The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-NOTA PBKK1084 AMBILAN JUN 2023/2028

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tingyihwei, 2024-04-21 08:23:48

E-NOTA PBKK1084

E-NOTA PBKK1084 AMBILAN JUN 2023/2028

Kesegeraan Pembantu yang memiliki ciri kesegeraan sentiasa bersedia untuk membantu klien dalam mengatasi masalah dan mencapai matlamat pembangunan diri mereka. Mereka memberikan sokongan, pemahaman, dan bimbingan kepada klien tanpa mengira kompleksiti atau ketidakselesaan yang mungkin timbul. Kesegeraan pembantu juga melibatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam sesi perhubungan menolong. Mereka dapat mengubah pendekatan atau teknik mereka mengikut respons dan keperluan klien, memastikan bahawa sokongan yang diberikan sentiasa relevan dan berkesan.


KETULENAN kesanggupan pembantu untuk bersikap terbuka, jujur dan perlahan-lahan mendedahkan diri dalam proses menolong kaunselor mendengar dan membantu dalam proses menolong dan bukannya mendedahkan buah fikiran atau perasaan kepada klien kaunselor mempunyai kecerdasan emosikeupayaan yang perlu dikuasai oleh kaunselor dan pelajar bidang kaunseling bersifat terbuka dan tidak berpura-pura “ketulenan merupakan tonggak utama perhubungan menolong


RUJUKAN Corey, G. (2001). Theory and Practice of Counseling and Psychotheraphy (6th ed). Pacific Grove. CA: Brooks/Cole.


PBKK 1084 E-NOTA


TOPIK 3 01 Kemahiran Melayan 04 02 03 Kemahiran Tindak Balas Kemahiran Penerapan Kendiri Kemahiran Daya Tindak


PENGENALAN Kemahiran asas perhubungan menolong merupakan salah satu elemen penting yang perlu dimiliki oleh kaunselor atau mana - mana penolong yang berminat memberikan pertolongan secara berkesan dalam perhubungan menolong


KEMAHIRAN MELAYAN Kemahiran melayan (attending skills) atau dikenal juga sebagai kemahiran memberi perhatian bermaksud memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pemikiran, perasaan dan tingkah laku klien. Kemahiran melayan merupakan kemahiran yang paling banyak digunakan oleh kaunselor tanpa mengira orientasi teoritikal (MacCluskie, 2010)


KEMAHIRAN MELAYAN Kemahiran melayan digunakan untuk : Memberikan kesedaran kepada klien bahawa kaunselor mengambil berat. 1. Menggalakkan klien untuk berkongsi masalah dengan lebih lanjut. 2. Meningkatkan pemahaman kaunselor terhadap diri dan masalah klien. 3. Mewujudkan hubungan baik antara kaunselor dengan klien sepanjang sesi. 4. “Tingkah laku melayan” adalah kaunselor menyokong klien secara individu berdasarkan kesesuaian budaya secara lisan, visual, nada suara dan bahasa badan atau ekspresi muka.


Kaunselor melihat klien apabila bercakap dengan mereka Visual atau kontak mata Vocal qualities (nada suara dan kadar ucapan) Verbal tracking Berkomunikasi dengan nada suara yang mesra dan menunjukkan minat Terdapat perubahan pada kadar dan nada suara, ucapan terhenti dan terganggu Kaunselor menjejaki cerita klien Kaunselor menggalakkan penghuraian klien yang mendalam dalam penceritaan Body language/Facial expression Kaunselor seorang yang tulen iaitu asas dalam membina hubungan Kemahiran Melayan (3Vs+B)


Kemahiran Tindak Balas (Responding skill) Kemahiran tindak balas merupakan aspek penting yang membolehkan seseorang untuk memberikan bantuan atau sokongan dengan cara yang sesuai dan berkesan. Kemahiran tindak balas dalam asas perhubungan memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa bantuan yang diberikan adalah efektif, mengambil kira keperluan dan keadaan individu yang memerlukan bantuan.


Kesedaran Emosi Kemahiran Mendengar Empati mengenali perasaan dan emosi diri sendiri serta orang lain adalah penting dalam menolong membantu untuk memahami keperluan dan keadaan emosi seseorang yang memerlukan bantuan. Mendengar dengan teliti dan memahami apa yang disampaikan oleh orang yang memerlukan bantuan membolehkan anda untuk mengetahui cara terbaik untuk memberikan sokongan yang diperlukan. Memiliki empati yang tinggi membantu untuk merasai dan memahami pengalaman atau penderitaan orang lain. Memberikan bantuan dengan lebih bersifat empatik dan berkesan. Aspek Penting Kemahiran Komunikasi Berkomunikasi dengan jelas dan efektif Menyampaikan maklumat atau petunjuk dengan jelas, serta memahami dengan baik apa yang disampaikan oleh individu yang memerlukan bantuan. dalam Kemahiran Tindak Balas


Kemahiran Penyelesaian Masalah Kerjasama Ketegasan dan Konsisten Menganalisis situasi dengan cepat dan mencari penyelesaian yang sesuai Memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah . Kerjasama yang baik antara pembantu yang orang yang memerlukan bantuan membantu memaksimumkan kesan positif bantuan yang diberikan. Walaupun penting untuk memahami dan merasai emosi orang yang memerlukan bantuan, kadang-kadang perlu untuk bersikap tegas dan konsisten dalam memberikan sokongan atau arahan. Aspek Penting Pemulihan Krisis Jika situasi yang memerlukan bantuan adalah krisis, kemahiran untuk menguruskan krisis dengan tenang dan berkesan adalah penting. Ini termasuk membuat keputusan cepat dan mengambil tindakan yang diperlukan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan individu yang terlibat. dalam Kemahiran Tindak Balas


Kemahiran Penerapan Kendiri ❖Kaunselor meminta klien menggambarkan perasaan dirinya. ❖ Kaunselor berkongsi perasaan bersama klien. ❖ kaunselor membuka diri secara peribadi kepada klien. ❖ Kaunselor mungkin berkongsi pengalaman peribadi yang relevan atau menyatakan perasaan mereka sendiri untuk membangunkan kepercayaan dan keakraban. ❖ Pendekatan ini dapat membantu memperkuat hubungan dan meningkatkan rasa saling percaya.


Kemahiran konfrontasi 1. Kaunselor mendengar, melihat, menyedari konflik klien, mesej yang bercampur dan percanggahan pada tingkah laku lisan dan bukan lisan klein. 2. Mengaplikasikan parafrasa dan refleksi untuk menjelaskan percanggahan dalaman dan luaran klien. 3. Menilai respons klien, sama ada konfrontasi yang telah dilaksanakan membawa kepada perubahan pada klien. Kemahiran refleksi Kaunselor mengaplikasikan refleksi, klien akan membincangkan cerita, isu dan perkara yang mereka fikirkan dengan lebih mendalam. ELEMEN-ELEMEN KEMAHIRAN PENERAPANKENDIRI


Kemahiran Daya Tindak


Kemahiran Daya Tindak ❖Kemahiran daya tindak, atau coping skills, merujuk kepada kemahiran atau strategi yang digunakan oleh individu untuk menguruskan tekanan, stres, atau cabaran dalam kehidupan. ❖ Terdapat beberapa strategi bagi mengurus tekanan iaitu kemahiran pendedahan kendiri, maklum balas, kesan akibat logik, arahan dan psiko pendidikan.


Pendedahan kendiri 1. Pendedahan kendiri merupakan perkongsian kaunselor berkaitan pengalaman dirnya yang berkait dengan apa yang telah klien ceritakan. 2. Perkongsian pemikiran dan perasaan kaunselor tentang apa yang sedang klien alami. 3. Menggunakan pernyataan “saya rasa...” 4.Kaunselor kemudiannya menggunakan objek yang dihubungkan dengan kata keterangan/sifat seperti “Saya rasa gembira tentang anda yang...” Kemahiran memberi maklum balas STRATEGI-STRATEGI KEMAHIRAN DAYA TINDAK m 1. e K r e u m ju a k h k i e ran memberi maklum balas makluma pada kaunselor memberi bersyarat t t yang jelas, maklumat tidak erhadap pemikiran, perasaan d d a a n n m tin a g sa ka k h laku klien pada masa lalu ini. m 2. e K n a y u o n ko se n l g or memberi maklum balas 3. Mak atau mencabar klien. memba lu n m tu b k alas menyokong: kaunselor positif. lien meneroka kekuatan m 4. e M m a b k a lu n m balas mencabar: kaunselor tu klien dengan mengajak klien b b e e l r i f a i u kir ny d a e t n a gan teliti tentang apa yang kan.


Kemahiran memberi arahan dan strategi psiko pendidikan (bimbingan) 1. Kaunselor memberi arahan yang jelas (menggalakkan klien melaksanakan apa yang dibimbing oleh kaunselor). 2. Kaunselor membantu klien dalam perubahan kehidupan harian bagi membantu perkembangan pemikiran, perasaan dan tingkah laku. 3. Strategi psiko pendidikan merupakan kaedah pendidikan sistematik seperti kelompok bimbingan pengurusan stress. Kemahiran kesan akibat secara logik STRATEGI-STRATEGI KEMAHIRAN DAYA TINDAK d 1. ig K u e n m ak a a h n ira o n kesan akibat secara logik leh kaunselor untuk meneroka alternatif khusus dan kesan-kesan konkrit secara logik sama ada positif atau negatif bagi melihat kemungkinan keputusan yang akan dilaksanakan oleh kaunselor s A e n p t e a r r t a i p b e e n ri g k gunaan kemahiran adalah ut: 1. Mengeluarkan cerita dan kekuatan klien. 2. Menjana alternatif. n 3 e . g K a e t n if a . l pasti kesan-kesan positif dan 4. Menggalakkan klien membuat keputusan dan tindakan.


KESIMPULAN Kesimpulannya, kemahiran asas perhubungan menolong adalah penting bagi kaunselor atau penolong yang ingin memberikan pertolongan secara berkesan dalam perhubungan menolong.


NOTA TOPIK 4 BIMBINGAN DAN KAUNSELING PBKK1084 PENERAPAN NILAI DALAM PERHUBUNGAN MENOLONG


Penerapan Nilai Dalam Perhubungan Menolong MARUAH HAK ASASI KESELAMATAN Tujuh nilai yang ditekankan dalam perhubungan menolong KERAHSIAAN KEPERIBADIAN KEBEBASAN KEADILAN SOSIAL


PENGENALAN Nilai adalah suatu standard dan prinsip yang digunakan untuk mempertimbangkan harga (worth) sesuatu benda, perkara, perbuatan, tingkah laku, kejadian dan keadaan sama ada benar, baik, berguna, diingini atau pun sebaliknya. Setiap individu mempunyai nilai-nilai peribadi tersendiri yang mempengaruhinya dalam proses menolong. Nilai-nilai peribadi tersebut adalah seperti sikap dan perasaan tentang jenis individu dan kumpulan tertentu, perkara-perkara yang boleh diterima dan tidak boleh diterima, perkara-perkara yang penting dalam membuat sesuatu pilihan.


MARUAH Penerapan nilai “ maruah” dalam perhubungan menolong antara pembantu dengan klien adalah penting untuk memastikan hubungan yang positif dan produktif Menghormati Individu Pembantu perlu menghormati klien sebagai insan yang unik dengan pengalaman mereka sendiri Pembantu perlu mengakui dan menghayati perbezaan budaya, agama dan nilai-nilai personal Empati Pembantu yang empati seperti memahami dan merasai perasaan klien dapat membantu mencipta suasana yang boleh dipercayai serta memudahkan proses perubahan Menyokong Kebebasan dan Kemandirian Pembantu perlu mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya dari segi perjalanan hidup dan keputusan mereka sendiri Pembantu memberi ruang kepada klien untuk membuat keputusan secara bebas


MARUAH Mengelakkan Diskriminasi Penerapan nilai maruah menekankan penolakan terhadap sebarang bentuk diskriminasi Pembantu perlu mengelakkan diri daripada memihak kepada golongan tertentu agar dapat memberi peluang yang sama rata kepada setiap individu Menjaga Kerahsiaan Pembantu perlu menjaga privasi dan kerahsiaan maklumat klien supaya dapat membina kepercayaan antara pembantu dengan klien untuk mendorong kepada perbincangan yang terbuka Memberikan Sokongan Tanpa Syarat Pembantu perlu memberikan sokongan tanpa syarat kepada klien seperti tidak menghakimi atau mengkritik supaya klien akan merasa diterima dan akan lebih selesa untuk meluahkan isi hatinya


HAK ASASI Penerapan nilai ‘hak asasi’ dalam perhubungan menolong adalah penting bagi memastikan keadilan, penghormatan dan perlindungan terhadap hak-hak individu Menghormati kebebasan individu Pembantu/kaunselor menghormati kebebasan individu dalam membuat keputusan dan memilih arah hidup mereka sendiri serta mengakui dan menghormati hak klien untuk menyatakan pendapat, kepercayaan dan nilai-nilai mereka sendiri Perlindungan Terhadap Diskriminasi Pembantu/kaunselor melindungi klien daripada sebarang bentuk diskriminasi dengan memastikan bahawa perkhidmatan kaunseling disediakan tanpa mengira asal usul, jantina, agama, etnik atau atribut lain yang melibatkan hak asasi Pemberian Maklumat dan Pilihan Pembantu/kaunselor perlu memastikan klien memahami situasi mereka dan memberikan pilihan yang sesuai bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih baik kerana hak asasi melibatkan hak individu untuk mendapat maklumat yang cukup dan benar


HAK ASASI Mengelakkan Penggunaan Kuasa yang Tidak Adil Kaunselor perlu mengelakkan penggunaan kuasa yang tidak adil atau menindas terhadap klien termasuk memberi klien ruang untuk menyuarakan kebimbangan atau tidak setuju tanpa takutkan tindakan negatif Kerahsiaan dan Privasi Menjaga kerahsiaan maklumat klien dan memastikan privasi mereka dihormati dengan memastikan bahawa maklumat yang dikongsi oleh klien tidak disalahgunakan atau diberitahu kepada pihak luar tanpa kebenaran Mengiktiraf dan Menghormati Martabat Individu Kaunselor perlu mengiktiraf dan menghormati martabat setiap individu, tanpa mengira latar belakang atau keadaan hidup mereka seperti mengelakkan diri dari melakukan tindakan yang merendahkan martabat klien


KESELAMATAN Penerapan nilai ‘keselamatan ’ dalam perhubungan menolong adalah penting untuk memastikan bahawa proses kaunseling berlaku dalam persekitaran yang selamat dan terjamin Mencipta Suasana Selamat Pembantu/kaunselor mencipta suasana yang selamat di dalam bilik kaunseling supaya klien merasa selesa dan yakin untuk membuka diri Mengutamakan kerahsiaan Penerapan nilai keselamatan termasuk penekanan terhadap kerahsiaan maklumat klien iaitu dengan memastikan maklumat yang dikongsi oleh klien dijaga dengan rapi dan tidak didedahkan kepada orang lain tanpa kebenaran Mengelakkan Rasa Malu atau Merasa Dijatuhkan Pembantu/kaunselor perlu berhati-hati untuk tidak memalukan atau menjatuhkan martabat klien ketika menggunakan bahasa yang sensitif dan penuh empati, serta mengelakkan dari tindakan yang boleh merendahkan perasaan klien


KESELAMATAN Memberikan Sokongan Emosi Pembantu/kaunselor harus mendengar dengan teliti, memastikan perasaan klien dan memberi ruang kepada klien untuk meluahkan emosi tanpa takut akan penilaian Menangani Kemungkinan Krisis Pembantu/kaunselor perlu bersedia untuk menangani potensi krisis dengan memberikan sokongan segera dan merujuk kepada bantuan profesional jika diperlukan serta memastikan klien mendapat akses kepada sumber-sumber sokongan dalam situasi kecemasan Menggalakkan Keselamatan Fizikal dan Mental Pembantu/kaunselor perlu menyediakan sokongan yang diperlukan bagi klien yang mungkin mengalami keadaan krisis/tekanan mental


KERAHSIAAN Nilai “kerahsiaan ” dalam perhubungan menolong merupakan prinsip penting yang menggariskan perlindungan privasi dan kepercayaan antara pembantu dengan klien Privasi Klien Pembantu perlu menjaga kerahsiaan maklumat yang diterima daripada klien kerana setiap individu berhak untuk mempertahankan privasi diri Kepercayaan Pembantu tidak boleh menyalahgunakan atau mendedahkan maklumat preribadi klien tanpa kebenaran supaya dapat mewujudkan keyakinan dan kepercayaan klien untuk berkongsi permasalahannya Pengecualian Terhadap Kerahsiaan Pembantu akan melanggar kerahsiaan mengikut undang-undang atau etika profesional apabila situasi tersebut membawa ancaman serius terhadap keselamatan


KERAHSIAAN Kepentingan Nilai Kerahsiaan Meningkatkan kepercayaan klien terhadap pembantu Mewujudkan persekitaran di mana klien merasa lebih selamat dan selesa untuk meluahkan isi hatinya Menjalinkan hubungan antara pembantu dengan klien Proses perhubungan menolong dapat dijalankan dengan lebih mudah dan berkesan


KEPERIBADIAN Nilai keperibadian dalam perhubungan menolong merujuk kepada kualiti dan sifat-sifat peribadi yang dianggap penting bagi seorang helper dalam membina hubungan yang berkesan dengan klien dan menyokong proses menolong. Helper dan klien mempunyai ciri-ciri peribadi yang tersendiri dalam perhubungan menolong(Brammer, 2003). Ciri-ciri helper yang baik: 1.Kesedaran tentang diri dan nilai-nilai Memerlukan kesedaran yang luas dalam mengenai kedudukan nilai mereka sendiri. Hal ini dapat membentuk helper(kaunselor) menjadi jujur dengan klien. 2.Kesedaran tentang pengalaman-pengalaman dan budaya Mengetahui dan memahami tentang perbezaan dan persamaan di antara helper dan klien supaya dapat bertindak dengan berkesan dan selesa melalui perbezaan budaya


KEPERIBADIAN 3. Kebolehan untuk menganalisa perasaanya sendiri Contohnya, helper mempunyai perasaan seperti kecewa kerana klien tidak dapat berkembang dengan baik. Hal ini helper perlu menangani keraguan dan konflik nilai serta berkarisma 4. Berkebolehan sebagai model dan mempengaruhi Menjadi model (kesopanan, kematangan dan keberkesanan) di dalam kehidupan peribadinya dan bertindak sebagai pakar (berpengetahuan tentang klien, latar belakang, sebab utama klien berjumpa helper dan dapat bergerak ke arah masalah utama klien) 5. Altruisme dan compassion Bersifat suka mengutamakan klien dan mempunyai belas kasihan yang tinggi terhadap kliennya. Helper juga mengidentifikasikan diri sebagai penolong dan tidak melihat diri sebagai terpisah dengan masyarakat. 6. Mempunyai tanggungjawab Helper bertanggungjawab melahirkan idea, memberikan reaksi atau sokongan selaras dengan kehendak klien dan bertingkah laku dengan beretika supaya klien bertanggungjawab terhadap keputusannya.


KEBEBASAN Nilai kebebasan dalam kaunseling mencerminkan hak setiap individu untuk membuat keputusan sendiri tentang kehidupan dan perjalanan emosional mereka. Ia menekankan pentingnya penghormatan terhadap autonomi klien dan kebebasan klien untuk menjalani kehidupan dengan cara yang dipilih. 1.Hak memilih Klien berhak memilih untuk mendapatkan bantuan atau sebaliknya Helper perlu menghormati keputusan klien untuk melibatkan diri dalam proses menolong. 2.Hak untuk menentukan objektif Klien mempunyai hak untuk menentukan matlamat dan objektif dalam perhubungan menolong Helper perlu bekerjasama dengan klien untuk membantu klien mencapai matlamat yang ditetapkan 3.Kebebasan berbicara Klien perlu merasa bebas untuk menyatakan perasaan, pemikiran dan pengalaman mereka tanpa takut dihakimi atau dikritik. Helper harus mencipta persekitaran yang selamat bagi klien untuk berbicara secara terbuka.


KEBEBASAN 4. Pilihan dalam intervensi Helper perlu menyediakan pelbagai pilihan intervensi dan strategi untuk membantu klien Membolehkan klien memilih pendekatan yang paling sesuai dengan keperluan dan nilai mereka sendiri 5. Penghormatan terhadap perbezaan Helper perlu menghormati perbezaan individu dalam kepercayaan, nilai, budaya dan jantina Setiap klien diberikan kebebasan untuk mengekspresikan diri tanpa takut diskriminasi atau penilaian yang tidak wajar 6. Kebebasan untuk menentukan perubahan Klien mempunyai hak untuk memilih untuk membuat perubahan atau tidak Helper perlu memberikan sokongan dan bimbingan untuk membantu klien membuat keputusan yang terbaik bagi diri mereka sendiri


2.1 Billion KEADILAN SOSIAL Nilai keadilan sosial merujuk kepada usaha helper untuk mengenali, memahami dan menangani isu-isu ketidakadilan sosial yang mungkin mempengaruhi kesejahteraan mental dan emosi klien. Helper berperanan sebagai agen perubahan sosial untuk memberikan landasan yang kukuh bagi helper untuk bekerja dalam konteks masyarakat dan mencerminkan komitmen mereka terhadap kesejahteraan klien dan masyarakat secara keseluruhan. 1.Sensitiviti Budaya: Helper perlu memahami dan menghormati kepelbagaian budaya dalam masyarakat serta mengenali dan menghargai pengaruh budaya, nilai, dan norma-norma sosial terhadap kesejahteraan klien. 2.Penyelarasan Nilai: Helper perlu menyelaraskan nilai-nilai mereka dengan prinsipprinsip keadilan sosial termasuk penentangan terhadap segala bentuk diskriminasi, penindasan, dan ketidaksamarataan sosial.


2.1 Billion KEADILAN SOSIAL 3. Penghargaan Keadilan dan Kesamarataan: Helper harus mempromosikan prinsip-prinsip keadilan dan kesamarataan dalam hubungan menolong dengan memberikan layanan yang sama rata kepada semua klien tanpa mengira latar belakang atau identiti mereka. 4. Pendidikan dan Kesedaran: Helper perlu terlibat dalam aktiviti-aktiviti pendidikan dan kesedaran untuk meningkatkan pemahaman tentang isu-isu keadilan sosial dalam kalangan klien dan masyarakat secara keseluruhan.


TOPIK 5 HALANGAN DALAM PERHUBUNGAN MENOLONG


ISI KANDUNGAN ETHNOSENTRISM PREJUDIS DISKRIMINASI GANGGUAN SEKSUAL 1 2 3 4 5 6 KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM KEPELBAGAIAN BUDAYA


ETHNOSENTRISM


ETHNOSENTRISM Etnosentrisme merujuk kepada sikap atau kecenderungan untuk menilai budaya, nilai, dan norma sosial dari perspektif atau standard budaya sendiri sebagai yang terbaik atau paling sesuai, sambil mengabaikan atau memperkecilkan budaya lain. (Summer W.G, , 1906) Istilah ini merangkumi aspek seperti kepercayaan bahawa budaya sendiri lebih unggul, menganggap budaya lain sebagai asing atau tidak menguntungkan, dan kurang kesediaan untuk memahami atau menerima pandangan dan nilai budaya yang berbeza. (Smith M.B. ,1966)


ETHNOSENTRISM Contoh praktikal etnosentrisme termasuk penilaian negatif terhadap kepercayaan agama, tradisi atau gaya hidup yang berbeza daripada kita sendiri tanpa cuba memahami konteks budaya secara berbeza. (Brewer M.B. & Brown R.J. , 1998) Ini boleh membawa kepada konflik antarabangsa, diskriminasi dan ketegangan antara kumpulan budaya.


ETHNOSENTRISM Ethnosentrisme boleh memberi kesan besar terhadap perhubungan menolong kerana ia dapat menghalang individu daripada merasa simpati atau empati terhadap orang-orang dari budaya lain. (Stephan W.G. & Finlay K. , 1999) Ini boleh menyebabkan pembentukan dinding antara kumpulan-kumpulan budaya dan mengurangkan kecenderungan untuk membantu atau menyokong individu dari luar kumpulan sendiri. (Dovidio J.F. & Gaertner S.L. , 2004)


ETHNOSENTRISM Ketidakselesaan dan Keengganan untuk Membantu: Individu yang mengamalkan etnosentrisme mungkin tidak selesa membantu individu daripada budaya lain kerana mereka melihat budaya tersebut sebagai asing atau asing. Mereka mungkin melihat individu itu sebagai "lain-lain" dan tidak merasakan keterikatan atau tanggungjawab untuk membantu.


ETHNOSENTRISM Diskriminasi dan Stereotaip Negatif: Etnosentrisme selalunya berkait rapat dengan diskriminasi dan stereotaip negatif terhadap kumpulan budaya lain. Individu yang dipengaruhi oleh etnosentrisme mungkin mempunyai pandangan negatif terhadap kumpulan lain, yang mungkin menghalang keinginan untuk membantu mereka dalam situasi yang memerlukan.


ETHNOSENTRISM Kurang Empati dan Pemahaman: Etnosentrisme boleh menghalang perkembangan empati dan pemahaman terhadap pengalaman dan keperluan individu daripada budaya lain. Tanpa empati yang mencukupi, individu mungkin tidak merasa terpaksa membantu atau memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan.


ETHNOSENTRISM Pengasingan dan Pengasingan Kumpulan: Kumpulan yang terpinggir atau diasingkan oleh sikap etnosentrik mungkin mengalami kesan sosial dan emosi yang merosakkan, yang mungkin menghalang mereka daripada mendapatkan atau menerima bantuan.


GANGGUAN SEKSUAL


GANGGUAN SEKSUAL suatu fenomena negatif yang boleh memberi kesan buruk kepada individu yang menjadi mangsa Menurut Kementerian Sumber Manusia, gangguan seksual didefinisikan sebagai maklumat atau ilmu berkenaan satu tingkah laku yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks yang biasanya berulang-ulang gangguan seksual adalah rangkaian tingkah laku yang meluas iaitu termasuk pandangan sepintas lalu dan gurauan yang tidak sopan, memberi komen yang merendahkan mana-mana pihak jantina, serangan seksual dan tindakan fizikal lain yang ganas (Heresh, 2015) gangguan seksual berada di tahap yang membimbangkan khususnya kepada golongan wanita di negara kita (Junita, 2019)


Click to View FlipBook Version