GANGGUAN SEKSUAL sebuah kajian lepas menunjukkan bahawa ramai mangsa gangguan seksuaol tidak melaporkan gangguan seksual bahkan tidak mengetahui bahawa mereka menjadi mangsa gangguan seksual (Sabitha, 2006) penerapan dalam diri berkaitan dengan pengetahuan gangguan seksual dalam kalangan remaja adalah penting bagi memastikan kesejahteraan emosi dan psikologi mereka berada dalam keadaan yang sihat (Lou & Chen, 2009) Teori seksualiti yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud (1990) telah dipilih dalam memberi kefahaman tentang pengetahuan seksual
GANGGUAN SEKSUAL TIGA JENIS UTAMA GANGGUAN SEKSUAL (Menurut Keplinger. et al, 2019) GANGGUAN SEKSUAL berbentuk ugutan (melibatkan pertukaran ganjaran dengan aktiviti seksual) GANGGUAN SEKSUAL mengganggu ketenteraman (termasuk perbuatan merenung tajam, menggunakan kata-kata dan sentuhan yang tidak diingini) GANGGUAN SEKSUAL yang menjurus pada ketidakseimbangan gender (perbezaan peranan yang membawa kepada penghinaan)
GANGGUAN SEKSUAL gangguan seksual menyebabkan trauma kepada mangsa dan menyebabkan mangsa memerlukan kaunseling untuk memulihkan trauma yang dialaminya Kajian yang dilakukan oleh Universitas Muhammadiyah Bengkulu menunjukkan bahawa proses kaunseling antara mangsa gangguan seksual dan kaunselor telah dijalankan melalui dua belas sesi dan dijalankan dengan berkesan.
GANGGUAN SEKSUAL PERANAN kaunselor dan prosedur menangani kes gangguan seksual dalam kalangan pelajar mendapatkan laporan daripada mangsa mengenalpasti tanda-tanda awal dan perbezaan tingkah laku serta emosi mangsa berjumpa dengannya dan sesi kaunseling dijalankan mengambil kira pelbagai aspek seperti dari rakan-rakan mangsa, bentuk fizikal mangsa dan lain-lain ibu bapa dan penjaga diberi konsultasi demi menghadapi kes ini ibu bapa atau penjaga melaporkan kes ke-pada pihak polis pengetua sekolah membuat laporan kepada PPD dan JPN demi memaklum kes ini dan meminta pandangan pengetua membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sesi kaunseling masih diteruskan dan laporan penuh sesi kaunseling disediakan
PREJUDIS
Prejudis Prejudis merujuk kepada penilaian negatif atau sikap prasangka terhadap individu atau kumpulan berdasarkan ciri-ciri tertentu seperti etnik, agama, jantina, atau latar belakang sosial. Dalam konteks komunikasi antara etnik, prejudis boleh mempengaruhi interaksi sosial dan mencipta jarak sosial di kalangan masyarakat. Prejudis tentang sesuatu boleh bermakna banyak perkara, bergantung pada seseorang individu rujukan bagi istilah tersebut. Seperti yang dicadangkan oleh Gardner (1994), perkataan "prejudis" boleh diambil secara literal untuk menunjukkan prasangka tentang sesuatu. Pada tahap kekhususan yang lebih lanjut,prejudis boleh mencadangkan penilaian, sama ada positif atau negatif, terhadap rangsangan.
Prejudis Komunikasi prejudis merujuk kepada penggunaan bahasa yang mengandungi sikap prejudis dan kepercayaan stereotaip terhadap kumpulan luar melalui percakapan dan komunikasi harian. Label Kumpulan dan Stereotaip: Label kumpulan memainkan peranan penting dalam komunikasi berprasangka. Label ini berfungsi sebagai pintasan mental, mengatur konsep tentang kumpulan yang berbeza. Contohnya, istilah seperti “hippie” atau “outsider” membangkitkan atribut-atribut tertentu dan stereotaip yang berkaitan dengan kumpulan tersebut. Stereotaip sering disandikan dalam bahasa. Orang mungkin menggunakan label kumpulan, metafora yang merendahkan martabat, atau jenaka berprasangka untuk mengungkapkan sikap dan kepercayaan secara eksplisit tentang kumpulan luar. Bias tersirat juga dapat terbocor melalui variasi struktur ayat dan pilihan kata yang halus. Kesan Komunikasi Berprasangka: Dalam Komuniti Kumpulan Sendiri: Sikap dan kepercayaan berprasangka dapat menyebar dalam komuniti kumpulan sendiri melalui percakapan individu, berita, media hiburan, dan media sosial. Terhadap Ahli Kumpulan Luar: Kumpulan yang sejarahnya terpinggir sering menjadi sasaran komunikasi berprasangka. Contoh termasuk: Penggunaan bahasa yang mengawal atau merendahkan: Berbicara dengan nada merendahkan. Maklum balas berprasangka: Memberikan nasihat yang dangkal. Perilaku bukan lisan: Menunjukkan ketidakpuasan atau kecemasan.
Prejudis Bahasa Berlapiskan Bias: Kata-kata : Gordon Allport menekankan bagaimana label mengatur persepsi kita tentang kumpulan. Misalnya, label “hippie” lebih cepat memicu atribut yang berkaitan daripada atribut tertentu yang memicu label itu sendiri. Label kumpulan merendahkan: Label ini mencerminkan pandangan negatif dan memperkukuh stereotaip. Mereka menumpukan pada atribut fizikal, amalan budaya, atau nama yang berkaitan dengan kumpulan tertentu. Zaman Digital dan Komunikasi Berprasangka: Walaupun banyak penemuan tentang komunikasi berprasangka berlaku dalam era digital, para penyelidik perlu meneroka bagaimana ciri-ciri unik media sosial membentuk fenomena ini. Secara ringkas, komunikasi berprasangka mempengaruhi kedua-dua sasaran dan pemerhati, memperkukuh stereotaip dan memperkuat bias. Penting untuk mengenali dan mencabar komunikasi sedemikian untuk memupuk pemahaman dan empati dalam interaksi antara kumpulan .
Prejudis Satu kajian yang dilakukan di Pangsapuri Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur mengkaji impak prejudis dan jarak sosial terhadap komunikasi antara etnik. Kajian ini melibatkan 300 responden yang dipilih berdasarkan komposisi etnik di kawasan tersebut. Hasil analisis menunjukkan bahawa: Komunikasi antara etnik mempunyai kaitan yang signifikan dengan kepentingan bersama dalam kalangan penduduk. Kewujudan kepentingan bersama akan membina pelantar integrasi yang kukuh dalam komuniti multietnik. Jarak sosial antara etnik dapat mengurangkan interaksi sosial. Oleh itu, komunikasi yang bermakna perlu diperkukuhkan untuk mengatasi prejudis dan memperkecilkan jarak sosial. Kajian ini memberikan pandangan tentang bagaimana komunikasi dan interaksi sosial dapat mempengaruhi hubungan antara etnik dalam komuniti. Oleh itu, kesedaran tentang prejudis dan usaha untuk memahami serta menghormati perbezaan etnik adalah penting untuk memupuk keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat kita
DISKRIMINASI
Diskriminasi Diskriminasi ialah tingkah laku menolak, membezakan atau mengehadkan layanan yang ditujukan kepada seseorang atau kumpulan berdasarkan sifat-sifat tersendiri seperti bangsa, warna kulit, bentuk badan fizikal, jantina, etnik, agama atau kelas sosial dengan tujuan untuk mengurangkan atau menghapuskan orang itu atau kumpulan dalam mendapatkan sumber. Menurut Chaplin (2014), diskriminasi ialah proses membezakan antara dua objek. Fulthoni et al. (2009) menyatakan bahawa diskriminasi adalah perbezaan dalam perlakuan. Di mana perbezaan dalam rawatan boleh disebabkan oleh warna kulit, kelas atau etnik dan boleh juga disebabkan oleh perbezaan jantina, ekonomi, agama dan sebagainya.
Diskriminasi Theodorson & Theodorson (dalam Fulthoni et al., 2009) berpendapat bahawa diskriminasi adalah layanan yang tidak sama rata atau tidak seimbang terhadap individu atau kumpulan berdasarkan kaum, etnik, agama atau keahlian kelas sosial. Brigham (dalam Kuncoro, 2021) menyatakan bahawa diskriminasi adalah layanan yang diberikan secara berbeza kerana keahlian dalam kumpulan atau etnik tertentu. Diskriminasi sering kali menjadi halangan dalam perhubungan menolong kerana ia mencipta ketidakadilan dan ketidakseimbangan dalam masyarakat.
Diskriminasi Apabila seseorang atau kumpulan tertentu didiskriminasi, mereka mungkin tidak mendapat akses yang sama kepada bantuan atau sokongan yang diperlukan. Hal ini boleh mengakibatkan terputusnya perhubungan antara individu atau kumpulan yang memerlukan bantuan dengan mereka yang boleh memberikan bantuan. Tambahan pula, diskriminasi boleh mencipta rasa ketidakselesaan dan keengganan untuk mencari bantuan dari pihak lain. Oleh itu, halangan ini mengurangkan kesediaan dan kemampuan masyarakat untuk membantu satu sama lain dengan sepenuhnya.
Diskriminasi Untuk mengatasi halangan ini, masyarakat perlu berusaha memerangi diskriminasi dalam semua bentuknya dan memastikan bahawa setiap individu diberikan peluang yang sama untuk menerima dan memberikan bantuan. Dengan cara ini, perhubungan menolong dapat berkembang dengan lebih baik dan lebih inklusif.
Beza Prejudis & Diskriminasi Keduanya berakar dari persepsi atau penilaian terhadap kumpulan tertentu. Dipengaruhi oleh faktor-faktor budaya, sosial, dan sejarah yang serupa. Keduanya boleh menyebabkan kerosakan emosi, kesulitan ekonomi, dan penghalangan dalam mencapai peluang. Prejudis dan diskriminasi sering berinteraksi secara kompleks, memperkukuhkan satu sama lain dalam masyarakat. Prejudis merujuk kepada pendapat atau sikap terdahulu yang dipegang terhadap seseorang atau kumpulan, sering kali berdasarkan stereotaip atau generalisasi, tanpa sebarang pengalaman langsung atau bukti. Prejudis boleh positif atau negatif. Prejudis positif mungkin melibatkan memberi keutamaan kepada kumpulan sendiri berbanding yang lain, manakala prejudis negatif biasanya melibatkan sikap negatif terhadap kumpulan lain. Prejudis boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti prasangka berdasarkan kaum, jantina, agama, dan lain-lain. Diskriminasi melibatkan tindakan atau tingkah laku yang memperlakukan orang secara tidak adil berdasarkan keahlian mereka dalam sesuatu kumpulan tertentu. Diskriminasi boleh berdasarkan prasangka, tetapi melibatkan tingkah laku sebenar daripada hanya sikap atau kepercayaan. Diskriminasi boleh berlaku dalam pelbagai domain termasuk pekerjaan, pendidikan, perumahan, penjagaan kesihatan, dan interaksi sosial. Diskriminasi boleh terbuka dan disengajakan, seperti menolak untuk menggaji seseorang disebabkan bangsa mereka, atau ia boleh berlaku secara terselindung dan tidak disengajakan, seperti prasangka sistemik dalam institusi yang memberikan kelemahan kepada kumpulan tertentu. Secara ringkasnya, prejudis merujuk kepada pendapat terdahulu atau sikap terdahulu, manakala diskriminasi melibatkan tindakan sebenar atau tingkah laku yang mengakibatkan perlakuan tidak adil berdasarkan sikap tersebut. Prejudis boleh menyumbang kepada diskriminasi, tetapi tidak semua prejudis mengakibatkan tingkah laku diskriminatif.
KEPELBAGAIAN BUDAYA
Kepelbagaian budaya Menurut Corey (1991), budaya adalah cara hidup yang diamalkan oleh individu atau kelompok individu. (masyarakat) Ia merangkumi peralatan yang digunakan, cara berfikir serta kepercayaan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Budaya tidak hanya dirujuk kepada warisan etnik atau bangsa, tetapi ia ditentukan oleh : - umur - jantina - gaya hidup - status ekonomi Menurut Rusnani (2001), budaya ditarifkan sebagai “ perkongsian gaya hidup, amalan, bahasa dan komunikasi, kepercayaan dan nilai sesuatu kelompok. Kamus Dewan (1992) mendefinisikan budaya diterjemahkan daripada perkataan Inggeris “culture” sebagai keseluruhan idea, adat, kepercayaan dan pengetahuan yang dikongsi bersama dalam sesuatu kelompok masyarakat.
Kepelbagaian budaya Pederson (1988) mentakrifkan kaunseling pelbagai budaya sebagai : “sesuatu situasi di mana dua atau lebih individu dengan cara yang berbeza, melihat persekitaran sosial masing- masing, telah dibawa bersama-sama di dalam suatu perhubungan menolong. Kaunseling pelbagai budaya merujuk kepada kaunseling yang melibatkan kaunselor dan klien dari latar belakang budaya yang berbeza. Ia merujuk sama ada mereka berbeza etnik, agama, usia, kelompok sosial, status ekonomi atau sosial. Ia meliputi hampir semua hubungan kaunseling. Pengaruh budaya memang wujud dalam hubungan dan proses kaunseling. Ini bermakna antara faktor yang mempengaruhi budaya klien, budaya kaunselor dan juga budaya persekitaran di mana kaunseling dijalankan yang menimbulkan masalah. Sebagai seorang profesional yang memberi khidmat kepada orang ramai, setiap kaunselor perlu mengambil kira ‘ pengaruh budaya ‘.
Kepelbagaian budaya Kaunselor pelbagai budaya mesti memiliki satu set kepakaran yang merangkumi aspek- aspek seperti kepercayaan dan sikap, kefahaman, pengetahuan dan kemahiran. Kaunselor memainkan peranan yang penting untuk memahami silang budaya dan sekaligus memastikan isu silang budaya akan dapat diselesaikan secara aman dan harmoni. Seorang kaunselor yang mengendalikan isu silang budaya harus keluar daripada sifat atau cara tradisional yang wujud dalam diri mereka. Mereka seharusnya memberi pemumpuan kepada isu- isu yang melibatkan budaya dan keluarga dan sewajarnya dilatih untuk memahami budaya masyarakat yang berbeza. Pelbagai pandangan telah diberikan oleh kaunselor dan individu tentang jalan penyelesaian isu silang budaya ini.
Kepelbagaian budaya Menurut Etika Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA), kaunselor perlu mematuhi salah satu etika iaitu menjalinkan hubungan antara kaunselor dan klien. Dengan mengelakkan kepelbagaian budaya menjadi halangan, kaunselor dapat membangunkan pendekatan yang relevan terhadap keperluan dan nilai-nilai budaya klien. Dengan ini, kaunselor dapat membina hubungan yang kukuh dan meningkatkan kepercayaan dengan kliennya di samping memudahkan proses pemulihan dan perkembangan individu. Kaunselor hendaklah sentiasa menghargai kepelbagaian budaya, rasa selesa dengan perbezaan agama dan kepercayaan dan lain-lain ciri-ciri budaya yang terdapat di antaranya dengan klien Kaunselor hendaklah menaruh kepercayaan bahawa integrasi di antara beberapa sistem nilai berbeza boleh dimanfaatkan untuk perkembangan klien dan diri kaunselor sendiri.
Kepelbagaian budaya Di samping itu kaunselor hendaklah berkeupayaan memahami pandangan dunia klien tanpa menilai pandangan tersebut secara terlalu kritikal. Keinsafan ini hendaklah timbul daripada kepekaan bahawa bias peribadi menyebabkan hubungan teraputik bersama kliennya terjejas. Sekiranya perlu, klein hendaklah dirujuk kepada kaunselor yang difikirkan sesuai. Contohnya, merujuk kepada kaunselor sama etnik dengan klien sekiranya itu merupakan jalan penyelesaian terbaik buat klien. Pengetahuan harus ada pada kaunselor meliputi pemahaman tentang kesan penindasan dan perkauman bukan sahaja terhadap profesion kesihatan mental tetapi juga terhadap kehidupan peribadi dan amalan profesional mereka. Selain itu kaunselor hendaklah faham tentang andaian-andaian nilai beberapa teori kaunseling utama dan kesan implimentasinya ke atas nialai-nilai kelompok budaya berlainan.
Kepelbagaian budaya Kaunselor hendaklah juga memahami ciri-ciri dan prinsip- prinsip asas kaunseling yang dapat mengatasi batas-batas dan halangan- halangan dalam budaya. Lebih daripada itu mereka mempunyai pengetahun khusus mengenai latar belakang, tradisi dan nilai-nilai kelompok budaya klien mereka.
KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM
KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM Kepercayaan merujuk kepada keyakinan atau kepercayaan yang dimiliki oleh individu atau masyarakat terhadap sesuatu yang bersifat spiritual, agama, atau kepercayaan lain yang mempengaruhi cara hidup dan interaksi sosial (Mok, T. S., & Wong, H. Y. , 2021) Kepercayaan memainkan peranan penting dalam pembentukan nilai, norma, dan tingkah laku individu atau masyarakat (Rahim, N. A., et al. ,2020)
KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM Adat resam pula merujuk kepada aturan dan tatacara yang diikuti oleh masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan seperti perkahwinan, kematian, upacara keagamaan, dan lain-lain (Dzulkifli, M. A. , 2019) Adat resam berkait rapat dengan nilai, tradisi, dan identiti budaya masyarakat tersebut
KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM Kepercayaan dan adat resam memainkan peranan penting dalam menentukan sikap dan tingkah laku masyarakat terhadap perhubungan menolong (Markus, H. R., & Kitayama, S. , 2010) Perkaitan antara kepercayaan dan adat resam dengan halangan dalam perhubungan menolong boleh dilihat melalui beberapa aspek (Brown, R., & Hewstone, M. , 2005)
KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM Pengaruh Kepercayaan Agama: Kepercayaan agama sering memainkan peranan yang besar dalam menentukan nilai moral dan etika dalam masyarakat. Apabila nilai ini bercanggah dengan keperluan untuk membantu individu dari luar kumpulan, ia boleh menjadi penghalang untuk membantu perhubungan. Sebagai contoh, dalam sesetengah kepercayaan atau agama, terdapat larangan terhadap interaksi dengan individu daripada kumpulan agama atau budaya lain.
KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM Adat Resam Yang Menekankan Kepentingan Kumpulan Sendiri: Adat resam selalunya menitikberatkan kepentingan dan kebajikan kumpulan sendiri yang boleh menghalang kecenderungan untuk membantu individu dari luar kumpulan. Ini boleh mewujudkan halangan psikologi dan sosial untuk menghormati dan empati terhadap orang yang tidak dikenali.
KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM Stereotaip dan Prejudis Berdasarkan Kepercayaan dan Adat Resam: Kepercayaan dan adat resam sering membentuk stereotaip dan prasangka terhadap individu daripada budaya atau kepercayaan lain. Ini mungkin mengakibatkan kekurangan kesediaan untuk membantu atau memberikan sokongan kepada individu yang dianggap sebagai "lain" atau berbeza.
KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM Sekatan terhadap Perubahan Budaya: Kepercayaan dan adat resam kadangkala mengekalkan norma sosial konservatif dan menentang perubahan budaya atau pengaruh luar. Ini boleh menghalang integrasi antara kumpulan budaya dan merumitkan hubungan membantu.
RUJUKAN Md Yunus, Marzudi, et al. “Impak Prejudis Dan Jarak Sosial Terhadap Komunikasi Antara Etnik Di Pangsapuri Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.” Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, vol. 36, no. 4, 11 Dec. 2020, pp. 34–53, ejournal.ukm.my/mjc/article/download/37317/11481, https://doi.org/10.17576/jkmjc-2020-3604-03. Accessed 21 Feb. 2021. Nelson, Todd D., and Michael A. Olson. The Psychology of PREJUDICE. 3rd ed., Guilford Publications, 2024. Ruscher, J. B. (2001). Prejudiced communication: A social psychological perspective. Guilford Press. Awang, N. (n.d.). Kaunseling pelbagai budaya. . https://www.scribd.com/document/284040197/Kaunseling-Pelbagai-Budaya Sumner, W. G. (1906). "Folkways: A Study of the Sociological Importance of Usages, Manners, Customs, Mores, and Morals." American Journal of Sociology, 11(6), 738–740. Smith, M. B. (1966). "Ethnocentrism: Theories of Conflict, Ethnic Attitudes, and Group Behavior." International Encyclopedia of the Social Sciences. https://link.springer.com/chapter/10.1007/978-1-4612-3582-8_7 Brewer, M. B., & Brown, R. J. (1998). "Intergroup Relations." In D. T. Gilbert, S. T. Fiske, & G. Lindzey (Eds.), The Handbook of Social Psychology (Vol. 2, 4th ed., pp. 554–594). McGraw-Hill. https://www.scirp.org/reference/referencespapers?referenceid=2168640 Stephan, W. G., & Finlay, K. (1999). "The Role of Empathy in Improving Intergroup Relations." Journal of Social Issues, 55(4), 729–743., https://www.researchgate.net/profile/WalterStephan/publication/229665465_Improving_Intergroup_Relations_The_Effects_of_Empathy_on_Racial_Attitudes1/links/5e611f8a4585151635 51b704/Improving-Intergroup-Relations-The-Effects-of-Empathy-on-Racial-Attitudes1.pdf Dovidio, J. F., & Gaertner, S. L. (2004). "Aversive Racism." Advances in Experimental Social Psychology, 36, 1–52., https://awspntest.apa.org/record/2005-01913-001
RUJUKAN Mok, T. S., & Wong, H. Y. (2021). "Religiosity and Traditional Chinese Beliefs as Predictors of Subjective Well-being in Chinese Older Adults in Malaysia." International Journal of Aging & Human Development, 92(2), 188–209., https://www.researchgate.net/publication/338690717_RELIGIOSITY_AND_SUBJECTIVE_WELLBEING_TOWARDS_A_BALANCED_CIVILIZATION_A_STUDY_AMONG_MUSLIM_OLDER_ADULTS_IN_MALAYSIA Rahim, N. A., et al. (2020). "Adat Resam dan Kepelbagaian Budaya di Kalangan Masyarakat Melayu Sarawak: Satu Kajian Awal." Journal of Southeast Asian Studies, 25(2), 1–18., https://melayu.library.uitm.edu.my/view/subjects/Budaya=5FMelayu.html Dzulkifli, M. A. (2019). "Kepercayaan Lokal dan Persekitaran: Kajian Kes di Kampung Orang Asli Sungai Siput." Malaysian Journal of Society and Space, 15(6), 26–36., http://journalarticle.ukm.my/14211/1/36209-114166-1-PB.pdf Markus, H. R., & Kitayama, S. (2010). "Culture and the Self: Implications for Cognition, Emotion, and Motivation." Psychological Review, 98(2), 224– 253., https://www.researchgate.net/publication/232558390_Culture_and_the_Self_Implications_for_Cognition_Emotion_and_Motivation Brown, R., & Hewstone, M. (2005). "An Integrative Theory of Intergroup Contact." Advances in Experimental Social Psychology, 37, 255–343., https://www.researchgate.net/publication/247316943_An_Integrative_Theory_of_Intergroup_Contact Munir, M. S., & Sarnon, N. (2023, Januari). ‘Akukah Mangsanya?’: Pengetahuan Mahasiswa Terhadap Isu Gangguan Seksual. Jurnal Wacana Sarjana, 7(1), 1-8. https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/518/430 Gumilang, I., & Fajarini, S. D. (2021, Mei). Proses Konseling Antara Korban Pelecehan Seksual Dengan Konselor Di Cahaya Perempuan Women Crisis centre Bengkulu. Jurnal Mahasiswa, 2(1). https://doi.org/10.36085/j-sikom.v2i1.3066
SEKIAN TERIMA KASIH USAHA SEMUA PELAJAR PISMP AMBILAN JUN 2023/2028 IPGM KAMPUS SARAWAK