The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanida19679, 2018-12-25 07:52:19

MINIT MESYUARAT GURU 5 2018

MINIT MESYUARAT GURU 5 2018

MINIT MESYUARAT GURU
BIL.5/2018

Tarikh : 19 November 2018 (Isnin)
Masa : 12.30 Tengah hari

Tempat : Pusat Sumber SK Tasek Gelugor

KEHADIRAN Guru Besar
PK Pentadbiran
1. En. Mohd Fuaad bin Ismail PK HEM
2. Pn. Hafizoh binti Wahab PK Kokurikulum
3. Pn. Hjh Salihah binti Ali PK Petang
4. Pn. Mazlini binti Arop
5. En. Mohd Zakir bin Hakimuddin
6. En. Abdul Khaliq bin Ismail
7. En. Ahmad Farihan bin Muhamad
8. En. Amir Husaini @ Mahadi b. Hj Ahmad
9. En. Omar bin Osman
10. En. Habib Mohd Khairul Nizam
11. En. Mohd Hafiz bin Ahmad
12. En. Mohd Noor bin Hashim
13. En. Mohd Nazirul Ezrin bin Ilyas
14. En. Mohd Azlan bin Aziz
15. En. Sivasuthan a/l Prabakaran
16. Cik Aqila Riyani binti Abdul Rani
17. Pn. Afaff bin Abdullah
18. Cik Hasmiyah binti Md Taha
19. Pn. Baqiatussolihah binti Abdul Karim
20. Pn. Che Rokiah binti Che Su
21. Pn. Hamishanida binti Md. Ishak
22. Pn. Hasbuna binti Abu Seman
23. Pn. Hasilahwati binti Hassan
24. Pn. Hjh. Sharimah binti Abdullah
25. Pn. Husna binti Abu Yazid
26. Pn. Ira Rosmaini binti Ramli
27. Pn. Ismaliza binti Ismail
28. Pn. Kharsyiah binti Abdul Rahman
29. Pn. Mahwan binti Hassan
30. Pn. Majidah binti Said
31. Pn. Mas Mardziah binti Mansor
32. Pn. Masitah binti Saidin
33. Pn. Nafizah binti Ahmad
34. Pn. Nor A’ini binti Hashim
35. Pn. Nor Haiyati binti Mohd Yusof

1

36. Pn. Nor Hamidah binti Saari Pencatat Minit
37. Pn. Norazila binti Hassan
38. Pn. Norhaslinda binti Abdul Rejab
39. Pn. Norriza binti Khalib
40. Pn. Norrizzian binti Din
41. Pn. Nur Hayati binti Patin
42. Pn. Nurulhuda binti Mohamad Nor
43. Pn. Roshana binti Abu Bakar
44. Pn. Nurazlin binti Mohd Yusof
45. Pn. Siti Aishah binti Abdul Hamid
46. Pn. Syakirah binti Shahabuddin
47. Pn. Sariffah binti Mohd Salleh
48. Pn. Zahida binti Mohamad
49. Pn. Zanariah binti Othman
50. Pn. Nor Hidayah binti Md Yusof
51. Pn. Nadira binti Shariffuddin
52. Pn. Zalina binti Abu

TIDAK HADIR BERSEBAB : Pengawas SPM
Cuti sakit
1. En. Jalaluddin bin Ramli Cuti sakit
2. Pn. Hasbuna binti Abu Seman
3. Pn. Hasliza bt Hussin

URUSETIA

1. Pn Zalina binti Abu

AGENDA :

1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara – perkara berbangkit
4. Budaya tutup sekolah
5. Pelan Strategik 2019 - 2021
6. Laporan Penolong Kanan

6.1 – Penolong Kanan Pentadbiran
6.2 – Penolong Kanan HEM
6.3 – Penolong Kanan Kokurikulum
6.4 – Penolong Kanan Petang
7. Hal-hal lain

2

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. Rasa
kesyukuran dipanjatkan kerana masih dipanjangkan usia untuk hadir dalam
mesyuarat terakhir sesi persekolahan 2018.

1.2 Pengerusi berpesan kepada semua guru agar memegang amanah yang
dipertanggungjawabkan sebagai penjawat awam.

1.3 Pengerusi bersyukur kerana walaupun terdapat sedikit kekurangan tetapi
beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para guru SK
Tasek Gelugor

1.4 Pengerusi .berharap para guru akur dengan buku pengurusan sekolah.
Perancangan yang tertera akan berubah mengikut kesesuaian.

1.5 Takwin sekolah perlu diikut sebagai asas perancangan sesuatu program dan
mengambil tanggungjawab sebaiknya.

Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Guru bil.4/2018 telah dicadangkan untuk pengesahan oleh
Pn Nor Hamidah binti Saari dan disokong oleh Pn Hasilahwati binti Hassan.

3.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT

3.1 LDP kali ketujuh pada 11 Ogos 2018 ditunda pada tarikh 22 September 2018.
Perancangan untuk mengadakan gotong royong tetapi ditukar kepada aktiviti
bersama Panitia Pendidikan Islam bertajuk Maufakat Membawa Berkat.
Program ini merupakan gotong-royong warga SKTG menyediakan bubur
asyura.

Makluman
4.0 BUDAYA TUTUP SEKOLAH / PENGURUSAN KURIKULUM
4.1 Pengerusi memberi makluman Buku Budaya Tutup Sekolah perlu dihantar

kepad Pk Pentadbiran Pn. Hafizoh sesi pagi manakala sesi petang perlu
dihantar kepada En. Mohd Zakir PK Petang. Segala maklumat dan tanda
tangan perlu dilengkapkan.

4.2 Pn. Hafizoh memaklumkan setiap program yang dilaksanakan perlu dihantar
laporan kepada penolong kanan mengikut unit masing-masing.
.

3

4.3 Jadual waktu Sesi Persekolahan 2019 akan diedarkan kepada semua guru
pada 26 Disember 2018 mesyuarat pertama persediaan buka sekolah sesi
2019.
Makluman

5.0 PELAN STRATEGIK 2019 – 2021

5.1 Pelan Strategik 2019 – 2021 bidang kurikulum, kokurikulum serta unit HEM
pelu dibuat dan dihantar kepada penolong kanan unit masing-masing pada
atau sebelum 26 Disember 2018.

5.2 Pn. Hamishanida selaku Setiausaha Kurikulum akan memberi panduan untuk
membuat Pelan Strategik dan OPPM yang boleh dimuat turun di
[email protected].

5.3 Jadual penyediaan adalah seperti berikut mengikut Unit Kurikulum, Unit HEM
dan Unit Kokurikulum

UNIT KURIKULUM (PN. HAFIZOH BT WAHAB - PK PENTADBIRAN)

BIL NAMA GURU MATA PELAJARAN
1 Pn. Hamishanida bt Ishak /UNIT
2 Pn. Narriza bt Khalib
3 Pn. Mahwan bt Hassan Induk Kurikulum
4 Pn. Nor Hamidah bt Saari Bahasa Melayu
5 Pn. Norhaiyati bt Mohd Yusof Bahasa Inggeris
6 En. Mohd Azlan bin Aziz Matematik
7 En. Mohd Hafiz bin Ahmad Sains
8 En. Mohd Nazirul Ezrin bin IIyas Pendidikan Islam
9 Pn. Hasilahwati bt Hassan Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
10 Pn. Majidah bt Said Pendidikan Moral
11 Pn. Hasliza bt Husin Pendidikan Muzik
12 Pn. Hjh. Sarimah bt Abdullah Bahasa Arab
13 Pn. Zanariah bt Othman Kesenian / PSV
14 En. Abdul Khaliq bin Ismail Sejarah
15 Cik Hasmiyah bt Md Taha RBT
16 Pn. Ismaliza bt Ismail TMK
17 Pn. Nor A’ini bt Hashim Linus 2.0
18 Pn. Norhidayah bt Md. Yusof Prasekolah
19 Pn. Syakirah dan Pn Kharsyiah Pusat Sumber Sekolah
ICT Sekolah

4

UNIT HAL EHWAL MURID (PN. HJH. SALIHAH – PK HEM)

BIL NAMA GURU UNIT
1 Pn. Norrizzian bt Din Induk HEM
2 En. Ahmad Farihal bin Muhamad Unit PPDa
3 Pn. Norhaslinda bt Abdul Rejab Unit 3K
4 Pn. Zahida bt Mohamad Unit B&K
5 Pn. Husna bt Abu Yazid Unit RMT
6 Pn. Norazila bt Hassan Unit SPBT
7 Pn. Nurulhuda bt Mohamed Nor Unit Bantuan & Kebajikan
8 Pn. Nur Hayati bt Patin Unit Kantin
9 Pn. Zanariah bt Othman Unit Disiplin

UNIT KOKURIKULUM (PN. MAZLINI BT AROP – PK KOKURIKULUM)

BIL NAMA GURU KELAB/PERSATUAN

1 Pn. Baqiatussolihah bt Abdul Karim Induk Kokurikulum

2 En. Amir Husaini bin Hj. Ahmad Pengakap

3 Pn. Nurazlin bt Mohd Yusof Pandu Puteri Tunas

4 Pn. Afaff bt Abdullah PPIM

5 Pn. Che Rokiah bt Che Su Bulan Sabit merah

6 En Habib Mohd Khairul Nizam TKRS

7 Pn. Nadira bt Shariffuddin STEM

8 Pn. Siti Aishah bt Abdul Hamid Kelab Seni Visual

9 En. Jamaluddin bin Ramli Kelab ICT

10 Cik Aqilah Riyani bt Abdul Rani KKJR

11 Pn. Kharsyiah bt Abdul Rahman Persatuan Bahasa Inggeris

12 En. Mohd Noor bin Hashim Persatuan Bahasa Melayu

13 Pn. Ira Rosmaini bt Ramli Persatuan Pend. Islam

14 Pn. Masitah bt Saidin Kelab Kebudayaan

15 Pn. Hasbuna bt Abu Seman Kelab Doktor Muda

16 Pn. Zalina bt Abu Persatuan PSS

17 Pn Roshana bt Abu Bakar Persatuan SPBT

18 En. Sivasuthan a/l Prabakaran Kelab Bola Sepak

19 Pn. Hjh. Nafizah bt Ahmad Kelab Sepak Takraw

20 Pn. Mas Mardziah bt Mansor Kelab Bola Jaring

21 E. Omar bin Osman Kelab Bola Baling

22 Pn. Hjh. Sabrina bt Arshad Kelab Olahraga

23 Pn. Zahida bt Mohamad Kelab Catur/Karum

24 Pn Syakirah bt Shahabuddin Kelab Badminton

5.4 Pengerusi berharap guru yang diberi tanggungjawab membuat Pelan

Strategik 2019 – 2021 dapat merancang dan menepati tarikh penghantaran

yang telah diberikan.

Makluman

5

6.0 LAPORAN PENOLONG KANAN

6.1 LAPORAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

6.1.1 Pn. Hafizoh mengucapkan terima kasih kerana para guru sentiasa peka
terhadap tugas yang diamanahkan

6.1.2 Pn. Hafizoh berharap guru yang dipertanggungjawabkan dapat menguruskan
kelas dengan baik dan memberi keselesaan kepada guru dan murid.

6.1.3 Para guru juga diharap dapat bekerjasama dengannya melaksanakan hal
berkaitan kurikulum memandangkan beliau masih baru di SK Tasek Gelugor..

6.1.4 Beliau juga terbuka serta sedia menerima pandangan atau pendapat yang
baik demi kepentingan anak didik di sekolah ini.

Makluman

7.0 LAPORAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
6.2.1 Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas kehadiran dalam mesyuarat

kali kelima mengikut ketetapan masa .

6.2.2 Pn,Hjh. Salihah mengingatkan guru kelas agar mengemaskini fail murid yang
melibatkan fail peribadi, fail prestasi dan fail APDM.

6.2.3 Fail APDM juga perlu dikemaskini. Setiap borang murid perlu mempunyai sijil
kelahiran, salinan kad pengenalan ibu bapa makiumat pendapatan dan lain-
lain maklumat tambahan jika ada supaya mudah untuk memperoleh makumat
jika diperlukan.

6.2.4 Fail APDM yang baharu 2019 setiap guru perlu saling membantu bagi
memudahkan dan mempercepatkan proses pengagihan bagi setiap kelas.

6.2.5 Fail peribadi murid perlu diletakan I salinan senarai nama pada rak yang telah
ditetapkan dan diikat bagi memudahkan pencarian fail apabila berlaku proses
pertukaran.

6.2.6 Penyediaan senarai nama murid sesi 2019 perlulah mengandungi nama guru,
nama murid dalam huruf besar dan tinggalkan 5 baris yang kosong dibawah.

6.2.7 Jadual kedatangan murid perlu dikemaskini sebelum 23 November 2018.
Sebarang tulisan pensel dapat dipadamkan dengan bersih.Maklumat cuti
perlu dituliskan dengan betul.

6.2.8 Maklumat pada bulan Disember pada buku kedatangan hanya dituliskan
nama sahaja. Segala maklumat penting perlu dilengkapkan.

6

6.2.9 Maklumat surat serta surat cuti sakit murid perlu disampulkan dan dituliskan
kelas.

6.2.10 Jumlah hari persekolah sesi 2019 adalah seperti berikut:

Tahun 1 /2 - 190 hari

Tahun 3 - 191 hari

Tahun 4 - 189 hari

Tahun 5 - 190 hari

Tahun 6 - 193 hari

Jumlah keseluruhan sesi persekolah tahun 2018 ialah 193 hari.

6.2.11 Buku kedatangan RMT juga perlu dilengkapkan bermula bulan Januari serta
Tahun 1 dan penyelarasan bermula Februari. Jumlahnya boleh dirujuk dari
Puan Zanariah kelas 6IK untuk panduan jumlah hari.

6.2.12 Kenaikan kelas akan dibuat pada 22 November 2018. Setiap guru pastikan
kelas dikemas dengan baik.

6.2.13 Jamuan kelas akhir tahun tidak akan diadakan.

6.2.14 Fail peribadi Tahun 6 serta sijil, Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),
PAJSK dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) akan diberikan pada 29
November bersama slip keputusan peperiksaan UPSR.

6.2.15 Buku teks murid yang belum menggantikan buku yang hilang akan diletakkan
di dalam rak bilik guru. Buku SPBT Tahun 3 belum sampai, tetapi guru yang
bertanggungjawab akan dipanggil apabila buku telah sampai.

6.2.16 Ketua unit dan setiausaha pastikan fail dikemaskini dan laporan
dilengkapkan.

6.2.17 Kunci yang dipinjam tolong serahkan kembali di pejabat manakala laporan
unit yang belum siap diharap dapat dihantar secepat mungkin.

Makluman

6.3 LAPORAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

6.3.1 Pn. Mazlini memaklumkan tentang pengisian PAJSK bagi tahun 4 dan 5.
Beliau juga menyatakan tahun 6 teleh selesai dilengkapkan tetapi masih
boleh dikemaskini.

6.3.2 Tahun 4 dan 5 Vle frog boleh dijadikan bonus atau ‘extra kokurikulum’. Guru
penasihat perlu ambil perhatian.

7

6.3.3 Sebarang perubahan dalam PAJSK ini perlu ada eviden walaupun tarikh tutup
3 Disember 2018.

6.3.4 Fail kelab dan persatuan perlu dilengkapkan sebelum 30 November 2018.

6.3.5 Laporan dan kertas kerja setiap aktiviti perlu ada. Contoh boleh diambil dalam
emel [email protected] (pw:sktg2018).

6.3.6 Laporan Karnival Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu disiapkan.
Lampiran perlu ada 5 keping gambar.

6.3.7 Laporan pertandingan pula perlu ada pencapaian, nama murid yang
menyertai serta gambar sebagai lampiran.

6.3.8 Kelab permainan akan melibatkan guru sesi pagi kecuali bola baling iaitu
Cikgu Omar dan Pn. Hasliza. Persatuan melibatkan kedua-dua sesi,manakala
unit uniform guru sesi petang.

Makluman

6.4 LAPORAN PENOLONG KANAN PETANG

6.4.1 Buku laporan sesi petang kerap kali tiada di pejabat. Guru bertugas mingguan
bertanggungjawab untuk memastikan buku tersebut berada di pejabat
sebelum balik.

6.4.2 PdPc Pendidikan Jasmani tidak boleh diadakan di dewan terbuka tetapi
diadakan di padang mengikut kesesuaian cuaca.

6.4.3 Kenaikan kelas akan diadakan pada hari Khamis ini bagi sesi petang.

6.4.4 Jamuan murid sesi petang akan diadakan pada 23 November 2018 atas
persetujuan guru sesi petang.

Makluman

7.0 HAL – HAL LAIN

7.1 Pengerusi memberi makluman pada sesi persekolahan 2019 tiada sebarang
ujian dan peperiksaan untuk tahap 1. Penilaian sepenuhnya berdasarkan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang berlaku sepanjang masa.

7.2 Pembudayaa Pembelajaran Abad 21 (PA 21) perlu diberi perhatian. Para
guru diingatkan supaya mengoptimunkan penggunaan Bilik Abad. PdPc pula
tidak lagi menggunakan cara konvensional. Siri LDP yang melibatkan PLC
setiap mata pelajaran akan diadakan.

8

7.3 Pengerusi mahukan penggunaan Bilik PA21 secara bergilir dimasukkan
dalam jadual waktu.

7.4 Para guru perlu rajin mencari kaedah-kaedah PdPc yang terbaik dalam
mendepani perubahan zaman seba maju.

7.5 Pengerusi menyatakan Timbalan Pengarah juga mengarahkan Unit Akademik
memantau dan menfokuskan PA21. Masa yang ada carilah ilmu untuk
membantu meningkatkan pengetahuan.

7.6 Pengurusan kunci agak lemah kerana tidak ada pemantauan. Sebarang kunci
yang masih dalam simpanan guru, segera kembalikan ke pejabat.

7.7 Aset – aset sekolah perlu dijaga dan digunakan sebaiknya,sebagai makluman
bil hampir mencecah RM5000. Kita perlu ada rasa tanggungjawab dan
sayang akan aset sekolah.

7.8 Tahun hadapan (2019) Bilik Khas akan diselia oleh PK Kokurikulum.

7.9 Pengerusi berharap bilik Stor serta bilik-bilik khas dijaga dan diurus dengan
baik.

7.10 Jadikan surau sebuah tempat yang baik bukan tempat untuk melepak.

7.11 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua penolong kanan yang
sentiasa akur atas arahan.

7.12 Aras serta kebolehan setiap guru tidak sama. Setiap arahan yang diberikan
perlu dilaksana dengan sebaik mungkin.

7.13 Pengerusi berharap attitude atau sikap perlu berubah kepada yang lebih baik
walaupun di mana kita berada.

7.14 Objektif pembelajaran sekarang ini bukan menfokuskan kepada A tetapi lebih
kepada kemenjadian murid dan tiada E serta sifar linus.

7.15 Penghargaan khas perlu diberikan kepada team ICT terutama Pn. Khasyiah
kerana kesungguhan mempertingkatkan keupayaan dalam pencapaian Vle
frog.

7.16 Pencapaian team bola baling juga membanggakan memperoleh tempat
kedua.Pihak pentadbir akan sentiasa menyokong setiap team yang
bertanding untuk mendapat pencapaian terbaik.

7.17 Sebarang perkeliling dan dasar boleh diakses dalam pelbagai medium tetapi
perlu ditapis dan dilihat kesahihannya agar tidak memperoleh maklumat
palsu.

9

7.18 Taklimat pengisian My Portfolio telah disampaikan oleh Setiausaha Kurikulum
Pn. Hamishanida. Maklumat yang telah siap diisi perlu dihantar sebelum 27
November 2018 melalui emel [email protected].

7.19 Pengerusi mengharapkan agar semua guru sentiasa mendoakan kejayaan
cemerlang dalam UPSR yang akan diumumkan pada 29 November 2018
melibatkan 4 komponen utama. Tiada sebarang majlis akan diadakan.
Makluman

8.0 PENUTUP
8.1 Pengerusi memohon kemaafan seandainya ada perkataan yang menguris

hati. Jika ada kesempatan masa dan rezeki kita akan berjumpa lagi dan
mengharapkan kita semua sentiasa muhasabah diri untuk menjadi lebih baik.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.50 petang.
Disediakan oleh,
Pn Zalina binti Abu
Pencatat Minit Mesyuarat Guru

10


Click to View FlipBook Version