MASJID PERMAI SEJARAH SEJARAH LISAN-KUMPULAN 3 PENSYARAH: DR MOHAMED JEFFERI BIN MAT LAZIM
Pengenalan Diri LEE XIN NI X13 2021242340287 AZRYSHA HAZWIN X5 2021242340432 AYREEN SOFEA X5 2021242340431
ISI KANDUNGAN BIODATA DIRI ORANG SUMBER KESIMPULAN KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN MASJID SEJARAH / LATAR BELAKANG MASJID PERANAN DAN FUNGSI MASJID DALAM KONTEKS MASYARAKAT SETEMPAT DAN LUAR GAMBAR SURAU PERMAI
Biodata Diri Orang Sumber Setiausaha Masjid Permai bermula daripada proses pembinaan Pensyarah IPG Kampus Ipoh Sudah menetap 10 tahun di Ipoh, di Bukit Perpaduan Ahli qariah masjid (sudah terlibat dengan proses permulaan pembinaan masjid) Berasal dari Johor ENC ENCIK AZMI BIN JAILANI IK KAMARUZAMAN BIN DIN Timbalan pengerusi masjid Bilal masjid (Muadzin) Bekas pelajar IPG Ipoh Menetap di Kampung Gajah Mengajar di SMK Anderson
Biodata Diri Orang Sumber Ustaz Zikhirwan Imam 1 Antara penceramah dalam kuliah Encik Herman berasal dari Batu Kurau Imam ganti Penolong bendahari Encik Jasmi Bin Abbas Imam berasal dari Terengganu mengajar di SK Tanjung Rambutan bersama-sama dalam proses pembinaan masjid selama 4 tahun (utk fasa kedua)
SEJARAH / LATAR BELAKANG MASJID
Asal Usul Nama Masjid Asal Usul Nama Masjid Cadang untuk hasilkan nama yang unik Pada mulanya, terinspirasi dengan nama masjid tokoh seperti Masjid Bilal bin Rabah & Masjid Salehuddin Nama masjid Permai sempena nama tempat tinggal penduduk Permai di situ iaitu Jalan Lembah Perpaduan Permai Nama permai membawa maksud damai, aman Latar Belakang Sebelum masjid dibina, kawasan lombong Tanah kerajaan diwarkahkan untuk bina masjid, tetapi tiada kuasa mutlak Latar Belakang Masjid Papan tanda Jalan Lembah Perpaduan Permai
Pada peringkat awal, pihak masjid memutuskan ada kelainan reka bentuk Arkitek DCA membuat lakaran bangunan anggaran RM50000 Ambil idea daripada masjid di luar perak Masjid di TBS, Kelantan dan masjid di AS yg tiada kubah tetapi diguna orang ramai Kos perbelanjaan kubah banyak Masjid mementingkan masjid untuk bersolat bagi mengelakkan pembaziran Objektif masjid berjaya sebab tiada kubah Namun, mereka menganggap perkataan masjid merupakan lambang sebenar sebuah masjid 01 Reka Bentuk Masjid Pandangan Belakang Masjid Pandangan Depan Masjid
Peristiwa Pembukaan Masjid Permai Sebelum Desa Perpaduan dibuka 2013, tanah kawasan ini telah disediakan untuk pembinaan masjid pada tahun 2010 Sebelum adanya masjid, ada surau bersaiz kecil Surau yang ada pada masa itu Surau Permai Kecil yang terletak di kawasan Taman Permai Tengah Encik Azmi, Pengerusi Encik Muhd Yusof, Setiausaha Ustaz Zikirwan berbincang untuk mendapatkan proses pembinaan masjid Surau dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Perak pada masa itu Tapak asal masjid tinggal tanah saja Pada mulanya, tiada AJK yang gerakkan kertas kerja masjid Mereka telah memutuskan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Permai
Mewujudkan kertas kerja pembinaan masjid 2017, kertas kerja yang telah En.Azmi dan AJK lain sediakan diserah kepada pihak berkenaan Gabung jawatankuasa dengan taman perpaduan dan setuju menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Permai 10 orang Jawatankuasa Penaja Masjid Permai aktif telah memulakan gerak kerja Terdapat banyak halangan dan permohonan telah ditolak banyak kali Memulakan pengumpulan dana bagi Pembinaan Masjid Permai Masjid Permai berjaya dibina pada tahun 2020
Gambar Surau Permai
Gambar Proses Pembinaan Masjid
2018 2020 2023 Proses Pengumpulan Dana Perbelanjaan Belakang Masjid Sayap Kiri Masjid Bahagian Dalaman Masjid
Faktor Pencetusan Mempercepatkan Proses Pembinaan Masjid Pihak pengurusan Haven mengeluarkan notis mahkamah meminta semua benda di kawasan surau permai dikeluarkan daripada tapak surau Jalinan Luar Masjid Masjid tidak bergabung dengan mana-mana persatuan/NGO Berkobelarasi dengan pusat Islam Khidmat penceramah daripada luar Wujud gabung jalinan kerana ada pensyarah, guru, engenier, kontraktor, doktor (adunan kepakaran) Penduduk pada masa itu bimbang kerana tiada tempat beribadat yang berdekatan
01 Kertas Permohonan Pembinaan Masjid https://drive.google.com/file/d/1_prkN3 p0BCmHQqLpA7Oaur90V7cx4tcM/view ?usp=share_link Pautan: Kod QR:
01 Carta Organisasi Masjid
01 Pelan Masjid
PERANAN DAN FUNGSI MASJID DALAM KONTEKS MASYARAKAT SETEMPAT DAN LUAR
6 OBJEKTIF MASJID PERMAI Pusat solat jemaah Kelas mengaji/fardhu ain Pusat kegiatan masyarakat Pengurusan khairat kematian Pembukaan Tadika Islam pada masa akan datang Pusat sehenti untuk musafir menumpang berehat
Tiada gabungan dengan manamana NGO/persatuan Mendapat infak daripada masyarakat luar Kolaborasi dengan Pejabat Agama Islam Perak -untuk dapatkan penceramah luar JALINAN KERJASAMA BERSAMA
1 HARI 1 HADIS PROGRAM MASJID KULIAH SUBUH, DHUHA, MAGHRIB DAN TAZKIRAH JUMAAT IMBAS UNTUK MENDERMA
KULIAH AGAMA OLEH TETAMU KHAS PROGRAM MASJID ISRAK MIKRAJ YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakrij Yang Berbahagia Dato' Dr Hasan Mohamed Ali PU Yeop TAHLIL, DOA SELAMAT DAN JAMUAN
KORBAN PROGRAM MASJID KURSUS PENGURUSAN JENAZAH GOTONG-ROYONG AKAD NIKAH
PROGRAM MASJID MENERIMA LAWATAN DARIPADA KUMPULAN AUDIT, UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) PUTRAJAYA KURSUS UMRAH
Bergabung dengan pelajar IPG untuk banyakkan lagi program PERANCANGAN FUNGSI/PROGRAM MASJID Perancangan pembinaan Tadika Islam/pusat sekolah agama di tanah lapang belakang masjid. Dalam proses pemohonan jalan tar dan dewan terbuka yang boleh disewa untuk dijadikan sumber pendapatan masjid Dalam perancangan anjurkan program melibatkan orang muda (futsal dan badminton)
CABARAN MENJALANKAN PROGRAM MASALAH KEWANGAN -Takbergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata -Setakat ini banyak dana yang dicari sendiri Tambahan lagi, adanya pengusahaan kedai makan dan rumah sewa -Bayaran sewa disalurkan kepada masjid untuk modal program dan bayar gaji imam, bilal, siak, penceramah dan lain-lain.
KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN MASJID
Belum ada lagi kejayaan rasmi yang diiktiraf kerana masjid baru dibina. Hanya akan berjaya jika masjid dipenuhi oleh masyarakat. AJK berjaya bekerjasama menubuhkan masjid. Berjaya menjadikan masjid sebagai tempat solat meskipun baru dibina. KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN MASJID
Berjaya mendapatkan khidmat penceramah luar untuk dikongsikan ilmu kepada masyarakat Berjaya eratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat (kejayaan semua penduduk sekitar) Ceramah Khas Israk Mikraj oleh Ustaz Hj Abdul Mutalib Maarof Kuliah Maghrib Khas yang disampaikan oleh PU Yeop Majlis Qurban Jamuan Kenduri Majlis Tahlil dan Doa Selamat
Berjaya bantu masyarakat luar jana pendapatan (Warung Permai Pak Din dahulu B40, sekarang M40) Berjaya memberikan sumbangan kepada ibu tunggal, muallaf Ibu tunggal Muallaf Warung Permai di sebelah Masjid Permai
Berjaya memberikan sumbangan kepada pelajar IPGKI yang tidak dapat balik sewaktu tempoh PKP khususnya pelajar Sabah Sarawak (walaupun masjid baru siap) Sumbangan yang diberikan begitu berharga kerana dibeli dari kedai yang berkualiti (contoh : tuala wanita / ayam mentah dibeli dari kedai berkualiti) Jenis sumbangan yang diberikan : makanan, beras, telur, minyak, tuala wanita, sabun. Pelajar sendiri senaraikan. TEMPOH PKP
Dengan mengadakan aktiviti futsal (kerana orang muda lebih tertarik) Sasar orang muda penuhi masjid SASARAN KEJAYAAN
Jadikan masjid lain sebagai contoh seperti Masjid Temerloh yang penuh dengan jemaah untuk setiap waktu solat Dipenuhi saf dari depan sampai belakang. Selagi saf tidak penuh, kejayaan belum dicapai
https://drive.google.com/file/d/1naKxnQoeiuoK5Crr5i82Nn9blBNPoHXn/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/1DBxwC4S33Kri0x8NMH2C78 AG4BqsSFNs/view?usp=share_link
Kesimpulan Sebagai menggulung hasil kajian, kami berpandangan bahawa sejarah itu bukanlah hanya tentang masa lampau. Walaupun kami telah memilih masjid yang baru sahaja beroperasi, namun setidak-tidaknya kami berjaya menjadi kumpulan pertama yang mengkaji sejarah masjid ini berbanding masjid yang sudah banyak dikaji dan didokumentasikan peristiwanya. Kami juga ingin menyatakan bahawa kesungguhan dan kerjasama antara ahli kumpulan amatlah memainkan peranan yang besar bagi mencapai hasil kajian yang terbaik, misalnya pengetahuan dan kemahiran hendaklah dikongsi bersama. Tanpa rasa tanggungjawab, mungkin kami tidak mampu menerangkan sejarah Masjid Permai dengan penuh lengkap ini.
TRANSKRIPSI
PERANCANGAN PELAKSANAAN E-BOOK SEJARAH LISAN Tarikh Perkara Proses Catatan 18 Januari 2023 (Rabu) Penetapan masjid Berjaya Kami telah memilih Masjid Cina sebagai tempat kajian kami 20 Januari 2023 (Jumaat) Pertukaran masjid Berjaya Kami telah membuat pertukaran dari Masjid Cina kepada Masjid Muhibbuddin Shah kerana telah memilih masjid yang sama dengan salah satu kumpulan di SJHK 2 21 Januari 2023 (Sabtu) Menelefon Masjid Muhibbuddin Shah Berjaya Kami telah menelefon pihak masjid untuk memberitahu tujuan kedatangan kami ke Masjid Muhibbuddin Shah
7 Februari 2023 (Selasa) Menelefon Masjid Muhibbuddin Shah Berjaya Kami menelefon masjid dan mendapati bahawa temu bual hanya dapat dibuat pada waktu bekerja dan pihak masjid telah meminta kami menelefon balik untuk mendapat penentuan tarikh dan masa 9 Februari 2023 (Khamis) Merangka soalan temu bual masjid Berjaya Kami membincang dan merangka soalan temu bual masjid dan padamkan soalan yang tidak sesuai 10 Februari 2023 (Jumaat) Menelefon Masjid Muhibbuddin Shah Berjaya Kami telah menelefon Masjid Muhibbuddin Shah dan telah membuat penentuan tarikh dengan masjid tetapi kita perlu menelefon pihak masjid sekali lagi pada hari Rabu yang akan datang untuk mendapat pengesahan 12 Februari 2023 (Ahad) Membincang tentatif masjid Berjaya Kami telah merancang untuk membeli pisang dan hantar ke masjid 15 Februari 2023 (Rabu) Menelefon Masjid Muhibbuddin Shah Gagal Masjid tidak jawab panggilan kami 16 Februari 2023 (Khamis) - Menukar Masjid Muhibbuddin Shah ke Masjid Permai Ulu Kinta - Pergi ke Masjid Permai Ulu Kinta Kali Pertama Berjaya - Kami menukar masjid sebab tidak dapat ketetapan tarikh dan masa temu janji oleh iman di Masjid Muhibbuddin Shah - Kami membuat survey dan menangkap gambar di
Masjid Permai Ulu Kinta 17 Februari 2023 (Jumaat) Menjalankan temu bual Berjaya Kami telah melaksanakan proses temu bual dengan Encik Azmi di pejabat beliau dan orang yang ditemu bual lain di Masjid Permai Ulu Kinta 20 Februari 2023 (Isnin) Memulakan Proses Transkripsi Peringkat I Berjaya Kami telah mendengar balik temu bual yang telah kami jalankan dan membuat catatan 21 Februari 2023 (Selasa) Memulakan Proses Pendokumentasian Sejarah Peringkat I Berjaya Kami telah mula menghasilkan e-Book yang berkaitan dengan Masjid Permai Ulu Kinta 27 Februari 2023 (Isnin) Melaksanakan proses pengumpulan sumber Berjaya Kami telah mendapatkan dokumen dan gambar yang diperlukan dalam pembuatan E-book seperti pelan Masjid Permai Ulu Kinta daripada Encik Azmi 28 Februari 2023 (Selasa) Memulakan Proses Transkripsi Peringkat II Berjaya Kami telah membuat pemeriksa dan melengkapi maklumat yang tertinggal semasa menjalankan transkripsi yang pertama
1 Mac 2023 (Rabu) Memulakan Proses Pendokumentasian Sejarah Peringkat II Berjaya Kami telah teruskan proses menghasilkan e-Book yang berkaitan dengan Masjid Permai Ulu Kinta dengan menambah gambar yang berkaitan 3 Mac 2023 (Jumaat) Melakukan proses pengurusan hasil kajian dan penghantaran E- book Berjaya
TRANSKRIPSI : HASIL DAPATAN TEMU BUAL MASJID Tarikh : 17 Februari 2023 Interview : Encik Azmi Bin Mohd Jailani Ayreen : Assalamualaikum wbt. Kami dari kumpulan 3 dari subjek sejarah lisan bawah didikan Dr. Jeffri. Kumpulan kami sebenarnya ada seorang Chinese. Semalam dia pergi masjid pun pakai tudung dah. Ok, saya Ayreen, Azrysha dan Lee Xin Ni. Sebelum itu, boleh encik perkenalkan diri dulu lah sebagai setiausaha Masjid Permai ini. Encik Azmi : Assalamualaikum wbt. Nama saya Azmi Bin Mohd Jailani. Saya merupakan ahli qariah masjid permai yang bermastatutin di Taman Desa Bukit Perpaduan yang berhampiran dengan Masjid Permai. Jadi, saya telah memegang jawatan sebagai setiausaha ini bermula daripada proses permulaan pembinaan Masjid Permai dan saya telah pun berada di sini / tinggal di sini hampir 10 tahun. Ayreen : Jadi, perbicaraan ini ada tiga aspek utama, pertama adalah sejarah masjid, program atau khidmat sepanjang masjid itu beroperasi dan yang ketiga kejayaan yang dicapai. Mungkin xin ni boleh ambil bahagian sejarah masjid. Xin Ni : Baik Ayreen. Sekarang saya akan melangkah soalan yang berkaitan dengan sejarah masjid. Soalan pertama, bilakah tarikh dan apakah peristiwa yang berlaku semasa pembukaan masjid ini? Encik Azmi : Ok. Pada peringkat awal iaitu sebelum Taman Desa Bukit Perpaduan ini dibuka, Taman Desa Bukit Perpaduan ini dibuka saya rasa bermula pada tahun 2013. Dan pada peringkat awal, tanah kawasan masjid itu telahpun digazetkan untuk membina sebuah masjid pada tahun 2010 kalau saya tak silap. Memang dikhaskan 2010 untuk masjid. Jadi penduduk di kawasan Taman Desa Bukit Perpaduan, pada masa itu, saya, Encik Mohd Yusof dan Ustaz Zikirwan berbincang. Kami berpendapat proses
ataupun prosedur ini perlu dilaksanakan memandangkan surau yang ada pada ketika itu kecil, kalau surau permai itu terletak di kawasan taman perpaduan permai. Jadi, kami memikirkan pada masa itu tapak asal masjid sudah ada. Masjid ini tidak ada tenaga atau jawatankuasa yang menggerakkan untuk mendirikan masjid. Jadi, tanah itu tinggal tanah saja. Kami berbincang dan rumuskan buat satu jawatankuasa-jawatankuasa penaja untuk Masjid Permai. Jadi, bermulalah proses pembinaan kemudian kalau tengok kat surau tu ada tulis dirasmikan surau tu oleh Dato Menteri Besar Perak. Jadi, apabila memikirkan keadaan tersebut, perkara pertama yang kami buat adalah kami mewujudkan satu kertas kerja untuk memastikan bahawa masjid ini dibina dengan cara yang lebih proper untuk dihantar kepada pihak-pihak yang terlibat seperti jabatan agama islam perak dan sebagainya. Kertas kerja dihasilkan oleh saya dan rakan-rakan yang lain. Permohonan kertas kerja kami hantar pada tahun 2017 tak silap saya. Bila peringkat awal, kami jumpa qariah daripada Taman Lembah Perpaduan. Pada waktu itu, kami bergabung dan kami bersetuju untuk wujudkan jawatan-jawatankuasa penaja pembinaan masjid permai. Kami bergeraklah. Walaupun jawatankuasa tu ramai seramai 10 orang tetapi yang aktif adalah kami berlima iaitu saya, Encik Yusof, Ustaz Noor Mika, Encik Kamaruzzaman dan Encik Jasmi. Bermulalah gerak kerja dari situ. Banyaklah usaha-usaha dan halangannya juga cukup banyak melalui proses, menghantar apa yang patut. Sampailah satu peristiwa yang triggered kami untuk pastikan siap cepat. Pada tahun 2019, qariah surau Permai dapat surat daripada pihak pengurusan sunway yang mengatakan bahawa tapak surau Permai pada ketika itu telah pun dijual dan pemiliknya adalah pihak sunway sendiri. Surau Permai tu yang lama. Surau Permai berada di semak-semak bangunan. Ni masjid, yang ni kedai makan, depan kedai makan tu ada satu macam rumah. Dia rumah. Rumah dijadikan surau untuk masyarakat sekitar mendirikan solat. Jadi, bila dah dapat surat dan apabila pengurusan sunway mengeluarkan satu notis meminta semua kemudahan yang ada di kawasan surau permai tersebut hendaklah dikeluarkan dari tapak surau permai itu sebab diorang nak ambil. Jadi, kami kena bergerak dengan lebih laju. Jadi dalam proses-proses tu lah berlaku tarik tali antara pihak surau dan pihak sunway sebab pihak sunway dah keluar notis mahkamah untuk meminta supaya kawasan sunway yang merupakan tapak surau permai itu tidak boleh digunakan lagi. Penduduk pada ketika itu berasa bimbang sebab masyarakat Islam pada ketika itu tiada tempat untuk solat jadi bila sunway dah ambil dan nak dirobohkan dan menjadi isu lain. Pada masa yang sama, proses kami menghantar permohonan ke pihak MAIP, Menteri Sultan Besar Perak meminta supaya dipercepatkan permohonan tersebut dan sebenarnya pihak MAIP meneruskan pembinaan masjid di kawasan tapak yang telah digazetkan itu. Tak silap saya pada tahun 2018. Dalam proses itu kami meminta
tolong daripada masyarakat luar. Dan permohonan untuk membuat masjid itu dikeluarkan dan jangkaan kami membina masjid dengan anggaran 2 juta tetapi bila dah pkp jadi dana rasa macam dah takda dah. Akhirnya kami apply daripada Pejabat Pembangunan Menteri Besar Perak dan sebagainya. Xin Ni : Adakah reka bentuk masjid ini terinspirasi dari mana-mana bangunan? Ayreen : Kami tengok masjid itu tiada kubah ke masih belum siap ke? Encik Azmi : Pada peringkat awal, memang kami memutuskan bahawa binaan masjid permai ini kami nak lari daripada pembinaan masjid yang sebenar. Azrysha : Ooo nak ada kelainan la? Encik Azmi : Ye, kami nak ada kelainan sebab kubah-kubah yang ada itu sebenarnya adalah budaya dan perkara paling adalah masyarakat yang memahami masjid itu. Persekitaran luaran hanyalah gambaran. Ramai yang bertanya mana kubah? Tak siap kubah lagi ke? Kami menganggap kubah itu hanyalah satu lambang masjid tetapi perkataan masjid itu sendiri dah menunjukkan masjid sebenar. Apa yang kami cuba buat adalah kami membuat satu pembinaan yang kata orang lain daripada yang lain. Kami mengambil kira jugak masjid-masjid di luar Perak contohnya masjid di TBS tempat perhentian bas selatan. Masjid itu tiada kubah juga. Dan kami juga terinspirasi bila kami tengok masjid-masjid yang ada contoh masjid di Amerika Syarikat yang kadang-kadang hanya ada bangunan-bangunan dia macam tu tetapi dia tiada kubah. Jadi kami minta supaya anggaran itu 2 juta tetapi kami hanya dapat lingkungan dalam 250 ribu sahaja peruntukan daripada ICU. Apa yang nak dibuat dengan 250 ribu kerana jumlahnya agak kecil. Kubah memang kami takkan ambil. Sebab kubah itu mengambil dana yang banyak dan boleh menyebabkan pembaziran. Bukanlah nak kata kubah tu tak penting, tetapi kami pada masa itu lebih mementingkan setiap inci dalam masjid itu boleh digunakan untuk solat. Tu yang paling pertama. Kubah itu mahal dalam lebih kurang 500 ribu., 700 ribu dan 800 ribu. Jadi bila kami buat mungkin 250 ribu is a big problem kerana hanya dapat surau. Jadi pihak ICU mencadangkan guna pendapatan surau itu dan pada
masa yang sama untuk sekitar kawasan masjid itu kami merancang dana daripada masjid untuk meginfakkan dan minta daripada pembesar-pembesar dan kami kumpul lebih kurang 500 ribu. Daripada 500 ribu tu, sebanyak 350 ribu daripada hasil kutipan kami topup dengan 250 ribu so kami membina masjid sebanyak komponen sahaja lebih kurang dalam 600 ribu secara kasar. Binaan sahaja siap itu belum masuk lagi dengan dalaman termasuk speaker, sound system, cctv dan sebagainya adalah lebih kurang dalam 50 ribu. Jadi, akhirnya dapatlah binaan masjid yang sedemikan yang anda nampak. Tetapi masih tidak cukup. Pada peringkat awal, kalau anda tengok kan bangunan masjid itu macam betul-betul rumah kan? Memang rumah sampai orang pun taktau kata ini rumah sebab kadang saya pergi jumpa dengan kawan-kawan “kau nak buat rumah kat sini ke?” Semua orang pelik dengan binaan sebab tiada kubah. Jadi, maknanya first impression penduduk masyarakat sekitar dan untuk kami, objektif kami berjaya. Objektif kami bahawa masjid merupakan tempat ibadah Allah dan tak semestinya kubah sahaja baru orang kata tu masjid. Kami cuba mengubah minda masyarakat tak semestinya binaan masjid perlu seperti ini seperti ini. Jadi, sebaik sahaja diisytiharkan pada tahun 2019 atau 2020, save duit dana ada lagi maka kami pun buat satu keputusan untuk menambah sayap kiri dan sayap kanan. Yang meja makan itu semua tambahan. Asal dia memang sebijik macam rumah. Tambahan kat situ lebih kurang 50 ribu lah. Dan belakang tu kami baru tambah tahun ni. Dan kesemua perbelanjaan adalah hasil daripada infak daripada masyarakat sekeliling. Encik Azmi : Cuma, saya nak tambah sikit lagi. Gazet masjid itu di lot 29947 siaran lemah perpaduan tambun. Mungkin anda nak tanya kenapa nama masjid itu masjid permai? Pada peringkat awal, kami nak pilih satu nama. Nama pun memang nak pilih nama rare. Yang lain daripada orang lain. Jadi, kami memikirkan nama tokoh dalam Islam yang tak pernah orang gunakan. Mulanya nak letak Bilal Bin Rabah tetapi tidak sesuai kerana dah ada binaan nama masjid bilal. Tapi saya suka, dan saya cakap why not kalau kita letak nama masjid Salehuddin? Kenapa saya nak tokoh tersebut? Sebab saya nampak tokoh Salehuddin ni adalah satu tokoh yang cukup besar yang telah membuka peradaban Islam kepada peradaban Barat. Tak silap saya. So saya nak semangat itu ada pada masjid itu. Kita nak jiwa Salehuddin ini yang pada masa itu, orang beranggapan adalah mustahil untuk menewaskan pasukan rom. Tapi bagaimana Salehuddin itu berjaya dan bagaimana semangatnya orang muda pada masa itu. Kami nak jadikan itu sebagai sejarah. Kami nak kembalikan fungsi masjid itu sebagai pusat utama masyarakat sekitar pada masa itu. Tapi sebab sentimental dengan permai itu. Sebab dia kata lembah permai, perpaduan permai, nama jalan. Takpela kita letak jela masjid permai. Pandangan
kami, terutamanya saya, takpe kita letak je nama masjid begitu. Ingat senang benda tu rupanya sukar. Jadi, kekal dengan Permai lah. Kenapa Permai? Sebab mengambil sempena nama jalan lembah perpaduan permai. Dan perkataan permai tu sesuai kenapa? Bila kita pergi ke masjid, kami jawatankuasa beranggapan nak orang-orang rasa damai, aman dan permai lah tempat ni. Jadi, bila kadang-kadang saya bawa mereka makan dekat kawasan masjid tu mereka rasa syoknya, damai je rasa, happy je sebab tengok gunung-ganang. Sampai sekarang lah masjid tu masjid permai. Itu sejarah dia kenapa nama itu nama permai. Ayreen : Ini berkaitan dengan program. Saya dah tengok program di Facebook. Program yang saya take note ada ceramah Israk Mikraj yang terkini. Macam ada program 1 hari 1 juzuk. Ada kuliah Maghrib dan banyak ustaz dan penceramah. Boleh tak kalau saya nak tahu macam mana berhubung dengan ustaz-ustaz itu semua? Encik Azmi : Pada peringkat awal, kami merangka satu objektif. Sebenarnya ada 6 objektif kenapa kami nak masjid itu dibina dan seterusnya berfungsi? Pertama, kami nak jadikan ia sebagai pusat solat jemaah. Kami nak jadikan masjid itu sebagai fokus dan centre kepada kegiatan masyarakat sekeliling dan kemudian kami nak wujudkan pengurusan kematian, kemudian tadika islam. Kami nak buat tadika Islam dan terakhir sebagai pusat sehenti untuk membolehkan masyarakat sekitar menggunakan apa-apa sahaja peralatan yang boleh digunakan seperti kenduri-kendara ke program ke dan fokus kami ni bila disebut qariah masjid termasuklah dengan nonmuslim. Kami tak fokus kepada muslim sahaja, mana yang nonmuslim pun kami sertakan. Berkaitan dengan program- program bulanan, seperti biasalah solat jemaah, solat 5 waktu dan kemudian kepada setiap bulan memang kami peruntukan satu hari untuk kita namakan aktiviti ukhuwah merapatkan silaturahim antara masyarakat sekitar qariah di situ. Biasanya pada satu malam itu kami ambil pada hari khamis malam jumaat minggu ketiga setiap bulan. Dan biasanya kami akan buat bacaan sama ada bacaan yassin atau suratul al-kahfi, dan selepas habis bacaan ayat-ayat Al-Quran tersebut, terus kita buat jamuan. Kuliah hampir dikatakan setiap malam selepas maghrib dan sekiranya ada peristiwa-peristiwa khas seperti Israk Mikraj, Maal Hijrah, Maulidur Rasul, kita akan buat satu program khas untuk acara tersebut. Dan biasanya ustaz-ustaz popular dipanggil pada hari-hari tertentu. Untuk hari biasa, kita akan jemput ustaz-ustaz biasa yang mengajar. Dan pemilihan ustaz-ustaz tu biasanya kita akan adakan di bawah biro agama. Pengurusan masjid permai ini sebenarnya terbahagi kepada dua. Satu jawatankuasa pengurusan masjid Permai
dan satu lagi adalah biro jawatankuasa pengurusan agama. Kalau macam tu bukan kami pisahkan dunia dengan akhirat tetapi kami berpandangan bahawa untuk urusan-urusan berkaitan dengan pengurusan pembayaran diusahakan oleh jawatankuasa pelaksanaan, berkaitan dengan program diusahakan oleh biro agama dengan iman 1 masjid tersebut. Program yang diadakan oleh Masjid Permai ialah 1 hari 1 hadis, korban dan sebagainya. Ayreen: Kekangan dan cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan program? Encik Azmi : Masalah Kewangan. Kami sebenarnya cuba membuat satu anjakan kepada ummah, di mana Masjid tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata. Kami cuba mendapatkan dana sendiri. So apa yang kami buat, kami membina kedai-kedai dan pemiliknya merupakan pihak jawatankuasa masjid dan sewaan yang kami dapatkan setiap bulan tu dimasukkan ke dalam tabung Masjid Permai. Kita juga membina rumah homestay bagi peluang kepada individu yang sangat susah. Rumah Homestay juga merupakan pemilik masjid dan sewaan juga akan masuk ke dalam tabung. Daripada situ, kami guna membayar imam, bilal, siak dan ustaz ceramah yang kami jemput. Kami juga mengharapkan sedekah yang masyarakat datang ke masjid. So stiap bulan tu je yang kami gunakan. Tiada kekanggan yang lain selain kekangan utama iaitu masalah kewangan. Ayreen : Tadi Encik kata in future nak buat tadika Islam kan? Ada tak pelan lain yang ingin dicapai? Encik Azmi : Sebenar banyak pelan kami. Kami sebenarnya bercadang kita nak jadi Masjid ini sebagai satu center. Kita tak mahu orang menganggap masjid ini masjid, aku datang bersolat lepas tu aku balik. Bagaimana masjid ini nak dapatkan jana ekonomi yang jadi punca pendapatan kepada pihak masjid dan berkesan membantu masyarakat ummah. Kita lihat contoh, peringkat awal kita fikir macam mana nak dapatkan dana sendiri, saya tak mahu bergantung memang selapas pembinaan masjid tanggungjawab masyarakat sekitar nak bagaimana nak bangunkan masjid sama ada nak dapat duit dan sebagainya. Zaim hanya beri yuran elaun kepada imam, bilal dan siak pada peringkat awal perjalanan masjid. So, kami fikir why not kita buat suatu dan benefit kepada masyarakat sekitar. Peringkat awal, kita beri sewaan kedai. Bina kedai di kawasan masjid so tanah tu pihak masjid so kita kata kita kena sewa la. Dia ada daripada B40, kita beri sewa, dia run the business dan beberapa tahun dia dah jadi ok dan sekarang dia dah jadi M40. So, maknanya bila kita buat satu apa objektif kita nak capai, we don’t think big, we start with small first and then kita nampak berjaya. So, start daripada tu kita mulalah guna kedai untuk jadi tarikan. KIta sebenarnya cadangkan buat satu centre yang ada everything kat situ. Contoh macam saya nak buat koperasi dan koperasi tu saya menjemput syarikat sekitar untuk menjadi ahli dalam koperasi di mana keuntungannya ialah sebahagian sebagai keuntungan masjid dan sebahagian kepada masyarakat dan ahli koperasi yang tu masih dalam proses pembinaan. Cadangan membina sekolah agama, tadika masih dalam perancangan. Kalau
tengok dekat belakang kawasan lapang, kami sedang dalam proses untuk memohon tanah untuk membina pusat sekolah agama. Sebenarnya, kami dalam proses memohon peruntukan untuk memilik jalan tar dan kami juga minta untuk buat dewan terbuka. Bila dewan terbuka siap, mana-mana yang nak sewa dewan terbuka jadi income kepada masjid dan apabila semua yang kami inginkan untuk capai so objektif kami ni menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat sekitar dapat dicapai. Azrysha : Seterusnya, saya akan tanya tentang kejayaan dan juga pencapaian masjid. Soalan yang pertama saya nak tanya apakah kejayaan terbesar yang telah diraih oleh pihak masjid ini? Encik Azmi : Soalan tu memang sukar nak jawab sebab baru satu tahun dan keduanya kami tak aspect pun kejayaan sebab kebelakangan ni kami buat saja. Kalau nak kata kejayaan hanya akan berjaya masjid dipenuhi oleh masyarakat agama Islam untuk solat dari hadapan sampailah ke hujung pintu keluar. Itulah yang saya harapkanlah. Walaubagaimanapun kalau nak kata kejayaan secara diiktiraf memang takda tetapi kejayaan-kejayaan dari peringkat permulaan untuk kami sebagai seorang ahli jawatankuasa saya memang rasa berjaya dan kejayaan tu saya rasa saya bagi kepada seluruh penduduk sekitar. Yang pertama sudah ada satu tempat ibadat tak perlu bimbang, risau dihalau oleh pihak Sunway. Yang kedua mengeratkan hubungan silaturahim sesama lain sebab masa surau itu hanya kawasan sekitar surau je datang. Kita tengok dekat situ ada T40, M40, B40 kita nampak di situ la sebab dia ada dia punya bukti Taman Mewah, Heaven, Lake View Apartment, sekitar Permai dan Bukit Perpaduan. So, bila kita tubuhnya masjid kita nampak bersama kata pengenalian antara satu sama lain. So, balik kepada Azrysha punya soalan pengiktirafan kejayaan secara rasmi memang takde. Kejayaan yang kecik yang diiktiraf oleh kami selaku jawatankuasa masjid adak berjaya. Azrysha : Soalan yang seterusnya, saya adalah tengok dalam Facebook Masjid Permai ini telah memberi sumbangan kepada pelajar IPG Kampus Ipoh sendiri dengan kerjasama Skuad Combat Covid19 dan juga J/K Kolej Kediaman IPGKI. Jadi, bolehkah encik jelaskan apakah sumbagan yang telah diberikan kepada para pelajar tersebut. Encik Azmi: Ok yang tu masa PKP, masa PKP masjid tu belum siap lagi. Pada masa tu saya beranggapan bahawa para pelajar Sabah dan Sarawak yang tak boleh balik, dia orang terperangkap di sini. So, kami mencadang kami nak bagi dan bantuan yang kami sediakan makanan, beras, telur, minyak dan maggi. Tapi yang special things is macam ni tau, dia ada dua peringkat awal saya cakap dengan dia orang, saya kumpulkan nama yang terperangkap di luar dan tanya mereka apa yang mereka nak dan dia orang senaraikan. Bila kita tengok kita pun terkejut bila kita kata bantuan kita anggap makanan je kan dalam masa tu, waktu tu tak boleh keluar masa PKP. Tau tak dia minta apa tuala wanita, sabun. So tanya makanan cukup? Lepas tu dia kata makanan cukup IPG sini hantar. So, apa yang dia orang minta tu memang luar daripada kebiasaan. So, saya dan rakan-rakan yang lain kami order dekat Aeon Kinta City. Hantar lah kami hantar. Kami bagi setiap satu kami bagi, kami beli ayam mentah 7 pagi dan hantar semua sekali.
Kemudian, yang keduanya kami pergi ke rumah masyarakat sekitar dan macam kerja ni dia orang suka buat live masa hantar kat Facebook ada tak? Azrysha : Live? Ada satu. Ayreen : Saya jumpa live program agama. Encik Azmi : Program Agama yang saya bagi bantuan tu ada tak? Azrysha : ada Encik Azmi : Siapa muka tu siapa Azrysha : Dia tutup muka Encik Azmi : Jadi, kita tak mahu war-warkan lah buatkan live. Jadi katakan pandangan saya la kadang-kadang orang suka orang tu ikhlas tahu, bila ramai dah view content dia akan lain sikit. Itu yang saya kata kejayaan tu di kami je. Azrysha :Kemudian soalan yang terakhir apakah sasaran kejayaan masjid pada tahun ini ataupun pada masa yang akan datang? Encik Azmi : Sasaran macam saya kata la, sasaran kami sebenarnya try to be different from others. Kita tengok masjid yang datang tu semua adalah yang pencen semua tu la. So kami ni nak target orang muda datang. Sasaran kami adalah semua masyarakat Islam yang duduk di situ datang dan semua masyarakat yang kelainan bangsa tu datang ke kawasan tapak masjid sekiranya kami membuat sesuatu aktiviti sebab kami nak paradigmakan masyarakat Melayu sebab jawatankuasa-jawatankuasa kami kami boleh pergi ke kuil, kami boleh pergi ke church. Sebab kami tak mahu paradigma kata orang yang pergi masjid tu orang masuk Islam macam Xin Ni kan, tetapi adakah pergi ke kuil besok you bersedia? Kalau ikut budaya ditetapkan selagi kita tidak bercanggah dengan akidah. Itulah kami cuba sampaikan tetapi kalau masyarakat non muslim ajak kepada kita pergi berkhidmat di tempat dia, adakah kita boleh, berani. Jangan hanya di dalam IPG. Jadi, nanti besok bulan Ramadhan jemputkan makan di masjid kan did you feel anything nothing kan? Xin Ni : Nothing Encik Azmi : hanya datang
Ayreen : lepas tu makan Encik Azmi : ok macam tu allright, kalau Church buat makan dan jemput Ayreen dengan Azrysha datang Ayreen : masih fikir? Encik Azmi : Dia church kami bekalkan makanan untuk Islam. Let say you masuk you makan. So saya kata kan kami nak berubah stigmen. Kemudian, sasaran yang akan datang seperti yang kita kata lah sasaran kejayaan kami bukan yang luran tu tahu bukan nak think besar. Sasaran kejayaan kami adalah berusaha untuk dari mimbar masjid tu sampai lah ke luar pintu. Itu je kejayaan. Kalau saya tanya kan kejayaan sekarang berjaya saya kata tak sebab staff dua je. Bila RM500 000 bangunan ada yang sampai 4 juta yang datang 3 staff sahaja ramai solat Jumaat. Ayreen : Raya Encik Azmi : ye raya, itu bermusim kan. Kalau nak tanya kan kejayaan macam mana nak capai ni saya personaly dan rakan-rakan, penuh je tapi kalau setakat dua gagal. Contoh Masjid Temerloh saya anggap berjaya memang penuh sampai hujung. Ini kalau kamu dengar masjid ini mempunyai kawasan yang cantik apa mana dalam yang tengok macam mana. Ayreen : Selain daripada kami buat kerja dengan pihak masjid ini, ada tak mana-mana institusi yang buat assignment macam ni ke? Encik Azmi : So far takde, you yang first one yang tanya sebab tu saya katakan owh dia ni dapat dari mana. Saya tak terfikir, dia ada cakap dekat saya, saya tak tahu siapa kan. Dia ada sebut nama awak tetapi saya lupa. Pada pandangan sayala, bila kita bina sesuatu contohnya kita beri sumbangan, kita aspect dia dapat balik is not good dan you tanya cabaran kan. Saya tertarik dengan tu cabaran kami sebagai jawatankuasa masjid ini orang kata macam takde apalah masjid je tetapi sebenarnya besar. Sebab kami akan disoalkan apa yang korang buat. So cabaran kami macam mana nak mengajak masyarakat luar tu datang solat, macam mana kami nak buat. Nak ubah budaya masyarakat kita ni sebenarnya susah tetapi janganlah kata budaya yang repeh-repeh macam kat Indonesia program agama di masjid dan berkalut. Macam mana kita nak ubah stigma masyarakat Malaysia ni supaya kat rumah ibadat tu selagi kita tak pergi ibadat kat situ kita juga boleh pergi situ. Semua : Terima kasih Encik.