29 - 31 Oktober 2021
MAASI2NW0Z2AA1RPAIN
(ASEAN)
Main Zapin Aswara 2021 tari_aswara
www.aswara.edu.my 016-739 3345 / 017-247 1277
Persembahan Utama
(Malam Pembukaan)
WEBINAR
ZAPIN: Dulu & Kini
ZAPIN ASWARA
LANGKAH BERSAMA
VIDEO, PERBINCANGAN DAN SEJARAH MAIN ASWARA
2010-2017
Persembahan Utama
(Malam Penutup)
PERUTUSAN
Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia
Kementerian Pelancongan, Seni dan Bu-
daya bersama dengan jabatan dan agensi
kebudayaannya, telah diberi mandat untuk
memastikan generasi akan datang mema-
hami dan menghargai kekayaan dan kepel-
bagaian warisan budaya Malaysia.
Seni tari, kebudayaan, dan pelancongan saling bergantung serta
sulam menyulam antara satu sama lain. Tari sebagai warisan nega-
ra yang tidak ternilai merupakan ciri penting produk pelancongan
budaya. Setelah Main Zapin tidak dipersembahkan selama beberapa
tahun, kali ini ASWARA kembali semula menganjurkan Main Zapin
ASWARA 2021 (ASEAN).
Pada tahun ini, Fakulti Tari ASWARA berjaya menarik penonton
tempatan dan antarabangsa daripada Brunei, Indonesia, Singapura,
dan, Thailand untuk menampilkan pelbagai jenis Zapin. Main Zapin
ASWARA 2021 (ASEAN) menyediakan ruang perkongsian ilmu untuk
para akademik serta pelajar dalam segmen webinar dan persembah-
an utama 13 buah kumpulan yang terdiri daripada artis/kumpulan/
syarikat yang berprestij.
Tahniah kepada ASWARA atas penganjuran program ini. Harapan
saya semoga Main Zapin ASWARA 2021 (ASEAN) meninggalkan
YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri
Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
PERUTUSAN
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan, Seni
dan Budaya Malaysia
Pengerusi
Akademi Seni Budaya dan Wari-
san Kebangsaan (ASWARA)
Main Zapin yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni
dan Budaya melalui Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebang-
saan (ASWARA) pertama kali dipersembahkan kepada umum pada
tahun 2010. Program ini terhenti seketika selama beberapa tahun
dan ASWARA dengan bangganya menganjurkan semula pada ta-
hun ini.
Selepas 27 tahun berusaha untuk mempromosikan serta meme-
lihara kesenian tradisional melalui pendidikan seni, ASWARA tel-
ah berjaya meletakkan institusi ini sebagai pilihan, sesuai dengan
keperluan industri.
Selepas 27 tahun berusaha untuk mempromosikan serta meme-
lihara kesenian tradisional melalui pendidikan seni, ASWARA tel-
ah berjaya meletakkan institusi ini sebagai pilihan, sesuai dengan
keperluan industri.
Main Zapin ASWARA 2021 (ASEAN) merangkumi spektrum
seni yang luas untuk memberi inspirasi kepada artis muda dan
menentu arah halatuju seni tradisional masa hadapan. Dengan
penglibatan negara-negara seperti Brunei, Indonesia, Singapura
dan Thailand, lebih banyak pendedahan serta pengetahuan dan
pertukaran kemahiran akan dapat direalisasikan.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan program ini.
YBhg. Datuk Wira Dr. Noor Zari Hamat
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Pengerusi
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PERUTUSAN
Dekan Fakulti Tari, ASWARA
Assalamualaikum, Salam Sejahtera &
Selamat Datang ke Main Zapin ASWARA
Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
melalui ASWARA atas penganjuran program ini serta terima kasih
juga pada pihak kerjasama dari lima buah negara ASEAN selain Ma-
laysia iaitu dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.
Saya ingin turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada
keluarga Fakulti Tari dan rakan-rakan strategik ASWARA yang sa-
ma-sama menggerakkan program ini secara bersepadu melibatkan
kerjasama pelbagai pihak dan memainkan peranan masing-masing.
Penganjuran program melalui kerjasama dan jaringan strategik sep-
erti ini amat digalakkan, sebagaimana yang disarankan oleh kera-
jaan dalam usaha memastikan setiap program yang dilaksanakan
memberi nilai tambah dan impak positif kepada masyarakat secara
keseluruhannya. Apatah lagi dalam suasana pandemik COVID-19,
kita perlu sama-sama memastikan usaha untuk memartabatkan
seni itu terus dijalankan bergiat secara berterusan.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, YAB Perdana Menteri telah
melancarkan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020) yang
bertemakan ‘Visit Truly Asia - Malaysia 2020’ pada 22 Julai 2019
yang lalu. Kempen ini amat bertepatan dengan visi dan misi Ke-
menterian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang memaju-
kan dan mempromosikan Malaysia secara berterusan agar menjadi
sebuah destinasi pelancongan dan kebudayaan yang unggul dan
bertaraf dunia setanding dengan negara-negara lain.
Ke arah itu, kami Fakulti Tari ASWARA mengambil anisiatif dan
kesempatan ini mengadakan Program di peringkat ASEAN yang
melibatkan jalinan baik dengan negara-negara jiran sebagai men-
yahut seruan dalam usaha memartabatkan tarian warisan Melayu
kita iaitu zapin dalam memastikan pemuliharaan, pemeliharaan
dan perlindungan warisan budaya kita dengan baik.
Akhir kata, semoga program ini dapat diraikan bersama dalam
menyemarakkan lagi kesenian kita ini di bidang seni dan kebu-
dayaan, di bidang Pendidikan, di bidang pelancongan, dimata dun-
ia. Agar seni zapin terus berkembang dan diwarisi segenap lapisan
masyarakat.
Zamzuriah Zahari
Dekan, Fakulti Tari
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PERUTUSAN
Pengarah Artistik Main Zapin ASWARA 2021
(ASEAN)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
kepada semua sahabat dan warga Main
Zapin ASWARA 2021 (ASEAN).
Selaku pengarah artistik untuk program ini, saya telah diberi
kesempatan untuk merakamkan ucapan. Sejak Main Zapin ini
diadakan untuk pertama kalinya pada tahun 2010, ASWARA telah
melaksanakan program ini sebanyak 5 kali demi memelihara dan
mengangkat seni tari zapin ke mercu yang tinggi. Berkat komitmen
ASWARA melalui Fakulti Tari, Main Zapin ASWARA 2021 (ASEAN)
merupakan penganjuran kali keenam.
Usaha-usaha awal Fakulti Tari ialah dengan mengadakan bengkel-
bengkel zapin yang bertujuan berkongsi ilmu, memperkukuhkan
dan meningkatkan kecenderungan serta kemahiran seni tari zapin
kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi termasuk pe-
lajar-pelajar ASWARA. Penganjuran Main Zapin pada tahun ini
diadakan secara dalam talian yang selari dengan norma-norma
baharu. Penglibatan negara-negara dalam Main Zapin ASWARA
2021 (ASEAN) adalah dari Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia
dan Malaysia sendiri sebagai tuan rumah.
Akhirkalam, ucapan selamat bermain zapin serta mamanfaatkan
segala maslahat melalui pengalaman menerusi kesenian ini.
Mohd Seth Hamzah
Pensyarah, Fakulti Tari
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN
(ASWARA)
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di bawah Kement-
erian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merupakan sebuah institusi pen-
gajian seni yang mengkhususkan pembelajaran dalam seni persembahan, seni
reka visual, penulisan kreatif, filem dan video. Penubuhan ASWARA bermu-
la dari konsep dan idea untuk menubuhkan sebuah institusi kebangsaan yang
memfokuskan seni dan budaya oleh Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun
1971 yang ingin memastikan kesenian serta warisan negara terus dihidupkan.
dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) telah ditubuhkan pada
tahun 1994, yang menawarkan pengajian sepenuh masa dalam muz-
ik, teater, penulisan kreatif dan tari beserta kursus-kursus wajib akademi
seperti teater tradisional seperti Wayang Kulit, Bangsawan dan Makyung.
Dalam usaha untuk seiring dengan perkembangan industri, beberapa disiplin baru
telah dimasukkan ke dalam kurikulum ASWARA. Pengajian filem dan video tel-
ah dimplementasikan pada tahun 2002, seterusnya pada tahun 2008 pengajian
seni halus dan animasi pula dimasukkan ke dalam kurikulum. Pada Januari 2008,
ASWARA telah memulakan program Ijazah Sarjana Muda, Pascasiswazah, dan
menubuhkan Fakulti Pengurusan Seni, Budaya dan Warisan pada tahun 2013. AS-
WARA juga menawarkan pengajian Asasi Seni Kreatif kepada pelajaryag berhasrat
untuk mempelajari dan mengenali pelbagai jenis kesenian yang diajar di institusi.
Kini, pada tahun ke-27, ASWARA terus menjadi institusi pengajian ting-
gi yang teguh dalam menawarkan pendidikan dalam bidang seni yang ter-
baik kepada para pelajar. Berlandaskan slogan “MELANGKAH KE HADA-
PAN BERSAMA TRADISI”, institusi ini terus menempuh sebarang cabaran
dalam menghasilkan pendidikan dalam kesenian serta graduan terbaik.
MAIN ZAPIN ASWARA 2021
(ASEAN)
Main Zapin adalah salah satu program anjuran Fakulti Tari ASWARA yang telah
diadakan sebanyak lima kali iaitu Main Zapin 2010, Main Zapin 2013, Main Zapin
2014, Main Zapin 2016, dan Main Zapin 2017. Bagi memenuhi kehendak khalay-
ak yang sentiasa menantikan persembahan tarian zapin, ASWARA mengadakan
Main Zapin ASWARA 2021 (ASEAN) secara dalam talian.
Main Zapin ASWARA 2021 (ASEAN) ini melibatkan penyertaan dari 5 buah neg-
ara sebagai mengetengahkan tarian zapin di peringkat ASEAN. Institusi serta or-
ganisasi dalam dan luar negara yang terlibat di dalam Main Zapin iaitu Indonesia,
Brunei, Thailand dan Singapura serta Malaysia sebagai tuan rumah bagi menyer-
tai Main Zapin ASWARA 2021 (ASEAN). Jaringan murni ini juga akan melibatkan
3 kelompok institusi pendidikan iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan
universiti. Produksi Main Zapin pada kali ini mempunyai 3 program iaitu:
i) Persembahan Utama
Persembahan utama merupakan sebuah segmen paling penting dalam pro-
gram ini. Persembahan tarian zapin selama dua hari iaitu pada hari pertama (29
Oktober 2021) dan hari terakhir (31 Oktober 2021) akan disertai oleh kumpu-
lan-kumpulan dari Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Malaysia sendiri
sebagai tuan rumah.
ii) Langkah Bersama: Video, Perbincangan dan Sejarah Main Zapin
2010-2017
Video ini adalah mengenai perkongsian pengalaman dan pemikiran oleh panel
jemputan yang pernah terlibat sebagai pengarah artistik, penyusun tari, penari
dan penyelidik dalam Main Zapin ASWARA 2010 hingga 2017. Tetamu yang
dijemput membincangkan topik-topik seperti objektif, keunikan, kepentingan
tarian zapin dalam silibus di ASWARA, seni zapin dari generasi muda, kepent-
ingan aspek penyelidikan dalam seni zapin, dan banyak lagi. Video ini akan
disiarkan pada 30 Oktober 2021.
iii) Zapin: Then & Now (Webinar)
Webinar ini akan melibatkan ahli panel yang membincangkan tentang perkem-
bangan zapin di negara dan komuniti masing-masing. Webinar ini akan diadakan
pada hari kedua program, 30 Oktober 2021.
SEJARAH ZAPIN
Zapin atau Japin merupakan sebuah tarian yang diiringi oleh muzik dan lagu
dalam budaya masyarakat di kampung. Zapin banyak menggunakan pergera-
kan langkah kaki yang disusun dalam ragam. Di Malaysia khususnya, zapin tel-
ah berkembang luas di daerah selatan Sungai Muar setelah Melaka jatuh ke tan-
gan Portugis pada tahun 1511. Menurut Bahar (2013: 277), Zapin Arab adalah
zapin yang diamalkan dan ditarikan dalam komuniti keturunan Arab, sedang-
kan Zapin Melayu adalah Zapin yang terdapat dalam masyarakat-masyarakat
budaya Melayu bukan keturunan Arab di Nusantara. Zapin Melayu mula di-
mainkan oleh golongan muda di zaman kesultanan Melayu Johor Lama dan ke-
sultanan Melayu Johor-Riau-Lingga.
Seiring dengan usaha pedagang-pedagang Arab dalam menyebarkan agama Is-
lam di daerah Tanah Melayu, mereka juga telah meninggalkan kesenian zapin
di daerah-daerah yang dikunjungi, dan selanjutnya, zapin mengalami proses
akulturasi dengan budaya setempat, seperti yang terdapat di wilayah Indone-
sia dan Malaysia (Indah Yuni, Pangestu Ediwar & Martion: 2012). Ia biasanya
ditarikan sebagai sebuah permainan riadah yang dipanggil “Main Zapin” di da-
lam masyarakat. Masyarakat Melayu di Johor bermain zapin sebagai aktiviti
yang dilakukan secara bersahaja di surau-surau dan di masjid-masjid, sehingga
ia menjadi daya tarikan untuk anak-anak muda berkumpul di rumah pengaji-
an Al-Quran (Zam Ismail dan Zainal Abidin Borhan, 2008). Kemudian, zap-
in mula dimainkan atau dipersembahkan dengan lebih meluas di majlis-majlis
keramaian seperti majlis perkahwinan atau keramaian.
Asal usul zapin di Tanah Melayu banyak dikaitkan dengan pengaruh tradisi
orang Arab. Walaubagaimanapun, pengaruh ini telah mengalami perubahan
lebih cenderung dipengaruhi oleh budaya orang Melayu, khususnya di Johor.
Masyarakat Melayu Johor telah mengolah malah mencipta pelbagai jenis zapin
baharu dan perkembangan ini telah mewujudkan perbezaan antara zapin tradisi
Arab dengan kesenian zapin Melayu. Masyarakat tersebut telah menerapkan
pelbagai elemen dan sifat-sifat kemelayuan dalam zapin Melayu. Malah ciptaan
lagu-lagu khusus untuk zapin juga telah digubah mengikut kesesuaian penden-
gar dan kesenian muzik Melayu itu sendiri. Muzik zapin Melayu juga tidak sama
seperti muzik zapin Arab atau juga dikenali sebagai Samrah.
Negeri Johor merupakan negeri pemangkin utama yang mengangkat kebu-
dayaan dan kesenian tarian serta lagu-lagu zapin di Malaysia. Negeri Johor juga
telah menghimpunkan lebih 20,000 pengamal zapin dari pelbagai lapisan umur
di kalangan warga emas, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Zapin amat popu-
lar dan sudah sinonim di negeri Johor bahkan menjadi salah satu warisan kes-
enian yang penting dalam budaya masyarakat. Prof. Dr. Mohd Anis Md Nor
adalah penyelidik dan ahli akademik yang berjasa dalam memugarkan semula
zapin-zapin Melayu di Johor. Jabatan yang diberikan tanggungjawab dan ke-
percayaan oleh kerajaan negeri Johor ialah Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor (JKKN). Yayasan Warisan Jo-
hor merupakan pertubuhan yang memelihara dan memartabatkan budaya dan
zapin.
Perkembangan zapin di negeri Johor telah menyumbangkan nilai kesenian yang
tinggi kepada Malaysia. Pelbagai jenis zapin Melayu seperti Zapin Tenglu, Zapin
Bunian dan Zapin Pekajang yang telah diangkat dan diperkembangkan ke serata
negeri di Malaysia. Zapin tidak lagi menjadi tumpuan kepada golongan tertentu
sahaja malah ia turut berkembang di institusi pendidikan seperti di sekolah-se-
kolah, pusat pengajian tinggi, serta kumpulan - kumpulan yang terdiri daripada
persatuan, badan-badan kesenian kerajaan dan juga swasta. Walaubagaimana-
pun, zapin bukan hanya terdapat di negeri Johor sahaja akan tetapi tarian zapin
juga terdapat di serata negeri. Persembahan Main Zapin di Akademi Seni Bu-
daya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 2010-2017 telah mempersembahkan
zapin-zapin dari negeri lain seperti Zapin Sebat dari Sarawak, Zapin Suara Siam
dari Sabah, Zapin Perak dari Perak, dan Zapin Hanuman dari Kelantan dan
banyak lagi.
Struktur Persembahan Zapin
Zapin Melayu Johor biasanya dimulai dengan permainan gambus untuk tak-
sim, penari mula berada dalam posisi atau mula masuk ke ruang persembahan
dengan memberikan tanda hormat terlebih dahulu. Setelah itu barulah dimu-
lakan dengan gerak langkah kaki dan tangan apabila paluan gendang berentak
dimainkan. Langkah kaki dan tangan ini akan ditarikan mengikut ragam-ragam
setiap zapin yang dimainkan. Antara ragam-ragam yang terdapat dalam zapin
ialah pusau belanak besar, ragam lompat injut, ragam kopak, ragam titi batang,
ragam ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan akhir sekali ragam wainap
(Inda Flourylia: 2008).
Kemegahan zapin Melayu dengan keindahan gerak ragamnya, kecantikan tatar-
ias busananya serta perlambangan adat dan adab dalam gaya persembahannya
telah menempatkan kesenian ini istimewa bukan saja pada masyarakat budaya
Melayu malah di serata dunia. Zapin seringkali dipentaskan dalam pelbagai
majlis dan festival yang diadakan di dalam dan luar negara. Walaupun demikian,
Perkembangan zapin di negeri Johor masih memerlukan perhatian, bantuan dan
sokongan dari pelbagai pihak bagi memastikan kelestarian Zapin ini sentiasa
dalam pemuliharaan dan pemeliharaan.
Sebelum tahun 1960, zapin pada awalnya hanya ditarikan oleh penari lelaki sa-
haja, namun kini sudah berkembang dan turut ditarikan oleh penari perempuan
atau secara berpasangan. Zapin sangat beragam gerak tarinya, walaupun pada
dasarnya gerak asas zapin adalah sama, ditarikan oleh rakyat di pesisir timur
dan barat Sumatera, Semenanjung Malaysia, Sarawak, Kepulauan Riau, pesisir
Kalimantan dan Brunei Darussalam (Inda Flourylia: 2008).
Antara ragam-ragam tari Zapin Melayu Johor pada hari ini terdiri daripada
berikut:
•
• Masuk Takzim atauJalan
• Duduk Dembah
• Ragam Asas (Alit)
• Ragam Sot' (Sut')
• Ragam Tapak atau Menapak
• Ragam Siku Keluang
• Ragam Pusau Belanak Besar
• Ragam Pusau Belanak Kecil
• Ragam Lompat Enjut
• Ragam Lompat Tiong
• Ragam Sendeng atau Lompat Sendeng
• Ragam Sisip
•
• The Prepared by: Zamzuriah Zahari, 20
• Ragam Titi Batang
• Ragam Ayam Patah
• Ragam Anak Ayam Patah
• Ragam Kopak/Mengopak
• Ragam Surung Dayung
• Ragam Serimpat Perahu
• Ragam Selimpat atau Pecah Empat
• Ragam Selimpat atau Pecah Lapan
• Ragam Selimpat atau Pecah Dua Belas
• Wainab atau Waina Wailid atau Minta Tahto/Tahtim
Sumber: Latar Belakang Ringkas Tarian Zapin Johor, Nota Kursus Bengkel Ke-
jurulatihan Tari 2007 Yayasan Warisan Johor, oleh Profesor Dr. Mohd Anis Md.
Nor.
Pengekalan sesuatu khazanah warisan tradisi merupakan salah satu penghor-
matan dan usaha ke arah mengekalkan identiti bangsa. Budaya Melayu seran-
tau tidak boleh dibiarkan tenggelam oleh pengaruh luar yang datang ditambah
pula dengan kemajuan teknologi pada zaman kini. Tradisi tersebut akan kekal
selagi para pewarisnya tetap mendukung dan diwarisi turun temurun sehingga
ia terus berkembang di dalam dan luar negara. Zapin Melayu juga harus dipupuk
dengan baik supaya ia dapat menyumbang kepada industri kreatif negara. Ker-
jasama dari negara serumpun seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand
tentu saja akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara negara dalam
mengembangkan serta memelihara kesenian zapin yang ada.
Disediakan oleh: Zamzuriah Zahari, 2021
JADUAL MAIN Z
202
(ASEA
ZAPIN ASWARA
21
AN)
29 OKTOBER 2021 (JUMAAT)
PERSEMBAHAN UTAMA – MALAM PEMBUKAAN
FAKULTI TARI, AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KE-
BANGSAAN, ASWARA (MALAYSIA)
Latar Belakang:
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) merupakan satu-sa-
tunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didukung
sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni
dan Budaya. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan
ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademik serta khidmat
nasihat profesional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan
menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidan-
gnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. ASWARA
tertumpu kepada pengajaran seni bagi melahirkan penari serta koreografer
yang berilmu dan profesional bagi mengisi industri seni negara. Fakulti Tari
ASWARA menawarkan pengajian dalam pelbagai teknik tari (tradisional, moden
dan kontemporari) dari seluruh Malaysia, Asia dan Barat. Sasaran utama Fakulti
Tari adalah melahirkan penari profesional, berilmu dan berkaliber tinggi, serta
mampu mengeluarkan idea dalam penghasilan karya.
Tajuk: Bedana
Sinopsis:
Bedana merupakan sebuah karya tari zapin yang diolah dan dikembangkan dari
ragam-ragam zapin yang sedia ada. Bedana banyak bermain dengan langkah
kaki, pola lantai, lagu dan tempo yang menghasilkan kemeriahan.
Pengolah Tari: Mohd Seth Hamzah
Biografi:
Mohd Seth Hamzah merupakan pakar dalam tarian tradisional Melayu teruta-
manya zapin dan kini berkhidmat sebagai pensyarah sepenuh masa di Fakulti
Tari, ASWARA. Beliau pernah bertugas sebagai koreografer di Yayasan Warisan
Johor (YWJ), dan Kumpulan Seni Pertunjukan Petronas. Beliau juga terlibat
dalam Persatuan Anak Pentas Malaysia (PENTAS) dan dilantik untuk Standard
Kemahiran Pekerjaan Nasional (NOSS) sebagai panel pakar. Antara program di
dalam dan luar negara yang telah disertainya ialah Dance Exchange Philippines
2010, Asia Pacific International Dance Conference pada tahun 2011, Penari
Menari UMS 2012, Akar Zapin dalam DBKL 2012, World Dance Day Surakarta
Indonesia 2013, dan Festival Kesenian MAKSAK 2016. Selain menghasilkan
karya tarian tradisional Melayu, Mohd Seth Hamzah juga mencipta karya kon-
temporari yang mempunyai unsur tarian tradisional seperti Belabas, Empat Lilin,
Bubu Menari, Bubu Dah Tak Menari, Selesa Tak! Siapa!
Penari:
Siti Nadhziehah Mohd Sukarno, Yap Serene, Kim Khoo, Nur Erisya Adleena
Noor Azwan, Nur Syahidah Hazmi, Nik Nur Amalin Nik Musauddin, Nurhanizah
Mohd Sedik, Low Xin Ping, Muhammad Nur Hilmi Rosli, Muhammad Shazwan
Mohd Soef, Aramy Rasyid Mohamed, Harries Mapan Anak Morris.
Tajuk Lagu: Zapin Adik Abang
Lagu dan Lirik: Zamzuriah Zahari
Komposer: Syahrizan Sahamat
Penyanyi: Nor Azura Abu Bakar & Azizul Haqim Anuwar
Videografer: Kashfy Empire Sdn Bhd
PJUenRgUolSaAh NTaTriA: DRIrsF.ARKajUa LATlfAirSafSinEdNraI,PME.RHTuUmNJUKAN INSTITUT
SENI INDONESIA YOGYAKARTA (INDONESIA)
Biografi:
Raja Alfirafindra Raja Muhammad lahir di Kepulauan Riau yang kini
merupakan Pensyarah Jurusan Tari Fakultas Seni Pertunjukan Institut
Seni Indonesia Yogyakarta. Bidang kepakaran beliau adalah Tari Me-
layu, Komposisi Tari, Sejarah Tari dan Teori Budaya.
Penari:
Muhamad Arif, S.Sn., M. Oki Fatra, S.Sn., Catur Rama Febriant, S.Sn.,
Ujang Nia, S.Sn.
Penanggungjawab: Dr. Rina Martiara, M. Hum.
KPLarootmagrrpaBmoeslaienkri:aanOdgae:lsamh adni bBawenaghkleamlisbaga Pendidikan Tinggi yang menjadi sebuah
pusat kajian, penciptaan dan pengelolaan seni tari yang selaras dan seimbang
KdeonsgtuanmkodnatnekTsaptaerriuabsa: han sosial dan budaya.
GMTauJjunFkgl:odZreay,pbAinelrdPtauullsiaauF, oPFneanneytoeO,nMkgataatudleida,i Harista, Giyatno, Mas Sri, Agung Puba,
Yudi Hartanto, Apek Belitung Dkk
Sinopsis:
Karya Tari Zapin Pulau Penyengat melalui proses komposisi tari dengan
rangkaian lipat empat puluh empat yang melambangkan liku-liku kehidupan,
pantang larang, dan kebijaksanaan dalam menempuh hidup seharian. Kain lipat
empat puluh empat biasanya digunakan untuk meletakkan duit mahar dan
mas kawin dalam Adat Istiadat Perkahwinan Melayu Kepulauan Riau. Tarian ini
ditarikan oleh empat orang penari lelaki sebagai simbol kepada lipatan empat
yang melambangkan kehidupan masyarakat Pulau Penyengat Kepulauan Riau.
Sekilas Asal-Usul Zapin Pulau Penyengat:
Zapin Pulau Penyengat dicipta oleh Raja Ahmad Raja Daud bersama Encik
Riffin. Beliau mempelajari zapin yang diiringi dengan alat muzik disertai dengan
nyanyian yang dimainkan oleh Encik Muhammad Ali yang berasal dari Sambas,
yang menetap di Pulau Penyengat pada tahun 1919. Zapin Pulau Penyengat
diturunkan oleh Raja Ahmad Raja Daud kepada puteranya Raja Mahmud Raja
Ahmad yang lahir di Pulau Penyengat tahun 1931. Susunan ragam pergerakan
dalam Zapin Pulau Penyengat bermula dari sembah, langkah satu, langkah due,
langkah tige, titi batang, ayak-ayak, ayam sengkek, pusau belanak, dan tahto.
WJEaMlauApRunI TsuAsRunI,aSnKpeTrgAeMrakAanNinMi sEeGbeAnaHrnPyaETtidAaLkItNetGapJ,AnYamAu(nMpAadLaApYriSn-IA)
sipnya Zapin Pulau Penyengat harus dimulakan dengan sembah dan diakhiri
kdLJeeeamsnteagarraarnBgi aTteamlaahraktino,a.SnaRengakt:agoralamaphpeKenraegrbeiadrnaakgnasnpaealamninuTzbaiokm.leahndMisuesguanhsPemetuallainsgupJaayyaa,miaelnadhapat
kumpulan tarian tradisional yang diasaskan oleh ibu bapa pelajar pada
Ptaehnugnola2h01Ta7rdi:aDnrst.eRlaahjamAlefinrajafidnidarak,tMiv.itHi ukmokurikulum rasmi yang disokong
oleh sekolah yang diuruskan dan dilatih oleh ChoreoArts Studio. Jemari
Tari merupakan kumpulan kanak-kanak atas didikan Kyrol MarkNann.
Bagi sebuah sekolah yang tidak pernah mempunyai kumpulan tarian
sejak 30 tahun yang lalu, kemunculan Jemari Tari sememangnya mem-
berikan nafas baharu kepada sekolah ini. Walaupun pada awalnya,
kumpulan ini terpaksa bersaing dengan pasukan yang lebih berpengala-
man untuk bertapak, Jemari Tari kini mempunyai lebih dari 20 penari
yang sangat berdedikasi, berusia dari 7 hingga 12 tahun. Jemari Tari juga
telah menghantar lebih dari satu pasukan untuk beberapa pertandingan
dan persembahan. Pasukan ini telah menyertai pelbagai pertandingan,
Bteimogpraaftia: n dan antarabangsa, serta memenangi beberapa piala, pingat
PRkddbdaaeaeaarnnjbnlatasaeTmAhy.reaaBalofrppdiirardiaieahaaBlfrnbiJhunaugaddnwrgkaurcaaeaysainpaaRnm.nagagkjTtaaaaaujnrlrManiinsTaFukiaVbh.koeaKurldmilupatamuamonsarapdadSdtueialuansllaanehihnriPdrtTeaJadaernitrpmguKieMneaurjprkuneiuakltalTahuaynauwkuraI,iimnnnKjsuaoRetinmgmitaua.upbtHtouySesuaaleianbstnhiguipTInkteanairgrdnmisa,oienSmnpmeeirejlsbaaridrpuaaaihpaYhataoTknpgaayarnaira-
penari, ibu bapa yang berdedikasi, dan koreografer yang disegani menja-
Pdeiknaanri:J emari Tari kini salah satu kumpulan yang dibanggakan oleh guru
SMd.aSunnh.apmelaadjaArrSifK, ST.SMn.., M. Oki Fatra, S.Sn., Catur Rama Febriant, S.Sn., Ujang Nia,
KPTeaonjmuapkno:g sgeuZrn:agOpjaienwsmSabeab:nDaBtre. nRginkaalMis artiara, M. Hum.
Kostum dan Tatarias: MJ Florybertus Fonno, Maulidi Harista, Giyatno, Mas Sri,
ASignuonpgsPisu:ba, Gungde, Aldalia, Faet Oktadea, Yudi Hartanto, Apek Belitung Dkk
Zapin Sebat berasal dari Kampung Sebat, Daerah kecil Sematan, di
Lundu dan merupakan tarian Melayu Sarawak yang digarap dengan
satu bentuk koreografi yang mengekalkan asas-asas pergerakan langkah
seperti sembah mula, mula langkah, mula langkah pusing, langkah tiga,
gigit lembadak, dan berdayung. Zapin Sebat mempunyai sebelas ragam
pergerakan secara keseluruhan. Zapin Sebat mempunyai pergerakan
beralun yang terkawal seakan -akan mengikuti ombak laut yang tenang.
JEMARI TARI, SK TAMAN MEGAH PETALING JAYA
(MALAYSIA)
Latar Belakang:
Jemari Tari, Sekolah Kebangsaan Taman Megah Petaling Jaya, ialah kumpulan
tarian tradisional yang diasaskan oleh ibu bapa pelajar pada tahun 2017 dan
telah menjadi aktiviti kokurikulum rasmi yang disokong oleh sekolah yang di-
uruskan dan dilatih oleh ChoreoArts Studio. Jemari Tari merupakan kumpulan
kanak-kanak atas didikan Kyrol MarkNann. Bagi sebuah sekolah yang tidak per-
nah mempunyai kumpulan tarian sejak 30 tahun yang lalu, kemunculan Jemari
Tari sememangnya memberikan nafas baharu kepada sekolah ini. Walaupun pada
awalnya, kumpulan ini terpaksa bersaing dengan pasukan yang lebih berpengala-
man untuk bertapak, Jemari Tari kini mempunyai lebih dari 20 penari yang sangat
berdedikasi, berusia dari 7 hingga 12 tahun. Jemari Tari juga telah menghantar
lebih dari satu pasukan untuk beberapa pertandingan dan persembahan. Pasu-
kan ini telah menyertai pelbagai pertandingan, tempatan dan antarabangsa, ser-
ta memenangi beberapa piala, pingat dan hadiah wang tunai. Kumpulan Jemari
Tari juga telah tampil di beberapa rancangan TV dan diundang untuk membuat
persembahan dalam pelbagai majlis korporat serta perkahwinan. Hubungan ra-
pat para penari, ibu bapa yang berdedikasi, dan koreografer yang disegani men-
jadikan Jemari Tari kini salah satu kumpulan yang dibanggakan oleh guru dan
pelajar SKTM.
Tajuk: Zapin Sebat
Sinopsis:
Zapin Sebat berasal dari Kampung Sebat, Daerah kecil Sematan, di Lundu dan
merupakan tarian Melayu Sarawak yang digarap dengan satu bentuk koreogra-
fi yang mengekalkan asas-asas pergerakan langkah seperti sembah mula, mula
langkah, mula langkah pusing, langkah tiga, gigit lembadak, dan berdayung. Zapin
Sebat mempunyai sebelas ragam pergerakan secara keseluruhan. Zapin Sebat
mempunyai pergerakan beralun yang terkawal seakan -akan mengikuti ombak
laut yang tenang.
Tarian dari masyarakat Melayu ini biasanya ditarikan pada Malam Berinai se-
belum persandingan. Kini, Zapin Sebat bukan sahaja dipersembahkan di majlis
perkahwinan malah dipersembahkan di majlis-majlis rasmi kerajaan dan juga
persembahan pentas.
Pengolah Tari: Kayrol MarkNann & Cyril Geoffry (ChoreoArts Studio)
Biografi:
Kayrol MarkNann merupakan Pengarah Artistik manakala Cyril Geoffry mer-
upakan jurulatih di ChoreoArts Studio. ChoreoArts Studio merupakan sebuah
syarikat seni persembahan profesional yang menyediakan perkhidmatan seperti
koreografi tarian, persembahan seni, latihan seni, bengkel seni dan pengurusan
acara pentas dalam genre tradisional dan kontemporari. Syarikat ini adalah usaha
sama dua syarikat di antara MarkNann ChoreoLab Studio dan PXL Services yang
ditubuhkan pada tahun 2013. Pada tahun 2019, kedua-dua syarikat telah ber-
gabung di bawah ChoreoArts Studio untuk mendidik dan mengajar pelajar dalam
bidang seni persembahan. Matlamat syarikat ini adalah untuk melahirkan pelajar
teori dan praktikal yang berpotensi dalam usaha mengembangkan industri seni
kreatif di Malaysia.
Penari: Absyar Shukor, Raisha Shukor, Aisha Taufeq & Eihsan Razma
Kostum dan Tatarias: Kayrol MarkNann
Videografer & Penyunting: Mamad Hj. Samsudin
Krew: Hidayat Rahman
SONGKHLA RAJABHAT UNIVERSITY DANCE GROUP
(THAILAND)
Latar Belakang:
Songkhla Rajabhat University Dance Group ditubuhkan oleh pensyarah dan
pelajar dari Jabatan Seni Persembahan, Fakulti Seni Halus, Universiti Songkh-
la Rajabhat. Tujuan kumpulan ini ditubuhkan adalah untuk mengekalkan dan
mewarisi tarian tradisional Thai dan kumpulan ini telah membentuk kumpulan
tarian zapin pada tahun 2013. Sejak itu, SKRU Dance Group telah mencipta
tarian zapin baharu, dan mengambil bahagian dalam pertandingan dan festival di
dalam dan luar negara.
Tajuk: Zapin Silatyalor
Sinopsis:
Hasil karya Zapin Silatyalor mendapat inspirasi daripada Silat, seni mempertah-
ankan diri masyarakat Melayu di Provinsi Yala. Pengolah memilih 3 pose Silat dan
mengembangkannya menjadi postur tarian zapin. Postur Silat yang dipilih adalah
Wai Kru atau salam, Tu Toh atau Silat dari gerakan ‘memotong’ dan pertempuran
tangan ke tangan. Tarian terbahagi kepada 2 bahagian, yang pertama adalah
memberi salam, dan yang kedua adalah pertarungan yang menggunakan lagu
Zapin Manurupadee. Terdapat tiga pasangan penari yang menarikan tarian ini
dengan memakai pakaian tradisional Melayu
Pengolah Tari: Asst. Prof. Thatsaniya Kantacha
Biografi:
Asst. Prof. Thatsaniya Kantacha adalah pensyarah di Fakulti Seni Halus, Univer-
siti Songkhla Rajabhat, koreografer dan penari Rongngeng. Beliau telah mempe-
lajari tarian Rongngeng dan Zapin dari Chao Chantarachit dan Korkiat Suktara-
non, yang merupakan pakar tarian Pattani Rongngeng, sejak tahun 2005.
Penari:
Thiranan Thinchana, Phiradech Wichianrat, Thanakorn Suwanchatree, Tanidtha
Khongkaew, Wilailak Suksawa, Tanidtha Khongkaew.
Tajuk Lagu: Zapin Hari Ribut
Pengarah Muzik: Aphichat Kantacha
Muzik: Ussaleemala group
SSEMJ DANCE STAR, MALAYSIA ARTS SCHOOL OF JOHOR
(MALAYSIA)
Latar Belakang:
SSEMJ Dance Star adalah kumpulan tarian di bawah Sekolah Seni Malaysia
Johor. Keahlian kumpulan ini adalah melibatkan murid-murid bidang seni tari.
Sepanjang penubuhan kumpulan ini SSEMJ Dance Star banyak terlibat dengan
pertandingan dan persembahan di dalam dan luar negara. Antaranya Interna-
tional Folklore Festival 2013-2019, Short and Sweet Dance Festival, Dance
World Challenge, Festival Tari Rakyat Johor dan pelbagai lagi.
Tajuk: Zapin Kasih Cahaya
Sinopsis:
Zapin Kasih Cahaya adalah sebuah persembahan zapin yang diinspirasikan
dari lagu Kasih Seterang Cahaya. Persembahan Zapin Kasih Cahaya ini memb-
awakan dua buah zapin yang terkenal di daerah Muar iaitu Zapin Mahpom dan
Zapin Pat Lipat yang dimainkan dalam sebuah permainan zapin antara si jejaka
dan si dara. Persembahan Zapin Kasih Cahaya ini menzahirkan rasa kasih dan
sayang sesama manusia dan dua jiwa.
Kasihnya dinda kepada kanda rela bermudik hai dari makasar
Pengolah Tari: Mohd Fauzi Ahmad Selo (Gie)
Biografi:
Mohd Fauzi Ahmad Selo atau lebih dikenali sebagai Gie berasal dari Muar Johor.
Beliau kini bertugas sebagai ketua bidang seni tari Sekolah Seni Malaysia Johor.
Berpengalaman hampir 20 tahun dalam seni tari dan koreografi berbentuk
tradisi dan kontemporari. Banyak menghasilkan karya tradisi dan sangat dekat
dengan kesenian di negeri Johor iaitu zapin dan Ghazal Johor. Gemar berek-
splorasi dengan irama dan lagu dalam menginterpretasi karya tari ciptaan beli-
au. Beliau banyak terlibat dengan persembahan dan pertandingan didalam dan
luar negara antaranya, Dance World Cup 2019, World Dance Challenge 2020,
Festival Tari Malaysia 2018 dan banyak lagi. Beliau juga aktif dalam penulisan
berkaitan tari seperti Buku Teks Seni Tari Tingkatan 4 Dan 5 Bagi Sekolah Seni
Malaysia. Kini sedang melanjutkan pelajaran dalam sarjana pengajian persem-
bahan UPSI di tahun terakhir.
Penari: Fazrizal Hudzuri, Muhamad Farif Marlias, Datu Sabri Datu Alawidin,
Kana Anak Jana, Nor Hidayah Hayon, Amelin Sofiya Anuar, Nor Syakira Raqiqah
Solah, Nur Adriana, Safiya Mohammad Nazri
Muzik: Zapin Kasih Seterang Cahaya
Gubahan Semula dari: Lagu Zapin Malam Pengantin.
Kostum: Decade Dance Company / Ssemj Dance Star
Tatarias: Natra Ezamila
Penyunting Video: Mamad Hj. Samsudin
KESENIAN SI ANAK TARI, TEMASEK POLYTECHNIC
(SINGAPURA)
Latar Belakang:
TP Malay Dance Group juga dipanggil Kesenian Si Anak Tari (Seni Nak Tari
atau SNT). SNT dengan bangga mempromosikan seni dengan memberikan
persembahan tradisional dan kontemporari yang berkualiti tinggi. Kumpulan
ini menampilkan gaya tradisional dan kontemporari. Pergerakan koreografi
SNT bertambah menarik apabila ditambah dengan kostum serta aksesori yang
menampilkan sebuah kumpulan yang mewarisi tradisi serta warisan.
Tajuk: Zapin Hayunan Kasih
Sinopsis:
Zapin Hayunan Kasih memberi fokus khusus pada pelbagai teknik “hayunan”
(swaying), yang biasa dilakukan di dalam kebanyakan tarian tradisional Melayu,
dan menyesuaikannya secara kreatif sehingga ia menjadi pergerakan untuk
penari perempuan. Zapin Hayunan Kasih adalah ciptaan baharu yang dihasilkan
oleh Soultari Amin Farid pada tahun 2012. Tarian ini menggambarkan persa-
habatan antara wanita dan kekuatan dalam kesatuan mereka.
Koreografer: Dr. Muhd Noramin Mohd Farid (Soultari)
Biografi:
Lebih dikenali dengan nama pentasnya, Soultari Amin Farid, Latarbelakang Dr
Muhd Noramin Farid adalah di dalam tarian Melayu bersama Perkumpulan Seni.
Beliau adalah koreografer, pendidik seni, dan penyelidik yang berpusat di Sin-
gapura. Beliau juga merupakan Associate-Artistic Director untuk Bhumi Collec-
tive, sebuah syarikat yang menerbitkan serta menghasilkan seni persembahan
pelbagai disiplin; dan presiden kepada persatuan Melayu DIAN Dancers iaitu
kumpulan pemuda tarian Melayu. Beliau adalah penerima anugerah ASEAN-In-
dia Youth Award 2018, Singapore Youth Award 2017, National Arts Council
Scholarship 2017, dan Goh Chok Tong Mendaki Youth Promise Award 2016.
Beliau memperoleh PhD dalam Theatre, Drama and Dance Studies dari Royal
Holloway, University of London, UK.
Penari:
Nur Shahidah Tull’ Radiah Azman, Nurul ‘ain Balqis Adam, Saarah Ismail,
Siti Nuraisyah Roslan, Alya Irdina Salim
Komposer: Azrin Abdullah
KUMPULAN KESENIAN UNIVERSITI MALAYA (KESUMA),
DANCE DEPARTMENT FACULTY OF CREATIVE ARTS, UNIVER-
SITI MALAYA (MALAYSIA)
Latar Belakang:
KESUMA ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar di Universiti Malaya (UM) pada
tahun 1971 yang bertujuan untuk mempromosikan tarian tradisional Melayu di
kampus. KESUMA telah mempersembahkan koleksi repertoire (tahun 70an) dari
Kompleks Budaya Nasional (Kompleks Budaya Negara/ KBN) seperti koreografi,
muzik, kostum, dan aksesori. Ia menjadi popular di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. KESUMA bermula dengan menjadi sebahagian daripada Pusat
Kebudayaan (kini dikenali sebagai Fakulti Seni Kreatif) di Universiti Malaya pada
tahun 2005. Tenaga pengajar dan pelakon KESUMA terdiri daripada pensyarah,
alumni, dan pelajar dalam Jabatan Tari. Selama bertahun-tahun, KESUMA mer-
upakan salah sebuah kumpulan kesenian yang cemerlang dalam persembahan
serta mempromosikan tarian tradisional di Malaysia.
Tajuk: Zapin Dayung
Sinopsis:
Berasal dari Kampung Bahagia, Batu. 1 Jalan Kluang, Ayer Hitam Johor yang tel-
ah diasaskan oleh Allahyarham Haji Arshad Md. Isa dan kini dikembangkan oleh
Tuan Haji Muharam Parlie. Zapin ini diinspirasikan dari pergerakan pendayung
yang sedang mendayungkan sampan. Zapin Dayung mempunyai tiga ragam
utama dan satu ragam kopak yang unik dimana terdapat putaran pada bahagian
lutut dan pinggul penari sebelum duduk. Keistimewaan lain pada ragam Zapin
Dayung adalah pada kedudukan kaki yang melakukan gerakan sepak dayung dan
acah sangkut serta membentuk pola ‘S’ atau angka lapan.
Gasing pangkah di balik payung
Akar diperdu silang berpaut
Kaki melangkah berZapin Dayung
Menghilang Rindu kasih berpaut
Pengolah Tari: Mohd Hairil Anuar Bari
BBiografi:
Mohd Hairil Anuar Bari adalah Pegawai Kebudayaan di Fakulti Seni Kreatif, Uni-
versiti Malaya. Beliau merupakan tenaga Pengajar di Jabatan Tari dalam kursus
Tari Rakyat Melayu dan Ensembel KESUMA dan beliau juga masih menggalas
tanggungjawab sebagai jurulatih tari Kumpulan Kesenian Universiti Malaya
(KESUMA) dari tahun 2010 hingga kini.
Penari:
Ahmad ZulFaridzmi Zainuddin, Muhammad Shahril Aziz, Muhammad Azamud-
din Hajijul, Nadia Hazirah Nazren, Wong Yieng Zhu, Nina Qistina Badrul Hisham
Lagu: Zapin Merindu
Muzik dan Nyanyian: Rojer Kajol feat OMR - Senandung Rojer & Rakan-Rakan.
Videografer & Penyunting Video: Mohd Hairil Anuar Bari & Ahmad ZulFaridzmi
Zainuddin
FACULTY OF DANCE, AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN
KEBANGSAAN, ASWARA (MALAYSIA)
Latar Belakang:
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) merupakan satu-sa-
tunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didukung
sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni
dan Budaya. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan
ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademik serta khidmat
nasihat profesional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan
menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidang-
nya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. ASWARA
tertumpu kepada pengajaran seni bagi melahirkan penari serta koreografer yang
berilmu dan profesional bagi mengisi industri seni negara. Fakulti Tari ASWARA
menawarkan pengajian dalam pelbagai teknik tari (tradisional, moden dan
kontemporari) dari seluruh Malaysia, Asia dan Barat. Sasaran utama Fakulti Tari
adalah melahirkan penari profesional, berilmu dan berkaliber tinggi, serta mam-
pu mengeluarkan idea dalam penghasilan karya.
Tajuk: Jepin Suara Siam
Sinopsis:
Menurut Persatuan Tidong Tawau, Jepin Suara Siam dipercayai bermula pada
awal tahun 1900. Pada masa kini, Jepin Suara Siam dimainkan dengan satu rag-
am asas dan diiringi dua alat muzik serta nyanyian. Pada tahun 2005, lagu Jepin
Suara Siam telah digubah oleh Persatuan Tidong Tawau dan dirakam di Canang
Studio. Penambahan lapan instrumen serta nyanyian telah memberi nafas
baharu terhadap lagu Jepin Suara Siam. Pada tahun 2008, terdapat penamba-
han pada ragam-ragam tarian Jepin Suara Siam oleh generasi ketiga Persatuan
Tidong Tawau atas tujuan persembahan Festival Zapin Nusantara 2008.
Penambahan ragam tersebut berlaku di bahagian pembukaan, penutup serta
enam frasa pergerakan baharu yang diinspirasikan dan mendapat pengaruh
daripada pergerakan melompat, berjalan, acah dan salam di dalam tarian Jepin
Arab Tawau yang mana didapati di dalam tarian yang lain iaitu Jepin Arab Tawau
dari Sabah.
Pengolah Tari: Al Jabar Laura
Biografi:
Seorang koreografer profesional Malaysia, penari dan tenaga pengajar di
Kuala Lumpur. Beliau mempelajari tarian tradisional Sabah pada usia 10 tahun.
Berkelulusan dari Akademi Seni, Budaya dan Warisan Nasional (ASWARA)
dalam Ijazah Sarjana Muda (Koreografi) pada tahun 2015. Beliau mendapat
biasiswa penuh untuk menamatkan program Ijazah Sarjana Muda dari Yayasan
Sime Darby dan ASWARA Dance Company. Beliau dianugerahkan sebagai Best
Male Actor of Nanning International Theater Festivals (2014), Best Male Dancer
for Short & Sweet Dance Competition (2013). Beliau telah menghasilkan karya
Shifting Winds sebuah tari kontemporari berelemen tradisi dan dipilih untuk
menyertai South East Asia Choreo lab 2016. Beliau menari bersama koreografer
daripada Jepun, Un Yamada di dalam karya People Without Seasons (2017-
2019) di Tokyo, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sabah. Beliau juga telah
melakukan kajian terhadap Jepin Tidung Ulu masyarakat Tidung Ulu dari Tawau
yang dipersembahkan dalam Main Zapin 2014 dan Main Zapin 2017.
Penari: Siti Nadhziehah Mohd Sukarno, Yap Serene, Kim Khoo, Nur Erisya Ad-
leena Noor Azwan, Nur Syahidah Hazmi, Nik Nur Amalin Nik Musauddin, Wong
Shan Tie, Nurhanizah Mohd Sedik.
Muzik/ Komposer/ Pemuzik: Persatuan Tidong Tawau, Lembaga Kebudayaan
negeri Sabah (Cawangan Tawau), Canang Studio.
Kostum: Fakulti Tari ASWARA, Hazlami Harun dan Douglas Labadin
Videografer: Mohd Nuriqram Azhar
30 OKTOBER 2021 (SABTU)
LANGKAH BERSAMA: VIDEO, DISCUSSION AND HISTORY OF
MAIN ZAPIN 2010 – 2017
AHLI PANEL:
PROF. DR. JOSEPH GONZALES
Head of Academic Studies/ MFA
Dance Program Leader
The Hong Kong Academy for
Performing Arts,
Hong Kong
Beliau telah dilantik sebagai profesor di Hong Kong Academy for
Performing Arts sejak tahun 2016. Beliau merupakan mantan
Dekan Fakulti Tari di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebang-
saan (ASWARA) selama 17 tahun. Beliau telah banyak melakukan
persembahan dan membuat koreografi dalam tarian, teater dan
muzik serta muzikal sejak tahun 1981, termasuk West End’s The
King and I. Beliau memperoleh PhD dan Ijazah Sarjana Muda Sains
(Universiti Malaya), Sarjana Sastera (Choreography/ Middlesex
University), Diploma Pengajaran dalam Ballet, Modern Dance
(RAD/ ISTD) dan Seni Persembahan (London Studio Center). Be-
liau merupakan pengarah, pengurus, dan penerbit produksi tem-
patan/antarabangsa. Beliau pernah memegang jawatan sebagai
Co-Chair Asian Dance Committee, Korea; bekas Presiden MyDance
Alliance dan Vice-President of Southeast Asia, dan kini merupakan
pengasas dan Pengarah Artistik ASK Dance Company.
MOHD SETH HAMZAH
Pensyarah, Fakulti Tari
Akademi Seni Budaya dan Wari-
san Kebangsaan (ASWARA)
Mohd Seth Hamzah merupakan pakar dalam tarian tradisional Melayu
terutamanya zapin dan kini berkhidmat sebagai pensyarah sepenuh
masa di Fakulti Tari, ASWARA. Beliau pernah bertugas sebagai ko-
reografer di Yayasan Warisan Johor (YWJ), dan Kumpulan Seni Per-
tunjukan Petronas. Beliau juga terlibat dalam Persatuan Anak Pentas
Malaysia (PENTAS) dan dilantik untuk Standard Kemahiran Pekerjaan
Nasional (NOSS) sebagai panel pakar. Antara program di dalam dan luar
negara yang telah disertainya ialah Dance Exchange Philippines 2010,
Asia Pacific International Dance Conference pada tahun 2011, Penari
Menari UMS 2012, Akar Zapin dalam DBKL 2012, World Dance Day
Surakarta Indonesia 2013, dan Festival Kesenian MAKSAK 2016. Selain
menghasilkan karya tarian tradisional Melayu, Mohd Seth Hamzah juga
mencipta karya kontemporari yang mempunyai unsur tarian tradisional
seperti Belabas, Empat Lilin, Bubu Menari, Bubu Dah Tak Menari, Selesa
Tak! Siapa!
NORSAFINI JAFAR
Pensyarah, Fakulti Tari
Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan (ASWARA)
Norsafini Jafar adalah seorang penari tarian klasik Melayu, koreografer
dan penyelidik yang memiliki Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Tari dari
ASWARA. Norsafini Jafar merupakan graduan Ijazah Sarjana Pengajian
Melayu dari Universiti Malaya. Beliau telah membuat pelbagai persem-
bahan di peringkat antarabangsa seperti di China, Vietnam, Sweden
dan Singapura. Sebagai seorang koreografer, beliau pernah memenangi
beberapa anugerah seperti Juara Tarian Kreasi Baru dalam pertandingan
Festival Tari 2013 yang bertajuk Sedarah Seteru dan Outstanding Con-
tribution Award dalam Short & Sweet 2014 melalui karya Ratu. Beliau
telah membentang dan menulis artikel hasil penyelidikan beliau dalam
Joget Gamelan di International Conference of Culture and Creativity,
Taiwan 2014. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang panel
pembangun National Occupation Skills Standard (NOSS) bidang tari.
Beliau kini berkhidmat di ASWARA sebagai pensyarah Fakulti Tari sejak
tahun 2011 dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor fal-
safah di Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya.
MOHD YUNUS ISMAIL
Pensyarah, Fakulti Tari
Akademi Seni Budaya dan Wari-
san Kebangsaan (ASWARA)
Mohd Yunus Ismail telah melengkapkan persembahan Arangetramnya
pada Mac 2011 di bawah bimbingan Temple of Fine Arts. Beliau me-
nerima anugerah BOH Cameronian Arts Award untuk Most Promising
Artist pada tahun 2009. Beliau pernah terlibat dalam persembahan
Bharatanatyam oleh Mystic Creations yang bertajuk an Adoration of ...
Ganga pada tahun 2011 dan The Legend: The Journey Begins bersama
Maya Dance Theatre di Singapura. Pada tahun 2010, beliau terpilih untuk
menyertai program pertukaran yang dianjurkan oleh The Kennedy Arts
Center di New York dan Philadelphia. Beliau juga merupakan salah
seorang daripada 6 peserta peringkat akhir untuk rancangan realiti tv
di Malaysia, So You Think You Can Dance: Malaysia Musim 1. Beliau
telah dilantik sebagai koreografer untuk konsert License to Thrill, a Bond
Concert terbitan Limelight Entertainment yang diadakan di Istana Bu-
daya pada tahun 2014. Pada tahun 2015, beliau telah memenangi Best
Choreographer in a Mixed-bill daripada BOH Cameronian Arts Awards
ke-12. Beliau juga telah dianugerahkan sebagai salah seorang daripada
10 Penari untuk New Generation Malaysian Cultural Dancers dari RHA
Media dan kini beliau adalah pensyarah sepenuh masa di Fakulti Tari di
ASWARA.
30 OKTOBER 2021 (SABTU)
ZAPIN: THEN & NOW
AHLI PANEL:
HAFZAN ZANNIE HAMZA
Pensyarah, Fakulti Muzik dan Seni
Persembahan Universiti Pendidikan
Sultan Idris (Malaysia)
Hafzan Zannie Hamza memperoleh
Master of Arts degree (Performing
Arts – Dance) dari Jabatan Tari, Pusat
Kebudayaan Universiti Malaya.
Latar belakang beliau adalah dalam tarian tradisional Melayu serta seni
mempertahankan diri Melayu. Beliau pernah membuat persembahan tar-
ian dan bengkel di Malaysia dan luar negara. Antara penyelidikan uta-
ma (2018 dan masih berjalan) yang dibuat oleh beliau ialah dalam tarian
Melayu- Ronggeng Melayu serta tarian masyarakat maritim di sepanjang
pesisir Selat Melaka dan Laut Sulu. Beliau telah melakukan penyelidikan
etnografi yang luas dan menulis tentang tarian masyarakat Bajau laut di
Sabah sejak tahun 2006. Beliau dilantik sebagai Production Editor untuk
3rd Proceedings of the Symposium (2015) of the International Council for
Traditional Music (ICTM) Study Group on Performing Arts of Southeast
Asia (PASEA). Beliau juga dilantik sebagai editor untuk dua jurnal dalam
seni persembahan: (1) Malaysian Music Journal and (2) Jurai. Pada ta-
hun 2015, beliau dilantik sebagai panel penilai luar untuk Penilaian Tahun
Akhir program Diploma Seni Tari dan Ijazah Sarjana Muda Tari di Akademi
Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Beliau juga merupa-
kan pensyarah sambilan di ASWARA (2018-kini) dan mengajar tarian tr-
adisional Melayu di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya (2013-2016).
Beliau kini merupakan pensyarah sepenuh masa di Fakulti Muzik dan Seni
Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
DAYANG ATIKAH RUMAIZAH DR.
HAJI AWANG HARUN
Pegawai Pendidikan / Guru
Besar Sekolah Rendah Bengkurong,
(Brunei)
Dayang Atikah Rumaizah Dr. Haji Awang Harun kini bekerja sebagai
Pegawai Pendidikan / Guru Besar Sekolah Rendah Bengkurong, Kluster
4. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera Pendidikan Rendah
/ Bachelor of Arts in Primary Education (aliran inggeris) dari Sultan
Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE), Universiti Brunei
Darussalam. Beliau merupakan ketua kepada kumpulan Pembela Hana
Dancers di Brunei December Festival di daerah Belait dan Brunei Muara
pada tahun 2017. Pada tahun yang sama beliau mengetuai delegasi ke
International Youth Conference, Cultural Exchange & Camps di Padang,
Provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Pada tahun 2018, beliau merupa-
kan salah seorang panel pembentang sempena lawatan Korea Youth
Exchange Program ke daerah Belait, Brunei Darussalam. Pada tahun
2018, beliau mengetuai rombongan ke Kulai Jaya, Johor Darul Takzim,
semenanjung Malaysia bagi menyertai kursus tarian zapin tradisi yang
dikendalikan oleh Persatuan Penggiat Zapin Johor, Malaysia.
DR. MUHD NORAMIN MOHD
FARID
Associate Artistic Director of
Bhumi Collective (Singapore)
Lebih dikenali dengan nama pentasnya, Soultari Amin Farid, latarbe-
lakang Dr Muhd Noramin Farid adalah di dalam tarian Melayu bersama
Perkumpulan Seni. Beliau adalah koreografer, pendidik seni, dan penyeli-
dik yang berpusat di Singapura. Beliau juga merupakan Associate Artistic
Director untuk Bhumi Collective, sebuah syarikat yang menerbitkan serta
menghasilkan seni persembahan pelbagai disiplin; dan presiden kepada
persatuan Melayu DIAN Dancers iaitu kumpulan pemuda tarian Melayu.
Beliau adalah penerima anugerah ASEAN-India Youth Award 2018, Sin-
gapore Youth Award 2017, National Arts Council Scholarship 2017, dan
Goh Chok Tong Mendaki Youth Promise Award 2016. Beliau memper-
oleh PhD dalam Theatre, Drama and Dance Studies dari Royal Holloway,
University of London, UK
DR. RINA MARTIARA, M. HUM
Pensyarah, Institut Seni Indonesia Yogya-
karta (Indonesia)
Dr. Rina Martiara, M. Hum merupakan pensyarah di Institut Seni Indo-
nesia Yogyakarta. Beliau mengajar kursus Tari Sumatera, Sosiologi Tari,
dan Analisis Struktur Tari. Beliau tamat pengajian pada peringkat S1
di ISI Yogyakarta, seterusnya peringkat S2 di Universitas Gadjahmada,
Yogyakarta dan S3 di Universitas Airlangga Surabaya. Antara penulisan
artikel yang pernah ditulis beliau ialah Cangget sebagai Pendidikan Hu-
maniora pada Masyarakat Lampung, Cangget sebagai Pengesah Upacara
Perkawinan pada Masyarakat Lampung, Tari Gending Sriwijaya: Pemilihan
Sebuah Identitas Budaya, Citra Sriwijaya: Sebuah Perancangan Tari, Analisis
Simbolik Kyrie Eleison Karya Anna Wahyu Prasetyowati, Cangget sebagai
Identitas Kultural pada Masyarakat Lampung, Tari Gandrung Terob sebagai
Identitas Kultural Masyarakat Using Banyuwangi, Malay Dance: Expression
on Maritime Society.
DR. KAMARULZAMAN
MOHAMED KARIM
Pensyarah, Fakulti Muzik dan Seni
Persembahan Universiti Pendidikan
Sultan Idris (Malaysia)
Man Tabla merupakan nama pentas kepada Dr. Kamarulzaman Mohamed
Karim yang kini bekerja sebagai pensyarah sepenuh masa di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sebelum beliau menerima latihan muzik
secara formal, beliau sudah terlibat pada usia yang muda dalam tradision-
al Melayu Ghazal di Negeri Johor melalui penglibatannya bersama Seri
Melati Ghazal (yang ditubuhkan pada tahun 1960an), dibawah bimbingan
ayah beliau. Muzik Ghazal menjadi inspirasi untuk beliau semasa melan-
jutkan pengajian di dalam pengkhususan komposisi muzik. Beliau mem-
peroleh Diploma dalam Muzik (2002), dan Ijazah dalam Komposisi Muzik
(2005) dari Universiti Teknologi Mara, Selangor. Beliau memperoleh Sar-
jana dalam Komposisi dari Institut Seni Indonesia (ISI), Yogyakarta, den-
gan ciptaannya bertajuk Ratib Rewind dari tahun 200 sehingga 2010.
Pada tahun 2016, beliau memperolehi PhD dalam bidang yang sama di
Institut Seni Indonesia, Surakarta dengan ciptaannya bertajuk GhaMuhyi.
Beliau kini memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Ghazal Johor
Malaysia (GHAJMAS).
ASST. PROF. THATSANIYA KANTACHA
Pensyarah, Songkhla Rajabhat University
(Thailand)
Assistance Professor Thatsaniya Kantacha memperoleh
Master of Fine Arts (Thai Dance) Faculty of Fine and
Applied Arts dari Chulalongkorn University. Beliau telah
banyak memenangi pelbagai anugerah dan kemenangan
antaranya adalah:
- Tari Dikey Hulu, naib juara untuk Pertandingan Muzik dan Tarian Rakyat Ruamsilp
Pandin Siam 2019 untuk Piala Tuanku Yang Maha Mulia Maha Chakri Sirindhorn yang
dianjurkan oleh Department of Cultural Promotion, Ministry of Culture.
- The Creative Rongngeng: Arnoadeedi The first runner up dari The Folk Music and
Dance Competition Ruamsilp Pandin Siam 2019 untuk Royal Highness Princess Maha
Chakri Sirindhorn’s Cup anjuran Department of Cultural Promotion, Ministry of Culture.
- Zapin Zakapuzire, The First Runner Up Prize dari Festival of Colours of the World
(FESCO 2019) dalam kategori Tarian Rakyat Antarabangsa di Universiti Teknologi
PETRONAS, Malaysia.
- The Creative Rongngeng: Ma Inang Java, menghadiri Pertandingan Muzik dan Tarian
Rakyat Ruamsilp Pandin Siam 2020 untuk Her Royal Highness Princess Maha Chakri
Sirindhorn’s Cup anjuran Department of Cultural Promotion, Ministry of Culture.
- The Creative Rongngeng: Jintasayang, menghadiri Pertandingan Muzik dan Tarian
Rakyat Ruamsilp Pandin Siam 2020 untuk Her Royal Highness Princess Maha Chakri
Sirindhorn’s Cup yang dianjurkankan oleh Department of Cultural Promotion, Ministry of
Culture.
- Thatsaniya Kantacha. (2015). The Development of Nora Tradition Dance Teaching Ap-
proach: Baankathingschool Songkhla. International Conference on Southeast Asia (ICON-
SEA 2015). University of Malaya. Malaysia 2 – 4 Desember 2015. 495 – 506.
- Thatsaniya Kantacha. (2018). Nora dance and imaginary Khlongdaen Community for
Sustainable Development. International Conference of Performing and Visual Arts (ICPVA
2018). University of Malaya. Malaysia 9 – 11 Januari 2018. 50 – 57.
31 OKTOBER 2021 (AHAD)
PERSEMBAHAN UTAMA – MALAM PENUTUP
FAKULTI TARI, AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KE-
BANGSAAN, ASWARA (MALAYSIA)
Latar Belakang:
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) merupakan satu-sa-
tunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didukung
sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni
dan Budaya. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan
ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademik serta khidmat
nasihat profesional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan
menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidan-
gnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. ASWARA
tertumpu kepada pengajaran seni bagi melahirkan penari serta koreografer
yang berilmu dan profesional bagi mengisi industri seni negara. Fakulti Tari
ASWARA menawarkan pengajian dalam pelbagai teknik tari (tradisional, moden
dan kontemporari) dari seluruh Malaysia, Asia dan Barat. Sasaran utama Fakulti
Tari adalah melahirkan penari profesional, berilmu dan berkaliber tinggi, serta
mampu menghasilkan idea dalam menghasilkan karya.
Tajuk: Bedana
Sinopsis:
Bedana merupakan sebuah karya tari zapin yang diolah dan dikembangkan dari
ragam-ragam zapin yang sedia ada. Bedana banyak bermain dengan langkah
kaki, pola lantai, lagu dan tempo yang menghasilkan kemeriahan.
Pengolah Tari: Mohd Seth Hamzah
Biografi:
Mohd Seth Hamzah merupakan pakar dalam tarian tradisional Melayu teruta-
manya zapin dan kini berkhidmat sebagai pensyarah sepenuh masa di Fakulti
Tari, ASWARA. Beliau pernah bertugas sebagai koreografer di Yayasan Warisan
Johor (YWJ), dan Kumpulan Seni Pertunjukan Petronas. Beliau juga terlibat
dalam Persatuan Anak Pentas Malaysia (PENTAS) dan dilantik untuk Standard
Kemahiran Pekerjaan Nasional (NOSS) sebagai panel pakar. Antara program di
dalam dan luar negara yang telah disertainya ialah Dance Exchange Philippines
2010, Asia Pacific International Dance Conference pada tahun 2011, Penari
Menari UMS 2012, Akar Zapin dalam DBKL 2012, World Dance Day Surakarta
Indonesia 2013, dan Festival Kesenian MAKSAK 2016. Selain menghasilkan
karya tarian tradisional Melayu, Mohd Seth Hamzah juga mencipta karya kon-
temporari yang mempunyai unsur tarian tradisional seperti Belabas, Empat Lilin,
Bubu Menari, Bubu Dah Tak Menari, Selesa Tak! Siapa!
Penari:
Siti Nadhziehah Mohd Sukarno, Yap Serene, Kim Khoo, Nur Erisya Adleena
Noor Azwan, Nur Syahidah Hazmi, Nik Nur Amalin Nik Musauddin, Nurhanizah
Mohd Sedik, Low Xin Ping, Muhammad Nur Hilmi Rosli, Muhammad Shazwan
Mohd Soef, Aramy Rasyid Mohamed, Harries Mapan Anak Morris
Lagu: Zapin Adik Abang
Lagu dan Lirik: Zamzuriah Zahari
Komposer: Syahrizan Sahamat
Penyanyi: Nor Azura Abu Bakar & Azizul Haqim Anuwar
Videografer: Kashfy Empire Sdn Bhd
SANGGAR SENI ELANG PERKASA (INDONESIA)
Latar Belakang:
The Elang Perkasa Art Studio adalah kumpulan tarian tradisional Melayu yang
terletak di Kota Batam, Kepulauan Riau- Indonesia. Kumpulan ini memfokuskan
kepada aktiviti dan program yang berkaitan dengan perkembangan tarian Me-
layu di Pulau Batam agar ia terus diamalkan dan dikembangkan kepada generasi
muda.
Tajuk: Zapin Sayang Serawak
Sinopsis:
Zapin Sayang Serawak merupakan Tari Tradisi yang ada di Riau. Tajuk zapin ini
mendapat inspirasi dari tajuk muzik iaitu Sayang Serawak. Zapin ini biasanya
ditarikan secara berpasangan ataupun berkumpulan. Zapin Sayang Serawak ini
dimulakan dengan salam dan langkah biasa. Zapin ini terdiri daripada pergerakan
kaki dengan 11 ragam di dalamnya.
Pengolah Tari: Aziah
Biografi: Aziah merupakan ketua kepada kumpulan Sanggar Seni Elang Perkasa
Batam sejak tahun 2005 hingga sekarang. Beliau dilahirkan di Pulau Batam, in-
donesia dan kini berusia 43 tahun. Beliau juga terlibat sebagai penari dalam Tari
Nusantara 2011 dan penggiat Tari Tradisi Melayu Kepulauan Riau. Kini, beliau
merupakan pensyarah untuk kursus Tari Etnis Melayu di Universitas Universal
Batam, Indonesia.
Penari: Fatihah Melati Azhari, Intan Nadya Sari, Agnecia Grisselda, Wanda
Azizah
Videografer & editor: Rudy Hartono S. Sn
Pengarah Seni: Maria Regita Marpaung S. Sn
Kostum dan Tatarias: Meisyawati
SRI WARISAN SOM SAID PERFORMING ARTS LTD
(SINGAPORE)
Latar Belakang:
Sri Warisan, yang ditubuhkan pada 1997, ialah sebuah syarikat seni persem-
bahan yang diasaskan oleh penerima anugerah Cultural Medallion, Puan Som
Said. Ianya adalah salah satu pertubuhan penting dalam pemeliharaan tarian
tradisional Melayu di Singapura. Kumpulan ini menggabungkan bentuk tarian
tradisional dengan teknik tari kontemporari yang menjadi identiti kumpulan Sri
Warisan. Para penari Sri Warisan dilatih dalam disiplin-disiplin yang berbeza
seperti tari, muzik, teater dan multimedia.
Kini, Sri Warisan dipimpin oleh Adel Ahmad, bersama 30 artis serta lebih
daripada 200 anggota pelajar yang menumpukan kepada usaha menghasilkan
karya seni persembahan profesional di kalangan generasi muda. Pada setiap
tahun, Sri Warisan membuat persembahan lebih daripada 200 acara tempatan
dan 10 festival antarabangsa. Tenaga pengajar Sri Warisan telah mengadakan
lebih daripada 3,000 kursus dan bengkel di sekolah-sekolah. Terkini, Sri Warisan
telah mengadakan bengkel tarian tradisional Melayu dan muzik untuk pelakon
dan penari produksi muzikal LION KING (Singapura) di Marina Bay Sands pada
Januari 2011.
Sri Warisan menyertai lebih daripada 150 acara dan festival antarabangsa
sejak 1997 di Belgium, Brunei, Kanada, China, Perancis, Greek, Belanda, India,
Indonesia, Israel, Itali, Jepun, Korea Selatan, England, Malaysia, Nepal, Filipina,
Sepanyol, Thailand, Turki dan Amerika Syarikat.
Tajuk: Zapin Telok Belangah
Sinopsis:
Telok Belangah merupakan kawasan bersejarah di Singapura dari zaman kesul-
tanan sehinggalah kemasukan British ke Tanah Melayu. Zapin Telok Belangah
menggambarkan kehidupan masyarakat di Telok Belangah. Zapin ini menggam-
barkan pemuda pemudi saling bekerjasama dan menghormati antara satu sama
lain. Ragam zapin ini diolah daripada ragam asas Zapin Asyik. Antara ragam
dalam Zapin Telok Belangah ialah ragam Alif, ragam bunga zapin
seperti beralih tempat, siku keluang, ragam titi batang, ombak mengalun yang
divariasikan sehingga menjadi pergerakan khusus Zapin Telok Belangah. Namun
demikian, pergerakan asas seperti taksim, Alif, wainab dan penutup tetap ter-
pelihara dan tidak diolah. Zapin Telok Belangah dicipta khusus untuk persem-
bahan kumpulan Sri Warisan Som Said Performing Arts ketika persembahan
di Bintan Zapin Festival di Tanjong Pinang, Indonesia. Persembahan kumpulan
Sri Warisan di festival tersebut mendapat sambutan hangat dan zapin tersebut
seterusnya menjadi repertoir dalam setiap persembahan kumpulan Sri Warisan
di dalam dan luar negeri. Zubir Abdullah merupakan komposer tetap dalam
kumpulan Sri Warisan yang bertanggungjawab menghasilkan pelbagai karya
muzik bagi mengiringi koreografi Som Said serta koreografer-koreografer lain.
Pengolah Tari: Som Said
Biografi:
Som Said menerima anugerah Cultural Medallion pada tahun 1987. Beliau telah
membawa tarian tradisional Melayu di Singapura ke peringkat antarabangsa se-
jak tahun 1970-an. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dance
Anthropology dari Institut Kesenian Jakarta (IKJ) di Indonesia. Pada tahun 1983,
beliau membuat kajian yang bertajuk The Study of Asian Performing Arts dalam
kreativiti tarian kontemporari bagi pengajian Ijazah Sarjana dibawah bimbingan
mendiang Bagong Kussudiardja (PSBK - 1983). Di samping itu, Som Said juga
menyertai kursus Laban Notation di Solo (1989), Indonesia dan Nanyang Acad-
emy of Fine Arts (NAFA) Singapura (1990). Beliau juga mendapat pengiktirafan
berkhidmat dengan generasi muda sehingga memenangi National Youth Award
pada tahun 1979. Pada tahun 1992, beliau menerima PBM, Anugerah Pingat
Bakti Masyarakat oleh Presiden Singapura dan pada tahun 2009 pula beliau
memenangi anugerah paling berprestij di Singapura iaitu Berita Harian Achiever
of the Year. Dengan pengalaman lebih dari 50 tahun Som Said dalam mempro-
mosikan, menghasilkan, dan mempersembahkan karya-karya tari, Sri Warisan
Som Said Performing Arts Ltd berusaha untuk terus memainkan peranan yang
lebih luas dalam mempromosi pendidikan budaya dan seni di Singapura sehing-
ga ia boleh terus memberi manfaat kepada masyarakat.
Penari:
Syaiful Nizam, Rifdee Othman, Cameron Bruce, Syakir Fazalee, Faiz Ali, Isfari-
sha Sakina, Zahidah Qurratuaini, Dina Nerina Hamzah, Izyan Musfiroh, Iramaya
Sophia Hamzah
PERSATUAN PENGGIAT ZAPIN NEGERI JOHOR (MALAYSIA)
Latar Belakang:
Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor merupakan sebuah badan bukan kera-
jaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 2010 dan berdaftar dibawah Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Persatuan ini menjalankan aktiviti kesenian
tari zapin Johor yang sebilangan besar dipelopori oleh pengasas dan penerus
tarian Zapin Negeri Johor. Matlamat persatuaan ini adalah ingin mengekalkan
keaslian langkah tarian zapin, memulihara dan menyimpan khazanah yang
berkaitan dengan zapin sebagai pusat sumber dan rujukan, selain memberi
pendedahan, membimbing serta memugar semula seni kebudayaan zapin negeri
Johor. Persatuan ini telah melakukan persembahan di seluruh Malaysia, Sin-
gapura dan Indonesia serta berkolaborasi dengan pihak kerajaan dalam usaha
memartabatkan kesenian tarian tradisional.
Tajuk: Zapin Lapis Batu Putih
Sinopsis:
Zapin Lapis Batu Putih berkembang di Kampung Parit Lapis Batu Putih, Batu
Pahat, Johor. Zapin ini diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Jaafar Haji Aris dan
kini diwarisi oleh Ahmad Nor Haji Jaafar. Pergerakan zapin ini dipengaruhi oleh
zapin Arab kerana Tuan Haji Jaafar mempelajari tarian ini daripada rakan seper-
juangan yang bernama Sheikh Syed Hassan dan seterusnya berkembang di
Kampung Parit Lapis Batu Putih. Zapin ini kebiasaanya ditarikan di majlis-majlis
keraian dan keramaian. Zapin Lapis Batu Putih mempunyai 4 jenis langkah dan
keistimewaan zapin ini ialah ia mempunyai pergerakan “tengteng”. Persembah-
an zapin Lapis Batu Putih diadaptasi dari permainan “tengteng” yang merupa-
kan salah satu permainan tradisi bagi kanak-kanak zaman dahulu. Permainan
ini menguji kekuatan kaki pemain ketika melompat mengikut gelanggang yang
telah dilukis.