The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hadiluthfhil, 2022-06-11 12:33:08

ASSESSMENT BM LUTH 4R

ASSESSMENT BM LUTH 4R

KAJIAN 8 BUAH NOVEL
TINGKATAN 4 DAN 5
4 ZON DI MALAYSIA

NAMA: LUTH FHIL HADI BIN
RADZUAN

NO.MAKTAB: PB190245

HOMEROOM: CIKGU ANUAR

NAMA GURU: PUAN NORAKMA

ISI KANDUNGAN
1. PENGHARGAAN
2. NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KELEMAHAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
3. NOVEL DI SEBALIK DINARA
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KELEMAHAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
4. NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KELEMAHAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
5. NOVEL PANTAI KASIH
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KELEMAHAN NOVEL

- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
6. NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KELEMAHAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
7. NOVEL TIRANI
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KELEMAHAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
8. NOVEL BIMASAKTI MENARI
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KELEMAHAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
9. NOVEL SILIR DAKSINA
- PENGENALAN
- SINOPSIS
- KEKUATAN NOVEL
- KELEMAHAN NOVEL
- CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penghargaan

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak yang menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai
untuk saya menyiapkan kerja kursus subjek Bahasa Melayu. Pertama sekali,
saya ingin mengucapkan kepada guru Bahasa Melayu, Cikgu Norakma binti
Muhammad Ariffin yang telah memberi panduan, bimbingan dan nasihat
yang sungguh berfaedah semasa saya menjalankan projek ini.Saya ingin
juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah
memberikan dorongan dan sokongan kepada saya. Rakan- rakan saya juga
telah menolong dalam usaha menyiapkan tugasan ini serta mencarikan
bahan.

PENGENALAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu,
termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke
Rejimen Askar Melayu terkorban.Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu
adalah Leftenan Adnan bin Saidi.Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang
sehingga ke titisan darah yang terakhir.Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya
penulis novel sejarah profilik Abdul Latip Talib, memaparkan kisah serangan terakhir
askar Jepun di Singapura serta keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang
sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

BIOGRAFI PENULIS NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Abdul Latip bin Talib ialah seorang penulis yang aktif dan terkenal di Malaysia.
Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada tahun
1999. Beliau terkenal sebagai penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang
ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam.
Abdul Latip Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di
Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954.

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA
BANGSA

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-legar sekitar watak utama, iaitu Adnan.
Pada peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa
kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata
penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka
bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.
Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan
yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad, dan Amarullah. Adnan
merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sewaktu masih kecil, Adnan merupakan
anak yang rajin membantu keluarganya dan taat akan perintah orang tuanya.
Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke
kebun getah untuk membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia
mengerjakan sawah bendang.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya
menjadi orang buruan Inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa
Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat
mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau senantiasa menekankan peri
pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para penjajah
telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam
kemiskinan. Nasib orang-orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak
mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pak Saidi memiliki keazamanan yang
tinggi terhadap masa depan anak-anaknya. Pengetahuan Pak Saidi tentang sejarah
tanah air dikagumi oleh penduduk kampungnya.

Sejak kecil, Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan didikan terbaik
untuk anak-anaknya. Pak Saidi mahukan anak-anaknya berbakti kepada agama,
bangsa, dan tanah air. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah
negara akan dapat dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang-
orang Melayu menjadi pandai. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar
anak-anaknya mendapatkan ilmu pengetahuan di sekolah aliran Inggeris. Tindakan

Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-
anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian, dan seterusnya menjadi
murtad.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan terkenal
sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh
temanteman dan juga guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk
menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, dia diterima menjadi guru pelatih di
Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun begitu, bidang perguruan bukanlah minatnya.
Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan terpilih menjadi askar
dalam temu duga yang diadakan di Port Dickson. Adnan berkahwin dengan Sophia.
Adnan membawa isteri dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa
menghantar anak-anak dan isterinya pulang ke kampung apabila mendengar berita
Jepun akan menyerang Singapura.

Pada Sabtu 6 Disember 1941, suatu persidangan telah berlangsung di Manila yang
dihadiri pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan
perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah belayar menuju ke Asia.
Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh
kapal tempur, kapal penjajap, dan kapal pembinasa sedang menuju ke Laut China
Selatan. Hal ini merupakan isyarat yang jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam
Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan
askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8
Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang
hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di
sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan
tembakan di sepanjang pantai menyebabkan banyak askar terkorban. Askar Melayu
terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun begitu,
pada hari yang ketiga, Askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan supaya
berundur. Askar Jepun akhirnya berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari
bertempur.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis
serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan bahawa tentera Jepun
akan mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di
sepanjang pantai. British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of
Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua
buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang
Jepun yang melakukan serangan kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal
perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat
askarnya.

Pihak Inggeris percaya bahawa kubu pertahanannya di Singapura kebal. Malah
Inggeris yakin bahawa kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh
askar Jepun. Dalam pertempuran di Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah
menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang
askar Melayu, termasuk 7 orang pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen
Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu
termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama 42 orang anggotanya
telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar
Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran yang hebat.
Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA
BANGSA

Bab 1-Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil)
bersama keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang
anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang
bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal,
Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan, moyangnya pernah
membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak
suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris
adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka kepada
sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya
hasil bumi daripada Tanah Melayu.

Bab 2-Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan
Kampung Sungai Ramal bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi
suasana di kampung menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan
beratus-ratus penyamun sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk
kampung yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering
bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai
Hang Tuah.Pagi-pagi Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor
dia akan turun ke sawah pula untuk membantu ayahnya.

Bab 3-Harapan Seorang Ayah
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan
bunyi loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut
oleh anak-anaknya yang sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan
ayahnya dengan membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat
bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan
yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga
memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walaupun ketika membantu
keluarganya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anak Pak Saidi tidak

pernah dikecewakan olehnya. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan
meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.

Bab 4-Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan.
Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah
Perkuburan sebab itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak
Saidi yang dermawan menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba
musim buah-buahan, dia selalu bersedekah buah-buahan kepada penduduk kampung.
Pak Saidi menceritakan kepada anak-anaknya bahawa asal usul dia dan ibu Adnan
dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu
Dol Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk
kampung tidak memandang serong. Pak Saidi menceritakan bagaimana Dol Said
dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi
juga menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu.
Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi
melalui politik.

Bab 5-Harapan Seorang Ibu
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam
pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adnan
menyatakan hasrat untuk bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak
bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan
pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat
mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah Melayu. Milah
menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi
menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata
tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris. Pak Saidi
menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-
tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga
akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.

Bab 6-Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk
kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan
menjadi murtad namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya
menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi
mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju baharu, seluar
baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris, namun
Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-
anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-
anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya
supaya tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Bab 7-Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan
anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan
membantah tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya
meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan
menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan
bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu yang tidak elok
perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah dengan
kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk
Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.

Bab 8-Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil
jualan getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya
mengambil tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah
Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu
kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa
sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi
menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang berjaya supaya anak-anak
kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British tetapi
dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang

perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah
nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua
kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia
menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah
itu juga akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar
pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak
disenangi oleh Lebai Pian.

Bab 9-Anak-Anak Kampung
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris.
Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa
perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia
belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa
dia tidak akan lupa agama dan tidak akan berubah walaupun sudah belajar di sekolah
Inggeris apatah lagi di waktu malam dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya.
Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti.
Adnan mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari serangan
musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali.
Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun
ada seorang yang mengena belatinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal
milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia
membertahu isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada
malam tempoh hari dan dibaling belati oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat
pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap untuk menjadi askar
yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.

Bab 10-Masuk Jawi Basikal Baharu
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun
Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan
mengintai dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk
membelikan basikal baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan
tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua
minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya membawa
pulang sebuah basikal baharu.

Bab 11-Yakin Boleh
Pak Saidi bertanya kepada Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan
bahawa dia seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri
memulakan perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan
dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian
sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan tersebut dalam
bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang
lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam
pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun
ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat
kepada Adnan dan semakin bertambahlah semangat berkobar-kobar Adnan kerana
mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi
juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Bab 12-Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya
mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan
mereka tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh
Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut
oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin
mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang akhirnya
berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan
pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan
Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang
ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan
menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih
mendengar pesan ayahnya.

Bab 13-Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar
di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia
bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi

askar Melayu.Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-
pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi
mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup semangat
kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.

Bab 14-Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil
anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan
hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh
beberapa anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan
yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa
pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan
oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa.
Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-
cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Bab 15-Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke
kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan
menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port
Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang
anggota tentera yang datang ke rumahnya.

Bab 16-Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal
dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut
terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat
yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua
rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan
akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut
telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka
kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Bab 17-Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima
kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau
turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama
kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan.
Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang
guru dikampungnya bernama Sophia Pakih Muda

Bab 18-Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan
kehadiran tiga orang anak iaitu dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak
perempuan. Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941,
Leftenan Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya
bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang
dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.

Bab 19-Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia Pertama dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah
Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka
di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya,
Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir
mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya
pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula
mengatur persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu
penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang
menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.

Bab 20-Bukit Candu
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir
Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan
bahawa British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit
tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit
Candu kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang penting. Di situ ada

penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya
dibina kubu. Setelah itu kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan
harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi
membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya
mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah
memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan
gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua
ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India
juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa
Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.

Bab 21-Di Ambang Perang
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir
Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun
dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami
pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di
Kelantan dan Singapura.Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan
ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak British mengetahui tahap
kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung
mula mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk
berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah
penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar,
kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak
mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.

Bab 22-Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat
pengkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan
datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan
ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah
sejam meninjau di udara akhiranya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan
ternampak tiga buah kapal di lautan dan dipantai. Mereka berpendapat Jepun telah

membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga
pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang
sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih
mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit
Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang
sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan
termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut
kehilangan Adnan.

Bab 23-Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan
menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau
penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga
bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun
dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam
askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan
Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada
dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku
peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil
memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Bab 24-Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang
dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam
British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah
jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar
menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah
pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan
yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap
tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm
termasuk komander batalionnya iaitu Mejar Nakamura yang mengetuai orang-
orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam
bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan

dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang
kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat
kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap
dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan
pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara
berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan
kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua
tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan
jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah
dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan
Dogra. Walaupun membuat serang balas, kedudukan supai India tidak dapat
dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

Bab 25-Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan
Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa
tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera
Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh
sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut
lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di
Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku
dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang
menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai.
Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh
tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera
Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British
menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut
IJN Awajisan Maru yang perupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam
Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan
juga di Kuantan, Alor Star dan Sungai Petani.

Bab 26-Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun
dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang
kebangaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura
menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu Berjaya
dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan
serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah
kapal perang British Berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember
1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan
tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang
tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah
pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan Brtish di Pulau Pinang. Walau
bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap kawasan
awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun
menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada
tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan
Gurkha. Walau bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah
mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang
dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan
nasib suaminya.

Bab 27-Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera
Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan
berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera
Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan
tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di dunia.
Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-
Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall.
Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan
Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah
meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan
sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat
Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan

Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan
kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah
Melayu.

Bab 28-Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral
Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di
bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan
supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut
Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di Seletar
dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di
Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari
pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan
Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan
menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu
bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih
bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun
anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang
yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.

Bab 29-Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang
itu Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan
untuk menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu
menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan
dua orang adalah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak
harus dibiarkan. Malam itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad
adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya mereka berjaya dikalahkan. Jeneral
Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu.
Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan
Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan
kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah
beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun

berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah.
Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatah lagi Kapten Rix bagai membiarkan
sahaja askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.

Bab 30-Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat
Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi
gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan
mengarahkan anggotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk
berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera
Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang
terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini
memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak
berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun.
Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak
membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang.
Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh telah ditawan. Adnan
tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan
menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak
kehilangan nyawa.

Bab 31-Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang
tersebut hingga musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat
dengan jelas tentera Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan
di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah
bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun menyerang semula kedudukan
mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal
Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh
menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal
dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula
tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu
Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan
sebagaimana janjinya.

Bab 32-Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan,
termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata
mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam
pertempuran berhadapan menggunakan bayonet tetapi mereka kekal bertahan
menyebabkan pihak musuh kecewa. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai
dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya
menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannya
telah menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Tentera Jepun marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang
terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera
Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu
pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera
Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok
ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan
Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh
Koperal Yaakob.

Bab 33-Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah
kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran
dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah
banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu
bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat
tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup
lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar
Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk
kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

Bab 34-Darah Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal,
Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah
berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan

keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat
anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan
pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu

Bab 35-Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan
keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba
kekurangan. Rakyat terpaksa makan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas
perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji
lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15
Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh
British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang
dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk
menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula,
Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama
memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan
akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia.
Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan
menghidap penyakit leukimia dan meninggal dunia.

5 KEKUATAN NOVEL
Setiap novel akan memberikan banyak manfaat kepada pembaca. Novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa ini juga mempunyai banyak kekuatan. Antara kekuatan novel ini
ialah pengutaraan tema yang baik oleh pengarang. Hal ini dikatakan demikian kerana
novel ini mengisahkan tentang keberanian seorang anggota tentera dalam
mempertahankan negara serta mengisahkan tentang kisah yang benar berlaku.
Seterusnya, novel ini mempunyai nilai murni dan iktibar kepada setiap pembaca
terutamanya kepada pemuda-pemuda negara kerana dalam novel ini mempunyai
banyak kisah yang dapat mengispirasikan kita semua. Selain itu, novel ini dapat
memberikan pengajaran bahawa kita mestilah mempunyai semangat patritisme yang
tinggi agar kita dapat memperjuangkan tanah air kita jika diserang lagi. Seterusnya,
novel ini menjadi menarik kerana perwatakan watak utama dalam novel ini dapat
meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca. Akhir sekali, para
pembaca akan lebih menghargai jasa pejuang-pejuang terdahulu dalam
mempertahankan negara kita kerana semua yang dilakukan amatlah susah dan mereka
sanggup mengadaikan nyawa untuk negara.

5 KEKURANGAN NOVEL
Terdapat beberapa kekurangan yang menjadikan novel ini tidak berapa menarik minat
pembaca. Antaranya, novel ini mempunyai jalan penceritaan yang terlalu panjang.
Hal ini demikian kerana dapat mengakibatkan para pembaca merasa bosan dan tidak
tertarik untuk menghabiskan novel ini. Seterusnya, para pembaca mengambil masa
yang lama untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang berlaku terhadap Leftenan
Adnan. Terdapat juga beberapa penceritaan fakta yang membosankan para pembaca.
Selain itu, penulis juga tidak menceritakan dengan lebih lanjut tentang adik Leftenan
Adnan, Amarullah yang merupakan seorang tentera laut. Akhir sekali, penulis juga
tidak menceritakan tentang apa yang berlaku kepada isteri Laeftenan Adnan
sepanjang dia berperang.

5 PENAMBAHBAIKAN UNTUK NOVEL
Pada pendapat saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada
novel ini untuk menjadikan jalan penceritaan novel ini menjadi lebih menarik.
Pertama, penulis seharusnya tidak memanjangkan jalan penceritaan agar pembaca
boleh menghabiskan novel tanpa merasa bosan. Seterusnya, penulis perlu
memendekkan cerita untukmpembaca mengetahui lebih lanjut tentang Leftenan
Adnan. Penulis juga digalakkan untuk mengurangkan fakta-fakta yang membosankan
supaya pembaca lebih tertarik. Selain itu, penceritaan tentang kehidupan adik
Leftenan Adnan perlu dimasukkan lagi supaya peceritaan lebih menarik. Akhir sekali
penulis perlu menceritakan tentang kehidupan isteri Leftenan Adnan yang
bertungkus-lumus menjaga anak mereka ketika Leftenan Adnan pergi berperang.

\

PENGENALAN NOVEL DI SEBALIK DINARA

Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkannya kepada arahan,
dan seterusnya menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas.Ia adalah
hasil daripada kajian yang mengambil masa lebih 20 tahun.Mungkin kerana teknologi
itu, ada pihak yang ingin memilikinya, lantas menceroboh masuk sistem Dinara dan
menanam virus di situ.Dan mungkin kerana teknologi itu juga, Dinara bakal lumpuh.

\

BIOGRAFI PENULIS NOVEL DI SEBALIK DINARA

Nama Kormesil : Dayang Noor
Nama Sebenar : Nor Aziza binti Sulaiman
Akademik : Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
Kerjaya : 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
Sejarah Pendidikan :
-Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
-Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru (Aliran Sains)

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL DI SEBALIK DINARA

Novel ini berkisar tentang seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula
mengenali Aqram dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur.
Selepas itu, Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan Rosman
ketika mereka bertemu dengan Aqram dalam The 3rd Malaysia Computer Security
Symposium. Setelah bersetuju, Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman dengan
Dr. Maxi yang dibantu oleh Aqram, Khairul Anwar, dan Alia. Dr. Maxi menawarkan
RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok computer
Soft Lab dalam tempoh sebulan. Shida pula diminta oleh Soft Lab untuk menulis
rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.Shida
merupakan pelan sandaran yang terakhir.Projek Dinara di Soft Lab terpaksa
dihentikan kerana Karl terlantar akibat barah usus. Dr. Maxi mengetuai Projek Dinara.
Dalam badan Farisha telah dimasukkan cip telepati yang dapat berhubung terus
dengan Karl. Semua perbualan Farisha dengan Karl dapat dilihat oleh Dr. Maxi,
Aqram, dan Khairul Anwar. Sejak itu, kesihatan Farisha kurang stabil. Shida pula
dapat mengesan misteri dalam Projek Dinara apabila nama Medina dipadamkan dari
sejarah syarikat Soft Lab.Farisha melawat Azraai dan terkejut kerana Azraai terkena
serangan jantung serta mengetahui hakikat bahawa dia anak angkat dalam keluarga
Azraai.Keesokannya, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Dr.
Maxi merancang Plan B untuk menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha. Shida
menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Farisha mengalami
mimpi bertemu dengan ibunya, Medina (Marilyn). Farisha memberitahu Azraai
bahawa Marilyn menghubunginya menyebabkan Azraai membawa Farisha keluar dari
hospital menuju ke selatan. Farisha telah diculik oleh pembantupembantu Medina di
Hentian Pagoh.Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa dia
ialah ibu kandung Farisha hasil hubungannya dengan Karl. Karl menghembuskan
nafasnya yang terakhir pada pukul 7.00 malam.

SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL DI SEBALIK DINARA

BAB 1
Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja
selesai bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha
berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam
kapalterbang ke KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh
Aqram yang merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu
apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi apabila melihat pintunya juga telah
terpasang “retinal scanner”. Farisha terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya
yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment
mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium di
Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri
cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama
dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.

BAB 2
Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah
simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan
Penggodam Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan,
sehingga mengatur kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan oleh robot.
Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young menyampaikan ucaptama
beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu lagi dengan
Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding
untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya
menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna
perak. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala
maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan
cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.

BAB 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek,
Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan
perkara itu di Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima

anugerah inovasi peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa
dengan Karl, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan
beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada mereka berdua untuk tugas menggodam
tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. Farisha meminta
sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulang Farisha dan Rosman diberi
peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara yang diteraju
oleh Karl terhenti kerana dia sakit.

BAB 4
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di
Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan
Khairul Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem
keselamatan yang canggih termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata.
Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan lengkap.
Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki pusat data. Itulah Dinara yang
memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha mendapat kepastian
bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada
petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-
sama. Namun dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar
mengadakan perbincangan. Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha
dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka
amat perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan
mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana
yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan memadamkan
beberapa ingatan dan perasaan Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan
mengganggu rancangan yang diatur untuk Farisha dan Shida.

BAB 5
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa oleh
Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua
kod program yang ada dalam Soft Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi
taklimat kepada Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan
teknologi hypervisor di dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan
penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus bom jangka yang akan

memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas
Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan
mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu
bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia
terpaksa meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali
ganda daripada perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang
berat memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat
berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi kerana banyak data
pengetahuan dan perasaannaya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga
menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada
perempuan lain ada sebarang hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul
Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi
kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk membesarkan lagi
skop kerjanya. Pada malam itu Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga dia
terlambat bangun.

BAB 6
Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu.
Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah
memasukkan mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan
Karl.Dalam komunikasi itu Karl meminta pertolongan daripada Farisha untuk
menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat mengesan butiran perbualan Farisha
dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika Farisha sedar
semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram.
Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang
penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan.
Hal ini diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.

BAB 7
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell.
Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka
berbincang tiba-tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya
putih memancar ke arahnya. Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga
mereka bergegas pulang. Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang

berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya kerana terlihat
beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa
perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada
laporan polis dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh
Abang Azraai utk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai,
kak Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur
sedih apabila dia mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua
yang amat mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan ayahnya.
Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.

BAB 8
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba
Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul
Anwar dan Dr.Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang
Farisha sekian lama tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang
membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan
kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada
Farisha mengandung.

BAB 9
Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan
Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha
telahpun ditanam dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan
Karl. Karl menggunakan teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung
dengan Farisha. Pada jam 5.30 petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida
pula pulang ke rumah dan cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha
tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti yang menyatakan bahawa Farisha
ialah anak angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah dan
terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha menyatakan itu
tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin datang
ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang sebelum ini
gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini meraka
berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha lemah. Selepasitu Aqram pula mencari

maklumat pada badan Farisha menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter.
Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan tahap
kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya Azraai
meminta doktor memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi doktor bahawa
mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam
pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah
universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu
mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila
diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida akan
menggantikan tempat Farisha.

BAB 10
Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik
bernama Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu
pembedahan untuk menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak
diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang dilakukan ke atas Farisha
dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi. Tetapi
Dr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini akan
merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapat
berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu
tempat yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat melihat
keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan
berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya
menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki itu.
Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup melakukan ujikaji
ke atas anaknya sendiri. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah
inginmembuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’ itu.
Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah
malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima
mikrocip WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas
Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti
kucing liar yang ketakutan.

BAB 11

Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan
daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang
dia tahu tentang Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak
menyelamatkannya daripada dijadikan bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai
menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah diamanahkan menjaga
keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat berkomunikasi
dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farisha
dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan.
Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada
orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh
Dr.Maxi untuk mempengaruhi otak Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi
dengan Karl melalui Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana
virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang akan bukan sahaja
memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha
sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi
dalam perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam
masa yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui
Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak pengemis yang
bernama Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul Anwar sangat
berang. Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang wanita sehingga menjadi
cacat.

BAB 12
Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa
Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh
ibunya tetapi terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam
pada itu di SoftLab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa
wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan
agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina. Perbualan antara Alia dan Shida dapat
disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih
memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat
pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan
yang tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar
dan Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan

mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat
mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai juga
menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang
dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan
bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya itu. Namun Farisha
marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan
kaki dan tangan terikat mahu dia dihantar kepada abangnya Azraai. Farid dan Amin
tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak
perlahan lagukegemaran Karl. Alia mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl
melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta
Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia tetap berasa
cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa program dalam
mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan
pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah
stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati
Farisha, menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas
dan marah lalu menempelak Marilyn yang dia pernah ingin membunuhnya dulu. Suis
alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.

BAB 13
Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan
bahawa kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran
Karl melalui Shida. Dr.Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida
Karl bangun dan bertindak melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus
dalam Dinara. Kebijaksanaan ini diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah
gandakan IQnya 26 tahun dahulu. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ
bersama-sama Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar.
Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup
mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj
fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya
Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr.Maxi dan
Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu

keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg
seperti Alia.

BAB 14
Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan
yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris
menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang ada di situ
masuk bergilir-gilir mendekati Karl. Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul
Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan selamat tinggal
kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat pukul tujuh malam Dr.Haris
mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar,
dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas
upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa
Karl masih hidup.Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah
seperti Karl. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk
menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-
kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.

5 KEKUATAN NOVEL

Kekuatan pertama yang terdapat dalam novel ini ialah disebabkan oleh
novel ini merupakan novel sains fiksyen. Hal ini kerana di Malaysia, agak
sukar untuk mendapatkan novel sains fiksyen. Sememangnya ada, namun
kurang berbanding genre novel yang lain seperti percintaan dan aksi.
Seterusnya, novel ini merupakan sebuah karya futuristik teknologi di
malaysia di bidang IT sekaligus membuat novel ini dapat menarik minat
banyak pembaca. Bukan itu sahaja, pada pendapat saya, novel ini juga
merupakan novel yang paling menarik di antara novel Tingkatan 4. Hal ini
kerana novel ini merupakan novel yang mempunyai plot twist' yang tidak
disangka-sangka. Setelah membaca novel ini, saya berpendapat bahawa
novel ini memerlukan banyak ilmu dan rujukan yang perlu dibuat untuk
mencapai cita rasa pihak pembaca. Tidak lupa juga novel ini mempunyai
nilai murni seperti rasional. Sebagai contoh Farisha dan Shila tidak
membuat keputusan dengan melulu setelah mendapat tawaran, mereka
memikirkan dahulu sebelum membuat keputusan Oleh itu, novel ini sesuai
untuk dibaca oleh pelajar Tingkatan 4 kerana mempunyai beberapa kekuatan
yang boleh dikagumi oleh pelajar

5 KEKURANGAN NOVEL

Kelemahan yang pertama ialah, pengakhiran novel agak memeningkan bagi
pembaca kerana secara tiba tiba satu karakter novel itu mati lalu novel itu
berakhir. Kemudian, tajuk novel kurang berkait dengan cerita yang
disampaikan. Sebagai contoh, meskipun nama novel ini di sebalik dinara
tetapi ia tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang apa yang
dimaksudkan dengan dinara. Selain itu, novel ini lebih menceritakan tentang
futuristik berbanding dengan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa yang lebih
menceritakan tentang masa lampau. Perkembangan watak utama tidak
begitu hebat berbanding dengan novel Leftenan Adnan di mana watak
utamanya mempunyai perkembangan yang mantap. Seterusnya, watak
antagonis di novel ini juga kurang menarik kerana tidak menentang watak
utama terlalu ketara berbanding dengan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
di mana watak antagonisnya menentang watak utama dengan cara yang
begitu kejam dan zalim

5 PENAMBAHBAIKAN UNTUK NOVEL

Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang
boleh diperbaiki oleh penulis iaitu penulis perlulah lebih menekankan watak
utama berbanding dengan watak sampingan yang lain. Selain itu, penulis
jaga perlu pastikan bahawa binaan ayat yang digunakan adalah sesuai untuk
semua golongan pembaca novel ini. Kemudian, kulit belakang novel ini

terlalu kosong tanpa sebarang editan tambahan untuk menarik minat
pembaca. Seterusnya, penulis juga harus menitik beratkan contoh peristiwa
yang dikemukan dalam novel ini dengan lebih terperinci supaya pembaca
mudah faham. Akhir sekali, penulis perlulah menambah lebih banyak isi
tambahan yang boleh dipelajari pembaca selain daripada persaingan
seseorang dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga menghapuskan
nilai kemanusiaan.

PENGENALAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Dari jendela terkuak yang menghadap jalan, Lili mengaut beribu pengalaman yang
menerjah dari luar.Lili juga menghadam makna hidup dari isi rumah yang penuh
sejarah.Cerita datuk yang teguh memaut tradisi dan kisah nenek yang mengembara
mengutip kematangan usia.Semuanya mencatumkan keinginan Lili untuk mengetahui
falsafah di sebalik jendela itu.

BIOGRAFI PENULIS NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Ruhaini Matdarin dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota
Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan
membaca. Pada tahun 2006 menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen
sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang
Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis
Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang
menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua.

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL JENDELA MENGHADAP
JALAN

Lili seorang anak remaja yang menetap di bandar. Dia pulang ke kampung sebelah
ibunya pada musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Demi tidak melukakan
hati seorang ibu, Lili menurut walau pun batinnya melawan. Di sana beliau diserkap
tanda tanya tentang hampir semua rumah di kampung itu dibina dengan jendelanya
menghadap jalan. Hal inilah yang menjadi persoalan yang bermain di minda Lili.
Persoalan yang sering diajukan kepada datuk dan deneknya, tetapi jawapan mereka
sering ditangguhkan dan ini menambahkan perasaan ingin tahu Lili. Di kampung, ada
remaja yang menjadi rakan Lili seperti, Danel dan Geetha yang pernah ditemui
sewaktu di dalam bas ke Dungun. Di Kampung Sentosa ini ada juga remaja yang
menjadi watak antagonis seperti Rafik dan Haziq.Watak remaja nakal (pada awalnya
dan berubah menjadi baik pada akhirnya) yang sengaja diwujudkan sebagai
memberitahu kepada para pembaca remaja sekalian yang sekali jahat bukan selama-
lamanya akan jahat. Watak mereka juga sebagai motivasi bagi para remaja bahawa
masih belum terlambat untuk berbuat baik dan bertaubat.Lili menetap di kampung
bersama dengan datuk dan neneknya di sebuah rumah kampung yang jendelanya
menghadap jalan.Duduk di kampung, Lili dapat berasakan bahawa penduduknya agak
pelik.Datuk sangat berpegang kepada adat tradisional di samping watak remaja iaitu
Danel yang dihadirkan sama sebagai 'penentang' kepada perubatan tradisional
datuk.Mereka saling mengemukakan hujah-hujah untuk memenangkan diri masing-
masing.Si datuk tetap menolak kehidupan moden dengan berpendapat bahawa
kehidupan moden bakal memusnahkan perkara yang diwarisi turun-temurun.Danel
pula dengan tidak menghukum adat tradisional kesemuanya, berpendapat segala yang
diciptakan pada zaman moden ini adalah untuk memudahkan kehidupan manusia dan
menjadikannya lebih senang untuk dikendalikan. Akan tetapi apabila berlakunya kes
penculikan terhadap Lili perwatakannya berubah.Penceritaan lebih tertumpu kepada
keluarga Che Jah, ibu kepada watak Rafik dan Haziq yang telah menculik Lili tanpa
disengajakan. Lili cuba menyelami permasalahan yang berlaku dalam keluarga Che
Jah. Rafik dan Haziq terlibat dalam gejala sosial disebabkan oleh bapanya, Seman
yang bersikap panas baran, pemabuk ,kaki judi dan tidak bertanggungjawab. Lili
meminta pendapat Kak Mimah seorang daripada pesakit datuk mengenai kes
keganasan rumah tangga. Hal ini kerana Kak Mimah bekerja sebagai penolong

pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat,Bahagian Warga Tua dan Keluarga.Kak
Mimah berjanji akan cuba membantu menyelesaikan kes keluarga Che Jah.
Akhirnya,kes keluarga Che Jah berjaya diselesaikan dengan kerjasama Kak
Mimah.Penduduk kampung menyalahkan datuk yang dituduh cuba melindungi Che
Jah kerana datuk pernah memberikan pekerjaan kepada suami Che Jah. Datuk juga
dipersalahkan kerana tidak melaporkan kes penculikan Lili.Selain itu,datuk juga
dituduh pengkhianat bangsa kerana datuk dikatakan bersubahat dengan Pak Cik
William dan abang Danel ,Sugi yang ingin membeli tanah milik penduduk kampung
untuk dimajukan menjadi kawasan perumahan.Ibu berasa pelik kerana Lili tidak
merungut tentang hari-hari yang telah dilalui di kampung datuk dan nenek.Lili berasa
pengalaman yang diperoleh sepanjang dia berada di kampung amat
bermakna.Lili,Geetha dan Danel menyaksikan matahari terbit di jeti nelayan. Mereka
berjanji akan terus berhubung melalui surat ,telefon dan e-mel. Datuk,Haji Abdul
Rahman bercerita mengenai sejarah jendela yang menghadap jalan tetapi cerita
tersebut tidak terperinci dan beliau berjanji untuk bercerita lagi Lili apabila Lili
pulang ke kampung nanti . Datuk memulakan ceritanya sewaktu zaman penjajahan
tentera Inggeris. Kisah hidup datuk dan nenek Lili penuh dengan penderitaan namun
sejarah hidup mereka belum habis diceritakan kepada Lili begitu juga tentang jendela
menghadap jalan.Pada pengakhiran cerita ini, Danel dan Lili saling berhubungan
antara satu sama lain dan bercerita tentang diri masing-masing. Mereka juga turut
bercerita tentang Che Jah yang telah mendapat pembelaan yang sewajarnya manakala
Rafik dan Haziq telah berubah menjadi baik. Mereka akan menduduki peperiksaan
PMR sebagai calon persendirian. Lili tidak sabar untuk kembali ke Kampung Sentosa
kerana mahu mengutip cerita datuk tentang jendela menghadap jalan dan cerita nenek
tentang sejarah hidupnya bersama-sama datuk hingga ke saat ini.

SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL JENDELA MENGHADAP
JALAN

Bab 1.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti
di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya
perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa
berpura-pura demi menjaga hati ibunya.

Bab 2.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
menyandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim
tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama
lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan
Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang
pelajar tahun satu Jurusan Kejuruteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama
Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa
depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina
atau kacukan.

Bab 3.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa.
Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan
Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan
kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak
pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.

Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah
bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan
bertanya khabar. Menurut nenek, datuk sibuk dengan urusan gotong-royong
menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.

Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula
datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat
menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-
tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan
dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai
bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak
mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang
belum tentu kepastiannya.

Bab 6.
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua
cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan
mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan
berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka
seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang
mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di
halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung
lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan
menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili
tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha.
Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba
buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini
sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan
begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan

rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili
berasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu
pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.

Bab 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu
menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya.
Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah
berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat
belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah
berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah
tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung, Lili merasa
keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang
Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan
di surau kerana William cuba mempengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya
tidak mempercayai pengubatan tradisional di samping memujuk supaya menjualkan
tanah bagi tujuan membina rumah sewa.

Bab 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu
yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah
surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan
masyarakat atau mendirikan sebuah masjid. Kebanyakan penduduk kampung memilih
untuk membina kubah surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah
kekurangan tanah. Di samping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan
mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah
telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk meyakinkan penduduk-
penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima
hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan
kaedah perubatan moden, kerana semua bahan ramuan tradisional diawet dalam
bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah
saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar
tidak terguris.

Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih
ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati
datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah
yang diberikan itu belum tentu dapat meyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat
mengatakan William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh
Danel. Jika dahulu semua kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-penduduk
kampung termasuk William, malah berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi.
Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi
anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan
tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara
penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.

Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik
sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas
itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang
tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan
kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh
Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah
Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi
untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk
dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk
semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita,
namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu
banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.

Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk kampung. Sama ada ingin
mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-
penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji

Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat
bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini
tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman
kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada
penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk
menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan
seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya
balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan
lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-
perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut.
Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan
keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu
datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.

Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala
Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal
sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu
dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan
menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup
dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di
bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk
menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti.
Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha,
dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan
niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili
sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang
Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya
kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya,
Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak
menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya

sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di
perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung
tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu
keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran
dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya
stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan
khabar tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa
risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam
kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek,
dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun
hutan.

Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan
herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba sahaja Danel muncul dengan
membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut
kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.
Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka
bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki
oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik
kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam
sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada
Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur.
Dalam perjalanan pulang, Lili terserempak dengan adegan kejar-mengejar beberapa
orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah,
Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk.
Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan
Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan
terutamanya pisang.

Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara
panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara
besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini
juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa
sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan
hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan
pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan di
samping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang.
Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.

Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan
seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang
buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan.
Tiba-tiba, Lili yang ternampak julur ranting di jendela mendapati Danel memberi
isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah
mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel
digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia
menulis artikel mengenai pisang.

Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua
biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang
penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai
memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu
nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang
sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa
barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah
selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan
ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke
jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang
lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang


Click to View FlipBook Version