i
ii
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
MALAYSIA
BUKU PANDUAN
CALON
DIKEMASKINI HINGGA MEI 2012
iii
ivi/v48
KATA PENGANTAR
“Buku Panduan Calon” ini disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia (SPR) untuk memberi gambaran dan pengetahuan yang jelas
berhubung dengan proses dan penjalanan pilihan raya khususnya kepada
Calon-calon yang akan bertanding.
Sejak Buku Panduan ini diterbitkan pada tahun 1982, beberapa pindaan
undang-undang dan peraturan-peraturan telah dibuat. Pindaan ini dibuat bagi
tujuan penambahbaikan pengurusan dan proses pilihan raya di Malaysia. Bagi
Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang, terdapat beberapa perubahan
kepada peruntukan undang-undang yang telah dilaksanakan. Perubahan-
perubahan ini adalah bagi menambah baik proses pilihan raya khususnya
berhubung “dakwat kekal” dan proses “pengundian awal” yang pertama kali
diperkenalkan. Buku ini juga dapat dijadikan rujukan untuk para Calon dan
Ejen-ejen Pilihan Raya yang bertugas bagi pihak mereka semasa pilihan raya.
Buku panduan ini bukan sahaja akan mempertingkatkan kefahaman dan
kemahiran Calon, malahan dapat membantu mereka memahami dengan jelas
langkah-langkah yang perlu diambil di semua peringkat proses pilihan raya
iaitu sebelum, semasa dan juga selepas. Kefahaman yang mendalam mengenai
proses dan prosedur pilihan raya sudah tentu akan menjamin suasana
keharmonian, memperkukuhkan konsep ketelusan dan kelancaran urusan
pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.
Adalah menjadi harapan SPR bahawa dengan terhasilnya buku ini, ianya
akan dapat dijadikan panduan kepada Calon-calon, Ejen-ejen Pilihan Raya dan
mereka yang terlibat dengan urusan pilihan raya di samping membantu mereka
mengambil tindakan-tindakan berdasarkan lunas-lunas undang-undang dan
peraturan-peraturan pilihan raya yang ditetapkan.
Yang ikhlas,
(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
13 Julai 2012
i
ii
KANDUNGAN
Bahagian I
PENGENALAN
Muka
Surat
1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 1
2 Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya 1
3. Jenis Pilihan Raya 2
4. Writ dan Notis Pilihan Raya 4
5. Undang-undang dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya 4
Bahagian II
BAHAGIAN PILIHAN RAYA DEWAN RAKYAT DAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI
Muka
Surat
1. Demokrasi Berparlimen 6
6
2. Keahlian Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
3. Persempadanan Bahagian Pilihan Raya 7
iii
Bahagian III
NOTIS MENGENAI PILIHAN RAYA
Muka
Surat
1. Pilihan Raya Umum 8
2. Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat 8
3. Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri 9
4. Pilihan Raya Kecil 10
Bahagian IV
KELAYAKAN DAN HILANG KELAYAKAN SEBAGAI CALON
Muka
Surat
1. Menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri 12
2. Calon bagi Bahagian Pilihan Raya 12
3. Kelayakan Menjadi Calon 12
4. Hilang Kelayakan sebagai Calon 13
iv
Bahagian V
HARI PENAMAAN CALON
Muka
Surat
1. Penamaan 15
2. Kertas Penamaan 15
3. Pusat Penamaan Calon 16
4. Masa untuk Menyerahkan Kertas Penamaan Calon 16
5. Cara Penyerahan Kertas Penamaan Calon 16
6. Perkara Penting yang Harus Diberi Perhatian Berkaitan Dengan 17
Pencalonan
7. Panduan Cara Mengisi Kertas Penamaan Calon 20
8. Pembetulan Kertas Penamaan Calon 24
9. Penarikan Kertas Penamaan Calon Sebelum Penamaan 25
Calon Ditutup
10. Pemeriksaan oleh Pegawai Pengurus terhadap Kertas 25
Penamaan Calon
11. Keputusan terhadap Kelayakan Calon 27
v
Bahagian VI
PILIHAN RAYA YANG TIDAK DIPERTANDINGKAN DAN PILIHAN RAYA YANG
DIPERTANDINGKAN SERTA SIMBOL UNTUK CALON YANG BERTANDING
Muka
Surat
1. Pilihan Raya yang Tidak Dipertandingkan 28
2. Pilihan yang Dipertandingkan 28
3. Nama dan Susunan untuk Dicetak dalam Kertas Undi 29
4. Simbol untuk Calon Parti Politik dan Calon Bebas 29
5. Warta dan Notis Pengundian 30
6. Meninggal Dunia atau Hilang Kelayakan Calon Sebelum Pengundian 30
7. Pembekalan Daftar Pemilih 30
8. Deposit Bahan Kempen Pilihan Raya 31
vi
Bahagian VII
EJEN PILIHAN RAYA
Muka
Surat
1. Siapa Ejen Pilihan Raya ? 32
2. Pelantikan Ejen Pilihan Raya 32
3. Alamat Ejen Pilihan Raya 33
4. Tugas Ejen Pilihan Raya 33
5. Hilang Kelayakan bagi Pelantikan sebagai Ejen Pilihan Raya 34
Bahagian VIII
SEBELUM HARI MENGUNDI
Muka
Surat
1. Tempoh Berkempen 36
2. Taklimat dan Penjelasan kepada Calon 36
3. Perjumpaan, Rapat Umum dan Perarakan 37
4. Pengawalan ke atas Pencetakan dan Penerbitan Risalah Pilihan Raya 38
5. Pengeluaran Kertas Undi Pos 38
vii
Bahagian IX
SEMASA HARI MENGUNDI DAN PENGUNDIAN AWAL
Muka
Surat
1. Tarikh dan Waktu Mengundi 40
2. Pengundian Awal 40
3. Lawatan Calon 41
4. Kakitangan Pengundian dan Tempoh Waktu Mengundi 42
5. Kawasan Larangan 50 Meter dari Tempat Mengundi 42
6. Kedudukan Pusat Mengundi 43
7. Barung SPR 44
8. Kebenaran Masuk ke Tempat Mengundi 44
9. Hak untuk Mengundi 45
10. Proses Mengundi 47
11. Ejen Tempat Mengundi 48
12. Penyediaan Peti Undi 49
13. Kesalahan- Kesalahan Pilihan Raya 49
viii
14. Hukuman 51
15. Membekalkan Makanan dan Minuman 51
16. Penutupan Pengundian 51
Bahagian X
SEMASA PENGIRAAN UNDI
Muka
Surat
1. Sistem dan Proses Mengira Undi 53
2. Ulangkira 54
3. Mereka yang Dibenarkan Masuk ke Tempat Mengira Undi 54
4. Pelantikan Ejen Mengira Undi 55
Bahagian XI
PENJUMLAHAN RASMI UNDI
Muka
Surat
1. Pusat Penjumlahan Rasmi Undi 56
2. Orang yang Dibenarkan Hadir di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi 56
ix
3. Penjumlahan Undi 56
4. Jika Jumlah Undi yang Diterima oleh Calon adalah Sama Banyak 57
5. Memaklumkan Keputusan Pilihan Raya 57
6. Pengisytiharan Keputusan Pilihan Raya 57
Bahagian XII
PEMULANGAN DEPOSIT PILIHAN RAYA, DEPOSIT BAHAN KEMPEN DAN
PENYERAHAN PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA
Muka
Surat
1. Pemulangan Deposit Pilihan Raya 58
2. Pemulangan Deposit Bahan Kempen 58
3. Pelucutan Deposit Pilihan Raya 59
4. Pelucutan Deposit Bahan Kempen 59
5. Penyerahan Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya 59
6. Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya 60
7. Kesalahan Kerana Tidak Menyerahkan Penyata dan Pernyataan- 60
Pernyataan Bersumpah Perbelanjaan Pilihan Raya
x
Bahagian XIII
PETISYEN PILIHAN RAYA
DAN PEMUSNAHAN DOKUMEN PILIHAN RAYA
Muka
Surat
1. Siapa yang Boleh Mengemukakan Petisyen Pilihan Raya 62
2. Alasan bagi Mengemukakan Petisyen 62
3. Bagaimana Mengemukakan Sesuatu Petisyen Pilihan Raya 63
4. Pemusnahan Dokumen Pilihan Raya 65
Bahagian XIV
PENUTUP
Muka
Surat
1. Penutup 66
xi
SENARAI LAMPIRAN
Muka
Surat
1. LAMPIRAN 1 : Contoh BORANG 1 – Writ Pilihan Raya 67
2. LAMPIRAN 2 : Contoh BORANG 3 – Notis untuk Memilih Seorang 70
Ahli Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri
3. LAMPIRAN 3 : Senarai Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan DUN 71
4. LAMPIRAN 4 : Contoh Pengisian BORANG 4 – Kertas Penamaan 74
Calon Dewan Rakyat
LAMPIRAN 4A : Contoh Pengisian BORANG 4A – Kertas Penamaan 75
Calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri
5. LAMPIRAN 5 : Contoh Pengisian BORANG 5 – Akaun Berkanun 76
Orang Yang Dinamakan sebagai Calon Pilihan Raya
bagi Ahli Dewan Rakyat
LAMPIRAN 5A : Contoh Pengisian BORANG 5A – Akaun Berkanun 77
Orang yang Dinamakan sebagai Calon Pilihan Raya
bagi Ahli Dewan Undangan Negeri
6. LAMPIRAN 6 : Contoh Pengisian Borang Penarikan Balik 78
79
Penamaan sebagai Calon Pilihan Raya sebagai
Ahli Dewan Rakyat
LAMPIRAN 6A : Contoh Pengisian Borang Penarikan Balik
Penamaan Calon Pilihan Raya sebagai Ahli Dewan
Undangan Negeri
xii
7. LAMPIRAN 7 : Senarai Simbol Parti Politik yang Berdaftar 80
dengan SPR
LAMPIRAN 7A : Senarai Simbol untuk Calon Bebas yang Diluluskan 81
oleh SPR
8. LAMPIRAN 8 : Contoh Pengisian BORANG 8 – Notis Pilihan Raya 82
yang Dipertandingkan
9. LAMPIRAN 9 : Contoh Surat Lantikan Sebagai Ejen Pilihan Raya 85
10. LAMPIRAN 10 : Contoh BORANG 10 – Akuan Mengenai Identiti dan 86
Penamaan
11. LAMPIRAN 11 : Contoh BORANG 10A – Akuan Mengenai 87
Keengganan Mengeluarkan Kertas Undi
12. LAMPIRAN 12 : Contoh BORANG 11 – Akuan 88
13. LAMPIRAN 13 : Contoh Pengurusan dan Pemeteraian Peti Undi 89
14. LAMPIRAN 14 : Contoh BORANG 12A – Notis Pengiraan Undi di 90
Tempat Mengira
15. LAMPIRAN 15 : Contoh BORANG A – Borang Sumpah Kerahsiaan 91
16. LAMPIRAN 16 : Contoh Pengisian Borang SPR 760 – Helaian 92
Mata (Score Sheet)
17. LAMPIRAN 17 : Contoh Pengisian BORANG 16 – Penyata 93
Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi
xiii
18. LAMPIRAN 18 : Contoh BORANG B – Penyata Berkenaan 94
dengan Belanja Pilihan Raya
19. LAMPIRAN 19 : Contoh BORANG C – Pernyataan atas Sumpah 97
98
oleh Calon
20. LAMPIRAN 20 : Contoh BORANG D – Pernyataan atas Sumpah
oleh Ejen Pilihan Raya
xiv
Bahagian I
PENGENALAN
1. Suruhanjaya Pilihan Raya
1.1 Mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) ditubuhkan sebagai sebuah badan bebas
yang mendapat kepercayaan awam dan dipertanggungjawabkan
antaranya bagi menjalankan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat
dan Dewan Undangan Negeri serta Pilihan Raya Kecil Dewan
Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Dasar utama SPR
adalah untuk memelihara, mengawasi dan mengekalkan proses
demokrasi di negara ini menerusi sistem pilihan raya yang
telus dan saksama. Adalah menjadi tanggungjawab SPR bagi
memastikan rakyat yang layak dapat memilih wakil mereka dalam
mana-mana pilihan raya secara bebas.
1.2 SPR dianggotai oleh seorang Pengerusi, seorang Timbalan
Pengerusi dan lima orang Ahli, iaitu seorang mewakili Negeri
Sabah, seorang mewakili Negeri Sarawak, seorang mewakili
kaum Melayu, seorang mewakili kaum Cina dan seorang mewakili
kaum India. Ahli-Ahli SPR dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang
diPertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Tempoh perkhidmatan mereka adalah sehingga mencapai umur
66 tahun.
1.2 Dalam menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya, SPR dibantu
oleh sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha
yang bertindak sebagai Ketua Pentadbir. Urus Setia SPR
mempunyai Ibu Pejabatnya di Putrajaya dan 14 Pejabat Pilihan
Raya Negeri di setiap negeri di seluruh negara.
2. Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya
2.1 Mengikut perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, SPR
mempunyai 3 fungsi utama seperti yang berikut:
1
2.1.1 Menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat,
Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya kecil.
2.1.2 Menyediakan daftar pemilih dan menjalankan urusan
pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih.
2.1.3 Mewujudkan Bahagian-bahagian Pilihan Raya dan
menjalankan kajian semula persempadanan Bahagian-
bahagian Pilihan Raya.
3. Jenis Pilihan Raya
3.1 SPR bertanggungjawab menjalankan Pilihan Raya Umum Dewan
Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Pilihan Raya
Kecil. Pilihan Raya Umum diadakan apabila Dewan Rakyat atau
DUN dibubarkan atau terbubar sendiri, manakala pilihan raya kecil
diadakan apabila berlaku kekosongan di luar jangka bagi kerusi
Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
3.1.1 Pilihan Raya Umum
a. Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan
menetapkan bahawa, kecuali dibubarkan
lebih awal, Parlimen akan diteruskan berjalan
selama lima tahun dari tarikh mesyuaratnya
yang pertama. Mengikut Perkara 55(2), Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh
memberhentikan atau membubarkan Parlimen
pada bila-bila masa dan bilamana Parlimen
dibubarkan mengikut Perkara 55 (4), suatu Pilihan
Raya Umum perlu diadakan dalam tempoh enam
puluh (60) hari dari tarikh pembubarannya.
b. Bagi Dewan-dewan Undangan Negeri pula,
ia akan terus berjalan selama 5 tahun dari
tarikh mesyuaratnya yang pertama. Walau
bagaimanapun, Sultan, Raja atau Yang diPertua
Negeri bagi setiap negeri mempunyai kuasa di
2
bawah Perlembagaan Negeri masing-masing
untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri
pada bila-bila masa. Apabila Dewan Undangan
Negeri dibubarkan, satu Pilihan Raya Umum akan
diadakan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari
tarikh pembubarannya.
3.1.2 Pilihan Raya Kecil
a. Mengikut Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan
atau Perkara-perkara yang berkaitan dalam
Perlembagaan-perlembagaan Negeri, Pilihan
Raya Kecil hendaklah diadakan dalam tempoh
60 hari untuk mengisi kekosongan kerusi Dewan
Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri yang
berkenaan. Kekosongan yang dimaksudkan
biasanya berlaku kerana kematian, peletakan
jawatan, pelucutan keahlian atau hilang kelayakan
di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan
atau di bawah Perkara-perkara yang berkaitan
dalam Perlembagaan-perlembagaan Negeri.
b. Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan
Pilihan Raya Kecil selepas menerima
pemberitahuan daripada Yang diPertua Dewan
Rakyat atau Speaker Dewan Undangan Negeri
yang berkenaan mengenai kekosongan kerusi di
sesuatu Bahagian Pilihan Raya.
c. Walau bagaimanapun, bagi kekosongan luar
jangka yang berlaku dua (2) tahun sebelum
Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
dijadual akan bubar, kekosongan tidak perlu diisi,
kecuali keputusan sebaliknya dibuat oleh Yang
diPertua Dewan Rakyat atau Speaker Dewan
Undangan Negeri bagi Negeri-negeri yang terlibat.
3
4. Writ dan Notis Pilihan Raya
4.1 Apabila Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan Negeri
dibubarkan dan Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemakluman
rasmi akan perkara tersebut atau apabila berlaku kekosongan
dalam mana-mana Bahagian Pilihan Raya atas sebab-sebab yang
dinyatakan di perenggan 3 di atas, Suruhanjaya Pilihan Raya akan
menetapkan tarikh-tarikh Pilihan Raya dan mengeluarkan suatu
Writ Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus (PP) (yang dilantik
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya) untuk mengadakan Pilihan Raya
dalam Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan. Contoh Writ Pilihan
Raya adalah seperti di LAMPIRAN 1.
4.2 Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan suatu
Notis Pilihan Raya (Notis untuk mengadakan Pilihan Raya Umum
Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri yang berkenaan) yang
mengandungi tarikh-tarikh untuk Hari Penamaan Calon dan Hari
Mengundi. Notis tersebut akan diwartakan. PP bagi tiap-tiap
Bahagian Pilihan Raya akan menampalkan Notis (Notis untuk
memilih seorang Ahli Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri bagi
Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan) di tempat-tempat tertentu
dalam Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan.
4.3 Calon-calon hendaklah membaca dengan teliti Notis-notis
ini kerana antara kandungannya ada diberitahu mengenai
tarikh, masa dan tempat menyerahkan kertas penamaan.
Bagi memudahkan Calon-calon menghubungi mereka untuk
mendapatkan penerangan, nama dan alamat PP ada dinyatakan
dalam Notis tersebut. Contoh Notis (Borang 3) adalah seperti di
LAMPIRAN 2.
5. Undang-undang dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya
5.1 Untuk memahami dengan mudah mengenai penjalanan Pilihan
Raya, calon perlu membaca kesemua Undang-undang dan
Peraturan-peraturan Pilihan Raya yang berikut:
5.1.1 Perlembagaan Persekutuan.
4
5.1.2 Perlembagaan Negeri.
5.1.3 Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19).
5.1.4 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).
5.1.5 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan
Raya) 1981.
5.1.6 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)
2002.
5.1.7 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos)
2003.
5
Bahagian II
BAHAGIAN PILIHAN RAYA DEWAN RAKYAT DAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI
1. Demokrasi Berparlimen
1.1 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa pemerintahan
negara adalah melalui demokrasi berparlimen. Parlimen terbahagi
kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Setiap negeri
mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Ahli
Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri adalah dipilih melalui
pilihan raya.
2. Keahlian Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
2.1 Mengikut Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat
mengandungi 222 orang Ahli yang dipilih melalui pilihan raya. Ahli-
Ahli Dewan, yang lazimnya dikenali sebagai Ahli-Ahli Parlimen,
dipilih secara langsung daripada Bahagian-bahagian Pilihan Raya
dari seluruh Negara (dipanggil Bahagian-bahagian Pilihan Raya
Parlimen). Daripada jumlah 222 kerusi Dewan Rakyat, 153 kerusi
adalah bagi Negeri-negeri Tanah Melayu, 25 bagi Sabah, 31 bagi
Sarawak, 11 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu (1)
bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan satu (1) bagi Wilayah
Persekutuan Labuan.
2.2 Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri bagi semua Negeri ialah
576.
2.3 Maklumat lanjut mengenai pembahagian kerusi Dewan Rakyat
dan Dewan Undangan Negeri bagi semua negeri adalah seperti
dalam butiran BAHAGIAN PILIHAN RAYA PARLIMEN DAN DUN di
LAMPIRAN 3.
6
3. Persempadanan Bahagian Pilihan Raya
3.1 Bagi tujuan kajian semula dan persempadanan Bahagian-bahagian
Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, Perkara-perkara 116 dan 117
Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa tiap-tiap Negeri
mengandungi beberapa Bahagian Pilihan Raya Parlimen seperti
yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan dan beberapa
Bahagian Pilihan Raya Negeri seperti yang ditentukan oleh
Perlembagaan Negeri masing-masing. Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya atau Wilayah Persekutuan
Labuan hendaklah tiap-tiap satunya dianggap sebagai sebuah
negeri untuk tujuan kajian semula persempadanan dan pemilihan
wakil ke Dewan Rakyat.
7
Bahagian III
NOTIS MENGENAI PILIHAN RAYA
1. Pilihan Raya Umum
1.1 Pilihan Raya Umum hendaklah diadakan dalam masa yang
ditentukan setelah Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan
Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri. Notis
mengenai Pilihan Raya Umum bagi memilih Ahli-Ahli ke
Dewan Rakyat dan mana-mana Dewan Undangan Negeri akan
dikeluarkan secara berasingan walaupun Pilihan Raya Umum boleh
dijalankan serentak, bergantung kepada bila Dewan-dewan itu
dibubarkan.
2. Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat
2.1 Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat diadakan setelah Dewan
Rakyat dibubarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertua Agong
atau terbubar sendiri. Mengikut Perkara 55(3) Perlembagaan
Persekutuan, Dewan Rakyat, kecuali jika dibubarkan terlebih awal,
akan terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh mesyuaratnya yang
pertama dan selepas tempoh itu akan bubar dengan sendirinya.
Tatacara mengenai perjalanan Pilihan Raya Umum akan bermula
dengan pengeluaran suatu Writ Pilihan Raya yang dialamatkan
kepada Pegawai Pengurus (PP). Mengikut Perkara 55(4)
Perlembagaan Persekutuan, apabila Dewan Rakyat dibubarkan,
Pilihan Raya Umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari
dari tarikh pembubarannya.
2.2 Writ Pilihan Raya yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12 Akta
Pilihan raya 1958 dialamatkan kepada PP bagi tiap-tiap Bahagian
Pilihan Raya yang dipertandingkan. Contoh Writ Pilihan Raya yang
berkenaan seperti di LAMPIRAN 1.
2.3 Berikutan dengan pengeluaran Writ Pilihan Raya, satu Notis
(Notis untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat/
Dewan Undangan Negeri yang berkenaan) akan disiarkan dalam
8
warta di mana Suruhanjaya menetapkan tarikh untuk Hari
Penamaan Calon dan Hari Mengundi. Hari Penamaan Calon tidak
boleh kurang daripada empat hari dari tarikh penyiaran Notis
tersebut. Sekiranya ada pertandingan, pengundian akan diadakan
dalam tempoh tidak kurang daripada tujuh hari dari tarikh Hari
Penamaan Calon.
2.4 Selepas menerima Writ Pilihan Raya dan pengeluaran Notis Pilihan
Raya, PP akan mengambil langkah-langkah untuk mengadakan
pilihan raya mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta-akta
dan Peraturan-peraturan yang berkaitan.
2.5 Langkah pertama PP ialah mengeluarkan notis (Notis untuk
memilih seorang Ahli Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri
yang berkenaan bagi Bahagian Pilihan Raya berkaitan) dan
selanjutnya mempamerkan Notis-notis itu di tempat-tempat awam
yang mudah dilihat oleh orang ramai di dalam Bahagian Pilihan
Raya yang berkenaan seperti perhentian-perhentian bas, Pejabat
Pos, balai raya, Pejabat Daerah dan sebagainya. Contoh Notis itu
adalah seperti di LAMPIRAN 2. Sekiranya seseorang itu ingin
menjadi Calon dalam mana-mana pilihan raya, dia perlu membaca
notis berkenaan dan hendaklah mengambil ingatan tentang tarikh,
tempat dan masa Hari Penamaan Calon akan diadakan. Kertas
Penamaan Calon Parlimen (BORANG 4) dan dokumen-dokumen
lain boleh diperoleh daripada PP atau Pegarah Pilihan Raya Negeri
(PPN) atau Ibu Pejabat SPR di Putrajaya dengan bayaran RM
20.00 untuk satu set.
3. Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri
3.1 Pilihan Raya Umum bagi Dewan Undangan Negeri diadakan
apabila mana-mana Dewan Negeri dibubarkan oleh Sultan, Raja
atau Yang diPertua Negeri di bawah kuasa yang diperuntukkan
kepada mereka dalam Perlembagaan Negeri yang berkenaan.
Seperti juga Dewan Rakyat, mana-mana Dewan Undangan
Negeri akan terbubar sendiri hanya selepas 5 tahun dari tarikh
mesyuaratnya yang pertama, melainkan jika dibubarkan terlebih
awal.
9
3.2 Sebaik sahaja Dewan-dewan Undangan Negeri dibubarkan,
Suruhanjaya Pilihan Raya akan menetapkan tarikh bagi
mengadakan pilihan raya dan seterusnya akan mengeluarkan
Writ kepada Pegawai Pengurus. Pegawai Pengurus mengeluarkan
Notis (Notis untuk memilih seorang Ahli Dewan Rakyat/Dewan
Undangan Negeri yang berkenaan bagi Bahagian Pilihan Raya
berkaitan, dan seterusnya mempamerkan di tempat-tempat awam
yang mudah dilihat oleh orang awam seperti perhentian bas,
pejabat pos, balai raya, Pejabat Daerah dan sebagainya. Contoh
notis adalah seperti di LAMPIRAN 2. Bakal Calon perlu membaca
Notis Pilihan Raya yang dikeluarkan dalam bahagian pilihan raya
di mana dia ingin bertanding dan seterusnya mendapatkan Kertas
Penamaan Calon (BORANG 4A) dan dokumen lain yang berkaitan
bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri daripada PP atau PPN
atau Ibu Pejabat SPR di Putrajaya dengan bayaran RM20.00.
4. Pilihan Raya Kecil
4.1 Pilihan Raya Kecil diadakan untuk mengisi kekosongan yang
berlaku kerana kematian, peletakan jawatan, hilang taraf
kewarganegaraan atau hilang kelayakannya di bawah perkara
48 Perlembagaan Persekutuan dan perkara berkaitan di bawah
Perlembagaan Negeri.
4.2 Sekiranya sesuatu kekosongan berlaku bagi kerusi Parlimen,
Yang diPertua Dewan Rakyat akan memberitahu Suruhanjaya
Pilihan Raya mengenai kekosongan itu, begitu juga bagi Dewan
Undangan Negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri berkenaan
akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya, sebaik-baik sahaja
kekosongan itu berlaku.
4.3 Setelah menerima pemberitahuan tentang kekosongan itu,
Suruhanjaya Pilihan Raya akan menetapkan tarikh-tarikh bagi
mengadakan pilihan raya dan seterusnya mengeluarkan Writ
Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus untuk mengadakan pilihan
raya kecil. Mengenai pengeluaran Writ Pilihan Raya, subseksyen
12(3) Akta Pilihan Raya 1958 telah menetapkan bahawa writ
hendaklah dikeluarkan tidak kurang daripada 4 hari dan tidak
10
lebih daripada 10 hari dari tarikh kekosongan yang disahkan oleh
SPR. Pegawai Pengurus hendaklah mengeluarkan notis (Notis
untuk memilih seorang Ahli Dewan Rakyat/Dewan Undangan
Negeri yang berkenaan bagi Bahagian Pilihan Raya berkaitan), dan
mempamerkan di tempat-tempat awam seperti perhentian bas,
pejabat pos, balai raya, Pejabat Daerah dan sebagainya. Contoh
Notis Pilihan Raya yang berkenaan seperti di LAMPIRAN 2.
4.4 Walau bagaimanapun, jika kekosongan itu berlaku dalam tempoh
dua tahun sebelum Dewan Rakyat/Dewan-dewan Undangan
Negeri dijadualkan akan terbubar sendiri, kekosongan tersebut
tidak perlu diisi kecuali keputusan sebaliknya dibuat oleh Yang
diPertua Dewan Rakyat atau Speaker Dewan Undangan Negeri.
(Sila lihat perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan dan perkara-
perkara yang berkaitan dalam Perlembagaan Negeri.
11
Bahagian IV
KELAYAKAN DAN HILANG KELAYAKAN
SEBAGAI CALON
1. Menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri
1.1 Untuk menjadi seorang Ahli Dewan Rakyat (Parlimen), seseorang
itu mestilah dicalonkan dan menang dalam pilihan raya di
bahagian Pilihan Raya Parlimen di mana dia bertanding. Begitu
juga jika seseorang itu mahu menjadi Ahli Dewan Undangan
Negeri, maka orang itu mestilah dicalonkan dan menang dalam
pilihan raya di Bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri di
mana dia bertanding.
2. Calon bagi Bahagian Pilihan Raya
2.1 Untuk membolehkan seseorang dicalonkan di dalam mana-mana
Bahagian Pilihan Raya sama ada untuk Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri, maka dia mestilah warganegara Malaysia atau
tidak hilang kelayakan mengikut Perlembagaan Persekutuan atau
Perlembagaan Negeri dan Undang-undang lain berkaitan dengan
pilihan raya.
3. Kelayakan Menjadi Calon
3.1 Pilihan Raya Dewan Rakyat
3.1.1 Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin
di dalam Persekutuan (Perkara 47 Perlembagaan
Persekutuan) semasa pencalonan.
3.1.2 Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21)
tahun pada Hari Penamaan Calon.
3.2 Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri
12
3.2.1 Seorang warganegara dan bermastautin di dalam negeri
di mana ia ingin bertanding.
3.2.2 Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21)
tahun pada Hari Penamaan Calon.
4. Hilang Kelayakan Sebagai Calon
4.1 Hilang kelayakan di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan
jika:
4.1.1 Didapati atau disahkan sebagai orang tidak sempurna
akal.
4.1.2 Seseorang bankrap yang belum dilepaskan.
4.1.3 Seseorang yang memegang “jawatan berpendapatan”.
4.1.4 Seseorang itu apabila telah dicalonkan untuk pilihan
raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau
menjadi Ejen Pilihan Raya kepada orang yang telah
dicalonkan, dia telah gagal untuk mengemukakan
penyata perbelanjaan pilihan raya seperti yang
dikehendaki oleh Undang-undang dalam masa dan cara
yang dikehendaki.
4.1.5 Seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan
oleh mahkamah di dalam Persekutuan (atau sebelum
hari Malaysia, di dalam kawasan-kawasan Sabah
atau Sarawak atau Singapura) dan dihukum penjara
selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau
didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit Malaysia
(RM2,000.00) dan belum menerima pengampunan.
4.1.6 Didapati telah mendapat kewarganegaraan atau telah
menggunakan hak kewarganegaraan negara asing atau
telah membuat pengakuan taat setia kepada mana-
mana negara asing.
13
4.2 Sebagai tambahan kepada peruntukan Perlembagaan
Persekutuan, seseorang akan hilang kelayakan di bawah Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954. Dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954 ada diperuntukkan beberapa perkara yang bertujuan untuk
mencegah kesalahan-kesalahan pilihan raya, amalan-amalan
rasuah dan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang
semasa pilihan raya. Apabila telah disabitkan di bawah beberapa
peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, seseorang itu tidak
layak untuk didaftarkan sebagai pemilih atau mengundi dalam
mana-mana bahagian pilihan raya atau dilantik sebagai Calon
atau Ejen Pilihan Raya di dalam mana-mana pilihan raya. Walau
bagaimanapun hilang kelayakan yang disebabkan oleh perkara
di atas akan gugur setelah tamat 5 tahun dari tarikh hukuman
selesai dilaksanakan.
14
Bahagian V
HARI PENAMAAN CALON
1. Penamaan
1.1 Berikutan dengan pengeluaran Notis (BORANG 2 dan 2A) oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya yang menetapkan tarikh Hari Penamaan
Calon dan Hari Mengundi, PP di setiap Bahagian Pilihan Raya akan
mengeluarkan Notis untuk memilih Calon (BORANG 3) mengenai
pilihan raya yang bakal diadakan.
1.2 Melalui notis itu PP mempelawa orang-orang yang berkelayakan
untuk menamakan diri sebagai Calon dan menetapkan tempat
dan masa kertas penamaan boleh diserahkan. Seseorang
itu mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) hari untuk
menyediakan kertas penamaan dan dokumen-dokumen lain yang
diperlukan.
2. Kertas Penamaan
2.1 Bakal Calon adalah diingatkan bahawa kertas penamaan ialah satu
dokumen yang sangat penting dan perhatian yang teliti hendaklah
diberikan apabila mengisinya kerana kertas penamaan yang
mengandungi butir-butir yang mengelirukan boleh menyebabkan
sesuatu pencalonan itu ditolak. Kertas penamaan mestilah
sebagaimana borang yang ditetapkan iaitu BORANG 4 untuk
pilihan raya Dewan Rakyat (Parlimen) dan BORANG 4A untuk
pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Dengan yang demikian
kertas-kertas penamaan yang berasingan dan berlainan hendaklah
digunakan sekiranya seseorang itu berhasrat untuk bertanding
dalam kedua-dua Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri.
Sekiranya bakal Calon ingin bertanding bagi kedua-dua Bahagian
Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, dia haruslah mengambil ingatan
tentang Pusat Penamaan Calon yang ditentukan. Contoh kertas-
kertas penamaan Calon boleh dilihat di LAMPIRAN 4 dan 4A.
Perlu diingat bahawa setiap Calon akan menyerahkan kertas
penamaannya dalam satu (1) salinan. Kertas-kertas penamaan
15
tersebut boleh didapati dengan bayaran RM20.00 bagi setiap satu
yang mengandungi BORANG 4 dan BORANG 5 atau BORANG 4A
dan BORANG 5A daripada Pejabat Pegawai Pengurus, Pengarah
Pilihan Raya Negeri atau Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya.
3. Pusat Penamaan Calon
3.1 Pusat Penamaan Calon adalah seperti yang ditentukan dalam
Notis (BORANG 3) yang dikeluarkan oleh PP. Bakal Calon perlu
mengambil ingatan tentang Pusat Penamaan Calon itu. Penamaan
Calon biasanya diadakan di pejabat PP, Dewan Bandaran, Dewan
Orang Ramai, Dewan Masyarakat, Dewan Belia atau tempat-
tempat lain yang difikirkan sesuai oleh PP. Penamaan seseorang
itu sebagai Calon dalam satu-satu Bahagian Pilihan Raya akan
diterima hanya di pusat-pusat yang ditentukan dan dinyatakan
dalam Notis bagi Bahagian Pilihan Raya berkenaan. Kertas
penamaan yang dikemukakan bagi Bahagian Pilihan Raya selain
dari Bahagian Pilihan Raya yang dimaksudkan tidak akan diterima.
4. Masa untuk Menyerahkan Kertas Penamaan Calon
4.1 Kertas-kertas penamaan Calon hendaklah diserahkan antara jam
9.00 hingga 10.00 pagi pada Hari Penamaan Calon. PP tidak
boleh menerima kertas penamaan sebelum, atau selepas masa
yang ditetapkan. Bakal Calon adalah dinasihati supaya memberi
perhatian kepada tempoh waktu itu dan mengemukakan kertas
penamaan dalam masa yang ditetapkan.
5. Cara Penyerahan Kertas Penamaan Calon
5.1 Kertas-kertas penamaan boleh diserahkan kepada PP oleh
Calon, pencadang dan penyokongnya atau dua orang daripada
mereka atau salah seorang daripada mereka. Kertas penamaan
Calon hendaklah diserahkan dalam satu salinan dan hendaklah
juga disertakan dengan Akuan Berkanun (BORANG 5 atau 5A)
seperti di LAMPIRAN 5 dan 5A dan wang deposit atau resit
deposit sebagaimana yang ditetapkan di bawah Peraturan 4(7)
16
dan Peraturan 5(1) dalam Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981. Jika perkara-perkara di atas
tidak mencukupi, PP diberi kuasa untuk tidak menerima kertas
penamaan itu.
5.2 Undang-undang telah menetapkan bahawa pada Hari Penamaan
Calon, kawasan 50 meter dari Pusat Penamaan Calon ialah
kawasan larangan. Tidak seorang pun, melainkan orang yang
disebutkan di atas, dibenarkan masuk ke Pusat Penamaan Calon
antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, kecuali Ahli-Ahli SPR,
Pegawai-Pegawai Kanan SPR dan kakitangan yang bertugas, serta
mereka yang mendapat kebenaran bertulis daripada SPR.
6. Perkara Penting yang Harus Diberi Perhatian Berkaitan Dengan
Pencalonan
6.1 Nama Bahagian Pilihan Raya (Parlimen dan Negeri)
6.1.1 Bagi bakal Calon yang ingin bertanding dalam Bahagian
Pilihan Raya Parlimen, dia hendaklah menulis nama
Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang berkenaan dengan
betul sebagaimana yang tercatat dalam Notis untuk
Memilih Seorang Ahli Dewan Rakyat/Dewan Undangan
bagi Negeri (BORANG 3).
6.1.2 Bagi bakal Calon yang ingin bertanding dalam Bahagian
Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri, dia hendaklah
mengisi dengan betul nama Negeri dan nama Bahagian
Pilihan Raya Negeri yang berkenaan seperti dalam Notis
(BORANG 3).
6.2 Nama Calon dan Nombor Kad Pengenalan
6.2.1 Bakal Calon dikehendaki menulis namanya seperti
yang terdapat dalam Kad Pengenalannya atau MyKad.
Sekiranya bakal Calon mempunyai nama-nama lain,
nama-nama itu hendaklah dicatatkan dalam ruangan
yang disediakan. Bakal Calon juga hendaklah menulis
nombor Kad Pengenalan di ruangan yang berkenaan.
17
6.3 Pekerjaan
6.3.1 Ruangan ini hendaklah diisi jika berkaitan.
6.4 Alamat
6.4.1 Alamat Tempat Tinggal
a. Bagi bakal Calon yang ingin bertanding dalam
Bahagian Pilihan Raya Parlimen, dia boleh menulis
alamat tempat tinggalnya di mana-mana tempat
di Malaysia. Walau bagaimanapun, bagi bakal
Calon yang ingin bertanding dalam Bahagian
Pilihan Raya Negeri, dia hendaklah menulis
alamat tempat tinggalnya di dalam Negeri yang
berkenaan.
6.4.2 Alamat Surat Menyurat
a. Bakal Calon adalah dikehendaki menulis alamat
surat-menyurat bagi memudahkan urusan
perhubungan di antara PP dengan Calon selepas
penamaan. Ini menjadi lebih penting jika Calon itu
sendiri bertindak sebagai Ejen Pilihan Raya bagi
dirinya (seseorang Calon itu dengan sendirinya
menjadi Ejen Pilihan Raya untuk diri sendiri
sekiranya dia tidak melantik orang lain sebagai
Ejennya ataupun jika Ejen yang dilantiknya
meninggal dunia atau hilang kelayakannya).
6.5 Maklumat Pencadang dan Penyokong
6.5.1 Bagi Calon yang ingin bertanding dalam Bahagian
Pilihan Raya Parlimen, pencadang dan penyokongnya
hendaklah terdiri daripada pemilih berdaftar di dalam
Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang berkenaan. Butir-
butir yang perlu dicatatkan ialah nama serta nombor
Kad Pengenalan. Pencadang dan penyokong juga
dikehendaki menurunkan tandatangan masing-masing
dalam Kertas Penamaan berkenaan (BORANG 4).
18
6.5.2 Begitu juga bagi Calon yang ingin bertanding di
dalam Bahagian Pilihan Raya Negeri, pencadang dan
penyokongnya hendaklah terdiri daripada pemilih
berdaftar di dalam Bahagian Pilihan Raya Dewan
Undangan Negeri, Negeri berkenaan. Butir-butirnya
yang perlu dicatatkan ialah nama serta nombor Kad
Pengenalan. Pencadang dan Penyokong dikehendaki
menurunkan tandatangan masing-masing dalam kertas
penamaan (BORANG 4A).
6.6 Persetujuan Calon
6.6.1 Calon dikehendaki menurunkan tandatangannya dalam
ruangan yang disediakan dan mestilah disaksikan
oleh seorang yang lain. Saksi berkenaan dikehendaki
memberi alamat, menurunkan tandatangan, nombor Kad
Pengenalan dan tarikh di ruangan yang disediakan.
6.7 Akuan Berkanun (“Statutory Declaration”)
6.7.1 Satu lagi dokumen penting yang mesti diserahkan oleh
bakal Calon bersama dengan kertas-kertas penamaan
ialah Akuan Berkanun oleh bakal Calon berkenaan
melalui BORANG 5 atau 5A seperti di LAMPIRAN
5 dan 5A. Bakal Calon perlu mengambil perhatian
bahawa sekiranya Akuan Berkanun ini tidak diserahkan
sebagaimana yang dinyatakan, pencalonan itu dianggap
sebagai tidak lengkap dan kertas-kertas penamaan
tersebut tidak akan diterima oleh PP.
6.7.2 Akuan Berkanun ini hendaklah dibuat di hadapan sama
ada Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Pesuruhjaya
Sumpah, PPN berkenaan atau PP bagi Bahagian Pilihan
Raya berkenaan. Oleh yang demikian, seseorang Calon
hendaklah menyediakan Akuan Berkanun ini sebelum
Hari Penamaan Calon.
19
6.8 Deposit
6.8.1 Undang-undang menetapkan seseorang yang
ingin bertanding dalam pilihan raya dikehendaki
mengemukakan wang deposit. Wang deposit yang
ditetapkan adalah seperti yang berikut:
(i) Pilihan Raya Parlimen – RM10,000.00
(ii) Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri – RM5,000.00
6.8.2 Jika wang deposit tidak disertakan, kertas penamaannya
dianggap sebagai tidak lengkap dan Pegawai Pengurus
berkuasa untuk tidak menerima kertas penamaan
tersebut.
6.8.3 Bakal Calon hendaklah mengambil perhatian bahawa
wang deposit boleh dibayar secara tunai atau bank draft
kepada PP semasa menyerahkan kertas penamaan atau
membayar deposit tersebut di Pejabat Pengarah Pilihan
Raya Negeri berkenaan. Sekiranya bakal Calon ingin
membayar wang deposit itu di Pejabat Pilihan Raya
Negeri, dia hendaklah berbuat demikian sebelum Hari
Penamaan Calon dan mendapatkan resit sewajarnya.
Resit bayaran deposit tersebut hendaklah dikemukakan
bersama dengan kertas penamaan kepada PP pada Hari
Penamaan Calon.
6.8.4 Sekiranya bakal Calon tidak menyertakan wang deposit
tersebut secara tunai atau bank draft kepada PP
pada masa penyerahan kertas-kertas penamaan atau
sekiranya bakal Calon tidak menyertakan resit deposit,
PP tidak akan menerima pencalonannya.
7. Panduan Cara Mengisi Kertas Penamaan Calon
7.1 Sekiranya pencalonan itu adalah untuk pilihan raya Dewan Rakyat,
bakal Calon hendaklah menggunakan Borang 4 dan jika untuk
pilihan raya Dewan Undangan Negeri, Borang 4A hendaklah
digunakan. Kertas penamaan Calon hendaklah diserahkan dalam
satu salinan asal.
20
7.2 Nama Bahagian Pilihan Raya
7.2.1 Ruangan yang berkaitan dengan Bahagian Pilihan Raya
hendaklah diisi dengan betul. Bakal Calon hendaklah
menyemak notis yang dikeluarkan oleh PP untuk
memastikan nama Bahagian Pilihan Raya yang ingin
ditandingi. Sebagai contoh, sekiranya Bahagian Pilihan
Raya yang ingin ditandingi ialah “Lembah Pantai”,
bakal Calon janganlah hanya menulis perkataan
“Lembah” atau “Pantai” sahaja kerana ini tidak lengkap
dan mengelirukan. Adalah penting bagi bakal Calon
mengetahui bahawa terdapat nombor kod Bahagian
Pilihan Raya yang tercatat sebelum nama setiap
Bahagian Pilihan Raya, iaitu di dahului dengan huruf N
bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri dan P untuk Bahagian
Pilihan Raya Parlimen. Contohnya bagi Bahagian Pilihan
Raya Parlimen Putrajaya ditulis “P.125 PUTRAJAYA” dan
bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri Rawang ditulis “N. 14
RAWANG”.
7.3 Nama Calon
7.3.1 Nama bakal Calon hendaklah diisi dengan betul.
Bakal Calon dinasihati supaya menulis nama seperti
yang terdapat dalam Kad Pengenalan/MyKad. Jangan
masukkan nama-nama gelaran. Sebagai contoh, jika
nama bakal Calon itu “Chin Yam Pit”, jangan ditulis
apa-apa nama gelaran seperti “Tiger Chin Yam Pit”
atau sebagainya. Penggunaan gelaran-gelaran tidak
rasmi seperti Tok Guru, Pak Lebai dan lain-lain tidak
dibenarkan. Singkatan-singkatan anugerah kebesaran
dan kelulusan akademik yang terdapat selepas nama
seseorang seperti KMN., Ph.D., MA., dan lain-lain tidak
juga dibenarkan.
7.3.2 Walau bagaimanapun, seseorang Calon boleh
menggunakan gelaran-gelaran rasmi seperti Tun, Tan
Sri, Datuk Paduka, Datuk Setia, Datuk Seri, Datuk Wira,
Datuk/Dato, Dr., Haji dan lain-lain, dengan syarat nama
21
asalnya dikekalkan. Sebagai contoh “HJ. AB. RASHID
BIN AB. RAHMAN” boleh menggunakan nama “ TAN
SRI HJ. AB. RASHID BIN AB. RAHMAN “ sekiranya calon
berkenaan dikurnia gelaran Tan Sri.
7.4 Nombor Kad Pengenalan
7.4.1 Adalah menjadi tanggungjawab PP untuk menyemak
Kad Pengenalan atau MyKad atau Resit Pengenalan
Sementara (Borang JPN KPPK 09) bagi mengesahkan
pengenalan seseorang Calon. Sekiranya seseorang
Calon, kerana sesuatu sebab, tidak mempunyai Kad
Pengenalan yang sah, dia bolehlah menggunakan
dokumen yang lain seperti Pasport Antarabangsa
Malaysia, Resit Kehilangan Kad Pengenalan (Borang
JPN KPPK 11) yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran
Negara, Lesen Memandu yang bergambar ataupun
Kad Pengenalan rasmi/kad kuasa bergambar yang
dikeluarkan di bawah kuasa sesebuah organisasi rasmi
yang menerangkan dengan jelas perihal seseorang
Calon dan nombor kad pengenalannya. Bagi pemegang
Kad Pengenalan lama Negeri Sabah, Sarawak dan
Semenanjung, huruf-huruf H, K dan A hendaklah
dicatatkan sebelum nombor kad pengenalan jika
huruf-huruf tersebut terdapat dalam Kad Pengenalan
berkenaan.
7.5 Nama-nama Lain
7.5.1 Bakal Calon dinasihati supaya menulis nama-nama lain
dalam ruangan berkenaan sekiranya ada. Jika tiada
nama-nama lain, bakal Calon hendaklah menuliskan
perkataan ‘tiada’. Bakal Calon dibolehkan mengisi
ruangan ini dengan nama-nama lain yang tidak tercatat
secara rasmi dalam Kad Pengenalan. Misalnya, jika
bakal Calon itu baru sahaja memeluk agama Islam,
dia mungkin mahukan nama Islam digunakan dalam
ruangan nama-nama lain sungguhpun nama berkenaan
tidak dicatat dalam Kad Pengenalan.
22
7.6 Pekerjaan
7.6.1 Taraf pekerjaan seseorang Calon itu mestilah dijelaskan
dalam ruangan yang disediakan. Sekiranya bakal Calon
ahli perniagaan, maka perkataan “ahli perniagaan”
atau “peniaga” hendaklah dimasukkan dalam ruangan
ini. Sekiranya bakal Calon tidak mempunyai apa-apa
pekerjaan, ruangan ini hendaklah diisi dengan perkataan
‘tiada kerja’ atau ‘tiada’.
7.7 Alamat
7.7.1 Alamat Tempat Tinggal
a. Bakal Calon diingatkan supaya mengisi ruangan
ini dengan jelas. Sekiranya dia ingin bertanding
dalam Bahagian Pilihan Raya Parlimen, mana-
mana alamat di Malaysia boleh dicatatkan.
Sekiranya bakal Calon ingin bertanding dalam
Bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri,
alamat dalam Negeri yang berkenaan hendaklah
dicatatkan.
7.7.2 Alamat Surat Menyurat
a. Bakal Calon juga dikehendaki mengisi ruangan
alamat surat-menyurat dengan lengkap dan jelas
bagi memudahkan PP menghubungi Calon selepas
Hari Penamaan Calon.
7.8 Butir-butir Pencadang dan Penyokong
7.8.1 Nama dan nombor Kad Pengenalan Pencadang dan
Penyokong hendaklah diisi dalam ruangan yang
disediakan.
7.8.2 Tandatangan kedua-dua Pencadang dan Penyokong
hendaklah diturunkan dalam ruangan yang disediakan.
23
7.9 Nama yang Hendak Dicetak dalam Kertas Undi
7.9.1 Bakal Calon hendaklah menulis dengan jelas nama yang
hendak dicetak dalam kertas undi dalam ruangan yang
disediakan.
7.10 Persetujuan Calon
7.10.1 Calon hendaklah menurunkan tandatangannya dalam
ruangan yang disediakan di hadapan seorang saksi.
7.11 Tandatangan Saksi
7.11.1 Dalam ruangan “Ditandatangani oleh Calon yang
dinamakan........... adalah perlu diisikan nama saksi
dalam ruangan yang disediakan.
7.11.2 Saksi mestilah menurunkan tandatangannya dan juga
mengisikan alamat dan nombor Kad Pengenalan dalam
ruangan yang disediakan dan menulis tarikh semasa
ditandatangani. Kegagalan mengisi butir-butir tersebut
boleh menyebabkan kertas penamaan ditolak.
7.12 Contoh Pengisian Kertas Penamaan Calon
7.12.1 Bakal Calon dinasihati meneliti contoh pengisian kertas
penamaan seperti di LAMPIRAN 4 dan 4A ketika
hendak mengisi kertas penamaan.
8. Pembetulan Kertas Penamaan Calon
8.1 PP mempunyai kuasa di bawah peraturan untuk menyemak kertas
penamaan Calon antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi dan
menasihati bakal Calon atau wakilnya untuk membuat pembetulan
sekiranya terdapat kesilapan. Walau bagaimanapun pembetulan
tidak dibenarkan selepas jam 10.00 pagi.
24
8.2 Setelah bakal Calon menyerahkan kertas penamaan kepada PP
dan menyedari terdapat kesilapan yang perlu dibuat pembetulan,
bakal Calon boleh berbuat demikian dengan mendapatkan
kebenaran daripada PP untuk membuat pembetulan sewajarnya.
Walau bagaimanapun, bakal Calon hanya boleh berbuat demikian
di dalam Pusat Penamaan Calon dan di hadapan PP sahaja. Kertas
penamaan tidak boleh sama sekali dibawa keluar dari Pusat
Penamaan Calon. Pembetulan ke atas kesilapan mengisi kertas
penamaan boleh juga dilakukan oleh pencadang atau penyokong
mana yang berkaitan. Pembetulan tidak dibenarkan selepas jam
10.00 pagi.
9. Penarikan Kertas Penamaan Calon Sebelum Penamaan Calon
Ditutup
9.1 Sekiranya Bakal Calon ingin menarik balik pencalonannya
selepas menyerahkan kertas penamaan itu, dia boleh berbuat
demikian pada bila-bila masa sebelum jam 10.00 pagi pada
Hari Penamaan Calon dan wang deposit akan dikembalikan.
Bakal Calon yang berhasrat untuk menarik balik penamaannya
diwajibkan mengemukakan sendiri permohonan berkenaan
kepada PP. Contoh Borang Penarikan Balik Penamaan sebagai
Calon bagi Pilihan Raya sebagai Ahli Dewan Rakyat seperti contoh
di LAMPIRAN 6 manakala untuk Dewan Undangan Negeri seperti
Contoh di LAMPIRAN 6A.
10. Pemeriksaan Oleh Pegawai Pengurus terhadap Kertas Penamaan
Calon
10.1 PP, selepas jam 10.00 pagi boleh memeriksa kertas penamaan
untuk menentukan kelayakan Calon untuk bertanding.
10.2 Undang-undang memperuntukkan asas-asas yang boleh
digunakan untuk tujuan penolakan terhadap kertas penamaan:
10.2.1 Bahawa butir-butir Calon itu tidak mencukupi untuk
mengenal pasti Calon itu. Sebagai contoh perihal
25
Calon seperti nama dan nombor Kad Pengenalan tidak
diberikan dengan lengkap.
10.2.2 Bahawa kertas penamaan tidak mematuhi kehendak
atau telah tidak diserahkan mengikut prosedur
sebagaimana yang ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
10.2.3 Bahawa ternyata daripada kertas penamaan, bakal Calon
itu adalah tidak sesuai untuk dipilih menjadi Ahli Dewan
Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri.
10.2.4 Bahawa bakal Calon itu telah hilang kelayakan untuk
menjadi seorang Ahli di bawah peruntukan-peruntukan
Perlembagaan Persekutuan bagi pilihan raya Dewan
Rakyat atau di bawah peruntukan-peruntukan
Perlembagaan Negeri yang berkenaan bagi pilihan raya
Dewan Undangan Negeri kerana sebab-sebab berikut:
(a) Belum mencapai umur 21 tahun
(b) Diisytiharkan tidak sempurna akal
(c) Diisytiharkan bankrap
(d) Memegang jawatan berpendapatan
(e) Tidak mengemukakan Penyata Perbelanjaan
Pilihan Raya (yang terdahulu/dalam tempoh
lima tahun)
(f) Disabitkan kesalahan oleh Mahkamah dengan
dijatuhi hukuman penjara tidak kurang
daripada satu tahun atau didenda tidak kurang
daripada RM 2000.00
(g) Telah hilang taraf kewarganegaraan Malaysia
26
10.2.5 Jika seseorang yang didapati bersalah di bawah Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954.
10.2.6 Hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri di bawah peruntukan Perkara 48(6)
Perlembagaan Persekutuan atau peruntukan berkaitan di
bawah Perlembagaan Negeri.
11. Keputusan terhadap Kelayakan Calon
11.1 PP akan meneliti setiap kelayakan calon dan akan memutuskan
sama ada pencalonan tersebut sah atau ditolak. Beliau akan
memberitahu Calon-calon yang berkenaan akan keputusannya
terhadap kelayakan bakal-bakal Calon. Keputusan PP adalah
muktamad.
11.2 Walau bagaimanapun mengikut Perkara 118 Perlembagaan
Persekutuan, sesiapa yang terkilan dengan keputusan PP boleh
mengemukakan suatu petisyen pilihan raya mengenainya selepas
keputusan pilihan raya berkenaan diwartakan.
27
Bahagian VI
PILIHAN RAYA YANG TIDAK DIPERTANDINGKAN DAN
PILIHAN RAYA YANG DIPERTANDINGKAN SERTA
SIMBOL UNTUK CALON YANG BERTANDING
1. Pilihan Raya yang Tidak Dipertandingkan
1.1 Pilihan Raya yang tidak dipertandingkan adalah bermaksud:
1.1.1 Hanya seorang Calon sahaja yang mengemukakan
kertas penamaan sebagai Calon bagi Bahagian Pilihan
Raya berkenaan dan pencalonannya adalah sah selepas
dipertimbangkan kelayakannya oleh PP.
1.1.2 Di mana lebih daripada seorang Calon yang
mengemukakan kertas penamaan sebagai Calon bagi
Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan dan setelah
memutuskan Calon yang layak, hanya seorang Calon
sahaja yang sah pencalonannya.
1.2 Sekiranya tiada seorang Calon pun menyerahkan kertas penamaan
bagi sesuatu Bahagian Pilihan Raya atau pencalonan semua Calon
bagi Bahagian Pilihan Raya terpaksa ditolak oleh PP mengikut
undang-undang yang ditetapkan, perkara itu akan segera
dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan satu perintah
baru akan dikeluarkan untuk mengadakan satu pilihan raya yang
baru bagi bahagian berkenaan.
2. Pilihan Raya yang Dipertandingkan
2.1 Pilihan raya yang dipertandingkan bermakna jika selepas
keputusan yang dibuat oleh PP mengenai mana-mana kelayakan
calon, terdapat lebih daripada seorang Calon akan bertanding
dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya. Pengisytiharan akan dibuat
oleh PP bahawa pengundian akan diadakan mengikut peraturan-
peraturan yang ditentukan. Contoh Notis Pilihan Raya yang di
pertandingkan adalah seperti di LAMPIRAN 8.
28
3. Nama dan Susunan untuk Dicetak dalam Kertas Undi
3.1 Semasa mengisi kertas penamaan, Calon boleh menulis nama
untuk dicetak dalam kertas undi. Calon-calon boleh menggunakan
gelaran-gelaran rasmi atau nama-nama ringkas. Misalnya jika
seorang Calon bernama Yazid bin Soro yang bertugas sebagai
guru agama bergelar “Ustaz”, beliau boleh, sekiranya mahu,
menggunakan “Ustaz Yazid bin Soro” dalam kertas undi.
3.2 PP akan memberitahu semua Calon mengenai cara untuk
menentukan susunan nama Calon-calon yang hendak dicetak di
dalam kertas undi. Penentuan susunan nama ini akan dilakukan
dengan cara cabutan undi.
4. Simbol untuk Calon Parti Politik dan Calon Bebas
4.1 Tiap-tiap Calon dikehendaki menggunakan simbol dalam pilihan
raya. Simbol itu akan dicetak bersebelahan dengan nama Calon
dalam kertas undi. Simbol yang akan digunakan adalah simbol
yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Seseorang
Calon daripada mana-mana parti politik yang telah didaftarkan
akan dibenarkan menggunakan simbol parti yang telah diluluskan
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Jikalau Calon itu mewakili parti
politik, Calon itu hendaklah mengemukakan kepada PP suatu
surat kuasa yang ditandatangani oleh seorang pegawai parti yang
bertanggungjawab membenarkan Calon itu menggunakan simbol
parti berkenaan dalam pilihan raya.
4.2 Jika terdapat hanya seorang Calon bebas, maka Calon itu
bolehlah memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya. Jika terdapat lebih daripada seorang
Calon bebas yang bertanding dalam sesuatu Bahagian Pilihan
Raya dan Calon-calon berkenaan memilih simbol yang sama, maka
penentuan simbol berkenaan akan dibuat mengikut cabutan undi
oleh PP dan keputusannya adalah muktamad.
4.3 Senarai simbol yang telah diluluskan oleh SPR adalah seperti di
LAMPIRAN 7 dan 7A.
29
5. Warta dan Notis Pengundian
5.1 Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengambil tindakan untuk
menyiarkan dalam Warta dan melalui cara yang difikirkannya
sesuai suatu Notis seperti yang ditentukan dalam BORANG 8
(Notis Pilihan Raya yang Dipertandingkan) seperti contoh di
LAMPIRAN 8. Notis ini akan menyatakan perkara-perkara
berikut:
5.1.1 Tarikh bila pengundian akan diadakan.
5.1.2 Kedudukan Pusat Mengundi dan Tempat-tempat
Mengundi (saluran).
5.1.3 Waktu Tempat-tempat Mengundi dibuka dan ditutup.
5.1.4 Nama Calon, pencadang dan penyokong serta Simbol.
6. Meninggal Dunia atau Hilang Kelayakan Calon Sebelum
Pengundian
6.1 Jika selepas diisytiharkan oleh PP bahawa pertandingan dalam
sesuatu pilihan raya itu melibatkan dua orang Calon sahaja, dan
seorang daripada Calon yang akan bertanding meninggal dunia,
SPR akan membatalkan notis pengundian dan mengeluarkan satu
Notis baru dalam Warta bagi menentukan suatu tarikh baru untuk
mengadakan pilihan raya itu. Dalam keadaan yang demikian,
semua tindakan yang berkaitan dengan pilihan raya itu akan
diulangi semula dari awal. Walau bagaimanapun Calon yang telah
disahkan penamaannya tidak lagi perlu untuk mengemukakan
pencalonan baru.
7. Pembekalan Daftar Pemilih
7.1 Setelah pencalonan Calon-calon disahkan dan didapati ada
pertandingan bagi Bahagian Pilihan Raya tersebut, PP akan
membekalkan secara percuma satu set Daftar Pemilih Pilihan
30
Raya (DPPR) semasa bagi Bahagian Pilihan Raya dimana Calon itu
bertanding kepada setiap Calon.
8. Deposit Bahan Kempen Pilihan Raya
8.1 Untuk tujuan pemasangan bahan kempen dalam bahagian
pilihan raya yang dipertandingkan, Calon-calon hendaklah
membayar deposit bahan kempen pilihan raya kepada PPN
sebanyak RM5,000 bagi calon Parlimen dan RM3,000 bagi calon
Dewan Undangan Negeri. PPN akan mengeluarkan permit dan
diserahkan kepada Calon atau Ejen Pilihan Raya. Calon-calon yang
gagal mengemukakan deposit bahan kempen pilihan raya tidak
dibenarkan untuk memasang atau mempamer sebarang bahan
kempen pilihan raya. Jika disabit kesalahan di bawah Seksyen
24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan perkara
tersebut, Calon berkenaan boleh dihukum penjara selama tidak
melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit
atau kedua-duanya sekali.
8.2 Deposit bahan kempen pilihan raya akan dikembalikan kepada
Calon yang berkenaan apabila PPN berpuas hati yang semua
bahan kempen Calon tersebut di Bahagian Pilihan Raya di mana
dia bertanding telah diturunkan dan dibersihkan dalam tempoh 14
hari selepas Hari Mengundi.
8.3 Selain deposit bahan kempen pilihan raya, Calon-calon juga
dikehendaki untuk mendapatkan permit pemasangan bahan
kempen pilihan raya daripada Pihak Berkuasa Tempatan seperti
Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah berkaitan.
31
Bahagian VII
EJEN PILIHAN RAYA
1. Siapa Ejen Pilihan Raya?
1.1 Ejen Pilihan Raya ialah orang yang dilantik oleh Calon yang
bertanding bagi mana-mana Bahagian Pilihan Raya untuk
Parlimen atau Negeri. Sebagai Ejen Pilihan Raya, seseorang itu
berhak menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan pemilihan
seseorang Calon seperti yang dibenarkan oleh Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954.
2. Pelantikan Ejen Pilihan Raya
2.1 Seorang Calon boleh melantik sesiapa yang layak untuk menjadi
Ejen Pilihan Raya. Walau bagaimanapun, Calon tidaklah
diwajibkan (dimestikan) supaya untuk melantik Ejen Pilihan Raya.
Calon boleh menamakan diri sendiri sebagai Ejen Pilihan Raya
dan jika ini berlaku, maka Calon berkenaan tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954 sebagai Calon dan sekali gus sebagai Ejen Pilihan Raya.
2.2 Jika Calon bercadang hendak melantik Ejen Pilihan Raya, nama
dan alamatnya hendaklah dikemukakan secara bertulis oleh Calon
atau oleh orang lain bagi pihak Calon kepada Pegawai Pengurus
pada atau sebelum Hari Penamaan Calon. Borang Pelantikan
sebagai Ejen Pilihan Raya seperti di LAMPIRAN 9.
2.3 Selepas menerima surat pelantikan tersebut, PP akan
menampalkan suatu notis di tempat yang mudah dilihat di luar
pejabatnya untuk memberitahu orang ramai mengenai Ejen
Pilihan Raya yang dilantik itu.
2.4 Jika seseorang Calon gagal memaklumkan nama Ejen Pilihan
Rayanya kepada PP, maka dengan sendirinya Calon dianggap telah
menamakan dirinya sebagai Ejen Pilihan Raya.
32