Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 1 Dibina oleh: Puan Salmiah binti Ramli (rasahati)
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 2 SOALAN-SOALAN STPM TAHUN-TAHUN LEPAS 2013- 2019 (SEMESTER 1) TAHUN TEMA TAJUK STPM 2012/2013 Tadbir Urus Negara (Modal insan) Sosial dan budaya Ekonomi S20- Penetapan gaji minimum dalam sesuatu bidang pekerjaan perlu dilakukan untuk memastikan golongan pekerja di negara ini memperoleh pendapatan yang berpadanan dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Bincangkan kebaikan pelaksanaan penetapan gaji minimum tersebut. (5 + 0) S21- Warisan budaya yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat mempunyai kepentingan nya yang tersendiri. Oleh itu, langkah-langkah bagi memastikan warisan budaya masyarakat tersebut terus wujud perlu diambil. Bincangkan. (3 + 2) S22- Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis barangan kraftangan. Usaha perlu dijalankan untuk menjadikan industri kraftangan ini sebagai satu industri berskala besar yang mampu memberikan sumbangan kepada ekonomi negara. Bincangkan. ( 5 + 0) STPM 2013/2014 Tadbir Urus Negara Politik (Keselamatan dan pertahanan) Sains dan teknologi S20- Selain daripada menguruskan pentadbiran Negara, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab yang lain. Bincangkan (1+ 4) S21- Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memperkasa pertahanan Negara bagi memastikan kedaulatan Negara kita terpelihara, namun terdapat pelbagai halangan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Ulaskan (3 + 2) S22- Laman web rangkaian sosial seperti Facebook, Friendster, My Space dan Twitter telah menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Namun begitu, ada pihak yang mencadangkan laman web ini diharamkan penggunaannya. Bincangkan (3 + 2) STPM 2014/2015 Tadbir urus negara (Integriti) Sosial dan Budaya Ekonomi S20- Gejala rasuah telah menjadi “duri dalam daging” sehingga mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil bagi mengawal gejala ini daripada berleluasa. Bincangkan. (3 + 2) S21- Selain dari aspek pemisahan fizikal, terdapat faktor-faktor lain yang menghalang pengintegrasian dan perpaduan kaum di negara ini. Ulaskan penyataan ini. (1 + 4) S22 - Penghijrahan modal insan Malaysia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tinggi (brain drain) ke negara lain terus berlaku. Fenomena ini jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan ekonomi negara. Bincangkan. (3 + 2) STPM 2015/2016 Tadbir urus Negara Sosial dan Budaya Sains dan Teknologi S20- Kecemerlangan tadbir urus dalam perkhidmatan awam menuntut ciriciri kepimpinan yang berkualiti. Huraikan. (5+ 0) S21- Kebelakangan ini, generasi muda yang merupakan benteng pertahanan negara pada masa depan dikatakan kurang mempunyai semangat patriotik terhadap negara. Usaha-usaha perlu dilakukan bagi menyuburkan semangat patriotik dalam kalangan mereka. Ulaskan ( 2+ 3) S22- Teknologi Satelit membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia, namun kesan negatif di sebaliknya tidak boleh diketepikan. Bincangkan (2+ 3) STPM 2016/2017 Tadbir Urus Negara Sosial dan Budaya S20- Tadbir Urus baik memerlukan kecekapan pegawai awam. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan kualiti pegawai perkhidmatan awam. Huraikan. (5 + 0) S21- Kebelakangan ini, segelintir golongan muda didapati lebih mengutamakan budaya hedonisme (berseronok). Langkah tertentu perlu
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 3 Integrasi dan Perpaduan dilakukan untuk memastikan golongan ini tidak melupakan budaya tempatan. Jelaskan. (3 + 2/ 2 + 3) S22- Perpaduan kaum memainkan peranan yang penting untuk menjamin keamanan negara. Lantaran itu, kerajaan hendaklah melaksanakan pelbagai langkah untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Jelaskan. (3 + 2/ 2 + 3) STPM 2017/2018 Tadbir urus Negara (Integriti) Politik (Keselamatan dan Pertahanan) Integrasi dan Perpaduan S20- Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah berlaku. Oleh itu, langkah-langkah tertentu perlu dilakukan untuk mengawal gejala ini daripada terus berkembang. Huraikan. (3+2/2+3) S21-Terdapat pelbagai ancaman yang boleh mengugat keselamatan dan kedaulatan Malaysia. Jelaskan. (5+0) S22-Sistem persekolahan mampu memupuk perpaduan kaum di negara ini. Namun demikian, peranan pelbagai pihak lain tidak boleh diketepikan. Jelaskan. (1+4) STPM 2018/2019 Tadbir urus Negara (Integriti) Politik (Keselamatan dan Pertahanan) Sains dan Teknologi S20- Karenah birokrasi dalam perkhidmatan awam boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk menanganinya. Huraikan. (3+2/ 2+3) S21- Malaysia sebuah negara yang aman dan damai, namun tidak terlepas daripada menghadapi ancaman jenayah yang perlu diatasi segera. Huraikan. ( 5+ 0) S22- Teknologi Hijau penting untuk diberi penekanan dalam pembangunan negara dan pelbagai langkah dilaksanakan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan teknologi tersebut. Huraikan. (3+ 2/ 2+3) FOKUS STPM 2019/2020 Tadbir Urus Negara (Sistem Penyampaian) Ekonomi Sosial dan Budaya Integrasi dan Perpaduan
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 4 POLITIK (KESELAMATAN DAN PERTAHANAN) Bil Idea Huraian Faktor Malaysia kekal berdaulat 1 Kekuatan Ketenteraan Penglibatan generasi muda pelbagai bangsa dalam perkhidmatan tentera Disiplin, profesionalisme, kepimpinan dan semangat kesetiakawanan yang tinggi dalam kalangan anggota tentera Memiliki ketahanan mental dan fizikal yang kental Penggunaan peralatan ketenteraan yang canggih dan berteknologi tinggi Pelaksanaan konsep ‘HANRUH’ atau ‘Pertahanan Menyeluruh’ yang melibatkan agensi kerajaan, sektor swasta dan rakyat jelata dalam mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara Bersedia sepanjang masa untuk menghadapi sebarang kemungkinan 2 Kepimpinan Pemimpin yang berwibawa, berkarisma dan membawa negara ke mercu kecemerlangan Krisis/konflik dari dalam dan luar negara dapat ditangani dengan baik Disegani dan dihormati oleh negara luar Mengukuhkan lagi kedaulatan negara melalui pengiktirafan negara luar seperti pengiktirafan oleh Geoge Bush terhadap kemajuan Malaysia di bawah pimpinan Tun Mahathir 3 Hubungan baik dengan negara luar Semangat kerjasama dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik Penyelesaian masalah melalui rundingan Urusan dalaman negara tidak diganggu oleh pihak luar/ tiada campur tangan negara luar Menjamin keselamatan serantau dan menghindari sebarang ancaman dari negara luar yang boleh menjejaskan kedaulatan negara 4 Kemantapan Ekonomi Kekuatan ekonomi dapat meningkatkan imej negara dan mengelakkan penjajahan dari segi ekonomi Menjadi negara pengeluar dan bukannya negara pengguna Pengagihan kekayaan yang saksama Keupayaan ekonomi membolehkan pembangunan berjalan lancar 5 Pendidikan Pendidikan tinggi membolehkan rakyat menguasai ilmu, kreatif, inovatif dan bewawasan Pewujudan masyarakat berilmu (K-komuniti) terutamanya dalam bidang sains dan teknologi Melahirkan modal insan bertaraf dunia dan guna tenaga yang pakar Malaysia boleh mengeksport kepakaran, alat cipta dan dapat meningkatkan ekonomi negara Dengan adanya ilmu, sukar diperdaya/dikuasai pihak luar 6 Kestabilan Politik Parti-parti politik saling bekerjasama di bawah satu sistem politik yang sama demi mengekalkan kedaulatan dan kemajuan negara Pembahagian kuasa untuk mengelakkan pembolotan kuasa oleh satu-satu parti politik sahaja 7 Perpaduan Rakyat Prasyarat kepada pembentukan sebuah negara dan pengekalan kedaulatan negara Perbezaan budaya jangan dijadikan masalah tetapi dijadikan sebagai suatu kelebihan. Pengukuhan perpaduan melalui satu bahasa, satu kebudayaan dan satu sistem pendidikan Sikap saling menghormati Perpaduan boleh mengekalkan kedaulatan negara 7 Dasar Kerajaan Dasar-dasar kerajaan diwujudkan bagi menangani segala permasalahan yang berlaku Menangani masalah sosial agar masyarakat penyayang dapat diwujudkan dan menghindari keadaan huru hara
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 5 Soalan: Tanggungjawab mengekalkan kedaulatan negara Malaysia bukan hanya perlu digalas pada bahu pasukan keselamatan negara sahaja, bahkan turut melibatkan semua lapisan rakyat negara ini. Jelaskan. Bil Cadangan Isi/Idea Huraian Tanggungjawab semua lapisan rakyat mengekalkan Kedaulatan Negara 1 Pasukan keselamatan negara (idea wajib) Dilengkapi dengan sokongan logistik, sumber tenaga manusia terlatih dan teknologi pertahanan canggih Sentiasa bersedia menghadapi ancaman dari dalam dan luar negara Mempunyai semangat juang yang tinggi , berani Sanggup berkorban untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara 2 Barisan pemimpin negara Melengkapkan diri dengan ilmu kepimpinan dan mentadbir negara dengan baik Mewujudkan kestabilan politik dalam negara Mengenakan tindakan tegas terhadap pihak yang menggugat keamanan dan kedaulatan negara . Memperkukuh sistem pertahanan dan keselamatan negara 3 Penjawat awam / kaki tangan kerajaan Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan teknologi semasa agar dapat mengangkat kedudukan negara sebaris dengan negara maju Memiliki semangat cinta akan negara yang menebal dan tidak membocorkan rahsia sulit negara kepada musuh negara Mengamalkan sikap integriti dan akauntabiliti yang tinggi Mengutamakan tadbir urus yang baik 4 Pihak swasta Mendahulukan kepentingan dan keselamatan negara berbanding agenda lain Membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang keselamatan, ekonomi dan sosial Menentang sebarang ketidakadilan yang berlaku Bekerjasama mengadakan kempen kesedaran dan program cinta akan negara 5 Ibu bapa/ institusi keluarga Menjadi contoh terbaik kepada anak-anak agar sentiasa memelihara kedaulatan negara Menanam rasa cinta akan negara kepada anak-anak sejak kecil Sama-sama menghayati maksud kemerdekaan yang sebenar dan menerapkan semangat kemerdekaan dalam jiwa setiap ahli keluarga 6 Generasi muda Mempunyai jati diri yang kukuh dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian Bersama-sama mencurahkan bakti, taat setia dan menjaga nama baik negara Menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu 7 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Membantu kerajaan menyebarkan dasar-dasar dan program untuk mengekalkan kedaulatan negara kepada anggota masyarakat Menganjurkan kempen dan program yang mampu memantapkan perpaduan kaum di negara ini Menanamkan rasa cinta akan negara kepada seluruh rakyat negara ini Jawapan : 1 + 4 isi/idea
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 6 Peranan Rakyat dalam menjaga kedaulatan negara Bil Idea Huraian idea Peranan Rakyat dalam menjaga kedaulatan negara 1 Menjunjung dan menghormati perlembagaan Persekutuan. Memerlihara kesepakatan yang dipersetujui antara kaum melalui pembentukan Perlembagaan Mengelakkan mengungkit perkara sensitif yang boleh menjejaskan dan menimbulkan keresahan dan pergaduhan kaum 2 Mempercayai dan mengamalkan ajaran agama. Agama menyuruh penganutnya menghormati negara dan mempertahankan tanah air. Ajaran agama melarang menimbulkan kemarahan dan kesukaran kepada orang lain. Dapat melakukan perbuatan-perbuatan yang baik kepada anggota masyarakat yang lain. 3 Menjunjung institusi raja Sentiasa meletakkan institusi raja berpelembagaan sebagai lambang perpaduan. Tidak meredahkan martabat institusi ini adalah ketua dalam sistem pemerintahan negara atau negeri. 4 Meyakini undangundang negara Rakyat perlu akur kepada undang-undang negara Jika perundangan perlu dibentuk, maka tempatnya ialah di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan bukan di jalanan. Mempertahankan undang-undang negara dan tidak terikut dengan pihak luar yang meremehkan undang-undang negara. Misalnya tidak terikut dengan tindakan negara luar memperlekehkan ukuman bunuh kepada penagih dadah atau melarang perkahwinan sejenis. 5 Kesopanan dan kesusilaan dalam kalangan rakyat. Rakyat sentiasa menjujug semangat kesetiakawanan sesama orang lain. Tidak bersikat angkuh, tamat haloba atau mementingkan diri sendiri. Menunjukkan sikap yang berakhlak termasuk tidak melakukan jenayah Sentiasa menyayangi anggota masyarakat yang lain. 6 Mewujud dan mengekalkan perpaduan rakyat. Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangann seluruh masyarakat Melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti program kejiranan, kinjungmengunjung semasa hari perayaan dan seumpamanya. 7 Memiliki jati diri Tidak menjadi pengkhianat negara Tidak bersengkokol dengan negara asing melakukan sabotaj kepada negara sendiri Membuat dakwaan terhadap negara secara tidak tepat melalui media sosial dan internet Sentiasa berusaha membantu negara jika negara menghadaoi masalah. Misalnya sentisa menyokong usaha negara sewaktu negara berhadapan dengan krisis ekonomi pada tahun 1998 dengan tidak membawa keluar wang dari negara ini.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 7 Peranan kerajaan dalam menjaga kedaulatan negara Bil Idea Huraian idea Peranan kerajaan dalam menjaga kedaulatan negara 1 Memperkasa sistem pertahanan Kerajaan memperkasa sistem pertahanan udara, laut dan darat. Membeli peralatan ketenteraan yang canggih sesuai dengan tahap keselamatan serantau. Misalnya membeli kapal selam, menambah bilangan jet pejuang selain memperkasa teknologi ketenteraan Sentiasa bersiap siaga sepanjang masa di sempadan negara. 2 Memperkasa keselamatan negara Pihak polis memainkan peranan menjaga keselamatan negara dairpada kejadian jenayah. Pihak polis sentiasa berhadapan dengan masalah pendatang asing yang terlibat dengan pelbagai jenayah Kerajaan boleh menambah bilangan anggota pilis selain prasarana polis seperti kereta, motosikal serta sistem penyampaian perkhidmatan polis 3 Memperkasakan Penguatkuasaan undang-undang. Kerajaan perlu menghukum pihak yang terlibat dengna perbuatab subversif dan pengamcam kedaulatan dengan tegas. Penggunaan pelbagai akta seperti Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dengan tegas. Pemantauan pihak berkuasa terhadap penggunaan blog dan media sosial perlu dilakukan. 4 Menjalin hubungan baik dengan negara luar Kerajaan mengamalkan hubungan berbaik-baik dengan negara serantau dan antarabangsa Dengan ini semua negara mempunyai kepentingan terhadap negara ini. Negara luar akan menjadi rakan diplomatik dan tidak mempunyai alasan untuk menguggat kedaulatan negara kita. Jika wujud pertikaian sekalipun, Malaysia akan menggunakan cara perundingan atau pihak ketiga termasuk mahkamah antarabangsa untuk menyelesaikan pertikaian. Pengenalan Pertahanan negara yang kukuh amat penting untuk memastikan rakyat hidup bebas, aman dan sejahtera. Tanpa pertahanan, negara akan mengalami peperangan dan tidak aman. Namun, pelbagai cabaran yang dihadapi dalam memperkasakan pertahanan negara. Cabaran dalam mempertahankan negara 4. Kebanjiran warga asing Lebih dua juta orang pekerja asing pada masa kini di negara kita. Mereka ini tidak mempunyai kesetiaan kepada negara. Sekiranya terlampau banyak menjadi satu ancaman kepada negara. Rakyat berasa tidak selamat kerana banyak jenayah yang berlaku melibatkan pekerja asing. Kemasukan pekerja asing akan membawa masuk budaya mereka yang boleh mengancam budaya tempatan yang bernilai tinggi. 5. Pengaruh dan campur tangan kuasa asing Tindakan pengintipan oleh kuasa asing berlaku di negara ini. Mereka menggunakan alasan memartabatkan hak kebebasan asasi. Mempergunakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai medium agenda mereka. Mempergunakan media massa untuk menyampaikan mesej berunsur antikeamanan. Dan mempergunakan anggota politik untuk menyokong tentangan terhadap pemerintah. 6. Wujudnya golongan pelampau/ ekstrimis Wujud golongan yang berfikiran sempit dan hanya mementingkan diri sendiri atau kaum sendiri tanpa melihat kepada sesuatu dengan lebih luas, iaitu untuk kepentingan nasional. Tuntutan melampau untuk kaum tertentu menyebabkan ketidakselesaan kaum-kaum lain. Terdapat juga gerakan pelampau yang mirip pengganas yang boleh menggugat keamanan negara.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 8 SOSIAL DAN BUDAYA Kepentingan Warisan Budaya Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Menjadi warisan generasi akan datang merupakan kepentingan mengekalkan warisan budaya. Generasi muda harus mengetahui budaya hidup nenek moyang mereka. Generasi muda akan mengetahui tentang warisan lama seperti pakaian, cara bergaul, adat perkahwinan. Pantang larang dan lain-lain lagi. Melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi dan pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan. Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan. Budaya Malaysia merupakan salah satu tarikan pelancongan . Sebenarnya, keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya di Indonesia dan di Negara Thailand. Yang unik ialah budaya tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan. Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri. Usaha Mempromosi Warisan Budaya Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa. Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan dan kursus. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun clan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”. Di samping itu, menganjurkan pelbagai pertandingan dan pameran. Pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 9 Akhbar Berita Harian, yang merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia Hari lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”. Soalan: Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut dan cadangkan langkah-langkah untuk memajukannya. (3+2/2+3) Pengenalan Kegiatan SENI BUDAYA TRADISIONAL kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Banyak faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut. BIL IDEA HURAIAN Faktor Seni Budaya Tradisional Tidak Mendapat Sambutan Masyarakat 1 Proses globalisasi Globalisasi mendedahkan kepada perkembangan budaya asing secara meluas Dapat mengikuti perkembangan seni budaya dunia terkini melalui internet / facebook, blog dsn Seni atau budaya asing lebih menarik minat orang ramai Misalnya, breakdance, hip-hop, popping, tempo muzik yang lebih rancak dsn Masakan tradisional diganti dengan makanan segera dari barat Seni budaya tradisional seperti waayng kulit, makyung, ghazal, tarian kipas, tarian kepang dsn semakin dilupakan 2. Kemajuan teknologi maklumat Kewujudan permainan maya lebih menarik Misalnya “PSP”, “X-box”, “Nintendo” dan sebagainya Pelbagai program permainan dapat dimuat turun daripada internet Pelbagai permainan dalam I-phone, Wi-Fi, 3G memberi kesan audio visual lebih memikat Permainan tradisional seperti congkak, wau dan gasing dikatakan membosankan dan tidak mencabar 3. Sikap masyarakat Kehidupan yang semakin sibuk Tiada masa terluang untuk aktiviti seni tradisional yang perlukan kemahiran – tenunan kain songket, lukisan batik dan kraftangan yang lain memakan masa Hiburan tradisional dianggap tidak serasi dengan kehidupan moden Masyarakat cenderung ke pusat yoga, pusat tarian moden, gymnasium bina badan dan persolekan muka serta melangsingkan badan 4. Pusat perkembangan seni budaya tradisional yang terhad Tanpa latihan khusus, bakat yang berpotensi tidak dapat diasah Kekurangan pusat perkembangan seni dan budaya menyukarkan budaya seni di kembangkan. Mereka yang berminat juga sukar mendapat peluang untuk mengembangkan kemahiran. Sukar melahirkan pengarah dan pelakon yang baik. Pengamal seni tidak dapat menyampaikan ilmu ini kepada generasi muda Seni tradisional juga kurang diperkenalkan di media massa 5. Kurang menyumbang kepada perkembangan ekonomi Tidak dianggap sebagai kerjaya menjamin masa hadapan Kurang nilai komersial Kraf tangan- modal dan kemahiran yang tinggi tetapi pulangannya kurang lumayan
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 10 Langkah Memajukan Seni Budaya Tradisional 6. Memperbanyakkan Penyelidikan dan Pembangunan (Pdp) Rekaan produk kraf baru meliputi industri batik, tenunan, tekatan, seramik, hasil rimba dan logam Contoh : Pusat Inovasi Seramik Memperluas Program Satu Daerah Satu Industri bagi menarik pelancong ke daerah tersebut. Projek perantisan kraf warisan dan Galakan Dagangan Promosi di peringkat domestik (RM 4.4 juta) dan antarabangsa (RM 8.3 juta) Latihan Kemahiran Kraf – Institut Kraf Negara melatih pelajar di peringkat sijil dan di peringkat diploma Pemuliharaan Kraf – mengekalkan seni kraf warisan negara, aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan dilaksanakan Pameran kraf tangan dalam dan luar negara. Pembangunan Kraf 7. Mempergiat aktiviti seni Festival Kuala Lumpur- mengetengahkan keindahan dan unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai kaum Mempamerkan kecemerlangan kreativiti dan warisan bangsa Menjadikan KL sebagai bandaraya moden dan progresif, tetapi kaya dengan nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan ketamadunan – “Kuala Lumpur is a city with a soul” 8. Skim Bantuan Kebudayaan Masalah kewangan membantutkan usaha Badan Bukan Kerajaan untuk memperkembangkan bidang seni Bantuan kewangan dapat membantu Badan Bukan Kerajaan (NGO) melaksanakan aktiviti seni budaya tradisional. Meningkatkan lagi kemahiran, kemampuan dan kecekapan Badan Bukan Kerajaan dalam bidang masing-masing. Contoh Bidang Tarian, Bidang Kraftangan, Bidang teater dan sebagainya. 9. Pementasan Seni Istana Budaya berjaya mementaskan 16 produksi tempatan dan 6 produksi antarabangsa dengan jumlah penonton seramai 64,722 orang Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang dan Puteri Hang Li Po berjaya menarik khalayak pelbagai kaum Pementasan oleh ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) juga banyak menarik minat pengiat seni untuk berkarya. 10. Anugerah Seni Negara Pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni, karyawan dan seniman yang telah menyumbang dan memperlihatkan ketokohan yang cemerlang dalam pembangunan seni tanah air Anugerah Seniman Negara, Anugerah Karyawan Seni dan Anugerah Pendukung Seni Contoh penerima seperti A.Samad Said, P.Ramlee KESIMPULAN Kegiatan seni budaya tradisional perlu diteruskan Pertingkatkan imej negara; keistimewaan budaya Malaysia
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 11 Soalan: Kelestarian permainan tradisional atau permainan rakyat perlu dikekalkan untuk generasi akan datang. Namun begitu, permainan sebegini semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Bincangkan Pengenalan: Permainan tradisional seperti congkak, gasing, wau, galah panjang, batu seremban dan ting-ting bulan, mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, ia semakin dipinggirkan. Idea Huraian Kepentingan melestarikan Permainan Tradisional/ Permainan rakyat 1 Dapat mengisi masa lapang dengan aktivitiaktiviti yang berfaedah Masa senggang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang dapat mencerdaskan minda dan mencergaskan anggota badan semasa bermain Permainan ini bebas daripada elemen keganasan dan menyeronokkan Membentuk disiplin diri yang tinggi melalui peraturan, permainan yang perlu dipatuhi Mengurangkan gejala sosial 2 Lambang identiti sesebuah bangsa/ negara. Permainan tradisional melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, sepak raga, layang-layang, wau, congkak, gasing Nilai murni yang ditunjukkan menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan. 3 Dapat melahirkan masyarakat yang berdaya tahan. Permainan tradisional itu suatu ketika dahulu digemari oleh penduduk tempatan terutamanya lapisan kanak-kanak termasuk orang dewasa tanpa mengira jantina dan umur. Seperti lumba lari dalam guni, lumba menaiki upih (pelepah pinang), menganyam ketupat, main wau atau layang-layang, lambung getah dan banyak lagi. 4 Dapat mengenali dan memahami warisan bangsa. Generasi baru boleh memahami latar belakang dan sumber permainan traisional Generasi baru menghormati dan bangga mempunyai nilai warisan Dapat memahami permainan tradisional kaum lain Permainan tradisional sebagai harta warisan sesuatu bangsa 5 Dapat memupuk semangat perpaduan. Rakyat tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut memainkan permainan tradisional bersama-sama. Permainan tradisional ini dapat mengeratkan tali siratulrahim dengan yang lain malah bertemu jodoh. Mementingkan semangat berpasukan dan bertolak ansur semasa bermain Kebanyakan permainan tradisional ini (congkak, gasing, batu seremban, cari cucu) dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan Mewujudkan persefahaman seterusnya mengukuhkan ikatan persaudaraan Mewujudkan perpaduan dan kemesraan antara kaum 6 Sebagai Medium hiburan. Merupakan medium hiburan nenek moyang kita Mempunyai keunikannya tersendiri, mudah dimainkan dan menyeronokkan. Permainan tradisional ini hanya menuntut ketrampilan dan ketajaman akal. Misalnya, permainan congkak menguji minda seseorang pemain untuk menangkis langkah helah pihak lawan. Gasing pula menekankan kesabaran dan ketekunan kepada gasing perlu dilarik dengan hati-hati agar seimbang dan dapat berputar pada paksinya untuk tempoh yang lama Sebab Permainan Tradisional Dipinggirkan Masyarakat 9 Kurang pendedahan Generasi hari ini tidak didedahkan dengan cara bermain permainan tradisional(tidak tahu cara bermain) Tiada tujuk ajar daripada ibu bapa atau generasi yang lebih tua Sikap generasi baru tidak ingin mencuba. 10 Persaingan daripada permainan moden Pelbagai permainan moden yang menarik di pasaran ( sahibba, catur, tenis, permainan video) Permainan moden dianggap lebih mencabar, lasak dan lebih berprestij Permaian moden lebih disukai kerana dianggap sesuatu yang baru dan sentiasa diperbaharui. Persaingan daripada permainan elektronik yang lebih mencabar dan menarik 11 Tiada nilai komersial Permainan tradisionl tidak menguntungkan berbanding permainan moden seperti bola sepak, tenis dan golf. Permainan moden dapat menjana pendapatan lumayan
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 12 Tiada penajaan yang besar untuk mempopularkan permainan tradisional berbanding permainan moden Hal ini kerana tiada mempunyai pengemar dan penonton yang ramai 12 Hubungan kemasyarakatan yang semakin longgar Hal ini kerana kebanyakan permainan ini memerlukan sekumpulan orang untuk bermain Kekurangan ahli untuk bermain terutama di kawasan bandar Masyarakat tidak mengenali jiran dan kini lebih suka berkurung di rumah daripada bergaul dengan jiran tetangga. 13 Kurang tenaga pakar untuk membuat peralatan permainan Untuk membuat wau misalnya kita perlukan kepakaran dan kemahiran baik dari segi mencari bahan ataupun membuat permainan tersebut Untuk membuat congkak dan gasing seseorang memerlukan kayu yang bermutu Kesilapan dalam memilih bahan atau membuat alat permainan tersebut menyebabkan permainan seperti wau, tidak melayang di udara. Penutup: Permainan tradisional merupakan pusaka bangsa yang harus diketengahkan oleh Negara demi mencorakkan Malaysia dengan pelbagai permainan rakyat. Usaha-usaha untuk mengetengahkan harus dirancang oleh pelbagai pihak termasuk kalangan ibu bapa. Langkah-langkah Semua Pihak mempopularkan permainan tradisional :- 1. Generasi muda perlu didedahkan dengan permainan tradisional. Diperkenalkan di sekolah-sekolah Sebagai salah satu aktiviti kokurikulum. Penubuhan persatuan permainan dan sukan di sekolah seperti Kelab Permaianan Tradisional Memperkenalkan permainan ini kepada anggota kumpulan Pertandingan antara pelajar sekolah atau peringkat daerah dan negeri. 2. Peranan media elektronik Sistem televisyen tempatan sama ada kerajaan dan swasta harus lebih gigih menyiarkan rancangan tentang cara-cara bermaian permainan tradisional ini. Dilaksanakan secara kreatif dan inovatif pasti dapat menarik minat mendalam terutama kepada generasi muda. 3. Peranan Kementerian Penerangan, Komunikasi , Kebudayaan dan Warisan Boleh menganjurkan pertandingan dan tunjuk cara serta pameran permainan tradisional bagi menarik minat para pelancong dari dalam dan luar negara. Peranan kementerian belia dan sukan, melalui persatuan Persatuan belia harus berusaha mengetengahkan beberapa jenis permainan kepada ahli-ahli dan menjadikannya sebagai aktiviti pertandingan. 4. Permainan tradisional dijadikan hobi oleh kaum muda Orang dewasa kerana asyik dan menarik dimainkan. Dapat menghindarkan daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, berfoya-foya dan berpeleseran. 5. Peranan syarikat swasta atau korporat Menaja pertandingan permainan tradisonal ini Penyertaan kepada orang ramai Menjadi penganjur Atau menyediakan hadiah-hadiah yang menarik Pertandingan dijalankan di kawasan lapang atau tempat tuimpuan orang ramai Seperti Pesta Layang-Layang di Pasir Gudang,Johor.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 13 Langkah Kerajaan mempopularkan permainan tradisional: 1. Membudayakan permainan tradisional Menyemarakkan permainan secara besar-besaran diseluruh negara Mewujudkan promosi kebudayaan dan menjadi acara penting dalam sukan peringkat sekolah dan kalangan masyarakat dengan menawarkan hadiah yang lumayan 2. Mengistitusikan permainan tradisional Mendapat pengiktirafan peringkat tertinggi negara dan luar negara Memberi status Ikon Negara dan eleman penting dalam kalendar pelancaongan dan hari kebangsaan, kemerdekaan dan Malaysia Mengekalkan kesenian warisan budaya Kerajaan perlu mengutamakan permainan tradisional dalam upacara rasmi yang besar 3. Silibus penting dalam pendidikan kokurikulum Menjadi sebahagian daripada sukatan dalam sistem pendidikan dan kokurikulum Perlu dipupuk sejak kecil di sekolah hingga peringkat paling tinggi Tanggungjawab guru menerapkan permainan tradisional secara teori dan praktikal Agenda penting dalam pencapaian pelajar dalam kokurikulum seperti sukatan dan penglibatan guru dan pelajar 4. Samakan taraf dengan permainan moden Memberi keutamaan kepada permainan tradisional dalam sukan dan permainan peringkat sekolah hingga kebangsaan Menyediakan hadiah kemenangan yang lumayan setanding dengan permainan moden
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 14 BANGUNAN BERSEJARAH / MONUMEN LAMA Bangunan bersejarah merupakan bangunan tinggalan zaman dahulu, yang mempunyai nilai-nilai budaya dan keseniannya yang tersendiri. Bangunan bersejarah menjadi kebangaan rakyat negara kita. Namun, bukanlah kesemua bangunan yang lama, yang usang yang ketinggalan zaman dikatakan bersejarah. Hanya yang dapat mencirikan identiti negara, di dalamnya terkandung sejarah penting negara, layak dijadikan bangunan bersejarah. Di Malaysia, kebanyakan bangunan bersejarah adalah tinggalan zaman penjajahan orang asing. Antaranya, A Famosa di Melaka tinggalan orang Portugis, Kubun Cornwallis di Pulau Pinang. Juga terdapat bangunan bersejarah yang bercirikan identiti budaya Malaysia seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, di Kuala Lumpur, Rumah Puteri Meninjau di Sabah, Kota Kuala Muda dan Bangunan Stadhuys di Melaka. Kepentingan memelihara bangunan bersejarah/ Monumen lama: 1. Warisan sejarah bangsa dan negara yang berharga Setiap lapisan generasi dapat melihat bukti peninggalan penjajah. Mengetahui sejarah negara Memupuk semangat cinta akan negara Boleh memberi pengajaran sejarah negara kepada generasi muda 2. Sebagai daya tarikan pelancong dapat menarik pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat negara kita. Kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk bangunan tersebut mampu menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke tempat-tempat tersebut. Sebagai contoh, bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur mempunyai unsur seni yang tiada tolok bandingnya Ingin mengetahui sejarah dan budaya rakyat tempatan Meningkatkan pendapatan negara 3. Dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya golongan remaja Sekurang-kurangnya mereka dapat menjadikannya sebagai panduan hidup mereka. Jika kita menghayati sejarah, di sebalik bangunan tersebut serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku maka kita dapat terus mara tanpa mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat terdahulu. 4. Sebagai salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. bangunan bersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda Tinggalan sejarah ini boleh mengingatkan generasi muda tentang segala pahit maung yang dilalui oleh pejuang nasionalis ketika memerdekakan tanah air. dapat mencelikkan minda generasi muda agar sentiasa berwaspada terhadap musuh negara yang sentiasa mencari peluang untuk menjajah negara kita sekali gus berjuang bermati-matian untuk ibu pertiwi daripada dicerobohi oleh kuasa asing 5. Sebagai bahan penyelidikan Penting bagi ahli sejarah untuk membuat kajian dan penyelidikan ilmu akan dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama Penyelidikan yang dilakukan mungkin akan merubah fakta sejarah negara yang terdahulu dan sejarah negara dapat dilihat dan pespektif yang berbeza bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri dan menjadi bahan rujukan kepada pelajar dan penyelidik. Masalah untuk memelihara bangunan bersejarah 1. Kos pemuliharaan dan penyelenggaraan yang tinggi Pembinaan dan pemeliharaan serta pemuliharaan yang menelan perbelanjaan yang banyak- pembinaan bangunan yang telah runtuh. Untuk diganti dengan binaan yang mempunyai daya tahan 2. Sikap masyarakat Kurang menilai dan menghayati bangunan bersejarah Generasi muda tidak berminat Suka kepada pusat hiburan atau pusat beli-belah 3. Kurang pendedahan media massa Media massa tidak hiraukan bangunan sejarah Kurang tonjolkan keunikan dan sumbangan bangunan bersejarah kepada masyarakat
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 15 Usaha pelbagai pihak memelihara dan memulihara Bangunan Bersejarah: 1. Pihak Kerajaan mendapatkan pengiktirafan dpd badan dunia utk mewartakannya sebagai Warisan Dunia/mewartakannya sebagai warisan kebangsaan. Contohnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Kuala Lumpur. mengekalkannya walaupun mempunyai nilai komersial untuk pembangunan mengekalkan tajuk mengenainya di dalam buku teks Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan-menjaga struktur binaan bangunan bersejarah Kementerian Pelancongan memasukkannya dalam pakej pelancongan-dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan.Seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A famosa, Istana Jugra dan sebagainya mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara menyediakan dana besar untuk mengekalkannya. Sebagai contohnya, usaha membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja sebanyak RM20 juta. diubah menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, bangunan Balai Polis Bukit Kepong dijadikan pusat beli-belah atau perniagaan ditukar untuk menjadi bangunan pentabdiran.Sebagai contoh Bangunan Sultan Abdul Samad ditukar menjadi rumah kebajikan seperti anak-anak yatim, orang tua keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan. Sebagai contohnya, Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya. 2. Pihak Sekolah melukiskannya di dinding sekolah mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah kelab dan persatuan merancang program lawatan ke tempat-tempat bersejarah universiti menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yg diharapkan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan bersejarah mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah dengan lanskap yang menarik. Kemudahankemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai. Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi dengan kemudahan ‘lift’, alat keselamatan serta tempat meletak kenderaan 3. Pihak Ibu Bapa membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah melawat bangunan bersejarah menceritakan sejarah mengenai bangunan bersejarah kepada anak-anak 4. Pihak Media massa membuat dokumentari mengenai bangunan bersejarah .
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 16 Pengiktirafan Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terhadap tempat– tempat tertentu di Malaysia sebagai Tapak Warisan Bersejarah Dunia mempunyai banyak kepentingan. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menjadikan Tapak Warisan Bersejarah Dunia menjadi lebih terkenal. Bincangkan. Pendahuluan: Pada tahun 2008, tapak Warisan Semula Jadi, iaitu Melaka dan Georgetown telah diiktiraf dan disenaraikan sebagai Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization – UNESCO). Sebelum itu, pada tahun 2002 UNESCO mengiktiraf Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di Sarawak sebagai Warisan Semula Jadi Dunia. Pengiktirafan ini tentu sahaja membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. Empat warisan yang disenaraikan oleh UNESCO ini termasuk dalam jumlah 878 senarai Warisan Dunia yang merangkumi kebudayaan, alam semula jadi dan ciri bercampur di 145 buah Negara. Warisan Dunia diiktiraf oleh UNESCO kerana warisan kebudayaan dan warisan semula jadi memberikan faedah yang tidak terhingga kepada manusia dan patut dilindungi serta dikekalkan denga apa-apa cara sekalipun. Bil. Isi-isi Penting / Idea Huraian A. Kepentingan Tapak Warisan Bersejarah Dunia (UNESCO) 1. Mengekal dan menaik taraf tapak warisan bersejarah Memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah. Menjalankan kerja-kerja pengkalan dan pengurusan Memastikan usaha dilakukan untuk bangunan antik agar tidak mudah rosak Contohnya A Farmosa di Melaka, The Stadthuys di Melaka, Georgetown 2. Melambangkan imej negara. Malaysia semakin dikenali di peringkat antarabangsa. Menarik minat pelancong untuk melawat Malaysia. Mendapat pengetahuan tentang sejarah negara kita. 3. Sumber pendapatan negara. Tapak Warisan Bersejarah Dunia merupakan pengiktirafan berharga terhadap negara kita. Kemasukan para pelancong asing ke Malaysia sebagai salah satu sumber pendapatan negara. Memajukan ekonomi negara. 4. Sumber rujukan dan penyelidikan Bandaraya ini merupakan bandar ke-8 diwujudkan di Malaysia. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada Georgetown, Pulau Pinang pada 7 Julai 2008. Dijadiakn sumber rujukan dan penyelidikan para sejarahawan B. Usaha Menjadikan tapak warisan lebih terkenal 5. Mengadakan promosi Menguar-uarkan kepada dunia tentang keunikan dan keistimewaan tapak warisan seni. Menggunakan pengiktirafan berharga ini sebagai modal sokongan. Malaysia merupakan tapak warisan bersejarah dunia yang istimewa. 6. Peranan kerajaan Mengenal pasti tapak warisan yang terdapat di setiap negeri di Malaysia. Mewartakan mana-mana tapak warisan yang berpotensi. Memperuntukkan bajet yang mencukupi untuk memulihara dan memelihara tapak warisan. 7. Kesedaran masyarakat. Meningkatlkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan tapak warisan. Menghargai tapak warisan kerana ia mempunyai nilai sejarah yang tidak ternilai. Mengekalkan tapak warisan sebagai asset yang tidak lapuk dan sentiasa diingati. 8. Menggalakkan penyelidikan ilmiah Penyelidikan melibatkan IPT dalam dan luar negara
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 17 SOSIAL DAN BUDAYA (REMAJA/GENERASI MUDA) Soalan: Rekod Jabatan Insolvensi Malaysia sepanjang tahun 2012 sehingga September 2016 menunjukkan 23 peratus kes kebankrapan yang dicatatkan membabitkan golongan Generasi Y. Gaya hidup mewah merupakan salah satu faktor golongan muda kini diistiharkan bankrap. Bincangkan. Pendahuluan : (Format Jawapan 1+4) Golongan Generasi Y hari ini adalah golongan yang paling banyak diistiharkan sebagai muflis. Gaya hidup mewah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan mereka diistiharkan bankrap. Disamping itu ada bebrapa faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku. Bil Idea Huraian Faktor Golongan Muda Bangkrap/ Muflis 1 Gaya hidup mewah (Idea wajib) Ramai daripada golongan muda ini bersikap materialistik dan suka hidup mewah Suka berbelanja mewah- suka memliki barangan mewah seperti memakai pakaian yang berjenama dan telefon pintar yang canggih suka makan di tempat-tempa mewah seperti hotel dan restoran popular suka melancong terutamanya ke luar negara secara berkumpulan Suka berbelanja mewah melebihi kemampuan atau pendapatan 2 Sikap suka berhutang Amalan berhutang sudah menjadi budaya hidup sesetengan golongan muda Sanggup berhutang keliling pinggang demi bermewah-mewah sanggup berhutang untuk membeli barangan mewah Tidak mampu bayar hutang lalu diistiharkan muflis 3 Pengurusan wang yang lemah Terdedah kepada budaya berbelanja melebihi pendapatan Tidak bijak dalam merancang dan menguruskan perbelanjaan mereka Tidak menyimpan wang untuk kegunaan pada masa kecemasan Berbelanja tanpa kawalan Tidak dapat membezakan barang keperluan dengan barang kehendak. 4 Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal Kad kredit mudah diperolehi oleh golongan muda walaupun berpendapatan rendah Penggunaan kad kredit menjadi budaya hidup mereka dan menggalakkan budaya berhutang. Suka menggunakan kad kredit untuk berbelanja berbanding dengan wang tunai Akhirnya mereka terjebak dengan penggunaan kad kredit untuk berbelanja secara berbelebihan Pihak bank mengenakan kadar faedah yang sangat tinggi terhadap pengguna kad kredit. 5 Pendapatan yang rendah Ramai golongan muda berpendapatan rendah - baru keluar bekerja atau tidak berpelajaran tinggi Gaji mereka tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga Terpaksa meminjam wang untuk berbelanja.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 18 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Peribadi Remaja: Pengenalan Menurut ahli psikologi yang terkenal Norm Chomsky, alam remaja merupakan alam transisi daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa. Berlaku perubahan fizikal dan tingkah laku. Remaja cuba membentuk peribadi dan personaliti masing-masing. Peribadi berkait dengan cabaran mengemudikan hidup Terdapat pelbagai faktor yang turut mempengaruhi hal tersebut. Bil Idea Huraian idea Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Peribadi Remaja: 1 Keluarga mempunyai pengaruh yang besar Alam kehidupan remaja bermula dari sebuah keluarga. Ibu bapa mampu mencorakkan anak-anak yang diibaratkan seperti kain putih. Sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia akan dapat membentuk anak-anak yang berperibadi mulia Bertanggungjawab, bersopan dan saling menghormati satu sama lain. Keluarga yang pincang pula akan mempengaruhi remaja dari sudut yang negatif. Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlu menerapkan nilai-nilai positif dalam diri anak- anak Anak-anak akan membesar dengan peribadi mulia 2 Rakan sebaya Lumrah remaja untuk berkawan. Memilih rakan yang boleh dipercayai. Tempat untuk berkongsi masalah dan rahsia. Mudah terikut-ikut akan perlakuan rakan. Jika rakan baik – peribadi remaja juga akan baik. Jika terpilih rakan yang negatif, mereka akan membentuk peribadi yang negatif. Ibu bapa perlu peka akan perubahan pada anak- anak. Sayangkan anak, tangan-tangankan – perlu tahu latar belakang anak-anak mereka 3 Masyarakat Masyarakat yang positif dapat membentuk semangat perpaduan, saling menghormati, Perlakuan masyarakat akan dilihat dan diperhatikan oleh remaja. Jika setiap ahli masyarakat saling bertolak-ansur dan menunjukkan sikap toleransi, remaja akan meniru dan mengamalkannya. Jika sebaliknya, remaja memerhatikan masyarakat sekelilingnya bersikap negatif, maka sikap negatif itulah yang akan menjadi amalan, seterusnya mempengaruhi peribadi remaja itu dan kehidupannya 4 Agama merupakan elemen utama dalam pembentukan peribadi seseorang remaja Agama membimbing setiap orang ke jalan yang benar. Agama memandu insan pada batasan kebenaran. Remaja yang terdidik dengan asuhan agama yang kukuh akan memperlihatkan peribadi murni yang selaras dengan ajaran agama. Ketika ini, kita lihat banyak remaja yang runtuh akhlak dan peribadi disebabkan mereka telah menyimpang jauh daripada ajaran agama masing-masing. 5 Media massa Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri membuat pernyataan menyelar rancangan realiti tv yang berunsur negatif dan pernyataan beliau adalah sesuatu yang berasas. Pada zaman ini, media massa begitu berpengaruh dalam kehidupan remaja. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa purata masa menonton tv dalam kalangan remaja negara ini ialah 40 jam satu minggu. Masa yang begitu panjang sudah pasti mampu mendatangkan kesan kepada remaja. Remaja meniru sesuatu yang kebaratan kerana kebanyakan rancangan yang ditonton remaja pada masa ini lebih menonjolkan budaya yang negatif Kesimpulan Remaja aset penting negara. Perlu usaha secara kolektif untuk membentuk remaja yang positif.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 19 Isu Ledakan Teknologi/ Peranti Teknologi kepada remaja Penggunaan peranti teknologi seperti komputer, komputer riba, permainan video, televisyen, gajet-gajet seperti telefon tangan pintar seperti Blackberry, IPhone, „tablets‟ seperti IPad, Playbook dan Samsung Galaxy Tab telah menjadi kegilaan masyarakat. Selain itu, penggunaan internet dan laman web jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace, Youtube, blog dan lain-lain lagi telah mewujudkan suatu fenomena yang luar biasa terhadap masyarakat di seluruh dunia. Masyarakat Malaysia terutamanya golongan yang menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian telah menjadikan teknologi sebagai suatu keperluan dan bukan lagi kehendak. Penggunaan teknologi bukan sekadar untuk golongan yang sedang belajar atau sudah bekerja, malah menjadi fenomena biasa kepada semua golongan masyarakat terutama para remaja. Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Tmk) Oleh Remaja: Kesan Positif Penggunaan TMK (ICT) Kepada Remaja 1. Kemudahan untuk pembelajaran Teknologi TMK membolehkan golongan remaja meningkatkan ilmu pengetahuan Remaja dapat mengakses maklumat yang berkaitan dengan menggunakan internet Membolehkan pembelajaran secara maya, e-learning dan pendidikan jarak jauh Bahan siber menarik minat dalam pembelajaran Menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke 21 2. Memudahkan Komunikasi/ Perhubungan Remaja boleh berkomunikasi secara maya dengan sesiapa saja dan di mana sahaja. Bertukar-tukar informasi melalui jarak jauh dan dekat Berbincang tentang pelajaran/isu semasa dengan mudah Golongan remaja dapat berhubung dengan dunia luar tanpa sempadan di seluruh dunia Dapat mencari dan menambah kenalan Merapatkan hubungan sillaturahim Medium untuk bersuara 3. Mendapatkan maklumat /ilmu pengetahuan Memudakan pencarian pelbagai maklumat Berita atau kejadian yang berlaku dalam dan luar negara dapat diketahui dengan mudah dan cepat Meluaskan ilmu dalam pelbagai bidang Menjadikan remaja sebagai golongan yang berdaya saing dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran 4. Peluang perniagaan. Golongan muda dapat merebut pelbagai peluang perniagaan atas talian/ e-dagang Golongan muda yang mempunyai modal yang kecil boleh memulakan perniagaan melalui perniagaan atas talian Meluaskan pasaran/promosi dengan membuat iklan di internet Penghantaran pesanan boleh dilakukan hanya dalam beberapa saat melalui email dan katalog jualan juga boleh dihantar kepada pembeli dengan segera untuk pengesahan jualan. Melahirkan usahawan remaja yang berdaya saing dan berkelayakan Sebagai contoh, tudung, t-shirt dan barangan kosmetik dan peralatan teknologi 5. Sumber hiburan Menonton drama atau hiburan secara atas talian Permainan atas talian Menghilangkan stress 1. Memudahkan urusan harian Permohonan atas talian seperti permohonan upu Menyemak keputusan permohonan dengan kadar segera Membuat pembayaran untuk urusan jual beli atas talian
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 20 Penggunaan Gajet Dalam Kalangan Remaja Maksud: Penggunaan perkataan 'gadjet' / 'gajet' yang merujuk komponen/ peranti yang berkaitan dengan peralatan komunikasi seperti telefon pintar, laptop, tablet, televisyen dan seumpamanya. Pengenalan: Teknologi maklumat semakin canggih pada masa kini. Pengeluaran pelbagai gajet telah merubah sebahagian besar aktiviti manusia. Gajet seperti komputer riba, telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan jenama, televisyen dan sebagainya telah memudahkan lagi kehidupan manusia seharian. Faedah penggunaan gajet kepada remaja 1. Maklumat diperoleh dengan mudah Dengan adanya kemudahan Internet, maklumat lebih mudah diteroka dengan menggunakan gajet melalui capaian jalur lebar tanpa batasan waktu. Remaja boleh menggunakan Internet melalui telefon pintar untuk mengakses maklumat dengan cepat dan pantas. 2. Memudahkan Komunikasi/perhubungan. Remaja boleh berkomunikasi secara maya dengan sesiapa saja dan di mana sahaja. Bertukar-tukar informasi melalui jarak jauh dan dekat Berbincang tentang pelajaran/isu semasa dengan mudah Golongan remaja dapat berhubung dengan dunia luar tanpa sempadan di seluruh dunia Dapat mencari dan menambah kenalan Merapatkan hubungan sillaturahim Medium untuk bersuara. 3. Peluang perniagaan Remaja dapat melibatkan diri dalam perniagaan atas talian (online)/ e-dagang. Remaja dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos operasi dengan adanya kemudahan Internet. Golongan muda yang mempunyai modal yang kecil boleh memulakan perniagaan melalui perniagaan atas talian Meluaskan pasaran/promosi dengan membuat iklan di internet 4. Memudahkan kegiatan seharian Segala urusan dapat dilakukan secara atas talian. Permohonan atas talian seperti permohonan upu Menyemak keputusan permohonan kerja dengan kadar segera Membuat pembayaran untuk urusan jual beli atas talian Masa dan tenaga dapat dijimatkan. 5. Sumber hiburan bagi merehatkan minda. Menonton drama atau hiburan secara atas talian Permainan atas talian Dapat menghilangkan stress Kesan negatif penggunaan gajet kepada remaja 1. Mengganggu pembelajaran. Kurang mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus kepada alat teknologi ini. Sebagai contoh, mereka lebih memilih untuk melayari laman sesawang pada setiap masa seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan masa depan mereka 2. Penipuan mudah berlaku Kebanyakan remaja mudah tertipu dengan maklumat yang disebarkan melalui gajet. Sesetengah remaja ditipu melalui pembelian barangan secara talian yang tanpa jaminan. Remaja selalu mendapat maklumat palsu yang menyebabkan mereka mengalami kerugian beribu-ribu ringgit. 3. Kurangnya interaksi sosial Remaja yang taksub kepada gajet akan menghabiskan banyak masa bersendirian. Remaja akan menjadi pasif dan anti-sosial. Mereka kurang keluar dari rumah untuk bersosial. Kesannya hubungan antara ahli keluarga dan jiran terabai.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 21 4. Menjejaskan Kesihatan. Penggunaan gajet terlalu lama akan menjejaskan kesihatan. Hal demikian berlaku kerana remaja taksub kepada gajet sehingga lupa makan atau menjadi malas untuk melakukan aktiviti di luar. Sebagai contohnya bersenam dan beriadah. 1. Mata akan rosak kerana lama tertumpu kepada gajet. 5. Ketagihan Internet Remaja akan menghabiskan masa yang banyak dan bersosial dengan gajet. Masa dan tempat tidak lagi menjadi isu, jika terdapat capaian internet maka ketagihan terhadap permainan mahupun bersosial akan dilakukan. Lama-kelamaan ini akan menjadi rantaian kehidupan dan ketagihan terhadap aktiviti tersebut. Kesimpulannya, kemajuan dalam penghasilan gajet sains dan teknologi perlu dimanfaatkan dengan baik supaya tidak memudaratkan pengguna. Oleh itu, semua pihak harus megawal penggunaan gajet untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara. Penggunaan Telefon Pintar dalam kalangan remaja Maksud: Telepon pintar (Smartphone) adalah telepon bimbit yang memiliki sistem operasi untuk masyarakat, di mana pengguna dengan bebas menambahkan aplikasi, menambah fungsi-fungsi atau mengubah sesuai keinginan pengguna. Dengan kata lain, telepon pintar merupakan komputer mini yang mempunyai kapasiti sebuah telepon. Pengenalan: Kini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja, tidak kira sama ada dari golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet atau telefon pintar ini telah mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka. Namun, adakah penggunaan telefon bimbit ini memberikan kesan yang baik kepada masyarakat terutamanya golongan remaja ? Antara kebaikan telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat memudahkan perhubungan atau berkomunikasi. Sebagai contoh, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, kita juga boleh menggunakan telefon pintar ini untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan pelajaran. Misalnya,rakan-rakan rapat boleh di hubungi dengan segera walaupun kita tidak dapat berada di dalam kelas. Secara tidak langsung,semua perkara penting yang di sampaikan oleh para guru dan pensyarah dapat di ketahui dengan cepat dan mudah serta hubungan dengan rakan-rakan juga akan menjadi erat dan bertambah mesra. Selain itu, telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat. Pada masa kini, penggunaan internet amat penting kepada para pelajar bagi membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau guru masing-masing. Oleh itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon pintar ini, golongan remaja boleh melayari internet dengan menggunakan gajet mereka di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, malah sesuatu maklumat yang diperlukan boleh di akses dengan cepat dan mudah. Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk merehatkan minda. Dengan memiliki telefon pintar, kita dapat mendengar lagu dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa dengan cara memuat turun video kegemaran di laman sesawang dengan pantas. Gajet ini juga mempunyai pelbagai aplikasi permainann yang mengikut gaya masa kini. Aplikasi permainan ini amat disukai oleh golongan remaja bagi mengisi masa lapang mereka atau selepas menyiapkan tugasan mereka. Walaupun, telefon mudah alih ini memberi kebaikan kepada penggunanya, namun keburukannya tetap wujud apabila berlaku penyalahgunaan teknologi ini. Antara keburukan telefon pintar ialah gajet telefon pintar ini boleh mendedahkan remaja kepada laman-laman negatif. Memberi peluang kepada remaja untuk mengakses laman pornografi dan menyebabkan berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa kesan atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling. Tambahan pula penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar akan mendatangkan pembaziran wang. Hal ini kerana terpaksa untuk menambah nilai kos kredit yang tinggi pada setiap bulan yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah. Selain itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini boleh mendatangkan impak yang negatif sekiranya golongan remaja terlalu taksub. Hal ini boleh dilihat apabila ramai di kalangan remaja akan mengabaikan pembelajaran dan kurang mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus kepada alat teknologi ini. Sebagai contoh, mereka lebih memilih untuk melayari laman sesawang pada setiap masa seperti
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 22 Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan masa depan mereka. Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja memberikan seribu satu faedah kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Jika tidak di gunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan fikiran remaja itu sendiri. Sewajarnya, golongan remaja yang merupakan tonggak negara pada masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara sebelum melakukannya bak peribahasa tepuk dada tanya selera. Soalan : Pada masa kini ramai golongan remaja kurang menghayati erti kemerdekaan. Hal ini mesti diatasi supaya generasi hari ini tidak lupa diri bak kata peribahasa “kacang lupakan kulit”. Ulas penyataan ini. (2+3) Pengenalan Golongan remaja yang terdapat di Malaysia pada hari ini lahir selepas kemerdekaan dan dikatakan kurang menghayati erti kemerdekaan, malah ada yang tidak menghargainya langsung. Terdapat keadaan remaja tidak berdiri sewaktu lagu Kebangsaan dinyanyikan. Hal yang membimbangkan ini perlu diatasi. Faktor Golongan Remaja Kurang Menghayati Erti Kemerdekaan 1. Kurang Pengetahuan sejarah Golongan remaja tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak menghayati latar belakang sejarah Mereka hanya mempelajari sejarah tertentu mengikut sukatan pelajaran sistem pendidikan tanpa menghayati sejarah tersebut Juga tidak berminat dengan mata pelajaran Sejarah Pengetahuan tentang sejarah amat lemah Sengaja tidak mahu mempelajari dan menghayati sejarah 2. Sikap suka mengagung-agungkan ideologi Barat. Sikap generasi muda sekarang yang lebih mengagung-agungkan ideologi Barat menyebabkan mereka lebih menitikberatkan hal ini dan mengabaikan perasaan cintakan negara, contohnya ideologi sekularisme. Generasi muda juga kurang ditekankan tentang semangat nasionalisme di sekolah kerana sistem pendidikan di negara yang beroreantasikan peperiksaan. Genarasi muda perlu menghabiskan masa dengan menelaaah buku-buku akademik daripada memikirkan soal nasionalisme contoh peperiksaan SPM, SPTM dan peperiksaan di Universiti-universiti. 3. Hidup dalam zaman kemewahan Remaja pada hari ini hidup dalam negara yang sudah mewah Hanya memikirkan cara mendapat dan mengekalkan kemewahan Tidak pernah hidup dalam zaman kesusahan seperti melarikan diri dalam keadaan peperangan, catuan makanan, nyawa di hujung senjata dan sebagainya Apabila lahir,mereka sudah mendapati kemudahan sudah tersedia 4. Tidak menghargai jasa perjuang Remaja sengaja tidak mahu menghargai sumbangan pemimpin yang terdahulu yang sanggup menggadai nyawa untuk memperoleh kebebasan daripada kesukaran Tidak memikirkan bagaimana proses kemewahan berlaku Tidak memikirkan sumbangan pasukan pertahanan yang menjaga kedaulatan Negara Tidak pernah menghargai susah payah tokoh pejuang menentang penjajah Inggeris seperti Dato’ Bahaman, Dr. Burhanudin Helmi dan Rosli Dhobi 5. Pengaruh pemikiran politik Remaja di institusi pengajian tinggi terlalu pengaruh dengan aliran politik dari luar Remaja terikut dengan konsep demokrasi tetapi tidak bersantun Tindakan keterlaluan bagi mencapai tujuan melahirkan demokrasi Membangkitkan isu-isu yang sensitif dan tidak bersesuaian 6. Kurangnya pendidikan agama dan moral Sanggup melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan imej negara Terlalu terikut dengan hiburan dan keseronokan semata-mata Pendidikan agama menuntut rakyatnya supaya berbangga dan menyayangi negara Terdapat remaja yang memburuk-burukkan negara melalui laman web atau blog tertentu
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 23 Langkah Meningkatkan Pemahaman Erti Kemerdekaan Kepada Remaja: 1. Program peningkatan kesedaran awam. Contoh Kempen penghayatan erti kemerdekaan Pihak kerajaan seperti Jabatan Perpaduan Negara, Persatuan Sejarah Malaysia, Muzium Negara dan muzium negeri boleh mengadakan pameran dari masa ke semasa bagi menarik generasi muda meminati dan mengetahui sejarah. Pameran perlu disertai dengan pertandingan dan hadiah menarik supaya dapat penyertaan yang besar dari generasi muda. Kempen penghayatan dilakukan di seluruh Malaysia boleh membangkitkan semangat penghayatan terhadap kemerdekaan tanah air Kempen ini sepatutnya dijalankan diseluruh ceruk rantau negara kita melibatkan semua generasi muda, contohnya penglibatan generasi muda dalam Program Hari Belia Negara perlu dilaksanakan di semua peringkat sama ada daerah, negeri dan peringkat negara Badan penyiaran seperti TV3 dan RTM perlu menyiarkan dokumentari yang berkaitan 2. Memperkasa Penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan undang-undang merupakan langkah akhir yang terpaksa diambil untuk mendisiplinkan remaja Apabila remaja membuat tindakan yang boleh mengancam keselamatan Negara maka tindakan undangundang seperti mengenakan hukuman penjara atau denda boleh dikenakan Selain itu, tujuannya adalah untuk mengekang golongan dewasa memperalatkan golongan remaja ini bagi memenuhi agenda tertentu Penguatkuasaan undang-undang melalui Akta Suruhanjaya Komunikasi, Akta Hasutan boleh digunakan 3. Pendidikan melalui teladan Ibu bapa perlulah memberikan contoh teladan yang baik kepada anak-anak Ibu bapa perlu memberikan ilmu pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan Misalnya, mengibarkan bendera pada hari-hari tertentu seperti Hari Pahlawan, sambutan hari kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia Ibu bapa membawa anak ke sambutan hari kemerdekaan 4. Melalui pembelajaran formal di sekolah Di peringkat Menengah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah adalah diwajibkan Pelaksanaan Kerja Penilaian Berasaskan Sekolah boleh dilaksanakan ke arah penghayatan erti kemerdekaan Dalam pembelajaran di peringkat prauniversiti dan di university perlu didedahkan dengan pembelajaran kenegaraan Malaysia 5. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Setiap remaja yang terpilih diwajibkan menyertai Program Latihan Khidmat Negara Antara inti pati program PLKN adalah untuk membentuk jati diri remaja yang berbangga menjadi warganegara di tanah air yang tercinta ini Remaja akan didedahkan tentang sejarah,kenegaraan dan semangat cintakan Negara Kesimpulan Remaja yang mengenal erti kemerdekaan akan menghargai jasa perjuangan tokoh-tokoh sejarah yang sanggup berjuang menentang penjajah demi kemakmuran hidup anak cucu kemudian hati. Oleh itu, amat wajar golongan remaja menghargai kemakmuran dan mempertahankan kedaulatan Negara dengan sepenuh hati Format jawapan:2+3/3+2
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 24 Soalan: Kekuatan pegangan moral dan agama menentukan penglibatan remaja dalam kegiatan sosial yang tidak sihat. Dalam aspek yang lain, kemajuan pesat sangat ditekankan dalam proses pembangunan negara. Kegagalan untuk menyeimbangkan pembangunan material dengan pembangunan rohani akan menyebabkan masalah sosial terus berlaku. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja. Pengenalan Ketandusan pegangan moral dan agama menyebabkan remaja terlibat dalam masalah sosial Ketidakseimbangan pegangan moral dengan kemajuan pembangunan memberi kesan negatif kepada perkembangan fizikal dan rohani remaja Penyelesaian diperlukan untuk melahirkan generasi muda Malaysia yang maju dan mempunyai sahsiah terpuji Bil Idea Huraian idea Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Masalah Keruntuhan Moral Dalam Kalangan Remaja 1 Mempraktikkan kandungan mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam Penerapan nilai-nilai murni untuk membentuk tingkah laku yang baik Akhlak yang baik menjamin disiplin seseorang Menekankan pengajaran berbentuk praktikal dan bukan secara teori - supaya lebih berkesan 2 Ibu bapa mengawal tingkah laku anak- anak Walaupun sibuk bekerja ibu bapa tidak mengabaikan anak-anak Pantau kegiatan anak-anak di rumah dan di luar Anak-anak berasa diri disayangi Memberi sokongan anak-anak menyertai aktiviti yang berfaedah Membantu anak-anak menyelesaikan masalah 3 Kawalan tempat-tempat hiburan Pusat hiburan sebagai sarang keruntuhan akhlak Kawalan remaja bawah umur daripada mengunjungi pusat hiburan Operasi membanteras penjualan pil ekstasi atau jenis dadah lain di pusat hiburan Mengalihkan perhatian remaja dari pusat hiburan kepada program positif; program Rakan Muda 4 lnstitusi pendidikan / sekolah sering memantau tingkah laku pelajar Guru perlu diberi kuasa yang lebih untuk menangani masalah disiplin pelajar Guru tingkatan memahami tingkah laku dan masalah pelajar dalam kelasnya Guru kaunseling bersedia memberi bimbingan dan panduan ( hala tuju) Penekanan seimbang ; pelajar cemerlang – bukan tumpuan akademik sematamata 5 Media massa berperanan sebagai saluran maklumat positif Maklumat yang diterima memberi impak besar; positif atau negatif Menyiarkan lebih banyak rancangan berbentuk ilmiah / pembangunan rohani Membuat tapisan rancangan; kesesuaian dengan norrna ketimuran Menetapkan masa tayangan yang sesuai dangan tahap umur / golongan penonton 6 Peranan kerajaan dan NGO Meningkatkan jati diri remaja rnelalui PLKN, Rakan Muda Menganjurkan program khidmat masyarakat dan kem motivasi - Kelab Rotary, Kelab Sahabat Alam Malaysia 7 Peranan masyarakat Memberi teguran dan melaporkan sekiranya berlaku kegiatan tidak bermoral Mengamalkan semangat kejiranan dan prihatin
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 25 Soalan: Banyak masalah yang melibatkan golongan remaja masa kini berlaku disebabkan pelbagai faktor dalaman. Hal ini mengundang banyak kesan negatif. Huraikan pernyataan ini. Pengenalan Kebelakangan ini banyak pendedahan yang bersifat negatif yang dilakukan oleh golongan remaja. Antaranya merempit, berpelesiran, menganggur dan seumpamanya Bil ISI HURAIAN Faktor Dalaman Yang Menyebabkan Remaja Bermasalah 1. Kurang Pengetahuan agama dan nilai moral Agama petunjuk kepada perbuatan baik Tidak mengetahui kesalahan sesuatu tindakan Tidak mahu mengamalkan Menganggap petunjuk agama sebagai menyusahkan atau menyulitkan 2. Mengejar keseronokan Remaja mengutamakan keseronokan Mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru Enggan terkongkong 3. Kemiskinan Remaja yang miskin perlukan wang untuk menyara kehidupan sendiri Keinginan untuk memiliki sesuatu keperluan secara mudah tanpa keupayaan telah menyebabkan mereka melakukan jenayah seperti meragut 4. Taraf pendidikan rendah Sukar memperoleh pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan Tercicir dalam pelajaran akan mudah menyebabkan mereka terlibat dengan jenayah. 5 Masalah keluarga Menjadi pemangkin kepada masalah di luar rumah Pergolakan dalam rumah tangga akan menganggu ketenteraman jiwa anak - anak remaja Remaja mungkin akan melarikan diri untuk mencari ketenangan bersama rakan Tindakan melarikan diri tanpa arah tujuan bakal mengundang banyak masalah Kesan Negatif Remaja Bermasalah 6 Peningkatan indeks jenayah Indeks jenayah negara akan meningkat Menambahkan bebanan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini Rakyat dan negara terpaksa berhadapan denagn pelbagai masalah Meningkatkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat 7 Wujud generasi yang lemah Remaja menjadi generasi yang lemah. Kekuatan dan kecerdasan remaja tidak menyumbang kepada negara Remaja tidak mempunyai jati diri yang tinggi Remaja tidak mampu berfikir dengan matang Remaja tidak dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan negara 8 Menjejaskan imej negara Memberi gambaran yang negatif terhadap remaja dan pihak kerajaan Pandangan yang negatif dalam kaca mata masyarakat antarabangsa bahawa generasi negara sangat lemah dan tidak produktif. Tidak menggalakkan kedatangan pelabur dan pelancong asing 9 Menjejaskan kedaulatan negara Remaja yang bermasalah apabila terlibat dengan tingkah laku negatif, tidak mempunyai jati diri Tidak berkeupayaan untuk membantu orang lain atau negara kerana hanya mengutamakan kepentingan diri Sukar bagi mereka untuk mempertahankan kedaulatan dan undang - undang negara kerana mereka sering melakukan kesalahan
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 26 Soalan: Sikap terlalu memilih pekerjaan merupakan antara faktor berlakunya pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini. Ulaskan. Pengenalan Isu siswazah menganggur merupakan salah satu isu nasional yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Terdapat beberapa faktor wujudnya masalah ini. IDEA HURAIAN Faktor Siswazah Menggangur 1 Sikap terlalu memilih pekerjaan Memilih pekerjaan mengikut kelulusan bukan bidang mereka semasa belajar di universiti. Tidak bersedia untuk bekerja di luar bidang untuk menimba pengalaman Mereka lebih suka tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan daripada bekerja bukan dalam bidang mereka. Wujud sikap’ lebih baik menganggur selagi tidak jumpa kerja yang sesuai’ 2 Tiada personaliti/ karakter yang menarik Tidak menguasai kemahiran insaniah (soft skills) Pencapaian akademik baik tetapi lemah dalam kemahiran insaniah yang diperlukan. Tidak menunjukkan keyakinan diri semasa temuduga atau kurang daya ketrampilan Majoriti majikan tertarik dengan personaliti pemohon ketika hadir ke sesi temu duga. karakter diri yang menarik akan menyerlahkan pesona dalam diri 3 kelulusan tidak sesuai dengan permintaan dalam pasaran kerja Tidak menepati dengan keperluan pasaran kerja semasa kelulusan mereka tidak sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan Graduan yang mempunyai kelulusan yang tidak boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lebih lama Ditambah, persaingan hebat dalam kalangan graduan untuk mencari pekerjaan Terdapat lambakan penawaran bidang-bidang tertentu dalam masa-masa tertentu 4 Masalah ekonomi Banyak syarikat yang ditutup atau membuang pekerjanya- hilang sumber pendapatan tidak mengambil pekerja baru – menutup peluang pencari kerja baru 5 Majikan mengutamakan pengalaman kerja siswazah baru sukar diambil bekerja majikan tidak mahu menanggung kos untuk latihan pekerja baru 6 Lemah dalam berkomunikasi Tidak menguasai Bahasa kedua Tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Pengusaan lebih daripada satu Bahasa merupakan satu kelebihan terutama sektor swasta. Persaingan dengan siswazah university swasta yang lebih baik tahap penguasaan Bahasa inggeris
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 27 Soalan: Tahap kesedaran masyarakat di negara ini untuk menyediakan kemudahan awam yang selesa bagi kegunaan golongan kurang upaya (OKU) masih kurang. Bincangkan penyataan di atas. Pengenalan Kesedaran orang ramai tentang keperluan kemudahan awam OKU masih kurang Kemudahan yang disediakan kurang sesuai BIL IDEA HURAIAN Sebab Tahap Kesedaran Masyarakat Kurang untuk OKU 1. Mengutamakan keunikan reka bentuk Kebanyakan bangunan tidak ada laluan kerusi roda Terminal pengangkutan awam tidak mengutamakan keselesaan OKU Tempat letak kereta dan tandas OKU kurang disediakan 2. Lebih menitikberatkan nilai komersil Menitikberatkan nilai komersial berbanding kebajikan OKU Pasar raya bertangga dan bertingkat menyukarkan OKU Kebanyakan tandas awam tidak sesuai dan tiada kemudahan utk OKU Kurang kaunter perkhidmatan khas untuk OKU Ruang kaki lima yang sempit menyukarkan laluan kerusi roda Premis perniagaan lebih menekankan keuntungan 3. Masyarakat bersifat individualistik Tiada kesedaran dan sifat empati terhadap OKU Kebajikan OKU tidak dijaga dan tidak diambil peduli. Tidak mempedulikan golongan yang tidak mampu dan hanya mementingkan keselesaan sendiri. 4. Kurang terdedah dengan keperluan dan hak OKU Masyarakat tidak sedar peranan OKU Mereka ada hak seperti masyarakat biasa dalam penggunaan kemudahan Mereka memerlukan perhatian khas 5. OKU dianggap beban / bermasalah Tidak boleh memberi sumbangan Dianggap golongan lemah dan tidak penting Kurang membantu; hanya perlu berada dipusat-pusat jagaan / di rumah Kurang berada dalam khalayak ramai 6. Kekurangan agensi yang membela nasib OKU Hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat semata-mata Peranan agensi yang mewakili OKU kurang berfungsi dan tidak menyeluruh - tertumpu di kawasan bandar-bandar utama sahaja 7. Kos yang tinggi Menyediakan kemudahan khas untuk OKU lebih tinggi kosnya berbanding menyediakan kemudahan awam Tandas dan laluan khas OKU memerlukan ruang yang lebih besar Syarikat pengangkutan awam tidak berminat menyediakan kemudahan untuk OKU kerana kos yang tinggi Kesimpulan OKU perlukan perhatian Memudahkan kehidupan harian Menyertai ahli masyarakat lain menyumbangkan tenaga kepada negara Menikmati faedah daripada pembangunan negara
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 28 Soalan: Bagi memastikan golongan orang kelainan upaya (OKU) menjalani kehidupan harian seperti rakyat biasa di negara ini, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan. Jelaskan. 1. Meningkatkan kesedaran dan keyakinan kepada golongan OKU Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif golongan OKU menerusi programprogram yang berkesan Mewujudkan program pemulihan baru selaras dengan perkembangan semasa agar golongan ini tidak ketinggalan dengan arus semasa 2. Menyediakan kemudahan khusus kepada golongan OKU Penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-free), penggunaan peralatan termasuk kemudahan didalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruangan awam. Meningkatkan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan disemua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat Pelbagai bantuan alatan palsu di berikan kepada golongan OKU seperti anggota tiruan, tongkat, kerusi roda, alat pendengaran dan lain-lain. 3. Membuka peluang pekerjaan yang banyak. Membuka peluang pekerjaan yang banyak dan menggalakkan pengajian OKU dalam semua sektor pekerjaan Menggalakkan OKU bekerja sendiri dan berdikari Penempatan kerja oleh kerajaan membantu OKU menapatkan kerja di semua sektor. 4. Memberikan insentif kepada golongan OKU Mewujudkan pelbagai skim bagi membantu menempatkan OKU dalam bidang pekerjaan Menyediakan elaun pekerja cacat dan bantuan OKU yang tidak bekerja dan berpendapatan rendah. Skim bantuan pelancaran membantu OKU yang ketiadaan modal untuk menjalankan perniagaan kecil. Melatih OKU yang berpotensi dengan membekalkan mesin atau alatan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka bekerja dari rumah. 5. Menyediakan Perkhidmatan sokongan Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan sokongan kepada OKU Meningkatkan kemudahan dan menggalakkanpenyertaan OKU dalam aktiviti sosial Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuian dengan keperluan OKU 6. Mengubah persepsi masyarakat terhadap OKU Pandangan negatif masyarakat terhadap golongan OKU perlulah diubah Mengambil kira sumbangan golongan kurang upaya dalam setiap program 7. Meluaskan peluang pendidikan kepada OKU Pendidikan untuk OKU menjadi keutamaan kerajaan Menyediakan pembelajaran berbeza dengan pelajar normal walaupun silibus pembelajaran sama. Pihak Institusi Pendidikan Tinggi mengadakan program pendidikan yang berfokus kepada pendidikan khas bagi melatih OKU. Menambah peruntukan untuk pendidikan khas bagi melaksanakan modul latihan dan silibus khas serta penambahan penubuhan sekolah pendidikan khas. 8. Melalui dasar-dasar kerajaan Wang perubatan dan derma untuk kebajikan golongan ini diberi pengecualian cukai Menggalakkan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil berat tentang kebajikan golongan kurang upaya Mewajibkan sektor swasta menyediakan kaunter, kemudahan lif, tandas khas untuk golongan kurang upaya.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 29 Cabaran yang dihadapi oleh OKU 1. Kurang Sokongan Majikan Majikan mempunyai tanggapan yg negatif terhadap OKU Tanggapan tidak boleh berdikari dan perlu bantuan dan sokongan orang lain untuk membuat kerja OKU dianggap kurang produktif kerana kecacatan mereka Mempunyai masalah pergerakan dan tindak balas yang lambat akan menghalang proses kerja mereka. Hal ini merugikan syarikat 2. Persepsi masyarakat yang negatif Masyarakat mempunyai tanggapan yang tidak baik terhadap golongan OKU Mereka dianggap tidak dapat bekerjasama dengan golongan normal Mereka beranggapan golongan OKU sebagai beban masyarakat golongan OKU sebagai mereka yang tidak upaya dan dipandang hina Mereka dipandang rendah oleh golongan normal hingga ada dalam kalangan mereka wujud perasaan rendah diri. 3. Perlindungan ahli keluarga yang keterlaluan Ahli kerluarga OKU yang terlalu mengongkong, terlalu prihatin dan tidak yakin OKU akann dapat berdikari atau bekerja Mengurus OKU tanpa mengajar mereka berdikari sendiri Ahli keluarga kurang yakin majikan dan masyarakat dapat menerima OKU seperti pekerja normal Golongan kaya tidak menghantar OKU bekerja tetapi memberi kemahiran menguruskan hidup seperti orang normal 4. Kekurangan maklumat, sokongan dan khidmat masyarakat Akses maklumat yang tidak seimbang dan saksama antara OKU dengan manusia normal OKU sukar mendapatkan maklumat secara langsung daripada sumber media berkaitan latihan kemahiran, pekerjaan dan peluang ekonomi Di pusat penjagaan atau badan amal kurang disediakan khidmat nasihat daripada kaunselor untuk mendapat pandangan, motivasi dan sokongan untuk berjaya. 5. Sokongan dasar dan perundangan Pihak berkuasa kurang menetapkan status OKU dari aspek kewajipan majikan atau pejabat kerajaan mengambil OKU sebagai pekerja produktif. Kebanyakkannya melibatkan pekerjaan yang kurang produktif kerana majikan swasta kurang yakin dengan kemampuan OKU Sektor awam pula agak terhad menawarkan pekerjaan produktif kepada golongan OKU Dasar dan perundangan yang dapat membela nasib OKU perlu digubal dan dikuatkuasakan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan OKU dalam pembangunan negara. Kesimpulannya Masalah golongan OKU mesti ditangani secara bersama, bersepadu dan professional. Kerajaan memperuntukkan dana yang banyak untuk meningkatkan taraf hidup OKU dan pihak swasta juga perlu menghulurkan bantuan. golongan OKU sebagai mereka yang cekal dan bantuan patut diberikan demi kemanusiaan
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 30 Usaha Pelbagai Pihak Untuk Membantu Golongan OKU Soalan: Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini? Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini menghalang mereka daripada melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi, pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kelainan upaya secara kekal dan kelainan upaya secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada, masyarakat kelainan upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi sumbangan kepada negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU meneruskan kehidupan dengan sempurna. Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini demikian kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Tiada insan yang mahu dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna justeru golongan Kelainan Upaya (OKU) haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di dalam kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati, belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati. Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan penting dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali memaparkan kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini, perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan terbela dan mendapat simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka. Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang. Golongan Kelainan Upaya (OKU) diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini, OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri. Setelah mantap dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga. Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit, makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban OKU malah dapat menggembirakan hati mereka dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha memberi bantuan modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 31 Dengan memberikan bantuan modal. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan itu, pihak kerajaan mestilah mengambil tindakan segera melalui Kementeriannya agar minat OKU dalam bidang ini dapat dikembangkan dari masa ke masa. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia ke-9 kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 22 juta melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Semua OKU yang berminat boleh membuat permohonan dan perlu mendapat sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anakanak mereka. Sehubungan dengan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kuota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu. Di samping itu, pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih semasa mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu bersikap adil kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja. Kita harus memuji Pasaraya Besar Carrefour telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya adalah OKU menjelang tahun 2010 nanti iaitu berjumlah kira-kira 200 orang. Oleh itu, peluang pekerjaan haruslah dibuka kepada OKU untuk membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka. Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sungguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 32 Soalan: Belakangan ini, golongan wanita dilihat mempunyai potensi untuk diketengahkan dalam masyarakat. Walau bagaimana pun, masih terdapat cabaran yang dihadapi oleh mereka. Ulaskan pernyataan tersebut. Pendahuluan: Kerajaan telah berusaha memberi lebih banyak peluang kepada golongan wanita untuk berjaya. Namun demikian, kaum wanita perlu berani menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang BIL IDEA HURAIAN Potensi Wanita 1 Berpendidikan Ramai wanita malaysia mempunyai kelayakan & pendidikan tinggi Kelulusan dari universiti tempatan atau luar negara dlm pelbagai bidang Ramai yg terlibat dlm perkhidmatan awam & swasta Ramai yg berjaya dlm kerjaya & kehidupan Berpengetahuan luas 2. Berkemahiran Mahir dlm pelbagai bidang termasuk yg banyak dipelopori Kaum lelali seperti bidang perniagaan, kejuruteraan & Mengendalikan pesawat. Mempunyai kreativiti & inovasi utk bersaing 3. Sikap profesional Berkebolehan dlm bidang pentadbiran & pengurusan seperti Membuat keputusan dlm politik & pentadbiran negara Ramai yg dilantik menjawat jawatan tertinggi negara Berintegriti & komited dlm pentadbiran & pengurusan 4. Mempunyai nilai kesantunan Bersifat lemah lembut berjiwa keibuan Membentuk sahsiah murid jika menjadi guru Membantu penyembuhan pesakit jika menjadi doktor atau jururawat 5. Lebih banyak masa bersama keluarga Berperanan penting mendidik & membesarkan anak-anak Sebagai pengurus keluarga & rumah tangga Inspirasi kpd pembinaan masyarakat penyayang Cabaran Yang Dihadapi wanita 6 Diskriminasi gender Masih ada majikan yg enggan menerima wanita dlm organisasi Wanita tertekan & disisih dlm kerjaya Sukar diberi kenaikan pangkat 7 Eksploitasi gender Utk pelbagai tujuan seperti diperdagangkan utk aktiviti pelacuran Dijadikan ikon iklan utk mencari pendapatan & populariti 8 Eksploitasi jenayah Dijadikan objek seks oleh sindiket Dijadikan keldai dadah Diabaikan oleh keluarga Penderaan rumahtangga Kesimpulan: Setiap wanita perlu meningkatkan pengetahuan & kemahiran utk bersaing di peringkat yg lebih tinggi, di samping menjaga maruah & harga diri
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 33 Soalan: Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk membantu kaum wanita dalam menghadapi cabaran pada zaman alaf baru. Jelaskan langkah-langkah tersebut secara terperinci. Skema jawapan: ( 4 + 0 ) 1. Langkah-langkah terperinci yang telah dilaksanakan pelbagai pihak untuk membantu kaum wanita menghadapi cabaran zaman alaf baru. Bil Isi Huraian Langkah-Langkah Oleh Pelbagai Pihak 1 Penggubalan undangundang sivil dan syariah Undang-undang sivil dan jenayah dan Undang-undang syariah dibentuk bagi melindungi hak-hak wanita. Kelulusan Akta Keganasan Rumah tangga 1994 dapat melindungi mangsa keganasan. melindungi hak-hak wanita dan isteri daripada sebarang bentuk penganiayaan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditubuhkan bagi memberikan perhatian kepada wanita supaya mereka tidak teraniaya. 2 Penerimaan wanita dalam sistem pendidikan negara Wanita telah diterima masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi mengikut kelayakan yang sama seperti lelaki. Tidak ada lagi kuota yang mengehadkan kemasukan pelajar wanita ke institut pengajian tinggi 3 Peranan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) menggesa kerajaan agar melaksanakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah yang menganiayai wanita seperti yang dilakukan “Sister of Islam “. NGO juga telah menggesa lebih banyak pusat kemahiran didirikan untuk membantu wanita terutama wanita di luar bandar untuk memberi peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan keluarga 4. Dasar kerajaan dalam meningkatkan kehidupan dan taraf kaum wanita di Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan tugas-tugas untuk membantu masyarakat di Malaysia Kerajaan membantu kaum wanita melalui Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA). Menggalakkan wanita melibatkan diri dalam Majlis Penasihat Kebangsaan tentang Integrasi Wanita dalam Pembangunan Wanita (NACIWID). Membantu wanita mendapat nasihat kewangan teknikal daripada pertubuhan NGO seperti Perkumpulan Wanita (WI) dan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI). 5 Dasar Wanita Negara diwujudkan untuk membuktikan kaum wanita berpotensi bersama-sama dengan kaum lelaki dalam memajukan negara. Dasar ini dapat memastikan penyertaan wanita dalam pembangunan negara tidak terabai apabila dasar ini diamalkan Pada tahun 1985, Kerajaan Malaysia telah menyiapkan sebuah Dasar Kebangsaan untuk Wanita sebagai panduan bagi penglibatan para wanita di dalam proses pembangunan. Dasar tersebut boleh membantu meningkatkan taraf kehidupan wanita dengan menangani cabaran-cabaran melalui pendidikan dan penghapusan kemiskinan Status wanita telah menjadi objektif utama Rancangan Malaysia ke-6 (1991 – 1995), di mana sebuah dana khas disediakan untuk perkembangan wanita dan telah menjadi satu langkah yang penting di dalam menuju ke arah keperkasaan wanita-wanita di Malaysia.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 34 Rancangan-rancangan Malaysia seterusnya masih memberi perhatian kepada keperluan-keperluan wanita dengan cadangan untuk memajukan status mereka di dalam masyarakat Dengan menyetujui pendapat-pendapat yang telah ditetapkan terlebih dahulu semasa Platform Beijing untuk Tindakan di Persidangan Sedunia PBB untuk Wanita yang Ke-Empat (1995), 6. Mengubah persepsi masyarakat Mengubah pemikiran kolot masyarakat dan anjakan paradigma ibu bapa dan keluarga Masyarakat sering menganggap wanita lebih menyusahkan dan tidak harus diberi muka. Anak-anak perempuan dikatakan akan memberi malu kepada keluarga jika terlibat dengan gejala sosial. Sebaliknya,anak lelaki mendapat tempat istimewa dalam keluarga Ibu bapa harus faham bahawa anak perempuan juga mampu berkhidmat kepada keluarga. Ibu bapa tidak wajar mengabaikan peluang belajar anak-anak perempuan kerana mereka juga akan menyumbang kepada pembangunan negara. 7. Dasar Warga Tua kebangsaan ditakrifkan kepada masyarakat Malaysia berumur 60 tahun.menekankan aspek penjagaan dan bantuan kepada warga tua supaya mereka hidup sejahtera, bermaruah,mengoptimumkan potensi diri mereka Bil Isi Huraian Peranan Wanita Dalam Membendung Masalah Sosial 1 Wanita memainkan peranan sebagai ibu Anak memerlukan kasih sayang, kawalan, teguran dan bimbingan ibu Ibu memang penting untuk membentuk sahsiah anak-anaknya Ibu memiliki sifat-sifat mulia kewanitaan Dengan itu, anak-anak mudah dibimbing ke jalan benar Ibu yang bekerja mungkin menyebabkan anaknya terabai 2 Berperanan menjamin keutuhan keluarga Ibu sepenuh masa dapat menjamin keutuhan keluarga. Ibu yang bekerja di luar mungkin menyebabkan keluarga kucarkacir Mereka tidak dapat menguruskan rumah tangga dengan sempurna Hubungan keluarga mungkin menjadi renggang dan rapuh Jadi, peranan ibu dalam keluarga amat penting 3 Ibu bekerja membantu ekonomi keluarga Masalah sosial juga berpunca daripada kemiskinan Jadi, kedudukan kewangan keluarga juga harus memuaskan Ibu perlu membantu jika timbul masalah kewangan dalam keluarga Ibu boleh keluar bekerja jika terdesak 4 Wanita juga penting dalam pembangunan keluarga Jawatan guru dan jururawat memerlukan kesabaran, kemesraan dan sifat lemah lembut Sifat-sifat ini dimiliki wanita Sektor perkilangan juga memerlukan pekerja yang banyak Kaum wanita dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. 5 Sumbangan wanita dalam bidang politik negara juga penting Kebolehan wanita dalam bidang ini telah diakui Wanita dapat memerintah negara dengan adil dan saksama Pemimpin wanita dunia juga ramai dan terkenal. Dunia juga mengiktiraf pemimpin wanita. Contoh: Margaret Thatcher (PM Britain), Benazir Bhutto (PM Pakistan), Cory Aquino ( Filipina) dan Indira Ghandi (PM India) dan baru-baru ini PM Thailand.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 35 Peranan Wanita Alaf Baru: 1. Wanita terlibat dalam pasaran tenaga kerja (pembangunan negara) Peluang pekerjaan yang baik dan tahap pendidikan yang tinggi melayakkan wanita mengisi jawatan-jawatan dengan ganjaran pendapatan yang lumayan. Kebolehan wanita dalam bidang politik juga semakin berkembang. Wanita dapat memerintah negara dengan adil. Ramai pemimpin wanita dunia. Di Malaysia, ada wanita memegang jawatan menteri. 2. Wanita memainkan peranan penting sebagai ibu Suri rumah tangga bertanggungjawab untuk menjaga dan memastikan kebahagiaan rumah tangga dengan melaksanakan amanah yang diberi oleh suami. Anak-anak memerlukan belaian dan asuhan seorang ibu bagi memastikan pembangunan sahsiah mereka. Ibu sangat penting dalam membentuk sahsiah anak2. Ibu memiliki sifat2 mulia kewanitaan. 3. Wanita mendukung tanggungjawab mencari rezeki. Wanita, Ibu tunggal dan anak-anak perempuan juga bertanggungjawab mencari rezeki untuk seisi keluarga. Ibu tunggal pula tidak mempunyai sesiapa yang dapat melainkan terpaksa keluarga bekerja. 4. Wanita membina kerjaya yang dahulunya dimonopoli oleh kaum lelaki. Kaum wanita kini bersaing dengan kaum lelaki untuk merebut jawatan-jawatan atau kerjaya yang dahulunya dimonopoli oleh kaum lelaki. Sifat tekun dan gigih wanita telah berjaya meletakkan mereka lebih banyak berbanding dengan kaum lelaki di institusi-institusi pengajian tinggi. 5. Wanita membangunkan negara (pembangunan negara) Dengan jumlah yang hampir sama dengan lelaki, wanita kini mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang luas untuk membangunkan negara. Idea-idea dan pandangan mereka diperlukan untuk kepentingan negara. Jawatan guru dan jururawat memerlukan kesabaran, kemesraan, dan sifat lemah lembut. Sifat ini dimiliki wanita. Sektor perkilangan juga memerlukan pekerja wanita. Ini dapat mengatasi kekurangan tenaga kerja. 6. Wanita membantu dengan melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia dan berguna kepada negara Pembentukan sahsiah anak-anak bermula dari rumah. Pada asasanya hanya wanita yang bergelar ibu bijak mendidik anak pada alaf baru. Masalah Yang Dihadapi Oleh Wanita Berkerjaya 1.Diskriminasi sering menyekat wanita untuk berjaya dalam kerjaya mereka. Mereka sering dinafikan hak untuk menerima kemudahan dan kenaikan pangkat dengan alasan yang tidak munasabah. 2.Sifat semula jadi membatasi kebolehan mereka untuk bersaing. Sifat mudah emosioal dan tidak tahan akan tekanan menyebabkan kerjaya mereka terganggu. 3.Kekuatan fizikal wanita jauh lebih lemah daripada lelaki dan ada kalanya tidak sesuai dengan kerjaya tertentu yang melibatkan tenaga fizikal seperti tentera, polis, jurutera awam dan lain-lain. 4.Komitmen terhadap keluarga juga menyebabkan wanita kadangkala menganggu tugas semasa. Keperluan keluarga sepreti makan, minum, pakaian, menyusui anak dan tanggungjawab melayan suami perlu didahului. Wanita terpaksa membahagikan masa untuk menunaikan kedua-dua tanggungjawab tersebut. 5.Tempoh mengandung dan cuti bersalin yang lama menimbulkan masalah kepada pihak majikan. Wanita mengandung tidak mampu melakukan tugas-tugas berat seperti biasa, sebaliknya memaksa majikan mencari kakitangan baru bagi menggantikannya. Tempoh cuti bersalin yang lama juga menimbulkan masalah.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 36 Soalan: Keganasan sering berlaku kepada kaum wanita dan kanak-kanak . Keganasan ini merupakan satu bentuk kerugian kepada masyarakat dan negara Malaysia. Bincangkan. Skema Jawapan : ( 2 + 2 ) 1. Punca keganasan sering berlaku kepada kaum wanita. 2. bentuk kerugian / kesan negatif keganasan kepada masyarakat dan negara. Rangka karangan Keganasan sering berlaku kepada wanita dan kanak-kanak dan merupakan satu bentuk kerugian kepada masyarakat dan negara Malaysia. Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak meliputi kes rogol, penderaan, sumbang mahram dan lain-lain. Statistik polis pada tahun 2000 menunjukkan 2413 kes penderaan dan 1217 kes rogol terhadap isteri dan wanita. Bil Isi Huraian Punca Keganasan Kepada Kaum Wanita 1 Personaliti pendera Personaliti yang ganas, emosional, panas baran perlakuan mendera sebagai hobi menyebabkan berlakunya keganasan kepada wanita. 2 Kemiskinan dan tekanan hidup Faktor kemiskinan dan tekanan hidup juga menyebabkan wanita diganasi. Dlm kebanyakkan kes, mereka dalam golongan ini sering bertindak ganas. Keadaan menjadi lebih gawat apabila pendapatan suami gagal menampung keperluan keluarga. Bilangan anak yang ramai dan isteri yang kerap merungut menjadikan suami tertekan. Kekurangan keperluan hidup mendorong wanita dijadikan alat untuk mendapatkan wang. Terdapat suami yang memaksa isteri menjual maruah semata-mata ingin hidup senang. Ibu bapa yang mempunyai masalah tekanan hidup dan kesempitan kewangan sering bertindak ganas. 3 Kurang didikan agama Kekurangan pengetahuan agama menyebabkan seseorang tidak tahu menilai jasa dan pengorbanan seorang wanita. Isteri wajib dilayan dan dihargai bukan dikasari dan di dusta. Tanpa pengetahuan agama, individu ini beranggapan bahawa tindakan mendera tidak mempunyai kesalahan dan bukan suatu kesalahan yang bersar. 4. Pengaruh media massa dan VCD lucah Pengaruh media massa seperti internet, televisyen, majalah dan filem sering mempamerkan aksi jenayah dan ganas terhadap kaum wanita. Video Cakera Padat (VCD) ganas mudah didapati telah mendorong kepada jenayah seks dan penderaan. Semua input ini telah merangsang penontonnya melakukan dera kerana lelaki mudah terdorong melakukan keganasan. Pemikiran masyarakat semakin bercelaru dan rosak apabila menonton rancangan seperti ini. 5 Personaliti mangsa/wanita Menurut pensyarah psikologi Jabatan psikologi UKM, salah satu faktor penderaan ialah sikap wanita yang suka berleter dan menimbulkan kemarahan si suami. Juga terdapat sikap wanita yang terlalu sayang dan takut kehilangan suami, walaupun suaminya suka mendera. Sikap suka mengikut kemahuan suami kerana mereka berasa tidak yakin atau takut hidup sendirian Bimbang suami mereka ditangkap, tiada siapa yang akan memberi nafkah Kebanyakkan mangsa dera memilih untuk berdiam diri Mereka malu kepada masyarakat demi menjaga nama keluarga
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 37 6. Sikap masyarakat Sikap masyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mencampuri urusan orang lain. Sikap tidak ambil peduli masalah jiran telah menyebabkan masalah ini semakin berleluasa. Juga terdapat Konsep perbezaan taraf lelaki dan wanita yang masih wujud dan menebal dalam kalangan masyarakat terutama masyarakat kampung. Wanita mesti mengikut kata suami dan tidak boleh melawan cakap. Masyarakat beranggapan bahawa wnita mesti tunduk kepada kaum lelaki Dalam keluarga, yang bekuasa masih lelaki Peluang pendidikan wanita juga dinafikan Hal ini menyebabkan hak wanita semakin terhakis 7. Penagihan arak, dadah dan judi Individu dalam golongan ini sering hilang pertimbangan dan bertindak ganas terhadap wanita. Pengaruh arak dan dadah yang mengkhayalkan menyebabkan pendera tidak sedar apa yang dia lakukan manakala, sikap suka berjudi memaksa lelaki bergantung wang ringgit daripada wanita dan jika tidak diberi, isteri akan di dera. Kajian Anne Keywarh, 5 % pendera mendera kerana ketagihan arak dan dadah 8 sikap yang diwarisi daripada ibu bapa pendera (pengalaman masa lampau) Keganasan kepada wanita juga berpunca dari sikap ibu bapa. Ibu bapa yang suka mendera telah memyebabkan pendera meniru sikap ibu bapa mereka Kehidupan masa lampau mempengaruhi dan memberi kesan kepada tingkah laku seseorang Pendera mungkin pernah mengalami penderaan atau keganasan Pendera sentiasa mengalami konflik dalaman 9. Sikap cemburu yang keterlaluan Sikap buas dan cemburu lelaki sering menjadikan wanita sebagai mangsa.Sikap cemburu yang keterlaluan akan mendorong lelaki melakukan sesuatu dengan sesuka hati mereka terhadap wanita. Wanita dikongkong dan didera secara fizikal dan mental sematamata kerana cemburu isteri berbual dengan lelaki lain. Isteri yang ingkar akan didera dan dicederakan. KESAN KEGANASAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA 9. Peningkatan kes penceraian dan kemusnahan rumahtangga (kesan individu/ masyarakat) Keganasan kepada wanita selalunya berakhir dengan perpecahan keluarga terutamanya jika wanita terbabit membuat aduan kepada keluarga atau membuat laporan polis. 10 Kesan kecederaan Fizikal kepada mangsa (kesan individu) Lazimnya, 80% keganasan rumahtangga akan menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa seperti lebam-lebam di muka, lengan, kaki dan badan. Ada juga kecederaan yang lebih teruk dialami mangsa seperti luka-luka dan pendarahan 12 Tekanan hidup dan tidak dapat belajar berdikari (kesan individu/ masyarakat) Menurut pensyarah Fakulti Undang-undang UKM, mangsa keganasan akan sentiasa dalam keadaan ketakutan dan hilang keyakinan diri dan tidak dapat berdikari. Mangsa keganasan juaga akan menghadapi tekanan hidup. Didapati 63% hingga 75% yang terlibat dalam keganasan menghadapi tekanan perasaan.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 38 14 Meningkatnya kes jenayah (kesan negara) Keganasan wanita sudah pasti meningkatkan kes jenayah seperti kes rogol telah meningkat daripada satu kes pd tahun 1981 kepada 1005 kes pada 1995. Masyarakat berasa tidak selamat dan sentiasa berjaga-jaga. 15 Kos (kesan negara) Kerajaan terpaksa menanggung kos untuk mewujudkan rumah perlindungan seperti Rumah Perlindungan Bukit Harapan bagi memberi perlindungan kepada wanita yang teraniya. Penubuhan tempat ini ditambah dengan kelengkapan infrastruktur telah menambah beban kerajaan. Konklusinya, Keganasan terhadap wanita berlaku kerana pelbagai sebab. Pihak tertentu seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan NGO perlu lebih prihatin dan komited dengan tugas mereka membela nasib kaum wanita agar hidup mereka ini terbela. LATIHAN 1 – PRAKTIS MENGEMBANGKAN ISI/ HURAIAN KARANGAN SOALAN: Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk membantu kaum wanita dalam menghadapi cabaran pada zaman alaf baru. Jelaskan langkah-langkah tersebut secara terperinci. Skema jawapan: ( 4 + 0 ) Kata kunci soalan: 7. Langkah-langkah terperinci yang telah dilaksanakan pelbagai pihak untuk membantu kaum wanita menghadapi cabaran zaman alaf baru. Bil Isi Huraian LANGKAH-LANGKAH OLEH PELBAGAI PIHAK 1 Undang-undang sivil dan jenayah dan Undang-undang syariah Kelulusan Akta Keganasan Rumah tangga 1994 dapat melindungi mangsa keganasan. Menurut Akta ini pesalah boleh didenda tidak melebihi RM4000 dan penjara tidak lebih setahun. melindungi hak-hak wanita dan isteri daripada sebarang bentuk penganiayaan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditubuhkan bagi memberikan perhatian kepada wanita supaya mereka tidak teraniaya. Melalui undang-undang ini, Kebebasan wanita wajar diakui apabila semakin banyak jawatan penting diperuntukkan kepada wanita. 2 Penerimaan wanita dalam sistem pendidikan negara Wanita telah diterima masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi mengikut kelayakan yang sama seperti lelaki. Tidak ada lagi kuota yang mengehadkan kemasukan pelajar wanita ke institut pengajian tinggi 3 Peranan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) menggesa kerajaan agar melaksanakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah yang menganiayai wanita seperti yang dilakukan “Sister of Islam “. NGO juga telah menggesa lebih banyak pusat kemahiran didirikan untuk membantu wanita terutama wanita di luar bandar untuk memberi peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan keluarga
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 39 4. Dasar kerajaan dalam meningkatkan kehidupan dan taraf kaum wanita di Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan tugas-tugas untuk membantu masyarakat di Malaysia terutama wanita seperti: 1) meningkatkan jentera kebangsaan untuk kemajuan wanita; 2) meningkatkan penglibatan para wanita dalam membuat keputusan; 3) mempertahan serta melindungi hak-hak wanita kepada kesihatan, pendidikan serta kesejahteraan sosial 4) mengatasi segala cabaran undang-undang serta amalan-amalan yang berunsur diskriminasi terhadap gender Kerajaan membantu kaum wanita melalui Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA). Menggalakkan wanita melibatkan diri dalam Majlis Penasihat Kebangsaan tentang Integrasi Wanita dalam Pembangunan Wanita (NACIWID). Membantu wanita mendapat nasihat kewangan teknikal daripada pertubuhan NGO seperti Perkumpulan Wanita (WI) dan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI). 5 Dasar Wanita Negara diwujudkan untuk membuktikan kaum wanita berpotensi bersama-sama dengan kaum lelaki dalam memajukan negara. Dasar ini dapat memastikan penyertaan wanita dalam pembangunan negara tidak terabai apabila dasar ini diamalkan Pada tahun 1985, Kerajaan Malaysia telah menyiapkan sebuah Dasar Kebangsaan untuk Wanita sebagai panduan bagi penglibatan para wanita di dalam proses pembangunan. Dasar tersebut boleh membantu meningkatkan taraf kehidupan wanita dengan menangani cabaran-cabaran melalui pendidikan dan penghapusan kemiskinan Status wanita telah menjadi objektif utama Rancangan Malaysia ke-6 (1991 – 1995), di mana sebuah dana khas disediakan untuk perkembangan wanita dan telah menjadi satu langkah yang penting di dalam menuju ke arah keperkasaan wanita-wanita di Malaysia. Rancangan-rancangan Malaysia seterusnya masih memberi perhatian kepada keperluan-keperluan wanita dengan cadangan untuk memajukan status mereka di dalam masyarakat Dengan menyetujui pendapat-pendapat yang telah ditetapkan terlebih dahulu semasa Platform Beijing untuk Tindakan di Persidangan Sedunia PBB untuk Wanita yang Ke-Empat (1995), 6. Mengubah pemikiran kolot masyarakat dan anjakan paradigma ibu bapa dan keluarga Masyarakat sering menganggap wanita lebih menyusahkan dan tidak harus diberi muka. Anak-anak perempuan dikatakan akan memberi malu kepada keluarga jika terlibat dengan gejala sosial. Sebaliknya,anak lelaki mendapat tempat istimewa dalam keluarga Ibu bapa harus faham bahawa anak perempuan juga mampu berkhidmat kepada keluarga. Ibu bapa tidak wajar mengabaikan peluang belajar anak-anak perempuan kerana mereka juga akan menyumbang kepada pembangunan negara. 7. Dasar Warga Tua kebangsaan ditakrifkan kepada masyarakat Malaysia berumur 60 tahun.menekankan aspek penjagaan dan bantuan kepada warga tua supaya mereka hidup sejahtera, bermaruah,mengoptimumkan potensi diri mereka SOALAN:
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 40 Wanita ialah pemangkin kesejahteraan keluarga. Wanita terutama ibu tunggal mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membesarkan anak-anak mereka. Huraikan masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal dan cara untuk membantu mereka. Skema jawapan: ( 2 + 2 ) 1. Masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal 2. Huraikan cara kerajaan/swasta/individu yang dapat membantu mereka. Wanita ialah pemangkin kesejahteraan keluarga. Wanita terutama ibu tunggal mempunyai tanggung jawab yang besar untuk membesarkan anak-anak mereka. Kini, terdapat 3.4 juta ibu tunggal, iaitu seorang ibu tunggal bagi setiap enam orang wanita di negara ini. Fenomena ini akan membawa pelbagai masalah dan semakin buruk sekiranya ibu tunggal ini tidak dibantu. Bil Isi Huraian Masalah Yang Dihadapi Oleh Ibu Tunggal 1 Masalah kewangan Sesetengah ibu tunggal tidak bekerja atau bergaji rendah. Mereka terpaksa menyara keluarga sendiri Akibatnya mereka menghadapi masalah kewangan Mereka terpaksa meminjam wang jika terdesak. 2 Kesukaran membahagikan masa. antara anak dengan kerjaya Mereka perlu mencari rezeki di luar dan pada masa yang sama mengasuh anak-anaknya Mereka sukar mengagihkan masa antara kerjaya dengan anak-anak. Anak-anak yang kekurangan kasih sayang dan kawalan ibu menjadi liar dan runtuh akhlaknya. 3 Menghadapi pandangan sinis masyarakat Wanita yang kematian suami dianggap malang dan sial Wanita yang bercerai dengan suaminya dikatakan wanita yang kurang bermoral Stigma ini menjejaskan martabat ibu tunggal Mereka juga dianggap sebagai perempuan murahan. Ramai lelaki jahat akan mengambil kesempatan untuk menggoda mereka Mereka juga sering menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja. Cara Membantu Ibu Tunggal 5 Persatuan Ibu tunggal dan NGO perlu bergiat cergas Persatuan ini menawarkan tempat berteduh untuk para ibu yang malang DI situ, masalah mereka dapat diluahkan dan dibincangkan Bimbingan dan kaunseling juga boleh di berikan Sokongan moral dan material dapat diberikan agar mereka tidak mudah putus asa. 7. Pinjaman/ dana tertentu Wanita yang kurang berpendidikan dan tidak bekerja sering teraniaya apabila mereka bergelar ibu tunggal. Oleh itu, kerajaan perlu menambah dana Tabung Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan jaminan semua ibu tunggal berhak mendapat kelulusan pinjaman. Melalui pinjaman ini, mereka diharapkan dapat membuka kedai jahit, kedai runcit, kedai makan dan lain-lain. Dengan dana tersebut sudah pasti mereka dapat membina hidup baru. 8. Latihan Kemahiran Bantuan kepada ibu-ibu tunggal juga boleh diberikan melalui latihan kemahiran terutama ibu tunggal yang tidak pernah bekerja. Dengan kemahiran dan ilmu yang ada, mereka boleh membuka dan menguruskan perniagaannya sendiri. Langkah ini akan dapat membantu mereka menyara kos hidup seharian dan seterusnya menabung demi masa hadapan anak-anak. Seterusnya, mereka mampu membina keluarga yang berjaya. 9. Perhatian dan bantuan Kerajaan dan swasta Ramai kalangan ibu tunggal hidup tertekan kerana tiada pekerjaan. Lebih malang lagi apabila mereka tidak mempunyai rumah sendiri. Situasi ini pasti menyukarkan mereka untuk membesar, mendidik dan menyara anak-anak. Oleh itu, pihak kerajaan dan swasta perlu
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 41 memberi peluang kepada mereka untuk bekerja. Tindakan memberi kerja ini merupakan satu sinar dalam kehidupan masa depan mereka. 9. Dasar perlindungan ibu tunggal sangat penting Dalam bajet 2004, Ibu tunggal dikecualikan daripada dikenakan cukai pendapatan Undang-undang yang mewajibkan bekas suami memberikan nafkah hidup kepada ibu tunggal telah dilaksanakan. Pihak majikan perlu memberikan masa kerja yang fleksibel ditawarkan kepada ibu tunggal yang menghadapi masalah masa untuk membahagikan antara keluarga dan kerjaya, terutama jika anak-anak mereka jatuh sakit. Mengkuatkuasakan Undang-undang untuk mencegah gangguan seksual terhadap ibu tunggal. Langkah Mengatasi Masalah Keganasan Rumah Tangga 1. Tindakan Undang-undang Kelulusan Akta Keganasan Rumahtangga1994 akan dapat melindungi mangsa1994 akan dapat melindungi mangsa keganasan rumah tangga. Menurut akta ini, pesalah boleh didenda tidak melebihi rm 4000 dan penjara tidak melebihi setahun melebihi setahun 2. PerananMasyarakat Masyarakat setempat perlu mempunyairasa tanggungjawab sosial untukrasa tanggungjawab sosial untukbersamabersama--sama membantu mengatasi ini.sama membantu mengatasi ini. 3. Peranan media massa Media massa haruslah berperanan secaraproaktif sebagai sumber sebaranproaktif sebagai sumber sebaranmaklumat dalam usaha menyedarkanmaklumat dalam usaha menyedarkansemula masyarakat tentang kegansansemula masyarakat tentang kegansanrumah tangga.rumah tangga 4. Khidmat Kaunseling Khidmat kaunseling perlu dilakukansebelum memasuki alam perkahwinan dansebelum memasuki alam perkahwinan danselepas berkahwin agar merekaselepas berkahwin agar merekamemahami tentang kewajipan dan dasarmemahami tentang kewajipan dan dasar--dasar sesuatu perkahwinan.dasar sesuatu perkahwinan. 5. Peranan pendidikan Pendidikan yang berteraskan pengetahuanagama dan moral perlu dilaksanakan padaagama dan moral perlu dilaksanakan padasemua peringkat sekolah agar matlamat semua peringkat sekolah agar matlamat membentuk sesebuah masyarakat membentuk sesebuah masyarakat penyayang akan terjamin.penyayang akan terjamin.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 42 INTEGRASI DAN PERPADUAN Manfaat Perpaduan/ hidup bersatu padu 1. Rakyat dapat hidup dengan aman dan tenteram. Rakyat sentiasa berasa selamat dan bebas bergerak. Perpaduan membolehkan segala urusan kehidupan harian dilaksanakan dengan licin dan lancar Rakyat berasa selamat semasa melakukan aktiviti harian Rakyat bebas melakukan aktiviti harian tanpa sekatan Suasana yang aman dan tenteram tanpa perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain dapat melahirkan generasi yang cemerlang dari aspek sahsiah diri, rohani, mental dan fizikal 2. Dalam menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi/ dapat memajukan ekonomi. Aktiviti perdagangan dalam dan luar negara dapat dijalankan dengan baik untuk membangunkan negara. Hasil pengeluaran pelbagai sektor seperti pertanian dan pembuatan akan dapat ditingkatkan dan berkembang maju. Sekiranya rakyat kita bersatu pelabur asing tentunya berminat melabur dalam negara yang stabil dan makmur. Para pelabur tidak perlu risau akan mengalami kerugian dalam pelaburan kerana perpaduan yang wujud menjamin keamanan. Pelaburan ini akan membantu meningkatkan ekonomi negara kita. 3. Negara dapat ditadbir dengan baik Terdapat pelbagai kaum yang memimpin negara akan mewujudkan perasaan perkongsian yang bermakna kepada kesejahteraan negara. Saling mempercayai antara kaum akan menghasilkan budaya dan etika kerja yang baik. 4. Dapat bekerja dan mencari rezeki dengan baik dan selesa. Hal ini demikian kerana perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dapat membantu pihak kerajaan dan swasta mewujudkan pelbagai kemudahan dan peluang pekerjaan untuk rakyat. Kita juga tidak berasa takut untuk keluar bekerja di mana-mana sahaja. 5. Pelbagai adat dan budaya dapat dipelajari Rakyat beruntung kerana dapat mempelajari pelbagai warisan, budaya dan adat resam kaum lain Kekayaan kebudayaan yang dimiliki oleh negara akan menjadi kebanggaan rakyat untuk diperkenalkan kepada masyarakat luar Sikap positif masyarakat yang mengukuhkan perpaduan. 1. Menerima perbezaan budaya antara kaum. Masyarakat perlulah menerima perbezaan yang ada antara budaya pelbagai kaum. Setiap individu masyarakat perlu memahami budaya kaum-kaum lain. Pemahamanan budaya yang teguh akan menggalakkan sikap kerjasama dan mengukuhkan semangat kejiranan. 2. Saling hormati-menghormati dan bertolak-ansur. Sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain Sikap bertolak ansur sesama bangsa dan agama yang berlainan amat dititikberatkan supaya pertelingkahan antara kaum tidak wujud. Dengan ini, rakyat pelbagai kaum boleh bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara. 3. Mengamalkan budaya penyayang. Anggota masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam kehidupan akan sentiasa menghormati kaumkaum lain tanpa mengira perbezaan agama mahupun budaya. Dapat mengelakkan prasangka negatif antara kaum. Budaya penyayang dapat mempertahankan perpaduan antara kaum.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 43 Ancaman Untuk Mencapai Perpaduan 1. Pengasingan / berlainan agama Agama berlainan mewujudkan kepercayaan yang berlainan juga Kepercayaan yang berbeza menimbulkan masalah kerana pantang larang, adat dan amalan yang saling bercanggahan. Kerajaan terpaksa mengamalkan dasar yang proaktif demi memastikan pelbagai kaum di negara ini saling menghormati kepercayaan dan agama kaum lain 1. Masalah komposisi penduduk dan kawasan penempatan Lokasi dan penempatan yang berbeza Tinggal di bandar dan luar bandar dan penempatan mewah, sederhana atau rumah murah Menyebabkan rakyat tidak dapat berkomunikasi dengan baik 3. Terdapat pelbagai persatuan kaum yang berbeza Banyak persatuan hanya menonjolkan identiti dan semangat perkauman masing-masing Walaupun mengendalikan aktiviti sosial secara tidak langsung menyebabkan polarisasi kaum 4. Pengaruh keadaan politik negara Masalah kepelbagaian pengaruh dan pegangan politik rakyat menyukarkan usaha memupuk perpaduan rakyat Terdapat ideologi atau fahaman politik yang berlainan Demi mencapai cita-cita politik isu perkauman dieksplotasikan Menagih sokongan mutlak kaum sendiri dengan berdiri atas isu perkauman. Memberikan kesan sampingan dan menjurus kepada masalah pengasingan hubungan rakyat 5. Tedapat akhbar pelbagai bahasa Terdapat akhbar diterbitkan khusus untuk tatapan sesuatu kaum menimbulkan syak wasangka kaum lain Setiap ahkbar akan memaparkan berita, budaya dan apa-apa jua perkembangan dengan menggunakan huruf atau bahasa yang tidak difahami oleh kaum lain. Akhbar ini tidak mampu membantu kerajaan dalam menyemai semangat kecintaan kepada negara 6. Perkembangan media alternatif Tindakan blogger yang menyokong dan taasub melulu kepada sebuah parti sering menyerang parti lain dengan isu sentitif Penggunaan media alternatif secara tidak bersemuka, tidak boleh ditegah hanya boleh diambil tindakan turut menyemarakkan isu perkauman Isu sensitif dimanipulasi bagi menjatuhkan atau mengangkat seseorang pemimpin. 7. Usaha mengubah status quo Sikap tolak ansur antara kaum sudah lama terjalin , namun atas politik sempit sanggup mempersoalkan perkara yang sudah dipersetujui bersama Penerimaan terhadap agama, bahasa, kedudukan raja-raja, hak istimewa suatu kaum dan banyak perkara lagi semakin berani dipersoalkan dan dikritik dengan lantang Keberanian untuk mengubah kedudukan sedia ada yang telah diterima bersama akan menimbulkan rasa curiga dan kemarahan suatu kaum terhadap kaum yang mempersoalkan status quo yang telah diterima bersama Situasi ini mengancam perpaduan dan keharmonian kaum Sikap Generasi Muda Yang Menjejaskan Usaha Perpaduan 1. Sibuk dengan urusan seharian. Sibuk dengan urusan harian dan kerjaya hingga tidak hiraukan perkara lain. Bersikap individualistik dan suka bersendirian. Kurang berkomunikasi sesama rakan dan jiran tetangga terutama antara pelbagai kaum. 2. Leka dengan gajet. Kebanyakkan generasi muda lebih suka menghabiskan masa dengan bermain gajet. Penggunaan gajet yang berlebihan menjadikan generasi muda lebih bersifat individualistik. Ada juga generasi muda menggunakan gajet untuk membuat provokasi kaum sehingga menimbulkan perselisihan faham antara kaum. 3. Sikap tidak ambil peduli. Tiada kesedaran dan memandang remeh tentang kepentingan hidup bersatu padu dan perpaduan. Mengganggap bahawa perkara itu bukan perkara utama dan tidak berminat dengan perkara-perkara yang boleh mengukuhkan perpaduan antara kaum.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 44 Usaha menggalakkan generasi muda mementingkan perpaduan. 1. Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan. Penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga dan aktiviti kesukarelawan lain. Dapat memberi peluang dan mendendahkan generasi muda untuk berkomunikasi , bekerjasama dan lebih memahami adat resam dan budaya kaum-kaum lain. Dengan ini juga mereka lebih dapat bergaul mesra. 2. Program peningkatan kesedaran dan pendidikan. Mempertingkatkan penyebaran maklumat berkaitan perpaduan kepada generasi muda. Menyebarluas kepentingan perpaduan dan kebaikan perpaduan diadakan secara berterusan melalui kempen dan program serta ceramah-ceramah kesedaran. 3. Peranan ibu bapa. Perpaduan rakyat juga bermula dari rumah. Ibu bapa perlu memberi pendidikan kepada anak-anak untuk berbaik-baik dengan kaum lain. Anak-anak haruslah diajar dan dididik untuk bertoleransi dan memahami budaya pelbagai kaum di Malaysia. Ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan Hal ini dapat mengelakkan anak-anak bersifat perkauman apabila dewasa kelak. Anak-anak akan lebih senang bergaul dengan rakan kaum berlainan. Peranan Remaja bagi mengukuhkan Perpaduan Remaja, sebagai pewaris negara ini dan mereka memainkan peranan penting untuk memupuk semangat perpaduan. Mereka hendaklah memikul tanggungjawab besar ini kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Peranan pertama yang perlu dipegang oleh remaja ialah mereka sendiri menjadi suri teladan kepada rakan-rakan sebaya. Dalam hubungan ini setiap remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakan sebaya. Remaja mesti menunjukkan sikap saling menghormati rakan-rakan yang berbeza latar belakang budaya dan agama. Contohnya, remaja perlu menghormati amalan dan anutan agama rakan-rakan. Di samping itu remaja perlu mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang sensitif dan dapat menaikkan kemarahan rakan-rakan dari bangsa dan agama yang lain. Setiap perselisihan pendapat hendaklah diatasi secara bijaksana dan berhemah, bak kata pepatah seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak. Oleh yang demikian, remaja perlu menjadi suri teladan untuk memupuk semangat perpaduan. Selain itu, remaja juga hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan. Sebagai contoh. tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu remaja hari ini hendaklah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Jadi, remaja mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu. Peranan yang berikutnya ialah remaja mestilah mengasimilasikan budaya pelbagai kaum dalam kehidupan seharian. Malaysia sangat unik kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya, kaum Melayu, Cina, dan India merupakan tiga kaum yang dominan di negara ini. Selain itu, rakyat negara ini juga terdiri daripada etnik peribumi yang tidak kurang pentingnya seperti Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asli, Penan, dan termasuk juga golongan minoriti seperti Portugis, Siam, dan seumpananya. Remaja mestilah sanggup untuk menerima dan mengamalkan budaya yang sesuai dengan kehidupan. Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang tersendiri. Untuk merasai kemeriahannya, remaja mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakan mereka dengan hati yang ikhlas, bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Jelaslah, asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh dalam kalangan remaja di negara ini. Selanjutnya, remaja hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme. Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri. Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lagi di negara ini. Remaja perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif. Remaja perlu menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka. Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jika semangat ini dapat
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 45 diamalkan oleh setiap remaja, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh. Kesimpulannya, remaja bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Kita tidak mahu generasi mudah hari ini mengabaikan peranan mereka untuk memupuk perpaduan dan menghancurkan negara yang bakal diwarisi kelak. Usaha Kerajaan Memupuk Perpaduan Kaum 1. Merapatkan jurang ekonomi antara kaum Pengagihan kekayaan yang adil dapat memupuk perpaduan rakyat. Pekerjaan yang luas disediakan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar. Prasangka dan rasa tidak puas hati dapat dikurangkan. Dengan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. 2. Menyuntik nilai perpaduan melalui sistem pendidikan. • Semua sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama, kurikulum yang sama, peperiksaan yang seragam dan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan • Aktiviti kurikulum dan kokurikulum dapat memupuk nilai-nilai positif. • Sukatan pelajaran yang menitikkan semangat kerjasama dan patriotik membantu menyemai sikap tolenrasi dan hormat-menghormati antara kaum 3. Mewujudkan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai etnik. • Bertujuan merapatkan hubungan antara kaum • Contohnya menjalankan aktiviti kejiranan, program integrasi dan wilayah seperti lawatan sambil belajar • Melalui aktiviti, anggota masyarakat akan berinteraksi dan mewujudkan perasaan kekitaan • Pihak kerajaan menyokong aktiviti dengan menganjurkan dan memberikan peruntukan tertentu • Program Khidmat Negara, Sukan, Gotong royong perdana, Rumah terbuka hari perayaan 4. Program peningkatan kesedaran tentang kepentingan perpaduan • Melalui pendidikan disekolah secara langksung dan tidak langsung • Melalui media massa, ceramah, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya • Rakyat perlu diberi kesedaran tentang pentingnya perpaduan dalam sesebuah negara 5. Penggunaan satu bahasa • Pengetahuan dan penggunaan satu bahasa membolehkan setiap rakyat berkomunikasi sesama sendiri. Perselisihan faham dapat dielakkan. • Dengan penggunaan satu bahasa, setiap kaum dapat mengenali adat resam kaum-kaum yang lain serta bekerjasama bagi membangunkan negara • Sebagai bukti, penggunaan Bahasa Malaysia telah dapat menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Peranan Sekolah Memupuk Perpaduan 1. Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan • Keseragaman sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa pengantar. • Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik yang lebih memahami antara satu sama lain dan mengelakkan prasangka kaum. • Pendedahan kepada nilai-nilai yang sama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. • Aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat yang disertai oleh kumpulan etnik membolehkan pelajar berinteraksi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama. 2. Pendemokrasian pendidikan • Memastikan agar semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di bandar atau di luar bandar /antara Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan. • Pelajar-pelajar berhak untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. • Dengan ini sekolah dapat memupuk proses integrasi antara etnik. 3. Pelaksanaan Sekolah Wawasan • Sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 46 • Membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama. • Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk • mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang berlainan etnik dan agama. • Melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan • pelaksanaan aktiviti. 4. Pelaksanaan sekolah satu aliran • Sistem yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja di sekolah. • Tidak akan menghapuskan bahasa ibunda kaum-kaum lain (dijadikan mata pelajaran elektif). • Boleh bergaul secara meluas dan memahami budaya kaum-kaum lain. • Semangat perkauman akan dapat dihapuskan. • Pergaulan antara pelbagai etnik menjadikan mereka lebih bertoleransi antara satu sama lain. Contoh Aktiviti Di Sekolah Yang Dapat Memupuk Perpaduan 1. Menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Buku latihan sekolah perlu mempunyai Rukun Negara supaya pelajar dapat membacanya dengan senang. Pihak sekolah perlu memastikan pelajar-pelajar dapat menghafal prinsip-prinsip Rukun Negara. Contohnya, pelajar dikehendaki melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam perhimpunan mingguan sekolah. Ini akan menjadikan pelajar-pelajar saling hormat-menghormati serta memahami kebudayaan kaum lain dan hidup secara yang muhibah. Keadaan ini secara langsung telah menanam unsur perpaduan dan intergrasi nasional didalam diri pelajar melalui Rukun Negara yang dihafal dan diamalkan oleh mereka. 2. Dengan melancarkan Program Pendidikan dan kesedaran perpaduan. kempen, ceramah, seminar dan kem-kem motivasi yang berfokuskan perpaduan dan intergrasi national. pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kepentingan perpaduan di negara kita Contohnya,pelajar digalakkan menyertai kem-kem motivasi yang dianjurkan supaya dapat mempelajari dan memahami konsep perpaduan yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah. Pelajar akan tahu akan kepentingan perpaduan dan intergrasi nasional kepada negara dan sekali gus akan mengamalkannya. 3. Mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum Seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain di sekolah. Melalui cara ini, setiap pelajar dapat mempelajari adat resam serta kepercayaan kaum-kaum didalam Malaysia. Ini akan menimbulkan rasa hormat di kalangan pelajar terhadap kaum yang lain selain dapat mengeratkan persefahaman diantara pelajar-pelajar yang berlainan kaum. Salah faham dan perbezaan pendapat antara kaum akan dapat dielakkan kerana pelajar-pelajar telah memahami budaya kaum lain. 4. Sekolah Penyayang Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar. 5. Penyertaan Dalam Kokurikulum Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan. 6. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan Sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 47 Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara. 7. Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah Program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan. Aktiviti Masyarakat Setempat Untuk memupuk Perpaduan Program Pemuafakatan Masyarakat Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan Beradab, gotong royong, majlis perkahwinan dan sebagainya. Hari Keluarga dan Sukan Rakyat Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat. Acara kebudayaan dan kesenian Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan. Sambutan perayaan semua kaum Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan. Aktiviti Riadah Setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat. Peranan Rakyat bagi mengukuhkan Perpaduan Setiap tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan yang silih berganti. Jika slogan tersebut dibaca dan diteliti, ia akan membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama di negara ini agar hidup bersatu-padu, saling menghormati antara satu sama lain serta saling membantu sesama jiran tetangga. Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini? Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 48 Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran tetangga. Dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatupadu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerjakerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelaja0r secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajarpelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah. Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan. Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi antara jiran tetangga berlainan bangsa.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 49 Langkah Kerajaan Memupuk Perpaduan Dalam Pelbagai Bidang 1. Menerusi bidang pendidikan Sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan melalui pelbagai cara. Sistem persekolahan yang sama bagi semua masyarakat pelbagai kaum Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Kurikulum yang sama Sukatan pelajaran yang seragam Peperiksaan yang seragam Kegiatan kokurikulum 2. Menerusi bidang Kebudayaan Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar ini menjadi panduan pembentukan dan pengekalan identiti rakyat Malaysia. Memelihara keperibadian kebangsaan di samping mengekalkan kepelbagaian kebudayaan kaum. 3. Menerusi bidang Sukan Menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan antara negeri. 4. Menerusi bidang ekonomi Dalam aspek ekonomi perkara asas kepada perpaduan negara serta intergasi nasional ialah melalui Dasar Ekonomi Baru(DEB). Strategi yang dilaksanakan melalui dasar ini ialah mengurangkan serta membasmi kemiskinan dengan menambahkan peluang –peluang pekerjaan kepada semua rakyat-rakyat Malaysia serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat. 5. Menerusi bidang politik Permuafakatan politik juga diwujudkan. Melalui perpaduan politik ini juga pertikaian asas yang berlaku dapat diatasi dan sebuah negara aman dan makmur dapat diwujudkan.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 50 Soalan: Kepelbagaian sosiobudaya sememangnya berlaku di Malaysia dan kepelbagaian ini mendatangkan kebaikan tertentu. Justeru, pelbagai langkah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat hendaklah diteruskan. Bincangkan SKEMA: (5 +0 ) Pengenalan Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum seperti Melayu, Cina, India dan pelbagai suku kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kepelbgaian ini perlu diraikan dan bukan sebaliknya menimbulkan masalah sehingga membawa perpecahan hidup dan Negara porak-peranda BIL ISI HURAIAN Manfaat Kepelbagaian Sosiobudaya 1 Mewujudkan integrasi • Masyarakat saling mengenali budaya etnik yang berlainan • Saling menghargai dan menghormati kepelbagaian • Mengeratkan silaturahim 2 Meningkatkan ekonomi negara • Kepelbagaian budaya dapat dijadikan produk pelancongan. • Pelancong asing teruja untuk melihat/menikmati budaya • Contohnya , pelancong asing ingin melihat persembahan budaya rakyat Malaysia • Berlaku kemasukan mata wang asing melalui sektor perhotelan, pengangkutan dan industri kraf tangan 3 Meningkatkan pembangunan negara • Setiap etnik mempunyai keistimewaan tertentu • Kelebihan tersebut boleh dimanfaatkan untuk pembangunan negara • Kemahiran dan kekayaan yang dimiliki oleh sesuatu etnik boleh digunakan • Contoh, menyediakan peluang pekerjaan melalui sektor perkilangan, membangunkan negara mengikut bidang tertentu seperti mencanting batik, menenun kain songket dan membuat tikar Langkah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat 4 Merapatkan jurang ekonomi antara kaum Pengagihan kekayaan yang adil dapat memupuk perpaduan rakyat. Pekerjaan yang luas disediakan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar. Prasangka dan rasa tidak puas hati dapat dikurangkan. Dengan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 5 Menyuntik nilai perpaduan melalui sistem pendidikan • Semua sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama, kurikulum yang sama, peperiksaan yang seragam dan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan • Aktiviti kurikulum dan kokurikulum dapat memupuk nilai-nilai positif. • Sukatan pelajaran yang menitikkan semangat kerjasama dan patriotik membantu menyemai sikap tolenrasi dan hormat-menghormati antara kaum 6 Mewujudkan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai etnik. • Bertujuan merapatkan hubungan antara kaum • Contohnya menjalankan aktiviti kejiranan, program integrasi dan wilayah seperti lawatan sambil belajar • Melalui aktiviti, anggota masyarakat akan berinteraksi dan mewujudkan perasaan kekitaan • Pihak kerajaan menyokong aktiviti dengan menganjurkan dan memberikan peruntukan tertentu • Program Khidmat Negara, Sukan, Gotong royong perdana, Rumah terbuka hari perayaan 7 Program peningkatan kesedaran tentang kepentingan perpaduan • Melalui pendidikan disekolah secara langksung dan tidak langsung • Melalui media massa, ceramah, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya • Rakyat perlu diberi kesedaran tentang pentingnya perpaduan dalam sesebuah negara 8 Penggunaan satu bahasa Pengetahuan dan penggunaan satu bahasa membolehkan setiap rakyat berkomunikasi sesama sendiri. Perselisihan faham dapat dielakkan. Dengan penggunaan satu bahasa, setiap kaum dapat mengenali adat resam kaum-kaum yang lain serta bekerjasama bagi membangunkan negara Sebagai bukti, penggunaan Bahasa Malaysia telah dapat menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini