The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WendyVio, 2024-06-12 11:26:12

Scrap Book KRS

Scrap Book KRS

CUP 2011 KADET REMAJA SEKOLAH BUKU LOG LOOI WAI THENG E20231031158 PENSYARAH: Encik Shaharudin bin Othman


BIODATA DIRI Kadet Remaja Sekolah NAMA NO K/P TARIKH LAHIR JANTINA AGAMA BANGSA ALAMAT LOOI WAI THENG 050807-08-0221 7 OGOS 2005 PEREMPUAN BUDDHA CINA NO 23, WAH KEONG, TAMAN WAH KEONG, IPOH PERAK


Kadet Remaja Sekolah ISI KANDUNGAN Sejarah Lambang Misi & Visi Moto & Cogan Kata Bendera Lagu Ikrar 1 - 6 7 - 8 9 - 10 11 - 12 15 - 16 13 - 14 17 - 18


Kadet Remaja Sekolah Ikatan & Simpulan Asas Pertolongan Cemas Kompas & Orienteering Seni Perkhemahan 19 - 27 69 - 86 55 - 68 28 - 54


SSeejjaarraahh Kadet Remaja Sekolah KRS 1


SEJARAH PENGASAS Kadet Remaja Sekolah 2 Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkkan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha’aban. Beliau dilahirkan di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Beliau memulakan usaha penubuhan KRS pada awal tahun 1980-an. Pada tahun 1987, Muhammad Thani bin Sha'aban, yang merupakan seorang guru dan juga warden di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur, telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menubuhkan satu pasukan kadet yang bersifat lebih umum dan menyeluruh. Tujuan utama penubuhan KRS adalah untuk menyediakan satu wadah di mana pelajar dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan disiplin diri, semangat patriotik, serta kemahiran kepemimpinan.


Kadet Remaja Sekolah 3 Sumbangan beliau dalam pembentukan KRS diiktiraf sebagai langkah penting dalam pembangunan sahsiah dan jati diri pelajar sekolah menengah di Malaysia. Hingga kini, KRS terus memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berkemahiran, dan mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi. Dengan gigih Muhammad Thani Bin Sha’aban, KRS telah berkembang menjadi salah satu badan beruniform yang disegani dan mempunyai impak positif terhadap ribuan pelajar di seluruh Malaysia.


Kadet Remaja Sekolah 4 SEJARAH PENUBUHANKADET REMAJA SEKOLAH Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM). Kadet Remaja Sekolah (KRS) merupakan sebuah badan beruniform di sekolahsekolah di Malaysia yang memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan disiplin pelajar. Penubuhan KRS bermula pada tahun 1987 dengan penubuhan Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) di bawah inisiatif Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Pada awalnya, badan ini diwujudkan khusus untuk pelajar lelaki Islam bagi memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti beruniform yang berasaskan ajaran Islam. KPIM bertujuan membentuk disiplin, semangat kerjasama, dan kepimpinan di kalangan pelajar.


Pada tahun 1993, KPIM telah diperluas kepada pelajar perempuan dan seterusnya mengalami perubahan nama kepada Kadet Remaja Islam Malaysia (KRIM). KRIM bertujuan untuk memberi peluang yang sama kepada pelajar perempuan dalam penyertaan aktiviti kadet yang berteraskan nilai-nilai Islam. Namun, melihat kepada keperluan untuk badan ini lebih inklusif dan boleh disertai oleh pelajar pelbagai agama dan bangsa Kadet Remaja Sekolah 5 Pada tahun 1995, KPIM berubah menjadi Kadet Remaja Sekolah (KRS). Perubahan ini adalah satu langkah penting dalam memastikan badan ini dapat disertai oleh semua pelajar tanpa mengira latar belakang agama dan kaum. Objektif utama KRS adalah untuk menggalakkan perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti-aktiviti yang bersifat kebangsaan dan bukan berasaskan agama sematamata.


Kadet Remaja Sekolah 6 TUJUAN PENUBUHAN Melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu beriman dan beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni. Menangani masalah salah laku dalam kalangan para remaja seperti salah guna dadah. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama,bangsa dan negara. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.


LLaammbbaannggKadet Remaja Sekolah KRS 7


Kadet Remaja Sekolah 8 LAMBANG DUA TANGKAI PADI BERSILANG PERISAI Resmi padi iaitu berilmu dan berketerampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. WARNA HIJAU Alam sekitar yang sihat. WARNA PUTIH Keikhlasan serta kesucian. WARNA KUNING Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia. BULAN DAN BINTANGAgama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. WARNA MERAH Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara tercinta. BUKU YANG TERBUKA DAN REHAL Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan later belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.


MMiissii && VViissii KRS Kadet Remaja Sekolah KRS 9


Kadet Remaja Sekolah 10 Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak muliah, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan wawasan 2020. Misi & Visi KRS


Kadet Remaja Sekolah KRS 11 MMoottoo && Cogan kkaattaa KKRRSS


Kadet Remaja Sekolah 12 Ilmu Asas keintelektualan dan keterampilan ahli KRS. Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. Iman Amal


BBeennddeerraaKRS Kadet Remaja Sekolah KRS 13


Kadet Remaja Sekolah 14 BENDERA KRS Warna Hijau melambangkan: Remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.


LLaagguu KKRRSS Kadet Remaja Sekolah KRS 15


Kadet Remaja Sekolah 16 LAGU KADET REMAJA SEKOLAH Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada Pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati, dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah


IIkkrraarr KKRRSSKadet Remaja Sekolah KRS 17


Kadet Remaja Sekolah 18 IKRAR KADET REMAJA SEKOLAH Bahawasanya kami, Kadet Remaja Sekolah Malaysia, Berjanji dan bersetia Akan menyemaikan semangat patriotik, Tetap berdisiplin, Berakhlak mulia, Berilmu, beriman dan beramal. Kami juga akan memupuk Semangat keusahawanan, Mencintai alam sekitar, Mempunyai ketahanan mental dan fizikal Bersedia berkhidmat untuk masyarakat, Demi agama, bangsa, dan negara, Serta mendukung Rukun Agama dan Rukun Negara Sepanjang kami menjadi anggota kadet


IIkkaattaann && SSiimmppuullaannKRS Kadet Remaja Sekolah KRS 19


Kadet Remaja Sekolah 20 SIMPULAN Penting semasa perkhemahan dan pengembaraan. Menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Digunakan untuk mengikat kasut, bungkusan mahupun memulakan jahitan. 1)Simpul Manuk (Clove Bitch) Sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu mengikat tali pada tiang atau balak Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik/diangkat ke tempat yang dikehendaki dengan selamat Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikat seraya, ikat silang gunting dan lilit kacang/ular.


Kadet Remaja Sekolah 21 2)Simpul Buku Sila (Reef Knot) Kerap digunakan bagi menyambung dua utas tali yang sama besarnya. Tegap dan tidak boleh terlucut. Mengikat benda-benda kecil dengan menggunakan tali yang kecil dan ringan seperti bungkusan. Digunakan untuk mematikan simpulan dalam balutan. Serta untuk mengikat khemah yang sudah dilipat/bagi mengikat layar. Digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar saiznya. Contoh kegunaan: menyambung tali perahu dengan tali kapal. Digunakan untuk mengikat tali ke suatu tanjul. 3)Simpul Bunga Geti ( Common Sheet Bend)


Kadet Remaja Sekolah 22 Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa memotongnya. 4) Simpul Bunga Geti Berganda (Double Sheet Bend) 5) Simpul Pulih ( Sheep Shank Knot) Dibuat supaya sambungan yang dilakukan bertambah kuat dan tidak mudah terburai.


Kadet Remaja Sekolah 23 6)Simpul Tindih Kasih (Bowline) Sangat berguna dalam kerja-kerja semasa menyelamat. Digunakan semasa menyelamatkan mangsa terjatuh ke dalam sungai. Digunaka untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa. Simpulan ini digunakan untuk mengikat lehar binatang supaya tidak terjerut dan membuat lubang tali yang tiddak terjerut untuk mengangkat mangsa/binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga. Untuk membuat ikatan yang pantas serta digunakan untuk menaikkan/menurunkan mangsa. https://youtu.be/6k_nMJm4svA


Kadet Remaja Sekolah 24 8) Simpul Belit Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/ ke pacang kerana cara begini mudah dibuka dan tidak mudah tanggil ikatannya. Digunakan untuk mengukuhkan ikatan utama pada khemah besar. Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kali. Ikatan digunakan bagi mengikat hujung tali pada kayu, tiang / batang yang besar dengan mudah supaya tidak licin/mudah digerakgerakkan. Menarik balak/kayu, memulakan ikat serong. Sebagai ikatan sementara dan guna untuk mengangkat/turun barang dari tempat tinggi. 7)Simpul Balak (The Timber Hitch) https://youtu.be/Zo9z3h5PDWI https://youtu.be/yvkbws_ykg8? si=6oZbBCsO_v12dnce Lilit Dua Simpul


Kadet Remaja Sekolah 25 IKATAN Digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. 1) Ikatan Seraya Digunakan semasa membina jambatan dan menara. Digunakan apabila kayu atau buluh itu bersudut tepat. Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/ dua buluh yang bersilang. 2) Lilit Kacang Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa mengikat gajet. Dimulakan dengan menggunakan Simpul Manuk dan diakhiri dengan Simpul Manuk juga.


Kadet Remaja Sekolah 26 3) Ikatan Serong Digunakan untuk membuat jambatan,menara dan gajet. Apabila kayu/buluh yang digunakan itu dalam keadaan bersilang, ikat serong digunakan. Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudianmelintang dan matikan dengan simpulan manuk. Digunakan untuk membuat gajet dan menyambung kayu. 4) Ikat Silang Tungku


Kadet Remaja Sekolah 27 5) Ikatan Pengail Digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang. Kegunaan ikatan ini sama seperti simpul belit. Ikatan pengail lebih kuat dan selamat berbanding dengan simpul belit. 6) Ikatan Silang Gunting Digunakan dalam aktiviiti pioneering. Digunakan untuk menyambung dua batang tiang / mengikat dua batang kayu. Apabila digunakan untuk menyambung dua batang tiang ikat silang gunting dibuat dua kali.


Asas PPeerrttoolloonnggaannCemas Kadet Remaja Sekolah KRS 28


Kadet Remaja Sekolah 29 Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. PERTOLONGAN CEMAS Pengertian : Maksud Kecemasan : Seseorang mengalami keadaan yang mendesak dan memerlukan bantuan segera untuk mengelakkan kecederaan lebih lanjut atau menyelamatkan nyawa. Situasi ini boleh merangkumi pelbagai keadaan termasuk kecederaan fizikal yang serius, serangan jantung, kesukaran bernafas, pendarahan yang banyak, atau situasi lain yang boleh membahayakan nyawa jika tidak ditangani dengan segera.


Kadet Remaja Sekolah 30 a. Menjaga Kehidupan TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS Tujuan utama adalah menyelamatkan nyawa orang yang cedera atau sakit mendadak. b. Mengelakkan dari bertambah buruk Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk. c. Mengurangkan kesakitan Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit.


Kadet Remaja Sekolah 31 Prinsip-prinsip penting yang perlu patuhi apabila memberi pertolongan cemas: Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan. 1. 2.Longgarkan pakaian jika perlu 3.Hentikan darah jika berdarah 4.Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit 5.Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk berhubung dengan doktor di klinik yang terdekat. 6. PRINSIP-PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS


Kadet Remaja Sekolah 32 LANGKAHLANGKAH PERTOLONGAN CEMAS 1.Penilaian Situasi Pastikan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat. 2.Panggil Bantuan Hubungi layanan darurat jika situasi darurat. 3.Periksa ABC Pastikan jalan nafas terbuka(Airway), periksa pernafasan(Breathing) dan peredaran(Circulation). 4.Memberi rawatan Memberi rawatan keutamaan kepada mangsa yang teruk.


a. Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk. b. Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak edarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat. c. Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera. d. Lakukan bantuan berdasarkan landaslandas selamatnya nyawa, perdarahan dan kecederaan patah. e. Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan. Kadet Remaja Sekolah 33 Peringatan !!!


Kadet Remaja Sekolah 34 a. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. b. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. c. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. d. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna. TINDAKAN SERTA MERTA PERTOLONGAN CEMAS Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas yang Baik: a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan. b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya. c) Memberi perhatian di dalam mengenali tandatanda dan gejala sesuatu kes. d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa. e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa. f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan mangsa.


Kadet Remaja Sekolah 35 Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas: a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti dan menahan pendarahan. b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman. c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan anduh supaya bahagian cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak. d) Elak mangsa dari mengalami renjatan. e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang. f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.


Kadet Remaja Sekolah 36 untuk memberi rawatan bantu mula: ARAHAN AM 1.Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang dekat untuk membuat panggilan polis, ambulans, keluarga dan sebagainya. 2. Bertindak berdasarkan DRABC ( Danger Response Airways Breathing Circulation ) : (D) Keluarka mangsa dari kawasan yang berbahaya. (R) Pastikan mangsa bertindak balas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. (A) Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam keadaan yang selesa. (B) Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR- External Air Resuscitation. (C) Pastikan nadi mangsa berfungsi , semak di nadi karotid atau di leher jika tidak, lakukan CPRCardiopulmonary Resuscitation.


Kadet Remaja Sekolah 37 PETI PERTOLONGAN CEMAS Peti pertolongan cemas adalah alat yang sangat penting dalam pelbagai situasi. Ia merupakan satu peti atau kotak yang mengandungi peralatan pertolongan cemas dan bekalan perubatan. Antara kepentingan peti pertolongan cemas iaitu: Memberi pertolongan segera Mencegah kecederaan lebih teruk Meminimumkan risiko penyebaran penyakit Mengurangkan kebimbangan mangsa Menyelamatkan mangsa


Kadet Remaja Sekolah 38 Jadual peralatan dalam peti pertolongan cemas serta fungsinya


Kadet Remaja Sekolah 39 Perhatikan keadaan mangsa dan juga tindak balas mangsa. Jika anda lihat tiada pergerakkan atau pernafasan mangsa terhenti, sila hubungi unit kecemasan (999) dengan kadar yang segera 1. 2.Dongakkan sedikit kepala mangsa dan angkat dagunya ke atas Dekatkan telinga anda ke mulut mangsa, dengar dan rasa jika ada pernafasan berlaku, perhatikan jika ada pergerakkan naik turun pada dada mangsa. Jika tiada pernafasan, sedia untuk lakukan pertolongan cemas CPR. Pastikan tiada benda asing dalam mulut mangsa, jika ada keluarkan 3. Buka sedikit mulut mangsa dan picit hidungnya. Hembus nafas anda ke mulut mangsa sehingga ada pergerakan naik turun dada mangsa. Berikan bantuan pernafasan kepada mangsa sebanyak dua kali untuksetiap hembusan dalam dua saat 4. Jika masih tiada pergerakkan daripada mangsan tekan dadanya dengan menggunakan kedua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri kemudian tekan dada mangsa sebanyak 15 kali. Dua hembusan dan 15 kali tekanan adalah satu pusingan. Teruskan dengan pusingan kedua jika masih tiada respon daripada mangsa. Semasa membuat tekanan, pastikan kedudukan tekanan tangan anda pada mangsa adalah betul iaitu satu sentimeter dari ulu hati. Pastikan juga tangan anda lurus semasa buat tekanan. Tekanan juga perlu dilakukan secara pantas dengan kadar 100 tekanan setiap minit 5. Ulang langkah di atas sebanyak empat kali atau sehingga bantua daripada pasukan pertolongan cemas datang 6. Jika ada pergerakkan daripada mangsa, alihkan badan mangsa dalam keadaan mengiring untuk mangsa bernafas dengan baik 7.


Kadet Remaja Sekolah 40


Kadet Remaja Sekolah 41 1.Periksa sebarang keadaan yang berbahaya. Tinjau persekitaran untuk memastikan selamat untuk memberi bantuan. Jangan masuk jika keadaan tidak selamat. Panggil ambulans. 2. Periksa orang tersebut untuk mendapatkan respons. Tepuk bahunya dan tanya dengan kuat, “ Awak OK? “ 3.Jika tidak respons, jerit meminta bantuan. Minta seseorang untuk mencari AED (Automated External Defibrillator). 4. Buat penilaian sama ada terdapat pernafasan dan nadi dalam masa 10 saat. Berikan bantuan pernafasan jika orang tersebut tidak bernafas tetapi nadi dirasai. 1 nafas setiap 6 saat atau 10 nafas seminit. Periksa nadi karotid setiap 2 minit. 5. Mulakan CPR (resusitasi kardiopulmonari) jika tiada nadi. 30 tekanan : 2 hembusan Letakkan kedua-dua tapak tangan di tengah dada 100-120 kali tekanan seminit Kedalaman tekanan kira-kira 5-6 cm Teruskan sehingga ambulans tiba atau pesakit pulih 6. Hidupkan AED dan ikut arahan.


Kadet Remaja Sekolah 42


Kadet Remaja Sekolah 43 1.Periksa sebarang keadaan yang berbahaya. Tinjau persekitaran untuk memastikan selamat untuk memberi bantuan. Jangan masuk jika keadaan tidak selamat. Panggil ambulans. 2. Periksa kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan respons. Tepuk bahunya dan tanya dengan kuat, “ Awak OK? “ 3.Jika tidak respons, jerit meminta bantuan. Minta seseorang untuk mencari AED (Automated External Defibrillator). 4. Buat penilaian sama ada terdapat pernafasan dan nadi dalam masa 10 saat. Berikan bantuan pernafasan jika kanak-kanak tersebut tidak bernafas tetapi nadi dirasai. 1 nafas setiap 3-5 saat atau 20-30 nafas seminit. Periksa nadi karotid setiap 2 minit. 5. Mulakan CPR (resusitasi kardiopulmonari) jika nadi< 60 denyutan seminit 30 tekanan : 2 hembusan Letakkan 1/kedua-dua tapak tangan di tengah dada 100-120 kali tekanan seminit Kedalaman tekanan kira-kira 5 cm Teruskan sehingga ambulans tiba atau pesakit pulih 6. Hidupkan AED dan ikut arahan.


Kadet Remaja Sekolah 44


Kadet Remaja Sekolah 45 1.Periksa sebarang keadaan yang berbahaya. Tinjau persekitaran untuk memastikan selamat untuk memberi bantuan. Jangan masuk jika keadaan tidak selamat. Panggil ambulans. 2. Periksa tahap respon bayi. Tepuk bahagian bawah tapak kaki bayi. 3.Jika tidak respons, jerit meminta bantuan. Minta seseorang untuk mencari AED (Automated External Defibrillator). 4. Buat penilaian sama ada terdapat pernafasan dan nadi dalam masa 10 saat. Berikan bantuan pernafasan jika bayi tersebut tidak bernafas tetapi nadi dirasai. 1 nafas setiap 3-5 saat atau 20-30 nafas seminit. Periksa nadi brakial setiap 2 minit. 5. Mulakan CPR (resusitasi kardiopulmonari) jika nadi< 60 denyutan seminit 30 tekanan : 2 hembusan Letakkan 2 jari di tengah dada 100-120 kali tekanan seminit Kedalaman tekanan kira-kira 4 cm Teruskan sehingga ambulans tiba atau pesakit pulih 6. Hidupkan AED dan ikut arahan.


Kadet Remaja Sekolah 46 Merupakan satu teknik bantuan CPR yang menggunakan tekanan dada sahaja Teknik ini menekankan teknik tekanan dada yang lebih efektif Berbeza dengan teknik konvensional yang menganjurkan nisbah tekanan dada kepada bantuan pernafasan 30:2 iaitu 30 tekanan dan 2 hembusan, teknik hands only CPR memberi penekanan kepada teknik tekanan dada dengan kadar 100-120 kali tekanan seminit dengan kedalaman tekanan sebanyak 5 sentimeter Berikut merupakan teknik hands only CPR: DANGER – Pastikan mangsa dan penyelamat berada dalam keadaan selamat RESPOND – Memeriksa tindak balas mangsa dengan menggerakkan bahu mangsa SHOUT – Memanggil bantuan dan jika keseorangan buat panggilan 999 AIRWAY – Membukan saluran pernafasan mangsa dengan mendgikkan kepala pesakit dan jika terdpat benda asing di dalam mulut mangsa hendaklah dikeluarkan BREATHING – Periksa pernafasan mangsa dan jika tiada pernafasan bermaksud jantung telah terhenti CHEST COMPRESSION – Meletakkan tangan di separuh bawah dada mangsa dan mulakan tekanan dada DEFIBRILLATION – Menggunakan perlatan Automated External Defibrillator (AED) jika ada Setiap 2 minit, mangsa akan dinilai pada nadi, pernafasan dan tahap kesedaran Bantuan CPR ditamatkan jika: Mangsa kembali bernafas dan mempunyai nadi. Kemudian mangsa akan diletakkan ke posisi pemulihan


Click to View FlipBook Version