan Abdullah Kesahihan fakta dan tafsiran dalam terbitan ini adalah tanggungjawabpenulissepenuhnya dan tidak mewakili pandangan, tafsiran dan huraian pihak penerbit. Penerbit: MK e-Solutions Sdn. Bhd. (200801002403) 6th Floor, Suite 16, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor. Malaysia. Tel: +603 80644228. Fax: +603 80642050 Website: http://www.mke-solutions.com Email: [email protected] Kerjasama: Penerbit IPG Kampus Bahasa MelayuLingkungan Budi. 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan [email protected] Dicetak oleh: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd No.16, Persiaran Rishah 14, Kawasan Perindustrian Silibin, 30100Ipoh, Perak.Malaysia. Tel : +605-5262627 Fax : +605-526220
Kandungan i Prakata ii Bab 1 Konsep Asas, Tujuan dan Etika Pentaksiran 1Bab 2 Ciri-ciri Pentaksiran 21Bab 3 Jenis Pentaksiran 32Bab 4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 59Bab 5 Reka Bentuk, dan Pembinaan Ujian 96Bab 6 Analisis dan Interpretasi Data 132Bab 7 Analisis Item dan Bank Item 150Bab 8 Isu Berkaitan dengan Pentaksiran Sekolah di Malaysia193Rujukan 207Biodata Penulis 212
Pentaksiran adalah sebahagian perkara penting dalampendidikanyangmemberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiranmelibatkan aktiviti yang dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat yangboleh digunakan untuk mengubah suai proses pengajaran dan pembelajaran.Dengan ini para guru perlu menguasai pengetahuan dan kemahiranberkaitanpentaksiran. Buku ini dimulakan dengan tajuk Konsep asas, tujuandanetikapentaksiran. Guru perlu memahami konsep dan tujuan pentaksiransebelummenentukan jenis-jenis ujian. Tajuk berikutnya dalamBab 2 adalahciri-ciri dan prinsip pentaksiran yang perlu difahami agar pentaksiranyangakandilaksanakan menepati ciri kesahan, keobjektifan, kebolehpercayaan,kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran. Bab 3 menghuraikan tentang alat pentaksiran yang bolehdigunakanoleh guru. Alat pentaksiran perlu selaras dengan tujuanpentaksirandilaksanakan. Kaedah pentaksiran adalah berbeza berdasarkankonteksdantujuan. Selain itu guru perlu tahu tentang jenis-jenis ujian seperti ujianformatif,sumatif, ujian rujukan kriteria dan ujian rujukan norma. Dalamprosesmenentukan jenis ujian yang sesuai guru perlu melaksanakanprosesmerungkai standard dan penjajaran konstruktif. Bab 4 berkaitandenganPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang turut mencakupi tajukPentaksiran Bilik Darjah (PBD). Bab 5 menyentuh reka bentuk danpembinaanujian yang memberikan maklumat tentang proses menyediakanitemuntukpentaksiran. Bab 6 pula membincangkan proses analisis dan interpretasi datadiikuti Bab 7 tentang analisis item dan bank item. Bab 8 membahaskanisuberkaitan pentaksiran di Malaysia. Isu dan trenda sistempentaksirandi Malaysia juga dapat dilihat dalam aspek penerapan KBAT, PBS, pentaksirandalam talian serta pentaksiran antarabangsa iaitu TIMSS dan PISA. Dalam menyediakan buku ini, pelbagai aspek dan maklumat terbarudimasukkan supaya dapat menghasilkan sebuah buku yang amat mantapdari segi isi kandungan dan penyampaiannya. Besarlah harapankami agarbuku ini dapat digunakan untuk membantu para guru dan siswa gurudi InstitutPendidikan Guru serta universiti awam dan swasta meningkatkanpengetahuan dan kefahaman tentang pentaksiran. Berbekalkanpengetahuantentang pentaksiran yang mantap akan dapat membantu guru melaksanakanpentaksiran dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebihberkesandan seterusnya meningkatkan pencapaian hasil pembelajaran. Nor Asilah Osman Shariza Said Zahanin Ismail Norliyah Sulaiman M Vijayaletchumi R Maniveloo
1 KONSEP ASAS, TUJUAN DAN ETIKA PENTAKSIRAN 1.0 PENGENALAN Perkembangan dunia pada masa kini menyebabkan berlakunya reformasi dalam bidang pendidikan bagi memenuhi kompetensi global. Reformasi yang berlaku dalam bidang pendidikan bukan sahaja dari aspek kurikulum tetapi turut memberi kesan terhadap pentaksiran. Perubahan demi perubahan dilakukan dalam pentaksiran dengan mengambil kira perubahan sistem pendidikan secara global. Pentaksiran untuk masa hadapan perlu direka bentuk untuk menyediakan maklumat prestasi yang dapat dijelaskan dengan tepat. Pentaksiran adalah komponen penting dalam proses pendidikan, namun pelbagai isu timbul berkaitan pentaksiran. Kedudukan dan gred semata-mata tidak dapat memberikan maklumat ini dengan jelas. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah memberikan maklumat kepada murid atau ibu bapa tentang perkara yang murid telah pelajari dan kuasai. Pentaksiran yang direka bentuk dengan baik sepatutnya
2 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN 2.0 PENGENALAN Pentaksiran adalah komponen penting dalam sistem pendidikan yang membantu menilai pencapaian dan perkembangan murid. Pentaksiran melibatkan pengumpulan maklumat dan data untuk mengukur tahap pemahaman, pengetahuan, dan kemahiran murid. Setiap aspek pendidikan adalah unik, dan pentaksiran adalah unsur kritikal yang membolehkan kita mengukur pencapaian dalam pelbagai bentuk pembelajaran. Bab ini akan menyentuh beberapa ciri penting pentaksiran dalam konteks pendidikan yang mencakupi pelbagai jenis pengukuran, penggunaan instrumen yang relevan, konsistensi dan kebolehpercayaan, maklum balas yang membina, dan kesedaran terhadap kepelbagaian murid.
3 JENIS PENTAKSIRAN 3.0 PENGENALAN Bab ini menjelaskan tentang jenis-jenis pentaksiran dan alat-alat pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan pentaksiran di sekolah. Terdapat dua bentuk pentaksiran iaitu pentaksiran Formatif dan Sumatif yang digunakan bagi mengukur pencapaian dan penguasaan kemahiran murid. Terdapat beberapa jenis ujian dalam pentaksiran di sekolah seperti Ujian Objektif dan Subjektif, Ujian Rujukan Norma dan Kriteria. Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015 – 2025) terdapat penambahbaikan dalam pentaksiran. Kaedah pentaksiran alternatif dan autentik telah diperkenalkan. Pentaksiran alternatif dapat mentaksir kemahiran berfikir murid pada aras yang lebih tinggi. Murid mempunyai peluang menunjukkan apa yang mereka
4 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 4.0 PENGENALAN Topik ini merangkumi konsep, ciri dan jenis Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia. Kaedah pemarkahan dan pembinaan rubrik dalam melaksanakan PBS dan PBD serta pelaporan diterangkan bagi menjelaskan secara keseluruhan tentang PBS dan peranannya dalam sistem pendidikan. PBS ini dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengukur perubahan penguasaan, kemahiran, sahsiah dan kompetensi diri.
5 REKA BENTUK, DAN PEMBINAAN UJIAN 5.0 PENGENALAN Reka bentuk pentaksiran adalah suatu perkara penting iaitu guru-guru harus menguasai pengetahuan dan kemahiran tentang penulisan item yang bermutu agar item yang dihasilkan sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur. Justeru itu, guru perlu mahir membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), membina item ujian dan seterusnya mentadbir ujian tersebut. JSU adalah bertujuan memastikan kesahan ujian dan kebolehpercayaan ujian tersebut. JSU juga menjadi panduan dan penentu bagi penggubal soalan yang lain agar soalan yang bermutu dapat dihasilkan dan membolehkan guru-guru membuat perbandingan terhadap aras kesukaran antara satu ujian dengan ujian yang lain. Antara perkara penting dalam pembinaan JSU ialah menyeimbangkan tajuk-tajuk, objektif pelajaran serta aras kemahiran
6 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 6.0 PENGENALAN Statistik merupakan peraturan dan prosedur untuk membantu kita memproses data numerikal. Data yang diproses akan menjadi satu maklumat yang boleh membantu kita memahami dan membuat inferens terhadap sesuatu perkara. Stastistik ini menjadi salah satu perkara wajib untuk memproses data mentah dalam pentaksiran kuantitatif. Dalam pada itu, statistik ini merupakan satu cabang dalam matematik dan juga banyak cabang sains terdiri daripada pemikiran statistik dan terbitannya. Jika dilihat, manusia sering kali menggunakan statistik dalam kehidupan mereka untuk melambangkan atau mewakilkan sesuatu data ataupun angka. Contohnya, seorang jurutera menggunakan statistik dalam membuat pengukuran sesuatu perkara berkaitan pembinaan dan
7 ANALISIS ITEM DAN BANK ITEM 7.0 PENGENALAN Analisis item adalah satu analisis yang dijalankan oleh guru bagi menentukan kesahan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian. Analisis item ini dilaksanakan untuk beberapa tujuan yang tertentu. Melalui analisis item ini, guru akan memperolehi beberapa maklumat penting tentang banyak perkara yang berkaitan dengan item peperiksaan, dan juga pencapaian murid. Analisis item dibuat selepas peperiksaan atau juga sebelum kertas jawapan diberikan semula kepada murid. `Tujuan utama analisis item adalah bagi menentusahkan itemitem yang digunakan dalam ujian pencapaian.
8 ISU BERKAITAN DENGAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DI MALAYSIA 8.0 PENGENALAN Pelaksanaan kurikulum baharu turut menyebabkan perubahan silibus, konsep pengajaran, jenis pentaksiran dan bahan-bahan yang terlibat dalam tugas pengajaran dan pembelajaran. Perubahan telah dibuat kepada sistem pentaksiran negara bagi menampung rombakan kurikulum seperti yang dicadangkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2015). Sehubungan dengan ini, perubahan sistem pentaksiran negara boleh dianggap sebagai salah satu kesan daripada pembaharuan dasar pendidikan. Maka pelbagai isu dan cabaran dihadapi oleh bukan sahaja guru malah murid juga turut terkesan.
BIODATA PENULIS Nor Asilah Osman berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 36 tahun. Memiliki ijazah Sarjana Muda (Matematik) dari Monash University pada tahun 1985 dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan dari Universiti Utara Malaysia, UUM pada tahun 2000. Beliau pernah bertugas di tiga buah Sekolah Menengah sebagai guru dan berkhidmat di Institut Pendidikan Guru sebagai Pensyarah Akademik serta berpengalaman sebagai tutor di Open Universiti Malaysia, OUM. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Matematik. Beliau juga berpengalaman mengajar kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan. Beliau kini adalah Pengarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, IPGKBM dan bertugas sejak 2020. Dr Shariza Said menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia, UPM (1997), Diploma Pendidikan dalam bidang Sains dari Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, MPPP (1998), Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya, UM (2008) dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya, UM (2017). Pernah bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Klang sebagai guru Sains dan Matematik. Kemudian selepas tamat cuti belajar (HLP) peringkat sarjana beliau ditempatkan sebagai Pensyarah Akademik di Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Bahasa Melayu pada tahun 2007. Beliau kini bertugas sebagai Ketua Jabatan dan Pensyarah dalam Jabatan Ilmu Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, IPGKBM. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dan Asas Pendidikan serta berpengalaman mengajar kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan.
BIODATA PENULIS 213 Zahanin Ismail menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia, UUM pada tahun 1992. Memiliki Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dalam bidang Ekonomi Asas dan Prinsip Akaun (1994) dan Ijazah Sarjana Sumber Pembangunan Manusia dari Universiti Malaysia Sabah, UNIMAS (2005). Bertugas di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Sabah dan Sarawak selama 12 tahun. Beliau berpengalaman sebagai Kaunselor Sekolah dan Ketua Pengembangan Kaunseling di sekolah dan di Institut Pendidikan Guru (IPG) selama 20 tahun. Berkhidmat sebagai Pensyarah Akademik dengan pengkhususan dalam bidang Ilmu Pendidikan dan Pentaksiran Dalam Pendidikan di IPG Kampus Kota Samarahan, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, IPG Kampus Darul Aman dan IPG Kampus Bahasa Melayu. Beliau telah terlibat dalam bidang Pentaksiran selama 17 tahun dan banyak terlibat dalam memberi latihan dan pembangunan Modul Pentaksiran baik di peringkat IPGK dan juga IPGM. MVijayaletchumiRManiveloo merupakan Pensyarah Akademik di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur sejak 2013 dan kini bertugas di Jabatan Sains Kemanusiaan dalam Unit Matematik. Beliau telah berpengalaman mengajar selama 30 tahun dalam pendidikan dan pernah berkhidmat di SRJK dan SK. Menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam jurusan Pendidikan Matematik dari Universiti Malaya, UM (2009). Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer serta Pendidikan (Matematik) (1999) dan Sijil Perguruan Asas dari Maktab Perguruan Raja Melewar, MPRM (1993). Beliau juga adalah Penyelaras STEM Institut Pendidikan Guru peringkat Kebangsaan. Beliau turut terlibat dalam inovasi di peringkat IPG dan kebangsaan. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Pendidikan Matematik dan berpengalaman dalam mengajar kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan.
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN 214 NorliyahSulaiman merupakan Pensyarah Akademik di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur sejak 2013. Beliau pernah bertugas sebagai guru Matematik di SMJK Katholik, Petaling Jaya, Selangor bermula 2004 hingga 2012. Menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan (Kurikulum Dan Pedagogi) di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (2008). Memiliki Diploma Sains dari Universiti Teknologi Mara, UiTM (1999) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI (2003). Beliau kini bertugas sebagai Pensyarah Akademik di Jabatan Sains dan Kemanusiaan, IPG Kampus Bahasa Melayu dalam Unit Matematik. Beliau juga adalah Penyelaras PlaN di IPG Kampus Bahasa Melayu. Beliau aktif dalam inovasi di peringkat kampus, kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga sentiasa bergiat dalam aktiviti penulisan dan penghasilan karya sama ada dalam kampus atau di luar kampus. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Pendidikan Matematik dan berpengalaman dalam mengajar kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan.