Unit 2 Bola Baling
PJPK Tingkatan 4 KSSM PJ
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
Strategi Menyerang
• Permainan bola baling merupakan permainan
kategori serangan yang mempunyai kemahiran
dan formasi dalam strategi permainannya.
• Kemahiran asas dalam strategi serangan ialah
seseorang pemain memerlukan kemahiran
kawalan dan penguasaan bola (ball possession)
bagi menggerakkan serangan.
• Pasukan yang menguasai bola akan
menentukan corak permainan dan serangan.
Strategi Menyerang
• Secara umumnya, objektif strategi
serangan adalah untuk mendapatkan
seberapa banyak jaringan.
• Ketika ingin melakukan serangan, setiap
pemain perlu bekerjasama dan
memainkan peranan dalam pergerakan
taktikal yang dirancang.
Strategi Menyerang
• Seorang penyerang perlu bijak mengambil
peluang dan bertindak balas seterusnya
berusaha untuk menjaringkan gol.
• Serangan yang digerakkan memerlukan
kombinasi pemain yang bergerak pantas,
hantaran yang tepat ke sasaran dan posisi yang
betul.
• Terdapat beberapa strategi serangan antaranya
serangan secara individu, berkumpulan dan
sistem serangan.
Strategi Menyerang
Secara Individu
• Strategi serangan
individu menjadi asas
penting dalam
melakukan serangan.
• Kekuatan strategi
serangan individu akan
membawa kejayaan
kepada pasukan
Strategi Menyerang Secara
Individu
• Serangan posisi
• Serangan melalui
gerakan
• Serangan ke dalam zon
serangan
• Serangan di kawasan
enam meter
Serangan posisi
• Seorang penyerang perlu bijak
menempatkan diri di tempat
yang tidak dikawal oleh pihak
lawan dan mudah untuk
menerima hantaran, seterusnya
menyusun gerakan taktikal
serangan.
• Pemain perlu berupaya
memecahkan benteng
pertahanan daripada gerakan
yang akan dilakukan.
Serangan melalui gerakan
• Seorang penyerang perlu bergerak dengan
pantas dan tangkas dalam melakukan
gerakan serangan mengikut taktikal
pasukan.
• Pergerakan ini mudah bagi mengelirukan
pertahanan dan mampu memecahkan
benteng untuk melakukan percubaan ke
arah gol pihak lawan.
Serangan ke dalam zon serangan
• Pemain yang telah menggerakkan serangan
serta sedia untuk melakukan percubaan
perlu memberi tekanan kepada pertahanan
lawan dalam zon serangan.
• Pemain penyerang lain juga perlu
melakukan tekanan kepada pemain lawan
lain supaya pertahanan menjadi kucar-kacir
dan memberi ruang untuk pemain
penyerang melakukan percubaan jaringan.
Serangan di kawasan enam meter
• Pemain penyerang utama yang merancang strategi
menjaring di garisan enam meter perlu
menempatkan diri di ruang kosong pertahanan
lawan supaya serangan dapat dilakukan.
• Apabila pemain penyerang menerima bola di
garisan enam meter, penyerang boleh melakukan
pusingan atas kaki bukan dominan untuk
melakukan percubaan atau melakukan gerakan tiga
langkah melepasi pertahanan yang mengadangnya
bagi melakukan percubaan ke gol pasukan lawan.
Strategi Menyerang
Secara Berkumpulan
• Strategi serangan secara
berkumpulan akan
meningkatkan penguasaan ke
atas bola dan kejayaan
melakukan jaringan adalah
tinggi.
• Terdapat beberapa strategi
serangan secara berkumpulan.
Strategi Menyerang Secara
Berkumpulan
• Serangan hantaran
berpasangan
• Serangan hantaran selari
• Strategi hantaran silang
Serangan hantaran
berpasangan
• Pergerakan serangan ini dilakukan
dari bawah secara berpasangan.
• Hantaran pendek dan tepat
kepada pasangan akan
mempercepatkan serangan
• Hantaran yang pantas akan
mengelirukan pihak lawan dan
memudahkan jaringan dilakukan.
Serangan hantaran selari
• Serangan melalui hantaran selari
membolehkan bola dihantar dalam keadaan
selari dengan pemain penyerang.
• Dalam kedudukan selari, dua orang pemain
saling bertukar hantaran ketika melakukan
serangan.
• Serangan ini juga sesuai dalam situasi tiga
lawan dua atau lima lawan empat.
Strategi
hantaran silang
• • Strategi ini akan mengelirukan
pertahanan lawan dan memberi ruang
yang baik untuk melakukan percubaan ke
arah gol.
• Penyerang akan bergerak secara bersilang
sama ada dengan bola atau tanpa bola
• Hantaran dilakukan secara dekat, pendek
dan laju.
• Pemain penyerang akan mempunyai
peluang apabila gerakan silangnya sukar
dibaca dan percubaan ke arah gol boleh
menghasilkan jaringan.
Formasi Serangan
• Ketika melakukan serangan, sesebuah pasukan memerlukan
formasi serangan
• Terdapat beberapa formasi serangan yang sering digunakan
ketika menyerang iaitu 3:3 dan 2:4.
Strategi Menyerang dalam Situasi Permainan
• Kemahiran asas bola baling yang digunakan
untuk menyerang ialah kemahiran menghantar,
menerima, mengelecek dan menjaring.
• Kemahiran ini digunakan ketika pasukan
menggerakkan strategi serangan melalui
beberapa formasi yang telah ditetapkan.
• Tujuan dan matlamat serangan adalah untuk
memperoleh seberapa banyak jaringan untuk
mencapai kemenangan
Strategi Menyerang dalam
Situasi Permainan
• Dalam merancang strategi serangan, elemen
kelajuan perlu diterapkan untuk mencapai prestasi
yang maksimum.
• Pemain perlu bijak mencari ruang dan peluang
untuk menjaringkan gol.
• Selain itu, pemain perlu memahami kekuatan dan
kelemahan pihak lawan dalam mengkoordinasi
sesuatu strategi serangan.
• Terdapat beberapa formasi serangan yang akan
dipelajari iaitu 3:3 dan 2:4.
Formasi 3:3
• Formasi 3:3 merupakan
formasi yang seimbang antara
bahagian serangan dengan
bertahan.
• Tiga orang pemain bertindak
sebagai penyerang manakala
tiga orang pemain lagi
membantu untuk
menggerakkan serangan.
•
Formasi 3:3
• Tiga orang pemain serangan terdiri
daripada sayap kanan (RW), sayap
kiri (LW) dan pemain tengah (CR).
• Pemain pertahanan yang terdiri
daripada pertahanan kiri (LB),
pertahanan kanan (RB) dan
pertahanan tengah (CB) akan
membantu setiap gerakan serangan
dengan hantaran jauh antara
pemain.
Formasi 3:3
• Formasi ini membuka lebih banyak
ruang dalam kawasan sembilan
meter dan memudahkan
pergerakan untuk menyerang.
• Pemain penyerang boleh bertukar
tempat untuk mengelirukan lawan.
• Serangan juga boleh dilakukan
oleh pemain pertahanan dengan
melakukan larian enam langkah
(six steps) untuk mendapatkan
jaringan.
Strategi Serangan Formasi 3:3
• Serangan digerakkan dari bahagian pertahanan
• Bola dihantar menggunakan hantaran pendek
dan diselang-seli dengan hantaran jauh antara
pemain.
• Pemain penyerang akan berada dalam kawasan
sembilan meter bagi mengucar-ngacirkan
pertahanan lawan.
• Hantaran yang dilakukan akan menarik pemain
pertahanan lawan keluar dari kawasan sembilan
meter.
Strategi Serangan Formasi 3:3
• Pemain akan bergerak pantas, mengelecek dan
melakukan umpanan kepada sayap kanan
(RW), sayap kiri (LW) atau pemain tengah
(CR).
• Percubaan ke arah gol dapat dilakukan apabila
pemain mempunyai ruang dan peluang.
• Jika pemain penyerang dikawal rapi, maka
bola perlu dimainkan terlebih dahulu di luar
kawasan sembilan meter.
Strategi Serangan
Formasi 3:3
• Hantaran lantun, aras dada
dan sisi digunakan bagi
menggerakkan bola.
• Percubaan juga boleh
dilakukan oleh pemain
pertahanan dengan
menggunakan enam
langkah (six steps) dari
kawasan sembilan meter.
Strategi Serangan Formasi 3:3
• Pemain akan bergerak pantas, mengelecek dan
melakukan umpanan kepada sayap kanan (RW),
sayap kiri (LW) atau pemain tengah (CR).
• Percubaan ke arah gol dapat dilakukan apabila
pemain mempunyai ruang dan peluang.
• Jika pemain penyerang dikawal rapi, maka bola
perlu dimainkan terlebih dahulu di luar kawasan
sembilan meter
Strategi Serangan
Formasi 3:3
• Hantaran lantun, aras dada dan
sisi digunakan bagi
menggerakkan bola.
• Percubaan juga boleh dilakukan
oleh pemain pertahanan dengan
menggunakan enam langkah (six
steps) dari kawasan sembilan
meter.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
Formasi 3:3
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan
bertujuh
• Kedua-dua kumpulan menggunakan formasi
serangan yang telah dipelajari.
• Kumpulan A memulakan permainan dengan
melakukan serangan manakala Kumpulan B
pula bersedia untuk bertahan.
• Kedua-dua kumpulan menggunakan semua
kemahiran asas ketika menyerang dan membuat
keputusan untuk menjaring jika berpeluang.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
Formasi 3:3
• Setiap kumpulan bebas melakukan strategi serangan
yang difikirkan sesuai.
• Gunakan kreativiti kumpulan anda dalam mencapai
kemenangan.
• Kedua-dua kumpulan bermain dalam situasi
permainan sebenar dengan mengaplikasikan
peraturan dan undang-undang permainan bola
baling.
• Kumpulan yang mendapat jaringan tertinggi dalam
masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang.
Formasi 2:4
• Formasi 2:4 digunakan untuk menguatkan bahagian
serangan.
• Empat orang pemain berada dalam kawasan enam
hingga sembilan meter.
• Dua orang pemain akan berada di luar kawasan
sembilan meter bertindak sebagai penyokong
serangan dan juga pertahanan.
• Seorang pemain penyerang dalam kawasan enam
hingga sembilan meter bertindak sebagai pivot.
• Serangan digerakkan daripada pemain di luar
kawasan sembilan meter.
Formasi 2:4
• Jaringan boleh dilakukan oleh pemain di luar
kawasan sembilan meter dengan melakukan
jaringan dari belakang (backstrike) dan boleh
mengaplikasikan six steps.
• Formasi ini memberi ruang jaringan dilakukan
oleh empat orang pemain dalam kawasan enam
hingga sembilan meter atau jaringan dari belakang
oleh dua orang pemain di bahagian belakang kiri
atau kanan.
• Formasi ini sering digunakan apabila pihak lawan
mempunyai pertahanan yang kuat.
Strategi Serangan
Formasi 2:4
• Serangan digerakkan dari bahagian
pertahanan. Bola dihantar dengan
menggunakan hantaran pendek dan
berdua untuk menggerakkan
serangan kepada pasukan lawan.
• Empat orang pemain penyerang
akan berada dalam kawasan enam
hingga sembilan meter bagi
menggerakkan serangan.
Strategi Serangan Formasi 2:4
• Pemain akan bergerak pantas, mengelecek dan
menggunakan pelbagai teknik hantaran kepada
sayap kanan (RW), sayap kiri (LW) atau pemain
tengah (CR) bagi mengucar-ngacirkan pertahanan
pihak lawan dan berpeluang menjaringkan gol.
• Percubaan ke arah gol boleh menggunakan
pelbagai teknik jaringan.
• Percubaan boleh dilakukan oleh pemain pertahanan
dengan menggunakan six steps dari kawasan
sembilan meter.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
Formasi 2:4
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertujuh.
• Kedua-dua kumpulan menggunakan formasi
serangan yang telah dipelajari.
• Kumpulan B akan memulakan permainan dengan
melakukan serangan manakala Kumpulan A bersedia
untuk bertahan.
• Kedua-dua kumpulan menggunakan semua
kemahiran asas ketika menyerang dan membuat
keputusan untuk menjaring jika mempunyai peluang.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
Formasi 2:4
• Setiap kumpulan bebas melakukan strategi serangan yang
difikirkan sesuai. Gunakan kreativiti kumpulan anda dalam
mencapai kemenangan.
• Kedua-dua kumpulan bermain dalam situasi permainan sebenar
dengan mengaplikasikan peraturan dan undang-undang
permainan bola baling.
• Kumpulan yang mendapat jumlah jaringan tertinggi dalam
masa yang telah ditetapkan akan dikira sebagai pemenang.
Strategi Bertahan
• Pasukan yang ingin memenangi sesuatu
perlawanan juga perlu memiliki kemahiran
bertahan yang baik.
• Selepas melakukan serangan atau
menjaringkan gol, pemain akan bertukar
peranan sebagai pasukan bertahan.
• Mereka perlu mengawal pemain lawan
dengan membuat serangan balas atau
menjaringkan gol.
Strategi Bertahan
• Menguasai teknik kemahiran bertahan akan
membolehkan seseorang pemain
berkeupayaan untuk merebut bola,
bekerjasama dalam satu pasukan,
menggagalkan gerakan taktikal dan
membaca formasi serangan pihak lawan.
• Setiap pemain bertahan perlu bekerjasama
antara satu sama lain untuk mematahkan
serangan pihak lawan
• Terdapat dua strategi bertahan iaitu
bertahan individu dan berkumpulan.
Strategi Bertahan Secara
Individu
• Kemahiran bertahan individu
penting bagi memastikan
strategi bertahan dapat
dilaksanakan dengan baik.
• Seseorang pemain bertahan
akan bergerak dengan pantas
ke arah kawasan gol sendiri
apabila pasukan kehilangan
penguasaan bola
Strategi Bertahan Secara Individu
• Pemain bertahan secara individu perlu
mengawasi penyerang yang menghampiri
kawasan gol.
• Pemain perlu menghalang setiap hantaran
dan lontaran terutama di kawasan sembilan
meter
• Terdapat beberapa strategi bertahan antaranya
mengawal pemain, adangan badan dan
mengadang serangan.
Strategi Bertahan Secara
Individu
• Mengawal pemain
• Adangan badan
• Mengadang
serangan
Mengawal pemain
• Seorang pemain bertahan perlu
mengawal, membayangi dan
memberikan tekanan kepada
pemain lawan secara individu
dengan teliti.
• Kawalan yang longgar
menyebabkan pemain
penyerang lawan dapat mencari
ruang kosong, seterusnya
melakukan cubaan ke arah gol.
Adangan badan
• Pemain secara individu boleh
melakukan adangan badan kepada
mana-mana pemain penyerang lawan.
• Adangan badan bertujuan untuk
membataskan pergerakan pemain
pasukan lawan untuk menjaringkan gol
• Semasa melakukan adangan badan,
pemain bertahan tidak boleh
menyentuh mana-mana anggota badan
penyerang dengan tangan.
Mengadang serangan
• Pemain bertahan boleh merampas
bola ketika pemain penyerang
melakukan cubaan ke arah gol.
• Merampas bola dengan bersih dan
sah daripada pihak lawan boleh
dilakukan dalam semua kedudukan
sama ada dari hadapan, belakang atau
sisi.
Strategi Bertahan Secara
Berkumpulan
• Kemahiran bertahan
berkumpulan memerlukan
komunikasi dan kerjasama
yang baik supaya tidak mudah
dibolosi oleh pihak lawan.
• Antara strategi bertahan
berkumpulan adalah untuk
bertahan mengawal zon dan
ketika lontaran percuma.
Strategi Bertahan
Secara Berkumpulan
• Bertahan mengawal zon
• Bertahan ketika lontaran
percuma