Pentaksiran dalam Pendidikan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2) menggariskan beberapa peranan guru sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan meningkatkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Salah satu peranan guru adalah sebagai perancang. Tindakan untuk mencapai standard yang digunakan sebagai salah satu indikator ialah menentukan kaedah pentaksiran. Guru juga berperanan sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid. Standard kualiti bagi aspek ini ialah guru dapat melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang.
Buku ini mengandungi tajuk-tajuk asas yang berkaitan dengan konsep dan tujuan pentaksiran, ciri-ciri dan prinsip pentaksiran, jenis dan alat pentaksiran. Kandungan tajuk-tajuk pentaksiran yang terkini dan sentiasa dikemas kini mengikut pengajaran dan pembelajaran abad-21. Kandungan buku ini juga memberikan panduan bagaimana proses merungkai standard dan penjajaran konstruktif diaplikasikan untuk menggubal Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Contoh JSU diberikan sebagai panduan untuk menggubal item yang selari dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), dan taksonomi pembelajaran serta mengambil kira elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Contoh-contoh dan tatacara menganalisis skor dan interpretasi data diberikan agar satu laporan pentaksiran dapat disediakan dengan baik. Selain itu isu-isu pentaksiran dalam sistem pendidikan di sekolah-sekolah turut dibincangkan bagi menjelaskan senario pentaksiran terkini di Malaysia. Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan untuk pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Program Diploma Perguruan Malaysia, Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah serta guru-guru sekolah.
-
Follow
-
1
-
Embed
-
Share
-
Upload