The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 803-9-iffah, 2023-07-03 04:13:18

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PRKA3151)

E-PORTFOLIO

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2022 TAHUN 1 SEMESTER 3 PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 1 PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim. NAMA IFFAH MAISARAH BINTI FAIZAL ANGKA GILIRAN 2022192340147 NO. KAD PENGENALAN 030925140206 KUMPULAN A7 KOD DAN NAMA KURSUS PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PRKA 3151) TAJUK TUGASAN PORTFOLIO NAMA PENSYARAH AKADEMIK ENCIK HAFITZ BIN KHAMIS TARIKH HANTAR 3 JULAI 2023 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS


PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan e-portfolio untuk kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 (PRKA3151). Dengan kesempatan yang ada ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Hafitz bin Khamis kerana telah membimbing, memberikan tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman dengan saya dan rakan-rakan sekelas sehingga tugasan e-portfolio ini berjaya disiapkan dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya hadiahkan kepada guru pembimbing saya, Puan Norazah binti Saad kerana telah membimbing saya sepanjang saya menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Pratikum Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sena yang telah membantu saya mengumpulkan maklumat, dokumen dan data untuk menyiapkan tugasan e-portfolio. Ahkir kalam, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan atas kerjasama dan perkongsian ilmu serta ibu bapa saya yang banyak memberikan nasihat dan semangat agar saya terus berdedikasi sepanjang menyiapkan tugasan penulisan ini. Sekian, terima kasih.


KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester 2.9 Tarikh PBS 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1) 3.1 Pernyataan sebelum,semasa dan selepas PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai semak 4.3 Temu bual 4.4 Soal selidik 5 Kolaboratif (Lampiran 1-3) 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5.4 Interaksi dengan murid 5.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah 6 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 7 Refleksi (Lampiran 1-5) 7.1 Aktiviti 7.2 Perbincangan/Interaksi 8 Laporan Akhir Ulasan Penilai: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Tandatangan : ________________________ Tarikh: _________________ Nama : _______________________


1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN 1.1 SURAT PENGENALAN DIRI


2.0 BIODATA 2.1 Nama IPGK Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar Iffah Maisarah binti Faizal 2.4 No. Kad Pengenalan 030925-14-0206 2.5 Alamat Tetap No 1, Jalan 3, Taman Firdaus 01000, Kangar, Perlis 2.6 No. Telefon 011-61220229 E-mel 309-9- [email protected] 2.7 Ambilan PISMP Ambilan Jun 2022 Pengkhususan Bahasa Melayu (Major) dan Sejarah (Minor) 2.8 Tahun dan Semester Tahun 1 Semester 3 2.9 Tarikh PBS 12 Jun 2022 sehingga 23 Jun 2022


3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 3.1 PENGENALAN Saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis. Sekolah ini merupakan sekolah berprestasi tinggi di negeri Perlis. Bilangan murid di sekolah ini ialah 876 orang murid. Tujuan PBS dilaksanakan adalah untuk memberi pemahaman awal dan pengalaman baru kepada bakal pendidik tentang alam persekolahan menerusi sudut pandang seorang guru. Melalui program ini, pelajar dapat melibatkan diri dalam bilik darjah bersama-sama dengan guru pembimbing. Hal ini dilaksanakan adalah untuk pelajar memahami tentang peranan yang dibawa oleh seorang guru dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, PBS memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengenali dan menilai tingkah laku murid secara tidak langsung. Bagi mengatasi pelbagai jenis tingkah laku murid di sekolah, pelajar boleh mengintegrasikan teori-teori pembelajaran yang telah belajar. Justeru, PBS menggalakkan pelajar untuk mengeksplorasi suasana sekolah seperti pengurusan sekolah, cara guru mengajar dan gaya pembelajaran murid belajar. Dengan ini, pelajar akan mendapatkan pemahaman yang komprehensif tentang pengajaran yang efektif, strategi pembelajaran yang tepat dan pengurusan sekolah yang efisien dan efektif. 3.1.1 PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PBS Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) fasa 1 yang dijalankan pada semester 3 telah melibatkan semua pelajar PISMP ambilan Jun 2022. Sebelum melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), semua siswa siswi IPG KBM perlu mengisi borang penempatan PBS fasa 1 berdasarkan pilihan sendiri dan negeri masing-masing. Hanya 4 orang pelajar sahaja daripada IPG yang sama dibenarkan untuk satu sekolah kebangsaan. Pada 30 Mei 2023, taklimat daripada Encik Umar bin Norman berkenaan dengan PBS telah disampaikan kepada semua siswa siswi IPG KBM. Taklimat PBS dilakukan di Dewan Zaaba, IPG KBM. Semasa taklimat, encik Umar bin Norman telah menjelaskan tentang e-portfolio dan laporan refleksi dengan terperinci. Sebagai pengalaman pertama melakukan PBS, taklimat yang disampaikan telah membantu pelajar memahami soalan tugasan dengan lebih mendalam. Sebelum melaksanakan PBS, saya memastikan persediaan yang rapi dari aspek pemakaian sebagai seorang guru, adab semasa bertutur dan tingkah laku yang sopan supaya menunjukkan perwatakan seorang guru yang budi pekerti, peribadi mulia dan berintegriti. Selain itu, sebelum menjalankan PBS saya ingin mengetahui tentang teknik dan strategi pengajaran yang boleh saya gunakan untuk meningkatkan prestasi murid. Hal ini kerana teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan akan membantu murid memahami dan menguasai pembelajaran. Seterusnya, saya ingin mengetahui adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Apakah TMK menyokong pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran.


Selanjutnya, fokus utama tugasan PBS adalah untuk memberi pemahaman kepada pelajar tentang sistem persekolahan serta memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. Dari hari pertama hingga hari terakhir PBS, guru pelatih akan menyesuaikan diri dengan setiap budaya yang diterapkan di sekolah. PBS juga bertujuan memberikan pengetahuan awal tentang pembelajaran murid dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini dapat dilakukan melalui pemerhatian, borang soal selidik dan temu bual dengan murid dan guru sekolah. Secara tidak langsung, kemahiran komunikasi dan kolaborasi dengan guru, murid, komuniti dan warga sekolah tercapai. Pada akhir tugasan, saya perlu membuat refleksi tentang PBS. Seperti yang diterangkan dalam taklimat PBS, pengalaman yang diperoleh perlu didokumentasikan dalam satu portfolio sebagai hasil PBS yang dilaksanakan di sekolah. 3.1.2 PERNYATAAN PROFESIONAL SEMASA PBS Semasa melaksanakan tugasan PBS, saya telah berinteraksi dan berkolaborasi dengan Tuan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Ko-kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, guru-guru, murid, staf dan wakil komuniti supaya mendapatkan beberapa maklumat dan data tentang pengurusan sekolah. Pengumpulan data juga diperolehi melalui pemerhatian yang dijalankan di sekolah, temu bual dan borang soal selidik. Semasa melakukan pemerhatian, saya melihat banyak prasarana disediakan untuk guru, murid dan staf. Saya juga melakukan pemerhatian tentang pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, teknik pengajaran guru dan tingkah laku murid. Dengan kerjasama guru pembimbing, saya dapat mengikut guru pembimbing saya mengajar di kelas 6 Bestari dan 5 Cemerlang. Saya dapati murid-murid tekun menjalankan aktiviti pembelajaran untuk mendapatkan penilaian yang cemerlang. Guru juga menggunakan teknik yang sesuai dengan tahap murid-murid. Berdasarkan pemerhatian tersebut, saya dapat menyelesaikan separuh daripada soalan berkenaan dengan tugasan PBS. Malah, saya juga dapat mengambil pengetahuan baharu dan merasai sendiri pengalaman baharu tentang pengurusan kelas. Selain itu, saya juga menemubual ketua panitia Bahasa Melayu dan guru yang mengajar tahap 5 bagi menjawab soalan berkaitan dengan tugasan PBS. Seterusnya, saya juga mengedarkan borang soal selidik kepada guru tahap 1 dan tajap 2 bagi mendapatkan maklumat tambahan.


3.1.3 PERNYATAAN PROFESIONAL SELEPAS PBS Selepas melaksanakan PBS, saya mengeksplorasi dan meneliti maklumat yang dikumpul sepanjang menjalankan PBS. Melalui PBS, saya telah meneroka kawasan sekolah dan berinteraksi dengan orang sekeliling untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan berkesan. Saya juga dapat mempelajari beberapa pengetahuan baharu dan merasai sendiri pengalaman di sekolah. Selain itu, nasihat dan ajaran daripada Tuan Guru Besar kepada bakal pendidik untuk membentuk anak murid yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah sangat berguna untuk masa hadapan kelak. Beliau mengingatkan saya supaya jangan kedekut masa, tenaga dan wang sepanjang mengajar dan mendidik murid. Selepas membuat pemerhatian sepanjang PBS, saya dapat membuat kesimpulan bahawa suasana persekitaran yang positif cenderung mempengaruhi perkembangan murid dari aspek jasmani, intelek, rohani dan emosi. Suasana persekitaran dan bilik darjah yang ceria pula dapat menggalakkan minat dan semangat murid untuk belajar. Tambahan pula, kemudahan prasarana yang terdapat di sekolah telah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) murid dan guru-guru. Dengan ini, murid akan terdorong untuk hadir ke sekolah. Tambahan pula, ruang kelas yang tidak sempit dengan bilangan murid yang ramai telah memberikan keselesaan kepada semua murid dan guru untuk melaksanakan proses PDP. Guru-guru juga merasa selesa untuk menjalankan aktiviti PDP yang memerlukan pergerakan murid dan guru. Perkhidmatan koperasi yang menyediakan alatan tulis, air mineral, buku latihan dan lain-lain juga memudahkan proses PDP. Persekitaran kantin yang bersih, selesa, tidak sempit dan kerusi meja yang cukup dengan harga makanan yang berpatutan dan mampu milik telah menggalakkan murid untuk hadir ke sekolah. Malah, terdapat makanan RMT yang disediakan secara percuma kepada murid-murid yang tidak berkemampuan. Penyediaan mesin air Coway percuma juga disediakan kepada semua murid dan guru.


3. 2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI UTAMA Laporan yang disediakan memberikan penerangan tentang aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang dua minggu melaksanakan pengalaman berasaskan sekolah (PBS). Berikut merupakan jadual aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah. Bil Tarikh Tindakan 1. 12 Jun 2023 (Isnin) ❖ Melaporkan diri di pejabat sekolah ❖ Berjumpa dengan tuan Guru Besar ❖ Berjumpa dengan penolong kanan pentadbiran ❖ Menghadiri perhimpunan rasmi dan memberikan ucapan perkenalan diri ❖ Guru Penolong Kanan Pentadbiran membawa saya berjumpa dengan ketua panitia Bahasa Melayu iaitu Puan Norazah binti Saad untuk membimbing. ❖ Mendapatkan buku pengurusan daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran 2. 13 Jun 2023 (Selasa) ❖ Menghadiri perhimpunan tidak rasmi - Kuiz Bahasa Melayu bersama murid tahap 1 dan 2 (Memperbetulkan kesalahan ejaan) - Bacaan al-quran bersama guru dan murid. ❖ Mengumpul maklumat sekolah. - Sejarah - Carta organisasi - Visi, misi, lokasi dan pelan sekolah ❖ Menghadiri program taklimat penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2023 - Melibatkan guru dan ibu bapa tahun 4,5 dan 6. - Memberikan penerangan dan pendedahan awal tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 3. 14 Jun 2023 (Rabu) ❖ Menghadiri perhimpunan tidak rasmi ❖ Mengumpul maklumat sekolah - Program pendidikan - Bantuan pendidikan ❖ Mengikuti kelas Bahasa Melayu bersama guru pembimbing iaitu puan Norazah binti Saad - Mengambil gambar aktiviti PDP murid dalam bilik darjah - Memahami dan meneliti teknik pengajaran yang digunakan oleh guru - Berinteraksi dengan murid mengenai aktiviti PDP ❖ Menyertai aktiviti Ko-kurikulum (badan beruniform) - Murid berlatih menyanyi lagu badan beruniform


4. 15 Jun 2023 (Khamis) ❖ Menghadiri perhimpunan tidak rasmi - Minggu Panitia Bahasa Melayu untuk murid tahap 1 (Membaca buku cerita) - Bacaan al-quran ❖ Menemu bual pengawal keselamatan mengenai kawalan keselamatan sekolah ❖ Menemu bual pekerja koperasi ❖ Menghadiri mesyuarat agung PIBG kali ke-29 - Membantu guru membuat persiapan murid untuk persembahan - Menemu bual AJK PIBG 5. 16 Jun 2023 (Jumaat) ❖ Menghadiri perhimpunan tidak rasmi ❖ Menyertai program kursus kepimpinan pengawas pusat sumber di perpustakaan awam - Membantu guru mengurus dan mengawal murid 6. 19 Jun 2023 (Isnin) ❖ Menghadiri perhimpunan rasmi - Aktiviti penyampaian hadiah - Bacaan al-quran ❖ Menemu bual Guru Besar, GPK Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid dan GPK Kokurikulum 7. 20 Jun 2023 (Selasa) ❖ Menghadiri perhimpunan tidak rasmi - Kuiz Bahasa Melayu (Mengeja perkataan) - Bacaan al-quran ❖ Mengikuti pertandingan sains cilik kreatif - Melibatkan murid tahun 3,4,5 dan 6 ❖ Mengumpul gambar dan maklumat sekolah - Sudut-sudut khas - Bilik khas - Bilik darjah - Proses PdP - Suasana kantin ❖ Menghadiri mesyuarat guru - Berbincang tentang program Genius Hajj dan majlis persaraan Guru Besar 8. 21 Jun 2023 (Rabu) ❖ Menghadiri perhimpunan tidak rasmi - Kuiz Bahasa Melayu (Membalas pantun) - Bacaan al-quran ❖ Menemu bual ketua panitia Bahasa Melayu ❖ Membuat pemerhatian bahan bacaan di Pusat Sumber ❖ Mengumpul maklumat dan gambar sekolah -Kemudahan dan infrastruktur sekolah -Aktiviti PdP murid dalam bilik darjah


9. 22 Jun 2023 (Khamis) ❖ Menghadiri perhimpunan tidak rasmi -Kuiz Bahasa Melayu (Memberi maksud peribahasa) - Kuiz panitia sains (Dengar dan Jawab) - Bacaan al-quran ❖ Menemubual guru Bahasa Melayu tahap 2 ❖ Membuat pemerhatian mengenai Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ❖ Mesyuarat mingguan guru-guru Sk Sena 10. 23 Jun 2023 (Jumaat) ❖ Menghadiri perhimpunan tidak rasmi - Kuiz panitia Sains (Guru menyanyikan lagu sains dan murid menjawab soalan) ❖ Membuat pemerhatian di kelas pemulihan - Melihat cara guru mengajar murid yang lemah ❖ Berjumpa dengan Guru Besar - Mendapatkan cop dan tanda tangan pengesahan kehadiran PBS ❖ Mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama.


5.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA Instrumen pengumpulan data yang saya gunakan untuk menyiapkan tugasan ini adalah pemerhatian, temu bual, senarai semak dan soal selidik. Setiap instrumen pengumpulan data yang digunakan adalah berbeza kerana masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Hal ini juga kerana perbezaan dari sudut prosedur dan kandungan yang diperlukan. Malah, perbezaan antara instrumen pengumpulan data ini membolehkan saya membuat perbandingan antara satu maklumat dengan maklumat lain serta membantu saya memperoleh maklumat yang banyak tentang sekolah ini. 4.1 PEMERHATIAN Sepanjang dua minggu menjalankan PBS, saya telah melakukan pemerhatian di sekolah dari hari pertama sehingga hari terakhir. Pemerhatian yang dilakukan adalah penting untuk mengumpulkan data dan maklumat. Dari hari pertama PBS, saya telah mula meronda kawasan sekolah untuk membuat pemerhatian. Pemerhatian dimulakan dengan memerhati akhlak dan sikap murid-murid di Ssekolah Kebangsaan Sena. Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Sena sangat menghormati guru dan memberi salam ketika berjumpa dengan guru. Saya juga melakukan pemerhatian untuk meneliti kemudahan dan infrastruktur sekolah yang disediakan untuk murid dan guru-guru. Saya dapati sekolah ini mempunyai mesin air Coway, telefon awam, perpustakaan, makmal computer, pondok, laman belajar dan lain-lain. Kemudahan dan infrastruktur yang ada bukan sahaja memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mendorong murid-murid untuk datang ke sekolah. Seterusnya, saya dapati kebitaraan sekolah ini ialah sekolah kluster, ICT, STEM dan Matematik. Susunan bilik darjah di sekolah ini mengikut abad ke-21. Susunan meja dalam berkumpulan adalah untuk menggalakkan kolaborasi, interaksi dan memberi peluang kepada murid yang boleh menjadi guru cilik membimbing murid yang lemah. Saya juga telah membuat tinjaun di dalam dan luar kawasan sekolah. Suasana sekolah yang ceria dan menarik juga penting. Hal ini kerana sekolah yang ceria dapat mewujudkan semangat yang positif dalam diri murid dan guru. Setiap pemerhatian akan diambil gambar sebagai bahan bukti saya melaksanakan tugasan. Melalui pemerhatian ini saya dapati ada perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan bagi mencantikkan bangunan-bangunan sekolah. Secara keseluruhannya, persekitaran sekolah berada dalam keadaan yang memuaskan.


Pemerhatian dilakukan seperti berikut: A) SUASANA SEKOLAH Jejantas pejalan kaki Sk Sena Pintu Masuk Sk Sena Bangunan Sk Sena Pelan sekolah Perhimpunan Taman herba


Green Corner Bahagian belakang sekolah B) KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH Bakul letak pinggan Mesin air Coway Paip basuh tangan


Telefon awam Kantin sekolah Pondok Taman permainan Surau terbuka Pondok pengawal Tempat menunggu Gelanggang lompat tali Laman patriotik


Laman minda sihat Tandas Gelanggang Sk Sena Dewan gimnastik Perpustakaan


Makmal Sains Makmal Komputer Padang sekolah Stor sukan Surau Tempat letak kenderaan Koperasi sekolah Mesin pencetak


C) BILIK-BILIK KHAS Pejabat Sk Sena Bilik bimbingan dan kaunseling Bilik mesyuarat


Bilik RBT Bilik tayangan Bilik matematik


Bilik J-Qaf Bilik PIBG Bilik studio Klinik pergigian


D) SUDUT-SUDUT KHAS E) PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Murid melakukan aktiviti PdP


F) SUSUNAN DAN KEMUDAHAN BILIK DARJAH Sudut maklumat Sudut mata pelajaran Bahagian depan kelas Bahagian belakang kelas


Kedudukan meja dan kerusi Sudut bacaan Pelan lantai kelas


4.2 SENARAI SEMAK Selain pemerhatian, senarai semak juga saya gunakan sebagai instrumen pengumpulan data. Senarai semak digunakan untuk saya memeriksa dan meneliti mana-mana maklumat yang belum didapatkan. Senarai semak juga penting untuk saya menilai keadaan sekolah, sosial dan amalan ilmu di sekolah ini. Dalam senarai semak yang di sediakan oleh saya, terdapat 3 bahagian A, B dan C. Bahagian A tentang keadaan sekolah dari aspek keselamatan, kemudahan, kebersihan dan keceriaan. Bahagian B tentang keadaan sosial dari aspek akhlak dan semangat perpaduan dan patriotic. Bahagian C tentang amalan ilmu yang diamalkan atau diaplikasikan di sekolah oleh murid-murid. Setiap bahagian ini boleh ditanda dengan nombor 1, 2 dan 3. Nombor 1 bermaksud tidak baik, nombor 2 bermaksud sederhana dan nombor 3 bermaksud baik. Senarai semak persekitaran sekolah: BAHAGIAN A: KEADAAN SEKOLAH 1 2 3 1.Aspek keselamatan a)Arahan lalu lintas b)Peti kecemasan c) Alat pencegah kebakaran d) Poster S.O.P COVID-19 / / / / 2.Aspek kemudahan a)Air b)Elektrik c)Lampu dan kipas d) Meja dan kerusi / / / / 3. Aspek kebersihan a) Bilik darjah b) Bilik guru c) Tandas d) Kantin e) Perhimpunan f) Kawasan sekolah / / / / / / 3. Aspek keceriaan a) Pokok bunga b) Sudut-sudut khas c) Perhiasan d) Lukisan pada dinding sekolah e) Sudut bacaan / / / / / BAHAGIAN B: KEADAAN SOSIAL 1 2 3 1.Akhlak a) Mendengar arahan b) Berbudi bahasa c) Memberi salam d) Mematuhi peraturan 3) Menghormati guru dan rakan-rakan / / / / /


2. Semangat Perpaduan dan Patriotik a)Murid bergaul dengan pelbagai kaum b)Menghormati agama dan budaya bangsa lain / / BAHAGIAN C: AMALAN ILMU 1 2 3 1.Bersemangat belajar a)Menjawab kuiz b)Berfikir dengan kreatif dan kritis c)Aktif dalam kurikulum / / / 2.Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris / 4.3 TEMU BUAL Kaedah temu bual digunakan bagi mendapatkan pandangan guru, komuniti, murid dan warga sekolah tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah. Sebelum memulakan temu bual, saya akan memberi soalan lebih awal dua hari dari tarikh wawancara. Hal ini adalah untuk memberi persediaan kepada mereka. Saya juga telah menemu bual beberapa orang seperti guru besar, guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan hal ehwal murid, guru penolong kanan kokurikulum, ketua paniatia Bahasa Melayu, murid, warga sekolah dan komuniti. Kerjasama dan jawapan yang diberikan oleh mereka sangat baik sehingga memudahkan saya untuk menyelesaikan tugasan. Selain itu, kemahiran interaksi dan kolaborasi antara guru, murid, warga sekolah dan komuniti dapat dicapai. Melalui kolabirasi ini, saya dapat mengetahui dan memahami tentang pengurusan sekolah, teknik pengajaran, pelaksanaan pdpc dalam bilik darjah, bagaimana guru menjalankan aktiviti PdP mengikut tahap pembelajaran, penyertaan murid dalam kokurikulum, peranan pihak PIBG dalam sekolah serta keselamatan sekolah dan murid. Temu bual dijalankan seperti berikut: Temu bual dengan Guru Besar


Temu bual dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Temu bual dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Temu bual dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Temu bual dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu Temu bual dengan Guru Bahasa Melayu Temu bual dengan AJK PIBG


Temu bual dengan pekerja koperasi Temu bual dengan pekerja kebersihan Temu bual dengan pengawal keselamatan


Interaksi dengan murid Soalan-soalan temu bual:


4.4 SOAL SELIDIK Dalam mengumpul maklumat, instrumen yang saya gunakan adalah soal selidik. Melalui soal selidik, saya dapat membuat penambahbaikan dan menyempurnakan tugasan saya. Soal selidik adalah penting untuk saya mendapat maklum pandangan dan pendapat guru tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), teknik pengajaran dan tingkah laku murid. Borang soal selidik ini diedarkan kepada guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Sena. Maklum balas dari guru:


6.0 ILMU / PENGETAHUAN BARU 5.1 PEMERHATIAN Pengetahuan baru yang saya dapat berdasarkan pemerhatian yang dijalankan di sekolah ialah kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di sekolah dapat memberikan keselesaan kepada murid untuk belajar. Infrastruktur sekolah yang baik dapat memberikan lingkungan yang kondusif untuk proses pembelajaran. Murid dapat belajar dengan lebih efektif dan efisien ketika mereka memiliki akses ke perpustakaan yang lengkap, makmal komputer yang dilengkapi dengan peralatan, atau fasilitas teknologi yang mendukung pembelajaran interaktif. Hal ini dapat meningkatkan pemahaman dan pencapaian akademik mereka. Selain itu, saya juga mengetahui bahawa pengurusan dan pentadbiran sekolah yang cekap dapat memberikan dukungan dan bimbingan kepada guru-guru untuk meningkatkan kualitas pengajaran. Hal ini dapat mencakup pengembangan profesional, pelatihan, dan pengawasan yang efektif. Dengan adanya dukungan ini, guru dapat meningkatkan cara pengajaran mereka, menggunakan pendekatan yang inovatif, dan menerapkan praktik terbaik dalam pembelajaran. Penglibatan dan dukungan daripada ibu bapa dalam aktiviti sekolah dapat meningkatkan motivasi dan keterlibatan murid. Hal ini kerana apabila ibu bapa terlibat dalam pendidikan anak-anak mereka, maka motivasi dan keterlibatan murid dalam proses pembelajaran juga akan meningkat. Murid merasa didukung dan diperhatikan oleh orang tua mereka, yang dapat memotivasi mereka untuk berusaha lebih keras, mengembangkan minat dalam pembelajaran, dan menghadapi tantangan dengan keyakinan. Oleh itu, peranan pihak PIBG penting dalam sekolah. PIBG menjadi saluran komunikasi yang erat antara sekolah dan ibu bapa. Melalui mesyuarat PIBG atau saluran komunikasi lainnya, seperti aplikasi Whatsapp, ibu bapa dapat berbagi masalah, kekhawatiran, atau cadangan mereka kepada sekolah. Sebaliknya, sekolah juga dapat memberikan informasi tentang kegiatan sekolah, perkembangan akademik, atau masalah yang berkaitan dengan murid. Komunikasi yang erat ini menciptakan hubungan yang positif antara sekolah dan ibu bapa dalam mendukung pendidikan anak-anak. 5.2 SENARAI SEMAK Melalui senarai semak, saya dapat melakukan penilaian menyeluruh terhadap keadaan sekolah, keadaan sosial dan amalan ilmu yang berlaku di sekolah. Senarai semak membantu mengidentifikasi potensi risiko dan masalah dalam lingkungan sekolah. Hal ini meliputi keamanan, fasilitas, peralatan, dan infrastruktur sekolah. Dengan mengetahui risiko yang ada, tindakan pencegahan dan perbaikan dapat diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru, dan staf sekolah. Selain itu, melalui senarai semak saya dapat menilai kepatuhan murid terhadap arahan dan peraturan. Hal ini termasuk dengan peraturan keselamatan, patuh kepada arahan lalu lintas, aturan pemadam kebakaran dan penyediaan peti kecemasan. Dengan melakukan penilaian terhadap aspek-aspek ini, saya dapat memastikan sekolah memenuhi standard yang ditetapkan dan menjaga kepatuhan terhadap peraturan. Dengan melakukan penilaian melalui senarai semak, saya dapat mengidentifikasi keperluan dan peningkatan yang diperlukan dalam lingkungan sekolah. Ini termasuk perbaikan infrastruktur, peningkatan fasilitas, dan penambahan sumber daya yang diperlukan untuk menciptakan lingkungan yang aman, nyaman, dan mendukung pembelajaran. Perkara ini adalah untuk terus meningkatkan kualiti lingkungan sekolah.


5.3 TEMU BUAL Temu bual dengan Guru Besar Nama: Encik Azhar bin Darus Jawatan: Pengurus Sekolah Tarikh: 19 Jun 2023 Soalan-soalan yang dikemukakan: 1.Sebagai guru besar, bagaimana cikgu mengurus dan mentadbir sekolah dengan baik? Dalam merancang program, saya memberi arahan yang jelas dengan mengambil kira pendapat semua pihak. Kita kena berfikiran terbuka dan bekerjasama dalam merancang apa-apa program kerana mengurus sekolah melibatkan semua warga sekolah termasuk saya dan guru-guru. 2.Apakah strategi dan langkah yang diambil oleh cikgu untuk memajukan dan membangunkan nama sekolah? Berdasarkan kepada pencapaian sekolah, saya menggalakkan dan mendorong guru dan murid dalam penyertaan aktif dalam pelbagai bidang sama ada peringkat sekolah, kebangsaan dan antarabangsa. Ini untuk mencapai kemenjadian murid. Selain itu, sekolah ini bitaranya lebih kepada inovasi. Inovasi juga menjulang nama Sk Sena kerana banyak penyertaan yang tinggi di peringkat antarabangsa seperti di Taiwan, Hong Kong, Baling dan banyak lagi. Pencapaian murid juga banyak mendapat medal emas dalam pertandingan inovasi. Lompat tali juga menjadi bitara Sk Sena. Gimnastik juga menjadi salah satu cara untuk membangunkan nama sekolah. Seperti baru-baru ini, terdapat penyertaan daripada murid perempuan dan mendapat johan dalam pertandingan tersebut. Sk Sena juga menjadi satu-satunya sekolah yang mempunyai Dewan Gimnastik. 3.Mengapa pentingnya penilaian prestasi guru dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah? Penilaian prestasi guru adalah untuk mengetahui tahap kompeten guru. Berdasarkan komitmen mereka, kita dapat menilai adakah guru melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan etika dan amanah. 4.Bagaimana cikgu memantau dan menilai prestasi guru? Saya menjalankan pemantauan dengan meronda sekolah dan kelas untuk melihat sama ada guru masuk mengajar atau tidak. Secara spesifik pula, saya akan masuk ke kelas dan mengisi markah di borang untuk penilaian mereka. Saya akan melihat dan meneliti sama ada guru-guru mengajar mengikut sukatan mata pelajaran atau tidak. 5.Bagaimana transformasi 25 dilaksanakan di sekolah? Saya mengurus sekolah mengikut modul transformasi 25. Saya banyak membuka peluang kepada murid untuk menyertai pelbagai pertandingan supaya prestasi sekolah tidak menurun. Hal ini kerana penyertaan murid yang sikit akan memberi kesan kepada prestasi sekolah.


Temu bual dengan GPK Pentadbiran Nama: Puan Chempawan binti Yaakob Jawatan: Guru Penolong Kanan Pentadbiran Tarikh: 19 Jun 2023 Soalan-soalan yang dikemukakan 1.Bidang tugas GPK Pentadbiran. Menjurus kepada kurikulum, guru dan murid. 2.Bagaimana Cikgu menguruskan kurikulum di sekolah? Saya akan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan memaklumkan kepada ketua-ketua panitia. 3.Apakah aktiviti dan program kurikulum di sekolah? Antaranya, saya meminta guru-guru mengenal pasti murid yang lemah dalam pembelajaran. Kemudian saya akan melaksanakan kelas tambahan kepada murid-murid yang lemah ini untuk membantu mereka meningkatkan pembelajaran. 4. Dasar Pendidikan yang diaplikasikan dalam kurikulum. Sekolah ini melaksanakan transformasi 25 dan merupakan kohort yang ke-6. Oleh itu setiap tahun kita akan adakan karnival inovasi untuk mendorong murid melakukan produkproduk mereka sendiri. 5.Selepas UPSR dimansuhkan, apakah program yang dijalankan untuk meningkatkan prestasi murid? Setiap bulan saya akan membuat pertemuan dengan ketua panitia dan guru-guru tahun untuk melihat perkembangan murid-murid. Saya ada melaksanakan bengkel folio untuk membantu murid menghasilkan folio. Hal ini kerana folio menjadi salah satu bahan yang kita gunakan dalam PBD. Jadi untuk membantu murid mengusai tahap yang tinggi, kita adakan bengkel dan kelas tambahan.


Temu bual dengan GPK Hal Ehwal Murid Nama: Encik Ani bin Abdullah Jawatan: Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tarikh: 19 Jun 2023 1.Bagaimanakah cikgu mengendalikan dan menangani isu-isu disiplin di kalangan murid? Saya mengadakan perjumpaan berkala dengan murid untuk menegur kesalahan yang mereka lakukan. Sekiranya terdapat aduan, saya akan memberitahu kepada guru kelas untuk menyiasat dan memberikan peringatan. Namun, jika kesalahan ini berulang saya akan membuat surat rasmi dan menghantar kepada ibu bapa atau penjaga. Saya juga menguna alternatif yang lain iaitu menghantar murid ke kaunseling. 2.Bagaimanakah cikgu mengatur dan merancang peraturan yang sesuai dengan murid? Saya melaksanakan peraturan dengan mengikut buku peraturan sekolah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Peraturan sekolah yang saya titikberatkan seperti kehadiran ke sekolah, akhlak dan pakaian. Murid yang tidak hadir 3 hari akan diberi amaran pertama, murid yang tidak hadir lima hari akan diberi amaran kedua dan amaran ketiga diberi kepada murid yang tidak hadir tujuh hari bertutur-turut. Kemudian saya akan panggil ibu bapa ke pejabat dan berbincang dengan mereka. 3.Bagaimanakah cikgu berinteraksi dengan ibu bapa atau penjaga berkenaan displin anak mereka? Saya akan membuat surat rasmi dan menghantar kepada ibu bapa. 4.Berdasarkan transformasi 25, apakah langkah yang diambil oleh cikgu sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam membentuk kepimpinan diri murid? Saya akan bekerjasama dengan guru-guru kelas kerana membentuk sahsiah murid melibatkan semua pihak. Selain itu saya melaksanakan kursus kepimpinan dengan menjemput fasilitator dari luar. Malah, murid-murid yang mempunyai masalah displin juga diberikan kursus khas agar mereka tidak mengulangi perbuatan yang sama. 5.Bagaimanakah cikgu melaksanakan pengurusan yang berkaitang Hal Ehwal Murid dengan baik Saya menjalankan mesyuarat dengan guru-guru yang terlibat dalam unit-unit Hal Ehwal Murid. Semasa mesyuarat, guru-guru boleh membentangkan apa-apa masalah dan cadangan untuk menambahbaikan lagi displin murid.


Temu bual dengan GPK Kokurikulum Nama: Puan Marliana binti Bahroom Jawatan: Guru Penolong Kanan Kokurikulum Tarikh: 19 Jun 2023 Soalan-soalan yang dikemukakan: 1.Bagaimanakah cikgu merancang dan mengatur aktiviti kokurikulum yang sesuai dengan keperluan murid? Saya menajalankan aktiviti dan program kokurikulum di sekolah yang diberikan oleh JPN Perlis untuk mencungkil bakat murid. Jadi saya akan melihat kesesuaian program berdasarkan bakat murid-murid. Sekiranya ada murid yang berbakat dalam sukan badminton, saya akan menghantar guru pembimbing untuk mengiring murid-murid tersebut. 2.Apakah strategi yang digunakan oleh cikgu untuk memastikan penyertaan yang meluas di kalangan murid dalam aktiviti kokurikulum? Pada zaman ini, penyertaan melibatkan murid tidak susah kerana ada penyertaan dalam talian. Contohnya, program tuala wanita dalam talian mendapat penyertaan yang ramai. Manakala, penyertaan murid secara bersemuka tidak susah apabila aktiviti dan program yang dianjurkan itu tidak bosan dan menarik minat murid. 3.Bagaimanakah cikgu menilai kesan dan manfaat aktiviti kokurikulum terhadap perkembangan holistik murid? Berdasarkan sistem PAJSK, saya menilai murid berdasarkan penglibatan mereka dari tahun 4,5 dan 6. Dari segi kesan pula, saya menilai daripada aktiviti dan program yang dilaksanakan di sekolah. Contoh program sembelihan ayam hidup, saya boleh menilai dan melihat murid boleh sembelih, masak dan goreng ayam itu. Jadi, mereka peroleh ilmu pengetahuan baru daripada program tersebut. 4.Berdasarkan transformasi 25, apakah langkah-langkah yang diambil oleh cikgu sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum dalam membentuk kepimpinan murid menerusi aktiviti kokurikulum? Dalam transformasi 25, saya berfokus kepada flip classroom. Saya akan menjalankan aktiviti dan program kokurikulum yang ada perkaitan dengan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Pembelajaran di dalam kelas murid akan keluar membuat aktiviti di luar untuk berkomunikasi dengan komuniti. Contohnya, kelab alam sekitar menganjurkan bengkel pembuatan sabun. Dengan ini, murid akan memberi manfaat kepada orang sekeliling. 5.Apakah cabaran yang dihadapi oleh cikgu dalam pengurusan dan pentadbiran kokurikulum, dan bagaimana cikgu mengatasinya? Sebagai GPK Kokurikulum, kekangan masa menjadi musuh utama dalam program. Hal ini kerana perancangan dari KPM ada had masanya. Penglibatan murid dalam penyertaan juga menjadi cabaran. Apabila banyak penyertaan, penggunaan wang juga banyak. Oleh itu, bagi melancarkan setiap program semua guru-guru akan terlibat kerana semua pihak membawa peranan masing-masing.


Temu bual dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu Nama: Puan Norazah binti Saad Jawatan: Ketua Panitia Bahasa Melayu Tarikh: 21 Jun 2023 Soalan-soalan yang dikemukakan: 1.Bagaimanakah pentaksiran bilik darjah (PBD) membantu meningkatkan pembelajaran murid? PBD membantu mengesan kekurangan murid dan guru boleh mencari jalan untuk meningkatkan prestasi murid. 2.Berdasarkan pentaksiran bilik darjah (PBD), bagaimanakah cikgu memberi maklum balas dan penilaian prestasi murid? Untuk Bahasa Melayu, saya menilai murid berdasarkan lisan dan respon mereka dalam bilik darjah. Penilaian PBD juga dilaksanakan secara berterusan dan formatif. 3.Apakah aktiviti pdp yang dilaksanakan oleh cikgu untuk mengukuhkan pemahaman murid? Saya memberi latihan dan meminta murid mengulang semula. Contohnya, murid berinteraksi dengan rakan tentang apa yang mereka belajar dan kemudian rakannya pula bercerita kembali tentang apa yang dia belajar. Akhir sekali saya akan membuat rumusan denga memilih murid secara rawak untuk membuat rumusan. Di situ saya akan menilai pemahaman murid. 4.Adakah cikgu memberi latihan yang berbeza kepada murid yang lemah? Memberi latihan yang berbeza susah dengan bilangan murid yang ramai. Lagi-lagi kekangan masa juga menghalang saya untuk fokus kepada setiap murid. Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini murid-murid yang menyiapkan tugasan awal akan menjadi cikgu cilik untuk membantu rakan-rakan mereka menyiapkan latihan. Dengan ini yang dibantu akan faham manakala yang membantu akan lebih faham. 5.Apakah cara yang dilaksanakan oleh cikgu untuk memperkaya kosa kata Bahasa Melayu? Untuk memperkaya kosa kata Bahasa Melayu, cikgu sendiri mengelak menggunakan bahasa pasar dan banyak menggunakan bahasa standard. Malah, setiap hari selasa, rabu, khamis ada program sejenak bersama panitia. Jadi, murid-murid tahap 2 membawa buku nota untuk mencatat perkataan baharu sama ada dari segi ejaan. 6.Apakah langkah-langkah yang diambil oleh cikgu untuk mengembangkan minat murid membaca dalam Bahasa Melayu? Untuk membaca, usaha yang dilakukan oleh panitia Bahasa Melayu ialah membekalkan bakul buku kepada setiap kelas. Selain itu, memberikan ganjaran dan hadiah kepada murid yang banyak membaca dalam program nilam. Malah, saya juga mencantikkn sudut bacaan dalam bilik darjah bagi menarik minat murid untuk membaca.


7.Adakah cikgu menggunakan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu? Selepas proses PdP, saya meminta murid-murid untuk mencari contoh surat rasmi di dalam internet. Kadang-kadang saya meminta murid untuk mencari perkataan di kamus elektronik. 8.Sebagai ketua panitia Bahasa Melayu, bagaimana cikgu memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah dilaksanakan? Sebarang masalah atau cadangan, saya akan berbincang dengan guru-guru dalam aplikasi Whatsapp. Dalam Whatsapp, kami akan berkongsi contoh-contoh soalan peperiksaan bagi memastikan murid-murid di sekolah ini tidak ketinggalan. Yang kedua, mengikut kesesuaian dengan pihak pentadbir, ketua panitia perlu menghantar buku latihan murid ke pihak pentadbir manakala guru-guru Bahasa Melayu akan menghantar buku latihan kepada saya. Sekiranya ada masalah pada buku latihan, saya akan menegur guru tersebut. Dengan ini, kualiti pentaksiran bilik darjah tercapai. Yang ketiga, sebarang maklumat akan dikongsi supaya semua mendapat maklumat terkini. Hal ini kerana kolaborasi antara guru-guru membawa peranan penting dalam kualiti pengajaran.


Temu bual dengan Guru Bahasa Melayu Nama: Puan Surina binti Ibrahim Jawatan: Guru Bahasa Melayu Tarikh: 22 Jun 2023 Soalan-soalan yang dikemukakan: 1.Apakah kelebihan dan kelemahan pentaksiran berasaskan sekolah? Kelebihan PBS dapat memberi peluang kepada murid untuk berubah dan mencapai ke tahap yang lebih baik. Sekiranya untuk kali pertama penilaian, murid itu tidak mencapai tahap yang baik. Mereka akan diberi peluang lagi untuk mencapai tahap yang lebih baik pada tahap yang seterusnya. Kelemahan PBS ialah murid yang selalu tidak hadir ke sekolah sukar untuk guru tafsir tahap pembelajaran mereka. 2.Adakah buku teks menjadi bahan utama dalam pdpc? Buku teks menjadi bahan utama dalam pengajaran Bahasa Melayu. Hal ini kerana kemahiran dalam buku teks sesuai dengan keperluan murid serta memudahkan guru untuk menilai. Walaupun UPSR telah dimansuhkan, buku teks masih sama digunakan oleh guru. 3. Selepas UPSR dimansuhkan, bagaimana cikgu menilai prestasi murid? Guru melaksanakan pentaksiran untuk menilai murid. Pentaksiran yang dijalankan adalah bebas. Murid perlu datang ke sekolah setiap hari dan menjalankan pembelajaran dalam bilik darjah. 4.Bagaimana cikgu mengaplikasikan teknik pengajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran murid? Saya gunakan teknik pengajaran mengikut kemahiran. Contohnya, kemahiran lisan dalam Bahasa Melayu. Semasa membuat pentaksiran, cikgu pergi dekat murid untuk menilai lisan mereka. Bagi murid yang malu untuk bercakap, cikgu boleh buat pembelajaran luar bilik darjah seperti cikgu berinteraksi apabila terserempak dengan murid di luar kelas. Selain itu, bagi murid yang tidak boleh membaca cikgu akan meminta murid untuk menyebut atau menamakan gambar yang mereka lihat di buku. 5.Langkah yang diambil oleh cikgu untuk membantu murid memahami dan menguasai isi murid mengikut tahap mereka? Walaupun isi pelajaran setiap kelas sama tapi cara cikgu mengajar berbeza. Bagi kelas yang lemah, cikgu akan terangkan dan meminta murid salin. Contohnya, cikgu terangkan kata nama am dan murid menyalin. Semasa proses menyalin, murid akan faham, menghafal dan mula belajar mengeja perkataan dengan betul. Namun, sekiranya mereka membuat kesalahan cikgu akan meminta mereka tiru semula jawapan yang betul. Manakala, murid yang sederhana cikgu akan terang dan kemudian mereka membuat latihan sendiri. Jika mereka membuat kesalahan cikgu akan menyuruh mereka mencari sendiri jawapan.


6.Bagaimanakah cikgu mengurus dan mengawal bilangan murid yang ramai dalam satu masa? Dari segi kawalan, cikgu perlu mengenal murid. Kalau kita tahu latar belakang murid lebih baik kKerana ada murid yang mendengar cakap dan ada murid yang tidak mendengar arahan. Oleh itu, apabila masuk ke kelas kita perlu wujudkan peraturan dalam kelas. Contohnya, murid yang tidak hantar buku akan dikenakan dendaan. Hal ini kerana apabila ada peraturan mudah bagi guru untuk mengawal kelas. 7. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran? Murid bersifat kanak-kanak. kanak-kanak apabila datang ke sekolah kerana kawan. Jadi apabila kita jalankan aktiviti PDP berpasangan atau berkumpulan, murid akan suka. Malah, cikgu akan bahagikan kumpulan mengikut sikap murid-murid dan berbeza jantina. Contohnya, murid yang malas belajar cikgu akan jadikan dia ketua kumpulan supaya dia buat kerja. Oleh itu, mengenal murid juga salah satu teknik cara mengajar kerana murid suka apabila guru menyebut nama mereka. Memberi pujian atau sindiran juga digunakan dalam teknik pengajaran supaya mereka fokus dalam kelas.


Temu bual dengan AJK PIBG Nama: Puan Rosmiza binti Sabu Jawatan: AJK PIBG Tarikh: 15 Jun 2023 Soalan: 1. Apakah peranan PIBG di sekolah? PIBG bertindak sebagai wakil ibu bapa dalam urusan sekolah. Kami berperanan dalam menyampaikan kepentingan, keperluan dan aspirasi ibu bapa. 2. Bagaimana AJK PIBG berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid-murid di sekolah ini? Dengan mengadakan mesyuarat ibu baca secara berkala di sekolah. Mesyuarat ini menjadi platform untuk berbincang, berkomunikasi dan mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa. 3. Adakah AJK PIBG terlibat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah ini? Kami terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Kami memberikan sokongan dan dorongan kepada murid yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Selain itu, kami juga ada memberikan sokongan dalam bentuk kewangan untuk menyokong kegiatan kokurikulum.


Temu bual dengan pekerja koperasi Nama: Puan Roslizawati binti Din Jawatan: Pekerja koperasi Tarikh: 15 Jun 2023 Soalan: 1. Bagaimana koperasi sekolah beroperasi dan menjalankan aktiviti jualan? Koperasi beroperasi pada pukul tujuh pagi sehingga 1.30 petang. Kami menjual alatan tulis, air mineral, buku dan menyediakan perkhidmatan photostat. 2. Bagaimana koperasi sekolah menjalankan perkhidmatan? Setiap hari sebelum pulang, saya akan menghantar laporan jualan. Saya juga menguruskan stok masuk dan keluar. 3. Nyatakan kebaikan koperasi sekolah. Kami memberi harga mampu milik atau berpatutan kepada semua guru dan murid. Barang di koperasi juga mudah didapatkan. Selain itu, sekolah juga dapat komisen dari pihak koperasi.


Temu bual dengan pengawal keselamatan Nama: Encik Osmanizam bin Ku Ismail Jawatan: Pengawal keselamatan Tarikh: 15 Jun 2023 1.Bagaimana encik mengawal keselamatan murid waktu pulang sekolah? Saya memastikan tidak ada murid yang bermain di laluan kenderaan atau jejantas. Sekiranya ada saya akan pergi tegur. Selain itu, saya juga melarang murid yang menunggu ibu bapa di luar kawasan sekolah. Murid hanya boleh menunggu di kerusi dalam kawasan sekolah. 2.Pukul berapa encik masuk dan keluar kerja? Kami mengikut sistem 12 jam. Lapan pagi sampai lapan malam. 3.Encik meronda kawasan sekolah setiap berapa jam? Setiap dua jam. 4.Bagaimana encik menegur dan mengenali orang luar yang masuk ke sekolah? Sekiranya waris, mereka perlu berhenti dan melapor di pondok pengawal. Sebarang perkara mereka perlu menulis di buku. Buku ini kami sediakan untuk orang menulis nama, nombor telefon dan tujuan. Tapi macam cikgu, setiap pagi waktu sekolah laluan untuk staf dan guru ada pintu pagar khas. 5.Sekiranya encik melihat murid melintas jalan untuk pergi membeli, apakah tindakan yang encik ambil? Saya akan tegur dan panggil murid itu masuk kembali ke kawasan sekolah. Jika murid itu membantah, saya akan melaporkan kepada pihak pentadbir tapi sekiranya dia akur saya tidak akan ambil apa-apa tindakan.


Temu bual dengan pekerja kebersihan Nama: Cik Martiah binti Razali Jawatan: Pekerja kebersihan Tarikh: 15 Jun 2023 Soalan: 1.Pukul berapa cik masuk dan keluar kerja? Masuk pukul tujuh pagi dan balik pukul 4 petang. 2.Setiap berapa jam cik meronda sekolah untuk membersih? Sehari tiga kali, waktu pagi, tengah hari dan petang. 3.Sekiranya ada murid membuang sampah, apakah tindakan cik? Saya tegur 4. Sukar atau tidak mengurus kebersihan sekolah? Ada masanya. Ada masa sukar urus dua orang. Ada masa tidak sukar.


Click to View FlipBook Version