The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 882-6-azrysha, 2023-04-11 21:11:02

SEJARAH MASJID PERMAI

SEJARAH MASJID PERMAI

Tarikh : 17 Februari 2023 Interview : Encik Kamaruzaman Bin Din, Encik Herman, Ustaz Zikhirwan dan Encik Jasmi Bin Abbas Ayreen: Sebelum tu, boleh kenalkan diri? Nama, apa-apa berkaitan diri encik. Encik Jasmi Bin Abbas: Baik, pada mulanya nama Jasmi Bin Abbas. Jawatan kat masjid ni…imam. Imamlah, imam. Ayreen: Memang orang sini? Encik Jasmi Bin Abbas:Saya orang Terengganu. Bekerja di SK Tanjung Rambutan Azrysha: Cikgu laa Encik Jasmi Bin Abbas: Cikgu IPG. haha Ayreen:Duduk sini dah berapa lama? Encik Jasmi Bin Abbas: Dah masuk 4 tahunlah Ayreen:Dari awal masjid ni dibina, memang dah ada libatkan diri? Encik Jasmi Bin Abbas: Haah, tapi proses pertama tu saya tak terlibat lagilah. Masa nak bina tu, memang dah ada. Tapi dia punya proses panjang. 12 tahun eh? Prosesnya tu lama. Bila dapat tanah ni, memang dibuat masjid la. Tahun 2020 rasanya baru start dibina. Dan setiap masa terkini, tahun lepas. Pada bulan Ramadhan. 27 Ramadhan merupakan hari pertama kita solat kat sini. Solat kat masjid.


Ayreen: Encik yang kedua pun boleh kenalkan diri. Nanti kita boleh tambah bilangan responden Encik Herman: Ohh. Assalamualaikum w.b.t Ayreen dan Azrysha: Waalaikumusalam Encik Herman: Saya, Ustaz Hermanlah. Berasal dari Batu Kurau. Ehem (batuk). Sekarang menetap di sini. Di masjid ni, bertugas sebagai penolong bendahari. Dan imam backup. Azrysha: Boleh tahu tak, nama masjid ni kan Masjid Permai, macam mana bole terpikir nak bubuh nama masjid tu sebagai Masjid Permai? Ayreen: Kalau macam Encik Azmi, katanya nak beri nama lain. Tapi ada banyak cadangan Encik Jasmi Bin Abbas:Ya, dari segi pemikiran kami, bila dalam meeting-meeting tu, nama apa yang sesuai? Tapi oleh kerana masjid ni kita nak orang tahu ia dimana. Kita nak orang tahu masjid ini dimana. Jadi kita namakan Masjid Permai sempena dengan Lembah Permai.Lembah Perpaduan Permai. Ni memang taman dia. Selalunya orang letak nama masjid guna bahasa Arab kan? Cuma kalau guna bahasa Arab, orang taktahu lokasinya kat mana. Dahlah kita baru kan. Kita nak memperkenalkan kepada orang lain bahawa ada masjid di sini. Sebab sebenarnya kat sini jarang orang masuk. Haa jarang orang masuk kalau orang yang masuk pun orang The Haven, orang yang ada urusan je. Selain tu, orang akan guna jalan besar. Orang taktahu pun ada kewujudan masjid ni. Encik Herman: Masjid ni sinonimlah dengan Lembah Permai Encik Jasmi Bin Abbas: Ni pulak timbalan pengerusi Ayreen: Kenalkan diri jugak, pandang kamera, pandang kamera Encik Jasmi Bin Abbas: Ni orang yang paling pentinglah dalam masjid ni Encik Kamaruzzaman Bin Din: Assalamualaikum w.b.t. Saya Kamaruzzaman. Aaaaa timbalan pengerusi merangkap bilal. Atau muazin.


Ayreen: Aaa encik orang mana? Encik Kamaruzzaman Bin Din:Ouh saya berasal dari Kampung Gajah. Sekarang dah takada orang, takada gajah Semua: Hahhahahaha Ayreen: Dia sebenarnya chinese Azrysha: Lee xin ni Encik Kamaruzzaman Bin Din: Lee xi Jia? Ayreen: Bukan Lee Xi Jia yang badminton tu. Encik Herman: Ouhhh muallaf? Ayreen: Eh bukan muallaf, memang satu team Azrysha: Sebab masuk masjid kan kena pakai tudung Ayreen:Tak, maksudnya tutup aurat Encik Jasmi Bin Abbas: Sesuailah bila kita masuk masjid, kita tutuplah kan Encik Kamaruzzaman Bin Din: Ni tahun berapa? Azrysha: Tahun 1 Encik Kamaruzzaman Bin Din:IPG kan? Sekarang pakai unit lagi ke? Azrysha: Haah kami unit X


Encik Kamaruzzaman Bin Din:Saya unit M. Ayreen: Encik IPG sini? Senior senior Encik Kamaruzzaman Bin Din: Tahun lama dah. 1988 Ayreen: Bekas pelajar IPG ke? Encik Kamaruzzaman Bin Din:Ya Ayreen: Sekarang mengajar kat mana? Encik Kamaruzzaman Bin Din: Sekarang dekat SMK Anderson. Dulu, kalau saya keluar daripada maktab perguruan ni. Jadi bila kita nak upgrade, kita dah grad, kita ada masa sambung belajar lagi. Azrysha: Saya nak tanya, aaaa masjid ni ada tak bagi apa-apa sumbangan kepada masyarakat Encik Kamaruzzaman Bin Din: Masa PKP dulu, kita ada buat jariah satu, kita ada hasilkan bantuan kalau makanan, bantuan rahmah lah. Dulu kita letak kat suraulah. Pada masa yang sama kita ada group whatsapp. Dalam group whatsapp tu kita dapat maklumat. Mana yang mengalami kesusahan hidup. Ayreen: Saya nak tanya, apa lagi sumbangan ataupun program yang berjaya dijalankan sepanjang pengoperasian masjid ni? Even baru lagi dibina Ustaz Zikhirwan: Ada banyak. Encik Kamaruzzaman Bin Din: Kursus jenazah ada Ustaz Zikhirwan: Cuma jenazahnya takada la. Macam program qurban. Tiap-tiap tahun buat. Kat sinilah mayat-mayat semua bergelimpangan.


Ayreen: jadi, saya kira itu sahaja sesi temu bual kali ini, kami ucapkan terima kasih Encik Jasmi Bin Abbas: Sama-sama. Terima kasih jugak sebab pilih masjid ni sebagai tempat kajian Azrysha: boleh pandang kamera tak? Ayreen: haa ni kita rekod je, nanti kami screenshot gambar Ustaz Zikhirwan: haaaa ok ok


Tamat


Click to View FlipBook Version