The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENTAKSIRAN AKHIR
KURSUS KAQ 3073
DANISHA BINTI AZIZAN
D20201093874

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danishaazizan2110, 2023-02-24 02:55:32

MODUL PENGAJARAN KANAK-KANAK

PENTAKSIRAN AKHIR
KURSUS KAQ 3073
DANISHA BINTI AZIZAN
D20201093874

CamScanner


MODUL PENGAJARAN KANAK-KANAK KIT MEDIA AKTIVITI KAQ 3073 HUBUNGAN, KELUARGA, KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


1 ISI KANDUNGAN


2 PENULIS


3 PENSYARAH


PENDAHULUAN 4 Menurut Akta Pendidikan 1996, Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Bukan itu sahaja, pendidikan juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan kanak-kanak dan ianya adalah penentuan kehidupan sesuatu bangsa dan pemikirannya (Imam Al-Ghazali, 1058-1111). Penekanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan salah satu langkah dan strategi untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) yakni dasar sistem pendidikan kebangsaan yang dapat memenuhi kehendak pembangunan, pembinaan identiti kebangsaan dan juga perpaduan negara. Sungguhpun begitu, pada abad ke21 ini juga negara terpaksa berdepan dengan cabaran baru globalisasi yakni COVID-19 menyebabkan pembelajaran secara atas talian adalah bukan suatu yang baru kepada para pelajar termasuk kanak-kanak. Kesan daripada penyakit global tersebut maka penggunaan kit media instruksional adalah bukan suatu yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada masa ini. Kit media instruksional ini awalnya diciptakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru untuk menerapkan penggunaan teknologi dalam proses PdP seiring dengan kemajuan negara yang kita miliki pada masa ini. Bukan itu sahaja, penggunaan kit ini juga sangat mudah untuk digunakan dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap pengajaran pendidik. Hal ini kerana penggunaan seperti imej, audio dan animasi di dalam kit media tersebut sangat membantu kanak-kanak untuk memahami dengan baik terhadap pengajaran yang hendak disampaikan oleh pendidik. Jelasnya, kit media instruksional ini banyak memberi kemudahan kepada para pendidik untuk melaksanakan sesi PdP tertentu secara kreatif melalui penggunaan teknologi seiring dengan kemajuan negara kita.


PENERANGAN KANDUNGAN 5 Secara umumnya, modul pengajaran ini mengandungi 4 jenis aktiviti dan setiap satunya memiliki Rancangan Pengajaran Aktiviti (RPA) yang mana ianya sangat diperlukan untuk dijadikan panduan mengajar kanak-kanak berbantukan kit media yang telah disediakan. RPA tersebut menumpukan bidang pembelajaran yang berlainan dan ianya masih berada di bawah satu tema. Bidang pembelajaran yang dimaksudkan tersebut adalah dirujuk dengan kurikulum PERMATA Negara (TASKA). Kurikulum ini secara khususnya merupakan garis panduan kepada pengusaha dan pendidik TASKA melaksanakan peranannya dalam usaha untuk membangunkan kecemerlangan potensi kanak-kanak secara menyeluruh. Antara perkara yang dititikberatkan adalah kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak, memberi pengalaman pembelajaran yang maksimum, menyediakan asuhan secara holistik, merancang aktiviti yang boleh menaksir perkembangan kanak-kanak dan mengadakan kerjasama erat antara guru dengan ibu bapa, ahli keluarga dan komuniti. Terdapat empat daripada enam bidang pembelajaran PERMATA yang telah dijadikan sebagai rujukan penyediaan aktiviti dalam modul ini iaitu Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal digunakan sebagai rujukan Aktiviti Kit Media 1, Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik sebagai rujukan Aktiviti Kit Media 2, Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran sebagai rujukan Aktiviti Kit Media 3 serta Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian sebagai rujukan Aktiviti Kit Media 4. Tema yang diberi fokus bagi keempat-empat aktiviti yang berlainan bidang ini adalah tema haiwan. Tema ini dipilih kerana ianya sangat dekat dengan kanak-kanak yakni dimana haiwan terdiri adalah daripada alam hidupan dan ianya merupakan salah satu komponen dalam dunia persekitaran manusia.


OBJEKTIF Memberi peluang kepada pendidik untuk memanfaatkan teknologi melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersama dengan kanakkanak. Menarik minat kanak-kanak untuk bermain sambil belajar menggunakan teknologi. Memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kerana ianya mengandungi Rancangan Pengajaran Aktiviti (RPA), Panduan Cara Main Kit Media dan Pautan Kit Media. 6


RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI (RPA) 1 7


Rutin Pengajaran Aktiviti (RPA) 1 Kelas : 3 Lily Tarikh : 19.3.2023 Hari : Ahad Masa :9.00 a.m-10.00 a.m Umur : 3 tahun Bilangan kanak-kanak :10 orang Tema : Haiwan Jinak Subtema : Alam Hidupan Bidang Pembelajaran (KPN) Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal Pengetahuan sedia ada: Kanak-kanak mengenali huruf dengan baik. Hasil Pembelajaran : Di akhir aktiviti, kanak-kanak dapat: 1. Mengeja nama haiwan dengan baik. 2. Melengkapkan perkataan nama haiwan dengan baik. 3. Menyatakan nama haiwan dengan baik. Bahan bantu mengajar : Laptop, kit media ‘Mari Belajar Mengeja Bersama-sama’ dan lembaran kerja.


Strategi PdP Aktiviti PdP Catatan Set induksi Belajar melalui bermain: main peranan. 1. Pendidik memaparkan muka hadapan dan kedua kit media pada kanak-kanak. 2. Pendidik berinteraksi dengan kanak-kanak mengenai situasi tersebut. KB: Menganalisis Contoh soalan: 1. Kita hendak belajar apa hari ini? BBM: Laptop dan kit media ‘Mari Belajar Mengeja Bersama-sama’ (Muka depan Kit Media) (Muka kedua Kit Media) Langkah 1 Teknik: Penerangan 1. Pendidik pergi ke pautan pertama kit media iaitu ‘Jom Menyanyi’. 2. Pendidik dan kanak-kanak menyanyi lagu ‘Jom Kenali Haiwan’ bersama-sama. 3. Pendidik memberi KB: Memahami Contoh soalan: 1. Bagaimana hendak mengeja haiwan ini?


penerangan tentang haiwan jinak kepada kanak-kanak. 4. Kemudian, pendidik pergi ke pautan yang kedua iaitu ‘Jom Mengeja Bersama Cikgu’. 5. Kanak-kanak bebas menekan gambar haiwan mengikut giliran. 6. Kanak-kanak mula mengeja nama haiwan mengikut audio di bawah pemantauan pendidik. BBM: Laptop dan kit media ‘Mari Belajar Mengeja Bersama-sama’. (Pautan 1) (Pautan 2) HP 1 Langkah 2 Belajar melalui bermain : main peranan 1. Pendidik meminta kanak-kanak menyebut kembali nama haiwan yang telah mereka pelajari melalui pautan ‘Mari Mengeja Bersama Cikgu’. 2. Kemudian, pendidik pergi ke pautan kit media yang ketiga iaitu ‘Cari Huruf yang Tertinggal’. 3. Kanak-kanak perlu memilih huruf yang tertinggal bagi KB: Mengaplikasi BBM: Laptop dan kit media ‘Mari Belajar Mengeja Bersama-sama’. (Pautan 3)


melengkapkan satu perkataan nama haiwan. 4. Bagi kanak-kanak yang gagal menjawab, mereka boleh mengulanginya sekali lagi dengan menyentuh simbol ‘kembali.’ HP 2 Langkah 3 Belajar melalui bermain: main peranan 1. Pendidik pergi ke pautan kit media yang keempat iaitu ‘Pilih Jawapan’. 2. Pendidik meminta kanak-kanak untuk mengenal pasti gambar haiwan dalam gambar di sebelah kanan terlebih dahulu. 3. Kemudian pendidik menyebut nama haiwan di pilihan jawapan. 4. Kanak-kanak bebas memilih nama haiwan di pilihan jawapan setelah dapat mengenal pasti dengan baik. 5. Bagi kanak-kanak yang gagal menjawab, mereka boleh mengulanginya sekali lagi dengan menyentuh simbol ‘kembali.’ KB: Mengaplikasi Contoh soalan: 1. Cikgu, saya kena pilih jawapan ya? BBM: Laptop dan kit media ‘Mari Belajar Mengeja Bersama-sama’. (Pautan 4) HP 3


Penutup Penyoalan (sosial) 1. Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan perasaan mereka setelah menjalankan aktiviti. 2. Pendidik meminta kanak-kanak untuk menyatakan nama haiwan yang telah mereka pelajari. 3. Pendidik menyertakan lembaran kerja kepada kanak-kanak. KB: Menilai Contoh soalan: 1. Berikan nama haiwan yang telah kamu belajar pada hari ini. BBM: NT: Toleransi


Refleksi Kelebihan 9 orang kanak-kanak dapat menguasai hasil pembelajaran kerana bahan bantu mengajar yang digunakan sangat menarik. Pendidik telah melaksanakan aktiviti yang menarik minat dan kesediaan kanak-kanak seperti menjalankan aktiviti main peranan. Melalui aktiviti main peranan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengeja nama haiwan dengan baik, berupaya melengkapkan perkataan nama haiwan yang tidak lengkap dan menyatakan nama haiwan dengan baik berdasarkan gambar rajah yang telah diberikan berbanding dengan hanya pendidik memberi penerangan dari awal hingga akhir sesi pengajaran berlangsung. Hal ini juga membuktikan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan kanak-kanak berjalan dengan lancar kerana mereka berupaya untuk memahami dan mengenali setiap nama haiwan yang diberikan dengan baik. Kekurangan Berdasarkan aktiviti yang telah dilaksanakan,1 orang kanak-kanak (Amzar) yang sedang menguasai HP 3 kerana pendidik tidak memberi fokus kepada kanak kanak tersebut menyebabkan dia was-was untuk menjawab soalan yang telah diberikan. Tambahan pula pilihan jawapan yang diberikan adalah secara meluas maka ianya membuatkan kanak-kanak tersebut terkeliru dengan pilihan jawapan. Penambahbaikan Pendidik akan memperbaiki kesilapan tersebut dan cuba merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang lebih berpusatkan kanak-kanak serta juga memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut (Amzar) untuk menguasai HP 3 di luar waktu PdP secara individu.


Indikator T1: Kanak-kanak belum menguasai hasil pembelajaran. T2: Kanak-kanak sedang menguasai hasil pembelajaran. T3: Kanak-kanak telah menguasai hasil pembelajaran. Bil. Nama Pentaksiran HP 1 HP 2 HP 3 T1 T2 T3 T1 T2 T3 T1 T2 T3 1 Assmar / / / 2 Amzar / / / 3 Syuhada / / / 4 Humaira / / / 5 Yusra / / / 6 Balqis / / / 7 Aleena / / / 8 Salsabella / / / 9 Ainaa / / / 10 Alya / / /


Lampiran Kit Media Aktiviti 1 Mari Belajar Mengeja Bersama-sama https://docs.google.com/presentation/d/1yFwbIQXe8TIxKcGrdLxh0cqlvYTR0xVs/ed it?usp=drivesdk&ouid=102991653064529457455&rtpof=true&sd=true Lembaran kerja


Senarai Singkatan BBM : Bahan Bantu Mengajar HP : Hasil Pembelajaran KB : Kemahiran Berfikir (Mengingat, Memahami, Mengaplikasikan, Menganalisis, Menilai, Mencipta) KPN : Kurikulum PERMATA Negara 2013 KSPK : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) NT : Nilai Teras/ (Modul Sivik Prasekolah 2019) T : Tahap


PANDUAN PENGGUNAAN KIT MEDIA 1 17


Panduan Kit Media Aktiviti 1. 1) Tetapan: Simbol Maksud Kembali ke halaman sebelumnya Halaman seterusnya. Rumah (Halaman 2) 2) Panduan cara main: Gambar Panduan Muka hadapan Kit Media Aktiviti 1. Rumah (Halaman 2) -Pengguna bebas memilih antara 4 pautan tersebut. -Sebaiknya mengikut urutan nombor. -Sentuh simbol Kembali untuk ke Halaman Utama. -Sentuh simbol Seterusnya untuk ke Halaman Tamat. Pautan 01 -Video akan dipaparkan secara automatik. -Sentuh simbol rumah untuk kembali ke Halaman 2. Pautan 02 -Pengguna bebas untuk sentuh mana-mana haiwan yang dipaparkan. -Sentuh simbol rumah untuk kembali ke Halaman 2. -Gambar yang dipapar adalah mengikut jenis haiwan yang di sentuh pada halaman pautan 02. -Audio ejaan haiwan akan berbunyi secara automatik. -Sentuh simbol seterusnya untuk kembali ke


halaman Pautan 02. Pautan 03 -Pengguna bebas menyentuh huruf tersebut. -Hanya yang betul sahaja akan bergerak ke garis kosong. -Sentuh simbol seterusnya untuk ke soalan seterusnya. Pautan 04 -Pengguna bebas menyentuh antara 2 jawapan tersebut. -Sentuh simbol rumah untuk kembali ke Halaman 2. -Halaman ini muncul jika jawab dengan betul. -Sentuh simbol Seterusnya untuk menjawab soalan seterusnya. -Halaman ini muncul jika jawab salah. -Sentuh simbol Kembali untuk menjawab soalan yang sama. Tamat -Halaman terakhir bagi kit media aktiviti 1.


KIT MEDIA AKTIVITI 1 20


70 https://docs.google.com/presentation/d/1yFwbIQXe8TIxKcGrdLxh0cqlvYTR0xV s/edit?usp=drivesdk&ouid=102991653064529457455&rtpof=true&sd=true


RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI (RPA) 2 22


Rutin Pengajaran Aktiviti (RPA) 2 Kelas : 4 Daisy Tarikh : 20.3.2023 Hari : Isnin Masa :9.00 a.m-10.00 a.m Umur : 3/4 tahun Bilangan kanak-kanak : 10 orang Tema : Haiwan Laut Subtema : Alam Hidupan Bidang Pembelajaran (KPN) Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik. Pengetahuan sedia ada: Kanak-kanak boleh menyebut nombor 1 hingga 10 dengan baik. Hasil Pembelajaran : Di akhir aktiviti, kanak-kanak dapat: 1. Mengenal nombor 1 hingga 10 dengan baik. 2. Mengira dengan baik. 3. Memilih jumlah nombor berdasarkan gambar dengan baik. Bahan bantu mengajar : Laptop, kit media ‘Mari Belajar Mengira Bersama-sama’ dan lembaran kerja.


Strategi PdP Aktiviti PdP Catatan Set induksi Belajar melalui bermain: main peranan. 1. Pendidik memaparkan muka hadapan dan kedua kit media pada kanak-kanak. 2. Pendidik berinteraksi dengan kanak-kanak mengenai situasi tersebut. KB: Menganalisis Contoh soalan: 1. Kita hendak belajar apa hari ini? BBM: Laptop dan kit media ‘Mari Belajar Mengira Bersama-sama’ (Muka depan Kit Media) (Muka kedua Kit Media) Langkah 1 Teknik: Penerangan 1. Pendidik pergi ke pautan pertama kit media iaitu ‘Jom Menyanyi’. 2. Pendidik dan kanak-kanak menyanyi lagu ‘Oh Jerung Didi & Friends bersama-sama. 3. Pendidik memberi sedikit KB: Memahami Contoh soalan: 1. Bagaimana hendak belajar kira-kira ke hari ini?


penerangan tentang haiwan laut kepada kanak-kanak namun lebih kepada pengiraan. 4. Kemudian, pendidik pergi ke pautan yang kedua iaitu ‘Jom Mengenal Nombor 1-10’. 5. Kanak-kanak perlu menyentuh gambar nombor mengikut turutan. 6. Kanak-kanak mula menyebut bilangan haiwan laut mengikut audio di bawah pemantauan pendidik. 7. Setelah selesai, kanak-kanak bebas untuk menekan mana-mana gambar nombor jika inginkan kepastian dengan pemantauan pendidik. BBM: Laptop dan kit media ‘Mari Belajar Mengira Bersama-sama’ (Pautan 1) (Pautan 2) HP 1 Langkah 2 Belajar melalui bermain : main peranan 1. Pendidik meminta kanak-kanak menyebut kembali bilangan nombor yang telah mereka pelajari melalui pautan ‘Jom Mengenal Nombor 1-10’. 2. Kemudian, pendidik pergi ke pautan kit media yang ketiga iaitu ‘Cari dan KB: Mengaplikasi Contoh soalan: 1. Cikgu, saya kena kira haiwan di kotak bawah ini ke? 2. Cikgu, haiwan di kotak bawah ini


Kira’. 3. Kanak-kanak perlu mengira jumlah haiwan dan masukkan dalam kotak. 4. Haiwan laut yang dipilih perlulah sama dengan haiwan laut di bawah nombor. 5. Bagi kanak-kanak yang gagal menjawab, mereka boleh mengulanginya sekali lagi dengan menyentuh simbol ‘kembali.’ perlu sama dengan sebelah ke? BBM: Laptop dan kit media ‘Mari Belajar Mengira Bersama-sama’. (Pautan 3) HP 2 Langkah 3 Belajar melalui bermain: main peranan 1. Pendidik pergi ke pautan kit media yang keempat iaitu ‘Pilih Jawapan’. 2. Pendidik meminta kanak-kanak untuk mengira terlebih dahulu jumlah haiwan di kotak kiri. 3. Kemudian pendidik meminta kanak-kanak untuk menyebut satu per satu nombor di pilihan jawapan. 4. Kanak-kanak bebas memilih bilangan nombor di pilihan jawapan setelah dapat mengenal pasti dengan baik. KB: Mengaplikasi Contoh soalan: 1. Cikgu, saya kena pilih jawapan ya? BBM: Laptop dan kit media ‘Mari Belajar Mengira Bersama-sama’. (Pautan 4)


5. Bagi kanak-kanak yang tidak mengingati nombor, mereka boleh pergi ke pautan 2 iaitu ‘Jom Mengenal Nombor’ sebagai rujukan. 6. Kanak-kanak yang gagal menjawab, mereka boleh mengulanginya sekali lagi dengan menekan simbol ‘kembali.’ HP 3 Penutup Penyoalan (sosial) 1. Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan perasaan mereka setelah menjalankan aktiviti. 2. Pendidik meminta kanak-kanak untuk menyebut bilangan nombor yang telah mereka pelajari. 3. Pendidik menyertakan lembaran kerja kepada kanak-kanak. KB: Menilai Contoh soalan: 1. Berikan nama haiwan yang telah kamu belajar pada hari ini. BBM: Lembaran kerja. NT: Kerajinan


Refleksi Kekurangan 8 orang kanak-kanak dapat menguasai hasil pembelajaran kerana bahan bantu mengajar yang digunakan sangat menarik. Pendidik telah melaksanakan aktiviti yang menarik minat dan kesediaan kanak-kanak seperti menjalankan aktiviti main peranan. Melalui aktiviti main peranan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenal nombor 1 hingga 10, berupaya mengira jumlah hidupan laut mengikut gambar yang telah diberikan dan yakin dalam memilih jumlah nombor berdasarkan bilangan haiwan yang diberikan dengan baik berbanding dengan hanya pendidik memberi penerangan dari awal hingga akhir sesi pengajaran berlangsung. Hal ini juga membuktikan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan kanak-kanak berjalan dengan lancar kerana mereka berupaya untuk mengenali dan mengira jumlah hidupan laut yang diberikan dengan baik tanpa memiliki keraguan ketika menjawab soalan. Kelebihan Berdasarkan aktiviti yang telah dilaksanakan,2 orang kanak-kanak (Assmar dan Humaira) tidak menguasaiHP 3 kerana pendidik tidak memberi fokus kepada kanak-kanak tersebut menyebabkan mereka bermain dan tidak dapat mengira haiwan laut yang diberikan dengan baik. Hal ini kerana mereka mengalami masalah melangkau nombor atau dalam erti kata lain lupa dengan nombor sebelum dan selepas. Penambahbaikan Pendidik akan memperbaiki kesilapan tersebut dan cuba merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang lebih berpusatkan kanak-kanak serta juga memberi peluang kepada 2 orang kanak-kanak (Assmar dan Humaira) untuk menguasai HP 3 di luar waktu PdP secara individu.


Indikator T1: Kanak-kanak belum menguasai hasil pembelajaran. T2: Kanak-kanak sedang menguasai hasil pembelajaran. T3: Kanak-kanak telah menguasai hasil pembelajaran. Bil. Nama Pentaksiran HP 1 HP 2 HP 3 T1 T2 T3 T1 T2 T3 T1 T2 T3 1 Assmar / / / 2 Amzar / / / 3 Syuhada / / / 4 Humaira / / / 5 Yusra / / / 6 Balqis / / / 7 Aleena / / / 8 Salsabella / / / 9 Ainaa / / / 10 Alya / / /


Lampiran Kit Media Aktiviti 2 Mari Belajar Mengira Bersama-sama https://docs.google.com/presentation/d/1idgSH8zq2pDQNSm1GQDPfqbt8WmGwDt o/edit?usp=drivesdk&ouid=102991653064529457455&rtpof=true&sd=true Lembaran kerja


Senarai Singkatan BBM : Bahan Bantu Mengajar HP : Hasil Pembelajaran KB : Kemahiran Berfikir (Mengingat, Memahami, Mengaplikasikan, Menganalisis, Menilai, Mencipta) KPN : Kurikulum PERMATA Negara 2013 KSPK : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) NT : Nilai Teras/ (Modul Sivik Prasekolah 2019) T : Tahap


PANDUAN PENGGUNAAN KIT MEDIA 2 32


Panduan Kit Media Aktiviti 2. 1) Tetapan: Simbol Maksud Kembali ke halaman sebelumnya Halaman seterusnya. Rumah (Halaman 2) 2) Panduan cara main: Gambar Panduan Muka hadapan Kit Media Aktiviti 2. Rumah (Halaman 2) -Pengguna bebas memilih antara 4 Pautan tersebut. -Sebaiknya mengikut urutan nombor. -Sentuh simbol Kembali untuk ke Halaman Utama. -Sentuh simbol Seterusnya untuk ke Halaman Tamat. Pautan 01 -Video akan dipaparkan secara automatik. -Sentuh simbol rumah untuk kembali ke Halaman 2. Pautan 02 -Halaman utama bagi Pautan 02. -Pengguna bebas memilih nombor yang dikehendaki. -Sebaiknya mengikut urutan nombor. -Halaman ini muncul mengikut nombor yang disentuh di halaman Pautan 02. -Audio akan berbunyi secara automatik.


Halaman kedua bagi Pautan 02. -Sentuh simbol Kembali untuk ke halaman sebelumnya. Sentuh simbol Rumah untuk kembali ke Halaman 2. Pautan 03 -Pengguna dikehendaki memilih gambar jawapan yang sama dengan gambar sebelah kiri. -Sentuh simbol Seterusnya untuk ke halaman seterusnya. -Sentuh simbol Rumah untuk ke Halaman 2. Soalan terakhir bagi Pautan 03. -Sentuh simbol Kembali bagi halaman sebelumnya. -Sentuh simbol Seterusnya untuk ke halaman seterusnya. -Sentuh simbol Rumah untuk ke Halaman 2. Pautan 04 -Pengguna dikehendaki memilih jawapan berdasarkan jumlah dalam kotak sebelah kiri. -Sentuh simbol Seterusnya untuk ke halaman seterusnya. -Sentuh simbol Rumah untuk ke Halaman 2. Soalan terakhir bagi Pautan 04. -Sentuh simbol Kembali bagi halaman sebelumnya. -Sentuh simbol Seterusnya untuk ke halaman seterusnya. -Sentuh simbol Rumah untuk ke Halaman 2. -Halaman ini muncul jika jawab dengan betul. -Sentuh simbol Seterusnya untuk ke halaman Tamat. Tamat -Halaman terakhir bagi kit media aktiviti 2.


KIT MEDIA AKTIVITI 2 35


70 https://docs.google.com/presentation/d/1idgSH8zq2pDQNSm1GQDPfqbt8WmG wDto/edit?usp=drivesdk&ouid=102991653064529457455&rtpof=true&sd=true


RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI (RPA) 3 37


Rutin Pengajaran Aktiviti (RPA) 3 Kelas : 4 Daisy Tarikh : 21.3.2023 Hari : Selasa Masa :9.00 a.m-10.00 a.m Umur : 3/4 tahun Bilangan kanak-kanak : 10 orang Tema : Haiwan Subtema : Alam Hidupan Bidang Pembelajaran (KPN) Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran. Pengetahuan sedia ada: Kanak-kanak mengenali haiwan dengan baik. Hasil Pembelajaran : Di akhir aktiviti, kanak-kanak dapat: 1. Mengenali hidupan di air dan di darat dengan baik. 2. Mengenal pasti tempat tinggal haiwan dengan baik. 3. Memilih tempat tinggal haiwan berdasarkan gambar dengan baik. Bahan bantu mengajar : Laptop, kit media ‘Mari Belajar Tentang Tempat Tinggal Haiwan’ dan lembaran kerja.


Strategi PdP Aktiviti PdP Catatan Set induksi Belajar melalui bermain: main peranan. 1. Pendidik memaparkan muka hadapan dan kedua kit media pada kanak-kanak. 2. Pendidik berinteraksi dengan kanak-kanak mengenai situasi tersebut. KB: Menganalisis Contoh soalan: 1. Kita hendak belajar apa hari ini? BBM: Laptop dan kit media ‘Mari Belajar Tentang Tempat Tinggal Haiwan’. (Muka depan Kit Media) (Muka kedua Kit Media) Langkah 1 Teknik: Penerangan 1. Pendidik pergi ke pautan pertama kit media iaitu ‘Jom menyanyi lagu Paus Biru’.dan menyanyi dengan kanak-kanak bersama-sama. 2. Kemudian, pendidik pergi pula ke pautan kedua kit media iaitu ‘Jom KB: Memahami Contoh soalan: 1. Obor-obor tinggal di mana?


menyanyi lagu Pak Atan ada Ladang’ dan menyanyi dengan kanak-kanak bersama-sama. 3. Pendidik memberi penerangan tentang jenis hidupan yang terdapat di air dan di darat kepada kanak-kanak. 4. Kemudian, pendidik pergi ke pautan yang ketiga iaitu ‘Mari mengenali Hidupan di Air dan di Darat’. 5. Kanak-kanak bebas memilih untuk menekan sama ada Contoh Hidupan di Air ataupun Hidupan di Darat. 6. Kanak-kanak mula menyebut nama haiwan tersebut mengikut audio di bawah pemantauan pendidik. BBM: Laptop dan kit media ‘Mari Belajar Tentang Tempat Tinggal Haiwan’. (Pautan 1) (Pautan 2) (Pautan 3) HP 1 Langkah 2 Belajar melalui bermain : main peranan 1. Pendidik meminta kanak-kanak menyebut kembali nama haiwan berserta tempat tinggalnya KB: Mengaplikasi BBM: Laptop dan kit


yang telah mereka pelajari. 2. Kemudian, pendidik pergi ke pautan kit media yang keempat iaitu ‘Teka Tempat Tinggal Haiwan’. 3. Kanak-kanak perlu memilih haiwan di sebelah kanan dan masukkannya dalam kotak di bawah berdasarkan gambar yang telah diberikan. media ‘Mari Belajar Tentang Tempat Tinggal Haiwan’. (Pautan 4) HP 2 Langkah 3 Belajar melalui bermain: main peranan 1. Pendidik pergi ke pautan kit media yang kelima iaitu ‘Pilih Jawapan’. 2. Pendidik meminta kanak-kanak untuk mengenal pasti gambar haiwan dalam gambar di sebelah kanan terlebih dahulu. 3. Kemudian pendidik menyebut pilihan jawapan bersama dengan kanak-kanak. 4. Kanak-kanak bebas memilih jawapan setelah dapat mengenal pasti dengan baik. 5. Bagi kanak-kanak yang gagal menjawab, mereka KB: Mengaplikasi Contoh soalan: 1. Cikgu, saya kena pilih jawapan ya? BBM: Laptop dan kit media ‘Mari Belajar Tentang Tempat Tinggal Haiwan’. (Pautan 5)


boleh mengulanginya sekali lagi dengan menyentuh simbol ‘kembali.’ HP 3 Penutup Penyoalan (sosial) 1. Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan perasaan mereka setelah menjalankan aktiviti. 2. Pendidik meminta kanak-kanak untuk menyatakan nama haiwan berserta tempat tinggalnya yang telah mereka pelajari. 3. Pendidik menyertakan lembaran kerja kepada kanak-kanak. KB: Menilai Contoh soalan: 1. Burung tinggal di air atau di darat? BBM: Lembaran kerja. NT: Berani


Refleksi Kekurangan 9 orang kanak-kanak dapat menguasai hasil pembelajaran kerana bahan bantu mengajar yakni kit media yang digunakan sangat menarik. Pendidik telah melaksanakan aktiviti yang menarik minat dan kesediaan kanak-kanak seperti menjalankan aktiviti main peranan. Melalui aktiviti main peranan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali hidupan di air dan di darat dengan baik, mengenal pasti tempat tinggal haiwan serta berupaya memilih tempat tinggal haiwan berdasarkan gambar soalan yang telah diberikan dengan baik berbanding dengan hanya pendidik memberi penerangan dari awal hingga akhir sesi pengajaran berlangsung. Hal ini juga membuktikan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan kanak-kanak berjalan dengan baik kerana mereka berupaya untuk mengenali dan membezakan hidupan yang tinggal di darat dan di air. Kelebihan Berdasarkan aktiviti yang telah dilaksanakan, 1 orang kanak-kanak (Aleena) sedang menguasai HP 3 kerana pendidik tidak memberi fokus kepada kanak-kanak tersebut menyebabkan kanak-kanak itu membuat kerjanya sendiri lalu kanak-kanak itu ragu-ragu dengan pilihan jawapannya. Tambahan pula gambar soalan yang diberikan adalah secara rawak dan tidak semua berkait dengan haiwan yang telah dipelajari menyebabkan kanak-kanak itu semakin ragu-ragu dengan jawapannya. Penambahbaikan Pendidik akan memperbaiki kesilapan tersebut dan cuba merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang lebih berpusatkan kanak-kanak serta juga memberi peluang kepada 1 orang kanak-kanak (Aleena) untuk menguasai HP 3 di luar waktu PdP secara individu.


Indikator T1: Kanak-kanak belum menguasai hasil pembelajaran. T2: Kanak-kanak sedang menguasai hasil pembelajaran. T3: Kanak-kanak telah menguasai hasil pembelajaran. Bil. Nama Pentaksiran HP 1 HP 2 HP 3 T1 T2 T3 T1 T2 T3 T1 T2 T3 1 Assmar / / / 2 Amzar / / / 3 Syuhada / / / 4 Humaira / / / 5 Yusra / / / 6 Balqis / / / 7 Aleena / / / 8 Salsabella / / / 9 Ainaa / / / 10 Alya / / /


Lampiran Kit Media Aktiviti 3 Mari Belajar Mengira Bersama-sama https://docs.google.com/presentation/d/1jAsxBWrTYqY8lWQgqWhQcpFjpSAh8DK H/edit?usp=drivesdk&ouid=102991653064529457455&rtpof=true&sd=true Lembaran kerja


Senarai Singkatan BBM : Bahan Bantu Mengajar HP : Hasil Pembelajaran KB : Kemahiran Berfikir (Mengingat, Memahami, Mengaplikasikan, Menganalisis, Menilai, Mencipta) KPN : Kurikulum PERMATA Negara 2013 KSPK : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) NT : Nilai Teras/ (Modul Sivik Prasekolah 2019) T : Tahap


PANDUAN PENGGUNAAN KIT MEDIA 3 47


Panduan Kit Media Aktiviti 3. 1) Tetapan: Simbol Maksud Kembali ke halaman sebelumnya Halaman seterusnya. Rumah (Halaman 2) 2) Panduan cara main: Gambar Panduan Muka hadapan Kit Media Aktiviti 3. Rumah (Halaman 2) -Pengguna bebas memilih antara 5 pautan tersebut. -Sebaiknya mengikut urutan nombor. -Sentuh simbol Kembali untuk ke Halaman Utama. -Sentuh simbol Seterusnya untuk ke Halaman Tamat. Pautan 01 -Video akan dipaparkan secara automatik. -Sentuh simbol rumah untuk kembali ke Halaman 2. Pautan 02 -Video akan dipaparkan secara automatik. -Sentuh simbol rumah untuk kembali ke Halaman 2. Pautan 03 - Pengguna bebas untuk sentuh antara dua haiwan yang dipaparkan. -Sentuh simbol rumah untuk kembali ke Halaman 2.


Click to View FlipBook Version