Pengolah Tari: Dianna Sulaiman
Biografi: Beliau berkhidmat dengan Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor
sejak tahun 2010 dan kini menjadi Ketua Jurulatih. Beliau mendapat amanat
daripada Pengasas dan Pewaris Zapin Johor sebagai Penerus, seperti Zapin
Tenglu (Pak Akob), Zapin Seri Bunian, Zapin Lapis Batu Putih dan lain-lain.
Beliau memiliki Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang tari serta
telah menghasilkan beberapa karya untuk pementasan di Main Zapin ASWARA
2017, Panggung Seni Tradisional 2015 & 2017, Festival Siak Bermadah 2018
dan banyak lagi.
Penari:
Muhammad Amirul Ariff Mohd Latif, Ikhmal Hazim Zulkarnain, Muhammad
Nazri Halim, Sharifah Ahmad Nor, Nur Aqidah Shahril, Dianna Sulaiman
USSALEEMALA (THAILAND)
Latar Belakang:
Ussaleemala adalah sebuah kumpulan yang mengumpulkan para pencinta dan
penggiat Rongngeng. Ussaleemala bermaksud irama indah muzik Rongngeng
yang mempunyai persamaan dengan keindahan bunga yang sedang mekar.
Kumpulan ini diasaskan oleh Apichat Kantacha dan Sattha Nookeaw pada tahun
2004. Kumpulan ini mempersembahkan Rongngeng tradisional dalam gaya
Pattani, tarian zapin dan tarian kreatif yang diilhamkan oleh budaya Melayu.
Tajuk: Zapin Zakapuzire
Sinopsis:
Zapin Zakapuzire pertama kali dipersembahkan di Thailand pada tahun 1975
oleh para penari tempatan di Provinsi Narathiwat semasa berkunjung ke Istana
Thaksinrajanivej. Tarian zapin di Thailand diteruskan oleh para seniman dari
negeri Kelantan, Malaysia. Namun demikian, ianya dikembangkan dan diolah
dengan gaya Thailand yang lebih lembut serta menggunakan lebih banyak
postur tangan dalam tarian tersebut. Zakapuzire dalam bahasa Thai bermaksud
Dulang Sirih untuk upacara memohon berkat. Dulang ini digunakan dalam up-
acara penting seperti upacara perkahwinan atau upacara menyambut tetamu,
terutama di Provinsi Pattani, Provinsi Yala dan Provinsi Narathiwat. Oleh itu,
Zapin Zakapuzire merupakan satu-satunya tarian tradisional zapin yang masih
ada di Thailand, dipersembahkan bagi menyambut dan memberkati para tet-
amu. Terdapat 7 pergerakan Zapin Zakapuzire - Dok Ramwong, Dok Daejor, Dok
Proydokmai, Dok Kledplasan, Dok Kledplayao, Dok Rongngeng dan Dok Rak. Tarian
ini menggunakan lagu Zapin Zakapuzire yang dimainkan dalam gaya Pattani.
Pengolah Tari: Asst. Prof. Thatsaniya Kantacha
Biografi: Asst. Prof. Thatsaniya Kantacha adalah pensyarah di Fakulti Seni
Halus, Universiti Songkhla Rajabhat, koreografer dan penari Rongngeng. Beliau
telah mempelajari tarian Rongngeng dan zapin dari Chao Chantarachit dan
Korkiat Suktaranon, yang merupakan pakar tarian Pattani Rongngeng, sejak
tahun 2005.
Penari:
Kittipop Kaewyoy, Natthakan Ritchim, Wirasak Chanchai, Sirirat Pantarat,
Thunyakorn Khliktho, Asst. Prof. Thatsaniya Kantacha
Muzik: Zapin Zakapuzire
Pengarah Muzik: Aphichat Kantacha
Pemuzik: Ussaleemala Group
ARTIS TARI (BRUNEI)
Latar Belakang:
Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1999. Kini ia terdiri daripada penari lep-
asan pelajar sekolah, pelajar universiti, pelajar sekolah menengah dan golongan
belia yang bekerja. Kumpulan Artis Tari ditubuhkan adalah sebagai kumpulan
yang akan membuat persembahan serta mempromosikan kesenian di bawah
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Artis Tari telah membuat persem-
bahan kebudayaan dalam dan luar negeri seperti di Tokyo (Jepun), China,
Korea Selatan, New Delhi (India), Rusia dan Oman. Kumpulan Artis Tari juga
aktif sebagai jurulatih bagi acara Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan, Hari Belia
Kebangsaan dan Malam Perayaan.
Tajuk: Jipin Laila Sembah
Sinopsis:
Jipin Laila Sembah ialah sebuah tarian tradisional yang dipersembahkan bagi
mengalu-alukan kedatangan para tetamu dengan bentuk tarian pergerakan
sembah. Pada awalnya, tarian ini hanyalah dipersembahkan untuk kalangan
kerabat diraja sahaja, tetapi kini ia juga dipersembahkan pada khalayak ramai
untuk tontonan orang awam. Tarian ini mempunyai dua pergerakan asas iaitu
sembah dan susun sirih yang sama bagi penari lelaki dan penari perempuan
cuma perlu berbalas pergerakan serta diulang-ulang sehingga berakhirnya lagu
yang mengiringi tarian. Penari biasanya berpasangan antara 6 hingga 8 orang.
Tarian Jipin Laila Sembah ini biasanya digunakan bagi persembahan kebudayaan
iaitu sebagai tarian pembukaan selamat datang dengan mengalu-alukan kehad-
iran tetamu-tetamu dari dalam mahupun dari luar negara. Tarian ini merupakan
tarian tradisi Brunei Asli. Koreografi tarian jipin ini diinspirasikan oleh kehidupan
dan budaya dengan menggunakan pergerakan sembah dan juga pergerakan
tangan susun sirih.
Pengolah Tari: Ricky Randy Anak Bujang
Biografi:
Ricky Randy Anak Bujang merupakan seorang koreografer dan penari. Beliau
berkecimpung dalam bidang seni dari sekolah rendah. Selain menjadi seorang
penari dan koreografer, beliau juga seorang pelatih paduan suara (choir) dan
penghias pengantin sepenuh masa.
Penari:
Noor Amin Bin Al-Ahmad, Nur Fa’eqah Syathirah @ Effy Shafryna Hj. Muhammad
Faisal, Dk., Farah Nabilah Pg Hj. Hasmandi, Nurizzati Abdul Ha’adi, Noraqilah Ba-
zilah Mohamad Daud, Muhammad Shahnizan Mohd Hajidin, Farahiyah Fakhrana
Faissal
Videografi: Adiyul Studio
DANSA FUSION KUALA LUMPUR (MALAYSIA)
Latar Belakang:
Dansa Fusion Kuala Lumpur mula ditubuhkan pada tahun 2014 oleh sekum-
pulan pelajar bidang seni persembahan di salah sebuah universiti tempatan.
Kumpulan ini ianggotai oleh 12 orang ahli tetap dan selebihnya adalah sebagai
penari sambilan. Kumpulan ini diketuai dan diuruskan oleh Muhamad Zak-
wan Hafizie Zakaria. Sejak penubuhan kumpulan ini, pelbagai penglibatan dan
pencapaian telah diperoleh. Antara pencapaian tertinggi adalah Naib Johan
dan Anugerah Kumpulan Harapan dalam Malaysian Floor Pattern Sport Dance
Competition 2018 di Istana Budaya, tempat ketiga dua tahun berturut-turut
di dalam Festival Tari Tradisional Malaysia KLIA 2018 dan 2019 anjuran Majlis
Belia Negara dan Malaysia Airport, Naib Juara dua tahun berturut-turut bagi
Pertandingan Battle of Joget 2017 dan 2019 anjuran Jabatan Kebudayaan dan
Keseniaan Negara Negeri Melaka dan banyak lagi.
Tajuk: Zapin Parit Mastar
Sinopsis:
Zapin ini berasal dari Kampung Parit Mastar, Pontian Johor. Tuan Haji Ikhwan
adalah seorang pewaris dan telah menjadi pengasas kumpulan zapin ini sejak
tahun 1970-an. Beliau mempelajari tarian ini daripada seseorang yang dikenali
sebagai Wak Jamari dari Jawa yang berhijrah ke kampung tersebut. Kiraan un-
tuk setiap pergerakan zapin ini adalah penuh tanpa berhenti berbanding dengan
kiraan ragam pergerakan tari zapin Melayu lain di Johor yang mematikan lang-
kah tari pada kiraan pertama atau empat.
Pengolah Tari: Muhamad Zakwan Hafizie Zakaria
Biografi:
Muhamad Zakwan Hafizie Zakaria atau nama pentasnya Izzie Islam merupakan
Pengarah Artistik dan Koreografer bagi Dansa Fusion Dance Theatre Venture
atau lebih dikenali dengan Dansa Fusion Kuala Lumpur. Beliau merupakan
alumni Ijazah Sarjana Muda Tari (Koreografi) di Akademi Seni Budaya dan Wari-
san Kebangsaan (ASWARA). Sepanjang penglibatan di dalam dunia tari, beliau
banyak menghasilkan karya-karya tari dalam pelbagai genre seperti tarian
tradisional, tarian kontemporari dan lain-lain lagi. Beliau mula bergiat aktif di
dalam bidang koreografi sejak penubuhan kumpulan ini iaitu pada tahun 2014.
Sejak itu beliau mula menempa nama di dalam industri dengan memenangi
beberapa pertandingan tarian yang dianjurkan di dalam negara mahupun luar
negara. Matlamat beliau adalah ingin menjadikan syarikat ini sebagai sebuah
lubuk ilmu tari tradisional khususnya buat generasi muda.
Penari:
Ealbie Breandent Abinus, Mohamad Adlan Sairin, Hazim Hidayatulsalihin,
Ahmad Zhafran Mohamed Zin, NurHanis Yahya, Lilis Jah Izzati Mohd Yatim,
Rabia’tulsyahindah Azman, Nurulisni Mohamed @ Mohamad
Muzik: Padi-Padi Semerah Padi
Kostum: Dansa Fusion Kuala Lumpur
Videografer: Azampaku & Izzie Islam
JAWATANKUASA MAIN ZAPIN ASWARA 2021
(ASEAN)
TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL AKADEMIK
Mohd Amir Hakim Mohd Yusof
TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
Raja Nor Sheela Raja Aziddin
PENDAFTAR
Amirudin Mad Yusof
URUSETIA
DEKAN FAKULTI TARI ASWARA
Zamzuriah Zahari
SETIAUSAHA
Ida Rahayu Abdullah
PENOLONG SETIAUSAHA
Nabila Hanies Zambri
BAHAGIAN INOVASI, JARINGAN STRATEGIK & PEMASARAN
Ramlan Mohd Imam
Nadia Helda Azman
Nor Atiqah Mohd Isa
Azman Hinmani
Nor Syahirah Muhamad Shah
Tan Mei Lie
PROMOSI & PUBLISITI
Imee Nadia Abdul Hadi
Azna Che Anowar
Musnizawati Mustapha
Abdul Rashid Muhammad
Anith Fatin Hafidzi
Nurfarah Izati Zulkafeley
TEKNIKAL & FASILITI
Mohd Nadzrin Saaban
Nur Fatihah Mahadi
Che Saiful Nazmi Che Mohd Nasir
Abdul Rajik Radjail
Muhammad Azri Zahari
Ahmad Azuddin Yusoff
Mohd Azuandy Mohd Tahir
Mohd Affendi Rambli
TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)
Ts. Asrul Izham Jaafar
Nor Zainan Ashraf Manan
Mohd Zahir Mohd Zain
Rafidah Hussin
Ricki Muhamad Syafrial
Wan Zarif Haziq Wan Mizan
KEWANGAN
Norhairizam Abdul Manap
Norsyazwani Mohamed Rashid
Yang Idura Mohd Yusof
Farah Nadia Mansor
Norziawani Md. Johari
Mohd Shafeeq Mat Nasir
Siti Mahfuzah Jamalus
Rusmawati Che Rus
KEPERLUAN MAKAN MINUM
Ida Rahayu Abdullah
Nabila Hanies Zambri
JAWATANKUASA KREATIF
JAWATANKUASA PROGRAM
Mohd Seth Hamzah
JAWATANKUASA PROGRAM
Zamzuriah Zahari
Marion D’Cruz
Umesh Shetty
Norsafini Jafar
Mohd Yunus Ismail
Norbaizura Abdul Ghani
Mohd Nur Faillul Adam
Murni Omar
Ng Xinying
PENGURUS PENTAS VIRTUAL
Hazra Ghazaly
PENOLONG PENGURUS PENTAS VIRTUAL
Dayang Norinah Datu Gastan
Ong Jee Teng
PENGACARA
YM Tengku Iefizulasyrifie Putra Tengku Alaudin
KRU TEKNIKAL
Pensyarah dan pelajar ASWARA
BUKU PROGRAM DIGITAL
Murni Omar
Mohd Nur Faillul Adam
Marion D’Cruz
Norbaizura Abdul Ghani
Kim Khoo
PERSEMBAHAN UTAMA
Ng Xinying
Umesh Shetty
LANGKAH BERSAMA: VIDEO, DISCUSSION AND HISTORY OF
MAIN ZAPIN 2010-2017
Mohd Nur Faillul Adam
Umesh Shetty
Mohd Yunus Ismail
Ng Xinying
Marion D’Cruz
Murni Omar
WEBINAR
ZAPIN: Dulu dan Kini
Marion D’Cruz (moderator)
Mohd Yunus Ismail (moderator)
Mohd Nur Faillul Adam
TERIMA KASIH
Dekan, Fakulti Muzik
Dekan, Fakulti Teater
Dean, Fakulti Seni Halus
Dekan, Fakulti Penulisan Kreatif & Filem
Dekan, Fakulti Animasi & Multimedia
Dekan, Fakulti Pengurusan Seni Budaya & Warisan
Dekan, Pusat Pengajian Pasca Siswazah
Dekan, Pusat Seni Pentas Tradisional- PUTRA
Dekan, Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif
PENGHARGAAN
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia
Kementerian Kewangan Malaysia
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
MyDance Alliance
Warga ASWARA
FACULTY OF DANCE
ASWARA
DANCE DEPARTMENT FACULTY ,
ARTIS TARI OF PERFORMING ARTS DANSA FUSION
KUALA LUMPUR
INDONESIA INSTITUTE OF
THE ARTS OF YOGYAKARTA
JEMARI TARI, SSEMJ DANCE STAR, KESENIAN SI ANAK TARI
SK TAMAN MEGAH MALAYSIA ARTS TEMASEK POLYTECHNIC
SCHOOL OF JOHOR
PETALING JAYA
SRI WARISAN SOM SAID KESUMA, DANCE DEPARTMENT SONGKHLA RAJABHAT
PERFORMING ARTS LTD FACULTY OF CREATIVE ARTS, UUNIVERSITY DANCE GROUPP
UNIVERSITI MALAYA
PERSATUAN PENGGIAT Ussaleemala SANGGAR SENI
ZAPIN NEGERI JOHOR ELANG PERKASA