PANDUAN MENGAJAR PROGRAM ANAK SMART KREATIF
1. Cara menjalankan program bersiri ini ada 2.
a. Kelas secara Whatsapp
b. Kelas secara “face to face”
2. Setiap sesi berdurasi 1 jam 15 minit
3. Setiap sesi ada 3 tahap berbeza yang dipilih sendiri oleh pelajar iaitu ASAS, SEKUNDER, KOMPETEN
4. 12 tema Kad ASK dibahagikan pula kepada 3 kelompok dengan objektif yang berbeza.
Kelompok 1 (Attitude) Kelompok 2 (Skills) Kelompok 3 (Knowledge)
OBJEKTIF UTAMA OBJEKTIF UTAMA OBJEKTIF UTAMA
Membina keyakinan Membangunkan kemahiran Meningkatkan pengetahuan
Haiwan Kenderaan Tempat
Sayur-sayuran Bangunan Muzik
Buah-buahan Pekerjaan Perabot
Makanan Alat tulis Teknologi
5. Ada 4 Slot bagi setiap sesi
SLOT 1 Dengar & Lihat Pengetahuan sedia ada tentang tema (Knowledge)
SLOT 2 Bercerita Asas pengucapan awam (Skills & Attitude)
SLOT 3 Fakta Menarik Pengetahuan am (Knowledge)
SLOT 4 Kreatif Percambahan fikiran (Brainstorming)
6. Setiap sesi diakhiri dengan permainan mengikut tema sebagai ganjaran kepada pelajar.
7. Pujian dan galakan perlu sentiasa diberikan dalam perbualan bersama pelajar untuk merangsang
mereka. Boleh letak ikon tambahan seperti thumbs up, bunga, bintang atau love.
Contoh: Persembahan yang menarik. Teruskan.
Bagus, __________ (nama pelajar) Terujanya cikgu tengok awak.
Hebatnya awak! Wow wow wowwwww!!!
Tahniah!!!! Dah nampak konfiden awak tu. Bagus.
Wahhhhh, bagusnya! Suara awak dah makin kuat. Tahniah!
Kuatkan suara awak, ya. Jangan takut. Ada perubahan. Awak makin yakin.
Cantiknya lukisan ni. Bagus! Alolololooo terhibur cikgu tau.
Cikgu suka tengok cara awak. Yeayyyyyyyy, awak berjaya!
Semuanya bersemangat. Bagus bagus bagus!
TEMA : HAIWAN
MASA PERKARA TINDAKAN
10 MINIT RAPPORT SOAL JAWAB
Guru berkenalan dengan pelajar. 1. Guru perkenalkan diri
Cari persamaan. 2. Murid perkenalkan diri
– nama, suka apa (aktiviti/makan), tinggal mana
SLOT 1 Tunjukkan video 1 Sekarang, cikgu tunjukkan video 1 ya. Kamu lihat
15 minit Dengar & Lihat betul-betul. Lepas ni ada tugas yang kamu kena
buat.
Beri video 1.
Selesai video 1 Baik, siapa nak jawab tahap asas, boleh cakap
dulu. – Murid jawab ikut giliran
Ok, tahap asas dah siap. Sekarang tahap sekunder
pula. (jika ada) – Murid jawab ikut giliran
Seterusnya, tahap kompeten. Silakan. (jika ada)
Guru dengar & nilai jawapan pelajar dalam borang
Bintang ASK.
SLOT 2 Tunjukkan video 2 Sekarang, kita lihat video 2 ya. Nanti kamu pilih
15 minit Bercerita tahap mana untuk cabaran kedua ini.
Beri video 2.
Selesai video 2 Baik, cikgu nak dengar tahap asas dahulu. Siapa
nak mula dulu?
Pelajar bebas bercerita mengikut cara
sendiri. Guru tidak perlu beri panduan. Ok, selesai. Untuk tahap sekunder, dah boleh mula
bercerita. (jika ada)
Bagus semuanya. Cikgu nak dengar tahap
kompeten pula. (jika ada)
Guru dengar & nilai tugasan pelajar dalam borang
Bintang ASK.
SLOT 3 Tunjukkan video 3 Jom kita lihat video 3. Dalam video ini ada
15 minit Baca & Faham maklumat menarik untuk kamu. Lihat, dengar, dan
ingat ya. Sekejap lagi, cikgu nak tanya.
Beri video 3
Selesai video 3 Untuk asas, siapa nak jawab dulu?
Baik, untuk sekunder, dah boleh mula jawab.
Bagus. Ada yang nak sahut cabaran untuk tahap
kompeten? Silakan. (jika ada)
Guru dengar & nilai jawapan pelajar dalam borang
Bintang ASK.
SLOT 4 Tunjukkan video 4 Cikgu mahu tunjukkan video 4. Lihat dan ingat apa
15 minit Kreatif yang perlu kamu buat nanti.
5 minit Beri video 4.
TASK Selesai video 4 Dah faham semua apa kena buat nanti?
GURU Baik, cikgu nak awak pilih 1 kad dan mulakan
Mind mapping / Peta minda sekarang. Masa untuk melukis ialah 3 minit.
Murid digalakkan tulis lebih daripada 3
idea. Siapa yang sudah siap, ambil gambar dan
tunjukkan kepada cikgu.
Guru lihat & nilai jawapan pelajar dalam borang
Bintang ASK.
PENUTUP Masa kita dah hampir tamat. Tahniah kerana kamu
buat semua tugasan hari ini. Cikgu bangga dengan
kamu. Nanti cikgu umumkan siapa Bintang ASK
minggu ini ya.
Jumpa lagi minggu depan. Byeeeeee.
BINTANG ASK Guru pilih peserta paling banyak bintang minggu
ini untuk diberikan e-sijil. E-sijil akan diserahkan
dalam group pada sesi akan datang.