The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by manggies, 2024-01-21 01:00:09

MODUL BM SIR FAIZUL

MODUL BM SIR FAIZUL

Keywords: BM

2. Penggandaan Penuh Kata Berimbuhan Ø Imbuhan Awalan ketua-ketua pekedai-pekedai pelatih-pelatih pemimpin-pemimpin Ø Imbuhan Akhiran amalan-amalan jualan-jualan makanan-makanan minuman-minuman ajaran-ajaran pilihan-pilihan Ø Imbuhan Apitan kementerian-kementerian pelarian-pelarian permainan-permainan pertandingan-pertandingan pejalan-pejalan persatuan-persatuan Penggandaan Separa Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan: Perhatikan contoh-contoh di bawah: 1. Penggandaan Separa Kata Tunggal laki ® lelaki tikus ® tetikus pohon ® pepohon siku ® sesiku gelang ® gegelang langit ® lelangit 2. Penggandaan Separa Kata Berimbuhan Ø Awalan Kata Kerja ber- ® berlari-lari, berkata-kata meN- ® mencari-cari, meronta-ronta, ter- ® tersenyum-senyum, teresak-esak di- ® dimarah-marah, dicampak-campak Ø Awalan Kata Adjektif se- ® sepandai-pandai, sebaik-baik, setinggi-tinggi, sedalam-dalam, sebesar-besar, secantik-cantik, sebusuk-busuk Ø Akhiran Kata Nama -an ® sayur-sayuran, kenang-kenangan, orang-orangan Ø Akhiran Kata Kerja -kan ® doa-doakan, tanya-tanyakan -i ® amat-amati, selidik-selidiki


Ø Akhiran Kata Adjektif -an ® rindu-rinduan, jadi-jadian, mati-matian Ø Apitan Kata Adjektif ke-…-an ® kebodoh-bodohan, kekuking-kuningan, ketimur-timuran Ø Apitan Kata Kerja ber-...-an ® bersalam-salaman, bertikam-tikaman meN-…-kan ® memburuk-burukkan, meninggi-ninggikan di-…-kan ® diagung-agungkan, dimanja-manjakan meN-…-i ® mengulang-ulangi, membohong-bohongi Penggandaan Berentak Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyibunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu, penggandaan berentak pengulangan vokal, penggandaan berentak pengulangan konsonan dan penggandaan berentak bebas. Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyibunyi vokal tertentu, iaitu: Ø Kata nama: kuih-muih, lauk-pauk, sayur-mayur Ø Kata kerja: cerai-berai, gotong-royong Ø Kata adjektif: hiruk-pikuk Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu, iaitu: Ø Kata nama: batu-batan, gunung-ganang, suku-sakat Ø Kata kerja: dolak-dalik, huyung-hayang, mundar-mandir Ø Kata adjektif: huru-hara, kontang-kanting, kucar-kacir Penggandaan Berentak Bebas Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan, iaitu: Ø Kata nama: anak-pinak, saudara-mara, ipar-lamai Ø Kata kerja: ulang-alik Ø Kata adjektif lintang-pukang, remeh-temeh, simpang-siur


Latih Tubi SPM 1 Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan empat kata nama am abstrak, kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Kini, semangat kejiranan dalam diri semakin terhakis. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat hari ini sibuk menguruskan kehidupan masing-masing. Impaknya, semangat hidup bersama ini semakin dipinggirkan. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin dilupakan. Satu daripada puncanya ialah masyarakat lebih mengutamakan sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Hal ini disebabkan mereka lebih suka hidup bersendirian tanpa sebarang gangguan orang lain. Majlis rumah terbuka, program gotong royong dan sebagainya semakin berkurangan. Sebagai kesannya, hubungan kejiranan menjadi renggang. Kata nama am abstrak Ayat [8 markah] Latih Tubi SPM 2 Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata ganti nama diri pertama tunggal dan dua kata ganti nama diri pertama jamak, kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. “Saya telah menggunakan dompet maya kerana tidak perlu membawa jumlah wang tunai yang banyak,” kata Khairul kepada Shanti dan Saravanan. “Betul. Kami juga tidak perlu beratur di bank” kata Shanti dan Saravanan. “Kita perlulah memastikan maklumat peribadi seperti nama log masuk dan kata laluan tidak terdedah kepada pihak lain”, kata Shanti. “Pada minggu lepas, Pak Man telah melakukan kesilapan ini dan tindakan tersebut telah menyebabkan beliau kehilangan wang,” kata Saravanan. “Ya Allah, aku berdoa kepada-Mu agar segala urusan beliau dipermudah,” doa Khairul. Kata ganti nama diri pertama tunggal Ayat Kata ganti nama diri pertama jamak Ayat [8 markah]


Latih Tubi SPM 3 Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata ganti nama tanya dan dua kata ganti nama umum, kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Kekotoran tandas awam telah mencalarkan imej negara. Tandas awam yang mengeluarkan bau busuk berlaku di mana-mana sahaja. Masalah ini boleh berlaku pada bilabila masa selagi sikap masyarakat tidak berubah. Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan oleh kerajaan. Namun begitu, apakah punca-punca yang menyebabkan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat semakin merosot? Adakah subjek Pendidikan Sivik dan Kenegaraan serta Pendidikan Moral yang telah lama diajarkan di sekolah membuahkan hasilnya? Siapakah yang harus disalahkan? Sebenarnya, sikap yang ada pada diri sendiri merupakan penawar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kata ganti nama tanya Ayat Kata ganti nama umum Ayat [8 markah] Latih Tubi SPM 4 Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata kerja pasif dan dua kata ganda, kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Jumlah pelaburan maksimum bagi setiap dana akan dipertingkatkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Apabila mempunyai dana yang besar, aktiviti pelaburan akan dapat dipelbagaikan. Usaha-usaha ini dipercayai akan membawa pulangan yang baik kepada para pelabur. Bilangan pelabur yang menyertai pelbagai skim juga akan diperbanyak melalui kempen-kempen di seluruh negara melalui media cetak, media elektronik dan media sosial. Langkah-langkah ini akan dipercepat kerana kegiatan ekonomi sekarang semakin rancak. Usaha-usaha ini diyakini akan membawa keuntungan kepada rakyat dan negara. Kata kerja pasif Ayat Kata ganda Ayat [8 markah]


Latih Tubi SPM 5 Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata kerja terbitan berawalan, kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Pada hari ini, kakak akan menyertai kejohanan olahraga MSSD. Pagi-pagi lagi, kakak telah bangun daripada tidur. Selepas mandi, kakak memilih baju yang berwarna kemerahmerahan sesuai dengan semangatnya yang membara. Seluarnya pula berwarna hitam. Sebelum itu, kakak telah menyapukan losen pada muka dan tangannya supaya kulitnya tidak terbakar. Walaupunn kejohanan ini diadakan secara besar-besaran, kakak tidak berasa gemuruh, malah kakak kelihatan bersemangat tinggi. Kakak mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat pingat emas. Kata adjektif Ayat Kata kerja terbitan berawalan Ayat [8 markah] Latih Tubi SPM 6 Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata bantu dan dua kata nafi, kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Pamela berasa tidak berpuas hati dengan keputusan permohonan ke universiti yang dibuatnya melalui Portal Rasmi Kemasukan. Dia berasa sedemikian kerana jurusan yang ditawarkan untuknya itu bukan pilihannya. Mungkinkah dia tersilap semasa mengklik butangbutang yang terdapat dalam sistem? Dia tidak mahu berteka-teki lagi. Oleh hal yang demikian, dia bercadang bahawa dia akan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi bersama-sama ibunya untuk mengetahui perkara sebenar dan tindakan yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalahnya itu. Kata bantu Ayat Kata nafi Ayat [8 markah]


Latih Tubi SPM 7 Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata sendi nama dan dua kata hubung, kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Sejak kemalangan jalan raya, Halimah asyik termenung. Dia merisaukan masa depannya akibat kedua-dua belah kakinya patah. Halimah sukar untuk meneruskan pekerjaan kerana kecedaraan yang dialaminya sangat teruk. Dengan bantuan orang ramai, dia dapat meneruskan kehidupan. Bagi menampung perbelanjaan rawatannya, pihak majikannya telah memberikan sedikit bantuan kewangan. Perkara yang merunsingkan Halimah ialah dia tidak dapat menguruskan persekolahan anak-anaknya. Hingga hari tersebut, sudah dua minggu anaknya tidak dapat meneruskan persekolahan. Kata sendi nama Ayat Kata hubung Ayat [8 markah] Latih Tubi SPM 8 Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata majmuk dan dua kata ganda, kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Saya akan menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh persatuan pengakap esok. Saya selaku setiausaha dalam persatuan tersebut akan menyediakan laporan tahunan sebelum mesyuarat bermula. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya dengan bersungguhsungguhnya. Banyak cabaran yang saya hadapi semasa menjalankan tugas. Saya tidak ada pilihan. Saya berani menghadapi cabaran kerana saya memiliki ahli persatuan yang selalu memberikan bantuan kepada saya ketika saya kesusahan. Saya akan membawa kuih-muih yang telah saya tempah dua hari lepas. Kata majmuk Ayat Kata ganda Ayat [8 markah]


SINTAKSIS Dalam soalan ini, terdapat enam jenis sintaksis yang mungkin ditanya, iaitu: 1. Subjek dan predikat 2. Pola ayat dasar 3. Ayat tunggal dan ayat majmuk 4. Ayat biasa dan ayat songsang 5. Ayat aktif dan ayat pasif 6. Cakap ajuk dan cakap pindah 7. Jenis-jenis ayat Subjek dan Predikat Subjek 1. Subjek ayat biasanya terdiri daripada frasa nama. 2. Frasa nama sebagai subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas, kata nama terbitan (berimbuhan), kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk. i. Kata nama am sebagai subjek Subjek Predikat Buku itu amat bermutu. Pelajar ini perlu diberikan bimbingan. ii. Kata nama khas sebagai subjek Subjek Predikat Abdul Wahab pegawai yang bijaksana. Hotel Grand Palace terletak berhampiran Stadium Negara. iii. Kata nama terbitan sebagai subjek Subjek Predikat Masakan Ibu sedap. Penderitaan orang itu mendapat simpati orang ramai. iv. Kata ganti nama diri sebagai subjek Subjek Predikat Dia sedang membaca buku. Mereka sudah ke sana kelmarin. v. Kata ganti nama tunjuk umum sebagai subjek Subjek Predikat Itu rumah bapa saudara saya. Ini memeningkan kepala saya.


Predikat 1. Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek. Predikat ayat terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. i. Predikat frasa nama Subjek Predikat Burung sejenis haiwan. Buku itu kepunyaan saya. ii. Predikat frasa kerja Subjek Predikat Budak-budak itu mandi di sungai. Aisyah menjahit baju. iii. Predikat frasa adjektif Subjek Predikat Rumah nenek terlalu besar. Bunga Ros sungguh wangi. iv. Predikat frasa sendi nama. Subjek Predikat Buku itu di atas meja. Bapa dari pasar. INFO PENTING Terdapat kata adjektif dan kata kerja yang boleh berfungsi sebagai subjek dalam ayat. Contoh adalah seperti di bawah: 1. Merokok (kata kerja) ialah amalan yang membahayakan. 2. Bersenam (kata kerja) menyihatkan badan. 3. Merah (kata adjektif) melambangkan keberanian. Hal ini disebabkan demikian kerana kata atau frasa nama yang berkedudukan sebelumnya telah digugurkan. Ayat asalnya seperti berikut: 1. Tabiat Merokok (kata kerja) ialah amalan yang membahayakan. 2. Aktiviti Bersenam (kata kerja) menyihatkan badan. 3. Warna Merah (kata adjektif) melambangkan keberanian.


Pola Ayat Dasar 1. Pola ayat dasar merupakan asas kepada pembentukan ayat-ayat dalam bahasa Melayu. 2. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah. 3. Terdapat empat pola ayat dasar berdasarkan unsur-unsur binaan ayat, iaitu: i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN) - Frasa nama ialah perkataan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina. - Contoh : Abang Ali juruterbang. ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK) - Frasa kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak. - Contoh: Ayah menjerang air. iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) - Frasa adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sifat manusia, haiwan, benda, peristiwa dan unsur abstrak. - Contoh: Baju itu kuning. iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS) - Frasa sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain. - Contoh: Surat itu daripada Aisyah. Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk 1. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja. 1 subjek 1 predikat Saya sakit. Rumah Ali cantik. Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini. 2. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung. Ayat majmuk Kata hubung Ayat tunggal Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup. dan (a) Suhaili suka makan nasi lemak. (b) Suhaili suka makan mi sup. Rumah yang besar itu rumah Fazli. yang (a) Rumah itu besar. (b) Rumah itu rumah Fazli. Dia memberitahu bahawa kakaknya akan ke luar negara. bahawa (a) Dia memberitahu. (b) Kakaknya akan ke luar negara. Dia akan balik ke kampung apabila ada masa lapang. apabila (a) Dia akan balik ke kampung. (b) Dia ada masa lapang.


3. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kata hubung, iaitu: Ø Kata hubung pancangan relatif Ø Kata hubung pancangan komplemen Ø Kata hubung pancangan keterangan Kata Hubung Pancangan Relatif Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghabungkan klausa utama dengar klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah ‘yang’. Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif adalah seperti yang berikut: 1. Budak yang sedang membaca itu adik saya. 2. Buku yang dibeli oleh Ahmad itu buku sejarah. 3. Saya membeli baju yang berwama hijau. 4. Encik Ali guru yung berdedikasi. 5. Yang berjaja kain itu jiran saya. Kata Hubung Pancangan Komplemen Kata hubung pancangan komplemen, ringkasnya kata komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah ‘bahawa’ dan ‘untuk’. Kata komplemen ‘untuk’ hadir dalam frasa subjek. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. 2. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar. 3. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. 4. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil. 5. Kami tidak sedar bahawa mereka bukan ahli persatuan. 6. Kita harus sentiasa ingat bahawa hidup di dunia ini sementara sahaja. Kata Hubung Pancangan Keterangan Kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Beberapa contoh kata keterangan adalah seperti yang berikut: kerana walaupun sekiranya agar kalau semoga hingga andai kata sementara jika/jikalau ketika setelah tatkala sungguhpun meskipun supaya kendatipun semasa sewaktu apabila


Ayat Biasa dan Ayat Songsang 1. Susunan ayat biasa dalam bahasa Melayu terdiri daripada subjek + predikat + keterangan*. 2. Susunan ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi predikat + subjek + keterangan*. 3. Jadi, susunan ayat biasa boleh diceraikan kepada 1 + 2 + 3. 4. Nombor 1 merujuk subjek. Nombor 2 merujuk predikat dan nombor tiga merujuk keterangan. 5. Keterangan* merupakan maklumat tambahan dalam ayat. Sehubungan dengan itu, keterangan boleh wujud dalam ayat dan boleh juga tidak wujud dalam ayat. 1 2 3 Subjek Predikat Keterangan Dia membeli buku di kedai itu. 6. Ayat songsang boleh diceraikan kepada 2+3+1, 2+1+3, 3+1+2, 3+2+1 dan 2+1. Contoh ceraian adalah seperti berikut: i. Susunan ayat songsang 2+3+1 2 3 1 Membeli buku di kedai itu dia. ii. Susunan ayat songsang 2+1+3 2 1 3 Membeli buku dia di kedai itu. iii. Susunan ayat songsang 3+1+2 3 1 2 Di kedai itu dia membeli buku. iv. Susunan ayat songsang 3+2+1 3 2 1 Di kedai itu membeli buku dia. v. Susunan ayat songsang 2+1 2 1 Membeli buku di kedai itu dia.


Ayat Aktif dan Ayat Pasif 1. Ayat aktif ialah ayat yang terdiri daripada Subjek, Kata Kerja, Objek dan *Penerangan (S + K + O + P). Subjek Kata Kerja Objek Penerangan Saya menanak nasi di dapur. Kamu menanak nasi di dapur. Dia menanak nasi di dapur. Emak menanak nasi di dapur. Suraya menanak nasi di dapur. 2. Ayat pasif mempunyai dua jenis. 3. Ayat pasif jenis yang pertama terdiri daripada Objek, Subjek, Kata Kerja dan *Penerangan (O + S + K + P). Objek Subjek Kata Kerja Penerangan Nasi saya tanak di dapur. Nasi kamu tanak di dapur. 4. Ayat pasif jenis yang pertama digunakan apabila subjek dalam ayat terdiri daripada kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. 5. Imbuhan awalan dalam ayat aktif akan digugurkan jika diubah kepada ayat pasif jenis yang pertama. 6. Ayat pasif jenis yang kedua terdiri daripada Objek, (di-) Kata Kerja, (oleh) Subjek dan *Penerangan (O + K + S + P). Objek Kata Kerja Subjek Penerangan Nasi ditanak oleh dia di dapur. Nasi ditanak oleh emak di dapur. Nasi ditanak oleh Suraya di dapur. 7. Ayat pasif jenis yang kedua digunakan apabila subjek dalam ayat terdiri daripada kata ganti nama diri ketiga, kata nama am dan kata nama khas. 8. Imbuhan awalan kata kerja dalam ayat aktif akan ditukarkan kepada imbuhan awalan dijika diubah kepada ayat pasif jenis yang kedua. Kata ‘oleh’ juga ditambah sebelum objek. *Penerangan merupakan maklumat yang ditambah dalam ayat. Tidak semua ayat mempunyai penerangan.


Cakap Ajuk dan Cakap Pindah 1. Cakap ajuk ialah ayat yang merujuk perbualan seseorang. Dalam erti kata lain, ayat cakap ajuk merupakan dialog. Ayat cakap ajuk menggunakan tanda petik ".........". Contoh ayat adalah seperti yang berikut: “Assalamualaikum emak, apa khabar?”, tanya Atiqah kepada emaknya. 2. Cakap pindah merupakan percakapan seseorang yang ditulis dalam ayat penyata dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Contoh ayat adalah seperti berikut: Atiqah memberikan salam lalu menanyakan khabar emaknya. 3. Apabila menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah, sesetengah perkataan perlu ditukar seperti contoh di bawah. GOLONGAN AYAT CAKAP AJUK AYAT CAKAP PINDAH Kata ganti nama diri aku, saya kami, kita beta dia mereka baginda Kata ganti nama tempat sini sana/situ Kata ganti nama tunjuk ini itu Kata seru cis aduhai syabas aduh eh wah amboi dengan perasaan marah dengan perasaan sedih dengan berasa bangga mengerang kesakitan dengan berasa hairan dengan berasa kagum memerli Kata singkatan nak mak dah mau tak hendak emak sudah mahu tidak Ayat perintah jangan sila masuk melarang menjemput Kata tanya mana bagaimana mengapa siapa bila tempat cara sebab orang/individu tarikh/masa/waktu 4. Langkah penukaran ayat alah Tip 1: Jangan mengubah makna asal ayat. Tip 2: Susunan ayat hendaklah dikekalkan. Tip 3: Ubah perkataan yang perlu diubah.


Sebagai contohnya, kata ganti nama diri: saya ® dia kamu ® dia kami ® mereka Tip 4: Jangan gunakan “kata tanya” dalam ayat penyata. Tukar kepada fungsinya. Sebagai contohnya: Mengapa ® sebab/punca Bagaimana ® cara/keadaan Berapa ® jumlah/harga Bila ® waktu/masa Siapa ® orang Mana ® tempat/lokasi Apa ® benda/perkara Tip 5: Tukar kata “kata" atau “tanya” dalam ayat asal. Sebagai contohnya: 1. Ayat penyata: berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi. 2. Ayat silaan: mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak. 3. Ayat permintaan: meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati. 4. Ayat suruhan: menyuruh, mengarahkan, memerintahkan. 5. Ayat larangan: melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang. 6. Ayat tanya: bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian. 7. Ayat seruan: (bergantung pada situasi ayat itu diucapkan sama ada marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya. 5. Contoh penukaran ayat: i. “Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya” kata Ali kepada Chan. Jawapan: Ali memberitahu Azim bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut. ii. “Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon” kata guru itu. Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. iii. “Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?” tanya guru disiplin itu. Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut. iv. “Jemput makan kuih itu.” kata Salbiah kepada Cikgu Hazimah. Jawapan: Salbiah menjemput Cikgu Salbiah supaya makan kuih itu.


Jenis-jenis Ayat 1. Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terdiri daripada: a. Ayat penyata b. Ayat tanya c. Ayat seruan d. Ayat perintah a. Ayat penyata - Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perkara, benda, kejadian dan sebagainya. - Ayat penyata lazimnya berpola frasa nama dan frasa nama (FN+FN), frasa nama dan frasa sendi nama (FN+FS), frasa nama dan frasa adjektif (FN+FA) atau frasa nama dan frasa kerja (FN+FK) adalah seperti yang berikut: FN + FN Kereta itu kepunyaan ayah. FN + FS Rantai ini untuk ibu. FN + FA Air sungai sungguh jernih. FN + FK Gadis itu menyidai pakaian. b. Ayat tanya - Ayat tanya merupakan ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya. - Ayat tanya dapat dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu: Tanpa kata tanya - Adik sudah tidur? - Ibu kamu ke pasar? Dengan kata tanya - Mengapakah dia bersedih? - Berapa harga sekilogram buah rambutan? Dengan kata ganti nama tanya - Rahimi ke mana? - Pemuda yang berkaca mata itu siapa? - Nama anak kucing ini apa?


c. Ayat seruan - Ayat seruan digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan dan sebagainya. - Contoh penggunaan kata dan ayat seruan adalah seperti yang berikut: Kata Seru Fungsi Contoh aduh menyatakan perasaan sakit Aduh, sakitnya kaki saya! cis menyatakan perasaan marah Cis, berani betul budak ini! eh menyatakan perasaan hairan Eh, saya ingat kamu belum sampai! nah menyatakan perasaan ingin memberikan sesuatu Nah, ambil duit ini! oh menyatakan perasaan terkejut dan kecewa Oh, kamu rupanya! wah menyatakan perasaan kagum Wah, tinggi sungguh menara itu! d. Ayat perintah - Ayat perintah digunakan untuk menyuruh, melarang, mempersilakan atau meminta seseorang melakukan sesuatu. - Terdapat empat jenis ayat perintah iaitu, ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Contoh penggunaan ayat perintah adalah seperti berikut: Jenis Ayat Perintah Fungsi Contoh Ayat Suruhan Ayat suruhan digunakan untuk memberi arahan. - Pergi kamu dari rumah ini. - Kamu tunggu Fateha di sini. Larangan Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah dengan tujuan menegah seseorang. - Jangan bising. - Usah dikenang lagi kisah yang pahit. - Kamu tak usah datang ke sini lagi. Silaan Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput. - Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat. - Jemput makan makanan ini. Permintaan Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong. - Minta bersabar, Encik Halim. - Tolong senyap.


Latih Tubi Umum 1 Kenal pasti subjek dan predikat bagi setiap ayat di bawah. 1. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami. Subjek: _________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Predikat: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. Rombongan yang menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak. Subjek: _________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Predikat: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 3. Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya. Subjek: _________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Predikat: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 4. Tinggi sungguh bangunan itu. Subjek: _________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Predikat: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 5. Kata-mengata boleh mengakibatkan pergaduhan. Subjek: _________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Predikat: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 6. Pada hari Isnin yang lalu, Puan Hayati telah menerima surat peletakan jawatan. Subjek: _________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Predikat: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 7. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana sakit perut. Subjek: _________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Predikat: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________________


Latih Tubi Umum 2 Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah. 1. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. Ikan hiasan itu cantik-cantik. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 3. Perdana mengumumkan Proklamasi Darurat sewaktu penularan wabak Covid-19. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 4. Rombongan yang menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 5. Demamnya agak reda sedikit. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 6. Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 7. Semua oleh-oleh itu daripada ibu. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 8. Kata-mengata boleh mengakibatkan pergaduhan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 9. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana sakit perut. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________


Latih Tubi Umum 3 Cerakinkan ayat majmuk di bawah kepada ayat tunggal. 1. Encik Jamil dan Encik Shahid bekerja di syarikat perumahan. a. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 2. Wanita itu cantik tetapi tidak berbudi bahasa. a. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 3. Alif merindui ibu dan ayah kerana sudah berbulan-bulan tidak berjumpa. a. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 4. Puan Siti akan menaiki bas atau kapal terbang ke Kota Bharu? a. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 5. Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan yang sangat berat. a. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 6. Saya makin sihat setelah mengamalkan pemakanan seimbang. a. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 7. Ayah ke hospital kerana hendak menjalani rawatan psikologi. a. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 8. Kereta yang berwarna putih itu kereta Encik Tan Choong. a. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ b. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________


Latih Tubi Umum 4 Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif. 1. Saya menyiapkan tempahan kuih baulu bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. Kamu perlu membayar yuran tahunan kelab dengan segeranya. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 3. Marlisa menjahit baju kurung sehingga lewat malam. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 4. Kami telah membersihkan stor sukan pada petang semalam. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 5. Kalian perlu mengasingkan bola ping pong ini mengikut warna. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 6. Encik Azlan sudah meng-e-melkan kertas cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 7. Setiap petang, aku akan menyapu sampah di pekarangan rumah. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 8. Awak mesti menghasilkan koleksi baju baharu pada bulan hadapan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 9. Azman membaiki motor yang rosak sejak pagi tadi. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________


Latih Tubi Umum 5 Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang. 1. Ayah menceritakan pengalamannya pada zaman Jepun. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. Kamu akan membayar yuran keahlian kelab itu bila? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 3. Kamu hendaklah mengambil makanan di atas meja itu. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 4. Mereka selalu membantu murid dari kawasan pedalaman itu. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 5. Yang mengambil buku Izzati siapa? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 6. Pak Samad menebang pokok kelapa dengan menggunakan kapak. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 7. Adik mengambil gula-gula di dalam balang itu. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 8. Langkah kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah apa? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 9. Pegawai yang berpakaian kemas itu dari Kementerian Pendidikan Malaysia? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________


Latih Tubi SPM 1 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian kenal pasti ayat dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang bergaris. (1) Satu daripada tempat yang wajib dikunjungi di Tanjung Lumpur ialah restoran makanan lautnya sangat masyhur. Kemasyhurannya bukan sahaja dari segi kepelbagaian hidangannya, tetapi juga dari segi hiasannya. Selain lantai restorannya bersih, meja dan kerusinya tersusun rapi. (2) Ketika berada di tempat duduk, anda akan dilayan oleh pembantu gerai yang kemas pakaiannya. Mereka sangat mesra sekali dengan pelanggan. Anda boleh memilih sama ada masakan Barat atau masakan Timur. Harganya agak sederhana. (3) Rasa makanannya amat sesuai dengan selera pelanggan. 1. Subjek: Predikat: 2. Subjek: Predikat: 3. Subjek: Predikat: [6 markah] Latih Tubi SPM 2 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian kenal pasti ayat dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang bergaris. Farish amat berminat untuk menceburkan diri dalam bidang aeroangkasa. (1) Setiap kali pameran aeroangkasa diadakan, dia pasti akan berkunjung ke sana. Rakannya, Haziq berkongsi minat yang sama dengannya. (2) Mereka akan sentiasa mengunjungi pameran-pameran sedemikian bersama-sama. Walaupun kadangkala lokasi pameran jauh, mereka sanggup menempuhi perjalanan untuk ke sana. Selain mengunjungi pameran, perpustakaan juga dijadikan sasaran oleh mereka untuk mencari maklumat tentang bidang aeroangkasa. (3) Perjuangan mereka meningkatkan pengetahuan mengenai bidang tersebut bukanlah sesuatu yang membebankan mereka kerana minat mereka sangatlah mendalam. 1. Subjek: Predikat: 2. Subjek: Predikat: 3. Subjek: Predikat: [6 markah]


Latih Tubi SPM 3 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian tulis pola ayat sama ada Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama bagi setiap ayat yang bergaris. Kini, (1) nama Stesen Sentral Kuala Lumpur semakin harum di persada dunia. Di kawasan sekitar stesen ini sekarang, (2) kelihatan pelbagai kemudahan yang canggih. (3) Antara kemudahan yang terdapat di kawasan ini termasuklah kediaman mewah lagi selesa. (4) Dua buah hotel yang tinggi melangit di sini menjadi mercu tanda Stesen Sentral Kuala Lumpur. (5) Stesen Sentral Kuala Lumpur yang unik ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelancong dan pelabur dari luar negara. (6) Banyak pelancong asing yang menjadikan kawasan ini sebagai destinasi mereka. Sebagai buktinya, kadar tempahan dan permintaannya amat tinggi walaupun harganya agak mahal. Pola ayat dasar 1. 2. 3. 4. 5. 6. [6 markah] Latih Tubi SPM 4 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian tulis pola ayat sama ada Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama bagi setiap ayat yang bergaris. (1) Keunikan sosiobudaya Malaysia makin terkenal belakangan ini. Hal ini terjadi sejak ledakan penggunaan laman Youtube oleh penduduk global. (2) Banyak pemilik saluran YouTube antarabangsa membuat kandungan berkaitan dengan Malaysia dalam saluran mereka. Kebanyakan pencipta kandungan di Youtube tersebut datang dari pelbagai negara. (3) Mereka dari Indonesia, Singapura, England, Filipina, malahan dari Korea. (4) Antara kandungan video yang diketengahkan mereka ialah makanan tempatan, pakaian tradisional dan muzik tempatan. (5) Antara pempengaruh Youtube yang membuat kandungan sedemikian ialah Rhyss William dari England yang turut fasih berbahasa Melayu. Beliau telah lama menetap di Malaysia. (6) Beliau juga telah berkahwin dengan rakyat Malaysia. Minat mereka kepada Malaysia telah membuka mata dunia untuk melihat keistimewaan Malaysia. Pola ayat dasar 1. 2. 3. 4. 5. 6. [6 markah]


Latih Tubi SPM 5 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican menyatakan bahawa lambang sesuatu negara bangsa ialah bahasanya. Dalam hal ini, (1) orang Melayu telah memperluas penggunaan bahasanya di tanah air sendiri sejak dahulu. Oleh itu, yang sepatutnya menjadi asas pembinaan negara dan penyatuan bangsa, mereka. Malangnya, (2) masalah penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih wujud. (3) Masalah ini mash belum dapat diatasi walaupun selepas 62 tahun tanah air ini memperoleh kemerdekaan. Ayat bersusunan songsang 1. 2. 3. [6 markah] Latih Tubi SPM 6 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Spesies harimau yang semakin dimamah usia tidak mustahil menerima nasib yang sama seperti spesies haiwan yang kian pupus. (1) Gigi dan kukunya dijadikan tangkal oleh penduduk dari kawasan hutan yang berkenaan. Dagingnya pula dijadikan hidangan mewah.(2) Kulit haiwan tersebut menghiasi aksesori mewah di rumah orang yang berada. Hal ini disebabkan oleh “tangan kotor” manusia yang tidak mengendahkan larangan yang dikuatkuasakan. Yang menjadi persoalan dalam kalangan pejuang hidupan liar ialah (3) jumlah anggota badan harimau yang telah dirampas di Asia sejak sedekad lalu berapa? Ayat bersusunan songsang 1. 2. 3. [6 markah]


Latih Tubi SPM 7 Dengan berdasarkan petikan di bawah, bina ayat perintah bagi ayat-ayat yang bergaris dengan menggunakan kata perintah yang betul. Cikgu Karen : (1) Kamu harus menyiapkan latihan ini pada hari ini juga. Harry : Baik, cikgu. Cikgu Karen : (2) Kamu tidak boleh menyalin jawapan daripada kawan kamu. Harry : Saya tidak akan berbuat begitu, cikgu. Cikgu Karen : (3) Kamu hantar buku kerja kamu selepas kamu menyiapkannya nanti. Harry : Ya, cikgu. Cikgu Karen : (4) Kamu jangan lupa akan pesanan cikgu. (5) Kamu harus belajar dengan bersungguh-sungguh untuk lulus dengan cemerlangnya. Harry : Terima kasih, cikgu. Cikgu Karen : (6) Kamu balik ke tempat duduk kamu sekarang. Ayat perintah 1. 2. 3. 4. 5. 6. [6 markah] Latih Tubi SPM 8 Dengan berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf bergaris. Pemerintahan beraja menerima cabaran (1) apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946. Raja-raja Melayu kehilangan kuasa kerana (2) pemerintahan diambil Raja England. Kesepakatan Raja-raja Melayu menentang Malayan Union dengan sokongan orang Melayu menyebabkan (3) British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. (4) Kedaulatan Raja Melayu dikembalikan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Undang-Undang Tubuh digubal Raja-raja Melayu untuk (5) mengangkat Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan. Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 diperoleh (6) melalui perundingan dan persetujuan Raja-raja Melayu. Ayat tanya 1. 2. 3. 4. 5. 6. [6 markah]


Latih Tubi SPM 9 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (1) Pada peringkat awal perniagaannya, rakan sekampungnya memperlekeh usahanya. Namun demikian, dia tetap bersabar. Ramli tidak patah semangat. (2) Beliau tetap mempertahankan hasrat dan cita-citanya sejak kecil. Beliau ingin mengeluarkan sosej dan burger yang diperakukan sebagai halal. (3) Dalam hal ini, beliau sering memperlihatkan sikap yang tegas. Beliau tetap bersabar untuk mengejar matlamatnya. Ramli sentiasa memperkukuh keazamannya. Akhimya, (4) Ramli mampu memperlebar sayap syarikatnya setelah pinjamannya mendapat kelulusan. Selain itu, beliau memperbesar perniagaannya dengan mempelbagaikan produk keluarannya. Dengan pembesaran syarikatnya, (5) beliau juga turut memperbanyak pekerjanya sesuai dengan penambahan produk baharu. Kini, banyak orang mula memperkatakan kejayaannya. (6) Beliau juga telah mengangkat nama syarikatnya sebagai syarikat bumiputra yang berjaya. Ayat pasif 1. 2. 3. 4. 5. 6. [6 markah] Latih Tubi SPM 10 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. Bahasa Melayu memainkan peranan penting untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada golongan kanak-kanak sejak kecil lagi. (1) Pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak perlu disuburkan oleh ibu bapa. Dalam hal ini, (2) bahan bacaan yang bermutu serta terbaik untuk mereka perlu disediakan oleh ibu bapa. Selain itu, (3) anak kecil perlu dididik dan diasuh oleh ketua keluarga dengan perkataan bahasa Melayu yang betul. (4) Melalui usaha ini, bahasa Melayu yang lebih baik dan berkualiti dapat digunakan dan dihasilkan oleh mereka. Di samping itu, (5) anak-anak pada hari ini perlulah dibekali oleh para pendidik ilmu pengetahuan yang berguna. (6) Melalui usaha ini, insan yang berilmu serta berwawasan dapat kita lahirkan pada suatu hari nanti. Ayat aktif 1. 2. 3. 4. 5. 6. [6 markah]


Latih Tubi SPM 11 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian sambungkan ayat-ayat tunggal dalam petikan tersebut supaya menjadi tiga ayat majmuk tanpa mengubah susunan ayat dan maksud asalnya. Makanan ialah keperluan asas untuk manusia. Makanan membekalkan tenaga. Dalam makanan, terdapat nutrien. Nutrien tersebut membekalkan tenaga. Nutrien tersebut membaiki tisu-tisu. Tisu-tisu tersebut telah rosak. Nutrien utama itu diperlukan oleh manusia. Nutrien utama itu ialah karbohidrat. Nutrien utama itu ialah lemak. Nutrien utama itu ialah protein. Nutrien utama itu ialah mineral. Nutrien utama itu ialah vitamin. Ayat majmuk 1. 2. 3. [6 markah] Latih Tubi SPM 12 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan kepada ayat-ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. Sesetengah orang menganggap bahawa diet ialah usaha mengurangkan berat badan. Anggapan ini tidak tepat kerana konsep diet sebenarnya ialah amalan pemakanan seimbang dari segi pengambilan zat makanan. Kebanyakan individu mengamalkan diet yang tidak betul untuk mengurangkan berat badan. Mereka menahan lapar, mengurangkan aktiviti makan dan makan mengikut selera. Individu yang mengamalkan cara pemakanan demikian mungkin akan mengalami masalah aneroxsia nervosa. Sindrom ini merupakan akibat pengurangan berat badan yang keterlaluan. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [6 markah]


Latih Tubi SPM 13 Tukarkan ayal-ayat di bawah ini daripada ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah. “Mengapakah seni silat pada masa dahulu sangat dititikberatkan?” Cikgu Karen bertanya kepada Cikgu Kok. “Silat penting untuk mempertahankan diri dan satu gaya hidup masyarakat Melayu,” Cikgu Kok memberikan pendapat. “Adakah anak teruna yang tidak mahir bersilat dianggap tidak sempurna?” Cikgu Karen bertanya lagi. “Ya. Tidak harus dilupakan bahawa silat ini dicipta untuk mempertahankan maruah dan pusaka bangsa agar tidak dijarah penceroboh,” jawab Cikgu Kok. Ayat majmuk 1. 2. 3. 4. [6 markah] Latih Tubi SPM 14 Tulis petikan di bawah semula dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Zulaikha berkata kepada Farid dan Fazli bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh Fazli dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Farid pula menyatakan kehairanannya tentang banyak orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Ayat majmuk 1. 2. 3. 4. [6 markah]


PENYUNTINGAN Dalam soalan ini, pelajar perlu mengenal pasti kesalahan bahasa dalam bahan yang diberikan dan membetulkan kesalahan bahasa tersebut. Terdapat lima jenis kesalahan bahasa, iaitu: 1. Kesalahan tanda baca 2. Kesalahan ejaan 3. Kesalahan istilah 4. Kesalahan sistem bahasa 5. Kesalahan imbuhan Kesalahan Tanda Baca Kesalahan tanda baca bermaksud kesalahan penggunaan tanda baca, iaitu tanda baca yang tidak tepat. Sebagai contohnya: Ayat 1: Mesyuarat itu akan diadakan pada pukul 5:30 petang ini. Ayat 2: Mesyuarat itu akan diadakan pada pukul 5.30 petang ini. Frasa ‘pukul 5:30’ yang digunakan dalam Ayat 1 merupakan kesalahan tanda baca kerana titik bertindih (:) hanya digunakan untuk menambahkan penjelasan dalam sesuatu ayat, memisahkan watak dengan dialog dalam sesuatu perbualan dan menerangkan sesuatu dalam ayat. Oleh itu, frasa ‘pukul 5:30’ perlu ditukarkan kepada frasa ‘pukul 5.30’ seperti dalam Ayat 2 kerana tanda titik (.) digunakan pada akhir ayat, akhir singkatan nama dan menunjukkan nombor. Kesalahan Ejaan Kesalahan ejaan bermaksud kesalahan ejaan yang tidak mengikut pedoman ejaan Bahasa Melayu. Sebagai contohnya: Ayat 3: Sushi ialah makanan kegemaran Aina. Ayat 4: Susyi ialah makanan kegemarah Aina. Kata ‘sushi’ yang digunakan dalam Ayat 3 merupakan kesalahan tanda ejaan kerana bahasa Melayu tidak mempunyai gugusan konsonan ‘sh’. Pada kebiasaannya, gugusan konsonan ‘sh’ digunakan dalam ejaan bahasa Inggeris. Oleh itu, kata ‘sushi’ perlu ditukarkan kepada kata ‘susyi’ seperti dalam Ayat 4 kerana bahasa Melayu menggunakan gugusan konsonan ‘sy’. Contoh lain adalah seperti yang berikut: sharikat x syarikat Ö ishak x isyak Ö


Kesalahan Istilah Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata, iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan ayat atau situasi. Sebagai contohnya; Ayat 5: Theva terpaksa menetap di kawasan pendalaman kerana ingin menjaga neneknya. Ayat 6: Theva terpaksa menetap di kawasan pedalaman kerana ingin menjaga neneknya. Kata ‘pendalaman’ yang digunakan dalam Ayat 5 merupakan kesalahan istilah kerana ‘pendalaman’ bermaksud proses mendalamkan sesuatu. Oleh itu, kata ‘pendalaman’ perlu ditukarkan kepada kata ‘pedalaman’ seperti dalam Ayat 6. Kata ‘pedalaman’ bermaksud luar bandar, kampung atau desa. Contoh lain adalah seperti yang berikut: Perkarangan: kawasan batu karang Pekarangan: kawasan di sekeliling Perlanggaran: kejadian berlanggar (antara kenderaan) Pelanggaran: kejadian melanggar (undang-undang atau peraturan) Penempatan: perihal menempatkan (penempatan semula mangsa banjir) Petempatan: kawasan atau tempat yang baru dibuka Kesalahan Sistem Bahasa Kesalahan sistem bahasa merujuk semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan sistem bahasa agak luas kerana kesalahan ini melibatkan kesalahan hukum bahasa. Sebagai contohnya, Kata Sendi Nama 1. bergayut di dinding ® bergayut pada dinding 2. selain daripada ® lain daripada/selain 3. di dalam pelbagai bidang ® dalam pelbagai bidang 4. sebahagian dari pekerja ® sebahagian daripada pekerja 5. dikenakan pada pegawai ® dikenakan kepada pegawai 6. di antara matlamat ® antara matlamat 7. sejak daripada dulu ® sejak dulu/dari dulu 8. menerangkan tentang ® menerangkan 9. umpama sebagai rumah ® umpama rumah/sebagai rumah 10. dari merompak ® daripada merompak 11. kerjasama di antara negara ® kerjasama antara negara 12. di suatu masa ® pada suatu masa 13. berkisar terhadap ® berkisar tentang 14. berpindah di tempat ® berpindah ke tempat 15. daripada Jepun ® dari Jepun 16. dari masa ke semasa ® dari semasa ke semasa/dari masa ke masa 17. dia berlari dengan pantas ® dia berlari dengan pantasnya 18. oleh kerana itu ® oleh sebab itu


Kelewahan Bahasa 1. stesen minyak-stesen minyak ® stesen-stesen minyak 2. keseluruhan penduduk-penduduk ® keseluruhan penduduk 3. kertas kerja-kertas kerja ® kertas-kertas kerja 4. sederetan rumah-rumah ® sederetan rumah 5. sebahagian peserta-peserta ® sebahagian peserta 6. saling bantu-membantu ® saling membantu/bantu-membantu 7. koleksi lagu-lagu ® koleksi lagu 8. kebanyakan murid-murid ® kebanyakan murid 9. ramai murid-murid ® ramai murid 10. beberapa langkah-langkah ® beberapa langkah 11. semua murid-murid ® semua murid 12. pelbagai insentif-insentif ® pelbagai insentif 13. antara agensi-agensi ® antara agensi Frasa Kerja Pasif 1. diperoleh oleh saya ® saya peroleh 2. pemilik-pemilik rumah alami ® dialami oleh pemilik-pemilik rumah 3. guru mereka berikan ® diberikan oleh guru mereka 4. dikagumi oleh saya ® saya kagumi 5. remaja lakukan ® dilakukan oleh remaja 6. rakyat kecapi ® dikecapi oleh rakyat 7. pihak polis panggil ® dipanggil oleh pihak polis Kata Ganti Nama Tanya 1. mana ® mana-mana 2. bila ® apabila 3. berapa ® beberapa Kata Hubung 1. hasrat Aiman supaya menyertai ® Hasrat Aiman untuk menyertai 2. berkesan supaya mencegah ® berkesan untuk mencegah 3. demi untuk ® demi/untuk 4. sama ada...... dan ® sama ada......atau Kata Bilangan/Penjodoh Bilangan 1. berbanyak-banyak terima kasih ® berbanyak terima kasih 2. setengah pihak ® sesetengah pihak 3. helai stoking ® pasang stoking Kata Penguat 1. paling terindah ® terindah/paling indah Kata Majmuk 1. anak yatim-anak yatim ® anak-anak yatim 2. ketua jabatan-ketua jabatan ® ketua-ketua jabatan


Hukum D-M 1. rebus ubi ® ubi rebus 2. goreng pisang ® pisang goreng 3. cili sos ® sos cili 4. tomato sos ® sos tomato 5. negara terbit matahari ® negara matahari terbit 6. lain-lain inisiatif ® inisiatif-inisiatif lain 7. lain-lain kawasan ® kawasan-kawasan lain 8. lain-lain hal ® hal-hal lain 9. mini telekung ® telekung mini 10. Ahmad Restoran ® Restoran Ahmad 11. Nathan Klinik ® Klinik Nathan Kata Pemeri 1. Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang. ® ialah 2. Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan. ® ialah 3. Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik. ® adalah 4. Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang. ® adalah 5. Kenyataan yang anda berikan tadi ialah tidak benar sama sekali. ® adalah 6. Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya. ® adalah Kesalahan Imbuhan Kesalahan imbuhan ialah penggunaan imbuhan yang tidak tepat dengan hukumnya. Sebagai contohnya, Kesalahan Imbuhan Pembetulan mengenengahkan mengetengahkan mengenepikan mengenepikan becermin bercermin memperolehi memperoleh mengwujudkan mewujudkan merbahaya berbahaya mengswastakan menswastakan nasionalisma nasionalisme patriotisma patriotisme anti-dadah antidadah pesaraan persaraan perlaksanaan pelaksanaan perlantikan pelantikan perletakan peletakan pernyataan penyataan menakrifkan mentakrifkan peruntukkan peruntukan keburukkan keburukan kecantikkan kecantikan menakibatkan mengakibatkan perprosesan pemprosesan


Latih Tubi Umum 1. Dia mengambil kedua-dua pen itu lalu membayarnya. Kesalahan Pembetulan 2. Sebilangan daripada murid-murid kelas itu terlibat dalam persembahan silat. Kesalahan Pembetulan 3. Pada musim panas, daun-daun kering berguguran jatuh ke tanah. Kesalahan Pembetulan 4. Murid-murid perlu mengumpulkan botol-botol plastik untuk dikitar semula. Kesalahan Pembetulan 5. Faizul berasa kecewa kerana telah menunggu Daniel berjam di kedai makan. Kesalahan Pembetulan 6. Dia merasa sedih selepas mendengar berita itu. Kesalahan Pembetulan 7. Ayah selalu mendapatkan rawatan di Tan Klinik. Kesalahan Pembetulan 8. Ilmu tentang seni mempertahankan diri perlu dipelajari oleh semua orang. Kesalahan Pembetulan 9. Majlis Anugerah Cemerlang akan diadakan pada bulan Disember ini. Kesalahan Pembetulan


10. Kerajaan perlu menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan pedalaman. Kesalahan Pembetulan 11. Kamu mesti pulang rumah setelah tamat kelas tambahan. Kesalahan Pembetulan 12. Rumah Aina terletak antara Masjid Saidina Abu Bakar dengan dewan serbaguna. Kesalahan Pembetulan 13. Guru mengajarkan kami cara-cara untuk menulis karangan. Kesalahan Pembetulan 14. Hakim menjatuhkan penjenayah itu hukuman gantung sampai mati. Kesalahan Pembetulan 15. Nota yang diberikan oleh abang telah dibaca oleh saya semalam. Kesalahan Pembetulan 16. Sekumpulan pengganas masih bersembunyi di dalam gua. Kesalahan Pembetulan 17. Dinosaur ialah sejenis haiwan prasejarah yang sudah luput. Kesalahan Pembetulan 18. Perniagaan Yeop komputer yang diusahakan di dalam kampus universiti itu sangat maju. Kesalahan Pembetulan 19. Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek batik. Kesalahan Pembetulan


20. Murid-murid perlu mengumpulkan botol-botol plastik untuk dikitar semula. Kesalahan Pembetulan 21. Pementasan drama itu bermula daripada 8.00 malam hingga pukul 10.00 malam. Kesalahan Pembetulan 22. Dia merasa sedih selepas mendengar berita itu. Kesalahan Pembetulan 23. Ayah selalu mendapatkan rawatan di Tan Klinik. Kesalahan Pembetulan 24. Ilmu tentang seni mempertahankan diri perlu dipelajari oleh semua orang. Kesalahan Pembetulan 25. Majlis Anugerah Cemerlang akan diadakan pada bulan Disember ini. Kesalahan Pembetulan 26. Kerajaan perlu menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan pedalaman. Kesalahan Pembetulan 27. Kamu mesti pulang rumah setelah tamat kelas tambahan. Kesalahan Pembetulan 28. Kedai serbaneka itu berhampiran rumah Marvyn. Kesalahan Pembetulan 29. Guru mengajarkan kami cara-cara untuk menulis karangan. Kesalahan Pembetulan


30. Berpandukan pada arahan yang diberikan, sila jawab soalan ini. Kesalahan Pembetulan 31. Pada hari raya, kita hendaklah saling bermaaf-maafan. Kesalahan Pembetulan 32. Laila telah berpindah sejak dari minggu lepas. Kesalahan Pembetulan 33. Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar lazat. Kesalahan Pembetulan 34. Cerpen itu telah dikarang oleh kami. Kesalahan Pembetulan 35. Kanak-kanak yang cedera parah itu di bawa oleh ibunya ke hospital yang berdekatan. Kesalahan Pembetulan 36. Fizah bergayut di pokok kerana dikejar oleh anjing. Kesalahan Pembetulan 37. Denda yang berat telah dikenakan pada pegawai tersebut kerana menerima rasuah. Kesalahan Pembetulan 38. Prestasinya sewaktu ujian bulan lepas amat mengkagumkan. Kesalahan Pembetulan 39. Mengantarabangsakan bahasa Melayu perlu dilakukan menerusi pelbagai cara. Kesalahan Pembetulan


Latih Tubi SPM 1 Dalam petikan di bawah, terdapat 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Kes keracunan makanan terutamanya disekolah semakin kerap disiarkan oleh media cetak dan media elektronik akhir-akhir ini. Isu ini bukanlah suatu perkara yang baru, tetapi telah menjadi satu idea yang telah lama pihak-pihak yang terlibat bincangkan. Keracunan makanan bukan hanya akan berlaku di sekolah, tetapi di mana-mana sahaja bila berlaku pencemaran terhadap makanan yang dimakan. Salah satu daripada sebab belakunya keracunan makanan ialah pengendalian makanan tidak mengambil berat tentang kebersihan. Mereka juga menjalani kerja-kerja pengendalian makanan dengan tangan dan kuku yang kotor dan panjang, rambut yang tidak terurus dan panjang. Selain itu, pengendali makanan juga sering menyentoh makanan yang telah siap dimasak secara langsung semasa menghidangi pelanggan makanan. Perbuatan menghisap rokok, batuk dan meludah semasa mengendalikan makanan juga turut menjadi punca. No. Salah Betul 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. [11 markah] Latih Tubi SPM 2 Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Zaman remaja merupakan era penting dalam kehidupan seseorang. Kebiasaannya, remaja cenderong untuk melakukan perkara-perkara yang dapat memuaskan kehendak diri sendiri. Di negara kita, kerajaan sentiasa berusha untuk melahirkan ramaja yang berkualiti. Untuk menilai sama ada seseorang itu berada dalam haluan yang dimaksudkan atau tidak, beberapa kriteria perlu mengenal pasti. Di dunia yang fana ini, remaja perlu mempunyai pegangan agama yang kukuh. Hal ini dikatakan demikian kerana pegangan agama bukan sahaja boleh membawa remaja ke arah kebenaran, tetapi juga akan menjadikan kehidupan remaja lebih teratur. Pegangan agama yang kukuh tidak memungkinkan remaja tergoda anasir negatif yang mampu menghitamkan masa depan mereka.


No. Salah Betul 1. 2. 3. 4. 5. 6. [6 markah] Petikan 2 Pada masa ini, masyarakat mendapati kurang memberikan tumpuan dan perhatian terhadap badan kebajikan atau badan sukarela. Mereka lebih mementingkan badan-badan yang ditubuhkan untuk mencari keuntungan dari segi material semata-mata. Mereka mungkin tidak menyedari akan kewujudan pelbagai pertubuhan sukarela di negara kita seperti AWAS, iaitu badan sukarela yang bertujuan untuk menolong gulungan isteri yang menjadi mangsa penderaan suami. Sama juga halnya dengan RELA dan Pertahanan Awam yang membantu masyarakat yang ditimpa mala petaka. No. Salah Betul 1. 2. 3. 4. 5. [5 markah] Latih Tubi SPM 3 Dalam petikan di bawah, terdapat 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Di dalam soal pemilihan pemimpin, anggota masyarakat perlulah menghormati siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin. Pada masa yang sama, para-para pemimpin tidak wajar menunjukkan kekuasaan yang tidak berpatutan pada masyarakat. Dalam konteks pendidikkan, guru hendaklah mendidik murid dengan menitik beratkan soal budi bahasa dan akhlak mulia. Hal ini penting kerana budi bahasa menjadi pelengkap kepada semua nilai yang diajar dalam kurikulum di sekolah. Murid juga seharusya saling hormat-menghormati sesama rakan. Soal perbandingan agama, latar belakang dan budaya hendaklah dikesampingkan. Sebagai ketua dalam sesebuah organisasi, layanan tegas tetapi mesra terhadap orang bawahan teramat penting sekali. Sikap murah hati, sentiasa memberikan tunjuk ajar dan melayan orang bawahan sebagai “insan” merupakan pekerti terpuji yang menjadikan ketua itu disegani dan diteladani.


No. Salah Betul 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. [11 markah] Latih Tubi SPM 3 Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Industri pelancongan inap desa yang juga dikenali sebagai industri budaya merupakan sektur yang membabitkan pelancong asing yang datang ke negara ini. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk menikmati akan keindahan di destinasi desa. Pada masa yang sama, mereka ingin melibatkan diri di dalam aktiviti kemasyarakatan yang memberikan peluang kepada mereka untuk menyelami erti nilai kehidupan, pemikiran dan juga peradaban masyarakat desa. Untuk merealisasikan industri tersebut, kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan bertanggungjawab mendirikan industri pelancongan di negara ini yang secara tidak langsung dapat memberikan sumbangan pada pembangunan ekonomi negara. No. Salah Betul 1. 2. 3. 4. 5. 6. [6 markah]


Petikan 2 Dewasa ini, dunia kita menghadapi ledakkan teknologi maklumat yang kian canggih sehingga mempengaruhi sikap dan minda remaja. Hal ini kita dapat lihat melalui kemajuan teknologi maklumat, media-massa dan hiburan yang bergerak pantas. Dengan pengaruh pemodenan teknologi di kalangan remaja, mereka begitu mudah mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti sukan lasak. Melalui aktiviti ini, mereka dapat membina rangkaian kenalan untuk melakukan sebarang aktiviti yang mereka minati. No. Salah Betul 1. 2. 3. 4. 5. [5 markah] Latih Tubi SPM 4 Dalam petikan di bawah, terdapat 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Aktiviti sukan meletakan kemenangan dan kegagalan kepada perspektif yang betul. Ideologi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah diri yang terpuji dan pembetulan keseimbangan emosi. Melalui sukan, kita dapat mempelajari definisi kemenangan dan kekalahan. Oleh hal yang demikian, sikap bertolak-ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh meniupkan semangat yang positif untuk berjaya dan daya juang yang kental. Selain daripada itu, kegiatan sukan juga dapat membentok tingkah laku displin dalam kalangan anggotanya. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap permainan mempunyai aturan tersendiri yang harus setiap pemain yang terlibat patuhi. No. Salah Betul 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. [11 markah]


Latih Tubi SPM 5 Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 Beliau bukan guru disiplin. Beliau juga bukan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM). Beliau juga bukan guru kaunselor. Seperkara lagi yang istimewa tentang Cikgu Murni adalah beliau sentiasa ditakuti dan sentiasa diperhatikan di sekolah. Kalau beliau tiada di sekolah, murid akan terasa. Kalau beliau ada pun, murid akan merasa juga. Ada atau tiada, keberadaan beliau di sekolah memang dapat dirasa. Semasa aku di tingkatan enam, baharulah aku kenal akan perwatakan beliau yang sebenarnya. Semua murid suka cara beliau mengendalikan kelas. Beliau memang ada aura yang murid suka. No. Salah Betul 1. 2. 3. 4. 5. 6. [6 markah] Petikan 2 Semasa saya berumur enam tahun, saya telah meninggalkan kampong halaman dan ibu bapa saya serta adik bongsu saya. Oleh sebab tekanan hidup dan masalah kewangan, saya dan adik kedua saya telah dihantar di Malaysia untuk meneruskan persekolahan. Kami dijaga dan diasuh oleh nenek kami bersama-sama sepupu yang lain. Tiap pagi, kami pergi ke sekolah dengan menaiki van bapa saudara kami. Biarpun berjauhan dengan ibu bapa kami, makan dan minum kami tetap terjaga oleh nenek kesayangan kami. Pada tahun lepas, nenek kesayangan kami telag meninggal kami selama-lamanya. Namun demikian, kenangan hidup bersama-sama arwah nenek tidak akan kami lupakan. No. Salah Betul 1. 2. 3. 4. 5. [5 markah]


BAHASA MELAYU STANDARD Bahasa Melayu klasik ialah Bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu menggunakan Bahasa Melayu Kuno. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik 1. Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit. 2. Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan ayat bersusunan pasif. 3. Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan ayat bersusunan songsang. 4. Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan kosa kata klasik. 5. Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan kata pangkal ayat. 6. Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan partikel pun dan lah. Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka sirih pada jorong emas dipersembahkan oranglah kepada raja. Maka naiklah Puteri Nila Pancadi ke kapal dengan perwira-perwiranya. Ratna mutu manikam – berhias dengan permata Sahaya – saya atau orang bawahan Masyghul – sedih Alkisah – begini ceritanya Arakian – selepas itu Hatta – lalu atau maka Kendatipun – walaupun Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah.


Teknik menukarkan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu standard 1. Baca dan fahami petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud secara keseluruhan. 2. Nama watak dan tempat perlu dikekalkan. 3. Kata pangkal ayat seperti hatta, arakian, syahadan dan kalakian perlu digugurkan. 4. Kosa kata daripada bahasa istana hendaklah dikekalkan. Contoh bahasa istana adalah seperti yang berikut: Bahasa Standard Bahasa Istana Kalau rakyat makan dan minum Raja santap Kalau rakyat tidur Raja beradu Kalau rakyat mandi Raja bersiram Kalau rakyat marah Raja murka Kalau rakyat berjalan/bertolak Raja berangkat Kalau rakyat hadir/singgah Raja bercemar duli Kalau rakyat sakit Raja gering Kalau rakyat berkata-kata Raja bertitah/bersabda Kalau rakyat duduk di kerusi/takhta Raja duduk di singgahsana Kalau rakyat ada ayah Raja ada paduka ayahanda Kalau rakyat ada ibu Raja ada paduka bonda Kalau rakyat ada isteri Raja ada paduka permaisuri Kalau rakyat ada nenek Raja ada paduka nenda Kalau rakyat ada anak lelaki Raja ada putera Kalau rakyat ada anak perempuan Raja ada puteri Kalau rakyat ada kakak/abang Raja ada paduka kakanda Kalau rakyat ada adik Raja ada paduka adinda Kalau rakyat meninggal dikebumikan Raja dimakamkan Kalau rakyat meninggal dunia Raja mangkat Kalau rakyat jadi allahyarham Raja jadi almarhum Kalau rakyat memberi Raja menganugerahi/mengurniai Kalau rakyat menyambut hari lahir Raja menyambut hari keputeraan Kalau rakyat ke bilik air Raja ke sungai Kalau rakyat suka/sudi/bersetuju Raja berkenan Kalau rakyat pening kepala Raja gering hulu Kalau rakyat gembira Raja sukacita Kalau rakyat susah hati/sedih Raja dukacita/masyghul Kalau rakyat duduk Raja bersemayam Kalau rakyat ada tukang masak Raja ada gerau Kalau rakyat jadi tentera Raja jadi kesateria Kalau rakyat minta panjang usia Raja mohon dirgahayu Kalau rakyat dibantah Raja disanggah Kalau rakyat memberi ucapan takziah Raja memberi belasungkawa Kalau rakyat memiliki kuasa Raja memiliki daulat Kalau rakyat menurut arahan Raja menjunjung titah Kalau rakyat berterima kasih Raja menjunjung kasih/kurnia


5. Kata ganti nama diri seperti baginda, ibunda, anakanda, permaisuri, kakanda dan seumpamanya harus dikekalkan. 6. Kata partikel pun dan lah perlu digugurkan. 7. Kosa kata klasik wajar digugurkan. 8. Bilangan ayat mestilah sama dengan petikan soalan. 9. Struktur ayat dalam petikan perlu dikekalkan. Maksudnya, a) Jika ayat dalam bentuk cakap ajuk, kekalkan bentuk cakap ajuk tersebut b) Jika ayat dalam bentuk cakap pindah, kekalkan bentuk cakap pindah tersebut c) Jika ayat dalam ragam aktif, kekalkan ragam aktif tersebut d) Jika ayat dalam ragam pasif, kekalkan ragam pasif tersebut e) Jika ayat dalam susunan biasa, kekalkan ayat tersebut dalam susunan biasa f) Jika ayat dalam susunan songsang, kekalkan ayat tersebut dalam susunan songsang 10. Jangan membuat ulasan cerita dalam teks serta menokok tambah isi atau fakta. Maksud dan Penggunaan Kata Pangkal Ayat Kata Pangkal Ayat dalam Bahasa Melayu Klasik Kata Pangkal Ayat dalam Bahasa Melayu Standard Terjemahan bahasa Inggeris alkisah begini ceritanya/menurut cerita this is how the story begin/according to this story arakian selepas itu/selanjutnya after that hatta lalu/maka/kemudian therefore/hence/later kendatipun walaupun/meskipun/biarpun eventhough sebermula permulaan sesuatu kisah at the beginning maka seterusnya next syahadan selanjutnya/lalu and then kalakian ketika itu at that time


Maksud Kosa Kata atau Rangkai Kata daripada Prosa Klasik Tingkatan 4 dan 5 Kosa Kata Klasik Maksud Kosa Kata Klasik Maksud penjurit pejuang/askar teririk terpijak kepetangan pandai membuat helah/cerdik/licik radak tusuk endah minat terhadap sesuatu karar tenang/tenteram manira saya gemeretak bunyi hujan menimpa atap pakanira tuan/engkau memalu mongmongan memukul canang atau gong kecil kula patik penggawa agung ketua kampung/penghulu bahana bunyi bising firasat perasaan / naluri perlenti penjenayah buas ganas tanpa kedep tembung laku tidak mengendahkan orang/bahasa dan laku kurang ajar teririk bangkai terpijak mayat pergi berkawal menjalankan tugas/melaksanakan tugas bala musibah/kecelakaan sebahagi itu akan patik saya akan mengambil sebahagian datang kesudahnya diceritakannya semuanya diberitahu segalanya dikisahkannya maka titdah dulu yang maha mulia patik junjung perintah Raja Melaka akan dipatuhi singgah di luar kota berhenti di pinggir bandar/di kampung raja-raja di bawah angin raja-raja di timur orang penyuruh orang suruhan tiada mahu menyembah tidak mahu tunduk manira saya berlengkap bersiap sahibulhikayat pengarang cerita tiada terpermanai tidak terkira suluh merisik segala rakyat teluk rantau semua rakyat jajahannya duduk di atas segala hulubalang ketua segala hulubalang kemakanan matanya tumpul matanya delapan ratus sum lapan ratus kapal Siam tiada alah tidak kalah perihal ehwal perkara orang berasal berketurunan baik persalinan pakaian lengkap beringgit bermusuhan pada kadarnya setimpalnya kedapatan ditemui baik parasnya terlalu tampan berhadir bersedia penjurit penjenayah cula azimat pitis duit saudara sejalan jadi saudara rapat berlengkap akan mengeluari bersiap untuk berperang menghalau seraya sambil kepetangan bijaksana


Latih Tubi SPM 1 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian; syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi. Maka sembah Laksamana, “Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu ke istana kita ini.” Maka titah raja. “Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istana ini?” Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Latih Tubi SPM 2 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka hari pun malamlah. Maka Laksamana pun memakai serba hitam lalu berjalan. Maka Kertala Sari pun masuklah. Maka dilihat oleh Laksamana seorang penjurit, maka Laksamana pun berselindung pada suatu tempat. Maka Kertala Sari pun menyimpang pada tempat yang lain masuk mencuri. Maka Kertala Sari pun fikir dalam hatinya hendak mencuri harta raja; apabila habislah harta raja itu maka ia pun masuk hendak membakar serta mengamuk. “Adapun bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku.” Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________


Latih Tubi SPM 3 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan halnya kecuriaan semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?” Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.” Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Latih Tubi SPM 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Setelah diketahuinya, Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Karma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi mengadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana ; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia perajurit besar lagi kepetangan.” Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________


Latih Tubi SPM 5 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh; itulah dinamai orang Rotan Siam, manakala pasungan kayu ara itu pun tumbuh juga, datang sekarang di hulu Muar jua, dan tumang Siam tempat bertanak itu pun tumbuh juga, datang sekarang Telah rakyat Siam sudah pulang, maka segala orang teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke tempatnya. Maka Tun Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang; diam di Melaka, dijadikan baginda bentara. Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka [6 markah] ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Latih Tubi SPM 6 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka [6 markah ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________


Latih Tubi SPM 7 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Adapun perigi di Batu Pahat itu, orang Siamlah membuat dia. Maka diikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura. Maka bendahara pun kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah. Maka segala perihal ehwal itu sekaliannya dipersembahkan oleh bendahara Ke Bawah Duli Sultan. Maka baginda pun terlalu suka; maka baginda pun memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalin masing-masing pada kadarnya. Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka [6 markah] ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Latih Tubi SPM 8 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu.” Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka [6 markah] ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________


PERIBAHASA Peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, kata-kata hikmat dan pepatah. Simpulan Bahasa Simpulan Bahasa ialah kata-kata yang ringkas dan padat yang membawa maksud kiasan seperti kaki bangku, hati batu, tangkai jering dan sebagainya. Bidalan Bidalan ialah kata-kata yang mempunyai maksud tersirat daripada ungkapan yang dikemukakan. Contoh bidalan ialah biar lambat asalkan selamat, indah khabar daripada rupa, biar papa asalkan bergaya, ingat sebelum kena jimat sebelum habis, sambil menyelam minum air, melentur buluh biarlah dari rebungnya dan sebagainya. Perumpamaan Perumpamaan ialah peribahasa yang mempunyai kata-kata bagai, ibarat, umpama, laksana, seperti dan sebagainya seperti bagai aur dengan tebing, seperti anjing menyalak bukit dan laksana burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung dan sebagainya. Kata-kata Hikmat Kata-kata hikmat ialah kata-kata yang membawa maksud sesuatu yang dapat menimbulkan semangat seperti bahasa jiwa bangsa, bersekutu bertambah mutu, bersatu teguh bercerai roboh, muafakat membawa berkat, masa itu emas, usaha tangga kejayaan dan sebagainya. Pepatah Pepatah ialah kata-kata atau ungkapan yang berentak yang mempunyai maksud nasihat, sindiran, dan sebagainya. Contoh pepatah yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah bagaimana acuan, begitulah kuihnya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya dan sebagainya. Format Soalan Peribahasa SPM 1. Pelbagai bentuk-berdasarkan gambar situasi, karikatur, dialog, ilustrasi dan sebagainya 2. Panjang petikan atau bahan: antara 50 hingga 80 patah perkataan 3. Jumlah peribahasa bergantung pada arahan dalam soalan Bentuk Soalan Peribahasa 1. Menentukan peribahasa daripada situasi dalam ayat 2. Peribahasa sama maksud 3. Membina ayat daripada peribahasa 4. Menyesuaikan peribahasa dalam ayat atau dialog 5. Memasukkan peribahasa di tempat kosong dalam ayat 6. Memberikan maksud peribahasa dalam ayat


Click to View FlipBook Version