Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 51 Punca Perubahan Sistem Kehidupan Masyarakat:- Soalan: Malaysia yang berpotensi untuk mengancam perpaduan kaum. Pelbagai langkah untuk melahirkan masyarakat yang harmonis hendaklah dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. Bincangkan. Pengenalan Perpaduan dan integrasi kaum merupakan asas keharmonian dalam sistem kehidupan. Pelbagai punca dikenal pasti mengakibatkan perubahan dalam sistem kehidupan masyarakat. Idea Huraian Punca Berlakunya Perubahan Sistem Kehidupan Masyarakat 1. Sikap materialistik Mewujudkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain Sikap egoistik ini hanya boleh membawa kesan buruk dan kerenggangan hubungan antara kaum Hanya bergaul dalam golongan sosial mereka sahaja. 2. Perkembangan teknologi Teknologi moden yang berkembang pada masa ini mewujudkan masyarakat yang antisosial Mengubah sistem kehidupan masyarakat dengan menjadikan kehidupan manusia semakin terasing antara satu sama lain Teknologi dapat memenuhi kehendak masyarakat untuk berkomunikasi dan berhibur hanya melalui media sosial. 3. Kesibukan bekerja Masing-masing sibuk dengan pekerjaan menyebabkan hubungan antara kaum terbatas Pergaulan semakin berkurang malahan tiada peluang untuk bertemu antara satu sama lain 4. Perbezaan taraf hidup Jurang perbezaan taraf hidup antara golongan kaya dengan golongan miskin Golongan yang kaya menjadi lebih kaya manakala golongan miskin kekal dalam kemiskinan Pengagihan yang tidak adil mengakibatkan orang miskin atau sederhana tiada peluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka 5. Faktor migrasi dan urbanisasi Migrasi dan urbanisasi merombak corak dan gaya hidup masyarakat Sesebuah kawasan luar bandar yang bercirikan tradisional akan lenyap dan digantikan oleh kawasan bandar yang bercirikan kemewahan Masyarakat luar bandar terpaksa berhadapan dengan situasi seperti tarafhidup yang tinggi Mereka perlu bersaing dengan masyarakat bandar untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik 6. Sistem pendidikan pelbagai aliran Sistem pendidikan empat aliran Aliran sistem vernakular yang khas untuk satu-satu kaum Perbezaan bahasa pengantar dan kekurangan interaksi menghalang perpaduan kaum Langkah Untuk Melahirkan Masyarakat Yang Harmonis 7 Dasar Pendidikan Negara Sekolah dan institusi pendidikan berperanan melahirkan masyarakat yang bersatu padu Menggunakan kurikulum yang bersepadu Menggunakan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama Pelajar terlibat dengan aktiviti kokurikulum 8. PrinsipRukun Negara Berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara Dapat menyemai perasaan sayang dan cinta akan negara Perpaduan dan integrasi kaum akan menjadi kenyataan sekiranya prinsip Rukun Negara menjadi pegangan hidup
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 52 9. Program riadah untuk masyarakat Setiap ahli masyarakat digalakkan menyertai program riadah yang dianjurkan oleh pelbagai pihak Cthnya, aktiviti senamrobik, Larian Merdeka, mencari harta karun dan sebagainya Dapat berinteraksi dengan peserta yang pelbagai kaum Memahami erti perpaduan dan hormat menghormati sesame masyarakat 10. Penyertaan dalam sambutan Hari Kebangsaan Sambutan Hari Kebangsaan satu jalan ke arah perpaduan Pelbagai kaum akan menyertai sambutan Hari Kebangsaan Menambah ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum. KESIMPULAN Perubahan yang berlaku dalam kehidupan sesebuah masyarakat secara tidak langsung dapat mengancam perpaduan dan integrasi kaum. Perpaduan dan integrasi kaum sangat penting bagi mewujudkan keharmonian sesebah negara. Kepentingan Semangat Kejiranan 1. Mengukuhkan institusi masyarakat Jiran adalah asas kewujudan masyarakat. Masyarakat terhasil melalui hubungan rapat antara manusia yang saling berjiran. Anggota masyarakat belajar menghargai dan menghayati budaya tradisi rakyat berbilang kaum. Masyarakat tidak akan berfungsi dengan baik tanpa nilai-nilai murni dalam kehidupan Konteks ini penting dalam kehidupan masyarakat majmuk. 2. Memupuk perpaduan kaum Dengan semangat kejiranan, semua aktiviti dilakukan tanpa mengira warna kulit Hubungan tetangga berlainan kaum dapat menghindarkan perselisihan faham satu sama lain. Amalan ambil peduli atau prihatin terhadap keadaan atau masalah masyarakat boleh membantu mengatasi kemelut serta kesulitan Kerjasama dan persefahaman yang wujud boleh membentuk perpaduan masyarakat Hubungan kejiran berlainan bangsa dan agama menuntut sikap saling memahami dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai jiran 3. Menyemai nilai-nilai murni Semangat kejiranan boleh membawa kepada penerapan nilai-nilai murni seperti bantu-membantu, hormat-menghormati, jujur dan menghindari sikap yang buruk Jiran boleh menjadi tempat meluahkan masalah atau meminta bantuan apabila diperlukan Jiran boleh menghadiri majlis kenduri-kendara, rumah terbuka atau ziarah kematian 4. Membendung masalah sosial setempat Kegagalan masyarakat mengamalkan semangat kejiraan menjadi punca peningkatan jenayah dan budaya tidak sihat setempat Penjenayah mengeksplotasi kelemahan masyarakat dalam memahami dan mengamalkan semangat kejiranan untuk melakukan aktiviti mereka kerana mereka sukar dikesan 5. Meningkatkan keselamatan tempat tinggal . Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi kita. Contoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita. Penubuhan Kelab Rukun Tetangga yang membuat rondaan di kawasan perumahan di waktu malam untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 53 IDENTITI KEBANGSAAN/SEMANGAT PATRIOTISME/ NASIONALISME Soalan: Pemeliharaan identiti kebangsaan sentiasa diberi perhatian oleh pemimpin negara. Terangkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk tujuan tersebut. Pengenalan Selepas 62 tahun selepas Merdeka, rakyat Malaysia masih belum mencapai kata sepakat tentang identiti negara tercinta ini. Ia bukan sesuatu yang luar biasa. Kebanyakan negara lain, terutamanya yang berbilang kaum dan agama, menghadapi cabaran yang sama Bil Idea Huraian idea Usaha Kerajaan dalam memelihara Identiti Kebangsaan 1 Memperkasakan Bahasa Melayu/ Bahasa kebangsaan • Seperti kebanyakan Negara lain, bahasa dijadikan alat penting untuk mewujudkan identity nasional. • Dalam masyarakat berbilang kaum walau di mana-mana, jika bahasa dapat memudahkan komunikasi antara kaum dan budaya yang berbeza, ia akan membantu proses interaksi dan integrasi. • Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal. • Menjadikan Bahasa Melayu mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. • peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, khususnya, amat penting dari segi evolusi identiti nasional. • Undang-undang dan peraturan berkenaan penggunaannya telah dikuatkuasakan 2 Meningkatkan penghayatan Rukun Negara • Rukun Negara adalah ideology Negara. • nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara seperti perpaduan, keadilan, pendekatan liberal terhadap kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakat, merupakan dimensi-dimensi penting dalam usaha kita membentuk identiti rakyat dan negara Malaysia. • Setiap perhimpunan rasmi biasanya dimasukkan acara ikrar Rukun Negara • Memupuk sikap saling faham memahami, hormat menghormati dan bertatasusila sesama rakyat semenjak kecil. 3 Memelihara lambanglambang negara • Lambang-lambang atau simbol yang mewakili negara • Seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara, bunga kebangsaan. • Setiap lambang mempunyai maksud yang sinonim dan tertentu. • Sikap menghina bendera Malaysia telah diambil perhatian yang serius oleh kerajaan dengan memberi amaran atau mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakunya. 4 Memelihara warisan negara • Monumen/ tempat/ bangunan bersejarah dipelihara dan dipulihara dengan baik • Hasil-hasil nenek moyang dan kesultanan dijadikan warisan sejarah. • Lambang dan bukti ketamadunan bangsa 5 Memelihara kebudayaan negara • Malaysia terkenal dengan keunikan dan kekayaan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama • Mengadakan dan menyambut pesta kebudayaan dan keagamaan setiap agama • Menyambut perayaan/ mengadakan rumah terbuka • Dapat memberi kefahaman tentang budaya berbilang bangsa dan menjadi lambang identiti rakyat dan negara. 6 Mengukuhkan perpaduan negara • Pelbagai dasar telah dilaksanakan untuk mengukuhkan perpaduan rakyat • Sebarang tindakan menghasut supaya rakyat berpecah dan bermusuhan akan diambil tindakan undang-undang • Sukan dilihat menjadi satu wadah yang berkesan untuk menyatukan rakyat • Penyertaan berbilang bangsa membentuk pasukan yang lebih mantap • Rakyat Malaysia gemarkan sukan, berbangga dan memberi sokongan padu kepada atlit Malaysia yang bertanding di peringkat antarabangsa 7 Menambah baik sistem pendidikan negara • Mewujudkan Sekolah Wawasan • Menggalakkan enrolmen semua murid ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan • Mewajibkan pengambilan mata pelajaran B. Melayu di sekolah-sekolah • Memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 54 • Mewajibkan pengambilan mata pelajaran Sejarah. • Menawarkan mata pelajaran bahasa lain dalam masa yang sama (seperti yang dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan) 8 Menambah baik sistem ekonomi • Sentiasa berusaha menghapuskan pengenalan ekonomi mengikut kaum • Membuka dan penyertaan rakyat dalam setiap bidang ekonomi • Menggalakkan semua rakyat menyertai aktiviti ekonomi sama ada di dalam atau di luar negara. Menegak dan mengukuhkan identiti rakyat dan negara masih lagi merupakan cabaran besar terutamanya akibat beberapa perkembangan semasa. Di peringkat domestik, sentimen kaum dan agama lebih ketara dan menjejaskan usaha ke arah identiti nasional. Identiti nasional juga terancam akibat politik kepartian yang melampaui batas. Hal ini menuntut rakyat Malaysia supaya menghayati dan mengamalkan sikap keterbukaan supaya akhirnya dapat mempunyai jati diri bangsa Malaysia yang sebenar. Skema: 5 + 0 MAKSUD SEMANGAT PATRIOTISME: Patriotisme berasal dari kata Patriot, yang artinya adalah: pecinta dan pembela tanah air. Patriotisme maksudnya adalah semangat cinta tanah air. Pengertian Patriotisme adalah sikap Untuk selalu mencintai atau membela tanah air, seorang pejuang sejati, pejuang bangsa yang mempunyai semangat, sikap dan perilaku cinta tanah air, dimana ia sudi mengorbankan segala-galanya bahkan jiwa sekalipun demi kemajuan, kejayaan dan kemakmuran tanah air. Patriotisme juga dapat diartikan sebagai rasa kekaguman pada adat kebiasaan bangsanya, kebanggaan terhadap sejarah dan kebudayaannya serta sikap pengabdian demi kesejahteraan bersama. Dalam patriotisme terkandung pengertian rasa kesatuan sebagai bangsa. Sikap Patriotisme Sikap patriotisme dapat diwujudkan dalam semangat cinta tanah air dengan beberapa cara sebagai berikut. 1. Sikap Rela Berkorban Mempertahankan Negara Sikap rela berkorban mempertahankan negara diwujudkan dalam bentuk kesediaan berjuang untuk mengatasi ancaman bangsa lain yang akan menjajah negara, ancaman dari dalam negeri, kegiatan yang dapat merugikan negara, dan bencana alam yang dapat mengakibatkan kerusakan dan kehancuran negara. 2. Bersikap untuk Mengisi Kelangsungan Hidup Negara Sikap untuk mengisi kelangsungan hidup diwujudkan dengan kesediaan bekerja sesuai dengan bidangnya, sehingga dapat meningkatkan darjat dan martabat, tujuan bangsa. Pembentukan jiwa patriotisme harus dilandasi oleh semangat kebangsaan atau nasionalisme (lihat Pengertian Nasionalisme). Sebaliknya, jiwa nasionalisme dalam setiap pribadi warga negara perlu dilanjutkan dengan semangat patriotik untuk mencintai dan rela berkorban demi kemajuan bangsa. Kepentingan Semangat Patriotik 1. Mengekalkan kedaulatan negara. Generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Generasi muda yang mencintai negara akan mempertahankan negara dari dicerobohi negara asing. kesediaan berjuang untuk mengatasi ancaman bangsa lain yang akan menjajah negara. Benteng pertahanan terakhir negara perlu mempunyai semangat cinta akan tanahair yang tinggi. Dengan ini kedaulatan negara akan terpelihara. 2. Pemangkin kemajuan negara. Semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramai pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 55 Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju. 3. Memupuk perpaduan negara. Semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. 4. Menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran. Usaha Memupuk Semangat Patriotisme dalam masyarakat 1. Program pendidikan kesedaran tentang cinta akan negara. Pihak yang bertanggung!awab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran tentang menerapkan semangat patriotik antara masyarakat. akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memaparkan tentang tokoh-tokoh perjuangan negara untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat. media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara. 2. Peranan Kerajaan. Mengadakan Program Kibar Jalur Gemilang pada hari Kebangsaan Menyambut Sambutan Hari Bersejarah negara seperti Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Pahlawan. Mengadakan pertandingan Lagu Patriotik peringkat kebangsaan. Mewujudkan lebih banyak tempat-tempat bersejarah bagi menimbulkan perasaan patriotik dan cintakan negara dalam generasi muda. 3. Peranan Sekolah. memupuk semangat patriotik se!ak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pela!ar. Pengaruh guru di sekolah turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. Hal ini kerana guru-guru yang mengajar di sekolah boleh menekankan unsur-unsur patriotik di dalam kelas. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Guru-guru juga boleh menerapkan semangat patriotik semasa berada dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Aktiviti persatuan atau kelab mengibar bendera Negeri dan Negara. 4. Peranan Ibubapa. Pupuk dari kanak-kanak akan rasa cinta akan negara. ibu bapa juga harusnya mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokohtokoh terkenal yang ber!uang demi tanah air. Sebagai contoh, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa. Cuti sekolah dan sebagainya. Segala semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 56 Peranan Diri Sendiri Kita juga seharusnya berasa diri amat bertuah kerana dapat hidup bernegara yang aman dan damai. Belajar mengagumi tokoh-tokoh agung dunia dan tokoh negara sendiri untuk lahir perasaan berbangga kerana negara kita memiliki pemimpin yang berdedikasi. Dengan membuat perbandingan dengan masyarakat pendatang yang dilayan sebagai warga kelas kedua apabila berada di negara orang akan lahirlah perasaan sayang akan negara. Menyimpan cita-cita untuk menjadi insan yang berjiwa besar yang mahu mencapai kejayaan cemerlang terutama dalam kerjaya yang terbilang dan mahu berkhidmat untuk negara. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Melawat tempat bersejarah. Sambil melawat ke tempat bersejarah, pemandu pelancong yang mengetuai lawatan tersebut akan menceritakan tentang Kisah pahlawan zaman dahulu yang berjuang untuk mempertahankan negara. Sesungguhnya, bangsa yang mulia ialah bangsa yang sentiasa berbangga terhadap tanah air, seperti kata peribahasa Arab, Kasih akan negara adalah sebahagian daripada iman. Oleh itu, sedari kecil binalah kekuatan semangat patriotik terhadap diri kita sendiri. Generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kera!aan. Program yang dipernuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan latihan berkumpulan. Program ini juga merupakan gabungan latihan ketenteraan dan memupuk semangat patriotik kepada mereka kearah Cinta akan negara. Pelatih-pelatih akan dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti tanggungjawab, kerjasama dan hormat-menghormati. Pelatih akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum, budaya dan agama yang berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan elemen yang penting dalam semangat samping itu, program ini akan dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaandan kedaulatan negara. Sebagai Contoh, remaja kini perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Punca Semangat Nasionalisme Semakin Luntur dalam kalangan masyarakat Nasionalisme memperlihat sikap mental, dan tingkah laku individu atau masyarakat yang merujuk terhadap kesetiaan atau pengabadian terhadap bangsa dan negara. Semangat nasionalisme perlu dipupuk dan dihayati dalam segenap lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Ini adalah kerana remaja merupakan golongan yang mendukung nasib bangsa, hala tuju sesebuah negara. Kita sebagai generasi era pasca modenisme, dilimpahi dengan bermacam nikmat dan kesenangan. Kita perlu sedar segala apa yang kita nikmati sekarang ini adalah daripada pengorbanan dan jerih perih yang ditempuhi oleh para pejuang dan rakyat demi mencapai kemerdekaan suatu ketika dahulu. Semangat nasionalisme semakin kurang penghayatan khususnya golongan remaja. Banyak faktor-faktor yang mendorong kepada lunturnya semangat dan penghayatan nasionalisme dalam masyarakat dewasa ini. Kepentingan Diri Sendiri Masyarakat kini lebih mementingkan kerjaya mereka, sibuk dengan urusan harian mereka yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Bagi mereka perkara yang penting dalam hidup adalah berusaha untuk menambahkan pendapatan dan mencari kekayaan semata-mata. Hal-hal lain kurang diberi perhatian, semangat dan penghayatan nasionalisme kian pudar dalam kalangan masyarakat. Masyarakat kini tidak lagi menitikberatkan semangat nasionalisme. Aktiviti seperti kempen-kempen kesedaran dan juga sambutan hari kebangsaan tidak lagi mendapat sambutan. Tiada Perasaan Cinta akan Negara Masyarakat kini khususnya golongan remaja tidak disemai dengan nilai-nilai cintakan negara dan semangat nasionalisme. Mereka kurang mendapat pendedahan tentang perjuangan dan pengorbanan jasa-jasa golongan terdahulu yang telah bersusah payah menuntut kemerdekaan. Masyarakat kini tidak merasai kesusahan hidup semasa zaman penjajahan dulu. Kita seharusnya bersyukur dapat hidup aman damai atas pengorbanan dan jasa golongan terdahulu. Semangat nasionalisme, cinta akan negara perlu ada dalam segenap masyarakat kerana siapa lagi yang akan mempertahan dan memperjuang nasib bangsa, negara jika bukan diri kita sendiri, rakyat Malaysia. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, semangat dan perjuangan kita tetap sama kerana kita semua adalah rakyat Malaysia. Terpengaruh dengan Budaya Barat Walaupun Malaysia sudah bebas merdeka, tidak lagi dijajah oleh kuasa barat, dalam tidak sedar mereka sebenarnya sudah mula menguasai kita. Mereka tidak lagi menjajah dengan kuasa mahupun peperangan yang melibatkan
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 57 pertumpahan darah, sebaliknya dengan pengaruh budaya yang dibawa ke negara kita. Budaya barat banyak mempengaruhi golongan remaja dan pemikiran mereka. Mereka terikut-ikut dengan gaya berpakaian, pergaulan bebas, dan bermacam aktiviti yang lain yang mendorong kepada gejala sosial yang serius. Budaya dan semangat nasionalisme terhadap negara tidak lagi diberi perhatian kerana lebih gemar mengikuti budaya dan pengaruh daripada barat kerana menganggap mereka perlu berubah seiring dengan peredaran zaman. Isu ini perlu diberi lebih penekanan kerana semakin lama dibiarkan, semakin ia melarat. Semangat nasionalisme kian pudar dan lebih memburukkan keadaan mereka lebih mengagungkan budaya luar daripada cinta akan budaya negara sendiri. Kurang Menghayati Perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan Generasi kini kurang menghayati semangat nasionalisme kerana mereka tidak merasai kepayahan hidup dan pengorbanan para pejuang dahulu demi mencapai kemerdekaan. Masyarakat tidak mengenang jasa tokoh-tokoh terdahulu. Malaysia kita yang aman dan makmur ini hasil daripada segala usaha mereka demi menuntut kemerdekaan. Tokoh-tokoh tempatan kurang dikenali di kalangan masyarakat walaupun telah banyak berjasa kepada negara. Pihak kerajaan, dan media massa seharusnya memberi pendedahan atas jasa tokoh-tokoh tempatan agar mereka tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Leka Dengan Lambakan Hiburan Di era serba moden dan canggih ini, kita disajikan dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Berhibur tidak menjadi suatu kesalahan jika kita tahu menjaga batas-batas dalam berhibur. Akan tetapi hiburan yang melalaikan banyak mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja terbabit dengan pelbagai aktiviti sosial yang tidak sihat sehingga akhirnya meruntuhkan akhlak diri. Semangat nasionalisme semakin luntur dalam diri mereka. Generasi muda sewajarnya lebih banyak membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara. Pihak berwajib, kerajaan, dan juga swasta seharusnya berkerjasama antara satu sama lain untuk menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, seperti kuiz kenegaraan, syarahan atau syair kemerdekaan dan sebagainya. Usaha-usaha seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu menggalakkan minat generasi muda agar lebih menghayati dan memahami semangat nasionalisme. Sebagai pendukung masa depan negara, generasi muda yang terdiri daripada golongan remaja seharusnya menanam semangat nasionalisme dalam diri dan lebih memahami erti agar dapat mendukung dan menjulang nama bangsa dan negara di persada dunia. Nasionalisme Berasaskan Kaum Malaysia umum mengetahui terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Secara kasarnya Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum seharusnya bukan menjadi faktor dalam mencapai kesepakatan dan perpaduan. Semangat nasionalisme ini haruslah berasaskan kepada semangat setia dan cinta akan negara. Kaum, bangsa mahupun agama seharusnya bukan menjadi penghalang kerana kita semua adalah rakyat Malaysia. Kita seharusnya berbangga kerana walaupun dalam kepelbagaian bangsa dan agama, kita masih hidup dalam keadaan aman dan damai. Dengan memahami dan menghayati semangat nasionalisme, hubungan sesama kaum akan lebih erat, dapat mennyatupadukan semua kaum dan mengutuhkan perpaduan. Pengaruh Media Cetak / Media Massa / Internet Medium yang menyampaikan maklumat, berita dan sebagainya, seperti media cetak, media massa, dan juga internet seharusnya dikawal dan ditapis. Hal ini kerana masyarakat mudah terpengaruh dengan apa yang mereka baca bahkan melalui media cetak, media massa mahupun blog-blog ataupun halaman-halaman di internet. Zaman teknologi yang berkembang pesat ini, banyak medium di internet yang telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi memburukkan martabat negara, dan memecahbelahkan kaum. Mereka membuat fitnah dengan sewenangwenangnya, kerana mereka tahu tiada siapa akan dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka. Pihak kerajaan seharusnya memperkasakan undang-undang dan mengawal hal ini supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini dikenakan tindakan yang setimpal atas perbuatan mereka. Media massa dan media cetak juga seharusnya menyalurkan saluran maklumat yang telus kerana sebagai rakyat, kita berhak mendapatkan informasi yang benar. Media cetak dan media massa juga seharusnya menyisipkan ruangan informasi berkenaan sejarah negara kita, bukan hanya setakat memberi liputan berkenaan hal dan isu semasa sahaja. Pembacaan secara tidak langsung ini sekaligus dapat menyemarakkan dan membangkit semangat nasionalisme dalam segenap masyarakat di Malaysia.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 58 TENAGA KERJA ASING Sebab Kedatangan Pekerja Asing 1. Kestabilan politik Malaysia . Keadaaan negara Malaysia yang aman dan makmur dan kestabilan politik menjanjikan pekerjaan yang mampu menampung kehidupan. Sistem demokrasi yang di amalkan oleh negara Malaysia menjadi pemangkin utama kepada sistem pemerintahan di negara ini. Hal ini dapat dilihat melalui semangat perpaduan yang diamalkan oleh masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Politik stabil memberi keyakinan ke atas keselamatan mereka semasa tinggal di sini. 2. Kadar upah yang tinggi. Perbezaan nilai mata wang juga merupakan faktor tarikan. Jumlah mata wang yang diperolehi dari negara mereka akan menjadi dua kali ganda nilainya. Nilai mata wang Malaysia adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan nilai mata wang negara seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Filipina. Menjadi satu kelebihan kepada buruh asing yang datang bekerja di negara Malaysia. Upah sekitar RM30 hingga RM40 sehari, terutamanya di bandar-bandar besar membolehkan mereka menyimpan wang dan mengirimnya kepada keluarga di negara mereka. 4. Kemakmuran ekonomi Malaysia. Kekayaan ekonomi Malaysia dengan perkembangan pelbagai sektor . Peluang kepada pekerja asing untuk merebut peluang pekerjaan. Wujudnya peluang pekerjaan khususnya dalam sektor perindustrian seperti pembuatan, perladangan, pertanian, pembinaan dan perkhidmatan. Buktinya kebanyakan pekerja yang terlibat di kilang-kilang, pembinaan bangunan dan ladang-ladang kelapa sawit adalah terdiri daripada pekerja asing seperti Indonesia, Bangladesh dan Filipina. 5. Imej negara Malaysia yang terjamin Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum amat menyenangkan mereka untuk datang secara sah. Mereka berasa gembira apabila bekerja di sini kerana keadaan negara yang aman, tiada huru hara atau kekacauan. Mereka dapat menumpukan perhatian dalam mencari rezeki tanpa diganggu dan perasaan takut 6. Persamaan budaya dan bahasa. Faktor budaya yang sama telah menarik perhatian pekerja asing terutama dari Indonesia untuk bekerja di Malaysia. Persamaan budaya, agama dan bahasa memudahkan mereka bergaul dengan masyarakat tempatan. Bahasa yang sama memudahkan komunikasi dalam pekerjaan. Manfaat/Sumbangan/ Kesan Positif Pengambilan Pekerja Asing/Tenaga Kerja Asing. Manfaat/Sumbangan dari segi ekonomi/ pembangunan negara: 1. Membantu mempercepatkan proses pembangunan negara. Kemasukan tenaga kerja asing ini telah mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara Tenaga kerja asing sangat diperlukan dalam mempercepatkan arus pertumbuhan negara kerana membantu menjadi tulang belakang dalam pembangunan negara. Sebanyak 355 432 orang pekerja asing di sektor perladangan, 81 913 orang di sektor perkhidmatan, dan 237 699 orang bekerja sebagai pembantu rumah. Kemajuan negara dibantu oleh titik peluh pekerja asing yang mampu bekerja di sektor yang tidak digemari oleh rakyat tempatan. 2. Mengisi kekosongan tenaga kerja negara (Guna Tenaga Negara). Dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan guna tenaga/ tenaga kerja dalam sektor-sektor utama negara seperti pertanian, pembinaan, perumahan dan perindustrian. Sumber tenaga kerja bukan profesional paling banyak ditawarkan seperti perladangan, pembinaan dan pembuatan. Dapat mengatasi permintaan tenaga buruh dalam pelbagai kategori mahir, separuh mahir dan kurang mahir. Kehadiran mereka juga merancakkan pertumbuhan ekonomi
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 59 4. Pekerja Asing membawa pelbagai kemahiran/kepakaran. Kemahiran, kepakaran dan pengalaman mereka dapat memberi idea baru kepada pekerja tempatan, terutama yang kurang mahir. Tenaga pakar seperti doktor, jurutera dan pakar dari pelbagai bidang dapat meningkatkan produktiviti negara. Boleh membimbing pekerja tempatan untuk menjadi mahir. Budaya kerja berkualiti yang diamalkan mereka dapat diterapkan kepada pekerja tempatan. Menguntungkan negara di masa hadapan kerana dapat mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dari luar yang mahir. 4. Perkongsian pintar dalam teknologi. Tenaga kerja asing daripada negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, dapat berkongsi kepakaran dengan pekerja tempatan. Pemindahan teknologi terkini berlaku secara terus dan dapat menjimatkan kos. Pihak majikan tidak perlu menghantar pekerja tempatan untuk berkursus di luar negara. 5. Dapat mengurangkan kos perbelanjaan majikan. Pihak majikan lebih gemar mengambil pekerja asing kerana gaji rendah boleh ditawarkan. Pekerja asing mampu bekerja dengan baik walaupun gaji yang diberikan rendah. mengurangkan dan menjimatkan kos pengeluaran. Majikan mendapat keuntungan berganda. Contoh - Pembantu rumah hanya diberikan gaji RM600 sebulan. Majikan lebih rela mengambil pembantu asing berbanding dengan menghantar anak mereka ke pusat asuhan yang lebih mahal bayarannya 1. Meningkatkan produktiviti. Tenaga kerja asing separuh mahir/tidak mahir diperlukan dalam sektor perladangan: contoh kelapa sawit. Mereka akan melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh majikan , tanpa sebarang rungutan. Hal ini akan menyebabkan produktiviti meningkat dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara. Manfaat/ Sumbangan dari segi Sosial: 1. Meningkatkan kualiti hidup rakyat tempatan Pembantu rumah warga asing telah memudahkan urusan rumah tangga rakyat Malaysia. Pembantu rumah mampu melakukan pelbagai tugas harian seperti menjaga kanak-kanak, mengemas rumah, memasak, mencuci dan sebagainya. Majikan akan kurang tertekan apabila pulang dari kerja Pekerja asing telah membantu dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat tempatan kerana buruh tempatan banyak pilihan untuk bekerja di bahagian atau sektor yang lebih baik. Rakyat tempatan akan berpeluang melanjutkan pelajaran lebih tinggi untuk menjawat jawatan yang lebih baik. Kesan/Impak Negatif Kedatangan Pekerja Asing/ Tenaga Kerja Asing. 1. Mewujudkan persaingan dengan tenaga kerja tempatan. Kedatangan tenaga kerja asing telah menyukarkan tenaga kerja tempatan untuk mendapatkan pekerjaan Rakyat tempatan menganggur kerana peluang pekerjaan yang ada telah dipenuhi oleh pekerja asing Majikan lebih berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada tenaga kerja asing kerana kadar upah yang rendah dan sifat mereka yang rajin. Kadar pengangguran negara meningkat. Kesan- hidup penduduk tempatan tersepit. Buktinya hampir 2.4 juta juta rakyat tempatan hilang peluang pekerjaan Menjejaskan taraf hidup penduduk tempatan 2. Pengaliran keluar wang negara pada kadar yang banyak/ Pengaliran wang keluar meningkat. Merugikan negara dari segi tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal pekerja asing ini.Keadaan ini menyebabkan pengaliran mata wang negara, keluar tanpa kawalan Sistem transaksi canggih di bank-bank negara kita dan proses pertukaran wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat serta perkhidmatan yang murah. Setiap tahun negara kerugian lebih rm4 bilion melalui aliran wang keluar secara besar-besaran oleh pekerja asing yang menghantar wang kepada keluarga mereka. Menjejaskan imbangan pembayaran negara dan membantutkan perkembangan ekonomi negara kerana wang tidak beredar di dalam negara. 3. Peningkatan pelbagai masalah sosial Peningkatan jenayah kerana tidak mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak mempunyai pekerjaan. Bagi menampung hidup dengan melakukan pecah rumah, kecurian, samun,rogol, rusuhan, dan lain-lain
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 60 Kes-kes pergaduhan di tempat kerja juga semakin meningkat , kes pembunuhan, penyeludupan, merompak, merusuh dan masalah sosial seperti pembuangan anak, pelacuran dan lain-lain menunjukkan angka yang membimbangkan. Kegiatan pelacuran semakin licik di kalangan pekerja china. Aktiviti pelacuran / perdagangan seks meningkat , kerana terdapat agensi yang mengambill pekerja asing menyalahgunakan permit yang diberi Mantan ketua polis negara mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini telah menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini. 4. Penyebaran penyakit berjangkit. menjejaskan kesihatan rakyat tempatan. Penyakit berjangkit seperti TB (batuk kering), mudah merebak kerana mereka tidak mengambil suntikan /vaksin pencegahan penyakit berjangkit ini. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendapati terdapat 20 kes baru penyakit tibi di kalangan warga Indonesia setahun. Selain itu, penyakit-penyakit berjangkit seperti leporasi, malaria, denggi, filariasis dan HIV juga merebak di kalangan mereka. Penyakit-penyakit ini ditakuti merebak dengan meluas seperti siflis dan hepatitis B. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1997, didapati kira-kira 12.7 juta rakyat Nepal dijangkiti HIV dan AIDS. 4. Kadar upah tidak meningkat Sebahagian besar pekerja asing adalah tidak mahir dan sanggup menerima upah rendah. Ini boleh membantutkan pertumbuhan upah dan menyekat pekerja tempatan dalam proses tawar menawar upah, lebih-lebih lagi sekiranya pekerja asing itu pengganti kepada pekerja tempatan Gaji di sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan tidak akan meningkat kerana pekerja asing tidak memilih terhadap gaji yang ditawarkan. Majikan akan hanya mengambil pekerja asing kerana tidak perlu membayar gaji yang lebih berbanding dengan pekerja tempatan yang terlalu memilih juga tiada potongan kwsp dan SOCSO. Dengan ini kos dapat dikurangkan. Pertumbuhan purata gaji di negara ini sebanyak 2.4%, ekoran bekalan tenaga kerja asing yang besar. Untuk meningkatkan pertumbuhan gaji, perlu menangani isu pekerja asing dengan mengurangkan angkanya 5. Masalah petempatan haram Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, pernah di gelar “Ciliwung Kecil Malaysia” sebelum dapat dikesan oleh kerajaan. Pekerja asing/ PATI yang datang telah membina petempatan setinggan kerana majikan mereka tidak menyediakan tempat tinggal untuk mereka. Di bandar-bandar besar, petempatan setinggan telah menyukarkan kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan Kewujudannya mencemarkan imej negara sehingga menjejaskan pelancongan negara. Langkah-Langkah Mengawal Permasalahan Pekerja Asing 1. Prosedur pengambilan pekerja asing yang lebih ketat dan sistematik Majikan yang ingin mengambil pekerja asing perlu mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kecuali pembantu rumah. Majikan perlu pergi ke negara tersebut untuk mendapatkan pekerja. Pemeriksaan kesihatan dijalankan apabila biodata pekerja telah didaftarkan di pejabat imigresen. Setelah itu majikan perlu membuat bayaran visa, caj levi, pas lawatan dan bayaran perkhidmatan 2. Pelaksanaan Program 6P Pelaksanaan program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, penguatkuasaan, pengusiran, pemantauan, dan pengampunan. Program tersebut dilaksanakan untuk tujuan mendapatkan anggaran statistik jumlah pekerja asing yang berada di Malaysia dan mengumpul maklumat peribadi mereka termasuklah data biometrik. Kerajaan juga dapat mengenalpasti keperluan jumlah pekerja yang diperlukan oleh setiap sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing di negara ini. 3. Mengehadkan pergantungan kepada buruh asing Menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan Pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara sumber yang diluluskan kerajaan saja Pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara ini Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pembantu rumah
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 61 Mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam sektor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan Kesannya-pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. 4. Peranan badan NGO dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) KPWK melalui unit kaunseling sentiasa memberikan khidmat nasihat kepada wanita yang datang membuat aduan tentang penganiayaan yang diterima setelah berkahwin dengan pekerja asing. KPWK dan badan NGO lain telah mengatur langkah dengan memberikan makluman terhadap prosedur untuk mengambil tindakan apabila menjadi mangsa. Mereka juga diberikan pendedahan tentang hak wanita sebelum, semasa dan selepas berkahwin dalam ceramah dan program-program mereka Contoh Soalan: Sumbangan tenaga kerja asing membantu pertumbuhan ekonomi negara . Namun kebanjiran mereka boleh memberi impak negatif kepada negara. Jelaskan pernyataan di atas. Skema jawapan: (3 + 2/ 2+ 3) 1. Sumbangan tenaga kerja asing kepada pertumbuhan ekonomi negara. 2. Impak negatif kemasukan mereka kepada negara. Jawapan penuh sila lihat nota di atas. PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) Individu yang bekerja di negara ini dengan latar belakang, asal usul dan negara yang berbeza. Mereka bekerja di pelbagai sektor seperti sektor perladangan, pembuatan dan perindustrian dan sebagai buruh bawahan. Datang ke negara ini secara haram atau tidak sah iaitu tidak memiliki dokumen kerja yang sah yang dperakui di negara ini. Masuk ke negara ini melalui ‘jalan-jalan tikus’ disepanjang sempadan negara atau pintu-pintu masuk negara. Pekerja asing tanpa izin dianggarkan berjumlah melebihi tiga juta orang. Hampir separuh pati berdaftar berasal dari indonesia, diikuti nepal dan bangladesh, bakinya dari pelbagai negara seperti India, Myanmar, Pakistan, Filipina dan Vietnam. Faktor Kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati): FAKTOR PENOLAK : 1. Faktor desakan hidup/ Taraf hidup yang miskin. Faktor tolakan disebabkan oleh keadaan negara mereka yang mengalami ketidakstabilan politik dan ekonomi menyebabkan mereka keluar untuk mencari nafkah. Sumber-sumber alam juga semakin berkurangan. Jumlah penduduk yang ramai dan keadaan ekonomi negara yang kurang membangun menyebabkan mereka tidak dapat lari dari masalah kemiskinan. Mempunyai jumlah penduduk yang ramai, contohnya penduduk negara Bangladesh kira-kira 168.957,745 juta orang dan merupakan tempat ke-8 daripada sepuluh negara yang mempunyai jumlah populasi terbanyak didunia. 2. Kurangnya peluang pekerjaan di negara asal mereka. Negara asal mereka seperti Bangladesh, China, Pakistan, Nepal dan Vietnam masih tidak cukup menyediakan peluang pekerjaan disebabkan kemiskinan. Taraf hidup mereka rendah menyebabkan mereka sanggup menerima gaji yang rendah keadaan ini menyebabkan persaingan kerja yang agak tinggi diantara mereka. Oleh itu berlakulah pengangguran pada kalangan orang yang tidak dapat bersaing. 3. Keadaaan politik yang kurang stabil. Keadaan ini menyebabkan penduduknya sentiasa dalam ketakutan akibat pergolakan politik khususnya dalam golongan kolar putih. Disebabkan oleh keadaan negara mereka yang mengalami ketidakstabilan politik dan ekonomi menyebabkan mereka keluar ke negara lain untuk mencari nafkah.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 62 4. Faktor bencana alam. Seperti letusan gunung berapi yang berlaku di negara Indonesia, dimana bermula dari Gunung Sinabung di Tanah Karo sehinggalah di Nusa Tenggara Barat, yang telah mengorbankan banyak nyawa. Selain itu tanah runtuh seperti mana yang berlaku di negara Filipina iaitu di Desa Guinsaugon di Pulau Leyte. Kemarau panjang juga merupaka antara bencana alam yang menjadi faktor penolak dan wabak penyakit. Kesan-kesan negatif kebanjiran PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) 1. Menambah beban kewangan kerajaan. Rm1.2 juta digunakan sehari oleh kerajaan sebagai kos untuk penahanan PATI. Menambah beban kewangan negara. Akan merugikan negara dari segi kerancakan perniagaan dan melemahkan kerancakan ekonomi di negara kita kerana perbelanjaan negara digunakan untuk mengatasi masalah PATI. 2. Mewujudkan persaingan dengan tenaga kerja tempatan Kedatangan PATI akan merebut peluang pekerjaan penduduk tempatan. PATI sanggup menerima kadar upah yang lebih rendah kerana mereka terdesak untuk hidup. Sikap majikan di negara ini gemar mengupah pekerja asing terutama PATI kerana boleh menggunakan kudrat mereka secara maksimum. PATI bukan sahaja dalam sektor yang dibenarkan, malah mereka turut terlibat dalam sektor lain seperti perkilangan. Kadar pengangguran semakin meningkat 3. Peningkatan pelbagai masalah sosial Peningkatan jenayah kerana PATI tidak mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak mempunyai pekerjaan. Bagi menampung hidup dengan melakukan pecah rumah, kecurian, samun,rogol, rusuhan, dan lain-lain Kes-kes pergaduhan di tempat kerja juga semakin meningkat , kes pembunuhan, penyeludupan, merompak, merusuh dan masalah sosial seperti pembuangan anak, pelacuran dan lain-lain menunjukkan angka yang membimbangkan. Kegiatan pelacuran semakin licik di kalangan pekerja china. Aktiviti pelacuran / perdagangan seks meningkat , kerana terdapat agensi yang mengambill pekerja asing menyalahgunakan permit yang diberi Mantan ketua polis negara mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini telah menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini. 4. Penyebaran penyakit berjangkit. Menjejaskan kesihatan rakyat tempatan. Penyakit berjangkit seperti TB (batuk kering), mudah merebak kerana mereka tidak mengambil suntikan /vaksin pencegahan penyakit berjangkit ini. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendapati terdapat 20 kes baru penyakit tibi di kalangan warga Indonesia setahun. Selain itu, penyakit-penyakit berjangkit seperti leporasi, malaria, denggi, filariasis dan HIV juga merebak di kalangan mereka. Penyakit-penyakit ini ditakuti merebak dengan meluas seperti siflis dan hepatitis B. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1997, didapati kira-kira 12.7 juta rakyat Nepal dijangkiti HIV dan AIDS. 6. Masalah penempatan haram/ rumah setinggan Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, pernah di gelar “Ciliwung Kecil Malaysia” sebelum dapat dikesan oleh kerajaan. Pekerja asing/ PATI yang datang telah membina penempatan setinggan kerana majikan mereka tidak menyediakan tempat tinggal untuk mereka. Di bandar-bandar besar, penempatan setinggan telah menyukarkan kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan di samping kewujudannya mencemarkan imej negara sehingga menjejaskan pelancongan negara. Langkah-Langkah Membendungnya Kemasukan Pati: 1. Meningkatkan kawalan sempadan/pintu masuk negara. Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara. Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 63 Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI. Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi. Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di negara kita. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh. 5. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat. Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasi-operasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita Pihak berkuasa sewajarnya sentiasa menjalankan rondaan dan serbuan di tempat-tempat yang dikhuatiri mereka melakukan kegiatan haram. Penempatan setinggan dan kawasan pembinaan sering menjadi tumpuan pekerja asing tanpa izin bersembunyi di samping menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undangundang negara. Undang-undang yang lebih keras dan ketat dilaksanakan terhadap majikan yang mengambil PATI. Majikan yang menyalahi prosedur akan dikenakan denda yang tinggi. Hukuman denda, penjara dan sebat bukan sahaja dikenakan terhadap pendatang asing ini tetapi juga orang tempatan yang membantu mereka seperti pihak majikan pendatang asing dan juga agensi-agensi pekerja asing. Pegawai kerajaan yang berani mengeluarkan dokumen peribadi palsu kepada pekerja asing juga patut dihukum. Operasi pos pendatang asing diadakan kerap dan tindakan kerajaan ini boleh melemahkan semangat penganjur dan pembawa pekerja asing. 6. Kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan negara jiran. Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan. Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan yang lebih efektif Kerjasama antara kerajaan hendaklah dieratkan lagi bagi membenteras kemasukan PATI ke Malaysia secara berleluasa. Kawalan sempadan oleh kedua-dua negara berjiran seperti kawalan laut, udara dan darat oleh pihak keselamatan kedua-dua negara. Kerjasama keselamatan ditingkatkan. Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih teratur dan terkawal 4. Peranan Masyarakat Masyarakat juga harus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat majikan yang mengaji PATI Sesetengah majikan lebih suka menggaji PATI kerana kosnya lebih murah berbanding pekerja sah atau pekerja tempatan Terdapat sesetengah majikan di kawasan pedalaman berkemungkinan mengambil PATI kerana kosnya yang rendah dan jauh dari pemantauan pihak berkuasa Penutup: Kedatangan pekerja asing ini tetap ada kebaikannya - kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi# politik dan sosial kesejahteraan dan pembangunan negara
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 64 EKONOMI Soalan: Pembangunan merupakan suatu proses yang penting untuk menghasilkan kemajuan kepada rakyat dan negara. Namun demikian, kepesatan pembangunan tidak dapat lari daripada ketirisan nilai mulia kemanusiaan. Jelaskan. Bil Idea Huraian Kepentingan Pembangunan kepada rakyat dan negara 1 Pembangunan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana. Misalnya, jalan raya dan premis perniagaan Jalan raya akan memudahkan urusan pergerakan rakyat, bank dan pejabat pos pula menyediakan perkhidmatan kepada pengguna untuk membayar pelbagai bil dan menyimpan wang serta barang berharga lain Melalui pembinaan kemudahan dan prasarana seperti ini akan membolehkan rakyat mendapat pelbagai manfaat. Sebagai contohnya, melalui pembinaan prasarana ini secara tidak langsung akan membangunkan kawasan di sekitarnya dan semua penduduk akan bertumpu di kawasan tersebut. Jadi bolehlah dikatakan yang pembangunan yang pesat mampu memberikan faedah prasarana kepada rakyat. 2 Pembangunan menyediakan peluang pekerjaan semasa pembangunan dijalankan atau selepas premis beroperasi seperti peluang untuk bekerja di bank atau premis perniagaan yang dibuka. Peluang pekerjaan yang diperolehi rakyat melalui pembangunan secara tidak langsung dapatmeningkatkan pendapatan rakyat sekali gus mengurangkan masalah kemiskinan dan pengangguran. Rakyat juga boleh mencipta dan melakukan kerja-kerja sampingan lain. Sebagai. contohnya pembukaan pasar malam dan petang di tempat-tempat yang padat dengan penduduk. Sesungguhnya pembangunan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. 3 Kawasan setempat mengalami pertumbuhan Setelah pembangunan dijalankan kawasan setempat mengalami pertumbuhan maka rakyat dapat memanfaatkan kemajuan yang pesat. Kawasan yang dahulunya tidak diusik oleh pembangunan hanyalah sebuah kawasan yang tidak mempunyai nilai ekonomi. Misalnya, apabila jalan raya atau lebuh raya dibina ke kawasan peranginan, maka pelbagai sektor lain akan tumbuh dengan rancak dan secara tidak langsung kawasan setempat mendapat limpahan kemajuan. Sebagai contohnya, pembinaan lapangan terbang Sibu dan jalan yang baik membawa kepada peningkatan jumlah pelancong ke Sibu. Jelaslah yang pembangunan merancakan pembangunan setempat. Akibat Ketirisan Pembangunan / Kesan Negatif pembangunan 4 Mengorbankan alam semulajadi Pembangunan fizikal yang tidak terkawal akanmengorbankan alam semula jadi. Antara bentuk pembangunan fizikal ialah membina bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Petronas, membina lapangan terbang seperti KLIA dan membina pelbagai lebuh raya seperti Lebuhraya Pantai Timur. Pembangunan yang dilaksanakan di suatu tempat yang baharu sudah semestinya menyebabkan kerja-kerja membersihkan tanah dijalankan Dengan itu, berlakulah usaha menebang pokok dan mengubahsuai tanah. Pokok yang menyumbang kepada kelangsungan lestari alam sekitar terpaksa dikorbankan. Misalnya, sewaktu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. Ringkasnya, pembangunan fizikal akan mengorbankan alam semula jadi. 5 Mengorbankan nilai kejiranan Pembangunan menuntut kesibukan bekerja dan akan mengorbankan nilai kejiranan. Pembangunan akan menyebabkan setiap individu mengalami kesibukan bekerja, stres, kekurangan masa dan seumpamanya.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 65 Antaranya mereka mungkin terpaksa bekerja jauh dari kediaman, keluar awal pagi dan balik lewat malam serta bekerja sehari suntuk atau keluar kawasan beberapa ketika. Keadaan tersebut sudah semestinya mengorbankan nilai kejiranan, contohnya sukar bertegur sapa dan tidak dapat mengikuti banyak program kemasyarakatan. Terbuktilah, yangpembangunan menuntut kesibukan kerja dan akan mengorbankan nilai kejiranan. 6 Menimbulkan masalah rumah tangga ibu bapa sibuk mengejar kerjaya mereka - kekurangan masa untuk bermesra dengan ahli keluarga menyebabkan anak-anak terbiar - menimbulkan masalah masalah remaja rumah tangga tidak terurus - suami isteri sibuk dengan kerjaya masingmasing - hubungan renggang - berlaku peceraian - khas di bandar-bandar besar Kombinasi Jawapan sama ada 2 + 3 / 3 + 2
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 66 Soalan: Kerajaan dan rakyat mempunyai peranan dalam usaha mengatasi kemelesetan ekonomi. Huraikan. Pengenalan Ekonomi yang tidak menentu dan stabil mempengaruhi kehidupan manusia seharian. Keadaan ini akan mengubah struktur perbelanjaan kerajaan dan rakyat mengubahsuai corak kehidupan mengikut keadaan. Isi / Idea Huraian Peranan Kerajaan mengatasi Kemelesetan Ekonomi 1 Meningkatkan pengeluaran produk komoditi dan eksport Pengunaan teknologi moden dalam menghasilkan dan meningkatkan pengeluaran produk Mempelbagaikan sumber ekonomi dan tidak tertumpu kepada satu jenis komoditi Mencari pasaran eksport di negara serantau dan dunia Memberi insentif pelaburan kepada pemodal asing Peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan mengadakan kerjasama strategik dengan syarikat swasta tempatan dan multinasional 2 Mengawal mata wang dan aliran pertukaran wang Mengurangkan pengambilan buruh asing yang tidak mahir Menghalang rakyat menyimpan wang di luar negara melalui akta dan dasar perundangan Mengelakkan perdagangan mata wang dalam pasaran terbuka Tidak bersandarkan kepada mata wang Amerika Syarikat dan menggantikannya dengan mata wang dinar 3 Merangka pelan jangka panjang dan pendek Pelan induk dasar perbelanjaan kerajaan yang kompetatif dapat meningkatkan pengaliran wang dalam negara Menggalakkan rakyat berbelanja dan membeli barangan tempatan, kerajaan mengawal harga barangan dan meningkatkan pengeluaran barangan pengguna Memberi insentif kepada rakyat dan mengurangkan kadar faedah pinjaman 4 Mengurangkan import barangan makanan dan barangan keperluan Mengimport barangan luar akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan berlaku defisit Kempen menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan Menaikkan cukai barangan yang diimport dan harga akan menjadi mahal, maka rakyat kurang membeli barangan import Peranan Rakyat mengatasi Kemelesetan Ekonomi 5 Berbelanja secara berhemah Pengguna hendaklah merancang perbelanjaan harian secara bijaksana Membeli barangan mengikut keutamaan dimana yang mustahak dan diperlukan sahaja Elakkan pembaziran semasa pembelian barangan keperluan harian 6 Membeli barangan tempatan Pengguna hendaklah mengutamakan dan membeli barangan tempatan Hal ini dapat mengurangkan kadar import dan pengaliran mata wang malaysia ke luar negara Pasaran mata wang tempatan akan berkembang dan akan membantu mengurangkan krisis ekonomi yang melanda negara kita 7 Tidak menabung di luar negara Rakyat tempatan hendaklah mempunyai kesedaran untuk menyimpan wang mereka dalam negara saja Pihak bank menyediakan kadar keuntungan yang menarik dan selamat Rakyat yang mempunyai simpanan diluar negara atau mempunyai pelaburan di luar negara hendaklah membawa balik keuntungan ke Malaysia sama ada disimpan atau dilaburkan semula dalam negara
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 67 Soalan: Salah satu sektor ekonomi yang diberi tumpuan di Malaysia ialah sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Industri tersebut banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Dalam masa yang sama, IKS juga menghadapi pelbagai cabaran untuk ditangani. Bincangkan. Pendahuluan Mendapat perhatian dalam negara semenjak RMK 1, selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian. IKS terbahagi kepada tiga iaitu industri berskala kecil (segala tugas dilakukan pemilik dan dibantu oleh keluarga), industri sederhana (pekerja antara 50 – 199 orang) dan industri berskala besar (pekerja 200 orang ke atas). Bil Isi / Idea Huraian A – Sumbangan IKS kepada kemajuan ekonomi negara/ kepentingan 1 Penggenap kepada industri besar ⬄ Membekalkan bahan separa siap yang diperlukan oleh industri berat seperti Proton ⬄ Mengurangkan import komponen kereta nasional dari luar negeri; jimatkan pertukaran wang asing; kurangkan pergantungan kepada negara maju ⬄ Kos pengeluaran industri berat diminimumkan ⬄ Keuntungan terjamin ⬄ Industri berat berkembang ⬄ Menuju ke arah negara perindustrian 2 Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan ⬄ IKS menyediakan 44.2% peluang pekerjaan daripada jumlah guna tenaga kerja dalam sektor perkilangan ⬄ Mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik berbanding dengan struktur pendapatan dan upah dalam firma besar dan syarikat antarabangsa yang lain ⬄ Membasmi kemiskinan 3 Mempercepatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara ⬄ Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu purata 8.5% setahun sejak 1989 tidak tercapai tanpa sumbangan dan sokongan IKS ⬄ Pada 1994, IKS meliputi 84.1% daripada pertubuhan pengilang dalam sektor perkilangan di Malaysi dan 48.9% daripada jumlah nilai keluaran sektor perkilangan ⬄ Peranan dalam sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. 4 Mewujudkan kepakaran tradisional ⬄ Menggalakkan perkembangan perusahaan hasil kesenian ⬄ Perkembangan industri ini akan menjadi daya penarik kepada perkembangan sektor pelancongan. Contohnya industri pertukangan atau ukiran kayu dan kraftangan. Pusat latihan kemahiran ditubuhkan untuk pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha. IKS memberikan pendedahan pengetahuan tentang pengurusan, pengendalian peralatan, kira-kira, pemasaran dan sebagainya. ⬄ Justeru itu dapat melahirkan golongan usahawan baru. ⬄ Dapat mengasah kewibawaan mereka sebelum menceburkan diri ke dalam industri yang bermodal lebih besar. 5 Pemindahan teknologi ⬄ Kerjasama IKS dengan industri besar akan membolehkan pemindahan teknoogi melalui latihan, khidmat nasihat, kemahiran pekerja serta peningkatan kualiti buatan IKS. ⬄ Sebagai pembekal komponen-komponen kecil, mahu atau tidak mahu, industri besar terpaksa melakukan teknik ini bagi menjamin komponen yang dihasilkan mempunyai kualiti kerana ia mempengaruhi produk akhir. 6 Membantu mengurangkan kadar inflasi ⬄ Perusahaan ini kebanyakannya tidak mempunyai modal yang tinggi. ⬄ Industri ini membantu mempelbagaikan produk di pasaran dan mengelakkan pergantungan kepada sesuatu produk yang boleh mendorong kenaikan inflasi sekiranya berlaku kekurangan 7 Meningkatkan jumlah tabungan dalam ekonomi negara ⬄ Kebanyakan operasi industri kecil, sejumlah besar sumber kewangan dan modal disumbangkan oleh pemilik sendiri, saudara mara atau kawan di samping rakan niaga. ⬄ Kajian menunjukkan bahawa lebih 70% sumber kewangan dalam IKS disumbangkan oleh pemilik atau pengusaha masing-masing ⬄ Ini boleh meningkatkan keseluruhan kadar tabungan penduduk dalam negara dan mengurangkan masalah kenaikan kadar inflasi
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 68 B – Cabaran yang dihadapi IKS 8 Kekurangan modal ⬄ Kadar pulangan pusingan yang rendah dan tiadanya ekonomi bidangan kerana IKS beroperasi dalam skil yang kecil ⬄ Sukar mendapatkan kemudahan pinjaman dari sistem perbankan kerana kurang dipercayai keupayaannya di samping taraf pendidikan tidak memuaskan ⬄ Bank berhati-hati memberi kredit kerana tidak mahu menanggung risiko jika hutang tidak terbayar. 9 Persaingan tenaga kerja ⬄ Sukar untuk mempertahankan tenaga buruh mahhir kerana mereka cenderung untuk bekerja dalam syarikat-syarikat yang besar yang menawarkan gaji yang besar, faedah dan suasana kerja yang selesa ⬄ Di samping itu juga, persaingan mendapatkan buruh berlaku di antara sesama IKS 10 Persaingan pasaran ⬄ Barangan keluaran menghadapi persaingan dengan barangan industri tempatan dan luar negari ⬄ Anggapan bahawa sesetengah barangan IKS kurang berutu ⬄ Persaingan dalam pengeluaran barangan yang semakin meningkat disebabkan industri-industri yang lebih maju dengan penggunaan teknologi terkini dapat menghasilkan lebih banyak barangan dan menawarkan harga yang lebih murah sedangkan IKS tidak mampu berbuat demikian 11 Kekurangan penggunaan teknologi ⬄ Kurang pendedahan kepada teknologi dan kurang pengetahuan tentang teknologi ⬄ Hasil dan mutu pengeluaran rendah dan tidak dapat memenuhi kehendak pasaran kerana teknologi tidak cekap dan ketinggalan zaman serta penyelenggaraan tidak sempurna ⬄ Rata-rata pengeluaran IKS sekarang lebih cenderung untuk memenuhi keperluan tempatan, sangat kurang terdedah dengan pasaran luar ⬄ Justeru itu, peluang mereka di peringkat antarabangsa amat terbatas 12 Hubungan intra - industri ⬄ Hubungan IKS dengan industri besar adalah tidak menggalakkan kerana kurang kepercayaan firma-firma besar kepada IKS khususnya dalam aspek ‘standard’ dan mutu produk yang rendah !3 Kehadiran IKS dari negara asing ⬄ Kemasukan mendadak IKS terutamanya dari Singapura Taiwan dan Korea Selatan telah menyempitkan peluang usahawan tempatan untuk menjadi pembekal kepada industri besar atau industri berat ⬄ Kehadiran IKS asing seakan-akan dialu-alukan oleh industri besar kerana lebih mepercayai firma asing daripada firma tempatan ⬄ Syarikat antarabangsa tidak menunjukkan minat untuk membangunkan IKS tempatan beranggapan IKS tempatan tidak mampu membekalkan barangan yang mencapai tahap yang dikehendaki Kesimpulan Perkembangan IKS amat penting dalam perkembangan ekonomi negara selaras dengan dasar kerajaan ingin menjadikan Malaysia berstatus negara maju menjelang 2020.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 69 Soalan: Malaysia kaya dengan pelbagai khazanah alam. Selain keistimewaan ini, terdapat produk pelancongan lain yang boleh meningkatkan sumbangan dalam industri pelancongan Negara. Jelaskan Pengenalan Industri pelancongan merupakan penyumbang ketiga pendapatan negara selepas perindustrian dan pembinaan. Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan yang berdaya saing dari segi kos dan produk pelancongan Bil Idea Huraian Jenis-jenis produk pelancongan negara 1 Kekayaan dan Keindahan alam semula jadi (Isi Wajib) Malaysia kaya dengan keindahan alam sekeliling-pelbagai gunung seperti Gunug Kinabalu di Sabah, pelbagai pulau yang indah seperti Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di Sabah dan air terjun hutan simpan yang mendamaikan Ramai pelancong asing terutama dari Asia Barat memilih Malaysia kerana keunikan tersebut Hutan simpan yang mendamaikan seperti Hutan Taman Negara Pahang dan Hutan Tasik Kenyir yang indah boleh menjadi tempat penyelidikan oleh pelancong asing 2 Pelancongan pendidikan Malaysia mempunyai banyak institusi pendidikan awam dan swasta Antara universiti awam yang telah lama wujud ialah Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia Terdapat institusi pendidikan swasta yang berpangkalan di Malaysia dan juga ada institusi swasta cawangan universiti antarabangsa Institusi Pengajian tinggi awam mempunyai pakej pendidikan terkenal,iaitu pensyarah yang berkelulusan PhD,prasarana terbaik dan kelulusan yang diiktiraf Ramai sahabat serta keluarga mereka datang ke Malaysia sambil melancong Usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau dan dunia semakin berhasil dengan kemasukan pelajar antarabangsa 3 Pelancongan sejarah dan warisan Negara Sejarah negara yang melalui pelbagai peringkat dan bentuk merupakan asset pelancongan paling berharga Terdapat abnyak muzium yang menyimpan khazanah sejarah,selain bahan sejarah yang masih wujud Antara muzium tersebut ialah Muzium Etnologi yang menyimpan kepelbagaian bahan sejarah etnik pelbagai negara dunia,juga menyimpan khazanah rumpun Melayu Polensia Terdapat juga Muzium Arkeologi Lembah Bujang,Muzium Arkoelogi Lenggong dan Muzium Kota Kuala Kedah Terdapat juga bangunan bersejarah peninggalan penjajah seperti bangunan stesen kereta api dan bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur 4 Pelancongan sukan Malaysia mempunyai reputasi sebagai penganjur sukan bertaraf dunia Pada tahun 1998, Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel, menganjurkan pula perlumbaan motorsikal Dunia GP dan paling terkenal ialah menganjurkan perlumbaan kereta Formula 1 (F1) di Sepang setiap tahun Memiliki bintang sukan bertaraf dunia dalam sukan skuasy,badminton dan lumba basikal misalnya menjadi kekuatan Malaysia untuk menganjurkan pertandingan Impaknya ialah Malaysia berjaya menarik ramai pelancong asing melancong ke negara ini 5 Pelancongan pertanian Bidang pertanian masih merupakan kegiatan ekonomi yang paling penting bagi Malaysia Malaysia sentiasa komited melaksanakan penyelidikan pertanian dan menyediakan insetif tertentu kepada golongan petani Antara hasil tanaman yang sukar ditemui di negara luar ialah tanaman kelapa sawit dan dusun buah-buahan tertentu
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 70 Pelancongan pertanian berlaku melalaui keperluan penyelidikan oleh pelajar asing,atau sekadar untuk menyaksikan bentuk pertanian negara seperti tanaman padi Hal ini juga membantu menghidupkan perniagaan berasakan rumah penginapan inap desa (homestay) Ramai pelancong turut hadir ke Malaysia sewaktu Pameran Hasil Pertanian (MAHA) 6 Pelancongan seni dan budaya Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya Kepelbagaian berlaku dalam bentuk makanan,pakaian,pekerjaan,tarian dan sebagainya Pelancong asing tertarik dengan kepelbagaian dan keunikan ini Pelancong asing dapat menimba pengalaman dan meningkatkan persahabatan Kesimpulan Sektor pelancongan di Malaysia akan terus berkembang dengan usaha-usaha berterusan untuk menambah nilai produk-produk tersebut. Usaha meningkatkan prasarana seperti aspek pengangkutan dan perhotelan,perkhidmatan dan penyampaian kerajaan akan berjaya memajukan lagi sektor ini Format jawapan: 1+4 (fakta 1 wajib+ 4 fakta lain) Kepentingan Dan Sumbangan Industri Pelancongan Terhadap Pembangunan Ekonomi Negara Malaysia Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini antara fungsi utama industry pelancongan adalah untuk menuju pembangunan pesat dalam ekonomi negara. Antara kepentingan dan sumbangan industry pelancongan di dalam ekonomi negara adalah:- 1. Pengaliran Wang Asing Dengan peningkatan dari tahun ke tahun pelancong ke Malaysia, ia dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara di mana pelancong dari luar negara akan menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia untuk berbelanja di Malaysia dan mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Jumlah pendapatan negara melalui pertukaran wang asing telah meningkat daripada RM132 juta pada tahun 1970 kepada RM545 juta pada tahun 1980. (Unit Perancang Ekonomi, 1981). Langkah kerajaan yang menjayakan program Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990 telah meningkatkan hasil pendapatan negara melalui pertukaran matawang asing sebanyak 56% dengan hasil bernilai RM 4.5 bilion (Salehen Sidek 2010). Pengaliran wang asing ini penting dan ianya terbukti apabila Malaysia menghadapi krisis kewangan, dengan peningkatan kemasukan pelancong telah memulihkan keadaan ini. Sepertimana yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.1, pendapatan ekonomi negara hasil sumbangan industry pelancongan sering meningkat. United Nations World Tourism Organization telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-9 bagi ketibaan pelancong dan tempat ke-13 dari sudut pendapatan. Pada tahun 2010, Jumlah pendapatan negara melalui sektor pelancongan terus meningkat kepada RM59.2 bilion. (Laporan ekonomi 2010/2011) 2. Dapat Memajukan Bidang Perniagaan Di Malaysia Pelancong yang melancong semestinya memerlukan keperluan asas seperti tempat penginapan, makanan dan minuman. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya. Seperti mana yang dilihat di Malaysia telah banyak pusat penginapan yang menjadi tumpuan pelancong tidak kira dalam negara mahupun luar negara dan masyarakat sekitar kawasan yang menarik dijadikan pusat pelancongan akan berpeluang menceburi bidang perniagaan. Pada tahun 2010, seramai 2,998 orang telah dilatih dan diberi lesen untuk mengendali penginapan homestay di seluruh negara. Selain itu, kerajaan telah mempromosikan pakej pelancongan komuniti orang asli telah membuka peluang pekerjaan kepada orang asli menjadi pemandu bot dan pemandu pelancong alam semulajadi (Laporan ekonomi 2010/2011) Hal ini secara tidak langsung mencapai sasaran kerajaan dalam DEB. Selain itu, keunikan dan kepelbagaian makanan yang berlainan bagi setiap negeri merupakan penarik utama bagi pelancongan. Ianya tidak dinafikan juga terdapat pelancong dalam negara juga sanggup untuk melancong untuk merasai makanan bagi setiap negeri. Begitu juga dengan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan lain.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 71 3. Membuka Peluang Pekerjaan Yang Lebih Luas Perkembangan yang mampan dalam industry pelancongan ini juga akan membawa kepada kewujudan lebih banyak penginapan, restoran atau gerai-gerai makanan, perkhidmatan pemandu pelancong dan banyak lagi yang membawa kepada lambakan peluang pekerjaan untuk masyarakat. Seperti mana yang diketahui industri pelancongan merupakan antara industri yang memerlukan ramai tenaga kerja seperti pekerja hotel, pemandu pelancongan, pekerja kedai cenderamata dan pekerja kedai kraftangan. Guna tenaga yang terlibat secara langsung dalam industri perhotelan telah meningkat dari 25,170 pada tahun 1985 kepada 39,960 pada tahun 1990 dengan mewujudkan tambahan pekerjaan sebanyak 14,790. Bilangan agensi pelancongan juga bertambah dari 611 pada tahun 1985 kepada 1,545 pada tahun 1990. Dalam tempoh itu juga, sebanyak 8,330 lesen telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat bas persiaran, teksi, dan kereta sewa.4. (Laporan ekonomi 2010/2011). Datuk Seri Najib Razak juga menyatakan sector pelancongan secara langsung memanfaatkan rakyat Malaysia dengan industry itu dengan mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan. (Berita Harian Online, 2015). Seterusnya, hal ini akan dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. 4. Pengangkutan Dan Perhubungan Dari aspek pengangkutan dan perhubungan pula, Malaysia sudah mempunyai beberapa syarikat penerbangan murah yang turut membantu mempromosikan pelancongan negara seperti syarikat penerbangan Firefly, Air Asia, MAS dan Rayani Air yang menawarkan perkhidmatan tambang murah (Amal Hayati Ishak et all 2010) Hal ini dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan menggalakan rakyat Malaysia sendiri untuk pergi melancong ke destinasi pilihan domestik disamping dapat mengurangkan pengaliran keluar matawang negara
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 72 Pelancongan Kesihatan Soalan: Pelancongan kesihatan merupakan sumber baru pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sejak tahun 1998 hingga Jun 2000, sekitar 400,000 orang pelancong asing mendapat rawatan di negara ini. Bincangkan peranan pelancongan kesihatan dalam konteks tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripada aktiviti pelancongan kesihatan. Pengenalan Pelancongan kesihatan ditakrifkan sebagai lawatan atau melancong ke sesebuah negara sambil menjalani atau untuk mendapatkan rawatan. Pelancongan kesihatan mempunyai peranan yang penting dalam memajukan ekonomi negara. Pelancongan kesihatan juga dimaksudkan apabila seorang individu atau pesakit yang melancong ke negara lain untuk mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan. Perkhidmatan tersebut biasanya mrangkumi prosedur-prosedur elektif dan juga prosedur-prosedur kompleks dan pakar seperti pembedahan kardiak, pembedahan pergigian, dan pembedahan kosmetik. Perkhidmatan–perkhidmatan lain seperti rawatan psikiatri, perubatan alternatif, dan juga perkhidmatan pengebumian boleh didapati di luar negara. Sehingga kini, terdapat 50 buah negara yang telah mengenal pasti industri pelancongan kesihatan sebagai satu industri nasional. Walau bagaimanapun pengakreditan dan cara penilaian kualiti perkhidmatan terhadap perkhidmatan yang diberikan adalah berbeza Bil Idea Huraian Peranan Pelancongan Kesihatan kepada Ekonomi 1 Menjana tukaran asing Pelancong bersama keluarga membawa masuk wang ke negara ini untuk melancong dan rawatan. Meningkatkan pendapatan negara 2 Peningkatan bilangan hospital swasta bertaraf dunia Penyediaan perkhidmatan kepakaran yang bertaraf dunia serta dilengkapi dengan peralatan dan prasarana yang canggih. Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. 3 Menggalakkan perkembangan perubatan tradisional/berasaskan herba Terdapat pelancong (terutama dari Eropah) yang memilih menggunakan perubatan tradisional. Struktur muka bumi Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna di samping amalan tradisi mampu menarik pelancong untuk berubat malah mempelajari bahan perubatan tradisional. 4 Meningkatkan industri insurans Menggalakkan pelancong membeli kemudahan insurans. Pelancong menikmati kos rawatan yang murah dan mudah kerana kos perbelanjaan ditanggung oleh syarikat insurans Masalah yang timbul daripada aktiviti pelancongan kesihatan. 5 Menyalahgunakan pas/visa/dokumen lawatan Rakyat asing mengambil kesempatan bekerja di pusat kesihatan dan spa sebagai tukang urut atau pelacur. Tanggapan salah terhadap industri pelancongan kesihatan. Mengembangkan aktiviti tidak bermoral. 6 Kekurangan pegawai perubatan kerajaan/kehilangan kepakaran Doktor dan jururawat kerajaan telah ditawarkan pendapatan yang lumayan oleh pihak hospital swasta. Hospital swasta akan mengenakan bayaran rawatan yang lebih tinggi bagi menampung kos. Hospital kerajaan pula akan kekurangan pakar perubatan. 7 Pengamal kesihatan yang tidak diiktiraf/tidak sah Pusat kesihatan dan kecantikan yang tidak sah. Operasi pusat kesihatan yang tidak bertanggungjawab dan hanya mengaut keuntungan peribadi. Menawarkan pelbagai pakej yang mutu rawatannya meragukan. Pelancongan kesihatan telah membantu meningkatkan industri pelancongan di Malaysia dan seterusnya sebagai pemangkin ekonomi negara.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 73 Soalan: Pengguna ialah individu yang menggunakan barangan dan perkhidmatan untuk keperluan dan kepuasan sendiri. Isu kepenggunaan melibatkan pengguna tertipu dengan pembelian yang dibuat. Oleh itu, pengguna perlulah mengetahui hak-hak dan tindakan melindungi diri mereka Skema jawapan: (5 + 0) Idea A: Hak-hak yang patut diketahui pengguna Fakta 1: Hak untuk memilih • Pengguna boleh memilih secara ikhlas hati barangan atau perkhidmatan yang ingin dibeli • Peniaga tidak oleh mendesak apatah lagi menipu pengguna • Kerajaan menyediakan peruntukan masa bertenang • (cooling period) kepada pengguna sama ada mahu • memilih atau sebaliknya dalam tempoh 10 hari bekerja Fakta 2: Hak mendapat ganti rugi • Berhak menuntut ganti rugi jika barangan atau perkhidmatan tidak memenuhi spesifikasi yang dipersetujui • Boleh mendapatkan secara langsung daripada peniaga ataupun melalui Tribunal Tuntutan Perigguna (jika berkaitan dengan rumah tuntutan dibuat di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah) • Mahlcamah Tinggi juga boleh memutuskan tuntutan • Bermakna pengguna berhak untuk diwakili oleh Persatuan Pengguna Fakta 3: Hak untuk mendapatkan maklumat • Pengguna boleh mendapatkan maklumat daripada peniaga sebelum membuat pembelian • Peniaga diarahkan oleh undang-undang untuk melekatkan label atau maklumat pada semua barangan atau perkhidmatan yang disediakan • Maklumat mengandungi kandungan bahan, tarikh buatan dan syarilcat pengeluar dan jaminan seperti jaminan Kementerian Kesihatan, jaminan halal dan sebagainya Fakta 4: Hal-hal keselamatan • Pengguna berhak mendapat barangan atau perkhidmatan yang selamat • Sebagai contoh jika mendapati kandungan makanan tidak selamat seperti mengandungi bahan kimia yang diharamkan atau berlebihan mereka boleh melaporkan kepada pihak berkuasa atau pihak persatuan pengguna, selain kepada surat khabar Fakta 5: Hak bersuara • Pengguna boleh menyuarakan pandangan melalui pelbagai media supaya dapat mendedahkan masalah tersebut untuk orang ramai • Boleh menyuarakan masalah kepada pihak kerajaan juga Halangan yang menyebabkan perlindungan kurang berjaya 1. Sikap pengguna sendiri • Enggan menerima nasihat pihak kerajaan atau persatuan pengguna • Keinginan mereka untuk memiliki barangan atau perkhidmatan mengatasi rasional fikiran • Berdiam diri dengan tidak melaporkan 2. Pengetahuan terbatas • Sesetengah pengguna tidak mengetahui kandungan barangan, perkhidmatan • Sesetengahnya tidak mengetahui hak-hak mereka dan ke mana mereka hendak menyuarakan masalah 3. Pengaruh ekonomi pasaran • Harga barangan boleh meningkat disebabkan kenaikan harga barangan tersebut di pasaran antarabangsa • Peniaga terpaksa menaikkan harga untuk mengelakkan kerugian • Pengguna terpaksa membeli untuk keperluan hidup mereka 4. Penguatkuasaan yang masih terbatas • Bilangan penguatkuasa terhad • Sesuatu kes lambat diselesaikan • Penguatkuasaan yang kurang berjaya kerana kecekapan terbatas Kesimpulan Hak pengguna di Malaysia sentiasa dipantau oleh kerajaan. Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan barangan dan keselamatan pengguna. Format jawapan: 2+3/3+2
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 74 Soalan: Antara tujuan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub produk halal ialah membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara. Jelaskan pernyataan tersebut. Pendahuluan Hub halal bolehlah didefinisikan sebagai aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran produk halal oleh pengeluar atau syarikat yang telah melepasi piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi tertentu yang mempunyai leluasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim ). Konsep halal adalah berdasarkan ajaran agama Islam. Tujuan Hab Halal Di Malaysia Isi I- Memacu pertumbuhan ekonomi negara ( isi mesti ada ) h1 Tahun 2010, Malaysia telah diiktiraf sebagai hub Halal Dunia, peluang untuk negara sebagai pengeluar utama produk halal. h2 Usaha kerajaan menjadikan malaysia sebagai hub Halal Dunia kerana nilai pasaran 2010 bernilai RM 8 trillion dan dianggarkan menjangkau RM 18 trillion menjelang 2011 h3 Industri PKS berasaskan produk hahal mampu meningkatkan KDNK dan sentiasa berkembang dengan inovasi teknologi terkini. melonjakan pendapatan negara. Isi 2- Meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam h1 menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, mengurangkan penggangguran, cipta peluang pekerjaan. h2 mengurangkan kadar kemiskinan h3 meningkat pendapatan isi rumah Isi3 -Pasaran yang luas h1 pasaran untuk penduduk Islam berjumlah 2 billion atau 60 peratus penduduk Asia- pasaran yang luas dan produk halal senang untuk dipasarkanh2 pasaran untuk negara-negara Islam atau Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UEA ). h3 Di Asia lebal halal di pandang tinggi di Jepun, Thailand sebagai pelaris jualan atau ‘marketing tool’ , pasaran Eropah. Isi4- pemindahan teknologi h1 menggalakkan penglibatan para pelabur antarabangsa melabur di Malaysia dalam industkusan halal. Contoh negara-negara Islam di seluruh dunia. h2 Teknologi pemprosesan dan pembungkusan dalam industri herba…, Korea Selatan, Taiwan dan China. h3 Teknologi Pengredan bahan dan makanan h4 memajukan industri sosej dan burger halal. Isi5- Halallan toiyiba ( Halal lagi baik ) h1 Halal dari segi sumber, cara penyediaan, bahan dan kandungan produk halal. h2 Mengutamakan kebersihan dan kesucian daripada unsur subahat. h3 Mendapat pengiktirafan JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kesimpulan - Industri halal berpotensi menjana ekonomi negara, meningkat KDNK, peluang pekerjaan baru, pengenalan teknologi beru dan peluang negara Islam menguasai Industri halal dunia. Tambah mana-mana yang perlu.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 75 Soalan: Kenaikan harga barang semakin membebankan yang rakyat. Kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk membendung mengurangkan kenaikan harga barangan. Huraikan Bil Idea Huraian Punca Kenaikan Harga Barangan 1 Kenaikan harga minyak/ petrol harga minyak meningkat secara mendadak di pasaran antarabangsa dan memberi kesan kepada harga minyak tempatan kenaikan harga minyak menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Kenaikan harga minyak/ petrol menyumbang kepada kenaikan kos pengeluaran, pengangkutan serta pemasaran meningkat di semua peringkat. peniaga memindahkan kenaikan kos kepada pembeli untuk mengekalkan margin keuntungan 2 Kebergantungan kepada sumber import kenaikan harga barang juga berpunca daripada terlalubergantung kepada barangan import bahan makanan seperti sayur, buah-buahan, daging terlalu bergantung dari luar kejatuhan nilai ringgit/ Kenaikan dolar Amerikamenyebabkan harga barang import meningkat jika bencana alam di Negara pengeksport, akan berlaku kenaikan harga barangan import dan pengguna terpaksa membayar lebih 3 Sikap tamak peniaga Terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatandengan menaikkan harga barangan apabila permintaanmeningkat terutamanya pada musim perayaan Terdapat juga peniaga yang memonopoli sesuatubarangan dengan cara mengurangkan pengeluaran supayaharga barangan dapat ditingkatkan Terdapat peniaga yang menyimpan stok barangan dan pengeluaran untuk menaikkan harga barangan Sikap tamak peniaga yang ingin mengekalkankeuntungan dengan menaikkan harga apabila kospengeluaran meningkat 4 Pengurangan subsidi Kerajaan memberi subsidi bagi membantu rakyat Subsidi diselaraskan bagi mengurangkan perbelanjaankerajaan dan meningkatkan pengeluaran negara Hal inimenyebabkan harga barang tertentu sepertiminyak meningkat Sebagai contoh, pengurangan subsidi terhadap barang keperluan asas seperti gula, tepung, minyak 5 Kelemahan penguatkuasaan undang-undang Jumlah penguatkuasa yang kurang menyukarkan kerjapemantauan. Perbuatan menyorok barang dengan tujuan menaikkanharga masih berlaku. Penyelewengan terhadap barang kawalan masih berlaku. Usaha Kerajaan Membendung Kenaikan Harga Barangan 6 Memberikan bantuan kewangan Kerajaan memberi bantuan kewangan bagi mengurangkan bebanan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3000 Bantuan awal persekolahan diberi kepada murid sekolah rendah dan menengah yang kurang berkemampuan Baucar Buku diberi kepada murid tingkatan enam dan mahasiswa di IPTA. 7 Memperkasa penguatkuasaan undang-undang Kerajaan melalui KPDNKK membuat pemantauan secara lebih menyeluruh
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 76 Peniaga tidak dibenarkan mengenakan harga barangan melebihi daripada harga yang sepatutnya/harga siling Peniaga diwajibkan meletakkan tanda harga bagi mempastikan harga yang ditawarkan mematuhi senarai harga yang ditetapkan Peniaga yang meletakkan harga yang melebihi daripada harga kawalan dikenakan denda 8 Memperkenalkan jenama/produk 1Malaysia sebagai alternatif Kerajaan menawarkan beberapa produk sebagai alternatif kepada pengguna dengan harga yang berpatutan. Kedai Rakyat 1Malaysia ( KRIM), Kedai Kain 1Malaysia Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Lawatan mengejut ke premis perniagaan dan Menu Rakyat 1Malaysia meringankan beban rakyat kerana harga yang ditawarkan secara relatifnya lebih murah Klinik 1Malaysia menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan bayaran berpatutan Mengukuhkan peranan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC). 9 Memperhebat pendidikan pengguna Tahap kesedaran dan pengetahuan pengguna dapat dipertingkatkan melalui program yang disediakan oleh kerajaan. Sebagai contoh, Hari Pengguna dan Kempen Belilah Barangan Tempatan Mesej kerajaan disampaikan melalui pelbagai media massa. Jawapan: 2+3 atau 3+2
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 77 Soalan: Perkembangan teknologi maklumat telah mencetuskan era globalisasi yang membawa kepada pelbagai faedah kepada ekonomi Malaysia. Namun demikian, tanpa persediaan yang mencukupi cabaran ini membawa kesan negatif kepada ekonomi negara. Idea Huraian Faedah Perkembangan Teknologi Maklumat Kepada Ekonomi 1 Mempergiat / meningkatkan aktiviti ekonomi negara. Kemajuan telekomunikasi, telesidang dan e-dagang Maklumat ekonomi dan disebarkan dengan cara meluas dan cepat Perniagaan jual beli dalam internet dapat dilakukan Pengguna mempunyai banyak pilihan Meluaskan pasaran barangan 2 Menggalakkan pemindahan teknologi Melalui globalisasi membawa masuk para pelabur yg berteknologi tinggi Membawa masuk teknologi moden dan kepakaran Penggunaan teknologi baru dalam pengeluaran Rakyat tempatan diberi latihan untuk pengendalian teknologi baru Dapat menguasai kemahiran dan mencipta teknologi sendiri. 3 Menggalakkan kemasukan pelaburan asing. Aliran modal pelabur lebih mudah Mempercepat pertumbuhan ekonomi Pertukaran data maklumat / peluang pelaburann di internet. Promosi galakan pelaburan MATRADE, MITI. 4 Meningkatkan kegiatan syarikat multinasional negara Maklumat / data tentang pelaburan luar dikongsi bersama Syarikat multinasional negara berpeluang mengembangkan pelaburan / aktiviti ekonomi. Memperluas pasaran eksport Malaysia Memperkembangkan ekonomi Malaysia. 5. Meningkatkan daya saing negara. Mendapat ilmu /maklumat terkini daripada negara lain/negara maju 6. Mempergiat industri hiliran. Menyokong industri utama. Kesan Negatif Teknologi Maklumat Kepada Ekonomi 7. Pendominasian ekonomi oleh syarikat asing Syarikat multinasional mengambil alih syarikat tempatan Syarikat tempatan dikuasai oleh syarikat asing Keputusan ekonomi perlu mendapat persetujuan mereka Pengeksploitasian ekonomi oleh pelabur asing 8. Penghakisan dasar perlindungan Berlaku persaingan barangan tempatan dengan produk luar negara Tidak dapat bersaing dengan produk dan menjadi ancaman kepada produk industri tempatan Import barangan dari luar akan terus meningkat Imbangan pembayaran semakin merosot Menjejaskan ekonomi negara 9. Berlaku aliran buruh mahir Penghijrahan buruh tempatan ke luar negara kerana mudah mendapat peluang pekerjaan di luar negara. Kerugian kepada kegiatan pengeluaran dalam negara Melambatkan pertumbuhan ekonomi tempatan Penghijrahan buruh asing ke negara ini Persaingan peluang pekerjaan dengan buruh tempatan Menjejaskan keluaran negara kasar Pendapatan upah buruh asing dihantar balik ke negara asing
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 78 SAINS DAN TEKNOLOGI Soalan: Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baru dalam urusniaga tanpa sempadan. Terdapat kesan yang mungkin timbul ekoran pelaksanaan e-dagang dalam urusniaga melalui sistem elektronik. Bincangkan. Pengenalan Perdagangan secara talian kini merupakan satu makenisme baru dalam urusniaga tanpa sempadan. Terdapat beberapa kebaikan dan kesan buruk daripada sistem perdagangan ini. Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya. Aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khdimat pelanggan secara online. Terdapat dua jenis perniagaan yang dijalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan. Idea Utama Huraian Manfaat Perdagangan Secara dalam talian/ E-Dagang/E-Niaga 1. Memudahkan dan mempercepatkan urusniaga Urusniaga dan perkhidmatan e-dagang boleh diakses dengan mudah setiap masa dan di mana saja pejabat atau di mana saja berada samada di pejabat, di rumah atau di mana sahaja. Segala pesanan dan pembayaran boleh dijalankan melalui internet atau elektronik. Ia memudahkan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan dengan sekelip mata serta tidak dibelenggu dengan kerenah pengisian borang-borang dan birokrasi Pembayaran yang mudah seperti bank transfer dan kad kredit, pay pal dan sebagainya ke seluruh dunia. 2. Mudah mendapat maklumat.. Memberi peluang kepada syarikat - syarikat untuk menghantar mesej - mesej pemasaran dan maklumat produk kepada pengguna multinasional melalui internet. Melalui facebook, youtube, blog, laman web syarikat dan iklan-iklan elektronik. Ketepatan maklumat membolehkan pengeluar dan pengguna membuat keputusan dengan betul dan akan membawa keuntungan kepada syarikat dan negara. E-Dagang berupaya memberi maklumat yang mesra pelanggan dan terkini. Kemesraan ini terletak kepada susun atur yang mudah untuk dilayari serta mempunyai penerangan untuk setiap barangan dalam laman web. Orang ramai berpeluang mengikuti keadaan dan perkembangan ekonomi dunia dan pasaran saham dalam dan luar negeri dengan cepat dan mudah. Menjimatkan kos urusniaga. 3. Pasaran yang luas E-dagang telah memberi peluang kepada peniaga -peniaga kita memasarkan barangan dalam dan luar negeri serta seluruh dunia. Seperti contoh penggunaan laman jual beli antarabangsa e-bay, oxl dan sebagainya. E-dagang telah menggalakkan perdagangan antara sebuah negara dengan sebuah negara lain. Kesan Negatif E-Dagang/ Perdagangan secara dalam talian/E-Niaga 4. Wujudnya unsur penyelewangan Dagang Boleh Digunakan Untuk Melakukan Jenayah Kolar Putih Atau Jenayah Elektronik. Wujudnya Laman - Laman Web Perdagangan Palsu Yang Menyebabkan Pengguna Tidak Mendapat Barangan Yang Dipesan Walaupun Pembayaran Telah Dilakukan Melalui Elektronik. Jenayah Perdagangan Tersebut Sukar Dikesan Kerana Mereka Mahir Memanipukasikan e-dagang. 5. Ketidaktentuan transaksi Sistem yang tergendala akan menyebabkan wujud masalah transaksi pesanan dan pembayaran serta perkhidmatan. Pembuktian urusniaga menghadapi masalah. Terma urusniaga tidak selaras dengan transaksi. 6. Monopoli produk negara maju Negara maju akan mengeksploitasi pasaran dengan mengamalkan dasar monopoli Negara maju akan membentuk blok perdagangan Negara - negara mundur akan terus ketinggalan dalam era globalisasi Negara maju menetapkan syarat dan kouta perdagangan.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 79 Soalan: E-niaga merupakan konsep dan platform perniagaan maya yang menjadi kegemaran dan kegilaan generasi baharu. Namun demikian sambutan dan penerimaan terhadap konsep ini masih rendah berbanding negara maju lain di dunia. Huraikan. (3+2) Pengenalan: Pembangunan e-niaga telah membuka ruang yang lebih luas untuk menjana pendapatan usahawan dan seterusnya merancakkan ekonomi negara. Namun, urusniaga bentuk ini masih kurang mendapat sambutan. Bil Idea Huraian Idea Faktor E-Niaga menjadi kegemaran generasi baharu 1 Menjimatkan kos peniaga dan pembeli Peniaga menjual barangan dan perkhidmatan mereka kepada pelanggan secara langsung Tidak perlu menyewa tapak kedai sebaliknya menempatkan perniagaan di sebuah pelayan web utama. Kaedah peniagaan terus kepada pelanggan(B2C) dapat menjimatkan kos pemasaran dan seterusnya eningkatkan margin keuntungan. menjamin harga yang lebih rendah Cth: Syarikat penerbangan Air Asia telahmengguna-kan kaedah e-niaga sebagai medium untuk menawarkan perkhidmatan penerbanganbagi mengurangkan kos. 2 Kaedah transaksi tanpa sempadan Pelbagai urusan perbankan dan transaksi boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana juga Pengguna tidak terikat dengan urusan waktu pejabat / terpaksa beratur panjang di kaunterbayaran Pelayan web utama boleh dikunjungi pada bila-2 masa Cth: Perkhidmatan Maybank2U.Com , CIMB Click 3 Saiz pasaran yang lebih luas Barangan dipasarkan ke seluruh dunia tanpa sebarang masalah / di atas talian Saiz pasaran yang lebih luas menjanjikan pelanggan yang lebih ramai / pelanggan merentasi sempadan Negara 4 Pilihan barangan dan perkhidmatan yang pelbagai dan terkini Pelanggan dapat mengakses serta merta barangan dan perkhidmatan yang disediakan Menjadikan mereka pengguna yang lebih peka Maklumat dan senarai harga terkini disediakan dalam talian. Maklumat produk sentiasa dikemaskini bagi membantu pembeli membuat perbandingan daripada pelbagai aspek, seterusnya membuat pilihan yang tepat dan bijak B: Faktor kurang mendapat sambutan berbanding negara maju 5 Jumlah pengguna internet yang terhad / jurang digital Berdasarkan laporan Penggunaan Internet, pengguna internet hanya tertumpu di Lembah Kelang dan kawasan sekitarnya. Pengguna internet di negeri-negeri lain terutamanya di kawasan luar bandar adalah rendah, iaitu di bawah paras 10% . Kadar yang rendah disebabkanjurang digital Jumlah penggunaan yang terhad akan mengganggu erkembangan e-niaga 6 Usia pengguna Kebanyakan pengguna internet adalah golongan muda dan remaja yang berumur antara 15 hingga 19 tahun dan 20 hingga 24 tahun. Kebanyakan mereka masih menuntut dan tidak mpunyai pendapatan Mereka menggunakan internet untuk tujuan hiburan, berkomunikasi dan mencari maklumat Keadaan ini gagal mewujudkan kumpulan pengguna yang berkualiti untuk pasaran e-niaga 7 Keselamatan transaksi Kad kredit merupakan kaedah pembayaran yang popular dan pengguna bimbang terhadap keselamatan transaksi Kebanyakan pelanggan masih kurang yakin untuk memberi maklumat kad kredit Kebimbangan wujud terhadap kemungkinan maklumat peribadi dan nombor akaun kad kredit mereka dipintas oleh penggodam system komputer Justeru, e-niaga bukan menjadi pilihan utama
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 80 Soalan: Amalan pemprosesan semula bahan-bahan buangan atau kitar semula mendatangkan pelbagai kebaikan terhadap kehidupan manusia dan alam sekitar. Bincangkan. Pendahuluan Secara zahirnya majoriti daripada rakyat Malaysia tidak mengerti tentang maksud di sebalik slogan ‘Kitar Semula’. Kitar semula ialah proses menghasilkan sesuatu produk yang baru atau boleh dikategorikan sebagai inovasi, hasil daripada bahan-bahan yang enggan digunakan lagi proses pengurusan sampah sarap dan bahan-bahan buangan untuk mengelakkan kesan negatif terhadap manusia dan alam sekitar kaca, plastik, logam dan lain-lain Bil Idea Huraian Kebaikan Amalan Pemprosesan Semula Bahan-Bahan Buangan 1 Kebaikan Kepada alam sekitar Pemeliharaan alam sekitar Mengurangkan kesan rumah hijau. Kesan positif terhadap sistem ekologi dan cuaca dunia Menurut kajian, penghasilan barang baru daripada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baru daripada barang terbuang. Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida , sulphur oksida dan metana merupakan punca kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu barang. 2 Mengurangkan Penggunaan Bahan Mentah. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan kepada bahan mentah. Oleh itu, sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan. Kitar semula kertas dapat mengatasi masalah penebangan pokok untuk pembuatan kertas secara berterusan Kitar semula juga dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara bakal ketandusan sumber hutan. Habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan juga berkemungkinan besar akan pupus. 3 Mengurangkan masalah pencemaran alam Sampah sarap tidak lagi dibuang sewenang-wenangnya di merata tempat Bahan buangan yang boleh dikitar semula dikumpulkan dan diasingkan Tiada pembakaran secara besar-besaran untuk melupuskan bahan buangan yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. 4 Menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah Banyak kebaikan yang boleh diperoleh dengan mengitar semula, bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada manusia, malahan kepada haiwan dan alam sekitar. Kitar semula berpotensi menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. negara kita dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Hal ini demikian kerana, saban hari kuantiti sampah di Malaysia semakin meningkat. 5 Kebaikan kepada kehidupan manusia Menambah pendapatan. Pekerjaan orang perseorangan. Kebanyakan penduduk yang kurang pendapatan, boleh mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru daripada bahan yang tidak mahu digunakan lagi. Sebagai contoh, surat khabar boleh diinovasikan menjadi sebuah bakul yang cantik dan menarik sekali. Berbagai-bagai kraf tangan lain yang boleh dihasilkan daripada surat khabar mahupun tayar-tayar lama. Seterusnya, kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan dengan harga yang berpatutan Mengumpul bahan buangan- dijual kepada pengumpul bahan buangan Pengumpul hantar ke kilang pemprosesan Kilang pemprosesan- pekerja kilang 6 Penjimatan kos pembuatan Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding dihasilkan daripada bahan kitar semula Menjimatkan kos pengeluaran
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 81 Mengurangkan belanjawan kewangan. Mengelakkan pembaziran. Bekas-bekas boleh digunakan semula botol kaca, bekas-bekas plastik 7 Mewujudkan industri baru Mewujudkan kilang-kilang memproses semula bahan buangan Kilang memproses besi Kilang memproses semula kertas Kilang tisu Kesimpulan Kitar semula bahan buangan satu langkah bijak Memelihara sumber bahan asli dalam jangka masa panjang Skema : 5 + 0 Soalan: Program Kitar semula merupakan satu kaedah mesra alam yang banyak mendatangkan manfaat kepada kehiudpan manusia. Bincangkan. Pengenalan: Program kitar semula merupakan proses penggunaan sampah sarap dan bahan-bahan buangan untuk mengelakkan kesan negatif terhadap kehidupan manusia. Program kitar semula mempunyai banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Bil Idea Huraian idea Manfaat Program Kitar Semula kepada kehidupan manusia 1 Memulihara alam sekitar Mengelakkan sumber-sumber galian dan kayu daripada cepat habis akibat eksploitasi berlebihan. Sumber dapat dijimatkan dan diselamatkan dengan mengitar semula kertas lama untuk dijadikan bahan baru. Memberi kesan positif terhadap sistem ekologi dan cuaca dunia. 2 Mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global. Kandungan gas rumah hijau seperti metana dan karbon dioksida dapat dikurangkan Proses kitar semula bahan buangan dapat mengurangkan kesan rumah hijau kerana sampah sarap tidak dibakar secara terbuka. 3 Penyelidikan dan Pembangunan (PdP) Kitar semula membantu meningkatkan PdP khususnya dalam penghasilan barangan berkaitan kitar semula Pdp dalam penciptaan mesin dan jentera untuk proses kitar semula dan meningkatkan kualiti produk. 4 Penjimatan bahan mentah Penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan apabila bahan-bahan yang dihasilkan untuk kegunaan harian diperoleh daripada kitar semula. Perlombongan logam dapat dijimatkan dan memanjangkan hayat lombong berkenaan. 5 Pengurangan penebangan pokok Pokok merupakan sumber penghasilan kertas Apabila kertas dikitar semula, penebangan pokok dapat dikurangkan melalui proses kitar semula kertas Pokok boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih mendatangkan banyak manfaat untuk negara. 6 Mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar Pembakaran bahan-bahan seperti plastik, getah dan kertas akan membebaskan gas-gas berbahaya yang mencemarkan udara. Melalui proses kitar semula, masalah pencemaran dapat dikurangkan. Kesimpulan: Program kitar semula bahan-bahan buangan merupakan langkah bijak bagi memastikan bumi tidak terus tercemar.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 82 Soalan: Perkembangan dan aplikasi teknologi robotik telah mencapai kemajuan yang membanggakan di Malaysia. Bincangkan kepentingan teknologi robotik terhadap pembangunan negara dan keburukannya. Pengenalan Robot adalah mesin canggih yang boleh melakukan kerja secara automatik dengan kawalan computer. Ciptaan sains ini telah mempermudahkan pekerjaan manusia dan manusia semakin memerlukan teknologi robot untuk menjalankan tugas- tugas tertentu dalam pelbagai bidang. Malaysia merupakan sebuah negara yang sudah pun menggunakan teknologi robotik sejak sekian lama kerana ianya merupakan satu keperluan yang penting dalam sektor perindustrian termasuk pembuatan, pengeluaran serta perubatan di seluruh dunia. IDEA HURAIAN Kepentingan Teknologi Robotik kepada Pembangunan Negara 1 Alternatif kepada tenaga manusia Mengganti tenaga manusia dalam kerja-kerja berat, rumit, berisiko dan kerja-kerja yang tidak mampu dilaksanakan oleh manusia. Menggunakan teknologi robotik bagi mengelakkan kecuaian manusia semasa menjalankan penyelidikan. Menjadi pembantu kepada golongan OKU. Contoh robot Meldog membantu orang buta (mempunyai alat deria ultrasonik); kaki dan tangan yang berteknologi robot dapat dihasilkan. Jabatan Bomba Jepun menggunakan robot untuk menyelamatkan mangsa kebakaran / Pasukan PBB menggunakan robot untuk membersihkan periuk api. 2. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) • Pelbagai penyelidikan dibuat untuk menghasilkan penemuan baharu dan mengembangkan teknologi robotik. • Hasil penyelidikan akan digunakan dalam pelbagai sektor seperti industri automobil / industri penerokaan angkasa lepas - planet Marikh. 3. Membantu bidang perubatan Membantu doktor menjalankan pembedahan yang serius dan mendiagnosis penyakit kronik / pembedahan organ kecil yang memerlukan gerakan yang terhad - pembedahan mata, jantung dan otak. Pembedahan robotik jauh lebih tepat dan teliti selain mengurangkan pendarahan dan kerosakan tisu. Hasil yang diperoleh lebih tepat kerana kaedahnya boleh diprogramkan. Boleh mempercepat proses rawatan seperti penyakit kanser. 4. Meningkatkan kualiti dan produktiviti produk / mencapai piawaian Penggunaan robot dalam bidang perindustrian dapat meningkatkan kualiti pengeluaran. Produk yang dikeluarkan mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan. Hasil pengeluaran lebih selamat digunakan. Sebagai contoh: industri pemasangan kereta (Robot Unimate 2003) digunakan di kilang kereta Proton. 5. Meningkatkan industri perfileman negara Teknologi robotik digunakan secara meluas dalam pembuatan filem yang berunsurkan sains fiksyen Dapat menggantikan tenaga manusia dalam adegan aksi yang berisiko tinggi Masa penerbitan filem dapat disingkatkan. Sebagai contoh: 'Star Wars','Terminator' dan 'Robocop' Keburukan Teknologi Robotik 6. Manusia menjadi malas, kurang berfikir dan tidak berinisiatif Manusia terlalu bergantung kepada robot untuk melakukan tugas dan kerja. Manusia menjadi semakin malas dan pasif untuk berfikir. Hanya tahu mengendalikan robot tetapi tidak tahu cara mencipta robot 7. Robot tidak fleksibel Hanya melaksanakan kerja yang diprogramkan sahaja. Kos yang tinggi diperlukan untuk memasukkan program yang baru. Tidak mempunyai otak seperti manusia yang boleh berfikir atau melakukan sesuatu yang abstrak dan kreatif (seperti tugas-tugas yang melibatkan hubungan sesama manusia, perasaan, emosi dan psikologi) 8. Menutup peluang pekerjaan Apabila semua kerja di kilang telah diambil alih oleh teknologi robot Peluang pekerjaan menjadi terhad, kadar pengangguran akan meningkat kerana tenaga manusia telah ditukar kepada teknologi robot. 9. Kos yang tinggi Penghasilan robot memerlukan kos yang tinggi bagi mengimport teknologi dan kepakaran. Terpaksa mengimport teknologi robot daripada negara-negara maju - Jepun, Amerika Syarikat.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 83 Soalan: Teknologi robotik mempunyai pelbagai manfaat kepada pembangunan negara. Namun kita tidak seharusnya terlalu bergantung kepada teknologi ini. Bil Idea Huraian idea Kebaikan teknologi robotik kepada kehidupan manusia. 1 Menggantikan tenaga kerja manusia. Robot dicipta sebagai pekerja atau menggantikan tenaga kerja manusia Hanya memerlukan pengawasan yang minima dan lebih menjimatkan kos majikan Dapat meningkatkan produktiviti/ pengluaran syarikat. 2 Membantu memudahkan urusan harian Robot dapat membantu suri rumahtangga melakukan pelbagai kerja rumah Membantu menjaga kebersihan rumah dan menghantar makanan Melaksanakan pelbagai tugasan lain termasuk menetapkan penggera, mewujudkan memo peringatan dan menyediakan maklumat terkini mengenai cuaca dan lalu lintas. 3 Mengurangkan kesilapan/ kecuaian Kerana mampu melakukan pekerjaan yang memerlukan ketelitian yang tinggi. Penggunaan robotik membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis pelbagai penyakit dengan lebih tepat. Contoh membantu doktor bedah menjalankan operasi pembedahan dalam bahagian tubuh manusia yang sukar dilakukan dengan tangan dengan kejituan yang sangat tinggi. 4 Melakukan kerja berbahaya. Digunakan sebagai alat pengganti manusia untuk melakukan tugas yang terlalu berbahaya dan berisiko Membantu anggota bomba untuk menyelamatkan mangsa kebakaran Robot digunakan untuk menggantikan tugas manusia bagi memusnahkan bom dalam bidang ketenteraan. teknologi ini membantu tentera mengesan bom, periuk api dan sebagainya. Selain itu, ianya juga memainkan peranan penting sebagai ejen perisikan dan mengesan segala pergerakan yang dirancang oleh musuh. 5 Membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) Alat sokongan untuk membantu orang kelainan upaya dicipta. Peralatan robotik diubahsuai utk membantu OKU menjalani kehidupan seharian mereka seperti Robot Asimo yang dicipta oleh negara Jepun. Langkah menggalakkan teknologi robotik 6 Menjalankan kerjasama dengan negara lain. Malaysia mengambil inisiatif menjalankan beberapa kerjasama dengan negara seperti China yang melabur di negara ini untuk penambahan dan peningkatan kemahiran teknikal serta ilmu berkaitan teknologi ini. Contoh :Projek Pembangunan Bandar Robotik Masa Depan di Johor dengan pelaburan sebanyak AS$3.45 billion dengan syarikat dari negara China. 7 Mengadakan pertandingan inovasi robotik Pertandingan inovasi robotik dari semasa ke semasa Meggalakkan penyertaan rakyat pelbagai peringkat samada peringkat tempatan atau antarabangsa. Meningkatkan minat dan ilmu pengetahuan robotik dari peringkat sekolah rendah dengan tertubuhnya Kelab Rekacipta. 8 Menawarkan latihan dan pendidikan Pelajar sekolah diberi pendedahan dan latihan mengenai robotik melalui kursus-kursus atau bengkel-bengkel Kursus lanjutan di peringkat IPT di tawarkan kepada pelajar bagi memberi peluang mereka meningkatkan pengetahuan dan kemahiran 9 Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R & D) R & D dalam bidang robotik diperluas. Para penyelidik di universiti-universiti tempatan diberi galakkan dan insentif dalam bentuk dana dan geran penyelidikan. Berfokuskan kepada penciptaan robotik yang boleh dikomersialkan dan digunakan dalam pelbagai bidang. 10 Meningkatkan kesedaran Ibubapa di tingkatkan kesedaran tentang kelebihan teknologi robotik dalam pelbagai bidang Menggalakkan ibu bapa mendidik anak mereka meminati bidang robotik sejak dari kecil. Pendedahan berterusan kepada masyarakat juga perlu di jalankan agar teknologi ini lebih dikenali kewujudannya.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 84 Soalan: Pertanian organik yang mesra alam memberi kesan positif. Justeru pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memajukannya. Bincangkan. BIL IDEA HURAIAN Kesan Positif Pertanian Organik Mesra Alam 1 Hasilkan makanan yang selamat dimakan Selamat dimakan tanpa racun perosak dan baja kimia Mengekalkan nutrien secara semulajadi Tiada kesan sampingan 2. Memulihara alam sekitar Menggunakan baja kompos Kaedah kawalan biologi Memelihara rantai makanan Kekalkan keseimbangan ekosistem 3. Mengekalkan kesuburan tanah Sisa-sisa pertanian diproses secara biologikal Dijadikan baja organik Kawal suhu tanah Dapat kekalkan nutrien dalam tanah 4. Memperkembangkan penyelidikan dan pembangunan Meningkatkan kajian kepelbagaian sumber dan kesesuaian tanah Penyelidikan terus dijalankan agar pertanian dimajukan Usaha Memajukan Pertanian Organik 5 Pembangunan dan penyelidikan (PdP) Adakan kajian lebih mendalam, ujikaji Membangunkan kaedah yang pelbagai Memanfaatkan sumber pertanian 6. Peningkatan teknologi Pertingkatkan penggunaan teknologi agar kualiti makanan lebih baik Dapat hasilkan dengan cepat Dikeluarkan dengan kuantiti yang besar 7. Pertukaran kepakaran/ Kerjasama dengan negara luar Adakan usahasama dengan teknologi antarabangsa yang telah berjaya seperti China, Jepun dan Jerman 8. Kemudahan logistik Penubuhan pusat kajian dan latihan yang canggih Melakukan semua amalan, ujian dan penyelidikan dengan sempurna dan efektif Skema jawapan : mana-mana 2 + 2 di atas
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 85 Soalan: Sektor pertanian sememangnya memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetetif. Bincangkan Bil Idea Huraian Sumbangan Sektor Pertanian kepada negara 1 Membekalkan bekalan makanan Menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang berpatutan. Keperluan makanan rakyat. Mengurangkan kebergantungan kepada makanan import seperti beras dan sayur-sayuran. 2 Mewujudkan peluang pekerjaan Meningkatkan kemahiran modal insan Meningkatkan taraf hidup Mengurangkan masalah pengangguran dan kemiskinan Sebagai petani moden atau pekerja di sektor perladangan atau penyelidik. 3 Meningkatkan hasil/pendapatan negara Meningkatkan jumlah pengeluaran eksport Mengurangkan import dan menambahkan pendapatan negara. Mengurangkan pengaliran keluar wang negara. 4 Membekalkan bahan mentah kepada industri / Industri Hiliran Pembekal utama bahan mentah yang murah kepada industri berasaskan sumber Bekalan dapat dibekalkan sepanjang tahun seperti sawit dan getah Bekalan bahan mentah pertanian yang diproses dan dijadikan bahan akhir untuk kegunaan domestik dan eksport 5 Memajukan industri pelancungan ( Agro pelancongan ) Menarik pelancong datang untuk menikmati hasil pertanian sambil melancong. Contoh : Cameron Highland. Usaha Mentransformasikan Sektor Pertanian 6 Membangunkan kegiatan pertanian dan perhutanan secara bersama (projek perhutani) Membentuk asas pengeluaran yang lebih luas Hasil pertanian dapat dikomersialkan secara perladangan Mengoptimumkan penggunaan sumber terutamanya tanah Penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri dapat dihasilkan bersama-sama. 7 Menghasilkan produk pertanian berasaskan keperluan pengguna Produk dan pasaran utama dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna Contoh penanaman Tongkat Ali, hasil daripada susu kambing dan halia 8 Memajukan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) Penyelidikan berkaitan peningkatan hasil dan kualiti tanaman seperti input pertanian Penggunaan bioteknologi Kajian rintangan terhadap penyakit. Dapat mengoptimumkan pengeluaran tanaman makanan. 9 Mewujudkan sektor pertumbuhan baharu Menggalakkan pertumbuhan industri berskala besar seperti perhutani, produk asli istimewa, buluh dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan. Agritourisme atau pelancongan tani 10 Penggunaan teknologi dan kaedah pertanian moden Penggunaan teknologi secara intensif Kaedah tanaman/penternakan moden Peralatan, jentera, pembungkusan dan pemasaran Meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian 11 Memberi nilai komersial kepada produk pertanian Pertanian sebagai satu perniagaan Menjenamakan produk pertanian seperti “Malaysia Best” Petani yang berpengetahuan dalam amalan –amalan pertanian moden. Berkeupayaan bersaing dengan produk luar.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 86 SAINS DAN TEKNOLOGI ( PENYAKIT BERJANGKIT/ PEMAKANAN/ GAYA HIDUP) Pendahuluan Penyakit kanser menjadi pembunuh nombor dua selepas penyakit jantung. Jika tidak menerima rawatan awal maka pesakit terpaksa menderita dan akhirnya meninggal dunia. Tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit kanser ialah sukar dikesan. Para saintis masih menjalankan penyelidikan untuk mencari penawar baharu bagi menyembuhkan pesakit. Bil Idea Huraian Cara mengurangkan Penyakit Kanser. 1. Gaya permakanan Masyarakat kini lebih banyak makan makanan segera. Makanan segera banyak mengandungi pewarna dan perasa . Pewarna dan perasa melibatkan penggunaan bahan kimia seperti penggunaan monosodium glutamate. Kandungan bahan kimia menjadi berlebihan dalam sel badan manusia. Pengumpulan bahan kimia mendatangkan penyakit kanser. 2. Gaya hidup Masyarakat mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat Lebih terdedah kepada amalan merokok Rokok mengandungi bahan nikotin yang sangat tinggi. Bahan nikotin memasuki paru-paru manusia melalui resapan asap rokok. Paru-paru akan terjejas apabila banyak bahan nikotin terkumpul. Bertukar menjadi penyakit kanser. Langkah Mengurangkan Penyakit Kanser. 3. Pengambilan gizi makanan Gizi makanan yang seimbang perlu diambil untuk mengelakkan penyakit kanser. Makan dengan jumlah yang tinggi makanan yang mengandungi banyak nutrient. Contoh, buah-buahan dan sayur-sayuran. Mengurangkan pengambilan daging merah untuk mengelakkan penyakit kanser. Mengamalkan permakanan antibarah. Contoh, lobak merah dan tomato. 4. Melakukan aktiviti senaman Senaman perlu diperbanyakkan dan secara berkala individu yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dapat mengelakkan serangan penyakit kanser. Bahan kimia yang terdapat dalam badan dapat dikeluarkan melalui aktiviti perpeluhan semasa melakukan senaman Berlaku pengurangan bahan kimia dalam badan Risiko mendapat penyakit kanser menjadi kurang. 5. Pengambilan ubat yang disyorkan Mengambil ubat yang disyorkan oleh doctor pakar Membunuh sel-sel kanser Ubat pencegahan boleh diambil atas nasihat doctor Risiko mendapat peyakit kanser menjadi kurang. Penutup: Masyarakat perlu mempunyai pengetahuan luas tentang penyakit kanser. Pencegahan pada peringkat awal penting bagi mengelakakan pesakit menderita sepanjang hayat.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 87 Soalan: Amalan pemakanan yang tidak sihat bukannya punca utama wujudnya pelbagai penyakit pada masa kini. Sebaliknya terdapat pelbagai faktor lain yang menyebabkan manusia terdedah kepada pelbagai penyakit. Bincangkan. Kombinasi jawapan = 1 + 4 Bil Idea Huraian Faktor Manusia Terdedah Kepada Pelbagai Penyakit 1 (Isi Wajib) Amalan pemakanan tidak sihat pemakanan tidak seimbang - pengambilan makanan yg berlebihan spt makanan laut - menghasikan asid urik - menyebabkan sakit gout - ambil makanan berlemak dan berkolestrol tinggi - menyebabkan penyakit jantung dan tekanan darah tinggi - pengambilan gula berlebihan - menyebabkan penyakit kencing manis bahan tambah makanan banyak digunakan dalam makanan segera dan makanan ringan - bahan tambah spt perisa, bahan pengawet dan bahan pewarna mengandungi bahan kimia - menyebabkan pelbagai penyakit - pengambilan monosodium glutamat MSG yg berlebihan - menyebabkan pening kepala, sesak nafas dan rambut gugur 2 (Faktor-faktor lain) Pesekitaran yg tercemar pesekitaran yg kotor memudahkan penyakit merebak longkang dan parit tersumbat - pembiakan nyamuk Aedes - penyakit demam denggi kawasan yg dicemari dgn sisa toksid memungkin penduduk sekitar diserang penyakit kanser, lelah dan kecacatan otak kebersihan diri yg tidak terjaga - mudah dijangkit penyakit 3 Faktor genetik/keturunan seseorang yg ibu bapanya menghidap penyakit tertentu spt penyakit kencing manis, kanser atau obesiti berisiko tinggi menghidap penyakit berkenaan begitu juga dengan seseorang bayi yang ibunya berpenyakit AIDS juga mungkin akan menghidap penyakit tersebut. 5 Gaya hidup tidak sihat gaya hidup tidak sihat - suka merokok, minum arak, terlibat dalam hubungan seks bebas dan penagihan dadah - menyebabkan seseorang mudah dijangkit pelbagai penyakit Merokok - penyakit barah paru-paru - nikotin dlm rokok minum arak - barah hati hubungan seks bebas - penyakit AIDS dan penyakit kelamin penagihan dadah - penyakit AIDS 6 Kurang senaman / pergerakan fizikal kurang bersenam - lemak dlm badan tidak dibakar - menyebabkan penyakit obesiti, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung Aktiviti riadah kurang diberi perhatian akibat kesibukan kerja 4 Tekanan hidup Arus pemodenan menyebabkan penduduk mengejar pendapatan yang tinggi untuk peningkatan kualiti hidup Berlaku tekanan sehingga menghidapi penyakit kritikal dan sakit jantung 4 Kurangnya kemudahan perubatan moden kawasan pedalaman dan kawasan luar bandar kekurangan kemudahan perubatan moden seperti kekurangan doktor, ubat-ubatan dan peralatan perubatan penduduk di kawasan pedalaman / luar bandar lebih terdedah kpd jangkitan penyakit 5 Penularan virus Virus mudah tersebar di tempat orang ramai dan terbuka serta menjangkiti orang yang lemah antibodi Membahayakan kesihatan dan boleh mengakibatkan kematian Membuat lawatan ke negara yang memang terdedah dengan virus berbahaya Bergaul dengan masyarakat di tempat yang terbuka
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 88 Soalan: Makanan segera semakin di gemari rakyat Malaysia namun wujud kesan buruk daripada amalan ini. Bincangkan. Skema: (3 + 2/ 2 + 3) Pendahuluan Amalan menjamu selera di restoran makanan segera sudah menjadi fenomena biasa dalam kalangan anggota masyarakat zaman ini. Makanan segera yang paling digemari mereka adalah yang berasal dari Barat seperti pizza, ayam goreng, burger daging atau ayam, nugget, kentang, dan sup. Kesemua jenis makanan ini disediakan oleh kedai-kedai makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald’s, dan Pizza Hut. Makanan segera ini memang mempunyai kelebihannya yang tersendiri, tetapi pada masa yang sama ada keburukannya. Bil Idea Huraian Faktor Makanan Segera Semakin Digemari Oleh Masyarakat 1 Memenuhi keperluan golongan berkerjaya/sibuk Kesibukan yang melingkari kehidupan kebanyakan anggota masyarakat zaman ini sebagai akibat hambatan tugas. Kebanyakan anggota masyarakat memiliki kerjaya sendiri yang menjadikan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk memasak sendiri. Apatah lagi kerja menyediakan makanan sendiri mengambil masa yang agak lama. Bagi golongan seperti ini, makanan segera lebih praktikal Malah seisi keluarga dapat menikmati makanan mereka dalam perjalanan balik ke rumah. makanan ini menjadi pilihan suri-suri rumah pada masa sekarang disebabkan tidak perlu belajar memasak kerana kebanyakan suri rumah pada masa sekarang kurang pandai memasak. 2 Menjimatkan masa/ Mudah disediakan. Bagi mereka yang sentiasa sibuk, mereka kesuntukan masa menyediakan makanan. Penyediaannya yang sangat ringkas. Kerana masa penyediaan hanya antara 10 minit hingga 30 minit. Bagi makanan yang dipesan tidak sampai lima minit. Makanan dalam tin boleh diambil tanpa dimasak. Harganya juga sederhana dan berpatutan, dan dengan yang demikian tidak begitu membebankan. makanan yang ditin dan dipekkan juga menjadi sajian harian kerana hanya perlu memanaskan sahaja 3 Restoran yang selesa dan lengkap Restoran makanan segera juga menawarkan suasana yang selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Penyediaan penyaman udara serta susun atur meja yang kemas dan luas Menyediakan suasana yang santai dan sesuai untuk melapangkan fikiran. Layanan yang diberikan begitu istimewa dan dengan demikian pelanggan berasa diri mereka dihargai. Pelbagai tawaran dan kemudahan permainan kanak-kanak juga disediakan. Restoran sedemikian lazimnya terletak dalam kompleks belihbelah, maka para ibu bapa dapat membeli-belah dengan meninggalkan anak mereka di situ. Kemudahan Wifi juga disediakan secara percuma bagi menarik golongan muda bersantai di restoran. Kemudahan pandu lalu yang membolehkan para pelanggan tidak perlu turun dari kenderaan masing-masing memudahkan pelanggan membeli. 4 Rasanya yang sedap Makanan segara mempunyai rasa yang mampu menarik masyarakat untuk mencubanya. rasa makanan segera yang lazat juga menyebabkan pengguna ketagih untuk menikmatinya terutama golongan kanak-kanak dan remaja. Terdapat perasa tambahan dan pewarna tiruan digunakan untuk menyedapkan lagi sesuatu produk makanan tersebut Contohnya, pelbagai jenis makanan dalam tin dan sejuk beku yang mudah didapati, berwarna-warni dan menyelerakan.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 89 Contohnya, minuman cola amat kaya dengan kandungan gula iaitu 14 sudu teh gula, pewarna kimia dan kafein bagi setiap botol besar. Minuman ini tidak mempunyai sebarang nilai khasiat tetapi disebabkan rasanya yang enak menyebabkan kanak-kanak dan remaja memilihnya. 5 Banyak pilihan Pelbagai jenis makanan dan menu disediakan. Memberikan banyak pilihan untuk memilih makanan kegemaran Terdapat pelbagai rasa dan bentuk yang menarik. Contoh, makan dalam tin, sejuk beku dan makanan ringan yang mudah di dapati dimana-mana. Restoran makanan segera juga banyak menghidangkan menu yang pelbagai dan menarik. 6 Promosi yang meluas pelbagai iklan telah di paparkan termasuk di dada- dada akhbar dan di kaca televisyen juga di media-media sosial. Iklan makanan segara dikatakan sangat kreatif yang mampu menarik minat si celik dan dewasa. Produk makanan segera seperti mee segera, burger, sosej, kentang goreng pula boleh didapati dimana-mana. Di perhentian bas, pasaraya, kantin sekolah dan juga stesyen minyak turut menjual makanan seperti ini. Setiap produk makanan terbaru yang dikeluarkan oleh rangkaian makanan segara telah mendapat publisiti dan promosi yang meluas. Hal ini menyebabkan masyarakat tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri. 7 Dianggap gaya hidup mewah/ trend masa kini. Budaya yang menitikberatkan makanan segera telah menjadi satu trend dan status dalam masyarakat. Sesetengah pihak menganggap bahawa amalan ini mencerminkan kedudukan sosial ekonomi yang tinggi. Hal ini keranan hanya golongan yang mampu dan berstatus sahaja yang mampu menjadikan amalan keluar masuk restoran makanan segera sebagai rutin hidup mereka. Budaya makan makanan segera ini juga memenuhi naluri egoistik manusia yang suka bernunjuk-nunjuk. Kesan Buruk makan Makanan segera 8 Menjejaskan Kesihatan Dapat menjejaskan dan memudaratkan kesihatan. Kandungan zat makanan yang tidak seimbang. Sedikit kalori sahaja dalam makanan ringan. Makanan yang disediakan banyak menggunakan bahan kimia seperti bahan pengawet, pewarna, dan perisa yang digunakan dengan leluasa dalam menu makanan tersebut untuk memastikan makanan itu menarik, lazat dan tahan lama. Golongan yang memakan makanan segera ini secara kerap memungkinkan mereka terdedah kepada masalah obesiti dan diabetes Makanan segera juga punca kepada kegemukan kerana mengandungi banyak gula dan lemak yang berlebihan. 9 Tumbesaran terganggu Banyak mengandungi bahan kimia, perisa, pewarna Makanan tidak seimbang mengganggu tumbesaran terutama kanak-kanak yang sedang membesar. Badan juga menjadi tidak sihat kajian merumuskan makanan segera boleh merosakkan fungsi otak. makanan segera mengandungi lebihan lemak yang boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan. Otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa. Kajian juga menunjukkan bahawa makanan segera mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi serta kandungan karbohidrat yang rendah merupakan imbangan makanan yang tidak sesuai untuk perkembangan otak manusia.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 90 10 Menjejaskan hubungan kekeluargaan Kesan buruk yang paling ketara ialah amalan ini dapat meninggalkan semangat bantu-membantu dan bekerjasama dalam keluarga. Hal ini kerana amalan makan di restoran makanan segera menghalang anak-anak daripada melaksanakan tanggungjawab dalam hal-hal penyediaan makanan, mengemas, dan mencuci pinggan mangkuk. Sebagai akibat daripada keadaan ini, akan lahirlah anak-anak yang individualistik, pemalas, dan terlalu bergantung pada orang lain. 11 Masakan tradisional semakin terpinggir/ pupus Kemunculan budaya makanan segera menyebabkan kesenian masakan tradisional semakin terpinggir. Masakan tradisional yang terkenal seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, dan ulam-ulaman semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan generasi muda. Hal ini diburukkan lagi oleh nama makanan segera itu sendiri yang berciri kebaratan, seperti pizza, burger, hotdog, dan fillet. Golongan muda lebih kenal akan nama tersebut berbanding dengan lempeng, apam balik, dan lepat. Kecenderungan kebanyakkan keluarga untuk menyediakan makanan Barat itu bukan sahaja menyebabkan makanan tradisional yang terbukti lebih segar dan berzat itu tidak popular malah menghadapi risiko kepupusan. Generasi muda tidak mengenali makanan tradisional apalagi menyediakannya.
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 91 Soalan Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia memperkembang bidang sains dan teknologi. Bincangkan kepentingan penerokaan angkasa lepas. Bil Isi Huraian Isi Kepentingan Penerokaan Angkasa Lepas. 1 Bidang telekomunikasi Dunia menjadi semakin kecil dengan adanya teknologi komunikasi Satelit membolehkan penggunaan telefon, faksimili, televisyen dan telesidang video Satelit juga membolehkan internet berfungsi Boleh berhubung dengan masyaratkat luar menggunakan telefon bimbit Makumat/ berita dapat disebarkan dengan cepat/ secara langsung Tahap keselamatan negara dapat ditingkatkan 2 Bidang pendidikan maya Satelit membolehkan cara/ kaedah pendidikan terkini disebarkan Satelit siaran langsung membolehkan pelajar menerima siaran televisyen secara langsung, membolehkan pelajar mengikuti Rancangan berbentuk pendidikan Pelajar yang tinggal di kawasan terpencil dapat dihubungi Membolehkan pelajar menggunakan peralatan multimedia di terutamanya di Sekolah Bestari secara efektif Membolehkan operasi Pendidikan Jarak Jauh Membuka peluang pembelajaran yang lebih luas 3 Maklumat dalam meteorologi Cuaca dapat diramalkan dengan lebih tepat Fenomena alam, pemantauan bencana alam seperti banjir, rebut, taufan dapat dikesan lebih awal melalui awan yang diambil Memudahkan orang ramai membuat persediaan menghadapi kemungkinan bencana alam tersebut Satelit aeronautik membolehkan kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik dikesan Satelit merupakan ‘remote-sensing’ ; dapat memberi amaran bencana alam Sistem Laut dapat mengesan kapal laut yang menghadapi masalah dan memberi bantuan segera 4 Kajian topografi Satelit yang mempunyai kamera inframerah dapat mengambil gambar bumi dengan tepat Gambar ini membolehkan peta dunia dihasilkan dengan tepat Makumat dari satelit juga dapat digunakan dalam kajian geologi, ekologi dan pemeliharaan hutan 5 Mengesan pencemaran alam Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-gambar lebih mudah untuk diambil dan dirakam dari sudut membantu manusia merancang untuk menjalankan projek pembangunan dengan lebih mesra alam. Penerokaan aeroangkasa membolehkan kadar pencemaran alam dipantau dengan lebih tepat Mengesan penipisan lapisan ozon, tumpahan minyak di Teluk Mexico, kebakaran hutan di Australia 6 Pemangkin teknologi robotik Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke angkasa lepas atau kawasan ruang udara bumi dikawal oleh robot atau peranti kawalan. Keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya dan sukar diramal menyebabkan robot lebih sesuai digunakan berbanding dengan manusia penggunaan robotik meningkat dengan begitu banyak. 7 Penyelidikan dan Pembangunan dalam bidang sains kajian tentang kesan graviti terhadap manusia di luar ruang angkasa bumi terutama aspek ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia. Penyelidikan dalam bidang perubatan Penyelidikan dalam bidang pertanian Penyelidikan dalam bidang sains secara keseluruhan 8 Sistem pengangkutan Pengunaan sistem radar secara meluas dalam industri pengangkutan spt kapal terbang, kapal laut Penggunaan ’GPS’ secara meluas Pemarkahan: Pilih mana-mana 4 idea
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 92 Soalan: Globalisasi merupakan cabaran yang dihadapi akibat kemajuan teknologi telah mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara. Bincangkan. Pengenalan: Globalisasi telah menjadikan dunia tanpa sempadan. Semua negara di dunia bebas dimasuki pelbagai maklumat tanpa batasan. Fenomena ini sudah tentunya menimbulkan pelbagai kesan kpd masyarakat & negara Bil Idea Huraian Kesan Baik Globalisasi kepada masyarakat dan negara 1 Perkembangan ekonomi Meluaskan pasaran Memajukan perniagaan Meningkatkan pelaburan asing Memberi peluang pekerjaan 2 Perkembangan sistem pendidikan Dapat melaksanakan pendidikan jarak jauh Pelajar dapat akses pelbagai maklumat Pembelajaran dapat dijalankan di mana shj walaupun tanpa pensyarah Urusan pembelajaran dapat dijalankan dengan mudah 3 Meningkatkan peluang pendidikan Meningkatkan kegiatan pelaburan Pertumbuhan ekonomi meningkat Menyediakan peluang pekerjaan Mobiliti pekerjaan Peluang pekerjaan yg lebih baik 4 Merapatkan hubungan Rakyat dapat berinteraksi dgn penduduk negara lain Dapat bertukar maklumat dlm pelbagai bidang Negara dapat menjalin kerjasama dlm pelbagai bidang dgn negara lain Pelbagai isu yg terjadi dapat diselesaikan dgn mudah 5 Peningkatan teknologi Teknologi moden dari negara maju dibawa masuk ke malaysia Teknologi pembuatan, teknologi nano, bioteknologi, satelit. Membantu mempercepatkan kemajuan malaysia dlm pelbagai bidang Kesan Buruk Globalisasi kepada masyarakat dan negara 6 Kemasukan budaya negatif Budaya dari luar mudah meresap masuk & diterima oleh rakyat malaysia Meningkatnya masalah sosial seperti jenayah & kerosakan akhlak Menghakis budaya tempatan 7 Berlaku aliran tenaga mahir Tenaga kerja mahir berhijrah ke luar negara Mendapat gaji yg lumayan & keselesaan Merugikan negara Menjejaskan perkembangan ekonomi 8 Campurtangan kuasa asing Negara luar terutama kuasa besar campur tangan dlm hal ehwal dalaman negara Atas alasan negara tidak mampu selesaikan satu-satu isu Untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka Akan menambah teruk keadaan Menjejaskan kedaulatan negara 9 Dominasi ekonomi oleh syarikat asing Syarikat asing bermodal besar mengambil alih syarikat tempatan Keputusan ekonomi perlu mendapat persetujuan mereka Eksploitasi terhadap ekonomi oleh pelabur asing 10 Menjejaskan keselamatan negara Berlaku pengintipan maklumat sulit oleh negara musuh Penggodaman sistem pertahanan negara Menjejaskan keselamatan negara 11 Persaingan merebut pekerjaan Penghijrahan buruh asing masuk ke negara ini Persaingan mendapat pekerjaan dengan penduduk tempatan Meningkatkan kadar pengangguran buruh tempatan
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 93 Soalan Menurut Laporan Daya Saing Global 2016-2017, Malaysia kekal berada dalam kalangan 20 peratus negara teratas paling berdaya saing. Hal ini membawa pelbagai kepentingan kepada negara. Namun, kerajaan juga perlu berhadapan dengn pelbagai cabaran untuk mengekalkannya. Jelaskan. Pendahuluan Kedudukan daya saing Malaysia sangat penting dalam meningkatkan kecekapan tadbir urus negara dan memajukan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa mengambil inisiatif bagi memperkasa daya saing negara, namun pelbagai cabaran perlu dihadapi kerajaan. Bil Idea Huraian Kepentingan Peningkatan Daya Saing 1 Meningkatkan pelaburan Daya saing negara semaikin meningkat dapat membuka mata pelabur dan menarik pelabur asing ke Malaysia. Pelabur tempatan turut bertambah dengan peningkatan daya saing 2 Menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat Peningkatan daya saing dalam ekonomi dapat memajukan ekonomi dan menambahkan peluang pekerjaan Usaha kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara dapat mencetuskan peluang perniagaan yang lebih proaktif dan kompetitif 3 Memajukan ekonomi negara Daya saing yang tinggi menambahkan keupayaan syarikat untuk berkembang maju Syarikat dapat berdaya saing di peringkat global bagi memajukan dan meningkatkan pendapatan negara 4 Meningkatkan inovasi negara Pelbagai syarikat dan organisasi meningkatkan inovasi produk dan perkhidmatan supaya dapat memenuhi tuntutan pelbagai pelanggan dan persaingan dengan pengeluar lain Daya saing yang tinggi menuntut pelbagai organisasi mencipta inovasi yang canggih bagi menghadapi cabaran persaingan 5 Meningkatkan kecekapan kerajaan Peningkatan daya saing menunjukkan Malaysia berupaya mengurus ekonomi dan kewangan Kerajaan juga sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang menjejaskan daya saing negara Cabaran Untuk Mengekalkan Daya Saing 6 Ketidaktentuan ekonomi Kejatuhan harga komoditi dan kejatuhan nilai mata wang menggugat daya saing ekonomi Malaysia Penyusutan dalam imbangan antara sektor awam dan swasta menurunkan daya saing 7 Tahap teknologi masih rendah Teknologi yang rendah atau terhad mengehadkan pengeluaran Kesannya produktiviti pengeluaran rendah dan menurunkan daya saing ekonomi 8 Sistem penyampaian lemah Masih wujud karenah birokrasi yang melambatkan penyampaian perkhidmatan awam Masalah lambat diatasi sehingga menjejaskan daya saing rakyat dan negara 9 Ketidakstabilan politik Mogok dan rusuhan menjejaskan aktiviti ekonomi dan menjejaskan penegluaran Sesetengah aktiviti ekonomi akan terjejas jika kerajaan menumpukan kepada penyelesaian ketidakstabilan polotik yang berlaku. Penutup: Pelbagai transformasi perlu dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkan daya saing supaya Malaysia terus berdaya saing di arena global. Oleh itu, kerajaan harus menggandakan usaha dengan membuat pembaharuan dari segi politik, ekonomi dan sosial bagi mengukuhkan daya saing negara. Kombinasi Jawapan: 2+3@3+2
Modul Esei Fokus Pengajian Am Semester 1, 2019 Salmiah Ramli (rasahati) STK 94