Nyatakan ciri-ciri binaan ini yang menjadikannya stabil dan kuat.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
8. Rajah menunjukkan dua objek yang berlainan bentuk.
a) Objek manakah yang paling mudah digerakkan apabila dikenakan daya ?
Mengapa ?
___________________________________________________________________
b) Objek manakah yang lebih stabil ? Mengapa ?
___________________________________________________________________
9. Tandakan / pada amalan penggunaan bahan secara lestari.
a) Menggunakan tayar terpakai sebagai lanskap kediaman. ( )
)
b) Menggunakan sumber alam semulajadi secara maksimum. ( )
)
c) Membawa beg sendiri semasa membeli barang di pasar raya. (
d) Menggunakan sumber tenaga tidak boleh dibaharui secara berterusan. (
10. Rajah menunjukkan dua biji botol yang diletakkan dalam dua kedudukan yang
berbeza.
AB
a) Nyatakan botol manakah yang lebih stabil ?
___________________________________________________________________
b) Berikan inferens berdasarkan jawapan di (a).
___________________________________________________________________
c) Apakah faktor yang mempengaruhi kestabilan botol-botol di atas ?
___________________________________________________________________
JAWAPAN
1. sfera, kubus, kon, kuboid
2. a) P: Kayu Q: Besi dan konkrit
b) Jambatan Q lebih kuat berbanding jambatan P. Kerana jambatan Q diperbuat
daripada besi dan konkrit yang tahan lebih lama, kukuh dan kuat.
c) Jambatan P akan roboh. Kerana kayu yang digunakan lama kelamaan akan
mereput, retak dan tidak selamat.
3. a) Untuk menyiasat hubungan antara luas tapak kon dengan masa yang diambil
untuk kon tumbang.
b) i. luas tapak kon ii. Masa untuk kon tumbang iii. Ketinggian kon/Kelajuan
kipas/jarak kon dari kipas/jenis bahan
c) Kon D kerana mempunyai luas tapak paling besar.
d) Kon A → Kon B → Kon C → Kon D
e) Luas tapak
4. menambah keluasan tapak kerusi atau mengurangkan ketinggian kerusi.
5. Y → W → Z → X
6. Hemisfera
7. Diperbuat daripada besi yang sangat kuat, tahan , kukuh dan mudah serta
mempunyai luas tapak yang besar walaupun mempunyai ketinggian yang sangat
tinggi.
8. a) Bola. Kerana struktur bola berbentuk bulat, melengkung dan tiada sisi lurus.
b) Botol. Kerana mempunyai luas tapak yang besar berbanding bola.
9. a) / b) c) / d)
10.a) Botol A.
b) kerana luas tapak botol A lebih besar berbanding botol B.
c) luas tapak
BULAN MEI 2021
UPSR SAINS
Oleh: Azlina M Yausop
ULANG KAJI
Tajuk kita pada keluaran kali ini ialah Mikroorganisma. Tajuk ini dipelajari dalam
Tahun 6. Dalam tajuk ini terdapat beberapa tajuk kecil dan yang akan dibincangkan
ialah :
(1) Hidupan Seni
➢ Mikroorganisma ialah hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata
kasar.
➢ Kanta pembesar dan mikroskop digunakan untuk melihat mikroorganisma.
➢ Terdapat 5 jenis mikroorganisma:
Bil. Jenis Contoh Ciri--ciri
Mikroorganisma
Mukor,kulat, yis, ✓ Paling besar dalam
1 Fungi penicillium kumpulan
mikroorganisma.
2 Protozoa Ameoba, paramecium
3 Bakteria ✓ Boleh dilihat pada
4 Alga E-coli, salmonella, makanan yang rosak
basillus,streptococcus seperti buah-buahan,roti
dan sayur.
Spirogyra,
fitoplankton ✓ Habitat di air seperti
kolam, tasik, sungai.
✓ Dilihat bergerak apabila
diuji di bawah
mikroskop.
✓ Pelbagai, warna, saiz
dan bentuk.
✓ Terdapat banyak di
sekeliling kita.
✓ Mempunya sifat
tumbuhan iaitu boleh
5 Virus AIDS, influenza menjalankan
fotosintesis.
✓ Paling kecil dalam
kumpulan
mikroorganisma.
✓ Bentuk yang kompleks.
✓ Hanya boleh dilihat
menggunakan
mikroskop elektron.
(2) Proses Hidup Mikroorganisma
➢ Mikroorganisma menjalani proses hidup iaitu bernafas, bergerak dan
bertumbuh.
➢ Untuk mengkaji bahwa mikroorganisma bernafas, tepung dicampur dengan
yis, gula dan air untuk membentuk doh. Selepas 20 minit, doh mengembang
disebabkan oleh yis membebaskan gas karbon dioksida.
➢ Sampel air diambil dari sebuah kolam untuk dilihat di bawah mikroskop.
Didapati terdapat perbezaan bentuk mikroorganisma yang sama. Ini
membuktikan mikroorganisma bergerak.
➢ Sekeping roti di renjis dengan air dan diperhatikan untuk tempoh satu minggu.
Pada hari ke-3 didapati terdapat sedikit tompok hitam pada roti dan
bertambah hingga hari yang ke-7. Ini membuktikan mikroorganisma
bertumbuh dan membiak.
(3) Pertumbuhan Mikrob
➢ Makanan dan buah-buahan rosak disebabkan oleh tindakan mikroorganisma.
➢ Pertumbuhan mikroorganisma disebabkan oleh lima faktor iaitu kehadiran
air, udara, suhu yang sesuai , nutrien dan keasidan yang sesuai.
➢ Kehadiran air menyebabkan mikroorganisma bertumbuh lebih cepat
berbanding keadaan kering.
➢ Kehadiran udara meneyebabkan pertumbuhan mikroorganisma berbanding
keadaan vakum.
➢ Suhu bilik, panas dan lembap adalah keadaan yang menyebabkan
mikroorganisma bertumbuh.
➢ Kehadiran nutrien merupakan pemangkin kepada pertumbuhan mikrob.
Contohnya gula adalah nutrient untuk yis mengembang dengan lebih cepat.
➢ Keasidan yang tinggi seperti pada cuka menghalang pertumbuhan mikrob.
Nilai ph 7 sangat sesuai untuk pertumbuhan mikrob.
(4) Kesan Buruk Mikroorganisma
➢ Merosakkan makanan
➢ Menyebabkan penyakit berjangkit
➢ Pereputan gigi
➢ Keracunan makanan
(5) Kegunaan Mikroorganisma
➢ Bakteria -keju, yogurt, susu kultur, merawat sisa kumbahan
➢ Yis-makanan seperti tempe,roti, tapai, kicap.
➢ Fungi – penghasilan antibiotic dan vaksin
➢ Bakteria dan Fungi – penguraian dan pereputan bahan organik dalam bentuk
baja.
(6) Hidup Sihat, Hidup Sejahtera
1. Amalan harian yang sihat dapat mencegah penyakit berjangkit yang
disebabkan oleh mikroorganisma.
2. Penyakit berjangkit dapat merebak melalui:
• Makanan dan minuman
• Bersin dan batuk (udara)
• Sentuhan secara langsung
• Haiwan pembawa seperti lalat dan nyamuk
3. Langkah-langkah untuk mencegah penyakit berjangkit:
• Mencuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.
• Tidak berkongsi barangan peribadi dengan orang lain.
• Minum air yang dididihkan.
• Membalut luka untuk melindungi daripada jangkitan
• Menutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
• Kuarantin / Mengasingkan pesakit yang menghidap penyakit
berjangkit.
(7) Amalan Harian yang Sihat
1. Kita perlu mempraktikkan amalan harian yang sihat untuk kesihatan diri untuk
mencegah penyakit berjangkit.
2. Contoh Amalan Harian yang Sihat:
• Menjaga kebersihan bilik tidur.
• Membasuh tangan selepas keluar dari tandas.
• Elakkan memakan makanan yang terdedah dan dihinggapi lalat.
• Menutup makanan dan jangan membiarkan makanan terdedah.
• Mandi menggunakan sabun atau sabun antiseptik.
• Memakai penutup hidung dan mulut.
• Elakkan berada dekat dengan rakan yang dijangkiti penyakit berjangkit
• Bersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman.
LATIHAN ULANGKAJI
1. Rajah menunjukkan suatu penyiasatan berkaitan adunan membuat roti.
a) Apakah yang dapat diperhatikan selepas 20 minit ?
_____________________________________________________________
b) Nyatakan jenis gas yang terperangkap dalam doh tersebut .
_____________________________________________________________
c) Nyatakan 2 contoh makanan yang menggunakan jenis mikroorganisma yang
sama dengan penyiasatan di atas .
_____________________________________________________________
2. Rajah menunjukkan penyiasatan ke atas sekeping roti yang direnjiskan air.
Hari pertama Hari ketiga Hari kelima
a) Namakan jenis mikroorganisma yang tumbuh di atas roti.
______________________________________________________________
b) Nyatakan pemerhatian yang dapat dibuat pada hari ke lima.
______________________________________________________________
c) Nyatakan pemboleh ubah berikut yang terlibat dalam penyiasatan di atas .
i. dimanipulasi : _________________________________________________
ii. bergerak balas: _______________________________________________
iii. dimalarkan : _________________________________________________
d) Lakarkan tompoh hitam yang tumbuh di atas permukaan roti pada hari ke-10.
3. Rajah menunjukkan tiga jenis mikroorganisma.
ABC
a) Namakan jenis mikroorganisma di atas.
A: ______________ B: _________________ C: __________________
b) Mikroorganisma manakah paling kecil ? Tandakan ( √ )pada jawapan yang betul.
ABC
c) Nyatakan di mana mikroorganisma C boleh ditemui ?
___________________________________________________________________
d) Namakan alat yang boleh digunakan untuk memerhati mikroorganisma B.
___________________________________________________________________
e) Namakan sejenis mikroorganisma yang boleh membuat makanannya sendiri.
__________________________________________________________________
f) Nyatakan kesan buruk ke atas manusia disebabkan oleh mikroorganisma.
___________________________________________________________________
4. Rajah menunjukkan Abu yang dijangkiti penyakit berjangkit.
a) Apakah yang perlu dilakukan oleh Abu apabila mengetahui dirinya dijangkiti
penyakit berjangkit ?
____________________________________________________________
b) Nyatakan 2 contoh penyakit disebabkan mikroorganisma yang boleh berjangkit
kepada orang lain.
____________________________________________________________
c) AIDS adalah penyakit yang berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian.
Apakah mikroorganisma yang menyebabkan penyakit ini ?
____________________________________________________________
d) Apakah contoh amalan sihat harian yang dapat mencegah penyakit berjangkit ?
____________________________________________________________
5. Rajah menunjukkan suatu ujikaji tentang proses hidup mikroorganisma.
a) Nyatakan proses hidup mikroorganisma yang diuji dalam penyiasatan di atas.
__________________________________________________________________
b) Apakah pemerhatian yang dapat dibuat ke atas saiz belon selepas 5 minit ?
__________________________________________________________________
c) Apakah kesan ke atas belon jika yis tidak dimasukkan dalam larutan di dalam
botol ?
__________________________________________________________________
d) Nyatakan faktor pertumbuhan mikrob yang hadir dalam ujikaji di atas ?
__________________________________________________________________
JAWAPAN
1. a) Doh mengembang dan saiz bertambah selepas 30 minit.
b) Gas karbon dioksida
c) Tempe , tapai.
2. a) fungi – kulat
b) Bilangan tompok hitam semakin bertambah.
c) i. bilangan hari ii. Bilangan tompok hitam/keluasan tompok hitam iii. Jenis roti
d)
3.a) A: bakteria B: virus C: Protozoa
b) B √ c) sungai, kolam, tasik d) mikroskop electron e) alga
f) Pereputan gigi, penyakit berjangkit seperti konjunktivitis dan lain-lain.
4. a) Kuarantinkan dirinya , berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
b) Konjuntivitis, cacar air. c) virus
d) Tidak berkongsi barang peribadi/menjaga kebersihan/elak makan makanan
terdedah
5.a) mikroorganisma bernafas
b) Saiz belon bertambah.
c) tiada perubahan pada saiz belon
d) Nutrien, suhu yang sesuai
BULAN JUN 2021
UPSR SAINS
Oleh: Azlina M Yausop
ULANG KAJI
Tajuk kita pada keluaran kali ini ialah Interaksi Antara Hidupan. Tajuk ini dipelajari
dalam Tahun 6. Dalam tajuk ini terdapat beberapa tajuk kecil dan yang akan
dibincangkan ialah :
(A) Interaksi antara Haiwan
1. Interaksi ialah perhubungan aktif yang berlaku dalam intraspesies dan
interspesies bagi memperoleh keperluan asas.
2. Intraspesies ialah interaksi antara spesies haiwan yang sama.
3. Interspesies ialah interaksi antara spesies haiwan yang berlainan.
4. Interaksi intraspesies dan interspesies boleh berlaku dalam
bentuk kerjasama atau persaingan.
5. Kerjasama ialah interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Contoh kerjasama: membina sarang (lebah, memerang), mengesan
kehadiran pemangsa (antelop dan babun)
6. Persaingan ialah satu bentuk interaksi yang berlaku apabila haiwan bersaing
sesama mereka untuk mendapatkan sumber yang terhad. Contoh
persaingan: Mendapatkan makanan (anak-anak ayam).
(B) Haiwan Hidup Berkumpulan, Kelebihan dan Kekurangan
1. Sesetengah haiwan hidup bersama-sama dalam kalangan spesiesnya.
2. Contoh:
• Lebah
• Anai-anai
• Burung bangau
• Ikan
• Burung layang-layang
• Gajah
• Singa
• Rusa
3. Kelebihan hidup berkumpulan:
• Dapat bekerjasama untuk membuat sarang dan mendapatkan
makanan.
• Memastikan keselamatan spesiesnya daripada serangan musuh dan
melindungi anak-anaknya.
• Mengawal kawasannya daripada dicerobohi musuh.
4. Kekurangan hidup berkumpulan:
• Mudah dijangkiti wabak penyakit.
• Haiwan yang lemah dalam kumpulan besar akan mengalami
kesukaran melarikan diri daripada pemangsa.
• Perlu bersaing untuk mendapatkan makanan dan pasangan.
(C) Haiwan Hidup Bersendirian, Kelebihan dan Kekurangan
1. Haiwan yang hidup bersendirian ialah haiwan yang hidup tanpa kawanan.
2. Contoh:
• Burung belatuk
• Tapir
• Labah-labah
• Harimau
• Ular Sawa
• Tupai
• Helang
• Beruang
3. Kelebihan hidup bersendirian:
• Mengelakkan persaingan memburu makanan sesama sendiri dan
mengatasi masalah sumber makanan yang terhad.
• Mengelakkan persaingan untuk mendapatkan pasangan dan kawasan.
4. Kekurangan hidup bersendirian:
• Sukar mempertahankan diri daripada musuh.
• Mengalami masalah kesukaran mencari pasangan ketika musim
mengawan.
(D) Faktor Persaingan Haiwan Intraspesies dan Haiwan Interspesies
1. Haiwan intraspesies bersaing untuk mendapatkan:
✓ Makanan
✓ Air
✓ Kawasan/Ruang
✓ Pasangan
2. Haiwan interspesies bersaing untuk mendapatkan:
✓ Makanan
✓ Air
✓ Kawasan/Ruang
(E) Simbiosis antara Haiwan
1. Maksud simbiosis: Hubungan antara 2 atau lebih haiwan yang saling hidup
bersama.
2. Terdapat 3 jenis simbiosis antara haiwan:
i. Mutualisme ii. Komensalisme iii. Parasitisme.
3. Mutualisme
➢ Maksud: Interaksi yang membawa faedah kepada kedua-dua
organisma.
➢ Contoh: Buran dan umang-umang (tempat berlindung dan
pengangkutan percuma), buaya dan burung, kerbau (hilang kegatalan)
dan burung gembala (dapat makanan).
4. Komensalisme
➢ Maksud: Interaksi yang memberi faedah kepada satu pihak sahaja
tanpa menjejaskan pihak yang satu lagi.
➢ Contoh: Ikan remora (dapat makanan) dan jerung (tidak terjejas), ikan
paus dan teritip.
5. Parasitisme
➢ Maksud: Interaksi yang memberi faedah kepada satu pihak sahaja
dan satu pihak lagi mendapat kerugian.
➢ Contoh: kutu sengkenit (mendapat makanan) dan kucing (kesakitan).
LATIHAN ULANGKAJI
1. Rajah menunjukkan penyiasatan yang dijalankan ke atas ikan yang hidup di dua
kolam yang berbeza saiz. Jumlah ikan yang hidup di dua kolam tersebut adalah
sama.
Kolam A Kolam B
1.0 kg 2.0 kg
a) Apakah pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan hasil penyiasatan di atas ?
___________________________________________________________________
b) Berikan inferens bagi jawapan kamu di (a).
___________________________________________________________________
c) Nyatakan pemboleh ubah berikut:
i. dimanipulasi : ___________________________________________
ii. bergerak balas : ___________________________________________
iii. dimalarkan : ___________________________________________
d) Nyatakan faktor persaingan yang boleh dikaitkan dengan penyiasatan di atas ?
__________________________________________________________________
e) Apakah yang perlu penternak itu lakukan untuk meningkatkan jisim ikan di kolam
A?
___________________________________________________________________
2.Rajah menunjukkan interaksi antara haiwan.
*anak ayam rebut *lebah buat sarang *helang & ular *babun & antelop
makanan Q R S
P
a) Nyatakan interaksi haiwan berikut dalam bentuk PERSAINGAN atau
KERJASAMA.
i. Persaingan : ______________________________________________________
ii. Kerjasama : ______________________________________________________
b) Nyatakan ciri-ciri deria haiwan pada interaksi S Ketika berinteraksi ?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
c) Semut dan anai-anai ialah contoh haiwan yang hidup dalam koloni yang besar.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat ?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
3. Rajah menunjukkan simbiosis antara haiwan.
Simbiosis X Simbiosis Y
a) Nyatakan simbiosis yang betul bagi haiwan dalam rajah di atas .
i. Simbiosis X : ____________________________________________
ii. Simbiosis Y : ____________________________________________
b) Huraikan simbiosis yang berlaku pada X.
___________________________________________________________________
c) Nyatakan keperluan asas yang dipenuhi dalam Simbiosis X dan Y.
___________________________________________________________________
d) Berikan contoh haiwan lain yang menjalankan simbiosis Y.
___________________________________________________________________
4. Perhatikan peta I-think berikut dan jawab soalan yang diberi.
makanan
Faktor
air persaingan X
antara
haiwan
pasangan
a) Lengkapkan peta i-think di atas. Apakah X ?
___________________________________________________________________
b) Nyatakan punca berlakunya persaingan antara haiwan intraspesies dan haiwan
interspesies.
___________________________________________________________________
c) Ramalkan apa yang berlaku kepada haiwan yang tewas dalam persaingan
mendapatkan keperluan asas ?
___________________________________________________________________
5. Rajah menunjukkan dua jenis haiwan yang mempunyai cara hidup yang berbeza,
P dan R.
PR
a) Nyatakan cara hidup yang dimaksudkan bagi haiwan dalam rajah.
i. P : ________________________________________________________
ii. R : ________________________________________________________
b) Nyatakan dua kelebihan bagi haiwan yang hidup secara P.
i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
c) Nyatakan dua kekurangan bagi haiwan yang hidup secara R.
i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
d) Berikan 2 contoh haiwan lain yang hidup dengan cara yang sama dengan cara P
dan R.
i. Cara hidup P : ______________________________________________
ii. Cara hidup R : ______________________________________________
JAWAPAN :
1. a) Jisim ikan kolam B lebih berat berbanding jisim ikan kolam A.
b) kerana saiz kolam B lebih besar berbanding saiz kolam A.
c) i. Saiz kolam ii. Jisim ikan iii. Jenis ikan
d) Ruang / tempat tinggal
e) Memindahkan sebahagian ikan di kolam A ke kolam lain.
2.a) i. P dan R ii. Q dan S
b) Antelop mempunyai deria pendengaran dan bau yang baik, manakala babun pula
mempunyai deria penglihatan yang sangat baik.
c) Haiwan intraspesies bekerjasama mencari makanan dalam habitat yang sama.
3. a) i. Komensalisme ii. Mutualisme
b) Ikan remora mendapat keuntungan dengan mendapat lebihan makanan yang
dijatuhkan oleh ikan jerung. Sementara ikan jerung tidak terjejas apa-apa.
c) Makanan
d) Buran dan umang-umang
4. a) Kawasan/tempat tinggal
b) Persaingan wujud disebabkan oleh sumber keperluan asas yang terhad.
c) Haiwan yang tewas akan mati atau akan berpindah ke habitat lain.
5. a) i. Hidup secara berkumpulan
ii. Hidup secara bersendirian
b) - bekerjasama mencari makanan dan membuat sarang
- memastikan keselamatan spesiesnya daripada serangan musuh dan melindungi
anak-anaknya
c) - sukar mempertahankan diri daripada musuh.
- mengalami masalah kesukaran mencari pasangan ketika musim mengawan.
d) i. singa , semut ii. Burung belatuk , tapir
BULAN JULAI 2021
UPSR SAINS
Oleh: Azlina M Yausop
ULANG KAJI
Tajuk kita pada keluaran kali ini ialah Kelajuan. Tajuk ini dipelajari dalam Tahun 6.
Dalam tajuk ini terdapat beberapa tajuk kecil dan yang akan dibincangkan ialah :
(A) Apa itu kelajuan?
1. Kelajuan menunjukkan kepantasan sesuatu objek bergerak.
2. Kelajuan ialah ukuran cepat atau lambat sesuatu objek yang bergerak dari
suatu tempat ke suatu tempat yang lain.
3. Kelajuan melibatkan ukuran jarak yang dilalui dan masa yang diambil oleh
sesuatu objek yang bergerak.
(B) Unit Kelajuan
1. Unit bagi ukuran kelajuan ialah
• sentimeter per saat (cm/s) – pergerakan kura-kura, siput (untuk
pergerakan perlahan dan sangat perlahan)
• meter per saat (m/s) – larian, tupai (pergerakan yang sederhana
pantas atau pantas dalam jarak yang sederhana)
• kilometer per jam (km/j) – kereta lumba, kuda, kapal terbang
(pergerakan yang melibatkan jarak yang agak jauh seperti di jalan
raya)
(C) Hubungan antara Kelajuan, Jarak dan Masa
1. Objek yang bergerak laju akan bergerak lebih jauh dalam masa yang
ditetapkan.
❖ Semakin bertambah kelajuan objek bergerak, semakin jauh jarak yang
dilalui oleh objek itu dalam masa yang ditetapkan.
2. Objek yang bergerak laju mengambil masa yang lebih singkat untuk sampai ke
destinasinya.
❖ Semakin bertambah kelajuan objek bergerak, semakin singkat masa
yang diambil untuk objek itu sampai ke destinasi yang ditetapkan.
(D) Mengira Kelajuan
1. Kelajuan dapat dikira dengan cara membahagikan jarak yang dilalui kepada
masa yang diambil. Rumus kelajuan: Kelajuan = Jarak / Masa
2. Jarak diukur menggunakan unit sentimeter (cm), meter (m) atau kilometer (km).
Manakala masa diukur dalam unit saat, minit dan jam. Jika masa diukur dalam
unit minit, perlu menukar unit minit kepada saat atau jam bergantung pada unit
jarak yang digunakan.
3. Jam randik biasa digunakan untuk mengukur masa. Pada kenderaan pula,
speedometer digunakan untuk memaparkan kelajuan kenderaan yang sedang
bergerak.
Jam randik speedometer
4. Contoh soalan mengira kelajuan objek bergerak.
Sebuah bas bergerak dari Bandar Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur
dalam jarak 360 km. Bas ini mengambil masa selama 3 jam untuk tiba ke
destinasi. Hitung kelajuan bas ini.
Kelajuan = Jarak / Masa
= 360 km / 3 jam
= 120 km/j
LATIHAN ULANGKAJI
1. Hitung kelajuan bagi data yang diberikan dalam jadual di bawah . Tunjukkan jalan
pengiraan anda.
a) jarak : 10 meter b) jarak : 100 km c) Jarak 500 cm
masa : 5 saat masa : 2 jam masa : 100 saat
d) jarak : 60 km e) jarak : 200 meter f) jarak : 300 cm
masa : 5 saat
masa : 1 jam setengah masa : 20 saat
2. Jadual menunjukkan jarak dan masa yang direkodkan oleh tiga kenderaan
semasa bergerak dari bandar T ke Bandar R .
Kenderaan A B C
Jarak (km) 500 500 500
Masa (jam) 3 4 5
a) Nyatakan kenderaan yang bergerak paling laju.
___________________________________________________________________
b) Hitung kelajuan kenderaan B.
___________________________________________________________________
c) Jika kenderaan X tiba ke destinasi lebih lewat dari kenderaan C, ramalkan
kelajuan kenderaan X yang mungkin.
___________________________________________________________________
d) Nyatakan alat yang terdapat pada kenderaan yang memaparkan kelajuan
kenderaan tersebut semasa bergerak.
___________________________________________________________________
3. Penyiasatan menunjukkan masa yang direkodkan oleh dua buah objek untuk
bergerak jatuh dari sebuah menara berketinggian 60 meter.
Objek Masa yang diambil (saat)
P 15
Q 30
a) Padankan yang berikut dengan objek yang boleh diwakili oleh P dan Q.
OBJEK P Bola ping pong
OBJEK Q Bola golf
b) Nyatakan pemboleh ubah berikut :
i. pemboleh ubah dimanipulasi : ______________________________________
ii. pemboleh ubah bergerak balas : ______________________________________
iii. pemboleh ubah dimalarkan : ______________________________________
c) Hitung kelajuan objek P dan Q.
Objek P : ________________________________________________________
Objek Q : ________________________________________________________
d) Nyatakan kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan di atas.
__________________________________________________________________
4. Rajah menunjukkan suatu penyiasatan ke atas sebuah kereta mainan yang
dilepaskan dari ketinggian yang berbeza. Jadual menunjukkan jarak yang
direkodkan oleh kereta mainan apabila menuruni landasan.
Bilangan bongkah kayu Jarak yang dilalui oleh kereta mainan (cm)
1 10
2 20
3 30
4 40
a) Apakah tujuan penyiasatan ini ?
___________________________________________________________________
b) Nyatakan corak perubahan jarak yang dilalui oleh kereta mainan apabila bilangan
bongkah kayu berkurang ?
___________________________________________________________________
c) Nyatakan pemboleh ubah berikut :
i. pemboleh ubah dimanipulasi : ___________________________________
ii. pemboleh ubah bergerak balas : ___________________________________
d) Nyatakan hubungan yang dapat dibuat hasil daripada penyiasatan di atas .
___________________________________________________________________
5. Tiga buah kereta sedang berlumba di dalam sebuah litar yang mempunyai jarak
satu pusingan 8 km. Setiap kereta perlu membuat 10 kali pusingan untuk
menamatkan perlumbaan. Berikut ialah keputusan perlumbaan tersebut.
Jenis Kereta XY Z
Tempoh masa untuk membuat
10 pusingan (minit) 15 30 20
a) Berdasarkan keputusan yang direkodkan, kereta manakah yang memenangi
perlumbaan ?
___________________________________________________________________
b) Berikan inferens berdasarkan jawapan kamu di (a).
___________________________________________________________________
c) Nyatakan pemboleh ubah berikut :
i. pemboleh ubah dimanipulasi : ______________________________________
ii. pemboleh ubah dimalarkan : ______________________________________
d) Hitung kelajuan kereta yang mendapat kedudukan ke-3 dalam perlumbaan.
___________________________________________________________________
JAWAPAN
a) 2 m/s b) 50 km/j c) 5 cm/s
d) 40 km/j e) 10 m/s f) 60 cm/s
1. a) Kenderaan A
b) 125 km/j
c) Sebarang angka kurang dari 100 km/j
d) speedometer
2. a) objek P – bola golf , objek Q – Bola pingpong
b) i. jisim objek/jenis objek
ii. masa yang diambil
iii. jarak yang dilalui
c) objek P - 4 m/s objek Q – 2 m/s
d) Jika jisim objek bertambah, maka masa yang diambil oleh objek untuk tiba lebih
cepat apabila dilepaskan dari tempat yang tinggi.
a) Untuk menyiasat hubungan antara bilangan bongkah kayu dengan jarak yang
dilalui oleh kereta mainan.
b) berkurang
c) i. bilangan bongkah kayu
ii. jarak yang dilalui oleh kereta mainan
d) Jika bilangan bonglah kayu bertambah, maka jarak yang dilalui oleh kereta
mainan bertambah.
a) Kereta X
b) Kerana masa yang diambil oleh kereta X paling singkat berbanding kereta Y dan
Z.
c) i. Jenis kereta ii. Jarak yang dilalui
d) 160 km/j
BULAN OGOS 2021
UPSR SAINS
Oleh: Azlina M Yausop
ULANG KAJI
Tajuk kita pada keluaran kali ini ialah Daya. Tajuk ini dipelajari dalam Tahun 6.
Dalam tajuk ini terdapat beberapa tajuk kecil dan yang akan dibincangkan ialah :
(A) Apakah Daya?
1. Daya ialah tarikan dan tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek.
2. Daya tarikan ialah daya yang menggerakkan objek mendekati kita.
Contoh: Tarik tali, membuka laci meja, menarik tisu, menaikkan bendera.
3. Daya tolakan ialah daya yang menggerakkan objek menjauhi kita.
Contoh: Menolak troli, menekan suis, menutup laci meja, menolak kerusi,
menendang bola dan bermain badminton.
4. Daya tarikan dan tolakan ialah daya yang menggerakkan objek mendekati
dan menjauhi kita secara berulang dalam satu sela masa yang sama.
Contoh: Menggergaji papan, bermain biola, menggunakan pam tayar,
mengasah pisau, bermain yoyo, mendayung sampan, menyeterika pakaian
dan banyak lagi.
(B) Kesan Daya
1. Daya tidak dapat diperhati, tetapi kesannya dapat dilihat dan dirasa.
2. Terdapat 5 kesan daya:
1. Mengubah bentuk objek
2. Mengubah arah pergerakan objek
3. Menggerakkan objek yang pegun
4. Menghentikan objek yang bergerak
5. Mengubah kelajuan objek (bertambah laju atau semakin perlahan)
(C) Daya Geseran
1. Daya geseran ialah daya yang terhasil apabila dua permukaan
bersentuhan antara satu sama lain.
2. Daya geseran sentiasa menentang arah pergerakan objek.
3. Daya geseran akan menyebabkan pergerakan sesuatu objek menjadi
perlahan dan akhirnya berhenti.
(D) Faktor yang Mempengaruhi Daya Geseran
Terdapat dua faktor yang akan mempengaruhi daya geseran iaitu:
1. Jenis Permukaan
1. Semakin kasar jenis permukaan, semakin banyak daya geseran
yang terhasil.
2. Semakin licin jenis permukaan, semakin sedikit daya geseran
yang terhasil.
2. Jisim objek
1. Semakin bertambah jisim objek, semakin bertambah daya
geserannya.
2. Semakin berkurang jisim objek, semakin berkurang daya
geserannya.
(E) Kesan Daya Geseran
1. Daya geseran memberikan kesan baik dan kesan buruk dalam kehidupan kita
seharian.
2. Kebaikan daya geseran antaranya ialah:
➢ Membolehkan kita memegang objek dengan cengkaman yang baik.
➢ Membolehkan kita berjalan tanpa tergelincir.
➢ Membolehkan objek kekal pegun (statik atau tidak bergerak).
➢ Membolehkan kenderaan diperlahankan dan diberhentikan.
3. Keburukan daya geseran pula antaranya ialah :
➢ Menghasilkan bunyi yang tidak diingini.
➢ Menghasilkan haba dan menyebabkan permukaan menjadi panas.
➢ Memperlahan objek yang bergerak.
➢ Menyebabkan kehausan pada permukaan objek.
➢ Menyebabkan objek yang berat sukar digerakkan.
(F) Menambahkan dan Mengurangkan Daya Geseran
1. Dalam beberapa keadaan, daya geseran perlu ditambahkan supaya sesuatu
pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih cepat, cekap dan mudah.
2. Cara-cara untuk menambahkan daya geseran pada permukaan yang
bersentuhan ialah:
• Menjadikan permukaan menjadi kasar iaitu dengan membuat alur atau
corak pada permukaan.
• Mewujudkan permukaan yang kering (tiada cecair) supaya geseran
lebih kuat.
• Menggunakan bahan yang kasar untuk meningkatkan geseran.
3. Contoh aplikasi menambah daya geseran dalam kehidupan:
• Penggunaan pelapik anti gelincir di dalam bilik mandi
• Tapak kasut yang bercorak dan kasar
• Pelapik tetikus
• Corak pada permukaan sarung tangan
• Menggunakan serbuk kapur magnesium karbonat untuk mengangkat
pemberat besi.
4. Daya geseran yang terhasil kadang-kala memberikan masalah dan perlu
diatasi atau dikurangkan.
5. Cara-cara untuk mengurangkan daya geseran antaranya ialah :
• Menggunakan pelincir seperti minyak, gris dan bedak talkum.
• Menggunakan alas bebola, roda dan pengguling.
• Menggunakan reka bentuk aerodinamik (kereta lumba, kapal terbang)
dan kusyen udara (Hoverkraf).
6. Contoh aplikasi mengurangkan daya geseran dalam kehidupan:
• Meletakkan minyak gris pada bahagian pembuka tingkap atau pintu
yang bergeser.
• Penggunaan penggolek dan roda untuk memindahkan objek berat.
• Penggunaan minyak pelincir dalam kenderaan bermotor.
• Penggunaan tepung asid borik.
• Melekapkan jari pada kain lembap untuk mengambil plastik.
LATIHAN ULANG KAJI
1. Nyatakan aktiviti berikut sama ada ‘tarik’ , ‘tolak’ atau ‘tarik dan tolak’ .
a) Membuka laci e) Mendayung
sampan
b) Menggergaji f) Menaikkan
papan bendera
c) Menendang g) Menyorong
bola kereta sorong
d) Bermain layang- h) Meregangkan
layang spring
2. Suatu penyiasatan dijalankan ke atas sebuah kereta mainan apabila melalui
beberapa jenis permukaan yang berbeza. Keputusan jarak yang dilalui dicatatkan
seperti dalam jadual di bawah.
Jenis permukaan Kertas pasir Kad manila Kaca
Jarak yang dilalui oleh kereta (cm) 15 20 25
a) Apakah tujuan penyiasatan di atas ?
___________________________________________________________________
b) Nyatakan pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan keputusan penyiasatan.
__________________________________________________________________
c) Beri inferens anda berdasarkan jawapan di (b).
__________________________________________________________________
d) Nyatakan pemboleh ubah berikut :
i. dimanipulasi : _________________________________________________
ii. bergerak balas : __________________________________________________
iii. dimalarkan : __________________________________________________
e) Nyatakan hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah
bergerak balas .
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
3. Rajah menunjukkan sebuah engsel pintu.
a) Nyatakan satu keburukan daya geseran berdasarkan situasi dalam rajah.
___________________________________________________________________
b) Cadangkan cara untuk mengatasi masalah dalam situasi di atas.
___________________________________________________________________
c) Nyatakan satu contoh aktiviti lain untuk mengurangkan daya geseran.
___________________________________________________________________
4.
a) Apakah yang dapat diperhati pada rajah-rajah di atas ?
___________________________________________________________________
b) Bagaimana corak pada tapak kasut berfungsi semasa pemakai berjalan ?
___________________________________________________________________
c) Nyatakan satu contoh lain yang dapat menambah daya geseran dalam
penggunaannya.
___________________________________________________________________
d) Rajah menunjukkan sejenis sukan.
Apakah tujuan serbuk magnesium karbonat digunakan dalam sukan di atas ?
Tandakan (/) pada jawapan yang betul.
Menambah daya geseran Mengurangkan daya geseran
5. Rajah menunjukkan dua buah kotak berlainan jisim.
Kotak A = 5 kg Kotak B = 10 kg
a) Kotak manakah yang mudah dipindahkan ?
___________________________________________________________________
b) Nyatakan inferens bagi jawapan kamu di (a).
___________________________________________________________________
c) Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasi dalam penyiasatan di atas.
___________________________________________________________________
d) Cadangkan satu cara untuk memindahkan kotak-kotak tersebut dengan mudah
dan cepat.
___________________________________________________________________
JAWAPAN
1. a) Tarik e) tolak dan tarik
b) tolak dan Tarik f) tarik
c) tolak g) tolak
d) tolak dan Tarik h) tarik
2. a) Untuk menyiasat hubungan antara jenis permukaan dengan jarak yang dilalui
oleh kereta mainan.
b) Jarak yang dilalui oleh kereta mainan di atas permukaan kertas pasir paling dekat
berbanding permukaan kaca dan kad manila.
c) Kerana daya geseran pada permukaan kertas pasir paling banyak berbanding
permukaan kaca dan kad manila.
d) i. jenis permukaan
ii. jarak yang dilalui oleh kereta mainan
iii. jenis kereta mainan
e) Jika jenis permukaan lebih kasar, maka jarak yang dilalui oleh kereta mainan
berkurang.
3. a) menghasilkan bunyi dan pintu sukar digerakkan.
b) meletakkan pelincir seperti gris.
c) menggunakan alas bebola, roda dan pengguling.
4. a) Penggunaan alatan dan bahan untuk menambah daya geseran.
b) corak tapak kasut mencengkam lantai dan membolehkan si pemakai berjalan
tanpa tergelincir.
c) membuka penutup botol menggunakan kain kering
d) / menambah daya geseran
5. a) Kotak A
b) Kerana kotak A jisimnya lebih ringan berbanding kotak B.
c) Jisim kotak.
d) Menggunakan troli