The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 803-9-iffah, 2023-07-03 04:13:18

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PRKA3151)

E-PORTFOLIO

Temu bual dengan murid Nama: Izzah Syahirah binti Saiful Jawatan: Murid sekolah Tarikh: 23 Jun 2023 Soalan: 1. Berdasarkan peraturan sekolah, pukul berapa kamu datang ke sekolah dan pulang dari sekolah? Saya datang pukul 7.15 pagi. Pulang pukul 1.30 petang. 2.Selain belajar di dalam kelas, pernah atau tidak kamu belajar di makmal komputer dan menggunakan komputer untuk sesi PdP? Pernah. Kami kena cari perkataan baharu di kamus elektronik. 3.Pernahkah kamu mewakili sekolah untuk sebarang aktiviti kokurikulum? Saya pernah masuk persembahan angklung sampai MSSM. Badan beruniform saya pernah masuk kem perkhemahan.


6.0 AMALAN REFLEKSI AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Isu / perkara yang difokuskan Perkara yang difokuskan pada hari pertama (12 Jun 2023) ialah: • Rancangan Pengajaran Harian (RPH) • Teknik pengajaran guru 2. Analisis isu / perkara yang difokuskan Kekuatan: - Guru memberi kerjasama dengan berkongsi Rancangan Pengajaran Harian (RPH). - Guru mempamerkan cara penggunaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan DSKP. - Guru berkongsi pengalaman mengajar mengenai teknik pengajaran yang terbaik dengan mengikut kepada gaya pembelajaran murid. Kelemahan: - Kurang penerangan dan penjelasan tentang kawalan murid dalam bilik darjah. 3. Cadangan penambahbaikan Guru perlu mengenal diri murid dengan lebih erat supaya proses PdP berjalan dengan lancar.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Isu / perkara yang difokuskan Perkara yang difokuskan pada hari kedua (13 Jun 2023) ialah: • Taklimat penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2. Analisis isu / perkara yang difokuskan Kekuatan: - Ibu bapa hadir untuk mengetahui tentang pembelajaran anak mereka. - Majlis yang dianjurkan diuruskan dengan kerjasama guru-guru tahun 6 - Memberi penerangan yang jelas mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaskiran Bilik Darjah (PBD). - Guru menerangkan cara penilaian markah kepada murid dijalankan dalam bilik darjah. Kelemahan: - Ibu bapa kurang bertanya soalan. - Ibu bapa tidak diberi tahu mengenai markah terkini anak mereka. 3. Cadangan penambahbaikan - Menyediakan buku panduan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) agar ibu bapa diberi pendedahan awal sebelum majlis bermula. - Guru memberitahu perkembangan pembelajaran terkini supaya ibu bapa lebih berminat bertanya soalan untuk meningkatkan prestasi anak mereka.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Isu / perkara yang difokuskan Perkara yang difokuskan pada hari ketiga (14 Jun 2023) ialah: • Mengikuti kelas Bahasa Melayu bersama guru pembimbing • Proses PdP 2. Analisis isu / perkara yang difokuskan Kekuatan: - Murid menghormati dan mendengar arahan guru. Memudahkan proses PdP berjalan dengan lancar. - Murid memberi kerjasama dengan melakukan aktiviti PdP. - Guru memberikan pujian dan ganjaran untuk menarik minat murid dalam PdP. - Murid memberi respon yang baik. Kelemahan: - Bilangan murid yang ramai menyukarkan guru untuk fokus murid yang lemah. - Kekangan masa 3. Cadangan penambahbaikan Guru mengenal pasti murid yang lemah dan melaksanakan kelas tambahan untuk mereka.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Isu / perkara yang difokuskan Perkara yang difokuskan pada hari keempat (15 Jun 2023) ialah: • Mesyuarat agung PIBG kali ke-29 2. Analisis isu / perkara yang difokuskan Kekuatan: - Mengetahui pengurusan dan tentatif majlis melalui buku program yang disediakan. - Menyediakan makanan dan tempat pendaftaran untuk ibu bapa yang hadir. - Mengenal pasti tindakan dan tugas guru-guru dalam memastikan majlis berjalan dengan baik. - Membuat persediaan awal untuk persembahan murid. Kelemahan: - Ruang persembahan yang sempit 3. Cadangan penambahbaikan Menyediakan tempat yang kondusif dan luas untuk persembahan agar murid selesa dan bebas bergerak.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Isu / perkara yang difokuskan Perkara yang difokuskan pada hari kelima (16 Jun 2023) ialah: • Kursus kepimpinan pengawas pusat sumber 2. Analisis isu / perkara yang difokuskan Kekuatan: - Murid suka menjawab soalan dan mempunyai perasaan ingin mencuba yang tinggi apabila ada kuiz. - Penceramah mendapat respons yang baik daripada murid semasa sesi soal jawab. - Murid aktif mencari jawapan semasa aktiviti berlansung. Ganjaran dan hadiah yang disediakan telah menarik minat murid. - Semua murid mendapat ganjaran kerana penyertaan mereka yang ramai. Kelemahan: - Sebahagian murid bermain dan tidak fokus semasa ceramah. 3. Cadangan penambahbaikan Penceramah memberikan amaran atau peraturan seperti dendaan kepada murid yang membuat bising supaya murid memberi perhatian sepenuhnya.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Isu / perkara yang difokuskan Perkara yang difokuskan pada hari keenam (19 Jun 2023) ialah: • Perbincangan bersama Guru Besar tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah. 2. Analisis isu / perkara yang difokuskan Kekuatan: - Membangunkan nama sekolah dengan mendorong murid dan guru dalam penyertaan yang meluas dalam pelbagai bidang. - Menilai prestasi guru untuk membentuk sekolah yang memenuhi transformasi 25 - Menggalakkan murid dan guru menyertai inovasi. Kelemahan: - Jumlah guru yang sederhana dengan bilangan murid yang ramai menyukarkan guru mengurus PdP dengan lancar. 3. Cadangan penambahbaikan Guru mewujudkan atau menekankan peraturan supaya murid akur dan mendengar arahan.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Isu / perkara yang difokuskan Perkara yang difokuskan pada hari ketujuh (20 Jun 2023) ialah: • Mengikuti pertandingan sains cilik kraetif tahap 1 dan 2 2. Analisis isu / perkara yang difokuskan Kekuatan: - Memberi peluang kepada murid untuk mencuba dan mencari jawapan sendiri. - Murid berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. - Guru menyediakan tempat yang selesa dan kondusif untuk murid. - Guru memberi arahan dengan suara yang lantang dan jelas. Kelemahan: - Sesetengah murid tidak menumpukan perhatian dan bermain menyebabkan mereka lambat menyiapkan tugasan. 3. Cadangan penambahbaikan Guru membahagikan murid yang berbeza tahun dan jantina supaya mereka tidak bersembang dengan rakan.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Isu / perkara yang difokuskan Perkara yang banyak difokuskan pada hari kelapan (21 Jun 2023) ialah: • Perbincangan bersama ketua panitia Bahasa Melayu berkenaan dengan budaya membaca di sekolah. • Menjalankan pemerhatian bahan bacaan di Pusat Sumber sekolah. 2. Analisis isu / perkara yang difokuskan Kekuatan: - Persekitaran Pusat Sumber yang menarik, kemas dan selesa. - Memiliki bahan bacaan yang banyak untuk murid tahap 1 dan 2. - Panitia Bahasa Melayu menarik minat murid dengan menyediakan satu baku buku untuk setiap kelas. - Guru bekerjasama dengan Pusat Sumber untuk menjalankan pentaksiran di Pusat Sumber. - Guru memberikan hadiah dan ganjaran kepada muid-murid yang banyak membaca. Kelemahan: - Bahan bacaan tidak disusun mengikut nombor kodnya atau warna. 3. Cadangan penambahbaikan - Guru membuat jadual tugas pengawas-pengawas Pusat Sumber agar perpustakaan dikendalikan dan diuruskan dengan lebih kemas dan teratur. - Pengawas Pusat Sumber perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengajak rakan-rakan datang ke Pusat Sumber.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Isu / perkara yang difokuskan Perkara yang banyak difokuskan pada hari kesembilan (22 Jun 2023) ialah: • Temu bual bersama guru Bahasa Melayu tentang teknik pengajaran yang diaplikasikan mengikut tahap pembelajaran murid. 2. Analisis isu / perkara yang difokuskan Kekuatan: - Guru mengenal pasti nama, latar belakang dan sifat murid sebelum sesi PdP berlangsung. - Guru menggunakan teknik pengajaran yang berbeza mengikut tahap pembelajaran murid. Murid yang lemah dibimbing oleh guru manakala murid yang sederhana diberikan peluang untuk mencuba mencari jawapan sendiri. - Suasana bilik darjah yang kondusif memberikan keselesaan kepada murid untuk belajar. - Murid suka melakukan aktiviti dalam bilik darjah dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Kelemahan: - Sesetengah murid tidak memberi respons yang baik dan mereka malu untuk bertutur. 3. Cadangan penambahbaikan Guru perlu mengenal pasti murid yang introvert dan ekstrovert agar guru dapat mengaplikasikan teknik pengajaran yang sesuai.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Isu / perkara yang difokuskan Perkara yang banyak difokuskan pada hari kesepuluh (23 Jun 2023) ialah: • Cara guru menjalankan kelas pemulihan untuk murid yang lemah. 2. Analisis isu / perkara yang difokuskan Kekuatan: - Guru menggunakan pembelajaran berasaskan bahan bantu belajar (BBB). - Guru mengajar semula dengan kaedah yang berlainan. - Guru menggunakan bahan visual untuk menarik minat murid dan murid mencuba untuk memberi jawapan. - Mempermudahkan dan mempelbagaikan latihan - Murid dibimbing menyusun maklumat dalam bentuk ringkas. Kelemahan: - Murid sukar memahami dan menguasai pembelajaran dengan baik. 3. Cadangan penambahbaikan Penyampaian guru dimulakan dengan yang mudah kepada yang susah supaya pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid dapat disesuaikan dengan pembelajaran baru. Hal ini kerana pengalaman sedia ada memberikan kesan jangka masa panjang dalam ingatan murid.


7.0 LAPORAN AKHIR Sepanjang sepuluh hari menjadi guru pelatih di Sekolah Kebangsaan Sena, saya telah berjaya menghabiskan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa satu. Program PBS wajib dilakukan oleh semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Program ini memberi pendedahan awal kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru-guru pelatih dapat merasai dan melihat sendiri bagaimana pentaksiran bilik darjah dilaksanakan. Hal ini turut memberikan pengalaman yang bermakna kepada guru-guru pelatih sebagai penyediaan awal sebelum menjadi guru sebenar. Sekolah Kebangsaan Sena merupakan sekolah prestasi tinggi di negeri Perlis. Namun, sekolah ini juga dipilih oleh saya kerana guru dan murid di sekolah ini banyak melibatkan diri mereka dalam dunia inovasi. Oleh itu, Sekolah Kebangsaan Sena dikenali dengan sekolah yang kuat dengan STEM. Malah, sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur seperti makmal komputer, pusat sumber, koperasi, mesin air percuma dan banyak lagi. Prasarana dan infrastruktur ini yang canggih dan mencukupi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan murid. Persekitaran dan suasana sekolah yang ceria dan luar biasa, bukan sahaja menarik minat murid untuk belajar, tetapi guru juga menjadi lebih positif dan bersemangat untuk mengajar. Tujuan utama saya menjalankan PBS adalah untuk melihat pengurusan dan pentadbiran sekolah ini yang merangkumi kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan komuniti berdasarkan dasar pendidikan. Berdasarkan dasar pendidikan, sekolah ini menggunakan bahasa pengantar kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Buktinya, murid-murid di sekolah ini fasih berbahasa Melayu. Penilaian dan pentaksiran di sekolah ini dilaksanakan mengikut Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Kedua-dua penilaian dan pentaksiran ini berada di bawah dasar pendidikan. Seterusnya, program yang dijalankan oleh kurikulum di sekolah ialah kuiz Panitia Bahasa Melayu. Tujuan program ini adalah untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Program ini di bawah dasar pendidikan iaitu pemartabatan pendidikan Bahasa Melayu. Program kokurikulum yang dijalankan di sekolah ialah kejohanan mini olahraga. Program ini bertujuan untuk menggalakkan minda dan tubuh badan yang sihat dalam kalanga murid. Program ini mengikut dasar pendidikan yang berada di bawah program kokurikulum bagi 1 Murid 1 Sukan. Seterusnya, program yang dijalankan di bawah Hal Ehwal Murid ialah Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan berdasarkan dasar pendidikan. Murid-murid yang layak menerima RMT ialah murid yang pendapatan kapita RM310 dan isi rumah RM1169. Di samping itu, satu mesyuarat PIBG yang melibatkan ibu bapa dan komuniti telah dijalankan di sekolah ini. Program ini di bawah dasar pendidikan. Malah, program pendidikan yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan dasar pendidikan ialah transformasi 25.


Sepanjang melaksanakan PBS di sekolah ini, saya telah diberi peluang oleh pihak sekolah untuk bergerak bebas melakukan pemerhatian di sekeliling kawasan sekolah bagi mengumpul maklumat yang diperlukan. Peluang yang diberi ini telah memudahkan saya menyiapkan tugasan PBS. Selain itu, saya juga mengikuti guru pembimbing saya iaitu Puan Norazah binti Saad masuk ke dalam bilik darjah untuk mengeksplorasi sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini telah memberikan saya pengetahuan baru mengenai bagaimana Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan dan cara atau teknik pengajaran yang digunakan oleh guru untuk membantu murid memahami dan menguasai isi pelajaran. Malah, kawalan kelas juga sangat penting dalam proses PdP. Bagi seorang guru pelatih memang sukar untuk mengawal dan mengurus bilangan murid yang ramai dalam satu masa. Maka, program PBS ini telah menyedarkan saya tentang keperluan psikologi pembelajaran ketika mengajar untuk mengawal tingkah laku murid-murid. Sebagai guru pelatih untuk menyelesaikan tugasan PBS, saya telah mengumpulkan data yang relevan tentang sekolah ini. Data yang saya kumpulkan termasuk informasi tentang struktur organisasi sekolah, fasilitas sekolah, jumlah murid dan maklumat lain-lain. Sepanjang proses pengumpulan data, saya belajar menjadi lebih proaktif dengan bergerak berinteraksi dengan guru, murid dan warga sekolah untuk mendapatkan jawapan daripada soalan tugasan PBS. Oleh itu, saya telah menjalankan kaedah temu bual yang membantu saya memahami peranan, bitara sekolah dan pandangan merekabagi memastikan sekolah berada dalam keadaan baik. Melalui pengalaman ini, saya belajar menjadi lebih berani dan saya dapat membentuk keterampilan interpersonal dalam diri. Sebagai kesimpulannya, segala pengalaman dan pengetahuan baru yang saya peroleh daripada program PBS ini dapat saya gunakan pada masa hadapan kelak. Setiap nasihat dan ajaran yang saya dapat daripada guru-guru akan sentiasa diingati oleh saya untuk menghadapi dunia pengajaran seterusnya.


8.0 LAMPIRAN 8.1 KOLABORATIF KOLABORATIF DENGAN GURU BESAR


KOLABORATIF DENGAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


KOLABORATIF GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


KOLABORATIF GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


KOLABORATIF KETUA PANITIA BAHASA MELAYU


KOLABORATIF GURU BAHASA MELAYU


KOLABORATIF AJK PIBG


KOLABORATIF PEKERJA KOPERASI


KOLABORATIF PEKERJA KEBERSIHAN


KOLABORATIF PENGAWAL KESELAMATAN


INTERAKSI DENGAN MURID


8.2 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH


VISI MISI


LOKASI DAN PELAN SEKOLAH


8.3 MAKLUMAT KURIKULUM CARTA ORGANISASI


BIDANG TUGAS


PROGRAM Nama program: Taklimat Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tarikh: 13 Jun 2023 (Selasa) Objektif: Memberi pendedahan awal kepada ibu bapa tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tajuk program Tentatif program Buku manual pendaftaran ibu bapa Penyediaan air percuma


Pendaftaran ibu bapa Guru bertugas Ucapan Guru Besar Kehadiran Ibu bapa Bacaan doa Penyampaian guru


Nama Program: Program Panitia Sains Tarikh: 22 dan 23 Jun 2023 Objektif: Meluaskan pengetahuan murid tentang vertebrata dan sistem rangka manusia. Sesi soal jawab murid tahap 1 Sesi soal jawab murid tahap 2 Penyampaian hadiah Murid tahap 2 Penyampaian hadiah Murid tahap 1


Nama program: Sains cilik Tarikh: 21 Jun 2023 Objektif: 1. Mengasah kemahiran penulisan laporan kreatif berdasarkan hasil eskperimen murid. 2. Menarik minat murid terhadap subjek sains dan lebih berkeyakinan untuk bereksperimen secara kendiri. Murid melakukan esperimen kendiri Murid melengkapkan laporan eksperimen Peserta Program Sains Cilik Kreatif


Nama Program: Program Panitia Bahasa Melayu Tarikh: 13 Jun 2023 Objektif: Memperkaya dan memartabatkan Kosa Kata Bahasa Melayu Murid mempunyai sifat mencuba yang tinggi Pemberian hadiah kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul


Nama program: Kursus kepimpinan pengawas pusa sumber sekolah Tarikh: 16 Jun 2023 Objektif: Meningkatkan keterampilan komunikasi dan kerjasama Sesi ceramah Sesi soal jawab Murid menjawab soalan kuiz Menyusun buku mengikut kod buku


Aktiviti berkumpulan Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang


Nama program: Kursus kepimpinan pengawas pusat sumber sekolah Tarikh: 21 Jun 2023 Objektif: Penambahan ilmu teknologi berkaitan digital Penerangan tentang TV PSS oleh penceramah Murid belajar merakam video PSS menggunakan telefon bimbit


Nama program: Bengkel Stem Decathlon Tarikh: 22 Jun 2023 Objektif: 1. Penambahan ilmu tentang STEM 2. Meningkatkan daya saing dalam bidang Sains


Nama program: Bengkel Digital Story Telling Tarikh: 22 Mei 2023 Objektif: Mengembangkan kemahiran kolaborasi, menulis dan interaksi murid


8.4 MAKLUMAT HAL EHWAL MURID CARTA ORGANISASI


BIDANG TUGAS


PROGRAM Nama program: Motivasi kembara impian Tarikh: 14 Jun 2023 Objektif: Membina keyakinan diri dan kepimpinan dalam diri murid Tentatif program Murid bertolak dari sekolah ke Bukit Ayer, Perlis


Sesi 1: Slot motivasi kembara impian Sesi 2: Slot memanah dan aktiviti berkumpulan Sesi 3: Makan tengah hari


Nama program: Kursus kepimpinan pemimpin muda Tarikh: 20 Jun 2023 Objektif: 1. Memperkembang potensi kepemimpinan dalam diri pemimpin muda 2. Meningkatkan tahap kesedaran dan tanggungjawab pemimpin muda Penyampaian Guru Besar Penyampaian Guru Bacaan doa Murid Sesi ceramah


Aktiviti berkumpulan Makan tengah hari Penyampaian hadiah kepada pemenang


Nama program: Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Tarikh: 13 Jun 2023 Objektif: Membantu murid kurang berkemampuan ke sekolah Makanan untuk murid RMT Guru bertugas Murid-murid yang menerima RMT


Nama program: CSR Mokti’s bersama SK SENA Tarikh: 16 Mei 2023 Objektif: Memberi peluang kepada semua murid dan guru. Pemberian hadiah sebagai kenangan dan penghargaan Murid beratur untuk mengambil ais krim


8.5 MAKLUMAT KOKURIKULUM CARTA ORGANISASI


BIDANG TUGAS


Click to View FlipBook Version