CU S T OM E R CA R E SECTION A BETTER, BRIGHTER FUTURE RUNS ON GOOD ENERGY. BULETIN SME & RESIDENTIAL TERENGGANU | EDARAN DALAMAN SAHAJA | EDISI 2023 Inspired by Jim Rohn “The Greatest Gifts in Customer Experience is The Gift of Attention”
VISI KAMI Untuk menjadi di antara badan korporat yang terunggul di dunia dalam bisnes tenaga dan yang berkaitan MISI KAMI Kami beriltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam produk dan perkhidmatan ASPIRASI KAMI Menjadi Pembekal Terunggul bagi Penyelesaian Tenaga Lestari di Malaysia dan Antarabangsa NILAI-NILAI TERAS KAMI PROFESIONALISME Kami bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tindakan kami, mempamerkan prestasi cemerlang dan produktiviti yang tinggi. Kami fokus pada pencapaian dan melaksanakan tugas dengan disiplin. KERJASAMA Kami saling mempercayai dan mengamalkan semangat kerja berpasukan demi kejayaan bersama. Kami proaktif dalam bantu-membantu, berkomunikasi dengan jelas dan memberikan maklumbalas yang membina. Kami mengamalkan kepelbagaian dan keterangkuman, serta kami menghargai pandangan luar. PRIHATIN Kami tahu siapa kami, dan kami berpegang teguh pada nilai-nilai kami. Kami memahami, menghormati dan prihatin terhadap orang lain dan persekitaran. Kami memelihara keselamatan dan kesejahteraan warga kerja dan orang awam. BERWAWASAN Kami berani berubah, mencabar kebiasaan dan menggalakkan ketangkasan serta inovasi. Kami komited untuk memastikan kemampanan TNB dalam semua aspek. Kami membuat keputusan bersandarkan maklumat tepat dan belajar daripada kesilapan. INTEGRITI Kami mendukung etika yang tertinggi, dan melakukan apa yang betul pada setiap masa. Kami bersikap adil, jujur dan dan telus dalam segala urusan. Kami sentiasa berusaha mencapai manfaat bersama bagi negara, syarikat dan pelanggan. MENGUTAMAKAN PELANGGAN Kami akan sentiasa memahami pelanggan dan mendahului kehendak mereka. Kami berterusan meningkatkan kepercayaan dengan menepati janji. Kami sentiasa mencari kelainan untuk menggembirakan pelanggan kami. T N B P R O F I L K O R P O R A T
Menyesuaikan Inbound Marketing untuk membina hubungan yang kukuh dengan Pelanggan TNB melalui perkhidmatan yang ditawarkan di luar Pengalaman Pelanggan. S M E & R e s i d e n t i a l Te r e n g g a n u E v o l u s i E l e m e n U t a m a P e l a n g g a n 2 0 2 3
“Isu berkaitan nombor premis ini merupakan isu lama ketika sistem TNB diperkemaskan lagi ke arah lebih baik. Terima kasih kepada pengguna juga kerana sikap cakna dari pengguna dengan membuat aduan memudahkan kita untuk mengambil tindakan pembetulan sekiranya semakan dokumen dan maklumat pengguna adalah betul dalam rekod TNB” Kuala Terengganu | 9 Januari 2023 Kuala Terengganu | 10 Januari 2023 "Kedai Tenaga Kuala Terengganu sentiasa memberikan komitmen dalam isu myTNB sekiranya pengguna menghadapi masalah menggunakannya. Maklumbalas pengguna yang datang ke Kedai Tenaga Kuala Terengganu juga positif dengan myTNB ini memudahkan mereka melihat maklumat bil“ “Buah tangan dilihat biasa-biasa, tetapi kesannya sangat luar biasa. Bagai hadiah yang dinantikan saban tahun oleh semua warga Cina. Dengan corak yang menarik, dan logo TNB menjadi kebanggaan, hadiah sekecil ini sangat bermakna dan membawa nilai yang besar di mata mereka” Kuala Terengganu | 16 Januari 2023 Kuala Terengganu | 14 - 16 Julai 2023 “Kami berhasrat sesi ini dapat memenuhi keperluan dan kepercayaan penduduk Pulau Redang. Disamping itu juga, usaha kami ini juga adalah untuk membantu dan menggembirakan penduduk Pulau Redang dengan kemudahan dari Smart Meter dan pemantauan penggunaan elektrik dari aplikasi myTNB.” Kuala Terengganu | 16 Julai 2023 “Kepercayaan pengguna kepada TNB adalah penting dalam memastikan perkhidmatan disediakan sampai kepada pengguna. Tahniah diucapkan kepada Syahril dan Kedai Tenaga Kuala Terengganu berlapang dada membantu pelanggan dari awal hingga akhir.”
Kemaman | 13 Januari 2023 “Menjadikan aplikasi myTNB sebagai ‘Culture’ dikalangan pengguna adalah keutamaan kami untuk terus menyokong pembangunan produk TNB oleh pengurusan. Seiring masa, aplikasi myTNB adalah produk yang relevan supaya ‘Customer Trust’ kepada TNB terus wujud” Kemaman | 17 Januari 2023 “Amalan ‘Customer Experience’ sangat penting dengan kita menggunakan hubungan dua hala terbina dengan wakil-wakil kerajaan dalam mencari inisiatif buat pengguna sedikit sebanyak dapat membantu mereka terutama situasi semasa dengan perbenlanjaan harian semakin meningkat.” Kemaman | 9 Jun 2023 “Healing Engagement Session adalah konsep untuk mengimbangi isu terkini TNB supaya informasi yang betul disampaikan secara terus kepada pengguna. Setiap Sesi Hari Bersama Pelanggan, saya memastikan Kedai Tenaga Kemaman bergerak seiring dengan situasi dan isu-isu semasa TNB dan ini menjadikan Kedai Tenaga Kemaman lebih matang dalam menangani maklumbalas pengguna.” Kemaman | 17 Julai 2023 “Kami sentiasa memastikan setiap saluran pengguna yang disediakan oleh TNB diperkasakan terutama aplikasi myTNB. Pertemuan ini sangat penting kerana hubungan Retail dengan pengguna sangat dekat. Dalam keprihatinan kami ini, pandangan dan nasihat dari Superintendan Hanyan Ramlan amat diperlukan terutama apabila menangani pengguna agresif.” Kemaman | 17 Julai 2023 “Pemeriksaan mata adalah penting kepada penglihatan pembaca jangka terutama ketika membuat bacaan meter di tapak dan ketika menunggang motorsikal. Selama ini mereka mungkin tidak pernah membuat pemeriksaan. Kami menyahut seruan CCL – Together Become One, di mana kami melahirkan sikap prihatin sesama warga Kelauarga Retail Terengganu.” Kerteh | 19 Jun 2023 “myTNB kini telah menjadi keutamaan pengguna dan bukan lagi produk yang hanya untuk semakan pembilan. Tahun ini Kedai Tenaga Kerteh komited dalam misi GEGAR 2023 – Give the services, Earn the experience, Get the feedback and Raise the TNB brand 2023, dalam memastikan kontribusi syarikat terus relevan kepada pengguna.”
Kerteh | 22 Julai 2023 “myTNB kini telah menjadi keutamaan pengguna dan bukan lagi produk yang hanya untuk semakan pembilan. Tahun ini Kedai Tenaga Kerteh komited dalam misi GEGAR 2023 – Give the services, Earn the experience, Get the feedback and Raise the TNB brand 2023, dalam memastikan kontribusi syarikat terus relevan kepada pengguna.” Terengganu | Januari - Februari Dungun 6 Februari 2023 AMBS 7 Februari 2023 Kuala Berang 8 Februari 2023 Kemaman 27 Februari 2023 Kuala Terengganu 28 Februari 2023 Customer Care Terengganu Journey Marang 9 Mac 2023 Setiu 14 Mac 2023 Besut 15 Mac 2023 Kerteh 16 Mac 2023 Kuala Terengganu | 3 April 2023
Kedai Tenaga Kuala Terengganu SME & Residential, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad Jalan Banggol 20100 Kuala Terengganu, Terengganu Tel.: 09-6314764 | Faks: 09-6314766 Team Members Customer Service Operations: 10 Billing Operations & Meter Reading: 39 Credit Operations: 4 CAActive: Kawasan Liputan Daerah Kuala Terengganu – 257,000 orang penduduk Daerah Kuala Nerus – 151,400 orang penduduk Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) - 2022 Zainal Abidin Ahmad Customer Care Officer Kuala Terengganu “Apabila anda membantu orang lain berasa penting, anda juga membantu diri anda berasa penting” Inspirasi oleh David J. Schwartz
Pengguna yang dikenali sebagai Che Muhammad Fakhri telah memuatnaik aduan di laman Facebook kumpulan Kuala Terengganu Residen kerana berlaku kekeliruan alamat premis bukan pemilik bagi akaun bil TNB beliau. Beliau juga telah ke Kedai Tenaga berdekatan dan dimaklumkan perlu membawa geran tanah sebagai rujukan Kedai Tenaga. ADUAN PENGGUNA Mengukuhkan Customer Experience Aktif dalam memastikan Customer Experience mencapai standard ditetapkan, tindakan segera telah diambil oleh Team Member Customer Services Operation Kuala Terengganu; Syahril Azmi Lawi @ Ali dan Mohd Sayuti Zahri @ Zahari bersama-sama Shalinda Fazira Sahidan.
“Isu berkaitan nombor premis ini merupakan isu lama ketika sistem TNB diperkemaskan lagi ke arah lebih baik. Terima kasih kepada pengguna juga kerana sikap cakna dari pengguna dengan membuat aduan memudahkan kita untuk mengambil tindakan pembetulan sekiranya semakan dokumen dan maklumat pengguna adalah betul dalam rekod TNB” Oleh itu, wakil Kedai Tenaga Kuala Terengganu yang merupakan ahli TNB SocMed Aplifier telah mengambil inisiatif berkesan dengan membuat semakan di tapak untuk memastikan alamat pengguna sebagaimana bil adalah sama dengan nombor meter didaftarkan di bil dan ditapak. Hasil daripada semakan, mendapati alamat premis bagi meter didaftarkan adalah berbeza dan tindakan pembetulan telah dibuat segera dengan mengemaskini maklumat premis pengguna sebgaimana sebenarnya. Pengguna ambil maklum perkara tersebut dan akan menyemak bil baharu bagi mengesahkan bahawa alamat premis beliau telah dikemaskini. Kredit Foto: Mohd Sayuti Zahri@Zahari Kuala Terengganu | 9 Januari 2023 Syahril Azmi Lawi @ Ali Team Member Customer Services Operation Kuala Terengganu
ADUAN PENGGUNA Mengukuhkan Customer Experience myTNB kini menjadi keutamaan pengguna untuk menyemak dan membayar akaun bil TNB. Tidak ketinggalan kepada pengguna kuasa besar, Amir Helmi Mohamad, Penolong Jurutera UITM pusat pembelajaran Kuala Terengganu, yang telah menghadapi isu akaun bil TNB tidak dapat diakses dan bil-bil tidak dapat dimuaturun bagi akaun-akaun bil UMT melalui myTNB Portal. Wakil Kedai Tenaga Terengganu bertindak segera bertemu menyelesaikan masalah dihadapi pengguna. Semakan mendapati kelewatan pengemaskinian dalam myTNB Portal pengguna menyebabkan bil-bil TNB pengguna tidak dapat dimuaturun. Tindkan segera dibuat dengan melakukan refresher pada myTNB Portal dan memaklumkan bil-bil TNB akan dipaparkan pada myTNB Portal pengguna pada awal bulan.
Kesempatan bertemu ini juga memberi peluang kepada Team Member Customer Services Operatioans; Syahril Azmi Lawi @ Ali, Mohd Sayuti Zahri @ Zahari, dan Nordiana Sulaiman bersama-sama Team Member Billing Operations, Nuraini Rameli mempromosi aplikasi myTNB kepada warga kerja UITM Kuala Terengganu. Seramai 15 orang berjaya memuaturun dan mendaftar aplikasi myTNB. Kredit Foto: Mohd Sayuti Zahri@Zahari Kuala Terengganu | 10 Januari 2023 "Kedai Tenaga Kuala Terengganu sentiasa memberikan komitmen dalam isu myTNB sekiranya pengguna menghadapi masalah menggunakannya. Maklumbalas pengguna yang datang ke Kedai Tenaga Kuala Terengganu juga positif dengan myTNB ini memudahkan mereka melihat maklumat bil“ Mohd Sayuti Zahri @ Zahari Team Member Customer Services Operation Kuala Terengganu
Saban tahun, Kedai Tenaga Kuala Terengganu tidak pernah lupa meraikan warga Cina yang berdekatan Kedai Tenaga dan yang hadir ke Kedai Tenaga untuk diraikan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba. Edaran sampul raya Tahun Baru Cina 2023 ini, sentiasa memberi kesan di hati pengguna khususnya warga berbangsa Cina. Dalam menanti sambutan perayaan, Kedai Tenaga Kuala Terengganu dapat bertanya khabar dan mendapat maklumbalas terkini berkenaan peranan TNB kepada pengguna. Hubungan maklumbalas pengguna kepada TNB sangat penting dalam meningkatkan Customer Experience disepanjang khidmat yang diberikan oleh TNB. Edaran ini dibuat bermula dari kawasan perkedaian di sekitar Jalan Banggol sehingga ke Kampung Cina. Turut diberikan kepada pengguna berbangsa Cina yang hadir ke Kedai Tenaga. Edaran dibuat oleh Team Member Customer Services Operation; Syahril Azmi Lawi @ Ali, Mohd Sayuti Zahri @ Zahari, Nordiana Sulaiman dan Norjuliana Ahmad Lotfi bersama-sama Zainal Abidin Ahmad, Customer Care Officer. !
“Buah tangan dilihat biasa-biasa, tetapi kesannya sangat luar biasa. Bagai hadiah yang dinantikan saban tahun oleh semua warga Cina. Dengan corak yang menarik, dan logo TNB menjadi kebanggaan, hadiah sekecil ini sangat bermakna dan membawa nilai yang besar di mata mereka” Kredit Foto: Mohd Sayuti Zahri@Zahari Kuala Terengganu | 16 Januari 2023 Zainal Abidin Ahmad Customer Care Officer Kuala Terengganu
We Practice TNB Core Values CUSTOMER CENTRICITY Be Efficient With Smart Meter Satu sesi Ramah Mesra Customer Care Kuala Terengganu Bersama Penduduk Pulau Redang telah diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman berkenaan kelebihan Smart Meter TNB. Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang terpilih dalam pembangunan Projek Pulau Tenaga Hijau selain Pulau Perhentian dan Pulau Tioman. Pelaksanaan projek itu akan memberi manfaat kepada pengguna domestik dan komersial di Pulau Redang yang bakal menerima bekalan elektrik selama 24 jam. Sesi ini melibatkan anggota kerja Customer Services Operation, Billing Operations dan Credit Operations yang diketuai oleh Nurshazwani Salim, Team Member Billing Services dari Kedai Tenaga Kuala Terengganu.
Kredit Foto: Mohd Sayuti Zahri@Zahari Kuala Terengganu | 14 - 16 Julai 2023 Nurshazwani Salim Team Member Billing Services Penglibatan dari penduduk Pulau Redang tersebut, seramai 65 orang penduduk didapati telah berlaku peningkatan penggunaan elektrik. Oleh itu, penerangan berkenaan Smart Meter ini telah diperjelaskan, dan pentingnya pengurusan penggunaan elektrik melalui aplikasi myTNB(Pengguna Smart Meter) juga telah membantu penduduk Pulau Redang. Retail sebagai Duta TNB, amalan nilai teras Customer Centricity dalam diri warga kerja sangatlah penting apabila produk-produk TNB dilaksanakan dan diperkenalkan dalam memenuhi keperluan dan kepercayaan pelanggan kepada TNB. “Kami berhasrat sesi ini dapat memenuhi keperluan dan kepercayaan penduduk Pulau Redang. Disamping itu juga, usaha kami ini juga adalah untuk membantu dan menggembirakan penduduk Pulau Redang dengan kemudahan dari Smart Meter dan pemantauan penggunaan elektrik dari aplikasi myTNB.”
We Practice TNB Core Values CUSTOMER CENTRICITY Delivering Promises, Building Trust And Understanding Customers Needs “Apabila anda membantu orang lain berasa penting, anda juga membantu diri anda berasa penting,” inspirasi dari David J. Schwartz – Begitulah salah satu nilai teras TNB, Customer Centricity diterapkan dalam diri warga kerja Retail Terengganu. Wakil dari Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu(Tourism Terengganu) telah hadir ke Kedai Tenaga Kuala Terengganu berkaitan penggunaan portal myTNB. Beliau telah menghadapi kesukaran untuk mengemaskini dan menambah akaun jabatan ke portal myTNB. Portal myTNB Tourism Terengganu sebelumnya diuruselia oleh pegawai lain, dan kini beliau mengambil alih bagi pengurusan bil-bil utiliti Tourism Terengganu. Syahril Azmi Lawi@Ali, Team Member Customer Services Operation, telah mewakili Kedai Tenaga Kuala Terengganu membantu beliau memperkenalkan ciri-ciri utama dan caracara menguruskan akaun-akaun bil TNB yang terdapat di dalam myTNB portal. Sebanyak 20 akaun bil TNB pengguna telah Berjaya dikemaskini. Ini telah memberikan kemudahan kepada Tourism Terengganu untuk menguruskan dan menyemak akaun-akaun bil TNB. Hubungan TNB dan Jabatan-Jabatan Kerajaan adalah penting dalam konteks Tadbir Urus Korporat di mana Kerajaan merupakan salah satu dari Pihak Berkepentingan Sekunder, yang secara tidak langsung meningkatkan imej dan jenama TNB. Kredit Foto: Syahril Azmi Lawi@Ali Kuala Terengganu | 16 Julai 2023 “Kepercayaan pengguna kepada TNB adalah penting dalam memastikan perkhidmatan disediakan sampai kepada pengguna. Tahniah diucapkan kepada Syahril dan Kedai Tenaga Kuala Terengganu berlapang dada membantu pelanggan dari awal hingga akhir.” ‘Ainnul Marwani Muktar Lead Customer Care - Terengganu
Kedai Tenaga Kemaman SME & Residential, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad Jalan Sulaimani 24000 Kemaman, Terengganu Tel.: 09-8583300 | Faks: 09-8591066 Team Members Customer Service Operations: 5 Billing Operations & Meter Reading: 16 Credit Operations: 3 CAActive: Kawasan Liputan Daerah Kemaman – 201,900 orang penduduk Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) - 2022 Norhaliza Hussain Customer Care Officer Kemaman “Untuk memberikan perkhidmatan terbaik anda mesti menambah sesuatu yang tidak boleh diukur dengan wang, dan itu adalah integriti dan keikhlasan” Inspirasi oleh Douglas Adams
Meneruskan agenda promosi aplikasi myTNB sebagai saluran utama pengguna, Kedai Tenaga Kemaman memulakan semangat baru dengan mengadakan Hari Bersama Pelanggan (HBP) sebagai pembuka aktiviti Kedai Tenaga Terengganu bagi tahun 2023. Dalam program tersebut kepentingan aplikasi myTNB terus diperkenalkan sebagai saluran utama untuk pengguna terus dekat dengan TNB. Selain itu, pengguna turut diinformasikan dengan saluran-saluran pembayaran sebagai medium kemudahan kepada pengguna tanpa perlu menoktahkan waktu mereka terikat kepada satu-satu tempat bagi membayar bil dan caj-caj berkaitan TNB yang dibenarkan. 7:15 pagi menjadi titik masa warga Kedai Tenaga Kemaman memulakan HBP yang bertapak di Tapak Pasar Tani, Padang Astaka, Cukai, Kemaman. Pengisian separuh hari tersebut, seramai 34 orang pengguna telah berjaya memuaturun dan mendaftar aplikasi myTNB di telefon mudah alih mereka, disamping turut diberi penerangan fungsi-fungsi utama yang akan menjadi rujukan kemudahan kepada pengguna selepas ini. IMPLEMENTED CUSTOMER JOURNEY with Hari Bersama Pelanggan
Kredit Foto: Norhaliza Hussain Kemaman | 13 Januari 2023 Norhaliza Hussain Customer Care Officer Kemaman “Menjadikan aplikasi myTNB sebagai ‘Culture’ dikalangan pengguna adalah keutamaan kami untuk terus menyokong pembangunan produk TNB oleh pengurusan. Seiring masa, aplikasi myTNB adalah produk yang relevan supaya ‘Customer Trust’ kepada TNB terus wujud” HBP ini telah disertai oleh warga kerja Kedai Tenaga Kemaman melibatkan Customer Care Officer Kemaman bersama-sama Unit Customer Services Operation, Unit Credit Operations, Unit Billing Operationsdan turut di bantu wakil dari TGBS (BSO Kemaman) dalam pengurusan logistik.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) merupakan jabatan yang tidak asing lagi di Terengganu. MAIDAM bermatlamatkan dalam membantu dan menasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dalam semua perkara yang menyentuh hal ehwal agama, pembangunan syiar Islam serta kesejahteraan sosio-ekonomi umat Islam di negeri Terengganu. Dalam mengukuhkan hubungan dua hala diantara MAIDAM Kemaman dan Kedai Tenaga Kemaman, satu sesi pertemuan mata telah diadakan. Dalam sesi tersebut, objektif utama menekankan sisi positif dalam hubungan terjalin lama disamping penerangan lanjut berkaitan kaedah pembayaran bil TNB terutama bagi golongan Asnaf yang berkelayakan. CUSTOMER EXPERIENCE Mengukuhkan Hubungan Bersama Ketua Jabatan Tempatan
Kredit Foto: Norhaliza Hussain Kemaman | 17 Januari 2023 Norhaliza Hussain Customer Care Officer Kemaman “Amalan ‘Customer Experience’ sangat penting dengan kita menggunakan hubungan dua hala terbina dengan wakil-wakil kerajaan dalam mencari inisiatif buat pengguna sedikit sebanyak dapat membantu mereka terutama situasi semasa dengan perbenlanjaan harian semakin meningkat.” Pada kesempatan itu juga, Ustaz Mohd Andri Abu Bakar, Pegawai MAIDAM Kemaman turut berkongsi tentang kriteria melayakkan penggunapengguna yang tidak mampu untuk membuat bayaran bil TNB dan proses untuk memohon bantuan MAIDAM. Ini merupakan satu langkah kerjasama baik dari Kedai Tenaga Kemaman untuk memaklumkan kepada pengguna yang menghadapi masalah kewangan. Norhaliza Hussain, Customer Care Officer Kemaman dan Che Wan Zubaidah Hamzah, Team Member Credit Operations berkesempatan mempromosikan aplikasi myTNB kepada Ustaz Mohd Andri Abu Bakar dan warga kerja MAIDAM Kemaman.
Pasar Tani Astaka Kemaman merupanya tempat tumpuan warga Kemaman setiap hari Jumaat yang hadir untuk membeli keperluan harian. Menjadi fokus utama Kedai Tenaga Kemaman dalam menjayakan misi Hari Bersama Pelanggan, kerana kedudukannya berhadapan dengan Pejabat TNB Kemaman. Menjadi sesi ke-2 Kedai Tenaga Kemaman membuka booth myTNB di pasar tersebut, kali ini konsep “Healing Engagement” diterapkan dalam menyampaikan informasi terkini kepada pengguna. Ini adalah penting dalam memastikan Kedai Tenaga Kemaman bergerak seiring dengan situasi dan isu-isu semasa TNB yang melibatkan keutamaan dan kemudahan pengguna. CUSTOMER JOURNEY “Healing Engagement” bersama Kedai Tenaga Kemaman Healing Engagement Program ini disertai oleh warga kerja Kedai Tenaga Kemaman yang diketuai oleh Norhaliza Hussain, Customer Care Officer Kemaman bersama-sama Unit Customer Services Operation, Unit Credit Operations dan Unit Billing Operations.
Kredit Foto: Norhaliza Hussain Kemaman | 9 Jun 2023 Norhaliza Hussain Customer Care Officer Kemaman “Healing Engagement Session adalah konsep untuk mengimbangi isu terkini TNB supaya informasi yang betul disampaikan secara terus kepada pengguna. Setiap Sesi Hari Bersama Pelanggan, saya memastikan Kedai Tenaga Kemaman bergerak seiring dengan situasi dan isu-isu semasa TNB dan ini menjadikan Kedai Tenaga Kemaman lebih matang dalam menangani maklumbalas pengguna.” Seramai 30 pengguna telah berjaya mengaktifkan aplikasi myTNB. Warga Kemaman tidak henti-henti menjengah booth myTNB Kemaman bagi mendapatkan maklumat terkini terutama kaedah-kaedah untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Satu sesi kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman melibatkan Retail Terengganu bersama-sama Security Services Department (SSD), TGBS telah diadakan. Mewujudkan adab bertandang ke tempat tuan rumah, sesi tersebut bertujuan memperkenalkan Ketua Gerakan Tempatan(KGT) Kemaman dan perkongsian informasi terkini berkaitan TNB Retail terutama melibatkan pengguna. Sarjan Mejar/PB Azman Nor Ellias, KGT Kemaman, diiringi Sarjan/PB Wan Mohd Fadil Wan Engah Penyelia Keselamatan Kanan Kemaman dan Korporal/PB Mohd Aizat Hashim, Penyelia Keselamatan (Unit Peronda) Kemaman, mengambil kesempatan beramah mesra bersamasama Superintendan Hanyan Ramlan, Ketua Polis Daerah Kemaman dan DSP Wan Muhammad Wan Ja'afar, Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman. Dalam pertemuan mata tersebut, Sarjan Mejar/PB Azman Nor Ellias turut berkongsi tugasan pengoperasian SSD Kemaman. ESTABLISH AND RESPECT BOUNDARIES SESSION TNB Kemaman Bersama IPD Kemaman Nor Azizan Abu Bakar, Team Member Customer Services Operation Kemaman, turut mengambil peluang berkongsi iniatif terkini TNB, Smart Meter dan ESG. Nor Azizan Abu Bakar turut menyatakan hasrat Kedai Tenaga Kemaman untuk membuka booth myTNB di IPD Kemaman dalam memperkasakan penggunaan myTNB sebagai saluran utama pengguna kini.
Kredit Foto: Nor Azizan Abu Bakar Kemaman | 17 Julai 2023 Nor Azizan Abu Bakar Team Member Customer Services Operation Kemaman “Kami sentiasa memastikan setiap saluran pengguna yang disediakan oleh TNB diperkasakan terutama aplikasi myTNB. Pertemuan ini sangat penting kerana hubungan Retail dengan pengguna sangat dekat. Dalam keprihatinan kami ini, pandangan dan nasihat dari Superintendan Hanyan Ramlan amat diperlukan terutama apabila menangani pengguna agresif.” Akhir sesi, TNB Kemaman merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Polis IPD Kemaman yang bertungkus lumus dalam operasi mencari mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman baru-baru ini.
Norhaliza Hussain, Customer Care Officer Kemaman, mengambil inisiatif membawa Unit Meter Reading Kemaman membuat pemeriksaan mata di Rayyan Optometry, Kemaman. Seramai 12 orang Pembaca Jangka dan Eksekutif Billing Servis telah bersama-sama membuat pemeriksaan mata. Penting bagi Pembaca Jangka mengamalkan NDRS – Nampak, Dengar, Rasa Selamat dan SQA yang telah ditetapkan. Keselamatan dan Kesihatan adalah penting untuk kecemerlangan kerja. Pemeriksaan Mata “POWER TAK POWER!” Excellent Work Comes With Good Health Akhir pemeriksaan mata, tahap penglihatan anggota Unit Meter Reading Kemaman berada dalam keadaan baik. CCO Kemaman, meluahkan rasa syukur dan semoga anggota Unit Meter Reading Kemaman terus diberi kesihatan yang baik.
Kredit Foto: Norhaliza Hussain Kemaman | 17 Julai 2023 “Pemeriksaan mata adalah penting kepada penglihatan pembaca jangka terutama ketika membuat bacaan meter di tapak dan ketika menunggang motorsikal. Selama ini mereka mungkin tidak pernah membuat pemeriksaan. Kami menyahut seruan CCL – Together Become One, di mana kami melahirkan sikap prihatin sesama warga Kelauarga Retail Terengganu.” Norhaliza Hussain Customer Care Officer Kemaman Slot Hiburan Pembaca Jangka TNB: Cik, nak cek mata boleh. Pelayan Kedai Opto: Oh. Boleh. Kita test mata dulu ya encik. Ok, ini warna apa? Pembaca Jangka TNB: Tak da warna cik. Pelayan Kedai Opto: Yang ni pula encik, warna apa? Pembaca Jangka TNB: Tak ada warna juga cik…. Pelayan Kedai Opto: Aih. Pelik…. Kenapa begitu? Pembaca Jangka TNB: Cuma cik sahaja yang berwarna dimata saya………….
Kedai Tenaga Dungun SME & Residential, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad Lot 12530, Jalan Sungai Penaga 23000 Dungun, Terengganu Tel.: 09-8481628 | Faks: 09-8260403 Team Members Customer Service Operations: 6 Billing Operations & Meter Reading: 13 Credit Operations: 1 CAActive: Kawasan Liputan Daerah Dungun – 184,400 orang penduduk Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) - 2022 YM Tengku Intan Ilyatee Tengku Khajakee Customer Care Officer Dungun “Tumpuan kepada persaingan, adalah fokus pada pelanggan” Inspirasi oleh Scott Cook
I’m still searching NEWS from Kedai Tenaga Dungun
Kedai Tenaga Besut SME & Residential, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad Karung Berkunci No. 1, Jalan Tembila Kampung Raja 22200 Besut, Terengganu Tel.: 09-6956217 | Faks: 09-6956807 Team Members Customer Service Operations: 4 Billing Operations & Meter Reading: 15 Credit Operations: 2 CAActive: Kawasan Liputan Daerah Besut – 168,400 orang penduduk Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) - 2022 Nur Fatiah Mohd Rosli Customer Care Officer Besut “Kepuasan pelanggan meliputi semua strategi perniagaan yang terbaik” Inspirasi oleh Michael LeBoeuf Pusat Kutipan Jerteh
I’m still searching NEWS from Kedai Tenaga Besut
Kedai Tenaga Setiu SME & Residential, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad Jalan Permaisuri 2, Bandar Permaisuri 22300 Setiu, Terengganu Tel.: 09-60996947 | Faks: 09-6099461 Team Members Customer Service Operations: 4 Billing Operations & Meter Reading: 7 Credit Operations: 1 CAActive: Kawasan Liputan Daerah Setiu – 66,300 orang penduduk Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) - 2022 Faiz Syazani Abdul Aziz Customer Care Officer Setiu “Pengalaman pelanggan adalah budaya pemasaran baharu” Inspirasi oleh Derek Sivers
I’m still searching NEWS from Kedai Tenaga Setiu
Kedai Tenaga Kerteh SME & Residential, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad Lot 72&73, Bandar Seri Kerteh 24300 Kerteh, Terengganu Tel.: 09-8260400 | Faks: 09-82604031 Team Members Customer Service Operations: 3 Billing Operations & Meter Reading: 7 Credit Operations: 1 CAActive: Kawasan Liputan Daerah Kemaman – 201,900 orang penduduk Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) - 2022 Nurul Nazati Nazahar Customer Care Officer Kerteh “Jika anda tidak mampu melakukan perkara yang besar, lakukan perkara yang kecil dengan cara yang hebat” Inspirasi oleh Napoleon Hill
Kelangsungan pembangunan fungsi-fungsi terkini dalam membudayakan penggunaan Aplikasi myTNB dikalangan pengguna terus menjadi agenda utama Kedai Tenaga Kerteh. Satu sesi “GEGAR 2023 – myTNB Keutamaan Pengguna” telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kerteh dengan disertai 50 orang guru dan warga kerja sekolah berkenaan. CUSTOMER EXPERIENCE Kedai Tenaga Kerteh “GEGAR” 50 Guru Sekolah Kebangsaan Kerteh Sesi tersebut berjalan dengan jayanya di mana kesemua yang hadir berjaya memuaturun dan mendaftar akaun bil TNB di aplikasi myTNB. Mengisi sesi pada hari tersebut, Nurul Nazati Nazahar, Customer Care Officer Kerteh, berkesempatan menyampaikan taklimat secara terperinci berkaitan aplikasi myTNB.
Kredit Foto: Nurul Nazati Nazahar Kerteh | 19 Jun 2023 Nurul Nazati Nazahar Customer Care Officer Kerteh “myTNB kini telah menjadi keutamaan pengguna dan bukan lagi produk yang hanya untuk semakan pembilan. Tahun ini Kedai Tenaga Kerteh komited dalam misi GEGAR 2023 – Give the services, Earn the experience, Get the feedback and Raise the TNB brand 2023, dalam memastikan kontribusi syarikat terus relevan kepada pengguna.” Tidak ketinggalan juga, Kedai Tenaga Kerteh berkesempatan menguaruarkan saluran pembayaran bil TNB, yang kini telah memudahkan semua pengguna TNB tanpa terikat pada satu-satu tempat sahaja. Sesi tersebut disertai oleh Unit Meter Reading dan Customer Service Operations mewakili Kedai Tenaga Kerteh. Sesi tersebut turut diisi dengan penerangan amalan menggunakan tenaga elektrik secara berhemah, dan Kedai Tenaga Kerteh turut membuat edaran risalah Tips Jimat Tenaga yang sesuai untuk diamalkan samada di rumah mahupun di sekolah.
Kedai Tenaga Kerteh terus mengukuhkan Jenama TNB dalam pasaran tempatan dengan Program Hari Bersama Pelanggan bersama komuniti setempat. Dengan nilai teras Mengutamakan Pelanggan menjadi sandaran, Kedai Tenaga Kerteh memastikan pelanggan sentiasa ‘Up to date’ dengan informasi-informasi terkini TNB. Program yang diadakan di Perpustakaan Awam Pekan Kerteh berlangsung meriah dengan aktiviti-aktiviti seperti pusingan roda impian dan cabutan bertuah. Kedai Tenaga Kerteh memfokuskan komuniti setempat yang hadir ke perpustakaan tersebut. “Mengukuhkan Jenama TNB dengan Nilai Mengutamakan Pelanggan” HARI BERSAMA PELANGGAN Kedai Tenaga Kerteh
Kredit Foto: Nurul Nazati Nazahar Kerteh | 22 Julai 2023 Nurul Nazati Nazahar Customer Care Officer Kerteh “Kami sentiasa meletakkan satu penanda aras dalam kepentingan fungsi aplikasi myTNB kepada pengguna. myTNB mesti dijadikan satu saluran utama yang menghubungkan pengguna dengan TNB. Ini secara tidak langsung memperkukuhkan lagi nilai mengutamakan pelanggan sebagai satu strategi pemasaran TNB” Penggerak dalam menjayakan program Hari Bersama Pelanggan ini melibatkan anggota kerja Customer Services Operation dan Unit Meter Reading Kedai Tenaga Kerteh yang diketuai oleh Nurul Nazati Nazahar, Customer Care Officer Kerteh. Lebih dari 50 orang warga komuniti berjaya mengaktifkan aplikasi myTNB dan diberi maklumat penting berkenaan fungsi-fungsi utama yang terdapat dalam aplikasi myTNB. Membudayakan penggunaan aplikasi myTNB menjadi objektif utama program. Kedai Tenaga Kerteh juga memenuhi isu semasa yang melanda pengguna dengan menerangkan amalan kecekapan tenaga dan edaran risalah kepada warga komuniti yang hadir.
Kedai Tenaga Kuala Berang SME & Residential, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad 7, Taman Tiras 21700 Kuala Berang, Terengganu Tel.: 09-6811498 | Faks: 09-6811729 Team Members Customer Service Operations: 4 Billing Operations & Meter Reading: 10 Credit Operations: 1 CAActive: Kawasan Liputan Daerah Hulu Terengganu – 84,900 orang penduduk Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) - 2022 Aina Syahira Amran Customer Care Officer Kuala Berang “Pengalaman pelanggan adalah dari keberanian kepimpinan” Inspirasi oleh Jeanne Bliss
I’m still searching NEWS from Kedai Tenaga Kuala Berang
Kedai Tenaga AMBS SME & Residential, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah 23400 Dungun, Terengganu Tel.: 09-8221426 | Faks: 09-8221475 Team Members Customer Service Operations: 3 Billing Operations & Meter Reading: 6 Credit Operations: 1 CAActive: Kawasan Liputan Daerah Dungun – 184,400 orang penduduk Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) - 2022 Nur Fareha Mohd Zawawi Customer Care Officer AMBS “Ikatan perkhidmatan dan pelanggan adalah memahami kehendak pelanggan dan apa yang terbaik dari syarikat” Inspirasi oleh Kevin Stirtz
I’m still searching NEWS from Kedai Tenaga AMBS
Kedai Tenaga Marang SME & Residential, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad Sungai Kerak 21600 Marang, Terengganu Tel.: 09-6182812 | Faks: 09-6182812 Team Members Customer Service Operations: 5 Billing Operations & Meter Reading: 11 Credit Operations: 1 CAActive: Kawasan Liputan Daerah Marang – 116,400 orang penduduk Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) - 2022 Solahuddin Mohamad Customer Care Officer Marang “Kebaikan dan kesopanan adalah sumber pengalaman perkhidmatan pelanggan yang positif” Inspirasi oleh Shep Hyken
I’m still searching NEWS from Kedai Tenaga Marang
Customer Care Terengganu Journey
KELUARGA RETAIL TERENGGANU TEGUH BERSAMA Majlis Penyampaian Sumbangan Banjir Turut merasai beban yang ditanggung oleh warga kerja Retail Terengganu akibat banjir yang melanda, Tn Ir. Hj Mohd Zaiddy bin Mat Rajali (HOSR Terengganu) bersama Pn ‘Ainnul Marwani binti Muktar (Lead Customer Care Terengganu) mengilhamkan Tabung Prihatin SMER Terengganu dalam usaha membantu dan meringankan beban anggota kerja yang terlibat. Bukan sahaja menguji tahap bekalan tenaga kepada pengguna Terengganu, warga Retail Terengganu turut merasa kesannya. Air yang melaju tidak terhenti walau seketika terus mengarus sehingga tidak sempat menyelamatkan harta benda. Pengurusan Retail Terengganu terharu dengan keperihatinan warga kerja yang sama-sama memberi sumbangan dalam melancarkan Tabung Prihatin seterusnya melancarkan usaha dalam menyalurkan bantuan kepada semua mangsa banjir. Pada sesi ini CCL telah menyampaikan amanat dari HOSR bahawa retail Terengganu cakna akan permasalahan yang menimpa anggota kerjanya. CCL juga menyatakan bahawa retail Terengganu mesti sentiasa bersatu hati dan bersikap prihatin terhadap kesusahan rakan-rakan sekerja dalam membentuk suasan kerja yang harmoni. Tidak lupa penghargaan kepada HOSR Terengganu, Tn Hj Zaiddy, Pn Raghadah Yusof (SPMS Terengganu) dan Puan Zaleha Muda (Lead BPRA Terengganu) yang turut membantu proses serahan bantuan kepada mangsa yang terlibat di stesen.
WE ARE ONE FAMILY Kredit Berita & Foto: Customer Care Terengganu Terengganu | Januari - Februari
KELUARGA RETAIL TERENGGANU TEGUH BERSAMA Majlis Turun Padang Pengurusan SMER Terengganu & Wakil Kepimpinan Ssou Terengganu Bersama Anggota Kerja Di Stesen “Fresh Start” – SMER Terengganu (HOSR dan CCL) mengatur langkah dengan sesi turun padang bersama warga kerja TNB Terengganu. Sesi ini bukan sahaja melibatkan warga kerja Retail malah turut melibatkan warga kerja daripada Jabatan Distribution Network serta wakil daripada Unit Business Support Services (BSO) daripada Jabatan TGBS dalam usaha memupuk semangat ukhuawah dan kerjasa antara semua unit. Antara pengisian di dalam sesi Turun Padang ialah:- 1. Sharing Session & Emotional Engagement oleh CCL, Pengerusi SSOU Terengganu dan HOSR 2. Apresiasi bagi kecemerlangan pencapaian KPI dan CSI terbaik pada TK2022 kepada warga kerja Retail dan DN 3. Laungan Battle Cry oleh anggota kerja Tarikh Sesi Keluarga Retail Terengganu Kedai Tenaga Dungun 6 Februari 2023 Kedai Tenaga AMBS 7 Februari 2023 Kedai Tenaga Kuala Berang 8 Februari 2023 Kedai Tenaga Kemaman 27 Februari 2023 Kedai Tenaga Kuala Terengganu 28 Februari 2023 Kedai Tenaga Marang 9 Mac 2023 Kedai Tenaga Setiu 14 Mac 2023 Kedai Tenaga Besut 15 Mac 2023 Kedai Tenaga Kerteh 16 Mac 2023
Penerima Anugerah & Penghargaan Kredit Berita & Foto: Customer Care Terengganu Dungun | 6 Februari 2023
Penerima Anugerah & Penghargaan Kredit Berita & Foto: Customer Care Terengganu AMBS | 7 Februari 2023 No Nama (RETAIL) kategori 1 Ainaa Athirah binti Mohd Nor Badge - Professionalisme 2 Nurul Akmarainey binti Kahar Badge - Customer Centricity 3 Mohd Amirul Hafiz bin Mohd Hayati Meter Reading Unit - Role Model 4 Abdul Mutalib bin Mohamed Besy Employee FY 2022