The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PSVT6SK-NSK with cover try

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Teacher 123, 2021-09-17 04:27:12

NSK 3 Kak Sha

PSVT6SK-NSK with cover try

PROGRAM
 PENERBITAN,
 PENCETAKAN
 DAN
 
PEMBEKALAN
 BUKU
 TEKS
 TAHUN
 2021
 
KURIKULUM
 STANDARD
 SEKOLAH
 RENDAH
 
KSSR
 (SEMAKAN
 2017)
 UNTUK
 KEGUNAAN
 
MULAI
 TAHUN
 2022
 

NASKHAH SEDIA KAMERA
 (NSK)
 

PENDIDIKAN
 SENI
 VISUAL
TAHUN
 6
 SK
 
BUKU
 TEKS
 

20 - 24 SEPTEMBER 2021

PROGRAM
 PENERBITAN,
 PENCETAKAN
 DAN
 
PEMBEKALAN
 BUKU
 TEKS
 TAHUN
 2021
 
KURIKULUM
 STANDARD
 SEKOLAH
 RENDAH
 
KSSR
 (SEMAKAN
 2017)
 UNTUK
 KEGUNAAN
 
MULAI
 TAHUN
 2022
 

NASKHAH SEDIA KAMERA
 (NSK)
 

PENDIDIKAN
 SENI
 VISUAL
TAHUN
 6
 SK
 
BUKU
 TEKS
 

20 - 24 SEPTEMBER 2021

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017)

Pendidikan

TAHUN SEKOLAH KEBANGSAAN

PENULIS
Mohamad Hazzim bin Suahimi
Nursuhailah binti Mohamed Kassin

EDITOR
Ku Nurul Hidayah binti Ku Abdul Rahman

Ana Suhana binti Zainuddin

PEREKA BENTUK
Noor Nasriq Eqbal bin Ahmad Mijar

ILUSTRATOR
Muhammad Izzuan bin Idris

Dewan Bahasa dan Pustaka i
Kuala Lumpur
2021

No. Siri Buku: 0012 Penerbitan pakej buku teks ini melibatkan
kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan
KK dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak
ISBN yang terlibat:
• Jawatankuasa Penyemakan
Cetakan Pertama 2021
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 Pruf Muka Surat dan Naskhah Sedia Kamera,
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, • Pegawai-pegawai Bahagian Sumber dan
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Teknologi Pendidikan,
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang Kementerian Pendidikan Malaysia.
bentuk atau cara, baik dengan cara bahan • Pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan
elektronik, mekanik, penggambaran semula Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
mahupun dengan cara perakaman tanpa • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian • Jawatankuasa Pembaca Luar,
Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk Dewan Bahasa dan Pustaka.
kepada perkiraan royalti atau honorarium. • Jabatan Muzium Malaysia.

Diterbitkan untuk HAI!
Kementerian Pendidikan Malaysia oleh:
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian)
No. Faksimile: 03-21479643
Laman Web: http://www.dbp.gov.my

Reka letak dan Atur Huruf:
Reka Cetak Sdn. Bhd.

Muka Taip Teks: Azim
Saiz Muka Taip Teks: 13 Poin

Dicetak oleh:
Sinaran Bros Sdn. Bhd.,
No 1 & 3 Jalan 118C,
Desa Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.

Pendahuluan iv
Pengenalan Ikon vi
Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 1
Bahasa Seni Visual 2-3

Projek Seni Visual Penggal Satu 4-5
6-7
Folio Pendidikan Seni Visual 8-13
14-19
UNIT 1 Gambaran Minda 20-25
26-33
UNIT 2 Pembina Cilik 34-45
46-49
UNIT 3 Ilusi dan Realiti 50-55
56-61
UNIT 4 Cik Lebah dan Madu 62-67
68-75
UNIT 5 Si Cilik Koi 76-87
88-89
Projek Seni Visual Penggal Dua 90

UNIT 6 Inspirasi Corak Rekaan iii

UNIT 7 Celupan Kreatif

UNIT 8 Seni Kraf Warisan

UNIT 9 Wau Bulan Sirih Pinang

UNIT 10 Beg Batik Rekaanku

Buku Foto Seni

Glosari

Buku Teks Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) disediakan berpandukan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Seni Visual Tahun 6, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017. Buku teks ini memfokuskan kandungannya
melalui Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam DSKP yang menekankan aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang efektif.
Buku teks ini disediakan sebagai panduan murid untuk mencapai objektif Pendidikan
Seni Visual di samping membantu guru untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) yang lebih berkesan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang disediakan
dalam buku teks ini mengandungi Elemen Merentas Kurikulum (EMK), Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT), Kemahiran Abad Ke-21 dan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21).
Aktiviti dalam penulisan buku teks ini menjurus kepada pembinaan insan berliterasi
bahasa seni visual menerusi aktiviti eksplorasi seni, pengkaryaan, projek seni, pengumpulan
maklumat folio seni, pengurusan pameran dan pembudayaan seni secara individu dan
berkumpulan. Pelaksanaannya berdasarkan lima modul kurikulum, iaitu:

• Bahasa Seni Visual
• Kemahiran Seni Visual
• Kreativiti dan Inovasi Seni Visual
• Apresiasi Seni Visual
• Projek Seni Visual

Buku teks ini mengandungi sepuluh unit yang meliputi empat bidang dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual, iaitu menggambar; membuat corak dan rekaan; membentuk
dan membuat binaan; dan mengenal kraf tradisional. Aktiviti dan eksplorasi seni dilaksanakan
mengikut bidang Pendidikan Seni Visual yang memfokuskan bahasa seni visual, iaitu enam
unsur seni dan tujuh prinsip rekaan.
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi setiap sepuluh unit dalam buku teks ini
dibahagikan kepada dua penggal. Pada penggal pertama, murid didedahkan dengan cadangan
penghasilan folio Pendidikan Seni Visual. Pembelajaran dimulakan dengan aktiviti bidang
mengambar serta membentuk dan membuat binaan. Pada penggal kedua, murid membuat
aktiviti dalam bidang membuat corak dan rekaan serta mengenal kraf tradisional.


iv

Berikut ialah susunan unit mengikut penggal dan cadangan masa (PdP) bagi buku teks ini.

UNIT TAJUK MINGGU

PENGGAL 1 1
1
Folio Pendidikan Seni Visual 1
1
1 Gambaran Minda 2
5
2 Pembina Cilik 5

3 Ilusi dan Realiti 1
1
4 Cik Lebah dan Madu 1 EWAH!
2
5 Si Cilik Koi 5
1
Projek Seni Visual Penggal Satu 5

PENGGAL 2

6 Inspirasi Corak Rekaan

7 Celupan Kreatif

8 Seni Kraf Warisan

9 Wau Bulan Sirih Pinang

10 Beg Batik Rekaanku

Buku Foto Seni

Projek Seni Visual Penggal Dua

Setiap halaman dalam buku teks ini dilengkapi dengan label berwarna mengikut unit,
gambar, ilustrasi dan senarai aktiviti sebagai panduan kepada murid bagi pengumpulan maklumat
folio seni dan menambah kefahaman murid terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan. Bahan dan
cadangan dalam buku teks ini boleh dijadikan rujukan dan panduan guru dalam melaksanakan
PdP dan guru boleh membuat pengubahsuaian aktiviti berdasarkan kreativiti serta aras kecerdasan
dan keperluan murid.
Kandungan buku teks ini turut dipersembahkan melalui penggunaan ikon, kod Quick
Response (QR) dan Augmented Reality (AR) yang boleh diimbas melalui telefon pintar. Selari
dengan peredaran masa yang mesra teknologi, pendekatan sebegini dapat meningkatkan
kefahaman murid serta memberikan keseronokan semasa belajar. Bahan audio dan video
yang berbentuk digital dapat membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang lebih
cepat dan berkesan.
Penulis berharap penerbitan buku teks ini dapat membantu murid untuk lebih memahami
Pendidikan Seni Visual melalui pengalaman yang menarik dan menyeronokkan semasa
melakukan aktiviti. Di samping itu, buku teks ini dapat dijadikan panduan utama guru dalam
melaksanakan dan menjayakan PdP di dalam mahupun di luar kelas serta melahirkan murid
yang berdaya saing, kritis, kreatif dan inovatif selari dengan matlamat dan objektif Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

v

Nombor dan Subtajuk
tajuk unit

1.1.1 Nota Guru
1.1.2 (i,ii)
3.1.1 (i,ii) Cadangan aktiviti dan maklumat tambahan yang disediakan sebagai
panduan kepada guru untuk membimbing murid melaksanakan sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Nombor Standard
Pembelajaran

INFORMASI KBAT

Maklumat tambahan atau Soalan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) untuk
baharu yang menarik. merangsang pemikiran murid.

AWAS! AKTIVITI PAK-21

Peringatan tentang penjagaan Cadangan aktiviti pengajaran
kebersihan dan keselamatan.
dan pembelajaran.
IMBAS KEMBALI
IMBAS SAYA
Mengingat pembelajaran
yang pernah dipelajari. KOD QR

TIP Maklumat tambahan dalam

Panduan menjalankan aktiviti. bentuk video.

AUGMENTED REALITY (AR)

Maklumat tambahan dalam bentuk
2D dan 3D dengan memuat turun
aplikasi melalui kod QR yang
disediakan.

Play Store (Android)

vi

Terdapat beberapa cadangan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang
boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di dalam mahupun di luar kelas.

Main Peranan (Role Play)

Aktiviti dijalankan secara individu. Murid diberi masa dan tanggungjawab
memegang sesuatu peranan atau watak dalam persembahan.

Tanda Bicara (Talking Chips)

Aktiviti secara berkumpulan yang menggunakan sesuatu objek sebagai
penandaan bagi setiap ahli kumpulan untuk memberikan pendapat. Setiap
ahli kumpulan tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap
ahli dalam kumpulan diberi peluang untuk bercakap.

Jalan Galeri (Gallery Walk)

Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan
mempamerkan hasil kerja di dinding kelas. Kumpulan lain akan menilai
dan memberikan komen masing-masing secara penilaian kendiri.

Ulas Gilir (Rotating Review)

Aktiviti secara berkumpulan yang melibatkan perbincangan, catatan
maklumat tentang hasil kerja pada kertas sebak dan memaparkannya
kepada kumpulan lain. Setiap kumpulan bergerak secara bergilir-gilir
untuk menilai dan menambah baik hasil kerja tersebut.

Giliran Robin (Rally Robin)

Murid berinteraksi secara berpasangan dan cenderung kepada aktiviti
lisan. Murid memberikan respons tentang sesuatu isu atau persoalan
secara bergilir-gilir.

Bingkai Cermin (Windows Pane)

Guru melukis satu gambar pada carta atau papan putih. Murid dalam
kumpulan bergilir-gilir menyambung lukisan untuk menerangkan konsep
atau sesuatu perkara dengan lebih jelas.

1

BAHASA SENI VISUAL

Mari lihat bahasa seni visual
yang terdapat pada hasil karya.

Imbangan Ruang Kesatuan

Imbangan simetri Ruang nyata pada Kesatuan wujud melalui
pada bentuk wau komposisi ini gabungan bentuk dan jalinan
bulan yang sama
pada bahagian kiri menunjukkan kedudukan pada karya catan ini.
objek jauh dan dekat.
dan kanan.

Jalinan Warna Kontra

Ukiran motif timbul Warna sejuk dan Perbezaan bentuk
pada aksesori panas digunakan dan warna
dalam hasil karya
ini menimbulkan ikatan dan celupan mewujudkan kesan
jalinan sentuh. kontra pada pasu.
beg ini.

2

Penegasan wujud Kepelbagaian
pada kelopak bunga bahan dan teknik
raya yang berwarna
merah dan stigma diaplikasikan
dalam gubahan
yang menjalar.
karya ini.
Penegasan
Kepelbagaian

Garisan Rupa

Pelbagai jenis Olahan rupa geometri
garisan yang dan organik yang disusun
digunakan pada
karya lukisan ini. dalam hasil karya ini.

Bentuk Harmoni Ritma dan Pergerakan
Struktur pada arca ini dibina
Gabungan bentuk Harmoni dari segi
kon, kubus dan sfera rupa dan warna secara berulang-ulang
yang digunakan untuk yang terhasil pada mewujudkan kesan ritma
menghasilkan arca motif beg batik ini.
dan pergerakan.
stabail ini.
3
Bahasa seni visual
sangat penting dalam
menghasilkan sesuatu

karya seni.

PROJEK SENI VISUAL PENGGAL SATU

Sepanjang penggal satu ini, kamu akan menghasilkan beberapa aktiviti dan karya
berdasarkan bahasa seni visual dalam Pendidikan Seni Visual, iaitu unsur seni dan
prinsip rekaan. Seterusnya, kamu akan mempelajari dua bidang utama dalam
Pendidikan Seni Visual, iaitu menggambar serta membuat corak dan rekaan. Pameran
boleh dilaksanakan secara berskala kecil di kawasan sekolah seperti di dalam kelas.

Sebelum Pameran

1 Lantik ahli jawatankuasa pameran dan buat perbincangan secara berkumpulan.
2 Tentukan tema pameran yang sesuai.
3 Pilih dan tentukan lokasi pameran.
4 Kumpul hasil karya penerokaan, bahan dan maklumat yang telah kamu buat

sepanjang penggal satu dalam folio seni.
5 Susun atur karya mengikut bidang gabungan.
6 Hasilkan bahan promosi pameran seperti

poster, brosur atau gegantung untuk
mempromosikan pameran seni visual
melalui hebahan lisan atau hebahan digital.
7 Sediakan label dan buat kemasan karya
bagi bidang menggambar dengan
menyediakan bingkai pada setiap karya
yang telah dipilih.

Penyediaan bingkai Nama:
4 Tajuk:
Media:
Saiz:
Tahun:

Penyediaan label

Semasa Pameran

1. Semua ahli jawatankuasa pameran harus mengetahui bidang tugas masing-masing
supaya pameran berjalan lancar dan teratur mengikut jadual yang disediakan.

22. Murid perlu mengaplikasikan kemahiran, mencerakin
bahasa seni visual, menceritakan sumber idea
rekaan dan menilai hasil karya seni.

3. Pastikan hasil karya kamu dapat dilihat dengan jelas
oleh pengunjung.

44. Proses apresiasi seni berlaku secara berdialog dan
kamu perlu memberikan penerangan tentang hasil
karya yang dipamerkan kepada para pengunjung.

Selepas Pameran

1. Ahli jawatankuasa yang bertugas perlu menyimpan karya seni kembali.
2. Ahli jawatankuasa kebersihan perlu bertindak supaya tempat yang digunakan

sentiasa bersih dan kemas.
3. Semua ahli jawatankuasa harus membuat perbincangan kecil tentang kelebihan,

kelemahan serta penambahbaikan dalam pameran yang telah dijalankan
supaya projek penggal kedua dapat ditambah baik.

44. Semua ahli harus mengetahui proses
penyimpanan hasil karya supaya selamat
dan terpelihara dengan menggunakan
semburan pemati warna, plastik lutsinar
bagi karya menggambar, fail berlabel
dan kotak berlabel supaya memudahkan
proses penyimpanan dan karya akan
tahan lebih lama.

NOTA GURU

• Bimbing murid menjalankan proses persediaan sebelum, semasa dan selepas pameran

seni visual berdasarkan perancangan yang telah dibuat supaya dapat berjalan lancar.

• Bimbing murid membuat promosi pameran seni dengan menggunakan teknologi dan
5.1.1 aplikasi digital.
5.1.2 • Bimbing murid untuk menceritakan karya sendiri dan memberikan pendapat tentang
5.1.3 karya rakan lain semasa pameran seni visual.
5.1.4
5.1.5 EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Jalan Galeri (Gallery Walk) 5

FOLIO PENDIDIKAN SENI visual

Sebelum memulakan pembelajaran, kamu perlu menghasilkan sebuah folio Pendidikan
Seni Visual dengan menggunakan kad manila. Semua bahan seperti maklumat
bahasa seni visual dan hasil penerokaan perlu disimpan di dalam folio ini. Kamu boleh
menyediakan folio seni visual seperti cadangan ini.

Kad manila

5cm

35cm

2cm 2cm

30cm

54cm Cadangan ukuran folio

1

Ukur dan lakarkan saiz folio
berdasarkan ukuran di atas
pada kad manila. Pastikan
ukuran penutup dan bahagian
tepi diambil kira.

2

Gunting lakaran
garisan yang telah
dibuat secara kemas.

Hasil kad manila yang telah digunting 3
mengikut cadangan ukuran.
Gunting secara serong
pada bahagian atas kad
manila sebagai penutup
folio seni.

6

4

Hadapan Lipat kad manila ke dalam 5
mengikut garisan yang
telah ditanda. Cantumkan bahagian kiri
dan kanan kad manila
Belakang dengan gam atau pita
pelekat dua muka.

6

Tulis nama, tahun dan tajuk
folio seni kamu. Tampalkan
di hadapan folio seni.

7

Kumpulkan semua bahan
dan hasil penerokaan seni
yang dibuat sepanjang
pembelajaran Pendidikan Seni
Visual di dalam folio seni kamu.
Tampalkan hasil penerokaan
di dalam buku lakaran kamu
dengan kemasnya.

IMBAS SAYA

Contoh
dokumentasi
lain

NOTA GURU

• Bimbing murid menghasilkan folio seni secara kreatif dengan menggunakan pelbagai

bahan yang sesuai.

• Bimbing murid mengumpulkan maklumat dan bahan penerokaan di dalam folio seni

3.1.1 secara baik dan kemas.
(i, ii) • Ingatkan murid supaya merujuk maklumat dan bahan penerokaan semula semasa

menghasilkan karya gabungan.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 7

GAMBARAN MINDA

KAMPUNGKU

Mari kita lihat bahasa seni visual yang terdapat dalam karya ini dengan
penerokaan media kering yang berbeza.

Kontra dari segi warna dapat diwujudkan Terdapat jalinan tampak pada
melalui penggunaan warna jingga pada karya ini melalui lakaran duri
pokok kaktus dalam hasil karya. halus pada pokok kaktus.

Kepelbagaian
dapat ditimbulkan
pada unsur
bentuk dan jenis
garisan yang
digunakan
dalam karya.

Objek pokok Garisan halus wujud
kaktus yang dalam karya melalui
mempunyai teknik lukisan
struktur dan silang pangkah.
bayang
mewujudkan
bentuk ilusi.

Ruang wujud pada karya ini apabila
berlakunya pertindihan antara
beberapa objek.

INFORMASI
Garisan boleh berfungsi sebagai
suatu tafsiran. Contohnya, garisan
tegak pada menara Kuala Lumpur
menunjukkan kekukuhan, kestabilan
dan keteguhan.

8

Catan merupakan hasil seni pada permukaan kertas atau kanvas yang
menggunakan cat air, cat poster dan cat minyak. Catan ialah hasil menggambar
dalam bentuk dua dimensi.

Ruang Harmoni
Karya ini menunjukkan tiga bahagian ruang Penggunaan warna sejuk pada latar
illusi, iaitu ruang hadapan, ruang tengah dan belakang yang bergunung-ganang
ruang belakang. Objek yang dekat seperti memberikan kesan ketenangan dan
motosikal di ruang hadapan. harmoni pada karya.

Ruang
belakang

Ruang
tengah

Ruang
hadapan

Garisan paksi

Imbangan Bentuk
Kedudukan motosikal serta beberapa objek Kesan ton warna yang cerah dan
lain lebih berat pada bahagian kanan dan gelap serta penghasilan bayang dapat
memberikan kesan imbangan tidak simetri menimbulkan bentuk ilusi pada hasil karya.
pada hasil karya.

Kawan-kawan, apakah bahasa seni visual lain IMBAS SAYA
yang boleh kamu cerakinkan dalam karya ini?
Kamu boleh menggunakan borang cerakin yang Borang cerakin
bahasa seni visual
telah disediakan dalam kod QR.

NOTA GURU

1.1.1 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual.
1.1.2
(i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya
1.1.3 (i)
dalam bidang menggambar.

• Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya

seni visual. 9

EMK: Bahasa : Menganalisis PAK-21: Ulas Gilir (Rotating Review)

ALAT TULIS SAYA

Mari hasilkan lukisan alat tulis kamu melalui penerokaan bahasa seni visual
dengan pelbagai media.

Buat lakaran pelbagai rupa dan bentuk alat-alat tulis kamu
secara peniruan (imitasi) dengan media yang berbeza.

Lakarkan pelbagai jenis garisan bagi
menimbulkan kesan jalinan pada
objek yang telah kamu lukis.

Teknik silang pangkah
Garisan menegak

Teknik garisan selari
Garisan selari

Lorek objek dengan membuat garisan pada
ruang yang sesuai untuk mendapatkan
kesan yang berbeza.

Hasil karya lain yang
menggunakan pelbagai jenis
media dan teknik. Kumpul hasil
lukisan kamu di dalam folio seni.

10

INFORMASI
Datuk Mohammad Nor bin Mohammad
Khalid yang dikenali sebagai Lat
merupakan seorang kartunis Malaysia
yang terkenal. Karya beliau, Kampung Boy
(1979) yang telah dibukukan menerapkan
unsur garisan dalam lukisannya.

Teknik garisan kontur dapat
menimbulkan bentuk dengan
lebih jelas dan berstruktur.

Teknik kontur
Bentuk silinder

Kesan penggunaan
pen penanda akan
menghasilkan
garisan tebal
yang dapat
menimbulkan rupa
positif pada karya.

Kepelbagaian dari segi garisan
wujud dalam karya dengan
melakarkan pelbagai garisan
bagi menimbulkan jalinan dan
rupa tertentu pada hasil karya.

Garisan zig-zag Garisan melengkung

NOTA GURU

• Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual

melalui lakaran.

• Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual berdasarkan hasil karya.

2.1.1 • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam folio seni.

2.1.2

(i, ii) 11

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi Kemahiran Abad Ke-21:

Mahir Berkomunikasi

TINGKAP DAMAI

Mari kita teroka pelbagai media melalui teknik lukisan dengan menggunakan
tetingkap fokus. Garisan perspektif akan memberikan kesan ruang pada
penghasilan karya dua dimensi.

Cari gambar pemandangan pada Lakarkan pemandangan yang
bahan bercetak dan letakkan mempunyai pembahagian ruang
tetingkap fokus pada imej tersebut. dengan menggunakan tetingkap fokus.

Kedudukan objek yang

bertindih mewujudkan kesan Kedudukan ruang
ruang. Hasil lorekan lebih jelas di belakang dikenali
pada objek di hadapan untuk sebagai ruang
mendapatkan jalinan tampak. dalam. Warna

yang lebih gelap

Pen dapat menimbulkan

kedalaman ruang.

Garisan tebal dan halus Pen penanda
dapat menjelaskan jarak
dan saiz di antara objek.

Pensel warna Lorek imej dengan Pensel
pelbagai media kering
TIP untuk mendapatkan
bentuk yang berbeza.
Kamu juga boleh merakamkan gambar Olahan garisan dapat
di kawasan sekolah sebagai rujukan mewujudkan bentuk ilusi
untuk menghasilkan lukisan. pada hasil karya.

INFORMASI IMBAS SAYA

Tetingkap fokus berfungsi untuk memfokuskan Penghasilan
sesuatu objek tertentu untuk dilukis di persekitaran tetingkap
atau di kawasan lapang. fokus

12

Alat dan bahan

Bahan
cetak
bergambar

Kertas
lukisan

Tetingkap
fokus

Pensel

Pen
penanda

Pensel
warna

INFORMASI Pen
• Ruang dalam merupakan ruang ilusi
Kamu boleh
yang kelihatan jauh dan luas pada menggabungkan hasil
permukaan dua dimensi. karya menggambar
• Garisan perspektif dapat memperlihatkan
ruang jauh dan dekat. dengan bidang
membentuk dan
membuat binaan
seperti menghasilkan
muka hadapan buku.

NOTA GURU

• Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual

melalui lakaran.

• Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya
2.1.1 gabungan.
2.1.2 • Bimbing murid membuat tetingkap fokus sebelum aktiviti penerokaan dijalankan.
(i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam folio seni.
2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi 13
: Mengaplikasi PAK-21: Bingkai Cermin

(Windows Pane)

PEMBINA CILIK

DUNIA GEMILANG

Mari kita lihat bahasa seni visual dalam penghasilan karya tiga dimensi yang
berbentuk konkrit, dapat disentuh dan dilihat dari pelbagai sudut.

Arca ini berbentuk hati Penggunaan warna merah Penegasan wujud
yang bersifat tiga dimensi, pada arca menimbulkan kontra pada karya kerana
mengandungi ketinggian, dengan persekitaran dan dapat arca yang dibina
menarik perhatian pengunjung. di kawasan lapang.
lebar dan kedalaman.

Arca ini dibina
dalam imbangan

tidak simetri
pada bentuknya

yang masih
menampakkan
keteguhan dan

kestabilan.

Karya tiga dimensi
ini mempunyai
ciri-ciri nyata dan
menampakkan
nilai estetik.

INFORMASI
Estetik ialah keindahan dan kecantikan yang
terdapat pada sesuatu hasil karya seni.

Bincangkan bahasa seni visual
yang terdapat pada contoh
karya atau binaan lain.

Kamu boleh menggunakan IMBAS SAYA
borang cerakin yang telah
disediakan dalam kod QR.

Borang cerakin
bahasa seni visual

14

Arca asemblaj merupakan hasil cantuman pelbagai bahan dan media.
Bahan yang dipilih akan dicantumkan untuk mewujudkan kesatuan dalam
penghasilan arca.

Jalinan Kontra

Pelbagai bahan cantuman seperti Kontra wujud dengan penggunaan
besi, logam dan plastik terpakai warna merah pada badan arca

digunakan dalam karya ini. yang dapat menarik perhatian dan
Kepelbagaian jalinan sentuh wujud mengelakkan kebosanan.
seperti jalinan kasar dan bergerigi.

Harmoni Bentuk

Harmoni dari segi bentuk Penggunaan bentuk
dan ruang wujud dalam konkrit seperti silinder,
karya ini melalui olahan
segi empat dan
susun atur pelbagai bulatan diolah dalam
bahan dari kaki hingga pelbagai komposisi.
Bentuk tangan arca
kepala arca. memberikan makna
dan menjadi titik fokus

bagi karya ini.

1.1.1 NOTA GURU
1.1.2 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual.
(i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya
1.1.3 (iii)
dalam bidang membentuk dan membuat binaan.
• Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya

seni visual.

EMK: Nilai Murni : Menganalisis PAK-21: Giliran Robin 15
(Rally Robin)

BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH

Mari bina karya arca stabail secara kreatif. Kamu boleh meneroka bahasa
seni visual seperti bentuk, imbangan dan kesatuan untuk memberikan
keteguhan pada hasil karya.

Media: Bod impra AWAS!

1 Berhati-hati semasa
Lakarkan rupa bulat dan memotong kepingan bod
potong bod impra kepada untuk membuat tanggam.
beberapa bahagian kecil.

2

Potong sebahagian keratan
rentasnya sebagai tanggam untuk
disambungkan antara satu sama lain.

3

Cantumkan bahagian tanggam untuk membina arca
stabail. Aplikasikan prinsip imbangan dan unsur bentuk
semasa menghasilkan arca stabail.

Media: Bod busa

Kamu boleh menggunakan bahan lain seperti bod busa untuk membentuk arca stabail.

16

INFORMASI
Tanggam ialah sambungan kayu yang
bertakuk-takuk supaya rapat dan teguh.

4

Pastikan cantuman tanggam dibuat dengan kemas. Bina reka bentuk arca bermula
dari tapak yang lebih luas dan besar supaya arca seimbang dan kukuh.

Contoh karya 1 Imbangan perlu
dititikberatkan
supaya binaan yang
dihasilkan lebih
stabil dan kukuh.

Contoh karya 2

Kesatuan dapat
dilihat pada
hasil karya dari
segi warna dan
gabungan bentuk
yang tersusun.

Contoh karya 3 Contoh karya 4

NOTA GURU

• Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual

melalui binaan.

• Bimbing murid membuat potongan bentuk sebelum aktiviti penerokaan dijalankan.

2.1.1 • Bersoal jawab dengan murid tentang bentuk dan imbangan pada hasil karya.

2.1.2 • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam folio seni.

(i, ii) : Mengaplikasi Kemahiran Abad ke-21: Pemikir 17
EMK: Kreativiti dan Inovasi

KOTAK KEJUTAN

Mari kita teroka pelbagai media bagi menghasilkan sebuah binaan yang kukuh
dan berfungsi.

1 2

Kumpulkan kotak kecil pelbagai Buka bahagian kotak satu persatu dan amati lipatannya
bentuk dan saiz. dengan teliti. Jadikan bukaan kotak sebagai templat dan
tampalkan pada kertas lukisan sebagai maklumat rujukan.

Kotak hadiah Kertas lukisan

Kotak piza Kad manila

Kad bercorak

Kotak makanan
18

Mari kita teroka penghasilan bentuk kotak yang Alat dan bahan
lebih kreatif dengan pelbagai alat dan bahan. Kamu
perlu meneliti bentuk, ruang dan imbangan semasa Kertas
lukisan
menghasilkan kotak.

3 Kad
manila
Lakarkan rupa kotak pada kertas
lukisan. Kemudian, gunting kertas Gunting

dan bentukkannya.

Hasil karya ini merupakan Pensel
bentuk konkrit yang nyata dan
dapat dilihat dari pelbagai arah. Pelbagai
jenis
kad

Ruang terhasil daripada Gam
perbezaan jarak dan kedalaman
yang terdapat pada hasil karya.

Hasil karya ini boleh digabungkan
dengan bidang mengambar atau
membuat corak pada permukaan
luar kotak.

NOTA GURU

• Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual

melalui binaan.

• Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya gabungan.

2.1.1 • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti jenis bentuk dan imbangan pada hasil
2.1.2 karya.
(i, ii) • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam folio seni.

2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Tanda Bicara 19

(Talking Chips)

ILUSI DAN REALITI

REALITI ALAM

Mari kenal pasti bahasa seni visual yang terdapat pada alam
semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual.

Ruang tamu ini merupakan ruang tertutup kerana
kawasannya sempit dan terhad. Kepelbagaian
wujud pada susun atur perabotnya.

Pemandangan taman bunga yang
luas dan lapang merupakan ruang
terbuka. Penegasan wujud pada
bunga yang berwarna merah.

Terdapat pelbagai jenis garisan pada karya lukisan
ini. Kesan garisan yang dilukis secara rapat akan
mewujudkan bentuk ilusi. Kedudukan dua objek
yang saling bertindih dan mempunyai bayang akan
menimbulkan kesan bentuk dan ruang antara objek.

INFORMASI
Bentuk ilusi bersifat dua dimensi yang digambarkan
melalui ilustrasi, gambar foto, catan atau poster.
20

Lukisan merupakan antara aktiviti menggambar yang menghasilkan imej
dengan menggunakan media kering seperti pensel, pensel warna, pen penanda
dan oil pastel.

Ruang Penegasan

Kedudukan dua Penegasan wujud
ekor burung pada bentuk dan

kakak tua dengan warna burung
gambaran kakak tua yang
berwarna merah
suasana hutan
memperlihatkan dan dapat
menarik perhatian
jarak ruang berbanding dengan
hadapan dan
ruang belakang. objek lain.

Warna Kepelbagaian

Penggunaan warna Kepelbagaian
sejuk, iaitu biru dan wujud melalui
hijau memberikan olahan pelbagai
rasa damai. Warna jenis garisan, rupa
panas, iaitu merah dan jalinan tampak.
pada burung kakak Panorama yang
tua mengelakkan menenangkan
kebosanan dalam melalui bentuk

karya ini. objek flora
dan fauna.

IMBAS SAYA

Cerakinkan bahasa seni visual Borang cerakin
menggunakan borang cerakin yang bahasa seni
visual
telah disediakan dalam kod QR.

1.1.1 NOTA GURU
1.1.2 • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual.
(i, ii) • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya
1.1.3 (i)
dalam bidang menggambar.
• Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya

seni visual.

EMK: Bahasa : Menganalisis PAK-21: Bingkai Cermin 21
(Windows Pane)

LIHAT DAN SENTUH

Mari teroka media, teknik dan bahasa seni visual dalam menghasilkan
karya seni.

Teknik Capan Bahan

Pembalut gelembung

Cat air

Teknik Kolaj Bahan

Kacang hijau

TIP Daun plastik

Kamu juga boleh menggunakan Jalinan sentuh terhasil melalui
teknik gosokan dan cetakan teknik kolaj yang menggunakan
untuk menghasilkan kesan
jalinan tampak. tampalan bahan alam
semula jadi dalam karya.
22

Teknik Montaj Bahan

Gambar bercetak

Teknik Lukisan Bahan

Pen warna

Teknik capan dan Kepelbagaian teknik Senaraikan bahan serta
teknik lukisan dan bahan dalam jalinan yang terdapat
menggunakan menghasilkan karya di sekeliling kamu.
garisan silang dapat menimbulkan
pangkah dapat daya tarikan dan
mewujudkan variasi.
mewujudkan jalinan
tampak pada karya.

NOTA GURU

• Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui

aktiviti menggambar.

• Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada karya.

2.1.1 • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam folio seni.

2.1.2

(i, ii) EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi Kemahiran Abad Ke-21: 23

Bersifat Ingin Tahu

KAKTUS KHATULISTIWA

Mari kita lakukan penerokaan dengan pelbagai media dan bahasa seni visual
untuk menghasilkan komposisi karya melalui pelbagai teknik.

Cari gambar C
pasu yang besar

1 daripada sumber
Internet dan cetak.
Gunting dan tampal
pada kertas lukisan
dengan kemasnya.

AB

DE

2 Teknik lipat dan gunting digunakan dalam membentuk pokok
kaktus dengan kertas warna mengikut kreativiti kamu.

Gunting imej pokok kaktus.
Susun pokok kaktus pada

3 gambar pasu dengan
menerapkan unsur ruang
yang harmoni dalam karya
dengan teknik montaj.

Penggunaan bentuk, jalinan dan warna yang disusun secara
seragam menimbulkan harmoni dan memberikan ketenangan.
24

A B C Alat dan bahan

Kertas
lukisan

4 Teknik kolaj pada kain felt bagi membentuk Bahan
pokok kaktus yang mempunyai jalinan sentuh. gambar
bercetak

A B C Kertas

warna

Teknik lukisan diaplikasikan dengan melukis Kain felt

5 gambar pokok kaktus menggunakan Gunting
pensel warna. Garisan yang dibuat akan
menimbulkan kesan jalinan yang harmoni. Gam
Pensel
Pemilihan bentuk pokok warna
kaktus yang pelbagai
mewujudkan kesatuan
dalam gubahan karya.

Kamu boleh menggabungkan
hasil karya ini dengan

membentuk dan membuat
binaan seperti kad ucapan

dan buku nota.

NOTA GURU

• Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui

aktiviti menggambar.

• Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya gabungan.

2.1.1 • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada karya.
2.1.2 • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam folio seni.

(i, ii)

2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Giliran Robin 25
(Rally Robin)

CIK LEBAH DAN MADU

Mari hasilkan kotak yang Produk: Kotak makanan
menggabungkan bidang Fungsi: Pembungkusan
menggambar dengan membentuk Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D)
dan membuat binaan. Media: Kad manila, pen penanda
dan pen teknikal
A. PERKEMBANGAN IDEA Teknik dan proses: Lukisan, lipatan
dan cantuman
Kemasan: Ikatan reben

Pemilihan Hal Benda
Pemilihan hal benda bertemakan serangga.

Pepatung Lebah
(hal benda yang dipilih)

Kupu-kupu Kumbang

Ayuh, kita lihat badan lebah dan
buat lakaran idea!

Lakaran Idea Hal Benda

Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi
26

KARYA GABUNGAN

Lakaran Perkembangan Idea

Olahan 1 Olahan 3

Olahan 2 Olahan 4

Olahan idea badan lebah

Pertemuan antara permulaan dengan penghujung
garisan akan menghasilkan rupa. Olahan rupa yang

berulang boleh menghasilkan corak.

Olahan 1

Olahan 3 Olahan 5

Olahan 2 Olahan 4

Olahan idea sarang lebah

3.2.1 NOTA GURU
(i, ii, iii, iv) • Bimbing murid memilih contoh hal benda yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka.
• Bimbing murid membuat lakaran idea berdasarkan pemilihan hal benda.
• Bimbing murid mengolah idea untuk mempermudah proses lakaran hal benda.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 27

Bersifat Ingin Tahu

KARYA GABUNGAN

Lakaran Idea Reka Letak

Reka letak 1 Reka letak 2 Reka letak 3
Kajian Warna (reka letak yang dipilih)

Warna 1 Warna 2 Warna 3
28 (warna yang dipilih)

KARYA GABUNGAN

Penjanaan Idea
Sumber idea untuk penentuan rekaan produk.

Kotak 1 Kotak 2 Kotak 3
(rekaan yang dipilih)
Lakaran templat hamparan kotak.
Cantuman
Bahagian tapak

Bahagian hadapan

Lakaran kotak IMBAS SAYA
Penentuan Bahan
Templat
hamparan
kotak

Templat kotak bersaiz A3 Penghasilan karya yang
menggabungkan rekaan
Kad manila kotak dengan lukisan lebah
Pen penanda
Pen teknikal pelbagai saiz dan sarangnya.

Pen warna

3.2.1 NOTA GURU
(i, ii, iii, • Bimbing murid memillih jenis kotak dan membuat lakaran hamparan kotak.
iv, v) • Bimbing murid menentukan bahan yang akan digunakan untuk penghasilan karya.
• Minta murid merujuk hasil eksplorasi bentuk kotak pada pembelajaran lepas.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 29

Pemikir

KARYA GABUNGAN

B. PENGHASILAN KARYA
Mari hasilkan kotak berdasarkan lakaran idea yang telah dibuat.

Lakarkan hamparan kotak 1
berdasarkan templat pada
kad manila bersaiz A3.

Lukis motif lebah dengan

2 pensel berdasarkan lakaran
reka letak yang telah dipilih.

Coret pelbagai jenis garisan
pada rupa motif lebah

3 dengan pen teknikal. Pelbagai
garisan akan menimbulkan
jalinan tampak.

Buat garisan beralun, tebal, 4
sendeng, silang pangkah dan
titik-titik pada motif sarang
lebah dengan pen warna.

Warnakan bahagian

5 lelehan madu dengan
pen warna berdasarkan
warna yang telah dipilih.

AWAS! Warnakan latar belakang

Pastikan kamu 6 dengan pen penanda
menjaga kebersihan seara teliti dan kemas.
dan menggunakan
media dengan
baiknya semasa
menghasilkan karya.

30

KARYA GABUNGAN

Alat dan bahan

Templat
kotak

7 Potong hasil karya mengikut 8 Lipat bahagian sisi dan kenal Kad
lakaran yang telah dbuat. pasti bahagian yang ingin manila
dicantumkan berdasarkan
lakaran templat. Pensel
Pen
9 Tampalkan bahagian cantuman dan buat penanda
lipatan untuk menghasilkan kotak.
Pen
TIP teknikal

Selain gam, kamu juga Pen
boleh menggunakan berwarna
pita pelekat untuk
mencantumkan hasil
karya kamu.

Gam

Hasil kotak yang telah siap. Gunting

Hias kotak Reben

10 dengan ikatan
reben sebagai
kemasan karya.

Tahniah, kotak hasil karya gabungan
menggambar dengan membentuk dan

membuat binaan telah siap!

3.2.2 NOTA GURU
(i, ii, iii, • Bimbing murid menghasilkan karya kotak berdasarkan lakaran idea yang telah dipilih.
vi, vi) • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai untuk penghasilan karya.
• Bimbing murid mengamalkan disiplin dan nilai murni semasa berkarya.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Ulas Gilir 31
(Rotating Review)

KARYA GABUNGAN

C. PENGHASILAN GAMBAR KARYA

1 Rakamkan gambar hasil karya
menggunakan kamera digital.

TIP

Selain kamera digital, kamu boleh
menggunakan kamera telefon
pintar untuk merakamkan gambar.

2 Cetak gambar foto hasil karya
pada kertas A4.

3 Bingkaikan gambar foto yang telah
dicetak dengan menampalkannya
pada kad keras.

4 Pamerkan gambar foto
yang telah dibingkaikan
bersama-sama hasil
karya kamu.

32

KARYA GABUNGAN

D. APRESIASI SENI

Mari kita jalankan sesi apresiasi berdasarkan hasil karya kamu
bersama-sama rakan.

Karya ini menggabungkan bidang Baiklah, murid-murid. Hasil karya ini sangat kreatif
menggambar dengan membentuk dan menarik. Kongsi dengan cikgu dan rakan-rakan,
apakah bahasa seni visual, media, teknik dan proses
dan membuat binaan.
semasa menghasilkan karya kotak ini?

Teknik lukisan, lipatan dan cantuman
digunakan dalam penghasilan karya kotak ini.

Karya ini mempunyai
nilai gunaan dan

boleh dijadikan kotak
pembungkusan madu.

Pelbagai jenis media kering seperti pensel,
pen penanda, pen teknikal dan pen warna
digunakan untuk menghasilkan karya ini.

Karya ini mengandungi prinsip kesatuan yang
dapat dilihat melalui gabungan rupa organik
dan pengulangan susunan rupa geometri.

NOTA GURU
• Bimbing murid merakamkan gambar foto dan mencetak gambar hasil karya untuk

3.2.3 pameran.
4.1.1
(i, ii, iii, • Bimbing murid membuat apresiasi seni menggunakan bahasa seni visual, teknik dan
iv, v)
proses penghasilan karya.

EMK: Teknologi Maklumat dan : Menilai PAK-21: Jalan Galeri 33

Komunikasi (Gallery Walk)

SI CILIK KOI

Mari hasilkan karya arca yang Produk: Arca stabail (berfungsi)
menggabungkan bidang Fungsi: Alat permainan
menggambar dengan membentuk Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D)
dan membuat binaan. Media: Kadbod, penggulung tisu,
cat poster dan pistol perekat panas
A. PERKEMBANGAN IDEA Teknik dan Proses: Binaan, cantuman
Pemilihan Hal Benda dan catan
Pemilihan hal benda bertemakan fauna. Kemasan: Semburan pengilat

Ikan emas

Ikan arowana

Ikan Koi
(hal benda yang

dipilih)

Ikan laga

Mari kita lihat struktur ikan Koi bagi
menghasilkan karya seni ini.

Lakaran Idea Hal Benda

INFORMASI Ekor
Ikan Koi atau nama Sirip
saintifiknya Cyprinus
carpio dianggap Kepala
ikan yang istimewa
kerana mempunyai Sisik
corak yang menarik Insang
pada badannya.

34

KARYA GABUNGAN

Lakaran Perkembangan Idea

Pandangan Pandangan sisi Pandangan sisi Pandangan
atas belakang

Penentuan Media dan Bahan

Badan ikan daripada botol minuman. Lipatan kertas origami yang
Sirip dan ekor daripada kad manila. membentuk ikan Koi.

Penggunaan modelling clay Cantuman penggulung tisu dan kulit telur
untuk mendapatkan bentuk ikan untuk membentuk badan dan kepala ikan.
Koi yang bersifat tiga dimensi.
(penentuan bahan yang dipilih)

3.2.1 NOTA GURU
(i, ii, iii, iv) • Bimbing murid menghasilkan lakaran idea dan reka bentuk dalam proses menghasilkan

karya gabungan.
• Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik semasa menghasilkan karya gabungan.
• Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang diaplikasikan dalam

lakaran idea dan reka bentuk.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 35

KARYA GABUNGAN

Lakaran Reka Bentuk Ikan

Kad busa sebagai
sirip dan ekor.

Manik sebagai
jalinan pada
badan ikan.

Lakaran Reka Bentuk Tapak Arca

Bahagian tapak Permukaan rata untuk Penutup botol Pemusing roda untuk
menggunakan aktiviti menggambar sebagai roda untuk menggerakkan roda
bahan yang lebih menggerakkan lidi
berat, kukuh (catan). pada arca stabail
arca stabail. dengan mudah.
dan rata.

Kadbod Bahagian belakang

Bahagian hadapan
Lakaran Idea Catan

Lakaran idea 1 Lakaran idea 2 Lakaran idea 3
36 (lakaran idea
yang dipilih)

KARYA GABUNGAN

Lakaran Reka Bentuk Akhir
Susun atur batu dan cangkerang.

Susun atur 1 Susun atur 2
Kajian Warna (susun atur yang dipilih)

Lakaran reka
bentuk akhir

Warna 1 Warna 2 Warna 3
(warna yang dipilih)

3.2.1 NOTA GURU
(ii, iii, iv, v) • Bimbing murid menghasilkan lakaran idea dan reka bentuk berdasarkan sumber idea.
• Bimbing murid mengeksplorasi media dan bahan semasa menghasilkan karya gabungan.
• Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang diaplikasikan dalam

lakaran idea dan kajian warna.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 37

KARYA GABUNGAN

B. PENGHASILAN KARYA
Proses Membina Tapak Arca Stabail

1 Potong kadbod menjadi empat bukaan

untuk dijadikan tapak arca. Kadbod
akan dicantumkan menjadi kotak
separa terbuka.

Tebuk dan cantumkan penutup botol

2 pertama dengan lidi untuk dijadikan
roda 1. Kemudian, lekatkan lidi pada
penutup botol kedua sebagai roda 2.

Roda 1

AWAS!

Berhati-hati semasa menebuk penutup botol

dan menggunakan pistol perekat panas.

Roda 2

3
Tebuk lubang pada sisi kotak secara selari.
Masukkan roda 1 pada lubang sisi kotak dan pastikan
kedudukannya di tengah-tengah kotak.

Cantumkan bukaan kadbod dengan pistol

4 perekat panas untuk menghasilkan kotak
separa terbuka.
38

KARYA GABUNGAN

Alat dan bahan

5 Tebuk dan tampalkan penyedut minuman Penutup
pada bahagian atas kotak sebagai paksi botol air
untuk memasukkan lidi roda 2.
5 liter

6 Selaraskan roda 1 supaya bersentuhan Roda 2 Kadbod
dengan roda 2 pada bahagian atas. Roda 1
Kedudukan ini akan menghasilkan daya Lidi
untuk menggerakkan arca ikan Koi tebal
dengan lancarnya.
Pistol
7 Lekatkan modelling clay sebagai perekat
pengunci bagi mengawal pergerakan panas
lidi roda 1. Buat pemusing roda untuk
memudahkan proses pergerakan arca ini. Gunting

Modelling
clay

Penyedut
minuman
kertas

Hasil tapak arca stabail

3.2.2 NOTA GURU
(i, ii, iii, • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai semasa menghasilkan
vi, vi)
karya gabungan.
• Utamakan aspek keselamatan dan bimbing murid menggunakan alat pistol perekat

panas yang betul. Selain itu, bahan lain seperti gam kuat juga boleh digunakan untuk
menghasilkan tapak arca stabail.
• Bersoal jawab dengan murid tentang prinsip imbangan dalam menghasilkan kotak dan
roda bagi menggerakkan arca stabail.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad ke-21: 39

Bersifat Ingin Tahu

KARYA GABUNGAN

Proses Menghasilkan Catan pada Tapak Arca Stabail

1 2

Warnakan sekeliling kotak dengan cat Lakarkan latar belakang keseluruhan
poster putih untuk lapisan pertama. kotak berdasarkan lakaran idea
catan yang telah dipilih.

3 Warnakan latar belakang dengan ton
warna yang lebih gelap di hadapan dan
terang di belakang untuk mewujudkan
unsur ruang jauh dan dekat.

4

Lukis rupa objek berdasarkan lakaran idea catan yang telah dipilih. Kemudian, warnakan
rupa objek dengan menitikberatkan penggunaan ton warna bagi mewujudkan kesan
visual dua dimensi pada karya.

40

KARYA GABUNGAN

6 Tebuk lubang di bahagian tapak Alat dan bahan
cawan kertas dan masukkannya
pada penyedut minuman Pensel
sebagai tapak ikan.
Cat
poster

5 Berus
warna
Tampalkan kad busa pada
bahagian atas kotak sebagai
kemasan pada tapak arca.

Sebagai kemasan, sembur 7 Palet
karya dengan penyembur
pengilat supaya karya tahan 8 Tampalkan cangkerang dan Kad
lebih lama dan tidak pudar. batu hiasan pada permukaan busa
kotak supaya lebih kemas
dan menarik.

Gam
kuat

Cawan
kertas

AWAS! Penyembur
pengilat
Pastikan kamu
menjaga kebersihan Hasil catan pada Bahan
dengan mengalas tapak arca stabail. hiasan
tapak arca sebelum
mewarna dan
membuat semburan.

3.2.2 NOTA GURU
(i, ii, iii, vi, • Bimbing murid membuat catan tapak arca stabail berdasarkan lakaran idea yang telah

v, vi) dipilih.
• Galakkan murid mengembangkan idea komposisi dalam penghasilan catan.
• Bimbing murid membuat kemasan pada tapak arca stabail dengan menekankan disiplin

pengkaryaan.

EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad ke-21: 41

Berdaya Tahan

KARYA GABUNGAN

Proses Membentuk Ikan bagi Arca Stabail

1 Tebuk dan warnakan kulit telur dengan 2 Leperkan hujung penggulung tisu
cat poster untuk dijadikan kepala ikan. dan balut dengan kain felt sebagai
badan ikan dengan kemasnya.

3 Lakarkan dan gunting bahagian ekor dan sirip ikan pada kad busa.
Kemudian, cantumkan kepala, ekor dan sirip pada badan ikan.

4 Kemaskan bahagian hujung badan ikan 5 Tampalkan mata dan mulut pada
yang membentuk ekor ikan. permukaan telur sebagai muka ikan.

42


Click to View FlipBook Version