The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG kali ke 7

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizahabdullah595, 2021-04-10 11:54:54

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG kali ke 7

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG kali ke 7

MESYUARAT
AGUNG PIBG

Kali ke 7

Secara Dalam Talian

11 April 2021
10.00 Pagi

Dirasmikan oleh:
En. Meskor Bin Tulka
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
(Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan)

1

ISI KANDUNGAN

SEKAPUR SIREH : UCAPAN GURU BESAR SK BANDAR PUTERI JAYA
SEKAPUR SIREH : UCAPAN YDP PIBG SK BANDAR PUTERI JAYA
ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 7
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE 7
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 7
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 6
PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
SENARAI AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG 2019
USUL-USUL 2021
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SK BANDAR PUTERI JAYA
SESI 2021/2022
PENGHARGAAN

2

SEKAPUR SIREH
UCAPAN GURU BESAR
EN. ROSLI BIN SAMAN @ MOHAMAD ZAMAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu rasa
kesyukuran saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana limpah dan kurnia-Nya, mesyuarat ini dapat
dilaksanakan walaupun secara dalam talian sahaja.

Sesungguhnya jauh di lubuk hati saya, saya mengimpikan mesyuarat ini dapat dilakukan secara
bersemuka kerana sejak saya mengemudi SK Bandar Puteri Jaya ini, saya masih belum berkesempatan
bersua muka, beramah mesra dengan para waris di sekolah ini. Namun apakan daya, pandemik ini menjadi
kekangan besar bukan sahaja kepada kita tetapi juga kepada masyarakat seluruh dunia. Kita perlu akur
kepada Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan demi memastikan sasaran untuk kita hidup
dalam norma yang biasa dapat dikembalikan.

Walau bagaimana pun, sebagai pentadbir saya tetap akan melaksanakan tugas saya sebaik
mungkin. Justeru, atas sokongan guru-guru dan juga PIBG, saya telah menambahbaik banyak prasarana di
sekolah ini untuk kemudahan pembelajaran murid-murid di SKBPJ ini. Pelbagai sudut telah diwujudkan
antaranya Sudut Matematik, Sudut Bahasa Melayu, Sudut Pengakap, Sudut Kebitaraan Bola Sepak, menaik
taraf Pusat Sumber dan sebagainya telah dilaksanakan demi memperlihatkan SKBPJ dari sudut yang
berbeza.

Saya bercita-cita supaya SKBPJ menjadi satu institusi yang mampu mencungkil bakat, dapat

menterjemah kemampuan murid dalam erti kata yang sebenar. Sesi pembelajaran dalam kelas selama ini

lebih tertumpu kepada pendidikan berdasarkan helaian kertas tanpa dapat mencungkil bakat murid

sepenuhnya sedangkan setiap murid memiliki kelebihan dan kemampuan yang berbeza. Saya ingin

menanamkan dalam hati semua bahawa tugas mendidik tidak terhad kepada sesi pembelajaran dalam

kelas sahaja.

Walau bagaimana pun saya sedar bahawa untuk mengemudi sebuah sekolah yang besar bukanlah
satu tugas yang mudah. Banyak perkara yang perlu dilihat, dipertimbang dan diteliti dengan penuh
kewajaran. Namun saya percaya, bahawa segala kesukaran dan rintangan akan dapat ditempuhi melalui
satu istilah yang disebut sebagai persepakatan dan permuafakatan. Ibarat sebatang lidi yang mudah
patah, begitulah juga saya sekiranya tanpa sokongan guru-guru dan waris-waris SK Bandar Puteri Jaya ini.

Saya bertuah kerana PIBG SK Bandar Puteri Jaya ini sentiasa menjadi tulang belakang kepada
pentadbiran sekolah. PIBG menjadi medium untuk menterjemah segala perancangan yang dilaksanakan
oleh pihak sekolah tanpa gagal bertindak mewakili para waris dalam menyeimbangkan keperluan waris
dan sekolah.

Justeru, saya mewakili pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG

Sesi 2020/2021 yang telah bertindak cemerlang dalam mengemudi PIBG SK Bandar Puteri Jaya ini. Semoga

Allah merahmati segala usaha dan dicatat kebajikan ini sebagai pahala yang berpanjangan. Saya

berharap agar AJK baru yang bakal dilantik nanti akan meneruskan legasi kecemerlangan ini supaya dapat

SK Bandar Puteri Jaya terus mengorak langkah menggapai kecemerlangan yang kita semua impikan.

Sekian. Wabillahittaufik wal hidayah.. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3

SEKAPUR SIREH
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2020/2021

EN. AZNEE BIN OTHMAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya
kita dapat bertemu lagi dalam Mesyuarat Agung Kali ke 7 ini. Dikesempatan ini juga saya ingin
merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada barisan AJK Pelaksana atas kerjasama yang
diberikan bagi merealisasikan mesyuarat agung tahunan ini. Syabas dan terima kasih juga saya ucapkan
kepada para waris yang dapat turut serta dalam mesyuarat secara dalam talian yang kita adakan pada
kali ini. Sesungguhnya pandemik Covid 19 ini memberi tamparan yang besar dalam kehidupan,
menjadi kekangan atas segala tindakan kita umumnya dan kepada perjalanan PIBG khasnya.

Pada tahun 2020, perjalanan PIBG dalam membantu sekolah sangat terkesan dengan
pandemik ini sehinggakan banyak perancangan tidak dapat dilaksanakan. Walau bagaimana pun,
PIBG tetap menyokong pihak sekolah dalam segala usaha terutama dalam menyediakan prasarana bagi
menjamin pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard Covid 19 yang digariskan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia selaras dengan arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Dikesempatan
ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua para pentadbir amnya dan kepada
guru besar SK Bandar Puteri Jaya khasnya kerana begitu komited dalam usaha mematuhi Prosedur
Operasi Standard ini demi keselamatan anak-anak di SK Bandar Puteri Jaya ini.

Justeru, saya menyeru kepada para waris sekalian agar sentiasa memberi sokongan kepada
pentadbiran sekolah kerana sokongan daripada warislah yang diharapkan agar para pentadbir , guru-
guru dan seluruh warga sekolah kekal bersemangat demi anak-anak kita semua. Kita semua keletihan
dengan pandemik ini. Hanya melalui persepakatan dan saling menyokong antara satu sama akan
menjadikan kita kekal kukuh dan utuh.

Sesungguhnya kami barisan AJK PIBG sesi 2020/2021 telah cuba menjalankan tugas kami
sebaik mungkin. Walau bagaimana pun, sebagai manusia biasa, kami tidak terlepas melakukan
kekhilafan. Oleh itu, saya mewakili AJK PIBG sesi 2020/2021 memohon maaf sekiranya ada
kekurangan dan kelemahan sepanjang kami mengemudi PIBG ini. Sebelum saya mengundur diri, saya
menyeru kepada semua waris agar tampil ke hadapan, membantu pihak sekolah dalam merealisasikan
kecemerlangan anak-anak kita.

Saya percaya dikalangan tuan/puan terdapat ramai pakar yang mempunyai kemahiran dalam
pelbagai bidang. Oleh itu, dikesempatan ini saya ingin menyeru kepada semua ibu bapa untuk
menyalurkan idea dan pendapat yang dapat kita bangunkan bersama-sama agar PIBG SK Bandar
Puteri Jaya dapat bergerak dengan lebih cemerlang pada masa hadapan.

Akhir kata, saya berharap agar semua ibu bapa dapat bersatu dalam melahirkan generasi yang
seimbang dan cemerlang dari segi rohani dan jasmani, duniawi dan ukhrawi.Sesungguhnya, kejayaan
anak-anak adalah kejayaan ibu bapa.

Sekian. Terima kasih.

4

10.00 pagi ATURCARA MAJLIS
10.15 pagi
:Pendaftaran (QR CODE/LINK)
:Bacaan Doa
Ucapan aluan Pengerusi Majlis
Ucapan Penasihat PIBG
Ucapan Yang Dipertua PIBG

Ucapan Perasmian:
En Meskor Bin Tulka
Pegawai Pendidikan Daerah-
(Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan)

Mesyuarat Agung PIBG bermula

5

Jawatankuasa Pelaksana
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 7

Pengerusi : En Rosli Bin Saman @ Mohamad Zaman
Pengerusi 2 : En Aznee Bin Othman
Timbalan Pengerusi
: En Muhammad Ishak Bin Alang Abdul Shuker
Setiausaha : Pn Suhaini Binti Hud @ Abd Razak
Bendahari : En. Nor'Azam Bin Yussuf @ Abu Bakar
: Pn Fauziah Binti Zainul
: Pn. Nor Hafizah Binti Abdullah
: Mohd Firdaus Sallehi Bin Harun

Buku Program/ Buku Mesyuarat Agung ICT
1 Pn. Suamani bt. Sahabudin. (k) 1 En. Mohd Hafiz b. Halekul Zaman (k)
2 Pn. Nahid bt Abd Rahman 2 Pn. Nurhafizah bt Abdan
3 Pn. Harwanee bt.Hashim
Pencatat Minit 4 Pn Nurul Azyan Binti Usul Ghafli
1 Pn. Jamalliah bt Hassan (K) 5 Pn Noor Zuliza Binti Mohamad Sabri
2 Pn. Fatimah bt Mohamad.
3 Pn. Adilah bt Abu Bakar.

Jemputan VIP Merumus Usul/ Cadangan ibu bapa
1 En. Aznee Bin Othman (YDP) 1 En Rosli Bin Saman @ Mohamad Zaman
2 Pn. Nor Hafizah Binti Abdullah 2 En Aznee Bin Othman
3 Pn Suhaini Binti Hud @ Abd Razak
Sijil (Perasmi/Penasihat/AJK/ Juru Audit) 4 En Muhammad Ishak Bin Alang Abdul Shuker
1 Noor Azian Binti Samsudin (K) 5 En. Nor'Azam Bin Yussuf @ Abu Bakar
2 Maisarah Binti Shafie 6 Pn Fauziah Binti Zainul
3 Jamaliah Binti Rejab 7 En Zubir Bin Othman
8 AJK PIBG

Dokumentasi Jamuan VIP
1 Nur Nasuha Binti Roslan (K) 1 Pn. Sabariah bt. Mat Saad (k)
2 Nurul Farishah Binti Othman 2 Pn. Rohani bt. Othman

Siar raya Pendaftaran
1 Pn. Zuriani bt Yahya (k)
1 En. Mohd Zaki b. Kadir(k) 2 Pn. Norhayati bt Yahya
2 En Jamaludin Bin Ahmad

Cenderamata (Perasmi/AJK/Pentadbir) Persiapan Dewan PSS (Sebelum/Selepas)
1 Pn. Isma Suhaila bt. Zakaria (k) 1 En Khairul Azam bin Mustafa Kamal
2 Pn. Saniyah bt Abdullah 2 Pn Rizawati Bt Mohd Sumbuti
3 En Mazlan Bin Ishak
Fotografi 4 Pn. Hartini bt Othman
1 Ahmad Budiman Bin Abu Bakar (k)
2 Pn. Nor Famiri bt Mohd Jamil. Bacaan Doa
1 En. Luqman Hakim @Fakhairuzal b.
Juruacara
1 En. Mohd Safizi b. Abd Raman. Muhamad Ghazali
2 Pn. Norulhuda bt.Yaakob

6

AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE 7

Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG
Agenda 2 :
Agenda 3 : Membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali
Agenda 4 :
Agenda 5 : Ke – 6/2020.

Agenda 6 : Perkara-perkara Berbangkit Dalam Mesyuarat
Agenda 7 : Agung Kali Ke– 6/2020
Agenda 8 :
Agenda 9 : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali
Ke – 6/2020.
Agenda 10 :
Agenda 11 : Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan

Bermula 1 Januari 2020 Berakhir 31 Disember
2020.

Membahaskan Usul-usul Yang Telah Ditapis.

Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2020/2021.

Pelantikan Pengerusi Sementara

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Sesi 2021/2022

Memilih Yang DIpertua PIBG
Naib Yang Dipertua PIBG
Setiausaha
Bendahari
AJK Waris
AJK Guru

Memilih 2 orang Juru Audit

Ucapan Penangguhan

7

MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTERI JAYA

KALI KE-6

TARIKH : 12 JANUARI 2020
HARI : AHAD
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN WARISAN PERMATA SKBPJ
DIRASMIKAN OLEH
: PUAN HAJJAH OMMI KALSOM BINTI HAJI IBRAHIM
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN

8

MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTERI JAYA

KALI KE - 6

Tarikh : 12 Januari 2020
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Warisan Permata SKBPJ
Dirasmikan oleh : Puan Hajjah Ommi Kalsom Binti Haji Ibrahim

(Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan)

KEHADIRAN AJK PIBG :

EN W. MOHD SABERI BIN WAN MAHMUD PENASIHAT
PN. SUHAINI BT HUD@ ABD RAZAK PEN. PENASIHAT 1
EN MUHAMMAD ISHAK BIN ALANG ABDUL SHUKER PEN. PENASIHAT 2
EN. NOR’AZAM BIN YUSSUF @ ABU BAKAR PEN. PENASIHAT 3
PN. DG. ERYATHIE BT JUBLI PEN. PENASIHAT 4
EN AZNEE BIN OTHMAN NAIB YANG DIPERTUA
PN NOR HAFIZAH BINTI ABDULLAH SETIAUSAHA
EN MOHD FIRDAUS SALLEHI BIN HARUN BENDAHARI
EN MOHAMAD ZUKI B IBRAHIM AJK WARIS
EN AZNIZAN B IDRIS AJK WARIS
EN MOHD FAISSAL BIN ABDUL AZIZ AJK WARIS
EN MOHD NADZMI BIN MOHAMAD NADZIM AJK WARIS
EN ZUBIR BIN OTHMAN AJK WARIS
EN MOHD YUSOF BIN IBRAHIM AJK WARIS
PN NURUL FARAH ASMIRA BINTI ASMIL AJK WARIS
PN NORHASLIZA BINTI ZAHARI AJK WARIS
PN HINDUN BINTI ABDUL RAHMAN AJK WARIS
PN NURATMA MANGILA BINTI ABDULLAH AJK WARIS
PN HAJUNA BINTI HAMID AJK WARIS
PN IZATUL NISSA BINTI AB. HALIM AJK WARIS
EN AZAM FANSURI BIN AZIZ AJK GURU
PN NORLIZA BINTI CHE ME AJK GURU
PN SUAMANI BINTI SAHABUDIN AJK GURU
PN AZUNA BINTI ABDULLAH AJK GURU
PN SITI FATIMAH BINTI AHMAD AJK GURU
EN ROMZI BIN ISMAIL AJK GURU
EN MOHD HAFIZ BIN HALEKUL ZAMAN AJK GURU
PN NOR AZILAH BINTI ABD AZIT AJK GURU

9

KEHADIRAN AHLI PIBG :
SEPERTI DALAM LAMPIRAN

Agenda 1 : Ucapan Naib Yang DiPertua PIBG.

En. Aznee Bin Othman mengucapkan selamat datang dan ucapan terima kasih
kepada para ahli daripada kalangan waris dan guru-guru yang dapat hadir dan
meluangkan masa pada mesyuarat kali ini. Beliau meminta para AJK yang bakal
dilantik untuk membuat perbincangan dan tindakan terhadap mandat yang
diberikan serta dapat mencapai keputusan secara bersama dalam menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan.

Agenda 2 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-5.

Pn. Nor Hafizah Binti Abdullah selaku setiausaha PIBG SKBPJ membentangkan
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-5 bertarikh 3 Mac 2019 untuk disemak dan
disahkan.

Pengesahan minit mesyuarat :
Cadangan : Pn Mazita Binti Manaf
Sokongan : En. Azizul Hakim

Agenda 3 : Tiada perkara berbangkit yang dibangkitkan daripada Minit Mesyuarat Agung
Kali ke—5

Agenda 4 : Pembentangan Dan Pengesahan Penyata Kewangan bermula 1 Januari
hingga 31 Disember 2019.

4.1 En Mohd Firdaus Sallehi Bin Harun selaku Bendahari PIBG membentangkan
penyata kewangan yang bermula 1 Januari 2019 dan berakhir 31 Disember 2019
untuk disemak dan disahkan.

10

4.2 Pn Izatul Nisa mencadang pembetulan simbol bagi perkara 45 dalam lajur
Pendapatan iaitu 67,90 kepada 67.90.

Pengesahan laporan kewangan :
Cadangan : En. Mohd Azizul b Osman
Sokongan : Pn Azimah bt Yahya

Agenda 5 : Membahaskan Usul-Usul Yang Telah Ditapis

Usul 1
Pn Izatul Nissa Binti Ab. Halim mencadangkan supaya PIBG membina kawasan
berbumbung di dataran perhimpunan untuk keselesaan dan kemudahan murid.

Usul disokong oleh Pn Nurul Farah Asmira Binti Asmil dan diterima oleh majoriti

Usul 2
Pn Izatul Nissa Binti Ab. Halim mencadangkan supaya PIBG menyediakan wakaf-wakaf/
hentian berbumbung disekitar pondok pengawal supaya murid-murid dapat menunggu dan
berteduh selepas waktu sesi persekolahan pagi dan petang. Kebanyakan murid berada
di luar kawasan sekolah dan keadaan ini merbahaya kepada mereka.

Usul disokong oleh Pn Nurul Farah Asmira Binti Asmil dan diterima oleh majoriti.

Usul 3
En Romzi Bin Ismail mencadangkan PIBG membeli/membekalkan buku-buku Bahasa
Inggeris untuk program Bacaan Pagi. Anggaran peruntukan yang dipohon adalah sebanyak
RM3000.

Usul disokong oleh Pn Azwin Binti Basir dan diterima oleh majoriti.

11

Usul 4
En Aznizan Bin Idris mencadangkan supaya PIBG membina laluan pejalan kaki berbumbung
bagi mengelakkan murid atau waris terkena najis burung merpati.
Usul disokong oleh Pn Zulaina Bt Osman dan diterima oleh majoriti.

Usul 5
En Zubir bin Othman mencadangkan supaya Sumbangan PIBG dinaikkan kepada RM50
sekeluarga memandangkan SKBPJ mempunyai murid yang ramai dan pelbagai aktiviti perlu
dilaksanakan.
Usul disokong oleh En Azri Bin Sidek dan diterima oleh majoriti.

Usul 6
Puan Suamani mencadangkan supaya bayaran untuk Pentaksiran Bilik Darjah (Tahap 1) dan
Pentaksiran Sumatif (Tahap 2) sebanyak RM12 seorang.
Usul disokong oleh Pn Noraza Binti Ariffin dan diterima oleh majoriti.

Usul 7
Puan Nor Azilah Binti Abd Azit mencadangkan supaya bayaran tambahan untuk Program
Kecemerlangan Tahun 1-3 dinaikkan daripada RM10 kepada RM20.
Usul disokong oleh Pn Mazuin Bt Abd Halim dan diterima oleh majoriti.

Usul 8
Pn Norliza Binti Che Me mencadangkan supaya bayaran tambahan Program
Kecemerlangan Tahun 4 sebanyak RM30 seorang.
Usul disokong oleh Pn Mazuin Bt Abd Halim dan diterima oleh majoriti.

12

Usul 9
Puan Siti Fatimah Binti Hj. Ahmad mencadangkan supaya bayaran tambahan Program
Kecemerlangan Tahun 5 sebanyak RM30 seorang.
Usul disokong oleh Pn Pn Nuratma Mangila dan diterima oleh majoriti

Usul 10
Pn Azuna Binti Abdullah mencadangkan supaya sumbangan Dana UPSR dikekalkan
sebanyak RM150 seorang.
Usul disokong oleh Pn Azwin Binti Basir dan diterima oleh majoriti.

Usul 11
Pn Noor Azira Binti Yusop mencadangkan supaya PIBG menganjurkan bengkel
kemahiran (dengan bayaran), dibuka kepada murid yang berminat. Bengkel boleh
diadakan pada hari Jumaat. Contoh Bengkel Pertukangan, Memasak, Komputer, Asas
Hidup dan Keusahawanan.
Pemberi usul tidak hadir, maka usul 11 tidak dibincangkan.

Usul 12
Pn Dg Eryathie Binti Jubili mencadangkan supaya ahli mesyuarat agung memberi
mandat kepada AJK Induk PIBG untuk membuat kutipan sukarela terhadap sesuatu
program yang telah dipersetujui oleh PIBG.
Usul disokong oleh En Khairul dan diterima oleh majoriti.

Usul 13
Pn Hajuna Bt Hamid mencadangkan supaya sumbangan untuk Kelas Tuisyen Malam
UPSR 2020 dinaikkan dari RM3 kepada RM4 (bagi 1 subjek).
Usul disokong oleh Pn Nurul Farah Asmira Binti Asmil dan diterima oleh majoriti

13

Usul 14
En. Mohd Yusof Bin Ibrahim mencadangkan supaya PIBG mengadakan Kelas Bimbingan
Tajwid/Hafazan pada hari Jumaat/Sabtu kepada murid-murid bertempat di surau SKBPJ
selepas surau tersebut siap dibina.
Usul disokong oleh Pn Hajuna dan diterima oleh majoriti.

Usul 15
En. Mohd Yusof mencadangkan supaya PIBG mewujudkan satu hari untuk murid-murid
SKBPJ bersedekah. Satu tabung perlu disediakan untuk tujuan tersebut. Tujuannya supaya
untuk menyemai sifat dermawan dikalangan murid.

Usul disokong oleh Pn Hajuna dan diterima oleh majoriti.

Usul 16
En Nor’ Azam Bin Yussuf mencadangkan supaya PIBG membina ruang makan tambahan
untuk kegunaan murid di kantin.
Usul disokong oleh En Zainal Abidin dan diterima oleh majoriti.

Usul 17
En Nor’Azam Bin Yussuf mencadangkan supaya kutipan sumbangan untuk Program Hari
Kokurikulum adalah sebanyak RM10 seorang.
Usul disokong oleh En Zainal Abidin dan diterima oleh majoriti.

Usul 18
En. Azrul Bin Amron mencadangkan supaya PIBG mewujudkan badan bertindak bagi KSIB
yang lebih efektif dan agresif untuk mendidik para waris agar menggunakan prasarana
parkir dengan lebih teratur dan kemas supaya perjalanan trafik di hadapan sekolah akan
lebih lancar. Tekankan tentang pentingnya sukarelawan untuk sama-sama membantu. Anda
mampu mengubahnya.

Usul disokong oleh En Aznizan dan diterima oleh majoriti.

14

Usul 19
Pn Kalsom Binti Jaafar mencadangkan supaya PIBG mengadakan kelas pemulihan
bagi murid-muri darjah 2 dan 3 yang lemah dalam menguasai 4M.

Pemberi usul tidak hadir, maka usul 19 tidak dibincangkan.

Usul 20
En Mohd Shahafrul Bin Mokri mencadangkan supaya PIBG membuat permohonan
kepada MPSPK untuk menaiktaraf jalan, bumper dan speed breaker di hadapan
sekolah (jalan utama).

Pemberi usul tidak hadir, maka usul 20 tidak dibincangkan.

Usul 21
En Mohd Shahafrul Bin Mokri mencadangkan supaya PIBG melarang peniaga
berniaga di luar kawasan sekolah (makanan tidak sesuai untuk murid).

Pemberi usul tidak hadir, maka usul 21 tidak dibincangkan.

Agenda 6 : Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2019/2020

6.1 En Aznee Bin Othman selaku Naib Yang Dipertua PIBG sesi 2019/2020
mengumumkan pembubaran AJK sesi 2019/2020 pada jam 12.05 tengah hari.

Agenda 7 : Pelantikan Pengerusi Sementara

En Aznizan bin Idris mencadangkan En. Mohd Zuki sebagai pengerusi sementara.
Majoriti ahli bersetuju.

15

Agenda 8 : Pelantikan Ahli Jawatankuasa Sesi 2020/2021

Ahli mesyuarat telah bersetuju melantik nama-nama berikut sebagai AJK PIBG sesi

2020/2021.

Yang Dipertua : En Aznee bin Othman

Naib Yang Dipertua : En. Zubir bin Othman

Setiausaha : Pn Nor Hafizah bt Abdullah

Bendahari : En. Mohd Firdaus Sallehi bin Harun

AJK Waris : En Mohd Faissal bin Abdul Aziz

En Asnizan bin Idris

En Mohd Zuki bn Ibrahim

En Azman bin Hashim

En Mohd Nadzmi bin Mohamad Nadzim

En. Mohamad Suhani bin Hussin

En. Mohd Yusof bin Ibrahim

Pn. Nurul Farah Asmira bt Asmil

Pn Norhasliza bt Zahari

Pn Hindun Bt Abd. Rahman

Pn. Noratma Mangila bt Abdullah

Pn. Hajuna bt Hamid

Pn. Izatul Nissa bt Ab. Halim

AJK Guru : Pn Sabariah Bt Saad

Pn Pushpa A/P Vaithilingam

Pn Zaiton Bt Mohd Noor

En Azhar Bin Omar

En Luqman Hakim@Fakhairuzal Bin Muhamad Ghazali

En Ismail Bin Ahmmed

En Mohd. Zaki Bin Kadir

Pn Rizawati Bt Mohd Sumbuti

En Mohd Sobri Bin Ibrahim

En. Romzi bin Ismail

En. Mohd Hafiz bin Halekulzaman

Pn. Norshazeela bt Saidon

Pn. Suamani bt. Sahabudin

16

Agenda 9 : Memilih Dua Orang Juru Audit
Mesyuarat dimaklumkan bahawa juru audit juga dikekalkan seperti berikut :
En. Mohd Yusof bin Ibrahim
En Shaifuldin Bin Othman

Agenda 10 : Ucapan Penangguhan

Guru Besar mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG yang baharu dilantik.
Guru Besar juga berharap agar AJK ini dapat bekerjasama dan bermuafakat dalam
menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan demi kejayaan dan
kesejahteraan anak-anak SKBPJ.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12.35 petang.

Pencatat Minit:

Jamalliah bt Hassan (K)
Noralhana bt Ismail
Noraza bt Ariffin
Adilah bt Abu Bakar
Noor Aziah@Halimatul Saadiah bt Arshad
Fatimah bt Mohamad
Melor bt Mat

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NOR HAFIZAH BINTI ABDULLAH) (AZNEE BIN OTHMAN)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Bandar Puteri Jaya SK Bandar Puteri Jaya
Sesi 2020/2021 Sesi 2020/2021

17

PENYATA
KEWANGAN PIBG

2020

18

19

LAPORAN KEGIATAN TAHUNAN PIBG
SK BANDAR PUTERI JAYA

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

EN. ROSLI BIN SAMAN @ MOHAMAD ZAMAN PENASIHAT
PN. SUHAINI BT HUD@ ABD RAZAK PEN. PENASIHAT 1
EN MUHAMMAD ISHAK BIN ALANG ABDUL SHUKER PEN. PENASIHAT 2
EN. NOR’AZAM BIN YUSSUF @ ABU BAKAR PEN. PENASIHAT 3
PN. FAUZIAH BINTI ZAINUL PEN. PENASIHAT 4
EN AZNEE BIN OTHMAN YANG DIPERTUA
EN ZUBIR BIN OTHMAN NAIB YANG DIPERTUA
PN NOR HAFIZAH BINTI ABDULLAH SETIAUSAHA
EN MOHD FIRDAUS SALLEHI BIN HARUN BENDAHARI
EN MOHAMAD ZUKI B IBRAHIM AJK WARIS
EN AZMAN BIN KASSIM AJK WARIS

EN KHAPUR KHAN BIN OMAR KHAN AJK WARIS
EN AZNIZAN B IDRIS AJK WARIS
EN MOHD FAISSAL BIN ABDUL AZIZ AJK WARIS
EN MOHD NADZMI BIN MOHAMAD NADZIM AJK WARIS
EN MOHD YUSOF BIN IBRAHIM AJK WARIS
PN NURUL FARAH ASMIRA BINTI ASMIL AJK WARIS
PN NORHASLIZA BINTI ZAHARI AJK WARIS
PN NURATMA MANGILA BINTI ABDULLAH AJK WARIS
PN HINDUN BT ABD RAHMAN AJK WARIS
PN HAJUNA BINTI HAMID AJK WARIS
PN IZATUL NISSA BINTI AB. HALIM AJK WARIS
PN SABARIAH BT SAAD AJK GURU
PN PUSHPA A/P VAITHILINGAM AJK GURU
PN ZAITON BT MOHD NOOR AJK GURU
EN AZHAR BIN OMAR AJK GURU
EN LUQMAN HAKIM@FAKHAIRUZAL BIN MUHAMAD GHAZALI AJK GURU
EN ISMAIL BIN AHMMED AJK GURU
EN MOHD. ZAKI BIN KADIR AJK GURU
PN RIZAWATI BT MOHD SUMBUTI AJK GURU
EN MOHD SOBRI BIN IBRAHIM AJK GURU
PN NORSHAZEELA BINTI SAIDON AJK GURU
PN SUAMANI BINTI SAHABUDIN AJK GURU
EN ROMZI BIN ISMAIL AJK GURU
EN MOHD HAFIZ BIN HALEKUL ZAMAN AJK GURU

EN MOHD YUSOF BIN IBRAHIM JURUAUDIT DALAMAN
EN SHAIFULDIN BIN OTHMAN JURUAUDIT DALAMAN

20

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

 Sepanjang sesi ini ahli jawatankuasa PIBG telah bermesyuarat sebanyak 3 kali bagi membincangkan aktiviti dan

program yang akan dilaksanakan oleh persatuan. Antara perkara yang dibincangkan tentang pembangunan fizikal
sekolah, sahsiah murid, prestasi akademik dan kokurikulum murid.

 Berikut adalah tarikh mesyuarat jawatankuasa PIBG yang telah diadakan:

Mesyuarat AJK Pertama : 8 Mac 2020

Mesyuarat AJK Kedua : 12 Julai 2020

Mesyuarat AJK Ketiga : 8 November 2020

Aktiviti PIBG Sepanjang Tahun 2020

BIL PROGRAM / AKTIVITI TARIKH

1 MENAMPAL POSTER DI SEKITAR DEWAN WARISAN PERMATA 3 Januari 2020

2 MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA PEMILIHAN USUL DAN PERSEDIAAN MESYUARAT 5 Januari 2020
AGUNG KALI KE -6
11 Januari 2020
3 GOTONG-ROYONG MENCERIAKAN KELAS DAN TANDAS 12 Januari 2020
4 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 6 22 Januari 2020
5 PROGRAM MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
26 Januari 2020
6 MEMBUAT LINE PADANG DEMI KESELESAAN ANAK-ANAK SKBPJ BERIADAH DAN
BERLATIH 2 Februari 2020

7 HARI PENETAPAN TARGET TAHUN 6 2020
8 KELAS BIMBINGAN MALAM

9 KEJOHANAN KEJOHANAN HOKI U12 MSSDKMY 2020 3,4,Dan 6

10 KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN DAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2020 9 Februari 2020

11 PERTANDINGAN BOLING TENPIN TERTUTUP PIALA W. MOHD SABERI 14 Februari

12 MAJLIS PERASMIAN PUSAT ISLAM ASSOBIRIN SK BANDAR PUTERI JAYA 19 Februari

13 MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN EN W.MOHD 19 Februari
SABERI BIN WAN MAHMUD, TUAN GURU BESAR SK BANDAR PUTERI JAYA 1 Mac 2020
8 Mac 2020
14 KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN DAN SUMBANGAN PIBG (FASA 2) 10-11 Mei 2020

15 MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA Jun 2020
30-Jun-20
16 PROGRAM BANTUAN COVID-19 INTEL KERJASAMA BERSAMA PIBG DAN SKBPJ
12 Julai 2020
17 SUMBANGAN TABUNG DERMA WARIS KANSER DAN KEMALANGAN
Ogos - September
18 SUMBANGAN 2 UNIT INFRARED THERMOMETER
19-Sep-20
19 SUMBANGAN CAT UNTUK TEMBOK DAN DIDNDING SEKOLAH
21 Okt -27 Okt 2020
20 SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PARTITION SURAU LAMA DAN PSS 8-Nov-20
21
21 MESYUARAT AJK PIBG KALI KEDUA

22 BANTUAN EDARAN MAKANAN MURID (SUKARELAWAN PIBG)

23 PENYERAHAN TOPENG MUKA SUMBANGAN KOMUNITI

24 PEMILIHAN KE AKADEMI BOLA SEPAK JDT BAWAH 12 TAHUN
25 PROGRAM PENINGKATAN PBD TAHAP 1
26 MESYUARAT AJK PIBG KALI KETIGA

USUL-USUL YANG TELAH DITAPIS

Usul 1

Pn Izatul Nissa Binti Ab. Halim mencadangkan supaya PIBG membina wakaf rehat / menunggu
di hadapan pagar sekolah berdekatan dengan kawasan pondok pengawal untuk memudahkan
murid menunggu waris semasa pulang.

Usul 2
Pn Izatul Nissa Binti Ab. Halim mencadangkan supaya PIBG membina ruang berbumbung bagi
memudahkan ibu bapa menurunkan dan mengambil murid semasa hujan.

Usul 3
Pn Izatul Nissa Binti Ab. Halim mencadangkan supaya PIBG membina bumbung kekal di tapak
perhimpunan bagi keselesaan murid melakukan aktiviti.

Usul 4
En Mohd Sobri bin Ibrahim mencadangkan supaya Kutipan Dana Kecemerlangan dan Penilaian Bilik
Darjah seperti berikut:

Dana Kecemerlangan Tahun 1,2,3 RM20
Dana Kecemerlangan Tahun 4,5,6 RM30
Penilaian Bilik Darjah (semua tahun) RM12

Usul 5
En Mohd Nadzmi Bin Mohamad Nadzim mencadangkan Perkara 6 (b) Perlembagaan PIBG berkaitan
Keanggotaan Persatuan iaitu,

“ Ibu Bapa atau penjaga kepada murid yang belajar dalam Sekolah”

dipinda kepada,

“ Ibu Bapa atau penjaga kepada murid yang mendaftar dan belajar dalam Sekolah”

Usul 6
En Mohamad Zuki B Ibrahim mencadangkan supaya bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di Perkara
10 (e) Perlembagaan PIBG ditetapkan seramai 20 orang.

22

Usul 7
En Ismail Bin Ahmmed mencadangkan supaya Bendahari PIBG dibenarkan menyimpan wang tunai
yang tidak melebihi RM500 pada satu-satu masa dan dicatatkan di Perkara 41 dan Perkara 45
Perlembagaan PIBG.

Usul 8
En. Mohd Yusof Bin Ibrahim mencadangkan supaya PIBG menyediakan/membina ‘locker’ bagi
memudahkan murid-murid menyimpan buku/barang terutama bagi murid yang belajar di tingkat
atas.

Usul 9
En. Mohd Yusof mencadangkan supaya PIBG menyediakan dana tambahan untuk pembelian
buku-buku rujukan kepada semua murid tahun 1 hingga 6.

Usul 10
Pn Nor Azilah Binti Abd Azit mencadangkan supaya sumbangan PIBG dikekalkan iaitu sebanyak
RM50 bagi satu keluarga.
Usul 11
En Zubir Bin Othman mencadangkan supaya tempoh memegang jawatan PIBG adalah selama 2
tahun bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan 2 tahun berikutnya.

CADANGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH

Pn Rosnani Binti Darus
Pihak PIBG menyediakan wakaf penapis air untuk murid2 bagi menggalakkan mereka membiasakan
minum air untuk kesihatan yang lebih baik.

En Khairulshafizi Bin Salim
Ingin tahu berkenaan kuota dan pengambilan pelajar tahun 1 dari penduduk PR1MA, Bandar Puteri
Jaya. Seperti yang saya diberitahu jiran setempat, pihak sekolah ada mengatakan tiada tempat
untuk pelajar tahun 1 di sekolah BPJ disebabkan kapasiti, mohon usul saya dapat dipertimbangkan
dengan sewajarnya sebagaimana pengecualian mengambil kira pemohonan dari penduduk PR1MA
yang juga berdekatan dengan sekolah BPJ atas faktor haluan ke tempat kerja dan kemudahan
pengangkutan dari pihak ibu bapa dan penjaga.

23

JAWATANKUASA PIBG SK BANDAR PUTERI JAYA
SESI 2021/2022

PENASIHAT :
YANG DIPERTUA :

NAIB YANG DIPERTUA :

SETIAUSAHA :

BENDAHARI :

AJK (WARIS) :
AJK (GURU) :
:
:
:
:
:

:
:
:
:
:
:
:

PEMERIKSA KIRA-KIRA :
:

CADANGAN : AHLI JAWATANKUASA WARIS YANG DILANTIK DIHARAP DAPAT MEWAKILI KAWASAN

- BANDAR PUTERI JAYA SEKSYEN
- 1/2/3
- BANDAR PUTERI HILL PARK
- BANDAR PERDANA
- BANDAR UTAMA
BANDAR SERI ASTANA

24

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK BANDAR PUTERI JAYA

Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

En. Meskor Bin Tulka
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan

(Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan)

Guru Besar SK Bandar Puteri Jaya
YDP PIBG SK Bandar Puteri Jaya
NYDP PIBG SK Bandar Puteri Jaya
AJK PIBG SK Bandar Puteri Jaya

PIBG SK Bandar Puteri Jaya
Guru-Guru dan Kakitangan SK Bandar Puteri Jaya

Para Waris Murid SK Bandar Puteri Jaya
Dan

Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam

menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 7

25


Click to View FlipBook Version