The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlinamyausop, 2021-06-24 07:37:59

BAHAN ULANGKAJI SAINS UPSR DEWAN PELAJAR

RANGKUM MAC20-OGOS21

menutup mata dengan pantas
iii. mengelakkan mata daripada rosak kerana cahaya yang terlalu terang.

BULAN OKTOBER 2020
SAINS TAHUN 4
Oleh: Azlina M Yausop
ULANG KAJI
Tajuk kita pada keluaran ini ialah Haiwan . Tajuk ini terdapat dalam silibus pelajaran
Sains tahun 4. Beberapa tajuk kecil yang akan dibincangkan ialah :

13. Organ Pernafasan Haiwan
14. Haiwan Vertebrata dan Haiwan Invertebrata
Organ Pernafasan Haiwan
11. Peta pokok berikut menunjukkan 4 jenis organ pernafasan haiwan berserta

contoh haiwan yang terlibat.

• Lembu • Rama- • Ikan • Cacing
• Gajah rama • Ketam • Lintah
• Buaya • Berudu • Siput
• Ular • Belalang • Ikan pari • Pacat
• Ikan paus • Semut • Udang
• Lipas
• Beluncas

• Terdapat haiwan yang mempunyai 2 organ pernafasan iaitu bernafas
melalui peparu dan kulit lembap. Contoh : salamander, newt dan katak.

• Seperti katak, apabila di darat ia akan bernafas melalui peparu dan
menggunakan kulit lembap untuk bernafas semasa berada di dalam
air.

salamander newt katak

*sumber gambar : Google

Pengelasan Haiwan

Haiwan terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu haiwan vertebrata dan haiwan

invertebrata.

INVERTEBRATA VERTEBRATA

Haiwan yang TIDAK Haiwan yang ADA
mempunyai tulang mempunyai tulang

belakang belakang

• Sotong kurita • Mamalia
• obor-obor • Amfibia
• lipan • Reptilia
• tapak sulaiman • Ikan
• Burung

Vertebrata

HAIWAN VERTEBRATA

MAMALIA REPTILIA BURUNG IKAN AMFIBIA
berbulu halus bersisik dan
melahirkan bersisik/berkuli berbulu berlendir berkulit lembap
anak t keras pelepah bertelur bertelur
menyusukan bertelur di bertelur bernafas bernafas
anak darat bernafas melalui insang melalui peparu
bernafas bernafas melalui peparu berdarah sejuk & kulit lembap
melalui peparu melalui peparu berdarah hidup di air berdarah sejuk
berdarah berdarah sejuk panas mempunyai boleh hidup di
panas kebanyakan hidup di darat sirip darat dan di air
hidup di darat hidup di darat contoh : ayam, contoh : ikan contoh: newt,
contoh : contoh : cicak, itik, angsa keli, ikan emas katak,
lembu, ular, buaya salamander
harimau , kuda

❖ Berdarah sejuk bermaksud suhu badan haiwan berubah mengikut suhu
persekitaran

❖ Berdarah panas bermaksud suhu badan haiwan tetap dan tidak berubah
mengikut suhu persekitaran.

LATIHAN ULANGKAJI
1. Labelkan organ pernafasan haiwan-haiwan di bawah.

A) B)

C) D)

*sumber gambar : Google

12. Nyatakan contoh haiwan berdasarkan organ pernafasan berikut.

Peparu Insang Spirakel Kulit lembap

13. Nyatakan maksud vertebrata dan invertebrata.

Vertebrata –__________________________________________________

Invertebrata - _______________________________________________

14. Nyatakan sama ada haiwan berikut invertebrata atau vertebrata.

Haiwan Invertebrata / Vertebrata

Sotong

Ikan

Kambing

Obor-obor

Tapak sulaiman

15. Nyatakan sama ada haiwan vertebrata berikut ialah

mamalia/reptilia/amfibia/ikan/burung.

Haiwan vertebrata Haiwan vertebrata

Ular Paus

Angsa Buaya

Kerbau Ayam

Ikan emas Katak

Itik Lumba-lumba

Cicak Salamander

16. Jawab soalan berdasarkan rajah.

PQ
*sumber gambar : Google

a) Namakan haiwan di atas.
P - ______________________ Q - ________________________

b) Nyatakan organ pernafasan bagi kedua-dua haiwan tersebut.
P - ______________________ Q - ________________________

c) Nyatakan kelebihan haiwan P berbanding haiwan Q.
__________________________________________________________

d) Kelaskan haiwan P dan Q kepada kumpulan vertebrata yang betul.
P - ______________________ Q - ________________________

e) Nyatakan satu contoh haiwan lain yang mempunyai organ pernafasan
yang sama bagi haiwan P dan Q.
P - ______________________ Q - ________________________

f) Nyatakan satu contoh haiwan lain yang mempunyai kumpulan vertebrata
yang sama bagi haiwan P dan Q.
P - ______________________ Q - ________________________

17. Padankan pernyataan berikut BETUL atau SALAH.

a)Mamalia ialah haiwan BETUL
berdarah sejuk. SALAH

b) Burung mempunyai bulu
pelepah sebagai litupan badan.

c) Kebanyakan haiwan reptilia
tinggal di darat.

d) Ikan bernafas melalui kulit
lembap.

e) Salamander dan newt
mempunyai 2 organ pernafasan

f) Amfibia membiak dengan cara
melahirkan anak.

g) Rama-rama bernafas melalui
spirakel.

JAWAPAN

1. a) peparu b) spirakel c) insang d) kulit lembap

2. Contoh jawapan :

Peparu Insang Spirakel Kulit lembap
Belalang, rama- Lintah, cacing,
Kucing, anjung, Ikan keli, ikan
rama, lipas siput
lembu emas, berudu

15. Vertebrata – haiwan yang mempunya tulang belakang

Invertebrata – haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang

4.

Haiwan Invertebrata / Vertebrata

Sotong Invertebrata

Ikan Vertebrata

Kambing Vertebrata

Obor-obor Invertebrata

Tapak sulaiman Invertebrata

5. vertebrata Haiwan vertebrata
Haiwan reptilia Paus Mamalia
burung Buaya reptilia
Ular mamalia Ayam burung
Angsa Ikan Katak amfibia
Kerbau burung Lumba-lumba mamalia
Ikan emas reptilia Salamander Amfibia
Itik
Cicak

6. a) P - katak Q- ayam

b) P – peparu dan kulit lembap Q – peparu

c) P mempunyai 2 organ pernafasan berbanding Q.

d) P- amfibia Q- burung

e) P- salamander / newt Q- kuda (atau haiwan lain yang bernafas melalui

peparu)

f) P- salamander / newt P – itik

7. a) salah

b) betul

c) betul

d) BAHAGIAN TUMBUHAN BERGERAK BALAS TERHADAP
salah RANGSANGAN
Pucuk , batang, bunga Cahaya matahari
e) Akar Air dan graviti
betul Daun Sentuhan

f)
salah

g) betul

BULAN NOVEMBER 2020
SAINS TAHUN 4
Oleh: Azlina M Yausop
ULANG KAJI
Tajuk kita pada keluaran ini ialah Tumbuhan . Tajuk ini terdapat dalam silibus
pelajaran Sains tahun 4. Beberapa tajuk kecil yang akan dibincangkan ialah :

16. Gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan.
17. Proses Fotosintesis
Gerak Balas Tumbuhan

1. Selain manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan juga bergerak balas terhadap
rangsangan iaitu cahaya matahari, air, graviti dan sentuhan.

2. Bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan ialah pucuk,
batang, bunga, akar dan daun.

3. Cara tumbuhan bergerakbalas tidak sama seperti hidupan lain. Tumbuhan
bergerak balas untuk membuat makanannya sendiri melalui proses
fotosintesis.

Bahagian pada tumbuhan Pemerhatian dan Kesimpulan
*gambar carian google
Gerak balas tumbuhan inferens

1) Cahaya matahari Pucuk , daun dan batang Pucuk, daun dan batang

pergi ke arah lubang bergerak balas terhadap

untuk mendapatkan rangsangan cahaya

cahaya matahari matahari.

Akar tumbuhan bergerak Akar bergerak balas

ke arah air untuk terhadap rangsangan air

mendapatkan air

2) Air Akar bergerak ke arah Akar bergerak balas
graviti (bawah) terhadap rangsangan
3) Graviti graviti
Contoh :
daun pokok semalu Daun pokok semalu Daun tumbuhan
menguncup apabila (sebahagian) bergerak
disentuh balas terhadap
rangsangan sentuhan

4) Sentuhan
**Gambar carian Google

Proses Fotosintesis

*gambar carian google

1. Fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanannya sendiri.
2. Proses fotosintesis memerlukan gas karbon dioksida dan air dengan

kehadiran cahaya matahari serta klorofil.
3. Klorofil ialah pigmen hijau pada daun yang berfungsi menyerap cahaya

matahari.
4. Hasil proses fotosintesis ialah gas oksigen dan kanji.
5. Kanji disimpan di dalam tumbuhan untuk proses pertumbuhan, pengeluaran

bunga, buah dan biji benih.

cahaya matahari Gas oksigen + Kanji
Karbon dioksida + air

Klorofil

Kepentingan Proses Fotosintesis
1. Proses fotosintesis bukan sahaja penting bagi tumbuhan, tetapi
penting juga bagi hidupan lain iaitu manusia dan haiwan.
2. Manusia dan haiwan memerlukan gas oksigen yang dihasilkan oleh
tumbuhan untuk bernafas.

3. Kanji yang terhasil dari proses fotosintesis menjadi sumber makanan
kepada hidupan lain.

4. Selain itu, kandungan udara di dalam atmosfera sentiasa bersih dan
seimbang.

LATIHAN ULANG KAJI

1. Satu penyiasatan telah dijalankan ke atas tumbuhan seperti dalam rajah.
Tumbuhan telah diletakkan dalam sebuah bekas legap.

*gambar carian google
a) Namakan jenis rangsangan yang dikaji dalam penyiasatan ini.

___________________________________________________
b) Nyatakan pemerhatian ke atas tumbuhan selepas 2 minggu.

___________________________________________________
c) Apakah kesimpulan berdasarkan pemerhatian yang telah

dilakukan ?
___________________________________________________
2. Rajah menunjukkan bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap
rangsangan.

*gambar carian google
a) Bahagian manakah yang bergerak balas terhadap graviti

___________________________________________________
b) Apakah bahan hijau yang terdapat dalam bahagian P ?

___________________________________________________
c) Berikan inferens gerak balas bahagian S terhadap air ?

___________________________________________________
3. Suatu penyiasatan dijalankan ke atas satu tumbuhan. Ia diletakkan di dalam

kotak htam selama 3 minggu. Setiap hari tumbuhan tersebut disiram.

*gambar carian google
a) Ramalkan apa yang terjadi ke atas pokok selepas 3 minggu.

___________________________________________________
b) Berikan inferens bagi jawapan kamu di (a)

___________________________________________________
c) Nyatakan keperluan asas tumbuhan untuk hidup .

___________________________________________________

d) Nyatakan kesimpulan bagi penyiasatan di atas.
___________________________________________________

4. Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan yang bergerak balas terhadap
rangsangan.

Gambar google (venus fly trap)
a) Berdasarkan rajah, apakah bahagian tumbuhan tersebut yang bergerak

balas terhadap rangsangan ?
___________________________________________________________
b) Apakah bentuk rangsangan yang dikaji dalam penyiasatan di atas ?
___________________________________________________________
c) Selain tumbuhan dalam rajah, nyatakan 2 tumbuhan lain yang mempunyai
gerak balas terhadap rangasangan yang sama.
___________________________________________________________
5. Lengkapkan tempat kosong berikut.
a) Akar tumbuhan bergerak balas terhadap _____________ dan
____________.
b) Pokok perangkap lalat (venus fly trap) bergerak balas terhadap
rangsangan ______________.
c) Pucuk tumbuhan yang diletakkan berhampiran tingkap akan bergerak ke
arah tingkap untuk mendapatkan __________________.

d) Akar berfungsi menyerap air semasa proses _________________.
e) Semasa proses fotosintesis, gas __________________ diserap oleh

daun.
f) Hasil proses fotosintesis ialah kanji dan ___________________.

Jawapan

1. a) cahaya matahari b) pucuk akan tumbuh ke arah lubang c) pucuk
tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya matahari

2. a) S b) klorofil c) untuk menyerap air bagi keperluan fotosintesis
3. a) pokok akan mati b) kerana tidak mendapat cahaya matahari untuk

menjalankan proses fotosintesis c) gas karbon dioksida, air dan cahaya
matahari d) Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
4. a) daun b) sentuhan c) pokok periuk kera dan pokok semalu
5. a) air , graviti b) sentuhan c) cahaya matahari d) fotosintesis
e)karbon dioksida f) oksigen

BULAN DISEMBER 2020
SAINS TAHUN 4
Oleh: Azlina M Yausop
ULANG KAJI
Tajuk kita pada keluaran ini ialah Cahaya . Tajuk ini terdapat dalam silibus pelajaran
Sains tahun 4. Mari kita ulangkaji bersama-sama.
Cahaya bergerak Lurus
1. Cahaya bergerak dalam satu garis lurus. Contohnya seperti :

Lampu suluh Helikopter Rumah api

* gambar carian google

2. Bayang-bayang pula terbentuk apabila cahaya dihalang oleh objek. Jenis objek

ialah legap, lutisnar dan lutcahaya.

3. Kejelasan bayang-bayang bergantung kepada jenis objek yang menghalangnya.

Legap Lut cahaya Lutsinar

4. Faktor yang mempengaruhi saiz dan bentuk bayang-bayang ialah :

Saiz bayang-bayang Bentuk bayang-bayang
Jarak di antara objek dengan Kedudukan sumber cahaya

sumber cahaya

Jarak di antara objek dengan kedudukan objek
skrin

* gambar carian google
Pantulan Cahaya
1. Cahaya boleh dipantulkan oleh permukaan yang rata, licin dan berkilat. Contoh
permukaan tersebut ialah cermin.
2. Rajah di bawah menunjukkan gambar rajah sinar apabila cahaya dipantulkan.

3. Berikut ialah contoh kegunaan sifat pantulan cahaya.

Cermin muka untuk melihat Periskop pada Cermin pergigian untuk
wajah kapal selam untuk memudahkan doktor merawat
melihat objek di gigi dengan jelas
permukaan air

Cermin sisi kereta untuk Cermin cembung Kaleidoskop menghasilkan
pemandu melihat kenderaan memudahkan corak yang menarik untuk
pengguna melihat permainan kanak-kanak
dari arah belakang di kawsan yang
terlindung

*gambar carian google

Pembiasan cahaya

1. Cahaya boleh dibiaskan apabila cahaya bergerak dari satu medium ke medium

yang lain.

2. Berikut ialah contoh fenomena pembiasan cahaya.

Penyedut minuman Ikan kelihatan lebih Kolam kelihatan cetek apabila
dilihat dari luar
kelihatan bengkok besar apabila dilihat

apabila berada di dari luar balang

dalam gelas berisi air

* gambar carian google

3. Fenomena pembiasan cahaya secara semulajadi ialah pembentukan pelangi.

Pelangi terjadi apabila air hujan menembusi cahaya matahari. Titisan air hujan

bertindak sebagai medium yang menyerakkan warna putih kepada 7 warna pelangi.

4. Antara objek yang menggunakan prinsip pembiasan cahaya ialah :

Kanta pembesar

Mikroskop

Teleskop

Latihan ulangkaji
1. Rajah menunjukkan satu aktiviti yang dijalankan untuk mengkaji sifat cahaya.

a) Nyatakan pemerhatian yang dapat dilihat berdasarkan aktiviti di atas ?

b) Berikan satu inferens berdasarkan jawapan di (a).

c) Apakah yang akan berlaku sekiranya salah satu kadbod digerakkan sedikit ke
kanan ? Mengapa ?

2. Rajah di bawah menunjukkan bayang-bayang yang terhasil daripada 3 objek .

PQR

a) Nyatakan pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan rajah di atas.
P : ________________________________________________________________
Q : ________________________________________________________________
R : ________________________________________________________________
b) Berdasarkan bayang-bayang yang terhasil, nyatakan inferens bagi pemerhatian
terhadap objek R.

c) Nyatakan sifat objek yang betul bagi P, Q dan R.

3. Jadual menunjukkan hasil ujikaji untuk menentukan faktor yang mempengaruhi
saiz bayang-bayang.

Jarak objek dari sumber cahaya (cm) Saiz bayang-bayang (cm)
5 18
10 16
15 14
20 12

a) Apakah tujuan penyiasatan ?

b) Apakah corak perubahan saiz bayang-bayang ?

c) Nyatakan pemboleh ubah berikut :

i. pemboleh ubah dimanipulasi : ____________________________________

ii. pemboleh ubah bergerak balas : __________________________________

iii. pemboleh ubah dimalarkan : ____________________________________

d) Nyatakan hubungan yang dapat dibuat di antara pemboleh ubah dimanipulasi

dengan pemboleh ubah bergerak balas .

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

4. Suaikan objek berikut dengan prinsip cahaya yang digunakan .

Kaleidoskop Pantulan Cahaya
Kanta Pembesar

Periskop Pembiasan Cahaya
Mikroskop

JAWAPAN
1. a) cahaya lilin dapat dilihat oleh pemerhati menerusi lubang pada kadbod.

b) kerana cahaya bergerak lurus.
c) cahaya lilin tidak dapat dilihat. Kerana cahaya cahaya tidak dapat menembusi
objek legap.

2. a) P – Bayang-bayang sangat jelas
Q – Bayang-bayang kurang jelas

R – tiada bayang-bayang
b) kerana objek R bersifat lut sinar.
c) P – Legap Q – Lut cahaya R – Lut sinar
3. a) Untuk menyiasat hubungan antara jarak objek dengan sumber cahaya dengan
saiz bayang-bayang.
b) berkurang
c) i. Jarak objek dari sumber cahaya

ii. saiz bayang-bayang
iii. jarak skrin dengan sumber cahaya
d) Jika jarak antara objek dengan sumber cahaya bertambah, maka saiz bayang-
bayang berkurang
4. Kaleidoskop, periskop – pantulan cahaya
Kanta pembesar , Mikroskop – pembiasan cahaya

BULAN JANUARI 2021

BULAN FEBRUARI 2021
UPSR SAINS
Oleh: Azlina M Yausop

ULANG KAJI
Bumi membuat 2 pergerakan :
1. Bumi berputar pada paksinya
2. Bumi beredar mengelilingi matahari

Kesan putaran bumi pada paksinya
1. Kejadian siang dan malam
2. Perubahan arah dan panjang bayang-bayang
3. Perubahan kedudukan matahari

• Kejadian siang dan malam
1. Bumi berputar pada paksinya selama 24 jam
atau 1 hari.
2. Bahagian bumi yang mengadap matahari akan
mengalami waktu siang.
3. Bahagian bumi yang tidak mengadap matahari
akan mengalami waktu malam.

• Perubahan arah dan panjang bayang-bayang
1. Pada waktu pagi, Matahari terbit di timur. Arah bayang-bayang akan terbentuk di
barat.
2. Pada waktu petang, matahari tenggelam di barat. Arah bayang-bayang terbentuk
di timur.
3. Panjang bayang-bayang pada awal pagi lebih panjang dan kemudian berkurang
pada waktu tengahari dan bertambah panjang semula hingga ke petang.
4. Pada waktu tengah hari panjang bayang-bayang lebih pendek (kedudukan
matahari di atas objek).

• Perubahan kedudukan matahari

1. Matahari kelihatan berada di timur pada waktu pagi dan kelihatan berada di barat
pada waktu petang.

Bumi beredar mengelilingi matahari
1. Bumi beredar mengelilingi matahari dari arah barat ke timur secara arah lawan
jam.
2. Bumi membuat satu perdaran lengkap selama 1 tahun atau 365 ¼ hari.
3. Bumi mempunyai orbit sendiri menyebabkan tiada perlanggaran antara planet-
planet.
4. Kesan daripada fenomena ini juga menyebabkan kejadian 4 musim di sesetengah
negara iaitu musim panas, musim bunga, musim luruh dan musim sejuk.

Bulan
1. Bulan juga membuat 2 pergerakan :

• Berputar pada paksinya selama 27 1/3 hari
• Beredar mengelilingi bumi selama 27 1/3 hari.
2. Bulan merupakan satelit semula jadi bumi. Maka,
bulan sentiasa mengelilingi bumi dan dalam waktu yang
sama bersama bumi mengelilingi matahari.
3. Bulan tidak mempunyai cahaya tetapi memantulkan
cahaya matahari menyebabkan bulan dapat dilihat dari bumi.

Fasa-fasa bulan
1. Fasa-fasa bulan ialah bahagian bulan yang dapat dilihat dari bumi dalam tempoh
1 bulan mengikut takwim Qamari.
2. Peringkat fasa bulan terdiri daripada fasa anak bulan, bulan sabit, bulan separa,
bulan hampir purnama dan bulan purnama.

Soalan Ulangkaji

1. Bumi berputar pada paksinya menyebabkan beberapa fenomena.
a) Nyatakan salah satu fenomena kesan putaran bumi pada paksinya.
___________________________________________________________________

b) Nyatakan tempoh bumi berputar pada paksinya.
___________________________________________________________________

c) Selain berputar pada paksinya, bumi juga beredar mengelilingi matahari.
Nyatakan tempoh bumi beredar mengelilingi matahari ?
___________________________________________________________________

d) Selain bumi, terdapat planet-planet lain yang beredar mengelilingi matahari.
Adakah planet-planet akan berlanggar antara satu sama lain ?
Tandakan (√ ) pada jawapan di bawah.

Ya
Tidak
Nyatakan inferens kamu.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Ahmad menjalankan ujikaji di halaman rumah dengan meletakkan sebatang kayu.
Ahmad mendapati arah dan panjang bayang-bayang sentiasa berubah-ubah.

a) Nyatakan sebab perubahan arah dan panjang bayang-bayang .
___________________________________________________________________

b) Berikut adalah keputusan penyiasatan Ahmad dalam satu hari.

i. Yang manakah menunjukkan bayang-bayang pada waktu petang ?
___________________________________________________________________

ii. Nyatakan inferens terhadap pemerhatian bayang-bayang Q.
___________________________________________________________________

iii. Di manakah kedudukan matahari pada bayang-bayang P ?
___________________________________________________________________

3. Sekumpulan murid menjalankan ujikaji mengukur panjang bayang-bayang

sebatang pokok di padang sekolah. Berikut adalah keputusan ujikaji yang

direkodkan.

Masa Panjang bayang-bayang (meter)

8.00 pagi 50

9.00 pagi 40

10.00 pagi 30
12.30 tengah hari 10
30
2.00 petang 40
3.00 petang 50
4.00 petang

a) Pindahkan maklumat dalam jadual ke bentuk carta palang.

b) Apakah tujuan penyiasatan ?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

c) Apakah corak perubahan panjang bayang-bayang.
___________________________________________________________________

d) Ramalkan panjang bayang-bayang pada pukul 5.00 petang.
___________________________________________________________________
e) Nyatakan arah bayang-bayang yang terbentuk pada rajah di bawah.

___________________________________________________________________

4. Cikgu Azlina menjalankan simulasi tentang fenomena kesan putaran bumi pada
paksinya seperti dalam rajah di bawah.

a) Apakah fenomena yang boleh dikaitkan dengan simulasi dalam rajah ?
___________________________________________________________________

b) Nyatakan objek yang diwakili dalam simulasi di atas.

i. glob : _______________________________________________________

ii. lampu suluh : ______________________________________________________

c) Nyatakan 2 pemerhatian yang dapat dibuat apabila lampu suluh dihidupkan.

i. ________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________

d) Nyatakan kesimpulan berdasarkan simulasi di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

5. Berikut adalah keputusan penyiasatan sekumpulan murid tentang kecerahan
bulan yang dapat dilihat dalam satu bulan yang sama.

a) Nyatakan pemboleh ubah berikut :

i. dimanipulasi :
_____________________________________________________

ii. bergerak balas :
_____________________________________________________
b) Apakah tujuan penyiasatan ini ?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

c) Apakah corak perubahan kecerahan bulan yang dapat dilihat ?
___________________________________________________________________

d) Nyatakan nama fasa bulan pada hari ke-11 mengikut takwim Qamari.
___________________________________________________________________

e) Apakah alat yang sesuai digunakan untuk mencerap anak bulan ?
___________________________________________________________________

f) Siti tidak dapat melihat bulan di langit pada malam ke-15 mengikut takwim Qamari.
Nyatakan inferens yang mungkin bulan tidak dapat dilihat pada waktu tersebut.
___________________________________________________________________

JAWAPAN :
1.
a) kejadian siang dan malam
b) 24 jam atau 1 hari
c) 365 ¼ hari atau 1 tahun
d) √ Tidak. Kerana setiap planet bergerak mengikut orbit masing-masing.

2. a) Kerana bumi berputar pada paksinya. iii) Timur
b) i) R ii) kerana kedudukan matahari di atas objek.

3.

a)
b) Untuk menyiasat hubungan antara masa dengan panjang bayang-bayang.
c) Bertambah , berkurang
d) 60 meter
e) Barat

4.

a) kejadian siang dan malam

b) i. Bumi ii. Matahari

c) i. Bahagian glob yang terkena cahaya lampu suluh menjadi terang.

ii. Bahagian glob yang tidak terkena cahaya lampu suluh menjadi gelap.

d) Kejadian siang apabila bahagian bumi mengadap matahari dan kejadian malam

apabila bahagian bumi tidak mengadap matahari.

Atau

Putaran bumi pada paksinya menyebabkan fenomena siang dan malam.

5. a) i. Bilangan hari
ii. Kecerahan bulan yang dapat dilihat

b) Untuk menyiasat hubungan antara bilangan hari dengan kecerahan bulan yang
dapat dilihat.
c) bertambah , berkurang
d) Bulan hamper purnama
e) teleskop
f) bulan dilindungi awan gelap yang membawa hujan ATAU pada masa tersebut
sedang berlaku gerhana bulan

BULAN MAC 2021
UPSR SAINS
Oleh: Azlina M Yausop
(* SEMUA GAMBAR ADALAH CARIAN GOOGLE. MOHON DILUKIS SEMULA)
ULANG KAJI
Tajuk : Haba (Tahun 5)
SUHU
1. Suhu ialah ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan.
2. Unit piawai bagi suhu ialah darjah celsius (oC).
3. Unit lain bagi ukuran suhu ialah darjah Fahrenheit (oF).
4. Termometer ialah alat yang digunakan untuk mengukur suhu.
5. Jalur perak pada termometer berubah mengikut suhu abahan sama ada panas
atau sejuk.
6. Apabila menyukat bahan yang panas, jalur perak dalam termometer menjadi
panjang dan menunjukkan bacaan suhu yang tinggi.
7. Apabila menyukat bahan yang sejuk, jalur perak dalam termometer menjadi
pendek dan menunjukkan bacaan suhu yang rendah.

Teknik Menggunakan Termometer
1. Pegang batang termometer secara tegak.
2. Letakkan termometer ke dalam air. Elakkan bebuli merkuri tersentuh dasar
bekas.Tunggu sehingga aras merkuri berhenti bergerak.
3. Laraskan kedudukan mata pada meniskus merkuri. Baca bacaan suhu.

Menerima dan Kehilangan Haba

1. Haba ialah satu bentuk tenaga. Haba mengalir dari bahan yang lebih panas
kepada bahan yang lebih sejuk.
2. Sesuatu bahan menjadi panas apabila menerima haba. Suhu akan
meningkat apabila menerima haba.
3. Sesuatu bahan menjadi sejuk apabila kehilangan haba. Suhu akan
menurun apabila kehilangan haba.

Pengembangan dan Pengecutan
1. Bahan akan mengembang apabila menerima haba.
2. Bahan akan mengecut apabila kehilangan haba.
3. Pengembangan dan pengecutan bagi bahan:

a) Pepejal
Sebelum bebola besi dipanaskan, bola besi itu boleh melalui gelang.
Selepas bebola besi dipanaskan, bola besi mengembang dan tidak boleh
melalui gelang.
Selepas bebola besi disejukkan, bola besi mengecut dan boleh melalui
gelang semula.
b) Cecair
Apabila air berwarna dipanaskan, air berwarna mengembang menyebabkan
arasnya di dalam salur kaca meningkat.
Apabila air berwarna disejukkan, air berwarna mengecut dan menyebabkan
arasnya di dalam salur kaca menurun.
c) Gas
Apabila udara di dalam belon dipanaskan, udara mengembang dan
menyebabkan belon mengembang.

Apabila udara di dalam belon disejukkan, udara mengecut dan menyebabkan
belon mengempis.
Aplikasi Prinsip Haba
1. Wujudkan ruang di antara penyambungan landsan kereta api untuk membolehkan
pengembangan semasa cuaca panas bagi mengelakkan landasan bengkok.
2. Ruang-ruang dibuat di antara kepingan konkrit pada laluan pejalan kaki untuk
membolehkan pengembangan pada hari panas.
3. Kabel elektrik dipasang secara kendur untuk mengelakkan terputus ketika cuaca
sejuk.
4. Salah satu hujung jambatan keluli diletakkan penggolek untuk membolehkan
pengembangan semasa cuaca panas.
5. Penggunaan merkuri pada termometer yang mengembang dan mengecut dengan
seragam untuk memberi bacaan suhu bahan yang tepat.

LATIHAN ULANGKAJI
Jawab soalan berikut.
1. Tandakan / bagi alat yang digunakan untuk menyukat suhu.

a) b) c)

2. Pilih dua cara penggunaan termometer yang betul berdasarkan pernyataan di
bawah.

A - Pegang batang termometer secara tegak dengan bebulinya di
bahagian bawah

B - Masukkan bebuli ke dalam air sehingga menyentuh dasar bekas
C - Rekodkan bacaan suhu dengan segera sebelum aras merkuri berhenti

bergerak
D - Pastikan mata berada separas dengan meniskus merkuri semasa

mengambil bacaan suhu
___________________________________________________________________
3. Rajah menunjukkan empat bikar air dengan bacaan suhu masing-masing.

Susunkan bikar bermula dengan suhu cecair yang paling sejuk ke paling panas.
___________________________________________________________________
4. Rajah menunjukkan susunan radas satu ujikaji.

Nyatakan kesimpulan terbaik ujikaji di atas.
___________________________________________________________________
5. Rajah menunjukkan segelas air panas yang diletakkan di atas meja.

a) Nyatakan pemerhatian ke atas air tersebut selepas 2 jam.
___________________________________________________________________
b) Beri inferens terhadap jawapan kamu di (a).
___________________________________________________________________
6. Rajah menunjukkan dua gelas yang melekat dan sukar dipisahkan.

Nyatakan cara yang boleh dilakukan untuk memisahkan kedua-dua gelas.
___________________________________________________________________
7. Rajah menunjukkan susunan radas dalam suatu penyiasatan.

a) Nyatakan pemerhatian terhadap paras air berwarna pada kelalang X dan Y
selepas beberapa minit.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
b) Nyatakan inferens bagi jawapan di (a).
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
c) Tulis dua pemboleh ubah yang terlibat dalam penyiasatan ini.
___________________________________________________________________
8. Rajah menunjukkan suatu ujikaji ke atas sebiji bola ping pong.

Berdasarkan rajah , nyatakan inferens terhadap perubahan bola ping pong selepas
dimasukkan ke dalam air panas.
___________________________________________________________________
9. Beberapa kiub ais dimasukkan ke dalam sebuah bikar berisi air. Suhu air
menurun sebanyak 15oC kepada 10oC.
a) Berapakah suhu awal air di dalam bikar ?
___________________________________________________________________
b) Terangkan perubahan suhu ke atas air di dalam bikar.
___________________________________________________________________

10. Rajah menunjukkan contoh aplikasi pengembangan dan pengecutan dalam
kehidupan.

Nyatakan implikasi buruk sekiranya prinsip pengembangan dan pengecutan tidak
digunakan dalam situasi di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

JAWAPAN
1. a) / c) /
2. A dan D
3. W, Y, X, Z
4. Gas mengecut apabila disejukkan dan mengembang apabila dipanaskan
5. a) Suhu air dalam gelas menurun ke suhu bilik.

b) Kerana cecair kehilangan haba ke persekitaran.
6. Meletakkan ais ke dalam gelas P atau merendam gelas Q di dalam air panas.
7. a) Paras air berwarna di dalam Kelalang X meningkat dan paras air berwarna di
dalam Kelalang Y menurun.

b) Kerana air berwarna mengembang apabila menerima haba dan mengecut
apabila kehilangan haba.

c) Pemboleh ubah dimanipulasi : Suhu air berwarna

Pemboleh ubah bergerak balas : Perubahan paras air berwarna
8. Udara dalam bola ping pong mengembang apabila menerima haba menyebabkan
bola pingpong kembali ke bentuk asal.
9. a) 25oC

b) suhu cecair menurun dan menjadi lebih sejuk kerana kehilangan haba.
10. i. Berlaku kemalangan disebabkan landasan kereta api yang bengkok .

ii. Bekalan elektrik akan terputus sekiranya kabel elektrik menegang lalu putus
apabila cuaca sejuk.

BULAN APRIL 2021
UPSR SAINS
Oleh: Azlina M Yausop

ULANG KAJI
Tajuk : Kekuatan dan Kestabilan (Tahun 5)

Faktor Kestabilan objek
1. Objek yang stabil tidak mudah tumbang apabila disentuh atau ditolak dengan
daya yang perlahan.
2. Kestabilan bergantung kepada :
i) ketinggian
ii) luas tapak
3. Objek yang lebih tinggi seperti bas dua tingkat kurang stabil berbanding bas satu
tingkat yang lebih rendah.

Bas satu tingkat Bas dua tingkat

4. Pasu A mempunyai luas tapak yang lebis besar berbanding pasu B. Maka, pasu A
lebih stabil berbanding pasu B.

Pasu A Pasu B

Faktor Kekuatan Binaan

1. Kekuatan binaan bergantung kepada :

i) Jenis bahan

ii) Bentuk struktur

2. Konkrit, besi, plastik, kayu dan sebagainya merupakan jenis bahan yang

digunakan untuk membuat binaan yang kuat dan stabil.

3. Konkrit sering digunakan dalam pembinaan bangunan. Sifat konkrit ialah ia sangat

kukuh, boleh dibentuk, tidak terbakar, tidak berkarat dan tidak mereput.

4. Besi pula merupakan logam yang kuat dan digunakan sebagai struktur binaan

seperti jambatan.

5. Kayu mempunyai sifat tahan lama, teguh dan keras.

6. Plastik bersifat ringan, kuat dan mudah dibentuk.

7. Bentuk yang digunakan untuk membuat binaan :

8. Bangunan-bangunan dibina menggunakan binaan bentuk-bentuk untuk
menghasilkan struktur binaan yang kuat dan stabil.

9. Ciri-ciri struktur yang kuat dan stabil ialah teguh, kukuh dan mantap serta tidak
mudah roboh, goyang atau rosak.

Kepentingan binaan yang kuat dan stabil
1. Pembinaan struktur yang kuat dan stabil membolehkan sesuatu binaan tahan
lebih lama.
2. Binaan ini boleh digunakan untuk jangka masa yang lama oleh sebab tidak mudah
rosak.
3. Kos penyelenggaraan binaan juga kurang apabila binaan dibina menggunakan
bahan yang betul dan tahan.
4. Kita boleh menggunakan binaan dengan selamat dan sudah pasti dapat
memberikan kesejahteraan hidup kepada manusia.

Amalan Penggunaan Bahan Lestari
Penggunaan bahan yang berhemah dapat mengelakkan pembaziran dan
mengurangkan kos. Bahan dari sumber alam juga akan habis sekiranya tidak
digunakan dengan berhemah.
Berikut merupakan contoh amalan penggunaan bahan yang lestari.
1. menggunakan bekas makanan yang boleh dicuci berbanding bekas polistirena.
2. menggunakan semula botol plastik sebagai pasu bunga.
3. membaiki peralatan lama yang masih boleh digunakan untuk menjimatkan wang.
4. membawa beg sendiri semasa membeli barang untuk menggunakan penggunaan
plastik.
5. menggunakan buku latihan lama yang belum digunakan untuk menulis nota dan
mengulangkaji pelajaran.

LATIHAN ULANGKAJI
Jawab solan berikut.
1. Rajah menunjukkan empat bentuk struktur. Namakan bentuk struktur tersebut.

2. Rajah menunjukkan dua jenis jambatan.

a) Namakan bahan yang digunakan untuk membuat jambatan P dan Q.
P : ______________________________________________________________
Q : ______________________________________________________________

b) Bandingkan kekuatan kedua – dua jambatan. Berikan inferens yang sesuai.
________________________________________________________________
________________________________________________________________

c) Ramalkan keadaan jambatan P selepas 20 tahun. Nyatakan inferens yang sesuai.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Rajah menunjukkan satu ujikaji untuk menyiasat kestabilan 4 kon yang sama
ketinggian dan berbeza luas tapak apabila diberi daya tiupan yang sama oleh kipas
angin. Keempat-empat kon diperbuat daripada bahan yang sama serta diletakkan
pada jarak yang sama dari kipas angin.

Jadual menunjukkan masa yang diambil untuk setiap kon tumbang.
Kon Masa untuk kon tumbang ( saat )
A 15
B 30
C 45
D 60

a) Apakah tujuan penyiasatan ini ?
___________________________________________________________________

b) Nyatakan pemboleh ubah berikut :

i. dimanipulasi : _____________________________________________

ii. bergerak balas : _____________________________________________

iii. dimalarkan : _____________________________________________

c) Kon manakah yang paling stabil ? Nyatakan inferens anda.
___________________________________________________________________

d) Susun kestabilan kon bermula dari yang kurang stabil.
___________________________________________________________________

e) Apakah faktor kestabilan yang mempengaruhi kestabilan kon dalam penyiasatan
di atas ?

___________________________________________________________________
4. Rajah menunjukkan sebuah kerusi.

Nyatakan cara untuk menambah kestabilan kerusi ini.
___________________________________________________________________
5. Rajah menunjukkan empat model yang mempunyai ketinggian yang sama.
Susunkan kestabilan model bermula daripada yang paling stabil.

_________→ __________→ __________→_________
6. Rajah di bawah menunjukkan sejenis binaan.

Namakan bentuk X.
__________________________________________________________________
7. Rajah menunjukkan satu mercu tanda di sebuah negara.

Click to View FlipBook Version