The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosebalkes, 2021-10-22 02:06:00

BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2021

Kali ke-31




SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24





09.00 PAGI –12.00 TENGAH HARI
23 OKTOBER 2021 ( SABTU )

PELANTAR GOOGLE MEET

KEDIAMAN SENDIRI


DI RASMIKAN OLEH :
Tuan Musa bin Ismail

Timbalan Pegawai PPD Sektor Perancangan
PPD Petaling Perdana

ISI KANDUNGAN




BIL PERKARA M/SURAT

1. UCAPAN PENGERUSI 1-2

2. UCAPAN PENASIHAT 3-4

3. MISI DAN VISI PIBG SK SEKSYEN 24 5
4. ATURCARA MAJLIS 6

5. AGENDA MESYUARAT 7

6. KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA/GURU KE 8-15
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE– 30
7. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 30 16-48

8. AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG SESI 49
2020/2021
9. AHLI JAWATANKUASA BIRO PIBG SESI 50
2020/2021

10. REKOD KEHADIRAN AJK PIBG SESI 2020/2021 51

11. LAPORAN TAHUNAN TAHUN 2020 52-53

12. LAPORAN KEWANGAN TAHUN 2020 54-57

13. USUL DAN CADANGAN TAHUN 2020/2021 58-61

14. KEPUTUSAN PEMILIHAN AJK INDUK PIBG SESI 62
2021/2022
15. JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT 63-69
AGUNG PIBG KALI KE-31 TAHUN 2021

16. LAMPIRAN 70-83

17. PENGHARGAAN 84






2

UCAPAN PENGERUSI







ASSALAMUALAIKUM W.B.T

YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR SK SEKSYEN 24
ENCIK AZMAN BIN MOHD ARIS
YANG DIHORMATI BARISAN GURU-GURU
PENOLONG KANAN SK SEKSYEN 24, AJK PIBG, GURU-
GURU SK SEKSYEN 24, SERTA PARA IBU BAPA YANG
DIKASIHI SEKALIAN.

Marilah kita sama-sama melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya serta rahmat Nya maka kita dapat sama –sama berkumpul
pada hari ini bagi melaksnakan Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 24 kali ke
31 bagi tahun 2021.

Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak
sekolah terutamanya Tuan guru Besar En Azman bin Mohd Aris yang juga
merupakan penasihat PIBG serta kepada para guru dan AJK PIBG yang telah
bertungkus lumus dalam merealisasikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 31 ini
walaupun dalam situasi Norma baru yang sangat mencabar dan memerlukan
daya kreativiti dan usaha yang luar biasa.Tahniah diucapkan dan
sememangnya saya yakin dan percaya semua guru SK 24 sangat hebat

Hadiri dan hadirat yang dihormati sekalian

PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi
hubungan antara pihak sekolah dan komuniti. Justeru itu, PIBG sewajarnya
bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang
kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah.










1

3

Sejak awal penubuhan lagi,PIBG SK Seksyen 24 telah banyak berkolaborasi
dengan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah seperti
Gotong royong Perdana, majlis solat hajat, Majlis Hari Guru,Majlis
kecemerlangan pelajar, Sambutan Hari Raya Perdana dan sebagainya.


Justeru itu,saya sangat berharap semoga program dan aktiviti sebegini dapat
diteruskan bagi meningkatkan kecemerlangan para pelajar serta dapat
mencungkil bakat dan potensi para pelajar di masa akan datang.


Kami AJK PIBG bagi sesi 2020/2021 telah cuba menjalankan tugas kami
dengan cara yang terbaik. Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa
memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini
khasnya.Sumbangan Tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya
untuk membantu program-program sekolah yang bertujuan meningkatkan
pencapaian pendidikan, sahsiah dan keselesaan anak-anak kita di sekolah ini.


Saya juga ingin menegaskan bahawa sekolah ini amat memerlukan kerjasama
dari ibu bapa sekalian umpamanya di dalam hal kehadiran anak-anak
ke sekolah setiap hari sama ada secara pdpr ataupun secara bersemuka nanti.


Selain itu, saya juga mengharapkan ibu bapa sentiasa memberi galakan
kepada anak-anak tuan puan sekalian dalam menyertai segala aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah dalam pelbagai peringkat bagi membuktikan
komitmen tuan puan terhadap sekolah ini.

Akhir kata…saya sebagai YDP PIBG SK seksyen 24 bagi sesi 2020/2021
mengucapkan syabas dan tehniah kepada semua yang telah banyak
menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit demi membantu pihak sekolah
menjayakan pelbagai usaha dan aktiviti bagi membantu meningkatkan
kecemerlangan dan kejayaan anak-anak SK Seksyen 24.


Dengan ini dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG SK Seksyen 24 kali ke 31 .

Mohd Syariffuddin bin Rahmat

YDP PIBG
SESI 2020/2021
SK Seksyen 24
2

4

UCAPAN PENASIHAT







Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan limpah
kurnia dan izinNya, dapatlah kita sama-sama
berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG
SK Seksyen 24 kali ke-31 bagi sesi 2020/2021. Saya
merakamkan ucapan ribuan terima kasih pada semua
ibu bapa yang dapat hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ini.
Saya juga ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada YDP PIBG, ahli
exco, dan guru-guru serta staf sekolah kerana telah dapat merancang,
mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini. Tahniah dan syabas
saya ucapkan di atas penglibatan semua pihak.

Ini merupakan julung kalinya kita bermesyuarat secara maya dan kita mestilah
dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru ini dengan kedatangan
pandemik Covid-19. Tahun ini kita dikejutkan dengan penularan wabak
Covid-19 menyebabkan iklim sekolah telah berubah. Guru, murid, ibu bapa
dan sekolah terpaksa belajar dengan norma baharu iaitu pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR)

Kami pihak sekolah telah berusaha sedaya upaya menyedia dan
menggunakan segala kemudahan untuk memastikan anak-anak dapat
mengikuti pembelajaran dan tidak ketinggalan dalam pelajaran. Penjajaran
sukatan dibuat melalui kaedah dan teknik. Pengajaran dipelbagaikan sama
ada melalui atas talian seperti penggunaan aplikasi Google Meet, WhatsApp,
Telegram, You Tube dan penyediaan modul melalui kaunter ambil dan hantar
bahan oleh ibu bapa dan sekolah



.


3

5

Rahmat disebalik Covid-19 ini memberi peluang kepada kita untuk
mendekati anak-anak serta merancang dan menyesuaikan kaedah
baharu dalam mendidik anak-anak. Marilah kita sama sama berdoa agar
ancaman Covid-19 berakhir. Kita juga dituntut bersabar atas musibah
dan ujian ini. Kepada Allah jua kita bertawakal.

Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah sama-sama kita
melibatkan diri secara aktif dan menyeluruh dalam menyumbangkan
kepakaran dan kemahiran bagi membantu pihak sekolah dalam semua
aspek. Pihak sekolah amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan
kepakaran dan kemahiran yang diberikan oleh ibu bapa demi
kecemerlangan SK Seksyen 24.
Akhir kata, saya merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama
pihak ibu bapa kerana dapat menghadirkan diri bagi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 pada tahun ini. Saya berharap
mesyuarat pada kali ini berjalan lancar dan segala usaha yang akan
dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga segala apa yang
dilakukan

diberkati Allah S.W.T.


Sekian, terima kasih.


En Azman b Mohd Aris
Guru Besar

SK Seksyen 24












4

6

VISI DAN MISI PIBG SK SEKSYEN 24








VISI PIBG

PIBG Peneraju Kecemerlangan


Yang Unggul















MISI PIBG

Misi membantu sekolah memberi


pendidikan berkualiti bagi

melahirkan modal insane

cemerlang berlandaskan aspirasi


pendidikan negara











5

7

ATUR CARA





8.30 pagi : Pendaftaran : AJK PIBG/bu Bapa/ Penjaga/Guru

8.45 Pagi : Montaj SKS24 ditayangkan

9.00 Pagi : Lagu Negaraku
: Bacaan Doa

( Ustaz Rosli bin Rozemi )
: Ucapan yang Dipertua PIBG SK Seksyen 24
Encik Mohd Syariffuddin bin Rahmat

: Ucapan Guru Besar SK Seksyen 24
( Encik Azman bin Mohd Aris )
: Ucapan Perasmi, Timbalan Pegawai PPD Sektor
Perancangan PPD Petaling Perdana
(Tuan Musa bin Ismail)

: Pengumuman pemberian Sijil Penghargaan AJK PIBG sesi
2020/2021

9.15 Pagi : Mesyuarat Agung PIBG bermula
: Ucapan Alu-aluan YDP IBG
: Pembentangan dan Pengesahan Laporan Minit Mesyuarat
Agung kali ke -30
: Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan
: Pembentangan Kewangan PIBG 2020/2021

: Membincangkan usul-usul
: Pembubaran JK PIBG 2021/2022

: Pelantikan AJK PIBG sesi 2021/2022
: Cabutan Bertuah
: Ucapan penangguhan

12.00 Tghr : Majlis Bersurai 6

8

AGENDA MESYUARAT





1. Ucapan pengerusi ( Yang Dipertua PIBG sesi 2020/2021 )

2. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agong
PIBG kali ke-30.

3. Membentangkan dan menerima Laporan Tahuna n PIBG

4. Membentangkan , menerima dan meluluskan penyata
kewangan PIBG

5. Membahaskan usul dan cadangan

6. Pembubaran JK PIBG 2020/2021


7. Pemilihan JK PIBG sesi 2021/2022

• Seorang Yang Dipertua
• Seorang Naib Yang Dipertua

• Setiausaha
• Bendahari
• Ahli Jawatankuasa PIBG


8. Pemilihan Jawatankuasa lain
• Seorang juruaudit dalaman

• Seorang pemegang amanah

9. Ucapan penangguhan Yang Dipertua PIBG 2021/2022

10. Hal-hal lain





7

9

Rekod Kehadiran







Ibubapa ,







Penjaga & Guru
































10

KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA & GURU
































































8

11

KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA & GURU































































9

12

KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA & GURU































































10

13

KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA & GURU































































11

14

KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA & GURU































































12

15

KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA & GURU































































13

16

KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA & GURU































































14

17

KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA & GURU































































15

18

Minit Mesyuarat







PIBG




































19

SURAT JEMPUTAN MESYUARAT PIBG
































































16

20

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31





PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24
JALAN PETOLA 24/8,40300 SHAH ALAM,SELANGOR DARUL
EHSAN.

No. Tel. : 03-55418623 | No.Faks : 03-55482017 |
Email : [email protected]

______________________________________________________________________________________
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
KALI KE- 30 SESI 2020/2021


Tarikh : 22 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 9:45 pagi – 1:30 tengahari
Tempat : Dewan Wawasan SK Seksyen 24
Kehadiran : 230 orang

CATATAN MESYUARAT


1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Pengerusi majlis mengucapkan salam dan mengalu-alukan ke-

hadiran ibu bapa dan guru. Pengerusi majlis mempersilakan Ustaz
Rosli bin Rozemi untuk membacakan doa.

2. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2019/2020


2.1 Yang Dipertua PIBG sesi 2019/2020, Mohd Syariffuddin bin Rahmat
mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan guru ke Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-30.









17

21

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31






2.2 Yang Dipertua mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa
yang memberikan sumbangan dan kerjasama dalam
melancarkan program-program yang dilaksanakan oleh
PIBG sepanjang tahun 2019/2020.

2.3 Yang Dipertua menerangkan beberapa program dan aktiviti yang
dianjurkan oleh PIBG bersama sekolah antaranya:

2.3.1 Mewujudkan kerjasama bersama pihak MBSA melalui
MPP Zon 8 dengan surat permohonan bagi menangani

isu tempat menunggu ibu bapa dan parking bas
sekolah di hadapan sekolah ketika waktu puncak serta
pengalihan rumah sampah ditempat yg lebih sesuai.

2.3.2 Mendapatkan pembekalan penyelenggaraan dari

pada pejabat ahli parlimen shah alam bagi
pembaikan tandas di blok A dan B.

2.3.3 Memotong rimbunan pokok yg menghasilkn daun
gugur menyebabkan takungan air di belakang

kawasan kantin.

2.3.4 Menyelenggara lubang saluran pembentungan
dalam keadaan yg kritikal antara blok D dan E.








18

22

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31






2.3.5 Menyelenggara beberapa paip bocor di atas
ceiling kelas murid yg terlibat.

2.3.6 Mendapatkan sumbangan luar untuk pemasangan
singki di kantin untuk kegunaan murid.

2.3.7 Mendapatkan sumbangan luar set jersey pasukan
bola sepak untuk kejohanan Piala Raja Muda 2019.

2.3.8 Mendapatkan sumbangan luar set jersey pasukan
bola jaring untukkejohanan MSSD 2020.

2.3.9 Program Karnival Cergasthon 2019.
2.3.10 Program sambutan hari raya perdana 2019.

2.3.11 Program iftar ramadhan (bubur lambuk bacaan
yasin, solat hajat dan solat terawih).


2.3.12 Program hari sukan sekolah


3. UCAPAN GURU BESAR SK SEKSYEN 24

3.1 Guru Besar SK Seksyen 24, Azman bin Mohd Aris
mengalu-ngalukan kedatangan ibu bapa dan memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah kerana segala perancangan dan

usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 dapat

direalisasikan.







19

23

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31





3.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa
yang hadir dan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi
merealisasikan visi dan misi KPM serta Falsafah Pendidikan

Kebangsaan bersama sekolah ke arah membangunkan sahsiah
murid untuk kemenjadian murid dalam semua bidang khususnya
akademik dan kokurikulum.


3.3 Guru Besar menjelaskan keseronokan belajar harus dipupuk kepada
anak-anak bukan sahaja di sekolah malah di rumah. Dengan itu,
ungkapan yang selalu digunakan “Berlari Datang Ke Sekolah,
Berjalan Pulang Ke Rumah” dapat diubah kepada “Berlari Datang

Ke Sekolah, Berlari Pulang Ke Rumah”. Oleh itu, murid-murid akan
sentiasa inginkan kejayaan ibarat pepatah “Datang Dengan
Harapan, Pulang Dengan Kejayaan”.


3.4 Selain itu, Guru Besar menerangkan kejayaan anak-anak adalah
merupakan hadiah yang paling bermakna dan bernilai kepada kita
yang bergelar ibu dan bapa. Ini perlu dilihat dari sudut yang lebih
besar kepada yang lebih kecil. Untuk itu, ibu bapa mestilah peka

terhadap kekuatan dan kelemahan anak-anak yang berpotensi untuk
cemerlang dalam semua bidang khususnya akademik













20

24

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31





3.5 Guru Besar memaklumkan juga bahawa pihak sekolah sangat

memandang serius potensi setiap murid demi kecemerlangan
sekolah dan ianya mestilah hasil kekuatan warga kerjanya yang
sentiasa menyediakan program-program yang strategik dan
berfokus yang berterusan melalui dialog prestasi dan intervensi

berfokus. Kesemuanya bermula daripada “Goal Setting” yang
ditetapkan, maka lahirlah “Headcount” yang merupakan potensi diri
yang boleh diukur.

3.6 Tambahan Guru Besar, ibu bapa murid tahun 6 telah sedia maklum dan

faham mengenai istilah “ headcount ” dan pada tahun ini pihak
sekolah juga akan kembangkan lagi kepada murid-murid tahun 5
dan tahun 4. Pihak sekolah inginkan para ibu bapa melihat potensi

anak-anak bagi membantu dan memotivasikan mereka ke arah
kecermelangan dalam apa jua bidang.

3.7 Hasil dari pencapaian akademik melalui peperiksaan awam iaitu ujian

penilaian sekolah rendah (UPSR) yang mendapat 6A telah
meningkat daripada 1 orang pada tahun 2017 dan 2018 kepada 4
orang pada tahun 2019. Jumlahnya akan terus ditambah dengan
target sekurang-kurangnya 10 orang pada tahun 2020. Dengan itu,
pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak sekolah seperti

dialog prestasi tahun 6, kelas tambahan berfokus, kelas malam,
bengkel menjawab soalan dan program mentor mentee.






21

25

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




3.8 Guru Besar menjelaskan bahawa kunci kejayaan sebuah seklah
dengan mengadakan Majlis Dialog Prestasi Khusus untuk murid-murid

tahun 6 sebanyak 3 kali setahun iaitu selepas ujian bulan Mac, selepas
peperiksaan pertengahan tahun dan juga selepas pemeriksaan percubaan
UPSR. Pihak sekolah menginginkan kerjasama ibu bapa untuk
bersama-sama berbincang mengenai masalah dan mencari jalan

penyelesaian mahupun intervensi ke arah menyelesaikan isu-isu berkaitan
dengan kelemahan anak-anak. Antara program baru yang pihak sekolah
akan jalankan adalah kelas tambahan berfokus pada waktu malam demi
memacu anak-anak murid untuk focus kepada 6A. Bukan itu sahaja, pihak

sekolah akan focus kepada usaha untuk meningkatkan peratusan lulus
semua mat pelajaran iaitu mengusasai tahap minima khususnya murid
tahun 6. Selain itu, latih tubi berfokus, bengkel teknik menjawab soalan,
program motivasi dan program mentor mentee yang memerlukan

kerjasama erat antara ibu bapa dan pihak sekolah telah dilaksanakan lebih
awal berbanding tahun lepas.

3.9 Guru Besar juga memaklumkan, dalam bidang kokurikulum, antara

pencapaian cemerlang yang telah dicapai adalah seperti berikut:
3.6.1 Unit Beruniform – Pandu Puteri Tunas ke peringkat Kebangsaan
3.6.2 Olahraga – Merentas Desa ke peringkat Kebangsaan
3.6.3 Sukan& Pemainan – Ragbi mendapat tempat Ketiga (Daerah)








22


26

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31





3.6.4 Aktiviti Ko-akademik – Dikir Barat (Assudais) ke peringkat
Kebangsaan,
3.6.4 Petah Bicara ke Kebangsaan, Bercerita kisah-kisah Nabi –

Negeri

3.10 Bagi tahun 2020, Guru Besar memaklumkan antara pencapaian
yang telah diperolehi adalah seperti berikut:

3.7.1 Acara Olahraga:-
Emas - Lompat Jauh (P) Tahun 6 (ellyana ezzanie)
Separuh akhir – 200 meter L6 (Adam Danial),
L5 (Nasrullah Aniq) P5 (Maria Mirza)

Akhir – 1200m L5 (Ahmad Zekryyamani dan Rayyan
Darwish) 200m P5 (Zulfa Aimy) 4X200m P5

3.11 Guru Besar juga memaklumkan perancangan untuk kegemilangan

dalam Kokurikulum Sk Seksyen 24 adalah seperti Pembangunan
Sukan Elit dalam Bola Sepak (FAS), Ragbi Sentuh, Bola Jaring,
Bola Baling. Untuk sukan dan permainan baru seperti Hoki,
Memanah, Softball dan Bowling. Manakala dalam Unit Uniform
seperti TKRS (kawad kaki), Pengakap (Lencana Kepandaian). Untuk

membangunkan program-program tersebut memerlukan penglibatan
dari guru-guru, tenaga mahir, ibu bapa dan pihak swasta.









23


27

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




3.12 Guru Besar juga menerangkan kecermelangan murid-murid dengan

adanya kerjasama yang erat antara pihak sekolah yang terdiri
daripada guru-guru dan PIBK iaitu penglibatan ibu bapa dan komuniti.
PIBK merujuk SPI KPM Bil.1 tahun 2018 dalam garis panduan PIBK
dan Komuniti Sebagai Sukarelawan Di Dalam Kelas (SDK) terbahagi
kepada dua iaitu sukarelawan, komuniti dan swasta. Dalam inisiatif

PIBK , semua pihak berganding bahu untuk membantu meningkatkan
kecemerlangan sekolah selain daripada warga pendidik.

3.13 Guru Besar menerangkan PIBG merupakan persatuan yang perlu
ditubuhkan di sekolah. Pendaftar kepada PIBG adalah Jabatan

Pendidikan Negeri Selangor iaitu Pengarah Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor. Selain itu, Guru besar menyatakan peranan PIBG
dalam menjadi pemacu kepada kecemerlangan sekolah
bersandarkan anak-anak ahli sebagai murid, guru sebagai

pembimbing. Peranan ibu bapa sangat penting kerana
kecemerlangan murid-murid bermula daripada rumah. Hal ini penting
bagi memotivasikan anak-anak supaya seronok belajar di rumah dan
juga disekolah kerana asas kepada kecemerlangan seseorang
manusia bergantung kepada berfungsi atau tidak anggota badannya.


3.14 Guru Besar menerangkan lagi PIBG mestilah digerakkan oleh satu
jawatankuasa yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PIBG.
Rujukannya ialah perlembagaan yang digariskan oleh KPM melalui
buku Akta Pendidikan 550 dan disokong oleh Buku Panduan PIBG

Sekolah-Sekolah Malaysia yang telah diterbitkan oleh KPM





24
28

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




3.15 Guru Besar juga menerangkan tentang keanggotaan


3.12 Guru Besar berharap peranan PIBG dalam menjadi pemacu kepada
kecemerlangan sekolah bersandarkan anak-anak ahli sebagai
murid, guru sebagai pembimbing dan kecemerlangan seorang
manusia bergantung kepada berfungsi atau tidak anggota

badannya.

4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-30 & LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN
2019


4.1 Setiausaha PIBG sesi 2019/2020, Noorul Huda binti Mohamad
Nawawi membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG yang ke-30.
Setiausaha meminta hadirin merujuk minit mesyuarat Agung yang

ke-29 yang telah diberikan.

4.2 Ariani binti Ahmad meminta untuk merujuk perkara 9.7, berkenaan
tiada pengumuman AJK PIBG dalam kalangan guru dalam mesyuarat

yang lepas dan Naib Yang DiPertua Mohd Raduan memaklumkan
pelantikan guru telah di maklumkan dalam mesyuarat kali ke-29.

4.3 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29.

Dicadang oleh : Mohd Naqiuddin bin Alias
Disokong oleh : Mohd Nor Azam bin Yusof









25
29

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31





4.4 Setiausaha turut membentangkan laporan aktiviti yang telah
dijalankan oleh PIBG dan sekolah sepanjang tahun 2019. Antaranya
Hari Sukan Tahunan dan sukaneka, Karnival Kerjaya, Sambutan Hari
Guru, Karnival Cergasthon, Majlis Restu Ilmu, Hari Anugerah

Kecemerlangan, Hari Orientasi Tahun 1, Majlis Permuafakatan dan
Dialog Prestasi bersama ibu bapa Tahun 6, Majlis Hari Raya Aidilfitri
Perdana, Majlis Solat Hajat Tahun 6. Sambutan Hari Kanak-Kanak,

Program Ziarah Cakna, Majlis Berbuka Puasa dan sebagainya


4.5 Pengesahan laporan aktiviti PIBG Tahun 2019
Dicadang oleh : Mohd Sharizan bin Alias
Disokong oleh : Nur Salmira binti Ismail

5. PERKARA PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit.


6. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN
PIBG SESI 2019/2020
6.1 Bendahari PIBG sesi 2019/2020, Siti Syuhada binti Mohd Anis

membentangkan laporan kewangan bagi tahun 2019 bermula bulan
Januari sehingga 31 Disember 2019. Baki kewangan berakhir
31 Disember 2019 sebanyak RM3810.33.
6.2 Bendahari meminta ahli hadirin meneliti perincian pendapatan dan

perbelanjaan pada laporan kewangan di muka surat 25. Bendahari
juga meminta hadirin menyemak nota yang telah diedarkan.




26
30

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31





6.3 Nur Saliza meminta penjelasan mengenai sumbangan ibu bapa

sempena Sambutan Hari Raya yang direkodkan secara berasingan dan
bendahari memaklumkan terdapat pengasingan kutipan keseluruhan
kutipan sumbangan dari ibubapa dan tidak dimasukan ke dalam akaun
PIBG kerana kekangan masa.


6.3 Nur Saliza meminta penjelasan mengenai sumbangan ibu bapa
sempena Sambutan Hari Raya yang direkodkan secara berasingan dan
bendahari memaklumkan terdapat pengasingan kutipan keseluruhan

kutipan sumbangan dari ibubapa dan tidak dimasukan ke dalam akaun
PIBG kerana kekangan masa.

6.4 Nurul Salmira meminta penjelasan kewangan sempena Hari Anugerah

Kecemer langan dan ingin mengetahui kuantiti medal dan plak yang
telah dibelanjakan. Pengerusi memaklumkan jumlah perbelanjaan
sebanyak RM5000 adalah untuk hadiah iaitu plak dan medal

6.5 Mohd Sharizan bin Alias menyatakan lampiran laporan kewangan PIBG
tidak disertakan beberapa perkara seperti butiran kutipan dan
sumbangan Cergasthon sebanyak RM151384.70 tiada pecahan dibuat.
Beliau bertanya mengenai perbezaan akaun tumpang sekolah dan juga
Pra Sekolah yang tidak ada dalam laporan. Selain itu, pertanyaan beliau

mengenai pecahan cas perkhidmatan.










27

31

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31





. Beliau juga memohon pencerahan mengenai pecahan kutipan dan
sumbangan Cergasthon sebanyak RM151384.70 daripada pihak ibu
bapa, NGO dan sebagainya. Bendahari memaklumkan laporan
kewangan Cergasthon telah diasingkan telah dibentangkan dalam

mesyuarat AJK PIBG dan kutipan Cergasthon tidak melibatkan duit
PIBG sebaliknya adalah akaun tumpang bagi pembinaan bangunan
serbaguna berbumbung. Pengerusi memaklumkan segala kutipan

sumbangan dari ibu bapa pra sekolah akan dimasukan dalam akaun
PIBG sebagai akaun tumpang.

6.6 Mohd Nor Azam meminta peratusan kutipan sumbangan PIBG pada
tahun 2019 dan bendahari memaklumkan peratusan kutipan adalah

sebanyak 62.2 %.
6.7 Naqiuddin meminta penjelasan mengenai cara bayaran kepada
peniaga sama ada tunai ataupun cek dan menyatakan terdapat
nombor cek yang hilang. Pengerusi menjelaskan bahawa bayaran

kepada peniaga sebanyak RM25489.10 yang melibatkan 17 orang
peniaga dan no cek tersebut tidak ditulis dalam nota yang telah
diedarkan


6.8 Mohd Rudi Damanhuri melahirkan rasa dukacita mengenai laporan
kewangan yang tidak menjelaskan secara lansung senarai
pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap. Pengerusi
memaklumkan pihak sekolah akan membuat penambahbaikan pada

masa akan datang.
.

28

32

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31





. 6.9 Mohd Nor Azam meminta penjelasan mengenai perancangan
berkaitan baki wang perbelanjaan Disember 2019 sebanyak
RM116,631 dan pengerusi memaklumkan sejumlah RM105,000
daripada RM116,631 tersebut akan dibelanjakan untuk pembinaan

dewan serbaguna di sebelah padang. Guru Besar menjelaskan pelan
projek membina dewan serbaguna telah dibuat dan permohonan telah
dihantar ke JKR dan akan meminta kelulusan daripada JPN. Tujuan
kutipan cergasthon adalah untuk membina dewan serbaguna. Projek

membina dewan serbaguna akan dilaksanakan fasa demi fasa
memandangkan kekurangan dana. Pihak sekolah telah merujuk
kepada pihak pada tahun ini dan menyatakan kegunaan dewan
tersebut bukan sahaja untuk kegunaan anak-anak murid tetapi
sebagai sumber pendapatan melalui sewaan kepada komuniti.


JKR dan pihak JKR mencadangkan agar sekolah membawa pelan ini
kepada pihak parlimen seterusnya memanjangkan permohonan untuk

membina dewan serbaguna ini kepada kerajaan negeri Selangor melalui
peruntukkan ICU. Beliau melahirkan rasa teruja sekiranya dewan tersebut
dapat dibina .
Pengesahan laporan kewangan bermula bulan Januari sehingga 31
Disember 2019

Dicadangkan oleh : Mohd Nor Azam bin Yusof
Disokong oleh : Norlida binti Yusof






29

33

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




7. PERBINCANGAN USUL

7.1 Puan Saliza mencadangkan agar pengurusan kewangan aliran

keluar-masuk wang untuk direkodkan supaya tidak timbul hal yang
berbangkit pada masa akan datang.
7.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pengurusan kewangan

aliran keluar masuk PIBG direkodkan seperti yang
diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

7.2 Puan Salmira mencadangkan untuk menukar hadiah berupa plak dan

medal kepada sijil untuk apa sahaja aktiviti sekolah.
7.2.1 Pengerusi menyatakan cadangan tersebut akan
dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG lantikan
yang akan datang.

7.3 Mohd Nor Azam mencadangkan pihak sekolah untuk menyediakan
‘presentation’ berbentuk ‘slideshow’ untuk menerangkan laporan
kewangan Karnival Cergashon
7.3.1 Jawapan daripada pengerusi, beliau mengucapkan terima

kasih di atas cadangan yang cukup bagus dan menyatakan
penambahbaikan akan dibuat pada masa akan datang
memandangkan Karnival Cergasthon merupakan program pertama
kali buat pihak AJK uruskan dengan sejumlah wang yang cukup

banyak.








30

34

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




7.4 Mohd Nor Azam mencadangkan supaya sumbangan ahli sebanyak
RM50 diasingkan daripada sumbangan lain

7.4.1 Jawapan daripada pengerusi, adalah beliau bersetuju
dengan cadangan tersebut dan menyatakan cadangan
penambahbaikan tersebut akan dipertimbangkan selepas lantikan

baru dibuat.
.7.5 Salmira mencadangkan dua usul iaitu
7.5.1 Melantik juruaudit luar untuk membuat laporan kewangan demi
memastikan kelicinan perjalanan mesyuarat supaya dapat

berlangsung dengan lancar dengan adanya penyediaan laporan
kewangan yang lengkap.
7.5.1.1 Jawapan daripada pengerusi,
7.5.2 Meminta AJK bendahari yang akan dilantik selepas ini agar
mempunyai latar belakang pengurusan akaun supaya urusan soal

jawab bersama ibu bapa dapat dijawab dengan lancar.
7.5.2.1 Jawapan daripada pengerusi, bendahari baru sesi
2020/2021 akan dilantik berdasarkan guru yang mempunyai

kelulusan prinsip akaun.
7.6 Mohd Ridhuan bin Mohd mencadangkan perkara yang diminta oleh
ibu bapa dapat disediakan lebih awal untuk mengelakkan pembaziran
masa berlaku. Beliau mengusulkan agar perbelanjaan tetap dibuat
untuk setiap tahun.

7.6.1 Jawapan daripada pengerusi, usul ini akan dibincangkan
dalam lantikan yang akan datang.






31
35

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31





7.7 Mohd Rudi Damanhuri mencadangkan supaya untuk lantikan bendahari
baharu diharapkan dapat melantik calon yang boleh melaksanakan
tugas-tugas bendahari serta laporan kewangan yang akan dibuat diharap
lebih lengkap. Beliau turut mencadangkan supaya pada mesyuarat yang

akan datang agar pembentangan laporan kewangan dapat dibuat sehelai
demi sehelai untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas.
7.7.1 Jawapan daripada pengerusi, bendahari baru sesi 2020/2021 akan
dilantik berdasarkan guru yang mempunyai kelulusan prinsip
akaun.
7.8 Mohd Nor Azam mencadangkan agar pecahan dapat dibuat bagi aktiviti
misalnya pecahan aktiviti kokurikulum, pecahan bidang akademik dan
sebagainya kerana aktiviti tahun ini dilihat tidak berbentuk akademik.

7.8.1 Jawapan daripada pengerusi, pecahan peruntukan bagi setiap unit
telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG sesi
2019/2020. Pecahan peruntukan setiap unit ditetapkan seperti
berikut:
Unit Kurikulum : 25%
7.9 Norlida Zulkifli mencadangkan agar tindakan dapat diambil terhadap penjual
ais krim yang masih menjaja ais krim di luar kawasan sekolah pada setiap
petang.

7.9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa saman telah dikeluarkan kepada
penjual ais krim tersebut. Beliau turut memberi cadangan
penyediaan banting ‘dilarang menjaja’ dan sebagainya di luar ka-
wasan sekolah.







32

36

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31






7.9.2 Naib YDP PIBG meminta ibu bapa dan ahli majlis bekerjasama
membuat laporan kepada MBSA.

7.9.3 Wakil daripada MBSA iaitu Encik Azlan memaklumkan bahawa
beliau telah sedia maklum dengan masalah tersebut. Beliau
memaklumkan aduan tersebut telah sampai di MBSA. Salah satu
cara yang yang boleh digunakan adalah melalui aplikasi i-Aduan
iaitu aduan individu kepada MBSA. Sekiranya menyentuh berkaitan
sekolah dan sekiranya ada kata putus daripada mesyuarat pada
hari ini, beliau meminta semua ahli PIBG untuk membuat surat
kepada Datuk Bandar dan MBSA. Beliau akan mengeluarkan surat
sokongan.

7.10 Norlida Zulkifli mencadangkan berkenaan membaik pulih kelas yang rosak,
contohnya kelas 1 Hormat dan meminta peruntukkan PIBG ataupun

cergasthon didahulukan untuk baik pulih demi keselesaan anak-anak dan
isu keselamatan.
7.10.1 Jawapan daripada pengerusi, beliau dan beberapa orang guru
telah pergi ke pejabat parlimen untuk membuat aduan. Kontraktor telah
turun dan pihak dan mereka akan meneruskan usaha untuk membuat
penambahbaikan dalam masa yang terdekat. Pengerusi meminta ahli
majlis bersama-sama berdoa agar usaha ini dapat berjalan dengan lancar.











33

37

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




7.11 Amir Fuad mencadangkan beberapa perkara seperti berikut :-

7.11.1 Sedikit peruntukan masa di akhir setiap subjek setiap hari
dalam 5 ke 10 minit untuk mendekati murid dan bina kepercayaan
dengan murid.
7.11.1.1 Aktiviti PBD seperti sesi pembentangan dalam kelas
dan aktiviti panitia seperti pengucapan umum di “speaker

corner” telah dilaksanakan.Selain itu, murid juga mempunyai
radio sekolah yang menjadi saluran membina bakat.
7.11.2 Beliau turut mencadangkan mutiara kata yang dipaparkan di

sekolah diharapkan dapat memberi kesedaran kepada
murid-murid.
7.11.3 Mencadangkan untuk mewujudkan tabung disediakan untuk
meletak baki wang murid yang tercicir sebagai kebajikan
untuk diserahkan kepada pihak PIBG mahupun guru dan

disedekahkan kepada tabung masjid.
7.11.3.1 Tabung kebajikan telah diwujudkan. Murid yang
memerlukan menuntut daripada guru yang bertugas.

7.11.4 Penerapan ilmu sains sukan kepada murid-murid sekiranya
berlaku kecederaan dan sebagainya semasa ketiadaan guru.
7.11.5 Seterusnya, beliau memberi cadangan untuk menangani isu
penjual ais krim di luar pagar sekolah sama ada dalam

bentuk banting dan sebagainya
7.11.6 Beliau turut mencadangkan untuk memanggil murid dan ‘talk
one to one situation’ berkenaan isu tabiat murid yang suka
membuang sampah di merata-rata.




34
38

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




7.11.7 Guru Besar menjelaskan usul-usul yang telah diutarakan tadi

telah diambil maklum dan pihak sekolah akan bincangkan
untuk tindakan penambahbaikan. Beliau menyatakan usul
tersebut sememangnya telah dirancang oleh pihak sekolah
khususnya untuk kemenjadian murid dalam bidang sahsiah.
Hal ini kerana akhlak setiap murid itu perlu dibentuk barulah

murid tersebut akan berjaya dengan cemerlang dalam setiap
bidang yang mereka ceburi.
7.12 Norsariza Izan mencadangkan dua usul seperti berikut:
7.12.1 Memaparkan lampiran mengenai keputusan UPSR supaya ibu

bapa tahu prestasi sekolah dan dapat membuat persiapan awal bagi
anak-anak Tahun 5 ke bawah.
7.12.1.1 Pihak sekolah akan menyediakan keputusan UPSR di
dalam buku program Mesyuarat PIBG pada masa akan datang.

7.12.2 Beliau turut mempersoalkan mengenai kantin sekolah yang
menjual makanan dan minuman yang tidak berkhasiat.
7.12.2.1 Jawapan daripada Penolong Kanan HEM, Puan Amiza bt Pilus
memaklumkan bahawa hasil pemantauan terhadap pengusaha kantin

mendapati tidak ada jualan air gas, hanya jualan air kotak susu yang
dibenarkan oleh pihak KPDNKK. Pengusaha kantin SKS24 juga telah
mendapat sijil pengiktirafan daripada pihak MBSA. Sekiranya isu ini
masih lagi timbul, pihak sekolah akan mengambil tindakan. .

7.13 Shahronnizam mencadangkan supaya pihak PIBG akan
menganjurkan lebih banyak program yang dapat mengeratkan ibu
bapa dan guru-guru memandangkan kedua-dua pihak lebih bersama
dalam memikirkan masalah di sekolah.


35
39

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




7.13.1 Jawapan daripada pengerusi, PIBG telah menjalankan
program yang melibatkan ibu bapa dan guru seperti gotong-royong

perdana, sambutan hari raya perdana, solat hajat dan sebagainya.

7.14 Ummi Salma mencadangkan penambahbaikan laluan yang berlecak
berhadapan dengan laluan Pra sekolah dan laluan murid Tahun 3

untuk diratakan disebabkan berlaku kes murid tergolek dan baju
terkena lumpur.
7.14.1 Jawapan daripada pengerusi, pihak sekolah telah membuat
permohonan dengan pihak MBSA untuk menaiktaraf laluan pejalan

kaki tersebut.

7.15 Mohd Rahmat bin Ahmad mencadangkan agar sesi orentasi tahun 1
dapat diperbaiki lagi. Seterusnya, cadangan penambahbaikan

daripada aspek komunikasi guru kelas dan juga guru subjek. Beliau
turut menyatakan kelas anak beliau tidak kondusif untuk memulakan
sesi pdpc murid
7.15.1 Jawapan daripada NYDP, proses menyusun dan

menceriakan kelas dilaksanakan secara berperingkat dan selesai
sebelum sesi persekolahan dibuka.

7.16 Nurul Salmira mencadangkan agar projek pembinaan dewan

serbaguna ditangguhkan dan fokus kepada penambahbaikan fasiliti
yang sedia ada demi keselesaan murid-murid. Seterusnya beliau
mencadangkan supaya pihak sekolah menyediakan satu slot untuk
bas sekolah bagi mengelakkan gangguan lalu lintas setiap petang.





36

40

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




7.16.1 Jawapan daripada pengerusi, projek membina dewan
serbaguna tidak boleh ditangguhkan disebabkan sewaktu
permohonan dibuat ke PPD, JPN serta pihak polis, dana
tersebut hanya digunakan untuk projek itu sahaja.

Seterusnya, pengerusi telah memaklumkan terus kepada
pihak MBSA tentang cadangan pihak sekolah untuk
mewujudkan parking bas. Pihak sekolah sedang menunggu
kebenaran daripada MBSA untuk membuat parking bas
tersebut.


7.18 Ariani Ahmad mencadangkan pihak sekolah fokus kepada
menyelesaikan isu kritikal laluan ke kantin yang selalu dinaiki air
berbanding projek membina dewan serbaguna yang menelan

belanja yang tinggi. Dana yang diperuntukkan untuk projek membina
dewan serbaguna sepatutnya digunakan dahulu untuk menaik taraf
kaki lima laluan ke kantin memandangkan ianya digunakan setiap
hari termasuk guru-guru. Murid-murid terpaksa membuka kasut

untuk melalui laluan ke kantin sekiranya musim hujan lebat.
Seterusnya beliau mencadangkan untuk pihak sekolah
menghabiskan dahulu baki peruntukkan dana tahun lepas untuk
kegunaan sumbangan yang diminta oleh unit HEM untuk keceriaan

dan kebajikan sekolah

7.18.1 Jawapan daripada pengerusi, RM105,000 diperuntukkan un-
tuk pembinaan dewan serbaguna dan tidak boleh digunakan

untuk kegunaan lain.




37

41

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




7.18.2 Guru Besar menjelaskan pelan projek membina dewan
serbaguna telah dibuat dan permohonan telah dihantar ke JKR dan
akan meminta kelulusan daripada JPN. Tujuan kutipan cergasthon
adalah untuk membina dewan serbaguna. Projek membina dewan
serbaguna akan dilaksanakan fasa demi fasa memandangkan

kekurangan dana. Pihak sekolah telah merujuk kepada pihak JKR dan
pihak JKR mencadangkan agar sekolah membawa pelan ini kepada
pihak parlimen seterusnya memanjangkan permohonan untuk
membina dewan serbaguna ini kepada kerajaan negeri Selangor

melalui peruntukkan ICU. Beliau melahirkan rasa teruja sekiranya
dewan tersebut dapat dibina pada tahun ini dan menyatakan
kegunaan dewan tersebut bukan sahaja untuk kegunaan anak-anak
murid tetapi sebagai sumber pendapatan melalui sewaan kepada

komuniti.

7.19 Iskandar Ishak meminta ahli majlis merujuk usul yang sebelum iaitu usul
berkenaan sumbangan kertas A4 sebanyak 1 murid 1 rim untuk

kegunaan aktiviti murid-murid. Beliau mencadangkan agar cadangan ini
diteruskan dan ditambahbaik iaitu 1 keluarga menyumbang 1 rim.
7.20 Norlida Zulkifli mencadangkan supaya sumbangan yang hendak dibuat
adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin menyumbang sahaja. Hal ini

disebabkan sekiranya mengikut ketetapan 1 murid 1 rim dilihat agak
membebankan bagi golongan yang tidak berkemampuan. Beliau turut
menyatakan dan berharap tidak melibatkan dana sekolah untuk urusan
menghias dan menceriakan kelas masing-masing, sebaliknya atas
usaha sendiri dan perbelanjaan sendiri dan pihak sekolah cuma mem-

beri keizinan sahaja.
38


42

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




7.20.1 Jawapan daripada pengerusi, memaklumkan bahawa tidak ada
halangan kepada ibu bapa yang ingin memberi sumbangan rim
kertas mengikut kemampuan. Ibubapa dialu-alukan untuk
menyumbang dana dan datang ke sekolah untuk menceriakan
kelas anak masing-masing.

7.21 Puan Salasiah binti Tomin, Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan 2
perkara iaitu :-
7.21.1 Sumbangan aktiviti pra sekolah daripada ibu bapa kepada
murid-murid pra sekolah adalah sebanyak RM230 yang telah
dipersetujui oleh ibu bapa ketika mesyuarat pra sekolah diadakan
pada November 2019. Makluman yang kedua adalah sumbangan
untuk aktiviti murid-murid Tahun 6 daripada ibu bapa Tahun 6 iaitu
sebanyak RM250 yang telah dipersetujui oleh semua ibu bapa

Tahun 6 dalam Majlis Permuafakatan bersama Ibu bapa
murid-murid Tahun 6 yang diadakan pada 11 Januari 2020.
7.21.2 Pn Salasiah bt Tomin juga mencadangakan kelas tambahan malam
untuk Tahun 4 dan 5 bagi membantu murid-murid yang kurang
berkemampuan untuk mengikuti kelas tambahan di luar sekolah..
Beliau mencadangkan kadar sumbangan adalah RM60 sebulan
untuk 4 subjek teras. Sekiranya yuran tersebut ingin ditingkatkan
maka bergantung kepada persetujuan mesyuarat pada hari ini.
Beliau meminta sokongan ahli mesyuarat untuk menyokong
cadangan tersebut demi kemenjadian dan kecemerlangan murid-
murid. Pengesahan cadangan kelas tambahan malam:
Dicadang oleh : Ariani bt Ahmad
Disokong oleh : Adib bin Alias




39


43

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31





7.22 Mohd Riduan bin Mohd mengusulkan supaya pihak sekolah menghidupkan
budaya berfikir dan juga kreativiti murid. Seterusnya beliau mencadangkan
supaya guru-guru cuba memupuk rasa cinta akan sekolah dalam kalangan
murid. Dari aspek kesihatan pula beliau menyarankan agar pihak kantin
diberi ceramah tentang cara penyediaan makanan sihat. Beliau turut
menyatakan mengenai aspek keselamatan murid dan berharap guru wajar
ambil tahu mengenai masalah kesihatan murid ketika aktiviti sukan
dijalankan.

7.22.1 Jawapan daripada pengerusi, memaklumkan segala cadangan
tersebut telah diambil maklum untuk diambil tindakan dan
penambahbaikan .
7.22.2 Tambahan dari Guru Besar, memaklumkan mengenai kelas
tambahan malam tidak wajib kepada semua murid dan ibubapa
yang mampu dan berminat untuk mendaftar.

7.23 Iskandar bin Ishak memaklumkan beberapa bayaran daripada unit
kokurikulum. Iaitu:-
7.23.1 Gambar unit beruniform RM8
7.23.2 Perkhemahan (yang menyertai sahaja) RM100
7.23.3 Baju unit beruniform RM25
7.23.4 Gambar kelas RM8
7.23.5 Pendaftaran unit beruniform RM7
7.23.6 Majalah sekolah RM12
7.23.7 Tshirt sukan (round neck) RM20
7.23.8 Tshirt sukan (berkolar) RM24
Pengesahan bayaran kokurikulum
Dicadang oleh : Mohd Nor Azam bin Yusof
Disokong oleh : Noridah binti Yusof


40
44

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31






7.24 Mohd Ridhuan bin Mohd meminta untuk mengekalkan PIBG sekiranya
terdapat peningkatan daripada segi peningkatan akademik pelajar.

7.24.1 Pengerusi memaklumkan terdapat peningkatan keputusan 6A
UPSR seramai 4 orang berbanding tahun sebelumnya yang cuma
seorang.

7.25 Usul- usul lain:
7.25.1 Sumbangan PIBG dikekalkan RM50
Dicadang oleh : Mohd Rudi bin Damanhuri
Disokong oleh : Mohd Rahmat bin Ahmad

8. PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG SESI 2019/2020

8.1 Yang Dipertua PIBG, Mohd Syariffuddin Bin Rahmat membubarkan Ahli
jawatankuasa (AJK) PIBG Sesi 2019/2020.
8.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG Induk 2019/2020,
guru-guru dan ibu bapa yang banyak membantu beliau dalam melaksanakan
tugas-tugas sebagai yang DiPertua PIBG Sesi 2019/2020.

9. PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG SESI 2020/2021

9.1 Mohd Hazreen bin Hashim dilantik sebagai Pengerusi Sementara. Beliau
mengucapkan terima kasih dan memohon ibu bapa atau penjaga dapat
bekerjasama untuk melancarkan proses pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi
2020/2021.








41

45

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




9.1.1 Jawatan Yang Dipertua PIBG Sesi 2020/2021
9.1.1.1 Mohd Raduan b Mohd Yasin
Cadangan: Mohd Nor Azam b Yusuf
Sokongan: Shaiful Azwan b kamarulzaman

9.1.1.2 Mohd Syarifuddin bin Rahmat
Cadangan: Mohd Azril bin Azam
Sokongan: Asyraf Zuwairi bin Mohamed Ibrahim

9.1.1.3 Shaiful Azwan b Kamarulzaman
Cadangan: Mohd Nor Azam b Yusof
Sokongan: Siti Hajar binti Md Yusuf
9.1.1.4 Pencalonan ditutup
Cadangan: Mohd Rudi bin Damanhuri
Sokongan: Mohd Rahmat bin Ahmad
9.1.1.5 Keputusan pemilihan Jawatan Yang Dipertua Sesi 2020/2021 yang
mendapat undian tertinggi iaitu Mohd Syariffuddin bin Rahmat.
.1.2 Jawatan Naib Yang Dipertua PIBG 2020/2021
9.1.2.1 Asyraf Zuwairi bin Mohamed Ibrahim
Cadangan: Iskandar bin Ishak
Sokongan: Nordiana bt Idris
9.1.2.2 Mohd Riduan bin Muhammad
Cadangan: Shaharonnizam b Hashim
Sokongan: Mohd Rudi bin Damanhuri
9.1.2.3 Pencalonan ditutup
Cadangan: Nor Zaida binti Musa

Sokongan: Seeta Banura bt Razali





42

46

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31





9.1.2.4 Keputusan pemilihan Jawatan Naib Yang Dipertua Sesi 2020/2021
yang mendapat undian tertinggi iaitu Asyraf Zuwairi bin Mohamed
Ibrahim.

9.1.3 Perlantikan AJK Ibu Bapa Sesi 2020/2021
9.1.3.1 Rosfatilah bt Adam
Cadangan: Jalilah bt Abdul Shukor
Sokongan: Ranjene A/P Ramaya
9.1.3.2 Norfauziah bt Abd Rahman
Cadangan: Shaharonnizam b Hashim
Sokongan: Iskandar bin Ishak
9.1.3.3 Siti Hajar bt Md Yusuf
Cadangan: Nurul Salmira bt Ismail
Sokongan: Ariani bt Ahmad
9.1.3.4 Azni bin Kamarudin
Cadangan: Mohd Syariffuddin b Rahmat
Sokongan: Mohd Nazri bin Mad Zan
9.1.3.5 Mohd Radhuan b Mohd Yasin
Cadangan: Siti Hajar bt Md Yusuf
Sokongan: Nurul Salmira binti Ismail
9.1.3.6 Mohd Ridhuan bin Muhammad
Cadangan: Shaharonnizam b Hashim
Sokongan: Mohd Rudi b Damanhuri
9.1.3.7 Shaiful Azwan b Kamarulzaman
Cadangan: Ariani bt Ahmad
Sokongan: Siti Hajar bt Md Yusuf
9.1.3.8 Shahruddin b Abd Rahman
Cadangan: Iskandar b Ishak
Sokongan: Shaharonnizam b Hashim



43

47

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




9.1.3.9 Amir Fuad b Haji Ahmad
Cadangan: Salasiah binti Tomin
Sokongan: Mohd Nazri b Mad Zan
9.1.3.10 Zuraini bt Yusof

Cadangan: Rosfatilah bt Adam
Sokongan: Jalilah bt Abd Shukor

9.1.3.11 Cadangan ditutup
Cadangan: Seeta Banura bt Mohd Razali
Sokongan: Siti Hajar bt Md Yusuf

9.1.3.12 Keputusan pemilihan AJK Ibu Bapa Sesi 2020/2021
-Mohd Riduan bin Muhammad
-Azni bin Kamaruddin
-Zuraini binti Mohd Yusof
-Mohd Radhuan bin Mohd Yasin

9.1.4 Perlantikan Jawatan Bendahari Sesi 2020/2021
9.1.4.1 Mohd Naqiyuddin bin Idris
Cadangan: Shaiful Azwan b Kamarulzaman
Sokongan: Ariani bt Ahmad

9.1.4.2 Ku Nur Hashmah bt Mat Diran
Cadangan: Iskandar b Ishak
Sokongan: Mardiyah binti Abdul Manaf













44

48

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31





9.1.4.3 Cadangan ditutup
Cadangan: Syuhaida binti Razahali
Sokongan: Mardiah binti Abdul Manaf
9.1.4.4 Keputusan pemilihan bendahari yang mendapat undian tertinggi

iaitu Ku Nur Hashmah bt Mat Diran
9.1.5 Jawatan Setiausaha
9.1.5.1 Noorul Huda bt Mohamed Nawawi
Cadangan: Iskandar b Ishak
Sokongan: Ahmad Sahrul bin Zainal Abidin
9.1.5.2 Cadangan Ditutup
Cadangan: Nordiana bt Idris
Sokongan: Ariani bt Ahmad
9.1.5.3 Keputusan pemilihan Setiausaha dan menang tanpa bertanding
iaitu Noorul Huda bt Mohamed Nawawi
9.1.6 Perlantikan Jawatan Juru Audit Dalaman (Ibu Bapa)
9.1.6.1 Muhammad Rudy bin Damanhuri
Cadangan: Shaharonnizam bin Hashim
Sokongan: Iskandar bin Ishak
9.1.7 Perlantikan Jawatan Pemegang Amanah
9.1.7.1 Siti Hajar binti Md Yusuf
Cadangan: Salasiah binti Tomin
Sokongan: Ranjene a/p Ramaya
Shahronnizam bin Hashim
Ahmad Zakwan bin Ahmad Nordin
Mirani bt Zahari





45

49

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31




9.1.8 Perlantikan AJK, Juru Audit dan Pemegang Amanah (Guru) Sesi
2020/2021
9.1.8.1 AJK (Guru)
Zuraidah binti Haji Saad

Iskandar bin Ishak
Shahronnizam bin Hashim
Ahmad Zakwan bin Ahmad Nordin
Mirani bt Zahari
9.1.8.2 Juru Audit (Guru)
Fazlina Binti Ismail
9.1.8.3 Pemegang Amanah (Guru)
Rosli bin Rozemi
Cadangan: Iskandar bin Ishak
Sokongan: Shaharonnizam bin Hashim
10. KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

Penasihat : Azman Bin Mohd Aris
Yang DiPertua : Mohd Syarifuddin Bin Rahmat
Naib Yang DiPertua : Ashraf Zuwairi bin Mohamed Ibrahim
Setiausaha : Noorul Huda Binti Mohamed Nawawi
Bendahari : Ku Nur Hashmah binti Mat Diran
AJK Ibu Bapa : Mohd Riduan bin Muhammad
Azni bin Kamaruddin
Amir Fuad bin Haji Ahmad
Mohd Azlan Shah bin Mohd Arsyad





46

50


Click to View FlipBook Version