Bertahan mengawal zon
• Terdapat beberapa
formasi yang popular
digunakan ketika
bertahan iaitu formasi
6:0, 5:1, 4:2 dan 3:2:1.
Bertahan ketika
lontaran percuma
• Lontaran percuma dilakukan di
tempat kesalahan berlaku.
• Pemain pertahanan perlu berada
di kawasan enam meter
berhampiran lontaran percuma
diambil
Strategi Bertahan dalam Situasi Permainan
• Strategi bertahan juga memerlukan formasi yang baik agar
dapat menggagalkan serangan dan jaringan lawan.
• Kemahiran asas yang digunakan ketika bertahan adalah
dengan mengadang, merampas bola dan menjaga gol.
• Kemahiran ini digunakan semasa pasukan menggerakkan
formasi bertahan.
• Pemain perlu bijak mencari peluang yang sesuai untuk
merampas bola, seterusnya melakukan serangan balas.
Strategi Bertahan
dalam Situasi
Permainan
• Formasi 6:0
• Formasi 5:1
Formasi 6:0
• Formasi ini meletakkan semua pemain bertahan berada
dalam kawasan enam meter di garisan lengkung.
• Pemain akan melakukan pertahanan rapat di garisan enam
meter untuk menyukarkan pemain lawan melakukan
jaringan.
• Setiap pemain akan mengawasi seorang pemain lawan yang
berada berhampiran dengannya.
Formasi 6:0
• Pergerakan pemain semasa bertahan mengikut pergerakan
bola tanpa meninggalkan pengawasan terhadap pemain
lawan yang berada berhampiran dengannya.
• Formasi ini mengaplikasikan man to man marking.
• Formasi bertahan ini menyukarkan penyerang lawan
melakukan percubaan menjaring dari kawasan enam hingga
sembilan meter.
Strategi Bertahan Formasi 6:0
• Semua pemain pertahanan berada di garisan enam meter untuk
melakukan pertahanan di garisan lengkung dan bersiap sedia
dengan setiap percubaan menjaring oleh pihak lawan.
• Setiap pemain bertanggungjawab memerhati, mengawasi dan
mengawal zon yang telah ditetapkan dengan rapi.
• Setiap pemain akan keluar melakukan adangan, merebut dan
menepis bola, seterusnya kembali ke posisi asal dengan pantas
Strategi Bertahan Formasi 6:0
• Setiap pemain perlu berkomunikasi antara satu sama lain
supaya pemain lawan tidak berjaya melakukan percubaan ke
arah gol.
• Walaupun sistem ini memberikan peluang kepada
penyerang lawan bebas melakukan hantaran kiri dan kanan,
namun mereka tidak mudah untuk memasuki kawasan
enam meter dan melakukan percubaan ke arah gol.
Strategi Bertahan
Formasi 6:0
• Strategi bertahan mudah
dilakukan dengan
pertahanan dibahagikan
kepada dua kumpulan kiri
dan kanan.
• Hal ini menjadikan
kawalan lebih rapat dan
serangan lawan mudah
dibaca.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
Formasi 6:0
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertujuh.
• Kedua-dua kumpulan menggunakan formasi bertahan yang
telah dipelajari.
• Kumpulan A akan memulakan permainan dengan
melakukan serangan manakala Kumpulan B bersedia untuk
bertahan
• kedua-dua kumpulan menggunakan semua kemahiran asas
ketika bertahan.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
Formasi 6:0
• Setiap kumpulan bebas melakukan strategi bertahan yang
difikirkan sesuai. Gunakan kreativiti kumpulan anda dalam
usaha menggagalkan serangan pihak lawan.
• Kedua-dua kumpulan akan bermain dalam situasi
permainan sebenar dengan mengaplikasikan peraturan dan
undang-undang permainan bola baling.
• Kumpulan yang berjaya mengurangkan bolos dalam masa
yang ditetapkan dikira sebagai pemenang.
Formasi 5:1
• Formasi bertahan 5:1 memudahkan pemain bertahan
menyusun strategi bagi menghalang setiap serangan pantas.
• Formasi ini menggunakan lima orang pemain untuk
membina adangan di garisan enam meter manakala seorang
pemain pertahanan akan bergerak bebas bagi menghalang
dan merampas bola seterusnya menggagalkan serangan.
Formasi 5:1
• Lima orang pemain bertahan berada dalam kawasan enam
hingga sembilan meter.
• Seorang pemain akan berada di luar kawasan enam hingga
sembilan meter sebagai pengacah dan pengejar.
• Tugas pemain pengacah atau pengejar adalah untuk
mengawal permulaan serangan, memintas setiap hantaran,
merebut dan menepis bola serta merancang serangan balas.
Formasi 5:1
• Setiap pemain bertahan perlu mengawasi seorang pemain
lawan sepanjang garisan enam meter.
• Pergerakan pemain semasa bertahan mengikut pergerakan
bola tanpa meninggalkan pengawasan terhadap pemain
penyerang yang berada berhampiran dengannya.
Formasi 5:1
• Semasa pasukan penyerang cuba melakukan rejaman ke arah gol,
pemain yang berada berhampiran akan cuba mengadang dan
menggagalkan cubaan jaringan.
• Pemain bertahan perlu sentiasa berkomunikasi dengan rakan,
berbincang serta memberikan arahan dan isyarat untuk mengawasi
pemain lawan.
• Pemain bertahan perlu sentiasa peka dengan kehadiran pemain
lawan berhampiran.
Strategi Bertahan Formasi 5:1
• Kemahiran mengadang, memintas hantaran dan merebut
bola akan diaplikasikan.
• Setiap pergerakan dan hantaran lawan akan diawasi agar
bola berjaya direbut dan serangan dapat dipatahkan.
• Pemain bertahan perlu memastikan pasukan lawan tidak
mempunyai ruang untuk melakukan jaringan.
Strategi Bertahan Formasi 5:1
• Jika pemain lawan cuba untuk melakukan balingan ke arah
gol dengan menggunakan kemahiran jaring lompat, maka
pemain bertahan yang paling hampir akan melompat sambil
mengangkat tangan bagi menghalang jaringan dilakukan.
Strategi Bertahan
Formasi 5:1
• Penjaga gol perlu peka dan
memberi arahan kepada
pemain pertahanan.
• Penjaga gol juga perlu
mengawasi setiap pergerakan
bola pihak lawan dan menutup
ruang yang ada supaya pihak
lawan tiada peluang
melakukan jaringan.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
Formasi 5:1
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertujuh.
• Kedua-dua kumpulan menggunakan formasi bertahan yang
telah dipelajari.
• Kumpulan A akan memulakan permainan dengan
melakukan serangan manakala Kumpulan B bersedia untuk
bertahan.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
Formasi 5:1
• Kedua-dua kumpulan menggunakan semua kemahiran asas
ketika bertahan.
• Setiap kumpulan bebas melakukan strategi bertahan yang
difikirkan sesuai
• Gunakan kreativiti kumpulan anda dalam usaha untuk
menggagalkan serangan pihak lawan.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
Formasi 5:1
• Kedua-dua kumpulan akan bermain dalam situasi
permainan sebenar dengan mengaplikasikan peraturan dan
undang-undang permainan bola baling.
• Kumpulan yang dapat mengurangkan bolos dalam masa
yang ditetapkan dikira sebagai pemenang.
Merancang Formasi untuk Menyerang dan
Bertahan
• Setelah mempelajari kemahiran, strategi dan formasi, maka kita perlu
merancang satu formasi permainan untuk menyerang dan bertahan
dalam situasi permainan.
• Berdasarkan kelebihan dan kekuatan setiap strategi yang dipelajari, kita
dapat memilih serta menentukan formasi yang sesuai digunakan.
• Pemilihan formasi menyerang perlu berdasarkan kemahiran,
kepantasan serta keupayaan pemain penyerang dan taktikal pihak
lawan.
Merancang Formasi untuk Menyerang dan
Bertahan
• Pemilihan formasi bertahan pula perlu berdasarkan
kekuatan, komunikasi, kepantasan dan koordinasi setiap
pemain dalam kumpulan untuk pertahanan.
• Formasi bertahan melalui sistem 6:0 banyak digunakan di
peringkat antarabangsa.
Merancang Formasi untuk Menyerang dan
Bertahan
• Formasi ini disukai kerana pemain bertahan mengikut zon
pertahanan yang telah ditentukan.
• Matlamat bertahan adalah bagi memastikan penyerang lawan
mampu disekat seawal mungkin serta mengurangkan jumlah
jaringan yang dibolosi.
• Formasi boleh sentiasa berubah-ubah mengikut situasi
permainan, formasi lawan, kekuatan serta kelemahan pasukan
dan pihak lawan.
Kriteria Pemilihan Formasi
• Tentukan kekuatan dan kelemahan setiap pemain dalam
pasukan.
• Menilai kemahiran, kepantasan, kecekapan dan keupayaan
setiap pemain ketika melakukan serangan dan bertahan.
• Membuat penilaian kemampuan pemain bagi setiap posisi
dalam formasi.
Kriteria Pemilihan Formasi
• Menentukan pemain penyerang utama yang boleh melakukan
jaringan atau melakukan serangan kilat dan pertahanan utama
yang boleh kembali dengan pantas ke kawasan gol sendiri apabila
diserang balas.
• Analisis kekuatan dan kelemahan setiap formasi serta sesuaikan
dengan keupayaan pasukan.
• pemilihan formasi perlu tepat berdasarkan dapatan analisis
kemampuan setiap pemain.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
Serangan Padu Adangan Jitu
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertujuh.
• Kedua-dua kumpulan menggunakan formasi serangan dan
bertahan yang telah dirancang berdasarkan tahap
kemahiran dan kebolehan pasukan.
• Kedua-dua kumpulan boleh menukar formasi yang dipilih
setelah melihat kekuatan dan kelemahan pihak lawan.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
Serangan Padu Adangan Jitu
• Kumpulan A akan memulakan permainan dengan melakukan
serangan manakala Kumpulan B bersedia untuk bertahan.
• Kedua-dua kumpulan menggunakan semua kemahiran asas
ketika menyerang dan bertahan serta membuat keputusan
berdasarkan situasi permainan.
• Setiap kumpulan bebas melakukan strategi yang difikirkan
sesuai. Gunakan kreativiti kumpulan dalam mencapai
kemenangan.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
Serangan Padu Adangan Jitu
• Kedua-dua kumpulan akan bermain dalam situasi
permainan sebenar dengan mengaplikasikan peraturan dan
undang-undang permainan bola baling.
• Kumpulan yang mendapat jumlah jaringan tertinggi dalam
masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang.
Tamat